Cari Artikel

Sunday, January 27, 2013

KesSahNya: Tangisan Zizan, Cinta Amani Buka Mata Peminat!


KesSahNya, Tangisan, Zizan, Cinta, Amani, Buka, Mata, Peminat, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 16 JAN 2013: Tanpa berselindung, Zizan Razak mengakui telah menitiskan air mata tatkala membuat persembahan solonya dalam Maharaja Lawak Mega 2012 yang berjaya membuatkan penonton tergelak walaupun tanpa adanya Johan.

Dek kerana itulah, cerita berkaitan tangisan ini membuka mata pembaca murai.com.my untuk meletakkan kisahnya ini dalam Carta KesSahnya. Pun begitu, adakah kisah ini mampu menjadi juara?

Selain cerita Zizan, artikel pujian buat Aizat dalam AJL 27 turut diberi perhatian sepanjang minggu lalu.

Turut sama dengan cerita Aizat adalah gosip yang bertanyakan kebenaran percintaan antara aktor Sharifah Amani dan AG Coco.

Dari ketiga-tiga artikel ini, cerita manakah yang benar-benar memberi kesan terhadap pembaca murai.com.my sepanjang minggu lalu.

Dalam pada itu, menerusi segmen Seleb VS GengMurai, selebriti yang telah terpilih adalah Rita Rudaini.

Kenyataan yang dipilih dalam artikel ini daripada Rita pula ialah kenyataan yang betul-betul membuka mata peminat terutama sekali pembaca wanita.

Apakah kenyataan tersebut dan apa pula maklum balas daripada peminat terhadap kenyataan Rita Rudaini.

Ketahui segalanya dengan menonton KesSahNya yang disiarkan di murai.com.my.

Sementara itu, jangan ketinggalan menyertai Ajieb Rosdi dalam program KesSahnya dan Panggilan Misteri Murai melalui ruangan Tanya Ajieb ke emel beralamat tanyaajieb@gmail.com.

Zizan Razak Akui Hampa Dengan Persembahan Di MLM2012



Zizan Razak, Akui, Hampa, Dengan, Persembahan, Di, MLM2012, Maharaja Lawak Mega, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 15 JAN 2013: Minggu lalu sekali lagi pentas Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM2012) menyaksikan Jozan beraksi tanpa Johan yang masih lagi difahamkan belum pulih daripada kecederaan lutut yang dialaminya. Kali kedua Zizan beraksi sendiri, kali ini dia kelihatan goyah pada permulaan pusingan pertama MLM 2012 yang diadakan di Ipoh.

Persembahan Jozan pada malam tersebut telah hebat diperkatakan di laman-laman sosial. Bakal menempuh pusingan terakhir pada Jumaat ini, murai.com.my menghubungi Zizan untuk mendapatkan komennya tentang persiapan dan ulasannya mengenai persembahan minggu lalu di MLM 2012.

"Saya akui agak kecewa dengan persembahan saya minggu lalu. Saya tahu para penyokong dan peminat juga merasai perkara yang sama. Tetapi dilihat dari sudut positif, ia merupakan pengalaman untuk saya kerana bila sendiri di atas pentas apa yang berlaku adalah tanggungjawab saya seorang. Tiada siapa perlu diletakkan kesalahan itu dan ini peluang untuk saya timba pengalaman baru sebagai comedian.

"Melakukan stand up komedi bukanlah mudah dan tema yang diberikan juga amat mencabar. Walaupun ia sebuah rancangan lawak, kalau cakap pasal peribahasa masih ada perkara yang perlu dijaga. Mungkin pelbagai faktor yang ada telah menyumbang kepada kekurangan idea persembahan saya.

"Saya pada mulanya juga kurang yakin dan hampa apabila persembahan berakhir. Sebab itu saya cuba untuk buat yang terbaik bagi pusingan yang kedua. Alhamdulillah, di pusingan kedua saya rasakan semangat semakin kuat lagi.,"ujarnya yang sekali lagi menitiskan air mata namun lega dan puas kerana masih dapat beraksi untuk MLM 2012 akhir Jumaat ini.

Ditanyakan mengenai persediaan Jozan menghadapi final MLM 2012, Zizan mengakui dia masih belum ada persiapan rapi kerana masih lagi menunggu keputusan daripada pihak Johan mengenai status penghibur tersebut.

"Mengenai Johan saya tidak boleh komen apa-apa kerana saya belum pun lagi mendapat confirmation daripada pihak dia. Cuma untuk final persiapan belum lagi bermula sebab saya belum tahu samada Johan ada atau tidak.

"Ini kerana persembahan berdua dan solo tidak sama. Untuk itu saya hanya bersedia untuk apa kemungkinan dan jika secara solo saya cuma ada beberapa idea difikiran tetapi belum betul-betul praktis,"ujarnya mengenai persiapan Jozan ke pentas akhir MLM 2012.

Dalam pada itu, Zizan yang menghadapi kemungkinan beraksi tanpa Johan telah berkongsi cabaran terbesarnya di pentas akhir MLM. Namun begitu, Zizan tetap yakin dan akan cuba melakukan yang terbaik demi penyokong kuat Jozan.

"Apa-apa sahaja yang terjadi, Jozan akan teruskan juga perjuangan ini. Saya akan cuba guna kekuatan yang saya ada daripada segi pergerakan dan karakter yang saya mainkan untuk menghiburkan penonton.

"Tema muzikal dan freestyle sebenarnya lebih sukar daripada yang dibayangkan. Jangan ingat freestyle senang kerana ia lebih besar skopnya. Kemungkinan untuk finalis tampil dengan idea yang sama juga adalah perkara yang perlu diambil kira.

"Jadi saya harapkan, walau apa pun keputusannya nanti saya harap penyokong Jozan tetap terus menyokong kami di pentas akhir MLM 2012 nanti. Saya mewakili Jozan akan melakukan yang terbaik buat peminat yang tidak jemu memberi sokongan,"komen Zizan mengakhiri perbualan.

Malam Amal Tahajjud Cinta Bersama Siti Ditunda!



Malam, Amal, Tahajjud, Cinta, Bersama, Siti, Ditunda, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 15 JAN 2013: Majlis makan malam amal Fareeda Mempersembahkan Malam Amal Tahajjud Cinta Bersama Dato' Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung pada 30 Januari 2013 jam 8 malam di Grand Hyatt Kuala Lumpur, akan ditunda kepada 3 April 2013 pada waktu dan lokasi yang sama.

Perkara ini telah diumumkan oleh pihak FAREEDA dan Yayasan AIDS Malaysia selaku penganjur menerusi siaran akhbar yang dihantar kepada pihak media dengan menyatakan bahawa pindaan ini dibuat berdasarkan beberapa faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan. Pihak penganjur juga turut menyatakan kekesalan mereka terhadap kesulitan yang timbul akibat pindaan tersebut.

Malam Amal Tahajjud Cinta direncanakan bagi meraih dana untuk dua buah pertubuhan kebajikan, iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia dalam usaha membangunkan program-program pendidikan, pencegahan, rawatan, jagaan dan sokong bantu HIV & AIDS di Malaysia. FAREEDA, pereka tudung dan busana Muslimah terkemuka, merupakan penaja utama majlis, manakala Grand Hyatt Kuala Lumpur adalah hotel rasmi untuk majlis amal berkenaan.

Berkonsepkan muzik kerohanian, majlis bakal menampilkan persembahan eksklusif oleh Dato' Siti Nurhaliza, Selebriti Sokongan Reben Merah Yayasan AIDS Malaysia, yang komited menjalankan kempen-kempen kesedaran awam tentang HIV & AIDS.

FAREEDA dan Yayasan AIDS Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua khususnya para dermawan dan rakan media atas sokongan padu terhadap majlis Malam Amal Tahajjud Cinta.

Yayasan AIDS Malaysia akan memaklumi pihak-pihak yang telah membuat tempahan meja makan malam tentang pindaan tarikh ini dalam tempoh yang terdekat. Untuk sumbangan atau maklumat lanjut tentang Malam Amal Tahajjud Cinta, sila hubungi En Jasmin Jalil menerusi talian 03-40474311 atau emel jasmin@mac.org.my atau En Johary Jalil 03-40474277 / johary@mac.org.my

Skop, Excellent Bergabung Demi Gangster Celop



Skop, Excellent, Bergabung, Demi, Gangster Celop, Artis Malaysia, Hiburan, Filem Malaysia, Malaysia


KUALA LUMPUR, 15 JAN 2012: Dalam keadaan pasaran filem tempatan yang agak suram kebelakangan ini, masih ada filem yang mampu memecah rekod kutipan tertinggi tempatan dan di antaranya ialah Bohsia; Jalan Kembali, terbitan Skop Productions yang mencatatkan kutipan sebanyak RM 4.98 juta.

Begitu juga dengan filem terbitan Excellent Pictures iaitu Mael Lambong, lakonan Zizan Razak dan arahan Ahmad Idham yang telah mencecah kutipan antara tertinggi sebanyak RM 4.88 juta.

Berdasarkan rekod ini, satu kerjasama di antara Skop Productions dengan Excellent Pictures iaitu dua syarikat penerbitan 100 peratus bumiputera, telah terjalin dalam membentuk satu sinergi untuk menjadi pemangkin industri perfileman tempatan yang agak perlahan, kini.

Oleh itu, melalui gabungan ini, Gangster Celop, hasil dari kerjasama Skop Productions dan Excellent Pictures bakal menetapkan satu tanda aras buat industri perfileman tempatan apabila ditayangkan hampir 70 panggung di seluruh di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 Februari 2013.

Filem yang dibintangi oleh Syamsul Yusof serta Kamal Adli yang menelan belanja sekitar RM 1.7 juta ini telah menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan ia turut memperkenalkan bintang baru iaitu Hanis Zalikha.

Menurut Dato Yusof Haslam, selaku penerbit bersama berkata, kerjasama ini merupakan satu sinergi yang mampu memberi perangsang kepada kedua-dua buah syarikat, khasnya juga industri perfileman, amnya.

"Melalui kerjasama dalam menghasilkan filem ini (Gangster Celop), kedua-dua syarikat mampu meneroka 'forte' yang ada, dan melalui perkongsian ini, kita mencari formula terbaik, seterusnya menghasilkan sebuah karya yang mampu menarik perhatian penonton ke panggung," ujar Dato Yusof ketika diminta mengulas mengenai kerjasama ini.

Bagi pengarah dan penerbit bersama, Ahmad Idham Ahmad Nadzri pula menjelaskan, melalui kerjasama ini, ianya membuka ruang kreatif yang lebih luas serta penghasilkan sebuah karya yang lebih segar.

"Kreativiti merupakan aspek penting dalam sesebuah karya. Ini merupakan satu kelebihan buat saya, dari sudut pengarahan juga menghasilkan karya yang menarik. Ini merupakan faktor utama tarikan penonton ke pawagam, terutama dalam keadaan pasaran yang tidak menentu."

"Dalam masa yang sama, kerjasama yang dijalinkan juga, membuktikan persepakatan dan persefahaman di antara pembikin filem bumiputera yang mampu menonjolkan kehadiran sebagai pemain utama dalam industri perfileman tempatan," tambah Idham lagi.

Dengan barisan pelakon ternama masa kini iaitu Syamsul Yusof, Hanis Zalikha dan Kamal Adli, Gangster Celop yang dihasilkan melalui sinergi di antara Skop Productions dan Excellent Pictures, ia diharap mampu mencetus fenomena baru buat industri perfileman tempatan.

Laman Peminat: www.facebook.com/FilemGangsterCelop
Trailer : https://www.youtube.com/user/MyExcellentPictures?feature=mhee

Siti Nurhaliza Berehat Sehingga Mac Demi Dato` K



Siti Nurhaliza, Berehat, Sehingga, Mac, Demi, Dato` K, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 14 JAN 2013: Demi menjaga suami tercinta yang masih terlantar sakit, penyanyi popular, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin mengesahkan dia akan berehat daripada melakukan sebarang aktiviti seni sehingga Mac ini.

Siti Nurhaliza berkata suaminya, Dato` Seri Khalid Mohd Jiwa atau Dato` K kini memerlukan perhatian penuh untuk menjalani beberapa rawatan termasuk fisioterapi.

"Alhamdulillah suami saya semakin bersemangat dan banyak perkembangan positif yang dapat dilihat ke atas kesihatan dirinya. Saya bersyukur kerana masih dapat bersama suami. Terima kasih juga kerana ramai yang mendoakan kesihatan suami saya.

"Buat masa ini saya perlu menjaganya dan menemaninya yang akan menjalani fisioterapi tangannya. Doktor memberitahu jangka masa untuk dia pulih sepenuhnya memakan masa iaitu lebih kurang tiga hingga empat bulan lagi.

"Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berehat juga daripada melakukan sebarang aktiviti seni bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada suami saya sekurang-kurangnya sehingga Mac ini," jelasnya ringkas.

Siti Nurhaliza ditemui murai.com.my di majlis resepsi ketiga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan Leuniey di Hotel Royale Damansara, malam semalam.

Pada majlis yang berkonsepkan English itu, Siti telah menyumbangkan sebuah lagu untuk kedua-dua mempelai yang berjudul Kenangan Terindah dendangan band muzik, Samsons.

Berhijab Penuh: Siti Nurhaliza Tunai Janji Dengan Fans



Berhijab, Penuh, Siti Nurhaliza, Tunai, Janji, Dengan, Fans, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Malaysian Digest

KUALA LUMPUR, 14 JAN 2013: Manis bertudung litup sejak menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada 11 Januari lalu, penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza Taruddin mengesahkan bahawa keputusannya untuk berimej sopan dengan berhijab penuh itu dilakukan dengan kerelaan hatinya sendiri.

Malah, Siti Nurhaliza berkata sudah tiba masanya dia menunaikan kata-kata serta janjinya selama ini yang mahu berhijab penuh sebaik sahaja pulang daripada menunaikan Haji di Kota Suci Mekah tidak lama dulu.

"Inilah doa daripada orang ramai dan peminat. Saya pernah kata dulu yang saya akan berhijab penuh, dan kini saya tunaikan jua. Alhamdulilah pada hari jadi saya yang ke 34 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat saya mengambil keputusan untuk berhijab penuh," katanya ringkas yang tidak berniat untuk mengulas lanjut.

Siti Nurhaliza ditemui murai.com.my di majlis resepsi ketiga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan Leuniey di Hotel Royale Damansara, malam semalam.

Pada majlis yang berkonsepkan English itu, Siti telah menyumbangkan sebuah lagu untuk kedua-dua mempelai yang berjudul Kengan Terindah dendangan Samsons.

Mengenakan gaun berwarna cokelat lembut atau nude colour rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini, penampilan Siti itu telah dipadankan dengan tudung litup dari rona serupa.

Bukan sekadar tudung dan gaun dari rona serupa, dia turut memadankan penampilan mempesonanya itu dengan clutch serta tumit tinggi warna yang sama.

Pelan Pembangunan Shila Amzah Bergelar Superstar Antarabangsa



Pelan, Pembangunan, Shila Amzah, Bergelar, Superstar, Antarabangsa, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 13 JAN 2013: Mengimbau kejayaan yang diraih Shila Amzah dipentas yang boleh dikatakan asing buatnya, pertandingan Asian Wave 2012 yang diadakan di Shanghai tahun lalu benar-benar mengubah keseluruhan kehidupan dan juga karier seni gadis berusia 22 tahun ini.

Kini Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah akan memulakan misinya untuk bergelar superstar bertaraf antarabangsa. Ini merupakan salah satu habuan yang ditawarkan penganjur Asian Wave, Shanghai Media Group (SMG) kepada juara pertandingan tersebut.

Dalam pada itu, sebelum dia memulakan perjalanan karier seninya di China, Shila Amzah telah dilantik menjadi Duta Persahabatan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-China dan majlis tersebut telah pun berlangsung pada 10 Januari 2013 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Shila yang kini sangat sibuk mempersiapkan diri telah diwakili bapanya, Amir Amzah atau ND Lala yang juga bertindak sebagai wakil yang dilantik SMG untuk menguruskan perjalanan karier Shila di luar China. ND Lala bersama Mr Ong Peng Choo serta Shila dan ibunya, Fauziah Sarman akan berlepas ke China pada 15 Januari ini.

"Shila masih ada beberapa komitmennya di sini antaranya bersama Safi Balqis. Sebaik sahaja selesai acara tersebut kami akan berlepas ke Shanghai pada 15 Januari ini. Pemergian kali ini adalah untuk bertemu dengan pihak pengurusan SMG di sana.

"Ini termasuklah perbincangan daripada segi pemilihan lagu dan material untuk album Mandarin dan Inggeris Shila. Dalam masa yang sama Shila juga akan dijelaskan mengenai siri-siri jelajah yang telah diaturkan buatnya ke beberapa lokasi di China.

"Selepas ini Shila memang akan berada di bawah pengurusan SMG dan akan based di Shanghai. Ini merupakan ganjaran yang telah dijanjikan penganjur Asian Wave kepada juara pertandingan itu. Mereka meletakkan jangkamasa 3-5 tahun untuk menjadikan Shila 'superstar' dengan rencana yang telah sedia ada,"jelasnya sebagai wakil dan juga pengurus dari The Right Entrepreneur Sdn Bhd yang dilantik SMG untuk menguruskan karier Shila Amzah kelak.

ND Lala juga memberitahu bahawa kontrak ini merupakan perjanjian di antara pihak SMG dan The Right Entrepreneur Sdn Bhd, syarikat yang ditubuhkannya bersama Mr Ong Peng Choo untuk mewakili Shila bagi mempermudahkan urusan membentuk Shila menjadi penghibur bertaraf antarabangsa.

"Selepas ini Shila akan bermula dengan mempelajari bahasa Mandarin bagi memudahkan komunikasinya bersama peminat di China sebelum melebarkan sayapnya ke seluruh rantau Asia seperti ke Taiwan, Hong Kong, Korea dan negara di Asia Tenggara.

"Dengan adanya syarikat ini, segala urusan akan menjadi lebih mudah kerana segala kos dan juga semua perancangan akan diaturkan SMG dan saya bersama Mr Ong ditugaskan untuk melancarkan perjalanan misi SMG tersebut.

"Apa yang berlaku kini seakan mimpi yang bakal menjadi realiti buat Shila. Kerana itulah saya mahu Shila lebih menumpukan kepada peluang-peluang yang ada ini terlebih dahulu. Saya tidak mahu isu dan kontroversi seperti yang berlaku kini boleh menjejaskan usaha SMG untuk merealisasikan impian Shila selama ini,"tambahnya lagi.

Walaupun selepas ini Shila akan banyak memperuntukkan masanya di Shanghai, namun dia tidak akan melupakan peminatnya di Malaysia. Pelantun lagu Patah Seribu itu masih akan pulang untuk merakamkan album Melayunya dan memenuhi undangan di sini.

Kejayaan yang diraih Shila diharapkan dapat menjadi inspirasi buat semua peminatnya. Sebagai penyanyi daripada Malaysia, kejayaan Shila dicalonkan bersama 40 penyanyi antarabangsa lain di World Music Award 2012 lain dapat membuka mata dunia tentang kemampuan penyanyi dari Malaysia.

Diakhir perbualan, ND Lala akui sangat berbangga dengan pencapaian anaknya itu dan mengimpikan Shila dapat menjadi ikon untuk mewakili nama Malaysia ke pentas antarabangsa melalui bakat nyanyian yang dikurniakan kepada anak gadisnya itu.

Kahwin: ND Lala Mahu Shila Beri Perhatian Pada Karier



Kahwin, ND Lala, Mahu, Shila, Beri, Perhatian, Pada, Karier, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 13 JAN 2013: Sejak bergelar juara pertama Asian Wave 2012, penyanyi Shila Amzah sering dilanda kontroversi yang mengaitkan kisah peribadinya. Dek kerana itu, kelibat bapanya kini seringkali dilihat menemani Shila atau NurShahila Amir Amzah ke mana-mana, baik majlis rasmi mahupun undangan nyanyian.

Namun, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Amzah cuba menjelaskan situasi yang sebenar apabila banyak pihak yang membuat andaian bahawa dia kini cuba untuk mengawasi pergerakan anak perempuan sulungnya itu, walhal mengawasi anak sudah menjadi tugas utamanya sebagai bapa tapi ia tidak bermakna dia menghalang Shila untuk berkawan dengan sesiapa.

"Memang benar kini saya sering ada bersama Shila ke mana sahaja dia pergi kerana kapasiti saya sebagai wakil yang dilantik oleh Shanghai Media Group (SMG). Shila telah menandatangi kontrak setelah menjuarai Asian Wave 2012 bersama SMG dan saya bersama Mr Ong Peng Choo daripada The Right Entrepreneur Sdn Bhd ditugaskan SMG menguruskan perjalanan karier seni Shila ketika di luar China.

"Daripada konteks bapa pula, mengawasi anak sudah menjadi tanggungjawab saya sehinggalah dia berumahtangga kelak. Tapi tidak bererti saya menentukan dengan siapa dia berkawan atau keluar, cuma saya mesti tahu dengan siapa, itu sahaja,"jawabnya ketika dihubungi murai.com.my baru-baru ini.

Dilihat lama menyepi selepas isu perang Twitter, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini tampil dengan kenyataannya mahu memperisterikan Shila Amzah. Disebabkan hasratnya itu, dia dilihat seperti mahu mengongkong Shila sehingga terjadinya kes di Twitter tempoh hari.

Tetapi bagi ND Lala, sebagai pengurus dan juga bapa, dia memandang perkara tersebut (kahwin) sebagai rencana yang belum tahu kepastiannya lagi kerana jodoh dan pertemuan semua ketentuan Allah. Yang pasti baginya kini, Shila telah dipermudahkan perjalanan karier seninya. Selama 12 tahun dia menanti peluang sebegini , lebih elok jika dia menggunakan pintu kejayaan yang dibuka Allah SWT dengan sebaiknya.

"Saya tidak boleh nak komen kenyataan yang dibuat Sharnaaz itu. Saya tahu Sharnaaz rapat dengan Shila tetapi saya sendiri tidak mengenali Sharnaaz sepenuhnya lagi. Untuk saya komen mengenai kenyataannya pun ia tidak akan menjelaskan apa-apa kerana belum ada kepastiannya lagi.

"Isu kahwin bukanlah benda yang kecil. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah urusan Allah SWT dan buat masa ini, tiada sebarang perbincangan kearah itu(kahwin). Saya sering ingatkan anak-anak supaya tidak menghebahkan perkara yang belum pasti kerana ia akan mengundang cakap-cakap orang di kemudian hari.

"Yang menjadi kepastian kini adalah peranan Shila untuk terus mengorak langkah membawa nama Malaysia ke tahap yang lebih tinggi melalui bidang seni suara. Itu adalah impiannya selama ini dan lebih baik dia berikan tumpuan pada karier seninya dahulu.

"Apa yang saya pesan pada Shila, pintu menuju kejayaan telah terbuka luas, jangan biarkan perkara remeh (kontroversi) menghalang Shila untuk menggapai impiannya selama ini,"tambah ND Lala yang popular dengan gelaran YB itu apabila diminta mengulas kenyataan Sharnaaz yang mahu memperisterikan puteri sulungnya itu.

Isu-isu yang melibatkan nama Shila Amzah beberapa ketika ini dilihat ND Lala sebagai satu pengajaran yang harus dipelajari Shila. Masih banyak yang perlu dipelajari Shila yang baru berusia 22 tahun itu.

Tambah ND Lala, perhatian yang diberikan umum dan masyarakat dek pencapaian Shila kini seharusnya menjadikan penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu itu lebih berhati-hati dalam setiap tingkah laku dan tutur katanya. Dia mengaku bahawa Shila masih di kira baru dalam dunia hiburan dan teguran daripada pihak terutama media amat dihargai penyanyi era 80-an mengakhiri perbualannya.

Teater Raja Lawak: Eliza Mustafa Ganti Tiara Jacquelina



Teater Raja Lawak, Eliza Mustafa, Ganti, Tiara Jacquelina, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 13 JAN 2013: Pensyarah Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA), Eliza Mustafa telah diberi kepercayaan untuk menerajui watak Juliah dalam teater Raja Lawak yang pada asalnya dibawakan Datin Seri Tiara Jacquelina.

Hal ini disahkan oleh pengarah dan penulis teater tersebut, Zakaria Ariffin, selepas pengumuman pelakon bagi watak tersebut disimpan semasa sidang medianya diadakan pada Disember lalu.

Sedikit-sebanyak mengenai Eliza Mustafa, anak jati Negeri Sembilan ini bukanlah orang baru dalam dunia teater. Penglibatannya telah bermula sejak 1996 dan pernah terlibat sebagai pereka tari teater Gamat selain berlakon dalam teater Bangsawan arahan Rahman B.

"Dalam Raja Lawak, saya memegang watak yang pernah dilakonkan oleh Datin Seri Tiara Jacquelina. Ini merupakan cabaran besar kepada saya untuk membawa watak mengikut pemahaman dan cara saya sendiri selain cuba menepati kehendak pengarah," ujar Eliza semasa sesi latihan teater Raja Lawak di ASWARA baru-baru ini.

Melakonkan watak Juliah‟ serta digandingkan dengan pelakon-pelakon berpengalaman seperti Jalil Hamid, Imuda dan Abon merupakan pengalaman dan peluang yang besar buat dirinya.

"Apatah lagi bila bergandingan dengan beberapa pelakon asal teater ini seperti Jalil Hamid dan Imuda, ia pastinya membuat saya lebih teruja dan bersemangat untuk membawa watak tersebut dengan sebaiknya," tambah Eliza.

Menurut Zakaria Ariffin pula, watak Juliah‟ diberikan kepada Eliza kerana pengalamannya dalam dunia teater.

"Saya yakin dengan kebolehan Eliza untuk membawakan watak tersebut sebaiknya," katanya lagi.

Eliza juga berharap semua pihak yang terlibat dalam pementasan ini berpuas hati dengan lakonannya serta dapat memberi persembahan terbaik semasa pementasan dijalankan nanti.

Teater Raja Lawak ini bakal dipentaskan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula 16 hingga 25 Januari ini. Teater ini merupakan produksi terbitan bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional (PENA), dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ASWARA. Tiket boleh didapati pada harga RM20, RM30, RM40 dan RM50 menerusi laman sesawang www.ticket2u.biz atau boleh menghubungi talian 03-4147 8600.

Red FM Bawa Pendengar Bertuah Ke Anugerah Grammy



Red FM, Bawa, Pendengar, Bertuah, Ke, Anugerah Grammy, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 13 JAN 2013: Bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh pendengar, stesen Red FM mempelawa pendengar-pendengar setia mereka untuk mempamerkan bakat dan kebolehan mereka melalui video dalam masa 60 saat menerusi peraduan yang dinamakan RedFM's 60 Seconds To The Grammys.

Peserta dikehendaki memuat naik video tersebut di laman web www.red.fm dan akan dinilai berdasarkan bakat, kreativiti, serta kemahiran yang dipersembahkan dalam rakaman video tersebut.

Peraduan yang bermula sejak 7 Januari ini akan berlangsung sehingga 22 Januari 2013. Dua peserta dengan video yang terbaik akan dipilih untuk ke udara bersama Lil Kev' dan Sarimah dalam rancangan "The Red Breakfast Show" pada 25 Januari 2013 di mana mereka akan diberi peluang untuk mempamerkan bakat mereka.

Antara dua peserta akhir ini, hanya seorang yang akan berjaya ke Anugerah Grammy. Red FM juga akan menyiarkan segmen 'The Red Breakfast Show' secara langsung melalui online di www.red.fm. Selain menikmati Anugerah Grammy di L.A, pemenang juga akan diberi peluang untuk melawat sama ada Universal Studios atau Disneyland secara percuma.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Tak kira siapa pun ada, berapa umur anda atau apa sahaja bakat anda, rakamkannya sekarang juga dan muat naik di laman web stesen radio Red FM untuk merebut peluang keemasan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.red.fm atau hubungi Cik Natasha di talian 012-4425772.

Aaron Aziz Terkejut Dituduh Kekwat dan Demand!



Aaron Aziz, Terkejut, Dituduh, Kekwat, dan, Demand, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 11 JAN 2013: Tidak dinafikan populariti pelakon kacak berasal dari Singapura, Aaron Aziz semakin meningkat naik sejak setahun lepas. Lebih-lebih lagi selepas filem Ombak Rindu mendapat sambutan hangat dan disusuli dengan gelaran Bintang Paling Popular 2011, tahun lalu.

Namun, asam garam bergelar anak seni, sebaik sahaja Aaron mengecap populariti, dia terus dihimpit dengan pelbagai kontroversi termasuklah isu pemohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) yang menjadi pertikaian dan perhatian semua pihak pada pertengahan tahun 2012.

Permulaan 2013, sekali lagi tunggak utama drama bersiri popular Adam dan Hawa ini dihimpit dengan kontroversi yang kurang enak. Aaron Aziz didakwa kekwat dan sombong di sebuah set penggambaran drama serta tidak bercampur dengan artis-artis lain.

Aaron juga didakwa berkelakuan 'diva' dan berkehendakkan layanan VVIP sepanjang penggambaran berlangsung.

Untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara itu, portal murai.com.my sempat menemuramah pelakon ini di Majlis Pelancaran Tayangan Perdana Episod Akhir Drama Bersiri Adam dan Hawa yang diadakan semalam (Khamis).

Bagaimanapun, sebaik soalan diajukan aktor ini dengan tenang menyangkal dakwaan tersebut yang dianggap keterlaluan serta berunsur fitnah.

"Saya sebenarnya terkejut apabila dituduh sampai begitu sekali. Saya nak juga tahu daripada mana si penyampai berita tu dapat cerita. Macam nilah, bagi saya kalau seorang sahaja yang berkata-kata, tak perlulah saya terasa atau melenting.Sesiapa pun akan dapat bezakan sama ada cerita itu benar atau pun tidak," katanya kepada murai.com.my.

Selain isu kekwat dan diva, Aaron turut dikatakan sudah pandai meletakkan harga yang tinggi dan semakin demand sejak kebelakangan ini.

Tidak mahu komen banyak, Aaron hanya meluahkan rasa kesalnya kepada portal murai.com.my kerana baginya cerita tersebut sama sekali tidak benar.

"Saya tak faham kenapa isu macam tu boleh timbul.Saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa. Cerita-cerita demand ni bahaya sebab ia boleh mencalarkan imej serta reputasi saya. Nanti lepas ni orang takut pula nak ambil saya berlakon.

"Tak apalah, saya anggap ia sebagai asam garam bergelar artis. Apa yang lebih penting sekarang ni, saya nak fokus kepada kerjaya dan mahu bekerja lebih keras untuk keluarga, itu lebih penting," katanya.

Syuib Ismail: Yang Tipu Alyah Itu Bukan Saya



Syuib Ismail, Yang, Tipu, Alyah, Itu, Bukan, Saya, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR 11 JANUARI 2013: Agen kepada penyanyi popular Alyah, menafikan bahawa dia adalah individu yang dimaksudkan yang sebelum ini telah didakwa membawa lari atau menipu wang tunai sebanyak RM40,000 milik penyanyi berkenaan.

Syuib Ismail yang telah berkhidmat bersama Alyah dalam tempoh lebih setahun berkata, ramai pihak yang keliru dengan peranannya bersama penyanyi Kisah Hati itu, sehingga mengaitkannya dengan isu kontroversi yang telah menjadi bualan hangat itu.

"Ketika isu ini dikeluarkan oleh pihak media berkenaan (sebuah majalah hiburan), Alyah telah menghubungi saya sendiri dan terkejut dengan apa yang ditulis. Malah Alyah telah meminta maaf kepada saya kerana ramai yang telah salah faham dengan keadaan sebenar sehingga menyebabkan saya dituduh dalam hal ini.

"Terus terang, peranan saya bersama Alyah sejak bersamanya hanyalah sebagai agen yang bertindak mencari seberapa banyak persembahan pentas dan pengurusan korporat untuk kerjaya seni Alyah.

"Apa juga isu peribadi Alyah atau apa juga yang tidak berkaitan dengan dua perkara di atas, saya tidak akan masuk campur," katanya yang dihubungi portal murai.com.my sebentar tadi.

Syuib berkata, susulan daripada itu reputasinya sebagai agen yang menambahkan punca pendapatan Alyah telah tercemar. Bagaimanapun dia akan mengambil jalan terbaik dan profesional bagi meleraikan isu berkenaan.

Malah tambah Syuib, dia dan Alyah akan mengadakan perjumpaan tidak lama lagi bagi meleraikan isu berkenaan selain merangka jadual persembahan penyanyi itu sepanjang 2013.

Enggan mengulas lebih lanjut sejauh mana kesahihan dakwan tersebut, Syuib berkata dia tidak akan mudah melenting sebaliknya tahu bahawa dia berada di pihak yang benar memandangkan hubungannya bersama Alyah tidak mempunyai sebarang masalah.

"Sebagai agen yang berkhidmat untuk Alyah, saya puji dengan sikap Alyah yang percaya dengan kewibawaan saya. Bila isu ini menjadi bualan hangat, saya takut nanti kebanyakan pelanggan yang sudah bersetuju untuk menggunakan khidmat Alyah pada 2013 akan menarik balik tawaran mereka. Itu yang saya tidak mahu lihat dan berlaku," katanya kesal.

Memey Tunggu Hari Bersalin, Norman Hakim Makin Cuak!



Memey, Tunggu, Hari, Bersalin, Norman Hakim, Makin, Cuak, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 11 JAN 2013: Biarpun sudah mempunyai tiga kali pengalaman menyambut bayi, namun pelakon Norman Hakim tetap gementar menanti saat kelahiran bayi keempatnya, iaitu yang pertama dari isteri tercinta, Memey Suhaiza.

Memey yang sedang sarat mengandung 8 bulan, mengaku teruja saat menantikan kelahiran bayi sulungnya yang dijangka lahir pada 20 Februari depan.

Memey dan Norman yang ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Episod Akhir Drama Bersiri Adam dan Hawa semalam berkata, mereka sudah membuat imbasan jantina pada bayi di dalam kandungan Memey.

"Bayi lelaki...saya dah tak sabar nak tengok dia (bayi)...tapi sepanjang kehamilan saya ni, yang rasa cuak lebih adalah abang Norman. Saya relaks je, tapi abang pula yang lebih-lebih. Darah gemuruh kot," kata bakal ibu ini tersenyum manis kepada murai.com.my.

Sementara itu, Norman pula mengiyakan kata-kata isteri kesayangannya itu dan mengaku dia sangat berhati-hati, sehinggakan setiap pergerakan Memey dikawalnya.

"Memang betul saya dah ada tiga kali pengalaman menyambut bayi. Anak pertama saya, Mohamad Danish Hakim dilahirkan sebaik saja turun dari kereta apabila tiba di hospital. Manakala anak kedua pula, Marissa Dania Hakim dilahirkan di dalam kereta. Yang ketiga pula, Maria Danisha Hakim juga sama seperti anak pertama. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati.

"Saya tak mahu, perkara sedemikian berulang lagi. Saya akan lebih bersedia. Sebab itu setiap kali Memey cakap "adui" saya menggelabah. Lebih-lebih lagi sekarang ni kan.Perasaan 'nervous' saya ni bukan dibuat-buat tetapi memang dari anak pertama lagi saya macam ni.

"Saya sekarang tengah shooting dengan Datin Paduka Shuhaimi Baba untuk drama bersiri berjudul Acra yang akan ditayangkan di Astro. Jadi agak sibuk sedikit. Untuk pastikan keadaan keselamatan isteri saya terjamin, ibu mertua saya tinggal dengan kami sehingga anak kami dilahirkan," kata Norman teruja.

Sementara itu Memey yang kelihatan lebih tenang berbanding suaminya itu turut mengakui dia tidak pernag pergi ke kelas Antenal (kelas persediaan bersalin untuk bakal ibu) dan hanya mengutip pengalaman daripada ibu dan ibu mertuanya sahaja.

"Insya Allah, walaupun tak pergi ke kelas Antenatal, Memey harap dapat melahirkan bayi ini secara normal. Pengalaman dari orang tua pun dah cukup buat Memey. Setakat ini, Memey tenang dan tak sabar nak sambut kedatangan orang baru ini," katanya tersenyum.

Apabila ditanya mengenai nama cahayamata sulungnya itu, Memey tersenyum dan berkata, dia dan suami sudah berbincang mengenai perkara itu dan akan mengekalkan pangkal nama MDH sepertimana tiga anak-anak Norman yang lain.

Juvana: Zahiril Adzim Sukar Berlakon Dengan Isteri, Shera Aiyob



Juvana, Zahiril Adzim Sukar, Berlakon, Dengan, Isteri, Shera Aiyob, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Yunos Photorgaphy

KUALA LUMPUR, 14 JAN 2013: Meskipun sudah berkahwin, namun aktor, Zahiril Adzim akui agak sukar untuk berlakon dengan isterinya, Shera Aiyob ketika digandingkan bersama di dalam filem Juvana.

Zahiril Adzim berkata dia berasa sukar kerana mempunyai perasaan segan apabila berlakon bersama walaupun dia dan isterinya diberikan watak dan peranan sebagai pasangan kekasih di dalam filem berkenaan.

"Saya pun tak tahulah, rasa susah juga pada mulanya untuk kami berlakon dan menyesuaikan diri dengan watak yang perlu kami bawa itu. Tiba-tiba timbul rasa segan dengan dia (Shera Aiyob) ,"katanya ketika siding media selepas tayangan perdana filem Juvana, di e@Curve , baru-baru ini.

Ketika menjayakan penggambaran filem tersebut mereka baru sahaja mendirikan rumahtangga, malah inai di tangan Shera Aiyob juga masih lagi merah. Shera Aiyob memegang watak sebagai Sara yang merupakan watak baru dalam filem Juvana yang akan mula ditayangkan d iseluruh pawagam bermula 24 Januari ini.

Walaupun kekok digandingkan bersama dalam filem itu, Zahiril memberitahu, dia mendapati agak mudah untuk menghayati watak itu kerana rasa yang diluahkan adalah rasa sayang yang jujur terhadap isterinya di dalam filem berkenaan.

"Disebalik kesukaran itu, saya mendapati ada faedahnya jika kami digandingkan di dalam filem kerana lebih mudah serta banyak masa untuk kami berbincang mengenai watak masing-masing.

"Malah, lebih mudah bila kami digandingkan sebagai pasangan kekasih, rasa sayang dan suka itu jujur dan benar-benar wujud untuk kami sama-sama luahkan dalam watak kami," jelasnya lagi.

Filem Juvana turut menampilkan pelakon lain seperti Johan As'ari, Syazwan Zulkifly, Idzham Ismail, Adam Shah, Megat Farzeril dan Khairul Mohamed serta pelakon baru seperti, Sharnaaz Ahmad, Syafie Naswip, Adlin Aman Ramli dan Sara Ali.

Filem Juvana mengisahkan perjalanan hidup seterusnya Daim, Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang setelah Wira Bakti ditutup.

Perjalanan Botak Dieksplosrasi Dalam Filem Juvana



Perjalanan, Botak, Dieksplosrasi, Dalam, Filem, Juvana, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 11 JAN 2013: Merasakan drama bersiri Juvana tidak patut berakhir begitu sahaja, pengarahnya, Faisal Ishak tampil dengan sebuah lagi karya yang mengisahkan perjalanan watak Botak dan rakan-rakan seterusnya di dalam sebuah filem yang turut diberikan nama Juvana.

Faisal Ishak berkata plot penceritaan kali ini lebih berkembang dan banyak kelainan ditonjolkan dalam setiap watak, disamping menampilkan Sharnaaz Ahmad sebagai watak baru di dalam filem berkenaan.

"Tujuan saya hasilkan filem untuk drama bersiri Juvana ini adalah kerana saya masih memikirkan golongan remaja yang masih mahukan bahan hiburan yang boleh mereka ikuti.

"Selain itu, sebenarnya saya dapati kisah Juvana ini belum habis dan tak cukup di dalam drama bersirinya sahaja. Di dalam filem ini, penonton boleh melihat perjalanan hidup Botak dan rakan-rakanya dan apa yang akan terjadi kepada mereka seterusnya selepas tempat mereka berlatih, Wira Bakti ditutup.

"Penonton boleh melihat bagaimana saya masih kekalkan sifat setia kawan antara mereka setelah pelbagai konflik yang mereka alami di dakam filem ini dengan kehadirian satu lagi watak antagonis iaitu Lan Todak oleh Sharnaaz Ahmad," katanya selepas tayangan perdana filem Juvana di e@Curve, kelmarin.

Selain masih mengekalkan pengarahnya daripada drama bersirinya, filem kali ini juga turut menampilkan pelakon yang sama seperti Zahiril Adzim, Johan As'ari, Syazwan Zulkifly, Idzham Ismail, Adam Shah, Megat Farzeril dan Khairul Mohamed. Pelakon baru yang membintangi filem aksi ini selain Sharnaaz Ahmad adalah Syafie Naswip, Shera Aiyob, Adlin Aman Ramli dan Sara Ali.

Filem Juvana yang sekali lagi memaparkan kisah Daim, Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang setelah Wira Bakti ditutup itu akan mula ditayangkan diseluruh pawagam pada 24 Januari ini.

Sungguh pun begitu eksplorasi Faisal dalam aksi-aksi ganas yang ditonjolkan di dalam filemnya terpaksa disekat kerana pihak Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah memotong babak yang dianggap terlalu ganas serta tidak sesuai untuk diklasifiskasi sebagai PG13.

"LPF memotong aksi Sharnaaz dengan Syazwan ketika berlawan menggunakan pisau dan ia hanya dalam 35 saat. Saya faham dan akur akan keputusan mereka, jadi saya redha ia dipotong.

"Mengenai pengaruh jahat di dalam fielm ini saya tampilkan kerana mahu memberi pengajaran kepada penoton. Namun saya tetap nasihatkan kepada penonton remaja di bawah usia 18 tahun ke atas diawasi oleh ibu bapa mereka ," jelasnya lagi.

Secara ringkas, filem Juvana dimulakan dengan mengisahkan Daim (Zahiril Adzim) yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya.

Namun sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak (Johan Asa'ri), Apek (Syazwan Zulkifli) , Ayam (Adam Shah) , Kicap (Megat Farzeril) , Komeng (Khairul Mohamed) dan Panjang (Idzham Ismail ) telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana yang lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka.

Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak ( Sharnaaz Ahmad) , ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka. Apakah kesudahan kisah mereka? Nantikan filem Juvana di pawagam.

Zizan Menangis Selepas Buat Persembahan Secara Solo



Zizan, Menangis, Selepas, Buat, Persembahan, Secara, Solo, Artis Malaysia, Hiburan, Maharaja Lawak Mega, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 11 JAN 2013: Pertaruhan kumpulan pelawak hebat yang dibarisi Zizan Razak dan Johan iaitu Jozan di Maharaja Lawak Mega 2012 masih lagi berbaki sebanyak dua pusingan. Namun begitu, pada minggu lalu Johan tidak dapat bersama dengan Zizan untuk beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM2012).

Atas kecederaan bahagian lutut yang dialami Johan ketika bermain futsal, Jozan yang diramal mampu merangkul gelaran juara tersebut seakan kurang bisanya apabila Zizan hanya bersendirian di atas pentas membuat persembahan.

Zizan yang ditemui baru-baru ini di majlis pengumuman Top 5 bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) diajukan mengenai strategi atau langkah yang bakal diaturnya untuk Jozan ke peringkat akhir MLM 2012 kelak.

"Ada baik dan buruknya bila saya seorang diri diatas pentas MLM2012. Ada juga yang kata, mungkin ini masa untuk saya buktikan saya boleh berlawak walaupun secara solo. Tetapi sejujurnya, ia bukannya perkara yang senang.

"Betapa leganya saya bila ada orang gelak ketika saya buat lawak secara solo di atas pentas. Saya sampai pernah menitiskan air mata kerana tidak percaya saya boleh melakukan lawak secara solo. Sebenarnyag kalau difikirkan, membuat lawak secara solo amatlah sukar.

"Tetapi kalau cakap pasal sokongan daripada peminat, InsyaAllah saya masih yakin para peminat Jozan akan masih menyokong walaupun saya beraksi solo. Ini semua bergantung kepada persembahan. Kalau ia berjaya menambat hati mereka, saya yakin mereka akan terus mengundi untuk Jozan,"jawabnya mengenai percaturan Jozan kini di dalam MLM2012.

Zizan juga diajukan soalan mengenai persembahan Jozan pada minggu ini di MLM2012. Turut sama menjadi tanda tanya adalah kemunculan Jozan pada minggu ini, adakah dia masih sendiri atau bersama Johan.

"Buat masa ini pun, saya masih belum mengetahui sama ada Johan akan bersama dengan saya untuk persembahan terakhir sebelum ke final. Itu semua bergantung kepada kesihatan Johan. Saya sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku," ujarnya ringkas.

Pada minggu lalu Zizan telah beraksi secara solo di pentas MLM 2012 yang diadakan di kampung halamannya, Terengganu. Untuk minggu ini Jozan dan peserta MLM2012 yang lain akan beralih ke negeri Perak sebelum menamatkan pertandingan akhir di Johor Baru.

Dalam pada itu, Johan juga baru mendapat cahaya mata keduanya bersama isteri, aktres Ozlynn. Dia masih lagi berehat setelah dilaporkan mengalami kecederaan serius di bahagian kakinya apabila ligemen dan meniscusnya terkoyak ketika bermain futsal, dua minggu lalu.

Istimewa Adam dan Hawa Director`s Cut di Astro Gempak



Istimewa, Adam dan Hawa, Director`s Cut, di, Astro Gempak, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 10 JAN 2013: Anda mungkin telah pun menonton episod akhir siri Adam & Hawa dan tahu kesudahan kisah cinta Adam Mukhriz dan Aina Hawani itu.

Siri drama 80 episod hasil adaptasi novel nukilan Aishah Sofea itu telah pun mencipta fenomenanya sendiri sejak ditayangkan penghujung Ogos tahun lalu.

Episod akhir telah pun ditayangkan malam semalam jam 10 di Astro Musitka HD (saluran 134) namun masih ada sesuatu yang istimewa untuk anda walaupun drama itu telah pun sampai ke penghujungnya,

Istimewa untuk anda, anda akan dapat menonton babak-babak ekstra dalam Episod Finale Adam & Hawa versi Director's Cut yang akan menampilkan babak-babak yang tidak ditayangkan di televisyen dan durasinya adalah selama 35 minit (berbanding edisi biasa, 25 minit).

Banyak adegan-adegan menarik yang akan disiarkan menerusi Adam dan Hawa Director's Cut' ini, dan satu-satunya cara untuk menonton episod Director's Cut ini hanyalah dengan menontonnya melalui Astro Gempak di laman www.astrogempak.com.my/adamdanhawa.aspx

Selain dibintangi aktro popular Aaron Aziz dan Nadia Nisaa, turut menjayakan drama ini termasuklah barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Aznah Hamid (Maria) dan Rozie Rashid (Kak Zah).

Jangan lepaskan peluang ini untuk menonton Adam Mukhriz dan Aina Hawani buat kali terakhir.

Tonton Finale Adam dan Hawa Malam Ini Di Mustika HD



Tonton, Finale, Adam dan Hawa, Malam, Ini, Di, Mustika HD, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 10 JAN 2013: Setelah bersiaran selama lebih 5 bulan dengan 79 episod, kini drama bersiri popular Adam & Hawa akan sampai ke penghujungnya dengan penayangan episod akhir malam ini bermula jam 10 malam.

Buat peminat dan penonton setia Adam & Hawa, inilah detik yang ditunggu-tunggu untuk mengetahui kesudahan kisah cinta Adam Mukhriz dan Ain Hawani. Pada masa yang sama, penonton mungkin seakan berat hati apabila akan berpisah dengan watak-watak yang telah menemani mereka sepanjang 5 bulan yang lalu.

Drama Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa nyata telah memberikan impaknya tersendiri sepanjang penayangannya di Astro Mustika HD (saluran 134). Merupakan drama bersiri 80 episod yang diadaptasi daripada novel cinta terlaris hasil nukilan penulis Aisha Sofea, siri ini berkisarkan tentang sebuah kisah cinta yang cukup menyayat hati antara pasangan Adam dan Ain yang melalui pelbagai detik-detik sukar sebelum jiwa mereka benar-benar bersatu.

Selain Aaron Aziz & Nadia Nisaa, turut menjayakan drama ini termasuklah barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Aznah Hamid (Maria) dan Rozie Rashid (Kak Zah).

Episod finale yang merupakan episod ke-80 akan ke udara malam ini. Apakah kesudahan kisah cinta Adam dan Ain? Adakah kebahagiaan yang menanti atau kekecewaan akan menghantui kedua-dua pihak? Saksikannya malam ini.

Buat anda yang tidak melanggan Astro Mustika bagaimanapun masih boleh menonton melalui laman web www.astrogempak.com.my/adamdahawa.aspx

In What City Does It Live? Dibarisi Aktor Mantap Malaysia


In What City Does It Live, Dibarisi, Aktor, Mantap, Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Filem Malaysia


KUALA LUMPUR, 11 JAN 2013: Filem In What City Does It Live? (IWC) bakal menguji keupayaan pengarah Liew Seng Tat untuk terus menghasilkan karya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selepas filem pertamanya, Flower in the Pocket (2007) memenangi banyak anugerah di pelbagai festival filem antarabangsa, misalnya Pusan, Rotterdam, Fribourg, Deauville dan Pesaro.

Namun menariknya tentang IWC adalah apabila karya ini diilhamkan ketika dia berada di Cannes Director's Residence - Cinefoundation dan pernah menyertai 2011 Sundance Screenwriters Lab.

IWC sebuah filem yang disokong oleh barisan organisasi yang impresif dari pelbagai benua termasuk Sundance (USA), Hubert Bals Fund (Belanda), Prince Claus (Belanda), Torino Film Lab (Itali), Foundation Gan (Perancis), World Cinema Fund (Jerman) dan Visions Sud Est (Switzerland) telah memulakan penggambaran pada bulan Disember 2012.

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia turut membiayai filem ini melalui Geran Industri Kreatif.

IWC merupakan filem kedua yang memang cukuo dinanti-nantikan bagi Liew Seng Tat. Begitu juga dengan sinematografi diterajui Teoh Gay Hian yang mempunyai pengalaman luas termasuk menghasilkan Soegija and Opera Jawa arahan Garin Nugroho serta At the End of Daybreak dan Rain Dogs (arahan Ho Yuhang).


Ia merupakan sebuah filem yang memuatkan semangat hidup bermasyarakat di kampung dengan sentuhan humor dan sentimental. Filem ini adalah tentang peristiwa dan kepercayaan tahyul yang timbul akibat kehadiran seorang pendatang dari Afrika yang bersembunyi di sebuah kampung.

Filem ini mempunyai barisan pelakon Malaysia yang mantap diketuai oleh Wan Hanafi Su. Filem ini turut dibintangi Harun Salim Bachik, Sofi Jikan, Jalil Hamid, Azhan Rani, Normah Damanhuri, Roslan Saleh, Acong and Azman Hassan.

Ia diterbitkan Sharon Gan dan merupakan terbitan bersama Everything Films Sdn Bhd (Malaysia) dengan Volya Films (Belanda), Mandra Films (Perancis) dan Flying Moon Filmproduktion (Jerman). IWC akan menamatkan penggambaraan pada Januari 2013.


Sinopsis Filem

Anak tunggal Pak Awang bakal melangsungkan perkahwinan dan beliau ingin menghadiahkan anaknya rumah sebagai hadiah perkahwinan. Kerana tidak mampu membeli rumah baru, beliau mendapat akal untuk memindahkan dan membaik pulih sebuah rumah lama di kampung berhampiran.

Di sebalik khabar angin mengatakan rumah itu berhantu, beliau berjaya menyakinkan penduduk kampung membantu beliau memindahkan rumah, dengan mengangkat ia balik ke kampung.

Solomon ialah seorang pendatang haram yang berdagang di jalanan dan mengalami masalah menyesuaikan diri dengan kehidupan di Kuala Lumpur. Beliau memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri dan tidak melibatkan diri dengan sendikit penipuan yang banyak dijalankan rakan senegaranya.

Malang tidak berbau apabila dia bertembung dengan masalah dan terpaksa melarikan diri. Dia melompat ke dalam lori yang sedang bergerak dan akhirnya dibawa ke kampung. Ketika merayau-rayau dia menemui rumah yang sedang dipindahkan itu dan bersembunyi di dalamnya.

Petang yang sama, seorang penduduk kampung melintas rumah itu dan ternampak kelibat hitam (Solomon) di dalamnya. Dia ketakutan dan kembali ke kampung untuk memberitahu semua orang. Tiada yang melihat Solomon sepenuhnya dan ini menimbulkan khabar angin yang rumah itu berhantu. Ini menimbulkan kekacauan di kampung dan menunda perpindahan itu.

Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak percaya kepada tahyul, tetapi tiada siapa yang ingin mendengar. Sedangkan Pak Awang semakin diasingi oleh orang kampungnya sendiri, Solomon gembira dengan 'rumah' baru beliau dan menjadi penghuni tetap rumah itu. Tetapi sampai bila?

8 Pencalonan, Zizan Razak Bintang Paling Popular 2012?



8, Pencalonan, Zizan Razak, Bintang, Paling, Popular, 2012, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 10 JAN 2013: Pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak menerima pencalonan terbanyak dalam ketika pengumuman finalis Top 5 di sidang media kedua Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) yang diadakan diadakan semalam iaitu 3 pencalonan dalam kategori utama serta 5 pencalonan bagi kategori online untuk anugerah berprestij tersebut.

Pemilihan Top 5 untuk kedua-dua kategori ini dipilih berdasarkan undian peminat, jadi apakah mungkin sudah pembayang awal bahawa Zizan bakal membawa pulang trofi Bintang Paling Popular 2012 kali ini?

Ketika ditemui Zizan seperti biasa merendah diri dan menyerahkan keputusan itu kepada peminat yang akan mengundinya nanti.

"Saya sangat bersyukur kerana mendapat sokongan yang kuat daripada peminat. Alhamdulillah, saya sentiasa berdoa agar orang suka pada saya, pada kerja saya. Bila orang suka dan senang dengan kita, jadi mudah untuk bekerja.

"Saya sendiri tidak menyangka akan menerima pencalonan yang sebanyak ini. Jadi untuk ditentukan Bintang Paling Popular bukanlah menerusi pencalonan ini tetapi berdasarkan undian yang dibuat pengundi di luar sana. Mereka yang akan bertanding untuk mengundi bintang atau selebriti pilihan mereka.

"Menang atau tidak, itu akan ditentukan sendiri peminat, jika mereka berpuas hati dengan Zizan Razak mereka akan mengundi. Kalau nak kata tak nak menang, siapa tak nak menang. Jika saya menang ia seperti hadiah buat mereka, para pengundi-pengundi saya,"ujar Zizan mengenai ramalan dia bakal menjulang trofi Bintang Paling Popular 2012.

Ditanya mengenai strategi dan cara memikat hati peminat untuk mengundinya, Zizan atau nama penuhnya Razizan Razak berkata, sepertimana selebriti lain, Zizan juga pernah dilanda kontroversi melibatkan masalah di segi disipli, namun ternyata dia punya alasannya yang tersendiri.

"Saya selalu berkata pada diri saya, sekiranya saya sering berbuat baik, benda yang baik akan datang pada saya. Tidak dinafikan ada sekali dua terlambat. Biasalah adat manusia, 10 benda baik kita buat akan lupa begitu sahaja dek sekali kita berbuat salah.

"Itu semua dugaan, sebab saya tahu apa yang saya lakukan. Kalau orang nak cari kesalahan, nak buruk-burukkan saya, itu hak mereka. Yang perlu sabar atau tidak itu diri kita sendiri," ucap Zizan ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 5 ABPBH2012 di Subang Jaya, semalam.

Tidak terlepas daripada soalan mengenai hubungannya bersama Juliana Evans, Zizan menjawab, mereka masih berhubung cuma tidak sekerap dahulu. Pelawak popular itu juga menjelaskan kesibukan masing-masing membataskan masa untuk berhubung selalu.

"Memasuki 2013 saya bertambah sibuk dengan jadual yang begitu padat, jadi kuranglah sedikit waktu saya untuk berhubung dengan Jue. Tetapi ada juga berwhatsapp (instant messaging) dan video call tetapi jarang-jarang sekali.

"Yang penting saya utamakan kerjaya dahulu. Allah dah beri peluang pada saya, jadi lebih perlu untuk saya gunakan peluang itu dengan sebaiknya untuk mencari kejayaan dalam hidup,"tambahnya lagi.

Penghibur popular ini telah menerima 8 pencalonan keselurahan iaitu tiga pencalonan dalam kategori utama Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular serta lima pencalonan online bagi kategori Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama, Gandingan Di Layar Serasi (bersama Johan), Artis Berpengaruh Di Laman Media, Artis Lelaki Stailo dan Artis Asia Paling Popular.

Sharifah Aryana: Hubungan Amani, AG Coco Hanya Kawan



Sharifah Aryana, Hubungan, Amani, AG Coco, Hanya, Kawan, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 10 JAN 2013: Pelakon, Sharifah Aryana akui terkejut apabila mendapat tahu kakaknya, Sharifah Amani telah digosipkan sedang bercinta dengan pemuzik dan komposer berbakat, AG Coco.

Ini kerana, sebagai adik, Sharifah Aryana memberitahu, dia tidak merasakan mereka sedang bercinta, malah dia melihat hubungan mereka itu seperti tak lebih sebagai seorang kawan.

"Saya tahu mereka sudah lama berkawan. Saya tak rasa mereka bercinta atau serius dalam perhubungan. Setahu saya mereka kawan rapat dan saling sokong-menyokong kerjaya masing-masing," jelasnya yang ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Juvana, di e@Curve, petang semalam.

Baru-baru ini, foto Sharifah Amani dan AG Coco yang dimuatnaik sendiri oleh pelakon Sepet itu di dalam laman Instagram hingga menimbulkan rasa curiga sekaligus mengiyakan gosip yang mengatakan mereka bercinta.

Dalam pada itu, Sharifah Aryana turut memberitahu dia lebih selesa jika kakaknya itu meneruskan hubungannya dengan AG Coco itu sebagai seorang kawan dan tidak lebih daripada itu.

"Saya tidak rasa mereka akan bercinta kerana setahu saya, keluarga memang tahu mereka hanya berkawan rapat. Malah, saya lihat mereka lebih sesuai menjalinkan hubungan sebagai seorang kawan sahaja. Namun, jika benar mereka serius mengapa akak tidak pernah bawa AG Coco berjumpa dengan keluarga secara proper," katanya lagi.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbarunya yang kini baru sahaja menamatkan persekolahan tahun lalu, Sharifah Aryana memberitahu dia mahu kembali aktif selepas dua tahun meninggalkan dunia lakonan.

"Saya sudah pun memulakan penggambaran telemovie Budak Flat semalam dan ia merupakan adalah lakonan pertama saya selepas dua tahun meinggalkan dunia lakonan. Yelah, sebelum ini saya berhenti berlakon ketika berada tingkatan 4 dan 5 kerana mahu menumpukan perhatian kepada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

"Kini setelah persekolahan saya selesai saya mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada lakonan pula. Rasa rindu hendak berlakon," tambahnya lagi. Dalam perkembangan lain, Aryana merancang untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi di sebuah kolej swasta bermula Mac ini.

Pengarah Eirma Fatima Inginkan M Nasir Tapi ...



Pengarah, Eirma Fatima, Inginkan, M Nasir, Tapi, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 10 JAN 2012: Menerusi telefilem Keroncong Untuk Ana yang bakal disiarkan di Astro Prima (Saluran 105) pada 14 Jan depan, penerbit dan pengarah drama ini, Eirma Fatima mengakui berhasrat untuk menyunting Dato' M Nasir tatkala menerima naskhah berkenaan daripada pihak Astro.

Bagaimanapun, Eirma mengakui sungguhpun drama ini diilhamkan bersandarkan lagu Keroncong Untuk Ana nyanyian M Nasir, namun impiannya itu amat sukar untuk dimakbulkan Apatah lagi, dia sendiri adalah peminat pelantun lagu Tanya Sama Itu Hud Hud.

"Idea menerbitkan drama ini datang dari pihak Astro. Mereka yang menginginkan lagu ini dijadikan drama. Mengenai lagu ini, pihak Astro sendiri yang memilihnya. Saya tidak tahu sama ada pihak Astro ada bertanya hal ini kepada M Nasir atau pun tidak.

"Terus-terang, saya sendiri tiada berbincang dengan M Nasir sebaik saja mendapat naskhah ini. Bagi pelakon pula, saya yang memilihnya dan Alhamdulillah, pihak Astro mempersetujui dengan pilihan yang saya buat," katanya kepada murai.com.my.

Mengulas lanjut mengenai drama yang dibuat pada penghujung tahun 2011, Eirma memberitahu pembikinan telefilem ini ibarat menghasilkan sebuah album penuh.

"Persediaan untuk buat drama inimacam naj buat sebuah album atau soundtrack untuk sebuah filem. Sebelum syuting lagi, kami terlebih dahulu keluar masuk studio untuk lagu-lagu yang dipilih.

"Kebanyakkan pelakon dalam telefilem inipula tidak boleh menyanyi. Namun, saya puji kesungguhan pelakon utamanya iaitu Dato` Rahim Razali yang begitu gigih memberikan lakonan bersertakan nyanyian yang baik.

"Sampai separuh mati juga Dato` Rahim berusaha kerana dia seorang yang tidak ada apa-apa asas langsung terhadap muzik. Kebanyakan babak nyanyian dalam drama ini hanyalah humming saja," jelasnya.

Menyentuh mengenai babak mencuri yang dilakukan pelakon Qi Razali, Eirma sedar bahawa cara itu salah. Bagaimanapun, pengarah berbakat ini mempunyai alasan tersendiri untuk menampilkan babak tersebut.

"Curi? Sesungguhnya, manusia akan menghalalkan sesuatu apabila waktu darurat. Memang cara yang dilakukan itu salah. Namun, dia tidak mencuri sebaliknya dia meninggalkan wang untuk mendapatkan barangan kesayangan ayahnya.Dari situ juga, ia menunjukkan bahawa dia seorang budak yang baik," ujarnya.

Infomasi Keroncong Untuk Ana

Pelakon: Dato Rahim Razali, Qi Razali, Lydiawati, Tiz Zaqyah dan Johan Asha'ri.
Penerbit, pengarah, penulis skrip: Eirma Fatima
Masa tayangan: 14 Jan 2013/1o malam
Saluran: Astro Prima (Saluran 105)

Sinopsis: Pak Hamdi (Rahim Razali) adalah pemain mandolin dalam kumpulan keroncong yang kian luput di mata masyarakat. Anaknya Rashdan (Qi Razali) pula berminat untuk menjadi vokalis dan pemain gitar kumpulan indie yang baru mula menempa nama iaitu SPAM, milik Amirul(Johan Asaari).

Amirul menetapkan syarat kepada Rashdan, jika ingin masuk dalam kumpulannya, mestilah ada peralatan muzik sendiri. Rashdan berusaha untuk membeli sebuah gitar elektrik dan dalam masa yang sama, Mandolong kepunyaan Pak Hamdi hilan entah ke mana.


Pak Hamdi jadi murung dan jatuh sakit. Lagu' Keroncong Untuk Ana" ciptaan Pak Hamdi yang digubah khas untuk Rohana, janda anak satu sebelah rumahnya yang meminati muzik keroncong, tidak dapat disiapkan kerana alat muzik yang hilang itu.

Rohayu (Tiz Zaqyah), anak kepada Rohana, pula sudah mula berbaik dengan Rashdan. Yang bakal terjadi adalah kisah pertembungan dua generasi muzik lama dan yang baru. Yang bakal membuka mata masyarakat akan kehebatan muzik lama yang kian luput ditelan zaman.

2013: Tahun Sharnaaz Ahmad Ajak Shila Amzah Kahwin



2013, Tahun, Sharnaaz Ahmad, Ajak, Shila Amzah, Kahwin, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 10 JAN 2013: "Jika dia (Shila Amzah) tidak mahu cakap pasal cinta untuk tahun 2013, saya pun sama. Tapi saya nak cakap pasal kahwin," jawab ringkas pelakon Sharnaaz Ahmad ketika diminta mengulas mengenai kekasih hatinya, Shila Amzah yang tidak mahu lagi berbicara tentang cinta.

Terdahulu, Shila pernah bercakap kepada media tentang pendiriannya yang tidak mahu lagi berbicara mengenai cinta selepas terlalu banyak publisiti yang diberikan terhadap hubungan mereka,

Dalam pada itu, Sharnaaz Ahmad turut tidak menolak dakwaan beberapa pihak yang melihat dia seolah-oleh seperti kekasih yang suka mengongkong segala pergerakan Shila sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.

"Ya, memang saya kongkong Shila sebab dia bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan", kata Sharnaaz dan tidak berniat untuk mengulas lanjut.

Sharnaaz ditemui ketika tayangan perdana filem Juvana di e-Curve, Damansara ,petang semalam.

Tidak mahu dibayangi kontroversi yang melandanya sepanjang tahun 2012, Sharnaaz berharap tahun 2013 akan memberi lebih banyak peluang dalam mengembangkan kariernya.

"Saya setuju, tahun 2012 memang 'panas'. 2012 sepatutnya adalah tahun saya. Angka 12 itu sendiri sebenar angka kegemaran saya.

"Tapi nak buat macam mana, kita tidak rancang pun semua (kontroversi) itu boleh berlaku.

"Tahun ini saya mahu kembali untuk menjadi diri saya dan nak fokus pada kerjaya. Terus-terang, saya tak mahu buat hal lagi," luahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz akan kembali ke set penggambaran filem arahan Kabir Bhatia yang masih belum mempunyai tajuk selain beberapa projek drama.

ABPBH 2012: Top 5 Kategori Utama, 7 Online Diumum



ABPBH 2012, Top, 5, Kategori, Utama, 7, Online, Diumum, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 9 JAN 2012: Penentuan lima finalis bagi setiap kategori yang bakal dipertandingkan di malam gilang-gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 telah berlangsung di Holiday Villa Hotel &Suite, Subang Jaya, semalam, 9 Januari 2013.

Sidang media kedua bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) telah dihadiri beberapa selebriti yang tercalon pada peringkat awal pemilihan finalis Top 5 bagi 15 kategori utama yang dipertandingkan.

Sidang media ini juga turut memperkenalkan Top 5 bagi 7 kategori baru menerusi pengundian secara online iaitu Watak Jahat Dalam Filem atau Drama Popular, Gandingan di Layar Serasi, Watak Animasi Tempatan Popular ABPBH, Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial, Artis Lelaki Stailo, Artis Wanita Stailo serta Artis Asia Paling Popular.

Pengumuman telah dibuat sendiri oleh Hanizam Abdullah, Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan dan Hiburan BH merangkap Jawatankuasa Pengelola ABPBH2012 bersama Shamsul Azree Shamsir, Pengarang Hiburan, BH merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2012.

Turut diumumkan adalah lokasi dan tarikh bagi siri jelajah atau roadshow ABPBH 2012 yang akan mengunjungi beberapa lokasi termasuklah Fiesta ABPBH2012 yang bakal diadakan pada 6 & 7 April 2013.

Kekal sebagai anugerah pilihan penonton paling berpengaruh, ABPBH 2012 terus tampil bagi memberi penghargaan kepada karyawan seni tempatan dalam setiap bidang yang mereka ceburi semenjak 1987 lagi. Malam kemuncak ABPBH2012 bakal mengambil tempat di Stadium Putra Bukit Jalil pada 7 April depan dengan berinspirasikan tema Ledakan Geometri.

Antara barisan selebriti yang menghadiri sidang akhbar tersebut adalah Bintang Paling Popular 2010 dan 2011, Aaron Aziz dan Shaheizy Sam, Nadia Nissa, Nabila Huda,Siti Saleha, Syah Iskandar, Fasha Sandha, Lisa Surihani, Enot, Hanez Suraya dan ramai lagi.

Berikut adalah senarai bagi finalis TOP 5 ABPBH2012:

Artis Baru Lelaki Popular

1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular

1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Penyanyi Lelaki Popular

1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

Penyanyi Wanita Popular

1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As'ari

Pelakon TV Wanita Popular

1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular

1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular

1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura


Top 5 Kategori Online ABPBH 2012


Watak Jahat Dalam Filem atau Drama Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Sofi Jikan
5. Zizan Razak

Gandingan di Layar Serasi

1. Aaron Aziz & Nadiya Nissa
2. Adi Putra & Nora Danish
3. Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah
4. Johan & Zizan Razak
5. Shaheizy Sam & Yana Samsudin

Watak Animasi Tempatan Popular ABPBH

1. Anak-anak Sidek
2. Boboiboy
3. Kacang
4. Upin & Ipin
5. Usop Sontorian

Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial

1. Aaron Aziz
2. Shila Amzah
3. Stacy
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Artis lelaki Stailo

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Awal Ashaari
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak


Artis Wanita Stailo

1. Lisa Surihani
2. Melissa Francis
3. Nora Danish
4. Stacy
5. Yana Samsurdin


Artis Asia Paling Popular

1. Aaron Aziz
2. BIGBANG
3. Shila Amzah
4. Super Junior
5. Zizan Razak

Zaiton Mohd Jiwa: Adam dan Hawa Cabar Saya!



Zaiton Mohd Jiwa, Adam dan Hawa, Cabar, Saya, Artis Malaysia, Drama, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 10 JAN 2013: "Ya...Kak Ton memang rasa tercabar dengan drama bersiri Adam dan Hawa. Fenomena luar biasa yang dicetuskan drama bersiri ini buat Kak Ton rasa berdebar untuk terbitkan drama lain,"kata produser Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa yang juga penerbit drama bersiri popular Adam dan Hawa ketika diminta mengulas tentang drama adaptasi tersebut yang mendapat sambutan luar biasa daripada para penonton.

Datin Zaiton atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ton ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, beliau berdebar apabila dapat tahu mengenai rating yang dicatat drama bersiri adaptasi novel itu kerana bukan senang untuk mencapai kejayaan sama di masa akan datang.

"Untuk 'next project', Kak Ton kena lebih teliti dan akan berusaha untuk terbitkan drama-drama yang berkualiti. Kalau boleh, nak kekalkan rating yang baik macam Adam dan Hawa.

"Terima kasih kepada semua penonton yang setia menonton Adam dan Hawa dari episod 1 hingga sekarang kerana bagi Kak Ton tanpa penonton-penonton setia, kejayaan seperti hari ini mungkin sukar untuk dicapai," katanya kepada murai.com.my.

Kak Ton turut mengakui, kerjasama yang baik dari penulis novel Aisya Sofea dan pasukan produksi turut membantu menaikkan Adam dan Hawa.

"Novel Adam dan Hawa itu sendiri dah 'hot' dan penulisnya pula sangat senang memberi kerjasama, jadi memang tak ada masalah. Tambah lagi, Kak Ton ada Feroz dan 'team'nya yang bagus ketika menjalankan tugas...itu pun satu bonus.

"Alhamdulillah, Kak Ton rasa rezeki dan tuah Kak Ton adalah pada Adam dan Hawa. Terima kasih kepada semua. Semoga kejayaan yang sama berulang untuk drama-drama lain terbitan Global Station," katanya lagi.

Sebelum mengakhiri perbualan, Kak Ton sempat berpesan kepada penonton-penonton setia Adam dan Hawa untuk menonton episod ke 80 (episod akhir), jam 10 malam ini, di Astro Mustika HD, saluran 134.

Jika terlepas untuk menonton episod terdahulu Adam dan Hawa, anda boleh layari www.astrogempak.com.my/adamdanhawa.aspx

Guna Gambar Untuk Poster, IB Mohon Maaf Pada Anuar Zain



Guna, Gambar, Untuk, Poster, IB, Mohon, Maaf, Pada, Anuar Zain, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 9 JAN 2012: Pihak Istana Budaya mengakui kesilapan menggunakan foto penyanyi Anuar Zain tanpa persetujuannya di dalam poster Konsert Budi yang akan berlangsung pada 29 hingga 31 Januari ini.

Malah, Pengarah Istana Budaya, Dato' Mohamed Juhairi Shaarani berkata,pihaknya telah pun meminta maaf kepada pihak pengurusan penyanyi berkenaan, semalam.

"Sebenarnya ia merupakan kesilapan yang tidak disengajakan. Memang kami menggunakan poster itu semasa hari pelancaran program Istana Budaya baru-baru ini, tetapi ia hanya sebagai sampel atau gambaran kepada tetamu dan media yang hadir ke majlis itu.

"Poster itu adalah perancangan kami pada tahun lalu kerana kami memang mahukan nama-nama besar beraksi di Konsert Budi ini tetapi kebanyakan daripada mereka tidak dapat melakukannya.

"Oleh itu, kami telah pun memaklumkan serta meminta maaf kepada pihak pengurusan Anuar Zain semalam supaya mereka jelas di atas salah faham ini. Malah dalam minggu ini juga, kami akan menghantar surat rasmi sebagai tanda minta maaf kami kepada Anuar Zain," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Konsert bersama kumpulan Orkestra Tradisional Malaysia itu hanya akan menampilkan penyanyi seperti Hafiz Suip, Stacy , Black, Jamal Abdlilah, Jimmy Palikat, Suki dan seorang penyanyi berbangsa India.

Sementara itu, terdapat pihak yang berpendapat tindakan Istana Budaya itu juga dilihat seperti mahu meraih publisiti dengan mudah untuk konsert tersebut Namun, Juhari menjelaskan tiada tujuan untuk meraih publisiti kerana Konsert Budi itu diadakan secara percuma dan bukan seperti konsert komersial yang lain.

"Tiada niat untuk kami mencari publisiti kerana tiada bayaran dikenakan kepada sesiapa yang mahu menonton konsert ini. Ianya percuma kerana ia sebagai tanda terima kasih Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan terhadap pihak yang menyokong program-program kementerian selama ini," jelasnya lagi.

Menurut Juhari lagi, selepas ini pihak Istana Budaya akan lebih berhati-hati dalam menonjolkan mana-mana artis di dalam programnya kepada umum sebelum mendapat persetujuan.

"Pihak kami akan lebih berhati-hati selepas ini dalam menonjolkan mana-mana artis dalam program kami sebelum mendapat persetujuan daripada artis tersebut," tambahnya lagi.

Bintang Mencari Bintang: Bakat Komedi, Nyanyian Dicari



Bintang Mencari Bintang, Bakat, Komedi, Nyanyian, Dicari, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto ihsan TV3

KUALA LUMPUR, 9 JANUARI 2013: Bagi mencari lebih banyak pelapis baru dalam bakat komedi dan nyanyian secara serentak, TV3 menerbitkan sebuah program realiti berjudul Bintang Mencari Bintang yang akan memulakan penjelajahan uji bakatnya pada 19 Januari ini seluruh Malaysia.

Berbeza dengan program realiti komedi yang lain, Bintang Mencari Bintang menampilkan barisan sifu atau tenaga pengajar daripada penghibur yang cukup berpengalaman seperti Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Kumpulan Senario (Wahid, Mazlan, Azlee), Raja Azura, Sabri Yunus dan Zizan.

Penerbit Eksekutif Bintang Mencari Bintang, Muhamad Sufian Isa berkata, progam itu bakal memperlihatkan kewibawaan barisan sifu terkenal tanah air dalam menggilap bakat baru berdasarkan bakat sketsa komedi dan nyanyian.

"Setelah rundingan dilakukan, enam sifu telah terpilih berdasarkan kualiti yang dimiliki iaitu mempunyai pengalaman luas di dalam bidang sketsa komedi dan nyanyian serta berkaliber sebagai tenaga pengajar.

"Peranan mereka ialah untuk memberikan tunjuk ajar kepada peserta berkaitan bidang seni persembahan, sketsa komedi, nyanyian dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur," katanya dalam siding media Bintang Mencari Bintang di Sri Pentas, petang semalam.

Setiap seorang Sifu akan mempunyai dua orang peserta iaitu seorang peserta dari kumpulan A dan seorang peserta dari kumpulan B. Setiap pasangan Sifu dan peserta akan bersaing antara satu sama lain mengikut kumpulan untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Bercakap mengenai program tersebut, Supian memberitahu program ini menjanjikan kelainan dan tidak sama dengan program realiti komedi yang sedia ada kerana ianya cetusan daripada program Sinaran Pasport Kegemilangan.

"Terus-terang ini bukan benda baru yang pernah dihasilkan oleh TV3 di mana sebelum ini kami pernah menerbitkan program Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1994 di mana kami mencari bakat yang boleh bersketsa komedi dan juga menyanyi.

"Dalam Sinaran Pasport Kegemilangan, kami telah melahirkan ramai pelawak dan penghibur terkenal seperti Senario, Shamsul Ghau Ghau, Saiful Apek dan ramai lagi.

"Jika hendak diikutkan, sudah lama kami merancang perkara ini dan baru kini kami rasakan ini adalah masa yang sesuai untuk pihak kami mencari bakat baru bagi diserapkan dalam program-program untuk empat stesen di bawah Media Prima Berhad.

"Bagi sesi pencarian peserta bintang ini, sesi uji bakat akan diadakan di enam lokasi terkemuka. Peserta yang berminat untuk menyertai uji bakat Bintang Mencari Bintang dinasihatkan membuat persiapan rapi supaya lebih bersedia semasa menjalani uji bakat. Di samping itu, peserta juga diingatkan agar tidak meniru gaya persembahan atau cara nyanyian Sifu idola masing-masing

"Selain itu program Bintang Mencari Bintang juga mengadakan segmen khas iaitu bakat luar biasa di mana peserta yang mempunyai bakat yang unik dan luar biasa boleh turut sama hadir ke lokasi sesi uji bakat untuk menyertai segmen ini," jelasnya lagi.

Untuk sesi uji bakat, Bakat Mencari Bintang membawa khidmat dua nama besar dalam industri seni tanah air iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Ajai sebagai juri untuk memilih para peserta yang berkelayakan ke pusingan seterusnya di mana pusingan tersebut akan dinilai oleh keenam-enam Sifu untuk memilih anak didik mereka.

Peserta yang layak memasuki gelanggang Bintang Mencari Bintang harus menepati kriteria yang dicari iaitu berusia antara 18 hingga 28 tahun, lelaki ataupun perempuan, solo atau berkumpulan tidak melebihi 2 orang, dan warganegara Malaysia yang memiliki bakat sketsa komedi dan boleh menyanyi.

Peserta yang menghadiri uji bakat perlu membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R serta membawa minus one lagu-lagu yang bakal dipersembahkan untuk penilaian juri.

Berikut merupakan tarikh dan lokasi ujibakakt Bintang Mencari Bintang:

19 & 20 Januari 2013 AEON Seberang Prai City, Pulau Pinang

26 & 27 Januari 2013 Centrepoint Kota Kinabalu, Sabah

2 & 3 Februari 2013 Boulevard Kuching, Sarawak

8 & 9 Februari 2013 Kota Bharu Trade Centre, Kelantan

16 & 17 Februari 2013 Plaza Angsana, Johor Bahru

23 & 24 Februari 2013 AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur

Swedish House Mafia Bakal Persembah Parti Rave Terhebat!



Swedish House Mafia, Bakal, Persembah, Parti, Rave, Terhebat, Hiburan


Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 9 JAN 2013: Para peminat muzik bergenre progressive house tempatan sudah tentu tidak sabar menantikan kunjungan istimewa trio DJ terkenal dunia, Swedish House Mafia yang bakal menggegarkan Surf Beach, Sunway Lagoon pada 18 Januari ini.

Dianggotai tiga orang disc jockey atau DJ kelahiran Sweden iaitu Axwell, Steve Angello dan Sebastian Ingrosso, Swedish House Mafia merupakan nama besar dalam arena muzik antarabangsa bagi genre progressive house.

Setelah beberapa tahun bersama dan meraih populariti di seluruh dunia dengan putaran muzik bertenaga, Swedish House Mafia akan mengakhiri perjalanan mereka sebagai kumpulan dengan siri jelajah One Last Tour yang telah bermula sejak November 2012.

Siri jelajah terakhir Swedish House Mafia ini akan menampilkan keseluruhan produksi yang sama disemua negara yang dilawati mereka. Apa yang anda saksikan untuk siri jelajah One Last Tour di Amerika Syarikat dan Eropah, anda akan dapat merasakan sendiri di Kuala Lumpur.

Bakal memberikan pengalaman parti rave terhebat buat anda, Swedish House Mafia, One Last Tour yang dibawakan oleh JS Concert pasti tidak lengkap tanpa peralatan dan paparan berteknologi tinggi.

Antara yang bakal anda alami dan saksikan adalah pancaran laser,paparan LED, video wall dan sudah semestinya peralatan muzik dan pencahayaan yang paling hebat dan pertunjukan bunga api menggegarkan Surf Beach, Sunway Lagoon nanti.

Konsert atau rave party tersebut akan bermula seawall jam 6 petang dan JS Concert telah menerbangkan empat DJ hebat kini iaitu Mr Fluff, DJ Eclipse, Angger Dimas dan Hard Rock Sofa yang akan menghangatkan venue tersebut sebelum diambil alih Swedish House Mafia yang akan memutarkan setlist terhebat mereka selama 2 jam.

Jangan melepaskan peluang terakhir anda merasakan dan mengalami sendiri putaran muzik yang digilai seluruh peminat Swedish House Mafiadi Surf Beach, Sunway Lagoon pada 18 Januari ini. Tiket-tiket boleh didapati di Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve & Victoria Music atau secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan dan info anda boleh melawatihttps://www.facebook.com/JSConcertProductions

Loque Monoloque Terkilan Dipandang Remeh PFM, Finas



Loque Monoloque, Terkilan, Dipandang, Remeh, PFM, Finas, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 8 JAN 2013: Meskipun berbangga dengan pencapaiannya yang tersenarai sebagai Top 5 bagi kategori Muzik Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-55 (APFF 55) yang telah berlansung di Macau, China pada 13 hingga 16 Disember lalu, namun pemuzik, Loque Monoloque agak kecewa apabila dia tidak diberitahu secara peribadi dan rasmi oleh pihak Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan Finas bahawa namanya tercalon di dalam kategori tersebut.

Lebih mengecewakan Loque Monoloque apabila dia hanya mendapat tahu berita gembira itu daripada rakan artis lain seperti Bront Palarae.

"Saya agak terkilan dengan sikap pihak yang sepatutnya memberitahu saya mengenai berita gembira ini. Saya hanya dapat tahu, selepas Bront menulis di akuan Twiiter saya dan mengucapkan tahniah selepas mengirimkann sekeping gambar iaitu sijil yang saya perolehi di sana.

"Saya bukan minta untuk pergi ke sana tetapi sekurang-kurangnya saya dihargai atau diberitahu secara peribadi oleh pihak berkenaan mengenai perkara ini, bukan daripada pihak atau individu lain. Tindakan mereka ini seperti mengambil remeh sahaja terhadap kredibiliti saya sebagai seorang pemuzik," katanya kepada murai.com.my

Walaupun Malaysia antara negara yang gagal meraih sebarang anugerah di APFF 55, namun penggiat industri hiburan tanah air patut berbangga kerana Malaysia masih berjaya tercalon dalam 5 kategori di dalam festival tersebut, sekaligus membariskan pengkarya seni negara di peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Asia.

Lima karya atau pengkarya yang berjaya berada di peringkat akhir itu adalah filem Bunohan yang berada di kategori Filem Terbaik, diikuti pengarahnya Dain Said yang tercalon dalam kategori Pengarah Terbaik serta filem Bunohan juga berjaya dicalonkan dalam Sinematografi Terbaik oleh Charin Pengpanitch. Sementara filem Songlap juga berjaya tercalon di dalam dua kategori lain iaitu Lakon Layar Terbaik oleh Fariza Azlina Isahaka dan Muzik Terbaik oleh Loque Monoloque.

Selain itu, Loque turut melahirkan rasa terkilan kerana orang-orang yang berada di belakang tabir sepertinya kurang diiktiraf dan diberi perhatian oleh masyarakat atau peminat seni tanah air.

"Saya pun tak faham mengapa orang-orang seperti saya ini kurang diiktiraf. Memang kami tidak menonjol ketika filem atau drama ditayangkan tetapi kami merupakan nadi untuk sesebuah filem itu.

"Sebagai pemuzik yang menghasilkan muzik untuk sesebuah filem, kami juga mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjayakannya.

"Jadi, jika ada orang yang berfikir orang di belakang tabir ini tidak penting , mereka itu adalah orang yang cetek pemikirannya kerana hanya melihat dari luarannya sahaja tanpa memikirkan aspek-aspek lain. Saya rasa mentaliti itu perlu diubah atau dihapuskan," luahnya lagi.

Selain Songlap, Loque juga turut mengubah muzik latar untuk filem Chow Kit dan Kami Histeria. Mengenai perkembangan terbarunya, dia kini sedang dalam proses menghasilkan sebuah album baru Monoloque.

Azmeer: Lagu Yuna Juara, Bukan Sebab Kontroversi!



Azmeer, Lagu, Yuna, Juara, Bukan, Sebab, Kontroversi, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 7 JAN 2013: Seperti biasa setiap kali Anugerah Juara Lagu melabuhkan tirainya dengan menobatkan lagu terbaik yang dipilih oleh juri profesional dan bukannya berdasarkan populariti, akan wujud pertikaian terhadap sang juara.

Perkara yang sama turut berlaku terhadap lagu ciptaan dan nyanyian Yunalis Zarai, Terukir Di Bintang yang telah diangkat sebagai juara lagu AJL 27 yang telah pun berlangsung dengan jayanya di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

Menariknya, sebelum Terukir Di Bintang dinobatkan juara lagu, telah wujud kontroversi berhubung isu penyanyi yang bakal menggantikan tempat Yunalis Zarai atau Yuna setelah penyanyi, pemuzik serta komposer berbakat itu tidak dapat beraksi di pentas AJL 27 kerana berada di Amerika Syarikat.

Setelah Yuna memilih Uji Rashid untuk menbawakan lagu tersebut, tiba-tiba, tempat tersebut telah digantikan oleh Aizat Amdan dan menurut pihak Yuna, ianya berlaku di luar bidang kuasa mereka.

Maka, tidak hairanlah bila ada segelintir pihak yang melabel kemenangan ini sebagai 'anugerah membalas budi'. Namun, pihak juri yang diketuai komposer Azmeer mempunyai jawapan bagi dakwaan ini.

"Penjurian bagi Anugerah Juara Lagu seperti biasa telah dibuat lebih awal. Ertinya sebarang perubahan atau isu yang dikaitkan dengan finalis ketika persembahan pada malam final AJL tidak akan mengubah nilai markah yang telah diberikan terlebih dahulu.

"Tiada isu anugerah balas budi atau disebabkan kontroversi yang berlaku terhadap lagu Terukir Di Bintang membuatkan kami memilihnya sebagai juara malam ini. Kami sesama juri juga tidak pernah berbincang mengenai markah dan sebagainya.

"Saya sendiri melihat lagu ini mempunyai susunan muzik yang tersendiri. Digarap dalam mood yang sangat segar dan berjaya memikat hati juri-juri lain juga. Untuk markah persembahan masih ada tetapi ia cuma menyumbang peratusan yang kecil dalam jumlah markah keseluruhan.

"Jadi siapa pun yang menyanyikan bukanlah penentu kepada juara AJL. Apatah lagi kontroversi yang langsung tidak ada kena mengena dengan penjurian,"jawab Azmeer yang bertindak sebagai ketua juri bagi AJL27.

Tempias isu melibatkan penyanyi gantian untuk Yuna turut dirasakan Aizat yang akhirnya dipilih menggalas tugas mempersembahkan Terukir Di Bintang menggantikan Uji Rashid pada saat-saat akhir.

Bagi Aizat, pihak yang menguruskan hal ini perlu lebih peka dan menanganinya dengan lebih profesional apatah lagi ia melibatkan penyanyi veteran seperti Uji Rashid.

"Sepatutnya pihak yang menguruskan hal berkaitan persembahan harus lebih arif lagi dalam menangani hal ini. Pasti ada cara paling baik untuk menjelaskan kepada penyanyi veteran tersebut tentang situasi dan keadaan sebenar.

"Apa yang terjadi kini seolah-olah ianya tidak ditangani dengan wajar. Saya juga terasa bersalah dan faham apa yang dirasai kak Uji Rashid atas apa yang telah terjadi,"ulas Aizat mengenai isunya menggantikan tempat Uji Rashid di pentas AJL 27.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan