Cari Artikel

Friday, May 24, 2013

'Akademi Fantasia 10' bermula September



KUALA LUMPUR: Akademi Fantasia ke10 berubah wajah menerusi logo dan susunan baru lagu tema serta kelainan menerusi penukaran format dengan membenarkan penyertaan secara duo.

Masih terikat dengan kontrak idea asal oleh La Academia, kali ini Astro diberi kelonggaran untuk merubah struktur program agar terus relevan.

Selain penyertaan secara solo dan duo, peserta kali ini juga dibenarkan untuk berinteraksi secara terus dengan peminat.

Walaupun dikuarantinkan untuk pengajian, mereka akan diberikan kebebasan untuk menggunakan laman sosial media seperti Instagram dan Twitter.

Malaysia, Hiburan, Artis malaysia, Selebriti, Program realiti, rancangan, AF10, Akademi Fantasia 10, Astro Ria, Bermula, September,


Pada sidang media AF10 yang pertama bintang-bintang AF seperti Adira, Hafiz, Stacy dan Hazama hadir memberikan sokongan.

Produksi memperkenalkan logo baru disamping memperdengarkan susunan semula lagu Menuju Puncak ilham Aubrey Suwito. 

Uji bakat bakal bermula di Johor Bahru pada 1 Jun ini sebelum ke Pulau Pinang, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Untuk info lanjut anda boleh melayari laman rasmi mereka di www.facebook.com/akademifantasia2013.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 23, 2013 22:45 (MYT)

Tag: AF10, Akademi Fantasia 10, Astro Ria

Zizan pertimbang tawaran hos AF10



KUALA LUMPUR: Zizan Razak mengakui mempertimbangkan tawaran untuk mengacarakan Akademi Fantasia terbaru.

Dia tidak menolak perasaan bimbang kerana menyifatkan tugas itu bukan calang-calang.

Menurutnya,  program itu mencatatkan legasi nama-nama besar seperti Datuk Aznil Nawawi, Datuk AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley.

Jika terpilih, Akademi Fantasia 10 akan menyaksikan Zizan mengendalikan program itu berseorangan.

Malaysia, Artis malaysia, Selebriti, Hiburan, Zizan, pertimbangkan, tawaran, hos, AF 10, 2013, Zizan Razak, Akademi Fantasia 10, Astro Ria


Sebelum ini, Zizan sering ditemani rakan pengacara sebagai hos bersama seperti Johan untuk Gelanggang Raja Lawak.

Akademi Fantasia 10 dijadualkan bersiaran di Astro Ria mulai September.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 23, 2013 20:02 (MYT)

Tag: Zizan Razak, Akademi Fantasia 10, Astro Ria

Rozita Che Wan bakal bernikah pada Disember



KUALA LUMPUR: Sekian lama mengunci mulut, pelakon dan pengacara terkenal Rozita Che Wan akhirnya mengesahkan bakal berkahwin dengan kekasihnya, Zain Saidin pada Disember ini.

Bagaimanapun, kesibukan pasangan ini telah membataskan mereka untuk membuat persiapan.

Enggan mendedahkan sebarang butiran lanjut, Rozita bagaimanapun menyatakan majlis akan diadakan di Kuala Lumpur.

Malaysia, Artis Malaysia, Selebriti, zain saidin, rozita che wan, Bakal, bernikah, pada, Disember


Maklumat terperinci bakal dikongsi pasangan itu selepas Hari Raya Aidilfitri.

Rozita, 42 tahun merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak, manakala Zain berusia 29 tahun.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 22, 2013 19:54 (MYT)

Tag: zain saidin, rozita che wan

Buku Harry Potter raih RM700 ribu dalam lelongan


LONDON: Edisi pertama tahun 1997 bertajuk “Harry Potter & The Philosopher’s Stone” yang ditulis bersama nota oleh pengarangnya J.K. Rowling dijual dengan harga £150,000 (RM686,904) pada lelongan di London pada Selasa, satu rekod baru buat penulis itu.

Dua orang pembida bersaing bagi mendapatkan buku tersebut sebelum pembidaan tamat dan memperolehi tepukan gemuruh di tempat lelongan Sotheby.

Buku tersebut mengandungi komen dan 22 lakaran asal Rowling.

Hiburan, Novel, Buku, Raih, RM700000, ribu, dalam, lelongan, bida, harry potter, rowling, edisi pertama


Jualan tersebut merangkumi sebahagian buku yang dikarang oleh 50 penulis British dan kontemporari Komanwel dan meraih jumlah jualan sebanyak £439,200 (RM2,011,255).

Harga kedua tertinggi diperoleh dari buku klasik kanak-kanak, Roald Dahl’s Matilda, yang dijual dengan harga £30,000 (RM137,381).

Barangan lelongan lain termasuk hasil kerja dari Julian Barnes, Alan Bennett, Seamus Heaney dan Hilary Mantel.

Ramai pengarang yang diwakilkan di jualan tersebut hadir sendiri, termasuk Helen Fielding, Frederick Forsyth dan Ben Okri.

“Ini merupakan satu kesudahan yang berjaya bagi sebuah projek yang melibatkan kerja keras dan bantuan dari ramai pihak,” kata Rick Gekoski yang mengelolakan kutipan jualan tersebut.

“Saya yakin pembeli buku tersebut akan teruja dengan belian mereka,” tambahnya.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 22, 2013 12:00 (MYT)

Tag: lelongan, bida, harry potter, rowling, edisi pertama

Dua Bulan Berkasih, Fizo Omar Putus Cinta


KL, 23 MEI 2013: Tak silap Murai Batu, bulan Mac lalu Murai Batu ada terbaca yang aktor popular, Fizo Omar tidak lagi single, sebaliknya sudah berteman dengan seorang gadis yang boleh tahan cun. Namun tiba-tiba, terdengar berita yang mereka tidak lagi bersama dan Fizo Omar sendiri telah mengakui yang hubungan mereka telah pun berakhir.

Dalam laporan Harian Metro yang Murai Batu baca hari ini, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, mengakui hubungan cintanya dengan pelajar Universiti Lim Kok Wing, Haas Jaafar, 25, telah berakhir secara baik.

Rasanya dua bulan saja kot mereka sempat bermadu kasih. Bersabarlah Fizo, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Menurut Fizo, punca hubungan mereka berakhir adalah disebabkan tiada keserasian bersama dan jika boleh, Fizo tidak mahu bercerita tentang perkara ini lagi.

artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva, Hiburan, Artis Malaysia, Dua, Bulan, Berkasih, Fizo Omar, Putus, Cinta, Haas Jaafar


Bagaimanapun Fizo berkata dia dan Haas masih berkawan baik, malah hubungan mereka pun berakhir secara baik tanpa ada pergaduhan atau pun campur tangan pihak bertiga.

Bagi Murai Batu, rasanya pasangan Fizo dan Haas ni memang dah sama cantik dan sama pada, namun sayang tiada jodoh nampaknya.

Apa-apapun Murai Batu doakan jodoh yang terbaik buat Fizo, mana tahu jumpa wanita yang lebih sesuai atau pun cinta bertaut kembali ke?

MuraiBatu: Tekanan dengan masalah keluarga di utara tanahair. Eh, Haas tu orang Kedah kan?

Masih Frust Bercinta, Aliff Aziz Sibuk Jaga Kambing?



KUALA LUMPUR, 22 MEI 2013: Semua orang pernah kecewa bercinta. Tapi, ada yang boleh menerima dan ada juga yang tidak. Yang frust menonggeng macam nak rak pun ada jugak. Pendek kata macam-macam caralah jadiknya bila manusia ni kecewa dalam percintaan.

Penyanyi Aliff Aziz pun salah seorang yang tergolong di dalam kategori orang yang pernah kecewa dalam percintaan. Sampaikan, jatuh sakit jadiknya dia bila putus cinta dengan Anne Ngasri.

Ehhh.. Itukan cerita lama. Buat apa nak dikenang-kenang lagi, ye tak? Tapi, satu perkara saja yang Murai Batu musykilkan. Apakah Aliff Aziz masih lagi merasai kekecewaan itu.

Hiburan, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva, Masih, Frust, Bercinta, Aliff Aziz, Sibuk, jaga, Kambing


Bukan apa, Murai Batu tertanya-tanya pasal perkara bila ada yang khabarkan pada Murai Batu bahawa Aliff Aziz sekarang ini dah mula sibuk jaga kambing... Hai...Takkan sebab frust bercinta kot, si Aliff ni sampai amik keputusan untuk mencurahkan kasih sayangnya pada haiwan atau pun hidupan liar.

Apapun, pasal Aliff Aziz jaga kambing tu, Murai Batu tak propah ya. Kalau korang tak percaya, korang tengok sendirilah drama siri penyiasatan 13 episod, Sepai di TV1, bermula 25 Mei depan, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.00 malam.

Dalam siri drama terbiyan syarikat produksi NS Star yang mengisi slot Widuri ini, Aliff Aziz akan menunjukkan bakatnya menjadi pengembala kambing serta seorang superhero. Haa.. Menarikkan? Kalau nak tahu, hebat tak hebat Aliff Aziz, kenalah tonton siri drama ini nanti.

MURAIBATU: Masih tunggu penjelasan Shah Jaszle....

Demi K-POP, Ajieb Murai Kena Buat Pembedahan Plastik?



KL, 22 MEI 2013: Rasanya dah sebulan lebih, teman baik Murai Batu iaitu Ajieb ke Korea Selatan untuk mendalami ilmu dunia nyanyian dan tarian di sana. Rindu pulak Murai Batu nak dengar celoteh pengacara Apa Kata M? ini menyaksikan telatah dia di ofis kami ini.

Bagi semua yang belum mengetahui, Ajieb telah ke Seoul, Korea setelah diterima masuk sebagai pelajar di M Academy, sebuah institusi yang telah melahirkan ramai bintang K-Pop. Kemasukan Ajieb di sana adalah untuk mengikuti kursus Special K-Pop Artist Training Program (SKATP).

Hai, apa khabarlah dia di sana ye? Khabar terbaru yang Murai Batu terima dari Ajieb ialah dia tengah berbahas dengan Blake Shin, seorang produser terkenal di sana tentang pembedahan plastik. Ya betul, negara Korea memang terkenal dengan pembedahan plastik yang menjadi isu utama kenapa kebanyakan bintang-bintang K-Pop di sana kelihatan cantik dan tampan.

artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva, Artis Malaysia, Hiburan, Demi, K-POP, Ajieb Murai, Kena, Buat, Pembedahan, Plastik


Jadi dari perkhabaran Ajieb ini, mungkinkah Ajieb akan melakukan pembedahan plastik? Kata Ajieb lagi, semuanya belum diputuskan. Ajieb pernah memberitahu pihak di sana yang dia seorang yang beragama Islam dan pembedahan plastik ini dilarang sama sekali.

Pun begitu, ia masih belum mempunyai kata putus lagi. Bagaimanapun, imej Ajieb yang anda lihat sekarang bakal diubah oleh pihak di sana.

Apa-apapun Murai Batu ingin pesan kepada Ajieb, buatlah keputusan terbaik. Jangan lupa asal-usul kita sebagai anak Melayu dan cuba yang terbaik untuk harumkan nama negara. Murai Batu dan semua warga Murai di sini doakan yang terbaik buat Ajieb di sana.

MuraiBatu: Merancang untuk bercuti sebelum menyambut puasa, tapi di mana ye?

Pasal Tersingkir Norish Karman Luah Segalanya @MeleTOP?


KUALA LUMPUR, 21 MEI 2013: Murai Batu rasa semua orang yang mengikuti program Masterchef Selebriti Malaysia 2 telah pun sedia maklum dengan penyingkiran aktres dan penyanyi, Norish Karman (NK) pada episod ke-8.

Murai Batu tak tahulah sama ada korang setuju atau tidak dengan penyingkirannya itu. Tapi, yang Murai Batu tengok kengkawan selebriti ramai yang beria-ia sedih bila NK disingkirkan.

Hai.. Tak sangka pulak Murai Batu yang kengkawan selebriti yang lain sebenarnya sayang dengan NK sebab sebelum ni, apa yang Murai Batu dengar adalah sebaliknya. Boleh jadi, semua tu adalah gosip kot.

Apapun, Murai Batu dengar NK bakal muncul dalam program MeleTOp yang dibawakan secara langsung menerusi Astro Ria, jam 10 malam.

masterchef selebriti malaysia, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva, Pasal, Tersingkir, Norish Karman, Luah, Segalanya Meletop


Khabarnya dalam program yang dikendalikan Neelofa dengan Nabil Raja Lawak ini, NK akan mendedahkan segala-galanya tentang penglibatannya dalam gram Masterchef Selebriti Malaysia 2, termasuklah isu penyingkirannya.

Alamak...Suspen pulak Murai Batu mendengar tentang hal ini. Apakah pendedahan yang dibuat oleh NK ini bakal mencetuskan kontroversi? Al-maklumlah, NK sebelum ini pun pernah dilabelkan sebagai artis yang penuh kontroversi.

Jadi, siapa tahukan pendedahannya itu nanti akan memberikan kejutan buat peminat hiburan di Malaysia secara keseluruhannya. Apa pun, kita tunggu dan lihat sajalah program MeleTOP di Astro Ria, jam 10 malam ini.

Khabarnya, Jamal Abdillah, Sasi Teh Don dan Awal Ashaari adalah antara selebriti yang turut diundang sama untuk memeriahkan program ini.

Altimet Bengang Syarikat Pengurusan Bocor Single Di Radio?


KL, 21 MEI 2013: Alamak! Apa sudah jadi? Tersedak Murai Batu apabila terbaca twit Altimet melalui lama Twitter peribadinya sebentara tadi! Menerusi akaun twitternya itu, Altimet nampaknya betul-betul bengang dengan syarikat pengurusannya apabila mendakwa lagu terbarunya telah dibocorkan ke radio.

Antara twit yang diluahkan Altimet ialah "Sorry guys. No More song, no more album, no more guest verses till my labels learn how to act ringht." Melalui tulisan itu jelas menunjukkan Altimet tidak berpuas hati dan menganggap pihak pengurusan tidak bersikap profesional.

Altimet, bengang, gossip, Murai Batu, warner music, warner music sdn bhd, bergaduh, marah, splash_gosip, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva


"You bunch of incompetent troglodytes. I'm done with this bs, I'm stopping everything and all work. Shut it down."

Selain itu Altimet juga ada menyatakan rasa hairannya tentang bagaimana single terbaru beliau boleh ke udara di radio sedangkan perancangan asal ialah lagu tersebut sepatutnya dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

"Woi..siapa bocorkan single aku kat radio? Lepas raya lah konyol," luah penyanyi rap terkenal tanah air itu lagi. Bagi Murai Batu, perkara begini tidak boleh dipandang sepi kerana apabila ia melibatkan karya artis tempatan, masalah ini menjadi serius!

Bagaimanapun Murai Batu berharap agar pihak pengurusan Altimet boleh tampil memberi penjelasan mengenai perkara ini, kerana bagi Murai Batu elok jika perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan tidak berlaku lagi di masa akan datang.

MuraiBatu: Sentiasa Menghargai Dan Menyokong Karya Artis Tempatan!

Sertai Ujibakat AF 2013 Secara Online



KUALA LUMPUR, 23 MEI 2013: Program realiti TV popular, Akademi Fantasia telah diumumkan akan kembali menemui penonton selepas setahun tidak bersiaran.

Selari dengan aspirasi Astro untuk menjadi peneraju kandungan utama di negara ini, Astro sentiasa mencari peluang untuk terus memperbaharui pengisian kandungan tempatan yang ditawarkan bagi mempertingkatkan nilai kedudukan di pasaran demi memenuhi corak permintaan para pelanggan.

Kembalinya AF 2013 akan membawakan pembaharuan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Untuk musim terbaru ini, calon peserta juga boleh memilih untuk sama ada menyertai program ini secara solo ataupun dengan pasangan duet. Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang rasmi.

Malaysia, af8, splash_terbaru, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti, Sertai, Ujibakat, Akademi fantasia, 2013, Secara, online


Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menghadiri ujibakat menerusi lokasi yang ditetapkan, anda boleh menjalani ujibakat AF 2013 secara online.

PENYERTAAN SECARA ONLINE

• Akademi Fantasia menawarkan perkhidmatan interaktif khas untuk anda! Dapatkan info-info ujibakat, syarat-syarat penyertaan serta ujibakat secara ONLINE dengan melayari www.akademifantasia.com.my

Cara-cara menghantarkan penyertaan:

1. Pilih mana-mana lagu.
2. Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif.
3. Muat naik video anda di youtube sendiri.
4. Isi borang uji bakat yang terdapat di laman web ini bersama dengan youtube link. Untuk penyertaan secara duo (2 orang) anda perlu mengisi borang secara individu.
5. Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda ke akademifantasia@astro.com.my
6. Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya. Anda tidak perlu melalui peringkat pertama dan terus mara ke peringkat ke-2.

• Setiap video penyertaan adalah hak milik MBNS

• Anda juga boleh berinteraksi, berkongsi pengalaman dan mendapatkan info-info terkini Akademi Fantasia seperti foto-foto ketika ujibakat, sidang media dan acara-acara berkaitan melalui laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

1. Facebook: www.facebook.com/AkademiFantasia2013
2. Twitter: www.twitter.com/AkademiFantasia @AkademiFantasia
3. Instagram: www.instagram.com/AkademiFantasia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan