Cari Artikel

Thursday, January 17, 2013

KPDNKK rampas 672 silinder LPG bernilai RM100,000


KPDNKK, rampas, 672, silinder, LPG, bernilai, RM100,000, kuala lumpur, di, sebuah, gudang, berhampiran, Stesen Komuter Segambut, semalam, Jenayah, malaysia


KUALA LUMPUR — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 672 silinder gas petroleum cecair (LPG) bernilai kira-kira RM100,000 dalam serbuan di sebuah gudang berhampiran Stesen Komuter Segambut di sini semalam.

Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, dalam serbuan pada kira-kira 4.30 petang itu, pihaknya turut menahan dua pekerja lelaki yang sedang memindahkan silinder gas berkenaan di premis terbabit bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati gudang itu dijadikan stor penyimpanan dan pemindahan subsidi LPG, yang dipercayai diseleweng bagi kegunaan domestik dan perindustrian, dan berdasarkan laporan yang diterima, premis itu telah diserbu dua kali sejak 2009,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat bagi mengenal pasti dalang utama kegiatan itu, termasuk pemilik premis untuk siasatan lanjut.

Othman berkata 602 tong gas seberat 14 kilogram yang dirampas itu adalah untuk kegunaan domestik, manakala selebihnya berkapasiti 50 kilogram bagi kegunaan perindustrian. — BERNAMA

Malaysia destinasi paling popular


Malaysia, destinasi, paling, popular, Singapura, Malaysia, menduduki, kedudukan, nombor, satu, daripada, 50, buah, negara, untuk, menjadi, destinasi, pelancongan, mesra, pelancong, Islam, Perlncongan, travel, Tourism
SAJIAN makanan halal memenuhi keperluan para pelancong beragama Islam ke Malaysia.
SINGAPURA - Malaysia menduduki kedudukan nombor satu daripada 50 buah negara untuk menjadi destinasi pelancongan mesra pelancong Islam menerusi satu kaji selidik yang disiarkan semalam.
Firma perunding pelancongan di sini, Crescentrating, mengendalikan kaji selidik itu.

Ia memberikan penarafan kepada negara-negara berkenaan berdasarkan layanan yang disediakan kepada pelancong-pelancong Islam seperti makanan dan perkidmatan halal.

Kaji selidik itu menggunakan beberapa kriteria seperti tahap keselamatan sesebuah negara, kemudahan mendapatkan makanan halal, mengerjakan solat dan sama ada hotel-hotelnya dapat memenuhi keperluan para penginap beragama Islam.

Berdasarkan skala satu hingga sepuluh, Malaysia menduduki tempat pertama dengan memperoleh gred 8.3.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini..


***iskandarX: Saper yang tak suka Malaysia angkat sikit tangan, keluar sikit is nak tengok muker dier.

Perodua lancar kempen ganti stereng Myvi


Perodua, lancar, kempen, gant,i stereng, Myvi, stereng, kuasa, elektronik, EPS, 74,000, varian, Malaysia


KUALA LUMPUR - Perodua melaksanakan kempen langkah pencegahan bagi menggantikan bahagian stereng kuasa elektronik (EPS) terhadap 74,000 varian Myvi baharu yang dibina antara Mac 2011 dan Mac 2012.

Pembuat kereta kompak itu berkata, kempen itu bertujuan memastikan pemilik Perodua Myvi baharu itu menikmati prestasi optimum kenderaan masing-masing.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kempen itu perlu memandangkan prestasi kereta mungkin tidak berada pada kedudukan terbaik dan mungkin menjejaskan sebahagian respons semasa pemandu memandu pada kelajuan rendah.

"Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perodua, masalah itu boleh dikesan apabila penunjuk EPS menyala dan pemandu mendapati rasa berat pada kelajuan antara 30 dan 40 kilometer sejam.

"Ini boleh dibaiki sementara dengan mematikan enjin dan menghidupkan semula kereta, namun untuk pembaikan kekal dan mengurangkan kemungkinan risiko ke atas pelanggan, kami meminta mereka membuat temu janji di mana-mana 170 pusat servis kami di seluruh negara untuk penggantian EPS itu," katanya menerusi satu kenyataan di semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Boleh drift aa lepas nie kan? huuhuuuuu

Pelakon Patrick Teoh mohon maaf



Pelakon, Patrick Teoh, mohon, maaf, Facebook, Jenayah, Perkauman, Malaysia
PETIKAN kenyataan Patrick di laman sosial, Facebook
yang menghina Islam dan menimbulkan kemarahan umat Islam.
KUALA LUMPUR – Pelakon, Patrick Teoh, 65,meminta maaf berhubung kenyataannya menerusi laman sosial, Facebook pada Isnin lalu yang disifatkan telah menghina agama Islam.

Patrick berkata, dia sama sekali tidak berniat mempersendakan Islam dan kontroversi yang tercetus itu menjadi pengajaran berguna untuknya.

“Kepada semua umat Islam, saya dengan ikhlas hati memohon maaf tentang apa yang saya tulis di Facebook sebelum ini dan kenyataan itu telahpun dipadamkan,” ujarnya menerusi Twitter miliknya semalam.

Isu tersebut tercetus selepas pelakon yang pernah membintangi filem Baik Punya Cilok dan Buli itu mempertikaikan garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Kedah berhubung majlis sambutan Tahun Baru Cina di negeri tersebut pada 2 Februari depan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Senang-senang je minta mohon maaf, bagi penampaq baru hang tau, hang ingat hang dok Negara bapak hang ka nak kutuk2 Islam nie? Nenek moyang hang kat China nuu pun Islam tau, mai tang hang dengan bapak hang saja tak masuk Islam. Agak-agak aaa, kalau orang Islam kutuk agama lain terus kena saman, kena tangkap, kalau ornag kutuk Islam, semua diam, macam cibai.

Panda China dibawa masuk Mei 2014


Panda, China, dibawa, masuk, Mei, 2014, kuala lumpur, Beruang Panda Gergasi, Fengyi, Fuwa, lambang, persahabatan, antara, Malaysia, dan, China, Politik, Malaysia
DOUGLAS (dua dari kanan) meninjau tapak pembinaan eksibit bagi pasangan panda dari China di Zoo Negara, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Beruang panda gergasi, Fengyi dan Fuwa yang menjadi lambang persahabatan antara Malaysia dan China akan dibawa masuk ke negara ini pada Mei tahun hadapan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah berkata, untuk tujuan itu, pembangunan eksibit khas bagi menempatkan panda berkenaan akan dimulakan pada Jun ini di Zoo Negara dan dijangka siap sepenuhnya April tahun hadapan.

“Zoo Negara dipilih sebagai lokasi penempatan kedua-dua beruang berkenaan kerana ia merupakan tempat paling sesuai berbanding Taman Wetland, Putrajaya.

“Eksibit yang berkeluasan 0.6 hektar ini akan dilengkapi suhu kurang 24 darjah Celcius dan mempunyai kemudahan yang sama seperti habitat asal panda,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Zoo Negara di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Lerr nak bawak masuk Panda la pulak isk isk isk jenuh nanti kita semua blaja Kung-Fu Panda ok? Yeeehaaaaaaaa.

16 NGO jadi pemerhati PRU-13



16, NGO, jadi, pemerhati, PRU-13, Kuala Terengganu, Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, tempatan, sebagai, pemerhati, semasa, Pilihan Raya Umum ke-13, Politik, Malaysia


Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

KUALA TERENGGANU - Buat julung-julung kali, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan sebagai pemerhati semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, NGO tempatan itu melibatkan empat di Semenanjung, sembilan di Sarawak dan tiga di Sabah.

"SPR sedang dalam peringkat akhir untuk melantik 16 NGO tempatan itu sebagai pemerhati PRU-13. Ini merupakan yang pertama kali dan tidak pernah berlaku dalam PRU terdahulu.

"Perbincangan dengan NGO tersebut telah diadakan berkali-kali untuk kita muktamadkan syarat dan pengumuman tentang syarat serta perkara lain akan dilakukan akhir bulan ini," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Alamak, SPR siap bubuh Payung maaaa, huhuuuu best best, tapi betul ker hanya memerhati nie?

2 diberkas cuba jual pistol tiruan


PETALING JAYA - Cubaan sulung dua sahabat untuk mencari wang cara salah dengan menjual senjata api tiruan melalui internet gagal apabila mereka diberkas dalam sekatan jalan di USJ 20 dekat sini pada Isnin lalu.

2, diberkas, cuba, jual, pistol, tiruan,menjual, senjata api tiruan, melalui, internet, mereka, diberkas, dalam, sekatan, jalan, di, USJ 20, Petaling Jaya, Jenayah, Malaysia
PISTOL tiruan yang dirampas daripada dua sahabat
yang ditahan dalam sekatan jalan di USJ Isnin lalu.
Bersama kedua-dua lelaki itu, polis turut menemui tiga pucuk pistol tiruan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ketika ditahan pada pukul 11.30 malam, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 23 dan 28 tahun menaiki kereta Perodua Myvi dan dalam perjalanan menghantar senjata berkenaan kepada pembeli.

Salah seorang suspek bekerja sebagai juruteknik komputer manakala seorang lagi suspek bekerja sebagai pembantu jurutera.

"Polis yang memeriksa kereta itu menemui tiga pucuk pistol tiruan, beberapa butir peluru bebola dan sepasang gari. Kesemua barangan itu disorok di bawah pelapik kaki tempat duduk belakang kereta suspek," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Nafi bunuh Sosilawati, 3 rakan



Nafi, bunuh, Sosilawati, 3 rakan, Shah Alam, R. Kathavarayan, tertuduh, keempat, kes, bunuh, jutawan, kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Jenayah, MalaysiaSHAH ALAM - R. Kathavarayan yang merupakan tertuduh keempat kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, semalam mengaku kepada mahkamah bahawa dirinya tidak terlibat dalam pembunuhan yang berlaku di Ladang Gadong, Banting pada 31 Ogos 2010.

Kathavarayan, 33, turut bersetuju dengan peguam Manjeet Singh yang mewakili bekas peguam, N. Pathmanabhan bahawa tuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah salah dan tidak adil.

Tertuduh yang sedang disoal balas Manjeet sebelum itu ditanya sama ada semua keterangan yang diberikan kepada mahkamah bermula pada 3 Disember 2012 adalah bukti yang benar di mahkamah.

"Ya," jawab Kathavarayan tenang.

"Adakah semua ini laporan yang dibuat kepada polis (semasa ditahan)?" soal Manjeet sebelum bekas pekerja ladang itu membalas: "Saya ada beritahu polis sebahagian sahaja, bukan semua."

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: dok nafi pulak dah, kalau betul tak buat cer ceriter saper yang bunuh? nie tak dok wat gimik Datuk masih hidup la apa la, pang muka hang sekali baru hang nak pi tau.

Geng samun kedai 24 jam tumpas


Geng, samun, kedai, 24, jam, tumpas, kuala lumpur, KK Mart, 7-Eleven, 24 jam, diberkas, Pandan Perdana, Jenayah, Malaysia
KHAIRI (kanan) melihat pelbagai barangan yang dirampas daripada dua lelaki yang dipercayai menyamun kedai serbaneka di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pengusaha rangkaian kedai serbaneka, KK Mart dan 7-Eleven di sekitar ibu negara boleh menarik nafas lega selepas dua lelaki yang disyaki terlibat dengan 20 kes rompakan di premis-premis 24 jam itu diberkas polis di Pandan Perdana di sini Isnin lalu.

Penahanan dua suspek itu adalah hasil serbuan di dua lokasi berasingan di sini kira-kira pukul 4.30 pagi selepas sebuah kedai serbaneka KK Mart di Brickfields dirompak beberapa jam sebelum itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, sejurus mendapat maklumat mengenai rompakan itu, pihaknya berjaya mengesan kedua-dua suspek warga tempatan itu di dua buah rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain.

“Kedua-dua suspek berusia 33 tahun itu sudah lama berkawan. Ketika serbuan, kedua-duanya sedang berehat dan tidak sempat melarikan diri.

“Kita berjaya merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan semasa melakukan rompakan di 20 premis kedai serbaneka sepanjang tahun lalu,” ujarnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Bagus Polis Memang cekap dalam menangani isu rompak dan samun.

Penjara sesak akibat tiada hukuman alternatif


Penjara, sesak, akibat, tiada, hukuman, alternatif, kuala lumpur, Jenayah, Malaysia
KURANG menggunakan hukuman alternatif menyebabkan penjara di negara ini mengalami kesesakan banduan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kurang menggunakan hukuman alternatif lain berbanding penjara dan skim banduan prabebas adalah antara punca penjara di Malaysia sesak.

Anggota Majlis Eksekutif Pusat Antarabangsa Undang-Undang dan Pengajian Perundangan (I-Cells), Prof. Dirk Van Zyl Smit (gambar kecil) berkata, kajian I-Cells mendapati daripada sejumlah 37,625 banduan pada 2011, seramai 12,338 orang adalah mereka yang menjalani hukuman penjara di bawah lima tahun.

"Bagi tempoh sama, seramai 6,927 banduan merupakan warga asing yang melakukan kesalahan imigresen atau jenayah ganas," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk The Malaysian Criminal Justice Audit: Preliminary Findings pada Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan dan Hak Asasi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Hmmm tahu pun sesak, sumbat la lagi banyak2, senang citer, kan? Pastu gaduh banyak habis peruntukkan untuk makanan, apa yellow semua, Hukuman yang Allah Taala Suruh buat tak nak laksanakan, nak kira dosa memang dah berdosa besar dah pun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan