Cari Artikel

Wednesday, February 6, 2013

Ada Jejaka Yang Frust Bila Raja Azmi Cinta Hafiz?



Ada, Jejaka, Yang, Frust, Bila, Raja Azmi, Cinta, Hafiz, Artis Malaysia, Produser, Malaysia


KL, 6 FEB 2013: Murai Batu kisah percintaan produser filem yang sentiasa diburu kontroversi iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dengan gitaris muda, Hafiz, 27, sekarang ini bukanlah menjadi satu rahsia lagi.

Apa tidaknya, ke mana saja Murai Batu pergi, ada saja orang yang bertanya Murai Batu lebih lanjut tentang percintaan Raja Azmi dengan Hafiz yang kini sudah mencecah lebih sebulan itu. Ada juga yang macam tak percaya dan bertanya sejauh mana seriusnya hubungan Raja Azmi dengan pemuda itu.

Hai, kalau tak serius takkanlah Raja Azmi bawa Hafiz berjumpa dengan anak-anak dan menantunya. Kalau tidak serius jugak, takkanlah Hafiz berani perkenalkan Raja Azmi sebagai kekasih kepada bonda tercintanya.

Malah, kalau tak serius, takkanlah Raja Azmi berani umumkan bahawa mereka telah merancang untuk mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Bila, Murai Batu tak dapat nak kongsilah. Tunggu Raja Azmi umumkan nanti.

Tapikan, sejak Raja Azmi umumkan bahawa dia kini sedang bercinta dengan Hafiz, Murai Batu dengar ada beberapa jejaka muda yang nampaknya makan hati bila dengar pengakuan bekas isteri kepada pemain badminton negara, Jailani Sidek itu.

Sebabnya, yang Murai batu dapat tahu, salah seorang daripada jejaka itu khabarnya suka giler dengan Raja Azmi dan mahu mendekati produser filem Haru Biru dan ...Dalam Botol itu dengan lebih dekat lagi.

Tapi, Hafiz jugak yang dipilih oleh Raja Azmi. So, frust gilerlah kawan tu. Kesian pulak Murai Batu mendengarnya. Tapi, nak buat macam manakan? Soal hati bukan boleh dipaksa-paksa.

MURAIBATU: Tengah menilik gambar beef stew yang dimasak oleh Dato` Siti Nurhaliza. Terliur pulak rasanya...

Adakah Ini Kekasih Baru Chef Riz, Mak Jemah?



Adakah, Ini, Kekasih, Baru, Chef Riz, Mak Jemah, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KL, 6 FEB 2013: Sejak bercerai dengan aktres Ana Dahlia secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor pada 10 Disember tahun lalu, Murai Batu terus tak dengar apa-apa berita tentang anak teruna Datuk Redzuawan Ismail aka Chef Wan iaitu Chef Riz.

Tapi, baru-baru ini seorang teman telah menunjukkan gambar instagram milik Chef Riz. Dalam gambar itu, Chef Riz nampak cukup intim dengan seorang gadis yang tidak kurang cantiknya dengan bekas isterinya.

Tertanya-tanya juga Murai Batu, siapakah gadis itu. Sebab, wajahnya namoak cukup serasi betul dengan Chef Riz. Adakah dia teman baru yang mengisi kekosongan hati Chef Riz selepas beberapa bulan menduda. Murai Batu rasa hanya Chef Riz saja yang mampu menjawabnya.

Apapun Murai Batu tercari-cari jugak info tentang gadis itu di dalam instagram milik Chef Riz. Tapi, masalahnya Chef Riz tak tagging langsung gambar itu pada mana-mana akaun sosial media milik gadis itu.

Sebaliknya, Chef Riz hanya menulis: "Mak Jemah, tengkiu bwk titew jenjalan aritu ek:-) . Hahahaha.. Murai Batu rasa nak gelak pun ada. Biar betul Chef Riz gelarkan gadis itu sebagai Mak Jemah. Luculah Chef Riz ni...


MURAIBATU: Terima kasih kepada Shila Amzah yang menghantar surat terbuka kepada murai.com.my.

Memey Suhaiza Gembira Baby Sudah Pandai Tersenyum!



Memey Suhaiza, Gembira, Baby, Sudah, Pandai, Tersenyum, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto ehsan Memey Suhaiza

KUALA LUMPUR, 6 FEB 2013: Walaupun bayinya baru berusia 6 hari, namun pelakon, Memey Suhaiza akui gembira melihat perkembangan putera sulungnya, Mohamed Darwisz Hakim yang kini semakin bijak dan sihat.

Memey Suhaiza berkata walaupun agak penat kerana baru hendak membiasakan diri menjaga anaknya itu, namun penat itu hilang apabila melihat wajah bayinya yang suka tersenyum lebih-lebih lagi ketika menyusukannnya.

"Alhamdulilah, masuk hari keenam ini anak saya semakin sihat dan menunjukkan perkembangan yang baik setiap hari. Walaupun agak mencabar ketika mula-mula untuk belajar dan membiasakan diri menjaga bayi, namun semuanya berjalan dengan lancar.

"Saya pun setiap hari teruja untuk bersama dan menjaganya walaupun penat kerana masih lagi berpantang, namun melihat wajahnya lebih-lebih ketika dia terseyum ia telah melegakan dan menghilangkan segala penat saya," katanya kepada murai.com ketika dihubungi.

Memey ditemani suaminya, Norman Hakim ketika melahirkan bayi sulungnya itu Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak, kira-kira jam 9.55 malam pada 1 Februari lalu.

Apabila ditanya wajah anaknya itu mirip siapa, Memey memberitahu suaminya, Norman melihat puteranya itu punya air muka mirip Memey.

"Norman beritahu dia nampak wajahnya banyak mirip saya, tetapi kalau ikut saya wajahnya kombinasi wajah kami berdua kerana hidungnya mancung macam bapanya," jawabnya yang kini sedang berpantang di rumahnya di Kuala Lumpur.

Memey yang memberikan susu badan kepada anaknya itu memberitahu dia sering berjaga malam selepas bayinya sering berjaga kerana lapar. Memey dan Norman Hakim berkahwin pada 24 September 2011.

Surat Mohon Maaf Terbuka Shila Amzah Tentang Sharnaaz Ahmad!



Surat, Mohon, Maaf, Terbuka, Shila Amzah, Tentang, Sharnaaz Ahmad, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KUALA LUMPUR, 6 FEB 2013: Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada shila.
Tujuan shila menulis surat ini, sebab shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama shila berdiam diri.

Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa shila dan kenapa mereka begitu menjaga shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati shila.Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

Tentang sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi.Terima kasih kerana melayan shila dengan baik selama hari ini.Janganlah semua menghukum sharnaaz atas kenyataannya, Dia tidak sepenuhnya bersalah.Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua "damage" yang telah berlaku kepada sharnaaz dan familinya.

Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa shila, sebagai seorang kekasih kepada sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya. Shila sentiasa percaya pada qada' dan qadar.Seandainya ia baik untuk shila maka dekatkan lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk shila maka jauhkan lah.

Jodoh, pertemuan, Ajal dan maut di tangan Allah SWT.Shila berdoa agar semua berdamai.Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku. Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati .Demi Allah shila sangat sayangkan anda semua.

Que Haidar Ajak Linda Jasmine Pusing Felda Taib Andak!



Que Haidar, Ajak, Linda Jasmine, Pusing, Felda Taib Andak, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 5 FEB 2013: Pernahkah anda membayangkan bagaimana agaknya gelagat guru tari, Linda Jasmine tatkala suaminya yang tercinta iaitu aktor Que Haidar membawanya mengelilingi Felda Taib Andak dengan motorsikal atau pun basikal?

Dan, mahukah anda melihat bagaimana lagak Linda Jasmine kala membantu ibu mertuanya memasak di dapur sewaktu menziarahi keluarga Que Haidar di kampung tersebut yang juga menjadi tempat kelahiran bekas juara Akademi Fantasia Musim 3, Mawi?

Jika ya, anda harus menonton program Romantika yang bakal bersiaran secara ekslusif di Astro Ria saluran 104 dan Astro Mustika HD saluran 134, jam 9 malam, mulai hari ini.

Program ini menyingkap kisah pasangan selebriti ternama di Malaysia yang sudah mendirikan rumah tangga atau baru melangkah ke alam perkahwinan untuk berkongsi tentang kisah kebahagiaan, pahit manis dalam kehidupan sebagai suami isteri.


Dihasilkan sebanyak 13 episod, Linda Jasmine dan Que Haidar telah menjadi pasangan selebriti pertama yang ditampilkan di dalam episod pertama program ini.

Menariknya, dalam episod pertama yang berdurasi sebanyak 30 minit ini, anda akan dapat melihat aksi Linda Jasmine dan Que Haidar tatkala berada di rumah sambil melayan kerenah anak-anak mereka iaitu Qalif, Ratu serta Cleopatra.


Malah, anda juga berpeluang menyaksikan detik-detik romantis mereka kala menghabiskan masa secara berdua tanpa ditemani anak-anak ketika menikmati makan malam bersama.


Bukan setakat itu saja, Linda Jasmine dan Que Haidar juga turut menyingkap beberapa rahsia yang berkaitan dengan hubungan dan rumahtangga mereka.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton Romantika secara ekslusif di Astro Ria saluran 104 dan Astro Mustika HD saluran 134, jam 9 malam ini.

Ning Baizura Jawab Isu Pasal Nama Anak



Ning Baizura, Jawab, Isu, Pasal, Nama, Anak, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 5 FEB 2013: Baru sebentar tadi portal murai.com.my menerusi ruangan gosip Murai Batu berkongsi cerita berkenaan perkembangan terbaru putera pertama penyanyi popular Ning Baizura yang dikhabarkan sedang mengalami demam kuning atau Jaundis.

Dalam ruangan itu juga, buat pertama kalinya Murai Batu turut berkongsi nama anak kesayangan penyanyi itu kepada pembaca setia. Bagaimanapun maklum balas yang diterima daripada orang ramai cukup mengejutkan.

Rata-rata mempersoalkan mengapa penyanyi berkenaan memilih nama Ryan Sky Dalton untuk bayinya itu yang disifatkan terlalu kebaratan. Namun, Ning Baizura menerusi fanpage Facebook miliknya telah menerangkan secara terperinci alasan dan maksud sebenar nama yang menjadi pilihan dia dan juga suami tercinta.

Seperti yang diterangkan Ning Baizura menerusi status 'fan page' Facebook miliknya, nama Ryan atau Rayann diambil daripada perkataan Parsi yang membawa maksud kearifan atau kebijaksanaan. Malah , ia juga adalah nama pertama yang diberikan kepada lelaki dalam dunia Islam.

Ning turut menambah, dalam bahasa Parsi juga, Rayann membawa erti haruman berasaskan herba dan herba haruman manis yang turut dipraktikan dalam bahasa Arab dengan panggilan Rayhaan. Perkataan Rayhaan juga boleh ditemui dalam Surah Rahman, ayah 12; dan Surah Waqi'ah, ayat 89.

Manakala perkataan Sky (langit) yang terbit selepas Ryan adalah simbolik kepada kelaziman manusia yang akan berdoa dan mendongak ke atas iaitu langit sebagai rasa syukur serta memikirkan Allah.

Berikut adalah keterangan Ning Baizura di dalam Facebook berkenaan nama buah hati pengarah jantungnya, Ryan Sky Dalton.


"MasyaAllah , for those who are wondering if our baby's name is too English katanya, actually it's more Islamic than u think. Try googling ok! We thought long & hard for a precious & meaningful name.

"Considering my Arabic & Chris's English background "Rayann in Persian and Arabic Ray in Persian means 'wisdom' (which comes from Middle Persian verb Raynitan) and Rayann means 'wise' and is a first name given to males in the Islamic world.

"[1] In the Persian language it also means 'fragrant herb' or 'sweet scented herb'. In Arabic, 'sweet scented herb' is Rayhaan.

"Rayhaan is found in Surah Rahman, ayah 12; and Surah Waqi'ah, ayah 89.

"[2]Rayan or Rayyan is the name to one of Islam's Heaven gates through which only the observers of Ramadan would enter on the Day of Resurrection.

" Which comes from Allah every time we look at the SKY we think of Allah kan," jelas Ning Baizura.

Cara Nak Ambil Code Ads New Nuffnang Interface


Aku Berlindung Dengan Nama Allah S.W.T Daripada Godaan Syaitan Yang Direjam, Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Assalammualaikum W.B.T, dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog is serta sahabat-sahabat sekalian. Ok untuk meraikan pertanyaan sahabat kita yang bertanya pada is, kat mana nak ambik ads code, sebab dah lama tak masuk akaun Nuffnang, ya is faham sebab masa Nuffnang tu sendiri update interface is pun terkejut, eh menatang apa ada bintang2 pulak nie?

Hmmm, so janagn terkejut dan terperanjat dan gelabah, dan usah gundah gulana meh sini is tunjuk nak ambik code kat mana. Nuffnang takkan banned kita walaupun tak masuk akaun dah lama ok? Sebab Nuffnang bukan macam Affiliate Marketing Center, dorang PPC Advertising.

Cara, Nak, Ambil, Code, Ads, New, Nuffnang, Interface, nuffnang, nuffnang blogspot, nuffnang wordpress, nuffnang tutorial, nuffnang blog, nuffnang blogger, innit nuffnang, nuffnang blog awards winners, blog, advertising, community, network, asia, malaysia, singapore, philipines, australia, interface, web2.0, webstandards, ajax


 1. Seperti Gmabarrajah diatas, sebelah kiri ada Menu Blog Manager, jadi korang pointed cursor mouse korang ke situ, dia akan expand kan dialognya dan korang klik Manage My Blogs.

Cara, Nak, Ambil, Code, Ads, New, Nuffnang, Interface, nuffnang, nuffnang blogspot, nuffnang wordpress, nuffnang tutorial, nuffnang blog, nuffnang blogger, innit nuffnang, nuffnang blog awards winners, blog, advertising, community, network, asia, malaysia, singapore, philipines, australia, interface, web2.0, webstandards, ajax


2. Pilih blog yang dah korang adding dalam Akaun Nuffnang korang masing-masing, kalau Trafik kurang atau blog tak update lama so dia akan kuar menu add ad unit, kalau xupdate lama tapi trafik buah gila punya dia akan kuar bintang kaler kuning, is dapat Bintang Tiga ahak macam komunis la pulak. Ok kalau yang kuar tu hanya Add ad unit maka klik dia, kalau yang ada bintang korang klik mana ada Large Rec, atau Leaderboard mahupun Skyscraper, klik add type yang mana korang nak codenya ok?

Cara, Nak, Ambil, Code, Ads, New, Nuffnang, Interface, nuffnang, nuffnang blogspot, nuffnang wordpress, nuffnang tutorial, nuffnang blog, nuffnang blogger, innit nuffnang, nuffnang blog awards winners, blog, advertising, community, network, asia, malaysia, singapore, philipines, australia, interface, web2.0, webstandards, ajax


3. Page akan appear Choose The Ad Type You Prefer, dimana ada lubang button tuntuk korang klik sekali.

Cara, Nak, Ambil, Code, Ads, New, Nuffnang, Interface, nuffnang, nuffnang blogspot, nuffnang wordpress, nuffnang tutorial, nuffnang blog, nuffnang blogger, innit nuffnang, nuffnang blog awards winners, blog, advertising, community, network, asia, malaysia, singapore, philipines, australia, interface, web2.0, webstandards, ajax


4. Jika korang nak Leaderboard, maka klik lubang butang tu lepastu move cursor mouse ke ad code janagn klik kiri lagi, lepastu, rightclick button mouse korang dan ambik code, dan paste kat notepad, untuk menyenangkan kerja korang tak payah nak ulang2 buka atau hit button back browser korang.

Cara, Nak, Ambil, Code, Ads, New, Nuffnang, Interface, nuffnang, nuffnang blogspot, nuffnang wordpress, nuffnang tutorial, nuffnang blog, nuffnang blogger, innit nuffnang, nuffnang blog awards winners, blog, advertising, community, network, asia, malaysia, singapore, philipines, australia, interface, web2.0, webstandards, ajax


 5. Jika korang nak Skyscraper, maka klik lubang butang tu lepastu move cursor mouse ke ad code janagn klik kiri lagi, lepastu, rightclick button mouse korang dan ambik code, dan paste kat notepad, untuk menyenangkan kerja korang tak payah nak ulang2 buka atau hit button back browser korang.

Cara, Nak, Ambil, Code, Ads, New, Nuffnang, Interface, nuffnang, nuffnang blogspot, nuffnang wordpress, nuffnang tutorial, nuffnang blog, nuffnang blogger, innit nuffnang, nuffnang blog awards winners, blog, advertising, community, network, asia, malaysia, singapore, philipines, australia, interface, web2.0, webstandards, ajax


6. Jika korang nak Large Rectangle, maka klik lubang butang tu lepastu move cursor mouse ke ad code janagn klik kiri lagi, lepastu, rightclick button mouse korang dan ambik code, dan paste kat notepad, untuk menyenangkan kerja korang tak payah nak ulang2 buka atau hit button back browser korang.

Ok selanjutnya korang boleh refer cara nak letakkan code ads Nuffnang nie di Cara Masukkan Iklan Nuffnang Blogspot
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan