Cari Artikel

Thursday, February 7, 2013

Faezah Elai Selamat Lahirkan Cahaya Mata Sulung



Faezah Elai, Selamat, Lahirkan, Cahaya, Mata, Sulung, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KL, 7 FEB 2013: Tahniah Murai Batu ucapkan kepada pelakon Faezah Elai yang selamat menyambut cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan pengarah Heykal Hanifah.

Murai Batu dapat berita ini selepas terbaca dalam akaun Twitter milik mereka berdua yang gembira dan bersyukur dikurniakan cahaya mata pada 7.03 malam semalam.

Namun sehingga kini mereka berdua tidak pula mendedahkan jantiana bayi mereka yang selamat dilahirkan di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur itu.

Jadi sekarang, Murai Batu tengah membayangkan bagaimanalah rupa baby mereka ini. Mesti comel mirip ibunya yang berhidung mancung dan berkulit gebu itukan?

Seronoknya Murai Batu, bulan ini sahaja sudah 3 orang baby artis yang selamat dilahirkan. Sebelum Faezah Elai, hiburan tanah air juga menerima berita gembira kelahiran cahaya mata Memey Suhaiza dan Ning Baizura.

Tak sabar pula Murai Batu nak menanti kelahiran bayi Fasha Sandha yang dijangka akan bersalin pada Mac ini!

Murai Batu: Tengah tunggu masa untuk berkonfrantasi dengan Baby AA.

Ana Dahlia Harap Chef Riz Kekal Dengan Pilihannya



Ana Dahlia, Harap, Chef Riz, Kekal, Dengan, Pilihannya, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 7 FEB 2013: Meskipun tidak mengenali wanita bergelar Mak Jemah yang kini menjadi teman istimewa bekas suaminya, Chef Riz namun pelakon Ana Dahlia hanya mengharapkan hubungan cinta mereka kekal dan bahagia.

Malah, Ana Dahlia berkata dia mendoakan Chef Riz dapat memberikan komitmen yang sebaiknya dalam hubungan cintanya bersama wanita berkenaan.

"Mengenai hubungannya dengan wanita itu, saya sendiri tidak tahu menahu serta tidak mengenalinya. Itu hal personal dia dan dia pun tidak bercerita dengan saya mengenai mana-mana wanita yang dikenalinya.

"Saya cuma berharap hubungannya kali ini akan kekal dan dia juga haruslah pandai menjaga hubungan cinta itu dengan sebaik mungkin," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Dalam artikel sebelum ini, Chef Riz akui gambar yang di muat naik ke dalam laman Instagram itu adalah teman wanita yang sedang dikenalinya dan hanya mahu dikenali sebagai Mak Jemah.

Setelah lebih kurang dua bulan bercerai, Ana memberitahu dia dan Chef Riz masih lagi berhubung dan menjalinkan hubungan seperti kawan biasa.

"Kami hanya berkawan biasa selepas bercerai dan tiada pula hendak bermusuh atau sebagainya. Saya juga tidak mahu kerap menghubunginya kerana rasanya tidak elok untuk kembali rapat selepas hubungan suami isteri kami berakhir," jelasnya lagi.

Perkahwinan mereka hanya kekal selama 11 bulan selepas selamat diijabkabulkan pada 11 Disember 2011.

Mampukah Jin, Ryan Gantikan Tempat JJ Dengan Ean?



Mampukah, Jin, Ryan, Gantikan, Tempat, JJ, Dengan, Ean, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 7 FEB 2013: Stesen radio berbahasa Inggeris nombor satu Malaysia, Hitz.fm tampil dengan imej yang lebih segar dengan menampilkan Jin dan Ryan sebagai penyampai pagi Hitz.FM menggantikan tempat JJ dan Ean. Sebelum diberi tugasan baru ini mulai 14 Januari lalu, dua penyampai kacak ini lebih dulu meriahkan corong radio tersebut dengan menggempakkan segmen malam Hitz.fm.

Mengulas mengenai penukaran ini, pengurus Hitz.FM Raqeem Brian berkata, pihaknya berasa amat teruja menantikan impak baru daripada dua penyampai ini dalam mengendalikan segmen pagi.

"Jin dan Ryan masih lagi muda. Namun, mereka begitu komited dan pakar dalam bidang penyiaran radio. Malah, mereka berdua juga sangat mengetahui dunia hiburan tempatan. Dengan personaliti yang mereka ada, kami berharap mereka boleh bersaing dengan penyampai lain selain memeriahkan lagi segmen pagi Hitz.fm.

"Idea untuk mengganding mereka selepas kejayaan dalam survey terbaru yang mana mereka mampu menaikkan jumlah pendengar Hitz.fm menerusi segmen yang terdahulu," kata Raqeem.

Dalam pada itu, pasangan penyampai ini merasa teruja dan terkejut apabila diberi amanah untuk mengendalikan segmen pagi radio berbahasa Inggeris pertama di Malaysia.

"Ia satu penghormatan buat kami untuk buat segmen pagi yang memang dikenali ramai. Kini, ia menjadi tanggungjawab kami untuk menemani pendengar setia pagi Hitz.fm. Yang penting, kami berjanji akan terus menghiburkan pendengar seperti mana penyampai terdahulu," ujar Ryan.

Pelawak Veteran, Datuk Yahya Sulong Meninggal Dunia



Pelawak Veteran, Datuk Yahya Sulong, Meninggal, Dunia, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 6 FEBRUARI 2013: Berita sedih yang baru kami terima sebentar tadi, pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada pukul 6.45 petang tadi.

Berita ini disahkan oleh Presiden Seniman, Zed Zaidi yang memaklumkan perkhabaran ini melalui laman sosial Twitter miliknya. Menurut Zed Zaidi, Allahyarham yang pernah membintangi filem Semerah Cinta Stilleto, Hantu Dalam Botol Kicap dan banyak lagi meninggal akibat sakit tua.

Datuk Yahya turut terkenal dengan watak komedi dalam filem era 1980-an.

Beliau juga pernah berkhidmat dalam pasukan polis hutan sekitar 1948.

Datuk Yahya kemudiannya menamatkan perkhidmatan sebagai anggota polis pada 18 April 1960 di Balai Polis Ipoh dengan pangkat terakhir disandang adalah Sarjan.

Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Teluk Intan, Perak pada malam ini juga.

Ogos tahun lalu, suami kepada Datin Alisah Ali itu koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HKL akibat terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul di sini.

Chef Riz Akui Kenal Mak Jemah Melalui Instagram!



Chef Riz, Akui, Kenal, Mak Jemah, Melalui, Instagram, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 6 FEB 2013: Bekas suami pelakon Ana Dahlia, Chef Mohd Nadri Redzuawan atau Chef Riz mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita yang digelarnya Mak Jemah.

Bagaimanapun, Chef Riz yang kini sibuk menguruskan restoran miliknya, Flavor Restaurant di Jalan Telawi, Bangsar memohon agar diberikan masa untuk bercerita lebih lanjut tentang wanita tersebut.

"Gambar yang itu ke? Tidak boleh ke saya nak bergambar dengan dia? Pasal benda ini, nanti saya akan ceritalah. Biarlah saya berkawan dulu dengan dia. Kami pun baru saja berkenalan.

"Malah, saya masih lagi dalam proses mengenal hati budi dia. Saya gelarkan dia dengan nama Mak Jemah. Maaflah, belum masanya lagi saya nak beritahu nama betul dia. Kalau dah okay nanti, saya beritahulah ya.

"Lagipun, kami masih baru lagi berkawan. Baru, lebih kurang sebulan kami kenal. . Dia bukan artis dan dia orang biasa-biasa saja. Bagi saya masa untuk kawan dengan dia dulu. Kalau ada jodoh, Insya-Allah. Saya pun tak mahu cakap lebih-lebih sangat," katanya kepada murai.com.my.

Meneruskan penjelasan, Chef Riz memberitahu tujuan dia meletakkan foto tersebut. Katanya, dia melakukannya kerana mahu menghargai kebaikan wanita berkenaan terhadap dirinya.

"Dia adalah orang Johor. Saya jarang jumpa dia kerana saya sibuk. Semua orang tahu, selepas saya bercerai, saya rasa tertekan dan lemah semangat. Bagaimanapun, saya dengan Ana masih lagi berkawan dan saya doakan yang terbaik untuk Ana. Sejujurnya, saya tidak mencari Mak Jemah. Saya kenal dia pun menerusi Instagram.

"Kebetulan baru-baru ini saya ada menjayakan sebuah program di Johor Bahru. Waktu itu barulah saya berjumpa dengan dia . Dia pulak dengan baik hati membawa saya berjalan-jalan di sekitar bandaraya Johor Bahru," ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Riz tidak menolak bahawa Mak Jemah banyak mengubati lukanya yang baru saja mengalami dilema penceraian.

"Saya berminat berkawan dengannya kerana minat dia dalam bidang masakan. Saya pun senang berkawan dengan dia. Dia selalu berikan kata-kata semangat kepada saya setiap kali saya rasa down. Senang cakap, dia sentiasa merawat luka saya juga. Sekarang ini, saya hanya mahu peminat berdoa yang terbaik untuk saya.

"Saya pun sedang mencuba mencari kebahagian dalam hubungan. Mak Jemah memang caring dan banyak berikan kata-kata semangat buat saya," jelasnya.

Memey Redha Ditinggal Norman Hakim Ketika Pantang



Artis Malaysia, Ditinggal, Hiburan, ketika, malaysia, Memey, Norman Hakim, Pantang, Redha


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto ehsan Memey Suhaiza

KUALA LUMPUR, 7 FEB 2013: Pelakon Memey Suhaiza akui suaminya, Norman Hakim kini sibuk menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur sejak dia melahirkan anak pertamanya, Mohamed Darwisz Hakim pada 1 Februari lalu.

Memey Suhaiza berkata waktu jadual Norman yang ketat dan padat itu menyebabkan suaminya tidak dapat meluangkan banyak masa di rumah ketika dia kini sedang berpantang.

"Sebenarnya Norman sudah mengambil cuti untuk menyambut kelahiran bayi kami bermula 10 Februari ini tetapi saya pula telah bersalin lebih awal daripada due date yang sepatutnya pada 20 Februari.

"Jadi sekarang ini dia sedang sibuk menghabiskan beberapa penggambaran sebelum 10 Februari. Jadualnya sangat ketat, sehinggakan dia hanya ada masa untuk balik sekejap saja pada waktu malam dan awal pagi-pagi buta pula sudah pun keluar bekerja.

"Saya tak nafikan Norman ada membantu saya dalam menguruskan anak cuma tak dapat luangkan banyak masa bersama," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Namun begitu, Memey memberitahu dia tiada masalah dengan jadual kerja Norman yang ketat itu kerana dia kini sibuk dijaga juga oleh emaknya di rumah.

"Saya redha dan faham kerana inilah pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mencari rezeki buat kami sekeluarga. Lagipun saya ada emak yang menjaga di rumah. Pun begitu, Norman tetap mahu saya update setiap masa gambar baby dan apa yang kami buat di rumah kepadanya sebagai pelepas rindunya di set," jelasnya lagi.

Memey yang baru berpantang 6 hari itu bagaimanapun akan menyambung proses berpantangnya di kampungnya bermula minggu hadapan.

"Saya akan sambung berpantang di kampung untuk menjalani cara berpantang yang lebih proper mengikut cara kampung mulai minggu hadapan.

"Kemudian majlis doa selamat juga akan diadakan sebagai tanda syukur dengan kelahiran anak saya ini. Pada masa itu Norman akan ikut pulang bersama kerana dia akan bercuti seketika," tambahnya lagi.

Memey ditemani suaminya, Norman Hakim ketika melahirkan bayi sulungnya itu Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak, kira-kira jam 9.55 malam pada 1 Februari lalu.

is tengah renovate is punya blog serta susun widget




Aku Berlindung Dengan Nama Allah S.W.T Daripada Godaan Syaitan Yang Direjam, Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah S.W.T Dan Aku Bersaksi Bahawa Nabi Muhammad S.A.W Itu Pesuruh Allah S.W.T. is tengah buat pembaharuan kat blog is nie aklau korang tengok ada something wrong dengan blog is kan?

Pertama, Bloglist untuk Jejak Blogwalking iskandarX belum masukkan habis lagi semua link yg is BW, kedua widget kat sidebar kekadang berubah tempat disebabkan oleh is dok mengkaji javascript da css tapi nampaknya css tak mau bekerjasama dengan is so is tendang buang css tu terus menyusahkan sampai semalam hampir sehari is dok belek menatang bendalah tu aja, dok adjust tak ok-2 gak, so is bertanya terus kat owner blog Perling Putih terus is berjaya experimental dengan multi tab widget tersebut, so sakit kepala is semalam dah pun dapat ubatnya.

Ketiga, semalam honestly is tak BW sebab apa? Sebab is nak tengok ada yang join dalam BW list is tapi tak return visit, ada yang tahun lepas punya baru nak return pun ada, tapi is tak kisah sebenarnya sebab is tau masing2 ada masalah tersendiri dan unik, tapi jangan lah sampai xnak return langsung, macam yang is angkat jadi VIP list is dah blog famous terus tak nak bw dah is bagi pelempang karang.

Ok next bila is bw is takkan sebut klik, atau isi tabung, is akan sebut blogwalking disini sambil amal, so korang faham2 je lah istak nak kena mark pengkliker iklan untuk orang, lagi satu jangan bohong kalau iklan tak kuar xperlu lah tipu kata dah klik, klik atau tidak is tak ambik kisah sangat janji korang datang, return and payback my visit dan ikhlas itu sahaja.

Nak merepek panjang2 pun korang meluat je kat is karang heheheh is nie kalau bab meluahkan perasaan memang pakar so akhir kata bersama lah kita menuju puncak....errkkk akedemi fantasia ker? ahak tak kisah janji kita semua maju serta berjaya dalam dunia blogging ini.

Yang Ikhlas,
Duke iskandarX


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan