Cari Artikel

Wednesday, May 22, 2013

Petua Untuk Tampil Cantik dan Bertenaga


Nak ker petua penampilan supaya kelihatan cantik serta bertenaga? Khas untuk wanita la kan, kalau lelaki cantik is tak tau la pulak macam mana tu, tak gitu? Pernah korang dengar lelaki cantik?

Kalau ada is tak nak komen peper, just now petua untuk wanita yang ingin tampil cantik dan bertenaga. is tahu diet yang kurang seimbang dengan memakan makanan segera dan kerana memakan makanan segera tadi menghodohkan penampilan serta mengurangkan kekuatan dan tenaga korang. Faktor wanita bekerja adalah penyebab utama kenapa wanita sekarang tidak tampil cantik dan bertenaga.

Kalau korang (wanita) nak tau macam mana untuk tampil cantik serta bertenaga meh ambik petua kat bawah nie. (is minat fazura, so jangan jeles naaa?)

petua, untuk, tampil, cantik, dan, bertenaga, Nur fazura, Fazura, bertudung, cantik, sopan,


1. Duduk Secara Betul

Duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan gambaran anda      berkeyakinan dan bertenaga.  Duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul  boleh menyebabkan sakit tulang belakang. Juga boleh membawa masalah pada paru-paru jantung dan buah pinggang.

2.  Ambil Berat Kesihatan Gigi

Masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak selesa.  Ia mencerminkan tabiat tidak peka pada penjagaan gigi.  Masalah gusi bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi tapi ia juga memberi kesan pada imunisasi bagan.  Jadi beruslah gigi  sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi.  Jumpalah doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

3. Ketawa Penawar Duka

Ketawa boleh meleraikan dan melegakan kekusutan.  Senyum dan ketawa boleh membuatkan seseorang awet muda dan nampak berseri. Pakar perubatan dan psikologi berpendapat ketawa adalah penawar duka.  Ianya juga bertindak sebagai senaman dalaman (internal exercise) yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan.

4. Kerap Berjalan

Bersenam menyihatkan badan.  Amalan bersenam, seperti berjalan, membantu meningkatkan kesihatan jantung paru-paru dan peredaran darah.  Ia menguatkan otot, tenaga dan melambatkan proses penuaan.  Berjalan 20 minit sehari tiga kali seminggu dapan membantu anda berasa cergas dan sihat dan mencantikkan kulit wajah.

5.Berhenti Merokok

Merokok mempercepatkan proses penuaan.  Namun ianya satu tabiat yang sukar diberhentikan.  Walaubagaimana pun jika anda berjaya memberhentikan tabiat tersebut pasti kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri.  Rambut, baju dan nafas juga tidak lagi berbau asap rokok. Yang pasti tanpa rokok hidup akan lebih sihat dan bertenaga.

6. Kurangkan Alkohol, Teh dan Kopi

Kurangkan pengambilan alkohol, kopi dan teh.  Apabila pengambilannya berlebihan ianya akan membuatkan kita kerap ke bilik air.  Amalan ini membuatkan kulit kering an mempercepatkan kesan garis penuaan, juga menyebabkan kulit bewarna kekuningan.  Kalau boleh cuba kurangkan pengambilan kopi hanya 3 cawan sehari.

7. Makanan Berkhasiat

Secara purata, berat badan wanita berumur lebih 35 tahun ialah 70gram setahun.  Dan mustahil untuk mencapai berat badan yang sempurna tanpa diet mendadak dan bersenam atau mengamalkan pemakanan seimbang.  Kurangkan makanan berlemak tetapi jgn tidak mengambilnya langsung kerana tubuh kita memerlukan kandungan lemak yang bertindak untuk meningkatkan penghasilan estrogen, iaitu bahan yang diperlukan untuk membuatkan wanita tampak muda.  Diet yang mendadap pada pertengahan usia boleh memudaratkan jasmani dan mental wanita.

8.Makanan Tambahan

Vitamin dan mineral  penting sebagai makanan tambahan.  Untuk memudahkan pengambilannya, dapatkan yang berbentuk pil yang mengandungi 10-12 jenis mineral dan 11-12 jenis vitamin.

9.Tidur Yang Mencukupi

Manusia memerlukan tidur 8 jam sehari.  Masa inilah minda dan tubuh kita direhatkan, sel kulit diperbaiki dan minda bersedia untuk kegiatan keesokan harinya.  Untuk menjamin tidur yang lena, jangan makan hingga larut malam. Pastikan tingkap terbuka untuk udara bersih yang bebas keluar masuk. Semburkan pewangi supaya tidur anda nyaman dan selesa.

Petua Untuk Menghalau Burung


Isk isk isk, korang nak ker halau burung nie? kalau is, is suka burung. Macam-macam bunyi kalau dorang semua nie datang rumah is, merbuk lah, merbah la, But-But la, wak-wak, murai cacing, terkukur perrghh merpati je jarang datang rumah is juah sekali la merak ok? Phoenix je pernah datang rumah is hehehehe. 

Tapi kalau burung2 nie datang rumah tak per la kan? Tapi bagi petani buah-buahan, burung adalah satu masalah besar bagi dorang. So macam-macam kaedah la di gunakan untuk menghalau burung-burung nie daripada memakan hasil pertanian dorang tu.

Ok kat sini is sharekan sikit kaedah serta petua nak halau burung2 tu, tapi jangan la bagi burung-burung tu mati ok? Dia pun makhluk Allah S.W.T. macam kita gak ok? Ala takkan luak punya kalau burung datang pun rezeki Allah taala tiada terbatas.

Petua, Untuk, Menghalau, Burung, Bagi, petani, buah-buahan




Kaedah 1: Jaring – Sering di pasang pada pokok dan bahagian atas bangunan. Terdapat pelbagai jenis jaring yang terdapat di pasaran.

Kaedah 2: Gel – Gel disapu pada tempat yang selalu dihinggapi burung. Gel ini akan membuatkan burung merasa tidak selesa dan tidak akan hinggap di situ lagi. Kelemahannya, gel akan memerangkap segala habuk dan sampah membuatkan kawasan yang disapu gel menjadi kotor.

Kaedah 3: Patung Haiwan Pemangsa – Patung yang sering digunakan ialah patung musang, burung hantu, helang anjing dan buaya.

Kaedah 4: Bahan Kimia dan Semburan – Cecair kimia disembur pada buah, pokok atau hasil tanaman. Bahan kimia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan  akan membuatkan rasa hasil tanaman tidak disukai oleh burung.

Kaedah 5: Lampu strobe dan Sinaran Laser – Lampu strobe mengeluarkan cahaya terang yang berselang-seli dengan warna tertentu. Pencahayaan dari lampu strobe dan sinaran laser akan membuatkan burung berasa terganggu dan akan segera beredar. Sesuai dipasang di tempat-tempat yang gelap dan kelam.

Kaedah 6: Alat Sonik – Alat ini mengeluarkan bunyi menakutkan burung dengan mengeluarkan bunyi haiwan pemangsa (seperti suara burung helang atau anjing) ataupun bunyi suara burung yang sedang ketakutan.

Petua Elak Mabuk Kenderaan, Kereta


Mabuk kenderaan biasanya menimpa sesetengah orang ketika berjalan jauh. Lebih-lebih lagi jika dalam perjalanan, korang terpaksa melalui jalan yang berbengkang-bengkok.

is sendiri pun mabuk kereta kalau korang nak tahu, asal naik je kereta dan bukan is yang pandu mesti nak melugai punya tekak, loya ntah apa-apa ntah, so is try cari petua nak hilangkan atau kurangkan mabuk nie, jom sama-sama cuba petua kat bawah nie.

Petua, Elak, mabuk, kenderaan, kereta


1. Ambil 3 sudu makan madu asli.
2. Campurkannya dengan sedikit garam.
3. Minumlah sebelum anda jalan jauh.

ha lagi satu memang is tak leh tahan kalau naik kereta penuh2, atau ruang kaki sempit, dan naik keta kancil memang leh mabuk ++ low blood pressure dan macam2 lagi. is harap lepas nie boleh lah is teruskan niat murni is, heheheheee pegi belajar kereta, hehehehe opppsss bukan belum ada, just kena pegi ambik balik lesen disebabkan nasihat JPJ dan Polis DiRaja Malaysia. Sir Yes Sir!!!

Petua Buang Angin Dalam Badan


Masalah angin dalam badan? Angin tu tak mau keluar? Isk isk isk, cuba gunakan kaedah ringkas dibawah untuk mengeluarkan angin-angin jahat itu, ahak, dan pastikan tiada orang sekeliling korang sebelum lakukan kaedah ini ok?

Karang tak pasal2 terbang pulak orang kat belakang korang tu, dek hembusan dari pintu belakang korang heheheheheehehe.


Petua, buang, angin, dalam, badan



1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
4. Minum ramuan ini, dan amalkan sebulan sekali insyaallah.

Tidak Dibenarkan Bercinta, David Teo Mahu Artis MIG Jadi Jutawan


Ya, perasaan cinta sememangnya tidak boleh dihalang jika ianya sudah mula berputik. Cinta juga boleh memberi masalah besar kepada individu yang tidak pandai mengawal perasaan cinta mereka. Itu yang menjadi perkara yang sangat dirisaukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo.

Pihak MIG sama sekali melarang artis di bawah naungan mereka terutamanya mereka yang baru menceburi bidang seni dikhuatiri boleh merosakkan karier mereka sendiri.

Menurut David Teo, ramai yang tidak sedar dan faham mereka sebenarnya sedang membina nama dan karier arits naungan mereka dalam  bidang lakonan, bukan melakukan kekejaman seperti dakwaan sesetengah pihak. Cinta boleh menggugat kerja-kerja terutamanya bagi artis yang masih baru lagi.

Malaysia, Artis Malaysia, Selebriti, Producer Malaysia, Gosip, Meletop, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth, MIG, David Teo, tidak, benarkan, bercinta, mahu, artis, jadi, jutawan


Tambah David lagi, jika dilihat kepada artis yang telah melanggar perjanjian mereka, kedudukan mereka sebagai seorang pelakon akhirnya seperti tidak terurus. Kebanyakan yang mereka yang mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan akhirnya berjaya dan baru kelonggaran diberikan untuk memikirkan soal rumahtangga.

Ada juga antara dikalangan artis menggunakan MIG sebagai batu loncatan untuk dikenali ramai dengan lebih mudah, tetapi akhirnya langgar segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak MIG.

Namun pihak MIG tidak serik untuk mengambil bakat-bakat muda sebagai artis naungan mereka kerana mereka percaya hanya artis yang terbaik sahaja yang akal kekal di MIG dan tidak rugi besar jika ada adanya ingin keluar dari MIG.

Antara artis-artis yang telah berjaya dibawah naungan MIG adalah Yana Samsudin, Wawa Zainal, Angah (Raja Lawak), Farid Kamil, Nora Danish, Along Cham dan Shaheizy Sam.

Demi Kerja, Lisdawati Sanggup Dedahkan Rambut



Baru-baru ini, pelakon terkenal Lisdawati telah membuat keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dan dilihat tampil dengan imej bertudung ketika menghadiri pelancaran farmasi milik Serina Redzuawan.

Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 34, bagaimanapun mengakui berat hati berhadapan dengan situasi dimana dia harus membuka tudung jika terpaksa menjayakan sesuatu watak dalam lakonan demi mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga tercinta.

Cabang lakonan merupakan punca utama rezeki untuk keluarga untuk membesarkan anak-anak, namun jauh disudut hati sebagai seorang ibu mana yang tidak mahukan perubahan arah kebaikan dan mencari keredhaan dari yang Esa.

Malaysia, Artis Malaysia, Selebriti, Gosip, Meletop, Demi, kerja, Lisdawati, Sanggup, Dedahkan, rambut


Mengakui imej bertudung adalah dirinya yang terbaru, Lisdawati mengharapkan orang ramai memahami situasinya sebagai seorang pelakon yang terpaksa menerima lakonan yang menglibatkan dirinya tanpa bertudung kerana melalui lakonan sahaja yang mampu memberi sumber rezeki kepada keluarga.

Tetapi Lisdawati mengakui seboleh-bolehnya dia cuba untuk tidak melakonkan watak-watak yang memerlukan dirinya memakai seksi dan sebagainya sebaliknya akan muncul dengan watak menutup aurat seperti bertudung.

Tambah Lisdawati lagi, perubahan sebenarnya datang dari dirinya secara perlahan-lahan dan berubah kepada yang lebih baik adalah niat utama dan tidak semestinya perubahan itu diharuskan berlaku dalam sekelip mata sahaja.

Kalah Bertaruh, Sir Richard Branson Dipaksa Jadi Pramugari


Taikun Penerbangan Tambang Murah Air Asia yang berpangkalan di Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes akhirnya gembira setelah rakan karibnya yang juga pemilik penerbangan Virgin Atlantic , Sir Richard Brenson telah melunas pertaruhan untuk berpakaian seperti pramugari Air Asia setelah kalah dalam pertaruhan pada Grand Prix dua tahun lalu.

Richard Branson yang juga bekas majikan kepada Tony Fernandes dilihat telah memakai mekap dan kasut tumit tinggi bertugas sebagai pramugari yang membawa penumpang penerbangan A330 yang berlepas dari Perth ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan tiba pada 12.30 tengahari dengan disambut lebih 50 orang yang terhibur dan terkejut dengan penampilan Branson.

Hiburan, Gosip, Meletop, Kalah, bertaruh, Sir Richard, Dipaksa, Jadi, Pramugari


Branson yang berlepas dari Perth untuk penerbangan amal bagi mengumpul dana telah berjaya mengumpul kira-kira AU$300,00 untuk disalurkan kepada Starlight Children’s Foundation Di Australia. Pertaruhan antara dua taikun ini bermula selepas mereka berhubung untuk menentukan mana satu pasukan Formula Racing pilihan yang menamatkan saingan pada kedudukan tertinggi pada Grand Prix Formula One 2010 di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu.

Dalam perlumbaan tersebut, pasukan pilihan Tony Fernandes iaitu Lotus telah berjaya menamatkan di tempat ke-10 manakala pasukan pilihan Branson, Marussia Virgin Racing berada di tempat ke012 pada ranking final.

Benarkah Akademi Fantasia Akan Kembali?


Kebelakangan ini khabar angin mengenai program realiti popular Akademi Fantasia akan kembali bertiup kencang.

Angin-angin yang bertiup itu bukan sepoi-sepoi bahasa tetapi telah berjaya menggegar meja kami di Astro Gempak!

Sejauh mana kesahihan perkara itu tidaklah kami ketahui…Tetapi bagi pendapat anda semua, masih relevankah Akademi Fantasia jika diadakan kembali?

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Rancangan, Realiti, TV, Akademi Fantasia, benarkah, akan, kembali


Yang menjadi tanda tanya, masih adakah peminat-peminat Akademi Fantasia di luar sana tu kan? Bagi kami di Astro Gempak, jika program realiti ini diadakan semula, pasti ia akan berwajah baru dan lebih bervariasi berbanding sebelum ini. Maklumlah…teknologi pun semakin canggih, tak salah jika Akademi Fantasia pun bergerak seiring teknologi…Tak gitu?

Walau apa pun, sama-sama kita nantikan…Kalau benar Akademi Fantasia bakal kembali mewarnai industri hiburan tanah air, pasti menarik kan?

Ye lah, Akademi Fantasia pun dah banyak melahirkan selebriti terkenal dan berjaya dalam industri hiburan tanah air…Contohnya seperti Hazama, Mawi, Marsha, Aizat, Hafiz, Amir Jahari, Adira, Stacy, Akem, Ariel , Dafi, Zahid, Adi Fasha dan ramai lagi…Mereka semua berjaya dalam lapangan masing-masing sekarang kan!

Saksikan Episod Sulung The Apprentice Asia Esok, 22 Mei 2013


Rancangan asal The Apprentice yang dihoskan oleh jutawan terkenal, Donald Trump telah berjaya menjadi salah satu rancangan hangat di seluruh dunia sejak ditayangkan pertama kali di Amerika Syarikat pada tahun 2004.

Kini, AXN menerusi saluran Astro 701 menampilkan rancangan baru bertajuk The Apprentice Asia dan program itu bakal menarik perhatian penonton-penonton Asia bermula esok!

Mengetengahkan konsep yang sedikit berbeza dari cerita asal, The Apprentice Asia akan dihoskan oleh hartawan syarikat penerbangan dari Malaysia iaitu Tan Sri Tony Fernandes dan diterbitkan oleh Fremantle media Asia yang juga menerbitkan The Apprentice edisi Indonesia dan Australia.

Malaysia, Asia, AXN, Rancangan, TV, saksikan, episod, sulung, The Apperentice Asia, esok,


Seperti yang umum ketahui, Tony bukanlah calang-calang bisnesman. Beliau telah berjaya mengangkat nama AirAsia ke persada dunia dan berjaya dipilih sebagai Best CEO for Malaysia oleh Corporate Governance. AirAsia sendiri berjaya memenangi anugerah World’s Best Low-Cost Airline dari tahun 2009 hingga 2012.

Keseluruhan jalan cerita menampilkan 12 eksekutif syarikat dari setiap pelosok Asia akan merebut peluang untuk bekerja di salah sebuah anak syarikat Tony Fernandes. Setiap episod menyaksikan peserta yang tidak bernasib baik akan disingkirkan daripada pertandingan.

Nantikan kemunculan rancangan ini yang akan bersiaran pada 22 Mei 2013, setiap Rabu jam 9.05 malam di saluran AXN dan AXN HD. Mampukah The Apprentice dengan elemen Asia mencapai rating tinggi seperti program asalnya di Amerika Syarikat?

Selain itu, pada bulan Mei ini juga AXN bakal menayangkan bahagian kedua Hawaii Five-O musim ketiga, Legend Fighting Championship musim kesebelas dan “Labour Day & Wesak Day Specials.

Ingin menonton rancangan-rancangan menarik di Astro, tapi masih belum memiliki Astro di rumah? Mudah sahaja anda hanya perlu klik pautan www.astro.com.my/shop atau hubungi 1300 82 3838 untuk pertanyaan lanjut.

Kepada pelanggan Astro Byond yang belum melanggan Pakej Mustika, layari www.astro.com.my/mustika atau hubungi 1300-82-3838 untuk melanggan dan dapatkan pakej mustika dengan harga RM12.95 sebulan.

Anda masih belum mendapatkan perkhidmatan definisi tinggi (HD)? Sila dapatkan segera dengan melanggan perkhidmatan Astro B.yond dengan hanya RM20.00 sebulan.Anda juga boleh menonton secara online di www.astrogempak.com.my.

Eina Azman Akan Tetap Saman Ibu Afiq Muiz


Pelakon baru Eina Azman yang terlibat di dalam kontroversi pertelingkahan di antara Afiq Muiz dan Ibunya Hasliza Mohamad, hari ini membuat pengakuan akan teruskan niatnya untuk menyaman ibu pelakon lelaki tersebut.

Menurut laporan Berita Harian, Eina Azman mendakwa telah memberi satu minggu kepada ibu Afiq untuk memohon maaf, tetapi tiada apa-apa berita daripada wanita tersebut sehingga ke hari ini.

Eina juga telah menyerahkan kes saman tersebut kepada ayahnya dan memberitahu dia tidak akan memohon maaf dengan ibu Afiq yang telah memalukannya dan dia berada di pihak yang benar.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Eina Azman, Akan, tetap, Saman, ibu, Afiq Muiz


“Saya serahkan kes saman ini kepada keluarga. Mereka akan uruskan, tunggu sahaja apa yang akan berlaku seterusnya. Sampai sekarang, ibu Afiq masih belum memohon maaf. Malah, keluarga ibunya juga turut menyerang saya di laman twitter,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian, hari ini (Selasa).

Di dalam Berita Harian juga ada menyebut ibu saudara Afiq yang dikenali sebagai Norlela akan tampil memberi penjelasan dan membetulkan semula kenyataan bercanggah yang telah diberikan ibu Afiq dalam Melodi Ahad lepas.

Menurut Eina lagi, ibu saudara Afiq itu cukup mengenali Afiq kerana dia yang menjaga pelakon itu sejak dari kecil.

Eina juga mengharapkan selepas ibu saudara Afiq memberi kenyataan, orang ramai akan dapat memahami perkara sebenar dan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin supaya tidak menganggu kerjaya seni mereka berdua.

Undian Fasa Kedua Anugerah Blokbuster 2 Kini Bermula!



Anugerah yang mengangkat martabat karya-karya hebat tanah air, Anugerah Blokbuster 2 kembali menghiasai dunia hiburan pada tahun ini dengan bertemakan ‘Hipster’. Selepas kejayaan dan sambutan yang diterima untuk edisi pertama tahun lalu, pihak Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) terus memegang mandat mengajurkan anugerah berprestij ini.

Untuk kali ini, Anugerah Blokbuster 2 akan bersiaran secara langsung dari Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor pada hari Sabtu, 15 Jun 2013 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan juga tayangan serentak di Mustika HD (134) jam 9.00 malam.

Jika sebelum ini proses undian telah dijalankan untuk fasa pertama, kini undian fasa kedua Anugerah Blokbuster 2 telah pun dibuka untuk pengundi membuat pilihan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Anugerah, Filem, Terhebat, Tuan Direktur, Direktur Baru, Filem Aksi, Filem Kelakar, Filem Takut, Drama Muzikal, pahlawan, Heroin, Watak Penjahat, Lagu Tema, pahlawan Baru, Heroin Baru


Sedia maklum, pihak PFM dengan kerjasama rakan penyiar rasmi, Astro menerusi saluran AStro Ria (104) dan Radio Era sebagai radio rasmi telah berbesar hati memberi kepercayaan dan kuasa penuh kepada mereka diluar sana untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Sebanyak 15 kategori pencalonan dipertandingkan dan 13 kategori daripadanya akan disenarai pendek berdasarkan undian oleh orang ramai. 13 kategori yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1) Anugerah Filem Terhebat
2) Anugerah Tuan Direktur Terhebat
3) Anugerah Direktur Baru Terhebat
4) Anugerah Filem Aksi Terhebat
5) Anugerah Filem Kelakar Terhebat
6) Anugerah Filem Takut Terhebat
7) Anugerah Filem Drama Muzikal Terhebat
8) Anugerah pahlawan Terhebat
9) Anugerah Heroin Terhebat
10) Anugerah Watak Penjahat Terhebat
11) Anugerah Lagu Tema Terhebat
12) Anugerah pahlawan Baru Terhebat
13) Anugerah Heroin Baru Terhebat

Manakala pemenang untuk dua kategori berikut akan ditentukan seperti berikut:

1) Anugerah PFM adalah untuk menghargai individu atau kelompok individu yang telah memberi jasa terhadap industri Filem Malaysia. Anugerah PFM akan diputuskan oleh panel juri yang dilantik oleh Persatuan Penerbit Filem (PFM); dan

2) Anugerah Astro First Terhebat ditetapkan berdasarkan filem Malaysia 'paling banyak dilanggan' yang telah disiarkan di Astro First dalam tempoh 1 Januari 2012 - 31 Disember 2012.
Talian undian untuk fasa pertama yang dibuka sejak 19 April hingga 10 Mei lalu. Bagi pusingan awal ini, orang ramai diberi pilihan untuk mengundi filem-filem dan bintang-bintang kegemaran mereka melalui khidmat undian secara online di laman web rasmi iaitu di www. anugerahblokbuster.com.my dan juga menerusi borang rasmi di akhbar Sinar Harian yang diedarkan melalui sisipan pada setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad.

Manakala untuk fasa kedua ini adalah untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori. Orang ramai kini boleh menghantarkan undian menerusi laman web rasmi dan juga Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bermula 14 Mei hingga 15 Jun 2013, jam 12.00 tengah hari. Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan sewaktu siaran langsung malam Anugerah Blokbuster Kedua kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Cara-cara mengundi melalui laman web rasmi

1. Layari www.anugerahblokbuster.com.my
2. Orang ramai hendaklah mendaftar masuk menggunakan butang masuk Facebook Login yang terdapat pada laman web berkenaan.
3. Pilih kategori yang disenaraikan dan anda boleh mula mengundi.
4. Pengundi hanya boleh mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori
5. Kedudukan undian laman web akan dipaparkan sepanjang tempoh pengundian

Cara-cara mengundi melalui kiriman SMS

1. Undian melalui SMS yang boleh dilakukan untuk semua pengguna Telco
2. SMS AB1 nama calon > Hantar ke 32888. Contoh: AB1 johan Hantar ke 32888.
3. Setiap SMS dikenakan caj sebanyak RM0.50 setiap undian.

Produser David Teo Kesal Ditipu Aeril Zafrel Pasal Agama


KUALA LUMPUR, 21 MEI 2013: Penerbit dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo kesal apabila ditipu oleh pelakon Aeril Zafrel yang memperdayanya bagi menamatkan kontraknya dengan MIG kerana ingin mempelajari ilmu agama.

"Mula-mula Aeril kata mahu belajar agama dan kerana itu dia meminta saya untuk tamatkan kontrak lebih awal. Kalau bab agama, saya agak sensitif. Sebab itulah saya memenuhi permintaannya kerana menyokong langkah yang hendak diambilnya untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan.

"Tiba-tiba saya dapat tahu dia membintangi sebuah filem di Hollywood pula. Dia sudah tidak memenuhi apa yang dikatakannya sebelum ini," ujarnya seperti dipetik daripada mStar.

Terdahulu, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 26, mengesahkan dia tidak lagi bernaung di bawah pengurusan MIG selepas mempertimbangkan beberapa perkara yang disifatkannya sangat peribadi dan pernah dikatakan berkecil hati serta tidak menyenangi 'budaya' kerjaya diamalkan oleh syarikat tersebut.

aeril zafrel, aeril zafrel berhijrah, David Teoh, David Teo, MIG, mig production, splash_popular, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Walaubagaimanapun David tidak berhasrat untuk mengambil tindakan atas kenyataan-kenyataan tersebut termasuklah perbuatan Aeril yang memperdayanya.

David berkata, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan individu yang menipu pasti akan mendapat balasan tanpa perlu mengambil sebarang tindakan.

"Dia mahu tamatkan kontrak, saya sudah tunaikan janji saya. Walaupun saya diperdaya, tidak apa, balasannya akan datang kemudian. Saya pun tidak rugi apa-apa. Saya sudah biasa dengan artis-artis di bawah naungan MIG seperti kata pepatah 'kacang lupakan kulit'.

Tambah David lagi, sudah ramai artis MIG yang telah berjaya dalam karier lakonan masing-masing seperti Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Wawa Zainal, Farid Kamil, Nora Danish dan ramai lagi.

Writer: cinemaonline.com

Mak Jemah Pengganti Ana Dahlia, Chef Riz No Komen!



KUALA LUMPUR, 21 MEI 2013: Sebelum ini ada tersebarnya foto milik Chef Riz yang dikatakan sudah bertemu pengganti kepada Ana Dahlia setelah rumahtangga yang dibina mereka hanya bertahan lebih kurang 11 bulan sahaja.

Bagaimanapun, foto milik tukang masak terkenal itu telah pun dipadam olehnya dan begitu juga gosip berkenaan dilihat berterbangan begitu sahaja tanpa ada pengakuan serta pengesahan daripada sesiapa mengenai hal ini. Sebuah portal hiburan ada menyiarkan pendedahan oleh bekas isterinya yang mengatakan bahawa Chef Riz memang sudah ada kekasih baru.

Kesempatan bertemu anak sulung kepada tukang masak ternama negara Chef Wan, portal Murai ada bertanyakan tuan punya badan mengenai kisah peribadinya yang turut menjadi perhatian ramai selepas menjadi juri dalam program realiti Masterchef Malaysia yang pertama.

chef riz, chef riz cerai ana dahlia, teman wanita chef riz, anak dahlia chef riz bercerai, kekasih chef riz, splash_panazz, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


"Siapa atau nama tidak dapat saya kongsi dengan semua kerana saya belajar daripada kesilapan lepas untuk tidak terlalu terbuka dan bercakap pasal hal peribadi. Bagi saya biarlah saya sendiri tahu dan bila sudah sampai masanya saya akan beritahu semua.

"Memang saya ada berkawan dengan seorang perempuan dan hubungan kami memang serius. Saya dah kenal dia lebih kurang 8 bulan. Saya mengenalinya melalui teman saya dan dia merupakan orang biasa dan bukannya selebriti,"ujarnya yang agak serik untuk menjalinkan hubungan dengan selebriti mahupun artis.

Chef Riz juga berkata bahawa dia tidak mahu terburu-buru untuk mendirikan rumahtangga. Dia mahu mengenali hati budi wanita itu sedalam-dalamnya sebelum menyunting wanita itu menjadi suri di hatinya.

"Perancangan untuk kahwin sudah tentunya ada kerana saya dan dia memang serius cuma biarlah kami aturkan perlahan-lahan. Takut kalau terburu-buru nanti macam-macam pula yang berlaku.

"Buat masa ini dia memenuhi ciri-ciri wanita yang saya idamkan iaitu bersifat keibuan, berdikari dan sudah semestinya pandai memasak,"ujar pemilik restoran Flavors ini.

Apa bila ditanyakan adakah wanita tersebut adalah Mak Jemah atau perempuan yang dilihat intim dengannya di dalam foto yang tersebar pada awal tahun lalu, Chef Riz tidak mahu komen mengenai hal itu.

Pencetus Ummah Teruskan Legasi Imam Muda


KUALA LUMPUR, 21 MEI 2013: Selepas berjaya mencetus fenomena menerusi program Imam Muda yang mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa serta perhatian dunia, Astro Oasis dengan langkah baru telah memperkenalkan sebuah program keislaman yang bakal mencetuskan fenomena terbaru berjudul Pencetus Ummah yang akan memulakan sesi ujibakat tidak lama lagi.

Jika sebelum ini, Imam Muda telah meletakkan Malaysia di mata dunia dalam sejarah penyiaran tempatan, Pencetus Ummah pula bakal meneruskan legasi tersebut untuk membentuk masyarakat terutamanya generasi muda ke arah perilaku yang lebih baik dan berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, para peserta bakal dilengkapkan dengan pelbagai ilmu oleh tokoh terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman. Penekanan akan diberikan kepada kemahiran pengucapan awam dan keupayaan menerbitkan karisma dalam penyampaian dakwah secara berhemah.

Seramai sepuluh orang peserta terbaik yang terpilih bakal memberikan ceramahnya setiap minggu di Medan Pencetus Ummah. Mereka perlulah menonjolkan kualiti pengucapan awam terbaik untuk memikat hati juri dan para penonton dalam jangka masa yang diberikan.

izelan basar, izelan, pencetus ummah, imam muda, Imam Muda, imam muda musim 2, imam muda 3, Astro Oasis, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Persembahan terbaik dan paling meyakinkan akan mempengaharuhi permakahan juri. Selain mendapat bimbingan daripada Mudir dan Mursyid yang berpengalaman, para peserta juga akan dilatih oleh tokoh pendakwah terkemuka dan barisan pengacara terbaik negara.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar berkata, "Pencetus Ummah merupakan inisiatif terbaru Astro dalam memberikan pendekatan kerohanian dan pemahaman sebenar tentang Islam melalui program yang diterbitkan mengikut acuan dan formula yang tersendiri.

Program ini juga bukti testimonial Astro dalam menerbitkan program-program ilmiah dan tidak tertumpu kepada elemen hiburan semata-mata. Bertepatan dengan judulnya, kami berharap program ini bakal mencetuskan perubahan ke arah pembentukan ummah atau masyarakat yang lebih baik."

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan penyambung warisan serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai pendakwah muda, dijemput hadir ke sesi temuduga yang akan diadakan seperti berikut dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang:


Tarikh
Tempat
Negeri
Jumaat & Sabtu,
31 Mei - 1 Jun 2013
Masjid Zahir, Alor Setar
Kedah
Jumaat & Sabtu,
7 - 8 Jun 2013
Pusat Pentadbiran Islam Terengganu, Kompleks Sri Iman, Kuala Terengganu
Terengganu
Sabtu & Ahad,
15 - 16 Jun 2013
Pusat Penyiaran Asia (ASTRO), Bukit Jalil
Kuala Lumpur



Sesi ujian dan temubual ini terbuka kepada semua lelaki Muslim yang fasih berbahasa Melayu dan berusia di antara 18 - 40 tahun serta sihat tubuh badan. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R di samping mempunyai latar belakang agama yang baik dan berpengetahuan luas dalam bidang agama dan memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil Sekolah Menengah Rendah Agama.

Selain perlu membaca surah Al Fatihah dan beberapa surah lazim, para peserta juga perlu hadir dan bersedia dengan salah satu topik tazkirah seperti berikut;

1. Buang anak
2. Poligami
3. Keruntuhan akhlak
4. Hiburan dalam Islam
5. Ekonomi

Program keislaman terbaru Pencetus Ummah ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro OASIS (saluran 106) pada bulan Ogos ini. Butir-butir lanjut mengenai p

Sasi The Don Bangga Maxi Priest Sudi Berkolaborasi



KUALA LUMPUR, 21 MEI 2013: Bukan sahaja sudi menghadiri konsert pertamanya di London iaitu Sasi The Don Live In London, penyanyi tanah air, Sasi The Don berbesar hati apabila penyanyi popular reggae dan R&B daripada British, Maxi Priest bersetuju untuk berkolaborasi dengannya dalam sebuah lagu, Island Queen.

Sasi The Don atau nama sebenarnya, Sasidharan Chandran berkata dia bagai tidak percaya apabila penyanyi yang selama ini menjadi idolanya telah pun sudi merakamkan lagu dan muzik video berkenaan bersamanya.

"Sebenarnya kami mula berkenalan dan berkomunikasi menerusi Facebook iaitu ketika saya ingin menjemputnya ke konsert pertama saya di London pada tahun 2010.

"Tak sangka dia membalas mesej saya di Facebook dan sudi datang serta berjumpa dengan saya di konsert. Lebih membanggakan lagi dia menonton konsert saya sehingga tamat.

sasi the don, sasi, maxi priest, splash_terbaru, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


"Selesai konsert, dia pun datang dan memberitahu kagum melihat persembahan saya. Apabila saya nyatakan hasrat dan impian saya untuk berkolaborasi dengannya, dia pun memberitahu sudah terfikir untuk berbuat demikian.

"Sudah tentu saya menerima jawapan itu dengan rasa sangat gembira dan teruja," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Tanpa membuang masa, Sasi memberitahu dia dan Maxi Priest yang popular sejak tahun 80-an itu terus merakamkan sebuah lagu di sebuah studio di London pada April 2011.

Sasi turut berkongsi pengalaman manis merakamkan lagu bersama Maxi. Sasi berkata penyanyi yang popular dengan lagu Close To You itu seorang pemuzik yang tekun dalam bidang yang diceburi.

"Sebenarnya idea lagu yang berkonsep Dance Hall dan tajuk lagu Island Queen ini datang dari saya, tetapi kemudian bila kami berbincang, Maxi telah membuat banyak perubahan dan penambahbaikan dari segi lirik dan lagu.

"Saya seronok apabila dapat menimba pengalaman yang baru ketika merakamkan lagu ini bersama Maxi tetapi saya terpaksa akui agak tertekan juga bekerja dengannya.

"Bukan tertekan sebab apa, tertekan kerana dia memang seorang pemuzik yang banyak idea dan ilmu sehingga tidak pernah kenal erti penat. Malah, menggunakan masa yang ada sepenuhnya tanpa ada masa rehat atau masa untuk saya berfikir.

"Bekerja dengannya memang sangat pantas dan idea yang diberikan sangat banyak sehingga di luar batasan saya. Namun saya gembira dan puas hati dengan segala pembikinannya," jelasnya lagi.

Pun begitu, Sasi dan Maxi baru sahaja berpeluang merakamkan muzik video Island Queen itu di Sri Lanka pada Ogos 2012.

Kini muzik video itu telah pun mula ditayangkan di beberapa saluran televisyen di Malaysia seperti Astro Hitz, Ria dan banyak lagi sejak sebulan yang lalu.


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto Ihsan Sasi The Don



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan