Cari Artikel

Thursday, May 23, 2013

Astro Bawakan Kembali Fenomena AF 2013



KUALA LUMPUR, 23 MEI 2013: Rancangan realiti TV paling popular di negara ini, Akademi Fantasia akan kembali semua menemui penonton dengan penjenamaan semula serba baru yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) kembali menemui penonton selepas sembilan musim yang penuh gemilang bermula dengan musim pertama pada tahun 2003. Bakal menyaksikan kebangkitan bintang sebenar, AF 2013 akan memulakan penjelajahan di lima buah negeri seluruh Malaysia iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor sepanjang bulan Jun ini untuk sesi uji bakat bagi mengenal pasti calon-calon terbaik yang dilihat layak untuk diketengahkan dan diberi bimbingan untuk AF 2013.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh berkata, "Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2003 sehinggalah berakhirnya tirai AF di musim yang kesembilan, kami melihat jenama AF ini sebagai satu platform dominan yang membekalkan pelapis-pelapis seni tanah air kepada industri.


artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti, Astro, Bawakan, Kembali, Fenomena, Af, Akademi fantasia, 2013


Ianya terbukti masih relevan apabila ramai bintang-bintang Akademi Fantasia seperti Hafiz, Stacy, Hazama, Akim, Aril, Aizat dan ramai lagi berjaya bertapak dan mencipta nama di dalam setiap cabang seni yang diceburi seperti bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan.

Melihat kepada kejayaan demi kejayaan yang diukir oleh bintang-bintang ini, kami percaya AF perlu terus wujud di dalam lanskap hiburan tanah air," jelas Khairul.

"Setelah lebih setahun rancangan ini tidak bersiaran, pihak Astro telah merangka strategi dan format efektif bagi menambah baik program ini yang pastinya menjanjikan kepuasan maksima bagi memenuhi tuntutan penonton yang dahagakan program hiburan yang berkualiti. Menyaksikan perkembangan arus teknologi dan media baru, pihak kami juga pastinya tidak ketinggalan untuk meneroka dan menggunakan kapasiti media baru atau social media untuk sebarang komunikasi dan interaksi kelak.

Kami berjanji untuk memberikan sepenuh komitmen kami bagi menghasilkan sebuah lagi musim yang pastinya membawakan kebangkitan bintang sebenar menerusi AF 2013. Kami juga yakin dengan pembaharuan yang diperkenalkan ini akan mengembalikan semula zaman kegemilangan program yang menjadi aset kami ini," ujar Khairul.

Menariknya, beberapa pembaharuan telah diperkenalkan bagi memantapkan lagi mutu pengisian program agar terus segar serta menepati kehendak para penonton yang dahagakan program-program berkualiti. Untuk musim terbaru ini, calon peserta juga boleh memilih untuk sama ada menyertai program ini secara solo ataupun dengan pasangan duet.

Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang rasmi.

Program Akademi Fantasi 2013 ini dijadualkan untuk mula bersiaran di saluran rasmi Astro Ria (104) pada bulan September kelak.

Bagi anda yang mempunyai bakat terpendam serta mempunyai keinginan untuk mencipta di persada seni hiburan, anda boleh hadir di ujibakat tersebut :

NO.NEGERITEMPATTARIKH
1.JohorHotel The Zon, Johor Bahru1 & 2 Jun 2013
2.Pulau PinangHotel Vistana, Pulau Pinang8 & 9 Jun 2013
3.SarawakHotel Merdeka Palace, Kuching15 & 16 Jun 2013
4.SabahHotel Promenade, Kota Kinabalu22 & 23 Jun 2013
5.SelangorShah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam29 & 30 Jun 2013


INFO PENTING

Nota


  1. Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang
  2. Calon digalakkan datang awal untuk mengelakkan sebarang kesesakan
  3. Calon bebas untuk menyanyikan sebarang genre lagu secaraacapella

Syarat Ujibakat:


  1. Peserta lelaki dan wanita
  2. Peserta individu ataupun duo
  3. Berumur 18 - 35 tahun (pada tarikh ujibakat diadakan)
  4. Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan

Sila bawa:


  1. Salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia ataupun salinan passport bagi warga Singapura
  2. 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang)

Hattan Sah Nikahi Semula Isterinya Ramadan Ini


KUALA LUMPUR, 23 MEI 2013: Penyanyi terkenal, Dato` Hattan mengesahkan yang dia akan menikahi semula bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd. Abidin pada tanggal 15 Ramadan ini dan memilih tarikh itu kerana ingin menyambut Aidilfitri bersama sama dengan wanita itu.

Menerusi laporan Kosmo! hari ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Biso Bonar itu pada mulanya mempunyai dua tarikh untuk dipilih, iaitu 15 Ramadan yang kemungkinan jatuh pada 24 Julai atau pun pada hari jadi anak mereka, Adam pada 21 Ogos iaitu selepas Aidilfitri. Namun Hattan kemudiannya memilih 15 Ramadan,

Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Malaysia, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti, Hattan, Sah, Nikahi, Semula, Isterinya, Ramadhan, Ini


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 15 tahun.

Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan itu juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.

Tambah Hattan lagi, majlis pernikahan mereka akan berlangsung secara sederhana dan tiada sebarang hantaran dirancang.

Sumber KOSMO!

Kes Dadah Kanabis, Saiful Apek Diperintah Bela Diri


SHAH ALAM, 23 MEI 2013: Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek yang sebelum ini dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah kanabis ke dalam badan bersama tiga rakannya pada tahun lalu diperintahkan membela diri terhadap tuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Menerusi laporan mStar Online, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada Jun tahun lepas.

Keputusan itu dibuat selepas Abdul Alim dalam penghakimannya berkata, Mahkamah Majistret terkhilaf ketika membuat keputusan terhadap Saiful Apek dan tiga rakannya kerana beliau tidak nampak ada kelompangan dalam kes pendakwaan.

Malaysia, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti, Kes dadah, Kanabis, Saiful Apek, Diperintahkan, Bela, Diri


"Oleh itu, mahkamah mengetepikan semua perintah yang dibuat oleh majistret sebelum ini dan mahkamah perlu mendengar kes tersebut," katanya.

Pada 25 Jun tahun lepas, Mahkamah Majistret Petaling Jaya membebaskan Saiful Apek, 44, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dan tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30, selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Keempat-empat tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Fadly Hashim, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Sumber mStar Online

Zo In Sung Jadi Kaki Judi, Tipu Perempuan Buta



KUALA LUMPUR, 22 MEI 2013: Sejak bermulanya kegilaan penonton tempatan terhadap drama Korea menerusi tayangan drama air mata meruntun hati, Winter Sonata, keberkesanan formula yang berjaya dicetuskan karyawan daripada negara tersebut tidak pernah berhenti.

Pengisian daripada segi jalan cerita yang mengisahkan konflik keluarga, darjat dan nasib malang tidak akan pernah tertinggal dalam setiap siri yang dihasilkan. Sebuah lagi siri yang hit di Korea dan telah menular kepada penonton Malaysia, That Winter, The Wind Blows akan diulang tayangkan semula pada 1 Jun depan.

Berita gembira ini malah berganda apabila pihak ONE HD telah menerbangkan hero drama bersiri tersebut, Zo In Sung ke Malaysia dan rantau ini dalam rangka promosinya. Zo In Sung yang baru kembali ke dunia seni selepas menamatkan khidmat ketenteraan pada 2011 itu hadir pada sesi temubual yang diadakan di hotel Hilton KL.

Pelakon tinggi lampai yang juga model ini mengakui bahawa peranannya di dalam That Winter, The Wind Blows menguji keupayaannya bermain emosi melalui watak Oh Soo. Oh Soo, kaki judi yang menipu waris hartawan kaya buta lakonan Song Hye Kyo dengan mengaku sebagai abang yang lama terpisah demi mencari wang membayar hutang-hutang judinya itu.

K-Pop, Korea, korea selatan, pelakon Korea, aktor Korea, pelakon Korea Selatan, drama bersiri korea, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti, Zo In Sung, jadi, Kaki Judi, Tipu, Perempuan Buta


"Ia merupakan watak jahat yang sangat sukar dan mempunyai pelbagai sisi yang berbeza melalui karektornya. Ketika dalam penggambaran saya perlu mencari dan mendalami watak ini untuk menjadikan ia ringkas dan mudah untuk saya lakonkan serta sampai kepada penonton.

"Melakonkan watak ini turut mengajar saya tentang kehidupan yang sukar dijalani oleh mereka yang buta serta sokongan yang diberikan oleh individu sekeliling amat diperlukan.

"Ini membuatkan orang-orang yang cacat penglihatan dilihat tabah menjalani kehidupan mereka,"ujarnya yang mengakui mendapat iktibar serta pengajaran ketika melakonkan watak Oh Soo.

Adegan cium yang seringkali dipaparkan dalam drama berunsurkan cinta adakalanya mengundang kontroversi mahupun gosip tetapi Zo In Sung tidak melihatnya daripada pandangan sudut itu. Malah dia mengakui itu adalah babak yang paling sukar baginya sepanjang membintangi drama adaptasi drama bersiri Jepun I Don't Need Love, Summer.

"Untuk babak cium itu sehingga kini tidak pula mengundang gosip atau kontroversi kerana itu adalah adegan biasa di dalam drama seperti ini. Tiada meninggalkan kesan buruk atau negatif pada saya.

"Sebaliknya ia antara babak yang sukar buat saya kerana ia memerlukan saya menumpukan sepenuh perhatian serta mainan emosi bagi memberikan ekspresi yang tepat menggambarkan perasaan ketika itu.

"Boleh dikatakan babak cium lebih melambangkan cinta dan ia sangat menyentuh perasaan orang yang menontonnya,"jawab aktor yang berusia 32 tahun ini tentang babak cium diantaranya dan Song Hye Kyo.

Bermula 1 Jun ini di saluran ONE HD, That Winter, That Wind Blows bakal memenuhi petang hujung minggu anda dengan mainan emosi menyentuh jiwa serta konflik diantara cinta dan keluarga. Tayangan semula drama bersiri ini adalah atas permintaan ramai dan peminat juga telah berpeluang menemui Zo In Sung di Paradigm Mall, semalam untuk sesi ramah mesra bersama peminatnya di sini.

Berhijab, Erra Fazira Cuba Jadi Muslimah Yang Sempurna!



KUALA LUMPUR, 23 MEI 2013: Meskipun hanya tampil dengan pakaian sopan dan berhijab sebagai duta kepada Butik Desa Murni Batik, namun pelakon jelita, Erra Fazira berkata ianya adalah sebagai permulaan yang buat baik dirinya untuk dirinya menjadi muslimah yang sempurna suatu hari nanti.

"Saya tidak dipaksa oleh pihak Desa Murni Batik untuk tampil dengan imej bertudung tetapi ini salah satu inisiatif saya sebagai dutanya sejak 2 tahun lalu. Malah, Desa Murni Batik bukan sahaja mengeluarkan kain-kain bercorak batik yang sesuai untuk dibuat baju tetapi mereka juga ada mengeluarkan tudung yang bercorak batik. Jadi sebagai lambang seorang duta saya sengaja berpakaian lengkap daripada butik ini.

"Namun, ianya permulaan langkah yang baik untuk saya. Mungkin saya belum benar-benar membuat keputusan untuk kekal bertudung sekarang tetapi InsyaAllah akan datang kerana saya juga cuba untuk jadi muslimah yang sempurna," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran cawangan baru butik tersebut di Shah Alam, baru-baru ini.

Malaysia, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti, Berhijab, Erra Fazira, Cuba, Jadi, Muslimah, Yang, Sempurna


Erra Fazira sudah pun menjadi duta kepada Desa Murni Batik Sdn Bhd sejak tahun 2011.

Pengacara bual bicara Primadona itu memberitahu buat masa ini dia belum mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya dan bakal berhijab penuh bila sudah bersedia.

"Ada orang bertudung mengikut musim iaitu seperti di bulan Ramadan sahaja atau sebagainya tetapi bagi saya, saya akan bertudung tetap bila saya benar-benar bersedia hendak bertudung.

"Keinginan untuk jadi muslimah yang sempurna itu ada tetapi biarlah kalau saya bertudung itu saya faham erti tudung dan kemudian mengikut syariat yang betul serta bukan sebab mahu berfesyen.

"Namun saya harap lebih ramai yang mendoakan yang terbaik untuk saya. InsyaAllah saya akan bertudung juga," jelasnya lagi yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Demi Cinta untuk Astro.

Desa Murni Batik Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar batik bumiputera yang memulakan operasi mengeluar dan menjual batik di Terengganu sejak tahun 1974. Kini cawangan bagi butik tersebut telah berada di hampir seluruh Negara termasuk yang terbaru di Seksyen 7, Shah Alam.

Teks & Foto oleh Syafiqah Jalal

Isu Rumahtangga, Biar Diasak Erra Fazira Perlu Bertahan


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2013: Aktres jelita, Erra Fazira akui dia perlu bertahan daripada meluahkan atau berkongsi hal rumahtangganya kepada banyak pihak termasuk media, biarpun diasak dengan pelbagai pertanyaan mengenai gossip yang mendakwa rumahtangganya kini sedang retak menanti belah.

Malah, Erra Fazira berkata dia punya sebab mengapa sehingga kini dia masih tetap dengan pendiriannya untuk menutup mulutnya.

"Sebenarnya saya ada sebab mengapa dari dulu saya terus 'zip' mulut saya daripada bercerita mengenai hal rumahtangga. Lagipun sebagai isteri, agama kita dilarang untuk berkongsi hal rumahtangga kepada orang luar.

"Sebab itu sehingga kini saya masih bertahan daripada terus bercerita walaupun sudah banyak cerita dan gosip dikeluarkan.


Malaysia, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti, Isu, Rumahtangga, Biar, Diasak, Erra Fazira, Perlu, Bertahan


"Saya rasa ada benda yang boleh saya kongsikan dan ada yang tidak," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran Butik Desa Murni Batik Sdn Bhd di Shah Alam, petang semalam.

Erra Fazira hadir ke majlis pelancaran butik tersebut sebagai duta yang dilantik sejak 2 tahun lalu.

Tidak mampu menutup mulut beberapa pihak yang masih memperkatakan mengenai hal rumahtangganya, Erra Fazira memberitahu bila tiba masanya nanti dia akan bersedia untuk bercerita mengenai hal rumahtangganya.

"Orang yang sentiasa bertanya mengenai rumahtangga saya ini saya rasa mereka hanya nak tahu sahaja dan sengaja nak jadi ' Kak Nam Style'.

" Malah, sejak awal perkahwinan kami pun, cerita-cerita buruk mengenai rumahtangga kami sudah pun timbul. Entah lah, saya pun tak faham.

"Saya hanya minta doakan yang terbaik untuk rumahtangga saya dan insyaAllah jika tiba masa yang sesuai nanti, saya akan menceritakannya," luahnya lagi.

Erra dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin telah mendirikan rumahtangga pada 25 Oktober 2007 dan hasil perkahwinannya itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata Engku Aleesya yang kini berusia 4 tahun.

Teks oleh Syafiqah Jalal

Jamal Abdillah Mahu Kahwin Tahun Depan


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2013: Penyanyi Jamal Abdillah telah menyatakan keinginannya untuk kembali berumah tangga selewat-lewatnya pada tahun hadapan. Dipetik dari Malaysian Digest, walaupun pernah gagal dalam perkahwinan terdahulu, ia tidak pernah mematahkan hasratnya untuk mempunyai sebuah keluarga bahagia.

"Seperti orang lain, saya juga berhasrat untuk mencari seorang wanita yang sesuai sebagai peneman hidup pada masa hadapan," jelas Jamal yang sudah menjangkau usia 54 tahun pada tahun ini.

Jamal pernah berkahwin dengan Fatimatuzahra Samat pada Disember 2005 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani. Bagaimanapun perkahwinan yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 15 Mei 2007.

Malaysia, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti, Jamal Abdillah, Mahu, Kahwin, Tahun, Depan


Dalam perkembangan lain, Raja Pop Malaysia ini bakal mengadakan sebuah konsert yang menyaksikan beliau menyanyikan sebanyak 35 buah lagu-lagu popular Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bertempat di Istana Budaya bermula 31 Mei sehingga 2 Jun ini.


Writer : cinemaonline.com


MasterChef: Berakhirnya Perjuangan Sabhi Saddi



KUALA LUMPUR, 22 MEI 2013: Perjuangan penyanyi dari Sabah, Sabhi Saddi, 29, di dapur masakan MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2) berakhir semalam apabila barisan juri memutuskan bahawa Sabhi adalah peserta yang tersingkir.

Semuanya bermula dengan kekalahan pasukan Merah yang diketuai Kenchana Dewi dalam Cabaran Sajian Luar sebelum ini, menyebabkan ahli-ahli pasukan itu terpaksa bersaing dalam Ujian Sajian Pantas dan berdepan dengan penyingkiran.

Terdahulu, pasukan Biru yang diketuai Michael Ang berjaya mendominasi Cabaran Sajian Luar yang bertemakan Minum Petang. Ini sekaligus meletakan pasukan Merah yang dianggotai oleh Rozita Che Wan, Celina, Lydiawati, Syura, Kenchana dan Sabhi sendiri meneruskan cabaran dalam Ujian Sajian Pantas. 

Malaysia, Hiburan, MasterChef Slebriti Malaysia 2, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti, MasterChef, Berakhirnya, Perjuangan, Sabhi Saddi


Kenchana bagaimanapun sebagai ketua memberi perlepasan kepada Syura di atas usahanya dalam Cabaran Sajian Luar sebelum ini, dan membolehkan Syura terselamat.

Ujian Sajian Pantas semalam bertemakan Sarapan Pagi. Rata-rata peserta yang bersaing menyediakan sajian berbentuk nasi lemak untuk memikat juri termasuk Sabhi. Bagaimanapun, sajian nasi lemak Sabhi yang jelas kelihatan biasa gagal memikat juri, menjadikannnya peserta ke 8 yang tersingkir dari pertandingan MSM2.

Penyingkiran Sabhi itu membolehkannya mengumpul RM5000 untuk National Diabetes Institute (NADI).

Kini 11 selebriti meneruskan perjuangan mereka dalam Masterchef Selebriti Malaysia. Apakah cabaran yang menanti mereka nanti? Saksikan MasterChef Selebriti Malaysia, Sabtu hingga Selasa, 9 malam di Astro Ria (104) & Mustika HD (134)

Motif Band Pernah Di Tolak 10 Syarikat Rakaman


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2013: Mungkin ramai yang begitu menggemari lagu tangkap leleh berjudul Tuhan Jagakan Dia, sejak ianya diperdengarkan di corong radio tempatan beberapa bulan lalu. Namun, masih ramai yang belum tahu atau belum mengenali artis yang membawakan lagu berkenaan.

Mereka ialah Motif Band iaitu lima orang anak muda berasal dari Bogor, Indonesia yang dianggotai Kikin sebagai vokalis, Rezza (gitar), Ado (drum), Atok (bass) dan Iman (gitar).

Tidak mempertaruhkan paras rupa, sebaliknya muzik pop rock tangkap leleh mereka itu nampaknya telah berjaya membawa Motif Band singgah ke negara ini selepas nama mereka menjadi sebutan hangat di seluruh Indonesia.

Ditemui semalam ketika majlis memperkenalkan Motif Band dan muzik mereka kepada pihak media, kumpulan ini nampaknya memiliki cerita pahitnya sendiri sebelum mula meraih populariti bermula awal 2012.

band, band muzik, band muzik Indonesia, kumpulan, penyanyi berkumpulan, persembahan muzik, motif band, tuhan jagakan dia, splash_terbaru, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Kikin selaku vokalis kumpulan berkenaan berkata, pelbagai ujian telah Motif Band lalui semata-mata untuk memastikan muzik mereka diterima baik oleh masyarakat di negaranya.

"Kalau nak tahu, kami telah bertemu dengan 10 syarikat rakaman untuk mereka menerima muzik kami seadanya, tetapi semuanya ditolak. Malah persembahan kami pernah dibayar dengan sepinggan makanan oleh pihak penganjur dalam sebuah acara persembahan, tetapi perkara itu tidak dibuat untuk artis lain pula.

"Tapi Alhamdulillah, semuanya itu adalah pengalaman berharga buat kami berlima dan kami percaya dengan rezeki serta usaha kami untuk memperkenalkan muzik Motif Band akan diperkenankan Tuhan suatu hari nanti," katanya.

Nama Motif Band diilhamkan daripada makna motif itu sendiri iaitu corak, warna atau rekaan yang mewakili kecenderungan muzik setiap ahli kumpulan berkenaan masing-masing.

Mula ditubuhkan pada tahun 2005, kumpulan berkenaan pernah merakamkan album pertama bersama Warner Music Indonesia bagaimanapun telah menyertai syarikat rakaman lain pada 2010 sehingga terhasilnya dua lagu popular mereka Tuhan Jagakan Dia dan Tanggal 1 Bulan 2.

Di Malaysia, pihak MVM Production bertanggungjawab memperkenalkan kumpulan Motif Band dengan lagu-lagu tangkap leleh yang menjadi kekuatan serta resipi kejayaan mereka sehingga hari ini.

Mereka akan berada di negara ini sehingga 24 Mei ini bagi menjalani rangka promosi di stesen radio, televisyen dan sesi fotografi

Kata Kikin, setiap seorang daripada anggota kumpulannya mempunyai kerjaya masing-masing seperti ahli perniagaan dan juga tukang masak kerana kerjaya sebagai penyanyi di negaranya tidak mampu menjamin kesenangan.

Namun begitu, setiap dua kali dalam seminggu, kumpulan berkenaan akan berhimpun untuk membuat latihan bersama-sama selain kerap mendapat undangan membuat persembahan termasuk undangan ke rancangan hiburan di stesen televisyen tempatan.

"Memang kebanyakan lagu-lagu kami tangkap leleh atau sedih. Semuanya dicipta kami sendiri iaitu daripada luahan perasaan kami berpandukan pengalaman putus cinta masing-masing.

"Tapi itu tidak bermakna kami tidak ada lagu lain, namun begitu muziknya masih tetap tangkap leleh. Kerana ianya sudah menjadi identiti Motif Band kerana kami percaya kepada keaslian muzik kami sendiri dan tidak terikut-ikut dengan band lain," katanya.

Motif Band berharap kehadiran mereka di persada muzik tempatan akan diterima baik oleh peminat di negara ini sebagaimana penerimaan positif yang diberikan kepada kumpulan muzik popular terdahulu.


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my






Eja Bersyukur Tidak Ditolak Meskipun Berhijab


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2013: Meskipun hidayah telah diberi kepadanya untuk berhijab selepas pulang dari Mekah pada 10 Mei lalu, namun pelakon jelita Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja bersyukur kerana dua tawaran yang menjengahnya sebelum dia memilih untuk berhijab masih kekal menjadi miliknya.

Dua tawaran berkenaan adalah peranannya sebagai duta bagi produk makanan tambahan kecantikan, Cosry serta watak di dalam filem arahan Bernard Chauly, Manisnya Cinta.

Bercakap kepada portal murai.com.my, Eja yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 30 episod berjudul Balqis untuk tayangan RTM sepanjang Ramadan berkata, dia terharu apabila kedua-dua pihak berkenaan masih sudi mengekalkan namanya walaupun dia sudah berhijab.

"Sebenarnya dua tawaran itu telah dibuat sebelum saya pergi ke Mekah dan Madinah lagi. Apabila saya pulang ke tanah air, saya memberitahu pihak Cosry dan juga produksi filem Manisnya Cinta tentang diri saya yang sudahpun berhijab.

Malaysia, Artis Malaysia, Selebriti, Eja, Bersyukur, Tidak, Ditolak, Meskipun, Berhijab, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


"Bagi saya, kalau imej saya ini tidak sesuai untuk produk Cosry dan juga watak saya dalam filem Manisnya Cinta, jadi alangkah baiknya saya menarik diri sahaja. Tetapi Alhamdulillah, penerbit filem berkenaan Lina Tan dan pengarahnya Bernard Chauly menerima keputusan saya itu dan masih mengekalkan watak saya. Begitu juga dengan Cosry," katanya yang tidak henti-henti melahirkan tanda syukur.

Eja telah bertolak ke tanah suci Mekah dan juga Madinah pada 26 April lalu bagi menjayakan penggambaran drama bersiri Balqis serta tidak ketinggalan menunaikan umrah bersama suami dan juga anaknya.

Jelas Eja, dia sudahpun melangsaikan peranannya dalam filem Manisnya Cinta baru-baru ini dan begitu juga majlis pelancaran produk makanan tambahan Cosry yang telah dibuat pada hari yang sama sebaik sahaja dia pulang dari Tanah Suci.

Pelakon Janin itu berkata, meskipu sudah berhijab, dia masih merasakan dirinya tidak sempurna, malah banyak lagi perkara yang perlu diperbaikinya bagi memastikan imej barunya itu selari sebagai seorang muslimah.

"Eja yang anda kenal sekarang adalah Eja yang sama dahulu. Cuma bezanya saya sudah berhijab dan saya sedar banyak perkara yang perlu saya perbetulkan. Bukannya dengan berhijab bermaksud saya sudah sempurna.

"Saya juga tidak segan untuk melihat gambar-gambar saya sebelum berhijab. Kerana bagi saya itu adalah sejarah dan saya tak boleh menidakkan atau menghalang sejarah. Ianya akan tetap kekal terpatri dalam hidup kita dan kita sebagai manusia harus dan perlu belajar melaluinya," kata Eja penuh redha.

Tambah Eja, meskipun ini bukanlah kali pertama dia menunaikan Umrah, tetapi jika mahu dibandingkan dengan kunjungannya terdahulu, kali ini perasaan sedih yang teramat sangat telah menyelubungi dirinya sebelum meninggalkan tanah suci.

Dia sedar itu adalah petunjuk dari Tuhan untuk dia berhijrah supaya menjadi individu yang lebih baik apatah lagi dalam usianya yang semakin meningkat, maka perubahan kea rah positif adalah perkara paling diinginkannya.

"Suami saya merupakan individu pertama yang telah saya maklumkan tentang keputusan saya berhijab. Tetapi saya tidak memberitahunya secara terus, sebaliknya saya bertanyakan terlebih dahulu pendapatnya adakah dia suka jika saya memilih untuk terus bertudung?

"Alhamdulillah dia sangat gembira jika perkara itu benar-benar berlaku. Katanya wanita bertudung nampak cantik, berseri, comel dan penuh wajahnya. Jadi bila tiba di tanah air, saya terus memilih untuk dengan hati terbuka dan syukur," katanya.

Eja dan beberapa pemenang Anugerah Skrin bakal bertolak ke Korea pada 4 Jun ini sebagai habuan kejayaan mereka pada malam anugerah berprestij berkenaan.


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan