Cari Artikel

Friday, February 15, 2013

Laporan Trafik iskandarX Society 15-2-2013


backlink, blogging tips, Laporan Trafik iskandarX Society, Nuffnang, seo


Aku Berlindung Dengan Nama Allah S.W.T Daripada Godaan Syaitan Yang Direjam, Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah S.W.T Dan Aku Bersaksi Bahawa Nabi Muhammad S.A.W Itu Pesuruh Allah S.W.T. Assalammualaikum W.B..T dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog iskandarX Society.

backlink, blogging tips, Laporan Trafik iskandarX Society, Nuffnang, seo


Hmmm hari nie trafik tak berapa jam is rasa trafik light berfungsi dengan betul dan Polis Trafik tak jaga jalan untuk drive trafik ke blog is macam semalam, macam semalam memang is puas hati la tapi hari nie pun is puas hati gak walaupun tak macam semalam. Sekarang pukul 11.55 laporan untuk 15-2-2013.

backlink, blogging tips, Laporan Trafik iskandarX Society, Nuffnang, seo


is nak kena tingkat kan penanaman backlink2 kat website2 dan blog2 yang PR tinggi2 dengan lebih giat lagi supa trafik membanjiri blog is baru best, rasa nak kena bubuh baja sekali nie betul tak? Setakat tanam backlink je pun tak guna gak baik kita menanam sambil bubuh baja kat backlink kita tu.

backlink, blogging tips, Laporan Trafik iskandarX Society, Nuffnang, seo


Baja apa nak guna yerr? ahak nantikan is reveal kan pulak pasal baja nie lain hari ok? Tapi is pening sikit tracker Nuffnang kasi tau 3k less tapi is tengok kat Google Analytic 3k above isk isk isk mana satu nak declare is harap saper jua yang spy entri is nie boleh pertimbangkan lah sewajarnya yang mana satu nak pakai ok?

Bagaimanakah untuk dipilih serta mendapat Sponsored Post/Advertorial?



Bagaimanakah, untuk, dipilih, serta, mendapat, Sponsored Post, Advertorial, Nuffnang,


Aku Berlindung Dengan Nama Allah S.W.T Daripada Godaan Syaitan Yang Direjam, Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah S.W.T Dan Aku Bersaksi Bahawa Nabi Muhammad S.A.W Itu Pesuruh Allah S.W.T. Assalammualaikum W.B..T dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog iskandarX Society.

Ok setelah is send ticket dan inilah jawapan yang is terima, tapi is send dalam Bahasa Melayu, Apa yang diberitahu kepasa is ialah blog perlulah aktif serta menpunyai lebih seribu pelawat setiap hari, aktif bermakna update entri hari2 dan jangan la seminggu dua baru nak update sekali, serta pemilihan kepada Sponsored Post / Advertorial ini adalah sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada Advertiser iaitu client kepada Nuffnang itu sendiri jika dorang berkenan kat blog korang, Advertiser akan contact korang melalui Nuffnang.

Pihak Nuffnang hanya akan rekomen sahaja blog korang kepada Advertiser. Tapi is rasa bukan 1k UV je diperlukan nie sebab blog2 yang is tengok ada Sposored Post semuanya jumlah pelawat berbelas-belas K UV setiap hari. Kalau blog kita baru nak mencapai 1kUV alamat boleh makan asap je la. Takat performance blog is nie pun boleh makan asap gak nie ahak jom kita tanam backlink banyak2 lagi dan blogwalking dengan lebih giat lagi ok?

Takpayah sumpah-seranah, maki hamun atau kecewa, rezeki di Tangan Allah S.W.T, bila dah datang jangan lupa bersyukur ok?

G.NA Jawab Isu Bedah Untuk Besarkan Payudara



G.NA, Jawab, Isu, Bedah, Untuk, Besarkan, Payudara, Artis Korea, K-POP, Hiburan, Korea,


SEOUL, 14 FEB 2013: Penyanyi solo dari Korea Selatan, G.NA yang pernah datang ke Malaysia untuk mengadakan persembahan telah menggemparkan peminatnya apabila dilaporkan telah membuat pembedahan membesarkan payudaranya.

Bagaimanapun, menerusi program bual bicara terbitan MBC iaitu Golden Fishery-Radio Star yang disiarkan pada 6 Feb lalu, G.NA telah tampil menjelaskan mengenai gosip tersebut dengan ditemani Park Eun JI.

Selain mendedahkan mengenai isu besar payudara, G.NA turut ditanya sama ada isu tersebut menjejaskan imejnya atau pun tidak.

"Apabila saya search nama saya di internet, nama saya mesti dikaitkan dengan isu bedah dan besarkan payudara. Melihat keadaan itu, saya sudah tidak boleh tahan lagi. Saya merasa kecewa kerana ia tidak adil bagi diri saya," ujar G.NA.

Menyambung penjelasan, G.NA berharap peminat jangan percaya dengan gosip tersebut.

"Semua orang telah membuat tanggapan yang salah terhadap diri saya. Cerita yang mengatakan saya ke pusat pembedahan plastik sama sekali tidak tepat dan fitnah.

"Semuanya tidak betul. Semua wanita dalam keluarga saya mempunyai payudara yang besar secara semulajadi.

"Tiada satu antara mereka termasuk nenek dan mak cik saya mengambil pembedahan untuk besarkan payu dara," jelasnya.

Fazli Zainal Nafi Hadir Majlis Pertunangan Fizz Fairuz



Fazli Zainal, Nafi, Hadir, Majlis, Pertunangan, Fizz Fairuz, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 15 FEB 2013: Penyanyi, Fazli Zainal terkejut apabila dia dikatakan turut hadir sebagai rakan artis ketika majlis pertunangan pelakon Fizz Fairuz dan gadis Azlyn Massiela diadakan Kuantan Pahang pada 10 Februari lalu.

Fazli Zainal berkata dia terkejut kerana dia akui tidak berada majlis yang dimaksudkan walaupun sebelum ini rakannya, Fizz Fairuz itu pernah menyatakan hasratnya untuk bertunang.

"Saya memang tidak berada di majlis itu kerana saya sendiri tidak mengetahui mengenai pertunangan tersebut ," katanya mengulas dakwaan itu ketika dihubungi oleh murai.com.my petang tadi.

Sungguh pun begitu, Fazli memberitahu dia pernah diberitahu oleh Fizz hubungannya dengan Almy sudah berakhir 2 tahun lalu.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungannya dengan Azlynn walaupun dia pernah beritahu saya hubungan cintanya dengan Almy sudah putus sejak 2 tahun yang lalu," ceritanya lagi yang tidak berniat untuk mengulas lebih lanjut.

Sebelum ini, ramai yang menyangka hubungan Fizz dan Almy masih baik dan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta, bagaimanapun sangkaan itu meleset selepas Fizz mengikat pertunangan dengan wanita lain baru-baru ini.

Fazli kini sedang sibuk memenuhi undangan nyanyian untuk majlis penyampaian sumbangan BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) di beberapa lokasi di seluruh Malaysia.

Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit Sudah Melebihi RM4.28j



Husin, Mon, Dan, Jin, Pakai, Toncit, Sudah, Melebihi, RM4.28j, Artis Malaysia, Filem Malaysia, Movie, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 15 FEBRUARI 2012: Genap seminggu menemui peminat filem tempatan, Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dilihat meraih sambutan yang menggalakkan melalui hasil kutipan terkini yang difahamkan sudah melebihi RM 4.28j.

Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd ini merupakan sambungan atau sekuel kepada karya arahan Mamat Khalid yang mencetuskan fenomenanya tersendiri iaitu Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Hantu Kak Limah Balik Rumah yang ditayangkan pada tahun 2010 telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM 7.9j dan menjadi salah satu filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang setahun tersebut.

Melihat kepada corak kutipan dan sambutan daripada peminat filem tempatan kini, Husin, Mon & Jin Pakai Toncit mempunyai peluang cerah untuk mengulangi kejayaan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Dengan jalan cerita berkaitan isu-isu semasa serta lengkap dengan pengisiannya yang tersendiri, Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit mempunyai keistimewaan yang mungkin tidak ada pada filem-filem tempatan lain.

Bagi mereka yang belum menonton Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit, anda masih berpeluang menontonnya di seluruh pawagam di seluruh negara.

Pandu Kereta Porsche, Syakirin Nafi Dibela Datuk



Pandu, Kereta, Porsche, Syakirin, Nafi, Dibela, Datuk, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 15 FEB 2013: Penyampai berita Buletin Awani, Syakirin Hussnal, 24, yang juga personaliti baru Astro didikan Datuk Aznil Hj Nawawi tergamam tatkala disoal mengenai kereta Porsche yang dipandunya ke majlis penghargaan media bersama wajah personaliti baru Astro di Hotel Hilton, KL Sentral, petang semalam.

Bagaimanapun, anak sulung daripada lima beradik ini mengakui kereta itu bukan miliknya tetapi milik kenalan lelaki yang masih lagi dirahsiakan identitinya.

"Ya, saya memang memandu kereta itu. Dia milik seseorang yang saya kenali. Dia seorang lelaki. Nombor Plat kereta tersebut dari Kelantan tapi saya rasa masih belum sedia untuk menjelaskan siapakah dia orangnya.

"Saya masih lagi single. Saya belum berkahwin atau pun bertunang. Terus-terang, saya tidak dibela golongan VIP atau pun Datuk. Sebaliknya, saya masih lagi dibawah jagaan mak dan ayah saya.

"Nanti dululah. Saya belum bersedia untuk ulas lebih tentang hal ini. Apabila masa sesuai tiba, saya akan jelaskan nanti," katanya kepada murai.com.my.

Berkongsi cerita mengenai karier sebagai penyampai berita, Syakirin gembira baru saja dilantik sebagai jurucakap Youth Project dari NGO.

"Alhamdulillah, saya baru saja dilantik sebagai jurucakap untuk projek bernama Change Engineered. Saya dilantik sejak Januari 2013.

"Setakat ini saya masih belum buat apa-apa lagi untuk projek ini. Perbincangan baru saja dimulakan tetapi saya baru saja sah dilantik," jelasnya.

Sebaik saja tamat program On-Air, Syakirin pernah berpasangan dengan Aril Pilus sebagai pengacara untuk program K-Popnya Raya. Sebelum sertai program On Air, Syakirin telah menyambung pelajar di Korea Selatan selama empat tahun.

Penyanyi Aishah Belum Pasti Lagi Bertanding PRU 13



Penyanyi, Aishah, Belum, Pasti, Lagi, Bertanding, PRU 13, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 15 FEB 2013: Pelantun lagu Janji Manismu, Aishah pernah mengejutkan peminatnya tahun lalu apabila gambar dia melibatkan diri dengan kempen Bersih 2.0 tersebar luas di internet.

Kini, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Arifin, 48, diberitahu bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum 13 (PRU13). Bagaimanapun, menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Aishah menyifatkan perkara tersebut hanya spekulasi daripada pihak tertentu saja.

Maklum balas tersebut dinyatakan Aishah sebaik saja ada sumber memaklumkan bahawa penyanyi berkenaan bakal menjadi artis pertama negara bergelar Yang Berhormat (YB) berikutan dia akan diletakkan bertanding dalam PRU13.

Dalam pada itu, penyanyi terbabit yang juga ahli sebuah parti politik berkata, beliau hanya menyedari perkara itu hangat diperkatakan tatkala tarikh menjelang PRU yang semakin hampir.

"Setakat ini, saya belum mendapat kepastian mengenai pencalonan itu dan beranggapan ia hanyalah khabar angin. Lebih baik tunggu Parlimen dibubarkan dulu, barulah boleh ada kata putusnya.

"Saya tidak pernah mengharapkan bergelar calon sebaliknya menyedari timbulnya cakap-cakap orang mengenai penamaan berkenaan.

"Sebelum ini ramai yang bercakap mengenai perkara ini, tetapi tidak tahulah, tunggu dan lihat saja," ujarnya.

Menjawab persoalan sama ada dia berminat untuk bertanding seandainya diberi peluang, Aishah akan memikirkannya terlebih dahulu kerana tanggungjawab memimpin adalah sesuatu yang sukar.

"Kalau ada peluang, saya akan berfikir tindakan selanjutnya. Kena Solat Istiqarah dan kena tahu sama ada masyarakat akan menerima atau sebaliknya," jelasnya.

Sementara itu, Aishah yang telah di masukkan ke Hospital Ampang Puteri sejak tiga hari lalu akibat demam panas meminta artis yang telah berhijrah tidak menghentam individu lain sebaliknya istiqamah dalam menambah ilmu.

Shila Amzah: Sharnaaz Putus Asa, Saya Kena Move On!



Shila Amzah, Sharnaaz, Putus, Asa, Saya, Kena, Move, On, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Penyanyi Shila Amzah akui bahawa bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad sudah tidak mampu lagi untuk mempertahankan hubungan cinta mereka dan atas sebab itu, dia harus memandang ke hadapan untuk meneruskan kerjaya dan kehidupannya.

"Sharnaaz gave up,he couldn't stand any longer..I guess I will just have to move on," katanya kepada salah seorang wakil murai.com.my.

Shila Amzah berkata demikian selepas Sharnaaz Ahmad mengambil keputusan untuk melupakan kisah cinta mereka selepas usahanya untuk melamar penyanyi lagu Patah Seribu itu mendapat tentangan serta halangan daripada ayah Shila, ND Lala.

Kemelut di antara Sharnaaz Ahmad dan ND Lala berlanjutan selama 2 bulan sampai ke kemuncaknya apabila ND Lala mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar Harian Metro meminta supaya Sharnaaz tidak bersikap memandai-memandai serta kurang ajar apabila mengeluarkan kenyataan untuk melamar anak perempuannya biarpun dihalang oleh ND.

Ekoran daripada itu Sharnaaz Ahmad di dalam portal murai.com.my meminta supaya ND Lala tidak memusingkan cerita dan meminta supaya penyanyi lagu YB itu supaya berdepan dengannya untuk menyelesaikan perkara ini secara diplomasi.

Kecewa dengan tindakan bapa dan bekas kekasihnya itu, Shila dilaporkan telah membawa diri di suatu tempat untuk mencari ketenangan buat seketika. Malah, dia juga turut memuatnaik kenyataan maafnya terhadap ibubapanya di dalam youtube dan mengakui rindu terhadap mereka dan sejurus selepas itu, Shila membawakan lagu Ombak Rindu sambil memetik gitarnya.

Selepas menyepikan diri buat seketika, Sharnaaz pula telah mengeluarkan kenyataan di Utusan Malaysia menyatakan bahawa dia sudah tidak mahu ambil peduli lagi tentang Shila dan keluarga bekas kekasihnya itu.

Ahmad Idham: Syamsul Tak Ganggu Arahan Gangster Celop



Ahmad Idham, Syamsul, Tak, Ganggu, Arahan, Gangster Celop, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 15 FEB 2013: Meskipun filem Gangster Celop yang akan mula ditayangkan pada 21 Februari ini merupakan gabungan konsep di antara filem KL Gangster terbitan Skop Productions dengan Mael Lambong (Excellent Pictures), namun filem itu hanya diarahkan oleh seorang pengarah saja iaitu Ahmad Idham.

Ahmad Idham berkata, dia gembira kerana diberi kepercayaan sepenuhnya oleh penerbit Skop Productions iaitu Datuk Yusof Haslam serta pengarah asal filem KL Gangster, Syamsul Yusof untuk menghasilkan skrip dan mengarah filem bergenre aksi komedi berkenaan.

"Saya berasa bangga apabila Datuk Yusof Hasalam sendiri memberi kepercayaaan kepada saya untuk menghasilkan skrip sekaligus mengarahkannya. Lagipun saya hanya menggabungkan konsep daripada kedua-dua filem daripada dua produksi yang berbeza.

"Saya tiada masalah untuk mengarahkannya secara sendirian kerana saya yang menyiapkan skripnya. Malah Shamsul tidak menganggu langsung hal-hal yang berkaitan dengan pengarahan kerana dia sendiri memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk melakukannya.

"Cuma dia ada memberi sedikit input untuk menguatkan lagi konsep filem Gangster Celop ini. Saya juga selesa bekerjasama dengannya, bahkan dia sendiri meminta saya untuk menegurnya dan mengajarnya untuk membawakan watak komedi di dalam filem ini," katanya kepada murai.com.my baru-baru ini.

Selain Syamsul Yusof, filem yang merupakan hasil kerjasama dua syarikat produksi filem Melayu tempatan itu turut dibintangi oleh Kamal Adli, Hanis Zalikha, Azad Jazmin, Yus Jambu dan ramai lagi.

Sementara itu, Datuk Yusof Haslam pula memberitahu kerjasama itudisifatkannya sebagai sangat menarik kerana dari dulu lagi dia amat meminati karya Ahmad Idham dan percaya bahawa sentuhan karyanya dapat memberi suatu suntikan yang segar untuk filem tersebut.

"Saya sendiri tidak mencampuri urusannya ketika menghasilkan skrip dan pengarahan Gangster Celop, ternyata dia berjaya menyiapkan filem ini dengan menepati masa serta menggunakan bajet yang sedia ada.

"Lagipun genre komedi adalah antara kepakaran Ahmad Idham dan saya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepadanya untuk menghasilkan filem kerjasama ini dari segi skrip serta pengarahan," jelasnya.

Gangster Celop yang menelan kos sebanyak RM1.7 juta secara ringkasnya mengisahkan mengenai Aman (Kamal Adli) dan Adam ( Syamsul Yusof) yang baru dibebaskan dari penjara. Ingin keluar dari dunia gangsterisme mereka telah ditugaskan untuk menjaga Suzana (Hanis Zalikha) anak kepada Mat Jambu (Yus Jambu), ketua kumpulan gangster yang dianggotai mereka.

Dalam masa yang sama, pertelingkahan merebut kawasan di antara Mat Jambu dan Man Cirit ( Azad Jazmin) semakin kritikal, sehingga melibatkan Suzana, Aman dan Adam. Bagi mengetahui kesudahan kisah mereka, saksikan Gangster Celop di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Februari ini.

Ucapan Tahniah Astro Buat Datuk Aznil Hj Nawawi



Ucapan, Tahniah, Astro, Buat, Datuk Aznil Hj Nawawi, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI 2013: Tanggal 1 Februari lalu, bersamaan Hari Wilayah, pengacara dan pelakon terkenal tanah air, Aznil Hj Nawawi yang juga merupakan wajah sinonim dengan Astro telah diberi penghormatan yang membawa gelaran 'Datuk' kepadanya.

Datuk Aznil Hj Nawawi, 51, telah dianugerahkan gelaran Panglima Makhota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

Kejayaan Aznil ini telah diikitraf pihak Astro yang mengucapkan tahniah kepada Aznil yang juga merupakan Timbalan Presiden & Ketua Duta On Air Talent di dalam Astro.

Penglibatan Aznil dalam industri hiburan sudah menjangkau lebih 23 tahun dan beliau telah memenangi pelbagai anugerah terutamnya dalam bidang pengacaraan. Gaya dan perwatakan Aznil yang bersahaja dan spontan bukan sahaja menarik perhatian ramai malah telah berjaya memenangi hati jutaan rakyat Malaysia.

Acap kali digelar sebagai pengacara no 1 Malaysia, Aznil berkata beliau amat terharu dengan penghargaan ini dan menambah: "You made me, who am I today" (anda yang menjadikan siapa saya sekarang)

Tahniah Datuk Aznil Hj Nawawi dan semoga terus berjaya dari Astro.

Nashrin Bertunang Dengan Kawan Sekolah Bernama Farah!



Nashrin, Bertunang, Dengan, Kawan, Sekolah, Bernama, Farah, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Penyanyi lagu Fobia Cinta, Nashrin menafikan dakwaan bahawa dia cuba menyembunyikan statusnya yang kini sudah pun menjadi tunangan orang. Sebaliknya, Nashrin yang baru saja berhenti daripada bekerja dengan sebuah bank di Pulau Pinang memberitahu dia sudah pun 4 bulan mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya yang bernama Farah.

"Ya. Saya memang sudah bertunang. Tunang saya bukan model. Dia hanyalah orang biasa yang bekerja di syarikat insurans di Pulau Pinang. Dia adalah teman sekolah saya. Saya kenal dia sejak kecil lagi.

"Kalau hendak diikutkan, saya sudah lama tidak berjumpa dengan dia. Selepas berjumpa semula, saya merasakan dia sesuai untuk menjadi suri dalam hidup saya. Sebab itulah saya bertunang dengan dia.

"Saya tidak tahu nak kata sebab utama saya bertunang dengan dia. Apa yang saya tahu, bila sudah sampai waktu, saya pun bertekad untuk bertunang dengan dia yang sebaya dengan saya iaitu 24 tahun," katanya kepada murai.com.my.

Bercerita mengenai pertunangannya itu, Nashrin telah pun sah bertunang dengan Farah sejak November 2012 dan majlis tersebut hanya diadakan secara kecil-kecilan saja.

"Tiada kenalan artis pun hadir di majlis tunang saya. Lagipun, saya hanya buat secara kecil-kecilan saja. Kami bertunang di Pulau Pinang. Hanya saudara mara terdekat saja yang hadir.

"Waktu itu juga saya masih lagi bekerja di bank. Sekarang ini, baru sebulan saya berhenti bekerja. Saya pun sudah menetap di Kuala Lumpur sepenuhnya. Alhamdulillah, selepas bertunang tiada apa yang berubah kecuali saya lebih berhati-hati dengan kehidupan yang saya lalui sekarang. Saya juga merasakan lebih mudah bergerak berbanding dulu," jelasnya.

Menyangkal dakwaan bertunang untuk menutup tohmahan yang mengatakan dia seorang lelaki buaya darat, Nashrin dengan tegas menepisnya.

"Saya bertunang bukan sebab gosip itu. Saya juga bukan playboy. Sekarang saya lebih senang. Ibarat orang kata, saya sudah cuci tangan sikit. Saya juga sudah sign kontrak dengan label baru iaitu Hikayat Records. Insya-Allah, akhir bulan ini saya akan muncul dengan single terbaru. Tajuknya masih belum ada lagi.

"Lagu ini adalah hasil ciptaan Kunci Demak. Alhamdulillah, peminat merestui pertunangan saya. Kalau ada fans yang kecewa pun saya tahu mereka akan buat-buat tak kecewa," ujarnya.

Almy Nadia Tak Tahu Niat Sebenar Fizz Fairuz



Almy Nadia, Tak, Tahu, Niat, Sebenar, Fizz Fairuz, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Pelakon, Almy Nadia, 27, akui tidak tahu menahu mengenai pertunangan Fizz Fairuz dengan gadis bernama Azlyn Massiela dan hanya mengetahui perkara tersebut daripada pihak lain.

Namun, Almy Nadia berkata, dia belum bersedia untuk memberi sebarang komen kepada pihak media mengenai pertunangan aktor tersebut kerana tidak mengetahui tindakan dan niat sebenar pelakon Hantu Kapcai itu.

"Buat masa ini, saya tidak akan menjawab apa-apa mengenai Fizz Fairuz atau pertunangannya itu kerana ada pihak yang sedang memerhati kesalahan dan kenyataan yang saya keluarkan.

"Jika media benar-benar mahu jawapannya, lebih baik cari Fizz dan tanyakan sendiri perkara ini kepada dia kerana saya sendiri tidak tahu niat sebenar Fizz berbuat demikian. Lagipun saya sendiri dapat tahu perkara ini daripada orang lain," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Foto-foto pertunangan Fizz Fairuz sudah tersebar beberapa hari lalu selepas dia dikatakan telah pun bertunang dengan Azlyn Massiela di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan Pahang pada 10 Februari 2013.

Sebelum ini, ramai yang menyangka hubungan Fizz dan Almy masih baik dan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta, bagaimanapun sangkaan itu meleset selepas Fizz mengikat pertunangan dengan wanita lain baru-baru ini.

Tidak mampu meluahkan perasaannya ketika ini, namun menurut Almy dia bersyukur kerana mampu menghadapi dugaan tersebut bersama dengan orang-orang tersayang yang sentiasa menyokongnya.

"Ramai yang datang kepada saya bersedih dan menangis kerana bersimpati atas apa yang terjadi dan saya sendiri tidak mampu hendak berkata apa-apa kerana saya akui begitu besar dugaan Tuhan kepada saya kali ini.

"Namun alhamdulilah, saya bersyukur kerana ada keluarga dan rakan baik dan rapat yang sentiasa bersama saya untuk memberi semangat dan sokongan dalam apa jua bentuk," jelasnya.

Pun begitu, Almy memberitahu dia tetap mendoakan yang terbaik untuk Fizz Fairuz..

"Saya akan bersuara jika Fizz tampil menjelaskan segalanya terutama jika ia melibatkan saya. Jika tidak, saya pun tidak mahu menggangu tunangan orang. Apa yang boleh saya cakap, saya hanya mendoakan yang baik-baik sahaja kepadanya semoga dia berbahagia," luahnya lagi.

Almy Nadia yang baru sahaja selesai menjalani rakaman untuk program game show terbaru TV3, Woot Woot itu sedang menjalani penggambaran drama bersiri Cermin Kasih Amirah untuk siaran RTM.

Warga Singapura Berpeluang Sertai Raja Lawak 7!



Warga, Singapura, Berpeluang, Sertai, Raja Lawak 7, Artis Malaysia, Artis Singapore, Hiburan, Malaysia, Singapore


KUALA LUMPUR, 15 FEB 2013: Selepas menobatkan kumpulan Shiro sebagai juara Raja Lawak musim ke-6, program pencarian pelawak nombor satu Malaysia, Raja Lawak 7 (RL7) kembali dengan konsep yang lebih menarik.

Masih mengekalkan Jozan (Johan dan Zizan) sebagai pengacara, RL7 telah memansuhkan konsep Cif Besar dan Cif Kecil tetapi masih mewujudkan tenaga pengajar untuk peserta.

Tambah menarik lagi, RL7 menawarkan wang tunai RM100,000 sebagai hadiah utama dengan membuka peluang penyertaan kepada rakyat Singapura.

Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai berkata, uji bakat kali ini akan dijalankan secara berbeza untuk mencari peserta yang betul-betul bersedia.

""Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini yang menggunakan format bebas, untuk Raja Lawak Musim Ke-7 ini, perserta akan diberikan tema tertentu sebelum memulakan ujibakat.

"Enam tema yang akan diberikan untuk peserta adalah Tiru Watak Filem', 'Kisah Cinta', 'Tabiat Rakyat Malaysia', 'Kalau Aku' dan 'Kisah Seram', dan dengan cara ini, peserta diharap akan lebih bersedia serta dapat memberikan persembahan terbaik," katanya.

Sungguhpun masih merahsiakan lagi -nama-nama barisan juri tetap RL7, siri penjelajahan uji bakat RL7 bakal memulakan pencariannya pada 16 Februari ini di Izora Hotel, Pulau Pinang.

Selain Pulau Mutiara, uji bakat RL7 kali ini telah memilih empat lagi lokasi iaitu Kuantan, Sabah, Johor Bahru dan Selangor.

Penyertaan dibuka kepada warganegara Malaysia dan Singapura yang berumur 18 hingga 45 tahun pada 15 Februari 2013. Waktu uji bakat bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang di lokasi yang telah ditetapkan.

Raja Lawak Musim 7 akan disiarkan secara serentak di Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (Saluran 134) dan ERA fm (103.3 fm) selaku radio rasmi.

Tarikh dan Lokasi Uji Bakat

16 & 17 Feb- Izora Hotel, Pulau Pinang
23 & 24 Feb- Berjaya Megamall, Kuantan
2 & 3 Mac -1 Broneo, Kota Kinabalu, Sabah
9 & 10 Mac- Plaza Angsana, Johor Bahru
16 7 !7 Mac- SACC Mall, Shah Alam, Selangor

Sertai Tabligh, Pierre Andre Tunang Dengan Model



Sertai, Tabligh, Pierre Andre, Tunang, Dengan, Model, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Setelah dikejutkan dengan berita pelakon Fizz Fairuz yang bertunang tetapi bukan dengan pelakon Almy Nadia, industri hiburan tempatan menerima berita gembira apabila Pierre Andre mengumumkan yang dia sudah pun bertunang dengan seorang model tempatan.

Malah, pelakon dan pengarah muda ini sedikit pun tidak berniat untuk menyembunyikan berita pertunangan itu yang telah diadakan pada Sabtu lalu dengan hanya dihadiri ahli keluarganya sahaja.

Difahamkan, anak kepada pelakon Khatijah Tan ini telah mengambil keputusan bertunang dengan gadis pilihannya bernama Siti Nurhidayah Hashim, 25, selepas menyulami cinta selama lapan bulan.

Tunang Pierre berasal dari Johor Bahru merupakan seorang model sambilan dan 9 Februari lalu adalah hari pertunangan mereka.

"Saya kenal dengan dia sebelum saya sertai tabligh lagi. Selepas kenal lebih dekat, saya mengambil keputusan untuk segera berkahwin dengannya.

"Saya merancang untuk bernikah pada September nanti. Bagaimanapun, sebolehnya saya ingin mempercepatkan tarikh nikah pada Jun ini," ujarnya.

Setelah berhijrah dengan imej berjambang dan berjubah, Piere merasakan dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami selepas mendalami ilmu agama.

"Hijrah saya bukan ke arah ekstrem sehingga menyalahkan orang lain. Sebaliknya, saya masih melalui kehidupan seperti biasa dan terus aktif dalam bidang seni.

"Fokus saya kini lebih terarah pada bidang pengarahan dan penulisan skrip. Saya akan lebih memilih terhadap tawaran berlakon.

"Jika boleh, saya akan mengelakkan untuk berlakon babak pegang tangan mahupun atas katil. Bersesuaian dengan imej saya yang terbaru ini, saya mahu terbabit dengan program Islamik," katanya.

Dalam pada itu, Pierre bakal muncul sebagai pengacara dalam satu program realiti bersama Astro Oasis.

"Saya mahu bimbing isteri saya ke arah kehidupan mengikut tuntutan agama. Sehingga kini, masih ada peminat yang terkejut melihat perubahan saya.

"Apa yang saya lakukan bukanlah perubahan mendadak. Saya bersyukur kerana terus mendapat sokongan peminat.

"Saya mengikuti kumpulan tabligh tiga kali sebulan dan pada masa yang lain, saya pakai seluar jeans dan baju T," jelasnya.

Dato` Siti Nurhaliza Rasa Lengkap Setelah Berhijrah



Dato` Siti Nurhaliza, Rasa, Lengkap, Setelah, Berhijrah, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Zamri Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 15 FEB 2013: Kemunculan Dato' Siti Nurhaliza di majlis sidang media "Memori Indah Bersama Datuk Siti Nurhaliza" sempena Minggu Setiausaha di Hotel Royale Chulan semalam memang amat dinantikan ramai pihak. Penyanyi hebat tersebut telah tampil di sidang media sempena Minggu Setiausaha setelah berhijrah yakni bertudung litup pada tanggal kelahirannya pada 11 Januari 2013 yang lalu.

Dato' Siti Nurhaliza, 34, menjelaskan bahawa dia kini merasa lega apabila hajatnya untuk berhijab penuh telah berjaya direalisasikan. Niat sucinya itu tercetus sesudah dia dan suami, Dato` Khalid mohd Jiwa atau Dato` K pulang daripada mengerjakan ibadah Haji beberapa tahun yang lalu.

"Dah lama Siti memasang niat untuk bertudung penuh tetapi disebabkan komitmen kerja, Siti cuba sempurnakan ia secara perlahan-lahan. Siti juga terpaksa ambil sedikit masa untuk tunaikan niat tersebut.

"Semua umum pun tahu yang Siti bukan sahaja perlu menyanyi malah menari dan pelbagai lagi. Jadi untuk bertukar atau berhijrah, ia memerlukan masa dan waktu yang sesuai untuk melakukannya. Alhamdulilah, pada harijadi Siti yang ke-34 bulan lepas, atas doa daripada semua, akhirnya telah sampai masanya untuk Siti berhijrah.

"Secara kebetulan, hari tersebut pula jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari dan berdekatan dengan Maulidur Rasul,"ceritanya mengenai titik tolak permulaan untuk bertudung litup.

Setelah berhijrah, Dato' Siti Nurhaliza mengakui merasakan lebih lengkap dengan imej terbaru itu. Walaupun begitu, penyanyi tersebut tetap berharap masyarakat umum akan dapat melihat dirinya sebagai seorang penyanyi yang mempunyai komitmennya tersendiri.

"Kalau cakap pasal perasaan, Siti merasakan ianya sudah lengkap dan tercapailah niat Siti selama ini untuk bertudung penuh. Siti menghargai setiap saat serta pengalaman yang dilalui ketika sebelum pakai tudung, berselendang dan kini bertudung penuh.

"Tetapi Siti tahu Siti masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki walaupun sudah bertudung penuh. Siti masih akan menyanyi dan membuat persembahan kerana ianya berkaitan dengan komitmen kerja. Sebab itu Siti katakan, walaupun Siti sudah bertudung. namun masih ada lagi kekurangannya dan berharap Siti akan dapat memperbaikinya sedikit demi sedikit.

"Selebihnya Siti hanya mengucapkan syukur Alhamdulillah apabila hajat yang diimpikan selama ini telah tercapai,"tambahnya lagi.

Dia turut diminta mengulas tentang stail tudung yang digayakannya kini akan menjadi ikutan serta trend buat mereka yang berhijab, namun dia tidak mempunyai perancangan untuk mengeluarkan sebarang tudung dibawah jenama namanya.

"Ada yang minta Siti buat tutorial mengenai cara pemakaian tudung Siti yang sekarang ini. Tiada cara khusus sebenarnya, jika ada yang berminat boleh menghubungi pereka fesyen Siti untuk mendapatkannya.

"Siti pun belum terfikir untuk mengeluarkan sebarang koleksi tudung seperti tudung Siti Nurhaliza buat masa ini,"ulasnya mengenai trend pemakaian tudungnya yang dijangkakan bakal menjadi ikutan.

Dato` Siti Nurhaliza Akui Sukar Jadi Suri Rumah



Dato` Siti Nurhaliza, Akui, Sukar, Jadi, Suri, Rumah, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Zamri Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Kecelakaan jalanraya yang melibatkan ahli perniagaan Dato` Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Dato`K telah menuntut isterinya iaitu penyanyi tersohor, Dato` Siti Nurhaliza untuk memberi sepenuh perhatian terhadap suami yang tercinta itu.

Walaupun Dato` K kini sudah pulang dan berehat di rumah, namun Dato' Siti sanggup mengenepikan aktiviti nyanyiannya untuk sementara waktu bagi memberi keutamaan terhadap lelaki yang telah sekian lama menjadi pasangan hidupnya itu.

Buat masa ini, Dato` K masih lagi menerima rawatan sehingga penghujung Mac ini dan Dato' Siti dijangka kembali aktif menyanyi bermula April ini.

Perkara ini dikongsi Dato' Siti ketika menjawab pertanyaan para wartawan yang ingin mendapatkan gambaran lanjut tentang kesihatan suami penyanyi tersebut. Penyanyi yang baru menjengah usia 34 tahun pada 11 Januari lalu telah ditemui pada sidang media : Memori Indah Bersama Dato`Siti Nurhaliza" di Hotel Royale Chulan, semalam.

"Bila bercuti lama, Siti dapat menjalankan tanggungjawab sebagai surirumah seperti memasak dan semestinya menjaga suami, itu bukan satu perkara mudah. Siti bersyukur dan berbesar hati kerana dapat memberikan fokus kepada suami yang sakit dan memang perlu untuk Siti berada bersamanya untuk memberi semangat dan sokongan.

"Alhamdulillah, kecederaan Dato` K tidak terlalu serius dan kini dia boleh berjalan seperti biasa. Dia hanya perlu mengikuti rawatan fisioterapi terutama sekali di bahagian tangan yang belum benar-benar pulih.

"Insya Allah pada penghujung Mac, kesihatan Dato` K dijangka akan beransur pulih setelah menjalani rawatan tersebut dan kerana itu Siti membuat keputusan untuk kembali bekerja bermula April nanti,"ujar Dato' Siti Nurhaliza kepada murai.com.my pada sidang media sempena Minggu Setiausaha tersebut.

Lebih kurang 3 bulan pelantun lagu Bukan Cinta Biasa ini berehat demi tanggungjawabnya sebagai isteri. Istimewanya Memori Indah Bersama Dato`Siti Nurhaliza sempena Minggu Setiausaha di Hotel Royale Chulan pada 11 April nanti merupakan pembuka tirai persembahan pertama Dato' Siti untuk tahun ini dan satu-satunya undangan yang dijayakannya untuk Minggu Setiausaha.

"Setelah lama berehat, Siti memerlukan perancangan yang rapi dan latihan bagi menjadikan persembahan yang juga kemunculan semula Siti berjalan dengan lancar. Seperti biasa, Siti suka tampil dengan pelbagai konsep namun bagi persembahan di Hotel Royale Chulan ini,Siti belum memikirkan konsep untuknya. Cuma Siti akan cuba memberi variasi seperti gabungan lagu-lagu Siti dan lagu-lagu popular lain.

"Yang bakal menambahkan lagi keistimewaan majlis ini, majikan dan setiausaha terpilih akan mendapat hadiah berupa barangan milik peribadi Siti...,"cerita penyanyi tersohor negara tersebut mengenai persembahan pertamanya pada tahun ini.

Putus Cinta Dengan Shila, Sharnaaz Tak Mahu Komen



Putus, Cinta, Dengan, Shila, Sharnaaz, Tak, Mahu, Komen, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 13 FEB 2013: Seperti semua sedia maklum hubungan pasangan Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah kini ibarat retak menanti belah selepas berlakunya perbalahan di antara pelakon Juvana itu dengan bapa kekasihnya, ND Lala.

Malah dalam kenyataan Sharnaaz kepada media sebelum ini, dia sendiri telah memberi pembayang bahawa hubungan mereka seperti sudah berakhir. Bagi mendapat jawapan yang sahih mengenai hubungan mereka, portal murai.com.my telah berjaya menghubungi Sharnaaz sendiri sebentar tadi.

Namun malangnya, Sharnaaz sendiri tidak mahu memberi sebarang komen lagi mengenai hubungan mereka.

"Pasal Shila, saya tak mahu komen," jawabnya ringkas yang tidak mahu mengulas lanjut.

Ditanya lagi apakah benar mereka sudah putus cinta, sekali lagi Sharnaaz berkata: "Saya tidak mahu komen...saya tidak mahu komen!'.

Hubungan percintaan mereka dilihat tegang selepas ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan berkenaan.

Sementara itu, Shila pula kemudian memuat naik rakaman luahan hatinya yang sedang kesedihan sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu, dalam laman YouTube baru-baru ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan