Cari Artikel

Wednesday, January 30, 2013

Juvana Kutip RM 1.7 Juta Selepas 4 Hari Ditayangkan!


drama juvana, filem juvana, botak juvana, filem, Penerbit Filem, pengarah filem, filem, produser filem, bikin filem, zahiril adzim, sharnaaz ahmad, sharnaaz ahmad baran, johan as`ari, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 29 JAN 2013: Dalam pada ramai pihak mengeluh mengenai jumlah kutipan filem tempatan yang dianggap sebagai kurang memberangsangkan sepanjang 2012. namun nasib nampaknya telah menyebelahi filem arahan Faisal Ishak, Juvana.

Filem kesinambungan daripada siri televisyen dengan judul sama, Juvana itu telah memasuki pawagam semenjak 24 Januari lalu dan telah mencatatkan kutipan RM 1.7 juta dalam masa empat hari ia ditayangan iaitu ketika artikel ini ditulis.

Ditayangkan di hampir seluruh panggung di Malaysia, Juvana turut mendapat sambutan di Brunei dan menjadi filem pembuka tirai 2013 yang berjaya menarik penonton filem Melqayu tempatan untuk mengunjungi panggung.

Dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Johan As'ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan Syafie Naswip, Juvana diklasifikasikan sebagai filem bergenre aksi mengenai remaja di sebuah sekolah pemulihan akhlak.

Watak yang sinonim dengan siri Juvana sebelum ini iaitu Botak, Daim dan ramai lagi seperti Apek, Ayam, Kicap, Komeng, dan Panjang ditampilkan semula dengan tambahan watak Lan Todak lakonan Sharnaaz Ahmad. Jalan cerita Juvana dimulakan dengan Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru.

Berdasarkan maklum balas dan komen yang diberikan para penonton, ramai yang berpuas hati dengan memberi komen positif selepas menonton menerusi laman sosial Facebook dan Twitter. Juvana dilihat sebagai sebuah filem yang berkualiti dan bukanlah sekadar sebuah filem aksi semata-mata yang memaparkan kisah kenakalan pelajar Juvana tetapi ianya mengandungi elemen komedi dan motivasi yang boleh memberi pengajaran buat penonton.

"Ramai yang bertanya tentang sekuel filem Juvana selepas menonton di pawagam, bagi kami segalanya bergantung kepada sambutan filem ini terlebih dahulu. Sekiranya sambutan bagus, mungkin akan ada sekuel Juvana. Kami harapkan lebih ramai yang akan ke pawagam kerana filem ini sangat berbaloi untuk ditonton," komen daripada penerbit Juvana, Khabir Bhatia setelah ramai yang mengusulkan supaya dihasilkan sekuel untuk filem ini.

Filem ini terus mendapat sambutan dan promosi terus giat dijalankan untuk memastikan peminat filem tempatan akan menyokong filem Juvana yang digarap dalam genre aksi dan dalam masa yang sama menyelitkan mesej yang amat berguna untuk tontonan umum.


KesSahNya: Raja Azmi, Azwan Ali atau Nazmi Faiz Top?


Raja Azmi Raja Sulaiman, Raja Azmi, Raja Azmi Raja Sulaiman, Raja Azmi, raja azmi bercinta dengan pemuzik muda, raja azmi jatuh cinta, raja azmi mengaku bercinta, Azwan Ali, Azwan Ali, Azwan Ali, azwan ali kurus, azwan ali minta kurus di mekah, mak tom ibu azwan ali, nazmi faiz, kessahnya, hos kessahnya, ajieb rosdi, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 29 JAN 2013: Memang tidak dapat dinafikan, sepanjang minggu lalu, kisah percintaan produser filem popular, Raja Azmi Raja Sulaiman dengan jejaka muda bernama Hafiz telah menjadi bualan hangat.

Malah, ia dibuktikan lagi apabila dua kisah Raja Azmi menguasai Carta KesSahNya dalam program KesSahNya kendalian Ajieb Rosdi.

Bagaimanapun, kawan baik Raja Azmi dalam program Masterchef Selebriti Malaysia, Azwan Ali nampaknya cuba bersaing dengan produser ini apabila ceritanya turut sama tercalon dalam Carta KesSahNya.

Berjayakah Azwan meraih tangga pertama dengan cerita panas yang melibatkan bondanya, Mak Tom?

Sementara itu, menerusi segmen Seleb VS GengMurai, Selebriti yang terpilih minggu ini adalah pemain bola sepak negara, Nazmi Faiz.

Apakah kenyataan menarik dari Nazmi Faiz dan apa pula maklum balas dari peminat?

Ketahui jawapan ini dengan menonton KesSahNya yang disiarkan di murai.com.my.



Ahli Max 24:7 Minta Masa Ulas Isu Pemansuhan



Ahli, Max 24:7, Minta, Masa, Ulas, Isu, Pemansuhan, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia,


KUALA LUMPUR, 29 JAN 2013: Sungguhpun sudah membaca luahan hati daripada pengasas Max 24:7, Aesar Mustafa mengenai situasi sebenar pemansuhan kumpulan tersebut, namun masih belum ada wakil dari salah seorang anggota kumpulan berkenaan tampil membuat penjelasan.

Oleh itu, pihak murai.com.my cuba mendapatkan maklum balas dari ahli Max 24: 7 iaitu Imtiaz yang sebelum ini banyak menjadi jurucakap bagi mewakili 9 kawannya yang berada di dalam kumpulan itu.

"Maaf ya abang Ajieb, buat masa ni kita orang tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi. Kita akan umumkan tidak lama lagi," katanya ringkas.

Sementara itu, deras ombak mengatakan punca isu ini berbangkit datang dari Didie Alias yang dikatakan bakal berkolaborasi dengan kumpulan itu. Benarkah atau tidak, semuanya bakal terjawab tidak lama lagi.

Nurul Wahab Rancang Nak Baby dan Pindah Bali



penyanyi, penyanyi antarabangsa, penyanyi Indonesia, Penyanyi, Penyanyi Popular, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 29 JANUARI 2013: Selepas mengahwini jejaka dari Perancis, penyanyi hitam manis, Nurul Wahab atau nama terbarunya Nurul Depp,36 bakal berhijrah ke Pulau Bali, Indonesia iaitu destinasi percintaan dia dan suaminya, Eric Depp,48.

penyanyi, penyanyi antarabangsa, penyanyi Indonesia, Penyanyi, Penyanyi Popular, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Rencana penghijrahannya itu akan menjadi lebih bermakna apabila dia dan suami merancang untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat supaya dapat membesarkan buah hati mereka berdua itu di pulau idaman berkenaan.

penyanyi, penyanyi antarabangsa, penyanyi Indonesia, Penyanyi, Penyanyi Popular, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Bercakap kepada portal murai.com.my, Nurul Depp berkata perancangan untuk berhijrah ke Bali itu hanya akan berlaku awal tahun depan memandangkan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan sebelum ianya benar-benar berlaku.

penyanyi, penyanyi antarabangsa, penyanyi Indonesia, Penyanyi, Penyanyi Popular, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


"Memang kami suami isteri telah merancang ke arah itu dan sebagai isteri saya perlu mengikut ke mana saja suami saya berada. Tambahan pula Bali adalah destinasi kegemaran kami berdua.

penyanyi, penyanyi antarabangsa, penyanyi Indonesia, Penyanyi, Penyanyi Popular, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


"Dalam masa yang sama, mungkin itu adalah masa yang terbaik untuk kami membina keluarga kerana saya sekarang sedang berusaha ke arah itu. Apa yang saya harapkan agar semua peminat dapat mendoakan yang terbaik untuk saya terutama dalam memperolehi cahaya mata dalam masa terdekat. Insya Allah," katanya kepada murai.com.my secara jujur.

penyanyi, penyanyi antarabangsa, penyanyi Indonesia, Penyanyi, Penyanyi Popular, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Nurul Depp yang semakin sibuk menguruskan rumah tangga dan menjalani perniagaan makanan nutrisi kesihatan dari Amerika Syarikat bagaimanapun enggan memberi tahu tarikh sebenar penghijrahannya itu.

penyanyi, penyanyi antarabangsa, penyanyi Indonesia, Penyanyi, Penyanyi Popular, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Namun katanya, dia tidak akan sekali-kali berhenti menyanyi walaupun sudah berhijrah ke sana, sebaliknya sedang merancang sesuatu yang lebih hebat dengan syarikat muzik di Indonesia bagi meluaskan sayapnya sebagai penghibur bertaraf nusantara.

penyanyi, penyanyi antarabangsa, penyanyi Indonesia, Penyanyi, Penyanyi Popular, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


"Saya berhijrah ke Bali kerana mengikuti suami saya. Tapi dalam soal nyanyian saya tidak akan lupakan begitu sahaja kerana ianya sudah menjadi darah daging saya sejak usia muda lagi.

"Mungkin selepas ini saya akan kerap berulang alik dari Bali ke Kuala Lumpur untuk tujuan nyanyian. Itu terpulang kepada keadaan. Apa yang pasti saya tidak akan bersara daripada menyanyi," jelas Nurul Depp.

Nurul Depp telah menjadi isteri yang sah kepada Eric Depp pada 6 Jun 2012 di Dutchess Place, Jalan Ampang. Mereka baru sahaja pulang dari berbulan madu di beberapa destinasi indah di Eropah sepanjang Disember lalu dan awal tahun ini.

PRISM Bhd Gesa MyIPO Percepatkan Lesen



prism bhd, myipo, lesen untuk memungut royalti, badan persembahan awam, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 30 JAN 2013: Persatuan PRISM Berhad ( Performers Right's and Interest Society of Malaysia Berhad) menggesa Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) supaya mempercepatkan permohonan lesen untuk memungut royalti penghibur yang tertangguh sejak tujuh bulan lalu.

Pengerusi PRISM Berhad Anuar Dahlan berkata, pihak PRISM Bhd kesal kerana sejak membuat permohonan mendapatkan lesen dari My IPO pada Jun tahun lalu badan tersebut tidak memberikan sebarang respon.

"Selepas membuat permohonan, kami telahpun melalui sesi temuduga yang dijalankan oleh MyIPO sendiri pada 16 Ogos 2012. Dalam sesi temuduga tersebut, kami diberitahu bahawa semua lesen badan kutian royalti akan bekukan bermula 1 November 2012 sehingga diberitahu kelak.

"Ini bermakna tiada kutipan boleh dilakukan oleh mana-aman badan kutipan royalty. Namun pada 8 Januari 2013 kami mendapat maklumat bercangggah pula iaitu bercanggah ada kutipan dibenarkan antara Jun sehingga Disember tahun 2012.

"Kami kesal, mengapa tiada apa-apa respon daripada MyIPO walaupun kami sudah dua kali menghantar surat mengenai maklum balas selanjutnya. Sebaliknya mereka sendiri berdiam diri sehingga ke hari ini," katanya dalam sidang media, baru-baru ini.

Menurut Anuar Dahlan lagi, tindakan MyIPO tidak memberi sebarang keputusan selepas temuduga itu mengakibatkan kerugian kutipan royalti dianggarkan sebanyak RM1.8 juta untuk tempoh tujuh bulan.

Malah tambahnya lagi, sejak operasi PRISM Sdn Bhd dihentikan pada November 2012, nasib 900 ahli yang menganggotai PRISM Berhad masih belum terjamin apabila tiada kutipan baru dijalankan badan pemungut royalti berdaftar.

"PRISM Berhad didaftarkan pada 17 Mei lalu tidak lagi menerima apa-apa agihan royalti daripada Badan Persembahan Awam (PPM) bermula 1 Jun lalu," jelasnya lagi.

Tidak terus duduk diam, Anuar memberitahu PRISM Berhad akan melaksana kutipan sendiri tanpa bergantung pada PPM dan memperkenalkan kutipan menerusi internet sebaik sahaja lesen diberikan.

"PRISM Berhad bertindak sebagai entiti berbeza daripada pengurusan PRISM Sdn Bhd dan ianya ditubuhkan atas sokongan ahli. Kami bersedia pada bila-bila masa untuk memungut royalti jika mendapat lesen berkenaan," tambahnya lagi.

Prism Berhad ditubuhkan atas usaha dan inisiatif ahli-ahli Prism Sdn. Bhd pada 17 Mei 2012 dan hanya terdiri daripada 4 orang ahli lembaga penaja sahaja. Prism Sdn Bhd kini sudah tidak wujud lagi.

Antara artis Prism Berhad terdiri daripada biduanita negara seperti Dato' Sharifah Aini, Dato' DJ Dave, Dato' Rahman Hassan, Dato' M. Daud Kilau, Ramlah Ram, Jamal Abdillah Uji Rashid dan ramai lagi.

Iqa Mentor Kini Muncul Dengan Band Velvet!



iqa mentor 5, iqa mentor, band velvet, artis baru kru music, velvet, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 29 JAN 2013: Demi mengembalikan era kegemilangan girl band tanah air, bekas finalis Mentor 5, Iqa atau Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor muncul dengan imej terbaru untuk mengeskplorasi visi muziknya di dalam sebuah band yang diberi nama Velvet.

Velvet merupakan sebuah rock band terulung daripada KRU Music yang membariskan ahli wanita di dalamnya iaitu terdiri daripada Iqa (vocalist/pemain bass), dan diiringi dua nama baru industri muzik tanah iaitu Alea (pemain gitar utama) dan Shana (pemain gitar kedua), yang juga turut berpengalaman beraksi di pentas indie.

Single Luka merupakan taruhan pertama Velvet yang berkonsepkan pop rock dan komersil. KRU Music yakin Luka bakal mendapat respon yang positif dan mampu diterima oleh peminat muzik rock tanah air.

Iqa Mentor beritahu Luka ciptaan sepenuhnya komposer Edry Abdul Halim itu mempunyai melodi yang catchy, mesra pendengar dan mempunyai lirik yang mudah difahami semua.

"Luka mengisahkan tentang perasaan seseorang wanita apabila yang dihampiri seorang lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati. Wanita itu tidak mahu meletakkan harapan pada cinta kerana tidak mahu terluka.

"Susunan muzik Luka agak sedikit berat tetapi melodinya sangat mainstream bersesuaian dengan konsep band dan citarasa pendengar masa kini. Keseluruhannya kami dapat mengekspresikan jiwa kami di dalam lagu ini", kata Iqa.

Menurut Iqa lagi, mereka memilih nama Velvet yang dilihat sesuai dengan imej mereka. Velvet bermaksud lembut seperti baldu yang memberi simbolik kepada band itu yang diterajui oleh wanita di mana unsur-unsur feminisme masih dikekalkan bersesuaian dengan konsep dan genre lagu yang di bawa walaupun memperjuangkan irama rock.

Rini Sudah Boleh Terima Hakikat Kematian Anaknya!



Rini AF7, AF7, Akademi Fantasia, penyanyi, penyanyi wanita, penyanyi, deejay, deejay radio, penyampai radio, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 29 JAN 2013: Bintang Akademia Fantasia Musim 7, Rini mengakui sudah dapat menerima hakikat tentang pemergian anak sulungnya, Maryam Joanna, yang mati akibat jatuh dari katil dan lepas selepas 2 hari dia dilahirkan sebelum kedatangan Syawal pada tahun lalu.

"Alhamdulillah. Kini Saya sudah dapat menerima hakikat tentang kematiannya. Saya juga percaya bahawa ada hikmah semua ini berlaku. Saya juga bersyukur kerana punya suami, keluarga dan rakan-rakan baik yang sentiasa berada di sisi saya pada waktu kejadian itu berlaku.

"Tuhan sajalah yang tahu bagaimana perasaan saya apabila anak yang saya kandung dan lahirkan itu mati selepas 2 hari dia dilahirkan. Sedihnya tidak terkata. Hingga saya terpaksa ambil masa untuk pulihkan diri saya daripada kesedihan itu. Apapun, saya reda dengan pemergiannya kerana dia kini tergolong sebagai ahli syurga," katanya lagi kepada murai.com.my.

Apapun, Rini yang kini bertugas sebagai deejay radio KL Pop berkata, apa yang berlaku itu tidak membuatkan dia serik untuk mendapatkan cahaya mata yang seterusnya.

"Alhamdulillah, saya dan suami sudah bersedia untuk mendapatkan cahaya mata baru dan dengan apa yang berlaku sebelum ini, ia akan membuatkan supaya saya lebih berhati-hati lagi di masa akan datang," katanya.

Rini kehilangan anak sulungnya, Maryam Joanna pada 17 Ogos 2012 selepas bayi tersebut dilaporkan jatuh dari katil dan lemas pada 11 Ogos lalu. Akibat daripada itu, Maryam Joanna yang dilahirkan di Hospital Putrajaya pada 9 Ogos 2012 berada di dalam keadaan kritikal dan telah dimasukkan ke Hospital Kajang serta terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Namun, selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, anak kecil itu akhirnya tidak dapat diselamatkan.

Selepas IB, Lawak Ke Der 2 Bakal Ke Pawagam 7 Mac Ini


lawak, pelawak, lawak ke, der? bila hati digeletek, lawak ke der 2, lawak ke der 2 the movie, lawak ke der 2 masuk pawagam, Jozan, harith iskander, boboi, kumpulan boboi, Nabil, Nabil Raja Lawak, nabil ahmad, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 29 JANUARI 2013: Siri pertama pertunjukan pentas berkonsepkan komedi, Lawak Ke Der yang sebelum ini telah berjaya menarik penonton untuk mengunjungi Istana Budaya itu telah pun ditayangkan di Astro First tahun lalu. Tetapi bagi siri yang kedua, ia menjanjikan sebuah lagi pengalaman baru buat umum yang menggemarkan persembahan komedi seperti ini.

Kini Lawak Ke Der 2 bakal dapat disaksikan dalam layar yang lebih besar kerana ia akan ditayangkan secara eksklusif di pawagam seluruh Malaysia, Mac ini. Menurut penerbitnya, Hans Isaac, walaupun ia sebuah rakaman semula yang diedit untuk ditayangkan di pawagam, namun bagi Hans ia lebih sukar daripada mengedit sebuah filem biasa.

"Saya mengambil masa sebulan lebih untuk mengedit keseluruhan rakaman Lawak Ke der 2 di Istana Budaya itu untuk mengikuti format yang ditetapkan bagi waktu tayangan pawagam. Jumlah keseluruhan durasi Lawak Ke Der 2 adalah selama 104 minit.

"Ia bukan satu kerja yang mudah di mana saya harus meneliti kandungan atau cerita yang dipersembahkan oleh Jozan, Harith Iskander, Boboi dan Nabil. Saya harus peka dengan isu semasa samada ia masih releven atau tidak ketika ditayangkan di pawagam kelak.

"Pertama kali menyunting rakaman seperti ini untuk ditayangkan di panggung, ia memang memakan masa. Namun saya berpuas hati kerana tujuan utama Lawak Ke Der 2 disunting semula untuk tayangan di pawagam adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan ke Istana Budaya dapat menonton persembahan yang sangat menghiburkan ini,"ujar Hans yang juga merupakan penerbit bagi Lawak Ke Der 2.

Filem ini akan menampilkan barisan penghibur terkemuka tempatan seperti Johan dan Zizan untuk Jozan, Boboi yang terdiri daripada Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, Nabil dan Harith Iskander sebagai teraju utama.

Tall Order Productions yang bertanggungjawab untuk mempersembahkan sebuah produksi persembahan berjudul Lawak Ke Der 2 yang sebelum ini dipentaskan secara langsung di Istana Budaya dan kini menemui penonton di pawagam pada 7 Mac 2013.


Luahan Hati Aesar Mustafa Terhadap Max 24:7



aesar mustafa, berpecah, tanah kubur, max 24:7, alloi max 24:7, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 29 JAN 2013: Belum sempat mengetahui punca sebenar pemansuhan Max 24:7, timbul pula kisah mengatakan bekas anggota kumpulan tersebut telah memburuk-burukan nama pengasas kumpulan ini iaitu Aeser Mustafa.

Istimewa untuk pembaca murai.com.my.com, Aeser Mustafa telah tampil ke depan untuk menceritakan segala yang berlaku sepanjang dia bersama ahli kumpulan ini sehinggalah pemansuhan kumpulan yang dibarisi 10 anak muda iaitu Iym, Kim, Mieral, Fifi, Aar, Hans, Jaq, Eykal, Virgo dan O.B.

Kata Aeser, selama dia akur dengan segala tangapan orang terhadap mereka dan menganggap mereka masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik.

"Dalam tempoh 2 tahun, pelbagai liku dan kutukan yang dilemparkan kepada mereka. Tapi, saya cuba menepis dengan baik. Saya yang mencipta mereka. Dari masa ke semasa saya juga masih belajar cara-cara pengurusan..

"Saya tidaklah sehebat mana, cuma saya rasa saya telah menjaga ,melatih dan mempromosi mereka dengan baik dan lancar. Ada saja aktiviti menarik yang mereka sertai dan banyak pentas-pentas besar dan utama saya telah jayakan.

"Dalam era industri hiburan sekarang ini, mencari peluang persembahan bukannya mudah, tapi syukur Alhamdulillah, saya selalu dimurahkan rezeki dan orang mula percaya dengan kehadiran Max 24:7.

"Saya tidaklah kaya seperti syarikat pengurusan atau rakaman yang lain. Pun begitu, saya mempunyai semangat yang tinggi dan usaha yang gigih buat mereka Untuk menaikkan nama mereka," katanya kepada murai,com.my.

Menurut Aeser Mustafa lagi, pelbagai kesukaran yang dia hadapi kerana setiap kali berusaha mendapatkan peluang persembahan ada pihak promoter yang menganggap bahawa kumpulan ini masih mentah.

"Tapi alang-alang menyeluk pekasam, saya memegang prisip diri jangan berputus asa, oleh itu, saya kuatkan juga semangat untuk menaikkan merek. Sungguhpun ada orang mengatakan bahawa kerja aesar menjaga 10 artis ini akan membuatkan Aesar gila.Tapi saya kuatkan lagi semangat saya bahawa saya yakin Max24:7 boleh dinaikkan ke peringkat yang lebih baik.

"Namun, 10 hati,10 kepala yang berbeza..Saya kena bijak seimbangkan kasih sayang kepada mereka agar mereka tidak rasa terabai. Cuma saya ingin bagi tahu disini ialah bilangan yang terlalu ramai ini mungkin menyusahkan komunikasi. Sebenarnya lagi ramai,lagi banyak yang bercakap tanpa berfikir.

"Walau ada peritnya,tapi inilah jalan yang saya pilih. Saya tetap teruskan. Ada kala nak marah pun tak sampai hati. Sebab memikirkan generasi zaman sekarang bukan seperti zaman pembelajaran saya. Saya kena ikut juga rentak dan kemahuan mereka,

"Kekadang mereka lupa bahawa pentingnya mengenal orang-orang penting dalam industri. Saya selalu kata, belajar mengenal semua yang terlibat dalam industri ini. Saya banyak menerima rungutan dari orang luar bahawa Max 24:7 selalu membawakan watak angkuh dan kurang senyum apa lagi pergaulan mesra.

"Oleh itu, saya berpendapat di sini untuk menjaga 10 orang ahli dalam Max24;7, jadi saya bagi pihak pengurusan kena jugamencukupkan kakitangan saya. Jadi perbelanjaan akan menjadi lebih tinggi. Oleh kerana itu, saya selalu menyarankan mereka agar bersikap dewasa sedikit agar orang tidak mengatakan mereka kebudak-budakan atau terlalu manja," katanya.

Jelas Aeser lagi, dia turut menyediakan sediakan studio latihan untuk mereka berlatih.

"Studio ini memang saya bina khas untuk mereka sebenarnya.Mereka sepatutnya memanfaatkan peluang ini. Jarang ada artis di Malaysia ini punya tempat untuk latihan sendiri seperti mereka. Kalau nak pun kena sewa atau bayar sendiri.

"Dari sudut pendapatan pula, MAx yang belum popular ini masih dibayar dengan harga rendah..Mungkin pihak penganjur menganggap kumpulan ini belum cukup popular dan dari segi kualiti pula masih belum meyakinkan.

"Sebab itulah sebut tentang harga, kita masih tak boleh demand dan duit yang diperolehi pula dibahagi ramai-ramai..Maka itu, mereka sering tidak puas atau merasakan jumlah yang kecil sebagai pendapatan mereka. Apa sekalipun, memang bukan mudah nak dibayar mahal. Semuanya tergantung kepada sebagus mana atau popular mana artis itu..

"Antara pentas besar yang saya telah berjaya masukkan mereka ialah pentas utama Hari jutaan belia bersama UKISS, KPOPNYA RAYA ASTRO RIA, fUNDANCE rtm sempena krismas dan NEW YEAR DATARAN MERDEKA(LIVE DI RTM) serta banyak lagi pentas kementerian dan luar mereka telah sertai.

"Kesimpulannya, mereka tidak bersyukur dengan apa yang mereka telah perolehi selama ini. Perkataaan terima kasih sukar saya dengar dari mulut mereka. Hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.

"Alasan besar penarikan diri mereka ialah saya tidak berjaya melonjakkan nama mereka dengan sukses. Mereka merasakan segala usaha agak kosong dari 2 tahun lepas. Sedihnya saya mendengar alasan itu, sedangkan saya telah berusaha gigih," katanya mengangkhiri perbualan.

Krunomena Bukan Naskah Terakhir KRU



Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 25 JAN 2013: Memberi penghormatan kepada peminat untuk menamakan album terbaru mereka dengan nama Krunomena, Norman Abdul Halim menafikan bahawa ia adalah album terakhir dari mereka.

Sebaliknya, Norman yang kini sibuk meluaskan empayer Kru menerusi KRU Studio mengakui pernah memaklumkan sudah bersara dari persembahan pentas tetapi tidak untuk membuat album.

"Ini bukan album terakhir daripada kami. Kami tidak bersara lagi. Kami hanya bersara untuk persembahan pentas saja. Sebab itulah, apabila peminat bertanyakan bila kami akan mengadakan konsert atau persembahan, ia adalah jawapan yang sukar dijawab.

"Bagaimanapun, ia terpulang kepada masa dan keadaan. Untuk setakat ini, hanya album yang akan dipasarkan. Begitu juga dengan muzik video," ujar Norman.

Menyentuh mengenai pembikinan album ini, Edry yang lebih banyak menghasilkan lagu untuk album penuh ini memberitahu pelbagai rintangan dihadapi dari segi masa.

"Album ini memakan masa yang lama disebabkan kami mahu mencari material yang betul-betul sesuai dengan kami. Banyak lagu yang pernah kami rekod dan ia tidak jadi dimasukkan dalam album kerana tidak sesuai dengan muzik kami.

"Antara lagu tersebut ialah Sedetik Lebih (Anuar Zain), Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo), Jahat (Stacy), Kisah Dongeng (Stacy) dan banyak lagi. Kami memang ada versi lagu-lagu ini mengikut cara kami.

krunomena, Yusry KRU, Yusry KRU, yusry abdul halim, Norman Abdul Halim, Norman Hakim, Norman KRU, norman abudl halim, Edry Abdul Halim, Edry KRU, Edry Abdul Halim, persembahan terakhir, album, album, album, penerbit album, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


"Kami buat album ini bukan kerana wang ringgit semata. Kami buat lagu dan rakam adalah untuk berkarya. Kami juga mahu peminat terus kenali kami dengan muzik kami sendiri tanpa ada mengikut trend terkini," kata Edry.

Bercakap mengenai kepayahan merakamkan lagu, Yusry yang hadir ditemani isterinya Lisa Surihani pada petang itu menyatakan dia paling banyak menerima cabaran kerana dia terlebih dulu menyanyikan setiap lagu dengan sepenuhnya sebelum suara Edry dan Norman dimasukkan.

"Lagu yang paling susah adalah lagu duet dengan Stacy berjudul Semalam tanpamu. Ia kerana, saya perlu mengawal vokal saya mengikut key perempuan. Lagu lain juga susah kerana saya perlu merakamkan lagu tersebut satu-satu persatu.

"Sejujurnya, kami sudah lama memulakan proses rakaman ini. Kalu tidak silap sejak tahun 2010 lagi.

"Ada setengah lagu itu sudah direkod dan tanpa saya dimaklumkan lagu tersebut telah hits dan dinyanyikan oleh penyanyi lain," jelas Yusry.

Menerusi album ini terdapat 10 buah lagu baru yang kebanyakannya dihasilkan sepenuhnya oleh Edry. Antara lagu yang telah menjadi hit diradio ialah Tiga Kata, Wanita dan Ganas.

Berikut adalah lagu yang dimuatkan dalam album ini:

1. Setiap

2. Semalam Tanpamu

3. Kesejatian Cinta

4. Separuh Mati

5. Sediakala

6. Lagu & Lirik

7. Kali Ke-2 (remake).

8. Tiga Kata

9. Wanita

10. Ganas

Neelofa: Kontroversi Bukan Bererti Saya Yang Jahat!



neelofa, neelofa bergaduh dengan anzalna, syarat maaf neelofa, neelofa kurang ajar, neelofa tak profesional, kontroversi, pengacara kontroversi, pelakon berkontroversi, pelakon kontroversi, jawab kontroversi, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 27 JAN 2013: Bekas penyandang gelaran Dewi Remaja, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor terus diburu kontroversi mengaitkan dirinya hingga mendapat gelaran selebriti paling kontroversi sepanjang 2012.

Walaupun begitu, aktres yang kini galak menceburi dunia pengacaraaan itu cuba untuk melihat hal ini daripada sudut positif. Dia turut mengakui kontroversi turut memainkan peranan untuk terus membuatkan nama seseorang artis itu kekal dalam industri.

Neelofa ditemui di acara pelancaran produk rangkaian terbaru Johnson & Johnson yang telah menampilkannya sebagai salah seorang jurucakap itu turut menegaskan bahawa kebanyakan cerita panas yang berlaku itu bukan berpunca daripadanya.

"Kalau nak ikutkan memang tidak seronok apabila nama saya terus dikaitkan dengan pelbagai macam kontroversi. Tahun 2013 yang dah masuk sebulan pun dah macam-macam yang saya dengar pasal diri saya. Tetapi kontroversi itu ada baiknya dan buruknya.

"Yang penting umum dan masyarakat harus adil dan menilai kontroversi itu. Kalau ia sekadar mengaitkan nama, ertinya ia bukan datang daripada saya. Lainlah kalau saya ditangkap berbuat perkara yang tidak elok barulah itu berpunca daripada saya.

"Persepsi ini perlu dilihat bukan daripada satu segi kerana orang hanya ingat artis kontroversi sahaja artis itu tidak bagus atau jahat. Sebenarnya artis itu sedang menjadi perhatian umum dan orang sentiasa nak tahu gerak geri mereka.

"Jadi saya nak jelaskan di sini, kontroversi bukan kayu pengukur sejauh mana peribadi seseorang artis itu. Saya cuba buat yang terbaik melalui hasil kerja saya untuk mengubah persepsi mereka terhadap saya dan menilai daripada sudut itu,"ujarnya tegas mempertahankan namanya yang sering terpalit cerita-cerita panas dunia hiburan.

Gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini terus mengorak langkah memperkasakan namanya dalam bidang perniagaan kosmetik Bella Vita dimana dia bertindak sebagai Pengarah Urusan juga duta bagi peniagaan usahasama keluarganya itu. Selain daripada itu, wajahnya turut diangkat mewakili jenama-jenama terkenal seperti U2 Watch, King Koil dan Fashion Valet.

Kenapa Penyanyi Amanda Imani Lari Ke Perancis?



wan huzairil, Perancis, persembahan, segmen persembahan, persembahan bertenaga, persembahan muzik, produk kecantikan jepun, penyanyi, penyanyi wanita, Amanda Imani, amanda imani buat tatu, tatu sementara amanda imani, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 25 JANUARI 2013: Selepas melancarkan dua single terbarunya berjudul Fobia Cinta dan Like A Boss serta perlantikannya sebagai duta produk kosmetik Za, penyanyi cantik Amanda Imani telah terbang ke Cannes, Perancis .

Bukan untuk bercuti, makan angin atau melarikan diri daripada sesiapa, sebaliknya dia ke sana bagi membuat persembahan selama setengah jam sempena ekspo dan forum Midem sehingga hujung bulan ini.

Bercakap kepada portal murai.com.my sempena perlantikannya sebagai duta Za baru-baru ini, Amanda Imani berkata dia bakal mendendangkan enam buah lagu termasuk dua lagu barunya.

"Midem merupakan ekspo dan forum berkaitan industri muzik global. Kehadiran saya ke sana adalah atas jemputan daripada pihak RIM bagi mewakili pemuzik Malaysia ke sana.

"Selain membuka gerai pameran dari Malaysia, saya juga telah diberi peluang membuat persembahan di sana dan yang pastinya saya tidak akan menghampakan negara apatah lagi yang datang ke ekspo berkenaan semuanya dari luar negara," katanya kepada murai,com.my dengan nada teruka.

Telah terbang ke Perancis pada malam semalam, Amanda Imani turut ditemani ibunya dan pihak RIM sendiri. Dia bakal menggayakan beberapa gaun indah rekaan pereka fesyen semakin meningkat naik, Riffai dan menggunakan alat solek daripada Za.

Jelas Amanda Imani, dia sendiri agak terkejut apabila pihak RIM telah memilih namanya untuk sama-sama menjayakan forum berkenaan, apatah lagi ianya merupakan peluang keemasan buatnya bersinar diperingkat antarabangsa.

"Alhamdulillah, 2013 nampaknya memberi sinar yang cerah buat kerjaya seni saya. Diharap dengan pemergian saya ke Cannes nanti akan memberi lebih peluang kepada saya sama ada di dalam negara mahupun antarabangsa," katanya penuh yakin.

Menyentuh berkenaan perlantikannya sebagai duta Za, ianya merupakan peranan pertama Amanda Imani sebagai duta produk kecantikan selepas tiga hampir tahun berkecimpung dalam industri muzik dan menandatangani kontrak bersama jenama berkenaan selama setahun.

Amran Ismail Terkejut Didakwa Tiru Lagu SM*SH


amran ismail, amran ismail ini janjiku, terkejut, gantirugi, Tiru, tiru, tuntut gantirugi, gantirugi, Syanie, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi
Foto: Blackpepper Production

KUALA LUMPUR, 25 JAN 2013: Sebaik saja menjejakkan kaki ke tanahair daripada Brunei Darulsalam malam semalam, pelakon dan penyanyi Amran Ismail terkejut apabila mendapat tahu bahawa komposisi lagu ciptaan dan nyanyiannya, Ini Janjiku didakwa telah meniru lagu nyanyian kumpulan dari Indonesia, SM*SH, I Heart You.

Bagaimanapun, pelakon berbadan sasa ini menerima perkara berkenaan dengan hati terbuka dan berani memohon maaf seandainya dia telah melakukan kesilapan yang mencetuskan pelbagai pandangan negatif sehingga menyusahkan banyak pihak.

"Secara jujurnya, saya sendiri telah mengubah dan mencipta lagu tersebut. Saya hasilkan pada Julai tahun lalu. Saya terkejut setelah diberitahu pengurus saya akan hal ini. Saya minta maaf, sebenarnya saya tidak tahu akan kewujudan kumpulan SM*SH. Sebolehnya saya tak mahu komen lebih tentang hal ini.

"Mungkin apa yang berlaku hanya kebetulan saja. Saya sendiri tidak pernah mendengar lagu nyanyian SM*SH," katanya kepada murai.com.my, pagi tadi.

Meneruskan penjelasan, Amran yang lebih senang disapa Am mengatakan dia bukanlah manusia yang dikategorikan sebagai katak di bawah tempurung hanya kerana tidak mendengar lagu SM*SH.

"Sebelum menyanyi, saya lebih sibuk sebagai pelakon. Malah, jadual saya sebagai pelakon pun agak padat. Selepas pelancaran album tempoh hari pun, saya terus terbang ke Brunei untuk berlakon dalam drama yang bakal disiarkan di televisyen Brunei pada Ramadan tahun ini.

"Selepas tahu hal ini, barulah saya google dan ketahui siapa itu SM*SH. Saya tahu, mereka lagi popular berbanding saya yang masih kecil lagi dalam industri hiburan. Kalau boleh saya mahu berkolaborasi dengan artis yang lain termasuklah artis dari Indonesia.

"Sebolehnya saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini. Saya tidak mahu bermasam muka atau bergaduh dengan mereka. Saya mahu selesaikan perkara ini secara baik," jelasnya.

Dalam pada itu, Amran memberitahu, dia bakal berjumpa dengan pihak Warner Music Malaysia untuk menyelesaikan perkara tersebut.

"Saya betul-betul minta maaf kalau saya silap. Saya sendiri akan berjumpa dengan mereka. Sekali lagi saya katakan, apa yang berlaku ini hanyalah sekadar kebetulan. Perkara ini tiada kena mengena langsung dengan siapa tumpang populariti siapa.

"Saya tidak mahu bergaduh. Saya anggap apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Saya cipta lagu ini pun tak tiru mana-mana lagu. Saya dapat ilham secara humming saja. Kepada semua terutama sekali peminat SM*SH, saya minta maaf. Saya tiada niat nak meniru dan itu semua sekadar kebetulan saja.

"Itu sajalah yang boleh saya sampaikan," ujar Amran yang bakal membawa peminat bercuti ke luar negara sekali lagi.


Hans Isaac Belum Sedia Umum Siapa Neelofa Di Hatinya



hans issac, Hans Issac, neelofa hans issac bercuti di thailand, neelofa, bercinta, mengaku bercinta, serik bercinta, gosip bercinta, tak mengaku bercinta, pasangan bercinta, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 24 JANUARI 2013: Hubungan rapat yang terjalin di antara pelakon, pengarah dan penerbit kacak, Hans Isaac dengan aktres muda, Neelofa yang kini bergelar pengacara, bukanlah menjadi satu rahsia lagi.

Sudah banyak bukti malah mereka juga tidaklah terlalu berselindung dengan perhubungan mereka yang diklasifikasikan sebagai rapat itu.

Namun, pada waktu yang sama, kedua-dua belah pihak seolah-olah seperti tidak mahu mengesahkan tentang status sebenar hubungan mereka yang rapat itu. Jika dahulu Neelofa pernah berkata dia tidak mahu menjadi orang di sebelah pihak sahaja yang bercakap mengenai status mereka sahaja, kini Hans Isaac juga turut mengambil pendekatan yang sama.

Menurut Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac itu, dia tidak mahu lagi menghebah-hebahkan perkara yang dia sendiri belum tahu atau belum pasti, misalnya tentang bakal isteri atau teman wanitanya kini. Salah satu sebab kerana dia belajar daripada kesilapan lalu kerana bagi Hans perpisahan itu satu perkara yang amat menyakitkan.

"Ini bukannya masa yang sesuai untuk saya bercakap atau menyebut nama siapakah bakal isteri atau teman wanita saya. Bukan belum bersedia tetapi saya tidak mahu bercakap dahulu mengenai hal ini.

"Anda semua pun tahu dengan apa yang telah dan pernah berlaku dahulu. Bila benda (percintaan) tu tak berlaku, putus di tengah jalan, saya juga yang kena. Saya yang dipersalahkan. Media bantai saya kiri dan kanan.

"Kalau semua nak tahu, saya terpaksa ambil masa dua tahun untuk pulihkan perasaan dan lupakan semua itu. Saya tidak mahu sekali lagi melalui benda-benda tersebut. Mungkin juga saya agak serik dengan apa yang berlaku dulu kerana ramai orang tidak percaya denga apa yang saya cakap.

"Kali ini biarlah saya sendiri akan cakap kalau sudah pasti apa dan siapa jadi pilihan saya,"ujar Hans ketika ditemui di sidang media filem Lawak Ke Der 2 di La Primiere Hotel, Kuala Lumpur.

Hans Isaac memandang serius hal perhubungan ini kerana pada peringkat sekarang dia mahu mencari wanita atau perempuan untuk dijadikan isterinya selama-lamanya dan bukannya sekadar mahu mengikut teman-teman atau faktor usia yang makin meningkat.

Raja Azmi Sudah Jumpa Ibu Kepada Kekasihnya, Hafiz!



Raja Azmi Raja Sulaiman, Raja Azmi, raja azmi bercinta dengan pemuzik muda, raja azmi jatuh cinta, raja azmi mengaku bercinta, pemuzik, cinta, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 23 JAN 2013: Penerbit filem yang sentiasa diburu kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman,53, mengakui sudah berjumpa dengan ibu kepada kekasihnya, Hafiz, 27, yang juga seorang gitaris.

Pengakuan itu dibuat sendiri oleh Raja Azmi ketika diwawancara portal murai.com.my.

"Ya, saya sudah pun berjumpa dengan ibu Hafiz pada hari Isnin lalu. Hafiz yang bawa saya berjumpa dengan dia. Sejak mula kami berkenalan, Hafiz sudah beritahu tentang saya pada ibu dia.

"Pada awalnya, saya fikir ibu Hafiz tidak akan menerima saya kerana jarak usia kami yang terlalu berbeza ini. Tapi, bila Hafiz beritahu bahawa ibunya tidak kisah dengan sesiapa pun pilihan dia, saya jadi lega," katanya kepada murai.com.my.

Menjelaskan tentang pertemuannya dengan ibu Hafiz, Raja Azmi berkata, dia sangat terharu apabila menerima layanan yang cukup baik daripada wanita itu.

"Ibu dia nampak gembira bila Hafiz datang membawa saya berjumpa dengan dia. Bagi saya, dia seorang yang wanita yang sangat bersikap terbuka dan seorang yang sangat sweet.


"Sebenarnya, waktu mula Hafiz bawa saya ke rumah dia, dia sangat risau. Katanya, rumah dia tidak seberapa. Hanya sekadar rumah papan saja. Sebenarnya saya tidak kisah macam mana pun rumah dia.

"Sebab bila saya tengok senyuman ibu dia yang sudah berusia hampir 70 tahun itu, saya rasa diri saya macam berada di syurga," katanya lagi.

Sebentar tadi, portal Murai tekah melaporkan secara eksklusif tentang pengakuan Raja Azmi bahawa dia kini sedang bercinta dengan lelaki yang hampir separuh usia daripadanya.

Pengakuan Raja Azmi itu yang cukup hot dibuat sebentar tadi setelah timbulnya gosip yang mengatakan bahawa dia kini sedang bercinta dengan lelaki muda berusia 27 tahun yang profesinya adalah seorang pemuzik.

Jelas Raja Azmi, gosip tersebut adalah benar dan dia kini memang sedang dilamun cinta dengan pemuda berkenaan dan menyifatkan Hafiz sebagai seorang jejaka yang sangat caring serta matang.

Raja Azmi turut memberitahu bahawa anak-anak dan keluarganya telah pun tahu serta merestui hubungannya dengan pemuzik itu.

Lagu Amanda Imani Bukan Untuk Syarif (Sleeq)



Amanda Imani, amanda imani buat tatu, bercinta, Bercinta, mengaku bercinta, bercinta, gosip bercinta, pasangan bercinta, nafi bercinta, nafi, Syarif, syarif sleeq, sleeq, Syanie, dennis lau, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 23 JAN 2013: Penyanyi, Amanda Imani, 21 yang menggandingkan dirinya bersama rappers terkenal, Malique menafikan lagu barunya berjudul Fobia Cinta ditujukan khas buat bekas kekasihnya, Syarif dari kumpulan Sleeq.

Malah, Amanda yang baru saja melancarkan dua lagu single terbarunya, Fobia Cinta dan Like A Boss, petang semalam turut menyangkal dakwaan yang mengatakan pemain violin terkenal, Dennis Lau sebagai kekasih barunya.

"Lagu Fobia Cinta memang tentang pengalaman saya yang pernah kecundang dalam percintaan. Ia mengisahkan kisah cinta saya dengan tiga lelaki sebelum ini. Namun, Sharif tidak termasuk dalam lagu ini.

"Lagu ini juga tiada kena mengena langsung dengan Syarif. Saya juga tidak bercinta dengan Dennis. Namun, saya akui amat meminati bakat yang ada pada pemain violin itu.

"Saya sudah lama memasang niat untuk bergandingan dengan dia. Lagu Like A Boss pula bukan mencerminkan saya sebagai bossy tetapi mengenai wanita yang tahu apa yang diingini dalam hidup," katanya kepada murai.com.my.

Menjawab soalan yang sama terhadap Amanda, Dennis yang turut mengadakan persembahan bersama Amanda petang itu hanya mampu tersenyum apabila wartawan bertanyakan kesahihan percintaannya dengan Amanda.

"Yes I Like her very much. Tapi untuk suka lebih dari itu, I think you have to ask her," ujarnya sambil tersenyum lebar.

Kembali bercerita tentang karier, Amanda mengakui penglibatan dengan Dennis adalah demi meluaskan pengaruh muziknya kepada peminat Cina.

"Memang saya tahu Dennis seorang yang dikenali dalam masyarakat Cina. Namun, saya tidaklah menggunakan dia untuk tarik pasaran Cina.

"Ia mungkin secara tidak langsung saja. Memang benar, dengan ada kolaborasi saya dengan dia, saya lebih banyak menerima jemputan persembahan dari pihak Dennis.

"Saya juga membantu Dennis untuk luaskan sayapnya ke pasaran Melayu. Kami menolong satu sama lain," jelasnya.

Raja Azmi Mengaku Bercinta Dengan Pemuzik Muda!



Raja Azmi Raja Sulaiman, Raja Azmi, penerbit filem, bercinta, mengaku bercinta, bercinta, gosip bercinta, cinta, jatuh cinta, lelaki muda, pemuzik, pemuzik muda, raja azmi bercinta dengan pemuzik muda, raja azmi mengaku bercinta, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 23 JAN 2013: Penerbit filem yang sentiasa diburu kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman,53, telah membuat pengakuan eksklusif kepada portal murai.com.my bahawa dia kini sedang bercinta dengan lelaki yang hampir separuh usia daripadanya.

Pengakuan Raja Azmi itu yang cukup hot itu dibuat sebentar tadi setelah timbulnya gosip yang mengatakan bahawa dia kini sedang bercinta dengan lelaki muda berusia 27 tahun yang profesinya adalah seorang pemuzik.

"Gosip tersebut benar. Yes, I'm In Love With A Young Man dan apa yang saya suka tentang diri dia adalah kerana dia seorang yang sangat matang. Malah, dia juga seorang yang benar-benar caring.

"Walaupun saya lebih berusia daripada dia, tapi dia tidak pernah buat saya rasa diri saya ini tua. Sebaliknya, dia selalu buat saya rasa diri saya ini masih muda. Dan, dia pulak yang carry diri dia macam orang tua. Dah macam terbalik pulak, " kata Raja Azmi kepada murai.com.my.

Menurut Raja Azmi lagi, hubungan yang terjalin di antara dia dengan pemuzik itu sudah pun mencecah sebulan.

"Sesetengah orang mungkin akan beranggapan bahawa hubungan kami ini masih terlalu baru untuk dinilai. Namun, bagi saya, cepat atau lambat itu bukanlah isunya. Yang penting di sini adalah perasaan yang dikongsi kami berdua.

"Perkenalan saya dengan bekas suami, Jalani Sidek pun tidak sampai sebulan juga. Lepas itu, dia terus meminang saya. Hasilnya, rumahtangga kami mampu bertahan selama 28 tahun. Dan, bercinta dengan lelaki muda juga bukanlah sesuatu yang baru buat saya kerana Jalani sendiri sebenarnya muda 5 tahun daripada saya," katanya penerbit filem ...Dalam Botol, Haru Biru serta Black Widow ini.

Jelas Raja Azmi lagi, keluarga dan anak-anak sudah pun mengetahui tentang hubungannya bersama pemuzik muda tersebut.

"Saya bersyukur kerana mereka merestui hubungan saya dengan dia," katanya.

PA Tengking Peminat, Aaron Aziz Kena Tempiasnya



simpati, lupa diri, Bintang Paling Popular, Panggilan, peminat, pilihan peminat, peminat, peminat fanatik, peminat over, peminat marah, aaron aziz kekwat, aaron aziz demand, kurang ajar, panggilan misteri murai, ajieb rosdi, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 25 JAN 2013: Panggilan Misteri Murai (PMM) kendalian Ajieb Rosdi minggu ini kembali dengan menampilkan pengakuan hangat dari seorang peminat yang dikatakan cukup tidak berpuas hati dengan sikap pelakon kacak, Aaron Aziz.

Ingin dikenali dengan nama Miss Q, peminat ini pada mulanya amat berang dengan PA (Pembantu Peribadi) Aaron Aziz.. Menurut pemanggil ini, PA Aaron telah bertindak kurang ajar dengan maki hamun peminat yang ingin bersua muka dengan pelakon Adam Dan Hawa.

Lebih teruk lagi, perangai PA tersebut masih tidak berubah walaupun sebelum ini pernah di tegur. Atas dasar itulah, Aaron juga dituduh berkelakuan sedemikian kerana tidak ambil pusing dengan sikap dan perangai PA tersebut.

Apapun, seandainya anda ingin tahu cara bagaimana insiden ini terjadi, tonton PMM yang disiarkan di murai.com.my setiap Rabu.

Anda juga boleh memberikan komen dan pandangan menerusi PMM dengan menghantarkan emel ke alamat tanyaajieb@gmail.com.

Awie `Naik Hantu` Bila Ditanya Pasal Kelab Malam?



Awie, Awie Wings, naik hantu, Hantu Kak Limah Balik Rumah, hantu kak limah 2: husin mon dan jin pakai toncit, kelab malam, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 23 JAN 2013: Desas-desus mengenai rocker popular negara, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman dikatakan telah membuka sebuah pusat hiburan telah lama tersebar. Namun, perkara itu belum disahkan atau pun diakui oleh penyanyi lagu Ratuku itu.

Hal ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dan juga masyarakat. Tambahan pula, ini telah menguatkan lagi cerita yang mengatakan Awie terlibat dalam gangster dan juga kongsi gelap.

Awie yang telah ditemui pada tayangan rasmi filem yang menampilkannya sebagai watak utama iaitu Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Modvalley, semalam nyata tidak senang apabila pihak media mengutarakan soalan mengenai perkara itu.

"Apa salah saya buka kelab malam? Hanya kerana saya seorang artis? Kalau macam itu, pergi tanya Tan Sri Jojo (Tan Sri Syed Nasir Syed Yusof Wafa) kenapa dia bukak Hard Rock Cafe, Saloma Bistro dan Hotel Concorde. Untuk sembahyang ke?," soalnya Awie.

Penyanyi rock itu juga berharap pertanyaan dan persoalan mengenai hal itu tidak akan lagi diajukan buat dirinya apda masa akan datang. Baginya, mereka seharusnya berhenti mempersoalkan perkara ini kerana bukan mereka yang memberikannya rezeki kepada dia sekeluarga.

"Mereka tidak suap mulut saya dengan nasi. So, better stop asking this stupid question," tegas Awie yang jelas kesal dengan isu ini kepada murai.com.my.

Mamat Khalid Jawab Isu Tentang Syarikat Muflis


Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah, hantu kak limah 2: husin mon dan jin pakai toncit, muflis, pengarah, pengarah filem, pengarah, pengarah filem, pengarah terbaik, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 23 JANUARI 2013: Siapa tidak tahu kenal dengan filem komedi selamba yang amat mencuit hati, Hantu Kak Limah Balik Rumah. Selepas ia menemui penonton filem Melayu tempatan, setiap karektor di dalamnya sentiasa menjadi sebutan dan popular.

Filem yang diarahkan oleh pengarah hebat, Mamat Khalid ini merupakan sambungan daripada filem sebelumnya, Zombie Kampung Pisang dan semalam telah berlangsungnya sambungan untuk siri filem ini yang berjudul Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Mid Valley.

Dalam pada itu, portal Murai turut berusaha mendapatkan kenyataan daripada Mamat Khalid mengani dakwaan yang mengatakan dia telah jatuh muflis akibat daripada penutupan syarikat produksinya Naga VSX sejak dua tahun lalu sehingga menyebabkan dia serta keluarganya berpindah semula di Ipoh, Perak.

"Memang benar Naga VSX telah ditutup dan perkara ini dibuat setelah saya berbincang dengan isteri mengenai hal ini. Kami bersetuju untuk membuka syarikat baru, Enjit Semut Productions setelah melalui pelbagai perkara terhadap syarikat produksi lama itu.

"Enjit Semut Productions telah setahun ditubuhkan dan kini kami beroperasi di IPoh, Perak. Keluarga saya juga kini menetap di sana. Saya rasakan ini sebagai permulaan baru dalam hidup kami sekeluarga kerana syarikat ini adalah milik sekeluarga. Semua ahli keluarga bertindak menguruskan syarikat dan saya bertindak menjadi penggerak utama menghasilkan projek-projek baru,"jawabnya kepada murai.com.my mengenai hal itu.

Syarikat yang beru beroperasi selama setahun itu masih baru dan dia kini sedang menumpukan perhatian untuk terus membangunkan produksi filem baru terbitan mereka sekalipun itu telah tiga tahun menyepi tanpa sebarang produk. Namun, Mamat berharap bahawa 2013 akan memberikan sinar yang lebih baik dalam usahanya menampilkan karya aru kepada penonton.

Ditanyakan tentang sasaran kutipan untuk filem Hantu Kak Limah2: Husin, Mon &Jin Pakai Toncit, Mamat Khalid berkata, dia tidak meletakkan sebarang sasaran kutipan namun dia amat berharap dapat menandingi filem yang sebelumnya iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjaya mengutip RM 7.9 juta.

Amran Ismail Bakal Dikenakan Tindakan Jika Plagiat



amran ismail, amran ismail ini janjiku, smash, hukuman, hukuman penjara, hukuman undang-undang, terima hukuman, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 23 JAN 2013: Rentetan lagu nyanyian penyanyi baru, Amran Ismail berjudul Ini Janjiku yang didakwa mempunyai persamaan dengan lagu nyanyian kumpulan SM*SH iaitu I Heart U, syarikat rakaman Warner Music Malaysia telah mengambil keputusan untuk tampil ke depan untuk menjelaskan kemungkinan yang bakal berlaku terhadap pelakon yang kini bergelar penyanyi, Amran Ismail.

Malah, Ketua Bahagian A&R, Mokhtaza Ahmad menjelaskan berkemungkinan besar penyanyi baru itu bakal dikenakan tindakan seandainya dia disabitkan kesalahan.

"Saya sendiri sudah mendengarnya sebaik saja saya dimaklumkan akan hal ini. Bagaimanapun, saya belum menelaah dengan lebih teliti lagi. Namun dari segi bar dan melodi lagu, ternyata ia banyak sekali persamaannya.

"Kalau nak dikatakan dia ciplak, peratus ke arah itu memang amat positif dan tinggi. Saya difahamkan, Amran telah mendakwa dia tidak pernah mendengar pun lagu SM*SH. Apapun, lagu SM*SH itu adalah hasil kerjasama kami dengan syarikat dari Indonesia.Oleh itu, saya harus laporkan perkara ini kepada mereka," katanya kepada murai.com.my, petang semalam.

Meneruskan penjelasan, pihak Warner Music yakin bahawa kumpulan ini telah pun mengetahui hal tersebut menerusi peminat tegar SM*SH yang mengambil berat terhadap perkembangan kumpulan yang dibarisi jejaka kacak dari seberang.

"Saya rasa mereka sudah tahu daripad peminat mereka sendiri. Setakat ini, kami perlu tengok dulu keadaan. Kalau kebenarannya amat besar, Amran Ismail perlu tarik balik lagu tersebut.

"Sekarang kami baru tahu lagu itu sudah dilancarkan. Jadi, kami perlu berbincang dengan pihak Indonesia. Apa pun keputusan, kami akan maklumkan kemudian. Tapi kami pasti, Amran akan dikenakan tindakan.

"Ini semua ada kaitan pasal copyright. Sekarang ini menjadi tanda tanya, adakah benar dia langsung tidak pernah mendengar lagu SM*SH," jelasnya.

Menyentuh mengenai terma mencipta lagu, pihaknya akan memberi kebenaran kepada sesiapa saja seandainya lagu asal dinyanyikan semula (cover version) atau pun lagu baru dicipta dengan adaptasi.

"Kami masih belum ada kesempatan untuk memaklumkan perkara ini kepada SM*SH. Kalau dikatakan mengenai ciplak, tiga tahun sebelum ini, sekiranya 8 bar melodi dalam lagu didapati sama ia dikira ciplak.

"Sekarang ini, mana-mana bahagian verse punya persamaan juga dikira ciplak. Sekali lagi, kami akan mengambil tindakan mengikut perkara yang dirujuk. Kalau salah, Amran tidak boleh mempromosikan lagu itu.

"Dia sudah dikategorikan merosakkan hasil karya sesebuah lagu. Dia kena bayar kerugian terhadap merosakkan lagu itu. Insya-Allah, minggu depan kami akan berbincang dan mengenal pasti jawapan untuk kes ini," ujarnya.

Radhi OAG, Asheed, CD Naz Tak Malu Bikin Projek Duda!



Radhi OAG, asheed  def-gab-c, asheed def gab c, cd naz, projek 3 duda, album baru oag, oag, roman arogan, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 23 JAN 2013: Tiga orang penyanyi band, Radhi OAG, Asheed Def Gab C dan CD Naz yang bergabung untuk menghasilkan mini album berjudul , Roman Arogan mahu dikenali sebagai kumpulan Projek 3 Duda atau 3D.

Menariknya, nama Duda itu diambil sempena status duda dan bapa tunggal yang mereka lalui. Projek 3 Duda itu adalah projek khas mereka untuk memperkenalkan muzik berbeza daripada setiap 3 orang penyanyi yang berasal daripada genre yang berlainan.

Namun begitu, daripada 3 orang penyanyi itu, hanya Asheed Def Gab C satu-satunya yang sudah pun kembali berumahtangga. Pun begitu, Asheed Def Gab C berkata dia tiada masalah menggunakan nama itu, malah nama kumpulan itu sudah pun dipersetujui ramai ketika mereka merancang menggunakannya sebelum dia bernikah pada Jun tahun lalu.

"Nak buat macam mana, projek ni kami dah plan lama dah. Rasanya dalam 3 tahun lalu dan ketika itu kami semua semuanya berstatus duda. Kami hanya meneruskan perancangan asal kami yang mahu menggunakan nama 3 Duda itu.

"Tapi, entah mamacm mana, jodoh saya pula tiba tanpa di duga sewajtu di pertengahan perancangan tersebut. Takkan saya mahu menolak jodoh semata-mata untuk melaksanakan projek ini.

"Namun, walaupun saya sudah berkahwin, saya anggap itu hanyalah sebagai nama untuk kumpulan kami dan bukannya gelaran buat saya. Tiada niat untuk sorok atau menipu daripada peminat mengenai status diri saya," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran album Roman Arogan di Hard Rock Café, petang semalam.

Sementara itu, CD Naz pula memberitahu dia tidak malu untuk digelar seorang duda selepas lebih tujuh tahun melalui episod itu. Namun, gelaran kuda itu juga akan berakhir tidak lama lagi kerana dia kini sudah pun bertunang dan bakal berkahwin pada pertengahan tahun ini.

"Kami bukan fikir malu atau bangga dengan gelaran duda itu. Tapi kami memilih nama ini kerana a kebetulan ketika itu kami berstatus duda. Lagipun namanya sangat catchy serta mudah diingati ramai.

"Selepas saya juga menamatkan status duda, nama Duda itu nanti hanya akan kekal nama sebagai projek album kami sahaja. Kami akan meneruskan projek ini dengan menggunakan nama 3D untuk album seterusnya dan mungkin D itu ditukarkan kepada nama Dimensi kerana kami berasal daripada genre yang berbeza iaitu saya dengan muzik Metal, Asheed dengan rock dan Radhi ke arah sedikit reggae dan alternative ," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Radhi OAG harap projek album barunya ini mendapat sambutan walaupun dalam masa yang sama dia masih lagi menganggotai OAG bersama barisan pemuzik yang baru.

"Ini hanyalah projek khas kami. Ketika itu saya baru saja bercerai 3 tahun lalu. Namun, ia terpaksa ditangguhkan kerana waktu itu saya dalam proses pemulihan dadah. Saya berterima kasih kepada rakan-rakan saya kerana sanggup menunggu untuk menjayakan projek album ini dan akhirnya kami berjaya mengeluarkannya.

"Namun, selepas ini saya akan fokus pula kepada penghasilan album OAG kerana sekurang-kurangnya saya mahu jayakan sebuah album yang diterbitkan pada tahun ini sempena meraikan 20 tahun usia OAG di dalam industri," luahnya.

Projek 3D dilahirkan dibawah label IMG Music Entertainment dan diterbitkan secara digital yang mengandungi 4 buah lagu. Lagu Roman Arogan merupakan satu-satunya lagu trio mereka, manakala lagu lain adalah seperti Lagu Baru daripadaRadhi OAG, Gadis Rahsia 003 (Asheed Def Gab C) serta Pabila Hujan Turun dinyanyikan CD Naz.

Pemenang Tiket GDA Teruja Tidak Terkata!



kpopnya raya, pemenang, konsert, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 25 JAN 2013: Sempena Samsung Galaxy 27th Golden Disk Award (GDA) yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 15 dan 16 Januari lalu, portal murai.com.my telah diberi penghormatan untuk memberikan dua pasang tiket berharga RM688 untuk pembaca murai.com.my.

Tahniah diucapkan buat Zianharyati Mohamed Yunus dan Nurulhaznora Irina kerana berjaya memikat pihak murai.com.my dengan gambar ala-K-Pop sekaligus memenangi tiket tersebut.

Selain menerima sepasang tiket ke GDA, kedua-dua pemenang diberi peluang mencoret kisah menarik mereka sepanjang dua hari berlangsungnya GDA.

Jom ikuti pengalaman menarik pemenang di GDA, baru-baru ini.

Zianharyati mohamed Yunus

"Tahniah! anda telah memenangi tiket ke GDA27 pada 15&16hb Jan ni!! Selesai membaca pesanan ringkas yang diterima, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah SUPER JUNIOR!

"Gembira saat itu tidak terkata. Akhirnya, setelah 2 tahun berlalu, saya dapat berjumpa dengan ahli-ahli Super Junior lagi. Sebagai bonus, saya dapat jupa K-Pop idols kegemaran saya yang lain seperti Beast, Infinite, F(x), Miss A, FT Island dan CN Blue. Ini merupakan kenangan manis yang permulaan bagi saya untuk tahun 2013.

"Persembahan yang betul-betul membuatkan saya teruja adalah daripada FT Island dan CN Blue. Yong Hwa sangat mesra alam dan yang paling dinantikan adalah persembahan daripada Super Junior.

"Tak puas rasanya melihat mereka menari dan menyanyi. Selain berhibur bersama, GDA ini juga menjadi tempat pertemuan di antara sepupu saya dengan rakan-rakannya yang dah lama dia tak berjumpa.

"Siapa sangka, menghadiri award sebegini yang tentunya dipenuhi ribuan orang telah menemukan kami semua. Minat yang sama, tertumpu pada kemunculan Super Junior. Yang pasti, kami adalah ELF sejati"

Nurulhaznora Irina

"Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada murai.com.my serta abang Ajieb kerana memilih saya sebagai salah seorang daripada pemenang untuk GDA. Tidak terkira rasa gembira dihati kerana saya dapat berjumpa dan melihat persembahan artis Korea yang saya minati dari dekat walaupun cuaca agak panas tetapi saya tidak kisah untuk menunggu untuk melihat persembahan artis-artis yng saya minati seperti SuperJunior, Shinee, Ft Island, CNBlue,G-Dragon dan K.Will.


"Pada hari pertama dan kedua saya dapat melihat ramai Elf (gelaran fan untuk Super Junior) Shawols(untuk Shinee)Vip(untuk BigBang) dan ramai lagi memegang banner untuk menyokong artis kesukaan mereka.

"Walaupun sebelum pagar dibuka untuk peminat dan pastinya ada adegan tolak menolak kan tetapi keadaan masih terkawal. Semua persembahan artis tersebut sememang nya Meletop. Kami sama-sama menyanyi dan menari mengikut rentak. Sememangnya semua artis pandai mengambil hati peminat mereka.Emcee yang pandai mengawal keadaan pentas.

"Rasa semua pasti akan setuju jika saya mengatakan antara semua persembahan artis saya pilih G-Dragon kerana persembahan yang cukup mantap dan meletop. Siapa sangka beliau membuat persembahan dengan membawa motor di atas pentas. It so happening on the concert time.saya berharap konsert seperti ini akan diadakan lagi di Malaysia..

"Itu adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan dan disini sertakan gambar yang sempat saya snap sewaktu disana. Sekali lagi ribuan terima kasih kerana membuat mimpi saya menjadi realiti..gamsahamida.thank you so much"

Randy Tidak Setuju Pandangan Julia Perez Tentang Malaysia!



randy pangalila, no komen, no komen, susan g komen, julia perez biadab, julia perez tiada permit, julia perez kutuk drama malaysia, kontroversi, Kontroversi, sensasi, pengacara sensasi, pasangan sensasi, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 23 JAN 2013: Pelakon drama Dalam Hati Ada Taman, Randy Pangalila yang berasal dari sama sekali tidak mempersetujui pendapat Julia Perez terhadap produksi drama Malaysia yang dianggap aktres tersebut sebagau kurang berkualiti berbanding produksi drama yang diterbitkan dari negara republik itu.

Sebaliknya, Randy yang hadir ke Malaysia hujung minggu lalu sempena meraikan pemenang kuiz drama Dalam Hati Ada Taman di Astro Ria (Saluran 104) menyifatkan tidak semuanya produksi hebat dan bagus seperti yang dikatakan Julia Perez.

Malah, Randy juga menganggap bahawa apa terjadi di antara Julia Perez dengan penggiat seni tempatan adalah sebagai satu lumrah dunia seni hiburan.

"Inilah dunia hiburan. Itu semua soal sensasi saja. Bagi saya, apa yang berlaku itu tergantung kepada pendapat masing-masing. Kalau di Indonesia, tidak semuanya produksi ittu hebat dan bagus.

"Kalau mengikut kaca mata saya, yang bagus adalah seperti drama Ayat-Ayat Cinta dan Ada Apa Dengan Cinta. Apa yang Julia Perez kata mungkin dia terlibat dengan produksi yang kurang bagus.

"Di Indonesia pun ada yang tak bagus. Begitu juga di Hollywood. Saya sendiri pernah menonton cerita Hollywood yang sangat teruk produksinya. Apapun, ia terpulang dari sudut dan pandangan masing-masing. Bagi saya, saya lebih puas berlakon di Malaysia berbanding di Indonesia sendiri," katanya kepada murai.com.my.

Menyentuh mengenai personaliti Julia Perez di Indonesia, Randy menjelaskan figura seksi itu sudah tidak kerap muncul berbanding waktu mula-mula dia bergiat di dalam bidang senid i negara itu.

"Saya tidak pernah berlakon bersama dengan dia. Kalau di Indonesia, dia lebih dikenali sebagai penyampai radio dan TV berbanding berlakon. Dia juga lebih banyak berlakon filem. Mungkin lakonan dia hanya untuk filem saja. Saya jarang sekali untuk bertemu dengan dia di majlis hiburan.

"Tapi kini, dia pun sudah banyak berubah. Dia sudah kurang kontroversi berbanding dulu," ujarnya.

Sementara itu, Randy yang kini sedang menghabiskan sisa lakonan untuk drama di Indonesia bakal kembali lagi ke Malaysia untuk drama atau filem terbaru. Difahamkan, untuk projek terbaru itu, Randy perlu kembalikan badannya yang tegap dan berketul untuk watak yang masih belum diketahuinya.

Radhi OAG Akui Bercinta Dengan Gadis 19 Tahun



radhi oag akui cinta gadis 19 tahun, radhi oag cinta ayu, Radhi OAG, kekasih radhi oag, gf radhi oag, album baru oag, oag, 3 duda, asheed def gab c, cd naz, Cerai, bercerai, failkan cerai, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 22 JAN 2013: Setelah hidup menduda sejak beberapa tahun lalu, vokalis kumpulan OAG, Radhi akui dia kini sudah mempunyai kekasih hati yang kini berusia 19 tahun.

Meskipun sudah mengenali gadis yang dikenali dengan nama Ayu itu sejak 3 tahun lalu, namun Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 36, memberitahu dia masih belum bersedia untuk berkahwin kali kedua.

"Saya mengenali Ayu sejak tiga tahun lalu dan saya bersyukur kerana dia sudi menerima saya yang sedang pulih daripada ketagihan dadah.

"Namun, saya belum terfikir untuk berkahwin kali kedua dalam masa yang terdekat. Setelah apa yang terjadi pada perkahwinan pertama saya, saya rasa saya perlu benar-benar bersedia untuk berumahtangga kembali.

"Lagipun bukan mudah untuk menjaga anak orang. Saya kini sedang mengukuhkan kerjaya dan menstabilkan kewangan saya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin," katanya kepada murai.com.my selepas sidang media album mini 3D di Hard Rock Cafe, petang semalam.

Radhi OAG dan bekas isterinya, Shazlin Shariff bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 8 Jun 2010 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohd Rifdi Muslim yang kini berusia 8 tahun.

Bercakap mengenai dirinya yang kini baru setahun bebas daripada najis dadah dan keluar daripada pusat pemulihan dadah iaitu rumah Pengasih itu, Radhi memberitahu dia bersyukur kerana kali ini dia berjaya menghindarkan dirinya daripada tabiat lamanya itu.

"Saya bersyukur kerana saya kini sudah semakin pulih dan berjaya keluar daripada najis dadah. Namun begitu, selepas keluar daripada rumah Pengasih, saya perlu berhati-hati kerana banyak dugaan yang perlu saya lalui sendiri suoaya tidak terjebak kembali kepada tabiat lama itu.

"Bagaimanapun saya gembira kerana kali ini saya dapat rasakan saya benar-benar pulih setelah disokong oleh ramai pihak seperti keluarga, Ayu (kekasih) dan rakan-rakan," luahnya lagi.

Radhi OAG kini baru muncul dengan sebuah kumpulan bernama 3D atau 3 Duda menerusi album mini Roman Arogan yang turut dianggotai oleh Asheed Def Gab C dan CD Naz.

Lisdawati Tak Mahu Campur Urusan Fauzi Dan Rita



Lisdawati, Rita Rudaini, ipar rita rudaini, kisah rumahtangga rita rudaini, rita rudaini jaga maruah wanita, Fauzi Nawawi, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 22 JAN 2013: Apabila diajukan soalan mengenai hubungan suaminya, Fauzi Nawawi dan pelakon Rita Rudaini, Lisdawati hanya memberikan jawapan yang lebih kepada menghormati hubungannya bersama kedua pelakon ini.

Bagaimanapun, Lisdawati tidak menafikan, dia dan Rita tidak lagi bermusuh dengan kembali berlakon dalam drama yang menggandingkan mereka berdua.

"Saya dengan dia okay. Saya pun tidak mahu benda lama diungkit dan dipanjangkan lagi. Mengenai dia dan suami saya, saya tidak mahu masuk campur.

"Saya tidak mahu sebelah mana-mana pihak. Itu antara Fauzi dan Rita. Saya hanya menjalani perkara ini secara profesional.

"Terus-terang, saya tidak tahu apa-apa hal mereka. Sebolehnya, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan dan dikecohkan lagi. Cukuplah," katanya kepada murai.com.my.

Difahamkan, selepas berbaik semula dan dipertemukan dalam sebuah drama, Lisdawati dan Rita kini menjadi pilihan majalah tempatan untuk menggandingkan mereka berdua sebagai penghias kulit majalah.

Misai Aizat Di AJL Masih Kekal Jadi Tarikan



Aizat, Aizat, aizat amdan, aizat amdan ganti yuna, aizat amdan nyanyi terukir di bintang, misai aizat, misai aizat ajl27, misai aizat terukir di bintang, aizat simpan misai, aizat buat kenduri kesyukuran, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 22 JANUARI 2013: Penampilan Aizat pada malam Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL27) 6 Januari lalu telah mencuit hati ramai penonton dan peminat bekas bintang Akademi Fantasia itu. Dia telah tampil dalam sut kemas, imej dapper ala The Mad Men di zaman 60'an ketika mendendangkan lagu Terukir Di Bintang.

Turut menyelitkan karya agung, La Vie En Rose, Aizat telah membuatkan ramai yang memperkatakan konsep yang dipilihnya bersama iringan The Palauans dan tentu sekali imej misai yang dilihat melengkapkan keseluruhan persembahan untuk lagu juara AJL27.

Ketika ditemui pada malam majlis kesyukuran Terukir Di Bintang sempena kejayaan lagu itu ketika AJL 27 di kediaman keluarganya di Ampang Jaya, Ahad lalu, Aizat masih mengekalkan gaya misainya itu. Dia berkongsi kisah bagaimana tercetusnya idea untuk tampil dalam look sedemikian.

"Tahun lalu ketika saya mengikuti kursus pendek di United Kingdom, ketika itu misai tumbuh. Saya biarkan sahaja, tengok macam ok. So tak pula cukur, simpan dan jadilah macam ini.

"Buat masa ini saya tak mahu shave dahulu sebab sekarang tengah tembam sikit. Jadi untuk menutup sedikit tembam tu saya nak biarkanlah sekejap,"cerita Aizat seraya berseloroh mengenai imej terbarunya itu.

Bapa Aizat, Dato' Amdan telah berbesar hati menawarkan rumahnya untuk dijadikan lokasi bagi majlis kesyukuran tersebut. Pada asalnya majlis ini hanya untuk para peminat Yuna sahaja. Namun ada yang tampil menyuarakan idea bernas untuk mengadakan satu majlis meraikan semua.

"Saya meminta tolong kepada ayah untuk mengadakan sebuah majlis, tetapi dia telah menolong sehingga terjadinya malam kesyukuran Terukir Di Bintang ini. Walaupun idea awal hanya untuk peminat Yuna, tetapi bila digabungkan dalam majlis seperti ini, lebih banyak dapat dikumpulkan.

"Antara orang kuat di belakang majlis ini adalah ibu Yuna sendiri yang telah menghubungi pengurus saya, Anne untuk mengaturkan segala program pada malam ini. Majlis ini khas bagi menghargai semua pihak yang terlibat dengan lagu Terukir Di Bintang,"jelas Aizat mengenai majlis kesyukuran yang diadakan di kediaman bapanya tersebut.

KesSahNya: Zizan Lagi Popular Dari Siti, Neelofa Pula?


kessahnya, hos kessahnya, ajieb rosdi, Zizan, Zizan, Zizan Raja Lawak, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza, Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Siti Nurhaliza, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 22 JAN 2013: Meneliti lebih dalam kandungan cerita mengenai selebriti tempatan yang dipaparkan media tempatan, nama Zizan Razak, Dato' Siti Nurhaliza dan Neelofa adalah figura yang paling banyak ditulis kisah mereka.

Malah, menerusi program KesSahNya yang terdahulu, tiga nama ini sering saja tercalon dalam Carta KesSahnya.

Ia dibuktikan lagi apabila Carta KesSahNya pada minggu ini membariskan cerita tentang ketiga-tiga ikon popular tersebut.

Namun, adakah Zizan menjadi juara carta pada minggu ini dengan mengalahkan Siti yang sering saja berada di tangga teratas dalam mana-mana carta yang dipertandingkan?

Apa sekalipun, perebutan takhta antara dua ikon ini diselitkan dengan kehadiran artis cantik Neelofa yang tidak kurang hebatnya.

Mungkinkah Neelofa yang sebenarnya lagi popular berbanding Zizan dan Siti?

Sementara itu, Azwan Ali dipilih sebagai artis untuk menghiasi segmen Seleb VS GengMurai minggu ini. Apakah kenyataan dari Azwan yang betul-betul membuka mata pembaca dan apa pula respon dari peminat?

Ketahui segala persoalan ini dengan menonton KesSahNya kendalian Ajieb Rosdi yang disiarkan setiap Isnin di murai.com.my.

Jangan ketinggalan untuk menyertai Panggilan Misteri Murai dengan menghantarkan emel ke Tanyaajieb@gmail.com

Ifa Raziah: Belum Ada Waris Tampil Mohon Maaf



Ifa Raziah, Belum, Ada, Waris, Tampil, Mohon, Maaf, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 21 JAN 2013: Penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah akui masih belum lagi menerima maklumbalas daripada waris pelajar Tahun 5 daripada sebuah sekolah swasta yang sebelum ini didakwa telah menolak anaknya, Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 8, sehingga mengalami kecederaan teruk.

Ifa yang dihubungi sebentar tadi sedang menguruskan proses discaj anaknya itu di Hospital Pakar KPJ Tawakkal. Pelajar Tahun 2 yang menuntut sebuah sekolah swasta aliran agama di Gombak tersebut telah dimasukkan ke hospital swasta berkenaan setelah pihak Kecemasan HKL enggan menempatkan anak Ifa Raziah di mana-mana wad kerana menganggap ia tidak terlalu serius.

Melihat keadaan anak yang dalam kesakitan, Ifa telah membuat keputusan untuk menghantar anaknya itu ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal yang kebetulan terletak berdekatan dengan HKL. Dengan nada kesal, dia menceritakan tragedi yang menimpa anak keduanya itu.

"Sudahlah ibu bapa atau waris kepada pelajar yang menolak anak saya itu tidak mengambil sebarang tindakan atau bertanggungjawab ke atas hal ini, hospital pun ingat luka anak saya itu tidak terlalu serius. Macam mana lagi nak serius? Kalau dah sampai dalam macam tu lukanya.

"Saya masih menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak sekolah yang berjanji akan melakukan siasatan lanjut dan akan bertanggungjawab untuk menilai kes ini. Ini bukan perkara yang boleh dipandang remeh kerana saya sendiri boleh melihat kecederaan anak saya.

"Kecederaan disebabkan ditolak sampai macam itu, ia sangat serius. Ia juga akan meninggalkan parut yang kekal pada muka anak saya. Jika tiada tindakan lanjut daripada pihak bertanggungjawab, saya akan bawa perkara ini ke muka pengadilan. Setidak-tidaknya ia boleh dijadikan pengajaran kepada umum,"ujarnya tegas.

Pengacara dan pelakon popular ini faham dengan undang-undang yang ada tidak tertakluk kepada budak di bawah umur. Tetapi ini tidak bererti boleh dilupakan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan sebagai pengajaran buat pihak yang bersalah.

Rentetan daripada kes ini, anak kedua Ifa Raziah dan Mohd Yani itu telah menerima 6 jahitan setelah ditolak pelajar Tahun 5 itu menyebabkan luka dalam di dahi kirinya. Malah, Aqili juga telah menjalani pemeriksaan CT Scan (imbasan otak) untuk mengenal pasti jika terdapat gegaran pada otaknya setelah jatuh akibat ditolak.

Di akhir perbualan, Ifa Raziah turut melahirkan rasa syukur setelah melihat kesihatan anaknya yang semakin pulih. Namun sebagai ibu, dia bimbang berlakunya kesan jangkamasa panjang akibat kejadian yang menimpa anaknya itu.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada peminat dan rakan artis yang memberikan ucapan dan mendoakan kesihatan malah ada juga yang datang melawat Muhammad Shakir Aqili di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, di ibu negara.

Warner Tunda Aktiviti Bawa Fans Jumpa Once Di Jakarta



Warner, Tunda, Aktiviti, Bawa, Fans, Jumpa, Once, Di, Jakarta, Artis Indonesia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 21 JAN 2013: Banjir secara besar-besaran yang telah melanda ibu negara Indonesia iaitu Jakarta baru-baru ini, nampaknya telah banyak mendatangkan bencana serta kesan buruk kepada hampir semua sektor termasuklah industri hiburan di negara republik itu.

Lebih memburukkan lagi keadaan apabila kerajaan di negara republik itu telah mengisytiharkan darurat di Jakarta pada malam Khamis lalu apabila paras air mula naik sehingga ke paras pinggang.

Situasi yang buruk itu turut membuatkan pihak syarikat rakaman Warner Music Malaysia terpaksa menunda aktiviti mereka membawa 10 peminat tanah air untuk bertemu dengan penyanyi Once secara eksklusif menerusi peraduan Bertemu Once di Jakarta yang mereka sertai di portal murai.com.my, stesen radio Hot Fm serta syarikat telekomunikasi, Celcom sebelum ini.

Pengurus Promosi Bahagian Dosmestik Warner Music Malaysia, Anne Mukhtar berkata, setelah dinasihatkan sendiri oleh pihak tertentu di Jakarta, pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan menunda aktiviti tersebut dengan segera.

"Pihak kami sepatutnya berlepas bersama 10 pemenang peraduan bertemu Once di Jakarta itu pada Jumaat (a8 Januari 2013) lalu.

"Tapi, sebaik saja Jakarta diisytiharkan darurat pada malam Khamis dan beberapa pihak dinasihatkan menasihatkan kami supaya menunda kedatangan ke sana kerana keadaan cuaca yang bertambah buruk, malah hampir 70 peratus kawasan di Jakarta ditenggelami air.

"Kami tidak punya pilihan lain, melainkan akur dengan situasi yang menimpa. Hendak buat macam mana kerana apa yang berlaku ketika itu adalah berkaitan dengan masalah bencana dan ianya berada di luar bidang kuasa kami.

"Banjir yang menimpa Jakarta juga turut memberikan kesan kepada Once kerana ia turut memusnahkan rumah serta barang-barang yang ada di dalam kediamanya itu. Antaranya ialah piano serta buku-buku," katanya Anne Mokhtar lagi.

Dalam pada itu, Anne Mukhtar berkata lagi, pihaknya turut menghubungi 10 pemenang tersebut untuk memaklumkan kepada mereka tentang penundaan tersebut. Begitu juga dengan rakan-rakan promosi peraduan ini iaitu Murai, Hot FM serta Celcom.

"Apapun, kami ingin memohon maaf di atas kejadian yang tidak dapat dielakkan ini dan kami juga dalam perancangan untuk mencari tarikh baru untuk membawa 10 pemenang ini berjumpa dengan Once di sana," katanya lagi.

Afiq AF5 Disingkirkan Kerana Tak Jujur, Masalah Disiplin



Afiq, AF5, Disingkirkan, Kerana, Tak, Jujur, Masalah, Disiplin, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 22 JAN 2013: Punca mengapa bintang Akademi Fantasi 5, Afiq digugurkan secara tiba-tiba daripada kumpulan The Faboluos Cats (TFC) terjawab apabila dia didakwa bersikap tidak jujur dan mempunyai masalah disiplin.

Senior Eksekutif Promosi Nova Music Sdn Bhd, Ruslan Moktar memberitahu pihak mereka akan menggugurkan Afiq AF5 selepas penyanyi itu didapati bersikap tidak jujur dengan menyertai ahli kumpulan nyanyian lain di sebuah label yang lain selain mempunyai masalah disiplin kerja.

"Baru-baru ini, tanpa pengetahuan Nova Music kami dapati Afiq telah muncul dengan single terbaru bersama kumpulan lain. Malah kumpulan nyanyian itu juga adalah daripada label lain.

"Sebelum ini, kami hanya diberitahu Afiq yang dia merakamkan lagu bersama kumpulan lain hanya sekadar suka-suka dan bukan muncul secara serius dalam bentuk single , lebih-lebih lagi dibawah label yang lain.

"Tindakannya itu membuat kami rasa dia bersikap seperti tidak jujur dengan label kerana dalam masa yang sama dia juga turut merakamkan single bersama TFC.

"Jadi pihak Nova Music dengan ini tidak boleh bertoleransi dengan sikapnya lebih-lebih lagi kami diberitahu dia juga mempunyai masalah disiplin kerja," jelasnya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Menurut Ruslan lagi, sikap dan tindakan Afiq AF5 itu menyebabkan single terbaru berjudul Sebulatnya yang sudah dirakamkan penyanyi itu bersama TFC pada Disember lalu, terpaksa ditangguhkan dan digubah kembali.

Namun begitu, Ruslan memberitahu lagi, buat masa ini pihak Nova Music belum berkesempatan untuk berjumpa secara peribadi untuk mengugurkannya daripada label secara rasmi.

"Kami sedang mencari masa yang sesuai untuk bertemu dan menyelesaikan hal ini dengannya," tambahnya lagi.

Afiq AF5 telah menyertai TFC yang dianggotai Cat Farish, Zizi dan Hairul itu sejak awal tahun 2012 yang lalu.

Lisdawati: Twitter Fitnah Bukan Ditujukan Pada Rita Rudaini



Lisdawati, Twitter, Fitnah, Bukan, Ditujukan, Pada, Rita Rudaini, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 21 Jan 2013: Pelakon Lisdawati Nazaruddin menafikan sekeras-kerasnya bahawa status twitter yang disebarkannya pada pagi tadi adalah ditujukan buat pelakon Rita Rudaini.

Sebaliknya, isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi memberitahu bahawa status berkenaan sebenarnya ditujukan kepada seorang wanita (bukan selebriti) yang sekarang ini tidak henti-henti mengugut suaminya.

"Status itu tiada kena mengena langsung dengan Rita Rudaini. Sebaliknya, ianya ditujukan kepada orang lain. Buat masa sekarang saya tidak boleh lagi memberitahu siapa gerangan orang tersebut. Namun, dia bukanlah artis. Tunggulah kami buat laporan polis terlebih dulu. Kalau boleh kami tidak mahu membesarkan hal ini, " katanya kepada murai.com.my, pagi tadi.

Berikut ialah status twitter yang dikemaskini Lisdawati yang mengundang spekluasi adakah kata-kata itu ditujukan kepada Rita Rudaini.

Lisdawati Nazaruddin ‏@lisdawati15

Hope hati2 dgn berita fitnah melibatkan Fauzi Nawawi . Anything direct to polis report Bukan publisiti murahan or giler glamour
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan