Cari Artikel

Friday, January 18, 2013

Program pencarian pelapis pendakwah


Program, pencarian, pelapis, pendakwah, program realiti, terbaru, TV3, Da'i, Islam, Malaysia
BARISAN peserta yang bakal terbabit dengan program Da'i Pendakwah Milenia.

PROGRAM realiti terbaharu TV3, Da’i: Pendakwah Milenia diterbitkan untuk mengasah 12 peserta yang dipilih untuk menjadi pelapis pendakwah. Berbeza dengan program Imam Muda di Astro Oasis yang lebih memfokuskan untuk mencari pelapis imam.

Ini diakui oleh penerbit Da’i: Pendakwah Milenia sendiri, Shukri Ibrahim, apabila ditanya mengenai kelainan yang cuba ditonjolkan melalui program tersebut.

Jelasnya: “Kami hanya mencari da’i (pendakwah) bukannya imam. Kini, ramai orang mencari tempat untuk menuntut ilmu sedangkan pendakwah muda dilihat kurang. Ia adalah tanggungjawab sosial kami untuk mencari generasi pelapis golongan pendakwah selain memartabatkan program keagamaan di TV3.”

Mengulas mengenai tugasan yang bakal dihadapi oleh peserta, ujar Shukri, seramai 12 peserta yang dipilih perlu melakukan tugasan seperti berceramah, mengimarahkan masjid, membimbing adik angkat di sekolah agama berasrama dan sehari bersama saudara baharu.

Seramai 12 peserta yang dipilih ialah Nasaruddin Samsudeng, Che Faizal Amir Che Mat, Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid, Noraida Jamlie, Mohamad Azamudin Zainal, Mohamed Hazwan Padzil, Muhammad Haizat Kamaruddin, Khairul Amar Samsuri, Mohamad Shazwan Zakaria, Ahmad Kahirul Ikhwan Abdullah, Nor Adibah Razain dan Muhammad Tajdid Hadhari Romli.

Jelas Shukri, apa yang pasti, keutamaan program Da’i yang bakal bersiaran sebanyak 13 episod itu pastinya menguji keupayaan minda dan bakat berdakwah 12 peserta Da’i: Pendakwah Milenia.

“Kesemua peserta nanti akan berdepan cabaran berat dalam melaksanakan 11 tugasan untuk dinilai oleh dua juri tetap dan juga juri jemputan setiap minggu.

“Hanya seorang sahaja yang layak menyandang gelaran juara Pendakwah Milenia dan juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000,” ungkapnya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar.

Dua juri tetap Program Da’i: Pendakwah Milenia iaitu Zainal Ariffin Ismail dan Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie bakal bertanggungjawab menilai keterampilan semasa peserta dan pemarkahan tugasan yang diberikan.

Da’i: Pendakwah Milenia bakal diacarakan oleh pengacara popular, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin manakala untuk segmen khas mingguan ia akan diacarakan oleh Mohd. Zhafran Mohd. Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris.

Da’i: Pendakwah Milenia akan mula bersiaran langsung pada 19 Januari ini, setiap hari Sabtu, pukul 6 petang.

Penonton yang terlepas menyaksikan episod mingguan Da’i juga boleh menonton program tersebut melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

***iskandarX: Jangan lepas nie ada pulak Pendakwah yang kes rogol atau rompak sudah lah ok?

Britney pulangkan cincin pertunangan


Britney, pulangkan, cincin, pertunangan, Britney Spears, Jason Trawick, Hiuran, Hollywood,
JASON TRAWICK dan Britney Spears.
BINTANG pop terkenal, Britney Spears, 31, yang memutuskan pertunangan dengan Jason Trawick, 41, selepas 13 bulan bertunang dilaporkan telah memulangkan cincin pertunangan 3.5 karat kepada bekas tunangnya itu baru-baru ini.

Menurut laman gosip TMZ.com, Britney yang mempunyai dua orang anak lelaki, Sean Preston, 7, dan Jayden James, 6, hasil perkahwinannya sebelum ini dengan Kevin Federline bertindak memutuskan pertunangan tersebut kerana Jason enggan memiliki anak.

"Jason amat menyayangi anak-anak Britney tetapi dia tidak mahu memiliki anaknya sendiri," kata sumber yang rapat dengan pasangan itu.

Tambah sumber itu lagi, pasangan tersebut kerap bertengkar tentang penambahan bilangan anak dan ia menjadi punca utama mereka berpisah. Britney tidak diminta untuk memulangkan kembali cincin yang diberi ketika Jason melamarnya tetapi dia membuat keputusan itu sendiri.

Trawick merasakan hubungannya bersama Britney telah merampas sikap individu dirinya sehingga dia tidak boleh mengambil pelanggan lain dan kini dia tidak sabar untuk kembali fokus terhadap kerjayanya sebagai agen publisiti di Hollywood.

Pasangan itu dikatakan telah berpisah secara baik. Britney merupakan pemilik tunggal kepada rumah yang didiami mereka berharga RM25 juta dan tidak mempunyai sebarang masalah kewangan.

Penyanyi yang mengumumkan perpisahan mereka pada 11 Januari lalu mengatakan dia selalu kagum dengan Trawick dan akan kekal sebagai teman baik.


Berjuta warga kota terjejas banjir


Berjuta, warga, kota, terjejas, banjir, 19,000, orang, hilang, tempat, tinggal, dan, meragut, tiga, nyawa, Jakarta, Indonesia, Luar Negara
Banjir besar mengakibatkan Jalan Sudirman, Jakarta
yang sentiasa sesak dengan trafik tiba-tiba lumpuh akibat banjir semalam.

JAKARTA - Banjir yang menyebabkan lebih 19,000 orang hilang tempat tinggal dan meragut tiga nyawa di ibu kota Indonesia di sini semalam turut memaksa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyingsingkan seluarnya.

Lebih 50 peratus kawasan di pusat bandar raya ini kini lumpuh selepas dibanjiri air bah berlumpur hingga ke paras pinggang.

Dalam pada itu lebih 100,000 buah rumah terjejas akibat banjir di kota metropolitan ini yang dihuni seramai 20 juta orang dan terkenal kerana kesesakan lalu lintas yang kronik.

Disebabkan keadaan yang teruk itu, Kerajaan Pentadbiran Ibu Kota Jakarta telah mengisytiharkan Darurat Banjir untuk kawasan Jakarta mulai semalam hingga 27 Januari.

Air bah juga menyebabkan ramai pemandu tersekat selama berjam-jam pada waktu pagi.

Penunggang-penunggang basikal pula terpaksa menolak kenderaan dua roda mereka dengan hanya hendal dan pelana basikal yang masih kelihatan.

Dalam bencana kali ini, Susilo dirakam menggulungkan kaki seluarnya hingga ke lutut ketika mengharungi air banjir di perkarangan Istana Presiden di sini.

Pekarangan istana berkenaan kini ditenggelami air sehingga paras buku lali.

"Jakarta kini dilanda banjir, saya berharap tidak akan ada terlalu ramai mangsa," kata Susilo kepada kumpulan jurugambar media.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

RM30 saja untuk saman trafik DBKL


RM30, saja, untuk, saman, trafik, DBKL, kuala lumpur, Politik, Malaysia
RAJA NONG CHIK (dua dari kanan) menyerahkan beg cenderamata
selepas merasmikan Program Walkabout dan Pelancaran Kempen Kibar Bendera
sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013
di Terminal Bas Pudu Sentral, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Warga kota yang dikenakan saman bagi semua jenis kesalahan trafik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya perlu membayar kompaun pada kadar rata iaitu RM30 sepanjang bulan Februari depan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pemberian diskaun pada kadar rata itu dilakukan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari ini.

Ketika ini, semua pesalah trafik yang dikenakan saman oleh DBKL perlu membayar kompaun antara RM100 hingga RM300 bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.

Menurutnya, tawaran kompaun istimewa itu bagaimanapun hanya sah bermula 1 hingga 28 Februari ini dan pembayaran boleh dibuat di semua kaunter DBKL pada hari bekerja dengan membawa bersama-sama notis kompaun.

Tambahnya, selain diskaun kompaun, warga kota juga bakal menerima pelbagai ‘buah tangan’ yang lebih menarik berbanding pada tahun-tahun sebelum ini.

“Antara ganjaran yang diberikan ialah penggunaan kemudahan awam di bawah pengurusan DBKL seperti gelanggang futsal, tenis, badminton, padang bola sepak dan kolam renang secara percuma sepanjang bulan depan.

“Orang ramai juga boleh menikmati perkhidmatan menaiki bot dan menunggang kuda secara percuma di Taman Tasik Titiwangsa sepanjang bulan itu,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


***iskandarX: Kena saman ayar RM30 jer? Aiiih pukui uah nampak DKL nie pun?

PM lancar SelangorBN.fm


PM, lancar, SelangorBN.fm, Politik, Malaysia
NAJIB ditemu bual oleh Kavimani (duduk di kanan) sambil diperhatikan
oleh Noh (tiga dari kiri), Mohd. Zin (tiga dari kanan) dan Pian Hon (kanan)
di konti stesen radio SelangorBN.fm di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Saluran radio internet, SelangorBN.fm bakal menjadi medium untuk Barisan Nasional (BN) mendapatkan maklum balas daripada rakyat Selangor dan seterusnya berupaya memberi khidmat yang lebih baik dan berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan saluran radio itu memuji usaha tersebut yang disifatkannya sebagai pendekatan baharu bagi mendekati pengundi dan rakyat di negeri ini.

"Ini merupakan satu perkembangan yang sangat baik kerana BN Selangor memikirkan cara yang sesuai dengan perubahan zaman," katanya ketika ditemu bual oleh deejay SelangorBN.fm, M. Kavimani di konti radio itu di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed dan Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Yap Pian Hon.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: selagi pemerintah itu adalah orang Islam, selagi itu rakyat akan kekalkan ia seagai ketua, kalau dapat kepada seorang yang nama sahaja Islam tetapi agenda menjahanam kan Islam maka hancur inasalah segala-galanya.

BN mampu pertahan kemenangan


BN, mampu, pertahan, kemenangan, Barisan Nasional, BN, Pilihan Raya Umum PRU ke-13, Politik, Malaysia
SHAMSUL AMRI (kiri) memberikan pandangan sambil diperhatikan Johan (tengah)
dan Syed Arabi pada program Wacana Pra PRU-13: Siapa Jadi Pilihan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) perlu menawan pemikiran pengundi ‘atas pagar’ dengan membuktikan parti itu mampu menjamin masa depan rakyat sekiranya mahu menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Profesor Kanan Jabatan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid berkata, BN dilihat mampu mempertahankan kedudukan sebagai kerajaan di negara ini berikutan sokongan positif secara keseluruhan daripada rakyat terhadap kepimpinan parti tersebut.

“Kelompok pengundi ‘atas pagar’ semakin berkembang dan kebanyakan mereka membuat keputusan (memilih parti yang hendak diundi) menjelang musim kempen pilihan raya berakhir.

“Mereka merupakan kumpulan pengundi yang mudah dipengaruhi berdasarkan sesuatu isu yang dibangkitkan pada saat-saat akhir sebelum pilihan raya berlangsung,” katanya pada sidang akhbar selepas program Wacana Pra PRU-13: Siapa Jadi Pilihan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Dok tunggu apa lagi kasi jalan la itu pilihan raya, tak payah banyak drama. 

Budak 11 tahun, kekasih hilang


Budak, 11 tahun, kekasih, hilang, Seorang, budak, perempuan, berusia, dipercayai, dilarikan, kekasihnya, ketika, sedang, menjamu, selera, bersama, datuk, dan, neneknya, di, sebuah, medan selera, pasar raya, Tesco, dekat, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Selangor, Jenayah, Malaysia
TERATAI dan kekasihnya Muhamad Shahril dicari sebab
menghilangkan diri daripada keluarga masing-masing sejak seminggu lalu.



HULU SELANGOR – Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika sedang menjamu selera bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa di sini Sabtu lalu masih belum lagi ditemui.

Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, dipercayai dilarikan oleh kekasihnya yang dikenali sebagai Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17, pada pukul 2.30 petang.

Mengikut maklumat keluarga mangsa, Teratai sebelum ini pernah menghilangkan diri selama sehari bersama lelaki sama tetapi pulang semula ke rumah selepas dipujuk oleh keluarganya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, budak perempuan dan kekasihnya itu didakwa mengenali satu sama lain ketika bermain satu permainan atas talian kira-kira tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, menurut beliau, apabila hubungan mangsa dan kekasihnya yang tinggal di Kota Warisan, Sepang diketahui keluarga mangsa, keluarga budak perempuan itu melarang mangsa berjumpa kekasihnya itu.

Dalam tempoh perhubungan itu, kekasih Teratai didakwa pernah menghantar sebentuk cincin kepada mangsa dengan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Cua la cari kekasih yang sama-sama umur sikit? akkan lah aru 11 tahun dah leh stim nak kapel hampeh etui la penyanggak sekarang nie memang keturunan apakah ini? Cua pikiaq 11 tahun apa ada? Apa pun elum tumuh leeeeyy(ayat Keting niee).

Pekerja stesen minyak bersubahat


Pekerja, stesen, minyak, bersubahat, Kegiatan, penyeludupan, diesel, yang, didalangi, dua, jutawan, di, berkas, Pengerang, sini, kelmarin, terbongkar, Kota Tinggi, Jenayah, Malaysia
INILAH kapal yang menunggu di persisiran perairan
Pengerang untuk menghantar diesel ke sebuah kapal asing lain.

KOTA TINGGI – Kegiatan penyeludupan diesel yang didalangi dua jutawan yang diberkas di Pengerang di sini kelmarin terbongkar ekoran banyak aduan daripada pembeli diesel di sekitar Sungai Rengit yang mendakwa stesen-stesen minyak tersebut kerap tiada bekalan sejak pertengahan tahun lalu.

Satu sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, ekoran aduan tersebut pihak berkuasa melakukan siasatan sehingga tertangkap dua lelaki itu yang rupa-rupanya bergerak aktif membeli minyak hampir di kebanyakan stesen minyak di kawasan Sungai Rengit untuk diseludup ke negara jiran.

“Dua jutawan penyeludup minyak itu mendapat bekalan yang banyak daripada yang sepatutnya dibeli oleh setiap pembeli selepas pekerja di stesen minyak tersebut didakwa disogok lima sen bagi setiap liter yang dijual oleh pekerja itu kepada sindiket tersebut,” kata sumber itu ketika dihubungi di sini.

Kata sumber itu lagi, dengan sogokan kepada pekerja di stesen-stesen minyak terbabit, sindiket yang sudah bergerak hampir setahun itu dibenarkan membeli diesel subsidi sehingga beribu-ribu liter dalam satu-satu masa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: udia aaaiihh sampai dah jadi Jutawan dok seludup minyak Diesel, macam mana lah Kerajaan nak agi susidi kalau masih dok ada diantara kita semua nie penyanggak yang perangai macam sial nie? Kerana dorang semua nelayan sengsara.

Isteri tertuduh bersalin di mahkamah


Isteri, tertuduh, bersalin, di, mahkamah, Kangar, Perlis, Dadah, Malaysia
ORANG ramai di Kompleks Mahkamah Perlis,
Kangar memberi bantuan kepada
Shahidawati yang melahirkan bayi lelaki semalam.

KANGAR – Kompleks mahkamah di sini semalam riuh rendah apabila isteri kepada seorang tertuduh yang disabitkan dengan kesalahan dadah terpaksa melahirkan anak dalam kawasan mahkamah.

Semasa kejadian pukul 11 pagi, Shahidawati Shabudin, 37, berada di luar mahkamah sementara menunggu suaminya yang didakwa di Mahkamah Majistret di situ.

Mengikut seorang peguam, Rabiatul Adawiyah Ramli, wanita itu yang mengalami sakit perut secara tiba-tiba meninggalkan kamar mahkamah sebelum dia mencari tempat duduk di kawasan mahkamah.

“Tindakan wanita itu disedari seorang tukang cuci wanita yang bertugas di mahkamah dan ketika itu Shahidawati sudah mengalami pendarahan.

“Sebaik diperiksa, kepala bayi telah keluar menyebabkan tukang cuci terbabit terpaksa menyambut bayi itu yang kemudian selamat dilahirkan oleh ibunya,” kata Rabiatul.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: amik hampa, nak heret sangat saksi-saksi yang sarat sekalipun, punya mangkaq. Anak tertuduh esok mesti akan menjadi peguam tak pun Majistret bila esar nanti kan? Insyaallah.

Angkut mercun guna lori curi


Angkut, mercun, guna, lori, curi, Sebanyak, 8,000, kilogram, bernilai, lebih, RM100,000, Pekan, Pahang, Malaysia
YAHAYA (tiga dari kiri) bersama beberapa anggota polis
menunjukkan sebahagian daripada mercun yang dirampas di Pekan semalam.

PEKAN - Sebanyak 8,000 kilogram mercun bernilai lebih RM100,000 yang disembunyikan di dalam sebuah lori curi berjaya dirampas di Kilometer 16, Jalan Kuantan-Segamat di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mercun pelbagai jenis itu ditemui selepas penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengarahkan lori berkenaan memasuki stesen timbang dekat Paloh Hinai di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ujarnya, ketika itu pemandu dan kelindan lori tersebut mendakwa mereka membawa muatan ikan bilis.

"Bagaimanapun, semasa lori itu ditimbang, kelindan lori memberi alasan mahu ke tandas tetapi dia bertindak melarikan diri.

"Selepas diperiksa, lori tersebut didapati membawa muatan mercun dan pihak JPJ bertindak memaklumkan perkara itu kepada polis.

"Berikutan itu, pemandu berumur 23 tahun tersebut ditahan reman selama seminggu untuk disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hakisan ancam rumah


Hakisan, ancam, rumah, Rembau, Penduduk, Kampung Bemban, Sungai emban, Malaysia
WAHAB menunjukkan masalah hakisan di tebing
sungai yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya di Rembau semalam.

REMBAU – Penduduk Kampung Bemban dekat sini bimbang memikirkan keselamatan diri dan keluarga ekoran rumah mereka diancam hakisan Sungai Bemban yang semakin serius.

Salah seorang penduduk, Wahab Rashid, 66, berkata, rumahnya hanya terletak kira-kira 20 meter dari tebing sungai berkenaan.

Katanya, hakisan yang bermula sejak November tahun lalu itu menyebabkan tanamannya pokok pisang dan limau musnah.

“Selepas beberapa kali saya membuat aduan, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri akhirnya membina benteng menggunakan buluh baru-baru ini.

“Bagaimanapun, masalah itu tidak selesai kerana benteng buluh itu tidak mampu menghalang aliran air sungai yang naik mendadak semasa musim hujan,” katanya di sini semalam.

Ujarnya, pegawai JPS memintanya bersabar kerana pada masa ini tiada peruntukan untuk membina benteng daripada simen.

“Berapa lama lagi saya mahu menunggu kerana hakisan itu semakin teruk dan saya bimbang akan menjejaskan rumah yang saya diami bersama tujuh ahli keluarga,” jelasnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan