Cari Artikel

Thursday, February 14, 2013

Laporan Trafik iskandarX Society 14-2-2013


backlink, blogging tips, Laporan Trafik iskandarX Society, Nuffnang, seo


Aku Berlindung Dengan Nama Allah S.W.T Daripada Godaan Syaitan Yang Direjam, Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah S.W.T Dan Aku Bersaksi Bahawa Nabi Muhammad S.A.W Itu Pesuruh Allah S.W.T. Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog is nie.

backlink, blogging tips, Laporan Trafik iskandarX Society, Nuffnang, seo


Ok, hari nie tepat pukul 11.55 is ss kan trafik untuk blog is tyracker daripada Nuffnang dan juga Google Analytic, nampak macam trafik dah mula accident merata tempat dengan kadar jumlah per hour 80-100 orang kalau boleh is nak jadikan trafik naik dari 200 - 600 lebih setiap jam insyaallah. Penat gila nak drive trafik nie mau rasanya is nak potong wire Search engine tu pastu sambung direct terus kat blog is nie. Mesti belambak trafik lepas tu kan?

backlink, blogging tips, Laporan Trafik iskandarX Society, Nuffnang, seo


Kenapa is publish haa trafik nie? Sebab is nak buat kajian dari segi seo, natural trafik, organic trafik, trafik ping dan sebagainya. is nak tau gak yang mna yang lebih efektif dan berkesan dan boleh lah kawan2 is semua pun mencubanya. Dengan draf trafik macam nie kalau boleh hari2 tapi setakat hari nie is dah cukup puas hati, ooyeeeahhhh, alhamdulillah.

backlink, blogging tips, Laporan Trafik iskandarX Society, Nuffnang, seo

Inilah Anak Kedua Angkasawan Negara, Sophea Natasha!



Inilah, Anak, Kedua, Angkasawan, Negara, Sophea Natasha, Dr Halina, Sheikh Muszaphar, Sheikh Muszaphar, Sheikh Muszaphar, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Dr.Sheikh Muszaphar, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor


KUALA LUMPUR, 13 FEB 2013: Sophea Natasha Binti Sheikh Muszaphar, itulah nama puteri kedua angkasawan negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang telah diumumkan secara rasmi menerusi blog peribadi isterinya, Dr Halina Mohd Yunos, pada hari semalam.

Selain berkongsi nama puterinya itu, Dr Halina turut menyelitkan beberapa keping gambar menarik puteri kecilnya itu sewaktu mereka menjayakan setu sesi fotografi oleh jurukamera Azmir Khalid.

Difahamkan sesi fotografi tersebut telah diadakan di kediaman pasangan ini dan ia juga merupakan kali pertama mereka merakamkan gambar keluarga bersama. Azmir Khalid juga merupakan jurukamera yang sama mengambil gambar puteri sulungnya, Bella sewaktu anak sulung mereka itu baru dilahirkan.

The Hobbit: Asal Usul Cincin Hikmat LOTR Bermula Di Sini



The Hobbit, Asal, Usul, Cincin, Hikmat, LOTR, Bermula, Di, Sini, an unexpected journey, hobbit, Hollywood, pelakon Hollywood, aktres Hollywood, ratu filem hollywood, ikon hollywood, artis hollywood, produksi hollywood, bintang hollywood


Filem:           The Hobbit: An Unexpected Journey
Pelakon:       Martin Freeman, Ian McKellen, Richard Armitage, Ken Stott, Graham McTavish, William
                     Kircher, james Nesbitt, Stephen Hunter.
Pengarah:      Peter Jackson
Penulis skrip: Fran Walsh, Philippa Boyens, Peter Jackson, Guillermo del Toro.
Genre:           Fantasi,Aksi, Drama, Pengembaraan

Sekali Imbas
Pengembaraan sekuel The Lord of The Rings sebenarnya bermula dari filem ini. Di sinilah puncanya kehadiran cincin hikmat sehingga membawa dunia makhluk bernama Hobbit menjadi perhatian ramai bersama pengembaraannya yang mencabar.

Ulasan Penuh
Seorang teman ada bertanya, adakah filem The Hobbit: An Unexpected Journey mampu menjadi Film Of The Year? Penulis agak kurang pasti dan seraya menjawab tidak.

Bagaimanapun apa yang sudah pasti, ianya bakal mendapat kutipan tertinggi kerana refleksi hebat daripada sekuel filem The Lord of The Rings (LOTR) terdahulu. Beberapa perkara menjadi batu pengukur mengapa filem arahan Peter Jackson ini agak kurang terkesan pada pandangan penulis.

Pertamanya kerana elemen aksi dan suspen yang diketengahkan filem ini agak kurang umph! atau membuatkan hati penulis kurang berdebar-debar menanti penyelesaian sesebuah pertarungan atau situasi tegang.

Memamg benar The Hobbit miliki beberapa babak aksi dan pertempuran, tapi mungkin kerana terlalu banyak elemen fantasi yang ingin diketengahkan telah menjadikan ritma suspen di dalamnya agak mudah dijangka. Tiada lagi 'element surprise'.

Faktor lain yang menjadikan The Hobbit kurang umph adalah kerana terlalu banyak ucapan dialog dibawakan oleh setiap watak utamanya.

Daripada satu-satunya watak hobbit itu sendiri iaitu Bilbo Baggins, Gandalf the Grey (ahli sihir) dan juga raja pewaris kerajaan orang kerdil, Thorin pengucapan dialog mereka kebanyakannya agak meleret dan ianya dilakukan semata-mata untuk meletak seberapa banyak info yang boleh kepada penonton.

Ucapan dialog yang terlalu panjang itu, membuatkan penulis berasakans eolah-olah sepertiseperti menonton filem Bollywood. Cuma yang tiada adalah lagu mendayu, panorama indah dan pakaian warna-warni silih berganti.

Pun begitu, dialognya yang meleret juga barangklai membuatkan penulis skrip filem ini menyedari bahawa perlunya pengisian yang berbentuk dengan elemen jenaka atau humor.

Ya, di sinilah letaknya kelebihan yang dimiliki oleh The Hobbit dan mereka berjaya membuat penonton tertawa, meskipun ada di antara penonton terlena tanpa sedar.

Namun begitu, penulis perlu akur, The Hobbit: An Unexpected Journey merupakan sekuel pembukaan yang memerlukan pengenalan bagi setiap karektor dan juga bagaimana terjadinya sesebuah situasi serta keadaan.

Jadi, mungkin itulah sebabnya terlalu banyak dialog diselitkan dalam filem ini.

Beberapa faktor lain mungkin melayakkan The Hobbit terus dipuja dan sekuel berikutnya adalah kemunculan pelbagai watak makhluk pelik yang menggerunkan lagi menjijikkan.

Kerana genre fantasi yang ada pada filem ini telah menjadikannya lebih mudah untuk memperkenalkan satu persatu watak makhluk pelik sambil berlatar belakangkan dunia setiap makhluk itu tanpa sebarang tanda tanya, mengapa dan bagaimana.

Jika salah satu episod The Lord of The Rings dulu, penonton telah diperkenalkan dengan pokok yang boleh berbicara dan hantu air yang menyebabkan serangan ombak, kali ini bersiap sedialah untuk bertemu dengan makhluk gunung batu.

Lihatlah bagaimana dua gunung batu atau hantu batu berlawan sesama sendiri sehingga menyebabkan Bilbo Baggins dan pasukan tentera puak kerdil terjerumus ke dalam gua yang membawa mereka bertemu dengan makhluk jijik bawah tanah.

Malah pada detik inilah, Bilbo Baggins telah dipertemukan dengan watak 'split-personality' iaitu Gollum yang menjadi punca bagaimana dia diperkenalkan dengan cincin hikmat dambaan ramai dalam The Lord of the Rings.

Sebagaimana judulnya 'An Unexpected Journey', filem ini membawa penonton menjelajah ke beberapa dunia lain iaitu beberapa dunia makluk jahat dan juga makhluk baik.

Melihat penjelajahannya yang sangat indah dan sungguh mencabar menjadikan penulis seakan tidak sabar untuk menanti kesinambungan The Hobbit. Bila agaknya? Kita tunggu saja.

Sinopsis
The Hobbit: An Unexpected Journey mengisahkan bagaimana kerajaan orang kerdil Erebor yang pada awalnya aman telah ditimpa serangan sang naga kejam, Smaug yang membinasakan kerajaan negara itu.

Penakhlukan itu membuatkan rakyatnya terpaksa berpindah ke kawasan lain yang lebih jauh, namun jauh di sudut hati mahu mendapatkan kerajaan itu semula.

Keadaan menjadi menarik apabila Bilbo Baggins telah terbabit secara tidak sengaja dalam pengembaraan bersama-sama pejuang Erebor yang diketuai pewaris kerajaan berkenaan, Thorin atas ajakan Gandalf the Grey.

Disitulah bermulanya pengembaraan penuh debaran dan aksi Bilbo yang sedikit demi sedikit telah dipertemukan dengan kehidupan dunia luar lebih mencabar dan cukup indah.

Tidak ketinggalan babak pertemuan Bilbo bersama Gollum yang tinggal du kawasan paling bawah pergunungan sehingga mempertemukan dia dengan cincin hikmat.

Bertunang Dengan Kekasih Lain, Fizz Fairuz Larikan Diri?



Bertunang, Dengan, Kekasih, Lain, Fizz Fairuz, Larikan, Diri, bertunang, dah bertunang, fizz bertunang, fizz bertunang dengan kekasih lain, fizz fairuz larikan diri, Almy Nadia, fizz fairuz anggap almy nadia kawan


KL, 13 FEB 2013: Terkejut Murai Batu bila dapat tahu pelakon Fizz Fairuz yang kita semua sedia maklum bahawa dia adalah kekasih kepada Almy Nadia kini sudah bertunang dengan wanita lain.

Mula-mula Murai Batu bagai tak percaya juga apabila diberitahu perkara ini, tetapi setelah melihat gambar-gambar yang tersebar di internet baru-baru ini, lebih-lebih lagi foto Fizz menyarungkan cincin ke jari manis seorang wanita dalam majlis tunang, barulah Murai Batu memperakuinya.

Menurut sumber, rupanya majlis pertunangan itu sudah pun berlangsung pada 10 Februari lalu di di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan Pahang. Lebih sahih lagi, wajah ibu kepada Fizz Fairuz juga turut ada sama di majlis pertunangan mereka yang tidak pernah diketahui media itu.

Murai Batu pun tak kenal siapa gadis itu tetapi menurut sumber katanya tunang yang berasal daripada Pahang itu bernama Azlyn Massiela. Adakah benar sebelum ini hubungan Almy Nadia dan Fizz sudah berakhir? Murai Batu masih terpinga-pinga sekarang ni tetapi dalam satu kenyataan Almy Nadia sendiri tidak mahu memberi sebarang komen dan mahu pihak luar sendiri menilainya.

Yang penting, ramai peminat yang terkejut dan membenci tindakan Fizz itu kerana sebelum ini mereka tertipu bahawa hubungannya dengan Almy masih baik seperti dahulu. Nak tahu kesahihannya, ramai pihak media termasuk rakan-rakan Murai di Murai Batu cuba menghubungi Fizz tetapi telefon bimbitnya tidak pernah dia nak angkat.

Kenapa Fizz mahu lari dan mendiamkan diri? Tak akan dia mahu orang ramai terus menuding jari kepadanya kerana dilihat seperti bersikap curang! Murai Batu harap Fizz tampillah kepada media untuk memberi kenyataan. Tidaklah ramai peminat yang marah atas tindakannya itu.

MURAIBATU: Tak sabar tunggu konsert Anuar Zain....

Shila Amzah Kini Pasrah, Mulakan Hidup Baru!



Shila Amzah, Kini, Pasrah, Mulakan, Hidup, Baru, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia, shila putus cinta, putus cinta, cinta, sharnaaz ahmad, sharnaaz ahmad maki shila amzah, artis, gosip


KL, 13 FEBRUARI 2013: Pening juga Murai Batu apabila mengikuti kisah percintaan adik Shila Amzah dengan pasangannya Sharnaaz Ahmad ni. Rasanya menjelang tahun baru ni, banyak betul isu yang berbangkit mengenai kisah percintaan mereka. Murai Batu lihat hubungan mereka mula tegang apabila ND Lala dalam kenyataanya kepada media dilihat tidak merestui langsung hubungan pasangan itu.

Selepas kedua-duanya tegang Shila pun mula berusara menerusi sepucuk suratnya yang memohon maaf bagi pihak Sharnaaz. Murai Batu ingat ianya sudah berakhir dan suarat itu telah melembutkan hati Sharnaaz.

Namun sangkaan Murai Batu meleset, Sharnaaz mula melenting dan dalam kenyataanya kepada media dia memberitahu bahawa dia telah pun membatalkan niatnya untuk merisik Shila sekaligus mahu melupakan kisah percintaan mereka.

Dalam keadaan yang tegang sebegitu, Shila pula muncul dengan sebuah video di laman YouTube apabila meluahkan kesedihannya dalam keadaan mata bengkak. Dia juga turut membawakan lagu Ombak Rindu dengan penuh sedu.

Kini, hubungan mereka masih lagi jadi tinggal tanda tanya. Walaupun Sharnaaz sudah memberi pembayang yang hubungan mereka seperti sudah berakhir, namun dalam sebuah artikel murai.com.my sebentar tadi, Sharnaaz sendiri tidak mahu memberi komen aoapbial ditanya benarkah hubungan cintanya dengan Shila Amzah sudah putus.

Terbaru! Murai Batu gembira apabila melihat semangat baru penyanyi ini apabila mula menulis di akaun Twitternya yang dia kini sudah pun dapat menerima keputusan bahawa hubungan mereka sudah tidak dapat diteruskan lagi.

Dalam tulisan di akuan Twitternya itu, Shila seperti pasrah dan mahu memulakan hidup yang baru;

"It's sad when someone can walk right by you and pretend you were never a big part of their life..

"New start,new life,new songs coming out...alhamdulillah:)

"Even if we can't be together in the end, But I'm grateful you were part of my life at one point. I wish you all the best,I'll pray for you:)

Baguslah, Murai Batu doakan semoga Shila Amzah tabah menghadapi semua dugaan.

MURAIBATU: Suratan atau kebetulan?

Pihak Publisis Minta Musnahkan Gambar Hodoh Beyonce!



Pihak, Publisis, Minta, Musnahkan, Gambar, Hodoh, Beyonce, gambar, Jurugambar, gambar, gambar panas, gambar, gambar, Beyonce, Beyonce, Beyonce, Beyonce, Beyonce, hodoh, artis, gosip, luar negara, panas, sensasi, kontroversi, selebriti, gambar diva


LONDON, 7 FEB 2013: Jikalau Murai Batu sebut nama penyanyi Beyonce, mesti ramai lelaki di luar sana menggambarkan dia seorang wanita yang seksi dan cantik. Malah, mengikut analisa Murai Batu sendiri, Beyonce sering saja tampil dengan imej anggun dan menawan baik dalam persembahan atau pun dalam aksi sesi fotografi.

Namun, Murai Batu terkesima apabila baru-baru ini pihak publisis Beyonce telah mengirimkan emel terhadap sebuah media online di Hollywood supaya memusnahkan gambar Beyonce yang disiarkan.

Dengarnya kiriman emel tersebut telah dihantarkan kepada seorang wartawan pada 5 Februari 2013. Difahamkan, gambar tersebut (gambar di atas) adalah gambar terbaru Beyonce ketika mengadakan sebuah konsert, baru-baru ini.

Disebabkan gambar tersebut kelihatan hodoh dan jelek, pihak pengurusan Beyonce telah meminta agar gambar tersebut tidak disiarkan lagi dengan menghantarkan memo bertulis kepada wartawan berkenaan.

Pun begitu, pihak pengurusan Beyonce nampaknya sudah tidak boleh membuat apa-apa lagi kerana gambar ini sudah meluas merebak. Walaupun media tersebut telah membuang gambar tersebut di lamannya tetapi banyak blogger telah memuat naik gambar itu di blog peribadi mereka.

Murai Batu mendapat tahu, berkemungkinan pihak pengurusan mahu gambar itu dimusnahkan bukan saja kerana ia nampak hodoh, tetapi dari gambar ini, pelbagai respon negatif terbit dan ia sedikit-sebanyak telah mencemarkan imej Beyonce.

Apapun, bagi Murai Batu, tidak semuanya cantik boleh nampak lawa sentiasa. Manusia diciptakan tidak sempurna. Sebab itulah manusia mempunyai akal bijaksana untuk menjadi cantik.

MURAI BATU: Kejayaan artis tidak terletak pada diri sendiri saja, mereka perlukan orang lain untuk membantu.

iskandarX*** eeeyyyuuu, Beyonce ke tu? Tobat Hodoh gila hahahahahaha.

Will Dan Kate Tidak Gembira Di Malaysia?



Will Dan Kate Tidak Gembira Di Malaysia, putera william, william, prince william, kate middleton, skandal, bogel, berbogel, artis, gosip, luar negara, panas, sensasi, kontroversi, selebriti


KL, 18 SEPT 2012: Biarpun sekejap sahaja persinggahan pasangan Diraja Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia, namun liputan yang diterima pasangan Diraja Britain ini bukan main meriah lagi. Malah, Murai Batu sendiri pun tak henti-henti melihat perkembangan mereka di internet.

Tetapi apa sudah jadi tentang ceritai gambar separa bogel Duchess of Cambridge itu? Sebuah majalah 'Closer' daripada Perancis telah menyiarkan gambar tersebut ketika pasangan ini sedang bercuti di Chateau D'Autet, kediaman milik anak saudara Ratu Elizabeth di negara itu sebelum mereka terbang ke Asia Tenggara.

Katanya foto ini tersebar pada pagi Jumaat lalu ketika mereka berada di Kuala Lumpur. Putera William dilaporkan marah dengan perkara ini dan ada khabar mengatakan sepanjang berada di Malaysia, dia tidak gembira kerana asyik memikirkan perkara yang telah memalukan isterinya dengan keluarga diraja Britain.

Lawatan ke Sabah juga katanya terganggu dek perkara yang memalukan ini. Pasangan ini dan 'entourage' nya telah berjaga sehingga lewat malam di negeri di bawah bayu itu untuk menyelesaikan perkara ini hingga Istana St James telah mengeluarkan kenyataan untuk menyaman majalah tersebut. Sepatutnya mereka menghabiskan masa melihat hutan dan pusat pemuliharaan Orang Utan di Lembah Danum.

Turut dilaporkan, Ratu Elizabeth juga menyuarakan perasaan tidak senangnya dengan perkara ini. Antara lain, dia menyifatkan perkara ini telah menceroboh hak peribadi pasangan itu dan penyebaran gambar ini tidak sepatutnya berlaku.

Hal ini menjadi isu besar kepada keluarga diraja ini kerana sebelum ini setiap pasangan kepada waris takhta Britain sentiasa mendapat perhatian seperti mana tragedi yang berlaku terhadap Puteri Diana. Ia disifatkan berpunca daripada sikap paparazzi yang tidak menghormati privacy ahli keluarga Diraja ini.

Susah juga menjadi perhatiankan? Semua benda nak kena jaga. Entah-entah nak korek hidung pun tak boleh. Nasib baiklah identiti Murai Batu masih dirahsiakan. Kalau orang tahu habislah Murai Batu. Semua pergerakan Murai Batu diperhatikan. Eh, popularkah? Oops!

MURAI BATU: Rasa-rasanya pasangan diraja di Malaysia ini ada tak macam ini? Yang belum kahwin dengan anak raja pun dah macam-macam jadinya.

Ibu Catriona Ross Meninggal Dunia, Mangsa Kemalangan



Ibu. Catriona Ross. Meninggal Dunia, Mangsa. Kemalangan, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 13 Feb 2013: Tepat jam 1 pagi tadi, ibu kepada pelakon Catriona Ross bernama Siti Zawiah Abd Rahman, 63, telah disahkan telah meninggal dunia selepas mengalami kemalangan jalan raya.

Berita ini disahkan Catriona yang baru saja tiba di kampung halamannya,Kota Bharu,Kelantan, petang tadi untuk menguruskan pengebumian jenazah.

Catriona berkata, ibunya mengalami kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Grik sewaktu dalam perjalan menuju ke Kedah dari Kota Bharu, Kelantan.

"Ibu saya hanya penumpang saja. Dia bersama rakan-rakannya menuju ke Kedah atas urusan perniagaan. 3 penumpang kereta itu meninggal dunia termasuk ibu dan pemandunya cedera parah.

"Ibu saya seorang yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit. Sewaktu menerima berita ini, saya berada di Kuala Lumpur. Insya-Allah, petang ini jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan, " katanya kepada murai.com.my dalam nada sedih.

Meneruskan penjelasan, anak sulung daripada tiga orang adik- beradik ini memberitahu ayahnya sekarang tidak berada di kampung sebaliknya dalam perjalanan pulang dari Rusia atas urusan kerja.

"Ayah saya iaitu Baharin Ross Abdullah, 61, dalam perjalanan pulang dari Rusia. Saya sudah dapat menghubunginya. Ayah pun selalu hubungi saya untuk mengetahui perkembangan lanjut.

"Ayah memang tidak sempat untuk kebumikan jenazah tapi kami sekeluarga selalu beritahu apa yang berlaku. Arwah ibu memang seorang yang sihat tapi mungkin dah tiba masa untuk Allah mengambilnya. Kami redha dan doakan agar rohnya berada di kalangan orang beriman," katanya.

Dalam pada itu, Catriona memberitahu kali terakhir dia berjumpa arwah ibunya semasa ibunya itu hadir ke Kuala Lumpur melawat dia sekeluarga.

"Ibu tidak ada meninggalkan sebarang tanda dia mahu pergi buat selamanya. Namun, sebelum ini dia pernah berpesan kepada saya agar menghantar anak sulung saya ke kelas agama.

"Ibu mahu anak-anak saya pandai baca Quran supaya apabila saya dan suami meninggal kelak, anak boleh membacakan talkin. Walaupun pada mulanya saya menganggap ia sebagai pesanan biasa, tapi kini saya ambilnya sebagai amanah dari ibu untuk saya cepat-cepat jalankan sungguhpun anak saya belum berusia tiga tahun," jelasnya.

Seluruh warga murai.com.my mengucapkan takziah dan berdoa semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.

Dato` Siti Nurhaliza Raikan Minggu Setiausaha 11 April



Dato` Siti Nurhaliza, Raikan, Minggu, Setiausaha, 11, April, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 13 FEB 2013: Minggu Setiausaha bakal tiba tidak lama lagi dan penyanyi popular negara, Dato' Siti Nurhaliza sudah pun bersiap sedia untuk menjayakan acara yang yang memang dinanti-nantikan ramai itu terutama di kalangan para setiausaha.

Dinamakan sebagai Secretaries Week Luncheon Special Memorable Moments With Dato' Siti Nurhaliza, acara ini bakal berlangsung di Hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 11 April ini.

Dalam sidang media yang diadakan di Hotel Royal Chulan sebentar tadi, Dato` Siti telah pun memaklumkan tentang acara Secretaries Week Luncheon Special Memorable Moments With Dato' Siti Nurhaliza yang bakal dijayakannya itu.

Tiket-tiket untuk menyaksikan acara ini sudah pun dijual pada harga RM550, RM450 dan RM350. Untuk sebarang tempahan atau sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian: 0326889688.

Sharnaaz Ahmad, Shila Amzah Sudah Putus Cinta?



Sharnaaz Ahmad, Shila Amzah, Sudah, Putus, Cinta, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 13 FEB 2013: Hubungan cinta pelakon Sharnaaz Ahmad bersama penyanyi, Shila Amzah dikhabarkan telah menemui jalan penghujung apabila pelakon filem Juvana itu telah memaklumkan tidak mahu lagi ambil pusing lagi mengenai pelantun lagu Patah Seribu.

Menerusi artikel yang disiarkan di akhbar Utusan, Sharnaaz mengakui sudah pun berpatah arang dan mahu melupakan kisah cintanya dengan anak kepada ND Lala. Lebih panas lagi, selepas ini, Sharnaaz yang dikenali seorang yang panas baran langsung tidak mahu dikaitkan lagi dengan bekas kekasihnya itu.

Menurut Sharnaaz, apa yang berlaku kepada penyanyi itu mahupun keluarganya ketika ini, bukan lagi menjadi urusan penting buat dirinya.

"Saya memilih untuk melupakan segala-galanya. Keputusan ini saya buat kerana saya rasa semakin hilang hormat kepada bapanya, ND Lala" katanya.

Tasha Shilla: Tiada Apa Untuk Diulas Tentang Pertemuan Itu



Tasha Shilla, Tiada, Apa, Untuk, Diulas, Tentang, Pertemuan, Itu, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 13 FEB 2013: Pelakon Tasha Shila atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razakmemberitahu bahawa tiada apa yang perlu diulas mengenai pertemuannya dengan Neelofa di perkarangan TV3 ketika aktres jelita itu menjayakan rakaman sebuah program bual bicara untuk stesen televisyen berkenaan.

Tasha ditanya mengenai hal itu, selepas Neelofa berkongsi cerita mengenai pertemuannya dengan pelakon berkulit sawo matang itu di TV3 sewaktu dia meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-24 baru-baru ini.

"Memang benar kami ada bertemu di TV3 beberapa hari lalu. Namun, saya rasa tiada apa untuk diulas mengenai pertemuan ini. Lagipun ini bukanlah kali pertama saya bertemu dengan Neelofa. Saya tidak mahu beri sebarang komen, nanti tersalah cakap akan jadi berpanjangan pula.

"Sejak dari awal, saya lebih suka berfikiran terbuka dan bertindak profesional serta fokus kepada keutamaan saya iaitu kerjaya. Pada pihak saya sendiri, selepas perkara yang berlaku tahun lalu itu pun saya tidak mengambil tahu mengenainya dan tidak merasakan ada permasalahan di antara kami berdua,"jelasnya ringkas pada sidang media Air France, minggu lalu.

Dalam pada itu, aktres yang popular menerusi siri televisyen, Gemilang itu akan menyertai Fathia Latiff dan Fizo Omar terbang ke kota Paris sempena bermulanya penerbangan kendalian syarikat penerbangan Air France, April ini.

Mereka bertiga akan disertai oleh 20 peminat atau pembeli terawal pakej istimewa yang ditawarkan Air France untuk bersama-sama menjelajah ke Perancis lebih kurang seminggu. Rombongan ini akan berlepas dengan pesawat pertama yang akan mulai beroperasi untuk perjalanan Kuala Lumpur - Paris pada 23 April ini.

Fathia Tolak Lamaran Kerabat, Ada Taste Tersendiri



Fathia, Tolak, Lamaran, Kerabat, Ada, Taste, Tersendiri, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 12 FEB 2013: Dalam pelbagai kisah-kisah panas yang rancak bertebaran di dalam industri hiburan tempatan, nama Nur Fathia Abd Latiff atau Fathia Latiff, 26 seolah-olah tenggelam dan kurang mendapat perhatian. Adakah dia yang kurang menonjolkan diri atau tiada kontroversi yang menghinggap graduan bidang undang-undang ini?

Mungkin ada kebenaran dalam persoalan tersebut. Namun dalam diam-diam, Fathia khabarnya telah mendapat perhatian daripada golongan kerabat yang cuba merisik hati aktres jelita ini. Pun begitu, Fathia tidak pula mengejar gelaran, jauh sekali memilih jejaka berstatus kerabat kerana dia juga punya citarasanya tersendiri.

Ditemui ketika menghadiri sidang akhbar Air France, di mana dia beserta dua selebriti lain iaitu Fizo Omar dan Tasha Shilla akan mengikuti penerbangan pertama Air France destinasi Kuala Lumpur-Paris bersama peminat bertuah pada 23 April depan, Fathia berkata, tujuan dia berada di dalam dunia seni yang penuh glamor ini adalah kerana memenuhi minatnya di dalam bidang lakonan.

"Bagi saya minat adalah minat. Ini adalah hobi saya. Jadi sebab itu saya tidak mengejar populariti kerana saya juga tidak rasa akan berada begitu lama didalam industri hiburan ini. Saya tiada sebarang target cuma buat masa sekarang saya masih belum puas berlakon.

"Saya pula hanya berlakon dan tidak mempunyai sebarang aktiviti seni lain. Mungkin yang menonton drama lakonan saya sedar kehadiran saya dalam dunia seni,"jawab Fathia yang tidak kisah mengenai populariti dan mengakui tidak meminati dunia nyanyian mahupun pengacaraan.

Jelitawan berdarah kacukan ini turut ditanyakan mengenai kisah peribadinya, Fathia mengakui ada dirisik kerabat diraja, namun dia lebih senang memilih jejaka yang setaraf dengan dirinya.

"Kalau boleh saya tidak mahulah mempunyai hubungan dengan mereka yang berstatus kerabat/royalty. Banyak perkara yang harus dipertimbangkan. Sebab itu saya ada menolak risikan mereka yang berstatus begitu pada tahun lalu. Bukan sengaja menolak, tetapi saya rasa saya mahu cari mereka yang setaraf dengan diri saya.

"Setaraf itu bukan daripada segi status mahupun wang ringgit. Saya suka lelaki yang bijak dan mempunyai latarbelakang pendidikan yang bagus serta bekerjaya profesional. Lelaki sebegini akan tampil lebih menawan pada mata saya.

"Buat masa ini saya masih mencari dan mencuba,"jelasnya kepada media yang mendapat tahu cerita tentang hubungannya dan kerabat diraja tersebut yang mual dapat dihidu sejak tahun lalu itu.

iskandarX*** perrrghh selamat Fathia tolak, heheheeh ada chance la is kan? kan? kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan