Cari Artikel

Monday, February 11, 2013

Laporan Trafik iskandarX Society 11-2-2013


backlink, blogging tips, Laporan Trafik iskandarX Society, Nuffnang, seo,

Aku Berlindung Dengan Nama Allah S.W.T Daripada Godaan Syaitan Yang Direjam, Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah S.W.T Dan Aku Bersaksi Bahawa Nabi Muhammad S.A.W Itu Pesuruh Allah S.W.T. Assalammualaikum W.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog iskandarX Society serta kawan2 dan juga sahabat2 sekalin.

backlink, blogging tips, Laporan Trafik iskandarX Society, Nuffnang, seo,


Laporan trafik iskandarX Society hari ini 11 haribulan 2, 2013, jam 11.08 malam, lalulintas agak berkurangan maybe sebab semua dok mabuk tengok Psy Oppa Gangnam Style kot tadi kat Tanjung Penaga. Aduss pegi tengok wat perr dah la kerajaan kasi habis dekat 2 juta nak bagi kat dia tu sekoq aja. Bagi penampaq baru tau, eh bukan kat pembaca blog is ok? kat PSY tu la makan duit belambak nak wat apa?

So hari nie trafik tak melambung seperti semalam, best semalam, trafik flooding teruk gila, memang seronok la bila blog kita nie kena flood. Jangan flooding line atau blogger sudah, kebanjiran visitor boleh diterima. is harap Nuffnang boleh tengok semua nie. I wish they will open thier eyes. Larat la is nak makan CPC Nuffnang je, skali skala is nak la CPUV, CPC tu jenuh is blogwalking hari2 dah jadi tabiat pulak bila tak blogwalking nie ketagih siot, terketar2 cam penagih dadah pulak isk isk isk.

Bagi korang nak trafik belambak, teruskan blogging, jangan harapkan nak tau tips dan rahsia aja, sebenarnya apa yang korang buat iaitu, join GA, join Segmen tambah Follower, Segmen tukar link tu semua adalah SEO ok? api old school style dan diterima pakai oleh Google, tapi jangan melampaui batas bila linking tu, satu entri hadkan kepada 100 linking aja dan jangan benarkan visitor paste hyperlink, cukup link copypaste biasa aja.

Ok, ikuti laporan seterusnya esok malam, maybe is akan bagi sikit2 tips SEO pelan2 kat korang, nak kasi semua pun this is my lifetime research, so ada kosnya ok?

Sekian, erima kasih kerana sudi membaca.

Duke iskandarX

fun. Menang Artis Baru, Lagu Terbaik Di Grammy 55



fun, Menang, Artis Baru, Lagu Terbaik, Di, Grammy 55, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


LOS ANGELES, 11 FEB 2013: Anugerah Grammy Ke-55 telah pun berlangsung dengan jayanya di Staples Centre, Los Angeles malam tadi. Dan, ia menyaksikan kemenangan yang cukup manis buat triop pop rock, fun. apabila berjaya meraih anugerah bagi Nest New Artist dan Song Of The Year menerusi lagu we Are Young.

"Saya tidak tahu apa yang saya fikirkan kala menulis lagu itu (We Are Young). Tapi, yang nyatanya kami semua bukanlah muda lagi," kata penyanyi utamanya, Nate Ruess, 30, sambil berjenaka.

Band muzik ini juga turut memberikan persembahan bertenaga kala membawakan lagu Carry On. Pun begitu, Gotye memberikan kejutan buat fun. apabila memenangi anugerah bagi Record of of The Year menerusi lagu Somebody That I Used to Know menampilkan Kimbra.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Grammy Ke-55: -

Album of The Year
El Camino,The Black Keys
Some Nights, fun.
PEMENANG: Babel, Mumford & Sons
Channel Orange, Frank Ocean
Blunderbuss, Jack White

Record of of The Year
Lonely Boy, The Black Keys
Stronger (What Doesn't Kill You), Kelly Clarkson
We Are Young, fun. featuring Janelle Monáe
PEMENANG: Somebody That I Used to Know, Gotye featuring Kimbra
Thinkin Bout You, Frank Ocean
We Are Never Ever Getting Back Together, Taylor Swift

Song of The Year
The A Team (performed by Ed Sheeran)
Adorn (Miguel)
Call Me Maybe (Carly Rae Jepsen)
Stronger (Kelly Clarkson)
PEMENANG: We Are Young (fun.)

Best New Artist
Alabama Shakes
PEMENANG: fun.
Hunter Hayes
The Lumineers
Frank Ocean

Pop Vocal Album
PEMENANG: Stronger, Kelly Clarkson
Ceremonials, Florence + The Machine
Some Nights, fun.
Overexposed, Maroon 5
The Truth About Love, Pink

Dance/electronica Album
Wonderland, Steve Aoki
Don't Think, The Chemical Brothers
> Album Title Goes Here <, Deadmau5
Fire & Ice, Kaskade
PEMENANG: Bangarang, Skrillex

Rock Album
PEMENANG: El Camino, The Black Keys
Mylo Xyloto, Coldplay
The 2nd Law, Muse
Wrecking Ball, Bruce Springsteen
Blunderbuss, Jack White

Alternative Album
The Idler Wheel Is Wiser ..., Fiona Apple
Biophilia, Björk
PEMENANG: Making Mirrors, Gotye
Hurry Up, We're Dreaming, M83
Bad As Me, Tom Waits

R&B Album
PEMENANG: Black Radio, Robert Glasper Experiment
Back to Love, Anthony Hamilton
Write Me Back, R. Kelly
Beautiful Surprise, Tamia
Open Invitation, Tyrese

Rap Album
PEMENANG: Take Care, Drake
Food & Liquor II: The Great American Rap Album, Pt. 1, Lupe Fiasco
Life Is Good, Nas
Undun, The Roots
God Forgives, I Don't, Rick Ross
Based On A T.r.u. Story, 2 Chainz

Country Album
PEMENANG: Uncaged, Zac Brown Band
Hunter Hayes, Hunter Hayes
Living for A Song: A Tribute to Hank Cochran, Jamey Johnson
Four the Record, Miranda Lambert
The Time Jumpers, The Time Jumpers

Americana Album
The Carpenter, The Avett Brothers
From the Ground Up, John Fullbright
The Lumineers, The Lumineers
Babel, Mumford & Sons
WINNER: Slipstream, Bonnie Raitt

Pop Solo Performance
WINNER: Set Fire to the Rain (Live), Adele
Stronger (What Doesn't Kill You), Kelly Clarkson
Call Me Maybe, Carly Rae Jepsen
Wide Awake, Katy Perry
Where Have You Been, Rihanna

Pop Duo/Group Performance
Shake It Out, Florence & The Machine
We Are Young, fun. featuring Janelle Monáe
PEMENANG: Somebody That I Used to Know, Gotye featuring Kimbra
Sexy and I Know It, LMFAO
Payphone, Maroon 5 and Wiz Khalifa

Dance Recording
Let's Go, Calvin Harris featuring Ne-Yo
PEMENANG: Bangarang, Skrillex featuring Sirah
Don't You Worry Child, Swedish House Mafia featuring John Martin
I Can't Live Without You, Al Walser

Traditional Pop Vocal Album
Christmas, Michael Bublé
A Holiday Carole, Carole King
PEMENANG: Kisses on the Bottom, Paul McCartney

Rock Performance
Hold On, Alabama Shakes
PEMENANG: Lonely Boy, The Black Keys
Charlie Brown, Coldplay
I Will Wait, Mumford & Sons
We Take Care of Our Own, Bruce Springsteen

Hard rock/metal performance
I'm Alive, Anthrax
PEMENANG: Love Bites (So Do I), Halestorm
Blood Brothers, Iron Maiden
Ghost Walking, Lamb of God
No Reflection, Marilyn Manson
Whose Life (Is It Anyways?), Megadeth

Rock Song
Freedom at 21 (performed by Jack White)
I Will Wait (performed by Mumford & Sons)
PEMENANG: Lonely Boy (performed by the Black Keys)
Madness (performed by Muse)
We Take Care of Our Own (performed by Bruce Springsteen)

R&B Song
PEMENANG: Adorn (performed by Miguel)
Beautiful Surprise (performed by Tamia)
Heart Attack (performed by Trey Songz)
Pray for Me (performed by Anthony Hamilton)
Refill (performed by Elle Varner)

Traditional R&B performance
Lately, Anita Baker
PEMENANG: Love on Top, Beyoncé
Wrong Side of a Love Song, Melanie Fiona
Real Good Hands, Gregory Porter
If Only You Knew, SWV

R&B performance
Thank You, Estelle
Gonna Be Alright (F.T.B.), Robert Glasper Experiment featuring Ledisi
I Want You, Luke James
Adorn, Miguel
PEMENANG: Climax, Usher

Urban contemporary album
Fortune, Chris Brown
Kaleidoscope Dream, Miguel
PEMENANG: Channel Orange, Frank Ocean

Rap performance
HYFR, Drake featuring Lil' Wayne
PEMENANG: N----- In Paris, Jay-Z and Kanye West
Daughters, Nas
Mercy, Kanye West featuring Big Sean, Pusha T and 2 Chainz
I Do, Young Jeezy featuring Jay-Z and André 3000

Rap/sung Collaboration
Wild Ones, Flo Rida featuring Sia
PEMENANG: No Church in the Wild, Jay-Z & Kanye West featuring Frank Ocean and The-Dream
Tonight (Best You Ever Had), John Legend featuring Ludacris
Cherry Wine, Nas featuring Amy Winehouse
Talk That Talk, Rihanna featuring Jay-Z

Rap Song
Daughters (performed by Nas)
Lotus Flower Bomb (performed by Wale featuring Miguel)
Mercy (performed by Kanye West featuring Big Sean, Pusha T and 2 Chainz)
The Motto (performed by Drake featuring Lil' Wayne)
PEMENANG: N----- In Paris (performed by Jay-Z and Kanye West)
Young, Wild & Free (performed by Snoop Dogg and Wiz Khalifa featuring Bruno Mars)

Country solo performance
Home, Dierks Bentley
Springsteen, Eric Church
Cost of Livin', Ronnie Dunn
Wanted, Hunter Hayes
Over, Blake Shelton
PEMENANG: Blown Away, Carrie Underwood

Country duo/group performance
Even If It Breaks Your Heart, Eli Young Band
PEMENANG: Pontoon, Little Big Town
Safe & Sound, Taylor Swift & The Civil Wars
On the Outskirts of Town, The Time Jumpers
I Just Come Here for the Music, Don Williams featuring Alison Krauss

Country Song
PEMENANG: Blown Away (performed Carrie Underwood)
Cost Of Livin' (performed by Ronnie Dunn)
Even If It Breaks Your Heart (performed by Eli Young Band)
So You Don't Have to Love Me Anymore (performed by Alan Jackson)
Springsteen (performed by Eric Church)

Producer (non-classical)
PEMENANG: Dan Auerbach
Jeff Bhasker
Diplo
Markus Dravs
Salaam Remi

Video Shila Amzah Rindu Keluarga, Nyanyi Ombak Rindu!


Video, Shila Amzah, Rindu, Keluarga,, Nyanyi, Ombak Rindu, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 FEB 2013: Ketika semua orang tertanya-tanya, ke manakah menghilangnya penyanyi Shila Amzah, tiba-tiba anak kesayangan ND Lala ini telah pun memuatnaik sebuah video yang dipaparkan dalam Youtube.

Dengan mengenakan baju dan hijab putih, Shila Amzah dengan mata yang bengkak akibat terlalu banyak menangis telah melontar kata-kata dengan penuh sayu dan sebak.

"Assamualaikum semua. Sha harap semua okey..Sha minta maaf sebab timbulkan kerisauan pada semua. Sha...(dengan suara tersekat-sekat, dan kemudian berhenti dan menangis) mak...abah.. Sha minta maaf sangat eh.. Sha rindu sangat pada semua orang....

Kemudian, sambil mengalirkan air mata, Shila Amzah telah membawakan lagu Ombak Rindu....

Shila Amzah sebelum ini dilaporkan telah menghilang diri buat seketika kerana mahu bersendirian sepertimana yang ditulisnya di dalam twitter pada 6 Februari 2013 yang lalu.

NurShahilaAmirAmzah ‏@Shilaamzah
Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan .. Not with my family anymore or with abang.. doakan sha selamat.. #shilalas

Tindakan Shila itu dikatakan berpunca daripada kemelut yang dihadapi oleh kekasihnya Sharnaaz Ahmad dengan bapanya, ND Lala yang tidak mengizikan lelaki tersebut mengahwini anak perempuannya.


Almy Nadia Tukar kerjaya Sebagai Guru



Almy Nadia, Tukar, kerjaya, Sebagai, Guru, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

KUALA LUMPUR, 08 FEB 2013: Tugasan seorang pendidik bukan semudah disangka apabila bukan sahaja terpaksa berdepan dengan anak-anak murid sebaliknya turut menghadapi cabaran daripada persekitaran dan juga rakan sekerja seperti juga orang lain.

Pun begitu, watak seorang pendidik berketurunan Orang Asli tersebut nampaknya berjaya dihayati oleh pelakon Almy Nadia yang memegang karektor Cikgu Imah Salimah dalam sebuah drama menarik yang bakal ditayangkan sempena Tahun Baru Cina bertajuk Cikgu Imah Salimah pada 12 Februari 2013, jam 3.05 petang di TVI

Kisahnya bermula bila Cikgu Imah Salimah yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti tempatan dan telah ditugaskan mengajar disebuah sekolah di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Berita tentang tugasan sangat mengujakan Cikgu Imah Salimah namun dia terpaksa berdepan cabaran ketidakserasian pendapat dengan ibu bapa pelajar ingin membawa anak-anak mereka pergi bercuti.

Namun sebaliknya Cikgu Imah Salimah pula sibuk untuk mengadakan kelas tambahan demi memantapkan lagi prestasi akademik pelajar-pelajarnya.

Cabaran berikutnya pula pula adalah apabila Cikgu Imah Salimah terpaksa berdeoan dengan konflik serta masalah yang dihadapi salah seorang muridnya, Akmal.

Akmal yang kematian ibu dan hidup dengan serba kesusahan bersama masalah bapanya yang hanya berniaga gerai. Bapa Akmal dibelasah hingga cacat akibat hutang lama oleh kaki pukul.

Situasi ini memaksa Cikgu Imah Salimah mengambil tanggungjawab menjaga keluarga ini demi kemajuan pendidikan Akmal.


Selain Amy Nadia, drama Cikgu Imah Salimah ini turut dibintangi oleh Syed Aiman, Kuna, Delimawati, Normah Damanhuri.

Neelofa Anggap Tasha Shilla Profesional, Bukan Pendendam



Neelofa, Anggap, Tasha Shilla, Profesional, Bukan, Pendendam, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Nazim Ghani

KUALA LUMPUR, 8 FEB 2013:Pergeseran pendapat dan juga tersalah ungkapan bicara di kalangan pendatang baru dalam dunia hiburan sudah menjadi lumrah dan asam garam di dalam industri hiburan tanah air,

Misalnya yang terjadi di antara Neelofa dengan Tasha Shilla pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands pada tahun lalu. Neelofa yang ketika itu baru menapak di dalam industri telah mempertikaikan kemenangan Tasha Shilla sebagai Artis Baru Wanita Paling Popular.

Namun setelah hampir setahun berlalu, Neelofa dan Tasha Shilla buat pertam kalinya telah bertembung secara tidak sengaja di perkarangan TV3 ketika rakaman siaran langsung Wanita Hari Ini diadakan dan menariknya tiada sebarang pergaduhan berlaku di antara mereka. Sebaliknya, kedua-duanya telah bertanya khabar secara mesra, seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka sebelum ini.

Hal ini dikongsi sendiri Neelofa yang ditemui pada majlis 'surprise party' sempena ulangtahun ke 24. Dia turut merasakan bahawa Tasha Shilla sangat profesional dan bukan seorang yang pendendam.

"Lofa sangat gembira dengan apa yang berlaku semalam. Setelah setahun berlalu dengan macam-macam cerita di antara Lofa dan Tasha Shilla, akhirnya kami bertemu buat pertama kali. Kami telah bertembung di tengah jalan dan sama-sama berhenti dan menyapa antara satu sama lain secara spontan.

"Kami bertanya khabar sebentar dan masing-masing beredar kerana Tasha ada rakaman. Selepas semua rakaman selesai kami berjumpa lagi sekali dan berborak lebih panjang. Tasha turut mengucapkan 'good luck' kepada Lofa diatas pencalonan di ABPBH tahun ini.

"Lofa sangat menghormati cara dan respon daripada Tasha yang pada Lofa sangat profesional dan menampakkan bahawa dia bukan seorang yang pendendam. Lofa juga turut berkali-kali mengucapkan maaf di atas apa yang telah berlaku dan diatas kata-kata yang Lofa keluarkan pada ketika itu.

"Hal itu telah menjadi satu pengajaran yang besar buat Lofa untuk lebih mengenali industri hiburan dan status sebagai seorang selebriti,"ceritanya yang gembira setelah bersemuka dengan Tasha Shilla selepas hampir setahun perkara ini berlalu.

Lofa juga dalam temubual yang sama menjelaskan dia tidak menghiraukan cakap-cakap atau buah mulut yang terus mahu melaga-lagakan dia dengan selebriti lain. Bagi Neelofa, selagi dia dan pihak lagi satu jelas bahawa mereka tiada sengketa, itu sudah cukup dan tidak perlu pedulikan individu yang mahu melaga-lagakannya dengan sesiapa.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor telah ditemui ketika majlis 'surprise party' sempena ulangtahun kelahirannya ke 24 di Fullhouse, Sunway Giza, Kota Damansara. Majlis tertutup ini telah dihadiri ahli keluarga, rakan-rakan, media dan para peminat jelitawan hasilan daripada pencarian Dewi Remaja yang menyambut ulangtahunnya yang ke-24 pada 10 Februari ini.

Azad Jazmin Rajin Bangun Malam Buat Susu Baby



Azad Jazmin, Rajin, Bangun, Malam, Buat, Susu, Baby, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 8 FEB 2013: Sejak menimang cahaya mata pada 11 Januari lalu, pelakon Azad Jazmin akui dia kini sudah pandai menjaga serta menguruskan puterinya, Amarra Sofea Rose kerana isterinya, Eira Syazira sedang berpantang serta memulihkan diri daripada bersalin melalui pembedahan.

Azad Jazmin berkata isterinya tidak boleh terlalu banyak bergerak sejak 3 minggu lalu dan dia bersama emak mertuanya sahaja yang membantu menguruskan bayi termasuk bangun malam setiap 2 jam untuk membancuh susu buat anak kecil itu.

"Memang berbeza sebelum dan selepas timang anak ni, kerana tanggungjawab sebagai seorang ayah semakin besar. Kalau hendak diikutkan saya lebih banyak menguruskan anak saya berbanding Eira kerana dia tengah pulihkandiri kesan pembedahan selepas melahirkan anak. Yelah dia perlu berpantang dan melalui penjagaan yang lebih rapi berbanding wanita yang bersalin normal.

"Jadi saya terpaksa ambil alih tugasnya dengan menjaga dan menguruskan anak buat masa ini. Paling mencabar adalah untuk bangun malam setiap 2 jam untuk membancuh susu kerana anak saya akan sentiasa lapar setiap malam. Termasuklah memandikannya serta menukar lampin," katanya kepada murai.com.my pada Majlis Tayangan Media Filem Gangster Celop.

Selain seronok menjalani kehidupan sebagai seorang bapa, Azad memberitahu dia bersyukur kerana sejak berkahwin dan menimang cahaya mata, rezekinya dalam bidang seni semakin bertambah.

"Alhamdulilah, sebelum ini saya hanya dengar sahaja orang kata, kalau sudah kahwin dan dapat anak, rezeki akan bertambah tetapi sekarang ini, ia benar- benar terjadi kepada saya.

"Selepas keluar dengan filem Gangster Celop pada 21 Februari ini, saya akan mengikat kontrak sebanyak 10 filem bersama Grand Brilliant pula. Saya bersyukur sangat kerana ini rezeki yang cukup besar buat diri dan keluarga saya," jelasnya.

Azad kini bergerak bebas tanpa diikat mana-mana produksi selepas menamatkan kontrak bersama Metrowealth (MIG).

Bukti Video Fazurina Nikah Berwalikan Bapa Saudaranya


Bukti, Video, Fazurina, Nikah, Berwalikan, Bapa, Saudaranya, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 FEB 2013: Pelakon Siti Fazurina Mohd Amir, 30 telah sah berkahwin dengan jejaka pilihannya bernama Hykal di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada Disember 2012.

Berita perkahwinan pelakon Dunia Anita ini mengundang kontroversi apabila dia dituduh berkahwin tanpa restu keluar dan melarikan diri dari bonda kesayangannya.

Sungguhpun segala isu yang berbangkit sudah pun selesai, istimewa untuk anda, Feel Motion Picture telah berkongsi video istimewa majlis pernikahan pelakon ini yang dihadiri kaum keluarga terdekat.

Lebih istimewa, anda boleh menilai sendiri apa yang berlaku disebalik pernikahan tersebut dengan menonton video tersebut.

Malah, video ini membuktikan bahawa Siti Fazurina telah dinikahkan dengan berwalikan bapa saudaranya.


Mila Jirin Sudah Jadi Tauke Besar Restoran Thai



Mila Jirin, Sudah, Jadi, Tauke, Besar, Restoran, Thai, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 8 FEB 2013: Bermula dengan menjadi pelanggan setia di restoran Embun Urai Puchong, penyanyi Mila Jirin, 25, akhirnya telah pun sah menjadi tauke besar restoran berkenaan mulai Januari 2013.

Namun, ia bukanlah tanda untuk Mila berundur diri dari dunia nyanyian sebaliknya ia penguat untuk gadis muda ini melangkah lebih jauh sebagai artis yang bergelar usahawanita.

"Restoran ini sudah pun dua tahun beroperasi. Dulu saya pelanggan kemudian bertukar menjadi kawan kepada pemilik restoran. Dari situ, saya berubah sikit-sikit menjadi rakan kongsi sehinggalah sekarang ini restoran berkenaan sudah menjadi milik saya sepenuhnya.

"Saya dan ayah saya yang menguruskan restoran ini. Restoran ini buka setiap hari bermula jam 4 petang sehingga jam 12 tengah malam," katanya kepada murai.com.my.

Menjelaskan mengenai kariernya pula, Mila berkata, dia masih lagi aktif menyanyi dan baru saja muncul dengan lagu terbaru berjudul Cinta Kasih.

"Menerusi lagu Cinta Kasih, saya berduet dengan Nubhan. Lagu ini dicipta oleh komposer yang sama dengan lagu Ombak Rindu iaitu Nur Zaidi. Lagu ini adalah projek istimewa saya dengan Nova Music.

"Saya dapat projek ini pun secara kebetulan. Lagu ini telah pun digunakan untuk drama di TV3 berjudul Cinta Kasih. Tahun ini, saya tidak akan ke luar negara lagi kerana banyak projek yang saya perlu lunaskan di Malaysia," jelasnya.

Dalam pada sibuk menyanyi dan berniaga, syarikat milik Mila juga sibuk menguruskan program hiburan termasuklah Karnival Wow Putrajaya.

"Hujung Februari ini, syarikat saya akan menganjurkan Karnival Wow di Putrajaya. Sudah dua tahun saya terlibat dalam program ini. Tahun ini, saya tidak akan menyanyi sebaliknya saya menjadi organiser. Syukur saya diberi kepercayaan dan mandat untuk menjalankannya.

"Apapun, saya berasa bersyukur kerana banyak syarikat korporat mempercayai saya dengan banyak memberikan show dan projek untuk saya sertai," ujar Mila yang masih berahsia mengenai status hubungan cintanya.

Ibu Neelofa Restu Jika Jodoh Anaknya Dengan Hans Isaac



Ibu, Neelofa, Restu, Jika, Jodoh, Anaknya, Dengan, Hans Isaac, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 8 FEB 2013: Melihat kejayaan anak gadisnya yang begitu pantas, Noor Kartini Noor Mohamed yang juga ibu kepada aktres jelita, Neelofa ini tidak menyangka tuah akan menyebelahi satu-satunya anak kandungnya yang menceburi dunia glamor itu.

Menurutnya, walau apa pun jua bidang yang di pilih anaknya itu, dia sentiasa menyokong dan dalam masa yang sama memantau setiap gerak langkah Neelofa. Mengakui pernah menitiskan airmata melihat pelbagai kata-kata dilemparkan terhadap anak perempuannya itu, Noor Kartini akhirnya akur dengan kehendak dan pilihan Neelofa untyuk menceburi bidang seni.

Wanita berusia lewat 40-an ini ditemui pada majlis 'kejutan' birthday party yang diadakan khas untuk Neelofa sempena ulangtahunnya yang ke-24 di Fullhouse, Sunway Giza, Kota Damansara, semalam. Kerana masih belum jelas dengan hubungan cinta Neelofa, Ibunya juga tidak lepas daripada diajukan soalan mengenai teman istimewa anaknya, Hans Isaac.

"Kalau bercakap mengenai keputusan atau jodoh dan takdir, saya sebagai manusia biasa tidak boleh menyekat ketentuan daripada Allah SWT. Macam saya cakap tadi, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anak saya dan memohon agar dia ditemukan jodoh dengan orang yang soleh dan terpilih agar dapat membimbingnya dan dapat menjadi ketua keluarga.

"Kalau jodohnya dengan Hans Isaac sekalipun, masa untuk Neelofa masih panjang untuk mendirikan rumahtangga. Dia berkira-kira menamatkan zaman bujangnya pada usia 27 tahun dan dalam masa 3 tahun ini kita tak tau apa yang akan berlaku.

"Soal jodoh ini berkait dengan ketentuan dan juga hati serta perasaan. Walaupun saya ibunya, kalau itu jodoh anak saya, takkan saya mahu menolak dan biarkan hati dia hancur kerana mengikut kata-kata orang tua,"jelas Noor Kartini mengenai cerita dan hubungan cinta yang mengaitkan anaknya dan aktor kacak, Hans Isaac.

Ibu kepada 9 orang cahaya mata ini juga memberitahu bahawa dia tidaklah mengenali Hans Isaac secara dekat dan hanya pernah bertemu beberapa kali sahaja. Namun, dia menjelaskan lagi bahawa ketentuan semua terletak pada takdir. Dia mampu berdoa agar Neelofa sentiasa berada di landasan yang betul dan terus berjaya.

Selepas 5 Tahun, Velvet AF4 Muncul Dengan Tanpa Terluka!



Selepas, 5, Tahun, Velvet, AF4, Muncul, Dengan, Tanpa Terluka, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 FEB 2013: Bagi membutikan kewujudannya di dalam indusrti seni muzik, Bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Velvet Lawrence Aduk atau Velvet AF4 telah pun muncul dengan sebuah single berjudul Tanpa Terluka.

Velvet AF4 berkata setelah 5 tahun tidak menghasilkan apa-apa produk, ramai peminatnya serta orang ramai menganggap bahawa dia sudah berhenti menyanyi. Padahal, tempoh yang selama itu diambil untuk menguruskan keluarganya selepas dia mendirikan rumahtangga dengan vokalis Estranged iaitu Rich dan kini memiliki dua orang cahayamata iaitu Joshia, 4, dan Caroline, 2.

"Saya tidak pernah berhenti menyanyi dan selama ini saya memang menyimpan hasrat untuk kembali menyanyi dengan merakamkan lagu. Namun tidak kesampaian kerana saya sedang membina keluarga dan anak-anak masih kecil.

"Kini selepas anak saya sudah sedikit membesar dan di atas sokongan suami saya juga iaitu Rich, saya mahu kembali dengan serius dalam bidang nyanyian. Kepada yang sebelum ini yang menganggap saya sudah berhenti menyanyi, saya kini buktikan saya masih menyanyi dan ingin teruskan minat saya dari kecil ini," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Tanpa Terluka yangd icipta sepenuhnya oleh komposer Gio Wibowo itu sudah pun ke udara di corong-corong radio tempatan.

Selain single, Velvet kini sedang dalam proses merakamkan sebuah album bersama Warner Music Malaysia yang dijangka menyusul pada pertengah tahun ini. Meskipun Velvet sedar bukan mudah untuk diterima kembali dalam industri seni muzik setelah sekian lama tidak muncul di mana-mana media, namun dia berharap dengan album peminatnya akan terus menyokong usahanya itu.

"Saya tahu bukan mudah untuk diterima kembali kerana pasti ramai yang sudah ingta saya tidak lagi menyanyi, namun saya berharap saya akan nendapat sokongan peminat dan ramai pihak lagi untuk menapak semula dalam industri.

"Saya percaya usaha ikhlas ini akan mendatangkan hasil walaupun terpaksa menunggu. Namun saya akan mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian saya untuk menjadi seorang penyanyi," luahnya lagi.

Velvet baru sahaja menamatkan kontrak bersama radio Suria FM Sabah setelah 3 tahun berkhidmat dan kini menumpukan sepenuhnya kepada album pertamanya yang akan dirakamkan di Kuala Lumpur.

Akma Kini Cikgu Sekolah, Mengandung 4 Bulan!



Akma, Kini, Cikgu, Sekolah, Mengandung, 4, Bulan, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 8 FEB 2013: Bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Asiahtunakma Abdullah atau Akma yang berkahwin pada 30 Jun 2012 bersama Farih Hamshi kini telah disahkan mengandung empat bulan.

Lebih menarik lagi, Akma yang sering mengidam makan buah mangga muda pada setiap hari juga telah rasmi menjadi guru sekolah sepenuh masa sejak Oktober 2012.

"Alhamdulillah, saya sudah mengandung empat bulan. Insya-Allah, saya dijadualkan melahirkan anak sulung pada 31 Julai 2013. Saya telah disahkan mengandung pada November tahun lalu.

"Saya menyedari saya mengandung selepas saya berasa tidak sedap badan dan sering saja muntah-muntah. Pada mulanya saya tidak mahu membuat pemeriksaan doktor kerana tidak mahu terlalu mengharap.

"Namun, selepas mendapat nasihat suami, saya memberanikan diri dan membuat peperiksaan secara sendiri dengan menggunakan alat pengesan kehamilan. Syukur, keputusannya positif dan saya terus pergi berjumpa dengan doktor untuk membuat pengesahan," katanya kepada murai.com.my.

Sungguhpun tidak mengalami sebarang alahan yang teruk, Akma memberitahu, pada peringkat awal kehamilan, dia dan suaminya telah diserang penyakit demam selama seminggu.

"Saya tak mengidam teruk pun. Cuma disebabkan tekak saya selalu rasa pahit, setiap hari saya mesti nak makan buah mangga muda. Kalau tidak, saya tidak akan berselera untuk makan.

"Sejujurnya, selepas dapat tahu saya mengandung, senyuman tidak pernah lekang dari wajah saya. Begitu juga suami. Pada peringkat awal, saya terpaksa duduk di rumah ibu saya di Klang Lama tetapi sekarang saya dah sihat sepenuhnya dan sudah boleh tinggal di rumah sendiri bersama suami.

"Saya pun bersyukur, sekarang ini suami pun sudah jarang kena pergi out station untuk bekerja. Kalau diberikan pilihan, saya mahukan anak lelaki sulung untuk menjaga adik-adiknya nanti. Namun, kami tidak kisah. Perempuan pun boleh. Yang penting anak kami sihat," jelasnya.

Menjelaskan mengenai kariernya dalam bidang seni, Akma terpaksa meninggalkan seketika bidang nyanyian demi menjaga kesihatannya.

"Bila sudah mengandung ni, Akma terpaksa berhenti menyanyi sekejap. Lagi pun, sekarang ini Akma sudah jadi cikgu sepenuh masa di Sekolah Beachon House, Sri Inai, Petaling Jaya.

"Akma mengajar pendidikan Moral & Muzik. Tidak semua anak murid Akma kenal yang Akma ini adalah seorang penyanyi kerana kebanyakan pelajar di sana rata-ratanya berbangsa Cina. Akma mengajar setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad. Waktu kerja Akma dari jam 8 pagi hingga 4 petang," ujarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan