Cari Artikel

Wednesday, January 23, 2013

Penjejakan Unique Visitor



unique visitor, unique visitor tracking, visitor tracking


Kebanyakan laman web yang menggabungkan kaunter melanda mudah. Sebuah kaunter hit adalah sekeping kod tertanam dalam laman web yang menjejaki pelawat. Ini versi mudah semata-mata memberitahu tuan web yang seseorang telah melawat. Laman web yang telah melanda kaunter dipasang, supaya pemilik boleh melihat bagaimana popular laman web. Sebaik sahaja ditubuhkan, kaunter-kaunter akan incremented oleh satu setiap kali laman web diakses dalam pelayar web.

Tetapi menggunakan kaunter hit mudah ukuran sebenar pelawat ke laman web anda. Jika seseorang melawat laman web anda beberapa kali, dia dikira sebagai 7 pelawat. Jika seseorang memuat turun 5 keping maklumat dari laman web anda, dia dikira sebagai 5 pelawat. Jika seseorang melawat tapak seratus kali dalam sebulan, dia dikira sebagai 100 pelawat. Apa yang benar-benar diperlukan adalah Pelawat Unik Tracker.

Apabila menjejaki jumlah trafik ke laman web, pengunjung unik merujuk kepada orang yang melawat laman web lebih daripada sekali dalam tempoh masa yang dinyatakan. Penjejak Pelawat Unik, yang menjejaki dan tuduhan trafik laman web, boleh membezakan antara pengunjung yang hanya melawat tapak sekali dan pelawat unik yang kembali ke laman web. Berbeza daripada hits tapak atau paparan halaman - yang diukur oleh bilangan fail yang diminta dari laman - pelawat unik diukur mengikut alamat IP sebenar mereka yang unik, yang adalah seperti cap jari dalam talian, dan pengunjung unik hanya dikira sekali tidak kira berapa kali mereka melawat laman web ini.

Jika seseorang melawat tapak seratus kali dalam sebulan, mereka masih dikira sebagai pelawat unik tunggal.

Penjejak Pelawat Unik, menjejaki pelawat anda berdasarkan alamat IP mereka yang sebenar. Ini bukan sama seperti mengira Hits. Perbezaan antara hit dan lawatan adalah bahawa hit dikira setiap kali halaman segar. Ia bermakna jika anda melawat halaman 10 kali dalam satu kunjungan, ini akan dikira seperti 10 orang telah melawat halaman. Walau bagaimanapun, jika IP pengguna dikesan dan disimpan ke dalam pangkalan data, apabila dia menyegarkan halaman, kiraan akan tetap sama - kerana IP pengunjung sudah wujud dalam pangkalan data. Sesetengah orang mempunyai IP dinamik, tetapi ini adalah okay sejak ia berubah setiap kali mereka menyambung semula, yang boleh sekali sehari atau lebih - kiraan yang unik masih boleh dipercayai.

Penjejakan pelawat yang unik ke laman web anda memberikan anda idea tentang jumlah trafik anda menerima ke laman web anda. Penjejakan juga menyediakan data mengenai prestasi laman web anda di seluruh web dan keupayaan untuk menarik pengunjung baru ke.

Kaedah pengesanan pelawat unik adalah baik kerana ia menunjukkan laman web perniagaan berapa ramai bakal pelanggan mereka telah melayari laman web. Nombor ini adalah lebih bermanfaat untuk perniagaan, berbanding dengan hits.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Penjejakan Pelawat Unik, sila layari Laman Web Penjejakan Pelawat Live, supaya anda boleh membuat laman web anda yang paling berkesan.

Najib marakkan perjuangan Palestin


Najib, marakkan, perjuangan, Palestin, GAZA, Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, NGO, Islam, Malaysia
HUBUNGAN AKRAB... Najib (kiri) menyatakan sesuatu pada pertemuan dengan Ismail di Gaza.


GAZA, Palestin - Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza semalam.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira pukul 10.40 pagi (waktu Gaza) atau kira-kira pukul 4.40 petang waktu Malaysia.

Satunya-satunya pintu masuk ke Genting Gaza tanpa memerlukan kebenaran Israel adalah melalui lintasan Rafah di Mesir.

Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh di kawasan sempadan Gaza.

Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang dalam upacara sambutan ketibaannya.

Najib juga memeriksa barisan kehormat pasukan polis Palestin.

Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan darat sejauh 55 kilometer dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.

Selepas memeriksa kawalan kehormat, Najib dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.

Di Gaza, Najib melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum meninjau tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail. Pejabat lama Ismail musnah dalam serangan Israel pada November tahun lepas.

Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Sementara itu, Najib dalam laman Twitternya turut menyatakan kesyukuran kerana segala urusan berkaitan kunjungan bersejarahnya ke Gaza berjalan lancar.

Ketibaannya di Gaza disambut oleh Ismail, pemimpin tertinggi Hamas, dan lebih menggembirakan apabila beliau dapat mengunjungi tapak projek sekolah Malaysia di Gaza.

"Alhamdulillah, urusan di Gaza berjalan dengan selamat dan jayanya. (Saya) harap lawatan ini dapat mengeratkan hubungan persaudaraan antara dua negara," ujarnya.

Dalam mesej Twitter pada pukul 11 malam tadi (waktu Malaysia), Najib menyatakan beliau sudah pun keluar dari Gaza.

Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir tiba di Kaherah kelmarin.

Budak lelaki maut dihempap TV


Budak, lelaki, maut, dihempap, TV, Alor Setar, anak tunggal, mereka, mati, akibat, sebuah, televisyen, bersaiz, 29 inci, di, Kampung Masjid Lama, Telok Chengai, Kedah, Kemalangan, Malaysia
Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan, 2
ALOR SETAR – Sebuah keluarga tidak menyangka keseronokan selepas pulang daripada makan malam berakhir tragedi apabila anak tunggal mereka maut akibat dihempap sebuah televisyen bersaiz 29 inci di Kampung Masjid Lama, Telok Chengai di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan, 2, mati sebaik tiba di sebuah hospital swasta di sini kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan dada.

Bapa mangsa, Lazzuan Ishak, 37, berkata, semasa kejadian dia sedang mandi, isterinya, Waida Kasim, 27, bersolat Isyak manakala mangsa menonton televisyen sambil bermain-main berhampiran rak televisyen di ruang tamu rumah sejurus pulang daripada makan.

Ketinggian rak tersebut kira-kira satu meter.

“Sebelum mandi saya menemani Luqhman sementara menunggu isteri solat namun disebabkan berasa panas saya pergi mandi dengan meninggalkan anak saya diperhatikan oleh neneknya,” kata Lazzuan ketika ditemui di sini semalam.



INILAH rak dan televisyen yang meragut nyawa Luqhman.

Lazzuan yang bekerja sebagai pemandu bas berkata, ketika sedang mandi dia mendengar bunyi dentuman kuat menyebabkan dia keluar bilik air.

“Saya terkejut apabila melihat televisyen berusia lebih 10 tahun bersama rak tempat letak televisyen telah rebah dengan Luqhman berada di bawah televisyen.

“Ketika itu juga saya lihat darah banyak keluar dari belakang kepalanya menyebabkan saya segera menghantarnya ke sebuah hospital swasta di sini,” ceritanya sedih.

Ketika tiba di hospital, Luqhman masih bernafas namun dia disahkan meninggal dunia ketika diperiksa oleh doktor di wad kecemasan.

Pemandu bas itu berkata, dia dan nenek mangsa tidak mengetahui bagaimana rak televisyen itu boleh jatuh.

Mayat Luqhman dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Sebelum ini, Lazzuan berkata, dia sering menegur Luqhman agar tidak bermain berhampiran rak televisyen kerana bimbang kejadian ini berlaku.

“Setiap kali saya nampak Luqhman bermain di rak televisyen saya akan panggil dan beritahu dia jangan bermain di situ namun tidak menyangka kejadian sebegini terjadi juga,” katanya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Ariff Abu Bakar, 33, berkata, dia tidak menyangka aktiviti memancing yang dilakukan bersama anak buahnya pada waktu petang sebelum kejadian merupakan detik-detik terakhir bersamanya.

“Ketika memancing Luqhman kelihatan sangat manja berbanding hari-hari sebelum ini,” katanya.

Penjenayah larikan budak, Toyota Wish


Penjenayah, larikan, budak, Toyota Wish, Kuching, Sarawak, Jalan Matang, Cheyanne Michcal, 8, Jenayah, Malaysia
KUCHING – Seorang budak perempuan melalui detik mencemaskan selama 30 minit apabila dia dilarikan bersama kereta milik ibunya oleh sekumpulan perompak di sebuah stesen minyak di Jalan Matang di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 6.15 pagi, Cheyanne Michcal, 8, ditinggalkan sendirian di dalam kenderaan Toyota Wish yang enjinnya dihidupkan tetapi berkunci selepas ibunya pergi ke tandas.

Kejadian tersebut disedari oleh ibu mangsa, Christinah Madan, 42, yang terkejut apabila mendapati kenderaan itu dan anaknya tiada selepas dia keluar dari tandas beberapa minit kemudian.

Bagaimanapun, Cheyanne bernasib baik apabila dia ditemui oleh seorang penjual kuih di kawasan Pasar Raya E-Mart kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian sebelum mangsa dihantar ke Balai Polis Gita.

Ketika ditemui, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Petra Jaya itu sedang menangis meminta pertolongan orang awam.

Christinah yang juga seorang guru di SK St. John, Bau berkata, sebelum kejadian, dia meninggalkan anaknya di dalam kenderaan kerana ketika itu mangsa tidur.

“Saya hanya mampu menjerit meminta tolong kerana telefon, komputer serta beg tangan mengandungi wang, kad bank dan dokumen peribadi ditinggalkan di dalam kereta yang hilang bersama anak saya,” katanya ketika ditemui di sini.

Bagaimanapun, menurut wanita itu, dia bernasib baik apabila terdapat orang awam sudi menghulurkan bantuan menghubungi suaminya sebelum dia pergi ke Balai Polis Gita untuk membuat laporan.

“Sebaik tiba di balai polis, saya terkejut melihat anak saya berada di situ,” katanya yang bersyukur kerana Cheyanne ditemui selamat selepas hilang kira-kira 30 minit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Pauzi Bujang berkata, polis percaya suspek berjaya melarikan kenderaan itu selepas mengumpil pintunya dengan alat khas mencuri kenderaan.

BR1M akan diteruskan


BR1M, akan, diteruskan, Melaka, Bantuan Rakyat 1Malaysia, Barisan Nasional, BN, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Politik, Malaysia
MUHYIDDIN (tengah) bersalaman dengan orang ramai pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia Bersama Pemimpin di SMK Tun Haji Abdul Malek, Cheng di Melaka semalam.

MELAKA – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan terus diberikan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat menjadi kerajaan kerana program itu dilihat mampu memberi impak besar dalam mengurangkan beban yang ditanggung rakyat di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada tahun lepas bantuan berkenaan telah dapat membantu lebih empat juta isi rumah dan pada tahun ini ia diperluaskan lagi kepada golongan bujang.

Menurut beliau, BR1M sebanyak RM500 telah memberi impak besar kepada usaha kerajaan mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kehidupan seharian.

“BR1M bukan hanya bantuan untuk one off atau two off sebaliknya saya jangka ia akan dilaksanakan selama mana BN diberi kepercayaan untuk menjadi kerajaan selepas pilihan raya yang akan datang.

“Bantuan ini juga satu cara yang kita dapati agak berkesan dalam menangani masalah rakyat selain kita memberikan bantuan subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia Bersama Pemimpin dan penyampaian Bantuan Persekolahan RM100 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Haji Abdul Malek, Cheng di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Majlis tersebut dihadiri oleh lebih 10,000 rakyat berbilang kaum.

Muhyiddin berkata, beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat bantuan berkenaan sebagai satu perkara yang perlu diteruskan.

Katanya, rakyat pula melihat BR1M sebagai satu pendekatan yang baik dan sudah tentu mereka mengharapkan ia dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang panjang.

“Mungkin juga jika pendapatan negara meningkat, jumlah bantuan rakyat ini boleh berubah dan meningkat daripada apa yang ada sekarang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat dapat menilai sumbangan berkenaan dan terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan menghadapi pilihan raya akan datang.

Penetapan gaji mati staf awam diumum Februari ini


Penetapan, gaji, mati, staf, awam, diumum, Februari, ini, Putrajaya, Malaysia, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa
ALI (kiri) bersalaman dengan sebahagian penjawat awam pada majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara 2013 di PICC, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kerajaan dijangka mengumumkan penetapan gaji dua hingga lima peratus bagi penjawat awam yang sudah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' pada Februari ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian teliti bagi menangani masalah penjawat awam yang berprestasi baik dan cemerlang dengan markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mereka tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan.

"Saya tidak mahu melihat penjawat awam yang menjalankan tugas dengan cemerlang mendapat gaji statik. Ini yang saya mahu atasi.

"JPA sedang memuktamadkan senarai yang ada. Mereka sedang meneliti rekod perkhidmatan. Selalunya akan ada kenaikan biasa gaji, tetapi dalam kes ini kita mahu selesaikan kes mereka yang sudah mencapai tahap statik.

"Kami perlu berbincang dengan Perbendaharaan mengenai implikasi kewangan. Kerajaan amat positif mengenainya. Mereka faham gaji statik bukannya jawapan kepada penjawat awam yang berprestasi cemerlang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sebelum itu, Ali menyampaikan amanat kepada kira-kira 4,000 penjawat awam daripada pelbagai kementerian dan jabatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Majlis yang dilaksanakan menerusi sidang video itu turut boleh disaksikan penjawat awam di seluruh negara.

Dalam amanatnya, Ali menyarankan penjawat awam turut memainkan peranan dalam sektor luar negeri khususnya untuk memahat nama Malaysia di persada antarabangsa. - Bernama

Gagal bina masjid, surau


Gagal bina masjid, surau, Jitra, Kedah, Kerajaan Pas Kedah, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd. Johari Baharom, Islam, Politik, Malaysia
JITRA - Kerajaan Pas Kedah dicabar mengemukakan fakta dan bukti yang mereka melaksanakan syiar Islam dan menjaga kepentingan umat Islam negeri tersebut. 

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd. Johari Baharom (gambar) berkata, setakat ini, tiada satu pun masjid atau surau dibina kerajaan negeri sejak memerintah Kedah selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008. 

Katanya, umat Islam di Kedah beruntung kerana kerajaan Persekutuan terus membela nasib mereka walaupun diperintah pembangkang.

"Nak harapkan kerajaan Pas Kedah, cakap saja lebih macam tong kosong.

"Sejak 2008 hingga tahun lepas, kerajaan Pusat telah membelanjakan lebih RM80 juta untuk membina masjid dan surau serta menaik taraf kedua-dua institusi berkenaan," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan RM100 bagi lima buah sekolah rendah dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah, Roslee Ismail.

Mohd. Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kerajaan Pusat turut membelanjakan kira-kira RM30 juta setahun bagi membayar gaji dan elaun pegawai masjid serta guru-guru agama di Kedah.

Ketika berucap pada majlis itu, beliau memaklumkan, kerajaan negeri perlu membayar elaun imam sebanyak RM750 bagi menyamai pemberian kerajaan Pusat sebanyak RM750 dan bukannya RM50 sahaja.

Menyentuh soal pendidikan, Mohd. Johari memberitahu, seramai 3,598 pelajar dalam daerah Kubang Pasu menikmati Rancangan Makanan Tambahan bernilai RM1.2 juta, manakala sebanyak 12,674 murid sekolah menerima bantuan berjumlah RM4.355 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pelajar.

"Seramai 1,041 pelajar sekolah menengah pula menerima biasiswa antara RM700 hingga RM840 seorang setahun berjumlah RM942,760.

"Sebanyak 3,110 pelajar sebelas buah sekolah berasrama penuh pula menerima bantuan asrama bernilai RM10.5 juta pada tahun lepas," ujarnya. - Bernama

Balasan bunuh dua orang guna bom


Balasan, bunuh, dua, orang, guna, bom, Kuala Lumpur,  Mohd. Khayry Ismail, 48, Ng Siew Hong, 51, dan Goh Yong Seng, 35. Jenayah, Malaysia
KEADAAN Siew Hong yang maut akibat melecur teruk terkena bahan letupan yang diletakkan di depan rumahnya di Apartmen Desa Tun Razak, Desa Tun Razak, Cheras pada Ogos 2010.

KUALA LUMPUR – Tertekan dengan masalah hutang akibat kalah judi internet, seorang bekas kontraktor komunikasi tergamak meletakkan bom buatan sendiri di depan rumah pengusaha kafe siber sehingga menyebabkan wanita itu dan pekerja lelakinya maut terkena letupan dalam kejadian tiga tahun lalu.

Berikutan perbuatan itu, Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan Mohd. Khayry Ismail, 48, dihukum gantung sampai mati selepas dia disabitkan bersalah atas tuduhan membunuh Ng Siew Hong, 51, dan Goh Yong Seng, 35. Kedua-dua mangsa mati akibat melecur teruk di seluruh badan.

Hakim Datuk Su Geok Yiam mengenakan hukuman mandatori terhadap Mohd. Khayry selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kedua-dua kes tersebut.

Bapa kepada enam anak itu yang bercermin mata dan memakai jaket biru serta berseluar panjang dilihat tenang di kandang pesalah ketika keputusan dibacakan oleh hakim.

Beberapa ahli keluarga tertuduh yang memenuhi galeri mahkamah dan membaca surah Yasin sebelum prosiding bermula kelihatan sebak.

Mohd. Khayry didakwa membunuh pemilik kafe siber itu, Siew Hong dan pekerjanya, Yong Seng antara pukul 8 pagi dan pukul 8.30 pagi, 29 Ogos 2010 di hadapan rumah No. 2-12-4, Apartmen Desa Tun Razak, Blok 2, Jalan 8/118B, Desa Tun Razak, Cheras di sini.

Dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh sebelum kejadian itu kerap kali kalah judi di kafe siber milik wanita separuh umur itu sehingga dia terpaksa meminjam wang daripada mangsa.

Tertuduh kemudian memberitahu rakan-rakannya bahawa dia ingin melakukan sesuatu yang buruk terhadap mangsa dengan membuat satu bahan letupan.

Pada awal pagi kejadian, tertuduh pergi ke rumah mangsa dan meninggalkan sebuah kotak sebesar saiz televisyen 14 inci berisi bahan letupan di depan pintu rumah mangsa di tingkat 12.

Salah seorang mangsa yang cuba mengangkat kotak yang di atasnya turut diletakkan sebiji limau bali menyebabkan kotak tersebut meletup. Letupan itu turut menyebabkan Siew Hong cedera parah akibat melecur.

Bukti keterangan dilakukan tertuduh berdasarkan beberapa pengakuan yang dibuat oleh tertuduh kepada rakan-rakannya selepas kejadian itu.

Terdahulu, peguam Hanif Hashim dan Zambri Ibrahim dalam rayuan berkata, anak guamnya tiada kesalahan lampau dan menyesal atas perbuatan tersebut.

“Tertuduh tidak mengenali mangsa kedua tetapi mangsa pertama merupakan rakannya yang dipanggil kakak,” kata Hanif yang memohon supaya mahkamah menggunakan budi bicara menjatuhkan hukuman terhadap anak guamnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berhujah supaya faktor kepentingan awam lebih diambil kira berbanding kepentingan sendiri kerana bukan sahaja dua nyawa melayang tetapi ahli keluarga kedua-dua mangsa itu turut kehilangan orang yang disayangi.

Perbicaraan bermula 29 November 2011 dengan pendakwaan memanggil 40 saksi manakala pembelaan tiga saksi termasuk tertuduh yang memberi keterangan bersumpah.

Pembelaan memfailkan notis rayuan keputusan itu ke Mahkamah Rayuan semalam.

Makmal proses dadah diserbu


Makmal, proses, dadah, diserbu, Johor Bharu, Johor, Jalan Masai Lama, Plentong, Jenayah, Malaysia
ZAINUDDIN (dua dari kanan) menunjukkan vest polis, peluru hidup
dan pelbagai jenis dadah yang dirampas di sebuah stor
di Jalan Masai Lama, Plentong, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis menyerbu sebuah stor yang dijadikan makmal memproses dadah di Jalan Masai Lama, Plentong di sini kelmarin.

Dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, sindiket tersebut dipercayai didalangi oleh geng penjenayah yang menggelarkan diri mereka Kumpulan Chandra.

Katanya, kumpulan tersebut dipercayai telah menjalankan operasi memproses dadah di stor berkenaan sejak lebih setahun lalu.

Jelasnya, kejayaan tersebut dicapai selepas pihaknya menahan dua lelaki berusia 30 dan 45 tahun berdekatan stor berkenaan kira-kira pukul 3.40 petang.

"Hasil siasatan awal, kedua-dua lelaki berkenaan telah membawa anggota polis ke stor berkenaan.

"Kami menahan empat lagi lelaki berusia 26 hingga 50 tahun di dalam stor tersebut dan menemui pelbagai jenis dadah serta 100 butir peluru hidup 9 milimeter dan 0.45 milimeter," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini semalam.

Menurutnya, polis turut menemui dan merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah, wang tunai berjumlah RM14,000, sehelai vest polis dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux," ujarnya.

Jelas Zainuddin, dadah yang dirampas adalah 27 kilogram ketamin, empat gram heroin, 43 gram syabu dan pil ekstasi sebanyak 63 biji yang dipercayai mampu dibekalkan kepada kira-kira 137,000 penagih.

Menurutnya, ujian air kencing mendapati lima daripada enam suspek yang ditahan positif dadah dan tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

Zainuddin memberitahu, pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengesan saki baki ahli sindiket berkenaan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 serta Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Dicekup edar dadah di stadium


Dicekup, edar, dadah, di, stadium, Kota Bharu, Kelantan, Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, Heroin, RM125,000, Jenayah, Malaysia
MAZLAN (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas daripada seorang wanita di Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Hukuman penjara selama lebih lima tahun yang dilalui sebelum ini nyata tidak menginsafkan seorang pengedar dadah wanita apabila dia sekali lagi ditahan atas kesalahan sama.

Kali ini suspek berusia 42 tahun yang berasal dari Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang berdepan hukuman mati selepas dia ditahan bersama 50 botol lut sinar yang mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin bernilai RM125,000.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim memberitahu, sepasukan pegawai dan anggotanya telah menerima maklumat mengenai suspek dan melakukan serbuan di pekarangan tempat letak kereta di Stadium Sultan Muhammad IV dekat sini kira-kira pukul 1.35 petang kelmarin.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, polis menemui dadah tersebut yang dibalut menggunakan kertas surat khabar di dalam beg tangan suspek dan dia dipercayai sedang menunggu pelanggannya di kawasan berkenaan.

"Kita menemui wang tunai berjumlah RM282 dan mata wang Thailand berjumlah 7,770 bath (RM787). Ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun hasil soal siasat membawa kepada penahanan suaminya berusia 45 tahun yang positif dadah di Kampung Gual Tok Deh kira-kira pukul 8.15 malam.

"Selain itu, kita merampas sebuah kereta Perodua Myvi milik suspek yang dianggarkan berharga RM40,000 dan barang kemas bernilai RM5,133 di bawah Akta Perlucutan Harta Akta Dadah Berbahaya 1988 kerana dipercayai diperoleh hasil jualan dadah," katanya di sini semalam.

Mazlan memberitahu, dadah berkenaan dipercayai hendak diedarkan di pasaran tempatan khususnya kawasan Kota Bharu, Pasir Mas dan Bachok.

"Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan," ujarnya.

Jelasnya, suspek yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan pernah dipenjara selama lebih lima tahun sebelum dibebaskan dari Penjara Pengkalan Chepa pada 2 Januari 2004 atas kesalahan dadah.

Istana Negara jadi Muzium Diraja



Istana Negara, jadi, Muzium Diraja, Kuala Lumpur, 1 Februari, Malaysia


KUALA LUMPUR - Buat pertama kalinya, rakyat dibolehkan melawat bilik-bilik di Istana Negara lama yang pernah menjadi penginapan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berikutan bangunan lama itu dijadikan Muzium DiRaja dan dibuka kepada umum mulai 1 Februari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata, sebelum ini Balairong Seri di istana itu telah dibuka kepada umum sebagai medan 'Pameran Raja Kita' sejak April tahun lepas.

"Kita menerima respons daripada orang ramai yang mahu melawat ke dalam Istana Negara. Kerajaan memutuskan untuk membuka istana itu sebagai sebuah muzium," katanya kepada pemberita semasa mengiringi lawatan media ke istana itu semalam.

Seramai 40 wakil media serta agensi pelancongan dibawa melawat selama dua jam dan buat pertama kalinya memasuki Istana Negara setinggi dua tingkat dengan 22 bilik termasuk bilik beradu, pejabat, dewan, ruang makan dan istirehat.

Katanya, pembukaan muzium itu akan dirasmikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada 1 Februari ini.

"Kita akan buka setiap hari mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang dan pada peringkat awal, orang ramai akan diiringi pegawai kita yang akan memberikan taklimat mengenai setiap bilik dan ruang yang pernah digunakan.

Sejarah Istana Negara bermula sebagai rumah agam yang dibina pada tahun 1928 dan penggunaannya berakhir pada November tahun lepas apabila Istana Negara baharu didirikan di Kompleks Istana Negara di Jalan Duta di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan