Cari Artikel

Friday, February 1, 2013

Sharnaaz Ahmad Minta ND Lala Berdepan Dengannya!



sharnaaz ahmad, sharnaaz ahmad mahu cakap pasal kahwin, pelakon, pelakon, pelakon popular, penyanyi, nd lala, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 31 JAN 2013: Pelakon Sharnaaz Ahmad yang lakonannya sedang menyinar dalam filem Juvana arahan Faizal Ishak mengakui tidak mahu ambil pusing terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh ND Lala yang juga bapa kepada kekasihnya, Shila Amzah.

"Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.

"Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.

"Banyak orang pun kenal siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Dan, janganlah gunakan media untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki," kata Sharnaaz Ahmad kepada murai.com.my sebentar tadi.

Jelas Sharnaaz Ahmad lagi, sepertimana orang lain, dia juga mempunyai ibu bapa.

"Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.

"Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.

"Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.

"Entahlah...saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?

"Dalam hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab, dia sebenarnya yang memalukan diri sendiri dengan cara dan tindakannya yang terlalu insecure itu. Tak perlulah hendak jadi insecure sangat," kata Sharnaaz lagi.

Sambung Sharnaaz lagi, dalam hal ini, dia juga berharap pihak media akan bertanya pada Shila Amzah.

"Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin pun dengan dia, bukan dengan bapa dia. Jadi, tanyalah tuan empunya badan sendiri," katanya yang mengakui sudah lama tidak bertemu dengan Shila kerana kesibukan masing-masing.

Awal pagi ini, pihak Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan ND Lala yang menegur sikap pelakon filem Juvana, Sharnaaz Ahmad yang disifatkannya terlalu terbuka dalam mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi itu.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51, menyifatkan tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila apabila dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang dia akan tetap merisik Shila pada Mac ini sekalipun dihalang bapa penyanyi terbabit.

Linda Onn, Dato` Fazley Kembali Bercinta Semula



Linda Onn, Linda Onn, Linda Onn, Linda Onn, Dr Fazley, Fazley, fazley yaacob, bercinta, Bercinta, mengaku bercinta, bercinta semula, bercinta jarak jauh, serik bercinta, buku masakan, program masakan TV, masakan, program masakan, promosi masakan malaysia, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 31 JAN 2013: Lapan tahun lalu, penyampai radio dan pengacara popular, Linda Onn dikatakan pernah bercinta dengan Dato' Fazley Yaakob dek kerana mereka menjadi hero dan heroin sebuah filem berjudul Gila Bola.

Kini, pasangan ini kembali mengegar dunia seni hiburan apabila mengumumkan bahawa kembali bercinta semula. Bagaimanapun, hubungan cinta yang dimaksudkan bukanlah hubungan kasih sayang sebalik hubungan perniagaan dalam industri pemakanan.

"Idea untuk berkolaborasi bersama Fazley terdetik ketika kami berdua menjayakan sebuah program baru-baru ini. Alhamdulillah, dari main-main, perbincangan kami nampaknya menjadi serius.

"Akhirnya, kerjasama menu air tangan dari juara Masterchef Selebriti sudah tersedia di restoran saya iaitu My Mom Chicken Rice mulai hari ini. Bagaimanapun, resepi yang diberi nama nasi ayam salai lemak cili padi ini hanya terdapat di restoran saya di Ampang Point saja," kata Linda Onn kepada murai.com.my.

Menambah perencah cerita tentang kerjasama ini, Linda memberitahu, restorannya sebelum ini hanya menghidangkan menu air tangan bondanya saja. Namun, memulakan tahun 2013, Linda mengambil inisiatif baru dengan membuka langkah seperti berkolaborasi dengan Fazley.

"Selama ini, kami memang ada menu baru di restoran kami. Namun, kesemuanya adalah resepi dari emak saya. Sebab itulah, tahun baru ini, kami buka peluang baru dengan hiasan dalaman yang baru.

"Kiranya hari ini ia ibarat saya relaunching semula restoran saya. Selain menu dari Fazley, kami juga akan mula menambah resepi baru yang lain seperti steam boat. Ianya resepi dari emak saya juga.

"Untuk resepi dari Fazley ini, ia bukan saja resepi sepenuhnya daripada Fazley semata. Sebaliknya, ia mempunyai gabungan resepi mak saya dengan mak Fazley sendiri. Menu baru ini juga ada kena mengena dengan filem kami iaitu Gila Bola," jelasnya panjang lebar.

Mempersetujui apa yang diperjelaskan Linda, Fazley yang turut mengadakan demo masakan pada pagi tadi amat berbesar untuk bekerjasama dengan penyampai Suria FM berkenaan.

"Sebenarnya kerjasama ini seperti ada udang di sebalik batu. Maksud saya ia adalah rangka promosi untuk buku resepi saya iaitu From Rembau To Padang yang bakal dilancarkan pada Jun ini. Lagi pun, saya tidak mempunyai restoran sendiri dan tiada masa untuk membukanya.

"Selain menu ini, Insya-Allah, saya akan bekerjasama dengan Linda menerusi tiga lagi menu. Bagaimanapun, ia masih lagi dalam perbincangan. Selain kolaborasi ini, Linda juga akan muncul dalam muzik video terbaru saya iaitu Cerita Asmara yang mana lagu dan muzik video ini akan dimuatkan dalam album yang menampilkan himpunan lagu terbaik daripada saya," ujarnya.

Sementara itu, kedua-dua figura ini berjanji akan mengadakan sesi bertemu peminat dalam masa terdekat untuk berkongsi menu tersebut di lokasi yang sama. Tarikh dan masa akan diumumkan menerusi akaun twitter dan facebook milik masing-masing. Harga menu ini dijual dengan harga RM8.70.

Ekin AF3 Muncul Dengan Album Selepas Putus Asa



Ekin AF3, ekin af3 rancang kahwin yazer, Yazer AF, ekin rahman, album, album pertama, Album sulung, album solo, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 31 JAN 2013: Bintang Akademi Fantasia 3 (AF3) iaitu Ekin Rahman akui pernah berputus asa untuk meneruskan kerjayanya di dalam bidang nyanyian sekitar 3 tahun lalu.

Ekin atau lebih dikenali dengan Ekin AF3 itu memberitahu dia berputus asa kerana kecewa impiannya untuk bertapak di dalam industri sebaris dengan penyanyi terkenal lain amat sukar.

"Bayangkan ketika lebih 5 tahun bertapak di dalam indusrti hiburan tanah air, saya masih perlu berusaha keras untuk dikenali sebaris dengan penyanyi lain yang ada. Sehinggakan saya memang sudah putus asa ketika itu.

"Saya pun tidak tahu mengapa, mungkin selepas tidak bergantung dengan Astro dan bergerak atau menguruskan diri sendiri, saya kurang diberi perhatian atau publisiti," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran album Ekin Rahman - Satu Percaturan

Bagaimanapun, Ekin berkata semangatnya untuk terus berjuang dalam industri seni muzik kembali apabila Stadium First Sdn Bhd sudi untuk menghasilkan sebuah album solo untuknya.

"Lapan tahun menunggu sejak bergelar bintang AF3, akhirnya impian saya untuk memiliki sebuah album terlaksana kini. Saya tidak pernah menyangka untuk memilikinya kerana sebelum ini saya hampir berputus asa.

"Namun saya bersyukur kerana Stadium First berjaya mengesan bakat saya dan yakin dengan kredibiliti saya dalam bidang ini. Biarpun terpaksa menunggu 8 tahun untuk melahirkannya namun saya puas hati dengan penghasilan album ini," jelasnya lagi.

Album yang memuatkan 7 buah lagu itu terdiri daripada lagu-lagu seperti Satu Percaturan, Mencari Cinta, Ceritaku Dan Dia, Kekasih, Zapin Budi, Dengarlah Sayang dan Moment Us.

Menurut Ekin lagi, dia yakin masih ada peminat yang menyokongnya walaupun sudah lama tidak muncul dalam mana-mana media atau televisyen.

"Saya tidak bimbang kerana terdapat peminat yang masih menyokong saya. Buktinya di Facebook Page saya ramai yang gembira dan memberi sokongan apabila saya beritahu album saya kini sudah pun keluar.

"Album ini pun sebagai hadiah kepada peminat yang selama ini menyokong dan lama menunggu kemunculan album saya," tambahnya lagi.

Album Ekin Rahman - Satu Percaturan akan berada di pasaran bermula Februari ini dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia.

7 Tahun Bercinta, Ekin-Yazer Belum Rancang Berkahwin



bercinta, mengaku bercinta, bercinta, Ekin AF3, Yazer, ekin af3 rancang kahwin yazer, ekin rahman, ekin rahman-satu percaturan, album, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 31 JAN 2013: Meskipun sudah 7 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan teman seangkatannya di Akademi Fantasia 3 (AF3) iaitu Yazer, namun penyanyi, Ekin Rahman atau Ekin AF3 akui belum merancang secara serius untuk berkahwin.

Malah, Ekin AF3 berkata fokusnya sekarang adalah kerjayanya sebagai penyanyi yang menjadi keutamaannya sejak dahulu lagi.

"Kami memang ada perancangan hendak berkahwin, tetapi untuk berkahwin di dalam masa terdekat ini mungkin tidak kerana kami belum ada perancangan yang teliti untuk ke arah itu.

"Saya masih lagi mahu menumpukan diri saya kepada kerjaya untuk lebih maju dalam bidang nyanyian. Lagipun saya bawa harapan keluarga yang jauh di Sabah, jadi saya tak mahu mempersia-siakan mereka," katanya selepas pelancaran album pertamanya berjudul Ekin Rahman - Satu Percaturan, di Red Box, Garden, petang semalam.

Ekin yang sudah lama menyepi daripada publisiti media dan televisyen itu berkata hanya masa dan keadaan yang akan menentukan hubungannya dengan Yazer atau nama sebenarnya, Muhd Yazer Yusof.

"Seperti yang saya katakan, nyanyian adalah keutamaan saya kerana saya mahu mengembalikan memori peminat dan orang ramai tehadap kewujudan saya yang dahulunya dalam bidang nyanyian ini.

"Walaupun saya sebenrnya aktif mengadakan show di luar tetapi ramai yang berfikir saya sudah meninggalkan dunia hiburan. Jadi saya terpaksa tangguhkan soal kahwin demi menumpukan perhatian kepada bidang nyanyian," tambahnya lagi.

Album yang diterbitkan oleh Stadium First Sdn Bhd itu telah memuatkan 7 buah lagu seperti Satu Percaturan, Mencari Cinta, Ceritaku Dan Dia, Kekasih, Zapin Budi, Dengarlah Sayang dan Moment Us.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan