Cari Artikel

Tuesday, February 26, 2013

Kehebatan Argo dan Dominasi Life of Pi di Oscar 2013



Kehebatan, Argo, dan, Dominasi, Life of Pi, di, Oscar 2013, Artis Amerika, Artis Hollywood, Hollywood, Hiburan, Amerika,


LOS ANGELES, 25 FEB 2013: Filem Argo arahan Ben Affleck sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila meraih anugerah Best Picture di Anugerah Academy ke-85 sebentar tadi. Kejayaan itu meneruskan dominasi kecemerlangan Argo di peringkat tertinggi selepas meraih anugerah utama di Anugerah Golden Globe, awal Januari lalu.

Argo turut meraih dua anugerah lain iaitu Best Writing - Adapted Screenplay dan Best Film Editing pada malam Oscar 2013 yang berlangsung dari Dolby Theather, Hollywood ini.

Selain kehebatan Argo, individu lain yang turut pulang dengan senyuman ialah pengarah profilik Ang Lee yang memenangi anugerah Best Director untuk filem Life of Pi. Ini adalah kejayaan kedua buat Ang Lee selepas memenangi anugerah yang sama pada tahun 2005 menerusi filem Brokeback Mountain.

Life of Pi turut menjadi filem paling banyak memenangi anugerah pada malam gilang gemilang tersebut dengan 4 anugerah. Selain Best Director, Life of Pie turut memenangi kategori Best Original Score, Best Cinematography dan Best Visual Effects.

Sekali imbas, majoriti kemenangan di Anugerah Academy atau Oscar ini nampaknya konsisten dengan kemenangan Anugerah Golden Globe lalu. Daniel Day-Lewis contohnya, turut meraih gelaran Best Actor di Oscar selepas memenangi kategori Best Perfomance Actor - Drama di Golden Globe.

Individu lain yang memperoleh kejayaan yang sama sepertimana di Golden Globe ialah Anne Hathaway (Best Supporting Actress), Christoph Waltz (Best Supoorting Actor) dan Jennifer Lawrence (Best Actress). Mereka dilihat mendominasi kedua-dua anugerah besar ini dengan kejayaan mereka di dalam filem masing-masing.

Kategori Best Animated Feature dan Best Foreign Language Film juga melihat pemenang yang sama dengan Golden Globe, iaitu Brave dan Amour (sebuah filem berbahasa Austria). Quentin Tarantino pula mampu menarik nafas lega sekali lagi selepas Django Unchained memenangi anugerah Best Screenplay, anugerah yang sama dimenangi di Golden Globe.

Lagu Skyfall nyanyian Adele terus membuktikan lagu itu sememangnya 'berhantu' apabila sekali lagi dipilih Best Original Song selepas memenangi anugerah yang sama di Golden Globe. Uniknya untuk Oscar kali ini, kategori Best Sound Editing dimenangi 2 filem yang berkongsi kejayaan iaitu Skyfall dan Zero Dark Thirty.

Anugerah Academy ke-85 dihoskan oleh Seth MacFarlane dan malam anugerah tersebut telah bersiaran secara langsung dengan durasi selama 3 jam 30 minit.

Senarai Pemenang Anugerah Academy Ke-85



Senarai, Pemenang, Anugerah Academy Ke-85, Artis Hollywood, Artis Amerika, Hollywood, Amerika


LOS ANGELES, 25 FEB 2013: Anugerah Academy Ke-85 telah pun berlangsung dengan jayanya di Dolby Theatre, di Los Angeles, California, sebentar tadi. Dikendalikan Seth MacFarlane, anugerah yang saban tahun diadakan ini telah menyaksikan kejayaan filem Agro diikitraf sebagai Best Picture untuk tahun ini.

Anugerah ini juga menyaksikan dominasi filem Life of Pie menerusi kategori Best Director, Best Cinematography, Best Music (Original Score) dan Best Visual Effect.

Kategori utama seperti Best Actor dimenangi Daniel Day-Lewis menerusi lakonannya dalam filem Lincoln manakala kategori Best Actress dimenangi pelakon muda, Jennifer Lawrence menerusi filem Silver Linings Playbook.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Academy Ke-85:

Best Picture

"Amour"
"Argo" (PEMENANG)
"Beasts Of The Southern Wild"
"Django Unchained"
"Les Misérables"
"Life Of Pi"
"Lincoln"
"Silver Linings Playbook"
"Zero Dark Thirty"

Directing

Michael Haneke, "Amour"
Benh Zeitlin, "Beasts Of The Southern Wild"
Ang Lee, "Life Of Pi" (PEMENANG)
Steven Spielberg, "Lincoln"
David O. Russell, "Silver Linings Playbook"

Actor In A Leading Role

Bradley Cooper, "Silver Linings Playbook"
Daniel Day-Lewis, "Lincoln" (PEMENANG)
Hugh Jackman, "Les Misérables"
Joaquin Phoenix, "The Master"
Denzel Washington, "Flight"

Actress In A Leading Role

Jessica Chastain, "Zero Dark Thirty"
Jennifer Lawrence, "Silver Linings Playbook" (PEMENANG)
Emmanuelle Riva, "Amour"
Quvenzhané Wallis, "Beasts Of The Southern Wild"
Naomi Watts, "The Impossible"

Actor In A Supporting Role

Alan Arkin, "Argo"
Robert De Niro, "Silver Linings Playbook"
Philip Seymour Hoffman, "The Master
Tommy Lee Jones, "Lincoln"
Christoph Waltz, "Django Unchained" (PEMENANG)

Actress In A Supporting Role

Amy Adams, "The Master
Sally Field, "Lincoln"
Anne Hathaway, "Les Misérables" (PEMENANG)
Helen Hunt, "The Sessions"
Jacki Weaver, "Silver Linings Playbook"

Animated Feature Film

"Brave" (PEMENANG)
"Frankenweenie"
"ParaNorman"
"The Pirates! Band Of Misfits"
"Wreck-It Ralph"

Cinematography

Seamus McGarvey, "Anna Karenina"
Robert Richardson, "Django Unchained"
Claudio Miranda, "Life Of Pi" (PEMENANG)
Janusz Kaminski, "Lincoln"
Roger Deakins, "Skyfall"

Costume Design

Jacqueline Durran, "Anna Karenina" (PEMENANG)
Paco Delgado, "Les Misérables"
Joanna Johnston, "Lincoln"
Eiko Ishioka, "Mirror Mirror"
Colleen Atwood, "Snow White And The Huntsman"

Documentary (Feature)

"5 Broken Cameras"
"The Gatekeepers"
"How To Survive A Plague"
"The Invisible War"
"Searching For Sugar Man" (PEMENANG)

Documentary (Short Subject)

"Inocente" (PEMENANG)
"Kings Point"
"Mondays At Racine"
"Open Heart"
"Redemption"

Film Editing

William Goldenberg, "Argo" (PEMENANG)
Tim Squyres, "Life Of Pi"
Michael Kahn, "Lincoln"
Jay Cassidy And Crispin Struthers, "Silver Linings Playbook"
Dylan Tichenor And William Goldenberg, "Zero Dark Thirty"

Foreign Language Film

"Amour" (Austria) (PEMENANG)
"Kon-tiki" (Norway)
"No" (Chile)
"A Royal Affair" (Denmark)
"War Witch" (Canada)

Makeup

Howard Berger, Peter Montagna and Martin Samuel, "Hitchcock"
Peter Swords King, Rick Findlater and Tami Lane, "The Hobbit: An Unexpected Journey"
Lisa Westcott and Julie Dartnell, "Les Misérables" (PEMENANG)

Music (Original Score)

Dario Marianelli, "Anna Karenina"
Alexandre Desplat, "Argo"
Mychael Danna, "Life Of Pi" (PEMENANG)
John Williams, "Lincoln"
Thomas Newman, "Skyfall"

Music (Original Song)

"Before My Time" From "Chasing Ice"
(Music and Lyrics: J. Ralph)
"Everybody Needs A Best Friend" From "Ted"
(Music: Walter Murphy; Lyrics: Seth Macfarlane)
"Pi's Lullaby" From "Life Of Pi"
(Music: Mychael Danna; Lyrics: Bombay Jayashri)
"Skyfall" From "Skyfall" (PEMENANG)
(Music and Lyrics: Adele Adkins and Paul Epworth)
"Suddenly" From "Les Misérables"
(Music: Claude-Michel Schönberg; Lyrics: Herbert Kretzmer and Alain Boublil)

Production Design

Sarah Greenwood (Production Design); Katie Spencer (Set Decoration) - "Anna Karenina"
Dan Hennah (Production Design); Ra Vincent and Simon Bright (Set Decoration) - "The Hobbit: An Unexpected Journey"
Eve Stewart (Production Design); Anna Lynch-Robinson (Set Decoration) - "Les Misérables"
David Gropman (Production Design); Anna Pinnock (Set Decoration) - "Life Of Pi"
Rick Carter (Production Design); Jim Erickson (Set Decoration) - "Lincoln" (PEMENANG)

Short Film (Animated)

"Adam And Dog"
"Fresh Guacamole"
"Head Over Heels"
"Maggie Simpson In 'The Longest Daycare'"
"Paperman" (PEMENANG)

Short Film (Live Action)

"Asad"
"Buzkashi Boys"
"Curfew" (PEMENANG)
"Death Of A Shadow" ("Dood Van Een Schaduw")
"Henry"

Sound Editing

Erik Aadahl and Ethan Van Der Ryn, "Argo"
Wylie Stateman, "Django Unchained"
Eugene Gearty and Philip Stockton, "Life Of Pi"
Per Hallberg and Karen Baker Landers, "Skyfall" (PEMENANG)
Paul N.J. Ottosson, "Zero Dark Thirty" (PEMENANG)

Sound Mixing

John Reitz, Gregg Rudloff and Jose Antonio Garcia, "Argo"
Andy Nelson, Mark Paterson and Simon Hayes, "Les Misérables" (PEMENANG)
Ron Bartlett, D.M. Hemphill and Drew Kunin, "Life Of Pi"
Andy Nelson, Gary Rydstrom and Ronald Judkins, "Lincoln"
Scott Millan, Greg P. Russell and Stuart Wilson, "Skyfall"

Visual Effects

Joe Letteri, Eric Saindon, David Clayton and R. Christopher White, "Life Of Pi" (PEMENANG)
Bill Westenhofer, Guillaume Rocheron, Erik-Jan De Boer and Donald R. Elliott, "The Hobbit: An Unexpected Journey"
Janek Sirrs, Jeff White, Guy Williams and Dan Sudick, "Marvel's The Avengers"
Richard Stammers, Trevor Wood, Charley Henley and Martin Hill, "Prometheus"
Cedric Nicolas-Troyan, Philip Brennan, Neil Corbould and Michael Dawson, "Snow White And The Huntsman"

Writing (Adapted Screenplay)

Chris Terrio, "Argo" (PEMENANG)
Lucy Alibar and Benh Zeitlin, "Beasts Of The Southern Wild"
David Magee, "Life Of Pi"
Tony Kushner, "Lincoln"
David O. Russell, "Silver Linings Playbook"

Writing (Original Screenplay)

Michael Haneke, "Amour"
Quentin Tarantino, "Django Unchained" (PEMENANG)
John Gatins, "Flight"
Wes Anderson and Roman Coppola, "Moonrise Kingdom"
Mark Boal, "Zero Dark Thirty"

Fan Lempar Botol Pada Rihanna Kerana Chris Brown



Fan, Lempar, Botol, Pada, Rihanna, Kerana, Chris Brown, Artis Hollywood, Hiburan, Artis Amerika


NEW YORK, 20 FEB 2013: Gara-gara kembali semula kepada Chris Brown, seorang lelaki yang juga peminat Rihanna telah melemparkan botol minuman ke arah penyanyi Where Have You Been itu hingga dia mengalami pendarahan sewaktu berada di sebuah kelab malam.

Bukan setakat itu saja, serangan yang tidak dijangka daripada lelaki itu juga telah menyebabkan Rihanna, 24, tergelincir jatuh. Lelaki itu juga turut menjerit sesuatu ke arah Rihanna mengenai Chris Brown sebelum melemparkan botol minuman tersebut ke arahnya.

Chris Brown sebelum ini telah mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan telah membelasah Rihanna pada 2009 hingga menyebabkan ramai fans kepada penyanyi Where Have You Been itu tidak dapat memaafkannya.

Namun, kemarahannya itu juga turut dilemparkan terhadap Rihanna selepas dia mengambil keputusan untuk kembali semula kepada Chros Brown pada bulan lalu.

Pada acara Grammy baru-baru ini, Chris Brown dan Rihanna telah menarik perhatian ramai apabila dilihat begitu intim dan mesra sepanjang acara tersebut berlangsung.

Kembar YoonA Girl Generation Berada Di Malaysia



Kembar, YoonA Girl Generation, Berada, Di, Malaysia, Artis Korea, K-POP, Malaysia, Korea,


SEOUL, 19 FEB 2013: Media online dari Korea Selatan kecoh membincangkan mengenai kembar ahli Girl Generation yang ditemui di Malaysia, baru-baru ini.

Kekecohan itu berlaku apabila tersebar sekeping gambar gadis bertudung yang memiliki wajah serupa dengan YoonA yang bukan saja popular sebagai bintang K-Pop tetapi turut diminati sebagai pelakon drama.

Menerusi gambar tersebut, gadis yang tidak tahu namanya itu mengenakan tudung berwarna unggu dan wajahnya persis YoonA.

Dek kerana wajahnya menyerupai YoonA, gadis tersebut mendapat perhatian ramai peminat K-Pop di lama Facebook.

Antara komen yang diterima gadis tersebut adalah gadis bertudung ini lebih cantik dari Yuna.

Malah, tidak hairan juga ada fanatik K-Pop yang cemburu dengan gadis tersebut kerana memiliki wajah yang sama.

Tambah kelakar, ada yang menganggap itu adalah YoonA yang mengenakan tudung.

Apapun, murai.com.my dimaklumkan, ahli Kumpulan Super Junior turut mempunyai kembar wajah di Malaysia. Bagaimanapun, jejaka yang dikatakan punya wajah sama itu pemalu dan baru saja tamat men gambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

Rozita Che Wan-Zain Akui Nikah, Tapi Bukan Julai Ini!



Rozita Che Wan,-Zain, Akui, Nikah, Tapi, Bukan, Julai, Ini, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 26 FEB 2013: Hubungan mesra bersulam cinta di antara pelakon Zain Saidin dengan wanita buruan ramai, Rozita Che Wan akhirnya telah menemukan perhentian terakhir iaitu ke jinjang pelamin. Perkara ini disahihkan oleh Rozita sendiri melalui kenyataan di akhbar Harian Metro bertarikh 26 Februari, hari ini.

Dalam petikan artikel bertajuk 'Kami Akan Bernikah' itu, aktres cantik tersebut dikatakan telah membuka mulut mengenai perancangan awal hari bahagianya bersama Zain Saidin, 29 yang dijadualkan akan berlangsung pada penghujung Julai ini.

Aktres jelita yang sering dikaitkan dengan ramai jejaka itu juga turut memuji jejaka kacukan Melayu Inggeris itu romantik. Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta itu dilihat seakan terharu dengan tindakan berani Zain melamarnya. Bagi Che Ta, sesiapa sahaja boleh mengucapkan rasa cinta tetapi Zain berani untuk menjadikan Che Ta isteri yang sah.

Setelah mendapat perkhabaran terbaru hubungan cinta merpati dua sejoli ini, murai.com.my menghubungi sendiri Che Ta bagi mendapatkan komen mengenai hal ini. Aktres berusia 42 tahun ini nyata terkejut dengan berita mengatakan di bakal berkahwin pada Julai depan.

"Saya pun tidak tahu macam mana boleh terkeluar cerita mengatakan saya akan berkahwin pada bulan Julai. Untuk pengetahuan semua, jadual saya dah betul-betul padat sampai penghujung bulan Julai. Memang saya ada beritahu kami akan berkahwin, Insya-Allah pada penghujung tahun ini.

"Sekarang saya sibuk dengan rakaman rancangan Primadona. Rakaman daripada pagi hinggalah ke malam. Sebab itu ada kenyataan mengatakan Zain terkejut mengenai hal ini kerana saya pun tidak sempat berbicara dengannya mengenai hal ini.

"Kadang-kadang takut nak bagi komen atau bercerita sebab takut tersalah cakap lain pula maksud yang orang paham,"ujarnya lkepada portal Murai melalui kiriman SMS yang dihantar setelah berita hangat ini terpapar di Harian Metrro.

Mana satu tarikh yang sebetulnya, hanya tuan badan sendiri yang tahu bila dia bakal bergelar isteri kepada Zain Saidin. Antara perkhabaran lain, Che Ta yang bakal menginjak usia 42 pada 9 Mac ini bakal beraksi dalam program masakan, Masterchef Selebriti musim kedua yang akan bermula 7 Mac ini, begitu juga Zain yang turut menjadi salah seorang peserta program realiti tersebut.

Aidil Dah Tak Sayang, Rita Rudaini Enggan Cerai



Aidil, Dah, Tak, Sayang, Rita Rudaini, Enggan, Cerai, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


SEREMBAN, 26 FEB 2013: Pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan telah berterus terang di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seremban semalam, bahawa dia sudah tidak menyayangi isterinya lagi, aktres Rita Rudaini, 37.

Pengakuan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, 26, itu dibuat ketika prosiding perceraian pasangan tersebut tatkala dia menjawab soalan dari hakim ketika ditanyakan sama ada masih lagi menyayangi isterinya.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, soalan sama ditanyakan kepada Rita dan meskipun mengakui masih menyayangi suaminya, aktres itu sebaliknya bertanyakan pula apa salahnya sehinggakan berlaku keretakan rumah tangga yang menyebabkan Aidil keluar rumah sejak setahun yang lalu.

Pemain pertahanan itu kemudiannya mendakwa Rita pernah dua kali meminta cerai sepanjang tempoh perkahwinan mereka, namun perkara itu dinafikan Rita. Rita berkata jika betul dia pernah meminta cerai, kenapa tidak diceraikan sahaja? Aktres itu juga mengakui masih menyayangi Aidil selagi dia bergelar suami padanya dan enggan bercerai.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 8 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

Aidil yang ditemui selepas prosiding kemudiannya memberitahu media yang dia sudah tidak ada harapan dan jalan untuk bersama Rita. Aidil juga turut mempertikaikan kenyataan Rita yang mengatakan dia masih menyayangi dirinya sedangkan Rita pernah memberitahu sebuah akhbar yang dia sudah tidak menyayangi Aidil.

"Saya buat keputusan untuk berpisah secara baik, kalau saya jahat, sudah lama saya lepaskan dia... Perkahwinan ini sudah tidak dapat diteruskan lagi," katanya lagi.

Kemelut pasangan ini tidak berkesudahan sejak mereka melangsungkan perkahwinan secara rahsia di Thailand pada Februari 2008.

Anuar Zain, Aizat, Najwa Latif Meriahkan Konsert Wow!



Anuar Zain, Aizat, Najwa Latif, Meriahkan, Konsert, Wow, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 26 FEB 2013: Anuar Zain, Aizat, Azlan Typewriter dan Najwa Latiff adalah antara penyanyi yang bakal memeriahkan Konsert Wow! bersempena penganjuran Karnival Wow! Putrajaya 2013 (KWP 2013) di Laman 1Malaysia Presint 2 Putrajaya, jam 9 malam pada 3 Mac ini.

Pada malam tersebut juga pengunjung berpeluang bertemu karektor kartun popular, Upin & Ipin serta menyaksikan persembahan lawak jenaka daripada Shuib Sepahtu, Abon dan Jambu.

Konsert Wow! diadakan sebagai menutup tirai bagi sambutan KWP 2013 itu dan ia akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang akan menghiasi langit Putrajaya malam tersebut.

Bertemakan Undiscovered Jewel, Karnival Wow! Putrajaya yang bermula pada 28 Februari dan berakhir 3 Mac itu turut menampilkan pelbagai tarikan lain.

Selain persembahan hiburan, pengunjung juga berpeluang menaiki helikopter, mencuba sukan lasak 4x4, go kart, pertandingan paintball dan menyaksikan persembahan hebat anggota tentera dalam tatu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Penganjuran karnival kali ini menampilkan enam komponen utama iaitu pameran utama di Pavilion PPj, gerai pameran aktiviti agensi kerajaan serta gerai jualan dan aktiviti syarikat korporat.

PertandinganTerdapat 10 pertandingan akan diadakan sempena empat hari penganjuran karnival itu antaranya pertandingan karaoke, makan sosej, memasak, gusti lengan, menghias kereta dan fotografi.

Selain itu pertandingan mencari harta karun, paintball, pertandingan brassband antara sekolah seluruh Lembah Kelang dan kompang berformasi antara sekolah turut diadakan.

Peserta yang mahu mengambil bahagian dalam pertandingan karaoke pula perlu membawa minus one atau cakera padat (CD) karaoke sendiri. Yuran penyertaan bagi pertandingan karaoke adalah RM15 bagi kategori bawah 15 tahun dan RM25 bagi kategori 16 tahun ke atas.

Banyak lagi yang menarik di Karnival Wow! Putrajaya 2013 yang berlangsung empat hari bermula 28 Februari hingga 3 Mac ini

Anugerah Tribute P. Ramlee Bakal Jadi Acara Tahunan



Anugerah Tribute P. Ramlee, Bakal, Jadi, Acara, Tahunan, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 26 FEB 2013: Buat julung kalinya, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kumpulan Utusan dengan kerjasama Suhan Movies & Trading Sdn Bhd (Suhan Movies) telah menganjurkan anugerah sempena memperingati perjuangan Seniman Agung P. Ramlee iaitu Anugerah Tribute P. Ramlee.

Pengarah Program TV, Suhaimi Jamalim berkata anugerah yang dianjurkan itu diharap akan menjadi acara tahunan untuk memperingati hasil karya seniman tersebut yang tidak lapuk dek zaman.

"Meskipun kami baru pertama kali ingin menganjurkan sebuah program hiburan berbentuk anugrah atau pertandingan ini, namun kami akan pastikan ianya menjadi acara terunggul setiap tahun.

"Malah, kami akan pastikan setiap tahun akan lebih luas penglibatan artis dan pengarah terhadap anugerah ini. Ini kerana, kami ingin menunjukkan bahawa kami bangga dengan karya seniman tanah air kita iaitu P. Ramlee," katanya di dalam sidang media yang berlangsung di Holiday Villa Subang Jaya, baru-baru ini.

Sebanyak sembilan anugerah akan dipertandingkan iaitu Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Skrip Terbaik, Pengarah Terbaik, Telefilem Terbaik dan Videografi Terbaik.

Kesemua anugerah itu akan dinilai berdasarkan 10 telefilem yang diterbitkan oleh Suhan Movies. Telefilem itu sedang ditayangkan melalui slot Tribute P. Ramlee di TV1 setiap Ahad pukul 9 malam.

Bukan tidak mahu membuka peluang kepada produksi lain, tetapi Suhaimi memberitahu idea asal anugerah itu telah datang daripada pihak Suhan Movies sendiri.

"Suhan Movies yang terlebih dahulu mengusulkan kepada kami mengenai acara ini, jadi sudah tentu acara ini hanya untuk memberi anugerah kepada pelakon dan pengarah saja. Atas sebab itu, ianya tidak terbuka kepada syarikat produksi lain kerana tiada anugerah yang diwujudkan kepada penerbit.

"Apa yang penting, telefilem yang dihasilkan itu mestilah berkisahkan mengenai lagu-lagu P. Ramlee yang popular suatu ketika dulu," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Suhan Movies, Rosyam Nor, berkata, meskipun semua tetelfilem itu dihasilkan oleh syarikatnya tetapi dia telah terbuka kepada pengarah luar yang lebih berpengalaman dan hebat dalam bidang pengarahan.

"Pengarah dalam telefilem ini kami pilih hanya daripada mereka yang berkredibiliti dan berpengalaman dalam bidangnya. Pengarah yang saya pilih juga bukan calang-calang kerana mereka diantara yang hebat dalam bidang pengarahan," katanya.

Antara sepuluh telefilem yang dicalonkan menerusi slot Tribute P. Ramlee adalah Tunggu Sekejap arahan Along Kamaluddin, Getaran Jiwa (Michael Ang), Miang Buluh Keladi Birah (Bade Azmi), Di Mana Ku Cari Ganti (Osman Ali) dan Siapa Tipu Siapa (Aziz M. Osman) .

Selain itu telefilem bertajuk Jodoh Kita (Ismail Yaakob), Titisan Kasih (Rashid Sibir), Pelamin Di Pusara (Murali Abdullah), Hanya Dikau (Amie Maziah) dan Selagi Cinta Berzikir (Eirma Fatima) yang mana kesemuanya diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd juga dicalonkan.

Sebuah panel khas juri seramai tujuh turut dilantik bagi menilai kualiti setiap telefilem mengikut kategori-kategori yang ditetapkan.

Anugerah yang dijangka bakal diadakan pada Mei ini turut memberi peluang buat para penonton setia saluran RTM membuat undian melalui borang pencalonan yang disiarkan dalam akhbar-akhbar Kumpulan Utusan dan Majalah URTV.

Melalui undian yang paling tepat dan terbanyak juga, para penonton turut berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.

Shila Amzah Nantikan Saat Jejak Kaki Ke Tanah Suci



Shila Amzah, Nantikan, Saat, Jejak, Kaki, Ke, Tanah, Suci, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 26 FEB 2013: Berpeluang menghubungi penyanyi popular dengan lagu Patah Seribu, Shila Amzah baru-baru ini sedikit-sebanyak dapat memberikan info terkini tentang perkembangan karier serta dirinya.

Ramai peminat serta umum ingin mengetahui tentang perkembangan dirinya setelah dia dilihat terpaksa memutuskan hubungan cintanya dengan Sharnaaz Ahmad setelah cinta mereka tidak direstui keluarga Shila khususnya, bapanya, ND Lala.

Dia yang baru sahaja tampil dengan single terbaru, Masih Aku Cinta yang ditulis secara bersahaja ketika bermain gitar bagaimanapun enggan memperkatakan lagi tentang apa yang telah pun dilaluinya itu. Sebaliknya, dia mahu terus fokus kepada kerjaya serta berkongsi perasaannya yang bakal menunaikan umrah tidak lama lagi.

"Mengenai hal yang telah berlalu biarlah ia berlalu kerana bagi Shila ia sudah pun tertulis sedemikian rupa. Kini Shila menjalani kehidupan seperti biasa dan hanya mahu fokus kepada kerjaya seni sahaja.

"Shila serta adik beradik yang lain telah diajar daripada kecil supaya sentiasa ingat dan percaya kepada Qada dan Qadar. Ajal, maut jodoh serta pertemuan adalah milik Allah SWT dan kita hanya mampu merancang selebihnya adalah urusan DIA di atas sana,"jelasnya ringkas tentang perasaan dan perkembangan diri kini.

Shila serta keluarga bakal pergi menunaikan umrah pada bulan Mac depan dan Shila mengakui memang sangat menantikan masa untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Dia bersyukur kerana kerana telah dijemput menjadi tetamu Allah bersama ahli keluarganya.

"Memang Shila sudah lama merancang dengan kedua ibu bapa mengenai rencana mahu ke tanah suci bagi mengerjakan umrah. Ia telah dibuat sejak tahun lalu lagi. Akhirnya ia terlaksan jua pada tahun ini.

"Shila sangat teruja dan seronok apabila menjadi antara kalangan tetamu Allah dan ini merupakan kunjungan pertama Shila ke sana,"ulas Shila mengenai pemergiannya sekeluarga ke tanah suci pada Mac depan.

Juara Asian Wave 2013 ini juga bercerita bahawa dia bakal terbang semula ke China untuk meneruskan segala perancangan yang telah diatur buat Shila. Gadis berusia 22 tahun ini juga melahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat menghadirkan diri pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 kerana komitmennya bersama Shanghai Media Group.

Mawi, Ekin Suka BBQ Bersama Pada Waktu Lapang



Mawi, Ekin Suka, BBQ, Bersama, Pada, Waktu, Lapang, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 25 FEB 2013: Setiap orang mempunyai hobi dan kegemaran masing-masing. Begitu juga dengan pasangan romantis Mawi dan Ekin yang suka menyediakan BBQ jika berkesempatan meluangkan masa bersama.

Lebih menarik lagi, pasangan ini tidak memerlukan tempat yang jauh untuk melakukan aktiviti kegemaran mereka itu, kerana Mawi dan Ekin lebih selesa jika ia dilakukan di rumah sahaja. Sementelah pula, kediaman mereka yang terletak di Kelab Golf, Bandar Baru Bangi dikelilingi kehijauan alam semulajadi sudah cukup untuk memberikan 'mood' segar, ketenangan dan kedamaian.

Bagaimanapun, Mawi dan Ekin tidak berdua ketika BBQ kerana puteri kesayangan, Cahaya Malaika turut menemani. Keletah dan kerenah Cahaya yang sama-sama 'sibuk' ketika menyediakan persiapan serta kelengkapan barbeque, menceriakan lagi suasana.

Semua ini akan dapat anda saksikan di dalam episod ke empat Romatika, esok (Selasa), pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) serta tayangan serentak di Astro Mustika HD (saluran 134).

Romantika sebuah program yang menyingkap kisah pasangan selebriti ternama di Malaysia yang sudah mendirikan rumahtangga untuk berkongsi tentang kisah perkahwinan dan kehidupan mereka yang disiarkan setiap Selasa, secara ekslusif di Astro.

Serentak dengan itu, portal murai.com.my ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada Cahaya Malaika yang bakal berusia 1 tahun pada 28 Februari ini!

Mizz Nina, Hans Isaas Bakal Raikan Bella Awards



Mizz Nina, Hans Isaas, Bakal, Raikan, Bella Awards 2013, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 25 FEB 2013: Penyanyi terkenal Mizz Nina telah diumumkan secara rasmi sebagai artis yang bakal membuat persembahan pembuka di anugerah berprestij yang bakal meraikan golongan wanita, Bella Awards yang akan disiarkan secara langsung dari Hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2013 ini.

Turut berkongsi pentas dengan puteri pop itu adalah Darren Ashley serta kumpulan wanita yang sedang meningkat naik, The Impatient Sisters. Mizz Nina malam itu bakal menggegarkan acara itu dengan lagu hit popularnya "Takeover" hasil duetnya bersama bintang rap antarabangsa, Flo Rida dan lagu nyanyian Black Eyed Peas, Just Do It.

Manakala Hans Isaac bakal digandingkan bersama tiga jelitawan Bella, Elaine Daly, Daphne Iking, dan Vanessa Chong untuk mengacarakan rancangan anugerah itu yang bermula pada jam 9.00 malam di ntv7.

Acara karpet merah Bella Awards, "Sparkle Carpet" pula akan disiarkan pada 8.30 malam dan diacarakan oleh Nazrudin Rahman bersama pemenang pencarian "Bella Official Correspondent". Gabungan dua pengacara di karpet merah ini nanti dikatakan bakal memberikan idea dan konsep menarik dalam pengacaraannya.

Bella Awards juga akan menampilkan segmen khas yang dinamakan Fashion Rocks menampilkan pereka fesyen terkenal Datuk Radzuan Radziwill bersama Fizi Woo. Pereka fesyen ini bakal memperagakan 12 buah koleksi mereka di pentas Bella Awards 2013.

Datuk Radzuan memang terkenal di dalam bidang fesyen dan sering mereka pakaian buat artis-artis terkenal. Malah beliau juga pernah diberi tugasan untuk mereka pakaian penyanyi Dato' Siti Nurhaliza untuk konsertnya di Royal Albert Hall di London.

Manakala Fizi Woo pula telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang kerjayanya. Ketika segmen "Fashion Rocks" oleh Fizi Woo, Darren Ashley dan The Impatient Sisters akan turut serta menyanyikan rantaian lagu popular mereka, "Far Out" dan "Comets and Stars".

Bagi memastikan susunan lagu di acara itu bakal menghiburkan penonton, Bella Awards juga mendapatkan penerbit, komposer dan penulis lagu terkenal, Aubrey Suwito selaku pengarah muzik.

Bella Awards 2013 dianjurkan oleh ntv7 bersempena Hari Wanita Sedunia. Ia juga merupakan rancangan anugerah wanita pertama seumpamanya yang diadakan untuk merai, mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada wanita di negara ini

Rancangan anugerah itu bakal mengumumkan pemenang bagi setiap kategori Bella Style Award, Bella Creative Award, Bella Beautiful Award, Bella Business Award, dan Bella Heart Award. Tidak ketinggalan satu anugerah khas buat lelaki yang dinamakan Bella Mars Award" yang diberikan kepada calon terpilih berdasarkan sumbangan mereka terhadap masyarakat.

Sementara itu anugerah utama yang paling dinantikan adalah THE BELLA AWARD. Pengiktirafan ini akan dianugerahkan kepada individu yang tidak hanya tertakluk kepada calon-calon yang telah tersenarai di dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Empat lagi anugerah tambahan iaitu Bella On-Screen Award, Bella On-Stage Award, Bella Sports Award, dan Bella Radio Award akan berdasarkan kepada undian orang ramai melalui SMS dan dalam talian di www.ntv7.com.my/bellaawards.

Bella Awards akan bersiaran secara langsung selama satu jam setengah pada 2 Mac 2013 bermula jam 9.00 malam manakala acara karpet merah "Sparkle Carpet" pula akan disiarkan tepat jam 8.30 malam eksklusif ntv7. Rancangan anugerah itu juga boleh ditonton secara "live streaming" di www.ntv7.com.my/bellaawards.

Rita Rudaini Minta Alasan Cerai Aidil Zafuan



Rita Rudaini, Minta, Alasan, Cerai, Aidil Zafuan, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 25 FEB 2013: Pelakon Rita Rudaini, mahu suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak memberi alasan kukuh sebab-sebab mahu berpisah sebelum mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, sebentar tadi.

Menurut laporan mStar Online hari ini, Peguam Rita Rudaini iaitu Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain, memberitahu aktres itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak Aidil keluar dari rumah setahun lalu.

"Seperti kes sebelum ini, Rita ingin menuntut alasan kukuh kenapa Aidil mahu menceraikannya dan dia tidak bersetuju dengan permohonan itu selagi mereka tidak bersemuka untuk berbincang.

"Selain itu, Rita ingin berbincang tentang banyak perkara termasuk berkenaan dengan hal anak sebelum bersetuju dengan keputusan itu (bercerai)," katanya.

Aidil, 26, telah memfailkan penceraian terhadap Rita, 37, buat kali kedua selepas menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu pada Mei tahun lalu di mahkamah sama.

Tambah Zaidi lagi, Rita berbuat demikian kerana enggan Aidil lepas tangan daripada tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anak lelaki mereka iaitu Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Terdahulu, Aidil telah membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban dan permohonan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.

Bagaimanapun, mahkamah menunda kes pasangan itu dan menetapkan tarikh baru iaitu 8 Mac 2013 bagi membolehkan kedua-dua pihak melantik Jawatankuasa Khas Pendamai di Pejabat Agama Islam, Daerah Seremban.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan