Cari Artikel

Thursday, February 21, 2013

Putus Tunang, Fizz Fairuz Pohon Maaf Dari Almy Nadia



Putus, Tunang, Fizz Fairuz, Pohon, Maaf, Dari, Almy Nadia, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 20 FEB 2013: Selepas mengejutkan industri hiburan dengan kisa pertunangan dengan wanita lain selain daripada pelakon Almy Nadia pada minggu lalu, pelakon Fizz Fairuz terus mengundang kejutan apabila menyatakan bahawa dia sudah putus tunang dengan wanita yang didakwa sebagai isteri orang itu.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, pelakon yang bertunang pada 10 Februari lalu itu mengakui pertunangannya dengan wanita berusia 26 tahun itu hanya mampu bertahan selama seminggu saja.

"Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka bahawa tunang saya itu adalah isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah diatur oleh bekas tunang sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini, Fizz mendakwa berkemungkinan besar dia terkena buatan orang.

"Empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru saya tahu tunang saya itu isteri kedua kepada seorang usahawan yang berusia 40 tahun. Sebelum ini mereka telah bernikah di Thailand.

"Khamis lalu, saya menerima kiriman SMS dari adik bekas tunang yang menceritakan status sebenar. Malah, saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu, Sabtu lalu. Lelaki itu telah mengesahkan kepada saya yang tunang saya itu adalah isteri keduanya dan perbincangan kami berdua diadakan secara baik," jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur Kasih tersebut sudah memaklumkan kepada keluarga bekas tunangnya dengan menyuarakan hasrat untuk memutuskan tali pertunangan yang bertahan hanya seminggu saja.

"Cukuplah, saya tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan dia. Saya mengenali wanita itu di satu lokasi penggambaran di ibu kota kira-kira setahun lalu. Sejak itu hubungan kami semakin rapat dan ia turut diketahui Almy Nadia.

"Namun, sepanjang mengenalinya saya tidak tahu menahu tentang latar belakang keluarganya. Sedar-sedar saya sudah pun bertunang dengan dia. Saya hanya mengenali keluarganya ketika majlis itu berlangsung.

"Saya sedar tindakan bertunang secara tergesa-gesa itu sudah tentu menyakitkan hati Almy. Kepada semua, saya minta maaf terutama sekali Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Inilah ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni," ujarnya.

Menambah penjelasan, Fizz berasa pelik kerana sepanjang berkenalan dengan Almy selama tujuh tahun agak sukar untuk mengikat tali pertunangan tetapi tidak dengan wanita tersebut.

"Sehari sebelum bertunang, saya seperti ditunjukkan petanda musibah apabila tangan saya melecur terkena air panas. Malah, dalam perjalanan ke Kuatan, kenderaan saya turut rosak.

"Sebelum ke rumah wanita itu, saya memaklumkan kepada rakan-rakan tidak mahu bertunang kerana tidak sedap hati. Namun, apakan daya ia sudah pun berlaku.

"Selepas diuji sebegitu, saya tidak lalu makan dan tidur. Saya mohon maaf kepada media kerana tidak menjawab panggilan sebelum ini disebabkan fikiran serabut," jelasnya panjang lebar.

Sementara itu, Fizz memberitahu Almy pernah menyuruhnya berubat secara alternatif selepas menyaksikan keadaannya tidak terurus sejak berkenalan dengan wanita tersebut.

Zivilia Kagumi Najwa Latiff, Rancang Kolaborasi



Zivilia, Kagumi, Najwa Latiff, Rancang, Kolaborasi, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI 2013: Melihat kepada penerimaan masyarakat tempatan dengan single pertama band dari seberang, Zivilia yang popular dengan lagu Aishiteru kini merangka pelbagai rencana untuk meluaskan empayar muzik mereka ke sini.

Single Aishiteru yang mula mendapat tempat dihati pendengar muzik di Indonesia malah Malaysia sejak 2010 lagi telah membuatkan mereka kekal menggunakan nama Aishiteru untuk single seterusnya iaitu Aishiteru2 dan Aishiteru 3.

Selain daripada rangka promosi juga persembahan di Malaysia, Zivilia yang dianggotai oleh Zulkifli, Idham Akbar dan Obot ini akan bertemu dengan pihak Najwa Latiff untuk berkolaborasi. Menurut Zulkifly selaku vokalis, Najwa antara penyanyi perempuan yang dapat membawakan lagu Aishiteru dengan begitu baik.

"Kami memang berminat untuk meluaskan lagi muzik kami di Malaysia. Kami akan lebih kerap ke sini kerana penerimaan baik daripada pendengar disini.

"Zivilia juga ada rencana untuk berkolaborasi dengan Najwa Latiff kerana baru-baru ini, pihak Najwa ada menghubungi kami untuk meminta izin menyanyikan lagu Aishiteru.

"Setelah melihat banyak penyanyi yang menyanyikan semula Aishiteru, kami merasakan Najwa membawakan lagu itu dengan begitu baik sekali.Belum ada penyanyi yang boleh menyanyikan lagu Aishiteru dengan begitu sempurna kecuali Najwa Latiff,"ulas Zulkifly mengenai penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu.

Diminta mengulas lanjut mengenai Najwa Latiff, Zivilia diwakili Zulkifly mengakui Malaysia mempunyai ramai penyanyi wanita yang bersuara merdu tetapi pada mereka Najwa tampil lebih bagus dengan kebolehan yang dimilikinya.

"Suaranya bagus sekali dan dalam masa yang sama dia boleh bermain gitar dan dia juga menulis lagu untuk dirinya sendiri.

"Dia mempunyai bakat yang luar biasa.Kerana itu kami mahu berkolaborasi bersama untuk merakam lagu bersama dan juga menyanyikan semula Aishiteru bersama Najwa Latiff.

"Kami telah berjumpa dengan pihak Najwa sendiri dan mereka juga tidak sabar untuk melaksanakan kolaborasi ini,"ujarnya lagi.

Zivilia adalah gabungan nama Zulkifli dan bekas isteri pertamanya, Vilia yang juga membawa maksud istimewa itu telah berkongsi kisah disebalik lagu Aishiteru yang menjadi hits dan terus mendapat perhatian sehingga kini.

"Saya dahulunya bekerja selama enam tahun di Jepun dan sepanjang itu saya berjauhan dengan kekasih hati saya. Berbekalkan simpanan saya membeli gitar dan mencipta lagu buatnya yang berjudul Aishiteru.

"Jadi Aishiteru, Aishiteru 2 dan Asihiteru 3 adalah trilogy cinta daripada titik pertemuan hubungan cinta kepada kegagalan dan akhir sekali jawapan untuk hubungan kami itu,"cerita Zulkifli mengenai kisah disebalik lagu Aishiteru.

Ketiga-tiga ahli kumpulan Zivilia ini ditemui ketika majlis perlancaran album mereka di Malaysia yang telah mengambil tempat di Hard Rock Café, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur,semalam.

Corat Coret Menarik Sekitar Konsert 3 Dekad Anuar Zain



Corat, Coret, Menarik, Sekitar, Konsert 3 Dekad Anuar Zain, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 20 FEB 2013: Walaupun sudah beberapa hari berlalu, konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari yang julung-julung kali diadakan oleh penyanyi tersohor Anuar Zain ini tetap terus diperkatakan.

Mengabdikan diri dan jiwa dalam bidang nyanyian hampir 3 dekad, Anuar Zain telah mengumpulkan semua kenangan terindah di pentas konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Sabtu lalu.

Bersaksikan lebih kurang 6,000 penonton yang membajiri stadium tersebut , Anuar Zain tidak menghampakan rata-rata peminatnya yang hadir memberi sokongan yang jitu terhadap konsert sulungnya itu. . Berikut adalah corat-coret menarik sekitar konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubariyang lalu:-

-Suara penyanyi Adibah Noor memecah suasana di dalam Stadium Malawati ketika membuat pengumuman sebelum Anuar Zain mengambil tempat di atas pentas.

-lebih kurang jam 9 malam, Anuar Zain muncul daripada bawah pentas, segak menyarungkan sepasang sut lengkap dengan bow-tie melantunkan lagu Im The Lucky One sekaligus meraihkan tepukan yang gamat daripada hadirin.

-Penganjur bijak menggunakan paparan visual sepanjang konsert berlangsung dimana tayangan yang dimainkan mengikut tema dan lagu yang didendangkan ketika itu. Ia turut menayangkan rakaman video daripada peminat, pemuzik, teman rapat serta orang kuat dibelakang kejayaan Anuar Zain.

-Ada beberapa lagu yang diberi sentuhan baru daripada segi gubahan dan rentak lagu. Antara lagu yang diberi sentuhan baru oleh pengarah muzik malam itu Mac Chew adalah Bila Resah dan Sesucinya Cintamu.

-Lagu daripada album solo pertama Anuar Zain, Jangan Bersedih Lagi telah membuatkan mata penyanyi itu bergenang tatkala mendendangkannya. Ia sekali lagi berlaku apabila dia menyampaikan lagu Teman Terulung.

-Sepanjang persembahan konsert berdurasi 2 jam itu berlangsung, Anuar Zain tidak henti-henti memberikan kuntuman mawar dengan melontarkan ia kepada hadirin. Ia sebagai simbolik perkongsian cinta dan kasih sayangnya terhadap peminat.

-Dalam lagak bersahaja, Anuar Zain telah membuatkan penonton menjerit apabila dia melontarkan tuala kecil yang digunakan di atas pentas itu ketika di penghujung persembahannya. Peminat berebut-berebut mendapatkan ' tuala' itu daripada penyanyi pujaan mereka.

-Anuar yang baru memasuki usia 43 tahun pada 15 Februari iaitu sehari sebelum konsertnya berlangsung telah mendapat hadiah istimewa daripada peminatnya yang berupa barangan mewah daripada jenama Hermes.

-Stadium menjadi gamat apabila munculnya Nora Danish ketika Anuar Zain menyampaikan lagu Ajari Aku. Nora muncul membawakan adegan di dalam klip video Ajari Aku ke atas pentas di mana Nora Danish lengkap menyarungkan busana indah Hatta Dolmat Couture seperti yang dilihat di dalam klip video tersebut sebelum ini.

-Hadirin yang hadir juga berpeluang menonton sambungan kisah percintaan Anuar Zain dan Nora Danish di dalam klip video Ajari Aku apabila tayangan eksklusif klip video, Sempurnakan Aku dimainkan. Single tersebut merupakan single kedua daripada album terbarunya dan hadirin dapat melihat Anuar dan Nora bersanding di atas pelamin.

-Satu lagi kejutan telah terjadi di pentas konsert tersebut di mana kemunculan tiga wanita bersuara emas menjadi penyanyi iringan kepada Anuar Zain untuk lagu Cinta Harus Memiliki iaitu Dina Nadzir, Adibah Noor dan Elvira. Mereka telah mendapat tepukan gemuruh sebelum Anuar meninggalkan mereka di atas pentas menghabiskan lagu tersebut sekaligus menutup set kedua persembahannya pada malam itu.

-Masihkan anda ingat dengan video seorang kanak-kanak kecil mendendangkan lagu Sesucinya Cintamu di laman Youtube beberapa tahun lalu. Tayangan video ucapan anak kecil itu yang kini sudah besar telah membuka set terakhir persembahan sebelum Anuar menyampaikan lagu Sesucinya Cintamu yang diberi nafas baru.

-Tidak ketinggalan menjadi salah satu lagu tersenarai pada malam itu, Kain Pelikat merupakan lagu yang memperkenalkan Anuar ke dunia seni nyanyian sambil diiringi penari cilik daripada Swatari. Ketika ini juga Anuar bercerita bagaimana dia yang dahulunya pemalu mula menceburkan diri dalam dunia nyanyian.

-Konsert pada malam itu telah dipimpin oleh pengarah muzik hebat, Mac Chew bersama iringan 26 pemuzik lain antaranya Jenny Chin dan ramai lagi. Mac Chew adalah individu yang bertanggungjawab dan pernah bekerjasama dengan nama besar seperti Zainalabidin dan Dato` Shiela Majid sebelum ini.

-Antara individu yang mengisi kerusi hadapan penonton VIP pada malam itu adalah tidak lain dan tidak bukan, kakak kepada Anuar sendiri iaitu Ziana Zain bersama suami, Armin. Turut kelihatan kelibat ibubapa kepada Anuar yang difahamkan jarang sekali menghadiri konsert yang dijayakan oleh Anuar mahupun Ziana. Pada malam itu, kedua mereka tersenyum bangga melihat kejayaan Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain.

-Anuar yang pada mulanya menutup tirai persembahannya pada malam itu dengan lagu Lelaki Ini telah kembali ke atas pentas setelah peminat masih tidak berganjak. Saat yang dinantikan ramai apabila Anuar Zain telah menutup persembahannya pada malam itu dengan dendangan Sedetik Lebih dengan begitu baik sekali.

Ramli Sarip Ajak Peminat Ke Istanbul Dengan Fizo Omar



Ramli Sarip, Ajak, Peminat, Ke, Istanbul, Dengan, Fizo Omar, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 20 FEB 2013: Mengakui dirinya bukanlah jenis suka melancong, papa rock Malaysia, Ramli Sarip terpanggil menuju ke Istanbul untuk mendalami dan mengenali kesenian Islam di negara tersebut.

"Terus-terang, saya bukanlah jenis orang yang suka melancong. Setiap kali saya mengadakan persembahan ke negeri-negeri seluruh Malaysia, saya menganggapnya adalah melancong.

"Bagi saya, banyak lagi tempat-tempat di Malaysia yang lebih menarik untuk dijadikan destinasi melancong. Apabila saya tengok televisyen, saya pun rasa saya tidak perlu melancong.

"Namun, disebabkan saya suka dengan Sejarah Islam dan Istanbul dikenali dengan destinasi yang bersesuaian untuk sejarah Islam, jadi saya pun menerima tawaran ini," katanya kepada murai.com.my.

Menjelaskan secara terperinci sebab dia menerima tawaran bercuti bersama peminat, Ramli memberitahu bahawa dia tersentuh dengan kebesaran Allah yang ada di Istanbul.

"Saya terpanggil ke sana kerana terlalu banyak kisah berkaitan seni dan juga Islam. Mudah-mudahan gandingan saya bersama Fizo Omar ke sana nanti banyak memberikan pengalaman yang menarik.

"Insya-Allah, dalam masa bercuti itu, saya akan berkongsi pengalaman seni saya dari mula hingga kini kepada peminat yang menyertai percutian ini," jelasnya.

Pakej percutian ini berharga RM4650 untuk tempahan enam bulan terawal. Setakat ini sudah 30 orang mendaftarkan diri. Percutian ini terhad untuk 200 orang saja. Mengikut perancangan, percutian ini bakal dianjurkan pada 3 hingga 9 Oktober depan. Maklumat lanjut sila layari www.arlief.com.

Songlap, Bunohan, 29 Februari Dominasi Top 5 FFM 25


Songlap, Bunohan, 29 Februari, Dominasi, Top 5, FFM 25, Artis Malaysia, Filem Malaysia, Hiburan, Malaysia



Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 19 FEB 2013: Filem Songlap, Bunohan dan 29 Februari adalah antara filem yang paling banyak mendominasi pencalonan Top 5 Festival Filem Malaysia yang ke- 25 (FFM25) yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 2 Mac ini.

Filem Songlap paling banyak menerima pencalonan apabila tercalon dalam 15 kategori daripada 23 kategori dipertandingkan di dalam FFM 25 kali ini. Antara kategori yang berjaya didominasi Songlap adalah Anugerah Filem Terbaik, Anugerah Sinematografi Terbaik, Anugerah Pelakon Terbaik oleh Sarah Ali, Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik oleh Shaheizy Sam, Anugerah Pengarah Filem Terbaik (Effendee Mazlan&Fariza Azlina Ishak) dan banyak lagi.

Sementara filem arahan Dain Said iaitu Bunohan pula tercalon dalam 13 kategori yang dipertandingkan. Antara kategori yang berjaya dicalonkan dalam filem tersebut adalah Anugerah Filem Terbaik, Anugerah Pengarah Filem Terbaik, 3 pencalonan di Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik iaitu Faizal Hussein, Pekin Ibrahim dan Zahiril Adzim serta beberapa kategori lain.

Manakala filem terbitan KRU Studios, 29 Februari pula berjaya tercalon 12 kategori yang dipertandingkan. Antara kategori yang berjaya tercalon adalah Anugerah Filem Terbaik, Anugerah Simetografi Terbaik, Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik oleh Edry Abdul Halim, Anugerah Penyunting Terbaik, Anugerah Lakon Layar Terbaik dan banyak lagi.

Filem lain yang berjaya tercalon dalam Top 5 FFM 25 adalah seperti Ombak Rindu, Hantu Gangster, Hoore! Hoore!, Sam, Misteri Jalan Lama, Cinta Kura-Kura, Hantu Kapcai, Jalan Kembali, Chow Kit dan banyak lagi.

Selain itu, pengarah muda Syafiq Yusof juga antara pendatang baru yang berjaya membawa karya filem Sam ke dalam beberapa kategori pencalonan top 5 FFM 25 ini apabila berjaya tercalon dalam kategori Anugerah Pengarah Filem Terbaik sebaris dengan pengarah berpengalaman seperti Dain Said dan Osman Ali.

Selain pengarah, pelakon-pelakon lain yang berjaya tercalon dalam beberapa kategori di Top 5 FFM 25 adalah seperti Maya Karin, Nadiya Nisa, Vanidah Imaran, Pekain Ibrahim, Zahiril Adzim, Lisa Surihani, Nabila Huda, Lana Nordin, Bront Palarae, Normah Damanhuri , Neelofa dan ramai lagi.

Menariknya, Hazama yang baru pertama kali menceburi bidang lakonan dalam filem Apa Celop Toq juga berjaya tercalon dalam top 5 FFM 25 bagi kategori Anugerah Pelakon Harapan Lelaki.

Pada malam anugerah FFM 25 11 Anugerah Perdana dan 5 Anugerah Khas akan disampaikan. Manakala 11 Anugerah Cipta akan disampaikan pada malam perasmian FFM25 di e@Curve, Damansara pada 27 Februari ini.

FFM 25 yang dianjurkan Finas telah mendapat kerjasama daripada beberapa persatuan filem dan hiburan tempatan seperti, Persatuan Penerbit-Penerbit Filem Malaysia (PFM), GAFIM, Karyawan dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAVM).

FFM kali ini bakal menyaksikan lebih 59 buah filem cereka yang ditayangkan bagi tempoh 27 Oktober 2011 hingga 30 Oktober 2012 layak dipertandingkan.

FFM 25 yang dikendalikan oleh pasangan pengacara Fahrin Ahmad dan Erra Fazira itu akan bersiaran secara langsung di saluran 134 (Astro Mustika HD), saluran 104 (Astro Ria) dan RTM2.

Senarai Pencalonan Top 5 FFM 25


BIL
KATEGORI
JUDUL FILEM
NAMA CALON
1
Anugerah Poster Terbaik
  1. 8 JAM
  2. SEEFOOD
  3. CINTA KURA-KURA
  4. BUNOHAN
  5. HANTU AIR
  1. MIG PICTURES SDN BHD
  2. SILVER ANT SDN BHD
  3. KRU STUDIOS SDN BHD
  4. APPARAT SDN BHD
  5. MULTIMEDIA ENT. SDN BHD
2

Anugerah Pereka Kostum / Busana
  1. 29 FEBRUARI
  2. SONGLAP
  3. MISTERI JALAN LAMA
  4. CHOW KIT
  5. HANTU GANGSTER
  1. HASNAN YAACCOB
  2. MUHAMMAD SHARELZAHADI KOH
  3. NASIRAH RAMLAN
  4. MOHAMMAD AFIZAL MOHAMED ARIS
  5. SARAH LEE ANN
3
Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
  1. CHOW KIT
  2. CHOW KIT
  3. 29 FEBRUARI
  4. HANTU GANGSTER
  5. ALAMAK TOYOL
  1. MUHAMMAD IZZAM SYAFIQ
  2. NADZIRAH ROSI
  3. MUHAMMAD NA'IM DANIEL BAHARIN
  4. TEE JING CHEN
  5. AFIQ IZZUDIN
4
Anugerah Pelakon Harapan Wanita
  1. HOORE! HOORE!
  2. 29 FEBRUARI
  3. AZURA
  4. SUMPAHAN KUM KUM
  5. KERAMAT
  1. FARAH NAZIRAH
  2. JOJO GOH
  3. NEELOFA
  4. SHIMA ANUAR
  5. MON RYANTI
5
AnugerahPelakon Harapan Lelaki
  1. AZURA
  2. 29 FEBRUARI
  3. APA CELOP TOQ
  4. HOORE! HOORE!
  5. NGORAT
  1. SHAHRIZAL JASZLE
  2. IZZUE ISLAM
  3. HAZAMA AZMI
  4. AKIM AHMAD
  5. IEDIL PUTRA
6
AnugerahLagu Tema Terbaik
  1. 29 FEBRUARI
  2. HOORE! HOORE!
  3. OMBAK RINDU
  4. HANTU GANGSTER

  1. CINTA KURA-KURA
6. 7 PETALA CINTA
  1. JAGALAH DIRI (EDRY ABDUL HALIM)
  2. IDOLA (AUDI MOK& NORAZLAN ROSE)
  3. OMBAK RINDU (NURZAIDI ABDUL RAHMAN)
  4. WE ARE GANGSTER (NAMAWEE, RESHMONU, ASHTAKA & 5FORTY2)
  5. PENCINTA TERBAIK (EDRY ABD HALIM)
  6. 7 PETALA CINTA (DAKMIE)

7
AnugerahPenataan Bunyi Terbaik
  1. BUNOHAN
  2. 29 FEBRUARI
  3. SONGLAP
  4. HOORE! HOORE!
  5. HANTU KAPCAI
  1. RAJA AHMAD SHAHIDALY
  2. MEGAT SAZALI ROHIMI
  3. ZOLKEFLI MAT TAHIR
  4. DANIEL TANG
  5. MEGAT SAZALI ROHIMI
8
AnugerahPenataan Seni Terbaik
  1. BUNOHAN
  2. 29 FEBRUARI
  3. SONGLAP
  4. MISTERI JALAN LAMA
  5. SEEFOOD
  1. DAIN ISKANDAR SAID
  2. MAZALAN ZULKIFLI
  3. ANGIE CHOO
  4. NAZRUL ASRAFF MAHZAN
  5. SILVER ANT ADN BHD
9
Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
  1. SONGLAP
  2. HOORE! HOORE!
  3. OMBAK RINDU
  4. JALAN KEMBALI
  5. CHOW KIT
  1. NORMAH DAMANHURI
  2. FAUZIAH NAWI
  3. LISA SURIHANI
  4. NABILA HUDA
  5. LANA NORDIN
10
AnugerahPelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  1. BUNOHAN
  2. SONGLAP
  3. BUNOHAN
  4. JIWA TAIKO
  5. SONGLAP
  1. HUSYAIRI HUSAIN
  2. SYAFIE NASWIP
  3. AMERUL AFFENDI
  4. BRONT PALARAE
  5. OMAR ABDULLAH
11
AnugerahPengarah Harapan
  1. SAM
  2. SEEFOOD
  3. HANTU KAPCAI
  4. CINTA KURA-KURA
  5. KEPONG GANGSTER
  1. SYAFIQ YUSOF
  2. GOH AUN HOE
  3. GHAZ ABU BAKAR
  4. NIZAM ZAKARIA
  5. TENG BEE
12
AnugerahFilem Pendek Terbaik
  1. STRANGERS
  2. GUANG
  3. SANZARU
  4. PASPORT EKSPRES
  5. LEMAN
  1. RESERVOIR PRODUCTION SDN BHD
  2. RESERVOIR PRODUCTION SDN BHD
  3. RESERVOIR PRODUCTION SDN BHD
  4. RED FILMS
  5. AHMAD HAFIZ ABD RASHID
13
AnugerahFilem Animasi Terbaik
  1. THE BEST RECIPE
  2. TOOTH
  3. FRUITEMA-KEPALA TUA & LAMPU AJAIB
  4. NINJA VS PIRATE
  5. TOI-TOI
  1. THE ONE ACADEMY
  2. THE ONE ACADEMY
  3. ELITE ANIMATION SB

  1. THE ONE ACADEMY
  2. THE ONE ACADEMY

14
Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik
  1. BUNOHAN
  2. 29 FEBRUARI
  3. HOORE! HOORE!
  4. SONGLAP
  5. MISTERI JALAN LAMA
  1. TAN YAN WEI (MENDIANG)
  2. EDRY ABDUL HALIM
  3. AUDI MOK
  4. KHAIRIL RIDZUAN ANNUAR (LOQUE)
  5. DR.SYED AHMAD FAIZAL AL-ATTAS
15
Anugerah Penyunting Terbaik
  1. SONGLAP
  2. SAM
  3. HOORE! HOORE!
  4. 29 FEBRUARI
  5. HANTU KAPCAI
  1. WONG HUI LYNN
  2. SYAFIQ YUSOF
  3. ADDAUDIO EX SDN BHD
  4. MUHAMAD HAFIZAN ABD MALEK
  5. EZARISYIR WAN BASRI
16
Anugerah Cerita Asal Terbaik
  1. BUNOHAN
  2. SONGLAP
  3. MISTERI JALAN LAMA
  4. HANTU GANGSTER
  5. 8 JAM
  1. DAIN ISKANDAR SAID
  2. FARIZA AZLINA ISHAK
  3. AFDLIN SHAUKI
  4. NAMAWEE, FRED CHONG & VIVI WEE
  5. LOH CHUNG TAT
17
Anugerah Lakon Layar Terbaik
  1. BUNOHAN
  2. SONGLAP
  3. 29 FEBRUARI
  4. SEEFOOD
  5. UNTUK TIGA HARI
  1. DAIN ISKANDAR SAID
  2. FARIZA AZLINA ISHAK
  3. EDRY ABDUL HALIM
  4. GOH AUN HOE
  5. AFDLIN SHAUKI
18
Anugerah Sinematografi Terbaik
  1. SONGLAP
  2. 29 FEBRUARI
  3. MISTERI JALAN LAMA
  4. HOORE! HOORE!
  5. OMBAK RINDU
  1. HARIS HUE ABDULLAH
  2. MOHD NOOR MOHD KASSIM
  3. MOHD HELMI MOHD YUSOF
  4. MOHD NOOR MOHD KASSIM
  5. KHALID ZAKARIA
19
Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
  1. OMBAK RINDU
  2. JIWA TAIKO
  3. UNTUK TIGA HARI
  4. SONGLAP
  5. HOORE! HOORE!
  1. MAYA KARIN
  2. NADIYA NISAA
  3. VANIDAH IMRAN
  4. SARA ALI
  5. FARAH NAZIRAH
20
AnugerahPelakon Lelaki Terbaik
  1. BUNOHAN
  2. SONGLAP
  3. BUNOHAN
  4. SAM
  5. BUNOHAN
  1. FAIZAL HUSSEIN
  2. SHAHEIZY SAM
  3. PEKIN IBRAHIM
  4. SHAHEIZY SAM
  5. ZAHIRIL ADZIM

21
AnugerahPengarah Filem Terbaik
  1. BUNOHAN
  2. SONGLAP
  3. OMBAK RINDU
  4. SAM
  5. HOORE! HOORE!
  1. DAIN ISKANDAR SAID
  2. EFFENDEE MAZLAN & FARIZA AZLINA ISHAK
  3. OSMAN ALI
  4. SYAFIQ YUSOF
  5. SAW TEONG HIN
22
Anugerah Filem Bukan Melayu Terbaik
  1. SEEFOOD
  2. KEPONG GANGSTER
  3. AH BENG THE MOVIE
  4. PETALING STREETWARRIORS
  5. GHOST BUDDIES
  1. SILVER ANT SDN BHD
  2. MAHU PICTURES SDN BHD
  3. THE FILM ENGINE SDN BHD
  4. JUITA ENTERTAINMENT SDN BHD

  1. DOUBLE VISION SDN BHD
23


Anugerah Filem Terbaik
  1. BUNOHAN
  2. SONGLAP
  3. OMBAK RINDU

  1. SAM
  2. 29 FEBRUARI
  1. APPARAT SDN BHD
  2. GRAND BRILLIANCE SDN BHD
  3. ASTRO SHAW SDN BHD/TARANTELLA PICTURES SDN BHD
  4. SKOP PRODUCTION SDN BHD
  5. KRU STUDIOS SDN BHD

Foto Sekitar Konsert Sulung Anuar Zain



Foto, Sekitar, Konsert, Sulung, Anuar Zain, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI 2013: Malam Sabtu lalu, berlangsunglah konsert sulung penyanyi terkenal negara, Anuar Zain yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sepanjang 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni, inilah kali pertama Anuar Zain muncul dalam konsert solonya sendiri yang dinamakan Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari.

Konsert tersebut berlangsung dengan meriah dan dihadiri lebih 6000 peminat setia adik kepada penyanyi popular, Ziana Zain itu. Selain Anuar, antara selebriti lain yang tampil membuat penampilan khas adalah Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira serta Nora Danish.

Rata-rata peminat berpuas hati dengan rangkaian lagu serta persembahan penyanyi pujaan mereka itu di pentas yang julung-julung kalinya di adakan.

Kehadiran kedua ibu bapa serta kakak, Ziana Zain antara yang dilihat pada malam itu apabila memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada penyanyi yang baru saja menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu.

Berikut adalah sebahagian dari foto-foto ketika Anuar Zain di konsert tersebut.







Tiada Penangguhan Lagi, FFM 25 Berlangsung 2 Mac Ini



Tiada, Penangguhan, Lagi, FFM 25, Berlangsung, 2, Mac, Ini, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 19 FEB 2013: Setelah ditangguh beberapa kali, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akhirnya telah menetapkan sebuah tarikh baru untuk penganjuran Festival Filem Malaysia ke 25 ( FFM 25) iaitu pada 2 Mac ini.

Pengerusi FINAS, Datuk Md. Afendi Datuk Hamdan berkata, selepas ini tiada lagi pengangguhan untuk anugerah FFM 25 kerana semua perancangan telah ditetapkan pada tarikh baru tersebut.

"Sebenarnya ada banyak faktor mengapa ia perlu ditangguhkan sebelum ini, antaranya dari segi teknikal. Yelah bukan mudah untuk merancang untuk sesuatu anugerah yang berprestij begini.

"Namun, kami tidak mahu panjangkan lagi mengenai isu penangguhan ini, yang penting kami akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk FFM25, lebih lebih lagi penganjuran FFM kali ini bersempena dengan sambutan Jubli Perak.

"Saya janji, inilah tarikh terakhir dan tidak mungkin ada penangguhan lagi selepas ini. Malah perancangan kali ini lebih detail apabila kami dapat berkerjasama daripada pihak Astro dan RTM sebagai penyiar rasmi untuk FFM 25 ini," katanya kepada murai.com.my ketika siding media FFM 25 di FINAS, tengah hari tadi.

Malam anugerah FFM 25 akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 2 Mac ini. Pada malam itu, 11 Anugerah Perdana dan 5 Anugerah Khas akan disampaikan.

Manakala 11 Anugerah Cipta akan disampaikan pada malam perasmian FFM25 di e@Curve, Damansara pada 27 Februari ini.

FFM 25 yang dianjurkan Finas telah mendapat kerjasama daripada beberapa persatuan filem dan hiburan tempatan seperti, Persatuan Penerbit-Penerbit Filem Malaysia (PFM), GAFIM, Karyawan dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAVM).

Mengulas mengenai FFM25 kali ini, Md. Afendi memberitahu Penganjuran tahun ini akan melibatkan 3 kategori filem yang dipertandingkan iaitu Cereka, Animasi dan Filem Pendek.

"Penyertaan FFM25 kali ini telah menampakkan peningkatan iaitu sebanyak 139 penyertaan berbanding FFM24 iaitu sebanyak 86 penyertaan sahaja.

"Ini jelas menunjukkan satu peningkatan yang positif sepanjng penganjuran Festival Filem Malaysia," jelasnya lagi.

FFM kali ini bakal menyaksikan lebih 59 buah filem cereka yang ditayangkan bagi tempoh 27 Oktober 2011 hingga 30 Oktober 2012 layak dipertandingkan.

Malam anugerah tersebut akan bersiaran secara langsung di saluran 134 (Astro Mustika HD), saluran 104 (Astro Ria) dan RTM2.

Turut hadir siding mediaKetua Pengarah FINAS, Raja Rozaimie Danish Shah, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Dato' Norhayati Ismail, Naib Presiden Pernigaan Melayu Astro, Khairul Anura Salleh.

Kepulangan Paramore Ke Kuala Lumpur Nyata Gamat!



Kepulangan, Paramore, Ke, Kuala Lumpur, Nyata, Gamat, Artis Amerika, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Livescape

KUALA LUMPUR, 19 FEB 2013: Kunjungan kali kedua kumpulan rock Paramore pada 17 Februari lalu ternyata berjaya menggamatkan Stadium Negara dengan kehadiran lebih kurang 5,000 penonton hadir menyaksikan persembahan bertenaga mereka.

Dibawakan oleh Livescape dan TuneTalk, The Return of Paramore Live in KL ini rata-ratanya dihadiri peminat setia kumpulan ini yang semememangnya amat rindukan kunjungan mereka semula di Kuala Lumpur.

Persembahan pembukaan telah disempurnakan oleh mewithoutYou yang merupakan sebuah band indie daripada Amerika Syarikat yang menjadi band kegemaran Hayley Williams(vokalis) sejak 10 tahun lalu.

Hayley telah membuat kejutan apabila tiba-tiba muncul ketika mewithoutYou membuat persembahan sebelum kembali ke belakang pentas. Saat yang dinantikan oleh semua penonton yang hadir apabila dentuman dram seraya suara Hayley memecahkan suasana di dalam Stadium Negara dengan persembahan single terbaru mereka yang berjudul Now.

Pada ketika itu penonton mulai mengikut rentak Hayley yang sungguh bertenaga dan lincah di atas pentas. Kemunculan Hayley kali ini berambut merah garang menyerlahkan penampilannya yang bersahaja menyarungkan t-shirt dan celana sambil rancak menari dan ia amat mengujakan hadirin yang datang.

Antara lagu-lagu yang didendangkan Paramore kebanyakkannya daripada album-album terdahulu dan hits mereka yang popular seperti Decode yang merupakan runut bunyi filem Twilight, Ignorance, Playing God, The Only Exception, Brick by Boring Brick, Monster, Renegade, Hello Cold World dan In The Mourning.

Hayley turut melahirkan rasa teruja dan gembira dengan respon yang diteriamnya daripada peminat Malaysia yang padanya lebih sporting menyanyikan lagu bersama-sama dengan kuat, tidak seperti kunjungan mereka ke Malaysia sebelum ini.

Kisah Sharnaaz, Shila Amzah Buat Fizo Fobia Jaja Cinta



Kisah, Sharnaaz, Shila Amzah, Buat, Fizo, Fobia, Jaja, Cinta, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 19 FEB 2013: Pelakon kacak, Fizo Omar,28, mengakui sedang menjalin cinta dengan gadis bernama Hasmidar Jaafar atau Haas,25, walaupun baru empat bulan mengenali si dia. Bagaimanapun, pelakon ini seakan fobia untuk menjaja soal cintanya dengan Haas berikutan tragedi cinta yang berlaku di antara aktor Sharnaaz Ahmad dengan penyanyi Shila Amzah.

"Ya, kisah yang berlaku terhadap Sharnaaz dan Shila sedikit sebanyak membuatkan saya berasa takut untuk bercerita lebih tentang kisah percintaan saya dengan Haas. Apa yang berlaku terhadap mereka memberikan pengajaran yang bermakna buat golongan artis.

"Setakat ini, semua peminat saya memberikan sokongan dan merestui hubungan saya dengan Haas. Bagaimanapun, saya juga kena terimahakikat bahawa tidak semua peminat saya boleh terima dengan berita percintaan saya ini.

"Apapun, hubungan kami masih lagi baru dan belum sampai ke tahap berjumpa keluarga. Pun begitu, saya dan dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Cuma kami masih belum ada waktu dan masa yang sesuai lagi untuk disatukan," katanya kepada murai.com.my.

Bercerita lanjut mengenai hubungannya itu, Fizo Omar bertegas agar peminat jangan sesekali menunding kesalahan kepada media seandainya hubungan percintaan seseorang artis itu gagal ditengah jalan.

"Dalam soal cinta artis ini, media tidak sepatutnya dipersalahkan seratus-peratus seandainya kisah cinta artis itu gagal di pertengahan jalan. Wartawan hanya menjalankan tugas mereka saja. Dia orang akan tulis apa yang dijawab oleh artis berkenaan.

"Pada saya, peminat harus baca dulu isi kandungan sesuatu artikel sebelum memberikan pandangan. Jangan baca pada tajuk artikel saja. Peminat kena faham betul-betul. Artis juga perlu kawal jawapan yang nak diluahkan. Apabila bercinta, semuanya yang manis saja akan diceritakan. Pihak artis juga kena pandai kawal emosi dan penjelasan yang diberikan," jelasnya.

Sungguhpun pada awalnya Fizo tidak mahu mendedahkan hubungan dia bersama Haas, namun pelakon ini terpaksa akur bahawa adakalanya dia terpaksa berkongsi kisah peribadinya itu kepada umum.

"Saya tidak bercakap pun saya nak berkahwin tahun ini. Saya hanya cakap saya sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumahtangga. Insya-Allah, saya nak berkahwin sebelum umur saya 30 tahun.

"Kalau boleh saya nak beritahu hubungan saya ini apabila saya sudah sah nak berkahwin dengan dia. Namun, saya tidak dapat berbuat sebegitu setelah hubungan saya ini dapat dicium serta dihidu pihak media.

"Sampai bila saya nak menyorok hubungan saya. Apabila sudah tahu, jadi saya pun terpaksa berceritalah. Namun, saya tak mahu cerita banyak-banyak," ujarnya. Sementara itu, Fizo tidak menyorok bahawa dia sudah mengenali Haas sewaktu dia bercinta dengan bekas kekasihnya yang merupakan bakal doktor.

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Kuswadinata



Takziah, Buat, Keluarga, Allahyarham, Kuswadinata, Artis Malaysia, Pelakon Veteran, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARI 2013: Sabtu lalu, pelakon veteran yang wajahnya dikenali ketika era kegemilangan filem Melayu iaitu Kuswadinata telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Ampang.

Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bin Bujang, 74, telah meninggal dunia sekitar jam 5.07 petang akibat penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu. Allahyarham juga dikatakan turut penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk membuang air kecil secara normal.

Allahyarham dikenali menerusi lakonannya dalam filem Antara Dua Darjat (1960), Indera Bangsawan (1961), Ibu Mertuaku (1962) dan pelbagai lagi filem di zaman Studio Jalan Ampas. Antara wataknya yang paling diingati ialah ketika babak pergaduhan suami isteri di dalam filem Seniman Bujang Lapok (1961).

Sepanjang hayat beliau, Allahyarham Kuswadinata pernah dianugerahkan Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 pada 2007.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Kamariah Mohd Said, 57, dan empat orang anak.

Takziah dari kami warga murai.com.my

Kehebatan Anuar Zain Terjawab Di Dalam Konsert Sulungnya!



Kehebatan, Anuar Zain, Terjawab, Di, Dalam, Konsert, Sulungnya, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Yap Perry

KUALA LUMPUR, 18 FEB 2013: Siapa dapat menyangkal kehebatan vokal dan karisma yang dimiliki Shahrul Anuar Zain atau lebih dikenali dengan nama Anuar Zain. Semua itu telah terjawab di pentas konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, malam Sabtu.

Setelah 30 tahun menceburi bidang seni suara, Anuar Zain akhirnya dapat melakar satu lagi sejarah baru dalam karier seninya apabila dapat memberikan satu persembahan bertenaga dengan momen-momen yang cukup indah di hadapan 6000 penonton yang hadir membanjiri stadium tersebut.

Pada tepat jam 9 malam, tirai konsert telah dibuka dengan persembahan pembukaan dimulakan dengan lagu I'm The Lucky One disusuli dengan paparan skrin menampilkan wajah-wajah Anuar Zain sejak dari awal kemunculannya dahulu.

Sesi pembukaan diteruskan dengan lagu rancak iaitu Bila Resah dan Selamat Pagi Sang Suria. Selepas itu ia diteruskan dengan pilihan lagu balada mengusik jiwa dimana Anuar sendiri dilihat sebak mendendangkan laguJangan Bersedih Lagi dan juga Mungkin.

Dendangan lagu Ajari Aku telah memberikan kejutan apabila menyaksikan kemunculan Nora Danish di atas pentas lengkap menyarungkan busana Hatta Dolmat seperti didalam klip video single daripada albumnya yang terkini.

Penutup bagi set pembukaan telah disusuli dengan tayangan klip video Sempurnakan Aku secara eksklusif yang merupakan single terbaru albumnya dan juga sambungan kepada lagu Ajari Aku.

Sepanjang konsert berlangsung, Anuar meraih perhatian para peminatnya yang hadir dengan melemparkan kuntuman ros kepada mereka simbolik kepada perkongsian kasih sayangnya terhadap peminat yang sering menyokongnya.

Keabadian Cinta serta lagu rancak, Kau Bunga Cintaku membuka set kedua dan diteruskan dengan persembahan laguPerpisahan, Ku Hanya Milikmu danKetulusan Hati. Penutup set ini memperlihatkan penghargaan Anuar kepada tiga penyanyi bersuara hebat iaitu Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira mengiringinya untuk lagu Cinta Tak Harus Memiliki.

Sesuci Cintamu yang diberi gubahan rentak yang baru telah dipersembahkan sebagai lagu pembukaan set ketiga sebelum Anuar meneruskan konsertnya malam itu dengan dendangan hits-hitsnya seperti Bidadari, Semua Untukmu, Teman Terulung dan Lelaki ini.

Antara yang mencuri perhatian apabila dia menyanyikan semula Kain Pelikat diiringi penari kanak-kanak daripada Sua Tari. Penyampaian lagu Encore daripada penyanyi ini, Sedetik Lebih telah melengkapkan konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari yang berlangsung hampir 2 jam lebih.

Rata-rata peminat berpuas hati dengan rangkaian lagu serta persembahan penyanyi pujaan mereka itu di pentas yang julung-julung kalinya di adakan. Kehadiran kedua ibu bapa serta kakak, Ziana Zain antara yang dilihat pada malam itu apabila memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada penyanyi yang baru saja menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu.








Gosh,Datuk Mana Yang Buat Hans Cemburu Dengan Malissa?



Gosh,Datuk, Mana, Yang, Buat, Hans, Cemburu, Dengan, Malissa, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 21 FEB 2013: Personaliti baru Astro yang bakatnya dicungkil menerusi program On-Air, Hasanal atau Hans mengakui sedang bercinta dengan seorang lagi penyampai berita Buletin Awani iaitu Malissa.

Bagaimanapun, Hans yang berasal dari Pulau Pinang ini menafikan cemburu Malissa berkawan dengan lelaki lain terutama sekali yang berstatus Datuk.

"Ya, saya bercinta dengan Malissa. Saya bercinta dengan dia sejak menyertai On-Air lagi. Alhamdulillah, hubungan saya dengan Malissa masih lagi seperti biasa. Mana ada saya kuat cemburu. Lagi satu, Datuk, mana pula yang dikaitkan dengan Malissa? Saya tak cemburu langsung dan saya profesional dalam bab kerja.

"Saya dah tahu selok belok industri. Saya dan dia menjawat jawatan yang sama. Sama seperti dia, saya juga ada jumpa wanita lain," katanya.

Menjelaskan lanjut mengenai isu yang pertama kali didengarinya, Hans merasa pelik selepas mendapat tahu kekasihnya itu ada dikaitkan dengan seorang Datuk.

"Saya sebenarnya tak berapa pasti dengan isu ini. Saya pun tidak pernah dengar. Datuk mana pula yang nak masuk line Malissa? Saya tidak merasakan ini satu isu yang besar. Saya pun tiada orang lain. Ada ke orang lain nakkan saya ni?

"Apapun, hubungan saya dengan Malissa masih sama seperti dulu," jelasnya.

Tiada niat langsung menyertai On-Air untuk mencari kekasih, Hans menerima Malissa kerana kebaikan yang ada pada wanita tersebut.

"Kalau ada bukti yang kukuh tentang isu ini, sila tunjukkan pada saya. Saya tiada masalah nak menghadapinya. Saya tiada niat nak cari jodoh masa masuk On Air. Saya suka Malissa pun disebabkan dia baik dan pandai jaga hati orang tua.

"Saya masih lagi baru dan belum lagi hebat. Saya hanya orang biasa saja," ujarnya.

Dato` Fazley Idam Buka Klinik Psikologi



Artis Malaysia, Buka, Dato` Fazley Idam, Hiburan, Klinik, malaysia, Psikologi,


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI 2013: Bermula dengan dunia nyanyian yang menaikkan nama Dato' Fazley Yaakob lebih sedekad lalu, jejaka ini tidak pernah berhenti mencuba dan merebut segala peluang yang ada. Sehingga saat ini, dia bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi tetapi pelakon, chef dan juga penceramah motivasi.

Jejaka yang pernah popular dengan gelaran Abang Asmara daripada hits pertamanya, Asmara Ini, telah ditemui pada majlis pelancaran buku 'Motivasi Santai #Harian' di Garden Café, Midvalley Megamall, semalam.

Versatil dalam cara tersendiri, Dato' Fazley kini mendalami ilmu psikologi dan mempunyai impian membuka klinik psikologinya sendiri. Impiannya itu dilihat semakin hampir kerana kini dia dalam proses mendalami bidang Psikologi di peringkat doktor falsafah di sebuah IPTA tempatan.

"Psikologi pada saya penting dalam karier saya dan secara tidak langsung ia perlu dalam kehidupan seharian. Dari segi kerjaya ia memudahkan saya membaca dan mentafsir karakter seseorang individu dengan hanya melihat gerak geri juga pembawakan dirinya.

"Impian saya seterusnya adalah untuk membuka klinik psikologi saya sendiri. Jadi untuk merealisasikan angan-angan saya itu saya perlukan pendidikan serta pentauliahan dalam bidang psikologi untuk membolehkan saya bekerja secara sah.

"Dulu ada rakan- rakan daripada industri hiburan datang berjumpa dan meminta nasihat jika mempunyai masalah dalam hidup dan sebagainya membuatkan saya terpanggil untuk mendalami dan sekaligus menjadi ahli psikologi yang sah,"ujar Dato' Fazley tentang perancangan terkininya.

Pengaruh serta kepentingan media sosial pada ketika ini memberikan peluang kepada juara Masterchef Selebriti Malaysia ini untuk menggunakan medium itu sebagai perantaraan dengan pengikut khususnya di Twitter.

Idea menerbitkan Buku mini 'Motivasi Santai #Harian' datang apabila ramai pengikutnya di Twitter mahukan status Twitter berupa ayat motivasi itu dapat disimpan dalam bentuk buku.

"Saya menggunakan Twitter sebagai ruang saya menyampaikan kata-kata inspirasi dalam bentuk motivasi kepada pengikut saya. Pengisian status yang jelas dan santai membuatkan ramai yang suka dan sering RT semula

"Disebabkan itu saya terfikir untuk memilih status yang paling banyak mendapat RT daripada pengikut akan dibukukan supaya ia dapat disimpan sebagai koleksi kata-kata semangat. Buat masa ini, di Twitter bukan sahaja remaja yang menjadi pengikut setia tetapi datang daripada pelbagai peringkat umur.

"Diharapkan 'Motivasi Santai #Harian' dapat dijadikan bacaan berguna dan diaplikasikan dalam kehidupan harian masyarakat kita,"ceritanya mengenai idea awal tentang buku 'Motivasi Santai #Harian' yang telah berada dipasaran.

Tidak terhenti disitu, Dato' Fazley terus menimba ilmu dalam bidang-bidang yang dia pilih untuk memperkasakan lagi skill atau kemahirannya. Yang terkini dia sedang mengikuti kursus pembuatan pastri di Le Courdon Bleu, Sunway University College.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan