Cari Artikel

Saturday, May 18, 2013

Warga tua dapat rumah baru



Malaysia, Berita, Johor, Johor Bahru, sepasang, warga tua, menerima, sebuah, rumah, baru, 38, tahun, tinggal, kediaman serba daif, Lorong Lembah, Kempas Baru, Abd Kahar Surat


Johor Bahru: Sepasang warga tua mengalirkan air mata kegembiraan apabila menerima rumah baru selepas 38 tahun tinggal di kediaman yang serba daif di Lorong Lembah, Kempas Baru, di sini, semalam. 

Abd Kahar Surat, 76, sebak sebaik beliau dan isterinya, Alus Mohamed, 81, dibawa melawat kediamannya yang hampir siap dibaik pulih hasil sumbangan Tabung Mawaddah, Bank Muamalat.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat dan Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Dr Munir Majid serta Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid. 

Terima sumbangan 

Abd Kahar yang lebih dikenali sebagai Pak Atan, berkata beliau dan isteri bersyukur apabila kesempitan hidup yang dilaluinya mendapat perhatian pelbagai pihak, terutama wakil rakyat dan badan korporat. 

Beliau yang sebelum ini menjadi penggiat seni tradisional, kini hanya bekerja sebagai penjual ikan masin bagi menampung perbelanjaan harian dan perubatan isterinya yang sakit tua. 

Dulu rumah kami hampir roboh, malah makan pun umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Saya berterima kasih kepada wakil rakyat dan Bank Muamalat yang banyak membantu kami berdua. 

Kami mempunyai 12 anak dan semua sudah berkeluarga serta mempunyai komitmen terhadap keluarga masing-masing. Saya tidak mahu menyusahkan mereka, katanya. 

Pak Atan yang kini menumpang teduh di rumah anak angkatnya di Pasir Gudang sementara kediamannya siap dibaik pulih turut mengakui selama ini masyarakat memandang serong terhadapnya disebabkan kesempitan hidup. 

Saya tidak pernah membuka cerita mengenai kehidupan saya selama ini. Namun, apabila ada kawan yang datang melawat dan selepas itu ada pihak lain yang datang menghulurkan bantuan, katanya. 

Tunai tanggungjawab sosial korporat 

Munir berkata, sumbangan RM30,000 untuk membaik pulih rumah Pak Atan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Bank Muamalat membantu mereka yang dalam kesusahan.

Gubal undang-undang kurang guna garam



Malaysia, Penang, Geargetown, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, CAP, meminta, kerajaan, menggubal, undang-undang, menggurangkan, jumlah, penggunaan, garam, dalam, makanan

Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan menggubal undang-undang untuk mengurangkan jumlah penggunaan garam dalam makanan. 

Ia berikutan kajian CAP mendapati lebih 40 bahan penambah yang mengandungi garam digunakan dalam makanan yang diproses. 

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata satu daripada tiga orang atau 32.7 peratus penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas didapati mengalami hipertensi selain peningkatan kes tekanan darah tinggi sejak sedekad lalu. 

Beliau berkata, di Malaysia, satu kajian terbaru mendapati penduduknya mengambil kira-kira 8.7 gram garam sehari iaitu 1.7 kali lebih tinggi daripada 5 gram garam sehari seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Mudarat kesihatan 

Rakyat Malaysia masih kurang sedar akan perkara itu dan gemar mengambil makanan segera dan makanan yang diproses, yang akan memudaratkan kesihatan mereka pada masa depan. 

Langkah awal harus diambil oleh kerajaan untuk membendung perkara itu daripada menjadi masalah utama negara, katanya pada sidang media di Pejabat CAP, di Jalan Masjid Negeri, di sini, semalam. 

Sehubungan itu, katanya, CAP menyarankan kerajaan mengambil langkah seperti mengurangkan iklan bagi produk makanan mengandungi terlalu banyak garam seperti mi segera atau makanan segera di televisyen. 

Selain itu, katanya, kerajaan perlu melancarkan kempen besar-besaran untuk menggalakkan pengguna menyedari bahaya pengambilan garam yang terlalu banyak dan mewajibkan pengeluar makanan menunjukkan kandungan jumlah natrium pada label produk masing-masing. 

Saya menasihatkan pengguna mengambil makanan seimbang kerana pengambilan garam berlebihan turut meningkatkan risiko kanser perut dan penyakit buah pinggang serta mencetuskan asma dan osteoporosis, katanya.

2 peraih ikan mati dibunuh



Malaysia, Berita, Jenayah, Sarawak, Bintulu, 2, Peraih, Ikan, Mati, Ditetak, Dialam, Kereta


Bintulu: Dua peraih ikan yang dilaporkan hilang sejak malam Rabu lalu ditemui mati dibunuh dalam sebuah kereta PROTON Saga yang ditinggalkan di tepi jalan di Kilometer 87, Jalan Bintulu-Bakun di sini, kelmarin. 

Mayat kedua-dua lelaki terbabit ditemui dengan kesan tetakan di tengkuk, bawah lengan serta lebam di badan dan muka ditemui di tempat duduk belakang kereta itu oleh orang awam pagi kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Madang Usat, berkata mangsa dikenali sebagai Leong Pin Long, 23, dan Chua Choon Yong, 26, berasal dari Johor berdasarkan laporan polis serta pengecaman dibuat rakannya. 

Malaysia, Berita, Jenayah, Sarawak, Bintulu, 2, Peraih, Ikan, Mati, Ditetak, Dialam, Kereta


Katanya, laporan mengenai kehilangan mangsa dibuat rakannya kira-kira jam 11.30 malam Rabu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, apabila mereka tidak pulang selepas keluar mendapatkan bekalan ikan untuk dihantar kepada pelanggan di Semenanjung. 

Bagaimanapun, kira-kira jam 7 pagi semalam (kelmarin), polis menerima maklumat daripada orang awam yang melihat sebuah kereta PROTON Saga dalam keadaan mencurigakan di tepi Jalan Bintulu-Bakun. 

Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Bintulu bergegas ke lokasi dan mendapati ada dua mayat lelaki di tempat duduk penumpang belakang kereta berkenaan, katanya. 

Polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayat mereka ditinggalkan dalam kereta di tepi jalan berkenaan dan setakat ini polis belum menemui senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu. 
Tiada sebarang dokumen 

Katanya, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa, tetapi identiti mereka dikenal pasti berdasarkan maklumat terkandung dalam laporan kehilangan mereka yang dibuat rakan mangsa. 

Mayat dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Motif pembunuhan masih disiasat dan kita minta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Pemangku Ketua JSJ Bintulu, Inspektor Peterson Ray Tang di talian 086-312531 atau 013- 5817133 serta IPD Bintulu 086-332044, katanya. 

Saiful akhiri zaman bujang



Malaysia, Politik, Kelantan, Kota Bharu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Akhiri, Zaman, Bujang, Dengan, pembaca, Berita, TV3, Nik Suryani Megat Deraman


Kota Bharu: Mohd Saiful Bukhari Azlan, akan mengakhiri zaman bujangnya apabila memilih personaliti dan pembaca berita TV3, Nik Suryani Megat Deraman, sebagai bakal isterinya. 

Nik Suryani ketika dihubungi berkata, majlis perkahwinan mereka akan diadakan di Pusat Taman Konvensyen Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, pada 25 Mei ini. 

Kami sudah berkenalan sejak dua tahun lalu dan bertunang pada 20 Oktober tahun lalu dengan majlis yang dihadiri keluarga terdekat, katanya ketika dihubungi BH. 

Bagaimanapun, pengacara rancangan 'Teganu Kita' itu enggan mengulas lanjut. 

Majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur. 

Mohd Saiful Bukhari sebelum ini mendakwa pernah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008. Ketika itu, beliau adalah bekas pembantu peribadi Anwar. 

Ditahan ugut simbah asid muka bekas isteri



Malaysia, Penang, Geargetown, Jenayah, Lelaki, Ugut, Simbah, Asid, Bekas, Isteri


Georgetown: Seorang lelaki ditahan selepas mencederakan dan mengugut hendak mencurah asid ke muka bekas isterinya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Lebuh Maccalum, di sini, malam Selasa lalu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, lelaki terbabit yang berusia 35 tahun datang ke rumah mangsa berusia 32 tahun sebelum berlaku pertengkaran apabila suspek menuduh bekas isterinya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. 

Ugut curah asid 

Jurucakap polis berkata, suspek yang tidak berpuas hati dengan bekas isterinya kemudian bertindak ganas memukul wanita itu hingga cedera di muka dan badan selain mengugut hendak mencurahkan asid ke muka mangsa. 

Beliau berkata, mangsa yang bimbangkan keselamatannya kemudian membuat laporan polis keesokan harinya. 

Berikutan itu, polis menahan suspek pada Rabu lalu untuk disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah dengan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Polis juga menyiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, katanya. 
Sementara itu, seorang peniaga berusia 45 tahun kerugian RM10,000 apabila tiga pasu antik dari China hilang selepas rumahnya dipecah masuk pencuri dalam satu kejadian di Gelugor, di sini, Selasa lalu. 

Melarikan pasu antik 

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 7 pagi dan 8 malam ketika mangsa dan keluarga tiada di rumah apabila pencuri memotong mangga dan mengopak pintu kayu rumah sebelum melarikan pasu antik terbabit. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, katanya. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Rumah bapa wartawan BH dirompak



Malaysia, berita, Jenayah, Rumah, Bapa, Wartawan, Berita Harian, dirompak, Bandar Seri Jempol, Felda Palong Satu, Faizal Zainudin


Bandar Seri Jempol: Sebuah iPad yang akan dijadikan hantaran perkahwinan adalah antara barangan berharga yang dilarikan dari rumah bapa wartawan BH, Faiza Zainudin di FELDA Palong Satu, dekat sini, semalam. 

Selain iPad berharga RM1,800, barangan lain yang hilang, termasuk telefon bimbit BlackBerry bernilai RM650, komputer riba Lenovo bernilai RM2,000 dan wang tunai RM600. 
Zainudin Hamzah, 64, berkata kejadian disedari ketika Subuh oleh menantunya, Rosminah Puasa, 39, yang bersiap ke tempat kerja apabila mendapati jeriji tingkap belakang rumah dipotong, manakala cermin ditanggalkan. 

Katanya, iPad itu akan dijadikan barang hantaran perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhuan, 29, minggu depan. 

Kali ketiga dipecah masuk 

Tiada siapa dalam rumah yang menyedari kejadian itu, termasuk Ridhuan yang tidur seorang diri dalam bilik yang turut digeledah penjenayah terbabit. 

Ini kali ketiga rumah saya dipecah masuk selepas kali terakhir empat tahun lalu. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana semua 11 orang, termasuk lima cucu selamat, katanya yang juga Bendahari UMNO cawangan FELDA itu. 
Dokumen penting 

Sementara itu, Ridhuan berkata, dia tidak menyedari biliknya dimasuki penjenayah dan melarikan beg kerjanya sebagai kontraktor yang mengandungi pelbagai dokumen penting. 

Walaupun kehilangan pelbagai barang berharga, saya bersyukur kerana duit hantaran sudah diserahkan kepada keluarga bakal isteri minggu lalu, katanya. 

Katanya, penceroboh hanya dapat masuk dua bilik dan semua barangan yang dilarikan diambil dari biliknya, manakala tiga bilik lain berkunci. 

Sementara itu Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Rompin pada jam 8 pagi semalam dan kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Keputusan kes harta 3 pengarah syarikat Genneva Selasa ini



Malaysia, Mahkamah Sesyen, Genneva Sdn. Bhd., GSB, keputusan, pengembalian, harta


Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam menetapkan Selasa ini bagi membuat keputusan sama ada akan mengembalikan harta tiga pengarah dan bekas pengarah syarikat Genneva Sdn Bhd (GSB) yang dibebaskan atas pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram. 

Hakim Datuk Rozana Ali Yusuff menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya selepas mendengar hujah kedua-dua pihak. 
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mardziatun Nisa Ahamadul Kabir, memaklumkan pihaknya sudah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan semua tertuduh. 

Beliau berkata, permohonan itu penting bagi menjaga kepentingan pelbagai pihak kerana terdapat banyak pelabur yang terbabit. 

Jika penggantungan itu ditolak, kemungkinan harta itu akan dilupuskan, katanya. 

Bagaimanapun, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah pihak pendakwaan gagal memenuhi peruntukan mengikut seksyen 55 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram & Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 bagi perlucutan hak harta syarikat itu. 

Mohamed Haniff berkata, ada dua akaun iaitu milik tertuduh serta syarikat dan tiada sebarang bukti menunjukkan akaun tertuduh mengandungi duit pelabur. 
Sementara itu, akaun GSB jelas menunjukkan ia hasil wang perniagaan dan pelaburan oleh pelanggannya boleh dikenal pasti, katanya. 

Kelmarin, mahkamah melepaskan dan membebaskan Ng Poh Weng, 63; Marcus Yee Yuen Seng, 61; Chin Wai Leong, 37, dan Liew Chee Wah, 59, atas 224 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen membabitkan urus niaga lebih RM100 juta, lima tahun lalu. 

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Poh Weng didakwa atas 93 pertuduhan, manakala Yuen Seng (40 pertuduhan), Wai Leong (61 pertuduhan) dan Chee Wah, 30 pertuduhan.

Ringgit diniagakan lebih teguh minggu depan



Malaysia, Bursa, Currency, Trade, Ringgit


KUALA LUMPUR: Ringgit diunjurkan lebih teguh minggu depan ekoran jangkaan bahawa pelabur asing akan bertumpu semula dalam pasaran saham tempatan, kata peniaga. 

"Prestasi lemah bursa tempatan minggu ini adalah disebabkan oleh pengambilan untung apabila ringgit mengukuh minggu lepas, dan pemulihan pasaran Amerika Syarikat (AS), yang menyebabkan pelabur menjual aset tempatan," kata seorang peniaga. 
Bagaimanapun, mata wang yang sedang berkembang, termasuk ringgit, mungkin diniagakan dengan berhati-hati minggu depan kerana dolar AS dijangka terus semakin kukuh berikutan tanda-tanda pemulihan pasaran buruh dan perumahan AS. 

"Sentimen ini berkemungkinan merangsang lebih banyak pelabur kembali melabur dalam mata wang selamat itu," katanya. 

Sepanjang minggu ini, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama, dan berlegar dalam jajaran 2.9800 hingga 3.0020. 

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, ringgit turun sedikit kepada 3.0200/0240 berbanding dolar AS daripada 2.9900/9930 sebelumnya. 

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.4027/4076 daripada 2.4146/4172 Jumaat lepas dan naik berbanding yen kepada 2.9417/9471 daripada 2.9478/9523 sebelumnya. 
Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 4.5976/5046 daripada 4.6061/6116 Jumaat lepas dan lebih tinggi berbanding euro kepada 3.8846/8901 daripada 3.8864/8906. - BERNAMA

Bursa diramal meningkat minggu depan



Malaysia, Bursa, Saham, kuala lumpur, , Akan, Meningkat


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia berkemungkinan meningkat minggu depan manakala FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka menyaksikan lantunan kecil. 

Naib Presiden/Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata indeks utama itu mungkin menguji semula paras 1,790-1,800 mata berikutan petunjuk-petunjuk positif dari Amerika Syarikat dan berita bahawa semakin banyak bank pusat akan melaksanakan dasar monetari yang akomodatif. 

"Di dalam negara, kami menjangka sentimen pulih semula memandangkan kini dasar-dasar terus teguh berikutan kemenangan parti pemerintah dalam pilihan raya dan kami yakin kerajaan akan meneruskan agenda reformasi untuk mencergaskan ekonomi dengan barisan Kabinet yang baharu," katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata pelabur menganggap komposisi barisan Kabinet ini sebagai mesra perniagaan dan mewakili sektor-sektor ekonomi. 

"Ia adalah padanan yang baik antara orang yang sesuai dengan tugas yang sesuai, yang boleh membuat keputusan yang baik untuk memastikan pertumbuhan dari suku ke suku dalam beberapa tahun akan datang. 

"Kami menjangkakan lebih banyak pelabur runcit kembali ke pasaran, dana terus mengalir masuk, pelabur semakin yakin dan pertumbuhan ekonomi terus teguh untuk mendorong peningkatan Bursa dalam bulan-bulan akan datang," katanya. 

Dalam minggu ini, indeks pengukur pasaran itu mencecah 1,788.43 mata pada Selasa tetapi harga saham turun selepas itu berikutan kegiatan menjual.
"Dari segi teknikalnya, kami menganggap kejatuhan FBMKLCI sebanyak 3.1 peratus atau 58 mata sejak 6 Mei, apabila indeks itu mencecah paras tertinggi dalam sejarahnya pada 1,826.22 mata, sebagai pembetulan semula jadi, terutamanya disebabkan oleh kegiatan pelabur mengambil untung," katanya. 

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI mengakhiri dagangan minggu ini 3.22 mata lebih rendah pada 1,769.16. 

Indeks Kewangan meningkat 42.63 mata kepada 16,749.01, Indeks Perladangan turun 96.20 mata kepada 8,229.30 dan Indeks Perusahaan naik 69.35 mata kepada 3,024.45. 

Indeks FBM Emas menokok 59.47 mata kepada 12,272.18, Indeks FBMT100 mengukuh 
34.24 mata kepada 12,054.50, Indeks FBM Ace melonjak 327.14 mata kepada 4,679.41 dan Indeks FBM Mid 70 meningkat 266.03 mata kepada 14,091.99. 

Jumlah dagangan mingguan bertambah kepada 12.677 bilion saham bernilai RM13.261 juta daripada 11.54 bilion saham bernilai RM17.29 bilion minggu lepas. 

Pasaran Utama mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 10.65 bilion saham bernilai RM12.588 bilion daripada 10.43 bilion saham bernilai RM17.08 bilion yang dicatatkan minggu lalu. 

Pasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya meningkat mendadak kepada 1.727 bilion unit bernilai RM265.042 juta daripada 767.35 juta saham bernilai RM123.16 juta sebelumnya. 

Bagaimanapun, waran susut jumlahnya kepada 272.137 juta saham bernilai RM35.623 juta daripada 328.44 juta unit bernilai RM39.47 juta minggu lepas. - BERNAMA

9 Exco Perak angkat sumpah



Malaysia, Politik, Exco, Perak, Angkat, Sumpah


KUALA KANGSAR: Enam muka baru antara sembilan yang mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak di Istana iskandariah di sini, sebentar tadi. 

Mereka mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah. 
Enam muka baru ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Datuk Rusnah Kassim; ADUN Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; ADUN Belanja, Mohd Nizar Zakaria; ADUN Tualang sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi; dan ADUN Batu Kurau, Dr Muhammad Amin Zakaria. 

Tiga Exco yang diantik semula ialah ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad; ADUN Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. 


-
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Menteri Besar
-
Datuk Rusnah Kassim
-
Datuk Samsudin Abu Hassan
-
Datuk Shahrul Zaman Yahya
-
Mohd Nizar Zakaria
-
Nolee Ashilin Mohammed Radzi
-
Dr Muhammad Amin Zakaria
-
Datuk Saarani Mohamad
-
Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid
-
Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

58 maut serangan bom di masjid Baqouba, Baghdad


Dunia, Baghdad, 58, maut, serangan, bom, Masjid Baqouba
ORANG ramai menyelamatkan mangsa yang maut dan tercedera keluar dari kawasan serangan bom di Baqouba, Baghdad, Iraq, awal pagi tadi. Sekurang-kurangnya 58 maut dalam kejadian itu. - Foto AP



BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 58 maut dalam satu letupan bom di kawasan penduduk Sunni di Baghdad dan kawasan sekitarnya ketika jemaah keluar menunaikan solat Jumaat dari sebuah masjid di pinggir Baghdad, awal hari ini. 

Kejadian itu yang dianggap tragedi berdarah paling tinggi di Iraq dalam masa dua bulan. 
Serangan terbaru di Baghdad dan kawasan sekitarnya itu menyaksikan angka korban meningkat kepada lebih 100 orang dalam masa tiga hari. 

Serangan itu termasuk di kawasan penduduk Syiah membabitkan sebuah hentian bas, pasar harian dipercayai membabitkan puak fahaman berbeza Islam. 

Keadaan tegang berlaku sejak puak Sunni mula melancarkan tunjuk perasaan mengenai layanan yang diberikan kerajaan yang dikuasai golongan Syiah, termasuk penahanan rambang dan pengabaian. 

Serangan awal hari ini berlaku ketika jemaah Sunni mahu meninggalkan masjid utama di Baqouba, kawasan kubu kuat golongan itu yang terletak kira-kira 60 kilometer dari timur laut Baghdad. 

Satu lagi letupan berlaku selang beberapa minit ketika orang ramai berkumpul untuk membantu mereka yang cedera. 
Menurut polis, sekurang-kurangnya 41 maut manakala 56 lagi cedera. 

Mayat bergelimpangan di sekitar jalan berhampiran masjid berkenaan. - AP

Diktator kejam Argentina, Videla meninggal dunia di penjara



Dunia, Jeneral Jorge Videla, Argentina, meninggal, dunia, mati


BUENOS AIRES: Jeneral Jorge Videla, diktator Argentina ketika kemuncak perang menentang aktivis berhaluan kiri pada pertengahan 1970, meninggal dunia hari ini dalam tahanan di penjara. 

Beliau berusia 87 tahun. 
Videla melancarkan serangan kejam untuk menumpaskan kumpulan berhaluan kiri dan penyokong mereka sebaik mengambil alih kuasa Presiden pada 1976. 

Dianggarkan lebih 30,000 orang diculik dan 'dilaporkan hilang' oleh pemerintah tentera ketika rejimnnya. Kebanyakan suspek pula ditahan di penjara rahsia, diseksa dan dibunuh. 

Kali terakhir beliau tampil di khalayak umum pada Selasa apabila Videla, yang digulingkan pada 1981, memberitahu mahkamah bahawa pemimpin bawahannya yang menjalankan perintahnya dan ia adalah satu tanggungjawab ketenteraan bertindak untuk menentang pengganas di dalam negara. 

Pada 2010, Videla dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah kerana 'kehilangan' 31 tahanan dan 50 tahun penjara pada 2012 kerana mencuri bayi yang dilahirkan banduan wanita. 

Pada 1985, beliau didapati bersalah kerana menyalah guna kuasa ketika pemerintahannya tetapi mendapat pengampunan negara lima tahun kemudian oleh Presiden Carlos Menem ketika itu. 
Bagaimanapun, pada 2006 pengampunannya itu didapati menyalahi Perlembagaan Argentina dan kesnya dibuka semula untuk perbicaraan sehinggalah hari ini. - AP

Djokovic tersingkir, Nadal, Berdych mara



Sukan, Tenis, Djokovic, Nadal, Berdych


ROME: Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic tersingkir pada suku akhir Terbuka Itali, awal pagi tadi kepada pemain pilihan keenam, Tomas Berdych, 2-6, 7-5, 6-4. 

Kekalahan itu menyaksikan kedudukan Novak bagi mempertahankan juara Terbuka Perancis agak goyah apabila Roland Garros memulakan saingan 10 hari lagi. 
Berdych akan bertemu juara enam kali kejohanan itu, Rafael Nadal pada separuh akhir. Nadak menewaskan rakan senegaranya dari Sepanyol, David Ferrer 6-4, 4-6, 6-2. 

Nadal pula terpaksa berhempas-pulas pada awal permainan sama seperti menentang pemain Latvia, Ernests Gulbis yang ditewaskannya semalam, namun bangkit pada set kedua dan ketiga. 

Bagi Djokovic, ia adalah kekalahan kedua di gelanggang tanah liat apabila tewas pada pusingan kedua di Terbuka Madrid, minggu laku kepada Grigor Dimitrov. - AP 

Keputusan Tenis Internazionali BNL Itali



Suku Akhir:

Lelaki: 
Rafael Nadal (5) klk David Ferrer (4) 6-4, 4-6, 6-2Tomas Berdych (6) klk Novak Djokovic (1) 2-6, 7-5, 6-4Benoit Paire klk Marcel Granollers, Spain, 6-1, 6-0. 


Wanita:
Serena Williams (1) klk Carla Suarez Navarro, 6-2, 6-0
Sara Errani (7) klk Maria Sharapova (2) (tarik diri)
Simona Halep klk Jelena Jankovic 4-6, 6-0, 7-5. - AP

9 maut, 60 cedera dua letupan bom gegar selatan Afghanistan



News, afghanistan, kandahar, hamid karzai,


KANDAHAR: Dua ledakan bom kereta serentak lewat semalam menyebabkan sekurang-kurangnya sembilam maut manakala lebih 60 lagi cedera. 

Letupan bom itu berlaku di satu kawasan perumahan di selatan Afghanistan yang dikaitkan dengan milik keluarga Presiden Hamid Karzai. 
Dua letupan selang beberapa minit itu berlaku di kawasan Aino Mina, berdekatan sebuah kpmpleks pasar raya di pinggir bandar Kandahar. 

Bandar baru berkenaan dibina pada 2002 oleh beberapa pelabur termasuk abang kepada Karzai, Mahmoud Karzai, seorang ahli perniagaan. 

Sasaran letupan dipercayai terhadap satu konvoi kenderaan polis namun jumlah mangsa kebanyakannya rakyat tempatan yang berkumpul kerana cuti Jumaat. - AFP 

Atletico juara Piala Raja Sepanyol tewaskan Real Madrid 2-1


Sukan, Madrid, Atletico Madrid, Piala Copa del Ray, Real Mandrid

MADRID: Atletico Madrid menambah rekod kemenangan ke-10 Piala Copa del Ray (Piala Raja Selanyol) menewasakan Real Madrid 2-1 pada final, awal pagi tadi.

Kedua-dua gol Atletico dijaringkan menerusi Diego Costa dan Miranda pada masa tambahan manakala Real diaibkan apabila jurulatihnya, Jose Mourinho dan penyerang Cristiano Ronaldo kedua-duanya dibuang padang.
Real bermula dengan permainan yang cemerlang dengan melakukan jaringan awal pada minit ke-13 menerusi tandukan Ronaldo.

Episod kad merah terhadap Ronaldo apabila pemain itu bertindak balas ketika puas hati terhadap Gabi yang melakukan perebutan bola, lima minit berbaki masa tembahan. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan