Cari Artikel

Tuesday, February 12, 2013

Siti Fazurina Disangka Buka Hijab Di Majlis Sanding?



Siti Fazurina, Disangka, Buka, Hijab, Di, Majlis, Sanding, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 FEB 2013: Selepas menimbulkan kontroversi apabila kahwin lari dari pengetahuan keluarga, Murai Batu terkejut apabila terlihat foto Siti Fazurina yang tidak berhijab ketika menjayakan majlis persandingannya baru-baru ini.

Foto itu dimuat naik ke dalam laman Instagram oleh salah seorang rakan Murai Batu dan juga pelakon Fouziah Gous yang menjadi pengapit di hari bahagianya itu.

Daripada 2 keping gambar tersebut, Murai Batu cuba lihat dengan teliti dan kelihatan Siti Fazurina yang bergaun labuh itu seperti tidak berhijab. Apa yang Murai Batu nampak dia hanya seperti mengenakan mahkota berlian di kepalanya dan hanya veil yang jarang itu menutupi sebahagian kepalanya.

Dua keping foto yang dimuat naik itu dikritik dan dikeji teruk oleh beberapa follower mereka di Instagram. Rata-rata yang memberikan komen tidak bersetuju dengan tindakan Siti Fazurina yang diketahui sudah pun berhijrah, tetapi tiba-tiba dilihat membuka hijabnya itu di hari persandingnya itu.

Namun, sangkaan Murai Batu itu meleset kerana rakan Murai Batu yang memuat naik foto itu ada membalas komen-komen yang diberikan ke atas foto tersebut, katanya Siti Fazurina atau Nina sebenarnya mengenakan turban, namun di dalam gambar yang diambil dalam jarak yang agak jauh kelihatan dia tidak berhijab.

Wah kalau betullah dia memakai turban, syukurlah kerana dia masih menjaga penampilannya yang berhijab di hari sandingnya.

Tetapi jika dilihat kembali, Murai Batu sendiri seperti tertipu kerana nampak seperti turbannya itu adalah rambutnya. Murai Batu pun tidak boleh nak komen lebih-lebih kerana Murai Batu tiada di tempat kejadian.

Apa-apa pun Murai Batu ingin ucapkan tahniah kepada Nina dan pasangannya Haikal yang selamat bersanding selepas pernikahannya menimbulkan kontroversi pada penghujung tahun lalu.

MURAIBATU: Sedang menanti ND Lala duduk semeja dan berbincang secara baik dengan kekasih anaknya, Sharnaaz Ahmad.

Fadhli Shas Bertunang Anak Pengurus Team Harimau Muda



Fadhli Shas, Bertunang, Anak, Pengurus, Team, Harimau Muda, Hiburan, Malaysia

KL, 12 FEB 2013: Sebaik saja penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex berkahwin dengan Leuniey Natasha, ramai peminat jejaka tampan ini mengeluh panjang.Namun, keluhan itu bukan bermakna mereka tidak akan menyokong Apex lagi sebaliknya frust kerana Leuniey yang berjaya dipilih Apex sebagai isteri.

Bak kata Adibah Noor yang tetap akan sokong Harimau Malaya walaupun Apex sudah kahwin semasa dia selesai habis mengadakan persembahan di majlis kemuncak resepsi perkahwinan Apex.

Selain daripada Apex, seorang lagi pemain Harimau Malaya yang juga digilai fans wanita ialah Fadhli Shas yang berasal dari selatan semenanjung.

Sungguhpun nama Fadhli Shas tidak sepopular Apex, tapi pemain tinggi lampai yang ada iras wajah Akim Ahmad ini pernah menggegarkan berita sukan tempatan apabila dia dipilih sebagai pemain bola sepak paling kacak di Malaysia.

Apapun, sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 10 Februari 2013 yang lalu, Fadhli yang pemalu orangnya sudah pun selamat menjadi tunang kepada wanita yang bernama Effa Afandi.

Sungguhpun Murai Batu tidak tahu berapa lama ikatan pertunangan itu, tetapi Murai Batu dapat tahu Effa merupakan anak kepada pengurus pasukan Harimau Muda iaitu Dato Affandi Hamzah.

Wah, hebat Fadhli ye. Bukan saja dapat pikat Harimau Muda untuk mengambilnya sebagai pemain tetapi siap dapat tawan lagi pengurus pasukan untuk mengambilnya sebagai menantu.

Dengarnya, majlis yang diadakan secara kecil-kecilan itu meriah apabila Apex dan Leuniey turut hadir ke majlis berkenaan. Murai Batu ucapkan tahniah kepada Fadhli dan Effa kerana selamat bertunang. Semoga kekal ikatan itu hingga ke jinjang pelamin.

Nanti jangan lupa jemput Murai Batu ye. Oh, nampaknya sekarang ini dua pemain Harimau Muda iaitu Fadhli dan Irfan Fazail sudah menjadi tunang orang. Yang penting, dua-dua anak Johor. Mungkinkah perkahwinan mereka bakal mendapat liputan seperti perkahwinanApex? Tunggu sajalah ye.

MURAI BATU: Apa khabar bekas teman lelaki Shila Amzah, Haziq Zikri yang juga pernah bermain untuk Harimau Muda?

Baby AA Sudah Tak Kuasa Dengan Siapa Pasal Katanya?



Baby AA, Sudah, Tak, Kuasa, Dengan, Siapa Pasal Katanya, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

KL, 11 FEB 2013: Sungguhpun Murai Batu dengar cerita ramai yang kurang senang dengan segmen Katanya kelolaan Azwan Ali aka Baby AA dalam program Propaganza di Astro Ria (Saluran 104), Murai Batu dapat tahu segmen tersebut merupakan segmen yang paling tinggi ratingnya.

Senang cerita, paling dinanti-nantikan kemunculan Baby AA dengan berambut merah jambu itu. Bagaimanapun, Murai Batu diberitahu ada yang masih kurang senang dengan kejayaan itu.

Akibat perasaan busuk hati itu, banyak pihak dikhabarkan telah pusing cerita pencapaian segmen berkenaan dengan melontar tohmahan yang tidak berasas.

Walhal, dalam erti kata lain, Baby AA telah membuktikan bahawa dia bekerja sungguh-sungguh tanpa ada melibatkan propaganda seperti biasa dibuat pada apa saja program yang melibatkan ikon ini sebelum ini.

Dengarnya, walaupun bayaran yang diterima oleh Baby AA tidaklah segah yang disangka, Baby AA telah berjaya melaksanakan segmen tersebut dengan menakluk KLCC dan Pavillion untuk mengadakan shooting di situ. Itu semua dikatakan inisiatif dan contact Baby AA tau.

Katanya, bukan semua orang boleh shooting di tempat tersebut kecuali yang bertuah dan betul-betul memberikan impak yang bagus.

Disebaban berjaya tapi masih ramai mengata tentang pencapaian Katanya itu, Murai Batu difahamkan Baby AA tidak kuasa untuk meneruskan program ini walaupun dia amat sayang dan komited untuk mengendalikan segmen itu sehingga diterima ramai.

Pun begitu, selain tidak kuasa dengan perangai talam dua muka segelintir pihak itu, isu tidak kuasa lagi ini juga katanya berpunca daripada bayaran yang ciput. Ish, takkan sampai macam gitu sekali. Setahu Murai Batu, selalunya untuk mendapatkan nama yang besar, setiap produksi sanggup bayar lebih demi meraih rating yang tinggi.

Hakikatnya sekarang ini, disebabkan Propaganza bakal berwajah baru dengan musim yang ketiga tidak lama lagi, kewujudan Baby AA dalam musim baru itu masih lagi meninggalkan tanda tanya. Ada atau tidak tunggu sajalah.

Yang penting, masing-masing ada hak untuk menilai kekuatan program itu datang dari siapa? Adakah Baby AA memberi impak kepada Propaganza atau isi kandungannya? Nilailah...

Bagi Murai Batu senang saja, popular tidak semestinya hebat dan kehebatan muncul dengan adanya kerjasama dari seluruh pihak.

MURAI BATU: Jangan sia-siakan peluang yang ada hanya kerana masalah wang.

Ronan Keating Bakal Meriahkan Bella Awards 2013



Ronan Keating, Bakal, Meriahkan, Bella Awards 2013, Artis Hollywood, Hiburan,

KL, 11 Feb 2012: Murai Batu pasti, ada yang akan tertanya-tanya, siapakah artis yang bakal membuat persembahan di anugerah berprestij Bella Awards 2013 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ada jugak dengar desas-desus yang kononnya pihak penganjur bakal membawa artis K-Pop dari Korea untuk memeriahkan majlis anugerah ini.

Tapi mungkin disebab kes yang kurang enak yang pernah berlaku di sebuah penganjuran anugerah urban pada tahun lepas, Murai Batu dengar pihak penganjur cuba beralih kepada artis ternama lain dari negara lain.

Khabarnya, Bella Awards 2013 bakal menerbangkan penyanyi Ronan Keating yang terkenal dengan lagu When You Say Nothing At All. Bukan itu saja, Murai Batu dengar juga, ada penyanyi dari negera seberang yang turut diundang untuk memeriahkan majlis anugerah ini iaitu Marcell dan Maliq D' Essentials.

Bahkan ada lagi artis dari negara jiran yang turut diundang, namun setakat ini, Murai batu belum dapat apa-apa kepastian lagi daripada pihak ntv7 selaku penganjur. So, buat masa ini, hanya nama-nama ini saja yang Murai Batu dapat dedahkan untuk korang semua. Selebihnya, nanti Murai Batu korek lagi ya.

MURAIBATU: Hendak ucapkan Selamat Tahun Baru cina buat semua rakyat Malaysia!

Siapa Layak Jadi Pendamping Marsha Di Propaganza 3?



Siapa, Layak, Jadi, Pendamping, Marsha, Di, Propaganza 3, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

KL, 11 FEB 2013: Di manakah Reza Mohamed? Itulah pertanyaan yang muncul difikiran Murai Batu selepas mendapat tahu program Propaganza musim kedua itu tekah pun melabuhkan tirai pada hari semalam (10 Februari 2013) di Astro Ria saluran 104.

Yelah, Reza yang menjadi teraju utama Propaganza bersama Marsha dari musim pertama lagi secara tiba-tiba menghilangkan diri dan tempatnya sering digantikan dengan artis jemputan yang lain.

Adakah benar kontrak Reza sudah pun ditamatkan? Atau Reza telah disingkirkan?

Dalam pada itu, Murai Batu dengar cerita, program Propaganza itu bakal disambung lagi berikutan ratingnya yang bagus serta semakin hari semakin berjaya mengumpul ramai penonton setia program itu. Macam Murai Batu ni.

Dek kerana musim baru akan muncul dengan wajah baru, Murai Batu difahamkan Reza memang tidak akan berada lagi di dalam program ini dan tempatnya akan digantikan oleh barisan artis yang pernah menjadi pengacara jemputan bersama Marsha.

Kalau tidak silap Murai Batu, antara selebriti yang pernah menjadi pengacara jemputan itu adalah Karl Shafek, Dafi, Along Raja Lawak, Ray Era FM, Haniff Era FM, Azwan Ali dan Hafizul On Air.

Selain kesemua selebriti lelaki ini, satu-satunya selebriti wanita yang dijemput menjadi pengacara jemputan bersama Marsha adalah pelawak, Didie Alias yang telah pun membuat kemunculan pada episod terakhir semalam.

Walaupun Murai Batu masih belum pasti sama ada kesemua ini adalah calon yang rasmi untuk menggantikan tempat Reza atau lebih tepat menjadi pendamping Marsha untuk musim ketiga, Murai Batu rasa ada baiknya pilihan dibuat oleh peminat sendiri.

Mungkin juga peminat ada idea sendiri siapa yang patut diambil pihak Propaganza. Yelah, puncuk pangkalnya penonton yang melihat. Namun, mungkin pihak produksi boleh memberikan senarai nama yang lebih sesuai mengikut kreadibiliti orang itu.

Mengikut firasat Murai Batu, janganlah terlalu mengikut trend sangat dengan mengambil pelawak sebagai pengacara. Sejujurnya, pengacara perlu ada bakat bukan saja bercakap tetapi bertanyakan soalan kepada sesiapa saja dengan hasil kreativiti sendiri.

Apapun, tidak kisah orang baru atau pun orang lama, Murai Batu merasakan berilah peluang kepada identiti yang benar-benar dikenali sebagai pengacara diawal pembabitan mereka.

Mungkin jua Marsha lebih tahu siapakah yang sesuai untuk bersama dengan dia. Yelah, kalau salah pilih nanti bergaduh pula dengan Marsha.

MURAI BATU: Suka beri peluang kepada mereka yang memerlukan ruang.

Fatin AF5, Ejarn Esdeco Bakal Kahwin Mei Ini?



Fatin AF5, Ejarn Esdeco, Bakal, Kahwin, Mei, Ini, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

KL, 8 FEB 2013: Mungkin masih belum terlambat lagi Murai Batu nak ucapkan tahniah buat bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Rizal yang sudah selamat menjadi suami kepada Maria Mohd Harun yangbertugas eksekutif Firefly pada 16 Januari lalu.

Warga murai.com.my doakan semoga perkahwinan Rizal dan Maria kekal selamanya. Masih lagi bercakap mengenai bintang AF5, Murai Batu dapat tahu seorang lagi bintang AF5 yang terkenal dengan tagline Ada Stylelah! Fatin juga bakal menamatkan zaman bujangnya.

Difahamkan, Fatin yang berasal dari Johor Bahru ini bakal berkahwin pada Mei 2013. Apa yang menarik perhatian Murai Batu, Fatin yang kurang menyinar dalam bidang nyanyian ini bakal menjadi isteri kepada bekas ahli kumpulan Esdeco. Siapa tu?

Ahhah! Jangan silap ye. Bukan Sabhi Saddi tau, tetapi dengan Ejarn yang juga seorang lagi kawan baik Adam sebelum dia jadi bintang AF. Kalau tidak silap Murai batu Ejarn ni pun pernah couple dengan bintang prelude AF4, Leez yang kemudian diserap masuk seketika di dalam program realiti terbabit.

Walaupun hubungan mereka tidak dapat dicium media tempatan, namun Murai Batu dapat tahu bahawa mereka sudah pun berkenalan dan menyulami kisah cinta selama hampir tujuh tahun.

Dan, khabarnya, mereka sudah pun merancang untuk berkahwin pada Mei ini walaupun Murai Batu masih tidak tahu tarikh sebenarnya.

Namun, sahabat rapat kepada Fatin telah banyak mengetahuinya kerana Fatin sudah pun menjemput mereka secara mulut. Apapun, Murai Batu ucapkan tahniah buat Fatin dan Ejarn kerana melusuri percintaan tanpa dapat dihidu media.

MURAI BATU: Ada yang sedang mengintai cinta pemain bola sepak yang sedang nak naik populariti.

Abby Abadi Lawat Baby Sulung Memey,Norman



Abby Abadi, Lawat, Baby, Sulung, Memey Suhaiza, Norman Hakim, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

KL, 7 FEB 2013: Wah, nampaknya hubungan Abby Abadi dengan Memey memang sudah pulih seratus peratus. Apa tidaknya, Murai Batu tengok Abby Abadi telah sudi datang melawat baby Memey yang baru lahir pada 1 Februari lalu.

Sebelum ini Murai Batu ada dengar katanya Abby ada mengucapkan tahniah kepada pasangan Memey dan Norman Hakim di atas kelahiran bayi mereka dan ada berjanji untuk datang melawat baby mereka yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim.

Tup tup tadi, Murai Batu terlihat satu foto Abby mendukung seorang bayi dengan caption baby Darwish yang dimuat naik di dalam laman Instagram miliknya. Baby siapa lagi kalau bukan anak Memey itu!

Murai Batu tengok Abby mendukung baby itu dengan penuh rasa kasih sayang serta keibuan. Bukan sahaja sekeping tetapi Abby memuat naik 2 foto lain gambar anak Memey dalam pelbagai gaya. Comel jer Murai Batu tengok! Jom kita layan foto-foto itu di atas...

MURAIBATU: Tahniah buat Ning, Memey dan Faezah Elai atas kelahiran baby mereka. Semua comel belaka!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan