Cari Artikel

Saturday, May 25, 2013

Kontroversi Video Keek, Sharifah Sakinah Mahu Tinggalkan Dunia Seni



Ya kalau anda seorang yang mengikuti perkembangan terbaru hiburan tanah air pasti sudah tonton video keek yang dihasilkan pelakon Sharifah Sakinah di laman sosial Keek.

Video berunsur lucah tersebut telah menarik perhatian ramai kerana tindakan Sharifah Sakinah berkongsi secara terbuka kepada umum pakaian dalam yang dipakai olehnya.

Baru-baru ini menerusi Berita  Harian, Sharifah Sakinah mengakui terdetik untuk meninggalkan terus dunia lakonan kerana kontroversi yang melanda terhadap dirinya. 

Malaysia, Artis Malaysia, Selebriti, Hiburan, Gosip, Meletop, Kontroversi, Video, Video, Keek, Sharifah Sakinah, Mahu Tinggalkan, Dunia, Seni


Tindakan tersebut bukan kerana malu atau tertekan dengan kritikan yang diterima, sebaliknya ianya didorong dengan rasa rimas dengan situasi di mana  dirinya sentiasa dipandang negatif oleh masyarakat.

Malaysia, Artis Malaysia, Selebriti, Hiburan, Gosip, Meletop, Kontroversi, Video, Video, Keek, Sharifah Sakinah, Mahu Tinggalkan, Dunia, Seni


Tetapi selepas memikirkan secara mendalam dan mendapat nasihat dari ahli keluarganya, Sharifah Sakinah aku jika meninggalkan terus dunia hiburan bukan penyelesaian utama dan tidak mendatangkan keuntungan.

Malaysia, Artis Malaysia, Selebriti, Hiburan, Gosip, Meletop, Kontroversi, Video, Video, Keek, Sharifah Sakinah, Mahu Tinggalkan, Dunia, Seni


Tambahnya lagi, emosinya kini baik sahaja dan tidak terganggu lagi selepas membuat pemohonan maaf secara terbuka. 

Ingin Lupakan Cinta Lama, Aliff Aziz Kuburkan Cincin


Pelbagai cara dilakukan untuk seseorang itu melupakan kisah cinta yang terputus ditengah jalan. Ada diantara mereka yang sanggup melakukan perkara yang kadang kala diluar batasan dan ada juga mampu menerima kenyataan dengan tenang.

Bagi pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, dia mengambil langkah melupakan kisah cintanya dengan menanam dua bentuk cincin yang pernah menjadi tanda ikatan cintanya dengan bekas kekasih.

Minggu lalu, penyanyi kelahiran Singapura ini telah memuat naik foto dua bentuk cincin yang mahu ditanamnya dengan status Bahasa Inggeris “Time to burt something that means nothing to me now. Moving on. R.I.P (Rest in Peace)” menerusi laman Instagram nya.

Malaysia, Artis Malaysia, Selebriti, Hiburan, Gosip, Meletop, Ingin, lupakan, cinta, lama, Aliff Aziz, Kuburkan, Cincin


Bercakap kepada mStar Online, Aliff menanam cincin tersebut sebagai menghormati zaman percintaannya dengan bekas kekasihnya dan tindakan tersebut sebagai langkah untuk melupakan kenangan manis ketika mereka bersama.

Menurut Aliff, dia seorang yang serius dalam setiap hubungan cinta yang terjalin dan tidak akan buang cincin dalam tong sampah seolah-olah hubungan tersebut langsung tidak bernilai. Ianya sedikit sebanyak dapat melegakan hati yang terluka dan menyifat kegagalan percintaan tersebut sebagai satu pengajaran untuk menjadi lelaki yang lebih sempurna.

Malah dia berharap dengan memuat naik foto tersebut tidak memberi gambaran negatif bahawa dia cuba mencari publisiti murahan, sebaliknya laman sosial itu merupakan tempat dia meluahkan perasaan hati untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya.

Dato Siti Nurhaliza Semakin Hilang Nilai Eksklusif


Sejak akhir-akhir ini penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza dilihat kerap muncul di khalayak ramai terutamanya untuk mempromosikan produknya, Simplysiti. 

Selain turun padang untuk mempromosikan jenama, Siti juga dilihat sering menghadiri pelbagai acara berkaitan kerjayanya seperti pelancaran muzik video ‘Galau’ dan beberapa rakaman raya.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu ‘Cindai’ ini, dia melihat perkara ini sebagai satu sudut perniagaan dan tidak merasakan nila eksklusif itu akan hilang jika sentiasa bersua dengan peminat. 

Sebaliknya perkara tersebut akan lebih mendekat diri dengan peminat dan tidak menganggu populariti seseorang artis.

Malaysia, Artis Malaysia, Gosip, meletop, Selebriti, Dato Siti Nurhaliza, Semakin, Hilang, Ekslusif


Tambah Siti lagi, penglibatan dirinya dalam sesi promosi beri peluang kepada dirinya untuk bertemu dengan mereka yang telah banyak menyokong kerjaya seninya. Melalui penglibatan sepenuhnya di sesi promosi, beliau dapat berkongsi tip kecantikan, tip solekan dan cerita keistimewaan produk Simplysiti. 

Malah dengan penyertaannya ketika sesi promosi memberi peluang untuk mendapat maklumbalas tentang produk Simplysiti.

Lebih mengejutkan, sambutan yang diberi oleh para pengunjung di setiap lokasi amat mengalakkan sehingga ada lokasi seperti Watson’s terpaksa ditutup gara-gara tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang terlalu ramai.

Mengulas lanjut tentang kesihatan suaminya, Siti bersyukur ke hadrat illahi kerana atas perkembangan kesihatan Datuk K yang semakin baik. 

Kerana KL Gangster, Luna Maya Jatuh Hati Pada Aaron Aziz


Baru-baru ini pelakon, model dan pengacara cantik dari Indonesia, Luna Maya berada di Kuala Lumpur untuk melancarkan filem terbaru arahannya berjudul Pintu Harmonika yang akan ditayangkan di Astro First bermula 23 Mei ini.

Dikesempatan itu, Luna Maya telah diajukan soalan tentang siapa pelakon lelaki di Malaysia yang mencuri tumpuannya dan jawapan yang diberi tentu sekali pelakon hebat yang kacak iaitu Aaron Aziz.

Menurut Luna, pertama kali melihat aksi dan lakonan Aaron Aziz di laman YouTube terbukti menunjukkan Aaron seorang hero Malaysia yang hebat. 

Luna mengakui Aaron seorang pelakon yang lengkap dengan pakej sebagai seorang hero. Selain Aaron, Luna turut mengenali beberapa aktor hebat di Malaysia cuma tidak mengetahui nama mereka.


Malaysia, Indonesia, Artis Malaysia, Artis indonesia, Selebriti, Kerana, KL Gangster, Luna Maya, jatuh, hati, pasa, Aaron Aziz


Luna juga sempat berseloroh apabila diusik bahawa isteri Aaron Diyana Halik pasti cemburu jika mengetahui Luna memuja suaminya. Namun Luna mengakui hanya meminati Aaron sebagai seorang pelakon yang hebat.

Tambah pelakon cantik ini lagi, dia turut menerima tawaran berlakon di Malaysia dan tidak menolak jika digandingkan bersama dengan Aaron.

Filem arahan Luna Maya iaitu Pintu Harmonika merupakan filem pertama arahannya bersama dua pengarah wanita lain iaitu Ilya Sigma dan Sigi Wimala dan filem tersebut merupakan filem terbitan beliau sendiri.

Akademi K-Pop Jadi Rahsia Jo Kwon 2AM Terkenal



SEOUL, 17 APRIL 2013:Sebelum bergelar bintang K-Pop, setiap artis perlu menjalani tempoh latihan dan pembelajaran di sebuah akademi khusus sebagai persediaan menjadi penyanyi atau pun pelakon secara profesional.

Difahamkan, tempoh paling kurang untuk menjalani latihan tersebut selama setahun atau 2 tahun.

Bagaimanapun, durasi latihan ini terletak pada individu itu sendiri. Seandainya cepat belajar dan berbakat besar, tempoh latihan boleh disingkatkan lagi.

Pun begitu, ada juga bintang K-Pop terpaksa menunggu masa yang lama dan mendapatkan keputusan dari pengurusan sama ada sudah bersedia untuk bersemuka dengan industri hiburan atau pun tidak.

artis luar negara, berita, gambar, hollywood, bollywood, k-pop, Korea, berita terkini, selebriti, Akedemi K-Pop, jadi, rahsia, Jo Kwon, 2AM, terkenal,


Mungkin ramai tidak tahu, ahli kumpulan 2AM iaitu Jo Kwon,23, merupakan bintang K-Pop yang paling lama menjalani tempoh latihan.

Menurut pihak terdekat Jo Kwon, artis ini terpaksa mengambil masa hampir 8 tahun untuk bersedia jadi penyanyi dan diserapkan masuk dalam kumpulan 2AM.

Apa yang pasti, dalam tempoh latihan tersebut, Jo Kwon difahamkan hampir putus asa sehinggakan mahu menarik diri dari menjadi bintang K-Pop.

Bagaimanapun, penantian dan kesabaran Jo Kwon menimbulkan hasil lumayan apabila dia antara ahli 2AM yang paling popular dan dikenali ramai.

Malah, dia juga mampu membuktikan bahawa dia layak menjadi penyanyi dan artis terkenal sehingga berjaya menempatkan dirinya menjadi duta beberapa jenama terkenal dari Korea Selatan.

Memey: Abby Abadi jadi pengaruh besar


KUALA LUMPUR: Isteri kepada pelakon Norman Hakim, Memey Suhaiza mengakui Abby Abadi menjadi pengaruh terbesar untuk dia berhijab.

Dia merasakan industri hiburan Malaysia semakin terbuka dengan penampilan muslimah dan tidak menyekat peluangnya lakonan.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Gala TV, Astro Awani, Memey, Abby, Abadi, jadi pengaruh, besar, memey suhaiza, abby abadi


Ikuti laporan video lengkap yang disediakan oleh wartawan Gala TV.




Berita mula diterbitkan pada: Mei 25, 2013 13:38 (MYT)

Tag: memey suhaiza, abby abadi

RL7: Tuah Yang Tidak Bertuah



KUALA LUMPUR, 24 MEI 2013: Nama mereka mungkin kumpulan Tuah, namun nampaknya tuah tidak menyebelahi mereka apabila mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di minggu ini, iaitu minggu ketujuh Gelanggang Raja Lawak 7 (RL7).

Berasal dari Alor Star, Kedah, Tuah yang dianggotai oleh Ilham, Irfan dan Syam tersingkir selepas mendapat undian SMS terendah daripada penonton. Pengumuman penyingkiran mereka diumumkan oleh salah seorang juri tetap, Isma Alif.

Selain Tuah, dua lagi peserta yang berada dikedudukan tiga terbawah ialah kumpulan Bora dan kumpulan Sakan.

rl7, Raja Lawak, Zizan Raja Lawak, gelanggang raja lawak 7, raja lawak 7, dato` ac mizal, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Tema untuk Gelanggang RL7 minggu ketujuh ini ialah 'Alam Persekolahan' dan setiap peserta diminta membuat persembahan berdasarkan kisah zaman sekolah masing-masing. Selepas dimeriahkan dengan minggu muzikal komedi pada minggu lalu, persembahan setiap peserta menjadi sedikit suram pada minggu dan tiada kumpulan yang betul-betul menyerlah dengan lawak mereka.

Dengan penyingkiran Tuah, tinggal 6 lagi peserta untuk meneruskan cabaran di minggu kelapan RL7 pada minggu hadapan.

Gelanggang RL7 telah bersiaran secara langsung dari Studio FINAS, Hulu Klang dan dipancarkan secara langsung ke Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

Juri tetap pada minggu ini ialah Dato` AC Mizal dan Isma Alif manakala pelawak Os hadir menggantikan Saiful Apek. Jozan terus bertindak selaku hos untuk program ini.

Jom Meriahkan Sambutan Ulang Tahun Astro Mustika HD


KUALA LUMPUR, 24 MEI 2013: Tanggal 21 Mei yang lalu iaitu Selasa, genaplah setahun saluran Astro Mustika HD (134) ke udara menemui pelanggan setia siaran TV berbayar, Astro.

Mula dilancarkan pada 21 Mei 2012, Astro Mustika HD membawakan himpunan rancangan yang terdapat dalam pakej Mustika iaitu Astro Citra (saluran 131), Astro Warna (132) dan Astro Bella (saluran 133) tetapi dalam bentuk definasi tinggi (HD).

Justeru demi meraikan ulang tahun pertama Astro Mustika HD, pihak Astro dengan berbesar hati mengajak anda datang beramai-ramai meraikan majlis ulang tahun pertama Mustika HD yang akan diadakan di South Court, AEON Bukit Tinggi, Klang pada 25 & 26 Mei ini.

Astro, Astro Warna, Astro Citra, astro bella, astro citra, astro mustika, astro mustika hd, mustika hd, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Datanglah beramai-ramai untuk menceriakan hujung minggu anda kerana terdapat pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang dua hari majlis berlangsung.

Majlis bermula dari jam 10 pagi dan sepanjang dua hari tersebut, anda berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan artis popular seperti Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna, Dazrin, Rita Rudaini, Izreen Azmidar, Dira Abu Zahar, Faizal Hussein, Raja Ilya serta barisan peserta Raja Lawak 7, Kilauan Emas 3 dan MasterChef Selebriti Malaysia 2.

Juga tidak ketinggalan persembahan dari Adira, Dayang Nurfaezah, dan Adi Sixth Sense.

Selain itu, ada juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak Astro di sana seperti sesi tanda tangan bersama penulis terkenal, Aisya Sofea yang dikenali dengan novel Adam & Hawa dan Sehangat Asmara.

Jom meriahkan majlis ulang tahun Mustika HD hujung minggu ini sempena bermulanya cuti persekolahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan