Cari Artikel

Sunday, May 19, 2013

Motif Azwan Ali Asyik Serang Program Masterchef Selebriti 2?



Azwan Ali, masterchef selebriti malaysia, selebriti bergaduh di masterchef, artis, pengacara laser, mulut laser, gaduh, bergaduh, Aznil Hj Nawawi, Pak Nil, Rozita Che Wan, splash_gosip, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti

KL, 13 MEI 2013: Murai Batu tak tahulah nak cakap apa lagi pasal si selebriti yang terkenal dengan mulut lasernya. Siapa lagi kalau bukan si Azwan Ali. Dulu akaun twitternya, @AzwanHjAli dah pernah kena hacked dek kerana kelaserannya menyumpah seranah lagi orang yang ada. Bila dah ada akaun twitter yang baru iaitu @azwannur, Murai Batu ingat dia dah insaf dah.

Rupa-rupanya menerusi akaun twitter @azwannur tu, makin ligat pulak si Azwan mencarut kebanyakan personaliti dan selebriti yang ada dalam program Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2.

Hai, dah takde kerja ker si Azwan sampai asyik nak mencarut kebanyakan personaliti dan selebriti yang ada kat dalam program tersebut? Paling panas, bila Azwan ada melabelkan seseorang kat dalan program tu sebagai bapuk choi. Hai, siapa pulak yang dimaksudkan si Azwan dengan gelaran macam tu?

Tak cukup dengan itu, Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil serta Rozita Che Wan atau Che Ta pun kena carut jugak dengan Azwan. Entahlah. Tak tahu Murai Batu nak cakap apa pasal si Azwan Ali ni. Kata dah tak nak cari gaduh dengan selebriti? Dah langgar sumpah ker?

Murai Batu pun suruh salah seorang rakan editor bertanya pasal Azwan tentang hal ni. Hmmm...nak tahu apa si Azwan cakap.

"Suka hati moyang aku nak carut apa pun. Kalau pun ku carut pasal program berbuka kat RTM, aku yang kaya raya. So?," kataya.

Hai...bila dengar Azwan Ali cakap macam tu, Murai Batu terus potong stim. Sebab apa, si Azwan siap berjanji pulak dengan Murai Batu yang di akan terus carut pasal program Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2.

Malah, khabarnya walaupun dia ada job dengan Astro On The Go, dia tetap akan carut program tu jugak. Isk.. memang tak serik-serik si Azwan Ali ni. Entah-entah ni pasal belas dendam kot sebab dia terkeluar lebih awal masa dia masuk program Masterchef Selebriti Malaysia Musim Pertama dulu.

Apapun, Murai Batu dengar, Pak Nil serta Che Ta, rupanya tak kisah pun bila kena carut dengan Azwan Ali dalam program tu.

MURAIBATU: Terkejut Pak Nil undur diri daripada program Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2!

Multijuice Kesihatan UneQuein Mawi Ekin Laris Di Pasaran



Mawi, Asmawi Ani, mawi-ekin, jus kesihatan, produk penjagaan kulit, produk kecantikan, produk kesihatan, juara  AF3, Ekin, splash_gosip, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva

KL, 10 MEI 2013: Sejak kebelakangan ini Murai Batu sering saja dilanda tekanan ataupun stressed kata orang putih. Yelah banyak sangat masalah dalam negara kita ni sekarang. Murai Batu tidak mahu jelaskan apa masalahnya sebab Murai Batu yakin pembaca Murai semua tahu apa yang sedang berlaku dalam negara kita sekarang.

Dalam stressed dan tekanan ni, Murai Batu dapat tahu yang bekas juara AF3, Mawi kini sedang sibuk mempromosikan produk kesihatannya jenamanya sendiri. Dengar kata, produk jus kesihatannya itu kini laris di pasaran. Alhamdullilah buat Mawi, rezeki dia sekeluarga nampaknya.

Dari perkhabaran teman Murai Batu yang berjumpa sendiri dengan Mawi ketika itu, produk jenama kesihatan Mawi dinamakan UneQuein. Murai Batu hairan kenapa Mawi tak guna namanya sendiri atau nama isterinya pada jenama tu. Rupa-rupanya kata Mawi, dia mahu produknya itu terkenal dengan jenamanya sendiri, bukan meminjam namanya ataupun Ekin. Ohh strategi pemasaran la ni.

Antara produk yang menjadi tarikan utama UneQuein ialah jus kesihatannya yang dinamakan sebagai Multijuice Liquid Health Supplements. Dengar kata jus ini mengandungi rumusan jus dari gabungan buah-buahan botani dan sunnah seperti delima, minyak zaitun, minyak habbatus sauda', cecair kurma, buah tin, kismism goji, air zam-zam dan madu yang mengandungi pelbagai khasiat mineral dan vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh.

Memang baik sangatlah untuk tubuh badan sebab teman Murai Batu tu dah cuba sendiri produk itu. Sedap, cuma koyak dan terus sedut ke dalam mulut tanpa perlu dibancuh. Malah ada yang pening-pening kepala atau panas-panas badan, lepas minum saja jus itu terus kembali segar dalam masa 5-10 minit.

Bukan setakat itu saja, Murai Batu dapat tahu Multijuice Liquid Health Supplements ini juga dapat meningkatkan kecergasan, fokus dalam perkerjaan serta melawaskan sistem pembuangan dalam badan. Pendek kata, macam-macamlah kebaikannya,

Khabarnya, Mawi mendapat idea untuk menghasilkan multiple juice kesihatan ini selepas mendapati bahawa masih belum terdapat lagi produk yang menggabungkan buah-buahan botani dan sunnah dalam satu produk di pasaran.

Dalam pada itu, dengar kata Mawi mensasarkan pasaran meluas produknya di seluruh negara menjelang hujung tahun ini. Dia juga berkata dia memberi tumpuan penuh kepada pasaran jus kesihatannya, manakala isterinya menerusi produk kecantikan. Insya-Allah adalah rezekinya tu Mawi.

Lagipun bulan puasa dah makin dekat, sesuai sangatlah kalau kita nak mempromosikan produk-produk bercirikan Islamik ini. Semoga berjaya Mawi. Sample produk untuk Murai Batu tak ada ke?

MuraiBatu: Promosi Raya dah mula menembusi akhbar-akhbar utama. Tak percaya cuba selak.

Bakal Isteri No.2 Ashraf Bukan Sherry, Tapi Wan Sakinah!


shraf muslim, ashraf muslim kahwin lagi, sherry ibrahim, gosip panas, berita panas, perkahwinan, perkahwinan kedua, kisah perkahwinan selebriti, hari ulangtahun perkahwinan, splash_gosip, wan sakinah, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva


KL, 8 MEI 2013: Berita mengenai hasrat pelakon dan pengamal perubatan alternatif, Ashraf Muslim memohon untuk berpoligami nampaknya menjadi perbualan hangat ketika ini. Di dalam akhbar dan laman web ada memberitahu wanita yang dikatakan bakal menjadi isteri kedua Ashraf ialah bekas teman wanitanya.

Apabila keluar cerita itu, yang terkena tempiasnya ialah bekas kekasih Ashraf, si Sherry Ibrahim. Kesian Sherry...Sebelum ini pun Sherry ada juga memberitahu risau akan dikaitkan dengan Ashraf sekiranya berita ini kecoh.

Nampaknya kerisauan Sherry menjadi kenyataan. Kepada sahabat-sahabat Murai Batu di luar sana, wanita yang dikaitkan dengan Ashraf bukanlah Sherry tetapi Sakinah, yang merupakan seorang pekerja syarikat penyiaran terkemuka negara ini!

Jadi, berhentilah kaitkan Sherry dengan cerita Ashraf ya...Kesian dia.

MuraiBatu: Berdebar Kalau Bercerita Bab Poligami

Istimewa Sangatkah Sakinah Di Hati Ashraf Muslim?



ashraf muslim, ashraf muslim kahwin lagi, rumahtangga, krisis rumahtangga, masalah rumahtangga, pergolakan rumahtangga, nafi rumahtangga bermasalah, runtuh rumahtangga orang, keretakan rumahtangga, realiti rumahtangga, panas, gosip panas, berita panas, perkahwinan, kisah perkahwinan selebriti, splash_panazz, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva,

KL, 8 MEI 2013: Selepas artikel 'Isteri Ashraf Muslim Dikatakan Rela Bermadu' dinaikkan portal murai.com.my pagi tadi, macam-macam maklum balas yang diterima.

Bagaimanapun, ramai yang tidak bersetuju apabila Ashraf yang akan menyambut ulang tahun perkahwinannya yang kedua pada 30 Ogos ini memberi alasan ingin berkahwin lain kerana tiada zuriat!

Murai Batu tersentak bila bekas kekasih Ashraf yang bernama Sakinah begitu berani membuat kenyataan di sebuah akhbar tempatan tentang hubungannya dengan pelakon lelaki yang juga suami orang itu.

Sakinah memberitahu kepada akhbar tempatan tersebut dia ada bertemu dengan isteri Ashraf, Dayana untuk membincangkan tentang perkahwinannya dan Ashraf, namun Dayana memohon supaya perkahwinan tersebut dielakkan, tetapi pasrah jika Sakinah ingin meneruskan juga niatnya untuk berkahwin dengan suaminya itu.

Adoi...Istimewa sangatkah Sakinah ini di hati Ashraf sehingga dia sanggup madukan isterinya sekarang ini? Murai Batu tertanya-tanya, siapa Sakinah sebenarnya? Seorang bekas kekasih? Jadi?

Murai Batu bukan nak menyibuk, tapi Ashraf dan Dayana baru sangat dalam alam rumah tangga. Dua tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata...Orang lain ada yang lebih lama dari itu, tapi masih cekal berusaha.

Apa-apa pun Murai Batu doakan yang terbaik untuk Ashraf dan Dayana...Semoga menemui jalan penyelesaian yang terbaik.

MuraiBatu: Selalu Muhasabah Diri...

Keeper Kacak Malaysia Cari Peminat Untuk Dilatih Segera!



splash_gosip, pemain bola sepak, penjaga gol Malaysia, bola sepak, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva

KL, 12 MEI 2013: Semangat sepasukan yang ada pada pemain bola sepak kebangsaan sememangnya amat bagus. Malah, Murai Batu mendapat tahu, semangat berkerjasama mereka bukan saja di padang,sebaliknya ia turut terjalin di luar padang juga.

Dengarnya, tiga penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Izham Tarmizi dan Zamir Selamat telah bersatu tenaga dengan membuka sebuah cafe yang diberi nama Player Cafe.

Murai Batu diberitahu, Cafe ini bukan saja melibatkan 3 penjaga gol tersebut. Tetapi ia turut melibatkan hasil usahama adi ntara pemain kebangsaan yang lain. Player Cafe ini diilhamkan kesemua pemain bola sepak negara dan diharap menjadi medan untuk pemain bola sepak negara untuk bertemu dan meluangkan masa.

Menurut sumber, Player Cafe ini terletak di Wangsa Maju dan baru saja beroperasi. Memandangkan ia baru saja di bukan dan belum dirasmikan secara besar-besaran, restoran ini sedang mencari pekerja secara sambilan.

Kenapa sambilan? Dengarnya mereka akan memberikan latihan secara sambilan terlebih dahulu sebelum mengambil sebagai pekerja sepenuh masa. Lebih menarik, seandainya pemilik syer restoran ini tidak ada perlawanan, mereka sendiri akan melayan pelanggan.

Wah, mesti menarik melihat kelibat pemain kebangsaan melayan pelanggankan. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk sentiasa bersua muka dengan mereka dengan menjadi pekerja, anda boleh datanglah sendiri ke restoran tersebut.

MURAI BATU: Minum kopi sambil borak dengan pemain kacak. Best wow.

Akhirnya Stacy & Morgan SMASH Makan Malam Bersama!




KL, 8 MEI 2013: Awal tahun lalu, penyanyi lagu Bosan, Stacy hangat digosipkan bercinta dengan ahli kumpulan SMASH iaitu Morgan. Malah, isu tersebut dikhabarkan mengundang kemarahan kawan baik Stacy iaitu Akim. Padahal Stacy dan Morgan tidak pernah bersua muka dan mengetahui hal masing-masing menerusi gambar dan bacaan tulisan media.

Dari ceritera tersebut, peminat Stacy merestui seandainya Stacy benar-benar bercinta dengan Morgan yang sememangnya kacak. Lebih menarik, ada segelintir peminat menyarankan agar Stacy dan Morgan bersatu sama ada sebagai pasangan kekasih atau pun pasangan duet dalam lagu.

Apa yang penting, permintaan peminat dimakbulkan apabila Stacy telah pun disahkan bertemu dan makan malam bersama Morgan di Jakarta baru-baru ini. Perkara ini telah disahkan menerusi twitter kelab peminat SMASH iaitu SMASHIndonesia. Menerusi twitter tersebut, Stacy tidaklah makan malam berdua bersama Morgan.

Sebaliknya Stacy yang ditemani pihak pengurusan telah makan malam bersama ahli SMASH yang lain. Dengarnya, mereka dalam proses perbincangan untuk menjayakan sebuah projek baru.

Berkemungkinan besar Stacy akan bergandingan dengan SMASH dalam sebuah lagu baru. Namun, Murai Batu tidak tahulah lagu tersebut dicipta komposer tempatan atau composer dari Indonesia.

Ini adalah status twitter tersebut:

@SMASHindonesia: Late night dinner SM*SH with @Stacy_Angie the singer from Malaysia, prepare for a next project :) pic.twitter.com/muYW2caZl7

Yang penting, Murai Batu rasa seronok seandainya Stacy dapat bersama Morgan. YElah, Morgan pun jejaka hangat di Indonesia yang lahir dia Kalimantan. Nak buat majlis kahwin pun dekat. Sabah dan Kalimantan.

MURAI BATU: Tengah sibuk dengar lagu Asma Al-Husna Mawi

.

Penyanyi Asmidar Ada Bakat Jadi Pengacara?



splash_panazz, asmidar, penyanyi, penyanyi baru, penyanyi wanita, penyanyi malaysia, pengacara, pengacara tv, artis chatz, Amanda Imani, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva


KL, 8 MEI 2013: Murai batu bukanlah sengaja nak kasi up Asmidar dengan kenyataan di atas. Tapi, apa yang Murai Batu nyatakan ini adalah hasil pemerhatian Murai Batu sendiri setelah melihat cara Asmidar bertindak menjadi pengacara sewaktu menjayakan sesi Artis Chatz@Murai di pejabat murai.com.my akhir bulan lalu.

Sebenarnya, dalam sesi Artis Chatz itu, Asmidar memang tidak perlu jadi pengacara langsung. Tapi, sementara menunggu beberapa soalan lain dikemukakan kepada dia dengan Amanda Imani yang menjadi tetamu untuk segmen tersebut, Asmidar dengan gaya bersahaja telah menanyakan beberapa soalan kepada Amanda Imani.

Gayanya bertanya itu ibarat seperti seorang pengacara dan cara dia bertanyakan soalan itu juga nampak begitu petah, tersusun serta menarik. Tak sangka Murai Batu dalam diam-diam si Asmidar yang sekarang ini tengah hot dengan lagu Kali Pertama ini ada bakat menjadi pengacara.

Rasanya orang yang berada di sekeliling juga menyedari akan hal yang sama dan bila ada yang menyuarakan bahawa dia ada bakat jadi pengacara, Asmidar terus tersipu-sipu malu. Namun, Amanda Amani yang duduk di sebelahnya cepat-cepat mengiyakan hal tersebut.

"Betul, dari hari itu lagi (dalam sebuah event yang berlainan), dia memang suka bertanya saya macam-macam. Memang gaya pengacara sungguh," kata Amanda Imani. Apapun, sejak dari itu, ramai yang menyarankan kepada Asmidar akan mencuba nasib sebagai pengacara televisyen pula selepas ini. Amacam ada berani ke Asmidar?

Pada stesen televisyen di luar sana, kalau tak percaya dengan kata-kata Murai Batu ini, cuba adakan uji bakat dengan Asmidar dan nilaikan sendiri sama ada dia layak dan punya bakat jadik pengacara atau tidak...

Falling In Love Versi Bunkface Memang Gerek Seh!



Bunkface, single falling in love, dato` siti nurhaliza, penyanyi, band muzik, splash_gosip, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva

KL, 3 MEI 2013: Pada Selasa lalu, salah seorang editor Murai iaitu Ayie telah menghadiri pelancaran album Baik Punya terbitan Indigital Sdn Bhd di Hard Rock Cafe pada 30 April 2013. Album kompilasi itu memuat pelbagai lagu daripada beberapa artis tempatan. Misalnya, Aizat, Liyana Jasmay, Farawahida, Sharifah Zarina, Kilafairy, Toi serta Sabhi Saddi.

Malah, ianya turut memuatkan lagu Falling In Love daripada Bunkface. Lagu itu pada asalnya adalah nyanyian Dato` Siti Nurhaliza tetapi telah dirakamkan semula oleh Bunkface dalam versi mereka sendiri.

Sebelum ini Bunkface telah pun mempersembahkan lagu berkenaan pada malam kemuncak Anugerah Blokcbuster pada tahun lalu dan selepas ianya mendapat respon yang baik, Bunkface terus merakamkan atas permintaan ramai.

Bila Ayie pulang ke pejabat, Murai Batu sempatlah dengar dia memutarkan lagu Falling In Love versi Bunkface.

Wah! Bukan nak puji tapi, Falling In Love versi Bunkface memang best giler. Malah, tak rasa pun macam diaorang nyanyi lagu orang lain. Sebaliknya, Murai Batu rasa macam Falling In Love tu lagu Bunkface sendiri pulak. Kalau korang tak percaya korang dengar sendirilah.

Yang bestnya tu, Ayie sendiri turut teruja berdansa dengan lagu Falling In Love versi Bunkface. Nak tengok bagaimana Ayie beraksi? Tonton video di bawah ini.







Pelakon Wanita Cantik Tak Hormat Golongan OKU



pelakon wanita, pelakon wanita popular, pelakon, pelakon wanita tak hormat golongan oku, Murai Batu, splash_gosip, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva


KL, 3 MEI 2013: Pasti ramai yang tertanya-tanya siapa pelakon wanita ini kan? Jika dilihat daripada wajah yang lembut dan jelita pelakon wanita ini, Murai Batu sendiri tidak percaya dengan cerita yang Murai Batu dengar kelmarin. 

Yelah, cerita yang sampai ke telinga Murai Batu tentang pelakon berdarah kacukan yang semakin meningkat naik itu seperti agak keterlaluan juga.

Ceritanya begini, rakan Murai Batu ini gembira apabila dapat berdepan dengan pelakon cantik kegilaan ramai lelaki ini di tempat parkir kereta sebuah pusat beli-belah di sekitar Kuala Lumpur.

Rakan Murai Batu itu memang terpegun bila melihat pelakon ini dari jarak dekat, lebih-lebih lagi apabila dia keluar dari sebuah kereta yang terletak berhampiran dengan keretanya ketika itu.

Tetapi yang agak kurang enaknya adalah apabila pelakon itu keluar daripada keretanya dan dengan selambernye mengalihkan kon oren yang berada di tempat parking OKU ke tepi, kemudian kereta yang dipandu oleh rakannya itu terus masuk ke dalam parkir tersebut.

Murai Batu pun dengan lurus bendulnya bertanyakan kepadanya adakah pemandu yang dipercayai rakannya itu cacat atau terdiri daripada golongan OKU dan rakan Murai Batu beritahu rakannya itu elok sahaja keluar daripada kereta dan dia langsung tidak seperti golongan yang kurang upaya.

Rakan Murai Batu itu terus 'potong' apabila melihat sikap pelakon itu dan rakannya dan tidak menyangka pelakon yang disanjung selama ini bersikap begitu. Murai Batu pun seperti tak percaya dengan sikap diva pelakon itu kerana selama ini melihatnya seperti seorang orang sopan santun sahaja.

Entahlah, Murai Batu harap pelakon wanita itu dan rakannya ada sebab yang kukuh berbuat demkian. Yelah tak manis bila seorang public figure berkelakuan begitu kerana apa sahaja yang dilakukannya menjadi contoh yang baik kepada peminat dan orang ramai.

Raja Azmi Buat Laporan Polis Pasal Pelakon Anak Ikannya!



adam davin, filem anak ikan, anak ikan the movie, Raja Azmi Raja Sulaiman, Penerbit Filem, kena tipu, splash_popular, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva

KL, 2 MEI 2013: Sebelum ini, Murai Batu ada ceritakan sedikit di dalam ruangan ini pasal tindakan berani mati seorang pendatang baru yang tidak segan silu menggunakan nama seorang produser popular untuk mengadakan satu sesi uji bakat di ibu kota.

Korak-punya korek, akhirnya Murai Batu dapat tahu bahawa pendatang baru itu adalah Adam Davin yang sebelum ini dilaporkan bakal membintangi filem Anak Ikan terbitan penerbit sensasi dan popular Raja Azmi Raja Sulaiman.

Khabarnya tanpa pengetahuan Raja Azmi, si Adam Davin yang juga seorang model ini telah pun mengdakan sesi uji bakat untuk filem Anak Ikan di sebuah ibu kota-, baru-baru ini.

Apa motifnya mengadakan uji bakat palsu itu pun Murai Batu tidak tahu. Tapi, yang nyatanya dia telah menggunakan nama produksi filem Anak Ikan untuk mengadakan sesi uji bakat tersebut.

Khabarnya, ramai juga yang datang menghadiri uji bakat itu dan ada di antaranya yang pelik apabila diberitahu bahawa jurukamera lewat datang kerana masih lagi on the way ke sesi uji bakat itu.

Last-last di Adam Davin ini dikatakan telah melakukan sesi uji bakat tersebut menggunakan telefon bimbitnya. Mujurlah salah seorang daripada bakat baru yang datang ke sesi uji bakat itu merupakan kenalan rapat kepada Raja Azmi.

Jadi, kenalan ini pun beritahu bahawa Raja Azmi tentang tindakan Adam Davin itu. Sebaik saja mendapat tahu mengenai perkhabaran itu, Raja Azmi dikatakan terkejut dan tidak menyangka bahawa Adam Davin sanggup menggunakan namanya dan bertindak sedemikian.

Johan As`ari Sengaja Cari Pasal Dengan Nabila Huda?



johan as`ari, Nabila Huda, aktres, Raja Lawak, pelakon, nas-t, dj nas-t, nabila huda sedia kahwini nas-t, splash_gosip, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva

KL, 30 APRIL 2013: Malam Ahad lalu, Murai Batu berkesempatan menonton rancangan Bintang Mencari Bintang (BMB) dan apa yang boleh Murai Batu simpulkan, rancangan itu memang menghiburkan dan unik.

Apa yang pasti, BMB miliki sasaran penontonnya tersendiri dan boleh dikatakan ianya mampu mencari pelapis baru yang bukan sahaja mampu membuat lawak jenaka tetapi juga menyanyi. Tahniah kepada stesen TV3.

Bercakap mengenai persembahan salah satu peserta, Murai Batu tertarik dengan persembahan dari kumpulan A iaitu Tapaw yang telah memilih pelakon popular Johan As`ari sebagai bintang undangan untuk memantapkan persembahan mereka.

Pandai juga Johan As`ari melakokan watak seorang budak sekolah yang dungu bersama-sama dua ahli kumpulan Tapaw. Maaf Murai Batu tak ingat siapa nama mereka.

Tapi apa yang pasti, Murai Batu agak terkejut apabila Nabila Huda telah dijadikan subjek dalam persembahan kumpulan Tapaw itu.

Alamak! Tidakkah Nabila Huda akan sentap kalau mengetahu tentang hal ini?

Maklum sajalah ketika rancangan itu disiarkan secara langsung, Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 itu sedang sibuk menjalani penggambaran di Brunei. Malah sekarang ini pun Nabila masih berada di Brunei.

Apa yang pasti kumpulan Tapaw telah menggunakan gambar Nabila Huda bersama Nas-T di akhir persembahan mereka.

Kononnya dengan kemunculan gambar pasangan sedang bercinta itu, Johan As`ari yang dari tadi memegang watak budak sekolah rendah telah naik berang sebaik saja melihat gambar bekas kekasihnya itu dengan lelaki lain iaitu Nas-T.

Murai Batu seakan faham dengan mesej yang ingin disampaikan oleh kumpulan berkenaan, lebih-lebih lagi dengan adanya Johan As`ari yang pernah dikaitkan bercinta dengan Nabila Huda sebelum ini.

Tapi kalau Murai Batu menjadi Nabila Huda, pasti Murai Batu akan sentap.

Melainkan, mari Murai Batu tegaskan di sini, melainkan...... pihak Johan As`ari atau Tapaw telah meminta keizinan daripada empunya badan untuk menggunakan foto mereka sebagai subjek persembahan mereka.

Entahlah, itu sangkaan Murai Batu sahaja. Mungkin Nabila Huda sudah tidak kisah dengan adegan berkenaan atau mungkin dia sendiri sudah tak ambil pot.

Tapi apa yang pasti persembahan kumpulan Tapaw memang menghiburkan. Maka tidak hairanlah mereka meraih undian tertinggi daripada Juri Umum dan kedua tertinggi malam berkenaan.

Murai Batu: Tak suka cara sesetengah pelawak menggunakan kelemahan atau kekurangan seseorang individu sebagai subjek jenaka.

Pendatang Baru Menipu Guna Nama Produser Popular



Murai Batu, tipu, menipu, artis, Siti Nurhaliza, Dato' Siti Nurhaliza, pendatang baru, splash_gosip, artis, gosip, malaysia, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva

KL, 29 APRIL 2013: Sebelum ini, dah macam-macam cerita kurang menarik yang Murai Batu dengar tentang seorang pendatang baru dalam dunia hiburan tanah air kita ini.

Cerita kurang menarik ini timbul sebaik saja portal Murai menyiarkan kisah tentang dirinya yang bakal membintangi sebuah produksi tidak lama lagi.

Antaranya ialah dia ini seorang yang con (suka menipu) dan sudah banyak menipu termasuklah dari kalangan artis. Jadi, bila namanya tersenarai dalam produksi tersebut, ramai yang terkejut. 

Ada di antaranya mereka pula terus menghubungi pihak produksi tersebut untuk memberi amaran terhadap sikap buruk si pendatang baru ini.

Kata, mereka: "Jaga-jaga. Si pendatang baru ini seorang penipu. Jangan sampai terkena,". Murai Batu dengar serba-salah juga pihak produksi berkenaan.

Takkanlah nak main buang pula si pendatang baru ni macam tu saja dalam produksi mereka. Mahu tak mahu, mereka pun ambil keputusan untuk tunggu dan lihat. Manalah tahu kalau-kalau perangai si pendatang baru ini sudah berubah. Tup-tup Murai Batu dengar perangai si pendatang baru ini tetap macam tu jugak.

Malah, makin berani pulak dia bikin audition (uji bakat) dengan menggunakan nama seorang produser popular di ibu kota baru-baru ini.

Namun, audition ini dilakukan tanpa pengetahuan si prosuder popular ini ya. Budak-budak yang datang audition itu pun pelik sebab waktu sampai di tempat audition itu mereka diberitahu bahawa jurukamera sedang dalam perjalanan ke situ.

Tapi tunggu punya tunggu, jurukamera tak sampai-sampai jugak. Akhirnya si pendatang baru ini ambil gambar mereka menggunakan telefon bimbitnya. Ouch!! Persoalannya, apa motifnya si pendatang baru ini melakukan audition tersebut? Untuk apa? Untuk meriah glamor?

MURAIBATU: Tak sabar tunggu Dato` Siti Nurhaliza beraksi semula di Dewan Filharmonik Malaysia!

RL7: Xtra & Pahat Tersingkir di Minggu Muzikal Komedi



AC Mizal, dato` ac mizal, Noh Hujan, noh salleh, hazama, hazama af9, gelanggang raja lawak 7, raja lawak 7, rl7, Jozan, splash_trending, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

KUALA LUMPUR, 18 MEI 2013: Tema muzikal komedi di minggu keenam Gelanggang Raja Lawak 7 (RL7) mungkin membawa kemeriahan kepada penonton namun tidak bermakna kegembiraan itu kekal hingga ke hujung rancangan. Sepert biasa, ada penyingkiran yang berlaku cuma kali ini bukan satu sebaliknya dua penyingkiran dilakukan.

Xtra dan Pahat menjadi mangsa di minggu muzikal komedi ini apabila mereka diumumkan oleh Saiful Apek sebagai peserta yang tersingkir. Selain kedua-dua kumpulan ini, satu-satunya peserta solo iaitu Boy turut diumumkan sebagai peserta yang mendapat undian terendah.

Bersiaran dari Studio FINAS, Hulu Klang, minggu muzikal komedi RL7 kali ini membawa kelainan apabila setiap peserta telah membuat persembahan bersama penyanyi jemputan khas yang telah disediakan untuk mereka.

Xtra yang tersingkir telah membuat persembahan bersama Bob AF manakala Pahat pula membuat persembahan bersama Tam Spider. Penyanyi lain yang membuat persembahan bersama peserta RL7 ialah Fida bersama kumpulan Okay, Altimet (Bora), Ali Terra Rosa (Sakan), Hazama (Gamat), Noh Hujan (Wala), Dina Nadzir (Tuah) dan Cat Farish (Boy).

Persembahan para peserta pada minggu ini menyaksikan peningkatan ketara, mungkin kerana bantuan dari para artis yang turut sama membuat persembahan.

Penampilan istimewa Noh Hujan, Ali Terra Rosa dan Hazama nyata membantu kumpulan yang diwakili mereka membuat persembahan menarik di atas pentas.

Raja Lawak 7 telah dihoskan oleh pasangan Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Dato` AC Mizal, Saiful Apek dan Isma Alif. Program ini telah bersiaran Astro Warna (132), Mustika HD (134) & Astro On-The-Go.

Muzikal Komedi Gandingkan Peserta RL7 Dengan Artis Top



Muzikal, Komedi, Gandingkan, Peserta, RL7, Dengan, Artis, Top, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2013: Gelanggang Raja Lawak 7 (RL 7) minggu ini bakal dipanaskan dengan penampilan bebrapa artis top tanah air. Mereka adalah Fida, Altimet, Tam Spider, Hazama, Ali Terra Rossa, Hujan, Cat Farish, Dina Nadzir serta Bob AF.

Tentu ada yang tertanya-tanya apakah yang bakal dilakukan oleh artis top ini ini dalam gelanggang Raja Lawak minggu ini yang bakal bersiaran di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) pada malam ini, jam 10 malam.

Untuk pengetahuan semua, kehadiran beberapa artis top tanah air ini adalah untuk membantu sembilan kumpulan menjayakan tema minggu ini iaitu Muzikal Komedi di gelanggang Raja Lawak 7.

Ini bukanlah kali pertama program Raja Lawak menampilkan konsep begini, namun menggandingkan setiap peserta dengan artis top tanah air adalah sesuatu yang baru serta julung kali pertama diadakan.

Bagaimana agaknya reaksi setiap artis top tanah apabila bergandingan dengan peserta Raja Lawak yang penuh dengan idea humor dan gila-gila mereka ini?

Dan, mampukah peserta Raja Lawak menumpukan perhatian mereka terhadap persembahan mereka dengan kehadiran ramai artis top tanah air di gelanggang Raja Lawak 7 pada minggu ini.

Kalau nak tahu, jom kita saksikan gelanggang Raja Lawak 7 di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) pada jam 10 malam ini.

Gelanggang Raja Lawak 7 dikendalikan oleh pasangan Jozan manakala tiga juri utamanya adalah Dato' Ac Mizal, Isma Alif serta Saiful Apek.

Dzakira Talita Zahra Nama Baby Girl Sarah & Shuib?



anak siti sarah, shuib, Shuib Sepah, shuib sepahtu, anak shuib, Bersalin, isteri bersalin, bersalin secara pembedahan, dzakira talita zahra, splash_terbaru, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2013: Menurut perkiraan daripada doktor, Siti Sarah sepatutnya melahirkan cahayamata keduanya pada 15 Mei lalu, tetapi mungkin sudah rezeki penyanyi ini dengan suami, Shuib Sepahtu untuk dianugerahkan anak pada hari ini, Jumaat yang umum tahu penghulu segala hari.

Murai.com.my baru mendapat maklumat ini melalui Facebook Siti Sarah sendiri sebentar tadi selain daripada posting foto yang dibuat oleh Shuib di Instagram miliknya sejam yang lalu. Belum ada apa-apa pengesahan mengenai maklumat terkini mengenai kelahiran kedua pasangan ini.

Anak kepada penyanyi dan pelakon zaman 80'an, Raisuddin Hamzah ini diperhatikan seperti sihat dan tidak berada dalam keadaan yang sukar melalui imej yang dikongsi suaminya itu.

Jika dilihat pada hashtag yang diletakkan Shuib pada gambar yang dimuatnaiknya itu, terdapat #operate #dzakiratalitazahra. Adakah kedua hashtag ini cuba memberitahu bahawa Sarah telah melahirkan anak melalui kaedah pembedahan?

Manakala #dzakiratalitazahra pula jelas merupakan nama perempuan yang mungkin adalah nama bakal diberikan kepada bayi perempuan penyeri keluarga bahagia ini? Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada pihak Shuib mahupun Sarah nanti.

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini kerana jika tepat andaian portal Murai.com.my mengenai nama anaknya itu. Dzahira Talita Zahra membawa maksud gadis yang berzikir bagai bunga sekaligus melengkapkan keluarga mereka kerana kini telah memiliki sepasang cahayamata.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga sejak 26 Februari 2011 yang lalu. Mereka telah dikurniakan anak lelaki sebelum ini, Uwais Alqarni yang berumur setahun 5 bulan.

anak siti sarah, shuib, Shuib Sepah, shuib sepahtu, anak shuib, Bersalin, isteri bersalin, bersalin secara pembedahan, dzakira talita zahra, splash_terbaru, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

anak siti sarah, shuib, Shuib Sepah, shuib sepahtu, anak shuib, Bersalin, isteri bersalin, bersalin secara pembedahan, dzakira talita zahra, splash_terbaru, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

anak siti sarah, shuib, Shuib Sepah, shuib sepahtu, anak shuib, Bersalin, isteri bersalin, bersalin secara pembedahan, dzakira talita zahra, splash_terbaru, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

Miss Propa Tampil Dengan Proparodi Video Sharifah Sakinah



Miss Propa, Propa-Lah!, bikin propa, propa, propaganda, parodi, video parodi, sharifah sakinah, video sharifah sakinah mengenai siti, video sharifah sakinah, splash_trending, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2013: Setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya ikon Propa Murai, Miss Propa kembali menghangatkan suasana di portal Murai dengan persembahan video yang lebih menarik, sensasi, segar serta menghiburkan.

Rasanya semua pembaca tahu akan isu video panas yang dilakukan oleh seorang aktres pada awal minggu ini. Dan Miss Propa tanpa segan silu nampaknya telah memparodikan video aktres tersebut dengan versinya tersendiri.

Dengan video ini, nampaknya Miss Propa telah bersedia untuk kembali dengan angin baru untuk mempropakan industri hiburan tanahair yang semakin hari semakin hangat dengan pelbagai cerita kontroversi.

Malah jika diperhatikan, video-video parodi kini mula menjadi satu trending yang diikuti ramai pemerhati-pemerhati dunia hiburan. Jadi Miss Propa nampaknya tidak mahu ketinggalan untuk melakukan parodi versinya tersendiri. Agak-agak parodi apa lagi ye yang akan dilakukan Miss Propa selepas ini?


Luna Maya Mengaku Jatuh Cinta Dengan Aaron Aziz!



Luna Maya, Aaron Aziz, luna maya jatuh cinta pada aaron aziz, luna maya mahu berlakon dengan aaron aziz, splash_panazz, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2013: "Dalam ramai-ramai aktor di Malaysia, saya paling minat pada Aaron Aziz. Saya mengaku jatuh cinta pada lakonannya, dia pelakon aksi yang hebat."

"Saya melihat lakonan Aaron di YouTube, ternyata dia seorang hero Malaysia yang hebat! Lengkap dengan pakejnya. Aktor lain dari Malaysia juga saya kenal, tapi tidak tahu nama mereka," itu pengakuan Luna Maya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Pintu Harmonika semalam (Khamis).

Jawapan tersebut diberikan Luna sejurus selepas para wartawan bertanya mengenai siapa pelakon dari Malaysia yang paling diminatinya. Secara spontan nama yang terkeluar dari mulut pelakon cantik dan tinggi lampai itu ialah aktor pujaan Malaya, Aaron Aziz!

Luna juga sempat berseloroh apabila diusik bahawa isteri Aaron, Diyana Halik pasti cemburu apabila mengetahui tentang perkara ini.

"Oh..Aaron itu sudah beristeri ya? Aduh...sayang sekali! Jangan salah tafsir ya...saya meminati Aaron kerana berpendapat dia seorang aktor yang hebat," katanya sambil ketawa.

Tambah Luna lagi, dia ada mendapat tawaran untuk berlakon di Malaysia dan tidak menolak jika digandingkan dengan Aaron Aziz.

"Kalau digandingkan dengan Aaron Aziz, itu sudah tentu satu penghormatan yang besar buat saya," katanya menamatkan bicara.

Pelakon, model, pengacara terkenal dari Indonesia ini berada di Kuala Lumpur sejak Rabu untuk melancarkan filem terbaru arahannya berjudul Pintu Harmonika yang akan ditayangkan 23 Mei ini di Astro First, serentak dengan tayangannya di Indonesia.


Pintu Harmonika merupakan filem pertama arahan Luna Maya bersama dua pengarah wanita lain iaitu Ilya Sigma dan Sigi Wimala dan filem ini juga adalah terbitan beliau sendiri.

Isu Khalwat: Tunang Tunggu Penjelasan Shah Jaszle



shah jaszle, shah jaszle kena tangkap khalwat, tunang shah jaszle, shah jaszle tangkap khalwat bukan dengan tunang, tangkap khalwat, berkhalwat, JAIS, filem azura 2011, splash_panazz, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2013: Tunang kepada Shah Jaszle, Redzwani Puteri mengesahkan dia bukanlah wanita yang ditangkap khalwat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bersama aktor kacak itu di Apartment Taman Sri Subang pada jam 3.30 pagi, Khamis lalu.

Malah, Redzwani Puteri atau lebih mesra dengan panggilan Wani akui terkejut selepas mendapat tahu tentang berita tersebut.

"Saya terkejut apabila diberitahu oleh seorang wartawan malam semalam mengenai Shah Jaszle yang ditangkap khalwat kerana saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu.

"Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shah ada di rumah.

"Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Penahanan Shah Jaszle adalah berdasarkan kepada Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Penangkapan itu dibuat selepas Bahagian Penguatkuasaan JAIS menerima aduan pihak awam. Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Meskipun dihenyak dengan pelbagai reaksi dan komen daripada ramai pihak termasuk peminat Shah, Wani bagaimanapun memberitahu dia masih tenang menerima berita itu dan masih sabar unyuk menunggu penjelasan tunangnya itu.

"Terus-terang saya masih boleh bertenang ketika mendengar berita itu dan tidak peduli dengan kata-kata banyak pihak daripada blog dan laman sosial sejak berita itu tersebar luas.

"Malah, saya mahu beri peluang kepadanya untuk beri penjelasan sebelum saya membuat apa-apa keputusan mengenai pertunangan kami. Shah pun kini sedang menjalani penggambaran dan dia berjanji untuk menjelaskan semuanya kepada saya kelak," jelasnya lagi.

Wani dah Shah mengikat tali pertunangan pada 8 Disember tahun lalu.

Redzwani Puteri baru sahaja menamatkan pengajian ijazah kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam dan memulakan tugasnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang pada bulan Oktober yang lalu.

Dayang Akui Wajah Runcing Kerana Memakai Braces



dayang nurfaizah tak buat botox, Dayang Nurfaizah, wajah dayang semakin runcing dayang pakai braces, braces, pendakap gigi, splash_popular, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2013: Nafi melakukan suntikan botox pada wajah, penyanyi Dayang Nurfaizah bagaimanapun akui bentuk mukanya mula berubah selepas dia menggunakan pendakap gigi (braces) sejak lebih kurang setahun lalu.

Dayang Nurfaizah berkata dia perasan sejak menggunakan pendakap gigi jenis Invasalign Braces iaitu sejenis pendakap lutsinar tanpa besi it, wajahnya jadi semakin runcing dan panjang.

"Sebenarnya dari dahulu lagi, saya seorang yang takut untuk menggunakan pendakap gigi. Tetapi apabila berjumpa dengan doctor, dia yang mengesyorkan sejenis pendakap lutsinar ini. Saya tertarik mahu menggunakannya kerana ia kelihatan seperti tidak memakai braces.

"Setelah setahun menggunakan pendakap gigi ini ramai pula yang perasan gigi dan bentuk wajah saya yang sudah mula berubah. Mereka kata wajah saya nampak lebih cekung padahal berat badan saya sama sahaja dengan sebelum ini," katanya kepada murai.com.my yang ditemui pada majlis pelancaran album Anuar & Dayang Nurfaizah Live At Dewan Filharmonik Petronas di Life Centre, kelmarin.

Pun begitu, Dayang Nurfaizah memberitahu dia berpuas hati apabila ramai memberikan respons positif mengenai perubahan wajahnya yang semakin runcing itu.

"Tujuan utama saya adalah untuk membetulkan gigi, tetapi tak sangka pula wajah saya turut mendapat pujian rakan kononnya dah jadi runcing dan lebih panjang sedikit," jelasnya lagi.

Dayang yang sudah pun muncul dengan lagu tema drama bersiri Dahlia itu kini muncul dengan album Anuar & Dayang Nurfaizah Live At Dewan Filharmonik Petronas bersama Anuar Zain.

Sah, Aktor Shah Jaszle Ditangkap Khalwat!



shah jaszle kena tangkap khalwat, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

Sumber daripada kenyataan akhbar JAIS

SHAH ALAM, 17 MEI 2013: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesahkan bahawa aktor Shah Jaszle adalah individu yang telah ditahan atas kesalahan berkhalwat pada pagi Khamis semalam.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan JAIS, Shah Jaszle atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi, 25, telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS pada jam 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang. Penahanan Shah Jaszle adalah berdasarkan Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Penangkapan Shah Jaszle adalah berdasarkan aduan pihak awam kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS. Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Shah Jaszle mula dikenali dengan lakonannya dalam filem Azura bersama Neelofa. Dia kemudiannya bertunang dengan gadis pilihannya, Redzwani Puteri pada Disember tahun lalu.

Bakat Parodi Youtube, Bobo Kini Artis Naungan MIG




Oleh: cinemaonline.com

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2013: Video parodi "Sayang" yang dimuat naik di laman YouTube nyata membawa tuah buat Bobo apabila dia kini sah menjadi artis bawah naungan Metrowealth International Group yang diterajui oleh penerbit terkenal David Teo.

Berita gembira ini disahkan oleh Bobo sendiri menerusi akaun Twitter miliknya, OfficialBoboMy berserta gambar bersama David Teo

Nama Bobo mula menjadi perhatian selepas video parodi menyaksikan dirinya meniru gerak bibir serta menari mengikut alunan "Sayang" nyanyian penyanyi Indonesia, Shae dimuat naik dalam YouTube.

Selepas "Sayang", Bobo turut menghasilan video lagu "Stay" nyanyian Rihanna serta "Teman Pengganti" daripada Black dan Malique.

Tahniah dan selamat berjaya, Bobo!

Hajat Eja Berhijab Penuh Cecah Usia 40 Tahun



eja berhijab, Eja, Eja, eja bertudung, gadis bertudung, bertudung, fesyen bertudung, Artis bertudung, Artis wanita bertudung, bertudung lepas umrah, berhijab, umrah, RTM, Bintang RTM, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2013: Pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja kini sudah membuat keputusan berhijab penuh sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan umrah pada minggu lalu.

Menurut akhbar Kosmo hari ini, Eja ke tanah suci Mekah dalam masa yang sama bertujuan menjalani penggambaran drama bersiri RTM berjudul Balqis.

"Saya baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah lima hari yang lalu. Alhamdulillah, pemergian saya ke Mekah kali ini telah membuka pintu hati saya untuk bertudung.

"Tujuan saya ke sana adalah menjalani penggambaran drama bersiri RTM berjudul Balqis yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini. Pada masa yang sama, saya berkesempatan mengerjakan umrah bersama suami dan anak,"katanya.

Eja memberitahu sebenarnya niat untuk mengubah penampilannya itu sudah mula difikirkan sejak dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada tahun lalu.

"Sebelum ini saya sudah tiga kali mengerjakan umrah sejak tahun 2008, tetapi tiada sebarang perubahan yang berlaku apabila pulang ke Malaysia dan saya masih kekal dengan imej dan penampilan yang sama.

"Bagaimanapun, ibadah umrah yang keempat ini telah memberi rahmat buat diri saya kerana telah diberi petunjuk dan berkat doa yang tidak putus-putus," luahnya lagi.

Tambah Eja lagi, dengan perubahan yang dilakukan ini dia merasakan suasana yang lebih tenang dan sebagai seorang Islam menutup aurat itu merupakan salah satu kewajipan yang perlu dipatuhi.

Ahmad Idham Kecewa Dengan FINAS, LARI Ke Cannes



Ahmad Idham, Kecewa, Dengan, FINAS, LARI, Ke, Cannes, Festival Filem Cannes, Ahmad Idham, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti
\
Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2013: Sebagai seorang produser filem di Malaysia dan berdaftar dibawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham nyata seperti sudah berpatah arang berkerat rotan dengan badan berkanun yang bernaung dibawah kementerian Penerangan Komunikasi dan Kesenian ini.

Bukan sengaja ingin mencetuskan kemarahan atau mempertikaikan fungsi FINAS tetapi padanya sistem yang berjalan didalam badan tersebut harus diperbaharui supaya ia memberi faedah kepada penggiat filem tempatan.

Perkara ini mula dipersoalkan apabila Ahmad Idham tidak mengetahui apa-apa tentang pencalonan filem daripada Malaysia untuk dibawa ke Festival Filem Cannes. Ironinya, 4 calon filem telah dipilih oleh FINAS melalui sebuah jawatankuasa yang diwujudkan dan filem Ahmad Idham tercicir langsung daripada pencalonan awal kerana tidak mendapat apa-apa info mengenai hal ini.

"Saya mendapat tahu sendiri mengenai 4 buah filem yang dihantar FINAS ke filem Cannes Film Festival dan saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini langsung. Bila saya bertanyakan pada mereka (FINAS), katanya ada jawatankuasa yang memilih filem-filem tersebut dan bukannya dari kalangan kakitangan FINAS sendiri.

"Bila saya hubungi lagi satu pihak dan mereka mengatakan 4 filem tersebut telah pun dipilih. Saya pun tidaklah cakap apa-apa tetapi kenapa boleh jadi macam ni? Saya tidaklah mahu mendesak cuma agak kecewa bila berlakunya situasi sebegini.

"Kerana itu saya persoalkan disini, negara kita mempunyai sebuah badan khas untuk memantau segala perkara berkaitan filem hasilan tempatan tetapi selain memohon lesen, apa lagi yang boleh saya harapkan daripada mereka?

"Kalau badan seperti ini di luar negara setahu saya mereka lebih terbuka. Ada sesetengahnya tidak langsung mempunyai badan seperti FINAS tetapi filem mereka masih dapat menembusi pasaran luar.

"Yang terjadi pada saya cuma nasib menyebelahi bila pengedar filem dari luar berminat untuk membawa Lari ke peringkat antarabangsa,"cerita Ahmad Idham dalam nada yang kecewa namun bangga apabila filem terbaik pernah dihasilkannya mendapat tempat di mata penggiat filem daripada luar.

Filem terbaru Ahmad Idham, Lari yang diterbitkan di bawaha syarikat produksinya iaitu Excellent Pictures Sdn Bhd dengan mennggunakan bajet sendiri terpilih ke festival berprestij di Cannes, Perancis. Bukan dibawah pemilihan FINAS, Lari yang ditukarkan kepada nama The Run untuk pasaran luar telah di bawa kesana oleh pengedar filem daripada luar yang ternampak akan trailer filem itu ketika melakukan proses suntingan di Bangkok.

Menelan kos sebanyak RM 2.5 juta, filem aksi yang menampilkan Aaron Aziz sebagai pemain utamanya, Lari telah dipadatkan dengan aksi-aksi pertarungan yang jarang kita lihat dalam filem-filem yang dihasilkan pengarah tempatan.

"Kalau orang di negara sendiri tak dapat nak nilai karya yang saya pertaruhkan, sekurang-kurangnya ada juga orang luar nampak apa yang saya ingin ketengahkan dalam Lari. Ini adalah filem yang paling tinggi menelan belanja dan saya harap perlaburan saya akan memberi pulangan setimpal.

"Tetapi kalau buat filem aksi, lagi banyak bajet yang ada lagi best nak buat filem. Kalau saya dapat peluang tersebut saya ingin tambahkan adegan aksi sebanyak 20 peratus.

"Apa-apa pun, apa yang saya laburkan untuk filem Lari menampakkan hasil yang bagus. Lebih kurang 60 pelagak ngeri yang saya gunakan dan kebanyakkan mereka dibawa daripada Thailand. Saya sudah habiskan hampir RM700 ribu sahaja untuk membayar mereka dan saya sangat berpuas hati.

"Mereka yang saya ambil ini bukan calang-calang orang kerana ada seorang daripada mereka ini merupakan stand in untuk pelakon Tony Ja yang popular dengan Ong Bak dan Tom Yang Goon di Thailand,"cerita Ahmad Idham mengenai Lari yang ditayangkan semalam, Khamis, kepada media, blogger dan jemputan lain di malam tayangan previu filem tersebut di TGV Sunway Pyramid.

Lari dibarisi hero pujaan Aaron Aziz bersama Dira Abu Zahar, Erin Malek, Erry Putra dan menampilkan penyanyi, Hazama Azmi sebagai pemain utamanya. Filem ini bakal berada di pawagam seluruh negara bermula 6 Jun ini.

Gayatri: Bukan Kuasa Saya Pilih Zul Jadi Pelakon



gayatri su-lin akui cinta zul ariffin, gayatri su-lin, zul ariffin, zul ariffin intim dengan penerbit filem, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2013: Pasangan yang kini bahagia menjalani kehidupan sebagai kekasih iaitu produser Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) /Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai dan pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin, mengakui bahawa selepas mereka tampil memberitahu umum mengenai hubungan mereka, lebih banyak komen negatif yang diterima mereka.

Bagi mereka, dakwaan dan komen negatif daripada orang luar ini sebenarnya lebih menguatkan cinta di antara mereka. Tambah Zul pula, dia dan Gayatri tidak mengambil perkara itu terlalu serius kerana sudah lali dengan hal yang satu ini.

Walaupun isu mengenai Zul yang dikatakan mengambil kesempatan di atas hubungannya dengan Gayatri pernah diperkatakan sebelum ini, namun dek penampilan Zul Ariffin dalam filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) /Astro Shaw, Bikers Kental, aktor tersebut masih diasak soalan yang sama. Tetapi kali ini Gayatri sendiri tampil menjelaskan perkara sebenar.

"Itu semua adalah tanggapan orang yang sentiasa negatif terhadap hubungan saya dan Zul. Memang orang akan melihat saya akan mengutamakan Zul untuk berlakon dalam filem terbitan TUSB tetapi itu tidak benar.

"Penampilan Zul dalam filem Bikers Kental adalah pilihan yang dibuat oleh pihak Califwork Studios Sdn Bhd yang juga rakan penerbitan filem ini dan bukannya sepenuhnya terletak ditangan saya. Di dalam prosedur TUSB/AstroSHAW keputusan memilih pelakon bukannya kuasa mutlak saya yang menentukkannya.

"Ia melibatkan pelbagai prosedur dan persetujuan daripada keseluruhan produksi. Saya harap orang ramai jelas mengenai hal itu dan bukannya sekadar membuat andaian,"jelas penerbit berdarah kacukan India dan Cina itu mengenai tohmahan yang dibuat keatas Zul Ariffin.

Sudah setahun menjalinkan hubungan cinta, Zul dan Gayatri belum mempunyai perancangan yang jelas mengenai atur langkah mereka seterusnya. Sebaliknya pasangan ini mengharapkan orang ramai tidak memandang negatif sebaliknya mendoakan kebahagian mereka.

"Sebab itu saya tak mahu share dulu benda yang saya sendiri belum punya rancangan. Biarlah orang lihat kami bahagia sebagai pasangan kekasih dulu. Setahun yang aman dan damai walaupun tetap ada cakap-cakap yang kurang enak didengar.

"Apa orang nak cakap biarkan mereka bercakap. Itu adalah perkara biasa dan lumrah masyarakat kita yang sering memandang negatif dari pelbagai aspek. Lagi- lagi dalam industri ini, perkara sebegini adalah asam garam yang terpaksa kami telan.

"Soal kahwin belum lagi saya dan Gayatri fikirkan kerana ada perkara lain yang perlu didahulukan. Lagipun ibu Gayatri sekarang sedang sakit, jadi ia bukan masa yang sesuai untuk saya dan dia merancang apa-apa,"jelas Zul Ariffin tentang rencana hubungan mereka dan belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga.

Kedua mereka ditemui pada majlis tayangan previu filem Bikers Kental arahan Hilmi Yusof dan terbitan Califwork Studios Sdn Bhd bersama TUSB yang diadakan di Cathay Cineleisure, e@Curve semalam. Filem ini bakal ditayangkan pada 23 Mei ini menampilkan Zizan, Awie, Zul Ariffin dan dua orang pelakon wanita daripada Thailand.

Inilah Wajah Baby Ning Baizura, Ryan Sky Dalton



Ryan Sky Dalton,baby lelaki Ning Baizura, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2013: Setelah sekian lama menanti, hari ini penyanyi popular Ning Baizura dan suaminya, Omar Dalton telah menunjukan bayi sulungnya, Ryan Sky Dalton pada sidang media yang telah diadakan di Restoran Neo Tamarind, di sini sebentar tadi.

Dengan rasa syukur, Ning Baizura berterima kasih kepada pihak media yang sabar menanti detik istimewa itu sejak dia melahirkan Ryan Sky Dalton pada 31 Januari lalu iaitu tarikh ulang tahun kelima perkahwinannya.

Sebelum ini Ning Baizura pernah memberi tahu bahawa dia merancang untuk menghantar gambar Ryan Sky kepada pihak media dalam bentuk kenyataan media, tetapi berubah fikiran untuk melaksanakan dalam sebuah majlis sidang media yang lebih terancang dan sempurna.

Ning Baizura tampil menyerlah dengan persalinan rekaan Datuk Farah Khan dan sedang aktif melangsingkan tubuhnya sebelum kembali menyemarakan dunia seni tanah air.

Turut diadakan pada majlis berkenaan iaitu pelancaran video lagu terbarunya, Pelangi Untukmu yang dicipta dan ditujukan khas buat buah hati sulungnya itu.

Penyanyi hitam manis itu juga turut berkongsi kepada pihak media tentang agendanya sepanjang tahun 2013 serta projeknya bersama syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

Frust Menonggeng, Marsha Milan Hasilkan Jujur Bilang Cinta



marsha, marsha milan londoh, marsha londoh, marsha kahwin, marsha telan pil, marsha putus cinta, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2013: Graduan program realiti Akademi Fantasia musim ketiga, Marsha Milan Londoh,29, atau kini Marsha Milan, dilihat antara bintang AF yang berjaya menempat nama untuk terus kekal di persada dunia hiburan Malaysia.

Bermula dengan nyanyian, lakonan dan seterusnya pengacaraan, Marsha kini lebih yakin dan fokus dalam kerjayanya. Jika ada yang masih ingat, dunia hiburan tempatan pada satu ketika pernah dikejutkan dengan kisah cinta Marsha, apabila penyanyi itu dilaporkan kecewa dengan hubungan cintanya yang tidak kesampaian.

Rentetan daripada peristiwa itu, Marsha telah mengumpulkan semangatnya untuk terus berkarya dan mencipta sebuah lagu mengenai kisah cintanya itu.

Jujur Bilang Cinta, single terbaru ciptaan penyanyi yang berasal dari negeri di bawah bayu ini dan telah pun diperdengarkan pada majlis memperkenalkan Marsha sebagai duta produk kesihatan Bio Energy di Holiday Villa Hotel & Suite, Subang Jaya, semalam.

"Siapa tidak pernah kecewa bercinta. Saya juga tidak terkecuali menjadi mangsa kekecewaan cinta. Lagu ini sebenarnya telah lama saya tulis dan ia memang mengenai kisah cinta saya yang tidak kesampaian dan kejujuran yang tidak dihargai.

"Pada ketika itu ingatkan mahu memberikan lagu ini kepada penyanyi lain untuk nyanyikan. Tetapi setelah digubah oleh seorang penggubah lagu daripada seberang, saya merasakan kenapa tidak saya nyanyikan lagu ini.

"Sebab awalnya saya ingat lagunya agak sukar untuk dibawakan tetapi bila didengar semula ia senang untuk dinyanyikan dan mudah untuk menyampaikan mesej di sebalik lagu Jujur Bilang Cinta ini,"cerita Marsha mengenai lagu ketiga nukilannya sepanjang bergelar penyanyi dan bakal dipromosikan sekali semasa roadshow Bio-Energy ke seluruh negara.

Marsha Milan kini lebih yakin dengan namanya selain tidak mahu lagi dibayangi dengan program realiti atau nama Marsha AF. Kematangannya dalam bidang ini semakin berkembang dan sekaligus meraih kepercayaan pihak luar untuk mendapatkan khidmatnya seperti projeknya yang terkini iaitu menjadi duta untuk Bio-Energy.

"Memang sekarang saya menggunakan nama Marsha Milan kerana merasakan ia lebih komersial dan mudah untuk diingati. Bukan tidak mahu menggunakan sekali nama keluarga(Londoh) tetapi seringkali ada yang tersalah eja dan sebut, lebih baik saya pilih nama yang lebih ringkas dan melekat di ingatan peminat.

"Saya tidak mahu lagi dibayangi Akademi Fantasia kerana sepanjang 8 tahun ini saya telah bekerja keras dan saya harus beri peluang pada diri saya untuk berdiri diatas nama saya sendiri.

"Propaganza antara program atau cabang seni yang membuatkan Marsha lebih diterima peminat dan sekaligus lebih mematangkan diri dan nama Marsha di arena ini. Terima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong keberadaan Marsha di dalam dunia seni hiburan tanahair,"ucap Marsha kepada murai.com.my ketika menceritakan hala tuju serta harapannya di dalam dunia hiburan yang menjadi pilihannya sejak lapan tahun lalu.

Isu kahwin 2: Ashraf Muslim Dakwa Laporan Akhbar Fitnah



ashraf muslim, kahwin lagi, ashraf muslim kahwin lagi, Aktor Malaysia, aktor popular, pelakon, pelakon popular, wan sakinah, dayana, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti,


Oleh: cinemaonline.com

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2013: Isu perkahwinan Ashraf Muslim semakin menjadi bualan hangat selepas seorang wanita bernama Sakinah tampil memberi kenyataan menerusi akhbar Harian Metro bahawa isteri pelakon tersebut, Noor Dayana Lokman redha sekiranya suaminya itu berkahwin lain.

Sakinah turut mendakwa sudah lama mengenali Ashraf dan isterinya itu, malah pernah berbicara dengan Dayana tentang perkara tersebut.

Walau bagaimanapun menurut laporan dari Malaysian Digest, Ashraf menerusi akaun Twitter miliknya menyangkal dakwaan tersebut, walaupun tidak mengulas lanjut tentang kewujudan Sakinah.

"Makin banyak fitnah dilemparkan yang direka-reka oleh wartawan Harian Metro. Semoga Allah memberkati kamu. Ingat kita ada Allah," tulisnya di Twitter.

Terbaru, peminat hiburan di forum Cari telah menemui beberapa keping gambar wanita yang didakwa sebagai Sakinah. Malah ada yang mengatakan Ashraf dan Sakinah telah pun bertunang.

Tiz Zaqyah Akui Lebih Tenang Lepas Tayang Gambar BF



tiz zaqyah, Tiz Zaqyah, tiz zaqyah tayang boy friend, boy friend tiz zaqyah, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2013: Memilih untuk bersikap terbuka dengan berkongsi wajah kekasihnya di laman sosial Instagram mahupun Twitter, aktres jelita, Tiz Zaqyah mengakui langkah dan tindakan itu membuatkan dirinya lebih selesa dan tenang.

Kata duta produk mandian, May itu, dia tidak mahu lagi berdiri di atas bayang-bayangnya sendiri sebaliknya kini lebih berani membuat pendekatan sebegitu walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kritikan.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika ditemui pada majlis Kempen Kesedaran Kanser Serviks semalam, Tiz Zaqyah menjelaskan tiada apa yang perlu diselindungkan tentang hubungannya dengan jejaka kacak berkenaan kerana mereka telah mengenali satu sama lain sejak sekian lama.

"Apa yang boleh saya katakan di sini, saya lebih tenang bila berterus-terang. Tidak seperti hubungan saya sebelum ini. Asalkan saya tidak campurkan hal kerja dengan peribadi, sudah...

"Saya telah mengenalinya lebih 11 tahun iaitu sejak kami sama-sama bersekolah menengah. Tetapi sejak awal tahun ini hubungan kami mula rapat dan saya sama sekali tidak malu memperkenalkannya baik di Instagram mahupun Twitter milik saya.

"Sebelum ini saya bimbang untuk berterus-terang kerana tidak mahu dihakimi oleh masyarakat. Tapi, sampai bila saya mahu berasa takut? Jadi, sekarang ini saya memilih untuk bersikap jujur. Bagi saya, mereka yang mengikuti saya di laman sosial sudahsaya anggap seperti kawan," katanya kepada murai.com.my secara berterus terang.

Jelas pelakon Nur Kasih itu, sejak memilih untuk tidak lagi berselindung, dia sebaliknya telah menerima pelbagai reaksi yang positif daripada peminat.

Malah ramai diantara peminat yang gemar bertanyakan tentang kerjaya lakonan Tiz Zaqyah berbanding kehadiran jejaka berkenaan di dalam mana-mana laman sosial miliknya.

Jujur Tiz Zaqyah lagi, dia telahpun membawa jejaka berkenaan bertemu dengan kedua ibu-bapanya sebagai tanda hormat, malah ia juga satu usahanya untuk memohon restu daripada mereka akan hubungan mereka berdua.

"Dia sudah pun berjumpa keluarga saya, termasuklah pak cik dan mak cik saya, tapi bukan untuk melamar atau meminta izin berkahwin dengan saya. Kerana untuk kami berdua memikirkan soal ke arah itu, rasanya sangat jauh lagi.

"Dia seorang lelaki yang sangat cool dan juga kelakar. Saya seorang yang pemarah, jadi dia memang pandai melayan kerenah saya apabila marah. Pendek kata kalau saya ini api, dia adalah airnya. Dia memang seorang yang kuat mengalah," katanya yang bakal sibuk dengan penggambaran drama bersiri 40 episod berjudul, Jodoh Itu Milik Kita untuk siaran stesen TV Astro.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan