Cari Artikel

Sunday, February 17, 2013

Apa Kata Bintang K-Pop Tentang Malaysia?


Apa, Kata, Bintang, K-Pop, Tentang, Malaysia, Artis Korea, Hiburan,


KUALA LUMPUR, 16 FEB JAN 2013: Penganjuran Samsung Galaxy 27th Golden Disk Award yang dianjurkan pada 15 dan 16 Januari 2013 lalu mencatat satu rekod baru apabila lebih 20 bintang K-Pop telah berkampung di Kuala Lumpur untuk pertama kalinya.

Namun, adakah kesemua bintang K-Pop ini gembira dengan penganjuran GDA di Malaysia? Ketahui jawapan tersebut dengan menonton video temuramah bersama bintang K-Pop yang hadir sewaktu sidang akhbar yang dibuat sebelum kemeriahan GDA.



Farawahida Gelar Farizal Marlias Jejaka Comel!



Farawahida, Gelar, Farizal Marlias, Jejaka, Comel, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KL, 16 FEB 2013. : Sungguhpun pasukan Harimau Malaya kalah dan tidak dapat memasuki final Piala AFF Suzuki 2012, ianya bukan bermakna peminat sukan bola tempatan akan memutuskan sokongan mereka terhadap pasukan tempatan.

Dek kerana itulah, Murai Batu mendapat tahu, peminat fanatik kepada penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias terus melakukan satu kempen untuk menaikkan semula semangat penjaga gawang berkenaan.

Menerusi status yang tertulis-Jangan Salahkan Farizal...' yang disiarkan dalam laman facebook tidak lama dulu, ramai menyokong bahawa Farizal telah melakukan yang terbaik ketika perlawanan separuh akhir menentang Thailand tempoh hari.

Namun, dari banyak-banyak komen status berkenaan, Murai Batu tertarik apabila penyanyi Farawahida turut sama memberikan komen dari status berkenaan.

Dalam komen tersebut, Farawahida menerusi akaun Facebook Real Farawahida Razali Full telah mengatakan Farizal seorang lelaki comel dan tidak pula dia menyokong status yang ditulis peminat terhadap Farizal.

Dari sini, Murai Batu terfikir, adakah Farawahida salah seorang peminat fanatik Farizal? Atau sebenarnya, Farawahida sememangnya mempunyai perasaan cinta terhadap Farizal yang berusia 25 tahun ini.

Yang penting, mungkin Farizal akan melalui kisah yang sama dengan Khairul Fahmi Che Mat apabila nama penjaga gol kebangsaan ini menjadi sebutan selepas Piala AFF Suzuki 2010 dan dikaitkan dengan Nora Danish.

Nampaknya, Murai batu terpaksa merisik dengan Farawahida mengenai komennya itu. Apapun, setahu Murai Batu, Farizal masih menantu keputusan kesnya yang agak kontroversi.

MURAI BATU: Ramai mahu mengejar status nombor satu tetapi bukan mudah nak kekal apabila dapat nombor satu!

Psy Tak Hormat Perdana Menteri Tatkala Tiada Di Pentas?



Psy, Tak, Hormat, Perdana Menteri, Tatkala, Tiada, Di, Pentas, Artis Korea, K-POP, Malaysia, Hiburan


KL, 16 FEB 2013: Murai Batu pasti, ramai yang sudah tahu mengenai tindakan penyanyi popular Korea, Psy yang tidak hadir ke pentas untuk bersama-sama denhan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak serta barisan ahli-ahli tertinggi Barisan Nasional ketika upacara tradisi menggaul 'yee-sang' diadakan dalam konsert meraikan Tahun Baru Cina yang berlangsung di Pulau Pinang pada Isnin lalu.

Mana taknya, video rakaman ketika Psy dipanggil naik ke pentas oleh pengaracanya telah pun tersebar di laman internet dan YouTube. Murai Batu terkejut menonton video itu kerana tindakan Psy itu seolah-olah seperti tidak hormat kepada penganjur konsert itu apatah lagi Perdana Menteri.

Psy telah dipanggil beberapa kali oleh pengacaranya, malah semua tetamu kehormat terpaksa menunggu beberapa minit untuk upacara tersebut, tetapi berlangsung, malangnya Psy sampai kesudah tak naik ke pentas.

Murai Batu pun tak fahamlah dengan perangai artis antarabangsa seorang ni. Yelah, awak tu da lah datang negara orang, sekurang-kurangnya hormatlah majlis yang dihadiri. Psy bukan sahaja hadir, malah diberi peluang membuat persembahan di konsert tersebut.

Murai Batu rasa memang tak patut Psy berbuat begitu, lebihl-lebih lagi bila bearda di negara orang. Murai Batu harap perkara ini akan menjadi pengajaran kepada kita supaya tidak terlalu menyanjung orang atau artis luar sedangkan mereka sendiri tidak hormat kepada Negara kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan