Cari Artikel

Tuesday, May 21, 2013

Parah tawar harapan, tawan hati rakyat



KUALA LUMPUR: SETELAH seminggu dipentaskan di Damansara Perdana Arts Centre, teater Parah telah menawan hati rakyat Malaysia pelbagai bangsa.

Teater arahan pengarah teater prolifik, Jo Kukathas itu mengisahkan bagaimana empat sekawan, Hafiz, Melur, Kahoe dan Mahesh menemui cabaran sewaktu menyiasat kejadian sehelai mukasurat yang telah dikoyakkan daripada sebuah buku teks mereka.

Ditulis oleh Alfian Saat, naskhah Parah merupakan pemenang anugerah Skrip Asal Terbaik di Anugerah Seni BOH Cameronian 2013 yang berlangsung pada 1 Mei lalu.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Teater, Parah, tawar, harapan, tawan, hati, rakyat


Teater yang diinspirasikan daripada naskhah novel Interlok tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain dan filem Talentime arahan Yasmin Ahmad itu dibintangi oleh pelakon teater generasi muda Iedil Putra, Farah Rani, Gregory Sze dan Branavan Aruljothi.

Menariknya teater Parah telah dipilih mewakili negara untuk dipersembahkan di World Theatre Festival 2013 yang berlangsung di Brisbane, Australia pada Februari lalu.

Di laman sosial, rata-rata penonton yang telah menyaksikan pementasan tersebut memuji bagaimana penulis meneroka satu isu sensitif dengan berkesan ke dalam sebuah naskhah.
After #PARAH, I began to notice how racist remarks that seemed to be 'the norm' were rampantly thrown around, and that it bothers me.

— Esah Ezral (@ezralsya) May 21, 2013
Turut hadir menyaksikan pementasan tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah.
Cast, director & playwright with Anwar Ibrahim and Wan Azizah at #Parah last night.Repost @machfairy instagram.com/p/ZgrCCJhjSB/

— Jo Kukathas (@jokukathas) May 20, 2013
Bagi pelajar yang pernah membaca novel Interlok, pastinya ini peluang terbaik untuk mereka menilai semula kandungan novel tersebut dan mencari makna perpaduan yang telah dinukil oleh Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain.
For those yg berminat, teater #Parah is ongoing now di DPAC, Dmnsara Perdana. Mengupas ttg buku Interlok & kontroversinya. A great piece!

— @twt_buku (@twt_buku) May 17, 2013

Fakta #Parah : karya @alfian77 ini telah memenangi anugerah skrip asal terbaik di Boh Cameronian Award 2012 #10bcaa bit.ly/13f2GeX

— Iedil Putra(@iedilputra) May 13, 2013

#parah had me thinking, crying & laughing(sometimes all 3 at the same time). Tengok jangan tak tengok! T'kasih Alfian Saat dan @jokukathas

— Chris Wong YC (@cycwong) May 20, 2013

#Parah potrays an issues that most of us, Malaysian avoid to discuss. It was successfully crafted & scripted. SUPERB acting by the casts.

— Nani Jauneh (@NaniJauneh) May 17, 2013

Teater #Parah akan merungkaikan muka surat yang diaorang dok tampal-tampal tu. twitter.com/FtnSyamimi/sta…

— Syamimi ◈NNS◈ (@FtnSyamimi) May 13, 2013
#wtf #parah "The cast deliver a strong and engaging performance. ... with compassion and concentrated energy." australianstage.com.au/201302176144/r…

— Jo Kukathas (@jokukathas) February 18, 2013

Sewaktu dipentaskan di Brisbane, pementasan tersebut turut menerima pujian daripada pengkritik teater antarabangsa dan tempatan.
Positive review #Parah di World Theater Festival di Brisbane, Australia. I repeat AUSTRALIA. criticalmassblog.net/2012/?p=2067 & blogs.crikey.com.au/curtaincall/20…

— Muzaffar Mustapa SM (@sultanmuzaffar) February 17, 2013

Grade A+ play! Teater #Parah : Kritikan pedas kepada 'Interlok' - my.entertainment.yahoo.com/news/teater--p…

— Muzaffar Mustapa SM (@sultanmuzaffar) February 10, 2012
Teater Parah telah dipentaskan sebanyak empat kali sebelum ini iaitu di Drama Centre Theater, Singapura pada Jun 2011, Annexe Gallery Central Market (Julai 2011), Kuala Lumpur Performing Arts Centre (Februari 2012) dan Brisbane Powerhouse Theater (Februari 2013).

Parah akan dipentaskan sehingga 26 Mei depan di Damansara Perdana Arts Centre. Harga tiket untuk menyaksikan pementasan tersebut berharga RM58. Layari www.kakiseni.com atau hubungi 011-2388 1807 untuk maklumat lanjut.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 21, 2013 18:17 (MYT)

Tag: teater, parah

Bell dominasi pencalonan AIM Chinese



KUALA LUMPUR: Artis baru, Bell mendominasi pencalonan Anugerah Industri Muzik (AIM) Chinese ke 3.

Bell menerima 10 pencalonan, diikuti Z-Chen yang mendapat lapan percalonan.

Walaupun masih setahun jagung Bell berjaya mengungguli dengan 10 pencalonan.

Menerusi album Shi Er Yue Er Shi Yi Ri, Bell dicalonkan dalam kategori artis baru terbaik, album terbaik, lirik terbaik dan penulis lagu terbaik.

Dominasi, pencalonan, AIM Chinese, Anugerah Industri Muzik, AIM, Chinese, Bell, Shi Er Yue Er Shi Yi Ri


Sementara itu, artis lelaki Z-Chen cemerlang dengan lapan pencalonan menerusi album In Love With...

Antara pencalonan In Love With... adalah persembahan artis lelaki vokal terbaik, album terbaik, lagu terbaik dan penulis lagu terbaik.

AIM Chinese 2013 yang mempertandingkan 16 kategori diadili juri profesional yang diketuai Gray Ng Kim Wah.

Malam keputusan bakal berlangsung pada 6 Julai di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

Kali terakhir AIM Chinese dipertandingkan ialah pada tahun 2001.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 21, 2013 17:46 (MYT)

Tag: Anugerah Industri Muzik (AIM) Chinese, Bell, Shi Er Yue Er Shi Yi Ri

Man of Tai Chi, filem pertama arahan Keanu Reeves



PERANCIS: Keanu Reeves sudah lama mencari material yang sesuai untuk filem pertama arahannya, Man of Tai Chi.

Ketika menyiapkan francais The Matrix lagi dia merancang untuk mengarahkan filem aksi dan hasratnya tercapai apabila bertemu seorang pakar seni mempertahankan diri bernama Chen Hu.

Filem pertama arahan Reeves, Man of Tai Chi mengisahkan seorang ahli seni mempertahankan diri yang bergelut dengan cabaran di Beijing.

Hollywood, Artis Amerika, Pengarah, filem, Movie, pertama, arahan, Keanu Reeves, Man of Tai Chi, filem pertama


Selain Reeves sendiri sebagai pelakon, filem ini turut dibintangi Chen Hu, Karen Mok dan pelakon indonesia, Iko Uwais.

Turut ditayangkan di Festival Filem Cannes, Man of Tai Chi bakal ditayangkan di China pada musim panas ini.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 21, 2013 17:31 (MYT)

Tag: Keanu Reeves, Man of Tai Chi, filem pertama

Aishwarya Rai bersedia untuk kembali aktif


PERANCIS: Berehat dari dunia lakonan sejak bersalin pada November 2011, Aishwarya Rai kini bersedia untuk kembali aktif.

Ditemui pada Festival Filem Cannes, Aishwarya Rai akui dia harus lebih bijak memilih untuk menjaga reputasinya sebagai aktres senior.

Mencintai dunia lakonan, begitupun keluarga masih menjadi keutamaannya.

Bollywood, Artis India, Bersedia, untuk, kembali, aftif, semula, Festival Filem Cannes, Aishwarya Rai, L'oreal


Selain hadir sebagai duta kepada jenama L'oreal, Aishwarya Rai juga dijemput ke Cannes bagi meraikan 100 tahun sinema India.

Rai pernah menjadi salah seorang juri festival itu beberapa tahun lalu.

Isteri kepada Abhishek Bachchan itu kali terakhir disaksikan menerusi filem "Guzaarish" pada 2010.



Berita mula diterbitkan pada: Mei 21, 2013 17:09 (MYT)

Tag: Festival Filem Cannes, Aishwarya Rai, L'oreal

Ligamen putus semakin sembuh, Farish kembali mengacara


KUALA LUMPUR: Setelah hampir tiga bulan berehat, pengacara dan pelakon, Farish Aziz yang mengalami kecederaan di kaki sewaktu bermain bola sepak dilihat mula bergiat aktif dengan mengacarakan acara pelancaran Astro On The Go di Sunway Pyramid.

Farish berkata, kecederaan yang semakin sembuh dan tidak perlu lagi memakai tongkat semasa berjalan membuatkan dia menerima tawaran mengacara acara itu.

“Pada mulanya saya menjangka kecederaan ini akan sembuh paling kurang dalam masa enam bulan, namun Alhamdulillah saya sudah boleh berjalan seperti biasa sekaligus membolehkan saya bergiat aktif sebagai pengacara dan pelakon,” kata Farish kepada Astro Awani.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ligamen, putus, semakin, sembuh, Farish, kembali, mengacara, Farish Aziz, On The Go, Pengacara, Cedera


Mahupun sudah lama tidak beraksi, Farish dilihat berjaya menghiburkan pengunjung yang hadir.

Berikut klip video sesi temubual Astro Awani bersama Fazley di belakang pentas sewaktu pelancaran aplikasi Astro On-The-Go di pada Sabtu.




Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran tersebut, Aaron Aziz, Johan Maharaja Lawak, barisan pelakon Oh My English, Izzue Islam dan Harun Salim Bachik.

Dalam perkembangan lain, Farish memaklumkan dia kini tidak lagi bertugas sebagai deejay di radio Suria FM di Sabah. Kini kerjaya seninya kembali bertumpu di Kuala Lumpur.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 21, 2013 06:59 (MYT)

Tag: Farish Aziz, On The Go, Pengacara, Cedera

Taylor Swift menang besar 'Anugerah Billboard'


LAS VEGAS: Taylor Swift mendominasi anugerah "Billboard Music" dengan membawa pulang lapan trofi.

Turut menyerlah ialah Justin Bieber yang memperolehi tiga anugerah.

Billboard, Artis Amerika, Selebriti, Taylor Swift, menang, besar, Anugerah Billboard, Billboard Music, anugerah, Taylor Swift, trofi, Justin Bieber


Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.





Berita mula diterbitkan pada: Mei 20, 2013 17:59 (MYT)

Tag: Billboard Music, anugerah, Taylor Swift, trofi, Justin Bieber

Tenaga Mizz Nina dalam 'Around The World'


KUALA LUMPUR: Penat lelah Mizz Nina selama setahun untuk merealisasikan konsert "Around The World" akhirnya berbaloi.

Impian Mizz Nina tercapai apabila bintang pop Korea, Jay Park sanggup terbang ke Malaysia untuk berkongsi pentas.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Tenaga, Mizz Nina, Dalam, Around The World, Mizz Nina, Jay Park, Around The World, konsert


Oleh Kerana Video Adalah Copyright so is just paste youtube punya video harap maklum.




Berita mula diterbitkan pada: Mei 20, 2013 17:56 (MYT)

Tag: Mizz Nina, Jay Park, Around The World, konsert

Izzue Islam bintangi drama "Sahabat"


KUALA LUMPUR: Pelakon baru yang semakin dikenali ramai, Izzue Islam bakal memegang watak utama dalam drama terbaru berjudul “Sahabat”yang akan disiarkan menerusi saluran Astro Ria dalam masa terdekat ini.

Pada masa sama, Izzue juga sedang sibuk menjalani penggambaran  filem “Suamiku Ustaz” yang diadaptasi daripada sebuah novel.

Menurutnya, sehingga kini dia terbuka untuk menerima sebarang watak yang ditawarkan menerusi drama mahupun filem.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, bintangi, drama, Sahabat, Izzue Islam, Suamiku Ustaz, Sahabat, Pelakon Baru


“Saya tidak harap sering menggalas watak-watak yang biasa dilakonkan, malah memandangkan saya masih baru ini adalah masa terbaik untuk saya mempelajari sebarang watak yang ditawarkan dengan hati yang terbuka,” kata Izzue.

Berikut adalah sesi temubual Astro Awani bersama Izzue di belakang pentas sewaktu pelancaran aplikasi Astro On-The-Go di Sunway Piramid pada Sabtu.





Sementara itu desas desus sesetengah pihak mendakwa bahawa ahli kumpulan Forteen ini telah bertunang dengan pengurusnya Awin Nurin, disahkan benar.

Izzue mengesahkan bakal bernikah dengan wanita pilihannya itu pada 2 Jun ini bersempena tarikh lahir dirinya yang ke-24.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 20, 2013 13:35 (MYT)

Tag: Izzue Islam, Suamiku Ustaz, Sahabat, Pelakon Baru

"Coklat Kek" single terbaru Fazley



Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Coklat kek, single, terbaru, Fazley, Datuk, Dr. Fazley Yaakob, Penyanyi, Pelakon, Pengacara, Masterchef Selebriti

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara, Dato’ Fazley Yaakob akan melancarkan single terbaru berjudul “Coklat Kek” yang dikatakan mempunyai hubung kait dengan masakan dan pengalamannya sebagai juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012.

Menurut Fazley, beliau telah berkolaborasi bersama seorang penyanyi Perancis dalam menjayakan single terbarunya itu.

“Perkembangan saya dalam masa terdekat ini adalah melancarkan single terbaru yang ada kena mengena dengan masakan berjudul Coklat Kek sebelum sambung pembelajaran saya di Paris selama tiga bulan,” kata Fazley.

Selain itu, pada masa lapang Fazley mengakui lebih gemar menghabiskan masa lapang bersama anak-anaknya di rumah sambil mendalami bidang masakan khususnya pencuci mulut dan manisan.

“Bagi saya pencuci mulut ini adalah satu keperluan. Semua orang pun sukakan pencuci mulut termasuk juga kepada mereka yang sedang berdiet. Oleh itu saya kini cuba mempelajari lebih banyak masakan jenis ini,” jelas Fazley dengan teruja.

Berikut adalah sesi temubual Astro Awani bersama Fazley di belakang pentas sewaktu pelancaran aplikasi Astro On-The-Go di Sunway Piramid pada Sabtu.



Menerusi pelancaran tersebut, Fazley mewakili rancangan Masterchef Selebriti bertanding dengan pelakon, Sherry Ibrahim dalam penyediaan makanan terbaik.

Mahupun Fazley kalah kepada Sherry pada pusingan itu, beliau ternyata berjaya memenangi hati para pengunjung dengan gelagat yang menghiburkan semua.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 20, 2013 08:25 (MYT)

Tag: Datuk, Dr. Fazley Yaakob, Penyanyi, Pelakon, Pengacara, Masterchef Selebriti

Aaron Aziz tidak ke gimnasium lebih 4 tahun


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Tidak, ke, gimnasium, lebih, 4, tahun, Aaron Aziz, Astro On The Go, artis, Gimnasium

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Aaron Aziz mengakui sudah lebih empat tahun tidak ke gimnasium selain menganggap adegan aksi lasak yang sering digalas dalam pengambaran sudah cukup dijadikan sebagai senaman.

Menurutnya, beliau lebih gemar meluangkan masa lapang di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga daripada melakukan urusan lain seperti gimnasium dan sebagainya.

Berikut merupakan sesi temubual Astro Awani bersama Aaron di belakang pentas sewaktu pelancaran aplikasi Astro On-The-Go di Sunway Piramid pada Sabtu.





Aaron baru-baru ini membintangi filem “Lari” arahan pengarah filem terkenal, Ahmad Idham mengangkat isu pemerdagangan manusia.

Mengisahkan Khaliff lakonan Aaron  yang berkhidmat sebagai tentera selama tujuh tahun berdepan konflik di mana ayahnya dibunuh sementara adiknya, Ina lakonan Erin Malek dilarikan oleh sindiket pemerdagangan manusia.

"Aksi Lari memang mencabar. Boleh dikatakan aksi filem paling mencabar yang pernah saya buat. Pukul betul-betul, tak ada 'camera trick”, jelas Aaron.

Lari mula ditayangkan 6 Jun ini di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 19, 2013 07:33 (MYT)

Tag: Aaron Aziz, Astro On The Go, artis, Gimnasium

Pelakon Shah Jaszle ditangkap khalwat



Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, ditangkap, khalwat, Shahrizal Jaszle, Shah Jaszle, Asmara, Khalwat, Jais

KUALA LUMPUR: Pelakon lelaki terkenal, Shahrizal Jaszle bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi Khamis.

Penangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke bahagian penguatkuasaan Jais.

Shah Jaszle pernah popular dengan beberapa buah drama hits seperti “Asmara” dan “Cinta Qaseh” selain melakonkan watak hero dalam filem “Remake Azura 2012” arahan Aziz M Osman.

Penahanan Shah Jaszle adalah berdasarkan kepada Seksyen 29 (1)(a)dan (b), Enakmen Jenayah Syariah negeri Selangor 1995.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 18, 2013 07:30 (MYT)

Tag: Shahrizal Jaszle, Shah Jaszle, Asmara, Khalwat, Jais

Sarah selamat lahirkan anak kedua



Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Sarah, selamat, lahirkan, anak, kedua, Siti Sarah, Sepahtu, Shuib, Dzakira Talita Zahra, Uwais Alqarni

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang popular dengan lagu Saat Hilang Cintamu, Siti Sarah Raisudin, 30, selamat melahirkan cahaya mata kedua dalam satu pembedahan hari ini.

Isteri kepada pelawak kumpulan Sepahtu, Shuib selamat melahirkan anak perempuan dan nama yang dicadangkan kepada cahaya mata barunya itu adalah Dzakira Talita Zahra.

Sarah Dan Shuib telah diijabkabulkan pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan cahaya matanya yang pertama, Uwais Alqarni pada 4 Disember tahun lalu.

Shuib memaklumkan kelahiran cahaya mata keduanya itu melalui kiriman Twitter:

alhamdulillah isteri sy selamat melahirkan cahayamata kami yg kedua.terima kasih diatas doa anda… instagram.com/p/ZaD1TEt6ip/
— shuibsarah (@shuib04) May 17, 2013




Berita mula diterbitkan pada: Mei 17, 2013 18:42 (MYT)

Tag: Siti Sarah, Sepahtu, Shuib, Dzakira Talita Zahra, Uwais Alqarni

Anuar anggap kekurangan sebagai kelebihan



Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Slebriti, Anuar, Anggap, kekurangan, sebagai, kelebihan, anuar zain, dayang nurfaizah

KUALA LUMPUR: Dikenali sebagai seorang yang cerewet, Anuar Zain menolak dakwaan album rakaman secara langsungnya tidak menepati piawaian.

Baginya, kekurangan dalam "Anuar dan Dayang Live at Dewan Filharmonik Petronas" sebagai satu kelebihan.

Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah bekerjasama untuk sebuah konsert amal anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Petronas (KSRP) pada Mei 2012.

Rakaman persembahan langsung konsert memuatkan pilihan 14 lagu.

Antara lagu yang dimuatkan ialah solo "Perlukan Cinta", "Kembalilah Sayang", "Aku Rindu Aku Jemu" serta empat duet termasuk "Mana Mungkin" dan "Sedetik Lebih".

Berita mula diterbitkan pada: Mei 17, 2013 18:39 (MYT)

Tag: anuar zain, dayang nurfaizah

Candice Glover juara American Idol 12



Hollywood, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Candice Glover, Juara, American Idol 12

LOS ANGELES: Selepas tiga kali mencuba nasib untuk menyertai siri realiti American Idol, Candice Glover akhirnya dinobatkan sebagai juara musim ke-12.

Gadis berusia 22 tahun itu menewaskan saingan terdekatnya, Kree Harrison.

Kemenangan Glover menyaksikan penyanyi wanita berkulit hitam kembali mengungguli takhta itu selepas Jordin Sparks pada musim keenam.

Selepas Sparks, penonton American Idol memilih pemenang lelaki selama lima musim berturut-turut, termasuk Philip Phillips.

Selepas pengumuman kemenangannya, Glover menyanyikan lagu "I Am Beautiful" yang menjadi single pertamanya.

Pada malam persembahan, antara lagu yang dinyanyikan Glover termasuk "Inseparable" duet bersama Jennifer Hudson.

Musim ke-12 turut menyaksikan Randy Jackson mengucapkan selamat tinggal kepada program itu selepas setia sejak American Idol bermula.

Juri lain termasuk Mariah Carey, Keith Urban dan Nicki Minaj.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 17, 2013 18:38 (MYT)

Tag: candice glover, american idol

Ning tidak percaya pembantu jaga bayinya



Malaysia, hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ning, Tidak, Percaya, Pembantu, jaga, Anaknya, Ning Baizura

KUALA LUMPUR: Ning Baizura mengakui tidak mempercayai khidmat pembantu rumah untuk menjaga anak sulungnya, Ryan Sky Dalton.

Bagaimanapun, itu bukan halangan untuk Ning terus aktif malah dia bakal sibuk dengan single, projek buku dan filem.

Buat pertama kali, Ning Baizura memperkenalkan anaknya kepada umum dalam sebuah sidang media pada Khamis.

Ryan Sky Dalton dilahirkan pada 31 Januari lalu, jam 3.06 pagi.

Dalam sidang media yang sama, Ning melancarkan video muzik terbarunya, "Pelangi Untukmu".

Merupakan lagu saduran "Somewhere Over The Rainbow", liriknya ditulis sendiri oleh Ning dedikasi kepada Ryan.

Sementara itu, Ning merancang untuk menulis buku tentang liku-liku kehidupannya bergelar penghibur.

Naskhah yang bertajuk "Awan Yang Terpilu" itu juga bakal diterbitkan dalam bentuk filem tahun depan.

Turut hadir pada acara itu ialah suami Ning, Omar Shariff dan penyanyi, Nurul Wahab.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 17, 2013 18:36 (MYT)

Tag: ning baizura

Ahmad Idham kecewa Lari dipinggir



Malaysia, Hiburan, Pengarah, Filem, Movie, Ahmad idham, Kecewa, Lari, dipinggir

KUALA LUMPUR: Ahmad Idham meluahkan kekecewaannya terhadap Finas yang tidak membuka peluang untuk filem arahannya menyertai pasaran filem di Cannes.

Bagaimanapun, "Lari" berjaya juga dibawa ke sana dengan bantuan syarikat luar yang melihat potensi filem tersebut.

Menurut Idham, dia ralat apabila Finas tidak menguar-uarkan kepada penerbit tentang penyertaan Malaysia ke Cannes.

Dia hanya dimaklumkan selepas Finas memilih empat filem iaitu "Penanggal", "Kil", "Vikingdom" dan "Bola Kampung The Movie" untuk menyertai slot "Marche du Film".

"Lari" mendapat perhatian syarikat luar ketika filem ini dibawa ke Bangkok untuk proses suntingan.

Menerusi rundingan dengan beberapa pihak, "Lari" atau judul bahasa inggerisnya, "The Run" akan turut menyertai slot "Marche du Film".

Diterbitkan Excellent Pictures miliknya, filem lakonan Aaron Aziz, Dira Abu Zahar dan Hazama itu menelan belanja sebanyak RM2.5 juta.

Filem yang mengangkat isu pemerdagangan manusia ini ditayangkan di pawagam mulai 6 Jun.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 17, 2013 18:35 (MYT)

Tag: ahmad idham, lari, cannes

DiCaprio: Penglibatan ubah perspektif 'The Great Gatsby'



Hollywood, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, DiCaprio, Penglibatan, Ubah, Prospektif, The Great Gatsby, tobey maguire, leonardo dicaprio, great gatsby

KUALA LUMPUR: Leonardo DiCaprio mengakui menggemari novel "The Great Gatsby" sejak remaja lagi.

Namun, aktor ini hanya benar-benar memahami karya F. Scott Fitzgerald apabila menjayakan filemnya.

Diadaptasi ke layar lebar oleh pengarah Australia, Baz Luhrmann, DiCaprio membawa peranan Jay Gatsby.

Penglibatan ini mengubah perspektif DiCaprio yang mana sebelum ini dia percaya naskah tersebut berkenaan kisah cinta tragik.

"Dan saya ingat membaca novel ini semasa belia dan dihiburkan oleh itu, terpesona dengan Gatsby, tetapi tidak boleh dibayangkan boleh menggenggam yang mendalam, jenis kuasa kewujudan yang Fitzgerald ada dalam penulisan buku ini,” kata DiCaprio.

“Salah satu perkara yang paling kuat tentang novel ini ialah ia masih dibincangkan 90 tahun kemudian, orang masih bercakap tentangnya dan cuba untuk membedah setiap satu perkataan Fitzgerald dan ia adalah jenis perjalanan yang tidak berkesudahan seperti yang kita dibincangkan novel ini, cuba untuk membedah apa yang dia benar-benar maksudkan bagi setiap kejadian, dari tempat kejadian ke tempat kejadian yang lain,” katanya lagi.

Tobey Maguire yang menghidupkan watak Nick Carraway pula merasakan mudah untuk membina keserasian dengan dicaprio dan menganggapnya sebagai kawan yang hebat.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 16, 2013 20:00 (MYT)

Tag: tobey maguire, leonardo dicaprio, great gatsby

Rakan selebriti puji Angelina Jolie



Hollywood, Hiburan, Artis Amerika, Rakan, Puji, Angelina Jolie

KUALA LUMPUR: Keputusan Angelina jolie membuang kedua-dua belah payudaranya untuk mengelak kanser dipuji rakan-rakan selebriti.

Mereka menyifatkan tindakan aktres itu sebagai berani, apatah lagi mendedahkannya kepada khalayak.

Jolie menjalani proses mastektomi berganda setelah mengetahui badannya membawa genetik kanser.

Dia menjalani pembedahan yang mengambil masa tiga bulan pada April lalu, bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit tersebut.

Saksikan berita penuh di Astro Awani.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 16, 2013 17:02 (MYT)

Tag: angelina jolie

Konsert Sang Pencinta Datuk M. Nasir ditunda



Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Konsert Sang PencipTa M. Nasir, Ditunda, M.Nasir, Sang Pencinta, Istana Budaya, OSK

KUALA LUMPUR: Dijadualkan berlangsung pada awal Jun konsert ‘Sang Pencinta’ Datuk M. Nasir dipinda ke tarikh baru.

Menyifatkan demam pilihanraya masih belum reda tarikh konsert dianjakkan pada penghujung bulan.

Konsert yang bakal berlangsung di Istana Budaya itu sepatutnya diadakan pada 7, 8 dan 9 Jun.

Bagaimanapun, tarikh baru dipinda ke 28, 29 dan 30 Jun kerana jualan tiket menerima kesan ekoran pilihan raya.

Bagi pihak produksi pindaan tarikh itu bukanlah sesuatu yang membawa kesukaran.

Datuk M. Nasir bakal diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Tiket-tiket dijual dengan harga serendah RM65.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 15, 2013 11:22 (MYT)

Tag: Datuk M.Nasir, Sang Pencinta, Istana Budaya, OSK

Hujan & Love Me Butch bergabung untuk konsert jelajah



Malaysia, Artis Malaysia, Selebriti, Hiburan, Hujan dan Love Me butch, Bergabung, Untuk Konsert, jelajah, Hujan, Love Me Butch, Sang Enemy Worldwide Transgression 2013

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali dalam sejarah muzik tempatan dua kumpulan hebat, Hujan dan Love Me Butch bergabung untuk sebuah konsert jelajah.

Ia bersempena pelancaran album baru mereka Hujan dengan ‘Sang Enemy’ dan ‘Worldwide Transgression’ dari Love Me Butch.

Jelajah dijadualkan bermula pada 26 Mei melibatkan lima lokasi di seluruh negara termasuk Melaka, Kuala Terengganu, Alor Star, Ipoh dan Mutiara Damansara.

Jelajah ‘Sang Enemy Worldwide Transgression 2013’ bakal menyaksikan kedua-dua kumpulan membuat persembahan selama 60 minit. 

Selain lagu dari album baru, Hujan dan Love Me Butch turut menggegarkan pentas dengan persembahan lagu hits baru dan lama. 

Tiket berharga RM40 dijual menerusi laman web morningrocket.com manakala tiket berharga RM45 dijual di pintu masuk konsert.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 15, 2013 10:51 (MYT)

Tag: Hujan, Love Me Butch, Sang Enemy Worldwide Transgression 2013

Jolie buang kedua-dua payudara untuk elak kanser


Hollywood, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Jolie, Buang, Kedua-dua, Payudara, Untuk, Elak, Kanser, Angelina Jolie, New York Times, membuang, payu dara

NEW YORK: Angelina Jolie mendedahkan telah membuang kedua-dua belah payu daranya melalui proses mastektomi berganda.

Dia berbuat demikian selepas mengetahui badannya membawa genetik kanser.

Jolie mendedahkan berita itu dalam satu artikel yang ditulisnya untuk akhbar New York Times.

Klik video untuk laporan lanjut.




Berita mula diterbitkan pada: Mei 14, 2013 21:25 (MYT)

Tag: Angelina Jolie, New York Times, membuang, payu dara

Siti bakal rakam album, lancar koleksi tudung



Malaysia, Artis Malaysia, Hiburan, Selebriti, Siti, Bakal, Rakam, Album, Lancar, koleksi, tudung, Siti Nurhaliza, Siti Scarf, Ramadan. jadual

KUALA LUMPUR: Jadual penyanyi dan pengacara, Datuk Siti Nurhaliza sepanjang Ramadhan nanti dijangka padat dengan proses rakaman album terbaru dan pelancaran jenama tudung “Siti Scarf”.

Album terbarunya juga dikatakan masih berkonsepkan pop mengikuti permintaan semasa.

“Bagi saya, muzik berkonsepkan pop senang diterima oleh semua golongan, maka ini membuatkan saya percaya bahawa album terbaru ini akan diterima baik para peminat di seluruh negara,” kata Siti dengan teruja.

Siti juga dikatakan akan bekerjasama dengan beberapa komposer tempatan dan Indonesia selain sudah mula mengumpulkan bahan yang diperlukan untuk pelancaran "Siti Scarf" tidak lama lagi.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan itu untuk melancarkan "Siti Scarf" kepada umum dan memperkenalkan gaya fesyen yang dipilih oleh saya sendiri,” tambahnya.

Menjelang Ramadan, penyanyi lagu “Biarlah Rahsia” ini bakal melancarkan koleksi tudung jenamanya sendiri.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 14, 2013 09:53 (MYT)

Tag: Siti Nurhaliza, Siti Scarf, Ramadan. jadual

Empat filem Malaysia ke Festival Filem Cannes


Malaysia, Hiburan, Filem, Movie, Empat, Ke, Festival Filem Cannes, penanggal, vikingdom, kil, bola kampung the movie, filem, cannes

KUALA LUMPUR: Filem terbitan Tayangan Unggul dan Grand Brilliance, "Penanggal" menjadi salah satu filem Malaysia yang bakal ditayangkan di Festival Filem Cannes untuk edaran antarabangsa.

Selain itu, tiga filem lain yang turut serta termasuk "Kil", "Vikingdom" dan "Bola Kampung The Movie".

Festival tersebut bakal bermula dari 15 sehingga 26 Mei ini.




Trailer filem Penanggal

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM), Datuk Mohd. Mahyidin Mustakim, filem-filem itu bakal ditayangkan dalam slot "Marche Du Film".

CCAM dengan bantuan Finas berharap tayangan itu dapat menarik perhatian pengedar filem luar negara untuk membeli dan memasarkan karya Malaysia.

"Penanggal", filem pertama arahan Ellie Suriaty merupakan produk sulung kerjasama dua syarikat gergasi iaitu Tayangan Unggul dan Grand Brilliance.

Masih belum mendapat tarikh tayangan di Malaysia, "Penanggal" dibintangi Ummi Nazeera, Fasha Sandha, Zul Ariffin dan Azri Iskandar.





Trailer Bola Kampung The Movie

Sementara itu, filem animasi "Bola Kampung The Movie" sudah ditayangkan dua bulan lalu dengan barisan penyumbang suara seperti Datuk Aznil Nawawi, Ezlynn dan Afdlin Shauki.





Trailer filem Kil

Manakala, filem "Kil" merupakan filem pertama arahan Nik Amir Mustapha yang bakal ditayangkan mulai 30 Mei ini.

Dibintangi Redza Minhat dan Christine Suzanne, ia mengisahkan seorang lelaki yang meminta bantuan sebuah agensi untuk menamatkan nyawanya.





Trailer filem Vikingdom

Diikuti dengan "Vikingdom", filem arahan Yusry Abdul Halim yang dibarisi pelakon antarabangsa, antaranya Dominic Purcell.

"Vikingdom" bakal ditayangkan di Malaysia, Ogos nanti.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 14, 2013 08:27 (MYT)

Tag: penanggal, vikingdom, kil, bola kampung the movie, filem, cannes

Konsert sulung Mizz Nina untuk peminat


Malaysia, Artis Malaysia, Selebriti, Mizz Nina, album, Flo Rida, kedua, Konsert, Sulung, Untuk. peminat

KUALA LUMPUR: Muncul dalam persada seni menerusi kumpulan Teh Tarik Crew Mizz Nina kini lebih selesa bergerak solo.

Album solo pertamanya "What you waiting for" dilancarkan pada 2010 diterima baik peminat tempatan dan antarabangsa terutama lagu duet bersama Colby O'donis.

Terus mengorak langkah mengembangkan karier Mizz Nina berkolaborasi dengan Flo Rida untuk album kedua "Takeover".

Klik video untuk laporan lanjut Astro Awani.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 14, 2013 07:38 (MYT)

Tag: Mizz Nina, album, Flo Rida, kedua

Tarikh kelahiran anak William dan Kate didedahkan



Britain, UK, United Kingdom, London, Putera William, Kate Middleton, anak, kelahiran, diraja, Tarikh, kelahiran, anak, William, dan Kate, didedahkan

LONDON: Menimang cahaya mata yang pertama, pasangan Putera William dan Kate Middleton dijangka lahir pada 13 Julai selain dikhabarkan bakal menimang anak lelaki.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai perkara berkenaan.

Sumber mengatakan berita mengenai kelahiran itu diketahui semasa majlis BBQ salah seorang kenalan keluarga Diraja itu.

Sekiranya berita itu benar, turut berkongsi tarikh dengan kelahiran bayi diraja itu adalah majlis koronasi Ratu Elizabeth yang berlansung dari 11 Julai ke 14 Julai.

Putera Willam dan Kate Middleton berkahwin pada April 2011 dalam satu majlis besar-besaran di Westminster Abbey.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 14, 2013 07:36 (MYT)

Tag: Putera William, Kate Middleton, anak, kelahiran, diraja

Barbara Walters berhenti mengacara



Holloywood, Artis Amerika, ABC, Barbara walters, The View, Berhenti, Mengacara

KUALA LUMPUR: Selepas 37 tahun bersama dengan saluran ABC News, Barbara Walters yang popular dengan program ‘The View’ membuat keputusan untuk berhenti mengacara.

Bagaimanapun, Walters tetap sibuk dengan urusan belakang belakang tabir dan beberapa projek lain seperti yang diumumkan dalam episod “The View” pada Isnin.

Pengacara berusia 83 tahun itu dikatakan tidak menyesal dengan keputusan itu malah berbangga kerana ‘The View” diterima baik oleh penonton.

Sebelum ini, Walters juga pernah beberapa kali dikatakan akan bersara namun ia telah dinafikan saluran ABC News.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 14, 2013 07:27 (MYT)

Tag: ABC, Barbara walters, The View

Kanye West mengamuk dikejar paparazzi


Hollywood, Artis Amerika, Selebriti, Kanye West, Kim Kardashian, Paparazi, Kanye West, Mengamuk Dikejar


BEVERLY HILLS: Akibat ingin mengelak dari gambarnya diambil paparazzi, Kanye West menundukkan kepalanya sehingga terlanggar sebuah papan tanda sekaligus membuatnya berang dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Kejadian berlaku di Baverly Hills sewaktu West dan kekasihnya, Kim Kardashian dalam perjalanan ke sebuah restoran.

Setelah kepalanya terlanggar papan tanda itu, dia mengerang kesakitan dan terus menjerit kearah paparazi.

Kardashian kemudian bertindak menenangkan West dan terus masuk ke dalam restoran tersebut.

Bagaimanapun, paparazi itu dikatakan bukanlah penyebab West terlanggar papan tanda tersebut.

Gambar terbaru menunjukkan West hanya lebam di bahagian dahi dan tiada kejadian serius dilaporkan.

Pasangan West dan Kardashian kini sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka pada Julai ini.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 13, 2013 11:27 (MYT)

Tag: Kanye West, Kim Kardashian, Paparazi


'Tonton filem' dari blog ke buku



Malaysia, Hiburan, tontonfilem, fadli al-akiti, blog, Tonton Filem, Dari, Blog, ke, Buku

KUALA LUMPUR: Bermula secara suka-suka dengan menulis di blog, ulasan filem Fadli Al-Akiti akhirnya dibukukan. Naskhah itu meletakkan judul yang sama seperti blognya, "Tonton Filem".

Memuatkan ulasan-ulasan filem tempatan dan antarabangsa, Fadli menerapkan elemen yang serius dan santai dalam penulisannya.

Selain menulis blog, Fadli merupakan pengarang majalah "Dewan Sastera" dan salah seorang juri untuk "Festival Filem Malaysia" ke-25.

Pengalaman peribadi sepanjang bergelar pengkritik turut dimuatkan dalam naskah tersebut. Fadli juga salah seorang pengulas tetap untuk segmen Rebiu dalam "Gala TV Plus".

Selain "Tonton Filem", dua buku lain yang dilancarkan melalui RA Fine Arts/Suara Suara Ini ialah "Landskap Kembara: Perjalanan Rencam Seniman" dan "Travelscapes: Alternative Journeys".

Majlis pelancaran diadakan pada petang Sabtu.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 13, 2013 10:46 (MYT)

Tag: tontonfilem, fadli al-akiti, blog

Katie mahu Suri jadi gadis terpelajar



Hollywood, Artis Amerika, Hiburan, Suri Cruise, Tom Cruise, Katie Holmes, Fesyen, Katie, Mahu, Suri, Jadi, gadis, Terpelajar

NEW YORK: Bijak berfesyen, Suri cruise  yang dilaporkan menandatangani kontrak bernilai USD 2.3 juta dengan sebuah label pakaian terkemuka tidak kesampaian setelah dihalang ibunya, Katie Holmes.

Koleksi yang dikatakan berjenama “Suri” itu terdiri daripada rangkaian kasut sehinggalah ke seluar jeans.

Ibunya berkata, dia mahu Suri lebih fokus pada pelajaran terlebih dahulu.

Idea perniagaan tersebut bermula setelah Holmes dan teman perniagaannya, Jeanne yang berhasrat memulakan sebuah blog fesyen untuk Suri.

Namun itu semua tidak akan terjadi buat masa ini kerana Holmes mahu anaknya fokus terhadap pelajaran agar dia dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Hanya berusia 7 tahun, anak kepada Tom Cruise dan Katie Holmes itu menjadi tumpuan peminat fesyen di seluruh dunia.

Holmes dan Cruise bercerai pada Jun 2012 setelah 5 tahun berkahwin.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 13, 2013 08:00 (MYT)

Tag: Suri Cruise, Tom Cruise, Katie Holmes, Fesyen

Penggambaran 'Star Wars: Episode VII' di UK



Hollywood, Artis Amerika, Selebriti, Movie, Filem, Penggambaran, Star Wars, Episode VII, Di, UK

LOS ANGELES: Lucas Film mengesahkan "Star Wars: Episode VII" akan menjalani penggambaran di United Kingdom.

Produksi dijangka memulakan rakaman tahun depan dengan menggunakan khidmat J.J. Abrams sebagai pengarah. Bagaimanapun barisan pelakon masih belum diputuskan.

Klik video untuk laporan penuh.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 13, 2013 07:30 (MYT)

Tag: Star Wars, George Lucas, J.J. Abrams

Hari Ibu: Siti doa yang terbaik buat ibu dan mertua



Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Hari Ibu, Siti, Doa, Yang, terbaik, Buat, Ibu, Dan, Mertua

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza sedih  tidak dapat berada di sisi ibunya sempena Hari Ibu pada Ahad.

Ini kerana beliau sibuk mempromosikan produk terbaru Simplysiti.

Walaubagaimanapun, Siti berkata beliau sempat mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibunya, Siti Salmah Bachik menerusi telefon.

Siti juga turut mengucapkan salam Hari Ibu menerusi laman sosial Instagramnya dan mendoakan yang terbaik buat ibu serta ibu mertuanya.

Ikuti laporan yang disediakan Gala TV.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 12, 2013 21:11 (MYT)

Tag: Siti Nurhaliza, Simplysiti, Hari Ibu

Adibah Noor mahu penggiat seni dipandang tinggi



Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Adibah Noor, Mahu, Penggiat, Seni, Dipandang, Tinggi

KUALA LUMPUR: Adibah Noor yang menyifatkan penggerak seni mempunyai kemahiran yang sama seperti tenaga kerja lain berharap pentadbiran baru akan lebih menghargai penggiat hiburan tempatan.

Menurut Adibah, bidang seni selalu dipandang sebelah mata mahupun industry kreatif turut terlibat sama dalam menjana ekonomi Negara.

“Mengapa para penggiat seni sering diketepikan, tidak terjaga dan tak terbela berbanding negara lain. Saya berharap agar bidang ini akan terus dihargai dan diangkat setaraf dengan industry professional yang lain,” katanya dengan penuh harapan.

Aktif sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara, Adibah kini sibuk dengan teater muzikal “Chow Kit Road! Chow Kit Road!” yang dipentaskan di Istana Budaya.

Teater muzikal itu dibarisi pelakon seperti Anding, Nadia Aqilah, Adibah Noor, Tony Eusoff, Shantini Venugopal dan Junji Delfino.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 12, 2013 09:52 (MYT)

Tag: Adibah Noor, Chow Kit Road, Profesional, pelakon, penyanyi

Enrique, Anna kahwin minggu depan



Hollywood, Artis Amerika, Selebriti, Miami, Enrique, Enrique Iglesias, Anna Kournikova, Kahwin, Minggu, Depan

MIAMI: Selepas berpacaran selama 12 tahun akhirnya Enrique Iglesias dan Anna Kournikova bakal melangsungkan perkahwinan di Miami dengan kehadiran ramai selebriti terkenal.

Penyanyi berusia 38 tahun itu sebelum ini dikatakan tidak ingin berkahwin kerana tidak mempercayai institusi perkahwinan.

Namun, dia berubah fikiran setelah dipujuk beberapa kali oleh bintang tenis dari Rusia itu.

Bakal berlansung minggu depan, antara tetamu yang dijangka hadir termasuk Nicole Sherzinger, Jennifer Lopez dan Eva Longoria.

Sumber mengatakan Kournikova, 31 tahun inginkan sebuah perkahwinan yang mewah dan besar-besaran.

Mula berpacaran pada tahun 2001, pasangan ini sudah beberapa kali digosipkan beberapa majalah terkemuka bahawa mereka sudah berkahwin secara sembunyi.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 11, 2013 16:23 (MYT)

Tag: Enrique Iglesias, Anna Kournikova, kahwin

Tony Fernandes akui peminat semakin bertambah



Malaysia, Hiburan, Tony Fernandes, Akui, Peminat, Semakin, Bertambah

KUALA LUMPUR: Berpuas hati dengan rancangan ‘The Apprentice Asia” musim pertama, Tan Seri Tony Fernandes tidak pasti jika ia bakal disambungkan lagi ke musim kedua.

Dalam pada itu, Tony juga akui berdebar menanti maklum balas para penonton malah bersedia untuk menambahkan peminat.

Hartawan syarikat penerbangan Air Asia ini bagaimanapun tidak menggelar dirinya sebagai selebriti namun menyatakan bilangan peminat menerusi laman sosialnya semakin bertambah semenjak dipilih sebagai hos rancangan tersebut.

Rancangan The Apprentice yang cukup terkenal menerusi Donald Trump sebagai pengacara, Tony dikatakan cuba untuk tidak meniru gaya hos asal dan berharap ianya mendapat sambutan baik di kalangan penonton.

12 perserta bakal mengharungi 11 episod yang memaparkan pelbagai cabaran dan tugasan.

Semenjak pencarian dimulakan pada November tahun lepas, pihaknya telah menerima lebih 30,000 permohonan.

Setelah dinilai menerusi tugasan dan melalui proses penyingkiran, juara “The Apprentice Asia” bakal menerima gaji yang lumayan serta kerjaya di bawah pengurusan Fernandes.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 11, 2013 13:10 (MYT)

Tag: Tony Fernandez, The Apprentice Asia, Air Asia, Donald Trump

PSY beri ucapan di Universiti Harvard



K-Pop, Artis Korea, Cambridge, PSY, beri, Ucapan, Di, Universiti Harvard

Cambridge: Psy yang merupakan penyanyi Asia pertama memberi ucapan di Universiti Harvard, mendedahkan dia pernah digelar “WWF” semasa menuntut di Universiti Boston.

Gelaran itu bagaimanapun, tiada kena mengena dengan persatuan gusti “World Wresling Federation”.

Namun maksud sebenar yang dirujuk Psy adalah “Withraw, Withraw, Fail” melambangkan prestasinya yang selalu gagal dalam pemeriksaannya.

“Saya pernah mempunyai gelaran WWF sepanjang empat tahun belajar di kolej di Boston, ianya bukan “World Wresling Federation” maksud sebenarnya ialah orang yang selalu gagal dalam ujian,” kata Psy ketika berucap.

Psy diundang memberi ucapan kepada para penuntut Universiti Harvard dalam jurusan sejarah Korea

Disamping perbincangan itu, Psy juga dilihat sebagai ikon dalam fenomena budaya global rentetan kejayaannya menembusi pasaran seluruh dunia dengan lagu dan tariannya yang menjadi fenomena.

“Saya difahamkan bahawa, saya adalah orang yang pertama berucap di sini tanpa menggunakan sebarang kertas atau catatan nota.

“Sebab saya tidak gunakan sebarang nota ialah kehadiran saya disini bukan lah atas tujuan akademik namun hanya sekadar meluangkan masa dan berkongsikan pengalaman peribadi saya,” kata Psy yang sangat menghiburkan.

Psy atau nama sebenar, Park Jae Sang mengakui berasa sangat terkejut apabila lagunya “Gangnam Style” popular di serata dunia.

“Saya perlu merendah diri, kerana perkara sebergini tidak pernah terjadi kepada sesiapa pun lagi terutamanya artis Asia seperti diri saya mahupun telah ramai yang cuba untuk menembusi pasaran US,” tambah Psy.

“Gangnam Style” mendapat lebih 1.5 billion tontonan di Youtube manakala single terbarunya “Gentleman” kini mencatat lebih 300 juta tontonan.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 11, 2013 10:39 (MYT)

Tag: PSY, Harvard, Gangnam Style, Gentleman

India cadang longgarkan tapisan filem



Bollywood, Artis India, Mumbai, India, Cadang, Longgarkan, Tapisan, Filem

MUMBAI: Lembaga Penapisan Filem India merancang untuk melonggarkan penapisan filem Bollywood setelah menapis ribuan filem daripada babak ciuman mesra hinggalah ke aksi keganasan.

Diasaskan sewaktu penjajahan British pada 1920-an untuk menapis filem Amerika Syarikat yang berbaur anti-British, lembaga berkenaan telah menapis filem dari India yang berasaskan politik radikal.

"Peraturan berkenaan dah lapuk. Kita perlu menggantikanya dengan peraturan yang moden dan babak sebenar. Sistem nilai masyarakat India telah berubah maka penapisan pun seharusnya begitu," kata R. Singh, setiausaha bersama Jabatan Filem New Delhi.

Kerajaan cuba menunjukkan keterbukaan sewaktu Festival "Cut-Uncut" di ibu negeri baru-baru ini dengan memaparkan klip filem yang telah ditapis buat pertama kali sebagai sebahagian sambutan 100 tahun industri filem India.

Pengarah Ramesh Sippy yang menghasilkan filem blokbuster Hindi "Sholay" pada 1975 berkata beliau dipaksa untuk mengubah plot filemnya kerana dikatakan memaparkan keganasan.

"Lembaga penapisan berkata mereka akan mengajar saya bagaimana untuk menyudahi sesebuah filem. Saya dikehendaki untuk membuat penggambaran semula bagi pengakhiran babak berkenaan. Saya tahu jika saya membantah maka filem saya tidak akan dikeluarkan."

Pembikin filem di Selatan India K. Hariharan berkata beliau cemas seperti pelajar menunggu keputusan peperiksaan sewaktu lembaga menonton filemnya.

Beliau berpendapat inilah masa untuk membubarkan lembaga berkenaan kerana badan itu merupakan serpihan kolonial dan menghalang kebebasan bersuara.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 10, 2013 13:11 (MYT)

Tag: tapisan filem, India, Bollywood, British, Amerika Syarikat, New Delhi, Cut-Uncut

J-Lo bakal buat persembahan malam kemuncak American Idol



Hollywood, Artis Amerika, American Idol, J-Lo, Jeniffer Lopez, Bakal, Buat, Persembahan, Malam, Kemuncak

KUALA LUMPUR: Bekas juri program American Idol, Jennifer Lopez bakal membuat persembahan istimewa pada malam kemuncak pertandingan itu yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Mei ini.

Sumber memberitahu E Online berkata, kemunculannya itu adalah bagi mempromosikan single terbaharunya yang akan dilancarkan pada 8 Mei ini.

Turut timbul adalah spekulasi Jennifer atau lebih mesra dengan sapaan Jlo bakal kembali sebagai juri pada musim akan datang menggantikan Mariah Carey.

"Akan ada pertukaran juri untuk musim hadapan kerana pihak produksi merasakan gabungan perbezaan personaliti di antara Mariah dan Nicki Minaj nampaknya tidak dapat memberikan impak kepada penonton program itu," jelas sumber itu.

Bagaimanapun wakil produksi American Idol memberitahu berita berkenaan adalah mengarut dan tidak masuk akal hanya kerana Jlo akan muncul pada pertandingan akhir program itu.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 10, 2013 10:43 (MYT)

Tag: Jennifer Lopez, American Idol, 15 &16, Mei

Peminat Justin Bieber cedera cuba naik pentas



Hollywood, Artis Amerika, Selebriti, Dubai, Peminat, Justin Bieber, Cedera, Cuba, Naik, Pentas

DUBAI: Seorang peminat Justin Bieber di Dubai mengalami kecederaan apabila dia meluru naik ke atas pentas semasa konsert berlangsung.

Peminat itu bukan saja ditolak pegawai keselamatan malah piano Bieber turut terjatuh dari pentas.

Konsert berlangsung seperti biasa beberapa minit selepas kejadian.

Konsertnya di Dubai itu merupakan sebahagian daripada konsert jelajah dunia 'Believe'.

Klik video untuk melihat aksi peminat Justin.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 09, 2013 19:16 (MYT)

Tag: Justin Bieber, Dubai, Believe

Amanda Imani cipta lagu untuk album baru



Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Amanda Imani, Cipta, Lagu, Untuk, Album, Baru

KUALA LUMPUR: Kematangan sebagai penyanyi membolehkan Amanda Imani menulis hampir kesemua lagu dalam album keduanya.

Antara lagu ciptaan Amanda ialah single terbarunya, ‘Fobia Cinta’.

Dia mengakui walaupun sudah lebih lima tahun menyanyi namun masih banyak yang ingin dipelajarinya.

Amanda juga merancang untuk bekerjasama dengan beberapa komposer antarabangsa sebagai kelainan untuk album terbaru.

Album pertama Amanda sebelum ini mendapat sentuhan penerbit Ajai yang popular dengan single Selamilah Cinta.


Berita mula diterbitkan pada: Mei 09, 2013 18:48 (MYT)

Tag: Amanda Imani, Fobia Cinta, ZA

Amber Chia mahu perluas akademi fesyen



Malaysia, Artis Malaysia, Selebriti, Amber Chia, Mahu, Perluas, Akademi, Fesyen

KUALA LUMPUR: Optimis dengan kemajuan industri fesyen Amber Chia berazam untuk meluaskan akademi fesyennya.

Dia berpuas hati dengan pencapaian graduan "Amber Chia Academy" yang kini memasuki tahun ketiga penubuhan.

Sehingga kini "Amber Chia Academy" menawarkan pengajian di empat lokasi iaitu Jaya One, Berjaya Times Square, Pulau Pinang dan Melaka.

Amber bangga dengan pencapaian pelajarnya yang mana ramai di antara mereka berjaya meraih anugerah sehingga ke peringkat antarabangsa.

Bukan saja menawarkan pembelajaran dalam bidang peragaan "Amber Chia Academy" turut mengetengahkan kemahiran solekan, fotografi dan tarian.

Lebih 100 pelajar "Amber Chia Academy" menyempurnakan acara graduasi yang diadakan di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 08, 2013 07:05 (MYT)

Tag: Amber Chia Academy, fesyen, akademi

"Men in Black 4" dalam pembikinan



Hollywood, Artis Amerika, Selebriti, Movie, Man In Black 4, Dalam, Pembikinan

KUALA LUMPUR: "Men In Black 4" dilaporkan sedang dalam pembikinan selepas filem ketiganya berjaya meraih kutipan 624 Juta dolar.

Oren Uziel, yang kini sedang sibuk dengan sekual "21 Jump Street", telah dipilih sebagai penulis skrip filem itu.

Masih berada pada awal perancangan, ia masih tidak dapat dipastikan sama ada Will Smith akan kembali dalam francais itu.

Pelakon utama itu bagaimanapun pernah menyuarakan kehendak untuk terus menjayakan watak Ejen J selepas filem ketiganya mendapat respons positif.

Josh Brolin dan Emma Thompson juga masih belum dipastikan akan terus membintangi filem keempat ini yang mengisahkan ejen khas membanteras mahkluk asing./

Rober Downey Jr dapat 50 juta daripada "Iron Man"



Hollywood, Artis Amerika, Selebriti, Movie, Rober Downey Jr, Dapat, 50 juta, Daripada, Iron Man

KUALA LUMPUR: Selain kekayaan daripada francais "Iron Man" Robert Downey Jr juga mendapat bayaran tinggi untuk "The Avengers".

Aktor itu baru sahaja mengesahkan dia memperolehi 50 juta dolar daripada filem box-office itu.

Pada Mei 2012, "The hollywood reporter" telah melaporkan Downey akan memperolehi 50 juta dolar sebagai bonus daripada kejayaan filem tersebut.

Dan Downey Junior telah mengesahkan berita itu kepada majalah "GQ".

Sementara itu, filem "Iron Man 3" yang mula ditayangkan penghujung bulan April sudah mengutip lebih 680 juta dolar setakat ini.

"The Avengers" kini merupakan filem ketiga paling laris sepanjang zaman, dengan kutipan melebihi 1.5 bilion dolar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan