Cari Artikel

Monday, January 21, 2013

Ananda orang terkaya di Malaysia



Ananda, orang, terkaya, di, Malaysia, T. Ananda Krishnan,


KUALA LUMPUR – Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia apabila memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion.

Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.

Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.

Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.

Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pengguna rokok e-elektronik terdedah kepada penyakit


Pengguna, rokok, e-elektronik, terdedah, kepada, penyakit, Jenayah, Kesihatan, Malaysia
ANTARA rokok e-elektronik yang terdapat di pasaran. - Gambar hiasan


BENTONG - Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Rokok nie yang menyebabkan banyak diantara kawan2 is berlagak dan memandang hina pada kawan2 lain sebab apa? sebab isap rokok e-eliktronik nie nampak bergaya, booooo tak bergaya langsung orang sengkek aja yang isap rokok nie, kalau tak mampu janagn dok isap rokok, senang, jimat, badan pun sihat ada paham?

7 projek besar untuk rakyat Kelantan


7, projek, besar, untuk, rakyat, Kelantan, Malaysia
NAJIB (kanan) beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai ketika melakukan tinjauan mesra di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.

Projek tersebut adalah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium negeri baharu, masjid terbesar bernilai RM50 juta, perumahan rakyat melibatkan 3,000 unit buat permulaan, menyelesaikan masalah air, pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara dan mewujudkan sistem bas Rapid Kota Bharu.

Menurut Najib, tujuh projek itu juga akan dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) nanti.

“Saya sebut tujuh perkara ini hanya sebahagian daripada manifesto kita. Belum lengkap lagi. Saya hendak simpan modal ini sebab saya hendak turun ke Kelantan dan umum lagi,” katanya ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar Tunjung di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rakyat Malaysia dikhuatiri mati


Rakyat Malaysia, dikhuatiri, mati, Militan, loji gas, Amenas, Algeria
PARA tebusan berlutut dengan tangan diangkat ke atas
semasa mereka ditawan di kompleks minyak dan gas di In Amenas, Algeria baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Seorang daripada dua rakyat Malaysia yang gagal dikesan selepas kumpulan militan menawan sebuah loji gas di In Amenas, Algeria pada Rabu lalu dikhuatiri terkorban berikutan kejadian serangan tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, perkara itu dimaklumkan oleh wakil majikan rakyat Malaysia terbabit, JGC Construction Pte. Ltd. kepada Kedutaan Besar Malaysia di Algeria.

"Wakil syarikat memaklumkan kepada kedutaan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang masih hilang dikhuatiri terkorban manakala nasib seorang lagi rakyat Malaysia belum diketahui.

"Kedutaan Besar Malaysia di Algeria bagaimanapun akan berusaha dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Algeria serta JGC Construction Pte. Ltd. bagi mengesahkan maklumat terkini mengenai nasib dua rakyat Malaysia terbabit," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

BN tidak politikkan pendidikan


BN, tidak, politikkan, pendidikan, Politik, Malaysia
RAZALI (berdiri, tiga dari kiri) bergambar dengan warga SJKC San Chai, Muar semalam

MUAR - Pihak tertentu diminta supaya tidak mempolitikkan bidang pendidikan di negara ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya sentiasa memberi keutamaan kepada aspek berkenaan sejak dahulu lagi.

Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, atas sebab itu, tiada alasan bagi setiap keluarga di negara ini tidak mendapat kemudahan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka yang disediakan oleh kerajaan.

"Ini dibuktikan dengan peruntukan besar dikeluarkan setiap tahun termasuk bantuan persekolahan yang diterima setiap pelajar sejak tahun lalu tanpa mengira latar belakang dan kaum.

"Dalam soal pendidikan kita tidak boleh bermain politik, kerajaan BN dari dulu sampai sekarang beri peruntukan besar untuk pendidikan," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Bantuan Persekolahan RM100 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) San Chai, Parit Unas di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Budak maut dengan otak bersepai


Budak, maut, dengan, otak, bersepai, kemalangan, Malaysia
KEADAAN treler yang terbalik dan mengorbankan
Mohd. Afiq di Batu 10, Jalan Pagoh-Muar dekat Pagoh kelmarin.

PAGOH - Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam keadaan tragis apabila otaknya bersepai digilis tayar treler yang dipandu bapanya yang terbabas di Batu 10, Jalan Pagoh-Muar di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.20 pagi, Mohd. Afiq Amrin, 5, tercampak keluar dari treler dipandu bapanya selepas kenderaan itu terbalik ketika melalui satu selekoh di situ.

Mangsa yang berada di luar treler itu terus digilis tayar kenderaan itu menyebabkan dia mati di tempat kejadian.

Treler membawa muatan papan lapis itu dipercayai terbalik selepas hilang kawalan ketika membelok selekoh di tempat kejadian.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, bapa mangsa, Mohd. Yazid Banain, 44, ibu, Suriyati Abd. Rahman, 30-an, dan kakak mangsa, Nur Damia Batrisya, 6, hanya cedera di beberapa anggota badan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penjenayah tewas digigit wanita



Penjenayah, tewas, digigit, wanita, Jenayah, Malaysia


KUCHING - Seorang penjenayah yang cuba melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) terpaksa melupakan hasratnya selepas mangsa, seorang juruaudit wanita, bertindak menggigit lengan kirinya.

Sebelum kejadian pada pukul 9.30 malam kelmarin, mangsa Chia Mei Ngee dan anak lelakinya yang berusia empat tahun berada di dalam Toyota Hilux Virgo yang berhenti di bahu Jalan Abell sementara menunggu suaminya mengeluarkan duit dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Mei Ngee, 37, memberitahu, tidak sampai beberapa minit ditinggalkan suaminya dalam keadaan enjin kenderaan masih hidup, seorang lelaki masuk ke dalam kenderaannya lalu memandu meninggalkan lokasi dia menunggu suaminya.

"Saya panik dan minta lelaki itu berhenti namun dia tidak mempedulikan rayuan saya.

"Saya cuba pegang stereng dan menarik brek tangan kenderaan namun gagal kerana dihalang suspek," kata Mei Ngee ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rokok seludup RM1 juta dirampas



Rokok, seludup, RM1, juta, dirampas, Jenayah, Malaysia


KUALA TERENGGANU - Rokok seludup dengan nilai cukai kira-kira RM1 juta berjaya dirampas oleh Kastam Terengganu dalam satu serbuan di sebuah gudang di Kampung Tasek, Bukit Payung, Marang Khamis lalu.

Serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu dilakukan hasil maklumat awam yang curiga dengan kegiatan di gudang tersebut sejak kira-kira dua tahun lalu.

Dua lelaki warga tempatan berusia 34 dan 43 tahun yang berada di dalam gudang tersebut turut ditahan dan mereka dipercayai menyewa tanah dan mendirikan gudang di lokasi tersebut untuk memudahkan kerja-kerja menyimpan dan mengedar rokok seludup itu.

Difahamkan, rokok tersebut dibawa masuk melalui pantai barat Semenanjung dan dijual kepada peruncit pada harga murah iaitu sekitar RM3.50 sekotak berbanding harga biasa melebihi RM7 sekotak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

BNYV Kedah tarik sokongan muda


BNYV, Kedah, tarik, sokongan, muda, Politik, Malaysia
KHAIRUL ANNUAR (tiga dari kiri) menyerahkan baju BNYV
kepada Keng Liang pada program Santai Teh Tarik di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) Kedah akan mendekati golongan muda di negeri itu dengan menggunakan pendekatan santai dalam usaha mendapatkan kembali sokongan mereka terhadap Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya, Khairul Annuar Hanafi berkata, pihaknya menolak sebarang pendekatan provokasi dan kekasaran sebaliknya akan menarik minat golongan belia menyertai program kemasyarakatan anjuran BNYV dengan berhemah.

"Kita rancang untuk adakan aktiviti kebajikan seperti memberi sumbangan dan memperbaiki rumah golongan miskin serta berkunjung ke rumah anak-anak yatim," katanya selepas menghadiri program Santai Teh Tarik bersama Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiket final Soulstar hampir habis dijual



Tiket, final, Soulstar, hampir, habis, dijual,


KUCHING - Konsert kemuncak Soulstar 2012 yang bakal berlangsung di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, Petra Jaya di sini pada 26 Januari ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Pengasas Soulstar, Zaini Zainuddin berkata, sebanyak 600 daripada 800 tiket yang diperuntukkan kepada orang ramai terjual secara dalam talian setakat minggu lalu.

"Dewan tersebut sebenarnya mempunyai kapasiti sebanyak 1,000 kerusi dan 200 tiket diberikan kepada tetamu kehormat.

"Kita yakin, pada minggu terakhir ini, kesemua tempat yang masih ada dapat dijual," katanya semalam.

Katanya, konsert Soulstar musim ketiga pada kali ini lebih hangat daripada musim terdahulu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan