Cari Artikel

Tuesday, June 4, 2013

Izara Aishah Dipilih Sebagai Duta Baru InnerShine


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Izara Aisyah, Dipilih, Sebagai, Duta, baru, InnerShine


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter: @Stailista
Instagram: Stailista

KUALA LUMPUR, 4 JUN 2013: Pelakon Oh! My English, Izara Aishah telah dipilih sebagai duta baru InnerShine bagi menjayakan kempen bagi formulasi terbaru minuman pati prun berkenaan.

Majlis pengumuman Izara Aishah sebagai duta terbaru InnerShine itu telah diadakan di Hotel Grand Millennium di sini, sebentar tadi.

Hadir sama pada majlis berkenaan Timbalan Presiden dan Pengurus Besar, Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang dan juga Pengurus Pemasaran Cerebos Malaysia, Carmen Liew.

Sempena pelancaran itu, turut dilancarkan produk terbaru InnerShine yang diperkaya dengan buah Camu Camu dari hutan hujan Amazon.

Camu Camu dicatatkan sebagai sumber botanik Vitamin C terunggul di dunia.



Kemantapan Vokal Hafiz Teruji Di Pentas DFP!


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Kemantapan, Vokal, Hafiz, Teruji, Di, pentas, DFP


Teks Oleh Kheme Rosly
Foto oleh DFP

KUALA LUMPUR, 4 JUN 2013: Sesiapa sahaja yang bergelar penyanyi pasti mengimpikan sebuah konsert atau persembahan berskala besar sebagai melengkapkan portfolio sebagai penghibur di dalam bidang seni suara. Buat Hafiz Suip atau Hafiz, dia sudah boleh berbangga dengan pencapaian terbaru mengadakan persembahan di DewanFilharmonik Petronas (DFP) semalam, Isnin.

Dalam senario industri muzik tempatan yang dilihat semakin tenat, Hafiz bagaimanapun ttetap gigih berusaha membina nama dengan kekuatan vokal yang telah terbukti dalam pelbagai penganugerahan. Artis yang dilahirkan daripada program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh itu dipilih sendiri oleh pihak DFP yang yakin dengan kredibiliti Hafiz dan layak untuk berdiri diatas pentas berprestij tersebut.

Slot DFP Spotlight yang dikendalikan oleh Hafiz juga pernah menampilkan Yuna, Aizat, Najwa Mahiaddin, Noryn Aziz dan ramai penyanyi baru sebagai langkah atau inisiatif daripada DFP untuk menarik audiens yang berbeza serta muka baru untuk datang ke situ.

Tepat jam 8.30 malam, dewan berkapasiti 900 penonton telah dipenuhi hadirin seawal jam 8 malam gamat dengan tepukan sebaik sahaja Hafiz tampil ke atas pentas. Memilih lagu Noktah Cinta sebagai lagu pembukaan menyaksikan Hafiz selesa dan meneruskan dengan lagu Masih Jelas sebelum menamatkan ia dengan sesi intro secara ringkas.

Lagu ketiga yang kini sedang hits, Ku Akui dinantikan ramai penonton tetapi mungkin kerana gemuruh atau masalah kesihatan, ada satu ketika vokal Hafiz seakan pecah. Namun itu tidak memberi apa-apa reaksi negatif dan ia dihabiskan oleh penyanyi kelahiran Sarawak itu dengan mendapat tepukan gemuruh.

Untuk segmen lagu Inggeris, Hafiz memilih She Will Be Loved dan diikuti lagu yang mempunyai makna tersendiri dalam hidup penyanyi ini, When I Was Your Man oleh Bruno Mars disampaikan dengan begitu baik sekali. Tidak melupakan lagu klasik Melayu, Ilham Pujangga berunsur nasihat disampaikannya diikuti Pelangi Petang oleh Allahyarham Sudirman menutup set pertama konsert pertama juara AF musim ke tujuh itu.

Tampil bersama pasangan duet yang dipilih Hafiz sendiri, Alyah muncul di pentas dengan imej terkininya lengkap berhijab. Bersama Alyah, Hafiz telah menyempurnakan lagu duetnya yang popular iaitu Muara Hati dan Ombak Rindu. Set kedua ini juga turut memperlihatkan Hafiz menukar persalinan sut yang lebih quirky menyerlahkan penampilannya di pentas.

Sebuah lagu baru daripada Hafiz yang sedang mula diputar di stesen radio, Matahari telah dinyanyikan secara live buat pertama kali pada malam konsert tersebut. Sebuah lagi cover version iaitu lagu popular daripada R. Kelly, I Believe I Can Fly dinyanyikan penyanyi ini dengan caranya yang tersendiri.

Hampir 70 minit persembahan tanpa henti, Bahagiamu Deritaku menjadi dendangan kedua terakhir sebelum pentas Dewan Filharmonik Petronas ditutup dengan dendangan Awan Nano bersama-sama penonton.

Pengarah muzik yang diberi tanggungjawab mengendalikan slot ini adalah Aubrey Suwito bersama beberapa pemuzik tetap di DFP telah membuai penonton yang hadir dan seperti tidak merasa waktu berlalu sebaik tamat persembahan sulung Hafiz tersebut.

Rata-rata hadirin berpuas hati dengan persembahan Hafiz di konsert pertamanya. Dengan harga tiket RM80 penonton juga berpeluang bertemu Hafiz dalam sesi bertemu peminat sebaik berakhirnya konsert itu di ruang legar DFP.








Pelakon Veteren S.Shamsuddin Meninggal Dunia


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Pelakon Veteran, Pelawak Veteran, Artis Veteran, Selebriti, Pelakon, S. Shamsuddin, Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 4 JUN 2013: Pelakon veteran era akhir 50-an dan awal 60-an, S.Shamsuddin, 84, telah disahkan meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi akibat sakit tua dan jangkitan paru-paru berair.

Mengikut laporan Bernama, perkara ini disahkan oleh anaknya sendiri, Noredah Shamsuddin kepada organisasi berita itu.

Allahyarham meninggal dunia pagi tadi di Hospital Alexendra dan telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura.

Dilahirkan pada 1 Januari 1929, Allahyarham atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura dan diingati dengan lakonannya dalam filem-filem arahan Tan Sri P.Ramlee seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Nujum Pak Belalang.

Di zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas, Allahyarham sering dikenali dengan gandingannya bersama Datuk Aziz Sattar.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah membintangi lebih 25 filem dan filemnya yang terakhir ialah Eee...Hantu!!!!! arahan Majed Salleh.

Allahyarham telah berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan mempunyai tujuh orang anak.

Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham dari kami warga Murai. Al-Fatihah.

Mahukan Sepasang Kaki Secantik Nur Fazura?


Malaysia, Hiburan, Artis malaysia, Selebriti, mahukan, Sepasang, Kaki, Secantik, Nur Fzura


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter:@Stailista
Instagram: Stailista

SUBANG, 4 JUN 2013: Kepada sesiapa yang mahukan sepasang kaki yang sihat dan harum sebagaimana pelakon cantik jelita, Nur Fazura, maka jangan ketinggalan untuk mengunjungi spa Lux Scentsational Lounge.

Spa bergerak yang akan mengunjungi ke beberapa lokasi di seluruh negara itu menawarkan perkhidmatan spa kaki atau refleksologi secara percuma daripada tukang urut berpengalaman yang turut disempurnakan dengan suasana serba glamor.

Malah lebih istimewa, setiap individu yang hadir ke spa berkenaan akan menikmati kemewahan haruman mandian Lux ke atas sepasang kaki masing-masing sebagaimana yang diamalkan Nur Fazura sebagai duta produk mandian berkenaan untuk 3 tahun berturut-turut.

Nur Fazura berkata, spa Lux Scentsational Lounge disifatkannya sangat glamor dengan permainan lampu malap, dekorasi menawan serta padanan rona lembut di setiap inci spa berkenaan.

"Saya merasakan sepeti berada di spa sebenar yang dilengkapi dengan haruman aromatheraphy. Saya sudahpun mencuba perkhidmatan spa kaki daripada pakar urut terlatih dan ternyata ianya cukup menenangkan saya.

"Sebagai seorang perempuan yang gemarkan kecantikan, saya menggalakan mereka untuk hadir ke spa lounge ini apabila ianya berada di bandar berhampiran.

"Siapa tahu, anda mungkin akan bertemu saya di sana yang sedang menikmati spa kaki," katanya yang cukup jelita dengan persalinan koktel singkat merah jambu daripada Zara dan tumit tinggi Christian Louboutin.

Spa bergerak yang dibina di atas treler besar itu dilengkapi dengan ruangan spa kaki untuk tujuan mencuci dan pengurut, kawasan lounge yang lapang dan juga zon haruman serta TV LCD berskrin besar.

Spa yang diperkenalkan khusus untuk peminat setia produk mandian Lux itu akan memulakan penjelajahan di beberapa negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka.

Bagi peminat setia Nur Fazura, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan aktres terkenal itu di AEON, Ampang Utara 2 pada 8 Jun dan Mydin MITC, Melaka (29 Jun) dari jam 1 tengah hari hingga 4 petang.

Setiap 700 ml mandian Lux dijual pada harga RM15.90, manakala RM6 untuk 220 ml dan tidak ketinggalan pek isi semula 600ml bernilai RM8.90.



Video Majlis Perkahwinan Izzue Islam dan Awin


KUALA LUMPUR, 4 JUN 2013: Tanggal 2 Jun lalu, secara sahnya ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam bergelar suami kepada pengurus kumpulan itu sendiri, Awin. Majlis akad nikah pasangan ini telah diadakan di Dewan N'dah Shah Alam pada jam 9.45 pagi, Ahad.

Dengan hanya sekali lafaz, Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24 telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Video, Majlis, Perkahwinan, izzue Islam, Dan, Awin


Izzue telah memberikan wang hantaran bernilai RM 11,111.11 dan menyerahkan 7 dulang hantaran kepada isterinya itu, seterusnya di balas dengan 8 dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Mereka berdua telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 1 Jun 2012 yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Majlis persandingan kedua mempelai telah diadakan pada sebelah tengah hari iaitu pada hari dan lokasi yang sama.

Khas untuk pembaca Murai, berikut adalah video majlis pernikahan dan resepsi Izzue Islam bersama pasangannya, Awin atau nama sebenarnya, Nurinafilah Waharudin.




Majlis Resepsi Shajiry Diadakan Di Ipoh, 8 Jun Ini


Artikel CinemaOnline

KUALA LUMPUR, 4 JUN 2013: Penyanyi dan pelakon Shajiry telah pun menamatkan zaman bujangnya pada 1 Jun lalu bersama isteri, Yusnita Yusof yang juga merupakan rakan kongsi perniagaannya.

Shajiry atau nama sebenarnya Mohamad Shajiri Damery dan Yusnita yang bertunang pada 9 Mac lalu telah diijabkabulkan pada Sabtu, dan majlis resepsi akan diadakan pada 8 Jun di Ipoh, Perak.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Majlis, Resepsi, Shajiry, Diadakan, Di, Ipoh, 8, Jun, Ini


"Alhamdulillah segala persiapan untuk majlis perkahwinan yang sudah dirancang sejak awal tahun semuanya sudah selesai dan doakan yang terbaik buat saya dan isteri," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ditanya apakah yang membuatkan Yusnita istimewa di matanya, Shajiry memberitahu, sifat keibuan yang ada pada bakal isterinya itu membuatkan dirinya tertarik.

"Dia (Yusnita) seorang wanita yang lemah lembut dan mempunyai sifat keibuan dalam dirinya. Ia membuatkan saya tertarik untuk menyuntingnya sebagai isteri saya yang sah.

"Lagipun dia juga banyak memberi perangsang dan menjadi tulang belakang dalam setiap perkara yang saya lakukan baik dalam bidang seni ini mahupun perniagaan yang saya ceburi," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Shajiry bakal muncul dengan dua buah lagu single terbaru berjudul "Hati Lelaki" dan "Lupakan" yang dijangka diriliskan pada penghujung tahun ini.

Tanda Putera: Shuhaimi Baba Tetap Tunggu Kelulusan FINAS


KUALA LUMPUR, 4 JUN 2013: Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek mengenai filem kontroversi Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimu Baba yang telah mendapat kebenaran untuk ditayangkan di pawagam tempatan masih belum dapat melegakan hati pengarah filem itu sepenuhnya.

Menurut Paduka Shuhaimi Baba yang juga penerbit di Pesona Pictures Sdn Bhd, selagi filem yang dikaitkan dengan tragedi berdarah 13 Mei 1969 itu masih belum diberikan syarat wajib tayang oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ia tidak bererti apa-apa padanya yang telah menanti sekian lama.

Malaysia, hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Tanda Putera, Shuhaimi Baba, tetap, Tunggu, kelulusan, FINAS


Murai.com.my telah menghubungi pengarah ini setelah mendapat info mengenai tarikh tayangan filem Tanda Putera yang diumumkan pada 29 Ogos depan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, namun Shuhaimi Baba tetap menanti hitam putih daripada FINAS sebelum meraikan kejayaan filem ini untuk ditayangkan.

"Memang betul Datuk Seri Shabery Cheek umum mengenai tarikh tayangan Tanda Putera dan saya akui gembira apabila menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia sendiri menyokong karya saya untuk ditayangkan kepada umum.

"Tetapi saya, selaku penerbit dan Pesona Pictures Sdn Bhd tidak akan meraikan apa-apa kejayaan selagi ia tidak mendapat kelulusan syarat wajib tayang oleh FINAS sepertimana filem-filem lain.

"Saya berharap kelulusan itu akan lebih memberi saya harapan yang lebih kerana buat masa ini saya belum benar-benar meraikan kejayaan Tanda Putera,"jelas Shuhaimi Baba yang dilaporkan telah melaburkan RM 4.8 juta untuk menghasilkan filem ini pada 2011.

Pengarah itu juga memberitahu bahawa dia pernah putus harapan dengan filem yang dikatakan menyentuh sensiviti kaum tersebut berikutan latarbelakang Tanda Putera mengambil kisah insiden pergaduhan sesama kaum pada tahun 1969 itu.

"Sampai satu tahap bila saya naik turun ke FINAS untuk mendapatkan kelulusan wajib tayang bagi Tanda Putera dan ia masih lagi gagal, saya hanya redha. Dalam erti kata lain saya tidak lagi berharap apa-apa mengenai filem ini.

"Seperti yang saya katakan awal tadi, walaupun dah ada tarikh untuk tayangan ini namun segala perkara bergantung kepada FINAS. Selagi tiada kebenaran dan sebarang kelulusan iaitu lesen bagi penayangan filem ini, ia tidak membawa makna apa-apa.

"Mungkin dengan sokongan daripada kementerian akan mempercepatkan lagi keputusan FINAS mengeluarkan surat sah wajib tayang dan ketika itu baru saya akan berpuas hati setelah bertungkus lumus menghasil filem ini,"jawabnya bagi menjelaskan situasi yang berlaku dimana sokongan daripada kementerian bukanlah penentu tetapi ia terletak di tangan FINAS.

Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, antara tunggak utama Tanda Putera dibantu oleh Norman Hakim, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi pelakon hebat. Meminjam waktu darurat sekitar tahun 1969 sebagai latar belakang filem ini, Pesona Pictures Sdn Bhd mahu memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan keamana negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun itu.

Maya Karin Akui Bercinta Jarak Jauh Dengan ...?


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 4 JUN 2013: Pelakon dan penyanyi, Maya Karin, 33, akhirnya akui dia kini sedang dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka. Namun, Maya Karin berkata disebabkan mereka menjalinkan hubungan jarak jauh, dia kini tidak tergesa untuk menjalinkan hubungan yang serius dengan jejaka berkenaan.

"Sebenarnya saya memang ada mengenali seseorang tetapi dia kini berada jauh daripada saya dan jarak kami beribu-ribu kilometer. Jadi saya tidak mahu menaruh harapan yang tinggi pada hubungan kami. Kalau jadi, jadilah tapi kalau tidak tak mengapa. Saya hanya go with the flow.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Maya karin, akui, Bercinta, jarak, Jauh, Dengan


"Lagipun di usia begini saya tak sangka rezeki lebih banyak dlimpahkan kepada saya berbanding di usia 20-an dahulu, jadi saya perlu bekerja kuat dan tidak melepaskan peluang yang ada daripada memikirkan soal cinta," katanya kepada murai.com.my yang belum bersedia mendedahkan identity jejaka tersebut.

Maya ditemui ketika pelancaran single terbaru berjudul Bintang Syurga yang mana majlis itu sekaligus mengumumkannya sebagai artis baru dibawah pengurusan syarikat Warner Muzik Malaysia.

Menurut Maya lagi, selama tiga setengah tahun menjalani kehidupan sebagai wanita solo, dia akui telah beberapa kali cuba mengenali ramai lelaki untuk dijadikan teman, namun akhirnya gagal.

"Saya solo sudah 3 setengah tahun dan dalam masa itu sudah tentu saya ada keluar dan berkenalan dengan beberapa lelaki tetapi hampa kerana hubungan kami tidak dapat kekal lama dan akhirnya berpisah.

"Ketika keluar dating itu sudah tentu saya sudah punya simpan rasa suka tetapi bila hubungan itu tidak menjadi dan kami terpaksa berpisah, saya masih ada rasa rindu kepada mereka. Tapi nak buat bagaimana sudah tiada jodoh," luahnya lagi.

Maya memberitahu perasaan putus cinta itu dikongsi di dalam single terbarunya ciptaan Omar K dan Audi Mok berjudul Bintang Syurga.

"Saya dan pencipta lagu Bintang Syurga iaitu Omar K banyak berkomunikasi kerana sebagai composer dia mahu lagu yang dicipta itu dekat dengan perasaan saya kini. Namun lagu ini bukanlah 100 peratus mengenai diri saya dan ianya adalah perasaan normal setiap wanita apabila cinta mereka tidak menjadi atau putus cinta. Namun ada mesej yang positif supaya mereka tidak terlalu down ketika putus cinta," jelasnya lagi.

Selain single, muzik video Bintang Syugra turut dilancarkan di majlis pelancaran tersebut yang berlangsung di Palace of The Golden Horses pada petang semalam.

Nantikan Ahmad Idham dan Maya Karin Dalam MeleTOP


KUALA LUMPUR, 3 JUN 2013: Baru-baru ini, produser dan pengarah terkenal, Ahmad Idham ada meluahkan perasaan kecewanya dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan mempertikaikan fungsi badan berkanun itu kepada industri perfileman negara.

Idham yang bakal muncul dengan hasil karya terbarunya, Lari pada 6 Jun ini bakal muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan MeleTOP, malam esok dan apa pula lagi yang akan diperkatakan lagi oleh pengarah box-office ini mengenai industri perfileman negara?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Nantikan, Ahmad Idham, Dan, Maya Karin, Dalam, MeleTOP


Selain itu, apa pula kata Ahmad Idham mengenai filem Lari lakonan Aaron Aziz, Erry Putra, Erin Malik, Dira Abu Zahar dan Hazama? Filem terbarunya ini dikatakan cuba lari dari isu Gangsterisme tetapi sebaliknya mengangkat isu pemerdagangan manusia. Mungkin Ahmad Idham akan berkongsi bersama para penonton lebih lanjut tentang filem arahan beliau ini nanti semasa di program MeleTOP.

Sementara itu, aktres jelita Maya Karin yang sudah lama tidak muncul di program-program di saluran Astro akan kembali menemui penonton juga sebagai tetamu jemputan dalam MeleTOP.

Kemunculan Maya Karin kali ini sedikit megubat rindu para peminatnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan terbaru selain Maya kini dalam kongsi mempromosikan single terbarunya yang berjudul 'Bintang Syurga'.

Nampaknya Maya kini kembali aktif dalam bidang nyanyian di mana sebelum ini Maya lebih fokus dengan kerjayanya sebagai seorang model dan pelakon sahaja.

Saksikan juga kemunculan dua kumpulan muzik yang cukup dikenali ramai terutamanya golongan-golongan muda iaitu Hujan dan Love Me Butch.

Kedua-dua kumpulan kini dalam rangka jelajah seluruh Malaysia bermula sejak 26 Mei 2013. Jelajah yang diberi nama "Sang Enemy Worldwide Transgression 2013" ini merangkumi lima negeri iaitu di Melaka, Teregganu, Kedah, Perak dan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, MeleTOP minggu ini turut akan kongsi bersama info-info menarik, hangat dan hebat seperti Gosip MeleTOP, Parodi MeleTOP, Carta MeleTOP, Filem MeleTOP dan pelbagai lagi video-video yang menarik yang akan disiarkan nanti.

Jangan lupa untuk terus menyokong dan menonton program yang 'Trendy' lagi sensasi ini yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa, setiap hari Selasa bermula jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (104).

Pencarian Penyampai Pi Mai FM Pulau Pinang Berakhir


PULAU PINANG, 4 JUN 2013: Pencarian Penyampai Pi Mai FM Pulau Pinang telah pun berakhir selepas pemenang diumumkan ketika Konsert Pencarian Penyampai Pi Mai FM Pulau Pinang berlangsung di Prangin Mall, di sini, pada 1 Jun lalu.

Seramai 10 finalis telah diundang ke konsert tersebut sebelum mengumumkan Mohammed Shahril Baba Jan sebagai juara, Mohd Suhaimi Mohd Hashim sebagai naib juara dan tempat ketiga dimenangi oleh Aryana Najwa Ahmad.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pencarian, Penyampai, Pi Mai FM, Pulau Pinang, Berakhir


Juara telah membawa pulang kontrak bekerja sebagai penyampai radio Pi Mai FM berserta wang tunai RM3000. Manakala naib juara membawa pulang wang sebanyak RM1500 dan tempat ketiga memenangi wang sebanyak RM600 sahaja.

Terdahulu,10 finalis telah disaring melalui sesi ujibakat yang berjaya menarik lebih dari seribu penyertaain pada April lalu di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Pememang dipilih menerusi 30 peratus markah dari undian 'Likes' di laman rasmi Facebook Pi Mai FM bermula 18 Mei hingga 1 Jun lalu dan 70 peratus lagi adalah undian juri professional.

Pada Konsert Pencarian Penyampai Pi Mai FM itu juga penonton dan orang ramai yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan hebat daripada penyanyi-penyanyi tempatan seperti Fourteen, Amir Jahari, Najwa Latif, Aliff Aziz, The Aliff dan kumpulan Data.

Pi Mai FM merupakan sebuah stesen radio baru berbahasa Melayu yang bersiaran di Pulau Pinang menerusi gelombang 90.2FM. Menyajikan rangkaian muzik terbaik lama dan baru selama 24 jam, Pi Mai FM dikendalikan oleh penyampai David Low serta 3 orang kumpulan Cuit Raja Lawak iaitu Mamak, Azmir dan Lie.

Bancuhan Air Izzue Islam Buat Awin Jatuh Cinta


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

Foto oleh Cipotredz

KUALA LUMPUR, 3 JUN 2013: Jika enam tahun lalu Izzue Islam dan pasangannya Awin Nurin telah dipertemukan ketika anggota kumpulan Forteen itu hanya bekerja sebagai pembancuh air dan tukang masak di sebuah kedai makan.

Bagaimanapun semalam, mereka telah disatukan pada majlis penuh indah yang dilaksanakan sempena tarikh kelahiran ke 24 penyanyi kacak berkenaan.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Bancuhan, Air, izzue Islam, Buat, Awin, Jatuh, Cinta


Sedar cinta yang bersemi antara mereka berdua telah tersemai sejak sekian lama, Izzue Islam akur sudah tiba masanya untuk dia menamatkan zaman bujangnya dengan satu-satunya wanita yang telah banyak mendorong kejayaannya sehingga hari ini.

Bercakap kepada pihak media selepas majlis pernikahan di Dewan N'Dah Shah Alam pagi semalam, Izzue Islam berkata dia bersyukur kerana akhirnya dapat diijab kabulkan bersama wanita yang cukup istimewa dan juga merangkap sebagai pengurusnya.

"Perkahwinan ini bukanlah soal saya terhutang budi dengan Awin Nurin yang telah banyak membantu memperkenalkan diri saya dalam dalam dunia seni, tetapi ia adalah perasaan jujur yang lahir dari lubuk hati saya sendiri.

"Tambahan pula, dia telah bersama-sama dengan saya sejak saya tiada apa-apa lagi. Saya yakin dengan ketentuan Tuhan dan InsyaAllah segala perkara yang baik akan sentiasa diberkati Tuhan," katanya merendah diri.

Dengan hanya sekali lafaz, Izzue Islam telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit dengan maskahwin berjumlah 11 dinar.

Izzue telah memberikan wang hantaran bernilai RM 11,111.11 dan menyerahkan 7 dulang hantaran kepada isterinya itu, seterusnya di balas dengan 8 dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Mereka berdua telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 1 Jun 2012 yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Majlis persandingan kedua mempelai telah diadakan pada sebelah tengah hari iaitu pada hari dan lokasi yang sama.

Menjawab soalan pihak media, bahawa tidakkah dia risau jika terselit perasaan cemburu daripada isterinya dengan kerjayanya sebagai seorang selebriti?

Izzue Islam menjawab, dia sangat beruntung kerana isterinya itu bukanlah seorang yang cepat cemburu, terutama sekali apabila masing-masing telah mengetahui hati budi sesama sendiri selepas enam tahun berkenalan.

"Isteri saya memang bukan seorang kaki cemburu kerana daripada awal perkenalan lagi saya sudah mengenali dia.

"Lagipun dia mula mengenali saya bukan sebagai seorang pelakon tetapi sebagai seorang pembancuh air sehingga dia menjadikan saya sebagai seorang artis pada hari ini.

"Tambahan pula sekarang, dia adalah pengurus saya dan dia sudah sedia maklum kerja saya ini akan dikelilingi ramai wanita cantik.

"Bagaimanapun apa yang membuatkan saya tak sabar ialah untuk merasai masakannya kerana sejak kami berkenalan dia memang tidak pernah masak untuk saya," katanya berjenaka.

Sementara itu Awin Nurin berkata, dia sangat memahami kerjaya Izzue Islam sebagai seorang penyanyi dan juga pelakon.

Malah dia sangat gembira apabila dapat merealisasikan hajat Izzue Islam untuk menjadi seorang selebriti popular.

"Semuanya berlaku ketika saya mengendalikan agensi bakat saya sendiri dan ketika itu Izzue Islam bernaung di bawah agensi saya. Alhamdulillah ada beberapa watak tambahan yang berjaya diberikan kepadanya.

"Tak sangka pula hubungan yang terjalin sejak enam tahun lalu telah berakhir dengan perkahwinan. Saya bersyukur dengan ketentutanNYA," kata Awin Nurin yang juga berkhidmat sebagai eksekutif di Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.

Aliff Aziz Bengang Sikap Pengacara TV Tak Profesional


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 3 JUN 2013: Penyanyi, Aliff Aziz akui tidak senang dengan sikap seorang hos TV sebuah rancangan yang memperlekehkan tindakannya menanam cincin kenangan cinta bersama bekas kekasihnya, Adira ketika mengendalikan sebuah program hiburan baru-baru ini.

Aliff Aziz berkata hos wanita itu, tiada hak untuk mengatakan tindakannya itu seperti kebudak-budakan kepada khalayak kerana dia sendiri tidak mengenali hos tersebut yang juga seorang pelakon.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Aliff Aziz, bengang, Sikap, Pengacara, TV, Tak, Profesional


"Sebenarnya saya sedang menonton ketika program itu bersiaran langsung di televisyen. Apabila nama saya disebut dan pengacara itu mengatakan tindakan saya menanam cincin seperti kebudak-budakan yang menjadikan saya jadi panas.

"Saya tak mahu sebut siapa nama hos dan program itu, kerana saya tahu peminat serta orang ramai pasti sudah tahu. Sebenarnya, saya bukan orang yang sensitif yang tak boleh diperkatakan begitu.

"Malah saya pernah kena lebih kasar daripada itu dan saya tiada masalah. Tapi orang itu perlu jadi kawan saya terlebih dahulu. Pada saya, dia (hos berkenaan) perlu berhati-hati dengan apa yang ingin katakan.

"Sebab kalau dia terkena salah orang, mungkin dia akan dibalas lebih teruk daripada orang itu. Nasib baik saya masih boleh tenang. Cuma, apa hak dia cakap saya budak-budak? Siapa dia yang boleh menghakimi saya begitu?," kata Aliff Aziz kepada murai.com.my

Aliff Aziz ditemui selepas Konsert Pencarian Penyampai Pi Mai FM Pulau Pinang di Prangin Mall Pulau Pinang pada 1 Jun lalu. Dalam konsert tersebu,t Aliff telah menghiburkan penonton dengan dua buah lagu iaitu Jangan Ganggu Pacarku dan Sayang Sayang.

Berikutan rasa tidak puas hatinya terhadap hos tersebut, Aliff Aziz telah pun meluahkannya di entri akaun Twiiter miliknya mengenai perasaan kurang senangnya dengan hos TV berkenaan tanpa mendedahkan nama serta program berkenaan.

Dalam program hiburan tersebut, hos wanita itu bersama seorang hos lelaki sedang mewawancara bekas kekasihnya Adira.

Menurut penyanyi lagu Sayang Sayang itu lagi, cara hos wanita itu dianggap tidak profesional dan tidak menjaga air muka tetamu yang dijemput.

"Saya tak mahu perkara ini menjadi lebih besar. Cuma saya berpendapat, sebagai seorang hos dia adalah pengacara yang tidak profesional. Cara dia cakap itu buat orang ramai atau penonton meluat walaupun mungkin dia cuba mahu berjenaka.

"Tapi tak mengapa, saya tak kisah kerana kata-katanya itu tidak menjejaskan langsung periuk nasi saya dan rasanya tidak perlu untuk saya memikirkannya lagi,"luahnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai tindakannya yang menanam cincin perjanjian cinta bersama Adira itu, Alif memberitahu itu salah satu caranya untuk meluahkan perasaannya.

"Saya menanam cincin, sekadar untuk menanam kenangan saya bersama cincin berkenaan sepanjang saya memakainya ketika bercinta bersama Adira. Itu sahaja. Malah itu cara saya untuk luahkan rasa saya dan tak bermaksud orang lain tak suka saya tidak boleh buat kerana saya pun manusia biasa juga.

"Setiap orang apa pendapat masing-masing dan itu hak merekalah nak kata apa pun. Saya tidak hiraukannya selagi apa yang saya buat tidak berdosa dan tidak memburukkan sesiapa," jelasnya lagi.

Alif telah memuat naik foto dia menanam cincin tersebut di laman sosial Instagram miliknya. Mengenai perkembangan terbaru, Aliff yang baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri Epilog Cinta Khirana untuk TV3 dan Gerhana untuk siaran RTM.

Marsha Milan Nafi Buang Keluarga Kerana Nama


Oleh: cinemaonline.com

KUALA LUMPUR, 3 JUN 2013: Pelakon dan penyanyi popular, Marsha Milan Londoh menyangkal dakwaan mengatakan dia membuang keluarga gara-gara dia menukar namanya daripada Marsha Milan Londoh ke Marsha Milan.

Dipetik dari laporan Utusan minggu lalu, Marsha memberitahu dia membuat keputusan untuk menukar nama kepada yang lebih ringkas itu kerana tidak mahu sesetengah pihak tersalah sebut namanya lagi.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia. Selebriti, Marsha Milan, Nafi, Buang, keluarga, Kerana, nama


"Kalau orang kata saya buang keluarga, itu salah. Milan itu nama bapa saya. Londoh adalah nama keluarga turun-temurun. Jadi siapa kata saya buang keluarga? Semuanya bermula bila saya menjadi hos program "Propaganza". Mereka kata nama saya panjang sangat, jadi guna sajalah Marsha Milan. Itu sahaja.

"Saya tak nafi, situasi itu ada berlaku. Orang macam main-main, tersalah sebut nama Londoh jadi Londeh, Lendeh dan sebagainya. Tak tahulah kalau memang ada yang sengaja buat-buat tersalah sebut, tapi apa pun secara positifnya saya fikir itu adalah satu strategi yang baik buat karier saya juga. Saya mahu orang nampak saya matang," jelasnya.

Tegas wanita berusia 27 tahun ini, walaupun dia telah memendekkan namanya, namun dia tetap Marsha yang sama seperti dulu.

MasterChef: Sajian Telur Punca Lydiawati Tersingkir


KUALA LUMPUR, 3 JUN 2013: Pelakon Lydiawati menjadi mangsa terbaru dalam pusingan Penyingkiran MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2) malam tadi apabila dia diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Tema yang diberikan untuk pusingan Penyingkiran malam tadi ialah telur, dan empat peserta yang terpaksa bersaing dalam pusingan tersebut ialah Lydiawati sendiri, Cat Farish, Syanie dan Enot. Mereka berempat di kehendaki bersaing dalam pusingan penyingkiran disebabkan sajian yang kurang menarik perhatian juri pada hari sebelumnya, iaitu Sajian Peti Misteri.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, MasterChef, Sajian, Telur, Punca, Lydiawati, Tersingkir

Dengan penyingkiran Lydiawati, dia berjaya mengumpul RM6500 kepada Rumah Hope.

Sementara itu, Syura yang memenangi cabaran sebelum ini telah memilih untuk mengetuai pasukan Biru dalam cabaran Sajian Luar hari ini. Dia juga turut memilih Syanie sebagai pesaingnya dan mengetuai pasukan Merah.

Kini 8 selebriti terbaik telah tersenarai selepas Lydiawati tersingkir dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia. Siapakah yang akan terus bertahan hingga ke pusingan terakhir?

Apakah cabaran yang harus mereka hadapi? Ke mana pula lokasi mereka kali ini? Saksikan MasterChef Selebriti Malaysia, Isnin, 9 malam di Astro Ria (104) & Mustika HD (134).

Izzue Islam Selamat Menjadi Suami Awin


Teks dan foto oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

SHAH ALAM, 2 JUN 2013: Anggota kumpulan Forteen, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24 atau Izzue Islam telah selamat dinikahkan dengan pasangannya Nurinafilah Waharudin, 28 di Dewan N'dah Shah Alam di sini pada jam 9.45 pagi tadi.

Dengan hanya sekali lafaz, Izzue telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit dengan maskahwin berjumlah 11 dinar.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Izzue Islam, Selamat, menjadi, Suami, Awin


Izzue telah memberikan wang hantaran bernilai RM 11,111.11 dan menyerahkan 7 dulang hantaran kepada isterinya itu, seterusnya di balas dengan 8 dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Cukup simbolik kerana tarikh pernikahan diambil sempena tarikh hari lahir Izzue yang ke 24 pada hari ini.

Mereka telah dipertemukan pada tanggal 11 November 2008 ketika pelakon 29 Februari itu bekerja di sebuah kedai makan bersebelahan tempatnya bekerja.

Pasangan berkenaan telah mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup pada 1 Jun tahun lalu yang hanya dihadiri keluarga terdekat.









Fouziah Gous Selamat Bertunang Dengan Zhafran


KUALA LUMPUR, 1 JUN 2013: Tidak sampai dua bulan mendedahkan kepada umum mengenai jejaka pilihan hatinya, dramatis jelita berdarah kacukan, Fouziah Gous hari ini telah selamat bergelar tunangan kepada ahli perniagaan, Zhafran Dato Yusof, 30.

Majlis pertunangan tersebut bermula sekitar jam 830 malam dan telah mengambil tempat di Restoran Bora Asmara, yang merupakan milik sahabat kepada keluarga Fouziah di Kampung Sungai Penchala, Damansara.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Fouziah Gous, Selamat, Bertunang, Dengan, Zhafran


Mengikut adat istiadat melayu, majlis pertunangan dimulakan dengan sesi perbincangan di antara dua belah pihak Fouziah dan Zhafran menerusi wakil masing-masing. Dato' Hj Hassan Ali menjadi wakil daripada pihak Fouziah manakala Kamal Datuk Hj Abdullah untuk rombongan pihak lelaki.

Aktres berdarah kacukan Pakistan dan Cina itu tampil berbusana anggun berona kuning air ilham pereka tersohor Zery Zamry. Fouziah yang turut ditatarias jurusolek Deq Sha melangkah ke pelamin indah rekaan Nas Great Idea sekitar jam 9.15 malam diiringi ibunya, Puan Sajadi Ibrahim untuk menerima cincin tanda daripada rombongan pihak lelaki.

Fouziah kemudian sah bergelar tunangan kepada Zhafran setelah disarungkan cincin tanda oleh Puan Normah Ali, bakal ibu mertua aktres itu.

Jamuan yang ditaja oleh Kuzie Katering menjadi sesi selingan acara tersebut sebelum diteruskan dengan segmen temubual secara langsung oleh Astro Awani dan media-media lain.

Mengikut perancangan pasangan ini, sepertimana tempoh pengenalan mereka yang singkat sebelum bertunang. mereka juga merancang untuk mengadakan majlis pernikahan dalam masa yang terdekat ini dan tidak mahu menunggu lama untuk mendirikan rumahtangga.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan