Cari Artikel

Monday, May 20, 2013

Jangan Politikkan Segala Tindakan Pihak Berkuasa - Ahmad Zahid



Malaysia, Berita, Politik, Jangan, Politikkan, Segala, Tindakan, Pihak, Berkuasa, Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin pembangkang supaya tidak mempolitikkan segala pelaksanaan dan tindakan pihak berkuasa dalam usaha memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.

Pihak berkenaan boleh menghadapi risiko besar sekiranya terus berbuat demikian, katanya pada sidang media selepas memulakan tugas hari pertama sebagai menteri dalam negeri.

"(Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng harus membezakan antara objektif politik, langkah politik dengan pelaksanaan undang-undang. Jangan mempolitikkan segala pelaksanaan undang-undang yang dilaksanakan oleh IGP (ketua polis negara) atau lain-lain agensi yang berada di bawah KDN," katanya.

Ahmad Zahid berkata ketua polis negara, ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN, diberi kuasa sepenuhnya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut bidang kuasa masing-masing, tanpa campur tangan politik.

Sebarang tindakan yang dilakukan di bawah KDN tidak boleh dianggap sebagai tindakan bermotifkan politik, tetapi berlandaskan kepada asas-asas perundangan yang sedia ada, katanya.

Beliau mengingatkan bahawa kerajaan tidak lagi memberi amaran, sebaliknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertindak di luar batasan menjejaskan ketenteraman awam negara.

"Kami tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang, akta dan enakmen yang sedia ada, katanya.

Menyentuh kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung beberapa perkara berkaitan kenyataan beliau baru-baru ini, soal perundangan, pilihan raya dan sebagainya, Ahmad Zahid berkata perkara itu boleh dipertikai di Parlimen.

"Sebagai orang politik, kita berjumpa di gelanggang politik, gelanggangnya bukan di jalanan, bukan di padang terbuka, tetapi di Dewan Rakyat. Jangan gunakan forum di tempat lain," jelas beliau.

Ahmad Zahid turut membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta beliau supaya tidak menjadikan negara ini seperti milik keluarganya

"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia," katanya.

Anggota Parlimen Bagan Datoh itu dibidas kerana membuat kenyataan menggesa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di Malaysia supaya berhijrah ke negara di mana mereka boleh mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

Ahmad Zahid juga berkata bagi memastikan pelaksanaan KDN berjalan lancar, cadangan, pandangan dan kerjasama padu daripada semua pihak dialu-alukan, selain kritikan dan teguran.

"Kami perlukan sokongan dan dukungan daripada masyarakat keseluruhannya, ini termasuk pemimpin-pemimpin politik, sama ada dalam kerajaan mahupun di luar kerajaan, NGO, individu dan institusi.

"Bukan sekadar memberikan maklum balas, aduan atau rungutan tetapi memberikan cadangan dan kerjasama kepada apa yang sedia ada dalam perundangan,, peruntukan yang digaris pandukan. Ia bukan untuk kepentingan politik kami," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Menteri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.



-- BERNAMA

Wanita Warga China Antara Yang Ditahan Terbabit Kes Samun Bersenjata



IPOH, 20 Mei (Bernama) -- Seorang wanita warga China adalah antara tujuh individu yang ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah restoran makanan laut di Kampung Acheh, Sitiawan dekat Manjung pada 15 Mei lepas.

Dua pucuk senjata api iaitu sepucuk pistol model Stayr Mannlicher Austria dan sepucuk revolver Ruger Speed-Six .38 Special serta 103 butir peluru .38 dan 27 butir peluru 9 mm turut dirampas daripada mereka.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kesemua mereka yang berumur antara 21 hingga 38 tahun ditahan di sebuah hotel di Pantai Remis, Manjung dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.

"Kira-kira pukul 1.30 pagi, tiga lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol menyamun pemilik restoran yang berumur 49 tahun dan enam pelanggannya.

"Suspek merampas wang tunai kira-kira RM20,000 dan pelbagai telefon bimbit selain melarikan sebuah kereta jenis Kia Sephia milik pemilik restoran itu.

"Sebelum melarikan diri, seorang daripada suspek melepaskan dua das tembakan ke arah CCTV (kamera litar tertutup). Bagaimanapun kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak Isnin.

Mohd Shukri berkata ekoran tindakan pantas anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, serbuan kemudian dilakukan di hotel terbabit dan berjaya menahan tujuh suspek serta merampas barangan yang disamun.

"Antaranya adalah wang tunai lebih kurang RM24,400, sembilan telefon bimbit, tiga jam tangan, dua kamera, barang kemas, dokumen peribadi mangsa dan dua kenderaan termasuk kereta pemilik restoran itu," katanya.

Beliau berkata kumpulan itu turut dipercayai terlibat dalam dua kes pada 13 Mei lepas iaitu kes samun bersenjata di Bagan Serai dan kes tembak di Kuala Kurau.

Sehubungan itu polis membuka tiga kertas siasatan melibatkan kesalahan melepaskan senjata api secara haram, memiliki senjata api secara haram dan memiliki peluru tanpa permit, katanya.

Mohd Shukri berkata tiga daripada suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes ugut, tembak, bunuh, perintah tahanan dan dadah.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga esok.



-- BERNAMA

Sekolah Agama Rakyat Di Kedah Diminta Daftar Sebagai SABK Untuk Transformasi


Malaysia, Pendidikan, Kedah, Alor Setar, Sekolah Agama Rakyat, Di, Kedah, Diminta, Daftar, Sebagai, SABK, Untuk, Transformasi, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan


ALOR SETAR, 20 Mei (Bernama) -- Sekolah agama rakyat di Kedah diminta berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi membolehkannya mendapat pelbagai bantuan bagi transformasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum berkata berdaftar sebagai SABK penting bagi membolehkan kerajaan Persekutuan menyalurkan pelbagai bantuan, sekali gus kebajikan pelajar dan gurunya terjamin.

"Kerajaan persekutuan akan salurkan pelbagai bentuk bantuan seperti bangunan kelas, asrama dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Jamil Khir sebelum itu mengadakan pertemuan rasmi dengan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir bagi membincangkan isu agama, sekolah agama serta elaun imam dan guru agama di pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman.

Katanya di Kedah kini terdapat sebanyak 15 buah Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), 12 buah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan 20 Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), tetapi hanya 12 buah sahaja berdaftar di bawah SABK.

Beliau berkata anggota lembaga SAR tidak perlu risau jika berdaftar sebagai SABK kerana kerajaan Persekutuan tidak akan mengambil alih pengurusan sekolah berkenaan dan hanya akan menyalurkan bantuan melalui Kementerian Pelajaran dalam usaha mentranformasikan pendidikan sekolah agama rakyat.

Beliau berkata guru juga akan mendapat manfaat apabila skim perkhidmatan diselaraskan seperti guru sekolah bantuan kerajaan.

"Guru juga akan menikmati skim sama serta ada kenaikan gred seperti DG41 dan DG44 dan kita juga akan ambil kira soal kebajikan guru-guru sekolah agama, kita akan beri fokus dan bantu," jelasnya.

Jamil Khir berkata beliau turut bimbang dengan silibus pelajaran sekolah agama rakyat yang tidak sama dengan silibus pelajaran kebangsaan sekali gus menyebabkan mereka ketinggalan.

Sementara itu, Mukhriz berkata beliau melihat keadaan kemudahan di sekolah agama dan pondok seperti kemudahan bilik darjah begitu daif dan perlu dinaik taraf.

Katanya walaupun institusi itu telah melahirkan ramai pelajar berilmu dan berjaya, kemudahan mereka tidak seharusnya terpinggir dan pelbagai bantuan boleh disalurkan jika berdaftar sebagai SABK.

-- BERNAMA

Agenda Perpaduan Nasional Perlu Berjalan Berterusan - Pengerusi AKEPT



Malaysia, Agenda, Perpaduan, Nasional, Perlu, Berjalan, Berterusan, Pengerusi AKEPT, Pengerusi Lembaga Penasihat Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggit, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pengerusi Lembaga Penasihat Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin hari ini menegaskan perlunya agenda perpaduan nasional dijalankan berterusan dan bukan mengikut musim atau keadaan semasa.

Sehubungan itu, kata beliau, pendidikan amat berperanan dalam menyelesaikan isu perpaduan dengan fikiran yang seimbang dan waras tanpa melibatkan ketegangan atau menyentuh sensitiviti antara kaum.

"Tidak kira situasi semasa mahupun di masa depan, kita perlu memperkasa sistem pendidikan sedia ada bagi meredakan alunan ombak kebencian yang timbul antara kaum.

"Pendidikan adalah cara terbaik dalam mententeramkan jiwa yang tidak damai sekarang.

"Pendidikan merupakan platform penyatuan penting dalam meredakan ketegangan dalam masyarakat negara ini," katanya.

Beliau merujuk kepada keadaan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dan menegaskan ia merupakan sebahagian proses demokrasi yang dilalui oleh mana-mana negara yang mengamalkan konsep sama.

Wan Mohd Zahid bercakap pada sidang media selepas merasmikan "Konvensyen Kebangsaan, Kepimpinan Institusi Pengajian Tinggi dan Kesejahteraan Sosial: Merealisasikan Transformasi ke Arah Masyarakat Sejahtera" di sini Isnin.

Beliau berkata: "Dalam keadaan mencabar sekarang pendidikan mampu menjadi jalan secara seimbang bagaimana mahu rapatkan kembali hubungan antara kaum".

Sementara itu, Wan Mohd Zahid juga menggesa cerdik pandai dalam pendidikan supaya menganalisis kandungan 107 memorandum berkaitan pendidikan yang diserahkan kepada kementerian pelajaran sebelum ini.

Memorandum hasil dialog dengan 12,000 ahli masyarakat yang diadakan pada Julai tahun lalu itu perlu dijadikan referendum bagi memastikan tuntutan masyarakat terhadap sistem pendidikan negara sentiasa dipenuhi.

"Ia amat penting secara bertulis masyarakat meluah apakah harapan mereka terhadap pelajaran dari sudut pandangan masing-masing.

"Dan untuk mewujudkan kesejahteraan di dalam masyarakat ia mesti diambil kira," katanya.

Katanya, antara kandungan memorandum berkenaan ialah masyarakat mahukan kesamarataan dalam pendidikan dari segi kemudahan, tenaga pengajar dan bahan antara golongan mampu dan kurang mampu.

Masyarakat juga mahu pihak berkenaan tidak terlalu mementingkan soal meritokrasi sebaliknya juga memberi perhatian kepada golongan yang tidak mampu mendapat pendidikan bermutu tinggi kerana kekangan sosio-ekonomi.

Konvensyen anjuran Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi (KPT), AKEPT, Majlis Profesor Negara (MPN) dan Universiti Sains Malaysia (USM) selama dua hari itu akan membentangkan 48 kertas kerja melibatkan ahli panel dari pelbagai latar belakang termasuk ahli akademik, pembuat dan pelaksana dasar.

Antara panelis ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Noorul Ainul Mohd Nur; Presiden Persatuan Pengasih Malaysia, Datuk Yunus Pathi; dan Tan Sri Dr Kamal Hassan dari Universiti Islam Antarabangsa.

-- BERNAMA

Bernama Terus Gah Pada Usia 45 Tahun



Malaysia, Wartawan, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Bernama, Terus, Gah, Pada, Usia, 45, Tahun

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang mula beroperasi pada Mei 1968, hari ini meraikan ulang tahunnya yang ke-45.

Bermula dengan perkhidmatan berita teks pada tahun 1968 dan beroperasi di sebuah banglo yang disewa terletak di 222, Jalan Pekeliling, Bernama kini melalui banyak perubahan sesuai dengan peredaran masa dan teknologi.

Pada awal penubuhannya, Bernama hanya beroperasi di Lembah Klang, tapi kini pertubuhan itu mempunyai pejabat di seluruh negara serta beberapa ibu negara di rantau ini seperti Singapura, Jakarta, Bangkok, Beijing dan New Delhi.

Bernama merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1967.

Selain memberikan perkhidmatan berita am dan ekonomi dalam bentuk teks dan gambar, Bernama juga turut menyediakan perkhidmatan berita dalam bentuk audio-visual, yang pada awalnya melalui sebuah unit audio-visual pada September 1998. Ia berkembang menjadi Bernama TV pada 28 Feb 2008 dan kini bersiaran di saluran 502 Astro.

Bernama dengan ibu pejabat di bangunan 15 tingkat di Wisma Bernama, Jalan Tun Razak, di sini, terus mengembangkan sayapnya apabila perkhidmatan stesen radio berita pertama Malaysia, Bernama Radio24 dilancarkan pada 3 Sept 2007 menerusi gelombang FM 93.9 MHz.

Peranan Bernama sebagai sumber berita terkini dan boleh dipercayai amat dikenali dalam kalangan media tempatan dan asing, agensi-agensi kerajaan, swasta, universiti dan individu di negara ini.

Bernama diperkuatkan dengan sokongan lebih 400 wartawan, editor, jurufoto dan jurukamera TV yang berada di seluruh negara serta di luar negara.

Pada majlis keraian Isnin, beberapa anugerah disampaikan kepada kakitangan Bernama iaitu Anugerah Khidmat Cemerlang, Anugerah Khidmat Lama serta hadiah aktiviti Hunt@Bernama yang diadakan pada Khamis lepas.

Turut hadir Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengurus Besar Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh, para pegawai pengurusan kanan Bernama dan kakitangan pertubuhan berita itu.

-- BERNAMA

Ahmad Shabery Fokus Kembangkan Infrastruktur Komunikasi, Caj Internet Lebih Rendah



Malaysia, Politik, Teknologi, Ahmad Shabery, Fokus, Kembangkan, Infrastruktur, Komunikasi, Caj, Internet, lebih, Murah, Rendah

PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) -- Mengembangkan infrastuktur komunikasi dan caj internet lebih murah antara fokus utama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, bagi memastikan pendemokrasian komunikasi di kalangan rakyat di negara ini.

Beliau berkata perbincangan awal mendapati pengurangan caj boleh dilakukan yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak termasuk peniaga kecil dan untuk itu kajian mengenai perbandingan caj dengan negara-negara lain akan dilakukan.

"Kemudahan komunikasi sudah menjadi suatu perkara asas. Dulu asasnya jalan raya, api (elektrik) dan air tetapi sekarang liputan telefon dan broadband (jalur lebar)" katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Ahmad Shabery sebelum itu menghadiri majlis serah tugas antara bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dengan beliau dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Ahmad Shabery berkata undang-undang untuk melindungi rakyat turut diberi perhatian termasuk mengenai masalah panggilan terputus atau 'drop call' serta caj jalur lebar sekiranya perkhidmatan itu terputus selama beberapa hari.

Katanya beliau juga komited untuk meneruskan pelaksanaaan ideologi berasaskan kebebasan bersuara melalui kementerian, dengan perbincangan akan diadakan dengan semua pihak bagi mengenal pasti dan memperhalusi maksud kebebasan bersuara dan hadnya bagi individu, kepentingan nasional dan kepentingan awam.

"Ada negara yang mungkin kebebasannya membenarkan setiap sesiapa mempunyai stesen televisyen, setiap parti politik dan kumpulan etnik. Apakah ianya memberikan kesan dan impak positif kepada negara dan sebagainya? Ini perkara yang perlu dihalusi dan diteliti," katanya.

Mengenai liputan yang adil dan saksama terhadap parti pemerintah dan pembangkang melalui media milik kerajaan, Ahmad Shabery berkata ia bukan soal pemerintah atau pembangkang sebaliknya yang penting adalah rakyat.

"Dalam soal ini saya lihat ada beberapa perkara yang perlu dilihat kembali misalnya tentang liputan secara langsung soal-jawab di Parlimen (Dewan Rakyat)...apakah perlu dikembangkan selepas ini dengan cara yang lebih lagi, dan perkara-perkara yang membolehkan rakyat mendapat akses.

"Sebab itu perlu kita percepatkan pelaksanaan televisyen digital supaya jumlah saluran lebih banyak seperti saluran berita yang lebih efektif yang bukan saja mengutarakan pendapat tetapi membuat liputan berkaitan rakyat, lebih banyak berita terkini berkaitan soal kepentingan awam dan sebagainya," katanya.

Mengenai pengguguran perkataan 'penerangan' daripada kementerian itu, Ahmad Shabery berkata ia sebahagian daripada transformasi kerajaan kerana perkataan 'penerangan' itu sendiri menggambarkan kaedah lama bagaimana kerajaan berkomunikasi dengan orang ramai.

"Penerangan lebih dikaitkan sebagai sebagai alat penyebaran maklumat, hiburan, mungkin sedikit sebanyak membentuk pemikiran masyarakat menurut hala tuju yang dikehendaki oleh kerajaan dan ia lebih bersifat atas ke bawah pada waktu itu dan ia juga memberi konotasi kementerian yang lapuk di mana banyak negara dunia sekarang sudah tidak ada lagi kementerian penerangan," katanya.

Sementara itu, Rais dalam ucapannya sebelum itu berkata sembilan jabatan di bawah kementerian terdahulu akan diletakkan di bawah teraju Ahmad Shabery manakala 10 lagi di bawah Mohamed Nazri.

"Kita bersyukur kerana kita dapat kesinambungan menerusi pelantikan kedua-dua pemimpin ini yang saya kira akan menegaskan lagi perjuangan kita menerusi pentadbiran kerajaan dan juga ke arah pencapaian dalam bidang-bidang yang telahpun kita ketahui," katanya.

-- BERNAMA

Penganjur Perhimpunan Di Terengganu Diminta Tukar Tempat Dan Tarikh



Malaysia, Berita, Politik, jenayah, Penganjur, Perhimpunan, Di, terengganu, Diminta, Tukar, Tempat, Dan, Tarikh

KUALA TERENGGANU, 20 Mei (Bernama) -- Pihak polis meminta penganjur supaya menukar tarikh dan lokasi perhimpunan mereka yang dijadual berlangsung di Kuala Ibai di sini pada Khamis ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin berkata notis awal yang diberikan pihak penganjur kurang daripada 10 hari perhimpunan hendak diadakan seperti yang ditetapkan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata lokasi yang dipilih juga tidak sesuai kerana berdekatan jalan utama, kawasan perumahan, kawasannya yang sempit selain mengambil kira faktor keselamatan orang ramai.

"Kita ada menerima surat pemberitahuan berhubung himpunan itu dari pihak penganjur semalam dan kita dapati ia jelas tidak menepati akta perhimpunan aman yang ditetapkan.

"Jadi kita minta mereka meminda tarikh dan mencari lokasi yang lebih sesuai," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Zamri berkata polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak gagal mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan.

-- BERNAMA

Pembangunan Berterusan Hasil Hubungan Rapat Kerajaan Pusat, Negeri Sarawak



Malaysia, Berita, Ekonomi, Sarawak, Pembangunan, Berterusan, Hasil, Hubungan, Rapat, kerajaan, Pusat, negeri Sarawak

KUCHING, 20 Mei (Bernama) -- Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yakin kerajaan persekutuan akan terus memberikan perhatian yang khusus kepada pembangunan negeri ini, yang masih memerlukan lebih banyak kemudahan infrastruktur asas, terutama di kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, beliau berkata kerjasama rapat antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di pelbagai peringkat perlu diteruskan bagi merancakkan lagi arus pembangunan di Sarawak.

"Saya bersyukur kerana terjalinnya hubungan yang erat antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Ini jelas terbukti melalui lawatan yang kerap dilakukan ke negeri ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang telah dapat memahami kehendak dan keperluan rakyat, khususnya masyarakat luar bandar," katanya ketika berucap pada perasmian persidangan Dewan Undangan Sarawak di Petra Jaya di sini Isnin.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas kepimpinannya berjaya membawa kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) negeri dalam pilihan raya umum ke-13, yang menggambarkan sokongan padu dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan persekutuan.

Mengenai pertumbuhan ekonomi Sarawak, beliau percaya kekuatan ekonomi negeri ini yang semakin rancak walaupun suasana pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan, ialah kerana adanya komitmen dan dasar kerajaan yang mesra pembangunan.

Abang Muhammad Salahuddin berkata pelaksanaan Sarawak Corridor of Renewable Energy (Score) berjaya meyakinkan para pelabur dan komuniti peniagaan terhadap prospek ekonomi negeri ini, yang dapat dilihat melalui peningkatan aktiviti pelaburan swasta yang membuka banyak peluang ekonomi kepada rakyat.

Pembinaan infrastruktur oleh kerajan di Score seperti jambatan dan jaringan jalan raya ke empangan hidro juga memberi faedah yang besar kepada rakyat, khususnya sebagai pemangkin transformasi pembangunan di luar bandar manakala kedudukan Malaysia dalam aspek kemudahan menjalankan perniagaan telah bertambah baik dari tangga ke-18 pada 2012 kepada ke-12 pada tahun ini, katanya.

Dalam menyediakan keperluan rakyat di kawasan luar bandar, beliau berkata program transformasi luar bandar kerajaan turut melibatkan pembangunan ekonomi, yang merangkumi pembukaan kawasan baharu untuk tujuan perladangan, projek pertanian, perikanan dan pembuatan kraftangan di samping melaksanakan inisiatif survei perimeter ke atas tanah adat Bumiputera.

"Saya juga gembira kerana kerajaan turut mengambil berat terhadap pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat luar bandar, yang terbukti dengan pembinaan sekolah dan pusat latihan teknikal," katanya sambil menambah kata bahawa perkhidmatan doktor udara dan klinik bergerak 1Malaysia juga dilaksanakan untuk kemudahan rakyat yang tinggal jauh di kawasan pedalaman.

Beliau berkata penuruan kadar kemiskinan di Sarawak daripada 5.3 peratus pada 2009 kepada 2.4 peratus pada tahun lepas jelas menunjukkan bahawa projek pembasmian kemisikinan yang dilaksanakan kerajaan telah berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat, yang meliputi semua lapisan masyarakat, termasuk kaum Penan.

-- BERNAMA

Najib Serius Teruskan Usaha Tingkatkan Taraf Hidup Masyarakat India - Pakar



Malaysia, Politik, Kuala Lumpur, Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Serius, Teruskan, Usaha, Tingkatkan, Taraf, Hidup, Masyarakat, India, Pakar

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pelantikan Pengerusi Hindraf P. Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri jelas menggambarkan komitmen dan betapa seriusnya kerajaan meneruskan usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat India.

Buat pertama kali, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membawa seorang wakil dari sebuah badan bukan kerajaan masyarakat India ke dalam Kabinet bagi membantu membawa perubahan positif dalam kedudukan sosiekonomi masyarakat India.

Hindraf, yang sebelum ini menentang kerajaan, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Barisan Nasional pada 18 April, dengan enam perkara utama, bertujuan bagi membawa masyarakat India yang miskin ke dalam arus perdana pembangunan negara.

Seorang pensyarah kanan HELP University Dr K.Harikrishan berkata kerajaan memberi perhatian serius berhubung dilema masyarakat India dan berharap dengan pelantikan Waythamoorthy, ia akan memastikan semua masalah yang melanda masyarakat itu dapat diselesaikan.

Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau menjelaskan masyarakat itu terutama generasi muda mahu melihat perubahan yang kekal dalam isu kerakyatan dan juga peluang pekerjaan dan perniagaan, yang sebelum ini diabaikan.

"Dengan pelantikan ini, kita berharap Waythamoorty akan berpegang dengan janji-janjinya bagi membawa gelombang harapan baharu kepada masyarakat India. Hari ini keseluruhan tanggungjawab terletak di bahunya dan MIC bagi memastikan semua janji-janji ditunaikan," katanya.

Pelantikan itu menerima kritikan daripada pelbagai individu, terutama Uthayakumar, yang mendakwa sebagai pemimpin Hindraf, dengan mengkritik adiknya Waythamoorthy kerana menerima jawatan Kabinet dan merujuk beliau sebagai oportunis politik.

Sabtu lepas, Waythamoorthy, berkata beliau akan memberi fokus terhadap masalah yang dihadapi masyarakat India seperti pekerja ladang yang tidak mendapat pembelaan, mereka yang tidak mempunyai taraf warganegara, pendidikan serta peluang perniagaan dan pekerjaan.

Bagaimanapun, penasihat Hindraf N Ganesan, mengecam kritikan itu sambil berkata Najib memerlukan individu atau pertubuhan bagi membawa transformasi yang diperlukan bagi masyarakat India.

Sementara itu, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata Waythamoorty kini mempunyai tanggungjawab besar bagi menterjemahkan semua yang tersenarai dalam rangka rancangan menjadi tindakan.

"Saya percaya mereka yang kembali menyokong BN akan memerhati dengan dekat rancangan dan pencapaiannya. Saya berpendapat adalah menjadi tanggungjawab wakil masyarakat India untuk memberi perhatian kepada isu-isu berkaitan masyarakat minoriti termasuk tugas yang diberikan di bawah unit khas bagi memantau dasar-dasar berkaitan masyarakat India.

Ketua Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya Prof Dr S. Kumaran berharap pemilihan enam wakil masyarakat India, yang dikehendaki masyarakat itu, akan menyumbang kepada kejayaan bagi membawa masyarakat itu ke peringkat lebih tinggi.

"Pelantikan Waythamoorthy tidak dijangka. Jadi, beliau perlu bijak menggunakan peluang ini untuk menunjukkan dedikasinya bagi membangunkan masyarakat India supaya mereka dapat terus mempercayai beliau sebagai tunggak kepimpinan pada masa depan," katanya.

Pelantikan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang Datuk Dr J.Loga Bala Mohan sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pula diharap membawa penambahbaikan dan perubahan kepada kehidupan masyarakat India, bersama-sama dengan empat wakil MIC.

-- BERNAMA

Dua Pembuat Kraftangan Dihukum Gantung Edar Kanabis



Malaysia, Berita, Jenayah, Dua, pembuat, kraftangan, dihukum, gantung, edar, kanabis

JOHOR BAHARU, 20 Mei (Bernama) -- Dua lelaki pembuat kraftangan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Isnin selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Samsudin Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Sharudin Md Isa, 32, dan Mohamad Yusof Mohamad Ali, 30, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mereka dituduh mengedar kanabis seberat 426.78 gram di KM21, Jalan Mersing-Kota Tinggi, Jamaluang, Mersing pada 9.45 malam, 14 Julai 2011.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang membawa hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya Samsudin berkata keterangan pendakwaan adalah amat kuat ke atas kedua-dua tertuduh dan melampaui keraguan munasabah.

Menurut fakta kes, kedua-dua tertuduh yang menaiki sebuah kereta Perodua Viva ditahan dalam satu sekatan lalu lintas yang dibuat pasukan penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi dan masa tersebut.

Pemeriksaan fizikal ke atas mereka mendapati tiada barangan salah dijumpai namun setelah pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas kereta mereka, anggota penguatkuasa AADK menjumpai satu plastik hitam yang mengandungi dua plastik berwarna putih dari papan pemuka kereta tersebut.

Analisis Jabatan Kimia kemudiannya mengesahkan kandungan dalam plastik putih itu ialah dadah jenis kanabis seberat 426.78 gram.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Fadzli Mohd Ramli dan Mohd Ridzuan Muhamad manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Anwar Ab Raof.

-- BERNAMA

Polis P.pinang Bongkar Makmal Proses Syabu, Tahan Empat Orang



Malaysia, Berita, jenayah, pulau Pinang, Balik Pulau, batu Itam, Polis Pulau pinang, bongkar, makmal, proses, Syabu, Tahan, Empat, orang

GEORGE TOWN, 20 Mei (Bernama) -- Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket memproses dadah dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Batu Itam, Balik Pulau minggu lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata rumah yang dijadikan makmal memproses dadah jenis syabu itu terletak di dalam sebuah kebun dan diserbu sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang pada 11 malam Selasa lepas.

Dalam serbuan itu polis memberkas empat suspek berusia antara 26 dan 48 tahun iaitu tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia, selain merampas 6.2 kilogram dadah jenis ecstacy, enam liter 'meth oil', 25 kg kafein dan 39 gram dadah jenis syabu serta bahan kimia dan peralatan memproses dadah.

"Anggaran harga pasaran dadah yang dirampas ialah RM1.2 juta," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Abdul Rahim berkata polis turut menyita tiga kenderaan, dua buah motosikal serta wang dalam akaun yang kesemuanya bernilai RM186,000.

Katanya polis percaya makmal dadah berkenaan beroperasi sejak empat bulan lepas dan menghasilkan dadah untuk pasaran Pulau Pinang serta utara Semenanjung.

Tiga lelaki yang diberkas itu mempunyai rekod jenayah dan kesemua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, katanya.

Beliau turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis jika mengesan aktiviti mencurigakan atau bau tertentu yang menimbulkan kecurigaan di kawasan perumahan mereka.



-- BERNAMA

Koperasi Guru Melayu Besut Meniti Kejayaan Punyai Aset Lebih RM9 Juta



Malaysia, Berita, Terengganu, Besut, Koperasi Guru-Guru Melayu Berhad, Miniti, kejayaan, punyai, Aset, lebih, RM 9 Juta

BESUT, 20 Mei (Bernama) -- Sejak didaftarkan 40 tahun lalu, Koperasi Guru-Guru Melayu Besut Berhad telah mencatatkan pelbagai kejayaan tersendiri hingga mampu mempunyai aset bernilai lebih RM9 juta.

Pengerusinya Abdul Rashid Awang berkata selain terbabit dalam projek perumahan, koperasi juga kini memiliki dua bangunan perniagaan termasuk Wisma Koperasi Besut di Kampung Nyior Tujuh, Jerteh.

Ia dibina dengan hasil modal pusingan RM2.2 juta dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nik Ali Mat Yunus pada Sabtu lepas.

"Dengan dibantu oleh SKM, koperasi ini semakin bertambah maju dan berdaya saing bersama koperasi-koperasi yang lebih besar terutamanya di negeri-negeri pantai timur," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Katanya, koperasi tersebut yang dianggotai 2,509 guru di Besut bakal menceburi bidang perniagaan lebih kompetitif termasuk menjalankan projek hartanah untuk kebajikan para ahlinya.

Menurutnya, koperasi juga kini telah memulakan bidang peruncitan dengan membuka kedai-kedai koperasi peruncitan, KOOP-MART dengan dibantu SKM.

Sehubungan itu, beliau berharap para ahlinya dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dan mengalu-alukan mereka untuk menambah saham bagi memastikan pulangan lebih lumayan melalui dividen tahunan.

-- BERNAMA

Himpunan 505 Di Terengganu Diminta Tukar Tempat Dan Tarikh



Mlayaisa, Berita, Jenayah, Jimpunan 505, di, Terengganu, Diminta, Tukar, Tempat, Dan, tarikh
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU, 20 Mei (Bernama) -- Pihak polis meminta penganjur 'Himpunan 505' supaya menukarkan tarikh dan lokasi perhimpunan mereka yang dijadual berlangsung di Kuala Ibai pada Khamis ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin berkata notis awal yang diberikan pihak penganjur kurang daripada 10 hari perhimpunan hendak diadakan seperti yang ditetapkan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata lokasi yang dipilih juga tidak sesuai kerana berdekatan jalan utama, kawasan perumahan, kawasannya yang sempit selain mengambil kira faktor keselamatan orang ramai.

"Kita ada menerima surat pemberitahuan berhubung himpunan itu dari pihak penganjur semalam dan kita dapati ia jelas tidak menepati akta perhimpunan aman yang ditetapkan.

"Jadi kita minta mereka meminda tarikh dan mencari lokasi yang lebih sesuai," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Zamri berkata pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak gagal mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan.



-- BERNAMA

Program Kementerian Kesihatan Dinilai Semula - Dr Subramaniam



Malaysia, Berita, Program, Kementerian, kesihatan, Dinilai, Semula, Dr Subramaniam
Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan melihat semula semua program yang telah dan sedang dilaksana bagi menilai keberkesanannya.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata jika perlu, pihaknya akan membuat perubahan pada program terbabit untuk memastikan kementerian itu mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

Langkah ini penting bagi memastikan Malaysia terus menawarkan perkhidmatan terbaik sekali gus meningkatkan tahap kesihatan rakyat, katanya pada sidang media sempena hari pertamanya di kementerian itu, di sini hari ini.

Turut memulakan tugas hari ini ialah timbalan beliau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Menurut Dr Subramaniam, walaupun negara ini mempunyai sistem perkhidmatan kesihatan terbaik, masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Sehubungan itu katanya, kementerian berkenaan sentiasa mengambil langkah proaktif termasuk melakukan pelaburan dalam sumber manusia bagi memastikan sektor kesihatan sentiasa mempunyai tenaga pakar mencukupi, setanding negara maju.

Katanya kementerian itu juga akan memberi tumpuan dalam mengurangkan penyakit tidak berjangkit yang pada masa ini terus mencatatkan peningkatan bilangan kes setiap tahun.

-- BERNAMA

Peneraju Baharu Berazam Teruskan Kecemerlangan Mosti



Malaysia, Berita, Putrajaya, Penaraju, Baharu, Kementerian Sains, teknologi, Dan, Inovatif, Mosti, Datuk Dr Ewon Ebin, berazam, teruskan, Kecemerlangan

PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) -- Peneraju baharu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Dr Ewon Ebin berazam meneruskan kecemerlangan kementerian itu ketika dipimpin Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Katanya beliau dan timbalannya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah akan meneruskan program yang dilaksana Ongkili bagi memastikan kesinambungan kemajuan negara dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

"Ini satu tugas baharu. Walaupun demikian, saya yakin dan percaya dengan kerjasama semua warga kerja di kementerian dan agensi yang berpengalaman, serta Timbalan Menteri yang pakar dalam bidang inovasi, kita boleh jalankan tugas dengan baik," katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas menteri dan timbalan menteri Mosti, di sini Isnin.

Ewon yang berkelulusan undang-undang dari Universiti Malaya antara muka baharu yang dilantik sebagai menteri persekutuan selepas pilihan raya umum ke-13 awal bulan ini.

Beliau yang pernah menjadi pembantu menteri dan menteri dalam kerajaan negeri Sabah, turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi kepercayaan kepadanya untuk meneraju Mosti.

Sementara itu, Abu Bakar yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi di Jabatan Ketua Menteri Melaka, berjanji untuk menggunakan pengalamannya bagi mengangkat Malaysia dalam bidang berkenaan.

Dalam pada itu, Ongkili yang kini meneraju Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, yakin Ewon dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang kerana "Ewon seorang pembuat keputusan berpengalaman selain tangkas belajar".

"Kami mencatat pencapaian yang cemerlang dan memenuhi Petunjuk Prestasi Utama apabila semua petugas di bawah 38 agensi memberi sumbangan yang banyak. Maka saya mohon anda semua terus memberikan sokongan yang sama kepada menteri baharu," katanya.



-- BERNANA

KPDNKK Laksana Strategi Baharu Untuk Pertingkat Penguatkuasaan


KPDNKK, laksana, Strategi, Baharu, Untuk, Pertingkat, Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri, Koperasi, Dan kepenggunaan, Datuk Hasan Malek
Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hassan Malek (tengah) bergambar kenangan selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2013. Foto: Rafiq Rusli


KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan melaksanakan strategi baharu dalam penugasan pegawai penguatkuasanya bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan.

Menterinya Datuk Hasan Malek berkata antara langkah yang akan diambil ialah mengadakan sistem penggiliran di setiap kawasan.

"Saya tidak mahu pegawai yang sama bertugas di kawasan yang sama. Perlu ada penggiliran jadi orang tidak kenal mereka dan mudah bagi pegawai ini memberi maklumat tepat kepada kita supaya kita boleh ambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang sebelum itu merasmikan Persidangan Kebangsaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2013, mengulas tindakan kementerian bagi menangani khabar angin kenaikan harga barangan yang banyak tersebar mutakhir ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM Mohd Naim Daruwish.

Sabtu lepas, Hasan menegaskan tidak berlaku sebarang kenaikan harga barangan selepas pilihan raya umum ke-13 dan mencabar pihak yang mendakwa perkara itu berlaku supaya tampil menunjukkan bukti.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata pemahaman yang menyeluruh mengenai tadbir urus korporat akan membolehkan sektor kerajaan dan korporat mempunyai hala tuju yang selari.

"Kedua-dua pihak akan dapat berkomunikasi dengan baik sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa. Ia juga membolehkan kedua-dua pihak mengenal pasti isu-isu tersembunyi yang berkait rapat dengan soal integriti dan etika perniagaan," katanya.

Persidangan dua hari bertema 'Corporate Governance: The New Global Language for Business' itu mengumpulkan kira-kira 300 peserta dan menampilkan Ketua Pengarah Eksekutif Maybank Berhad Datuk Abdul Wahid Omar sebagai penyampai ucaptama.

-- BERNAMA

Adnan Yaakob Pegang Enam Portfolio Kerajaan Negeri


Malaysia, Pahang, kuantan, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, pegang, Enam, Portfolio, kerajaan Negeri
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.


KUANTAN, 20 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan senarai portfolio Anggota Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang.

Adnan sendiri mempengerusikan enam jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran;
Jawatankuasa Pelaburan dan Perindustrian; 
Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Kebajikan Masyarakat;
Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan; Jawatankuasa 
Perancangan, Kewangan, Tanah, Perhutanan dan Sistem Penyampaian Awam; 
dan 
Jawatankuasa Khas Perpaduan.

Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin (Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan)

Datuk Mohd Soffi Abd Razak (Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar).

Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran)

Datuk Shafik Fauzan Sharif (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani).

Datuk Shahiruddin Ab Moin (Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan)

Datuk Abu Bakar Harun (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda)

Datuk Mohd Johari Hussain (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan)

Norol Azali Sulaiman (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas)

Datuk Shahaniza Shamsuddin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia)

Syed Ibrahim Syed Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas).

-- BERNAMA

Malaysia Kongsi Pengalaman Kurangkan Kadar Kematian Ketika Bersalin Dalam Persidangan Antarabangsa


Malaysia, Berita, Kongsi, Pengalaman, Kurangkan, Kadar, kematian, Ketika, Bersalin, Dalam, Persidangan, Antarabangsa
Gambar hiasan


PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) -- Malaysia akan berkongsi kejayaan dan pengalamannya dalam mengurangkan kadar kematian ibu ketika bersalin pada satu persidangan antarabangsa di sini pada 28 Mei ini yang akan dihadiri 5,000 peserta dari 160 negara.

Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Dr Safurah Jaafar berkata Malaysia akan berkongsi kejayaan menurunkan kematian ibu bersalin kepada 28 orang bagi setiap 100,000 kelahiran pada 2000 daripada 770 orang daripada 100,000 kelahiran pada 1940.

"Malaysia komited untuk mengurangkan kadar kematian ibu bersalin kepada 11 orang bagi setiap 100,000 kelahiran hidup menjelang 2015, seperti matlamat yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata oleh kerana sasaran 11:1000,000 perlu dicapai dalam dua tahun lagi, usaha perlu digandakan dengan menekankan aspek perancang keluarga dan penjagaan kesihatan ibu dan bapa.

"Namun ia bukan mudah dicapai. Kadar kematian sukar dikurangkan di seluruh dunia, begitu juga di Malaysia," katanya kepada.

Mengenai persidangan itu, Safurah berkata persidangan 'Women Deliver 2013 Conference' itu akan diadakan selama tiga hari bermula 28 Mei ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Beliau berkata Malaysia dipilih menjadi tuan rumah persidangan tiga tahun sekali itu ekoran usaha berterusan serta komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan dalam menambah baik perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.

Maklumat lanjut persidangan boleh didapati dengan melayari laman web http://www.womendeliver.org/

Semua Lapisan Masyarakat Perlu Kuasai IT - Hamisa Samat



Malaysia, Sabah, Tawau, Berita, Hamisa Samat, Semua, Lapisan, Masyarakat, Perlu, Kuasai, IT

TAWAU, 20 Mei (Bernama) -- Semua lapisan masyarakat perlu menguasai teknologi maklumat (IT) kerana ia diperlukan dalam kehidupan seharian mereka, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat.

Kemahiran IT tidak sewajarnya dikuasai golongan tertentu dalam masyarakat sahaja kerana dalam perkembangan dunia hari ini IT sudah menjadi sebahagian daripada keperluan dalam kehidupan seharian, katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Katanya suka atau tidak masyarakat perlu celik IT kerana ia terus berkembang setiap masa dan mempengaruhi kehidupan manusia, katanya.

Menurut Hamisa golongan muda perlu menguasai bidang IT kerana ia memainkan peranan besar dalam kehidupan mereka hari ini dan masa depan kerana ia mampu melonjakkan kemajuan ekonomi dan sosial.

Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu berkata dalam konteks pembelajaran, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka menguasai bidang IT terkini dalam usaha untuk mengeksploitasi potensi teknologi untuk pembelajaran.

"(Bagaimanapun) ibu bapa perlu mengawasi dan memantau anak-anak ketika melayari internet. Ledakan laman web pada masa kini banyak mempengaruhi minda anak-anak yang baharu menceburi dunia siber," katanya.

Katanya IT mampu mengembangkan pengetahuan dan minda pelajar kerana ia mempunyai rangkaian yang luas seperti kemudahan internet.

-- BERNAMA

Ramli Ibrahim Buat Persembahan Di Kelantan



Malaysia, Berita, kelantan, Ramli Ibrahim, Buat, Persembahan, Di, Kelantan

KOTA BAHARU, 20 Mei (Bernama) -- Peminat seni dan budaya tanah air di Kelantan berpeluang menyaksikan persembahan tarian klasik oleh penari terkenal tanah air, Ramli Ibrahim di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Tanjong Chat, di sini, Sabtu ini.

Pengarah JKKN Negeri Kelantan, Ismail Yusoff, berkata program itu diadakan sempena siri penjelajahan tarian penari itu yang dinamakan 'River Sutra Tour 2013' anjuran bersama JKKN dan Yayasan Sutra, mulai pukul 8.30 malam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai, khasnya peminat seni tari dan kebudayaan hadir bagi menyaksikan persembahan kumpulan itu yang diadakan secara percuma.

Katanya, tempat adalah terhad dan orang ramai diminta datang lebih awal bagi memastikan mereka mendapat tempat duduk dalam auditorium tersebut yang mampu menampung hampir 1,000 jemputan.

Pihak penganjur juga turut menjemput badan-badan seni kebudayaan dari seluruh negeri, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi bagi menyaksikan persembahan yang julung kali diadakan di negeri ini.

"Persembahan itu lebih berupa untuk membuat kajian dan penyelidikan tentang seni tari pelbagai etnik yang terdapat di negara ini," katanya.

-- BERNAMA

Swepa Dipuji Tingkat Bilangan Usahawan, Profesional Wanita



SWEPA, dipuji, tingkat, bilangan, Usahawan, Profesional, Wanita, Sabah, Malaysia, Berita


KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyambut baik peranan Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah (Swepa) dalam mengukuh bidang profesionalisme dan perniagaan di negeri ini.

Beliau berkata ini jelas dari komitmen Swepa dalam membentuk kemahiran anggotanya dengan mengadakan persidangan dan konvensyen mengenai topik yang relevan dan penting termasuk Program Keusahawanan Swepa 101.

"Ini merupakan contoh yang baik badan bukan kerajaan berkhidmat untuk ahlinya dan menyumbang kepada masyarakat selari dengan misi dan visi persatuan.

"Ini akan membantu kita untuk bersama mewujud ekonomi yang lebih vibran di Sabah. Saya mengucapkan tahniah kepada kerja kuat kamu dan saya berharap kamu akan terus melakukan aktiviti dinamik untuk ahli-ahli," katanya semasa berucap pada majlis makan malam ulang tahun ke-20 Swepa di sini malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Musa berkata Swepa memainkan peranan berkesan bukan sahaja dalam mempromosi hak wanita dalam perniagaan tetapi juga menyumbang kepada ekonomi.

"Ia juga sebagai platform untuk ahli memberi pendapat mengenai cabaran yang mereka hadapi dan cadangan yang mungkin mereka ada. Ini sebabnya Swepa menjadi terkenal ketika ini.

"Swepa sentiasa memberi maklum balas kepada kerajaan mengenai penyertaan wanita dalam membuat keputusan dan kamu telah memberi idea bagaimana kerajaan boleh meningkat aspek berkaitan kesejahteraan wanita," katanya.

Musa memberi jaminan kepada Swepa bahawa kerajaan negeri mengambil kira keprihatinan dan perkara yang dikemukakannya.

-- BERNAMA

MasterChef Selebriti: Enot Terselamat, Tiada Penyingkiran



MasterChef Selebriti, Enot, Terselamat, Tiada, Penyingkiran, masterchef selebriti 2, splash_trending, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

KUALA LUMPUR, 20 MEI 2013: Tiada penyingkiran berlaku pada episod penyingkiran MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2) malam tadi meskipun pada awalnya dilakukan gimik bahawa Enot akan tersingkir.

Keputusan itu sekaligus bakal menyaksikan kesemua 12 selebriti yang tinggal akan bersaing dalam Cabaran Sajian Luar hari ini.

Terdahulu, empat selebriti terpaksa bersaing dalam Ujian Sajian Pantas iaitu Syura, Radhi OAG, Celina dan Enot sendiri selepas sajian mereka pada hari Sabtu dalam Cabaran Cipta Rasa gagal memikat juri.

Salah seorang daripadanya tidak dinilai langsung tetapi memasuki Pusingan Penyingkiran disebabkan kesilapan yang telah dilakukan semalam iaitu Radhi. Tindakannya menggunakan nasi daripada Cat Farish adalah satu kesalahan dan juri memutuskan Radhi memasuki Pusingan Penyingkiran serta merta.

Tema untuk UJian Sajian Pantas semalam ialah memasak belut. Satu bahan yang tidak pernah mereka gunakan dalam hidangan. Lebih menyukarkan adalah bagaimana hendak menyediakan belut tersebut. Keadaan fizikalnya yang licin dan bentuk yang menggelikan merupakan cabaran buat mereka hari ini.

Di akhir saingan, para juri memutuskan bahawa masakan Enot gagal mencapai standard yang dikehendaki mereka lalu diputuskan bahawa Enot akan tersingkir. Namun sewaktu ingin melangkah keluar, pintu gajah tidak dapat dibuka oleh Radhi yang mengiringi pemergian Enot kerana telah dikunci.

Para juri kemudian mengumumkan tiada penyingkiran sebagai kejutan buat mereka dan sekali gus membolehkan Enot untuk terus bersaing dalam MSM2.

12 selebriti bakal meneruskan cabaran mereka dalam MasterChef Selebriti Malaysia hari ini. Apakah warna pasukan yang akan diwakili oleh Michael Ang? Siapa pula ketua bagi pasukan lawan? Pasukan mana pula yang akan menang Cabaran Sajian Luar nanti? Saksikan MasterChef Selebriti Malaysia, Isnin, 9 malam di Astro Ria (104) & Mustika HD (134)

So Sweet Ning & Ryan Dalam MV Pelangi Untukmu


So Sweet, Ning baizura, Ryan, Dalam, MV Pelangi Untukmu, ryan sky dalton, chris dalton, splash_terbaru, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2013: Sesuai dengan kemunculan Ryan Sky Dalton dalam hidup penyanyi senior popular, Ning Baizura dan suaminya Omar Chris Dalton, penyanyi berkenaan telah melancarkan lagu dan muzik video berjudul Pelangi Untukmu.

Lagu yang digubah semula daripada lagu popular Somewhere Over The Rainbow dan liriknya ditulis oleh Ning Baizura itu, merupakan kerjasama sulung Ning Baizura bersama syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

Sempena pelancaran klip video dan lagu berkenaan, Ning bersama Universal Music akan melahirkan sebuah album yang turut menyelitkan lagu indah berkenaan, di samping buku kanak-kanak daripada inspirasi pengalaman peribadinya menjadi seorang ibu (sila skrol ke bawah untuk melihat muzik video Ning & Ryan, Pelangi Untukmu).

"Saya berbangga kerana dapat melancarkan lagu ini setelah melahirnya anak saya, Ryan Sky Dalton. Terima kasih kepada Universal Music kerana memberi peluang untuk saya menjadi ahli baru mereka dan saya sedia untuk mengembangkan sayap sebagai artis rakaman serta tampil dengan konsep yang berbeza," katanya pada majlis memperkenalkan Ryan Sky Dalton di restoran Neo Tamarind baru-baru ini.

Tambah Ning Baizura, klip video berkenaan telah dirakamkan di kediamannya sendiri oleh pihak Universal Music sendiri dengan berkongsepkan santai.

Susunan lagu berkenaan telah digubah semula oleh Aylwin Santiago dan memberikan mesej sangat mendalam yang ditujukan khas untuk bayi kesayangannya itu.

Ryan Sky Dalton telah selamat dilahirkan pada 31 Januari lalu, jam 3.06 pagi, seberat 3.47 kilogram dan semalam Ning buat pertama kalinya telah memperkenalkan buah hatinya itu kepada media bersama-sama dengan suaminya.

Jelas Ning Baizura, dia sedar kerjayanya sebagai penghibur mungkin akan memberi kesan terhadap masa depan anaknya, jadi dia memilih untuk bersikap terbuka sekiranya suatu hari anaknya itu ingin terlibat dalam bidang seni.



Kaki Kikis: Ibu Eina Azman Pertahan Anaknya Demi Maruah



eina azman, afiq muiz, model, pelakon baru, anak derhaka, splash_panazz, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

KUALA LUMPUR, 20 MEI 2013: Menyedari akan reaksi negatif peminat dan orang ramai terhadap cerita Afiq Muiz apatah lagi seorang gadis dilihat seolah-olah seperti masuk campur dalam krisis yang melanda ibu dan anak tersebut, namun ibu kepada Eina Azman iaitu berkata Amy Roshaida memberitahu bahawa mereka punya alasan yang kukuh untuk terlibat sama di dalam isu tersebut.

Biarpun Eina Azman atau nama penuhnya Ainur Syakira Azman,18, telah diheret sama dalam perkara ini walaupun pada awalnya namanya tidak disebut tetapi sudah jelas bahawa dia seorang sahaja yang rapat dengan Afiq Muiz ketika ini. Memandangkan isu ini turut melibatkan soal maruah, maka Amy Roshaida berkata, dia terpaksa mempertahankan anaknya yang dituduh sebagai kaki kikis.

"Selepas Afiq dihalau keluar dari rumahnya, saya dan anak (Eina) yang telah lama mengenalinya menjadi orang yang seringkali dia jumpa untuk mengadu sebarang masalah. Saya faham perasaan yang dia alami tetapi kami tidak pernah menghasut atau menghalang dia pulang kerumah.

"Padahal saya yang menyuruh dia berbaik semula dengan ibu dia. Saya kata pada dia walau apa sekalipun yang berlaku itu ibu. Tetapi dia pula berkeras kerana menurut Afiq, dia lebih mengenali siapa ibunya.

"Jadi saya tidaklah berkata apa-apa lagi hinggalah nama anak saya tiba-tiba dituduh nak mengikis duit Afiq. Kalau mana-mana ibu pun yang mendengar anaknya dituduh begitu pasti, mereka tidak akan senang duduk.

"Lagipun kami bukan tak ada duit sampai nak mengikis duit Afiq. Diharapkan orang yang kata anak saya nak mengikis tu siasat dulu siapa yang kikis duit siapa. Tunjukkan bukti anak saya kikis duit Afiq. Cerita begini menjatuhkan maruah keluarga saya,"cerita Puan Amy Roshaida yang turut hadir pada sidang akhbar pada Selasa lepas di Subang.

Selain daripada itu wanita berusia 46 tahun ini turut tidak merestui jika Afiq Muiz bakal jadi menantunya kerana Puan Amy tidak mahu anaknya kelak hidup dalam kebencian daripada ibu mertua jika hal ini tidak dijelaskan juga diselesaikan dengan cara betul.

"Memang semua orang kata anak saya dan Afiq bercinta tetapi pada saya berkawan ke bercinta, Eina sepanjang masa ada dengan saya. Mereka pun dah lama rapat. Jadinya soal cinta saya tak tahu tetapi memang Afiq rapat dengan kami.

"Anak saya baru berusia 18 tahun dan masih terlalu awal nak cakap pasal kahwin dan sebagainya. Tapi kalau lihat dengan keadaan sekarang, saya tak bagi anak saya kahwin dengan Afiq.

"Dia (Eina) sahaja telah dituduh mengikis, takkan saya nak lepaskan dia masuk ke dalam keluarga yang akan membencinya nanti. Saya pun hairan kenapa mereka boleh tuduh Eina kikis duit Afiq.

"Apa yang ada pada Afiq? Kalau betul anak saya kaki kikis, lebih baiklah dia rapat dengan individu yang lebih berkedudukan,"jawab ibu kepada Eina Azman ini.

Ketiga-tiga mereka ini tampil pada sebuah sidang akhbar di Subang pada Selasa lepas sebaik sahaja tersiarnya cerita mengenai luahan hati ibu Afiq Muiz di portal mStar. Ibu Afiq, Hasliza Mohd mengatakan anaknya itu telah membelakangi keluarganya selepas popular dan semenjak rapat dengan pelakon perempuan yang didakwa merujuk kepada Eina Azman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan