Cari Artikel

Thursday, May 30, 2013

Leuniey Kini Berhijab, Bakal Kerjakan Umrah Dengan Apex


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 30 MEI 2013: Isteri kepada penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha akui dia kini sudah berhijrah dan kekal berhijab.

Tiada paksaan daripada sesiapa, Leuniey berkata sudah tiba masanya untuk dia berhijrah, lebih-lebih lagi dia dan suami bakal mengerjakan umrah pada ramadan ini.

"Sebenarnya saya baru sahaja berhijab penuh sejak 2 minggu lalu dan sekarang sedang dalam proses untuk biasakan diri bertudung apabila keluar. Bukan apa, terus-terang saya sudah lama simpan niat untuk bertudung ini Cuma tunggu masa saya benar-benar bersedia untuk tampil kekal dengan berhijab. Tak mahu lah jadi bila rimas dan panas saya suka-suka bukak.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Leuniey, Kini, Berhijab, bakal, Kerjakan, Umrah, Dengan, Apex


"Lagipun saya dan Apex bakal mengerjakan umrah pada ramadan ini, jadi saya mahulah belajar untuk bertudung sepenuhnya sebelum ke tanah suci nanti," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Bercakap mengenai pengalamannya yang pertama kali bertudung litup sepenuhnya, Leuniey memberitahu pada mulanya agak sukar baginya untuk menyesuaikannya, namun lama kelamaan ianya menjadi mudah.

"Mula-mula susah juga nak sesuaikan diri dengan bertudung setiap masa apabila di luar, yelah dengan cauca yang agak panas dan sebagainya. Lama kelamaan selepas belajar bagaimana hendak bertudung, saya pun kini sudah semakin selesa dan tenang dengan penghijarahan ini," jelasnya lagi.

Menurut Leuniey lagi dia mempunyai semangat yang kuat untuk berhijrah selepas disokong oleh suami tersayang Apex.

"Selain keluarga, Apex orang yang paling banyak memberikan sokongan dan dorongan tanpa henti kepada saya kerana dia amat gembira apabila saya beritahu saya mahu bertudung," beritahunya.

Sementara itu, Leuniey memberitahu amat teruja untuk mengerjakan umrah pada ramadan ini kerana ianya merupakan bulan madu pertamanya bersama Apex.

"Sejak kami berkahwin, sekali pun tiada peluang untuk kami bersama-sama berbuan madu kerana Apex sangat sibuk dengan tugasnya. Namun ianya tidak menjadi masalah kepada saya, malah saya sendiri memberitahunya jika kami tidak dapat berbulan madu bersama tetapi sekurang-kurangnya dapat Umrah bersama sudah cukup memadai buat saya.

"Alhamdulilah, hajat saya itu bakal ditunaikan tidak lama lagi, Insya Allah," luahnya lagi.

Apex dan Leuniey disatukan dengan ikatan yang sah pada 28 Disember 2012 di kediaman keluarga Leuniey di Kota Bharu, Kelantan.

Mon Ryanti Nafi Keluar MIG Sebab Bercinta


Writer :cinemaonline.com

KUALA LUMPUR, 30 MEI: Aktres muda Mon Ryanti telah memilih untuk keluar daripada pengurusan Metrowealth International Group (MIG) selepas empat tahun bernaung di bawah syarikat yang diterajui oleh penerbit terkenal, David Teo.

Walaupun kontraknya bersama MIG masih lagi berbaki setahun, namun Mon Ryanti atau nama sebenarnya Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee memilih untuk keluar lebih awal.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Mon Ryanti, Nafi, keluar, MIG, Sebab, Bercinta


"Saya sudah tidak bersama MIG sejak Januari lalu. Kalau diikutkan, kontrak saya masih belum habis lagi kerana masih berbaki setahun. Namun setelah berbincang secara baik tentang hal ini dengan David Teo, dia bersetuju untuk melepaskan saya," ujarnya ketika ditemui pada majlis pra-tonton filem "Bro, Nampak Motor Gua?" di TGV Sunway Pyramid semalam.

Jelasnya lagi, keputusan tersebut dibuat kerana ingin menimba banyak pengalaman lain dalam bidang seni.

"Saya membuat keputusan kerana ingin melebarkan sayap dalam bidang seni dengan menerima tawaran daripada pelbagai pihak. Namun saya tidak akan melupakan jasa David Teo yang banyak membuka ruang kepada saya untuk bergelar perlakon," kata Mon Ryanti yang memberitahu akan menerima tawaran daripada MIG jika ada watak yang bersesuaian dengannya pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Mon Ryanti menafikan spekulasi yang mengatakan dia keluar dari MIG kerana tidak mendapat kebebasan bercinta, walaupun mengakui kini sedang dalam proses mengenali hati budi dua jejaka untuk dipilih.

Dalam perkembangan lain, Mon Ryanti bakal muncul dengan filem terakhirnya bersama MIG, "Bro, Mana Motor Gua?" yang akan ditayangkan di pawagam bermula 30 Mei ini.

Juara Kilauan Emas 3 Akhirnya Milik Mior


SHAH ALAM, 30 MEI 2013: Konsert Akhir Kilauan Emas 3 nyata menjadi kenangan bermakna buat peserta yang terkenal dengan tagline 'Rock Brader' Mior Yazid bin Ahmad, 44 tahun apabila dia diumumkan sebagai juara Kilauan Emas 3 (KE3), malam tadi.

Dengan menyampaikan dua buah lagu iaitu Sampai Disini ciptaan Sri Wirama Adnan Abu Hassan dan Aucu serta sebuah lagu berjudul Purnama dari kumpulan Search, Mior Berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah trofi Kilauan Emas musim ketiga, wang tunai bernilai RM50,000 dan sebuah kereta Nissan Livina X-Gear sumbangan Astro bernilai RM90,000.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Juara Kilauan Emas 3, Akhirnya, Milik, Mior


Tempat kedua dimenangi oleh Idris b. Mohd Shabidin, 51, yang membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula menjadi milik Silahuddin b. Hj. Ali, 52, yang memenangi wang tunai RM15,000 beserta trofi.

Satu-satunya peserta wanita di pentas akhir, Alina bt. Hassan, 45, menduduki tempat keempat.

Menarik pada KE3 kali ini adalah tiga anugerah yang diberikan kepada para peserta seperti Anugerah 'Overacting' Terhebat yang dimenangi oleh Alina, Anugerah Personaliti Polident dirangkul oleh Ros atau Rosiah bt. Satiman dengan wang tunai RM10,000 dan Anugerah Khas Juri yang diberikan kepada Mior bersama wang tunai RM5,000.

Konsert Akhir Kilauan Emas 3 menyaksikan penampilan khas Datuk Shake atau Datuk Sheikh Abdullah Ahmad sebagai juri utama bergandingan dengan Ziana Zain dan Datuk Ramli Ms sebagai juri tetap.

Pelbagai kejutan yang tidak disangka berlaku turut berlaku di Kilauan Emas musim ketiga terutamanya rakan-rakan Idris dari pasukan tentera, kejutan kehadiran enam dari daripada tujuh anak Mior dan kanak-kanak istimewa iaitu Iki yang sentiasa dekat di hati pengacara utama Kilauan Emas musim ketiga iaitu Raja Azura atau Kak Engku.

Dengan pengumuman Mior sebagai juara pentas akhir Kilauan Emas musim ketiga maka berakhir sudah pencarian 'Otai Masih Berbisa' untuk kali ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang tidak henti-henti menyokong dan menonton program Kilauan Emas sejak dari musim pertama serta penaja utama Polident sebagai penaja utama.

Kilauan Emas dibawakan oleh Polident dan Astro Prima (105) serta dihoskan oleh dua pengacara hebat Raja Azura dan Feeya Iskandar. Tinggi penghargaan dua juri tetap Ziana Zain dan Datuk Ramli MS dan dua tenaga pengajar Sri Wirama Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar sebagai guru vokal.

Milik Siapa Gelaran Juara Kilauan Emas 3?


KUALA LUMPUR, 29 MEI 2013: Selepas 10 minggu mengharungi pelbagai cabaran dan berentap sesama diri, kini tinggal empat peserta bakal merebut gelaran juara Kilauan Emas Musim Ketiga (KE3) yang akan berlangsung malam ini.

Keempat-empat mereka ialah Mior, Alina, Silah dan Idris yang akan bertanding di pentas akhir KE3 serta berpeluang merebut hadiah lumayan berupa wang tunai RM50,000 serta sebuah kereta!

Sementara itu naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan membawa pulang RM30,000 dan RM15,000.

Malaysia, Artis Malaysia, Selebriti, Hiburan, Milik, Siapa, Gelaran, Juara Kilauan Emas 3


Konsert Akhir Kilauan Emas 3 akan berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, Wisma MBSA, Shah Alam pada malam ini dan orang ramai dijemput hadir beramai-ramai untuk menyaksikan siapakah dikalangan empat finalis ini yang akan bergelar juara.

Tiada tiket masuk dikenakan, anda hanya perlu ke stadium secepat yang mungkin kerana pintu masuk akan dibuka seawal jam 7.45 malam

Siapa antara mereka yang bakal bergelar juara? Adakah juara Kilauan Emas masih seorang lelaki atau tradisi kejuaraan tersebut bakal dipecahkan dan peserta wanita akan menjadi juara untuk musim ketiga ini?

Kepada penonton di rumah pula, sama-sama kita saksikan siaran langsung KE 3 malam ini, 29 Mei 2013 jam 9.30 malam di Astro Prima, Saluran 105 dan tayangan serentak di Astro Mustika HD, saluran 134.

MasterChef: Tema Vegetarian Gagal Selamatkan Shahora


KUALA LUMPUR, 29 MEI 2013: Tema sajian vegetarian yang diberikan kepada para pseserta yang bertanding untuk cabaran Penyingkiran dalam MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2) malam tadi nyata gagal membawa tuah buat pelakon Sharifah Shahora apabila sajiannya gagal memikat juri, sekali gus menjadikannya peserta yang tersingkir.

Terdahulu, Shahora yang menganggotai kumpulan Biru tewas dalam Cabaran Sajian Luar semalam yang bertemakan Masak & Jual. Cabaran mereka telah diadakan di Perhentian Rehat & Rawat Seremban, Lebuhraya Utara Selatan.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, MasterChef Selebriti Malaysia, Tema, Vegetarian, Gagal, Selamatkan, Sharifah Shaora


Kemenangan berpihak kepada pasukan Merah yang mengaut lebih keuntungan berbanding pasukan Biru. Menjadikan setiap ahli kumpulan yang diketuai oleh Enot terpaksa bersaing dalam cabaran Penyingkiran.

Namun dari 5 anggota kumpulan Biru, hanya 4 yang akan bersaing untuk cabaran Penyingkiran dan Syanie terselamat selepas dia menunjukan kemahirannya dalam memotong lobak dan kentang dengan betul. Ini menjadikan ahli kumpulan merah yang lain iaitu Enot, Syura, Michael Ang dan Shahora terpaksa bersaing menyediakan sajian bertemakan vegetarian.

Di penghujung saingan, hidangan pasta Shahora gagal memikat juri menyebabkannya tersingkir. Dengan penyingkiran itu, Sharifah Shahora berjaya mengumpul sebanyak RM6,000 kepada Alzheimer's Disease Foundation of Malaysia (ADFM).

Kini 9 selebriti meneruskan perjuangan mereka dalam Masterchef Selebriti Malaysia. Apakah cabaran yang menanti mereka nanti? Saksikan MasterChef Selebriti Malaysia, Sabtu hingga Selasa, 9 malam di Astro Ria (104) & Mustika HD (134)

Senarai Kategori Dalam Anugerah Lawak Warna


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2013: Penganjuran Anugerah Lawak Warna adalah bagi memberikan penghargaan, penghormatan dan ganjaran kepada individu dan produksi untuk pencapaian cemerlang dalam Televisyen & Filem Komedi.

Sebahagian besar daripada pemenang Anugerah bakal dipilih oleh barisan juri profesional yang terlibat serta disegani dalam industri komedi dan hiburan di Malaysia.

Malaysia, Artis Malaysia, Selebriti, Senarai, Kategori, Dalam, Anugerah Lawak Warna,


Berikut ialah senarai kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Lawak Warna:

Anugerah Terbaik oleh Juri Profesional

1. Filem Komedi Terbaik
2. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)
3. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)
4. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)
5. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)
6. Siri Animasi Komedi TV Terbaik
7. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri)
8. Siri TV Komedi Terbaik
9. Siri Komedi Kanak-Kanak TV Terbaik
10. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri)
11. Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem)
12. Lakon Layar Komedi Terbaik (TV)
13. Skrip Komedi TV Terbaik
14. Skrip Komedi Filem Terbaik
15. Pengarah Komedi Terbaik (TV)
16. Pengarah Komedi Terbaik (Filem)

Anugerah Popular oleh undian SMS

1. Pelawak Lelaki Paling Popular
2. Pelawak Wanita Paling Popular
3. Most Popular Original Viral Video Content
4. Segment Komedi Radio Paling Popular

Anugerah Khas Juri oleh Jawatan Kuasa Penganjur

1. Konsep/Idea Asal Komedi Terbaik

Penyertaan Anugerah Lawak Warna2013 terbuka kepada program atau persembahan yang bersiaran di Malaysia, sama ada melalui televisyen terestrial, kabel, satelit, digital atau di pawagam dan ditayangkan di antara 1 Januari 2012 hingga 31 Mac 2013.

PENJURIAN PERINGKAT PERTAMA: 17 Jun - 21 Jun 2013

Setiap penyertaan diteliti bagi memastikan ia menepati definisi kategori pencalonannya. Semua pencalonan dinilai dan disenarai pendek ke hanya 5 calon setiap kategori.

PENJURIAN AKHIR: 1 Julai - 21 Julai 2013

Setiap ahli panel juri akan diberi salinan DVD dan borang penjurian setiap kategori. Juri akan menghakimi calon secara peribadi. Walau bagaimanapun, borang penjurian akhir perlu diserahkan kepada juruaudit oleh penganjur Anugerah Lawak Warna sebelum 21 Julai 2013.

UNDIAN UNTUK ANUGERAH POPULARITI: 17 Julai - 16 Ogos 2013

Anugerah Lawak Warna Dianjurkan IB 16 Ogos Ini


Kuala Lumpur, 28 MEI 2013: Buat julung kalinya, Astro Warna bakal menganjurkan Anugerah Lawak Warna di Istana Budaya pada 16 Ogos nanti dan ianya ya akan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika.

Penganjuran anugerah tersebut dibuat untuk mengiktiraf dan menghargai usaha dan pencapaian cemerlang individu dan pihak produksi yang terlibat dalam bidang komedi sama ada di televisyen mahupun di layar perak.

Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, pihaknya percaya matlamat utama untuk memartabatkan yang terbaik daripada komedi Malaysia pada majlis Anugerah Lawak Warna ini bakal ditunggu-tunggu serta mampu mendapat sambutan hebat.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Anugerah Lawak Warna, Dianjurkan, IB, 16, Ogos, ini


"Kami juga percaya, acara ini dijangka akan mencetuskan sekali lagi fenomena di televisyen dengan memaparkan kelainan seperti pengisian acara, kategori yang dipertandingkan dan himpunan terbesar artis komedi yang ada di negara ini sama ada yang terbaru, mahupun para 'otai' yang kini sudah dianggap lagenda bidang lawak di Malaysia.

"Kami merasakan sudah tiba masanya artis dan karya komedi mendapat pengiktirafan yang setara dengan bidang seni lain, bersesuaian dengan usaha dan pengorbanan mereka selama ini," katanya kepada murai.com.my.

Menariknya, majlis anugerah ini bakal menggabungkan elemen kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang. Menerusi 20 kategori yang dipertandingkan, sebanyak 16 kategori bakal diadili menerusi sistem penjurian profesional manakala empat kategori berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS.

Selain itu satu kategori anugerah khas juri bakal diberikan oleh jawatan kuasa penganjur kepada individu ataupun produksi yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap industri Televisyen & Filem Komedi.

Jelas Nizam Sani lagi, setiap penyertaan dijanjikan dengan ketelusan dalam penjurian yang akan dilakukan oleh barisan juri profesional yang dilantik. Pada sidang media ini juga, Astro Warna turut memperkenalkan Dato' AC Mizal sebagai pengacara siaran langsung Anugerah Lawak Warna.

Yasmin Hani Umum Hamil Anak Pertama Di Instagram


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2013: Tahniah diucapakan kepada pelakon dan pengacara popular, Yasmin Hani yang baru sahaja mengumumkan yang dia kini hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan Shaarin Blackrose.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial Instagram milik Yasmin sendiri. Menerusi status di Instagram miliknya, Yasmin, 33, memberitahu dia kini telah hamil 16 minggu dan meminta semua peminat dan orang yang mengenalinya supaya mendoakan segala kebaikan buat bayi yang bakal yang lahir dan juga kesejahteraan mereka suami isteri.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Yasmin Hani, Umum, Hamil, Anak, Pertama, Di, Instagram


Berikut adalah status yang dimuat naik Yasmin di Instagram miliknya:
@yasminhani Hello everyone!! Today is a special day coz we decided its time to share this great news with all of u. Syukur Alhamdulillah we r blessed as we will welcoming a new member to our family!! I am now 16 weeks (Picture was taken way before) Please doakan yg baik2 utk bakal baby yg akan lahir dan kami juga, Amin. Much love from us.

Dari portal Murai, tahniah kami ucapkan dan berita baik ini muncul di saat Yasmin Hani akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke 34, 11 Jun ini.

Yasmin Hani atau nama sebenarnya, Yasmin Hani Richardson selamat diijabkabulkan dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong dalam satu majlis akad nikah pada 21 Oktober 2011. Majlis resepsi kemudiannya diadakan di Duchess Place Jalan Ampang pada hari yang sama.

Suami Tak Hadir, Cerai Taklik Noniswara Diteruskan


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2013: Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa akan meneruskan perbicaraan kes penceraian secara taklik pelakon Noniswara yang ditetapkan pada 18 Jun depan jika suaminya, Datuk Rosman Ridzwan enggan tampil ke mahkamah.

Menurut laporan Mstar Online sebentar tadi, Peguam Syarie yang mewakili Noniswara, Datuk Amli Embong berkata, pihaknya akan menghantar notis saman penyampaian gantian kepada Rosman kerana gagal menyerahkan writ saman sebelum ini.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Suami, Tak, Hadir, Cerai, Taklik, Noniswara, Diteruskan


Kes berkenaan di dengar di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus di dalam kamar.

Tambah Amli, permohonan taklik itu dibuat selepas gagal mendapat kerjasama daripada Rosman selaku defendan bagi menyelesaikan kes penceraian itu secara baik.

Noniswara atau nama sebenarnya, Noniswara Baharuddin, 46, pada 18 April lalu menarik balik permohonan cerai secara baik dengan kebenaran mahkamah terhadap Rosman selepas gagal menyerahkan surat saman permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.

Kemudian pada 9 Mei lalu pula, pelakon itu memfailkan permohonan cerai secara taklik mengikut Seksyen 50 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Nonis dan Rosman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009.

Shae Tidak Rasa Dimalukan Bobo Dengan Parodi Sayang!


KL, 28 MEI 2013: Penyanyi baru Indonesia yang kini semakin terkenal dengan lagunya yang berjudul Sayang, mengakui tidak terasa dimalukan dengan tindakan bakat Youtube tempatan, Bobo apabila memparodikan lagu tersebut dengan cara yang cukup gedik.

"Tidak... saya langsung tidak terasa pun dengan apa yang dilakukannya terhadap lagu Sayang di dalam Youtube tersebut, apatah lagi dimalukan. Malah, saya berasakan apa yang dilakukannya itu sangat lucu sekali dan saya rasa dia juga seorang yang lucu," kata Shae kepada murai.com.my.

Shae juga turut berasakan bahawa video parodi Bobo itu secara tidak langsung turut membantu mempopularkan lagunya (Sayang) itu secara lebih meluas lagi khususnya di negara ini.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Shae, Tidak, Rasa, Dimalukan, Bobo, Dengan, Parodi Sayang


"Ada yang kata tengok video Bobo itu dulu, baru tahu lagunya. Apapun, sekarang ini, Bobo sudah famous," kata Shae sambil tertawa.

Pun begitu, Shae mengakui bahawa setakat ini, dia memang sama sekali tidak pernah berjumpa dengan Bobo.

"Tapi, kalau bercakap dengan dia, memang sudah pernah. Waktu itu saya diwawancara radio Era kira-kira sebulan yang lalu. Dalam perbualan saya dengan Bobo, dia beritahu bahawa dia memang suka dengan lagu Sayang itu. Ada juga beberapa perkara lain yang dia cakap.

"Tapi, saya tak mampu kongsi kerana saya ianya ditujukan khsus buat saya dan saya rasa biarlah saya seorang yang menyimpannya," katanya.

Ketika dihubungi Shae sudah pun berada di dalam negara untuk menjayakan sebuah penggambaran telefilem. Namun, dia tidak dapat mengulas lanjut tentang projek telefilem tersebut. Namun, sejak lagu Sayang dipasarkan di Malaysia, dia sering berulang-alik ke negara ini dan nampaknya Malaysia sudah pun menjadi rumah keduanya.

Ketawa memdengar kenyataan itu, Shae bagaimanapun berkata, masih banyak yang perlu dipelajari mengenai negara ini. Namun saya bersyukur kerana peminat Malaysia suka dengan lagu saya. Bagi saya itu adalah satu kejayaan yang cukup besar.

"Malah ada yang sudah mengetahui siapa saya. Sebabnya, bila saya jalan-jalan, ada yang minta untuk mengambil foto dengan saya. Bila orang tahu dan kenal saya, bagi saya itu cukup menyenangkan," katanya lagi.



RL7 Rehatkan Saiful Apek, Mr OS Pengganti


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2013: Ketiadaan Saiful Apek sewaktu Gelanggang Raja Lawak 7 (RL7) minggu ketujuh pada Jumaat lalu terjawab apabila pihak Astro hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pelawak terkenal itu akan direhatkan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada kes perbicaraan dadah.

Menerui laporan akhbar Harian Metro hari ini, Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 44, telah diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan memasukkan dadah kanabis ke dalam badan bersama tiga rakannya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, minggu lalu. Kesemua mereka akan membela diri di di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bermula 15 hingga 18 Julai ini.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, RL7, Raja Lawak 7, rehatkan, Saiful Apek, Mr OS, Pengganti


Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, keputusan untuk merehatkan Saiful Apek dibuat bagi membolehkan pelawak terkenal itu memberi tumpuan kepada kes berkenaan. Apek merupakan salah seorang juri tetap yang bertindak selaku pengkritik dalam program RL7 bersama Dato` AC Mizal dan Isma Alif.

Sementara itu, Nizam Sani turut berkata pihak Astro tidak pernah menggantung atau menggam mana-mana pihak yang bekerjasama dengan mereka tanpa alasan kukuh.

"Kami sudah berbincang dengan Saiful dan kami ambil keputusan untuk merehatkannya daripada komitmen sebagai juri tetap Raja Lawak musim ini hingga kesnya selesai. Kami cukup profesional dan bertolak-ansur dalam hal sebegini," jelas Nizam Sani lagi.

Nizam turut berkata bagi menggantikan Apek, pihaknya telah mengambil keputusan untuk mengundang pelawak berpengalaman, Mr Os bagi menggantikan Apek sebagai juri tetap bermula dari minggu lalu.

Os akan menggantikan Apek sehingga kes itu selesai dan pemilihan Os dibuat berdasarkan pengalamannya yang sudah biasa dengan format Raja Lawak.

Kes Khalwat: Shah Jaszle Dakwa Dirinya Diperangkap


Seperti dilaporkan mStar Online

KUALA LUMPUR, 28 MEI 2013: Selepas 2 minggu menyepikan diri dan melarikan diri dari menjawab persoalan media, aktor Shahr Jaszle, 25, akhirnya mendedahkan kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya pada 16 Mei lalu adalah satu perangkap.

Menerusi laporan mStar Online hari ini, Shah Jaszle berkata, dia percaya dirinya tidak bersalah kerana ketika serbuan itu dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dia bukannya berada berdua-duaan sebaliknya terdapat lima orang lain di tempat kejadian tersebut.

Shah Jaszle turut menambah yang dia tidak boleh memberi komen lanjut tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Jenayah, Kes, Khalwat, Shah Jaszle, dakwa, dirinya, diperangkap


Cuma apa yang boleh dijelaskannya, dia telah diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab dan berharap perkara itu akan terungkai ketika perbicaraan kes ini di mahkamah pada November nanti.

Dalam pada itu aktor yang dikenali menerusi filem Azura 2011 berkata, dia sedikit pun tidak berasa tergugat walaupun namanya sudah tercalar gara-gara kejadian itu.

Shah Jaszle berkata selepas diikat jamin, dia terus mengumpulkan keluarganya serta keluarga pihak tunangnya, Redzwani Puteri, 25, bagi menjelaskan situasi sebenar apa yang telah berlaku.

"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan.

"Selepas menceritakan kejadian itu, pihak keluarga juga merasakan ia seperti sebuah perangkap," ujarnya.

Tambah aktor tersebut, dia juga bersyukur mempunyai tunang yang cukup memahami dan tidak melatah selepas mendapat tahu kejadian tersebut

"Nampak sahaja dia lembut, tetapi dia seorang yang bijak dan berjiwa kental. Ketika saya ditahan pihak JAIS, tunang menelefon saya untuk mendapatkan penjelasan tetapi saya kata, hal ini perlu dibincangkan secara bersemuka.

"Syukur, dia sangat tenang dan faham selepas mendengar cerita sebenar daripada saya," jelas aktor itu lagi

Dalam pada itu, Shah Jaszle berkata, kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya itu merupakan satu pengajaran besar buatnya di mana dia perlu berhati-hati dalam setiap langkah yang dilakukan selepas ini.

"Ia menjadi tauladan besar buat saya. Tidak sangka, dalam berjaga-jaga batas pergaulan, perkara begini boleh terjadi kepada saya," katanya mengakhiri perbualan bersama mStar Online.

Nash Puas Hati Pembunuh Sosilawati Dihukum Gantung


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 28 MEI 2013: Sehubungan dengan kisah tragis yang meragut nyawa usahawan kosmetik ternama, Dato` Sosilawati Lawiya bersama 3 orang individu lain di Banting 3 tahun lalu, ianya telah mendapat pembelaan apabila penjenayah mendapat hukuman setimpal yang telah dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam, minggu lalu.

Para penjenayah yang terdiri daripada bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh pemilik label kecantikan Nouvelle Visages tersebut dengan kejam dipercayai pada malam, 30 Ogos 2010.

Penyanyi daripada kumpulan Lefthanded, Nash atau Nasharuddin Elias yang pernah bergelar suami kepada tokoh korporat itu telah melahirkan rasa simpati, namun nyata berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah tersebut.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Jenayah, Nash, Puas, Hati, Pembunuh, Sosilawati, Dihukum, Gantung


"Mengenai hukuman gantung yang dijatuhkan kepada pesalah itu ia memang wajar dan memberikan gambaran mengenai sistem keadilan negara yang telus. Saya sangat bersetuju dan berpuas hati apabila mendapat tahu mengenai keputusan akhir mengenai kes ini.

"Daripada mula ia berlaku, saya memang mengikuti kes yang saya sifatkan kejam dan tidak berperikemanusian. Saya juga turut simpati dengan kehilangan ini yang sudah pasti lebih perit dirasai anak-anaknya.

"Pernah menjadi suami kepada dia (Sosilawati) saya akui saya memang mengambil tahu mengenai tragedi yang kejam ini,"jawab Nash ketika ditemui media pada sidang akhbar showcase "One Nite Only" di Heritage Club, Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, minggu lalu.

Walaupun tiada mempunyai zuriat bersama, Nash masih lagi berhubung dengan adik-beradik Sosilawati tetapi tidak dengan anak-anak tokoh korporat tersebut.

"Saya dengan adik beradik dia (Sosilawati) masih berhubung. Saya pernah pergi kerumah adiknya dan begitu juga mereka jika saya jemput ke kenduri di rumah saya mereka akan datang jika berkesempatan.

"Tetapi dengan anak-anaknya, saya tidak berhubung. Apabila saya dan Sosilawati tidak lagi bergelar suami isteri, saya tidak ada apa-apa hubungan dengan mereka lagi,"jawabnya ringkas.

Sosilawati dan Nash telah mendirikan rumah tangga pada 16 November 2006 sebelum keduanya memilih untuk membawa haluan sendiri selepas lebih kurang 3 tahun bersama iaitu pada 26 Mei 2009. Kes pembunuhan tokoh kosmetik tersebut telah menggemparkan negara setelah dipercayai dibunuh Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Dalam pada itu, Nash yang juga vokalis daripada kumpulan rock lagenda Lefthanded meluangkan masa ditemubual sebaik berakhirnya sidang akhbar One Nite Only iaitu persembahan eksklusif yang dijadualkan berlangsung pada pada 21 Jun depan di Heritage Club, Hotel Royale Chulan dengan harga tiket RM 85.

Para peminat tegar kumpulan serta penyanyi rock hebat ini bakal didendangkan dengan killer song yang terus kekal segar dalam ingatan peminat penyanyi yang pernah hits dengan lagu antaranya Pada Syurga Diwajahmu itu sekitar tahun 90'an.

Eira Syazira Temani Ibu Ketika Hembusan Nafas Terakhir


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 27 MEI 2013: Pelakon, Eira Syazira mengesahkan bahawa ibu tercintanya, Che Ruhani Che Hassan sudah pun kembali ke rahmatullah di Hospital Putrajaya pada 7.20 pagi tadi.

Eira Syazira memberitahu Allahyarham meninggal dunia akibat kanser payu dara tahap 4 yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Meskipun sedih dan sayu mengenangkan ibunya yang sudah pun pergi meninggalkan dirinya buat selamanya, namun Eira Syazira berkata dia bersyukur kerana berpeluang berada di samping ibunya saat beliau menghembuksan nafas yang terakhir.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Eira Syazira, Temani, Ibu, Ketika, Hembusan, Nafas, Terakhir


"Sudah tentu pemergiannya merupakan satu kehilangan yang sangat besar buat saya tetapi saya relakannya pergi daripada melihat dia menderita lagi selama ini. Sejak mommy (ibu) sakit 3 tahun lalu saya memang kerap berada bersamanya, malah selepas kansernya semakin teruk saya melawatnya hampir setiap hari.

"Malah, saya bersyukur kerana dapat bersama dan temaninya dia sejak semalam sehinggalah dia menghebuskan nafas yang terakhir. Saya juga sempat bercakap dengannya, tetapi dia hanya bertindak balas dengan mengalirkan air mata sahaja.

"Alhamdulilah, Tuhan lebih menyayanginya dan dia pergi dengan keadaan yang sangat tenang," katanya kepada murai.com.my

Allahyarham disembahyangkan di Masjid Besi Putrajaya dan telah pun dikebumikan di Tanah Perkuburan Putrajaya.

Sambung Eira Syazira lagi, dia lega kerana permintaan ibunya sejak beberapa minggu lalu untuk melihat anaknya, Amarra Sofea sebelum meninggal dunia sudah dapat dipenuhi pada saat-saat terakhir.

"Ketika saya melahirkan Amarra memang terkilan juga sebab dia tidak dapat menjaga saya ketika berpantang sepenuhnya. Tetapi walaupun dia tidak kuat dan sakit, mommy tetap mahu memandikan anak saya.

"Dia juga selepas itu tidak dapat bersama Amarra kerana beberapa kali dimasukkan ke hospital dan Amarra pula tidak dibenarkan naik ke wad kerana dia masih kecil. Namun, bagi memenuhi hajatnya yang teringin sangat hendak melihat cucunya itu, saya bawakan juga Amarra berjumpanya semalam dan dia sempat menciumnya," luahnya lagi.

Amarra Sofea merupakan cahaya mata hasil perkahwinannya bersama pelakon Azad Jazmin.

Zahid Berkahwin Dengan Teman Twitter 7 Jun ini


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2013: Penyampai radio Era, Zahid atau Ahmad Zahid Baharuddin, 32, akui bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasihnya Sarah Julifa Isa yang telah dikenalinya setahun lalu menerusi laman sosial Twitter.

Menerusi laporan akhbar Kosmo hari ini, Zahid berkata dia kini sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Zahid, Berkahwin, Dengan, Teman, twitter, 7, Jun, Ini


"Ya, memang benar saya akan berkahwin tidak lama lagi. Kami telah berkenalan sejak tahun lalu dan memutuskan untuk berkahwin pada 7 Jun ini. Majlis pernikahan akan diadakan di rumah sebelah perempuan di Teluk Intan, Perak dan resepsi akan berlangsung pada 8 Jun di rumah pengantin perempuan.

"Kemudian, majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Jun juga di Teluk Intan, Perak. Saya sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan inilah masa yang paling sesuai. Saya berharap tidak akan timbul sebarang masalah selepas ini," katanya.

Perkenalan antara Zahid dan Sarah Julifa, 25, bermula ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu selepas beberapa ketika berinteraksi melalui laman sosial Twitter.

Malah, sepanjang perkenalan Zahid tidak pernah mengetahui bahawa Sarah Julifa bekerja di bawah satu bumbung dengannya iaitu di Astro.

Fouziah Gous Bertunang 1 Jun Ini, Nikah September!


Sumber Berita Harian

KUALA LUMPUR, 28 MEI 2013: Pelakon Fouziah Gous, 30, akhirnya mengakui bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Md Zhafran Md Yusof pada 1 Jun ini, Malah, dalam laporan akhbar Berita Harian semalam, Fouziah Gous memberitahu dia tidak mahu bercinta lama dengan kekasihnya itu lalu memilih September ini untuk disatukan dengan ikatan yang sah.

"Zhaf kenal perangai saya. Dia tahu saya jenis yang tidak suka membuang masa ketika bercinta. Saya lebih percaya kepada percintaan selepas berkahwin. Disebabkan itu, dia melamar walaupun baru beberapa bulan kami bercinta.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Fauziah Gous, Bertunang, 1, Jun, ini, Nikah, September


"Sekurang-kurangnya ikatan ini dapat mengelak kami daripada difitnah. Kami membuat keputusan tidak mahu mengikat tali pertunangan terlalu lama kerana kami juga adalah rakan kongsi perniagaan.

" Apabila adanya ikatan yang sah, lebih mudah untuk kami menguruskan perniagaan bersama-sama. Jadi tidaklah menjadi buah mulut orang jika mereka sering melihat kami bersama-sama," katanya.

Majlis pertunangan dijangka berlangsung pada sebelah malam itu diadakan secara sederhana untuk keluarga kedua-dua belah pihak. Mengenai lokasi pertunangannya pula, kata Fouziah, dia dalam dilema berikutan kemungkinan mereka perlu menukar tempat lain selepas sepakat memilih suatu lokasi istimewa sebelum ini.

Fouziah dan Zhaf berkenalan menerusi adik kepada kakak ipar Fouziah yang juga rakan rapatnya lebih setahun lalu. Jejaka lulusan Ijazah Perakaunan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) itu memiliki syarikat keselamatan Arrow Guard dan menjadi perunding kewangan.

4 Gergasi Rock Asia Gabung Dalam Thunder in The East


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2013: Gergasi rock Asia iaitu Loudness (Jepun), Search (Malaysia), Rusty Blade (Singapura) dan Slank (Indonesia) akan bergabung di atas satu pentas yang sama untuk menggegarkan industri rock tanahair di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun ini.

Konsert yang diberi nama Thunder In The East 2013 ini bakal menjadi realiti buat para peminat muzik Rock yang sekian lama menantikan empat band hebat ini beraksi di atas satu pentas yang sama. Gabungan hebat ini sudah cukup untuk membuat mereka di luar sana teruja dan tidak sabar untuk 'sing-a-long' bersama dengan empat band lagenda kegemaran mereka ini.

Dibawakan khas oleh Clockwork Events dengan kerjasama dari Puzzleworks dan Inderacorp Ventures Sdn Bhd, konsert Thunder In The East 2013 bagaikan satu petanda buat para peminat muzik tanah air bahawa akan ada 'Panahan halilintar' hebat yang akan melanda Stadium Negara dengan muzik Heavy Metal dan Rock & Roll era 80an yang cukup sinonim dengan pentas tanah air.

Malaysia, Antarabangsa, Hiburan, Jepun, Singapura, Indonesia, 4, Gergasi, Rock, Asia, Gabung, Dalam, Thunder in The East, Loudness, Search, Rusty Blade, Slank, Rock Kapak, Rock n Roll


Nama konsert ini diambil sempena nama album kelima Loudness yang diterbitkan pada tahun 1985 dan merupakan album pertama bersama label Amerika Syarikat iaitu Atco Records. Kejayaan album ini boleh dilihat selepas berjaya menghuni cara Billboard 200 di kedudukan 74 selama 23 minggu.

Ini merupakan kunjungan kedua Loudness ke Kuala Lumpur selepas pertama kali menghiburkan para peminat mereka di negara pada bulan Julai 2011 di KL Life Centre sempena World Tour King of Pain, di mana mereka meraikan sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Loudness pada tahun 1981.

Dalam pada itu, pemilihan Search untuk berkongsi pentas bersama Loudness dilihat satu keputusan tepat dengan status mereka sebagai sebuah band rock nombor satu negara. Dengan line-up terbaik mereka iaitu Amy (vokal), Kid (gitar), Din (gitar), Nasir (bass) dan Yazit (dram), Search yang boleh dikatakan 'sezaman' dengan Loudness tiada masalah untuk menawan Stadium Merdeka dengan lagu-lagu nostalgia 80-an mereka.

Apa yang menarik, dalam konsert Loudness di Kuala Lumpur dua tahun lalu, Amy turut dijemput untuk berduet dengan Niihara dalam lagu Shadow Of War dan Let It Go. Amy ketika ditemui di konsert berkenaan dipetik sebagai berkata, dia teruja apabila diberi peluang berduet bersama Niihara dalam konsert terbabit.

Menambahkan kuasa 'panahan halilintar' dalam konsert Thunder In The East 2013 ialah Slank yang diterbangkan khas dari Jakarta, Indonesia. Walaupun nama Slank tidaklah segah band-band Indonesia lain yang lebih 'radio friendly' tetapi di Indonesia, Slank adalah fenomena.

Berbanding tiga band lain, Slank yang dibarisi Kaka (vokal), Bimbim (dram), Abdee (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass) adalah yang paling 'junior' kerana album sulung mereka Suit...Suit...He...He (Gadis Sexy) diterbitkan pada 1990. Namun, kini dengan 19 album studio serta jualan keseluruhan mencecah jutaan unit, mereka adalah 'living legend' di Indonesia.

Slank pernah menghiburkan peminat di Malaysia dalam Konsert S2 bersama Wings dan Spider di Stadium Merdeka pada dan mendapat maklum balas amat positif.

Walaupun Singapura adalah tempat kelahiran band rock legenda Melayu, Sweet Charity serta band-band hebat lain seperti The Unwanted, Rockers dan Lovehunters, tetapi Rusty Blade berbeza kerana muzik mereka lebih berat selain persembahan yang cukup energetik!

Dengan mendambakan muzik dari band-band hebat seperti Black Sabbath, Judas Priest dan Iron Maiden, sudah pasti muzik Rusty Blade lebih berpaksikan bawaan muzik yang lebih berat.

Rusty Blade sebenarnya dianggap sebahagian daripada komuniti rockers di Malaysia pada waktu itu, seiring dengan nama-nama besar di Malaysia seperti Search, Wings, Lefthanded dan Bloodshed.

Selain Zan, band ini dianggotai Yantzen (vokal), Khalid Mobin (gitar), Md Noor Hendrix (gitar) dan Man Karan (bass). Mereka memiliki empat album iaitu 786 Ikrar Perwira (1986); Rintangan Hidup Dunia (1987); Berat (1988) dan Awas (1989) yang mana kesemuanya memiliki kelebihan sendiri dari segi lagu dan gubahan muziknya.

Kekuatan dan kelebihan setiap band ini adalah faktor menjadikan konsert ini sebagai konsert yang wajib ditonton sebagai membuktikan anda merupakan rockers sejati! Jadi jangan lupa untuk sama-sama menyaksikan konsert hebat Thunder In The East 2013 ini pada 30 Jun ini bermula jam 4.00 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Harga tiket bermula dari RM888(VVIP Platinum), RM398 (VIP Gold), RM258 (VIP Silver) dan RM138 (Tiket biasa). Tiket bagi dua kategori ini hanya dicetak terhad iaitu tiket VIP Platinum sebanyak 400 keping manakala VIP Gold sebanyak 1,000 keping.

Bagi pembelian tiket awal (early bird) bermula pada 18 Mei hingga 31 Mei dengan pembeli layak mendapat diskaun sebanyak 10 peratus untuk semua tiket. Tiket boleh dibeli di www.ticketpro.com.my atau hubungi 03-78807999.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenia konsert ini di www.clockwork.com.my atau di twitter @ThunderInEastMY; @clockwork _crew atau di Instagram @TITE2013.































MasterChef: Tibanya Giliran Radhi OAG Tersingkir


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2013: Setelah beberapa kali terselamat dari saingan penyingkiran, Radhi OAG terpaksa menerima hakikat yang tuah tidak lagi memihak kepadanya apabila dia diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dalam saingan MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2) semalam.

Bersaing dalam Pusingan Penyingkiran semalam, Radhi yang digelar 'runner' dalam MSM2 kerana kelincahannya berulang-alik mengambil bahan-bahan sewaktu Cabaran Sajian Luar terpaksa menerima hakikat bahawa sajiannya yang dinamakan Lob Star gagal memikat barisan juri.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, MasterChef Selebriti Malaysia, Tibanya, Giliran, Radhi OAG, Tersingkir


Penyingkiran Radhi menjadikannya peserta yang kesembilan tersingkir dari dapur masakan MSM2. Vokalis kumpulan OAG ini juga berjaya mengumpul RM5500 untuk Rumah Pengasih.

Selain Radhi, peserta lain yang terpaksa bersaing dalam Ujian Sajian Pantas semalam ialah Cat Farish yang pertama kali memasuki penyingkiran serta Sharifah Shahora dan Kenchana Devi. Tema masakan mereka semalam ialah hidangan daripada Udang Kipas atau Udang Ketak daripada spesis Udang Kara yang jarang ditemui.

Kini 10 selebriti terbaik telah tersenarai selepas Radhi tersingkir dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia. Sebelum Cabaran Sajian Luar bermula, pembahagian kumpulan telah dijalankan. Celina yang memenangi

Ujian Cipta Rasa terpilih sekali lagi menjadi ketua dan memilih BIRU sebagai warnanya. Celina juga diberi peluang memilih ketua pasukan lawan dan terus memilih Enot.

Apakah cabaran yang harus mereka hadapi esok? Ke mana pula lokasi mereka kali ini? Saksikan MasterChef Selebriti Malaysia, Isnin, 9 malam di Astro Ria (104) & Mustika HD (134)

4 Tahun Dengan Vono, Maya Karin No Komen Pasal Bayaran


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2013: Meskipun sudah memasuki tahun ke-4 perlantikan sebagai duta kepada jenama tilam Vono, aktres jelita, Maya Karin akui amat gembira dan seronok meneruskan kerjasamanya dengan syarikat tersebut.

Malah, Maya Karin berkata dia amat berbesar hati kerana kontraknya masih disambung dari tahun ke tahun

"Saya berbesar hati kerana pelantikan saya sebagai duta masih diteruskan walaupun sudah masuk tahun ke- 4. Mereka mungkin ada sebab mengapa masih memilih saya tetapi saya sendiri berpuas hati dengan kerjasama ini.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, 3, Tahun, Dengan, Vono, Maya Karin, No, Komen, Pasal, Bayaran


"Lagipun, ada baiknya saya berkongsi kualiti dan faedah menggunakan tilam Vono ini kepada orang ramai. Harganya berpatutan. Saya juga seronok punya 4 tilam di rumah selama menjadi duta kepada Vono," katanya kepada murai.com.my ketika sidang media perlantikannya sebagai Duta kali ke 4 Vono, di Bangi, pagi Jumaat lalu.

Maya menjadi duta kepada Vono sejak tahun 2010.

Apabila diusik adakah dia bersetuju meneruskan kontraknya bersama syarikat tilam tersebut disebabkan bayarannya yang semakin meningkat , Maya bagaimanapun cuba mengelak dan memberitahu dia bersetuju semuanya kerana hubungan yang baik yang telah terbina.

"Apa yang boleh saya katakan, saya sangat bersyukur kerana hubungan kami yang terjalin sejak 4 tahun lalu sangat baik hingga sekarang.

"Nampaknya mereka gembira dengan penglibatan saya kerana jualan dan maklum balas yang diterima sangat baik," luahnya lagi.

Selain Vono, Maya juga turut menjadi duta kepada produk lain seperti Loreal Paris dan Inner Shine.

Lagak Miss Propa Dalam Video Proparodi Afiq Muiz


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2013: Isu mengenai pelakon baru Afiq Muiz telah dilabel sebagai anak derhaka oleh ibunya Hasliza Mohd, 48, nampaknya masih lagi hangat diperkatakan oleh segelintir pihak.

Lebih-lebih lagi apabila Afiq Muiz tampil ke hadapan dengan mengadakan sidang media tergempar untuk menepiskan segala dakwaan ibu kandungnya itu serta membersihkan namanya yang sudah tercemar.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Miss Propa Lah, Lagak, Miss Propa, Dalam, Video, Proparodi, Afiq Muiz,


Namun, tindakan Afiq Muiz itu dianggap tidak begitu bijak kerana ia mampu mengeruhkan lagi keadaan. Lebih-Lebih lagi dengan kehadiran seorang lagi pelakon baru Eina Azman serta ibunya yang selama ini turut dikaitkan dengan isu tersebut.

Pun begitu, ada juga segelintir pihak yang menyokong tindakan Afiq Muiz. Walau apapun, Miss Propa nampaknya cuba tampil dengan video proparodi sidang media Afiq Muiz itu. Bagaimana agaknya video proparodi Miss Propa mengenai Afiq Muiz ini? Jom kita saksikan...



Kak Pah, Khaty Ibrahim, Uji Rashid Kongsi Pentas


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2013: Julung kalinya dalam sejarah hiburan tanah air, penyanyi bertaraf lagenda iaitu Datuk Sharifah Aini, Dato' Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid bakal berkongsi pentas yang sama dalam satu konsert amal, Malam Amal Bersama 3 Diva yang akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, di sini pada 12 Jun ini.

Konsert yang dianjurkan oleh syarikat pengurusan acara Kaizen Asia Sdn Bhd itu diakan bagi mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Tunggal Selangor.

Khadijah Ibrahim berkata dia amat teruja untuk bersama-sama dengan dua penyanyi lain yang juga sahabtanya itu untuk pertama kalinya disamping menghiburkan ahli-ahli persatuan tersebut.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Kak Pah, Sharifah Aini, Uji Rashid, Khaty Ibrahim, Kongsi, Pentas


"Sebenarnya kalau hendak diikutkan saya dengan datuk Sharifah Aini pernah menyanyi di pentas yang sama tetapi itu kira-kira 20 tahun lalu tapi tak sangka kali ini kami bergabung sekali lagi bersama seorang lagi rakan kami Uji Rashid.

"Jadi saya amat teruja sekali kali ini kerana kami akan merancang untuk mencari sebuah lagu yang mana kami bertiga boleh berduet bersama-sama," katanya kepada murai.com.my

Persembahan yang bakal berlangsung selama dua jam bermula jam 8 malam itu akan menyaksikan artis legenda berkenaan menyampaikan tujuh buah lagu dan persembahan duet.

Sementara itu, Datuk Sharifah Aini berkata, penglibatan artis berkenaan dalam persembahan itu diharap dapat membantu golongan ibu tunggal memperbaiki kehidupan mereka tanpa bergantung kepada orang lain.

"Setakat ini, kami masih berbincang lagu apakah yang sesuai untuk disampaikan pada malam itu tetapi apa yang penting usaha kami ini diharap dapat membantu golongan ibu tunggal yang memerlukan," jelasnya dalam sidang media yang diadakan

Dalam sidang media khas mengenai konsert tersebut, Uji Rashid tidak dapat hadir bersama.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Kaizen Cosmetic iaitu Suhaila Sharif berkata, pihak mereka amat berbesar hati kerana dapat menngumpul nama-nama besar untuk menarik minat pembeli meja bagi konsert tersebut.

"Pihak kami cukup bertuah kerana ketiga-tiga nama besar itu bersetuju untuk terlibat dalam malam amal itu dan menariknya ia merupakan kali pertama mereka digandingkan dalam sebuah persembahan bersama," jelasnya.

Tambah Suhaila, pemilihan tiga nama besar itu juga dibuat berdasarkan karisma dan gaya mereka selain mereka juga dekat dengan peminat terutamanya golongan ibu.

Pada majlis sama, Suhaila turut menyampaikan cek kepada persatuan kebajikan berkenaan berjumlah RM174,000 melalui pengerusinya, Murtini Kasman.

Dalam pada itu, Suhaila berkata, pihaknya juga menyasarkan kutipan sebanyak RM500,000 menerusi jualan 100 buah meja yang disediakan.

Malah pada hari tersebut, pihaknya turut menyediakan ruang untuk para ibu tunggal mengadakan pameran dan jualan untuk pengunjung bermula pukul 10 pagi.

Turut menyerikan persembahan pada malam itu nanti adalah Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), Didie Alias sebagai pengacara majlis bersama Acong (Sweet Child) dan Man (Raja Lawak).

Turut diadakan pertunjukan fesyen dan Ratu Kebaya oleh ibu-ibu tunggal.

Harga meja yang dijual serendah RM1,500 hingga RM10,500. Tempahan boleh dibuat di www.kaizen-asia.com atau menghubungi 03-6242-5104 atau 010-2454923.

Adira Berkongsi Pengalaman Ujibakat AF8


KUALA LUMPUR, 25 MEI 2013: Dia adalah naib juara Akademi Fantasia 8. Memulakan langkah di industri seni tanahair dengan lagu Ku Ada Kamu, nama Adira terus menjadi sebutan peminat dan pemerhati muzik serantau ini.

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 21, mula dikenali selepas menyertai program realiti TV popular, Akademi Fantasia musim ke 8 (AF8) pada tahun 2010. Bersama kakaknya, Emma, mereka menjadi pasangan adik beradik pertama bertanding dalam AF sebelum Emma tersingkir awal dan Adira pula melangkah ke final.

Bercerita tentang pembabitannya dalam AF8, Adira sama sekali tidak menyangka yang dia akan berada dalam kedudukan sekarang juga menoleh kembali kepada cabaran dan susah payahnya sebelum ini.

Malaysia, Hiburan, Af, Akademi Fantasi, Artis Malaysia, Selebriti, Adira, Berkongsi, Pengalaman, Ujibakat, AF8


Menurut cerita Adira, dia menjalani ujibakatnya di Bukit Jalil, dan dia pada hari tersebut dia kakaknya Emma bangun seawal jam 6 pagi dengan semangat utuh menyertai AF8. Entah di mana silapnya, Adira boleh terlupa untuk membawa kad pengenalan (IC) serta gambar dirinya bersaiz 4R yang mana menjadi bahan penting sewaktu mendaftar.

Namun melihat kepada semangat dan usaha anak gadis ini, Adira dibenarkan juga menjalani ujibakat. Setelah menunggu kira-kira 3 jam, nama Adira dipanggil. Berbekalkan nombor pendaftaran diri 124, Adira tampil menyanyikan lagu Di Taman Teman nyanyian asal Dato` Siti Nurhaliza. Sudah tertulis rezeki akan memihak kepadanya dan dia bersama Emma terpilih untuk menjadi calon yang akan senarai akhirkan.

Kira-kira 3 minggu kemudian, Adira menerima kejutan dari pihak Astro tentang pemilihannya sebagai peserta AF8. Dan disitulah bermulanya perjalanan anak gadis ini melangkah ke pentas keramat Akademi Fantasia dengan keazaman cita-cita yang tinggi.

Perjalanan Adira selama 3 bulan dalam AF8 bukanlah mudah untuk dihadapinya. Mengenali rakan-rakan baru yang tidak pernah dikenalinya selama ini, Adira berhadapan dengan pelbagai tekanan pada masa yang sama teruja untuk mempelajari sesuatu yang baru. Mungkin nasib Adira sedikit baik apabila kebetulan dia ditemani kakaknya Emma yang turut bersaing dalam AF8.

Namun ianya tidak lama apabila Emma tersingkir awal, menjadikannya keseorangan menghadapi cabaran dalam AF8 ditemani rakan-rakan yang pada masa yang sama bertindak selaku pesaing. Dengan menetapkan nekad dan ketabahan, Adira terus bersaing dalam AF8 dan melihat rakan seperjuangannya kecundang seorang demi seorang.

Sejujurnya, Adira tidak menyangka dia akan melangkah ke pentas akhir, malah sehingga ke hari ini dia langsung tidak menyangka namanya akan berada di tahap sekarang. Adira melangkah ke final AF8 dan menjadi peserta tunggal wanita di pentas akhir itu. Lebih membanggakan lagi, dia dipilih sebagai naib juara, hanya tewas kepada Shahir yang memenangi gelaran juara AF8. Ianya ibarat sebuah mimpi baginya sehingga kini.

Saat ditanya pula tentang perkara yang paling diingati sepanjang berada dalam AF8, Adira memberitahu dia rindukan suasana gurau senda bersama teman-teman, selain kelas menari yang mana amat memberi kesan kepadannya. Gadis kelahiran Sabah ini juga tidak pernah menyangka yang dia berpeluang untuk menuntut ilmu dari pengetua AF8, Norman KRU serta guru-guru lain.

Dengan kembalinya AF 2013 ini, Adira berharap ianya akan terus mencetus fenomena dan menjadi jambatan kepada anak-anak muda di luar sana yang mempunyai bakat terpendam untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian. Bagi Adira, program AF ini akan terus relevan sampai bila-bila kerana hala tujunya mencari bakat baru merupakan satu trend yang signifikan dalam membantu mereka yang berbakat mencuba nasib.

Segala pengalamanya Adira telah diceritkannya dengan lebih jelas melalui video di bawah dan anda boleh menonton sendiri video perjalanan Adira di sini.


Lisdawati Kesal Ada Pihak Eksploitasikan Isu Buka Tudung


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2013: Setelah pihak Murai menjadi antara saluran pertama yang menyiarkan cerita tentang perubahan pada imej Lisdawati yang kini cuba mempraktikkan pemakaian tudung dan hijab dalam kehidupan sehariannya, media massa lain turut tidak ketinggalan menyiarkan cerita terbaru dramatis jelita ini.

Ketika ditemui Murai sewaktu menghadiri majlis Amazing Red Kebaya di The Weld, Lisdawati seakan kurang selesa bila ditanya mengenai perkembangan terbarunya yang kini cuba untuk memelihara auratnya itu.

Menurut Lisdawati, ini semua berpunca apabila maksud yang cuba disampaikannya pada awal kisah perubahan imejnya itu telah diputarbelitkan media. Banyak tajuk telah menampakkan dia seperti jahil mengenai agama kerana menggunakan alasan kerja untuk tidak melunaskan tuntutan menutup aurat. Sekaligus ia telah menyebabkan umum pula mempersoalkan peranan Fauzi sebagai suami.


Hiburan, Malaysia, Artis malaysia, Selebriti, Lisdawati, Kesal, Ada, Pihak, Eksploitasikan, isu, Buka, Tudung


"Sebab itu saya daripada awal tidak mahu mengulas mengenai imej terbaru saya kerana saya dah tahu hal ini akan menampakkan saya seperti tidak bersedia. Malah saya hairan kenapa ada media nak gunakan alasan saya buka tudung itu untuk dijadikan tajuk utama.

"Saya hanya akan berbuat demikian jika benar-benar perlu atau terpaksa. Saya juga dah cakap selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung saya akan pakai juga. Ia sekadar memberitahu terlebih dahulu kerana bimbang di masa akan datang saya tiba-tiba tampil di kaca televisyen tidak mengenakan tutup kepada akan timbul pula cerita lain.

"Saya faham mereka nak jual berita tapi persepsi orang terhadap saya, nampak saya seperti tidak tahu langsung pasal hukum dan agama jika tajuk sedemikian yang umum baca. Mereka akan terus melihat dari sisi negatif dimana ia seolah-olah menampakkan saya gunakan alasan mencari rezeki untuk membuka tudung.

"Sepatutnya mereka bertanyakan sendiri dan datang daripada mulut saya sendiri, bukannya buat rumusan sendiri mengenai apa yang ingin saya sampaikan.

"Buat masa ini saya tidak lagi mahu bercakap mengenai hal ini, harapan saya agar niat utama saya untuk berubah kearah kebaikan dipermudahkan dan dimakbulkan Allah SWT, " jelasnya dalam nada kesal kerana ada pihak yang tidak sensitif dengan akibat yang perlu diterimanya berdasarkan tajuk berita yang memperlihatkan Lisdawati seperti tidak faham ilmu agama.

Individu lain pula dikaitkan dalam kisah penghijrahan Lisdawati ini yang sepatutnya mendapat sokongan daripada peminat dan masyarakat. Tidak terkecuali suaminya, Fauzi Nawawi turut mendapat tempias apabila salah pemahaman yang ingin disampaikan.

"Apabila saya dilihatkan menggunakan alasan itu untuk mencari rezeki, ada yang mempersoalkan mana perginya suami saya yang sepatutnya mencari rezeki. Sedikit sebanyak impak akan turut terkena pada Fauzi, walhal dia telah memberi sokongan penuh pada perubahan saya.

"Tetapi bukan itu yang ingin saya sampaikan kepada peminat saya. Perubahan yang sepatutnya dilihat dari sudut positif tetapi kerana salah pemahaman telah menjadi sebaliknya,"ucapnya lagi dan meminta supaya media tidak lagi memainkan isu tudung ini kerana bimbang bermacam lagi cerita yang akan keluar bertentangan dengan niat sebenar Lisdawati itu.

Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin ditemui pada acara fesyen anjuran pusat membeli belah The Weld, Amazing Red Kebaya tampil dengan kebaya moden rekaan Hazwani Osman lengkap berhijab bersama selebriti undangan yang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan