Cari Artikel

Wednesday, January 16, 2013

Tiada pekerja asing di pam minyak





BANGI - Semua stesen minyak dijangka melaksanakan sepenuhnya Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD) mulai bulan ini sekali gus menyaksikan khidmat hampir 50,000 pekerja warga asing bakal ditamatkan secara berperingkat-peringkat.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, langkah tersebut bertujuan mengurangkan kos pekerja berikutan penguatkuasaan peraturan gaji minimum RM900 pada 1 Januari lalu.

"Apabila gaji pekerja naik disebabkan peraturan gaji minimum, majikan mahu mempertingkatkan SKLD di premis masing-masing untuk mengurangkan kos pekerja.

"Oleh itu seramai 50,000 pekerja asing yang bekerja di stesen minyak bakal diberhentikan kerja oleh pengusaha disebabkan langkah ini," katanya pada sidang akhbar sempena majlis perasmian Bengkel Kehidupan Tanpa Bantuan Amah anjuran Kementerian Sumber Manusia di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Syabas jawab tuduhan kerajaan negeri Selangor


Syabas, jawab, tuduhan, kerajaan negeri, Selangor, Kuala lumpur, Lembah Klang, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd, Malaysia
Syabas jawab tuduhan kerajaan negeri Selangor

KUALA LUMPUR - Selepas dua minggu krisis air melanda Lembah Klang sehingga menyusahkan kira-kira 500,000 penduduk, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) tampil untuk menjawab segala dakwaan tidak berasas yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor berhubung isu itu.

Kenyataan balas itu dibuat oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir. V. Subramaniam dalam satu sidang akhbar semalam selepas syarikat mendapati dakwaan kerajaan negeri itu menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Dakwaan-dakwaan tidak berasas itu dilontarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar; Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Janice Lee dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin.

Caj parkir kereta di Kuala Lumpur ikut zon


Caj, parkir, kereta, di, Kuala Lumpur, ikut, zon, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Malaysia
RAJA NONG CHIK (dua dari kiri) menunjukkan ruang letak kereta khas untuk wanita di KLCC semalam.

KUALA LUMPUR - Kadar caj bayaran letak kereta di seluruh Kuala Lumpur akan diseragamkan mengikut zon dengan nilai siling yang ditetapkan bermula semalam.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pengusaha tempat letak kenderaan diberi masa tiga bulan untuk mematuhi harga siling tersebut.

Katanya, kadar caj ditetapkan kepada empat kategori iaitu dalam bangunan, kawasan terbuka atau kawasan lapang, milik hotel dan lain-lain kategori.

Katanya, kawasan tempat letak kereta pula dibahagi kepada dua zon iaitu kawasan perancangan pusat bandar dan luar pusat bandar.

Ujarnya, keputusan itu diambil selepas pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membuat kajian dan mengadakan pertemuan dengan pengusaha tempat letak kereta bagi mencari mekanisme terbaik untuk mengatasi kadar bayaran yang mahal.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jumlah pembantu rumah asing di Malaysia semakin berkurangan


Jumlah, pembantu, rumah, asing, di, Malaysia, semakin, berkurangan, Bangi, Malaysia
JUMLAH pembantu rumah asing di negara ini semakin berkurangan ekoran terpaksa bersaing dengan negara lain yang juga memerlukan amah. - Gambar hiasan

BANGI - Jumlah pembantu rumah asing yang berada di negara ini didapati mengalami penurunan ketara iaitu daripada 320,000 orang pada tahun 2008 kepada 104,000 orang pada masa ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, daripada 19 negara sumber, Indonesia masih merupakan negara yang membekalkan paling ramai pembantu rumah diikuti Filipina dan Kemboja.

"Sejak penarikan balik pembekuan pembantu rumah Indonesia pada 1 Disember 2011, bilangan amah Indonesia yang dibawa masuk hanya 108 berbanding kira-kira 7,000 permohonan yang diterima sebulan," katanya selepas merasmikan Retreat Cadangan Konsep 'Life Beyond Maids' di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Bekas Pengarah Veterinar bebas tuduhan palsu surat


Bekas, Pengarah, Veterinar, bebas, tuduhan, palsu, surat, Seremban, Datuk Dr. Noor Soeraya Norsham, Jenayah, Malaysia
NOOR SOERAYA bersama peguamnya, Abdul Aziz di Mahkamah Sesyen Seremban semalam.

SEREMBAN - Bekas Pengarah Veterinar Negeri, Datuk Dr. Noor Soeraya Norsham dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas empat tuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan kenaikan gred jawatan antara tahun 2009 hingga tahun 2011.

Hakim Datin Nursinah Adzmi membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes prima facie mengenai kes itu.

Mengikut pertuduhan, Noor Soeraya, 39, didakwa menyerahkan dokumen palsu bagi tujuan penyelarasan gaji dan elaun untuk pegawai Gred G48, G52 dan G54 itu kepada Pegawai Pembantu Tadbir di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Siti Norhayati Md. Yusof antara 16 Mac 2009 dan 24 Julai 2011 yang kesemuanya melibatkan wang sebanyak RM50,314.69.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika memangku jawatan Gred G44 di pejabat Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Jalan Pantai dan di Bahagian Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan di Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua tahun hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pengawal ditawan, RM20,000 lesap


Pengawal ditawan, RM20,000, lesap, George Town, Hong Leong Bank, Tesco, Gelugor, diceroboh, seorang, perompak, bertopeng, Jenayah, Malaysia
BEBERAPA anggota polis menyiasat kejadian rompakan di sebuah bank di pasar raya besar Tesco di Gelugor, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Pelanggan dan kakitangan Hong Leong Bank di pasar raya besar Tesco di Gelugor di sini semalam cemas dan kecoh seketika apabila diceroboh seorang perompak bertopeng yang bersenjatakan dua bilah parang.

Dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi, suspek lelaki yang datang seorang diri dan masuk ke bank terbabit terus mengacu parang ke arah seorang pengawal keselamatan di situ yang kemudian diarah membawanya ke kaunter bank.

Ketika itu, terdapat seorang lagi pengawal keselamatan yang bertugas di situ, enam pelanggan dan lima kakitangan yang bertugas.

Perompak itu memegang kedua-dua bilah parang tersebut.

Sebaik suspek dibawa masuk ke salah satu kaunter oleh pengawal keselamatan yang ditawan dengan diacukan parang, penjenayah itu kemudian menyuruh pengawal keselamatan terbabit menghulurkan satu beg kepada juruwang yang sedang bertugas.

Menyedari ada penjenayah yang mahu merompak, suasana di dalam bank menjadi kecoh menyebabkan suspek terpaksa menghentak parang ke atas meja kaunter sambil memaksa pekerja bank memasukkan wang ke dalam beg yang diberikan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Khatavarayan dakwa Sosilawati masih hidup



Khatavarayan, dakwa, Sosilawati, masih, hidup, Shah Alam, R. Kathavarayan, Tanjung Sepat, Banting, Jenayah, Malaysia


Oleh WAZIHA WAHID
Waziha@kosmo.com.my

SHAH ALAM – Tertuduh keempat, R. Kathavarayan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa dia melihat seorang wanita yang didakwa sebagai Datuk Sosilawati Lawiya di sebuah restoran di Tanjung Sepat, Banting lapan hari selepas jutawan kosmetik terbabit dikatakan mati dibunuh.

Kathavarayan, 32, berkata, dia hanya mengetahui wanita itu merupakan Sosilawati selepas diberitahu oleh bekas majikannya, N. Pathmanabhan, 43, ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas berjumpa dengan rakan-rakan bekas peguam itu di sebuah restoran pada petang, 7 September 2010.

Bagaimanapun, kata tertuduh itu, pada masa tersebut wanita terbabit berambut pendek dan berbeza dengan Sosilawati yang dilihat pada kali terakhir datang ke Ladang Gadong pada 30 Ogos 2010 yang berambut panjang.

Terdahulu, Kathavarayan yang disoal peguam yang dilantik mahkamah Hasshahari Johari Mawi berkata, pada hari kejadian dia diminta Pathmanabhan membawanya ke sebuah restoran di Tanjung Sepat.

“Saya diarah tunggu di dalam kereta dan Pathmanabhan kemudian makan dan bersembang dengan rakan-rakannya dengan agak lama,” katanya dalam bahasa Tamil yang diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Dakwa Kathavarayan atau nama panggilan Ravi, semasa berada di dalam kereta dia tidak dapat melihat dengan jelas rakan-rakan Pathmanabhan kerana berada dalam jarak kira-kira 12 meter hingga 13 meter sehingga ada antara lima dan enam orang termasuk seorang wanita pergi ke kenderaan masing-masing.

“Dalam perjalanan pulang saya tanya Pathmanabhan siapa wanita di restoran, dia cakap itulah perempuan yang datang ke ladang tempoh hari.

“Saya tanya dia nampak lain, rambut pendek tetapi Pathmanabhan cakap itu merupakan perempuan yang sama (Sosilawati),” katanya.

Wanita itu jelas Kathavarayan menaiki kenderaan seperti jip bersama seorang lelaki yang berkemeja lengan panjang namun tertuduh mendakwa tidak pernah melihat lelaki tersebut.

Kathavarayan juga memberitahu, itu merupakan kali terakhir dia melihat wanita berkenaan.

Kathavarayan kemudian diberi sekeping gambar Sosilawati untuk pengecaman dan bekas pekerja ladang itu mengaku itu merupakan wanita yang dilihatnya di restoran cuma berbeza kerana berambut pendek dan berpakaian perempuan.

Kathavarayan bersama Pathmanabhan selaku tertuduh pertama manakala Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, masing-masing tertuduh kedua dan ketiga kini pada peringkat pembelaan.

Mereka kini membela diri atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan pukul 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Sementara itu, pada awal keterangan, Kathavarayan berkata, dia ada terdengar Pathmanabhan mengarahkan Thilaiyalagan supaya membunuh pemandu Sosilawati iaitu Kamarudin atas arahan wanita itu sendiri.

Dakwa tertuduh, perbualan itu didengar di luar bilik karaoke di belakang ladang selepas Pathmanabhan selesai berbincang dengan Sosilawati di dalam bilik tersebut.

Ketika keluar dari bilik berkenaan, muka Sosilawati kelihatan muram manakala Pathmanabhan dalam keadaan tergesa-gesa menuju ke keretanya.

Keesokan harinya, pada petang 31 Ogos 2010, Kathavarayan berkata, semasa pulang dari pekan Banting, dia ada ternampak Thilaiyalagan dan Matan sedang membakar orang-orang yang dibunuh di satu lokasi pembakaran di belakang ladang.

“Apa yang dimaksudkan dengan orang-orang?,” tanya peguam sebelum Kathavarayan menjelaskan; “Seorang pemandu, seorang peguam Melayu dan juga seorang yang saya tidak kenal, saya tidak lihat muka.”

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Pulak dah masih hidup Dato, so Dato ada kat mana?

Suami didakwa pukul isteri



KANGAR – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membelasah isterinya yang masih dalam pantang hingga mengakibatkan wanita itu cedera parah pada 5 Januari lalu.

Suami, didakwa, pukul, isteri, Kangar, Kamaruddin Hassan, Jenayah, Malaysia

Bagaimanapun, Kamaruddin Hassan, 41, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

Mengikut pertuduhan, Kamaruddin didakwa telah mencederakan Anira Aziz (gambar kecil), 28, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Repoh Seberang Sungai di sini pada pukul 4 pagi, 5 Januari lalu.

Dia mencederakan isterinya itu dengan menggunakan bingkai gambar, lesung batu dan belakang pisau.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Zuhair kemudian membebaskan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM2,500 selepas mendengar rayuan bapa kepada dua anak itu dan menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes. Tertuduh yang bekerja sebagai pekerja kontrak di Kuala Lumpur membayar denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Amir Irwan Yaakob manakala tertuduh diwakili peguam, Rabiatul Adawiyah Ramli.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandar: ada ka patut pukul isteri, isteri perlu disayangi, kalau betul ada masalah bincang elok2 walaupun dia jahat sekalipun masih tetap ada jalan penyelesaian.

Kutip barang lusuh untuk hidup


Kutip, barang, lusuh, untuk, hidup, malaysia, berita, Johor Bharu, Siti Jariah Yusuf
SITI JARIAH (kanan) menunjukkan antara barangan lusuh yang dikutip untuk dijual bagi menyara tiga anaknya ketika ditemui di rumahnya di Flat Sri Stulang, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Setiap hari, penduduk di Flat Sri Stulang dan sekitar Permas Jaya dekat sini melihat kelibat Siti Jariah Yusuf, 57, mengayuh basikal mencari barangan lusuh.

Kata Siti Jariah, sejak ditinggalkan suaminya sejak enam tahun lalu, dia melakukan pekerjaan itu demi menyara tiga anaknya yang salah seorang daripada mereka berpenyakit mental selepas terbabit kemalangan beberapa tahun lalu.

Dia kini bimbang kerana pendapatannya terjejas ekoran penyakit asmanya yang teruk hingga dia tidak mampu berjalan jauh mencari barangan lusuh.

“Jika sihat, saya mampu menjual botol terpakai, tin dan surat khabar dengan pendapatan RM200 sebulan. Jika tidak, saya hanya dapat sekitar RM90 sahaja,” katanya di sini semalam.

Tinjauan di rumahnya mendapati, bukan sahaja tidak dihiasi dengan perabot, malah sebuah bilik di kediaman itu dijadikan stor menyimpan barangan lusuh.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: eh bukan Johor sekarang dah jadi negeri yang mewah ka? ada lego land apa semua dalam sana? Masih juga ada lagi ka orang yang masih mengutip barang lusuh untuk sara hidup? apakah ini? Negeri maju rakyat miskin?

Perbankan internet miliki 12.8 juta orang


Perbankan, internet, miliki, 12.8, juta, orang,
ABDUL WAHID (kanan) bersama Abu Hassan Alshari (tengah) dan Amirudin melancarkan kempen kesedaran e-perbankan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Bilangan pengguna berdaftar perbankan internet di negara telah meningkat kepada 12.8 juta orang pada bulan September tahun lalu berbanding hanya 3.2 juta orang pada tahun 2006.

Seiring perkembangan pesat sektor berkenaan, 29 buah bank yang terdiri daripada ahli Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia telah menawarkan perkhidmatan perbankan internet kepada pelanggan.

Pengerusi Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pertambahan statistik itu menunjukkan saluran elektronik dan internet pada masa ini jelas menjadi pilihan pengguna untuk memudahkan urusan mereka.

"Sektor perbankan kini telah berkembang sebagai satu perkhidmatan merentasi sempadan, membolehkan pelanggan mengakses perkhidmatan yang diperlukan pada bila-bila masa dan lokasi," katanya pada majlis pelancaran kesedaran perbankan elektronik (e-perbankan) 2013 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Biasalah semua rakyat sekarang dah makin maju, dah makin cerdik, dan celik IT seiringan dengan kemahuan Kerajaan masa kini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan