Cari Artikel

Monday, February 25, 2013

Gayatri Su-Lin Pillai Akui Cintai Zul Ariffin



Gayatri Su-Lin Pillai, Akui, Cintai, Zul Ariffin, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 25 FEB 2013: Penerbit filem Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), Gayatri Su-Lin Pillai akui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Zul Ariffin sejak 9 bulan yang lalu.

Malah, Gayatri berkata, dia terharu dengan tindakan Zul yang terlebih dahulu mengaku hubungan cinta mereka tanpa selindung kepada media.

"Saya terharu dengan tindakan Zul yang mengaku cintakan saya kepada umum. Saya sangat hargai dengan apa yang dilakukannya itu. Ya, memang benar Zul adalah kekasih saya dan kami dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.

"Sebelum ini, saya bukan melarikan diri atau berselindung mengenai hubungan ini. Cuma ketika itu, bukan waktu yang sesuai untuk menceritakan kisah cinta kami," katanya kepada murai.com.my yang ditemui di Majlis Tayangan Media Lawak Ke Der 2, di Cineplex e@Curve Cineleisure, baru-baru ini.

Zul sekali lagi memilih wanita lebih berusia daripadanya sebagai kekasih selepas Abby Abadi. Namun dalam kenyataanya kepada media sebelum ini, dia akui tidak mengambil kira mengenai hal itu.

Begitu juga dengan Gayatri yang memberitahu bahawa jarak usianya yang lebih tua daripada Zul bukan penghalang untuk mereka menjalinkan hubungan cinta.

"Mengenai usia, saya tidak pernah memikirkannya. Malah, saya dapati Zul mempunyai pemikiran yang matang. Lagipun yang penting kami serasi dan usia bukanlah masalah yang besar.

"Bagi saya, selain matang, Zul juga seorang lelaki yang baik dan kelakar. Dia antara orang yang selalu ada untuk menyokong dan tenangkan saya dalam apa jua keadaan," jelasnya yang sudah pun membawa Zul berjumpa dengan keluarganya.

Menjawab mengenai pandangan pihak luar yang melihat hubungan mereka telah memberi peluang yang mudah untuk Zul mendapatkan kontrak lakonan daripada syarikatnya, Gayatri sama sekali tidak bersetuju mengenai hal tersebut.

"Saya tidak mencampurkan urusuan peribadi dan kerja. Jadi, tiada sebarang kompromi kerana ianya dua perkara yang berbeza. Dan saya serta Zul faham isitilah profesional yang wujud di antara kami.

"Bahkan, rasanya lagi sukar untuk dia dapat tawaran daripada Tayangan Unggul kerana syarikat mempunyai prosedur yang sangat ketat dalam memilih pelakon yang membintang produk filem yang kami terbitkan," tegasnya lagi.

Cinta dan perkenalan Gayatri dan Zul mula berputik selepas Zul menjalani penggambaran filem produksi, Penanggal yang merupakan terbitan TUSB.

Mamat Khalid Syukur HMDJPT Cecah RM5.63 Juta, 14 Hari



Mamat Khalid, Syukur, HMDJPT, Cecah, RM5.63, Juta, 14, Hari, Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit, Filem Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 22 FEB 2013: Pengarah Mamat Khalid melahirkan rasa syukur selepas filem arahannya, Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit (HMDJPT) sudah mencecah 5.63 Juta selama 14 hari tayangannya di seluruh pawagam di Malaysia.

Mamat Khalid berkata baginya kejayaan itu bukan dinilai dari segi berapa banyak kutipan tetapi respon daripada ramai pihak dan pelbagai golongan yang berpuas hati dengan filem sekuel kedua Zombi Kampung Pisang itu.

"Alhamdulilah, kejayaan ini adalah sokongan padu ramai pihak kerana ia telah ditonton oleh seisi keluarga dan saya dapat menghiburkan ramai golongan daripada respon yang diberikan.

"Bagi saya bukan jumlah kutipan yang menjadi ukuran tetapi bagaimana filem itu diterima oleh ramai pihak yang telah membuat saya gembira dan rasa bersyukur," katanya kepada murai.com.my selepas berakhirnya majlis tayangan media filem Rock Oo.

Meskipun (HMDJPT) masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, namun ada segelintir peminat berpendapat filem itu tidak sehebat filem siri pertamanya iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencecah kutipan sebanyak 7 Juta.

Ketika bertanyakan mengenai hal itu kepada Mamat Khalid, dia berkata, perkara itu adalah biasa dan dia akui akan kekurangan itu.

"Ye, memang begitulah selalunya. Jika dilihat filem siri James Bond pun, saya sendiri tidak menyukai siri terbarunya iaitu Sky Fall berbanding siri pertamanya. Jadi bagi saya, setiap sekuel ada kelebihan serta kekurangannya dan sangat biasa jika ada yang berpendapat begitu.

"Malah, saya suka jika ada pihak yang memberi pandangan begitu, sekurang-kurangnya ada yang prihatin dan sudi memberikan komen terhadap filem yang saya hasilkan. .

"Tambahan pula, memang terdapat perbezaan konsep terhadap filem kali ini kerana saya cuba memasukkan elemen jenaka yang lebih gelap. Selain itu perkembangan watak Kak Limah dalam filem ini juga semakin kurang kerana kali ini, ianya lebih tertumpu kepada watak Husin," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Mamat Khalid memberitahu HMDJPT masih lagi ditayangkan di pawagam kerana mendapat permintaan ramai dan tidak mungkin akan ditayangkan di Astro First dalam masa terdekat.

Mengenai perkembangan lain, Mamat Khalid bakal muncul dengan filem baru Rock Oo yang akan mula berada di pawagam pada 28 Februari ini.

KesSahNya: Kekasih Yuna VS Sharnaaz VS Siti Fazurina


KesSahNya, Kekasih, Yuna, VS, Sharnaaz, Siti Fazurina, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 25 FEB 2013: Dua minggu KesSahNya tidak bersiaran, kali ini muncul dengan cerita yang lebih panas dan tampil dengan kelainan apabila tidak lagi bersama Ajieb sebagai hos tetapi bersama Syafiqah Jalal. Tetapi ke mana Ajieb? Semuanya akan terjawab dalam KesSahNya minggu ini.

Apa yang pastinya, sepanjang dua minggu lalu cerita-cerita panas di Murai tetap diteruskan dan nampaknya kisah kekasih penyanyi Yunalis Zarai, pelakon Sharnaaz Ahmad dan Siti Fazurina antara menjadi perhatian pembaca.

Siapa tidak kenal dengan lelaki yang selalu dikaitkan dengan Yuna iaitu Jules. Lelaki Mat Salleh yang difahamkan jurugambar rasmi Yuna itu berada di Malaysia ketika dia dikatakan sedang menempah baju di butik Hatta Dolmat bersama Ibu Yuna. Buat Persiapan kahwin ker?

Selain itu, Sharnaaz masih lagi menjadi topik bualan utama awal 2 minggu lalu apabila tidak mahu memberi komen mengenai perpisahannya dengan Shila Amzah.

Selepas menimbulkan kontroversi dengan berkahwin tanpa pengetahuan keluarga, pakaian pelakon Siti Fazurina pula dikatakan tidak sesuai dengan imej bertudungnya itu menjadi perhatian pembaca minggu lalu.

Sementara itu, menerusi segmen Seleb VS GengMurai pula, pelakon, Fizz Fairuz menjadi pilihan melalui artikel Fizz Fairuz Hanya Anggap Almy Nadia Kawan?

Kenyataan Fizz itu telah membuat ramai peminat dan pembaca berang sehingga meninggalkan komen-komen berbaur kemarahan.

Ketahui segala jawapan ini dengan menonton KesSahNya yang menampilkan Syafiqah Jalal sebagai pengacara.

Seandainya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan gosip terkini mengenai artis tempatan, hantarkan maklumat tersebut ke emel beralamat Syafiqah_jalal@astro.com.my



Que Haidar Tak Jadi Bersara Tetapi Mahu Demand?



Que Haidar, Tak, Jadi, Bersara, Tetapi, Mahu, Demand, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 22 FEB 2013: Lebih kurang 4 tahun lalu, Que Haidar atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar pernah menyatakan hasratnya untuk bersara daripada bidang lakonan serta mahu menumpukan perhatian lebih kepada keluarga serta perniagaan yang telah dirancangnya.

Namun 2 tahun selepas menyatakan hasratnya untuk bersara, Que Haidar kembali dengan membintangi filem arahan Mamat Khalid berjudul Rock Oo dan selepas itu dia sekali lagi menghilangkan diri atau senyap daripada berlakon dalam mana-mana drama atau filem.

Bagi mendapatkan kepastian status sebenar Que di dalam industri lakonan, murai.com.my telah berjumpa sendiri dengan suami kepada Linda Jasmine itu di majlis tayangan khas mediafFilem Rock Oo.

Sukar untuk mendefinasikan status sebenarnya kini di dalam industri, namun apa yang pasti Que Haidar berkata, dia kini sedang membuka ruang dan peluang kepada dirinya untuk memilih tawaran yang benar-benar memberi kesan terhadap kredibilitinya sebagai pelakon.

"Dulu saya pernah kata saya mahu bersara tetapi bila saya rindu hendak berlakon, ia mula membuat saya terfikir untuk kembali dengan sesuatu yang mampu memberi lebih kepuasan dan kehendak diri saya sebagai seorang pelakon.

"Lagipun, saya rasa sekarang adalah masanya untuk saya memilih apa yang saya nak kerana lakonan bukan lagi menjadi sumber utama saya kerana saya mempunyai kerja atau komitmen lain seperti memenuhi jemputan dengan menjadi freelance sebagai guru lakonan.

"Jadi jika saya benar-benar ingin berlakon, saya mahukan sesuatu tawaran lakonan yang boleh mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon," katanya kepada murai.com.my

Bercakap mengenai penglibatannya dalam dalam filem Rock Oo selepas menyatakan hasrat untuk bersara, Que Haidar, berkata adalah sukar untuknya menolak permintaan pengarahnya, Mamat Khalid selepasdipujuk kerana mereka mempunyai hubungan yang akrab.

"Saya susah nak tolak tawaran daripada abang Mamat. Tapi sebelum ni pun, saya ada tolak juga tawaran dia dan ia tak ada masalah apa-apa. Hubungan kami pun sudah macam abang dan adik dan saya rasa abang Mamat faham apa yang saya mahukan.

"Sebenarnya saya ditawarkan untuk berlakon filem Rock Oo sejak 4 bulan sebelum penggambaran dijalankan tetapi saya hanya berkata setuju selepas seminggu sebelum penggambaran filem itu bermula," jelasnya lagi.

Mahu beralih angin, Que memberitahu dia sekarang mahu jadi lebih demand terhadap naskhah yang lebih berat daripada kebiasaannya, lebih-lebih lagi yang mempunyai elemen kemasyarakatan dan kemanusiaan yang mendalam tanpa adanya unsur komersil.

"Saya tak kata filem komerisil tak bagus, cuma saya kini mahu berubah angin dengan melakukan filem-filem yang berat dan bekerja dengan pengarah-pengarah yang hebat seperti U-Wei dan Dain Said. Apa yang penting, saya mahu menguasai watak yang berat yang boleh menonjolkan bakat lakonan saya sahaja.

"Setakat ini saya belum dapat apa yang saya mahukan walaupun sudah menerima banyak tawaran berlakon. Saya akan kembali jika saya sudah menerima tawaran lakonan yang benar-benar dapat membuka hati saya," luahnya lagi.

Selain Que, filem Rock Oo iaitu sekuel kepada filem Rock (2005) itu telah dibintangi oleh pelakon lain seperti Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan ramai lagi. Filem Rock Oo terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd itu bakal ditayankan di pawagam seluruh Malaysia bermula 28 Februari ini.

Lana Nordin Nafi Hanya Bersama Kekasih Di Bali



Lana Nordin, Nafi, Hanya, Bersama, Kekasih, Di, Bali, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 22 FEB 2013: Baru-baru ini, beberapa keeping foto pelakon, Lana Nordin, 34 kelihatan mesra bersama kekasihnya, Parvel Michalec, 24, sewaktu bercuti di Bali, Indonesia telah tersebar di sebuah laman sesawang dan blog.

Foto-foto itu kelihatan seperti hanya mereka berdua sahaja bercuti dan seolah-oleh seperti berbulan madu ketika menyambut Hari Kekasih pada tanggal 14 Februari lalu.

Bagi mendapat kepastian mengenai foto-foto tersebut, portal murai.com.my telah bertanyakan sendiri mengenai percutiannya itu. Ternyata Lana menafikan bahawa hanya dia berdua dia dengan kekasihnya yang berasal daripada Republik Czech itu saja yang bercuti di Pulau Bali baru-baru ini. Sebaliknya, dia turut bercuti bersama rakan-rakannya yang lain.

"Sebenarnya foto itu mereka ambil daripada laman Instagram yang saya muat naik sendiri. Tiada apa yang perlu diselindung dalam foto itu kerana ia kelihatan kami seperti bercuti sahaja.

"Malah, saya bukan hanya bercuti berdua sahaja tetapi dengan 12 orang kawan-kawan saya yang lain. Kami berada di sana selama 5 hari dan ia hanya sekadar percutian biasa," katanya kepada murai.com.my

Lana dan Parvel sudah menjalinkan percintaan sejak 8 bulan lalu dan mereka kini sedang menjalani percintaan jarak jauh.

Tahun lalu, Lana pernah menggemparkan hiburan tanah air apabila gambarnya bercuti di Bali dengan mengenakan top bikini yang kelihatan seperti berpakaian separuh bogel telah tersebar di laman sesawang.

Apabila ditanya adakah Lana tidak bimbang dengan persepsi orang mengenai foto-foto yang dimuat naiknya itu, Lana memberitahu, kali ini dia lebih berhati-hati dalam setiap tingkah lakunya.

"Cukuplah, apa yang sudah berlaku kepada saya tahun lalu. Kali ini saya akui lebih berhat-hati dan tidak mahu kontroversi itu berulang lagi," jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan kerjaya Lana, baru-baru ini dia telah tercalon dalam Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita yang diperolehnya menerusi filem Chow Kit.

"Saya tidak sangka tercalon dan memang sungguh terkejut. Bagi saya filem Chow Kit sebuah filem yang bagus, soal menang saya tidak boleh cakap lagi. Kalau saya letak harapan yang tinggi dan tidak menang, nanti saya juga yang kecewa. Saya serah semuanya pada juri dan tunggu sahaja keputusan pada acara kemuncak FFM25 pada 2 Mac depan," tambahnya lagi.

Isu Rogol, Keena Tidak Menganiaya Mohd Mentor!



Isu, Rogol, Keena, Tidak, Menganiaya, Mohd Mentor, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 22 FEB 2013: Tarikh sebenar Mohd Mentor untuk membuat sidang media bagi menjelaskan isu tuduhan merogol masih belum diketahui. Namun, sebaik saja ahli keluarga Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, tampil memberikan komen dengan menyatakan juara Mentor 4 dianiaya artis, nama protege Awie iaitu Keena dalam program Mentor terus dibabitkan.

Bagaimanapun, Keena yang pernah dikhabarkan bercinta dengan Mohd menafikan bahawa dia adalah artis yang dimaksudkan sebagai menganiaya Mohd. Sebaliknya, dia telah menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di antara dia dengan Mohd.

"Tentang artis menganiya Mohd itu bukanlah saya. Saya sendiri dapat tahu kisah ini dengan membaca akhbar. Terus-terang, saya memang berkawan dengan dia dan masih hubungi dia menerusi SMS. Namun, sudah hampir setengah tahun saya tidak berjumpa dengan dia.

"Sejujurnya, saya tidak tahu siapakah artis yang dimaksudkan itu. Apa yang saya tahu, Mohd tidak bersalah dan saya kenal perangai Mohd," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Keena yang kini sedang sibuk mengacarakan sebuah program baru di RTM turut memberitahu ada menerima pesanan dari Mohd terhadap kes yang memalukan dirinya itu.

"Mohd tidak ada bercerita panjang dengan saya tentang kes itu. Namun, selepas dua hari kes ini berlaku dan kecoh, saya ada hubunginya. Dia hanya berpesan kepada diri saya bahawa dia dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

"Sebagai kawan, saya mahu semua orang jangan percaya dengan apa yang terjadi. Saya tahu Mohd seorang yang baik. Dia kena fitnah dan ada orang cuba memesongkan fakta yang terjadi," jelasnya.

Sementara itu, Keena turut menghadapi masalah apabila dia sering saja diburu seorang lelaki yang sering saja mengekorinya sebaik saja dia tamat penggambaran drama.

"Sebelum saya membuat laporan polis, ada seorang lelaki yang memandu Proton Saga berwarna silver sering saja mengikuti saya. Perkara ini berlaku sejak akhir tahun lalu. Namun, selepas buat laporan polis dan anak buah saya selalu temani saya, ianya sudah tidak berlaku lagi," ujarnya.

Ramli: Fizz Fairuz Ada Salinan Surat Nikah Azlyn



Ramli, Fizz Fairuz, Ada, Salinan, Surat, Nikah, Azlyn, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 22 FEB 2013: Suami kepada bekas tunang Fizz Fairuz iaitu Ramli menegaskan dia ingin melihat sejauh mana permainan Azlyn Massiela yang telah pun membuat penafian bahawa dia sudah pun berkahwin dengan usahawan berusia 40 tahun ini.

Dalam akhbar HARIAN METRO hari ini melaporkan, Ramli mengakui Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, adalah isteri keduanya yang dinikahi di Selatan Thailand serta memiliki bukti kukuh terhadap perkahwinan tersebut.

"Bukti surat nikah di Thailanda ada, tapi saya enggan mendedahkan kerana keadaan semakin rumit. Saya juga sudah memberikan salinan kepada Fizz. Untuk mendapatkan kepastian perkahwinan terbabit, berjumpalah kedua ibu bapa Azlyn kerana pada awal pernikahan, mereka mengetahui status sebenar," katanya.

Pengakuan Ramli dibuat selepas Azlyn menafikan status isteri ketika bertunang dengan Fizz Fairuz dalam akhbar Berita Harian, semalam.

Sementara itu, Ramli menyatakan bahawa dia belum bersedia bertemu media sebaliknya meminta Azlyn bertemunya terlebih dahulu.

"Dalam kemelut ini, saya menyedari ketiga-tiga pihak mempunyai kesalahan masing-masing dan berharap ianya tidak dipanjangkan.

"Insya-Allah, saya tahu hukum syariah dan adat Melayu atau enakmen agama berkaitan nikah dan kahwin," jelasnya.

Apapun, Azlyn dan Fizz ketika dihubungi tidak menjawab panggilan atau membalas SMS.

Fizz Tidak Tipu, Bekas Tunang Dah Mengaku Kahwin!



Fizz, Tidak, Tipu, Bekas, Tunang, Dah, Mengaku, Kahwin, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 22 FEB 2013: Kisah Fizz Fairuz masih belum temui jalan penghujung walaupun semalam, suami kepada bekas tunangnya yang hanya ingin dikenali sebagai Ramli tidak menyalahkan pelakon itu dalam hal ini.

Ceritera ini bertambah panjang apabila bekas tunang Fizz yang bernama Azlyn Massiela turut tampil ke depan dengan menyatakan bahawa Fizz Fiaruz berbohong dna dia langsung tidak pernah berkahwin sebelum ini.

Dalam laporanm BERITA HARIAN hari ini, Fizz menyatakan bahawa Azlyn sudah mengakui bahawa dia pun sudah berkahwin menerusi perbualan telefon sebaik saja bekas tunangnya itu mengetahui bahawa dia sudah pun berjumpa dengan Ramli.

"Selepas bertemu lelaki itu (Ramli), saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya itu telah terbongkar. Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki itu, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka tetap sah di sisi agama.

"Cuma mereka perlu daftar dalam negara untuk mendapat sijil kahwin yang sah. Namun, perkahwinan mereka tetap sah walaupun tidak didaftarkan," kata Fizz.

Mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan lebih panjang, Fizz memberitahu peristiwa yang berlaku ini melibatkan maruah diri dan keluarga.

"Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Tetapi saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu terus dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang.

"Saya bercakap benar kerana ini soal maruah saya dan keluarga," ujar Fizz Fairuz yang turut berkata Azlyn Massiela memberi alasan dia dilarikan dan terpaksa berkahwin dengan usahawan itu.

Wings Berbangga Kali Kedua Dipilih Beraksi IB



Wings, Berbangga, Kali, Kedua, Dipilih, Beraksi, IB, Istana Budaya, Artis Malaysia, Rock, Lagenda Rock, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 22 FEB 2013: Kumpulan rock lagenda, Wings akui berbangga apabila mendapat kepercayaan buat kali kedua daripada Istana Budaya untuk mengadakan persembahan eksklusif bersama Orkestra Simfoni Malaysia di pentas berprestij tersebut.

Dijangkakan pada sekitar penghujung April ini, Wings yang dianggotai oleh Awie sebagai vokalis berserta tiga pemuziknya, Joe, Eddie dan Black tetap menganggap peluang yang diberikan ini satu cabaran besar sekaligus penghargaan buat mereka yang sekian lama memperjuangkan muzik rock tempatan.

Keempat-empat mereka telah ditemui pada sidang media Konsert Wings Rockestra @Istana Budaya di ruang legar Istana Budaya, semalam.

"Bukan semua artis juga penyanyi dapat beraksi dan mengadakan persembahan di pentas berprestij seperti ini. Tambahan pula konsep yang diketengahkan juga menarik apabila muzik rock bakal digabungkan dengan orkestra yang menampilkan kelainan yang tersendiri.

"Saya berpeluang menonton konsert di beberapa pentas seumpama Istana Budaya (IB) di London dan Australia tetapi saya difahamkan Istana Budaya sebenarnya jauh lebih hebat. IB memiliki kelebihan daripada segi teknikal dan teknologi persembahan pentas yang paling terkini.

"Jadi peluang seperti ini dilihat sebagai penghargaan dan Wings merasa sungguh bangga dipilih bagi menjayakan Konsert Wings Rockestra @Istana Budaya bersama Orkestra Simfoni Malaysia,"ujar Awie dan ahli Wings yang lain mengenai penglibatan mereka bersama IB kali ini.

Kejayaan yang ditempa Wings dalam konsert Opera Hidup dua tahun lalu di pentas yang sama telah meyakinkan pihak IB untuk mengadakan satu lagi persembahan eksklusif dalam konsep dan penyampaian yang berbeza.

"Perbezaan untuk konsert kali ini adalah pemilihan lagu yang akan dipersembahkan sepanjang 4 hari konsert berkenaan dilangsungkan. Kami bersetuju untuk mempersembahkan lagu-lagu yang jarang kami mainkan di pentas juga konsert terdahulu.

"Namun Sejati dan Taman Rashidah Utama tetap berada dalam senarai lagu kerana dua lagu ini adalah sinonim kepada kumpulan Wings.

"Untuk merealisasikan persembahan kali ini, kami berdepan dengan cabaran paling besar apabila ingin menggabungkan muzik rock dengan elemen orkestra yang mempunyai cara persembahan tersendiri.

"Kali ini kami akan diiringi dengan 43 orang pemuzik orkestra dan ini merupakan kali kedua kami membuat persembahan bersama Orkestra Simfoni Malaysia,"tambah Awie lagi.

Panggung Sari, Istana Budaya akan digegarkan dengan hits-hits oleh Wings dalam persembahan bersama pimpinan orkestra selama empat hari bermula 26-30 April depan. Dijangkakan 20 lagu bakal dipersembahkan oleh Wings pada konsert berkenaan.

Shila Amzah Cipta Masih Aku Cinta Cuma 30 Minit!



Shila Amzah, Cipta, Masih Aku Cinta, Cuma, 30, Minit, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI 2013: Dikurniakan bakat besar dalam bidang muzik, Shila Amzah bukan sekadar jaguh dalam bidang seni suara dan nyanyian. Juara untuk pertandingan Asian Wave 2012 ini juga turut memiliki kebolehan menulis lirik dan mencipta lagu.

Dalam pada kisah percintaannya yang masih lagi menjadi bualan di pojok-pojok gosip media massa terutamanya, Shila atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah, 22 tampil dengan sebuah lagu baru yang diciptanya baru-baru ini.

Anak sulung kepada penyanyi ND Lala ini berkongsi idea asal bagaimana terciptanya lagu Masih Aku Cinta yang dikatakan merujuk kepada kisah cintanya bersama Sharnaaz Ahmad. Menurut Shila, mencipta lagu juga salah satu daripada medium untuknya berkongsi perasaanterhadap apa yang dialaminya ketika ini.

"Apa yang boleh saya cakap mengenai single tersebut dihasilkan secara kebetulan. Dengan pelbagai perkara yang berlaku dalam masa yang singkat serta isu-isu berbangkit, saya cuba untuk berkongsi perasaan saya dengan peminat melalui lagu yang saya cipta.

"Pada ketika itu saya sudah lama tidak bermain gitar, namun hati terpanggil untuk menulis lirik serta menggubah melodi yang sesuai untuk lirik yang baru ditulis itu.

"Bagi mereka yang mengikuti perkembangan muzik saya, mereka tahu saya sering menggunakan Sound Cloud untuk berkongsi lagu-lagu yang saya cipta. Dalam masa 30 minit saya dapat menghasilkan keseluruhan lagu ini dan memuatkan ia di akaun Sound Cloud saya.

"Saya tak sangka pula ia mendapat sambutan baik daripada peminat dan berita tentang lagu ini telah sampai ke pihak radio yang turut meminta saya merakamkan lagu tersebut,"ujar Shila ketika dihubungi pihak portal Murai baru-baru ini.

Mungkin ramai sudah tahu mengenai perkembangan Shila kini yang sering berulang-alik daripada Kuala Lumpur ke Shanghai memenuhi komitmen sebagai artis untuk Shanghai Media Group. Namun di atas permintaan ramai, Shila bakal memasuki studio rakaman untuk album terbarunya tidak lama lagi.

"Material untuk album terbaru Shila pada asalnya sudah cukup. Tetapi disebabkan penerimaan yang begitu positif terhadap Masih Aku Cinta dan sebuah lagi single iaitu Cinta Hati, berkemungkinan kedu-duanya akan dimuatkan ke dalam album terbaru saya.

"Jika tiada halangan, saya akan mula memasuki studio bermula 4 Mac depan. Album ini bakal mengandungi 6 lagu baru. Saya terpaksa menggugurkan dahulu 2 lagu asal untuk album ini untuk memberi laluan kepada dua single yang saya sebutkan tadi,"tambahnya lagi kepada murai.com.my.

Dilanda dengan pelbagai ujian serta kontroversi yang melibatkan nama Shila Amzah, gadis itu tetap kuat meneruskan impiannya kedua ibu bapanya yang tidak putus-putus menyokong karier anak gadis mereka itu.

Shila kini mahu memberikan fokus dan keutamaan kepada karier yang sedang mendapat perhatian dan sambutan baik oleh masyarakat di luar sana.

Zed Zaidi: Fizz Fairuz Ada Minta Nasihat Saya



Zed Zaidi, Fizz Fairuz, Ada, Minta, Nasihat, Saya, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 21 FEB 2013: Meskipun menganggap Seniman sebagai tidak layak mencampuri urusan peribadi pelakon Fizz Fairuz, namun presidennya, Zed Zaidi akui aktor tersebut ada meminta nasihat dan pandangan daripadanya mengenai kemelut yang berlaku di antara dia dengan bekas tunangnya Azlyn Massiela.

Zed Zaidi berkata tiada apa yang boleh dibantu selain memberi serba-sedikit nasihat yang perlu dalam menyelesaikan masalah peribadi yang dihadapi oleh Fizz Fairuz.

"Sebenarnya ini hal peribadi dan sebagai Presiden Seniman, saya tidak layak untuk mencampuri urusannya. Bagaimana pun, Fizz sendiri ada meminta nasihat daripada saya untuk bertanyakan masalah yang dihadapi.

"Apa yang boleh saya boleh katakan, Fizz perlulah banyak-banyak bersabar dan bermuhasabah diri. Saya harap ianya memberi pengajaran kepadanya dan artis lain supaya lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta.

"Namun saya percaya apa yang berlaku mungkin ada hikmah buatnya dan mana tau ada perkara yang lebih baik pula berlaku kepadanya selepas ini," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Zed Zaidi diminta mengulas mengenai kemelut yang berlaku terhadap Fizz yang juga ahli Seniman iaitu persatuan yang dikelolakannya.

Menurut Zed lagi, apa yang berlaku terhadap Fizz diharap menjadi pengajaran kepada artis lain supaya bijak berkomunikasi dalam apa jua situasi.

"Fizz sepatutnya perlu berhati-hati dalam bab bercinta ini. Dia sepatutnya tidak boleh terlalu exposed mengenai hubungan cintanya, cukuplah kalau orang tahu mereka bercinta. Bukan apa, jika terlalu exposed mengenai kisah peribadi ia akan mendatangkan pelbagai kesan serta akibat yang buruk kepada artis tersebut

"Secara peribadinya, bagi saya apa yang berlaku terhadap Fizz adalah masalah komunikasi dan saya harap ianya akan memberi pengajaran kepada artis lain," jelasnya lagi.

Belum Temu Jodoh, Dayang Nurfaizah Akui Memilih



Belum, Temu, Jodoh, Dayang Nurfaizah, Akui, Memilih, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 25 FEB 2013: Penyanyi, Dayang Nurfaizah, 32, akui sehingga kini dia belum pernah bercinta atau mempunyai kekasih disebabkan terlalu berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.

Malah, Dayang Nurfaizah berkata setiap wanita perlu ada sikap memilih dalam mencari pasangan hidup demi masa depan yang akan dibina.

"Terus-terang sehingga kini, saya masih belum ada kekasih dan kerana sibuk membina kerjaya. Pasti ramai yang tidak percaya, tetapi inilah hakikatnya.

"Saya sendiri tidak tahu mengapa sehingga kini saya masih lagi tidak mempunyai kekasih. Tapi saya akui saya agak memilih kerana saya percaya setiap wanita ada hak untuk memilih pasangan hidupnya.

"Walaupun memilih, tetapi saya tidak meletak kriteria tertentu untuk menjadi kekasih atau pasangan hidup saya kerana tidak mahu disebabkan ciri-ciri yang saya mahu itu saya menolak yang lain," katanya kepada murai.com.my selepas sidang media Anugerah Tribute P.Ramlee.

Selain mengaku memilih dalam mencari pasangan hidup, pelatun lagu Dayang Sayang Kamu itu berkata dia menjadi takut dan fobia untuk memulakan perkenalan dengan mana-mana lelaki kerana tidak mahu gosip atau kontroversi menjejaskan kerjayanya.

"Tak tahulah, saya sebenarnya tidak pernah berkawan atau berkenalan dengan mana-mana lelaki, mungkin kerana saya ini jarang bersosial atau bergaul dengan kawan baru.

"Tambahan pula, saya akui takut untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki kerana tidak mahu timbulnya gosip dan kontroversi liar yang boleh menjejaskan karrier saya.

"Apa yang paling utama sekarang adalah karier dan keluarga jadi jika ada perkara yang boleh menjejaskannya, saya lebih awal mengelak kerana bukan mudah untuk bina kerjaya sehingga ke tahap saya sekarang," jelasnyanya lagi.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Dayang memberitahu dia sedang mengumpul material untuk album terbarunya.

"Saya baru sahaja keluar dengan sebuah album yang merakamkan konsert Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah Live at Dewan Philharmonik Petronas tahun lalu.

"Selain album kolaborasi ini, saya sedang mengumpul material untuk album baru saya sedikit demi sedikit dan mengalu-alukan komposer dan pencipta lagu untuk menyumbangkan lagu kepada saya," tambahnya lagi.

Suami Dakwa Bekas Tunang Fizz Fairuz Hilang Ingatan!



Suami, Dakwa, Bekas, Tunang, Fizz Fairuz, Hilang, Ingatan, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2013: Krisis dan kekeliruan melibatkan aktor terkenal, Fizz Fairuz yang dilaporkan bertunang dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela pada minggu lalu dilihat semakin berlarutan apabila ada pihak mendakwa wanita itu adalah isteri orang.

Wanita tersebut pula tampil membuat kenyataan di akhbar Berita Harian, hari ini, dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah berkahwin dan Fizz boleh memeriksa di mana-mana pejabat agama.

Menurutnya lagi, tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu telah menjatuhkan maruah keluarga kerana Azlyn Massiela mendakwa ibu bapanya tahu mengenai perihal dirinya.

Akhbar Harian Metro hari ini pula menyiarkan kenyataan daripada 'suami' kepada bekas tunang Fizz Fairuz dengan mendakwa bahawa isteri keduanya itu hilang ingatan.

"Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang 'sakit' selepas lapan bulan hilang ingatan," petikan kenyataan lelaki yang mahu dikenali sebagai Ramli di Harian Metro, hari ini.

Perbuataan yang dilihat sebagai satu usaha untuk membersihkan nama Fizz Fairuz yang dicemuh umum selepas tersebarnya status sebenar Azlyn Massiela setelah empat hari mereka bertunang iaitu pada 10 Februari di Kuantan Pahang.

Ramli juga mendakwa punca isteri keduanya itu berbuat demikian kerana kesunyian apabila kurang diberi perhatian oleh Ramli setelah beberapa tahun mereka bernikah di selatan Thailand.

"Wanita itu isteri kedua dana diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarga Azlyn sendiri. Tidak disangka perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz sekaligus memmburukkan namanya,"jelas Ramli yang turut meberitahu bahawa dia telah berjumpa dengan Fizz sendiri pada Sabtu lalu.

Ramli turut memberitahu bahawa dia jarang bertemu isteri keduanya itu kerana bimbang diketahui isteri pertamanya.

"Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,"tambahnya lagi.

Sekali lagi Ramli memohon agar pihak umum tidak meletakkan kesalahan kepada Fizz yang didakwa telah ditipu oleh isteri keduanya itu sehinggalah majlis pertunangan itu diatur.

"Saya tidak meletakkan kesalah itu kepada Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin,"kata usahawan yang berumur sekitar 40-an.

Dia juga menjelaskan bahawa wanita itu kini masih isterinya yang sah walaupun mereka tidak pernah mendaftarkan perkahwinan yang berlaku di selatan Thailand di mana-mana pejabat agama di Malaysia.

Bekas Tunang Dakwa Fizz Fairuz Berbohong!



Bekas, Tunang, Dakwa, Fizz Fairuz, Berbohong, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 21 FEB 2013: Industri hiburan tempatan terus kecoh dengan berita putus tunang pelakon Fizz Fairuz dengan wanita yang didakwa isteri orang. Menerusi laporan akhbar Berita Harian ini , bekas tunang Fizz Fairuz yang bernama Azlyn Massiela telah tampil ke depan untuk membalas kenyataan yang dibuat oleh Fizz.

Dalam kenyataan tersebut, Azlyn yang berasal dari Kuantan, Pahang telah menafikan semua dakwaan Fizz Fairuz di media semalam mengenai dis isteri orang dengan menyifatkan ianya sebagai memalukan keluarga.

"Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga.

"Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya," katanya.

Meneruskan penjelasan, wanita ini terus menyangkal bahawa dia sudah berkahwin dengan usahawan usia 4o tahun di Thailand.

"Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam.

"Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya.

"Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukan Fizz," jelas.

Fizo Omar Tak Malu Pun Putus Cinta Dengan Bakal Doktor



Fizo Omar, Tak, Malu, Pun, Putus, Cinta, Dengan, Bakal, Doktor, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks:Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 21 FEB 2013: Sebelum peminat Fizo Omar mengetahui bahawa dia sedang bercinta dengan wanita bernama Hasmidar Jaafar atau Haas awal Januari lalu, pelakon ini pernah menyatakan bahawa dia sedang menyulami hati budi seorang wanita yang bakal bergelar doktor.

Bagaimanapun, tatkala itu, Fizo mengambil langkah selamat dengan tidak mendedahkan gerangan empunya badan yang berjaya menawan hati bekas hero remaja ini.

Sungguhpun hubungan Fizo bersama bakal doktor itu tidak kesampaian seperti mana hubungannya dengan Haas, segelintir pihak mula tertanya adakah Haas menjadi punca hubungan itu berakhir?

Apatah lagi, Fizo telah mengakui mengenali Haas ketika dia masih lagi berhubungan dengan bakal doktor tersebut.

"Saya dengan bakal doktor itu masih lagi baik. Tapi, saya tidak berasa malu berpisah dengan dia. Kami berpisah bukan sebab bergaduh. Faktor utama kami tidak lagi bersama adalah kerana cinta jarak jauh. Dia berada di Indonesia dan saya di sini.

"Saya terima hakikat bahawa cinta saya dan dia tidak ke arah ada jodoh. Saya percaya bahawa setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Saya terima penghujung saya dengan bakal doktor itu dan saya takut benda itu terjadi kepada saya lagi.

"Sebab itulah saya tidak mahu terlalu bercerita mengenai soal cinta saya. Saya serik dan takut ia menjadi tekanan yang berat dalam hubungan saya dengan Haas," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Fizo menjelaskan ibunya terima keputusannya menjalinkan hubungan cinta dengan Haas. Bagaimanapun, Fizo yang dikenali sebagai anak emak menerima amaran daripada ibunya terhadap hubungannya bersama wanita itu.

"Mak saya okay dan fleksibel. Mak saya cakap pada saya, kau yang nakkan dia, pandai-pandailah kau yang memilihnya. Mak saya mahukan yang terbaik untuk saya. Mak saya nak saya kenal Haas dulu. Sebab mak kata selalunya identiti seseorang itu boleh dikenal pasti selepas enam bulan mengenalinya," ujarnya.

Menjelaskan sebab dia menerima Haas yang dikenali sejak setahun lalu, Fizo berkata wanita tersebut mempunyai banyak persamaan terhadap dirinya.

"Insya-Allah, dia akan bantu saya pada masa akan datang. Sebelum ini, Haas belajar dan dia baru saja menyambung pelajaran di Lim Kok Wing. Saya dan dia mempunyai minat yangs sama. Kebetulan pula kami lahir di bulan yang sama iaitu Julai. Saya lahir pada 19 Julai dan dia pula pada 18 Julai," jelasnya.

Jeslina Hashim Tak Jadi Cerai Sebab Tak Suci



Jeslina Hashim, Tak, Jadi, Cerai, Sebab, Tak, Suci, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 20 FEB 2013: Penyanyi lagu Ku Intai CInta Dalam Rahsia, Jeslina Hashim,35, yang dilaporkan bakal sah bercerai pagi tadi terpaksa menangguhkan hasrat itu ekoran dia dalam keadaan tidak suci (haid), menurut portal MStar.

Malah, kes penceraian Jeslina bersama suaminya Dion Andrew Vercoe, 40, diarahkan Hakim Syarie, Asrul Azlan Embong untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas peguam yang mewakili Dion memberitahu pihaknya turut memfailkan tuntutan mutaah sebanyak RM150,000 dan hak penjagaan anak secara bersama dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

"Pihak kami telah melampirkan perjanjian kedudukan selepas penceraian mereka berhubung tuntutan mutaah, penjagaan anak secara bersama yang dipersetujui, nafkah dan sebagainya.

"Permohonan sebutan di Mahkamah Tinggi juga telah dibuat pada 18 Februari lalu dan masih menanti tarikh perbicaraan," jelas peguam syarie Hafiz Abdul Rashid.

Mohd Hafiz turut memberitahu pasangan itu sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu selain dua anak mereka kini dijaga oleh Dion.

Dalam pada itu, Jeslina yang ketika ditemui wartawan berkata, proses penceraian itu berjalan dengan baik namun enggan mendedahkan punca keretakan rumah tangganya.

"Punca kami mahu berpisah adalah disebabkan masalah peribadi," jawabnya ringkas.

Jeslina dan Dion telah berkahwin pada 21 April 2005 dan mempunyai dua orang anak berusia tiga dan enam tahun.

Dituduh Perogol, Mohd Mentor Bakal Buat Sidang Media!



Dituduh, Perogol, Mohd Mentor, Bakal, Buat, Sidang, Media, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 20 FEB 2013: Rezeki Juara Mentor 4, Mohd Izwan Mohd Nor atau Mohd,25, dalam bidang nyanyian dilaporkan hilang serta merta apabila dia didakwa merogol kekasihnya.

Menurut laporan portal MStar, dakwaan terhadap Mohd yang pernah menjadi protege Ziana Zain itu datangnya daripada seorang penyanyi wanita yang ingin menganiaya dirinya.

"Setelah selesai disiasat polis, Mohd terpaksa menanggung malu dan semua aktiviti pentas dia di batalkan serta merta. Perlantikan dia sebagai Ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas dan inilah adalah peristiwa yang cukup buruk berlaku dalam hidup Mohd," kata ahli keluarga Mohd yang tidak mahu identitinya disebarkan.

Menerusi laporan akhbar terhadap kes ini, juara program realiti didakwa telah merogol teman wanitanya pada 31 Januari 2013, jam 12.40 tengah hari di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdana,Ampang.

"Selain malu, Mohd juga telah dipanggil perogol. Mohd amat malu, namun percaya kejadian ini ada hikmahnya," ujarnya.

Setelah Mohd dibebaskan beberapa hari selepas siasatan selesai, penyanyi ini berhasrat untuk mengambil tindakan lanjut bagi membersihkan namanya itu. Satu sidang media khas bersama peguamnya telah dilakukan selepas segala urusan polis dan pihak mahkamah selesai.

"Ini adalah kenyataan saya bagi pihak Mohd yang mahu menjelaskan agar semua pihak yang selama ini memandang serong kepadanya memahami masalah beliau.

"Beliau berjanji, satu sidang media akan dibuat tidak lama lagi selepas segala-galanya selesai," jelasnya.

Linda Onn: Ayah Pesan Dato` Fazley Supaya Jaga Saya



Linda Onn, Ayah, Pesan, Dato` Fazley, Supaya, Jaga, Saya, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 20 Feb 2013: Setiap anak pasti akan rasa kehilangan dan sedih apabila ayahanda tercinta yang dianggap hero di dalam hidupnya tiba-tiba telah pergi buat selamanya. Itulah yang dirasai pengacara dan penyampai radio, Linda Onn apabila ayahnya tercinta, Onn Chik, 80 telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad lalu (17 Februari 2013)

"Ayah saya seorang yang suka meninggalkan nasihat untuk anak-anaknya. Saya sendiri tidak nampak pun sebarang tanda pada hari-hari terakhir dia mahu pergi meninggalkan kami semua untuk selamanya.

"Empat hari sebelum arwah meninggal, ayah ada pulang ke Johor bersama ibu. Pada kebiasaannya, jika dia tak mahu pergi, dia akan bertegas tidak akan pergi dan saya pula tidak akan membenarkan dia pulang tanpa saya.

"Namun, pada hari itu arwah rela hati pergi ke Johor dan saya pula tanpa berat hati telah melepaskan ayah pergi bersama ibu. Kebetulan pula, arwah ada berkata kepada saya tidak salah dia mahu menemankan ibu untuk pulang ke Johor," katanya kepada murai.com.my.

Terus menceritakan detik-detik yang tidak boleh dilupai bersama ayahnda itu, Linda memberitahu tidak akan lupa gurauan manja yang dilakukan oleh ayahnya sehari sebelum dia meninggal dunia.

"Pada malam itu, saya pulang ke rumah dan menegur wajah ayah yang nampak berseri dan bercahaya. Selepas menegurkan, ayah terus mengangkat tongkatnya dan membuat gurauan manja.

"Saya tersenyum dan tidak ingat gurauan apakah itu. Namun, hati saya terus terdetik dan pelik kerana ayah saya tidak pernah bergurau sebegitu. Dia banyak meninggalkan pesan bukan kepada saya seorang saja tetapi kepada semua orang yang dia jumpa," jelasnya.

Sebelum menerima hakikat ayahnya sudah meninggal dunia, pemilik restoran My Mum Chicken Rice ini juga tidak menyangka sama sekali bahawa ayahandanya telah meninggalkan pesan kepada Dato' Fazley sewaktu sidang media pelancaran menu baru di restorannya itu diadakan, baru-baru.

"Dato' Fazley ada bercakap kepada saya. Semasa sidang media hari itu, dia ada bertanya kepada arwah kenapa arwah sangat ramah dan suka mengambil gambar semua orang. Arwah mengatakan dia mahu simpan ia sebagai kenangan apabila dia sudah tidak ada lagi.

"Malah, dia ada bercakap dengan Fazley supaya menjaga saya nanti jikalau dia tiada lagi di dunia. Saya tidak menyangka arwah ada berpesan sebegitu walaupun kami tidak mempunyai pertalian darah.

"Dia juga ada berpesan supaya sedekahkan nasi ayam salai itu kepada anak-anak yatim. Insya-Allah, dalam masa terdekat ini, saya akan tunaikan hasrat terakhir ayah saya itu," jelasnya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Linda mengatakan banyak perancangan yang dia mahu buat bersama ayahnya sepanjang 2013. Namun segalanya tidak kesampaian. Sebenarnya, saya banyak merancang dengan ayah saya.

"Kalau ikutkan tahun ini saya mahu bawa ayah pergi umrah, melancong ke Eropah dan jalan-jalan ke seluruh pelusuk Malaysia.Saya sendiri dah beritahu ayah saya nak buat begitu kerana dalam dunia ini saya tidak ada siapa melainkan ayah dan ibu saya.

"Dalam hidup ini, saya mahu ceriakan hidup ibu dan ayah saya saja. Ayah dan ibu saya pindah ke Kuala Lumpur pun kerana saya. Kalau ikutkan, saya mahu bawa mereka tinggal bersama saya kerana saya mahu menjaga mereka.

"Tetapi, ayah setuju nak duduk dengan saya kerana dia mahu menjaga saya yang masih belum berkahwin. Apapun, saya adalah anak yang paling teraasa akan kehilangan kerana saya tinggal serumah dengan arwah dan saya tahu, saya adalah anak yang paling ayah sayangi," jelasnya.

Allahyarham selamat dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Taman Bukit Teratai, Cheras pada jam 12.30 tengah hari dengan meninggalkan seorang balu, Saadiah Khamis, 70, empat anak dan 13 orang cucu. Takziah dari murai.com.my buat Linda Onn sekeluarga.

Almy Nadia: Ini Hukum Karma Buat Fizz Fairuz!



Almy Nadia, Ini, Hukum, Karma, Buat, Fizz Fairuz, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 20 FEB 2013: "Apa yang boleh saya katakan, apa yang terjadi adalah hukum karma buat Fizz Fairuz," kata pelakon, Almy Nadia kepada murai.com.my ketika diminta mengulas mengenai Fizz Fairuz yang disahkan putus tunang dengan wanita lain yang akhirnya diketahui sebagai sebagai isteri orang.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, aktor yang bertunang pada 10 Februari lalu itu mengakui pertunangannya dengan wanita berusia 26 tahun itu hanya mampu bertahan selama seminggu saja.

Fizz yang bertunang dengan isteri seorang usahawan berusia 40-an itu mendakwa berkemungkinan besar dia terkena buatan orang.

Dalam pada itu Fizz turut memberitahu Almy pernah menyuruhnya berubat secara alternatif selepas menyaksikan keadaannya tidak terurus sejak berkenalan dengan wanita tersebut.

Tidak mampu mengulas lanjut, Almy Nadia yang dihubungi murai.com.my akui sebelum ini dia sudah lama mengetahui mengenai Fizz yang didakwa terkena buatan orang.

"Dia bukan baru sahaja sakit, tapi sebenarnya dia sudah lama sakit dan saya tahu tentang penyakitnya itu," luahnya yang tidak berniat untuk mengulas lanjut.

Dunia industri hiburan telah digemparkan dengan foto-foto pertunangan Fizz Fairuz baru-baru ini selepas dia dikatakan telah pun bertunang dengan Azlyn Massiela di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan Pahang pada 10 Februari 2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan