Cari Artikel

Saturday, June 1, 2013

RL7 Tiada Penyingkiran - Boy, Okay & Gamat Terselamat


KUALA LUMPUR, 1 JUN 2013: Tiada penyingkiran berlaku dalam Gelanggang Raja Lawak 7 (RL7) minggu kelapan malam tadi, menyaksikan kesemua enam peserta yang tinggal dapat bersaing dalam separuh akhir RL7 yang akan berlangsung minggu hadapan.

Pengumuman tiada penyingkiran itu dilakukan oleh ketua juri, Dato` AC Mizal yang pada awalnya menyaksikan tiga peserta yang berada dikedudukan tiga terbawah dipanggil ke atas pentas.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, RL7, Tiada, penyingkiran, Boy, Okay, Dan, gamat, Terselamat


Tiga peserta tersebut ialah Boy, kumpulan Okay dan kumpulan Gamat. Namun Dato` AC Mizal memberi perkhabaran gembira kepada mereka bertiga dan sekaligus berpeluang meneruskan cabaran minggu separuh akhir minggu hadapan.

Bersiaran secara langsung dari Studio FINAS, Hulu Klang, tema untuk Gelanggang RL7 kali ini ialah `Sukan` dan `Silent Comedy` di mana setiap peserta perlu membuat dua persembahan berbeza.

Gelanggang RL7 minggu ini juga menyaksikan kembalinya Saiful Apek ke bangku juri tetap selepas digantikan Mr OS pada minggu lalu. Seorang lagi juri tetap untuk program ini ialah Isma Alif. Program yang dihoskan oleh Jozan ini turut dipancarkan secara langsung ke Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda untuk menyaksikan mereka bakal beraksi di pentas akhir Gelanggang Raja Lawak 7 yang akan berlangsung dua minggu dari sekarang.

Miss Propa Gigih Bikin Video Proparodi Bobo Demi AF 2013


KUALA LUMPUR, 31 MEI 2013: KUALA LUMPUR, 31 Mei 2013: Wah! Nampaknya ramai di luar sana yang teruja untuk menyertai program realiti TV paling popular di negara ini iaitu Akademi Fantasia selepas pihak Astro mengumumkan bahawa ianya bakal kembali menemui penonton semula.

Menariknya, Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) bakal menemui semula penonton dengan penjenamaan semula serba baru yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Salah seorang daripada ribuan di luar sana yang turut sama teruja untuk menyertai AF 2013 adalah Miss Propa. Khabarnya, Miss Propa yang telah sanggup bersusah payah merakamkan aksi nyanyiannya untuk menyertai ujibakat AF 2013 secara online.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Miss Propa, Gigih, Bikin, Video, Proparodi Bobo, Demi, AF 2013


Yang lucunya, Miss Propa telah meniru aksi parodi Bobo terhadap lagu Sayang yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Shae menerusi video proparodinya. Bagaimana agaknya proparodi yang dilakukan Miss Propa terhadap Bobo? Adakah ianya menjadi? Untuk mengetahui selanjutnya, saksikan video proparodi Miss Propa ini.


Dapatkan juga maklumat tentang lima lokasi uji bakat AF 2013 yang bakal diadakan di lima buah negeri di seluruh Malaysia iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor sepanjang bulan Jun ini.

Lokasi uji bakat yang pertama akan diadakan di Hotel The Zon, Johor Bahru pada 1 & 2 Jun 2013 dan ia mengenal pasti calon-calon terbaik yang dilihat layak untuk diketengahkan dan diberi bimbingan untuk AF 2013.

Jangan lupa tune video proparodi Miss Propa ini. Enjoy!



Sharnaaz Ahmad: Saya Tak Anggap Shila Amzah Musuh


KUALA LUMPUR, 31 MEI 2013: Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, namun pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dia tidak pernah menganggap bekas kekasihnya, Shila Amzah sebagai musuh. Malah, dia mengakui sudah tidak menyimpan rasa dendam terhadap penyanyi muda.

Sebaliknya, Sharnaaz Ahmad berkata dia kini lebih senang menumpukan perhatian kepada kerjayanya sebagai pelakon.

"Apa yang saya belajar ialah kalau seseorang itu bukan jodoh kita, apa-apa perkara pun yang kita rancang dan buat, tidak akan menjadi.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Sharnaaz Ahmad, Saya, Tak, Aggap, Shila Amzah, musuh


"Buat masa ini kami tidak berhubung, bagaimanapun saya tidak pernah angap dia sebagai musuh,"katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran filem Sindiket di Restoran Rebung, petang semalam.

Sharnaaz turut memberitahu dia bersyukur selepas kontroversi tersebut rezekinya sebagai pelakon kian melimpah ruah.

"Alhamdulillah, selepas kontroversi tersebut semakin banyak tawaran filem dan drama untuk saya. Mereka melihat saya sebagai seorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan ia memang perangai saya sejak dulu," jelasnya lagi.

Dalam filem sindiket arahan Bade Hj Azmi ini, Sharnaaz memainkan watak sebagai Inspektor Rudy iaitu anggota polis yang ditugaskan menyelesaikan kes memperdagangkan manusia.

Antara barisan pelakon lain ialah Daphne Iking, Rashidi Ishak, Liyana Jasmay, Sharifah Amani dan Soo Wincci.

RL7: Tema Silent Comedy dan Sukan Jadi Taruhan


KUALA LUMPUR, 31 MEI 2013: Gelanggang Raja Lawak 7(RL7) kini telah pun memasuki minggu kelapan, dan dari sejumlah 14 peserta yang bertanding, kini hanya tinggal enam yang akan meneruskan persembahan pada minggu ini.

Dan pada minggu ini, berbeza dari minggu-minggu lalu, enam peserta tersebut iaitu Wala, Gamat, Boy, Sakan, Okay dan Bora bakal membuat dua persembahan menerusi dua tema iaitu sukan dan 'Silent Comedy'.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, RL 7, RL7, Raja lawak 7, Tema, Silent Comedy, Dan, Sukan, Jadi, Taruhan


Membuat satu persembahan sahaja sudah menjadi tugasan yang sukar, apatah lagi membuat dua persembahan dengan dua tema berbeza, itulah yang akan menjadi cabaran untuk setiap peserta pada minggu ini.

Pengalaman mereka berada hampir dua bulan di program Raja Lawak 7 pasti memberi banyak pengalaman paling tidak sedikit menerusi kelas-kelas yang dikelolakan oleh pakar-pakar lawak atau pelakon hebat yang memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Saingan enam kumpulan ini masih terbuka luas memandangkan belum ada peserta yang benar-benar mendominasi pentas Raja Lawak pada musim kali ini. Sudah pastinya setiap dari mereka membayangkan tempat ke peringkat separuh akhir dan seterus melangkah sebagai finalis di Gelanggang RL7 yang akan berlangsung 2 minggu dari sekarang.

Adakah enam kumpulan ini mampu untuk memberi persembahan hebat menerusi dua tema yang agak sukar iaitu sukan dan 'Silent Comedy'? Atau mungkin tiada penyingkiran yang akan berlaku pada minggu ini?

Sama-sama kita nantikan Gelanggang RL7 minggu kelapan dan terus menyokong program Raja Lawak 7 yang dihoskan oleh dua pengacara hebat Johan dan Zizan (Jozan) dan diadili oleh tiga juri atau pengkritik tetap iaitu Dato' Ac Mizal, Mr OS dan Isma Alif pada setiap hari Jumaat jam 10.00 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Demi Suami, Liyana Jasmay Elak Babak Sentuhan


KUALA LUMPUR, 31 MEI 2013: Sejak mendirikan rumah tangga pada Februari tahun lalu, pelakon Liyana Jasmay akui dia perlu peka dan menjaga batas serta susilanya ketika berlakon demi menjaga hati suaminya, Fathuddin Mazlan.

Justeru, ketika menerima naskhah daripada pengarah Bade Hj Azmi, Liyana Jasmay berkata, terlebih dahulu dia terpaksa mengelak untuk bersentuhan ketika melakukan babak dirinya diorgol dalam filem terbaru berjudul Sindiket.

"Sebenarnya sejak dari dahulu lagi saya peka dengan babak bersentuhan yang intim dan seksi ini kerana bagi saya sebagai seorang pelakon kita ada hak untuk menjaganya walaupun kita hanya melakonkannya.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Demi, Suami, Liyana Jasmay, Elak, Babak, Sentuhan


"Jadi bila saya menerima dan menjaga skrip filem Sindiket ini, ada babak yang perlu saya peka iaitu dirogol dan perlu berpakaian seksi. Saya beritahu Abang Bade yang saya tak mahu bersentuhan ketika dirogol. Maksudhnya mungkin dia boleh buat ianya sebagai kamera trick sahaja tanpa ada sebarang aksi bersentuhan.

"Saya mahu menjaga perasaan suami saya juga kerana saya kini berstatus isteri. Biar nampak seperti saya dirogol teruk tetapi tiada babak sentuhan di set itu sudah mencukupi," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran filem Sindiket di restoran Rebung, petang semalam.

Liyana Jasmay bagaimana pun bersyukur kerana Bade seorang pengarah yang memahami dan bertangungjawab terhadap permintaan pelakonnya itu.

"Saya bersyukur kerana Abang Bade memang seorang pengarah yang memahami dan bertangungjawab kerana dia tidak nampak pelakonnya nampak murahan. Tak seperti pengarah lain yang tidak mengambil berat mengenai isu ini kerana bagi mereka ianya hanya lakonan dan pelakon perlu ikut arahan mereka tanpa menghiraukan status mereka yang sudah berkahwin atau tidak," jelasnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai filem terbaru lakonannya itu, Liayana Jasmay memberitahu dia samat ertuja untuk melakonkannya kerana sudah lama mengidamkan sebuah cerita yang mengisahkan mengenai isu memperdagangkan manusia.

"Pada mula saya baca skrip ini, saya sudah terpikat dengan kisahnya yang mana selama ini saya memang tertarik dengan filem yang mengisahkan mengenai pemerdagangkan manusia ini.

"Saya gembira dan teruja sangat untuk memulakan penggambaran file mini, lebih-lebih lagi di bawah arahan Bade," luahnya lagi

Selain Liyana Jasmay, Sindiket filem terbitan Loyal Studio Sdn Bhd itu turut bakal dibintangi pelakon hebat lain seperti Sharnaaz Ahmad, Sharifah Imani, Daphne Iking dan ramai lagi.

Mengenai perkembangan lain, Liyana Jasmay kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Sahabat untuk Astro sebelum memasuki set Sindiket tidak lama lagi.

Dato` Chef Wan Muncul Dalam Program Fox TV - East Bites West


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 31 MEI 2013: Chef selebriti terkenal antarabangsa, Dato` Redzuawan Ismail atau Chef Wan bakal tampil dalam program masakan berjudul East Bites West yang diterbitkan stesen TV terkemuka dunia Fox TV.

Sudahpun selesai menjalani penggambaran di seluruh United Kingdom (UK) dan juga Malaysia selama 33 hari, program 13 episod yang menampilkan dia menyediakan juadah enak lagi sihat Asia dan antarabangsa itu dijangka akan disiarkan pada penghujung tahun ini.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Chef Malaysia, Dato Chef Wan, Muncul, Dalam, Program, Fox TV, East Bites West


Lebih menarik lagi apabila kali ini Chef Wan akan memasak di dalam caravan atau van mudah alih yang dihias indah khusus untuknya.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Chef Malaysia, Dato Chef Wan, Muncul, Dalam, Program, Fox TV, East Bites West,


Bercakap kepada portal murai.com.my semalam, Chef Wan berkata dia sangat terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh produksi program TV berkenaan walaupun terpaksa bertukar ganti pengarah dan juga krew kerana masalah domestik.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Chef Malaysia, Dato Chef Wan, Muncul, Dalam, Program, Fox TV, East Bites West,


"Saya sama sekali tidak menyangka, pengalaman bekerjasama dengan Fox TV merupakan salah satu pengalaman yang sangat menyeronokan sepanjang saya bergelar chef. Malah daripada maklum balas yang saya terima daripada krew produksi berkenaan, kebanyakan mereka sangat seronok bekerjasama dengan saya, meskipun kebanyakan mereka pernah bekerja dengan selebriti chef dunia yang jauh lebih hebat.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Chef Malaysia, Dato Chef Wan, Muncul, Dalam, Program, Fox TV, East Bites West,


"Ini merupakan pengalaman pertama saya bekerjasama dengan Fox TV dan pastinya saya tidak sabar untuk melihat hasilnya yang akan ditayangkan buat pertama kalinya di Asia pada penghujung tahun ini," katanya gembira.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Chef Malaysia, Dato Chef Wan, Muncul, Dalam, Program, Fox TV, East Bites West,


East Bites West merupakan terbitan Fox TV Eropah dan Amerika Syarikat yang pernah menerbitkan program masakan chef terbaik dunia seperti Keith Floyd, Rick Stein, Gary Rhodes dan Nigella.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Chef Malaysia, Dato Chef Wan, Muncul, Dalam, Program, Fox TV, East Bites West,


Chef Wan berkata, East Bites West merupakan sebuah rancangan yang memerlukan dia menjelajah ke beberapa bandar indah seluruh UK dan beberapa negeri di Malaysia bagi menyahut cabaran tentang penyediaan juadah bagi kedua-dua negara berkenaan.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Chef Malaysia, Dato Chef Wan, Muncul, Dalam, Program, Fox TV, East Bites West,


Antara destinasi di UK yang dijelajahinya bersama krew Fox TV iaitu Plymouth, Falmouth, Exeter, Cardiff, Bristol, Wells, Tavistock, Winchester, Tonnes, Salsbury, Greenwich dan juga London.

Manakala 7 hari penggambaran di Malaysia merangkumi Pulau Pinang, Langkawi, Melaka.

Katanya, dalam salah satu cabaran program berkenaan dia perlu bertanding dengan 13 chef terbaik UK dan juga mencuba sendiri juadah dari negara berkenaan dan begitu juga sebaliknya.

"Dalam program ini saya perlu merasai makanan popular masyarakat British dan dalam masa yang sama saya perlu memperkenalkan mereka dengan juadah Asia terutama sekali hidangan Malaysia yang selalu menjadi kebanggaan saya.

"Jadi ketika menjalani penggambaran di Malaysia baru-baru ini, saya perlu menunjukan bagaimana sumber serta pembuatan sesuatu bahan dalam resipi masakan Malaysia yang menjadikannya cukup enak dan berkhasiat.

"Contohnya saya mengajak krew produksi ke Melaka bagi melihat bagaimana proses pembuatan gula Melaka, begitu juga belacan dan tidak ketinggalan ke Langkawi untuk melihat bagaimana beras terhasil, di Pulau Pinang untuk melihat pemprosesan kicap dan banyak lagi," katanya panjang lebar.

Jelas Chef Wan, dia sangat bersyukur kerana dalam usianya yang semakin meningkat semakin banyak tawaran dari peringkat antarabangsa yang menjengah kepadanya. Walaupun hakikatnya dia boleh duduk bergoyang kaki tanpa perlu sibuk memikirkan penggambaran rancangan masakan.

Bagaimanapun dia sedar, perananya sebagai anak watan dan juga chef antarabangsa sangat besar bagi memperkenalkan hidangan Malaysia di mata dunia.

Malah, restorannya di Singapura yang dibuka sejak tahun lalu nampaknya telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat di sana dan untuk itu dia bercadang untuk membuka satu lagi cawangan di dalam negara tidak lama lagi.

Raja Farah Nafi Tinggalkan Dunia Lakonan Kerana Bisnes


KUALA LUMPUR, 31 MEI: Aktor Raja Farah atau nama sebenar Raja Farah Binti Raja Aziz, 25, akui amat selesa menjalankan perniagaan tudung dan juga kedai Snogurt yang terletak di Metro Point Complex, Kajang.

Namun begitu dia menafikan spekulasi yang mengatakan dia akan meninggalkan dunia lakonan.

"Bukan tidak mahu berlakon tetapi banyak syarat yang perlu dipertimbangkan apatah lagi dengan status saya yang kini sudah bergelar isteri. Apa yang saya lakukan harus ada persetujuan dari suami dan disebabkan itu saya tidak mahu menyusahkan pihak produksi dan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Raja Farah, Nafi, Tinggalkan, Dunia, Lakonan, Kerana, Bisnes


"Lagipun suami lebih mengalakkan Farah berniaga. Pada mulanya Farah ingin juga berlakon selepas mendirikan rumah tangga tetapi bila melihat situasi dan memikirkan suami Farah jadi serba salah dan baru tahu mengapa suami tidak galakkan Fara untuk terus dengan bidang lakonan."

Ujarnya lagi, kesibukan menguruskan perniagaannya itu antara faktor lain dia terpaksa menolak tawaran berlakon.

"Farah buat masa ini tengah seronok berniaga. Biarlah fokus dengan perniagaan ini dahulu," ujarnya yang ditemui di Perhimpunan Jutaan Hari Belia di Putrajaya baru-baru ini.

Setelah mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun pastinya pasangan merpati dua sejoli ini menginginkan anak sebagai pengikat kasih sayang. Itu antara keinginan yang dikongsi wanita yang manis berhijab tatkala ditanya tentang cahaya mata.

"Kalau ikutkan kami tidak pernah merancang untuk dapat anak apatah lagi pada awal perkahwinan Farah dan suami tidak terlalu fokus untuk perkara tersebut tetapi selepas usia perkahwinan kami berusia tiga tahun keinginan itu mulai muncul.

"Melihat suami bermain dengan anak kecil, naluri hati sebagai seorang perempuan untuk mendapatkan anak lebih dalam dan kami sudah bersedia ke arah itu."

Tambah Farah lagi, dia ada berjumpa dengan doktor dan beliau menasihatinya agar lebih banyak berehat.

"Alhamdullilah, saya mempunyai suami yang sangat-sangat memahami, dia banyak sokong saya dan kami sama-sama berdoa agar dikurniakan cahaya mata."

Dalam perkembangan lain, Farah bakal menjadi pengacaran bagi salah sebuah rancangan Travelog yang akan disiarkan Astro Oasis untuk musim ke-9 dan 10 bersama Aktal Sahari.

Zahid Rapping Dalam Menuju Puncak Versi Baru


KUALA LUMPUR, 30 MEI 2013: Minggu lalu, pihak Astro telah mengumumkan kembalinya program realiti TV paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia untuk musim baru selepas lebih setahun berehat. Dikenali dengan Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), program kali ini kembali dengan penjenamaan semula serba baru yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Bakal menyaksikan kebangkitan bintang sebenar, AF 2013 akan memulakan penjelajahan di lima buah negeri seluruh Malaysia iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor sepanjang bulan Jun ini untuk sesi uji bakat bagi mengenal pasti calon-calon terbaik yang dilihat layak untuk diketengahkan dan diberi bimbingan untuk AF 2013.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Zahid, Rapping, Dalam, Menuju Puncak Versi Baru, AF, Af 10, Akademi Fantasia


Apabila disebut program AF, sememangnya ia tidak akan lari dengan lagu Menuju Puncak yang sinonim dengan pelajar-pelajar AF sepanjang sembilan musim ianya berlangsung sebelum ini.

Sidang media pertama AF 2013 yang berlangsung 23 Mei lalu turut menyaksikan lagu Menuju Puncak kembali dipersembahkan oleh tiga bekas pelajar AF yang lalu. Zahid (juara AF2), Stacy (juara AF6) dan Adira (naib juara AF8) kembali mempersembahkan lagu tersebut di hadapan audiens yang hadir pada sidang media tersebut. Dengan susunan muzik baru dan segar, Menuju Puncak dijangka kembali menjadi siualan peminat yang merindui program realiti ini.

Jangan lupa untuk ke laman www.akademifantasia.com.my untuk mengetahui butiran lanjut sesi ujibakat yang akan diadakan 5 lokasi yang disediakan.

Anda juga boleh menonton video persembahan Menuju Puncak dari bekas pelajar AF menerusi video di bawah.



KesSahNya: Erra Fazira Berhijab Benam Isu Shah Jaszle, Afiq Muiz?


KUALA LUMPUR, 31 MEI 2013: Artikel mengenai aktres jelita Erra Fazira yang berbicara mengenai imejnya berhijab baru-baru ini dalam sebuah majlis telah menjadi tumpuan pelayar murai.com.my sehingga ia berjaya berada di dalam senarai Top 10 Carta KesSahNya.

Namun kisah Erra Fazira mahu berhijab itu bersaing hebat dengan dua kisah yang masih hangat diperkatakan sejak 2 minggu lalu iaitu isu Afiq Muiz dilabel sebagai anak derhaka serta artikel Shah Jaszle ditangkap khalwat.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, KesSahNya, Erra Fazira, Berhijab, Benam\, Isu, Shah Jazzle, Afiq Muiz


Mengenai isu Afiq Muiz, ibu Eina Azman yang dikaitkaan sebagai kekasih aktor baru tersebut serta didakwa ibu Afiq sebagai pengikis duit Afiq telah mengeluarkan kenyataan yang cukup panas bahawa dia tidak mahu bermenantukan Afiq Muiz, manakala isu Shah Jaszle ditangkap khalwat pula, setelah lama mendiamkan diri daripada memberikan sebarang kenyataan akhirnya Shah Jaszle tampil ke hadapan menjelaskan bahawa dia telah diperangkap oleh seseorang sewaktu kejadian tersebut berlaku.

Ingin tahu siapakah berjaya menjadi juara carta KesSahNya? Saksikan KesSahNya minggu ini bersama hos Ieka pada minggu ini.

Sementara itu, bagi segmen Seleb Vs GengMurai pula, KesSahNya tampilkan cerita mengenai penyanyi, Hattan yang sekali lagi mahu berkahwin tetapi bakal isterinya itu adalah bekas isteri pertama yang dikahwininya dahulu.

Artikel mengenai Hattan telah menjadi tumpuan pelayar murai.com.my yang memberikan komen dan salah satu daripadanya berjaya untuk dibaca dalam segmen Seleb Vs GengMurai.

Jadi, tunggu apa lagi, saksikan espisod terkin KesSahNnya ini di bawah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan