Cari Artikel

Monday, January 28, 2013

Soal Afiq Disingkir, Cat Farish Minta Nova Music Jawab



Soal, Afiq, Disingkir, Cat Farish, Minta, Nova Music, Jawab, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 21 JAN 2013: Isu bintang Akademi Fantasia 5, Afiq yang didakwa telah disingkirkan secara tiba-tiba tanpa pengetahuannya daripada kumpulan The Faboluos Cats (TFC), nampaknya telah mengejutkan banyak pengikut kumpulan ini.

Sebaik saja ia disiarkan, portal murai.com.my terus mendapatkan respon dari pengasas TFC iaitu Cat Farish. Bagaimanapun, Cat Farish memohon diberikan waktu yang sesuai untuk menjawab isu yang timbul berkenaan Afiq.

Malah, penyanyi dan pelakon ini memberitahu pihak Nova Music yang sepatutnya menjawab isu berkenaan disebabkan kumpulan ini sudah sah bernaung di bawah pengurusan label tersebut.

Jadi, kepada peminat setia TFC, tunggulah jawapan dari Nova Music dan punca Afiq digugurkan dan siapa pula yang menggantikan tempat Afiq.

***iskandarX: Keja buang orang aja kejanya, dulu yang anggota dulu awek siot bergetah pun dorang baung tanpa sebab hampeh, melepas nak kenal2 dengan artis tu dah la photoshoot dia pun takder souce terbatas nak review. Yang is maksudkan tu yang dulu awek yang nyanyi dengan TFC lagu Papa Jahat tu.

Tahun 2013, Didie Alias Mahu Jadi Penyanyi Pula



Tahun, 2013, Didie Alias, Mahu, Jadi, Penyanyi, Pula, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 21 JAN 2013: Sepanjang 2012, nama Didie Alias terus menyinar walaupun sering dikecam serta dilabel sebagai artis yang sering menjadi mangsa fesyen. Namun begitu, dengan pengalaman yang ada, Didie terus melangkah dengan selesa dalam memperkembangkan sayapnya lagi sebagai pengacara TV.

Hasilnya, nama Didie tersenarai sebagai finalis Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH). Tambah menarik lagi, Didie dengan lebih berani bakal bergelar penyanyi mulai Februari ini.

"Insya-Allah, saya akan jadi penyanyi tahun ini. Mungkin saya akan buat sidang media mengenai pelancaran single pertama saya pada Februari depan. Tidak salah saya mencuba dan saya menyanyi pun disebabkan atas permintaan dalam show.

"Kalau mengikut sejarah artis komedi wanita di Malaysia, masih belum ada lagi mana-mana artis komedi wanita yang buat single. Saya tidak kisah apa orang nak cakap dengan perancangan saya ini. Untuk lagu tersebut, saya buat sendiri liriknya manakala muzik pula adalah hasil idea dan selera saya.

"Lagu ini berentak dance muzik. Macam ala-ala muzik Lady Gaga, K-Pop dan M-Pop. Untuk lagu ini, saya akan tampil dengan artis baru," katanya kepada murai.com.my.

Masih merahsiakan lagi identiti artis yang akan berkolaborasi dengannya, Didie memberitahu lagu artis berkenaan sudah pun popular berbanding penyanyinya.

"Saya masih belum boleh beritahu siapa artis berkenaan. Tetapi budak-budak ini semua dikenali menerusi lagu tapi bukan secara individu. Saya yang akan melakukan featuring dalam lagu berkenaan.

"Lagu ini akan saya persembahkan sepanjang jelajah ABPBH nanti. Untuk lagu solo, saya memang ada perancangan untuk membuatnya. Mungkin juga saya akan menggunakan khidmat Randy Pangalila.

"Mungkin juga saya akan berduet dengan Randy. Apapun, sidang media mengenai saya menyanyi ini akan diadakan pada bulan depan. Tunggu sajalah masa sesuai," jelasnya di majlis Chill Out Bersama Bintang Drama Dalam Hati Ada Taman di The Garden, Midd Valley, petang semalam.

Dominasi Berterusan Jozan Dalam MLM 2012



Dominasi, Berterusan, Jozan, Dalam, MLM, 2012, Artis Malaysia, Maharaja Lawak Mega, Hiburan, Malaysia


JOHOR BAHRU, 19 JAN 2013: Rezeki nampaknya terus memihak kepada Jozan apabila mereka diisythiarkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) sebentar tadi.

Bersaksikan ribuan penonton yang membanjiri Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jozan yang dianggotai Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz atau Johan, 28, dan Mohd Razizan Abdul Razak atau Zizan, 28, diumumkan sebagai juara oleh hos MLM 2012, AC Mizal yang menyaksikan mereka menewaskan kumpulan Jambu sekali gus memenangi hadiah berupa wang tunai RM500,000 beserta trofi.

Jangkaan ramai pihak bahawa Johan akan membuat kemunculan di peringkat akhir menjadi kenyataan apabila dia muncul di saat persembahan pertama Jozan meskipun belum pulih sepenuhnya dari kecederaan dibahagian kaki.

Kumpulan Jambu yang dianggotai Zamatul Amri Bin Zakaria atau Tauke, 36 dan Yussry Edoo atau Yus, 36, pula meraih gelaran naib juara dan membawa pulang RM250,000 beserta trofi.

Wakil tuan rumah, kumpulan Shiro yang dianggotai Shahrol Azizie Bin Azmi (Shahrol), 27, dan Mohd Hanaffi Bin Razak (Ajak), 25, terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM150,000 beserta trofi.

Dua lagi finalis, iaitu kumpulan Boboi dan Say Who masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima hadiah. Boboi membawa pulang wang tunai RM50,000 manakala Say Who pulang wang tunai RM15,000.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani dan Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai.

Gelanggang Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 turut bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

Tema pada malam final ini ialah bebas dan muzikal komedi. Awie Wings, Wulan Guritno, Najip Ali dan Lisa Surihani hadir sebagai juri tetap untuk MLM 2012.

Neelofa: Tolong Hormat Rumahtangga Orang!



Neelofa, Tolong, Hormat, Rumahtangga, Orang, Artis Malaysia, Hiburan, Neelofa, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Annas Easkey

KUALA LUMPUR, 18 JANUARI 2013: Tahun 2012 telah mencatatkan pelbagai kisah hangat dan kontroversi mengaitkan aktres dan pengacara popular, Neelofa.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, telah diberikan gelaran artis paling kontroversi sepanjang tahun lalu rentetan pemerhatian oleh pelbagai pihak media.

Di saat anak kelahiran Kelantan itu cuba menerima label yang diberikan kepadanya secara positif, Neelofa sekali lagi dihimpit dengan gosip yang baginya sangat tidak berasas sama sekali.

Hari ini di Utusan Online, Neelofa telah dikatakan mempunyai hubungan dengan adik kepada jutawan yang berstatus suami orang.

Dengan nada kesal dan kecewa dengan tuduhan tersebut, Neelofa merasakan ia tidak sepatutnya berlaku. Menurut pengacara Nona tersebut, cerita ini bukan sekadar melibatkan namanya, namun secara tidak langsung ia akan menyebabkan rumahtangga usahawan itu terjejas.

"Kadangkala pihak-pihak berkenaan harus lebih bijak dalam membuat sebarang cerita dan melihat semula akibat yang akan terjadi dek dakwaan sebegini. Apa yang dihebahkan itu bukan sahaja akan menjejaskan karier saya. Ia melibatkan ramai pihak apatah lagi usahawan itu merupakan suami kepada selebriti yang juga dikenali ramai.

"Mana datang cerita sebegini saya pun tidak tahu. Saya minta kalau anda mahu memburukkan sesiapa pun, tolonglah hormat pada hal-hal sensitif seperti rumahtangga. Ini bukan benda yang biasa atau boleh diambil mudah tetapi ia melibatkan perasaan orang lain.

"Saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana saya tidak mahu ianya diputarbelitkan di masa depan. Saya juga terkejut tersebarnya berita seperti ini pada tahun 2013 yang baru sahaja memasuki bulan Januari,"ujarnya dalam nada kesal.

Tidak menafikan bahawa mereka mengenali antara satu sama lain, Neelofa akui dia memang mengenali usahawan bidang automotif bertaraf selebriti itu sejak remaja lagi. Ini berikutan dari persahabatan di antara keluarga serta hubungan baik Neelofa dengan saudara usahawan tersebut.

"Di zaman remaja dulu memang saya berkawan dengan sepupu dia (usahawan) dan saya akui memang saya dan dia mengenali antara satu sama lain. Tetapi ketika itu saya baru tamat sekolah dan sering lepak bersama dia dan sepupu-sepupunya.

"Sekali lagi saya mahu perkara ini tidak digembar-gemburkan lagi bagi menjaga hati ramai pihak," jelasnya yang tidak mahu mengulas lanjut kerana bimbang akan lebih memburukkan keadaan.

Neelofa juga kemudiannya mengakui yang dia masih berkawan rapat dengan pelakon dan pengarah, Hans Isaac.

Pengacara Nona dan MeleTOP ini ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Serlahkan Keayuanmu, kolaborasi diantara pereka Nurita Harith dan Johnson & Johnson. Majlis ini menampilkan Neelofa dalam koleksi Gaya Ayu oleh pereka itu bersama Megan Tan dan pelakon Almy Nadia di Map, Publika, Solaris Dutamas, tengahari tadi.

5 Lagenda Rock Gegarkan Istana Budaya



Teks oleh Syafiqah Jalal

5, Lagenda, Rock, Gegarkan, Istana Budaya, Artis Malaysia, Rocker Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 22 JAN 2013: Julung kalinya 5 lagenda rock negara iaitu Saleem, Aris Ariwatan, Rahmat Mega, Zamani Slam dan Ali Terra Rossa bakal beraksi di pentas Panggung Sari Istana Budaya dalam konsert berjudul Konsert Gegar 5 Lagenda bermula 22 hingga 24 Februari ini.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata walaupun keputusan untuk mengadakan konsert itu baru sahaja dipersetujui semua, namun perancangannya telah dibuat sejak tahun 2011 lagi.

Malah, penangguhan teater Ombak Rindu yang sepatutnya berlangsung pada tarikh tersebut, telah membolehkannya memberi peluang kepada 5 penyanyi rock yang popular tahun 80-an itu untuk diberi penghargaan beraksi di pentas Istana Budaya.

"Sebenarnya sudah lama saya berniat hendak mengangkat 5 penyanyi rock ini untuk dibawa beraksi ke dalam pentas Istana Budaya. Malah kami sudah beberapa kali berbincang sejak tahun 2011 lagi.

"Ini kerana sebelum ini saya tertarik apabila melihat mereka beraksi di Laman Santai di luar Istana Budaya sehingga akhir tahun lalu. Konsert mereka memang tiada dalam jadual program kami, tetapi inilah plan B kami, jika sesebuah pementasan itu terpaksa ditunda atau dibatalkan.

"Jadi apabila kami mendapat tahu teater Ombak Rindu terpaksa ditangguhkan kami pun menggantikan konsert ini untuk mengisi jadual atau program di Istana Budaya," katanya dalam sidang media Konsert Gegar 5 Lagenda Rock di Istana Budaya, petang semalam.

Konsert Gegar 5 Lagenda ini bakal diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Namun begitu, pengarah persembahan konsert tersebut iaitu Lokman Ghani memberitahu akan ada 1 segmen dimana mereka akan menyanyi bersama pemuzik band.

"Ia akan terbahagi kepada dua segmen di mana setiap artis akan menyanyi bersama band serta orchestra. Malah kami dalam perancangan untuk menggabungkan mereka atas 1 pentas untuk nyanyian medley.

"Apa yang pasti hanya seleksi lagu terbaik akan dipilih untuk dipersembahkan kepada penonton dan pada masa ini kami masih lagi memilih lagu apakah yang akan dibawa mereka pada malam itu nanti.

"Susunan muzik juga akan diubah bagi disesuaikan dengan orkestra yang akan mengiringi mereka pada malam itu nanti," jelasnya.

Tiket-tiket konsert akan dijual pada harga RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250.

Tempahan tiket sudah boleh dibuat dengan menghubungi 03-4026 5508 atau 03-4026 5558 atau layari www.ticket2u.biz.

20 Personaliti Dilantik PM Sebagai Duta IM4U



20, Personaliti, Dilantik, PM, Sebagai, Duta, IM4U, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 21 JAN 2013: Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa belia Malaysia boleh membantu serta memainkan peranan penting dalam membentuk Malaysia menjadi destinasi yang lebih baik untuk hidup, bekerja dan bermain.

Dalam usaha untuk menangkap imaginasi belia demi memberikan inspirasi dalam merealisasikan impian tersebut, kempen 1Malaysia Untuk Belia (1M4U) diwujudkan bagi menjalankan aktiviti berkaitan sukarelawan.

Aktiviti tersebut bertujuan memberikan manfaat kepada masyarakat dan kumpulan sosial yang disasarkan dalam kempen berkenaan.

Menerusi kempen ini, 1M4U akan sampai kepada individu sama ada kolektif atau pun tunggal, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor korporat dengan menyelaras usaha menggalakkan kesukarelawanan dari golongan belia.

Lebih menarik lagi, 20 personaliti belia telah dinamakan sebagai '1 MALAYSIA AMBASSADORS' yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Perdana Putra, Putrajaya.

Individu-individu berketrampilan ini telah menyumbang secara signifikan kepada pembentukan negara. Kesemua mereka adalah bintang di dalam bidang-bidang yang mereka ceburi seperti sukan, perniagaan, musik dan aktiviti kemasyarakatan serta merupakan inspirasi kepada belia di negara ini.

Pengiktirafan seperti ini merupakan yang pertama di Malaysia dan adalah idea YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak dalam usaha Kerajaan untuk bukan sahaja menghargai tokoh-tokoh belia terkemuka di atas usaha dan kejayaan mereka di peringkat tempatan dan juga antarabangsa tetapi juga untuk mengetengahkan konsep 1 Malaysia yang terbukti penting dalam usaha membentuk sebuah masa depan yang mapan.

Bagi menyempurnakan perlantikan ini, Dato Seri Najib telah menyampaikannya sendiri kepada kesemua individu yang terpilih di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya lebih kurang jam 11 pagi, pada Jumaat lalu (18 Jan 2012).

Dalam selaras dengan kemunculan global perusahaan sosial, 1M4U ditubuhkan sebagai syarikat berhad dengan jaminan di bawah Akta Syarikat 1965 yang mempunyai pasukan pengurusan membawa profesional oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif.

Ahli pengurusan yang berpengalaman, mempunyai kepakaran yang relevan dan yang paling penting sekali, mempunyai hati dan semangat untuk aktiviti sukarela akan memastikan kemapanan dan keberkesanan 1M4U.

Berikut ialah duta 1M4U:

1. Abdul Jabbar Bin Mohammed Kahar (Imam Muda)

2. Afdlin Shauki Bin Aksan

3. Anand Rajaram (Aanantha THR Raaga)

4. Roshan Chandrasekhar

5. Datuk Nicol Ann David

6. Khairul Fahmi Che Mat (Apex)

7. Deborah Priya Henry

8. Datuk Lee Chong Wei

9. Lim Kok Gin (Jin)

10. Lim Teik Yin (Jack)

11. Mohammed Noh Salleh (Noh Hujan)

12. Mohd Zhariff Afandi

13. Joel Neoh Eu-Jin

14. Nurshahila Binti Amir Amzah (Shila Amzah)

15. Pandalela Rinong

16. Sazlini Falak (Sazzy Falak)

17. Shazrina Binti Tan Sri Azman Hashim (Mizz Nina)

18. Syed Ahmad Bin Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)

19. Teoh Su Lim (Michael Teoh)

20. Zulfahmi Khairuddin

Peminat Saran Ambil Tindakan Terhadap Patrick Teoh



Peminat, Saran, Ambil, Tindakan, Terhadap, Patrick Teoh, Artis Malaysia, Jenayah, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 18 JAN 2013: Kembalinya program Panggilan Misteri Murai (PMM) minggu ini mengajak peminat untuk memberikan pandangan tersendiri terhadap isu berkaitan dengan pelakon serta penyampai radio, Patrick Teoh.

Peminat yang dikenali dengan nama Rizal menyatakan bahawa Patrick tidak wajar serta tidak patut melakukan perbuatan sebegitu memandangkan dia adalah rakyat di negara ink yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

Malah, Rizal dengan lebih berani menyarankan pihak tertentu patut memberikan tindakan terhadap Patrick supaya pelakon Baik Punya Cilok ini sedar Akan kesalahannya serta tidak mengulangi perkara tersebut lagi.

Patutkan pandangan Rizal ini diterima atau dibiarkan begitu saja?

Ketahui pandangan Rizal yang mewakili segelintir peminat industri hiburan tempatan terhadap Patrick Teoh dengan menonton PMM di murai.com.my.

Sekiranya anda mempunyai idea dan pandangan tersendiri terhadap isu yang berbangkit berkaitan selebriti tempatan, hubungi pengacara PMM, Ajieb Rosdi dengan menghantarkan emel ke tanyaajieb@gmail.com.

Ramai Ramal Jambu atau Shiro Calon Juara MLM!



Ramai, Ramal, Jambu, atau, Shiro, Calon, Juara, MLM, Artis Malaysia, Maharaja Lawak Mega, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 18 JAN 2013: Malam ini, juara Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM) bakal diketahui. Daripada lima finalis yang bersaing dalam gelanggang akhir MLM iaitu Jozan, Jambu, Boboi, Say Who dan Shiro, siapakah di antara mereka yang bakal membawa pulang gelaran tersebut beserta trofi dan wang tunai RM500,000?

Adakah peserta kegemaran Jozan yang bakal memegang gelaran tersebut? Apa sekalipun, jangkaan itu mungkin meleset kerana sehingga saat ini, masih belum ada kata putus sama ada Johan bakal beraksi di pentas akhir atau tidak dengan Zizan.

Ini kerana, seandainya Johan tiada, Zizan sekali lagi perlu tampil secara solo dengan membawa nama Jozan. Malah, prestasi Jozan berkemungkinan menurun berdansarkan respon yang diterima menerusi dua episod terdahulu setelah Zizan beraksi solo. Rata-rata berpendapat Zizan perlu beraksi bersama Johan untuk memastikan persembahan Jozan hidup pada malam ini.

Bagaimanapun, tindakan Zizan wajar dipuji kerana berani mengambil risiko untuk beradu nasib secara solo demi sahabat karibnya yang tidak boleh beraksi atas masalah kesihatan yang tidak mengizikan. Malah, sekali sekala Zizan mampu membuatkan penonton tergelak besar walaupun braksi secara berseorangan.

Oleh kerana situasi ini berlaku, kumpulan Jambu yang dibarisi Tauke dan Yus disifatkan mempunyai peluang cerah untuk menang kerana persembahan mereka dilihat begitu konsiste dari minggu pertama sehingga minggu penentu finalis MLM.

Ia dibuktikan lagi apabila juri MLM iaitu Lisa Surihani, Awie, Wulan Guritno dan Najib Ali sering saja memberikan komen positif sebaik saja menonton jenaka dari Jambu. Apatah lagi, jumlah undian Jambu juga dilihat semakin meningkat dan sering saja berada di tiga tangga teratas.

Selain Jambu, kumpulan yang dibayangi persembahan Sepah iaitu Shiro juga berkemungkinan bakal memberikan kejutan kerana sering saja menghasilkan persembahan yang bermutu . Sungguh pun adakalanya Shiro nampak pancit d itengah jalan, namun Syahrol mampu membantu Ajak untuk mengatasi masalah tersebut.

Juri dan penonton juga banyak bersetuju, selepas hampir rebah di awal pusingan MLM, kumpulan ini terus bangkit walaupun di saat ahli kumpulannya iaitu Syahrol sering saja diserang demam sehingga ditahan dalam wad hospital.

Sementara itu, satu-satunya peserta tunggal dari Indonesia iaitu Say Who mungkin bakal membuat kejutan. Ini kerana, Say Who yang mempunyai Bocil sebagai pemancing jenaka dan hari demi hari mereka semakin serasi dengan keinginan penonton di Malaysia.

Jadi tidak hairanlah Say Who boleh mencaras persembahan daripada peserta kegemaran yang lain. Mengikut pemerhatian, undian kumpulan ini sering saja mengalami perubahan tatkala selesai membuat persembahan. Sekiranya baik persembahan mereka, maka naiklah undian mereka.

Satu lagi finalis yang dahulunya sering menonjol dalam MLM musim terdahulu, Boboi pula perlu melakukan satu magik seandainya mahu berjaya menjadi juara. Kumpulan yang dulunya hanya dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik ini dilihat mengalami kemurungan. Adakah Afdlin dan Harun tidak serasi dengan anggota baru mereka Nabil sehinggakan persembahan selalu berada dalam tangga memuaskan saja?

Apapun, Boboi sering saja tampil dengan kelainan dan mempunyai strategi tersendiri untuk memancing peminat.

Paling penting, keputusan sebenarnya berada di tangan penonton dan setiap finalis hanya perlu tampil dengan persembahan mantap untuk berada dalam situasi yang selesa sekiranya dipilih sebagai juara.

Oleh itu, saksikan persembahan kemuncak finalis MLM di Astro Warna (Saluran 132) dan Astro Mustika HD (Saluran 134) pada Jumaat jam 10 malam. Lebih menarik, bagi penonton dari Johor dan Singapura, anda boleh menyaksikan secara langsung di Stadium MBJB, Johor Bahru.

Penyanyi Atilia Tak Mahu Cerita Tentang Kahwin



Penyanyi, Atilia, Tak, Mahu, Cerita, Tentang, Kahwin, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter:@Stailista

KUALA LUMPUR, 18 JAN 2013: Tidak henti-henti penyanyi kecil molek, Atilia Haron,39 disogokkan dengan pertanyaan tentang soal perkahwinan Malah banyak juga khabar angin yang muncul, mengatakan dia bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada awal tahun ini, dan hal ini sedikit-sebanyak membuatkan segelintir pihak keliru tentang status sebenar anak kepada penyanyi Salamiah Hassan itu.

Namun baru-baru ini, ketika ditemui portal murai.com.my pada majlis pelancaran produk pembersih mulut, Listerine baru-baru ini, Atilia mengakui bahawa dia masih lagi solo dan tidak pernah terlintas untuk menamatkan zaman bujangnya dalam waktu dan masa yang terdekat ini.

"Memang sebelum ini saya pernah berkata bahawa saya akan berkahwin, tapi terus terang saya sendiri tidak tahu tarikh yang sesuai untuk saya berkahwin. Insya Allah, kalau tidak ada aral melintang, saya akan melangsungkan perkahwinan dalam tahun ini. Tapi itu semua terpulang kerana saya tidak mahu janji apa-apa. Takut tak jadi pula, padahal keinginan untuk berkahwin itu ada," katanya berterus terang kepada murai.com.my.

Atilia berkata, banyak faktor yang menyebabkan dia perlu melupakan terlebih dahulu soal kahwin, apatah lagi sebelum ini dia pernah mengharungi susah payah dunia perkahwinan dan telah berpisah sejak 2008.

Dalam tempoh itu jugalah, berbagai dugaan telah ditempuhinya sendirian terutama dalam mengukir nama sebagai penyanyi jazz yang disegani dan dikenali ramai.

"Alhamdulillah, rezeki saya semakin murah sekarang. Apa yang boleh saya katakan, saya sedang menikmati hidup dengan titik peluh dan sumber pendapatan saya sendiri. Malah, kerjaya nyanyian saya semakin meluas ketika ini.

"Takut pula bila saya kahwin nanti, banyak perkara yang tidak dapat saya lakukan kerana perlu menjalani tanggunggung jawab sebagai isteri. Semua itu perlu saya ambil kira sebelum membuat keputusan untuk berkahwin sekali lagi," katanya telus.

Jatt Black Dog Bone Pilihan Kedua Selepas Rahim Maarof



Jatt, Black Dog Bone, Pilihan, Kedua, Selepas, Rahim Maarof, Artis Malaysia, Rocker Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR,27 JAN 2012: Pihak penganjur showcase One Nite Only iaitu Harithmai Productions mengakui sedikit kecewa apabila penyanyi pilihan pertamanya, Rahim Maarof tidak dapat beraksi di dalam showcase yang akan berlangsung di The Heritage Club, Hotel Royal Chulan pada 8 Februari dan 8 Mac 2013.

Namun produsernya, Faizal Tan Sri Mustapha berkata, pihak mereka akur dengan keputusan Rahim Maarof yang terpaksa membatalkan showcase itu disebabkan komitmen lain yang perlu dipenuhi penyanyi lagenda tersebut.

"Pada mulanya, memang Rahim Maarof menjadi pilihan utama dan pertama kami dalam showcase One Nite Only tetapi apabila kami menawarkannya untuk mengadakan pada 2 tarikh yang kami ada itu, dia sendiri telah meminta maaf kepada kami kerana tidak dapat melakukannya.

"Rahim Maarof memberitahu pada tarikh tersebut dia terpaksa terikat dengan komitmen lain yang sudah direncanakan lebih awal. Namun kami di Harithmai Production tetap mahukannya untuk showcase kami seterusnya yang masih lagi dalam perancangan," jelasnya kepada murai.com.my

Namun begitu, Faizal memberitahu dia berjaya menggantikan tempat Rahim Maarof kepada vokalis kumpulan Black Dog Bone iaitu Jatt pada 8 Februari ini untuk showcase One Nite Only. Sementara pada showcase kedua iaitu 8 Mac 2013, mereka masih mengekalkan penyanyi asal pilihan mereka iaitu penyanyi Jazz, Lokman Aslam.

Bercakap mengenai pemilihan dua penyanyi tersebut untuk showcase itu, Faizal menjelaskan pemilihan mereka disebabkan mahu menonjolkan dua generasi berbeza dalam industri muzik tanah air.

"Kami hanya memilih Jatt untuk tampil di dalam showcase pertama One Nite Only kerana kami mendapati dia salah seorang penyanyi yang popular dan mempunyai 40 tahun pengalaman dalam indusrti muzik tanah air.

"Manakala Lokman pula, walaupun dia penyanyi baru tetapi dia mempunyai ciri-ciri superstar dalam dirinya dan muzik jazz yang dibawakan juga sesuai untuk persembahan malam itu nanti.

"Kami sengaja bawakan pada peminat muzik tempatan dengan dua penyanyi yang datang daripada generasi berbeza," jelasnya lagi di dalam siding media One Nite Only di Hotel Royal Chulan, oetang semalam.

Persembahan One Nite Only untuk kedua-dua tarikh itu dijadualkan akan berlangsung pada 7 malam hingga 9 malam. Tiket akan dijual dengan harga RM50 seorang . Tiket boleh didapati dengan menghubungi Hotel The Royal Chulan Kuala Lumpur di 03- 26889604 atau The Heritage Club di 03-26889614 atau pihak penganjur Harithmai Productions menerusi Lisza di talian 0193391445.

Rita Rudaini: Saya Tiada Masalah Dengan Lisdawati



Rita Rudaini, Saya, Tiada, Masalah, Dengan, Lisdawati, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 18 JAN 2013: Boleh diklasifikasikan sebagai ratu di dalam drama televisyen tempatan, Rita Rudaini tidak pernah sepi beraksi di kaca TV dan tampil dalam drama yang sering menjadi ikutan penonton.

Namun, kontroversi mengenai perselisihan faham yang tercetus di antara Rita Rudaini dengan Lisdawati suatu ketika dahulu sedikit-sebanyak telah mencalarkan imej dirinya. Kes itu telah diheret hingga ke mahkamah dan telah pun selesai serta ditutup. Bagaimanapun mereka tidak lagi dilihat berlakon bersama selepas itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini takdir telah menemukan mereka semula menerusi drama Kerana Sara dan perkara itu telah pun diakui Rita.

"Memang selepas kes itu ditutup saya dan Lisdawati tidak ada berlakon bersama. Masalahnya, saya pun tidak pernah mendapat tawaran daripada mana-mana pihak untuk digandingkan dengannya.

"Sekarang ada produksi yang membuat tawaran. Saya tidak punya apa-apa masalah peribadi dengan Lisdawati, jadi kami bersikap profesional dan berlakon seperti biasa.Kalau orang nak cakap saya dan Lisdawati tak mahu berlakon bersama, itu tidak benar.

"Kini terbukti saya dan dia tiada masalah untuk berlakon bersama. Mungkin sebelum ini, belum ada pihak yang mahu menggandingkan kami bersama,"jawabnya mengenai gandingannya bersama Lisdawati untuk slot drama Azalea, Kerana Sara.

Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa mereka dilihat seperti tidak sebulu ketika berada di set penggambaran. Namun begitu, menurut Rita itu mungkin sekadar andaian orang saja, namun secara peribadi dia tidak pernah merasakan perkara tersebut berlaku.

"Kalaulah kami ada masalah, kenapa daripada awal saya menerima tawaran ini. Walhal saya tahu Lisdawati ada bersama. Di set, seperti biasa masing-masing ada hal dan perkara yang mereka perlu lakukan sendiri. Saya pun kadangkala akan bersendiri jika perlu. Macam saya cakap tadi, perkara atau kes itu sudah ditutup dan sudah pun lama berlalu.

"Saya cuma tidak selesa jika suami Lisdawati berada di set, itu sahaja," jelas Rita walaupun dia tidak mahu berkongsi dengan portal murai mengenai alasannya tidak mahu Fauzi Nawawi berada di set penggambaran.

G-Dragon Menang Besar, Lee Hong Ki Paling Stailo



G-Dragon, Menang, Besar, Lee Hong, Ki, Paling, Stailo, K-POP, Hiburan, Korea


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi
Foto: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 17 JAN 2013: Samsung Galaxy The 27th Golden Disk Awards (GDA) yang dilangsungkan pada hari kedua, malam tadi di litar Antarabangsa, Sepang menyaksikan rapper bertaraf antarabangsa, Psy membolot dua anugerah iaitu Lagu Terbaik GDA dan Lagu Sepanjang Tahun menerusi lagu popular Gangnam Style.

Sungguhpun tidak hadir pada anugerah tersebut, Psy yang diwakili G-Dragon dari kumpulan Big Bang untuk mengambil anugerah sempat meninggalkan pesan dengan mengatakan bahawa dia tidak menyangka lagu berkenaan memberikan impak yang besar bukan saja terhadap dirinya tetapi kepada industri muzik K-Pop (Korean Pop).

Manakala G-Dragon yang hadir tanpa ahli Big Bang yang lain berjaya membawa pulang anugerah Lagu Terbaik GDA dendangan solonya dan Anugerah Popular Ceci.

Selain dua figura popular ini merangkul dua anugerah, bintang baru, Lee Hi turut sama menyinar dengan kategori Artis Baru Paling Menyerlah dan Lagu Terbaik GDA.

Sama seperti penganjuran pada hari pertama, artis yang hadir terlebih dahulu melalui acara karpet merah disusuli dengan sidang media bersama wartawan dari Malaysia dan seluruh Asia Tenggara.

Pada majlis sidang media tersebut, kumpulan T-ARA hanya menghiasi acara karpet merah tanpa berjumpa media kerana difahamkan mereka perlu bersiap sedia lebih awal untuk persembahan pertama.

GDA bahagian dua ini tampak lebih meriah dengan menampilkan dua pengacara iaitu Lee Hong Ki dari FT Island dan Dasung dari Sister.

Berikut adalah keputusan penuh GDA bahagian dua:

1. Lagu Sepanjang Tahun-Gangnam Style- Psy

2. Lagu Terbaik GDA-
a) T-ARA
b)Miss A
c) Sistar
d) Lee Hi
e) Heo Gak
f) F(x)
g)Big Bang
h) K. Will
i) Secret
j) G-Dragon
K) Psy

3. Artis Baru Paling Menyerlah-
a) Ailee
b) Lee Hi
c) BAP

4. Album Single Terbaik Sepanjang Tahun- Teen Top

5. Bintang Hip Hop Terbaik- Epik High

6. Anugerah Antarabangsa MSN-Big Bang

7. Anugerah Bintang Galaxy-Sistar

8. Anugerah Popular Ceci-G-Dragon

9. Anugerah Paling Stailo- Lee Hong Ki (FT Island)

DJ Dave: Yayasan Artis 1 Malaysia Menyebelahi Uji Rashid



DJ Dave, Yayasan Artis 1 Malaysia, Menyebelahi, Uji Rashid, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia, 1Malaysia


KUALA LUMPUR, 17 JAN 2013: Meskipun Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) tiada hak dalam mencampuri masalah yang dihadapi di antara penyanyi , Uji Rashid dengan pihak stesen televisyen TV3, presidennya, Datuk DJ Dave akui akan tetap menyebelahi penyanyi popular era 70-an dan 80-an itu.

Datuk DJ Dave atau nama sebenarnya Irwan Shah Abdullah memberitahu pihak penganjur sepatutnya perlu menjelaskan kepada Uji Rashid tentang isu Aizat menggantikan tempatnya untuk membawakan lagu Yuna, Terukir Di Bintang dalam Anugerah Juara Lagu ke- 27 (AJL 27) dan bukan hanya bertindak lepas tangan begitu sahaja.

"Sebenarnya kami di YA1M hanya berperananan membantu dalam memberi sumbangan kepada artis veteran berusia 60 tahun ke atas yang memerlukan bantuan kewangan atau sebagainya.

"Selebihnya, jika ada isu begini kami hanya bertindak sebagai penasihat kepada artis itu terhadap apa yang yang berlaku kerana dalam hal ini pihak persatuan seperti Seniman atau Papita (Persatuan Penyanyi Penyanyi Tanah Air) sahaja yang berhak mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan.

"Jika benar apa yang media sampaikan baru-baru ini, saya merasakan pihak penganjur tidak patut berbuat demikian. Mereka sepatutnya memberi penjelasan dengan cara terhormat kepada Uji terhadap penyingkiran itu dan bukan hanya menyingkirkannya begitu sahaja.

"Namun, saya sendiri tidak boleh mengulas lanjut tanpa mengetahui asal usul kejadian yang berlaku," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Terdahulu, portal murai.com.my telah menyiarkan laporan secara eksklusif mengenai pemilihan Uji Rashid menggantikan tempat Yuna untuk membawakan lagu Terukir Di Bintang.

Pemilihan Uji Rahsid itu dibuat sendiri oleh penyanyi, pemuzik serta komposer berbakat itu tidak dapat beraksi di pentas AJL 27 kerana terikat dengan komitmen yang berkaitan dengan aktiviti seninya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Namun, dua hari sebelum acara berprestij itu berlangsung, tempat Uji Rashid telah digantikan oleh Aizat Amdan tanpa pengetahuan dirinya.

Menurut pendapat DJ Dave lagi, isu itu boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik jika pihak penganjur boleh memberikan peranan lain terhadap Uji Rashid di AJL 27 baru-baru ini.

"Jika mereka merasakan Uji tidak boleh membawakan lagu itu, mungkin ada cara lain untuk mereka selesaikan isu ini. Bukan dengan melepas tangan begitu sahaja. Pada pendapat saya, jika dia (Uji Rashdi) tidak dapat membawakan lagu tersebut, mungkin ada cara lain untuk pihak TV3 lakukan supaya tidak nampak seperti Uji disingkirkan.

"Mungkin dengan tetap menyertakannya di dalam AJL 27 itu dalam peranan persembahan lagu tersebut atau dalam penyampaian anugerah dan sebagainya," jelasnya lagi.

Baru-baru ini, Yayasan Artis 1 Malaysia telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM2000 seorang kepada 130 artis veteran yang berusia 60 tahun ke atas dalam meringankan beban sara hidup mereka.

Nafi Hina Islam, Patrick Teoh Mohon Maaf Secara Terbuka!



Nafi, Hina, Islam, Patrick Teoh, Mohon, Maaf, Secara, Terbuka, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 17 JAN 2013: Berikutan status akaun facebooknya yang mengundang kontroversi, pelakon dan penyampai radio, Patrick Teoh telah memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat menerusi akaun Twitter miliknya.

"Kepada semua Muslim, saya meminta maaf kerana menyinggung perasaan dalam satu kenyataan menerusi Facebook. Kenyataan itu sudah dibuang dan alasan bahawa ianya sudah pun dijelaskan. Terima kasih atas kesabaran anda," katanya sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro hari ini,

Menerusi kenyataan kontroversi tersebut, pelakon filem Baik Punya Cilok arahan Afdlin Shauki ini telah mengkritik sebuah kerajaan negeri kerana mengeluarkan garis panduan baru terhadap penganjur acara persembahan.

Pun begitu, akibat gagal mengawal emosi, Patrick turut bertindak melebihi batas dengan mengaitkannya dengan isu agama.

Oleh kerana itu, ia telah menimbulkan perasaan kurang senang pada pengunjung di laman Facebook berkenaan termasuklah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan rakan artis seperti Dato' AC Mizal, Hafiz Hamidun dan Tomok.

Memetik komen AC, pengacara Maharaja Lawak Mega tersebut telah menyatakan soal agama jangan dipermainkan. Namun, Patrick juga menyatakan dia tidak terlintas mahu menghina Islam.

Uji Rashid Anggap Penganjur AJL 27 Tidak Profesional!



Uji Rashid, Anggap, Penganjur, AJL, 27, Tidak, Profesional, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 17 JAN 2013: Kalau melihat kepada cara percakapan yang terkeluar daripada mulut penyanyi Uji Rashid terhadap stesen televisyen, TV3 ia seolah-olah menunjukkan penyanyi tersebut seperti berpatah arang berkerat rotan dengan pihak pengurusan stesen televisyen swasta tersebut.

Biarpun pada awalnya, Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid tidak lagi mahu menggembar-gemburkan perkara ini dan hanya mahu menelan segala keperitan yang dilaluinya selepas membuat persedian rapi terutama sekali kesihatan dirinya sebelum disingkirkan dari membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-27, namun penyanyi ini bangkit bersuara apabila pihak Seniman tampil membantu untuk menuntut keadilan.

Begitu juga dengan peminat Uji Rashid yang dikhabarkan marah dengan tindakan yang dibuat oleh TV3 itu. Ironinya, sehingga kini pihak TV3 belum memohon maaf atau menjelaskan situasi sebenar mengenai tindakan mereka menggantikan tempat Uji Rahsid dengan Aziat untuk membawakan lagu Yuna, terukir Di Bintang. Hal ini berlaku beberapa hari sebelum berlangsungnya AJL 27 pada 6 Januari lalu.

"Selepas cerita ini menjadi isu, macam-macam yang saya dengar. Ada yang betul, ada yang tidak. Mengingatkan kembali peristiwa dan layanan yang diberikan kepada saya oleh mereka, saya memang marah.

"Selama 38 tahun saya berada dalam industri, mengapa baru sekarang nak cakap saya tidak boleh menyanyi. Memang betul keputusan dibuat demi menjaga nama baik ramai pihak termasuk saya sendiri. Tetapi cara yang dilakukan adalah tidak wajar dan mengguris perasaan saya.

"Jadi selama 38 tahun ini kenapa sekarang saya tidak boleh menyanyi? Yuna bertindak memilih saya, pasti dia ada sebabnya tersendiri. Sebaliknya saya disingkirkan dengan cara yang tidak profesional. Mana letaknya etika dan cara penganjur dan mereka yang terlibat dalam membuat keputusan?,"soalnya dalam nada tegas tetapi kecewa apabila dilayan sedemikian.

Uji Rashid telah menceritakan bagaimana semua ini berlaku dan di mana silapnya pengurusan Yuna membuat percaturan sehingga terjadinya perkara ini. Dia turut mengimbau pertemuan pertamanya bersama Yuna ketika itu.

"Memang daripada awal lagi, saya kalau boleh tidak mahu mengambil tanggungjawab ini. Setelah diyakinkan Yuna yang meminati suara klasik saya, Yuna tidak mempunyai calon lain dan mahukan saya membawakan lagu Terukir Di Bintang.

"Setelah mendapat kepercayaan daripada ramai pihak termasuk keluarga Yuna sediri, saya bersetuju dan mula membuat persiapan setelah lagu tersebut diumumkan layak ke final AJL27. Namun, saya telah jatuh sakit beberapa hari sebelum mereka mengadakan sesi latihan.

"Walaupun begitu saya yang sepatutnya masih dirawat di hospital, telah sanggul datang untuk latihan bersama pemuzik. Tetapi saya sudah berpesan kepada Dato` Ramli MS, saya tidak sihat tetapi saya akan tetap buat sesi latihan ini.

"Entah di mana silapnya, mungkin ada pihak yang tidak yakin dengan saya daripada awal telah memutuskan untuk menggantikan saya selepas menilai kepada persembahan saya pada malam tersebut," cerita Uji Rashid kepada murai.com.my mengenai peristiwa tersebut.

Menghidap masalah kekurangan oksigen didalam paru-paru, Uji telah ditahan di wad beberapa hari sebelum persiapan terakhir AJL 27 dibuat. Dia telah memperjudikan nyawanya bila memohon untuk keluar walaupun pihak hospital agak keberatan berbuat demikian. Dia juga telah mendapatkan ubat yang paling baik untuk memulihkan kondisinya sebelum malam final AJL27.

Niat Uji berlaku jujur tentang kesihatannya untuk meyakinkan penganjur bahawa dia akan tampil sihat pada 6 Januari lalu akhirnya telah melenyapkan terus impiannya untuk memenuhi permintaan Yuna untuk membawakan lagu Terukir Di Bintang.

Tidak menyalahkan Yuna, Uji turut bercerita tetang tindakan daripada Yuna yang telah memohon maaf dengan segera di atas apa yang telah berlaku dan turut menyatakan kekesalan kerana tidak dapat berada di sini untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

"Memang ibu Yuna ada menghubungi saya dan memohon maaf diatas semua yang berlaku. Dia sendiri tidak boleh berbuat apa, malah Yuna juga dikatakan tidak senang duduk kerana tiada di sini untuk menangani perkara ini.

"Yuna juga ada menghubungi saya dan melahirkan perasaan kecewa dan memohon maaf diatas perkara yang berlaku. Dia turut memberitahu dia akan berjumpa dengan saya jika dia pulang ke tanahair kelak," tambah Uji Rashid lagi.

Selepas kes ini, nama Uji Rashid kembali disebut-sebut dan dikhabarkan menjadi perhatian. Pihak murai.com.my bertanyakan adakah dia akan tampil mebuat persembahan jika diundang pada masa akan datang?

Menurut pelantun lagu Semakin Hari Semakin Sayang ini, dia akan lebih berhati-hati selepas ini kerana dia tidak mahu lagi niatnya untuk menghibur serta namanya dipersendakan seperti apa yang berlaku baru-baru ini.

Sehangat Asmara: Kamilia Najwa Mirip Kisah Rita Rudaini?



Sehangat Asmara: Kamilia Najwa, Mirip, Kisah, Rita Rudaini, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 17 JAN 2013: Karektor Kamilia Najwa yang dibawa oleh Rita Rudaini telah membuatkan aktres kelahiran Perlis ini banyak bermain air mata ketika menjayakan penggambaran drama bersiri Sehangat Asmara terbitan Global Station Sdn Bhd.

Walaupun sulit untuk menceritakan perasaan sebenar yang dirasai Rita Rudaini tatkala menjiwai peranannya untuk drama bersiri sebanyak 33 episod ini, namun aktres jelita ini akui ianya telah dilaksanakan dengan bantuan daripada pengalaman hidup yang pernah dilaluinya.

Tidak menyamakan sepenuhnya kisah cinta dan kehidupannya dengan Kamalia Najwa , namun Rita menjelaskan dia boleh merasai perasaan yang dialami oleh watak yang dijelmakan dalam novel nukilan Aisya Sofea itu.

Malah, Rita yang dilihat cekal melalui cabaran hidup telah berkongsi pahit -manis ketika membawakan watak tersebut.

"Saya akui memang pengalaman hidup membuatkan saya lebih mudah menjiwai watak Kamilia Najwa. Senang bagi saya untuk masuk dalam jiwa watak itu dan saya juga faham dengan konflik yang dilaluinya. Walaupun kebenaran itu adalah pahit, untuk merasa terguris dek watak itu, rasanya tidak.

"Secara tak langsung saya jadi kuat. Dengan watak itu juga saya boleh tunjukkan kepada umum sebagai wanita atau ibu yang dilanda masalah rumahtangga dengan anak-anak dan sebagainya, selagi boleh bertahan, kita kena teruskan.

"Ia berlaku secara kebetulan, secara tidak langsung ia juga dapat memberikan mesej kepada umum mengenai realiti yang berlaku,"jelas Rita kepada murai.com.my mengenai dakwaan tentang persamaan watak Kamilia Najwa yang sedikit-sebanyak merujuk tentang kisah hidupnya.

Rita Rudaini turut berkongsi tentang hobinya ketika dibangku sekolah yakni membaca novel turut membuatkan dia tidak berpikir panjang untuk menerima watak Kamilia Najwa dalam Sehangat Asmara.

"Dulu saya sudah pun membaca novel Sehangat Asmara ini dan ia turut menjadi antara novel kegemaran saya selain Tangisan Bulan Madu. Jadi mendapat tawaran untuk membawa watak yang dulunya hanyalah sekadar imaginasi, menjadikan saya lebih teruja.

"Tetapi apabila mendapatkan naskhah baru Sehangat Asmara, bila saya mula baca bab pertama sahaja, ia sudah pun terasa sedih. . Terasa juga bebanan pada awalnya. Namun mengingatkan saat manis percintaan Kamilia dan Zainal Arief, saya jadi kuat pula untuk membawakan watak tersebut.

"Saya ini pula jenis yang susah nak menangis, bila dah seharian menangis, terus jadi stressed juga dan air mata pun terus jadi kering. Kiranya ini adalah drama yang paling banyak sekali membuatkan saya bermain air mata dan ia memang susah,"cerita Rita yang sudah pernah berlakon untuk drama adaptasi novel kegemarannya melalui Tangisan Bulan Madu sebelum ini.

Adi Putra Suka Watak Romeo, Selesa Bersama Rita Rudaini



Adi Putra, Suka, Watak, Romeo, Selesa, Bersama, Rita Rudaini, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 17 JAN 2013: Jika sebelum ini aktor kelahiran Singapura, Adi Putra sering dilihat membawakan peranan yang lebih lasak baik di layar perak mahupun di kaca televisyen, namun begitu dia sebenarnya lebih gemar membawakan watak yang romantik atau lebih jelas lagi watak sebagai seorang Romeo.

Pengakuan ini dibuat sendiri olej jejaka berusia 32 tahun ini kepada portal murai.com.my ketika ditemui pada majlis pelancaran siri terbaru Sehangat Asmara yang bakal ditayangkan di Astro Mustika HD bermula 21 Januari ini.

"Tahun 2013 saya akan lebih banyak membawakan watak-watak dalam jalan cerita berunsurkan cinta. Ini mungkin kerana saya need to be loved. Namun begitu sebenarnya saya akan muncul dalam banyak cerita-cerita aksi dan bukan cinta seperti. Misalnya, KL Gangster 2, Balistik, Hanyut dan beberapa lagi di 2013. Jadi ini adalah rencana untuk tahun 2014.

"Pada saya watak yang menghendakkan saya bercinta atau senang cakap watak Romeo sebenarnya lebih evergreen. Watak-watak sebegini akan lebih meninggalkan kesan kepada penonton yang menghayati watak sedemikian. Kalau hero, lama-lama orang akan lupa. Saya mahu orang ingat saya kerana watak-watak cinta,"ujarnya berseloroh bercerita mengenai rencana karier lakonan akan datang.

Sesi temubual tersebut turut membincangkan tentang watak yang dibawakan Adi dalam Sehangat Asmara iaitu Zainal Arief. Menurut Adi, walaupun jarang digandingkan bersama Rita Rudaini, dia merasakan senang untuk bekerjasama dengan Kamilia Najwa dalam set Sehangat Asmara.

"Walaupun pada mulanya seperti ada ruang d iantara saya dan Rita tetapi lama kelamaan kerana watak yang dibawa membuatkan kami rapat dan merealisasikan watak dan kisah cinta mengikut jalan cerita sebenar Sehangat Asmara.

"Memang banyak babak-babak romantis seperti dukung, cium dan beberapa lagi namun kerana pasangan saya adalah Rita, saya tahu dia seorang yang profesional. Ada sesetengah aktres tidak boleh melakukannya dan ada pula yang akan mentafsir cara lakonan sebegitu dengan maksud yang lainnya.

"Kadang-kadang dalam lakonan, apa yang kita cuba sampaikan tidak semestinya melalui kata-kata. Melalui gerak tubuh dan tingkah laku saja sudah cukup untuk meninggalkan kesan kepada penonton.

"Saya percaya, saya dan Rita sudah lakukan yang terbaik untuk menjiwai watak Zainal Arief dan Kamilia Najwa agar pembaca novel yang menonton cerita ini akan merasai pengalaman yang sama seperti mereka membaca novel tersebut,"ujarnya yang yakin Sehangat Asmara mempunyai kehebatan tersendiri dari segi jalan ceritanya yang kuat.

Sehangat Asmara adalah adaptasi daripada novel yang juga ditulis penulis yang sama untuk Adam & Hawa iaitu Aisya Sofea. Hal ini menyebabkan Sehangat Asmara akan dibandingkan oleh para penonton yang menonton siri Adam dan Hawa yang sebelum ini telah menjadi fenomena di saluran Mustika HD.

Bagi Adi, walaupun hampir keseluruhan produksi adalah sama digunakan ketika Adam & Hawa, baginya fenomena yang telah lama wujud dek novel Sehangat Asmara itu sendiri akan memberikan impak yang tersendiri kepada penonton.

"Kalau nak cakap pasal fenomena, dari dulu lagi Sehangat Asmara sudah pun jadi fenomena. Atas sebab itu, tidak timbul soal adakah ia dapat menandingi Adam & Hawa kerana ini bukan sambungan tetapi jalan cerita yang baru.

"Para pembaca yang telah membaca Sehangat Asmara sudah tentu ingin melihat bagaimana ia diintrepretasikan di kaca televisyen. Saya sendiri ada menerima banyak feedback daripada pembaca novel ini yang tidak sabar untuk melihat bagaimana ia diterjemahkan ke drama bersiri,"jawab Adi Putra ringkas.

Sehangat Asmara akan menampilkan Adi Putra sebagai Zainal Arief yang telah berjanji pada cinta hatinya, Kamilia Najwa mempertahankan hubungan mereka walaupun mendapat tentangan keluarga. Pasangan romantis dalam drama air mata Sehangat Asmara ini akan menemui penonton pada 21 Januari ini eksklusif di saluran Mustika HD 134.

Sekitar Hari Pertama Samsung 27th GDA



Sekitar, Hari, Pertama, Samsung, 27th, GDA, K-POP, Korea, Hiburan


KUALA LUMPUR, 16 JAN 2013: Anugerah Samsung 27th Golden Disk Awards (GDA) yang julung kalinya diadakan di Malaysia telah pun berlangsung semalam.

Majlis yang mengiktiraf perjalanan seni bintang-bintang Korea sepanjang tahun 2012 telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan kemunculan nama-nama besar K-Pop seperti SHINee, Super Junior, CN Blue, Kara dan ramai lagi artis.

Kumpulan CN Blue dan Kara sebagai pemenang kategori Artis K-Pop Pilihan Malaysia manakala Super Junior masih lagi mengekalkan takhta apabila mereka sekali lagi diberi kepercayaan untuk merangkul gelaran Album Sepanjang Tahun 27th GDA menerusi album Sexy, Free & Single.

Acara bermula sekitar jam 5 petang dimulakan dengan karpet merah disusuli sidang media bersama media dan wartawan tempatan.

Penganjuran GDA pada tahun ini menampakkan kelainan apabila pihak penerbit memilih untuk mengadakannya dengan berkonsepkan festival. Atas dasar itu, anugerah malam itu menampilkan kesemua pemenang kategori menyampaikan dua lagu popular masing-masing.

Pada bahagian pertama GDA telah menyampaikan 11 anugerah dengan dihadiri lebih 10,000 penonton yang bukan saja datang dari Malaysia tapi turut dipenuhi peminat K-Pop dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Berikut adalah sebahagian foto-foto yang sempat dirakamkan jurufoto Murai yang membuat liputan hari pertama di sana.











Isu Singkir Uji Rashid: TV3 Bakal Keluar Kenyataan Rasmi



Isu, Singkir, Uji Rashid, TV3, Bakal, Keluar, Kenyataan, Rasmi, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 16 JAN 2013: Isu penyingkiran penyanyi Uji Rashid oleh pihak TV3 di saat akhir tanpa pengetahuannya daripada Anugerah Juara Lagu ke27 (AJL 27) baru-baru ini masih berlarutan dan dianggap belum selesai selepas penyanyi popular era 70-an dan 80-an itu mendakwa stesen terlevisyen berkenaan masih belum meminta maaf kepada beliau menerusi laporan yang dibuat oleh Mstar.

Bagi mendapatkan penjelasan mengenai hal ini, portal murai.com.my telah berusaha menghubungi penerbit AJL 27, Muhamad Sufian Che Isa. Namun begitu, Sufian berkata dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan.

"Maaf, buat masa ini tidak dapat mengulas apa-apa mengenai isu ini. Apa pun pihak TV3 akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini," katanya kepada murai.com.my.

Terdahulu, portal murai.com.my telah menyiarkan laporan secara eksklusif mengenai pemilihan Uji Rashid menggantikan tempat Yuna untuk membawakan lagu Terukir Di Bintang. Pemilihan Uji Rahsid itu dibuat sendiri oleh penyanyi, pemuzik serta komposer berbakat itu tidak dapat beraksi di pentas AJL 27 kerana terikat dengan komitmen yang berkaitan dengan aktiviti seninya di Los Angeles, Amerika Syarikat. Namun, dua hari sebelum acara berprestij itu berlangsung, tempat Uji Rashid telah digantikan oleh Aizat Amdan tanpa pengetahuan dirinya.

Apa Kata Pemenang Bintang K-Pop GDA Bahagian Satu?



Apa, Kata, Pemenang, Bintang, K-Pop, GDA, Bahagian, Satu, Korea, Hiburan


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi
Foto: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 18 JAN 2013: Malam kemuncak Samsung Galaxy The 27th Golden Disk Awards (GDA) bahagian satu telah diadakan penuh meriah sekali dengan dihadiri lebih 10,000 penonton dari seluruh Asia Tenggara.

Malah, sebelum anugerah dimulakan tepat jam 7.30 malam, sesi karpet lebih dulu menghiasi anugerah ini dengan diwarnai pelbagai fesyen yang digayakan bintang K-Pop yang hadir.

Istimewa buat anda, portal murai.com.my sempat mendapatkan beberapa komen bintang K-Pop terhadap penganjuran GDA di Malaysia dan perkembangan terbaru mereka.

BTOB

"Kami masih belum ada perancangan untuk album baru. Bagaimanapun, kami masih terus berlatih untuk persediaan album baru kami. Begitu juga dengan konsert. Kami masih belum ada perancangan lanjut untuk mengadakan konsert di Malaysia.

Pun begitu, kami berharap satu hari nanti ia bakal terlaksana di Malaysia. Mungkin pada Mei atau Jun depan kami akan datang Malaysia lagi untuk buat konsert. Apapun, ini kali kedua kami datang Malaysia dan kami gembira dan teruja berpeluang kembali ke sini. Kami berharap peminat di Malaysia akan terus menyokong karier kami."

Juniel

"Ini pertama kali saya datang ke Malaysia dan juga kali pertama dicalonkan dalam GDA. Saya berasa sangat gembira dan rasa dihargai. Saya suka makanan di sini. Ianya sedap sekali. Kalau ada peluang, saya mahu kembali lagi di sini. Terima kasih kepada semua peminat Malaysia kerana menyokong saya yang masih lagi hijau dalam industri muzik K-Pop. Teruslah menyokong saya."

EXO

"Kami gembira kerana pertama kali datang ke sini. Kami rasa dihormati apabila tercalon dalam GDA yang dianjurkan di Malaysia. Kami tidak sabar untuk berjumpa dengan peminat di Malaysia apatah lagi untuk mengadakan persembahan di sini."

CN Blue

"Kami tersangatlah gembira datang lagi ke Malaysia. Kami gembira bukan saja kerana K-Pop terus diminati tetapi GDA dapat dianjurkan di sini. Kami sangat sayang Malaysia. Single baru kami baru saja keluar di Korea Selatan dan berharap single tersebut dapat sambutan di Malaysia seperti mana lagu kami sebelum ini. Kami memang ada perancangan untuk mengadakan konsert di Malaysia lagi."

FT Island

"Kami bersyukur kerana dapat datang ke sini apatah lagi di negara kami ketika ini masih lagi sejuk. Cuaca di Malaysia membuatkan kami rasa selesa. Kami tak sabar nak berikan hiburan terbaik buat peminat kami di Malaysia. Terima kasih atas segalanya."

KARA

"Gembira dan rasa teruja. Kami suka Malaysia dan seronok apabila diberi peluang ke negara yang indah ini. Terima kasih kerana menyokong kami."

SHInee

"Ini kali kedua kami di sini. Kami berasa sangat happy dan berjaya akan terus buat yang terbaik demi peminat kami di Malaysia.Kami betul-betul rasa gembira."

BEAST

"Sangat berbesar hati kerana kami sering saja mendapat undangan dari Malaysia. Kami memang suka Malaysia. Harap anugerahyang pertama kali dianjurkan di Malaysia ini dapat memberikan kenangan terbaik buat peminat K-Pop di Malaysia terutama sekali peminat kami."

Infinite

"Kami cinta kamu. Kami berasa betul-betul teruja dan gembira berada di Malaysia. Kami tidak sabar nak jumpa peminat di Malaysia yang sangat mesra dan selalu menyokong kami. Terulah menyokong kami. Setakat ini, kami masih belum tahu bila tarikhnya kami akan datang ke sini lagi untuk mengadakan konsert. Tapi kami berjanji akan melakukan sesuatu yang lebih menarik khas untuk peminat kami. Kami sangat suka makanan di Malaysia tapi maaf kami tak ingat apa nama makanan itu."

Super Junior

"Tahun lepas kami dah menang. Kami gembira kerana tahun ini kami masih lagi terus dicalonkan lagi. Kami berharap semua yang berada di sini gembira dengan penganjuran GDA kali ini. Super Junior pernah adakan konsert di sini dan berjanji akan terus membuatkan konsert lagi di sini. Terus sokong kami dan kami akan berikan yang terbaik buat anda semua."

GDA: Kumpulan CN Blue, Kara Pilihan Rakyat Malaysia!



GDA, Kumpulan, CN Blue, Kara, Pilihan Rakyat Malaysia, K-POP, Korea, Hiburan


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi
Foto: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 16 JAN 2013: Samsung Galaxy The 27th Golden Disk Awards (GDA) yang julung kalinya diadakan di Malaysia telah menobatkan kumpulan CN Blue dan Kara sebagai pemenang kategori Artis K-Pop Pilihan Malaysia, malam tadi, di Litar Antarabangsa Sepang.

Manakala, kumpulan Super Junior masih lagi mengekalkan takhta apabila mereka sekali lagi diberi kepercayaan untuk merangkul gelaran Album Sepanjang Tahun 27th GDA menerusi album Sexy, Free & Single.

Dalam pada itu, kumpulan Infinite yang dibarisi Sunggyu, Dongwoo, Woohyun, Hoya, Sungyeol, Kim Myung Soo dan Sungjong pula meraih dua anugerah iaitu Album Terbaik GDA dan Persembahan Berkumpulan Terbaik menerusi album Infinitize.

Selain Infinite merangkul anugerah Album Terbaik GDA, anugerah yang dihoskan oleh Nicole dari kumpulan Kara bersama vokalis CN Blue, Jung Yong Hwa turut menobatkan 8 kumpulan yang lain dalam kategori yang sama.

Lapan kumpulan tersebut ialah B1A4, CN Blue, 4 Minute, BEAST, Kara, Super Junio, FT Island dan SHInee.

Penganjuran GDA pada tahun ini menampakkan kelainan apabila pihak penerbit memilih untuk mengadakannya dengan berkonsepkan festival. Atas dasar itu, anugerah malam itu menampilkan kesemua pemenang kategori menyampaikan dua lagu popular masing-masing.

Pada bahagian pertama GDA telah menyampaikan 11 anugerah dengan dihadiri lebih 10,000 penonton yang bukan saja datang dari Malaysia tapi turut dipenuhi peminat K-Pop dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Berikut adalah senarai penuh pemenang GDA bahagian pertama:

1. Album Sepanjang Tahun- Super Junior

2. Album Terbaik- Infinite,B1A4, CN Blue, 4 Minute, BEAST, Kara, Super Junio, FT Island dan SHInee.

3. Artis K-Pop Baru Menyerlah- Juniel dan EXO K.

4. Anugerah Asia Tenggara MSN- Super Junior

5. Anugerah Terbaik JTBC-BEAST

6. Artis K-Pop Pilihan Malaysia- CN Blue & Kara

7. Bintang Harapan-BTOB

8. Bintang Paling Popular-SHInee

9. Penerbit Sepanjang Tahun-F N C ENtertainment

10. Persembahan Tarian Terbaik- JS dan Hyuna (Trouble Maker)

11. Persembahan Berkumpulan Terbaik- Infinite

Rita Rudaini: Demi Anak-Anak, Saya Tetap Akan Lawan!



Rita Rudaini, Demi, Anak-Anak,, Saya, Tetap, Akan, Lawan, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 16 JAN 2013: Aktres jelita Rita Rudaini memgakui mempunyai sebab untuk tidak sewenang-wenangnya menamatkan krisis perebutan hak penjagaan anak-anak bersama pemain bolesepak kebangsaan, Aidil Zafuan yang hingga kini masih belum ada kesudahannya.

Bagi Rita yang ditemui pada majlis pelancaran drama Sehangat Asmara pada petang semalam menjelaskan, dia tidak mahu dengan mudahnya seseorang lelaki itu menindas golongan wanita dan meletakkan kesalahan kepada mereka.

"Kalau saya nak jalan mudah dan akhiri masalah rumahtangga saya, saya boleh sahaja berbuat demikian. Saya bukan keras kepala atau ego. Tetapi untuk apa saya biarkan wanita ditindas oleh lelaki dan peminat serta umum pula melihat bahawa kesalahan jatuh pada pihak wanita.

"Saya jenis orang yang kalau tidak diusik, saya tidak akan pernah mahu menggangu orang tersebut. Saya pantang betul bila orang usik saya dan anak-anak. Dah bermacam tuntutan dan kes yang dibuka, namun ia masih tidak dapat membuktikan apa-apa.

"Benda-benda macam ni bukan sahaja menganggu saya, malah menganiaya anak-anak saya. Kalau dia mahu bercerai sekalipun saya ingin tahu kenapa dan apa sebabnya? Adakah saya tidak benar-benar menjalankan tanggungjawab? Berikan sebab dan buktikan.

"Sebab itu saya biarkan perkara ini terus berlarutan. Saya tetap jalani kehidupan seperti biasa. Saya tidak peduli dia (Aidil) nak buat apa walaupun saya bersusah payah menjaga anak-anak. Sekarang dia nak buka lagi kes baru di mahkamah di Seremban, saya tetap akan lawan,"ujar Rita yang membawakan watak Kamilia Najwa dalam Sehangat Asmara kepada murai.com.my dengan nada tegas demi menjaga maruah seorang wanita.

Dalam pada status perkahwinannya yang masih belum jelas, Rita Rudaini masih mempunyai pengharapan kepada insan bernama lelaki. Dia tidak pernah putus harapan untuk kembali bersama kaum Adam itu kerana Rita percaya apa yang berlaku ini boleh dijadikan iktibar dan ada hikmah disebaliknya.

"Tidak semua lelaki sama. Memang ada yang jenis bila mahukan sesuatu, mereka akan kejar. Bila dah dah dapat buang macam itu sahaja. Saya percaya ada lelaki yang lebih bagus dan boleh menghargai wanita.

"Mana tahu di masa hadapan Allah akan kurniakan kita dengan lelaki yang lebih baik. Mungkin yang boleh membimbing saya. Tetapi buat masa sekarang saya tidak fikirkan sangat untuk bercinta semula.

"Lebih baik saya fikir tentang anak-anak. Kalau nak cari lelaki pun biarlah mereka sayangkan anak-anak saya seperti mana saya sayangkan mereka(anak),"jelasnya yang turut menjelaskan bahawa dia tidak menolak jodoh dengan suami orang namun dia cuba sebaiknya untuk tidak mendekati jejaka yang sudah beristeri.

Pada 23 Januari ini, Rita akan kembali ke mahkamah apabila suami, Aidil Zafuan telah membuat tuntutan cerai dan penjagaan anak di Mahkamah Syariah Seremban. Rita yang rasa terbeban dan dalam masa yang sama keliru dengan apa sebenarnya kemahuan Aidil dalam hubungan mereka yang seperti digantung tak bertali itu akur. Baginya selagi dia kuat untuk menegakkan kebenaran, dia tidak akan berputus asa.

Kedua mereka telah bernikah di Songkhla, Selatan Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa restu dan juga pengetahuan keluarga pihak lelaki sehingga menyebabkan perkahwinan tersebut terus dilanda krisis berlanjutan.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

GDA: CN Blue, Infinite dan Suju Paling Mesra Media



GDA, CN Blue, Infinite, dan, Suju, Paling, Mesra, Media, K-POP, Korea


KUALA LUMPUR, 15 JAN 2013: Acara tahunan, Samsung 27th Golden Disk Award (GDA) yang merupakan acara penganugerahan kepada barisan artis Korea akan berlangsung sebentar lagi di Litar Antarabangsa Sepang.

Namun sebelum majlis bermula, barisan bintang K-Pop ini telah terlebih dahulu dibawa melalui acara karpet merah yang berlangsung petang tadi. Karpet merah bermula sekitar jam 5 petang dan kemudiannya, barisan bintang ini telah dibawa terus ke bilik sidang media untuk berjumpa dengan para wartawan dan media tempatan yangsudah berkumpul sejak jam 3 petang.

Antara bintang K-Pop yang hadir untuk sidang media itu adalah CN Blue, SHINee, Super Junior, Kara, B1A4 dan Infinite. Majoriti bintang-bintang ini gembira apabila GDA diadakan buat julung kalinya di Malaysia.

Tambah istimewa pada sidang media ini, kumpulan Infinite, CN Blue dan Super Junior dilihat paling mesra melayan media sehinggakan mereka sendiri meminta soalan dari dari wartawan meskipun sudah dihalang pihak pengurusan.

The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur 17 Feb Ini



The Return of Paramore, Live, in, Kuala Lumpur, 17, Feb, Ini, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 16 JAN 2013: Kunjungan Paramore pada 17 Februari kelak bakal mencatatkan kadatangan mereka buat kali ketiga di negara kita.kumpulan Pop Rock yang diminati ramai ini akan mencetuskan fenomena yang sudah menjadi signature mereka dalam The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur.

Diketuai oleh vokalis terhebat kumpulan ini Hayley Williams, Paramore kini dalam siri jelajah sempena dengan album baru mereka yang akan dilancarkan pada April kelak. Livescape Asia dengan bangganya membawakan Paramore dengan kerjasama daripada Tune Talk dan Blackberry.

Perkara ini telah diumumkan oleh Paramore melalui laman web rasmi kumpulan rock ternama in dengan menyatakan bahawa album terbaru mereka ini lebih kepada mencari identiti kumpulan Paramore sendiri dan menceritakan persahabatan di antara mereka.

"Album ini adalah kami", kata Hayley Williams melalui laman web mereka, Paramore.net.

Menerusi konsert "The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur", Paramore akan tampil dengan penuh bertenaga di samping mempersembahkan single terbaru daripada mereka yang berjudul 'Now".

Penganjurnya, LIVE Events dari Livescape Asia melalui pengarahnya Rahul Kukreja berkata, bahawa kolaborasi pertama mereka bersama Tune Talk dan Blackberry diharapkan dapat diteruskan bagi memberikan peminat muzik tempatan dengan lebih banyak lagi persembahan pentas seperti ini.

Tune Talk yang diwakili Jason Lo selalu Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi ini juga turut menyeru kepada pengguna Tune Talk khususnya untuk mengumpul lebih banyak mata untuk membolehkan mereka memenangi pelbagai hadiah.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan khabarnya adalah kejutan-kejutan yang mereka sediakan untuk peminat muzik tempatan dengan pelbagai konsert dan acara muzik yang direncanakan untuk 2013.

The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur" yang bakal berlangsung di Stadium Negara , Kuala Lumpur pada 17 Februari nanti turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh kumpulan indie daripada Amerika Syarikat, MewithoutYou dan tidak ketinggalan kumpulan punk rock tempatan, One Buck Short.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh mendapatkan maklumat terkini serta informasi mengenai konsert The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh Tune Talk dan Livescape Asia di www.facebook.com/tunetalk dan www.facebook.com/livescape. Tiket-tiket pula boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my

Zed Zaidi: Seniman Cuba Selesai Kes Cekik, Sharnaaz



Zed Zaidi, Seniman, Cuba, Selesai, Kes, Cekik, Sharnaaz, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 16 JAN 2013: Isu pelakon Sharnaaz Ahmad yang didakwa mencekik pengarah filem Darah Panas, Mohd. Hafiz Mat Ishak akhir tahun lalu, masih belum berakhir walaupun Sharnaaz dikatakan sudah pun menerima surat tuntutan maaf daripada penerbit filem tersebut iaitu S. Baldev.

Bagaimanapun, Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, isu itu akan cuba diselesaikan secara baik oleh pihak Seniman selepas S. Baldev sendiri mengadu untuk meminta isu itu diselesaikan segera oleh Sharnaaz yang merupakan ahli Seniman.

"Sebenarnya, Baldev sendiri ada menghubungi saya dan memberitahu mengenai kes ini dan dia meminta saya supaya kes ini dapat diselesaikan dengan segera kerana sudah lama menunggu respon daripada Sharnaaz.

"Isu ini sebenarnya jadi sangat complicated bila isu yang tidak relevan dicampuradukkan serta isu yang remeh telah diperbesarkan. Saya harap isu ini Seniman dapat selesaikan tanpa melibatkan isu undang-undang pun.

"Lagipun sebagai presiden Seniman saya juga perlu menyelesaikan isu ini secepat mungkin serta mebela Sharnaaz yang merupakan ahli Seniman," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Terdahulu, penerbit filem Darah Panas, S. Baldev telah menghantar surat saman kepada kekasih penyanyi Shila Amzah itu untuk meminta maaf secara terbuka selepas Sharnaaz Ahmad dikatakan meninggalkan lokasi ketika penggambaran Darah Panas sedang dijalankan.

Bukan itu sahaja, pelakon telemovie Patah Seribu itu juga didakwa telah menolak dan mencekik leher penolong pengarah Darah Panas iaitu Mohd. Hafiz Mat Ishak kerana marah apabila terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pakaian bagi kegunaan penggambaran sehingga terpaksa menyudahkan penggambaran agak lewat.

Sharnaaz dikatakan bertindak sedemikian kerana mahu bergegas berjumpa dengan buah hati pengarang jantungnya, Shila Amzah.

Menurut Zed Zaidi lagi, buat sama sekarang pihak Seniman melalui Biro Aduan dan Undang-undang sedang melakukan siasatan terhadap isu yang berlaku.

"Saya serahkan isu ini kepada Biro Aduan dan Undang-undang Seniman. Mereka kini dalam proeses siasatan. Pihak kami akan duduk secara peribadi seorang perseorangan untuk mendengar masalah daripada kedua-dua belah pihak.

"Saya harap isu ini kami dapat selesaikan secara professional dan tak perlu lagi ia berlarutan," jelasnya lagi.

Penggambaran filem Darah Panas itu sudah pun selesai. Selain Sharnaaz, filem bergenre aksi romantik itu turut dibintangi oleh Fathia, Sofie Jikan, Adam Corrie, Ruminah Sidek, Aznah Hamid dan ramai lagi.


***iskandarX: ekelehh dah nak jadi menantu ND Lala pun nak cekik2 orang lagi? isk isk isk jaga la imej.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan