Cari Artikel

Tuesday, January 15, 2013

Hairuman tekad ubah nasib


Hairuman, tekad, ubah, nasib, daftar, PLPP, Sungai Merah, Bangi, Kajang, mangsa, renjatan, kabel, elektrik, Muhamad Hairuman Miskon, Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian
HAIRUMAN sedang meneliti jadual orientasi yang akan dilaluinya selepas mendaftar di PLPP di Sungai Merab, Bangi semalam.

KAJANG – Mangsa renjatan kabel elektrik, Muhamad Hairuman Miskon yang mengalami kecederaan parah ketika mengait buah kelapa sawit di Kuala Selangor kira-kira dua tahun lalu kini berhasrat untuk merubah nasib dirinya apabila melanjutkan pelajaran di Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian (PLPP) Sungai Merab di sini semalam.

Dia yang sebelum ini terlantar di katil hospital kira-kira tujuh bulan bagi merawat bahagian badannya yang melecur teruk selain kedua-dua belah tangan serta kaki kanannya terpaksa dipotong akibat kejadian itu, mendaftar bersama 130 orang kelainan upaya (OKU) fizikal yang lain dalam bidang komputer di pusat latihan itu.

“Saya berhasrat untuk memperbaiki kehidupan pada masa depan dengan menuntut ilmu di sini.

“PLPP telah memberikan saya harapan untuk berdikari,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu PLPP di sini semalam.

Hairuman, 24, pemuda yang berasal dari Tanjung Karang, Selangor itu pernah menggemparkan negara apabila dia mengalami kecederaan parah selepas terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa sawit di sebuah kebun di Kuala Selangor pada 26 November 2010.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Semanggat mau dok ada, teruskan Muhamad Hairuman Miskon, \Allah S.W>T Tiada mengubah nasib seseorang itu jika hanya apabila seseorang itu berusaha mengubah nasib nya. 

***is pun nak ubah nasib = Blogger Billionaire Insyaallah.

Api misteri bakar rumah


api, misteri, bakar, rumah, Kemaman, Kampung Beris Nenas, Kijal, Alias Ahmad, 43, Jenayah, Malaysia, Terengganu, berita
Dua jiran mencari barangan berharga daripada sisa kebakaran rumah Alias (kanan) di Kampung Beris Kijal Nenas dekat Kemaman semalam.

KEMAMAN - Sebuah rumah milik seorang peniaga makanan di Kampung Beris Nenas, Kijal dekat sini hangus terbakar tengah hari semalam dipercayai berpunca daripada kemunculan api misteri sejak Khamis lalu.

Pemiliknya, Alias Ahmad, 43, mendakwa, tragedi malang itu berlaku pada pukul 11.30 pagi apabila api misteri itu membakar hangus rumahnya dalam masa 15 minit.

Lebih mencetuskan misteri ialah api tersebut muncul secara tiba-tiba dari arah bilik air rumah peniaga makanan berkenaan.

"Api misteri itu merebak dan membakar keseluruhan rumah dengan begitu cepat sekali sehingga menyebabkan saya sekeluarga panik," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Menjelaskan lebih lanjut, Alias berkata, dia mula berasa tidak sedap hati apabila mendapati api misteri muncul pada pukul 5 pagi Khamis lalu dan membakar apron yang diletakkan di dapur.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Hikmat apakah ini? Hikmat Jurus Api Melintang? Hikmat Dewa Merapi? Jurus Api Neraka? Hikmat Api Marik?

Penampar bisa bekas suami


Penampar, bisa, bekas, suami, Aida Rohayu, telinga, bernanah, cacat, kekal, Pasir puteh, Kelantan, Malaysia
ARIFIN menunjukkan telinga kiri Aida Rohayu yang masih bernanah kesan ditampar bekas suaminya itu ketika ditemui di Pasir Puteh semalam.


PASIR PUTEH - Selepas turun naik mahkamah selama setahun, seorang wanita akhirnya mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen Pasir Mas semalam memerintahkan bekas suaminya membayar RM30,002 selepas didapati bersalah menampar jandanya itu hingga telinga kiri mangsa didakwa mengalami kecacatan kekal.

Hakim Irwan Suainbon mengarahkan Shakri Latif, 43, membayar denda tersebut kepada Aida Rohayu Mohamad, 39, selepas menilai pelbagai aspek di dalam tuntutan saman yang dikemukakan penjawat awam itu.

Aida Rohayu berkahwin dengan Shakri pada 14 Februari 1997 sebelum pasangan itu bercerai pada 16 September 2007. Sepanjang tempoh kira-kira 10 tahun itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 14 dan 15 tahun.

Wanita itu kini telah memulakan hidup baharu bersama suaminya, Arifin Abdullah, 38, yang dikahwini pada Februari 2009. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

**iskandarX: Hebat gila bekas suami dia nie, Hikmat Penampaq Maut ka, Atau Hikmat Tangan Berapi Tak Terbatas nie? Ke Jurus Pedang ZulFakhar nie?

Dua OKT dikesan hubungi keluarga masing-masing


Dua, OKT, dikesan, hubungi, keluar, masing-masing, Kepala batas, Polis, Jenayah, Kubang Semang, Malaysia
Dua OKT dikesan hubungi keluarga masing-masing

KEPALA BATAS - Polis yakin dua orang kena tahan (OKT) yang masih bebas sejak meloloskan diri semasa menaiki van ke Kompleks Mahkamah Butterworth 7 Januari lalu sedang bersembunyi di sekitar Kubang Semang selepas beberapa penduduk mendakwa ternampak kelibat mereka kelmarin.

Kelibat Hamzani Harun, 37, atau dikenali sebagai Syam Tok E dan Hisyam Abdul Rahman, 39, atau Mat Blue didakwa dilihat di Kampung Pelet, Kubang Semang di Bukit Mertajam oleh penduduk. Mereka dipercayai cuba mendapatkan bantuan daripada orang kampung.

Polis turut meluaskan siasatan hingga ke kawasan Taman Chai Leng di Perai iaitu kira-kira 15 kilometer dari Kubang Semang selepas maklumat mengatakan mereka menggunakan telefon awam di situ pada pukul 6 petang semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis sedang giat memburu kedua-dua OKT tersebut hingga ke kawasan hutan dan belukar berhampiran.

Katanya, kedua-dua OKT itu berasal dari Pokok Tampang, Tasek Gelugor.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lelaki kasanova penipu diberkas


Lelaki, kasanova, penipu, diberkas, George Town, Kekecewaan, 20 wanita bujang
GEORGE TOWN – Kekecewaan lebih 20 wanita bujang yang kerugian RM500,000 selepas diperdaya seorang lelaki kasanova sedikit terubat apabila suspek yang menyamar sebagai doktor di sebuah hospital swasta di sini diberkas setelah memasuki perangkap polis Jumaat lalu.

Suspek berusia 45 tahun yang menggunakan nama Dr. Shiva Nair; Dr. Ragunathan dan Keeran Raj ditangkap di rumahnya di Bukit Gambir di sini pada pukul 10 malam 4 Januari lalu selepas terpedaya dengan lakonan polis yang berkenalan dengannya menerusi laman sosial.




Difahamkan, suspek yang hidup mewah hasil penipuan sejak 2001 hingga mampu menyewa rumah teres berharga RM1,800 sebulan hanya memilih wanita India berusia antara 25 hingga 40 tahun sebagai mangsa. Suspek sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Kebanyakan mangsa pula bekerja sebagai guru, jururawat dan sektor perkilangan serta berstatus bujang. Mereka dipikat menerusi laman sosial Facebook dan Tagged.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, selepas berkenalan, suspek akan berpura-pura mencintai mangsa hingga sanggup bertemu dengan ahli keluarga wanita-wanita itu kononnya untuk menetapkan tarikh pertunangan atau perkahwinan.

Katanya, suspek kemudian akan memberi alasan menghadapi masalah kewangan untuk berkahwin dan meminta wanita-wanita tersebut membantunya dengan meminjamkan wang atau barang kemas bagi membuktikan cinta mereka.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Bodoh tul la wanita bujang kat Penang nie, is and the gang masih lagi bujang, available, macho, sihat, dan kuat, professional lagi tak mau ambik isk isk isk nie is ngasa nak nagis nieee ahakkk just kidding around, kalau minat leh gak.

700 pelajar KPTM terjejas akibat krisis air


700, pelajar, terjejas, akibat, krisis, air, Kolej Poly-Tech Mara, KPTM, Taman Shamelin, Cheras
SOHAIMI membantu mengisi air ke dalam baldi yang disumbangkan kepada pelajar KPTM yang terjejas ekoran krisis air di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Aktiviti harian lebih 700 pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di Taman Shamelin, Cheras terjejas ekoran krisis bekalan air yang melanda sekitar Lembah Klang sejak 29 Disember lalu.

Tinjauan semalam mendapati, mereka bimbang krisis itu boleh menjejaskan fokus terhadap pelajaran.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

*iskandarX: Banyak2 bil, "BIL AIR" jangan biar tertunggak, kena bayar tepat pada waktunya......

Terpaksa tanggung hutang RM107,000


Terpaksa, tanggung, hutang, RM107,000, AI FAH, konduktor bas, Jabatan Insolvensi, Jenayah
AI FAH (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya kepada Michael (kanan) dan Leong di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Seorang konduktor bas terpaksa menanggung hutang sebanyak RM107,000 selepas kad pengenalannya didakwa disalah guna oleh pihak tertentu untuk membuat pinjaman bank bagi membeli sebuah kereta dan kedai.

Lebih malang, dia turut diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi pada 20 Jun tahun lalu ekoran hutang tersebut gagal dilunaskannya.

Wanita tersebut, Wong Ai Fah, 46, berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas dihubungi pihak bank mengenai hutang tersebut tiga tahun lalu.

"Pihak bank memaklumkan bahawa saya masih belum menjelaskan pinjaman pembelian kenderaan dan kedai yang masing-masing berjumlah RM12,000 dan RM45,000 serta hutang kad kredit sebanyak RM50,000.

"Saya memberi penjelasan bahawa saya tidak pernah membuat pinjaman dengan bank berkenaan namun tidak dilayan kerana kesemua pinjaman itu dibuat atas nama saya," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pemandu Sosilawati dipukul


Pemandu, Sosilawati, dipukul, Datuk Sosilawati Lawiya, kes, bunuh, Jenayah, Malaysia, Berita
Pathmanabhan bersama dua tertuduh lain diiringi polis di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam. Gambar kecil, Kamaruddin.



SHAH ALAM - Tertuduh keempat kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa N. Pathmanabhan mengarahkannya memegang pemandu jutawan kosmetik itu dari arah belakang selepas diberitahu lelaki itu hendak memukul bekas peguam tersebut.

R. Kathavarayan, 32, berkata, tindakannya memegang pemandu Sosilawati menyebabkan mereka bergelut hingga terjatuh atas kerusi dalam sebuah bilik karaoke di Ladang Gadong.

"Kemudian, tangan pemandu itu diikat guna tali pinggang sebelum dia disuruh duduk dan dipukul kira-kira tiga kali," katanya pada pemeriksaan utama oleh peguam Hasshahari Johari Mawi yang dilantik mahkamah bagi menggantikan peguam Ravi Nekoo yang telah menarik diri daripada mewakilinya.

Kathavarayan, 32, diperintah membela diri bersama Pathmanabhan, 43, Thilaiyangan, 21, dan R.Matan, 22, atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Padi diserang penyakit karak


Padi, diserang, penyakit, karak, petani, bendang, sawah, malaysia, berita
TIGA pesawah mencabut pokok padi yang rosak diserang penyakit karak tangkai di Kampung Sidam Kanan, Padang Serai, Kulim semalam



PADANG SERAI - Lebih 100 pesawah di Kampung Sidam Kanan dekat sini mengalami kerugian besar apabila tanaman padi musim ini tidak menjadi setelah diserang penyakit karak tangkai sejak tiga minggu lalu.

Ekoran itu, rata-rata petani mendakwa mengalami kerugian antara RM4,000 hingga RM7,000 bergantung kepada keluasan bendang yang mereka usahakan.

Seorang pesawah, Kames Awang, 57, berkata, dia terkejut apabila melihat hujung tangkai padi tidak mengeluarkan buah seperti biasa dan bertukar menjadi warna hitam.

"Sebelum ini, tangkai padi tidak jadi hitam dan apabila diperiksa di bahagian bawahnya, banyak hama kecil berwarna putih di situ," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dia berharap agar kakitangan Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang daerah Kulim melakukan sesuatu dan bertindak segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Rakannya, Subhi Ahmad, 61, berkata, pihak berkaitan perlu bertindak cepat bagi memastikan penyakit tersebut tidak terus merebak.

"Apa yang mendukacitakan ialah pihak berkenaan sekadar datang melihat sahaja tanpa memberi sebarang nasihat tentang cara-cara untuk mengatasinya," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penduduk minta bina pintu air


Tumpat, Penduduk, minta, bina, pintu air, Tempatan, berita, malaysia
ARIFIN menunjukkan air yang melimpah masuk ke pembetung air di Kampung Pisau Raut, Pengkalan Kubor semalam.


TUMPAT – Penduduk di beberapa buah kampung berhampiran Sungai Golok di Pengkalan Kubor di sini merayu pihak berkuasa agar membina dua lagi pintu air bagi menyelesaikan masalah banjir lambat surut setiap kali musim tengkujuh melanda di kawasan itu.

Penduduk mendakwa, masalah itu berpunca daripada pembinaan jalan sejauh 30 kilometer yang menghubungkan Pengkalan Kubur dengan Rantau Panjang bagi kemudahan orang ramai di 20 buah kampung sejak tujuh tahun lalu.

Keadaan menjadi lebih kritikal setiap kali tibanya musim tengkujuh apabila sebuah pintu air yang merentasi jalan berkenaan ke Sungai Golok tidak mampu untuk menampung jumlah air yang banyak menyebabkan ia lambat surut.

Antara kampung yang terjejas setiap kali banjir melanda ialah Kampung Simpangan, Jejulok, Naga Ibu, Bendang Pak Yong, Derdap, Teluk Jering, Pisau Raut dan Kubang Sawa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan