Cari Artikel

Tuesday, January 22, 2013

Kathavarayan nafi mohon perlindungan kerana wang


Kathavarayan, nafi, mohon, perlindungan, kerana, wang, Shah Alam, Tertuduh, keempat, dalam, perbicaraan, kes, bunuh, jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, R. Kathavarayan, 32, Jenayah, Malaysia
Kathavarayan

SHAH ALAM - Tertuduh keempat dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini semalam, menafikan dia memohon diletakkan di bawah program perlindungan saksi kerana ingin mendapatkan bantuan kewangan.

R. Kathavarayan, 32, ketika disoal balas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, R. Matan juga menafikan cadangan peguam itu bahawa dia berbuat demikian selepas tidak berjaya mendapatkan wang daripada tertuduh pertama, N. Pathmanabhan.

Sebaliknya tertuduh keempat itu berkata, dia memohon untuk berada di bawah program itu kerana bimbangkan keselamatan isteri dan anak-anaknya.

Amer Hamzah: Kamu tahu atau tidak, di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009, keluarga kamu boleh diberikan bantuan kewangan?

Kathavarayan: Tidak tahu.

Amer Hamzah: Saya katakan pada kamu, selepas kamu tidak berjaya dapatkan wang daripada Pathmanabhan kamu memutuskan untuk memohon program perlindungan saksi untuk dapatkan bantuan kewangan dan lain-lain.

Kathavarayan: Tidak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pemandu teksi tanam ganja mampat di kebun sawit


Pemandu, teksi, tanam, ganja, mampat, di, kebun, sawit, Seremban, Negeri Sembilan, 11, killogram, RM30,800, Kampung Chelet, Jalan Salak, Nilai, Dadah, Jenayah, Malaysia
BAHAROM (dua dari kiri) melihat dadah yang dirampas daripada
seorang pemandu teksi pada sidang akhbar di Seremban semalam.

SEREMBAN - Polis menahan seorang pemandu teksi kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 11 kilogram bernilai RM30,800 dalam satu serbuan ke atas sebuah premis perniagaan ayam di Kampung Chelet, Jalan Salak, Nilai kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Superintendan Baharom Othman berkata, lelaki berusia 44 tahun tersebut ditahan selepas sepasukan anggota daripada bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerima maklumat awam dan membuat risikan ke atas premis tersebut.

"Semasa pemeriksaan ke atas suspek yang turut bekerja secara sambilan di premis perniagaan ayam tersebut, polis menjumpai satu paket kecil lutsinar mengandungi dadah disyaki ganja.

"Seterusnya siasatan dibuat ke atas suspek, akhirnya suspek memberitahu ada lagi dadah ditanam di dalam tanah di kebun kelapa sawit kira-kira 50 meter dari premis tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai kes itu di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Universiti Xiamen di Malaysia 2015


Universiti Xiamen, di, Malaysia, 2015, Sepang, Malaysia, Pendidikan
NAJIB menyaksikan Mohamed Khaled (kanan) menyerahkan surat jemputan
penubuhan kampus cawangan Universiti Xiamen di Malaysia kepada Chongshi di Sepang semalam.

SEPANG - Malaysia dipilih tempat pertama bagi kampus cawangan luar negara Universiti Xiamen pada tahun 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kampus cawangan itu akan dibina di tanah seluas 60.72 hektar di Salak Tinggi di sini dan dijangka beroperasi pada September 2015.

"Kerajaan Malaysia memberi kelulusan secara prinsip kepada Universiti Xiamen untuk menubuhkan cawangan kampus luar negara pertama di sini.

"Jemputan ini begitu bersejarah kerana inilah kali pertama kerajaan China membenarkan universitinya menubuhkan kampus di luar negara," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Universiti Xiamen, Prof. Zhu Chongshi dan anggota delegasinya seramai 20 orang di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Duta Khas Perdana Menteri ke China merangkap Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China, Tan Sri Ong Ka Ting.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dipenjara 3 tahun kerana menyamar pemungut derma rumah anak yatim


Dipenjara, 3, tahun, kerana, menyamar, pemungut, derma, rumah, anak, yatim, Kota Bharu, Kelantan, Mazli Abd. Ghani, 38, Jenayah, Malaysia
MAZLI ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Gara-gara menyamar sebagai pemungut derma untuk rumah anak-anak yatim, seorang lelaki terpaksa meringkuk di dalam penjara selama tiga tahun setelah Mahkamah Majistret di sini mendapati dia bersalah melakukan kesalahan itu.

Tertuduh, Mazli Abd. Ghani, 38, yang bekerja sendiri, didakwa melakukan perbuatan berpura-pura dengan menyamar sebagai pemungut derma untuk rumah anak-anak yatim Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah atau Pondok Tunjong pada 15 Januari lalu.

Mazli dituduh menipu seorang lelaki, Ruhi Muzakkir Muhammad yang juga seorang pengadu kepada kes tersebut kira-kira pukul 2.15 petang pada 15 Januari lalu di Medan Selera Stadium, Jalan Bayam, dekat sini.

Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berasal dari Jalan Telipot dekat sini mengaku melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 415 Kanun Keseksaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bukti Pusat tidak pinggir Kelantan



Bukti Pusat, tidak, pinggir, Kelantan, Kota Bharu, Tujuh, janji, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, membuktikan, kerajaan Pusat, tidak, pernah, meminggir, negeri, ini, Politik, Malaysia


KOTA BHARU – Tujuh janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kepada rakyat Kelantan membuktikan kerajaan Pusat tidak pernah meminggir negeri ini sebagaimana dakwaan pembangkang sebelum ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tujuh janji yang akan dimuatkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) itu akan direalisasikan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir Kelantan pada pilihan raya tersebut.

“Selain keprihatinan Perdana Menteri terhadap rakyat, janji itu juga menunjukkan beliau sentiasa mengambil berat kepada negeri walaupun dikuasai pembangkang sepenuhnya,” katanya.

Beliau ditemui semasa melawat seorang jurugambar sebuah agensi berita di salah sebuah hospital di bandar ini malam kelmarin.

Perdana Menteri semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong kelmarin, mengumumkan tujuh projek besar akan dibangun di Kelantan sekiranya BN diberi mandat pada PRU-13 nanti.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wad hospital jadi mahkamah



Wad, hospital, jadi, mahkamah, Kota Bharu, dua, lelaki, dirawat, dihospital, terkena, tembakan, Polis, atas, tuduhan, memiliki, beberapa, senjata, berbahaya, dan, menyerang, penjawat, awam, Jenayah, Malaysia

KOTA BHARU - Dua lelaki yang sedang dirawat di hospital akibat terkena tembakan anggota polis dihadapkan ke muka pengadilan semalam atas tuduhan memiliki beberapa senjata berbahaya dan menyerang penjawat awam.

Bagaimanapun, Mohd. Saimin Ali, 34, dan Mohd. Raffiq Razuaddy Ab. Aziz, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen Pasir Puteh, Roszita Md. Saad ketika prosiding dijalankan di Wad 2 Zamrud, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.

Ketika prosiding, kedua- dua tertuduh diasingkan daripada pesakit lain di wad tersebut dan ditutup dengan tirai.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa memiliki sebilah pedang, sebilah parang panjang, sebatang kayu, sebatang besi panjang dan sebilah pisau.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd. Saimin dan Mohd. Raffiq dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang penjawat awam, Koperal Mohd. Zaki Husain dengan niat hendak menahan atau menakutkannya daripada menjalankan tugas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Angkat kereta nampak mayat


Angkat, kereta, nampak, mayat, Johor Bharu, Hyundai, longkang, besar, Danga Bay, Jenayah, Malaysia
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat Chee Keong yang
tersepit selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam longkang di Danga Bay, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Sekumpulan lelaki terkejut apabila sebuah kereta jenis Hyundai yang dinaikkan selepas terjunam ke dalam longkang besar rupa-rupanya mengandungi mayat seorang lelaki yang dipercayai terperangkap dalam kejadian dekat pesisir pantai Danga Bay di sini semalam.

Mayat Choi Chee Keong, 45, ditemui tersepit di tempat duduk pemandu dan dipercayai lemas sebaik kenderaan dipandunya itu terjunam pada pukul 9 malam kelmarin.

Kereta mangsa hanya disedari berada di dalam longkang itu pada pukul 11 pagi semalam apabila sekumpulan lelaki ternampak bumbung kenderaan itu seolah-olah tersangkut pada permukaan longkang.

Lelaki berkenaan, David Pancil, 30, berkata, dia bersama tiga lagi nelayan terkejut apabila ternampak bumbung kereta berkenaan seolah-olah tersangkut di permukaan longkang berkenaan ketika mencari ketam di situ.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Geng Latin Tua tumpas


Geng, Latin, Tua, tumpas, Shah Alam, tiga, warga asing, Geng Latin Tua, Jenayah, Malaysia
ZAHEDI (kiri) menunjukkan sebahagian barangan curi yang dijumpai semula
daripada Geng Latin Tua pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Tiga warga asing bergelar Geng Latin Tua yang dipercayai terlibat melakukan enam kes pecah masuk rumah mewah di sekitar Shah Alam sejak awal tahun ini diberkas dalam serbuan di dua buah rumah apartmen di Bandar Puchong Jaya, Puchong pada Jumaat lalu.

Tangkapan kali keempat itu membuktikan geng tersebut nampaknya masih tidak serik melakukan jenayah biarpun tiga kumpulan sama melibatkan 15 suspek pernah ditumpaskan polis sepanjang tahun lalu.

Kesemua suspek terdiri daripada dua warga Peru dan seorang warga Colombia berusia 42 hingga 57 tahun itu diberkas pada pukul 8.10 malam hasil tindakan pasukan polis yang menjejaki mereka selepas mendapat maklumat serta melakukan risikan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki warga Colombia di sebuah apartmen sebelum menyerbu rumah kedua dan menahan dua lelaki warga Peru.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Makmal ekstasi bernilai RM500,000 diserbu


Makmal, ekstasi, bernilai, RM500,000, diserbu, George Town, pil khayal, Jenayah, Malaysia
RAHIM (kanan) melihat mesin pemampat bagi menghasilkan dadah jenis
ekstasi yang dirampas dalam satu serbuan di perkampungan Air Itam, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Satu sindiket memproses dan mengedar pil ekstasi berjaya dilumpuhkan selepas polis menyerbu sebuah makmal haram di sebuah rumah papan di perkampungan Air Itam di sini pada 18 Januari lalu.

Dalam operasi pukul 8.30 malam oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri itu, polis menahan lima lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun.

Difahamkan, ketika serbuan kesemua mereka berada di dalam rumah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Rahim Jaafar berkata, hasil serbuan, polis berjaya membongkar sebuah makmal haram memproses dadah jenis pil ekstasi termasuk menemui serbuk dadah ekstasi seberat 1,275 gram, ketamin (54 gram) dan syabu (22 gram).

Katanya, anggaran harga pasaran dadah yang dirampas itu bernilai RM500,000 dan pihaknya turut menyita tiga buah kereta dengan nilai RM130,000.

Jelasnya, serbuan dilakukan hasil maklumat yang diperoleh daripada orang awam dan risikan anggota JSJN.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Miros guna Quadcopter


Miros, guna, Quadcopter, Kajang, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Malaysia
ABDUL RAHMAT (dua dari kanan) dan pegawai Miros menunjukkan
Quadcopter yang digunakan untuk menyiasat kes kemalangan di Kajang semalam.


KAJANG – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) kini menggunakan teknologi helikopter kawalan jauh bagi menyiasat kes kemalangan maut yang berlaku di negara ini dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

Ketua Penyelidik Unit dan Rekonstruksi Kemalangan Miros, Abdul Rahmat Abdul Manap berkata, penggunaan gajet terbaharu dikenali Quadcopter dan dilengkapi bersama kamera resolusi tinggi itu mampu mengenal pasti data kemalangan maut dengan lebih mudah.

Ujarnya, analisis kes-kes seperti itu bukan hanya tertumpu kepada aspek kenderaan dan gaya pemanduan sahaja, malah ia turut merangkumi reka bentuk jalan raya, papan tanda serta elemen persekitaran.

“Miros menjalankan siasatan menyeluruh termasuk kaitan faktor keadaan jalan, papan tanda yang tidak sesuai atau halangan pokok yang mungkin menjadi penyumbang kepada kemalangan.

“Penggunaan Quadcopter dapat merakam imej menyeluruh dalam radius lebih luas di kawasan kemalangan melalui sudut yang lebih tinggi dengan dikawal oleh pegawai-pegawai Miros,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan