Cari Artikel

Tuesday, February 5, 2013

Yus Jambu Bakal Kahwini Model Sambilan



Yus Jambu, Bakal, Kahwini, Model, Sambilan, Artis Malaysia, pelawak, Pelakon, Hiburan, Malaysia


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 5 FEB 2013: Sebaik saja kumpulan Jambu yang dianggotai Yus dan Tauke diumumkan sebagai naib johan program Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM), Yus secara rasminya telah mencanang satu Malaya bahawa dia akan menggunakan wang kemenangan tersebut untuk mengadakan majlis perkahwinannya nanti.

Namun, sehingga ke hari ini, Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo,37, masih belum memberitahu identiti sebenar wanita yang telah pun bertakhta di hatinya sekaligus memikat hati Yus untuk menjadi suri dihatinya.

"Saya ni bukan jenis perahsia. Kalau ikutkan hati saya, saya nak beritahu semua bahawa dia adalah bakal isteri saya. Namun, demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu foto dan nama sebenarnya.

"Namun, untuk tidak mengecewakan orang yang dah bertanya, saya akan memberitahu sedikit demi sedikit siapakah dia orangnya. Nama pangkal dia adalah B dan dia berasal dari Taiping. Dia bekerja sebagai setiausaha ahli korporat dan juga model sambilan. Dia berumur 32 tahun.

"Saya baru saja empat bulan mengenalinya. Saya kenal dia pun menerusi facebook. Alhamdulillah, setakat ini saya suka dan mahu dia jadi isteri saya kerana dia sangat memahami saya," katanya kepada murai.com.my.

Membicarakan soal tarikh kahwin, Yus mengakui dalam persiapan menuju ke alam perkahwinan. Namun, Yus memberitahu berkemungkinan besar tidak akan bertunang kerana pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini.

"Ya, saya akan berkahwin dengan dia. Namun, tarikh yang tepat masih belum ada. Mungkin paling cepat tahun ni paling lewat pun tahun depan. Walaupun masih belum bertarikh, saya sudah merancang untuk membuat majlis kahwin ala kampung di pihak saya di Perlis nanti.

"Saya suka dia sebab wajahnya persis gadis kampung. Apabila saya kenal dia menerusi facebook, selama dua minggu dia tidak pernah tahu saya ini adalah artis atau pun Yus Jambu. Sehinggalah satu hari, kawan dia memberitahu dia dan dia sendiri bertanyakan identiti saya.

"Selepas kenal dan tahu siapa saya, dia tersangatlah memahami kesibukan saya. Dia pun wanita yang mempunyai wawasan dan bekerjaya. Setakat ini, saya sudah pun berjumpa dengan ahli keluarganya. Tapi saya belum datang ke rumahnya di Taiping. Kami berjumpa pun tatkala keluarganya datang ke Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini," jelasnya.

Meneruskan cerita, Yus bersyukur ayah dan keluarga wanita itu menerimanya dan memberikan pandangan positif terhadap hubungan mereka.

"Ayah dia yang nak berjumpa dengan saya. Dia nak kenal identiti dan perlakuan saya. Alhamdulillah, mereka suka saya dan mengatakan saya tidak seperti yang disangkakan. Maksudnya, pada mulanya mereka ingatkan saya ni kategori artis sombong dan belagak, tapi sebenarnya saya tidak.

"Saya pun mesra dengan keluarga dia. Ayah dia pun sporting dan sekepala dengan saya. Saya rasa saya tidak akan bertunang dengan dia. Kalau bertunang pun sekejap saja. Dulu saya dah 4 tahun menghadapi dilema bertunang.

"Terus-terang, saya sudah lama tidak merasa perasaan gembira sebegini. Jadi, doakanlah saya bahagia dan hubungan saya kekal selamanya," jelasnya.

Sementara itu, Yus berjanji apabila tiba waktunya nanti, dia akan beritahu dan mendedahkan wajah kekasihnya itu.

Lokasi Konsert Anuar Zain Berpindah Ke Stadium Malawati



Lokasi, Konsert, Anuar Zain, Berpindah, Ke, Stadium Malawati, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks dan foto oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

Kuala Lumpur, 4 FEBRUARI 2013: Konsert Anuar Zain Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari yang sepatutnya berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Februari ini terpaksa ditukar ke Stadium Malawati, Shah Alam atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Anuar Zain,43 yang ditemui ketika sidang media pengumuman itu di Hotel Concorde Shah Alam sebentar tadi berkata, penukaran berkenaan adalah disebabkan oleh masalah domestik.

"Kita terpaksa memberi laluan kepada majlis yang akan berlangsung pada keesokan harinya dan masalah teknikal tersebut adalah di luar kawalan kita. Peminat yang sudah mendapatkan tiket akan dihubungi pihak TicketCharge dalam masa terdekat untuk urusan penukaran tempat duduk.

"Peminat tak perlu risau kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak penganjur walaupun berlakunya perubahan pada lokasi konsert. Apa yang boleh saya katakan, reka bentuk Stadium Malawati ternyata lebih mesra kerana susunan tempat duduknya yang lebih dekat.

"Malah berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil, stadium ini menyediakan tempat letak kereta yang mudah dan lebih banyak,"katanya kepada pihak media.

Konsert yang bakal mendapat perhatian lebih 5,000 penonton itu menyaksikan kemunculan sulung Anuar Zain dalam sebuah konsert mega yang dibantu dengan permainan pelbagai visual menarik.

Setakat ini, lebih 80 peratus tiket telahpun terjual dan Anuar Zain akan menyampaikan 20 buah penuh dan satu medley dalam konsert selama 2 jam setengah itu.

Tambah Anuar Zain, kaunter tiket akan dibuka di Stadium Malawati bermula 6 Februari sehingga hari konsert berkenaan.

"Pelbagai persiapan sudahpun dibuat setakat ini termasuk sesi latihan termasuk 5 lagi latihan yang akan dijalankan selepas ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar di mana Mac Chew akan menjadi pengarah muzik dan Amri Ginang bertanggung jawab sebagai individu yang menyiapkan segala visual untuk konsert itu nanti," katanya.

Model Singapura, Hanli Hoefer, VJ Baru MTV!



Model, Singapura, Hanli Hoefer, VJ, Baru, MTV, Artis Malaysia, Artis Singapore, Hiburan, Malaysia


SINGAPURA, 4 FEB 2013: MTV Asia hari ini melaporkan bahawa model yang sedang meningkat naik di Singapura, Hanli Hoefer, telah dipilih sebagai VJ untuk mengendalikan musim kedua program The MTV Show yang saban minggu bersiaran.

Pemilihan Hanli Hoefer dibuat selepas model yang bergiat aktif dalam bidang peragaan tempatan ini hadir menjalani ujibakat selepas mendapat tahu bahawa pihak MTV sedang mencari hos baru untuk program terbabit.

Dengan senyuman dan wajah yang menarik, Hanli Hoefer berjaya memikat hari pihak produser MTV dan selain mengendalikan musim kedua program The MTV Show, dia juga akan muncul dalam beberapa program MTV yang terdahulu seperti MTV World serta MTV Session.

Malah, dia juga turut memegang peranan untuk mengetengahkan artis-artis serta acara-acara menarik yang terdapat di sekitar rantau Asia ini.

"Saya sangat teruja! Menjadi VJ MTV sememangnya sudah lama menjadi impian saya. Malah, waktu berusia belasan tahun, saya pernah berangan menjadi VJ MTV dengan menggunakan berus rambut untuk dijadikan mirofon.

"Tidak sangka pula bahawa apa yang saya angan-angankan itu kini menjadi kenyataan. Saya rasa bersyukur kerana diberi peluang yang sama sekali tidak dijangka ini. Saya harap anda akan terus mengikuti MTV untuk menyaksikan bagaimana saya memulakan bab yang pertama dalam hidup saya ini sebagai seorang VJ," katanya.

Dilahirkan serta dibesarkan di Singapura, Hanli adalah seorang pemegang ijazah di United World College dalam kursus kesenian dan psikologi. Dia memulakan kerjayaa dalam bidang peragaan selepas bakatnya mula dikesar pada usia 19 tahun.

Kurang setahun, dia terus menguasai persembahan-persembahan fesyen serta menjadi penghias kulit untuk majalah Her World serta Shape.


Naib Presiden MTV & Comedy Central Brands, Viacom International Media Networks Asia, Tan Sian Ju berkata, pihaknya sendiri berasa cukup berbesar hati apabila dapat memulakan 2013 ini dengan kehadiran VJ Hanli dalam keluarga MTV.

"MTV sentiasa mencari bakat baru dan Hanli nampaknya berjaya mencuri perhatian kami dengan penampilannya yang menarik serta penuh keyakinan. Hanli juga berjaya membawa ciri-ciri muda dan kehiduoan yang menyeronokkan dalam jenama kami dan saya percaya, pengikut MTV juga akan berasakan hal yang sama, kala menontonnya nanti.

"Sepertimana yang kita sedia maklum, MTV sentiasa menjadi tempat kepada penonton remaja untuk menikmati muzik dan budaya pop. Oleh itu, Hanli adalah pilihan yang terbaik untuk mendekatkan MTV dengan golongan ini. Dia ibarat duta remaja kami," katanya.

Untuk mendapatkan informasi VJ Hanli, sila layari:

MTV Page: www.mtvasia.com/vjhanli
MTV Blog: www.mtvasia.com/vjhanliblog

Ikyti Hanli di Facebook, Twitter and Instagram:

Facebook: www.facebook.com/MTVVJHanli
Twitter: twitter.com/hanlihoefer
Instagram: instagram.com/hanlihoefer/

Adibah Noor Teman Baru Halim Othman Di Ceria Pagi Suria



Adibah Noor, Teman, Baru, Halim Othman, Di, Ceria Pagi Suria, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 4 FEB 2012: Anda sering menontonnya di kaca televisyen dan mendengar suara lunaknya di corong radio. Celotehnya juga selalu buat anda rasa tak kering gusi.

Kini ini beliau yang dinanti-nantikan, bakal menceriakan pagi anda menerusi segmen Ceria Pagi Di Suria bermula jam 5 pagi hingga 10 pagi. Beliau yang dimaksudkan ialah selebriti terkenal tanahair, Adibah Noor.

Menjadi pasangan Halim Othman, Adibah Noor mengendalikan segmen Ceria Pagi Di Suria berkuatkuasa pada hari ini. Dengan gandingan dan keserasian antara Halim Othman dan Adibah Noor, perjalanan pagi anda pasti semakin ceria.

Memetik kata-kata Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, pemilihan Adibah Noor sebagai penyampai Suria FM adalah tepat.

"Selain daripada kredibiliti beliau sebagai seorang penghibur, kami juga memilih beliau kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada para pendengar Suria FM. Kami juga melihat ada 'chemistry' antara beliau bersama Halim Othman apabila mereka digandingkan bersama ketika Adibah menjadi jemputan segmen Ceria Pagi. Jadi, inilah pilihan terbaik kami untuk tahun 2013 ini".

Suria FM berharap dengan pemilihan ini, para pendengar setia dan pendengar baru Suria FM terhibur dan keceriaan hari-hari mereka semakin berganda. Ceriakan duniamu bersama kami 105.3 FM di Lembah Klang dan layari www.suriafm.com.my untuk frekuansi di sekitar anda. Anda juga boleh dekati kami di Facebook Suria FM atau follow kami di twitter, @suriafmradio.

Foto Sekitar Perkahwinan Liyana Jasmay - Fathuddin



Foto, Sekitar, Perkahwinan, Liyana Jasmay, Fathuddin, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 4 FEBRUARI 2013: Sabtu lalu bertarikh 2 Februari 2013, secara sahnya pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay telah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Majlis resepsi mereka telah diadakan pada hari yang sama namun kali ini ianya bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Hadirin yang datang terdiri daripada sanak saudara, sahabat handai, rakan media dan rakan-rakan artis yang memeriahkan majlis resepsi mereka pada malam itu.

Pasangan pengantin telah mengenakan dua persalinan pada malam tersebut, pertama dengan gaun indah berona putih siap berlayah sarat berperincian dan lace yang telah direka oleh pereka yang sama mereka busananya pada majlis pernikahan, Jovian Mandagie. Fathuddin pula lengkap bersut, segak melangkah menuju peterana indah pasangan raja sehari itu.

Persalinan kedua direka khas oleh pereka Rizman Ruzaini yang turut menjadi pereka kegemaran buat Liyana Jasmay.

Gaun indah kembang bak puteri di majlis tari-menari itu disempurnakan dengan dandanan rambut ponytail. Pada malam itu, Liyana mendapatkan khidmat seorang lagi jurusolek kegemarannya, Deq Sha yang merealisasikan malam istimewa pelakon tersebut.

Berikut ialah sebahagian dari foto-foto yang sempat dirakamkan jurufoto Murai untuk malam berbahagia Liyana Jasmay dan Fathuddin.

Selamat pengantin baru dari kami warga murai.com.my

Klik di sini untuk melihat foto perkahwinan Liyana Jasmay dan Fatuddin.

Linda Onn Tak Mahu Kongsi Lelaki Yang Dia Taste



Linda Onn, Tak, Mahu, Kongsi, Lelaki, Yang, Dia, Taste, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 4 FEB 2013: Setiap kali menghadiri acara hiburan yang didatangi media, pengacara dan penyampai radio, Linda Onn tidak boleh lari lagi daripada pertanyaan mengenai bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya.

Malah, sebelum ini pun, Linda pernah menjadi bualan topik masyarakat disebabkan isu melibatkan hubungan cinta dan perkahwinan. Pun begitu, Linda sedikit pun tidak melenting sebaliknya menjawab persoalan itu secara profesional.

"Memang benar saya ada perancangan untuk berkahwin. Bagus juga ada khabar angin yang mengatakan saya akan berkahwin. Bila banyak orang kata, ia sudah jadi macam satu doa. Bak kata orang, kalau lebih 40 orang yang cakap, ia akan dimakbulkan.

"Soal kahwin, bagi saya ia terlalu peribadi. Jodoh adalah ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan segalanya. Memang betul, ada orang cuba datang tackle dan berkenan pada saya. Tapi, it too personal to share. Saya pun tak mahu cakap taste saya macam mana. You can't bring him to me," katanya kepada murai.com.my.

Mengulas lebih lanjut, Linda menyifatkan soal kahwin adalah perkara sampingan. Bagaimanapun, dia berharap sepanjang usaha keras memajukan perniagaannya, dia bakal bertemu dengan bakal suaminya itu.

"Untuk 2013, saya mahu fokus lebih dengan perniagaan saya. Saya masih lagi terus mencari idea baru untuk mengembangkan perniagaan saya ini. Untuk tambah cawangan lagi, masih belum. Sebab, saya mahu lebih fokus dengan apa yang ada dulu," ujar Linda yang bercuti bertugas di radio kerana demam dan masalah suara.

Dalam pada itu, Linda yang kelihatan cukup krab dengan juara Masterchef Selebriti Malaysia, Dato Fazley Yaakob memberitahu, dia tidak mahu menyertai program tersebut seandainya menerima tawaran.

"Saya tidak akan sertai Masterchef Selebriti sama sekali. Saya memang suka memasak tetapi kalau untuk masak depan kamera dan ada juri, jawapannya tidak.

"Saya takkan boleh buat. Untuk Masterchef, dia kena seseorang yang betul-betul boleh berdepan dengan cabaran sertqa mengawal keadaan. Lagipun, kerja saya memang banyak dan selalu bertindan. Rasa macam tak cukup sehari kalau nak buat segalanya. Dan, kalau saya tiada kerja, saya lebih suka habiskan masa dengan menunggan motor pada hujung minggu," jelasnya.

BMW Terbabas, Abon Tumpang Kereta Orang Lain



BMW, Terbabas, Abon, Tumpang, Kereta, Orang, Lain, Artis Malaysia, pelawak, Hiburan, Malaysia


MERSING, 4 FEBRUARI 2013: Pelawak dan pelakon terkenal, Abon telah mengalami kemalangan apabila kereta BMW yang dipandunya terbabas di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau, semalam.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, 53, ketika itu dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang untuk ke Mersing bagi menghadiri majlis My Beautiful Malaysia.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 7.20 pagi dan menurut bekas juara Maharaja Lawak Mega itu, dia ketika memandu pada kelajuan biasa kerana hujan baru berhenti dan jalan licin. Bagaimanapun, ketika membelok di satu selekoh keretanya terbabas ke kanan menyebabkannya melanggar tebing tanah dan terperosok dalam longkang.

Bagaimanapun, kejadian malang itu tidak melemahkan semangat Abon. Sebaliknya dia mengambil inisiaitif untuk menumpang orang ramai yang melalui jalan itu untuk meneruskan perjalanan ke Dataran Pulau, Mersing, semata-mata kerana enggan menghampakan peminatnya.

Abon pernah muncul sebagai juara Maharaja Lawak Mega musim pertama bersama gadingannya, Os yang membentuk kumpulan Osbon. Dalam musim kedua, Abon sekali lagi menyertai pertandingan lawak ini, kali ini bergandingan bersama Sathiya dan digelar kumpulan Sabon namun rezeki tidak memihak kepada mereka apabila tersingkir awal.

Muzik-Muzik: Scha Al Yahya - AG Ada Chemistry Bersama



Muzik-Muzik, Scha Al Yahya, AG, Ada, Chemistry, Bersama, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 4 FEB 2013: Meskipun baru pertama kali digandingkan bersama, pelakon dan pengacara, Scha Al- Yahya akui mudah untuk membina keserasian bersama penyampai radio Hot FM iaitu AG di dalam program Muzik-Muzik yang ke 28 (MM28) yang telah disiarkan di TV3 jam 5 hingga 6 petang sejak 2 Januari lalu.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 30, berkata, keserasian atau chemistry itu mudah dibina apabila mereka sama-sama membantu untuk memberi yang terbaik terhadap gandingan itu.

"Pertama sekali saya bersyukur kerana TV3 memberi peluang kepada saya untuk mengenadalikan program yang saya pernah idam-idamkan untuk mengacarakannya suatu ketika dulu. Malah peluang ini juga merupakan satu permulaan yangt baik untuk tahun 2013 kerana saya dapat mengembangkan lagi bakat saya dalam bidang pengacaraan.

"Tanggungjawab ini sangat berat dan setakat ini, kami tiada masalah untuk membina keserasian menerusi epsiod pertama. Selepas ini, saya berharap AG dapat bertolak ansur dan saling membantu. Saya juga perlu pandai selarikan diri untuk dapatkan keserasian.

"Namun apa-apa pun, saya harap dapat meningkatkan mutu mengacara dan mempelbagaikan karakter agar sebati dengan MM28," katanya kepada murai.com.my selepas sidang media MM28 di Sri Penrtas baru-baru ini.

MM28 akan bersiaran di TV3 setiap hari Sabtu jam 5 hingga 6 petang.

Sementara itu, AG Hot FM pula berkata dia akan terus meningkatkan keserasiannya bersama Scha di set sepanjang rakaman MM28 itu dijalankan.

"Setakat ini kami tiada masalah untuk membina chemistry dan saya harap Scha akan membantu kerana ini gandingan pertama kami. Namun, saya percaya keserasian kami akan meningkat dari masa ke semasa pada rakaman mingguan.

"Yelah, nak lebih-lebih cari chemistry di luar pun tak boleh kerana kami berdua pun masing-masing sudah berkahwin, jadi di setlah masa untuk kami mencari keserasian sebaik mungkin untuk menjayakan program ini,"jelasnya.

Masih mengekalkan carta lagu 20 terbaik dan pencalonan lagu-lagu baru pada setiap minggu, MM28 kali ini membawa konsep berbeza iaitu infotainment dalam berkongsi perkembangan terkini industri muzik di dalam dan luar negara menerusi segmen baru seperti Buzz Buzz, HOT dan Gosip Fifi.

Dalam pada itu, penerbit MM28 Azman Ghaffar berkata, gandingan Scha dan AG dilihat selari dengan konsep baru dan kelainan yang mahu diketengahkan.

"Saya harap pemilihan dua hos baru dalam MM28 ini dapat memantapkan lagi program Muzik Muzik musim baru ini lebih-lebih lagi AG punya background pengacaraan yang agak kuat dan Scha pula punya populariti tersendiri di dalam dunia seni tanah air.

"Namun begitu, kami tetap memanggil dan mempertemukan mereka berdua sebelum mengambil mereka untuk mengacarakan program ini dan saya bdapat melihat keserasian mereka boleh dibina dari hari ke hari.

"Selain itu, kami sengaja mengetengahkan segmen-segmen baru supaya dapat mengemabangkan lagi scoop program ini yang bukan hanya tertumpu kepada carta lagu tetapi perkembangan artis atau penyanyi itu sendiri," jelasnya.

Terdahulu program Muzik Muzik telah dihoskan oleh ramai pengacara yang berbakat di dalam indusrti termasuklah Azwan Ali, Aidil Abdul Ghafar, Faizal Ismail. Cheryl Samad, ND Lala, Adzriefaiz dan ramai lagi.

Penyatuan Dua Jiwa Liyana Jasmay, Fathuddin Mazlan



Penyatuan, Dua, Jiwa, Liyana Jasmay, Fathuddin Mazlan, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 4 FEB 2013: Sempurna sudah satu hari yang pastinya amat bermakna dalam hidup aktres yang bakal bergelar pengarah, Liyana Jasmay apabila dia sudah sah diikat sebagai isteri kepada Fathuddin Mazlan. Majlis resepsi mereka telah berlangsung pada hari yang sama mereka diijabkabulkan.

Mereka yang selamat dinikahkan oleh bapa Liyana sendiri, Dato Hj Jasmay Md Shah pada pagi 2 Februari di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur telah diraikan dalam majlis resepsi penuh gilang gemilang pada malam harinyanya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Hadirin yang datang terdiri daripada sanak saudara, sahabat handai, rakan media dan rakan-rakan artis yang memeriahkan majlis resepsi mereka pada malam itu. Lebih kurang jam 9.10 minit malam pasangan ini melangkah masuk ke dalam dewan diiringi selawat dan diikuti dengan putaran lagu Cinta Bersatu iaitu lagu Liyana sendiri.

Liyana dibaluti gaun indah berona putih siap berlayah sarat berperincian dan lace yang telah direka oleh pereka yang sama mereka busananya pada majlis pernikahan, Jovian Mandagie. Fathuddin pula lengkap bersut, segak melangkah menuju peterana indah pasangan raja sehari itu.

Mereka berdua telah duduk bersanggah di pelamin indah ilham daripada Reka Teemor sementara majlis merenjis mengambil tempat melengkapkan tradisi. Para VVIP dan saudara mara antara mereka yang dijemput dalam majlis tepung tawar itu.

Malam diteruskan dengan dendangan muzik secara live daripada pemuzik handalan, AG Coco bersama kumpulan kugiran AG & Co memainkan lagu yang dipiih sendiri oleh Liyana Jasmay khabarnya. Usai upacara merenjis, mereka diarak semula ke meja santapan untuk aturcara seterusnya.

Ketika semua hadirin dan pengantin menikmati hidangan yang tersedia, mereka turut dihidangkan dengan rakaman video ucapan serta segala persiapan yang disempurnakan oleh ahli keluarga, sahabat dan rakan-rakan artis.

Liyana dilihat menitiskan air mata ketika menonton ucapan daripada kedua ibu dan bapanya, Dato Hj Jasmay Md Shah dan Datin Habsah Simpon yang menyampaikan kata-kata terakhir mereka sebelum melepaskan puteri bongsu mereka itu menjadi milik orang.

Selesai majlis makan malam, Liyana dan Fathuddin kembali ke dalam Dewan Merdeka dengan busana bagi upacara pemotongan kek yang direka khas oleh pereka Rizman Ruzaini yang turut menjadi pereka kegemaran buat Liyana Jasmay.

Gaun indah kembang bak puteri di majlis tari-menari itu disempurnakan dengan dandanan rambut ponytail. Pada malam itu, Liyana mendapatkan khidmat seorang lagi jurusolek kegemarannya, Deq Sha yang merealisasikan malam istimewa pelakon tersebut.

Majlis tersebut sekali lagi turut diacarakan teman baik Liyana iaitu selebriti Farish Aziz. Sebelum majlis berakhir Liyana dan Fathuddin memberi ucapan sebagai tanda terima kasih mereka kepada hadirin yang sudi hadir meraikan hari bahagia pasangan itu.

Rayuan Galaxy Music Ditolak, Suki Low Menang Lagi!



Rayuan, Galaxy Music, Ditolak, Suki Low, Menang, Lagi, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


4 FEB 2012: Selepas memenangi kes mahkamahnya tahun lalu dengan bekas syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn Bhd, juara rancangan realiti Low Sook Yee, atau lebih dikenali sebagai Suki Low menyangka yang dia dapat meneruskan hidupnya tanpa sebarang masalah.

Namun bintang yang baru sahaja berkahwin itu terpaksa hadir ke Mahkamah Rayuan selepas pihak Galaxy Music memfailkan rayuan untuk meminta Mahkamah Tinggi mengubah keputusan yang telah dibuat pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun nasib sekali lagi berpihak kepada Suki selepas tuntutan rayuan yang dikemukakan oleh Galaxy Music Sdn Bhd ditolak pihak mahkamah pada hari Selasa, 29 Januari 2013.

Ini mengukuhkan lagi keputusan yang telah dikeluarkan oleh pihak Mahkamah Tinggi tahun lalu menyebabkan pihak Galaxy Music terpaksa membayar Suki RM20,000 lagi kerana memanjangkan kes ini.

Melalui tuntutannya tahun lalu, Suki telah meminta pembabitan Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan syarikat pengurusan Galaxy Music Sdn. Bhd. supaya membatalkan perjanjian yang telah ditandatanganinya dengan mereka.


Malah, Suki juga meminta supaya Galaxy Music Sdn. Bhd. memulangkan wang berjumlah RM367,575.17 yang sebelum ini telah dibayar kepada syarikat pengurusan artis terabit selepas pihak mereka menyatakan bahawa mereka akan menerbit, merakam, mempromosi, memasarkan, mengedarkan dan menyediakan untuk jualan sebuah album antarabangsa berbahasa Cina di Taiwan, China dan Hong Kong, namun gagal untuk melaksanakannya.

Wang sebanyak itu merupakan wang hadiah yang telah diterimanya selepas menjuarai sebuah rancangan TV realiti bernama One In A Million pada tahun 2006.

Walaupun telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar Suki dengan jumlah ganti rugi tersebut, Galaxy Music masih enggan melakukannya. Oleh kerana itu, Suki telah memperoleh arahan mahkamah untuk membawa para pengarah Galaxy Music ke mahkamah bagi pemeriksaan demi memastikan kemampuan Galaxy Music untuk membayar jumlah wang yang telah dituntut.

Proses ini masih berterusan dan para pengarah Galaxy Music iaitu Chan Tak Wai serta Wong Yoke May dikehendaki menghadiri sesi mahkamah untuk menyelesaikan isu ini pada 6hb dan 7hd Februari 2013 di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Suki yang diwakili oleh syarikat guaman, Raj, Ong & Yudistra menyatakan yang dia berharap semuanya akan benar-benar berakhir kerana perkara ini telah berlarutan terlalu lama. Suki kini sedang sibuk menyiapkan album terbarunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

LJ-Fathuddin Tidak Ambil Tahu Isu Foto Pra-Perkahwinan



LJ-Fathuddin, Tidak, Ambil, Tahu, Isu, Foto, Pra-Perkahwinan, Artis Malaysia, Selebriti, Hiburan, Malaysia

Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 4 FEBRUARI 2012: Sejak mula menceburi bidang glamor, bintang terkenal, Liyana Jasmay yang baru sahaja selamat berkahwin dengan jejak pilihan, Fathuddin Mazalan seakan kebal dengan segala gosip dan apa sahaja perkara yang membabitkan namanya.

Liyana dan Fathuddin yang selamat bernikah di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur semalam menjelaskan bahawa mereka tidak ambil tahu dan mengabaikan isu foto pra perkahwinan yang mencetus kontroversi menjelang hari bahagia mereka.

Pasangan ini ditemui pada sidang akhbar selepas upacara ijabqabul itu memberitahu media bahawa isu ini tidak mendatangkan masalah besar. Malah mereka hanya terus memberi fokus kepada persiapan perkahwinan mereka.

"Sejak daripada umur saya 9 tahun benda seperti ini datang dan pergi. Jadi saya tidak terkejut dan cuba untuk tidak mengambil tahu hal yang remeh ini dan lebih menumpukan kepada persiapan perkahwinan.

"Sehari dua ini orang akan bercakap dan minggu hadapan mereka akan lupakan kerana ada cerita lain yang lebih panas. Ini lumrah industri ini dan saya tidak terasa apa - apa pun.

"This is not about being self-centred kerana orang bukan bercakap pasal saya seorang hari-hari,"ulas Liyana Jasmay mengenai isu yang hangat diperkatakan seminggu sebelum mereka diijabkabulkan.

Begitu juga dengan Fathuddin yang menjawab pertayaan wartawan dengan ringkas bahawa dia mengambil tindakan untuk tidak membaca langsung isu yang diperkatakan itu.

"Saya tidak membaca dan tidak mengambil tahu langsung mengenai isu gambar itu. Lagipun Liyana sudah menjelaskan kepada saya dan saya hanya tumpukan perhatian pada hal yang lebih penting iaitu perkahwinan kami,"ujar Fathuddin.

Pasangan ini akan terbang ke New York pada pertengahan Februari ini kerana Liyana mempunyai projek filemnya disana. Selesai semua di New York mereka akan singgah di Kota London seketika untuk bercuti sebentar dan terus pulang ke Sabah pada 8 Mac depan.

Umum mungkin sudah mengetahui bahawa Liyana akan menetap di Sabah kerana mengikut Fathuddin yang mempunyai perniagaan disana. Tetapi dia akan tetap terus menjalankan segala aktiviti seninya seperti biasa.

Ibu Liyana Jasmay Enggan Komen Isu Foto Pra Perkahwinan



Ibu, Liyana Jasmay, Enggan, Komen, Isu, Foto, Pra, Perkahwinan, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia,


KUALA LUMPUR, 4 FEBRUARI 2013: Mungkin ramai tidak mengenali nama Datin Hjh Habsah Simpon namun ramai yang mengenali wajah mesra ibu kepada aktres Liyana Jasmay yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya Sabtu, 2 Februari lalu di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Kelibatnya jarang sekali tiada di mana sahaja Liyana Jasmay berada. Menjadi insan paling dekat dengan selebriti terkenal tersebut, ibunya antara individu yang tampil memberi ulasan mengenai kontroversi berkaitan gambar pra perkahwinan yang telah menimbulkan kekecohan selang seminggu sebelum hari bahagia aktres itu.

Ketika ditemui di majlis pernikahan Liyana, Datin Hjh Habsah tidak mahu mengulas lanjut isu tersebut dan berharap cerita ini akan akhir begitu sahaja. Dia juga bersyukur kerana majlis yang dinantikannya itu telah sempurna berlaku.

"Mengenai isu tersebut saya tiada apa-apa untuk dikomen lagi. Saya bersyukur dengan kelancaran majlis yang berlangsung pada pagi ini, Alhamdulillah," ujarnya ringkas.

Datin Hjh Habsah menyambung tugas menjaga dan menguruskan Liyana setelah kakaknya yang sebelum ini menjaga Liyana telah melangsungkan perkahwinan. Menjadi antara insan yang paling rapat dengan pelakon dan penyanyi tersebut, wanita ini turut berkongsi perasaannya setelah melepaskan anak bongsunya itu bergelar isteri orang.

"Saya memang dah letakkan dalam fikiran saya mengenai kitaran kehidupan. Sekarang ini masa untuk dia melangkah ke fasa baru dalam hidupnya. Saya pun pernah melalui perkara yang sama dimana saya berjauhan dengan keluarga selepas menjadi isteri.

"Pada saya, tugas sebagai ibu bapa tidak pernah habis walaupun anak kita telah menjadi tanggungjawab orang lain. Setiap hari saya mendoakan kesejahteraan anak-anak saya.

"Perasaan pula lebih kepada gembira, lega kerana semua telah berjalan dengan baik dan sempurna. Hanya menunggu majlis pada malam ini agar berlalu dengan lancar,"tambahnya lagi.

Liyana Jasmay telah selamat diijabkabulkan dengan Fathuddin Mazlan pada pagi tadi di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Majlis resepsi bagi kedua mempelai ini akan berlangsung pada malam ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Malam ini.

iskandarX Ape kebendernyer Backlink tu?


apa itu backlink. seo, apakah, Bagaimana, Bila, guna, kegunaa, macam, mana, Nak, penerangan,


Aku Berlindung Dengan Nama Allah S.W.T Daripada Godaan Syaitan Yang Direjam, Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah S.W.T Dan Aku Bersaksi Bahawa Nabi Muhammad S.A.W Itu Pesuruh Allah S.W.T. Ada diantara sahabat yang bertanya apakah backlink, apa fungsinya dishoutbox is so is rasa is patut jawab soalan tu walaupun hanya dalam shoutbox, is nak terangkan dalam shoutbox pun nascaya blogger.com boleh deleted blog kita berdua wahai sahabat sebab link spam kerana banyak link yang dipamer dan flooding blog kita walaupun kita punya shoutbox sendiri. Tak faham? Kan kita dok chat kat shoutbox tu, nickname kita tu ada link so bila banyak2 link walaupun hanya display 10 tapi kerap masuk/update so Google Panda Dan Google Penguin akan datang scan dan akan jatuhkan hukuman pada kita.

Ok berbalik kepada topic kita ini is persembahkan penerangan ala-ala ringkas ala ala samba gitu untuk korang faham sikit apa itu backlink serta kegunaannya. is akan cuba ringkaskan dan padatkan info ini dlam entri nie sepadat2nya dan seketat2nya, yeeeehhhaaaaaaaaaaaa.

Apa itu backlink?

Backlinks, juga dikenali sebagai link masuk, link inbound, inlinks, dan pautan masuk, link masuk ke laman web atau laman web. Dalam pautan asas istilah, backlink adalah mana-mana pautan yang diterima oleh nod web (laman web, direktori, laman web, atau domain tahap tertinggi) dari nod web lain.

Link inbound asalnya penting (sebelum kemunculan enjin carian) sebagai cara utama pelayaran web, hari ini, kepentingan mereka terletak dalam pengoptimuman enjin carian (SEO). Bilangan backlinks adalah satu petunjuk populariti atau kepentingan laman web atau muka surat (sebagai contoh, ini digunakan oleh Google untuk menentukan PageRank laman web). Luar SEO, backlink laman web mungkin mempunyai kepentingan peribadi, budaya atau semantik: mereka menunjukkan yang membayar perhatian ke halaman tersebut.

Enjin carian ranking

Enjin carian sering menggunakan bilangan backlink yang mempunyai sebuah laman web sebagai salah satu faktor yang paling penting untuk menentukan bahawa laman web enjin carian kedudukan, populariti dan kepentingan. Google description sistem PageRank mereka, misalnya, nota bahawa Google menafsirkan sebuah pautan dari halaman A ke halaman B sebagai undi, oleh halaman A, untuk halaman B. [2] Pengetahuan borang ini kedudukan enjin carian telah didorong sebahagian daripada industri SEO biasanya dipanggil linkspam, di mana syarikat cuba untuk meletakkan seberapa banyak link inbound mungkin ke laman web mereka tanpa mengira konteks tapak asal.

Web sering menggunakan pelbagai teknik carian pengoptimuman enjin untuk meningkatkan bilangan backlinks menunjuk ke laman web mereka. Beberapa kaedah adalah percuma untuk digunakan oleh semua orang manakala beberapa kaedah, seperti linkbaiting, memerlukan agak sedikit perancangan dan pemasaran untuk bekerja. Sesetengah laman web tersandung apabila "linkbaiting" semulajadi; laman web yang pertama dengan berita gembira 'berita' mengenai selebriti adalah contoh yang baik itu. Apabila "linkbait" berlaku, banyak laman web akan menghubungkan kepada laman web 'perangkap' kerana terdapat maklumat sana yang kepentingan yang melampau kepada sebilangan besar orang.

Terdapat beberapa faktor yang menentukan nilai satu backlink. Backlinks dari laman berwibawa pada topik yang diberikan adalah sangat berharga. Jika kedua-dua laman web mempunyai kandungan yang menjurus ke arah topik kata kunci, backlink dianggap relevan dan dipercayai mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kedudukan enjin carian laman web diberikan backlink. Backlink A mewakili 'undi editorial' yang baik untuk laman web yang menerima dari laman web lain pemberian. Satu lagi faktor penting adalah teks utama backlink yang. Anchor text adalah pelabelan deskriptif hiperlink kerana ia muncul di sebuah laman web.Enjin carian bots (iaitu, labah-labah, crawler, dll) memeriksa teks sauh untuk menilai bagaimana relevan dengan kandungan di sebuah laman web. Anchor text dan keselarasan kandungan laman web yang sangat wajaran dalam halaman hasil carian enjin (SERP) kedudukan laman web yang berkenaan untuk sebarang pertanyaan kata kunci yang diberikan oleh pengguna enjin carian.

Contoh Anchor Text Hyperlink: <a href="http://iskandarx-society.blogspot.com/">iskandarX Society</a>


Teknikal

Apabila HTML (Hyper Text Markup Language) telah direka, tidak ada mekanisme yang jelas dalam reka bentuk untuk menjejaki backlink dalam perisian, kerana ini dijalankan overhed tambahan logistik dan rangkaian.

Kebanyakan sistem pengurusan Kandungan termasuk ciri-ciri untuk mengesan backlink, menyediakan tapak luaran menghubungkan menghantar pemberitahuan kepada tapak target. Kebanyakan sistem wiki termasuk keupayaan menentukan apa yang muka surat menghubungkan dalaman ke laman yang diberikan, tetapi tidak mengesan pautan luar ke laman yang diberikan.

Enjin carian yang paling komersial menyediakan satu mekanisme untuk menentukan bilangan backlink yang mereka telah direkodkan ke laman web tertentu. Sebagai contoh, Google boleh diperiksa menggunakan pautan: iskandarx-society.blogspot.com untuk mencari bilangan muka surat di Web menunjuk ke http://iskandarx-society.blogspot.com/. Google hanya menunjukkan sebahagian kecil daripada bilangan pautan menunjuk ke laman web. Ia kredit backlink lebih banyak daripada ia menunjukkan bagi setiap laman web.

Ringkasan:


  1. Backlink ini adalah link web/blog kita yang berada didalam web/blog orang lain.
  2. Backlink selalunya berbentuk Dofollow Anchor Text Hyperlink
  3. Backlink berguna untuk memberitahu Enjin Carian (google/bing/yahoo/ask etc) bahawa web/blog kita tidak bersendirian, kita bergabung. ada pautan, ada hubungan, tukang rekomen.
  4. Backlink yang banyak dan berkualiti akan dikira High Quality Backlink dan web/blog kita akan dapat Rank.
  5. Pagerank dikira dengan bergantung jumlah backlink yang ada didalam web/blog kita yang sudah mempunyai PR.
  6. Backlink yang berkualiti adalah backlink yang tidak datang dari web/blog yang telah dihukum oleh Google*enjin carian), tidak memngandungi artikel unsur2 yang tidak dibenarkan oleh enjin carian, famili safe la senang cakap, backlink yang sistematik dan teratur pembuatannya iaitu bukan backlink yang sama dalam satu2 page atau entri post.


Cara nak buat backlink ialah buat anchor text hyperlink yang is tunjuk diatas tu, dan pastekan bersama2 dengan komen korang dimana2 blog yang mempunyai Pagerank. Kalau web/blog yang korang komen tu tadak pagerank sekalipun tak mengapa kerana kegunaan backlink bukan setakat untuk mendapat PR, pr adalah bukan segala-galanya didalam SEO iskandarX Stylo, tetapi backlink yang kita tanam walaupun di web/blog yang tiada pr itu akan membuatkan web/blog kita ada pautan serta boleh menjadi natural enjin carial punya sumber untuk mencari web/blog kita.

Ini table is sumbat sekali dalam entri nie untuk panduan korang mendapatkan PR yang korang idamkan, bagi is is tak brapa suka kejar PR is suka ada ranking, ada respone daripada backlinker kita, ada komentor dan ada sahabat itu yang paling penting. Buat apa ada ranking, web/blog terkenal tapi tader saper nak tegur korang, haiiii dah makan ke belum? kan? kan? betul tak is cakap?

How Many Links Required from pages with PR ->12345678910
To Attain Desired PageRank (PR) ->21011831111111
3555101183111111
4305555510118311111
51680330555551011831111
692414168033055555101183111
70.5 Million9241416803305555510118311
82.8 Million0.5 Million924141680330555551011831
915 Million2.8 Million0.5 Million92414168033055555101183
1084 Million84 Million2.8 Million0.5 Million9241416803305555510118

Ok lepasnie korang boleh check url blog yang korang nak serang dulu pr dia brapa pastu komen setiap hari, tapi ingat, sehari hanya bubuh Anchor Hyper link satu sahaja dalam setiap blog yang korang masuk komen tu ok? Kalau tidak owner web/blog tu akan marah bila dah marah paham2 la komen dengan link kena buang looo.

Cara lain backlink adalah dengan link exchnage iaitu tukar2 link dan letak dalam bloglist yang selalu ramai blogger2 Malaysia dok buat segmen tu. dan yang lain backlink ada kat shoutbox. Kalau web/blog yang platformnya jenis wordpress/ journal, korang tak payah letak Anchor text hyperlink sebab komen box dia dah ada form untuk website korang dan nickname korang ada clickable untuk ken web/blog korang balik, kalau yang kena register je baru korang letak ok? Tak faham sila komen kat bawah, biasalah is mengarang entri time2 nak tido nie hahahahahahaha. Good luck all of you.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan