Cari Artikel

Sunday, January 13, 2013

Budak Sekolah Bajet Ratu Der




Ahak korang nak tengok cerita lawak? Hahahaha lately is asking her to be my sister, no offence no force, is ask nicely but what did is get back from her? A broken English with bad attitude, budak sekolah zaman sekarang nie mak bapzk patut ajar sikit.

Ahak sorry erkkk is nie blogger, you hurt my felling so 1Malaysia will know it ok?  is nak ss kan dari mula tapi facebook nie siot sikit is record recently je. Anyway nie facebook budak bajet Ratu tu. Tun Arissa Tun Kamarul. ahak best best best.

Ada ka dia cakap is nie stranger, kalau stranger baik tak payah main facebook ok? bukak blog je tak payah social, nie social network wahai budak hingusan, tak kenal so leh baca info ok? sia-sia is mengarang panjang2 kat info is tu ok?

Puncak jenama dua anak seni


artis, Selebriti, Artis Malaysia, Nazim, Elfira, Puncak jenama dua anak seni,


TAHUN 2012 sudah seminggu melabuhkan tirainya. Segala cerita suka dan duka tersimpan dalam diari kehidupan yang pasti menjadi pedoman untuk terus melangkah. Lembaran baharu kini menanti untuk diisi dengan pelbagai ceritera.

Perjalanan hidup dua selebriti ini semakin luas apabila saban hari, pesona diri hadir dengan emosi yang terkesan melalui peranan dalam kerjaya seni.

Tanpa perlu disangkal, Elfira Loy dan Nazim Othman merupakan antara nama yang semakin kukuh kedudukannya dalam industri seni hingga diangkat sebagai personaliti unggul masa kini.

Pada bahu kedua-dua mereka juga tergalas tanggungjawab membawa jenama syarikat antarabangsa, sebagai wakil dan jurucakap produk-produk tersebut.

Stailo buat julung-julung kalinya menggabungkan dua personaliti muda tersebut atas kecemerlangan portfolio masing-masing.

Anak gadis kelahiran Kuala Lumpur itu ringkas orangnya. Tidak perlu memakai busana berlebihan dengan rona yang kontra yang menyakitkan mata, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 19, lebih senang tampil dengan gaya yang minimalis namun masih menyerlahkan keanggunan.

“Dalam usia yang masih remaja, saya rasa tidak perlu untuk bergaya secara berlebihan. Cukup sekadar sedap mata memandang dan tidak terlalu terdedah,” ujarnya.

Namun, adalah tidak mungkin bagi Elfira untuk tampil di bawah paras sederhana kala disapa pemuja bakatnya di jalanan.

Katanya: “Memang tidak dinafikan sejak nama mula dikenali, saya amat menjaga penampilan diri. Jika dahulu, boleh saja keluar tanpa sebarang alat solek dengan baju biasa, tetapi kini saya perlu peka.”

Keperluan untuk menjaga imej diri perlu selari dengan kewajipan sebagai seorang jurucakap produk kecantikan antarabangsa, Maybelline.

Aura Elfira menarik perhatian syarikat antarabangsa itu sebagai wajah baharu mereka untuk tempoh setahun sejak Mei 2012 menggantikan pelakon Liyana Jasmay.

“Oleh kerana itu, saya perlu menjaga nama dan peribadi atas dasar tanggungjawab membawa jenama syarikat,” jelasnya.

Tuah kening tebal

Pada awal kemunculannya, ramai kurang senang dengan bentuk semula jadi kening yang dimilikinya. Sedaya-upaya, Elfira enggan mengubah keaslian anugerah Tuhan itu daripada ‘dicantas’ tangan-tangan yang kononnya berpegang kepada kitab aliran fesyen semasa.

“Saya sendiri tidak faham kenapa orang terlalu mengambil berat dengan perkara remeh sebegini. Namun pada saya, ia lebih kepada prinsip yang saya cuba mengekalkannya.

“Tetapi kalau diikutkan, kenapa perlu saya mengikut kata-kata mereka sedangkan memiliki bulu kening tebal sudah menjadi trend terkini dalam fesyen antarabangsa,” ujar pelakon Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu.
ELFIRA diangkat menjadi duta Maybelline selama setahun menggantikan Liyana Jasmay.



Kehadiran Elfira pada sesi fotografi bersama Stailo ditemani bonda tercinta, Filzah Yusoff, yang setia menemani langkahnya. Bukan tidak percaya diri katanya, tapi dia berasa lebih selesa jika dikelilingi ahli keluarga.

“Sebenarnya jika ibu ada di sisi, semua tohmahan dan gosip liar boleh dielakkan. Ini kerana ibu ada bersama saya setiap masa. Timbul gosip, anda boleh tanya terus kepada ibu saya,” tuturnya penuh yakin.

Menariknya, ibu Elfira turut bertanggungjawab menjaga soal pemakaian dan imej yang dibawanya.

Tambah Elfira: “Menjaga hati keluarga lebih penting. Disebabkan itu, saya perlu mendapatkan nasihat ibu terlebih dulu dalam semua perkara, termasuk penampilan.”

Kuasa Nazim

Terpilih sebagai duta jam tangan antarabangsa, Ellesse, pada Disember 2011 telah membuka lembaran baharu dalam perjalanan seni Nazim Othman. Langkah aktor berusia 29 tahun itu kian yakin apabila satu persatu rezeki dikurniakan kepadanya, baik dari segi tawaran lakonan mahupun kejayaan mencuri perhatian dalam lubuk fesyen tempatan.

Wajah Nazim terpampang dalam kebanyakan majalah fesyen, rata-rata menamakannya sebagai salah seorang ikon fesyen 2012 yang perlu diberi perhatian. Kebijaksanaan dan kredibiliti Nazim menjual jenamanya jelas membuahkan hasil sepanjang tahun lalu.

Tuah watak Bazli dalam drama bersiri Dejavu Di Kinabalu diikuti drama Kau Yang Terindah serta teater Tun Doktor Siti Hasmah memberi ruang bagi peminat label Zara dan H&M itu untuk membuktikan kepada khalayak bahawa kehadirannya dalam industri bukan untuk seketika.

“Saya telah berkecimpung dalam industri ini sejak tahun 2008 dan sepanjang tempoh itu, tidak pernah sekali pun saya berputus asa untuk menjejak puncak kerjaya.

“Penghargaan dan populariti hanyalah bonus dan saya masih mempunyai sasaran peribadi. Setiap tahun saya memiliki perancangan tersendiri bagi meningkatkan kerjaya dan tahun ini saya telah membuat keputusan untuk mengambil kelas seni bela diri,” kongsi Nazim ketika ditemui Stailo pada sesi fotografi bersama Elfira Loy di Istana Budaya baru-baru ini.

Mengangkat T.O.P, ahli band popular Korea, Big Bang dan pengacara tempatan berdarah kacukan Iban dan Inggeris, Henry Golding sebagai rujukan dalam berfesyen, Nazim pada dasarnya gemar berpakaian ringkas dan memenuhi keselesaan diri.

“Setiap kali keluar rumah, saya pasti memakai kasut dan tiada alasan untuk menggantikannya dengan selipar atau sandal. Bagi saya, apa yang penting adalah kelihatan terurus dan bersih secara keseluruhan kerana orang mungkin menilai kita daripada apa yang mereka lihat pada luaran.

“Saya juga tidak mengehadkan diri terhadap sesuatu gaya asalkan ia masih mengekalkan imej yang bertepatan dengan personaliti dan tidak terlalu ‘mencuba’ dalam bereksperimen dengan pakaian,” petah butir kata Nazim yang sangat merendah diri dalam setiap tindak-tanduknya.

Tidak tiru K-Pop

Mengulas kecenderungannya terhadap muzik dan gaya K-Pop, riak wajah Nazim berubah bagaikan tahu dia bakal diaju soalan demikian. Dalam nada positif, Nazim memberitahu, tanggapan orang terhadap minatnya pada elemen Korea telah disalahertikan.

Dia bukan sekadar cuba meniru penampilan lelaki Korea, bahkan turut menyerap semangat dari sudut disiplin, idea segar dan kesungguhan yang ditonjolkan penggiat seni negara tersebut.

“Pakai baju warna terang pun orang cakap kita tiru Korea padahal ia langsung tidak kena-mengena. Lelaki Malaysia sebenarnya beruntung kerana boleh menggayakan pakaian berwarna garang sepanjang tahun memandangkan kita tinggal di negara tanpa empat musim,” ujar Nazim bersahaja.

Bercerita tentang pengalaman sebagai duta Ellesse, Nazim menyifatkan ia sebagai antara pemangkin impak lonjakan yang diterimanya sepanjang tahun 2012. Secara peribadi, Nazim melihat dirinya sebagai calon duta yang kerdil jika dibandingkan dengan orang lain, memandangkan namanya belum cukup kukuh dalam industri seni.
JAM tangan Ellesse memilih Nazim sebagai wajah baharu produk tersebut.



Namun, gabungan kecemerlangannya melontar ekspresi dalam gambar, skil komunikasi yang boleh dibanggakan dan caranya membawa diri menjadi pemutus jenama itu memilih Nazim. Lebih membanggakan, Nazim merupakan duta Ellesse pertama yang dipilih dari luar Hong Kong.

Ellesse membuka dimensi berbeza kepada Nazim, barangkali ia menjadi permulaan kepada penaklukannya sebagai wajah rasmi produk-produk kecantikan atau jenama pakaian popular.

Begitupun, Nazim enggan gelojoh dalam mengejar kelebihan itu semua. Dia perlu selektif dan memastikan jenama yang diwakilinya bertepatan dengan personaliti dirinya. Jika silap pilih, ia boleh menjejaskan kredibiliti dirinya dan jenama itu sendiri.

Serapan Bohemian H&M


lifestyle, stylo, fashion, Bohemian, Serapan Bohemian H&M
STAIL Bohemian pada abad ke-21 menjadi percaturan H&M sempena koleksi musim bunga 2013. Seleksi pakaian wanita jenama tersebut difokuskan pada perincian dan potongan moden yang relaks dan sporty.

Penumpuan diberikan pada penciptaan variasi dekorasi baju panas (sweatshirt), dres, legging, skirt berambu dan jaket kulit dengan cetakan timbul. Nilai sporty ketara pada baju labuh berombak dan blazer labuh yang sengaja direka besar berbanding saiz sepatutnya.

Jaket broked menggunakan teknik tampal dan cantum (patchwork) bersama dres sebelah bahu beropol menjadi pertaruhan utama koleksi kali ini.

Rona luntur dan neutral seperti kuning, jingga, kelabu dan hijau melatari kebanyakan item untuk para wanita di H&M. Material pula banyak diolah daripada kapas, linen, kulit, broked, sutera, hem dan denim.

“Saya amat menggemari stail Bohemian yang dibawa H&M kali ini. Ia gaya yang segar dan sporty serta mudah disuaipadan bersama pelbagai jenis pakaian. Paling penting, koleksi baharu ini tidak akan lapuk walaupun selepas musim bunga berakhir,” ujar ketua pereka H&M, Ann-Sofie Johansson.

Mengisi almari sang arjuna pada musim bunga akan datang, H&M memilih paduan warna terang dan cetakan penuh keyakinan bagi membuka lembaran baharu dalam koleksi persalinan.

Sut kekal sebagai item utama, menerima perubahan dari segi potongan moden, mainan warna dan tekstur. Busana rasmi lelaki itu didatangkan dalam rona hijau dan putih belak (broken white), sempurna apabila dipadankan bersama baju T boxy bercetak atau kemeja bercorak sekali gus membentuk gaya Bohemian moden secara natural.

Uniform menjadi inspirasi kepada penghasilan majoriti pakaian lelaki. Ia jelas pada pinjaman penataan jerumbai pada bahu (epaulette) dan poket berfungsi. Bayangan era 1950-an pula kelihatan pada jaket besbol, jaket biker manakala seluar slack menjadi trend baharu dalam pemilihan seluar panjang.

Skaf bercetak, kasut inspirasi etnik dan kasut kanvas (espadrille) yang digabungkan dengan topi besbol pula melengkapkan koleksi penuh elemen aktif tersebut.

Hijau, biru, kuning tua (khaki), jingga dan putih kekelabuan (off white) menjadi pilihan koleksi baharu itu. Ia dibarisi fabrik ringkas seperti linen, campuran linen, dan kapas.

Koleksi musim bunga 2013 H&M tersebut akan mula menemui orang ramai bermula bulan Januari depan secara berperingkat.

Pengumuman waktu 45 darjah



lifestyle, fashion, gadget, accessory, Pengumuman waktu 45 darjah, Crest Universe Sdn. Bhd


GABUNGAN teknologi dan fungsi menjadi keutamaan kepada jam tangan yang berasal dari Switzerland, Romago dibawa khas ke Malaysia oleh pengedar tunggalnya, Crest Universe Sdn. Bhd.

Ia diperkuatkan dengan teknologi siri Superlenggera hasil ciptaan pereka Itali, Falice Bianchi Anderloni. Kepakaran itu menampilkan fleksibiliti pembuatan dan rekaan yang moden dan terkini. Melalui teknologi berkenaan, jam tangan Romago lebih ringan dengan fungsi unik 45 darjah cahaya lampu automatik.

Jam tangan ini dicipta secara khusus untuk mengenal pasti pergerakan aktif secara automatik. Dengan mekanisme sensor bina dalam, antaramuka jam yang kelihatan seumpama refleksi cermin akan bertukar lalu menunjukkan paparan waktu. Itu terjadi setiap kali pemakainya memandang jam tersebut yang disendengkan pada sudut 45 darjah di pergelangan tangan.

Diperbuat daripada besi aluminium gred tinggi, kaca pada bahagian atas adalah lutsinar merangkumi antirefleksi dan kalis silau. Ia turut dilengkapi fungsi-fungsi yang menjadi signatur Romago seperti 10 ATM. Itu membolehkannya dipakai ketika berada dalam air, pada kedalaman sejauh 10 atmosfera atau 100 meter di bawah laut.

Tidak hanya terhad pada golongan lelaki, Romago turut cantik dipakai oleh kaum wanita yang inginkan gaya yang menawan di pergelangan tangan mereka. Rekaan yang mengagumkan ini membuatkan mendapat tempahan awal daripada penggemarnya di seluruh dunia.

Pengarah Urusan Crest Universe Sdn. Bhd., Ng Kok Wai berkata, jam tangan Romago menawarkan rekaan yang bergaya dan menarik. Ia menonjolkan keyakinan si pemakai dengan reka bentuk yang tiada tandingan.

"Jenama Romago masih lagi baharu dalam kalangan pencinta jam tangan tempatan dan kami amat berbesar membawa sesuatu yang baharu kepada mereka," ujarnya dalam sebuah kenyataan media.

Didatangkan dalam warna-warna yang ceria, jam tangan Romago kelihatan menarik kala menggayakannya dengan persalinan harian. Ia boleh didapati di 20 gedung jam tangan terpilih sekitar Lembah Klang pada harga antara RM280 hingga RM1,900.

Fungsi praktikal kunci tata gaya


lifestyle, fashion, Pentas Fesyen 2013, Fungsi praktikal kunci tata gaya


MUSIM bunga dan panas 2013 sememangnya waktu paling mengujakan bagi kebanyakan pereka fesyen. Sepanjang musim itu, mereka bebas bereksperimen dengan warna-warna terang dan potongan singkat.

Pereka fesyen tanah air yang telah mencipta nama di persada antarabangsa, Datuk Bernard Chandran kembali menghasilkan koleksi musim bunga dan panas 2013 yang mengujakan.

Pada Minggu Fesyen London 2012 sempena pertunjukan koleksi musim bunga dan panas 2013 yang lalu, Bernard mempersembahkan koleksi berkonsepkan kisah cinta. Ia dipentaskan berpandukan kasih seorang wanita terhadap kekasihnya yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk emosi.

Menariknya koleksi beliau tidak menekankan kepada kesakitan jiwa akibat cinta dan kekecewaan yang secara tidak langsung menolak sentimen rekaan bersifat konvensional. Pada dasarnya, Bernard menggambarkan koleksi yang segar bagi menyuntik rasa positif, edgy dan mampu mencetuskan keyakinan seorang perempuan.

“Potongan yang digunakan begitu unik menimbulkan kontra pada bahagian depan dan belakang.

“Material pula banyak diambil daripada sutera pelbagai jenis seperti sutera mikano, organza, kapas, labuci berkaca (glass sequin) dan sedikit sentuhan kulit. Selain itu, cetakan dekorasi seni yang edgy menjadi pelengkap kepada fabrik dan perincian.

“Palet ringan membarisi rekaan baharu saya yang masih mengekalkan bayangan glamor seperti kuning air (beige), merah jambu, kelabu lembut, hitam, hitam kilat (patent black) dan biru,” jelas Bernard kepada Stailo.

Ramalan 2013

Perkongsian rekaan baharu Bernard itu bagaimanapun hanyalah mukadimah dalam kalendar fesyen tahun ini. Berbicara soal fesyen tahun 2013 pula, Stailo sempat meminta pandangan daripada pensyarah sambilan bahagian fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak, Yazid Jamil.

Menurut Yazid, trend melapiskan (layering) pakaian sedia pakai dalam satu masa bakal menjadi ikutan. Sebagai contoh, kemeja jarang disuai padan bersama sweater tebal dan besar ataupun jaket berpotongan bahu jatuh bersama celana pendek serta seluar senteng.

Namun, faktor ketebalan fabrik perlu disesuaikan dengan iklim Malaysia yang panas dan lembap. Tahun 2013 meraikan pembebasan jangkaan kalendar kaum Maya bahawa dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012, maka sebarang bentuk kongkongan harus dibebaskan.

Siluet yang lebih natural dan rileks menjadi nadi utama dalam memilih helaian busana untuk 2013. Pakaian yang terlalu sendat harus dielakkan. Katakan tidak pada dres bondage dan pilih busana atau seluar yang sedikit longgar bagi memberi ilusi seksi dalam kesopanan.

Warna terang seperti biru kobalt, jingga dan kuning menjadi pilihan utama dalam kalangan rumah fesyen antarabangsa. Permainan motif geometri seperti yang dilihat di pentas peragaan musim bunga dan panas 2013 label Prada adalah trend yang cukup hangat untuk dicuba.
REKAAN musim bunga dan panas 2013 Bernard ini mencerminkan kesetiaan cinta wanita terhadap lelaki yang dikasihinya.


“Industri fesyen dunia tahun ini menyaksikan kebangkitan pakaian sedia pakai. Busana hadir dalam manipulasi pola yang kreatif dan potongan yang lebih natural. Fabrik jarang digabungkan bersama fabrik legap.

“Faktor praktikal dan fungsi perlu dititikberatkan. Pentas fesyen negara, 2013 sewajarnya menjadi tahun publisiti besar-besaran kepada pereka-pereka muda berbakat seperti Jonathan Liang, Alia Bastamam dan FiziWoo. Idea-idea yang mereka tampilkan memberi suntikan segar, satu revolusi untuk industri fesyen tempatan,” ujar Yazid.

Tetapkan trend

Sementara itu, Presiden Persatuan Pereka Bumiputra (BDA), Bon Zainal melihat perkembangan gaya pada tahun ini perlu berbalik kepada konsep praktikal. Menurut beliau, zaman ini pereka perlu celik dengan perubahan kehendak orang ramai yang dahagakan pakaian sedia pakai yang jelas fungsinya.

“Jangan hanya menilai kecantikan rekaan berdasarkan sedap mata sendiri kerana pada akhirnya, pelanggan yang akan menentukan sama ada pakaian itu boleh dipakai atau tidak.

“Perlu diingat, tujuan pakaian dihasilkan adalah untuk dijual dan dipakai. Jadi, cuba elakkan rekaan yang terlalu artistik dan rumit,” demikian pesanan Bon ketika ditemui Stailo pada pertandingan akhir Pencarian Pereka Muda 2012 anjuran BDA di Dewan Panggung Sari, Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Menyentuh trend yang bakal menjadi ikutan di negara ini, Bon merasakan adalah wajar sekiranya Malaysia menetapkan trend tersendiri daripada mengikut panduan fesyen global secara keseluruhan.

Namun, konsep gaya yang ditekankan masih perlu selari dengan perkembangan antarabangsa, cuma pengolahan idea bagi rekaan yang ingin diketengahkan boleh divariasikan. Contohnya, pakaian berona terang dan garang sangat sesuai digayakan masyarakat negara ini sepanjang tahun atas faktor ketetapan iklim.

Pentas antarabangsa
Menjengah pentas fesyen antarabangsa pula memperlihatkan penonjolan beberapa konsep. BCBG Max Azria, Jason Wu dan Herver Leger tahun ini mempertaruhkan efek Helmut Newton, jurugambar fesyen yang popular dengan foto hitam putih berunsur erotisisme.

Ketua Pegawai Kreatif Kumpulan BCBG Max Azria, Lubov Azria juga mengesahkan Helmut merupakan antara inspirasi utama bagi koleksinya kali ini.

Elemen air turut menjadi mainan label antarabangsa tahun 2013. Jack McCollough dan Lazaro Hernandez yang menerajui Proenza Schouler, menghasilkan dres yang diperbuat daripada cetakan foto bagi mencipta nilai abstrak.

Olahan liberal itu dikukuhkan dengan penataan imej sekumpulan manusia yang berada di kolam renang, menjelaskan elemen air dalam hasil kerja duo tersebut.

Charlotte Ronson juga tidak ketinggalan mengangkat air sebagai kunci inspirasi bagi koleksi baharunya.

Palet biru laut dan hijau ternyata menyerlahkan rekaan peplum Ronson sehingga hampir kelihatan ibarat riak ombak dari laut.

Pernyataan jelas terhadap unsur air sudah tentu datangnya daripada Michael Kors. Padanan baju (top) dan seluar panjang rona biru dan putih sudah memadai membentuk pemikiran peneliti fesyen.


BERNARD menyuntik kesegaran dalam koleksi kali ini bagi menyerlahkan sisi edgy seorang wanita.


Rekaan berjalur atau berbelang masih belum lapuk dalam percubaan pereka prolifik global. Marc Jacobs misalnya, meluluskan majoriti ciptaan musim bunga dan panas beliau dengan pakaian bercirikan jalur. Baju T atau jumpsuit, nilai keindahan corak berjalur tetap dikekalkan.

Eksperimen Tommy Hilfiger kali ini juga agak menarik. Siapa sangka, seluar panjang, baju dan blazer rona putih seragam yang dicoretkan bersama jalur merah dan biru mampu menghasilkan efek luar biasa. Menariknya, jalur itu bukan bergaris tetapi berbentuk polka dot.

Gaya retro Eric Choong


fashion, lifestyle, Retro, Gaya retro Eric Choong
ANTARA selebriti yang turut sama dalam pelancaran jenama Freedom by Eric Choong baru-baru ini.

BUAT julung-julung kali, Eric Choong menampilkan koleksi istimewa khas lelaki dengan mengembalikan saat riang dan kerancakan era 60-an serta 70-an melalui signatur gaya tersendiri.

Ilham di sebalik edisi terhad itu diperoleh dari tempat kelahiran Eric di Ipoh, Perak yang menempatkan bangunan-bangunan memorial dan kopitiam yang menjadi persinggahan orang ramai selepas seharian penat bekerja.

“Masih segar dalam ingatan saya apabila orang ramai berkumpul dan menari pada hujung minggu mengikut tarian agogo sambil menyarungkan baju-baju corak petak dan rona-rona menarik,” ujarnya ketika ditemui usai majlis pelancaran koleksi lelaki edisi terhad, Freedom by Eric Choong baru-baru ini.

Berdasarkan kenangan indah tersebut, Eric menghasilkan rekaan segar dengan suntikan elemen era itu yang banyak ditampilkan menerusi kombinasi corak jaluran dan kotak. Ia turut diserlahkan dengan variasi rona terang dan kontra.

Koleksi baju-baju merangkumi kemeja lengan panjang, manakala seluar pula menggunakan fabrik kapas untuk seluar pendek dan seluar panjang Chino dengan potongan moden.

“Jahitan mengikut era 70-an dapat dilihat pada jaket dan blazer dengan rekaan berstruktur menggunakan kapas tenunan tangan. Ia dipadankan dengan bowtie rona sama,” ujarnya.

Tambah menarik, setiap rekaan yang dihasilkan adalah versatil kerana ia boleh digunakan oleh kaum wanita yang ingin bergaya bak seorang maskulin. Menurut Eric, penggunaan warna yang ceria, corak dan potongan moden membuatkan ia boleh menjadi pakaian sedondon buat pasangan sejoli.

Kesemua koleksi Eric boleh didapati pada Januari 2012 di beberapa gedung pakaian

terpilih antaranya Robinson, Parkson, Ruffey, Sungei Wang

dan Tangs.

Glosari jam tangan jejaka



lifestyle, fashion, gadget, accessory, Glosari jam tangan jejaka


JAM tangan merupakan aksesori yang paling diutamakan kebanyakan individu khususnya golongan lelaki. Tanpa jam tangan, penampilan kaum Adam tampak canggung dan kosong.

Untuk itu, pemilihan jam tangan yang tepat amat penting dalam mengekalkan imej segak dan berketerampilan. Kenal pasti perkara-perkara penting ketika memilih jam tangan seperti yang disenaraikan di bawah ini:

Harga

Tentukan had harga anda. Anda perlu tahu kategori harga jam tangan:

Berharga lebih daripada RM3,000:

n Jam tangan mekanikal

n Diperbuat daripada logam mahal (bersadur emas dan platinum), tungsten karbida atau titanium

n Perincian kristal nilam

n Kategori jam tangan rekaan khas dan formal

Contoh: Breitling, Omega, Rolex dan IWC

Berharga antara RM1,000 hingga RM2,500:

n Kuarza automatik iaitu jam yang berfungsi dengan menggunakan getaran hablur kuarza yang dikawal oleh mikrolitar

n Diperbuat daripada getah (caoutchouc), keluli tahan karat, kulit, titanium dan fiber karbon

n Menggunakan gelas mineral

n Kategori jam tangan kasual

Contoh: Orient dan Bottega

Berharga antara RM200 hingga RM700:

n Jam tangan kuarza

n Diperbuat daripada plastik, komposit resin atau logam asas

n Menggunakan kristal plastik

n Kategori jam tangan fesyen dan atletik

Contoh: Swatch

Stail

Jam tangan ringkas/formal:

n Material emas

n Bekas ringkas dan nipis

n Bezel berputar

n Penanda yang tebal

Jam tangan rekaan khas:

n Direka untuk seseorang yang mempunyai reputasi tinggi dan menepati cita rasa individu tersebut

Jam tangan atletik:

n Kebiasaannya bersaiz besar

n Bezel dengan penanda yang menonjol

n Kalis air untuk keadaan tertentu

Jenama

n Pelajari sedikit maklumat tentang reputasi pengeluar jam tangan tersebut. Elakkan meminta pandangan jurujual kerana mereka hanya memberikan jawapan yang mendorong anda untuk membeli tanpa mengambil kira kriteria yang anda utamakan.

n Tanya pendapat rakan-rakan atau saudara-mara yang mungkin memiliki jam tangan jenama sama.

n Anda juga boleh membaca maklum balas pada forum-forum internet tentang jenama sesuatu jam.

Di mana anda boleh beli?

n Jam tangan berprestij selalunya hanya dijual di butik yang sah. Oleh itu, pembelian jam tangan berjenama secara dalam talian bukanlah alternatif yang terbaik.

n Gunakan katalog internet bagi memilih beberapa jam tangan yang ingin anda pakai.

Saiz yang betul

n Pilih jam tangan mengikut fizikal anda dan kesesuaian pada pergelangan tangan anda. Cuba dahulu sebelum beli!

Gelaran impian milik Olivia Culpo


lifestyle, fashion, model, Miss Universe 2012, Olivia Culpo, Gelaran impian milik Olivia Culpo


DEBARAN untuk mengetahui siapakah Ratu Cantik Universe 2012 akhirnya terjawab apabila gelaran idaman setiap wanita seluruh dunia itu diberikan kepada Ratu Cantik Amerika Syarikat (AS), Olivia Culpo, 20.
Gadis kelahiran Rhode Island itu mengalahkan 88 jelitawan seluruh dunia dalam pertandingan tahunan yang diadakan di Kasino Planet Hollywood, Las Vegas, Nevada, AS.
Kemenangan Olivia turut menghentikan penantian AS selama 15 tahun untuk kembali merampas mahkota tersebut apabila kali terakhir memenanginya pada tahun 1997 menerusi Brook Lee.
Ironinya, sejak pertandingan itu diperkenalkan pada tahun 1952, ratu cantik AS telah lapan kali meraih gelaran tersebut. Tambah menarik, kesemua mereka dinobatkan ketika AS menjadi tuan rumah, sama seperti yang terjadi kepada Ratu Puerto Rico pada tahun 2001, yang mendapat kemenangan di tempat sendiri.
Secara profesional, ketahanan fizikal dan mental amat diperlukan sepanjang pertandingan itu kerana setiap peserta tidak hanya dinilai berdasarkan paras rupa malah kecantikan peribadi secara menyeluruh.

LIMA finalis Ratu Cantik Universe 2012. Dari kiri: Ratu cantik dari Brazil, AS, Australia, Filipina dan Venezuela.



Kemenangan Ratu Cantik Universe 2000, Lara Dutta dari India boleh dijadikan contoh mudah. Meskipun saingan keduanya, Claudia Moreno dari Venezuela memiliki kejelitaan yang jauh lebih tinggi berbandingnya, Lara berjaya menambat hati juri atas tiket kebijaksanaannya menjawab soalan selain memiliki personaliti yang disenangi.
Turut diakui, bukan mudah berdepan dengan jutaan mata yang memerhati sosok tubuh dan penampilan diri. Ditambah pula senyuman manis yang harus dilemparkan sepanjang waktu terutamanya saat lensa kamera mengekori pergerakan.
Menarik perhatian
Pada pertandingan lalu, kesemua jelitawan yang berkampung selama dua minggu di Las Vegas mencuba sehabis daya untuk menarik perhatian juri dan dunia dengan pesona anggun mereka melalui beberapa saringan.
Ia merangkumi peragaan baju renang, sesi soal jawab, peragaan kostum kebangsaan, gaun malam dan akhirnya malam kemuncak pengumuman lima terbaik pada malam final.
Lima yang layak ke pusingan akhir ialah peserta dari Brazil, Filipina, Australia, AS dan Venezuela. Jika dilihat seleksi peserta akhir itu, ia seakan-akan mengulang kembali pilihan yang terdahulu yang datangnya dari negara yang sama.
Adakah jelitawan dari negara-negara tersebut sahaja yang layak ke pusingan akhir atau wujud campur tangan orang dalam di sebalik pertandingan yang telah memasuki edisi ke 61 itu? Persoalan itu masih kekal tanda tanya dan tiada siapa berani meletak andaian secara rambang.
Sesi soal jawab antara saat paling genting bagi kelima-lima peserta akhir kerana ia bakal memperlihatkan kematangan mereka dalam memberi jawapan secara spontan.
Paling utama, mereka tidak boleh menunjukkan kebodohan mahupun keangkuhan dalam diri.
Meskipun ketinggian Olivia menjadi perdebatan ramai, dia masih menyerlah ketika menyarungkan busana baldu rona merah.
Ketika diajukan soalan sama ada dia pernah menyesali perkara yang dilakukan sepanjang hidupnya, dengan pantas pelajar Universiti Boston itu menjawab: “Saya ingin menyatakan bahawa setiap pengalaman itu sangat berguna tidak kira ia baik atau buruk.
KEMENANGAN Lara Dutta pada tahun 2000 membuktikan bahawa pakej menyeluruh dalam diri seseorang ratu cantik benar-benar diambil kira.


“Namun, satu perkara yang saya amat kesali ialah saya selalu menyakat adik-beradik dan kini saya sedar kita akan lebih menghargai mereka apabila meningkat dewasa.”
Jawapan yang ringkas dan sedikit klise namun berjaya menambat hati setiap juri yang berasal dari AS sendiri. Rata-rata juri mempunyai latar belakang yang berbeza dan tiada kena mengena langsung dengan penjurian pertandingan ratu cantik.
Jawapan meyakinkan
Berdasarkan pemerhatian awam, peserta dari Filipina, Janine Tugonon dianggap sebagai yang terbaik ketika sesi soal jawab berlangsung. Paling penting, dia tidak mengulangi keangkuhan peserta negaranya tahun lalu apabila memberikan jawapan yang bijak dan begitu meyakinkan.
Malangnya, kebijaksanaan Janine masih gagal menganugerahkan Janine mahkota tersebut walaupun dilihat sebagai pesaing paling kuat sepanjang pertandingan.
Janine yang berusia 23 tahun hanya mampu berpuas hati di tempat kedua. Bagaimanapun, Janine muncul juara dalam pemilihan dalam kalangan pengguna laman sosial, Twitter dan menjadi pilihan pertama dalam hati setiap penyokong dari Asia dan negaranya sendiri.
Tempat ketiga diberikan kepada peserta Venezuela, Irene Sofia Esser Quintero manakala tempat keempat menjadi milik Renae Ayris (Australia) dan kelima disandang oleh Gabriela Markus (Brazil).
Antara 10 juri yang menghakimi malam kemuncak tersebut ialah penyanyi, Cee Lo Green, Bintang Iron Chef, Masaharu Morimoto dan pemain besbol San Francisco Giants, Pablo Sandoval serta selebriti realiti TV, Scott Disick.
Saingan Kimberley
Kepelbagaian identiti para juri tidak menghilangkan seri Ratu Cantik Universe 2012 apabila ia terus meninggalkan momen indah buat setiap peserta dan penyokong.
Ia turut memberi kenangan bermakna buat peserta Malaysia, Kimberley Leggett, 19, yang berusaha sehingga ke titik akhir walaupun dicanang bakal memberi persaingan getir dalam edisi kali ini.
Kimberley dengan yakin melangkah bersama persalinan indah rekaan Jovian Mandagie ketika malam pusingan awal. Kostum kebangsaan yang diperagakan juga menarik perhatian ramai sehingga diramalkan bakal menempah slot dalam kelompok Top 16.
Kelibat Kimberley turut kelihatan dalam surat khabar antarabangsa dan blog-blog fesyen sebagai peserta pilihan dalam pertandingan yang dimiliki oleh hartawan hartanah AS, Donald Trump itu.

KESIBUKAN suasana persiapan para peserta ratu cantik di belakang pentas.



Perjuangan Kimberley masih belum bernoktah kerana perjalanan gadis kelahiran Pulau Pinang itu masih panjang dan terbentang luas di hadapannya. Bidang peragaan mahupun industri seni tempatan dan antarabangsa akan ternanti-nanti kehadiran Kimberley berbekalkan aset wajah yang mulus dan senyuman manis.
Wakil Malaysia pada tahun depan, Carey Ng, 23, baru sahaja dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia Universe 2013. Adakah gadis kelahiran Kuala Lumpur itu bakal mencatat sejarah sebagai anak Malaysia pertama membawa pulang mahkota Ratu Universe? Segalanya tidak mustahil untuk diimpikan.
Untuk rekod, pencapaian terbaik negara dalam pertandingan Ratu Cantik Universe setakat ini ialah Yasmin Yussuf pada tahun 1978 (tempat kedua kostum kebangsaan) dan Josephine Lena, tahun 1970 (Top 15).

Pelajar tahun akhir Universiti Lim Kok wing tunjuk bakat


lifestyle, fashion, Pelajar tahun akhir Universiti Lim Kok wing tunjuk bakat
PERTUNJUKAN fesyen pelajar tahun akhir Universiti LimKokWing (LKW) jurusan seni pertengahan tahun lalu benar-benar membuka mata khalayak.

Biarpun terdapat beberapa busana yang diperagakan mungkin menyebabkan orang awam berasa tidak cantik atau mustahil untuk dipakai, masih lagi terdapat pelajar yang menyerlahkan pada malam itu.

Diadakan di ruang legar pusat beli-belah Midvalley, lebih kurang 20 orang pelajar memperagakan rekaan termasuklah Harshini Sukumaran dan Misty Jaba Tanuar.

Harshini yang baru berusia 21 tahun memaparkan beberapa pakaian yang berinspirasi daripada kebudayaannya, India.

Pada permukaan kain daripada jenis satin dan sari itu, imej-imej berunsur India dicetak selain disertakan dengan perhiasan di kepala. Secara spesifik, dia menjadikan seni tarian klasikal India diterjemah pada pakaiannya.

Harshini akan ke Milan, Itali untuk meneruskan pengajian ke peringkat sarjana selepas tamat belajar di Universiti LimKokWing.

Seorang lagi pelajar tahun akhir, Misty, 21, pula mengambil suasana hidupan bawah laut sebagai tema koleksinya. Ia jelas kelihatan dengan rona yang digunakan seperti warna putih dan biru yang pelbagai tona.

Selain itu, hiasan seperti manik juga melatari pakaiannya bagi memperindahkan busana hasil jahitannya. Menggunakan bahan yang ringan seperti sutera sifon, Misty mengakui amat sukar untuk menjahitnya.

Pemilihan potongan kain, bahan dan jahitan amat dititikberatkan supaya kesannya terlihat apabila model melangkah untuk memperagakan pakaian tersebut. Lembut, beralun dan ringan seumpama pemakainya ditiup bayu.

Setiap helaian kain yang dipotong perlu dijahit pada perkadaran yang betul supaya tidak kelihatan begitu tegang atau nampak seperti tidak siap.

Begitu juga dengan setiap butiran manik. Misty memberitahu, ia wajib dijahit satu persatu kerana manik mudah tertanggal seterusnya menjejaskan rupa perincian keseluruhan.

Pakaian yang dihasilkan itu termasuk dalam kategori pengantin dan boleh dijual serendah RM1,200. Misty yang berasal dari Jambi, Indonesia meminati hasil karya pereka terkenal Malaysia, Melinda Looi.

Katanya, busana ciptaan wanita itu lain daripada yang lain dan menarik serta ideal untuk dipakai dalam pelbagai majlis.

Kemeriahan yang berlangsung pada malam itu turut dihadiri presiden universiti tersebut, Tan Sri Lim Kok Wing dan ahli keluarga pelajar tahun akhir yang terlibat.

Pada akhir acara, turut diadakan penyerahan anugerah kepada pelajar yang cemerlang. Sesuatu yang menarik mengenai penganjuran itu adalah semua yang menjayakan acara tersebut, termasuk pengacara dan model, terdiri daripada pelajar universiti itu sendiri.

Wax perisa oren



lifestyle, stylo, stailo, Wax perisa oren


PENERAJU global dalam penyingkiran bulu badan, Strip telah berjaya menarik pelanggan mereka dengan edisi pertama wax berperisa iaitu Wax New York Vanila Cupcake.

Hari ini, demi meraikan kejayaan butik mereka di Shanghai, China, Strip memperkenalkan pula edisi kedua wax berperisa yang diberi nama Wax Shanghai Summer Orange.

Penyediaan wax berperisa itu adalah sempena meraikan pembukaan Strip di sembilan bandar raya utama di dunia. Ia juga bertepatan dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut masyarakat Cina di seluruh dunia tidak lama lagi.

Produk baharu itu didatangkan dalam rona oren, sekali gus membawa kesegaran haruman buah oren. Berdasarkan formula Wax Berry Chocolate yang amat diminati, wax baharu itu sesuai digunakan pada bahagian peribadi (Brazilian wax). Ia juga berkesan bagi membuang bulu yang paling degil dan meminimumkan kesakitan.

Bagi memberi ketenangan kepada pelanggan, kesemua butik Strip akan diserikan dengan wangian minyak pati oren Mandarin. Pelanggan yang memilih Wax Shanghai Summer Orange juga akan menerima satu bekas gula-gula berperisa oren sebagai saguhati untuk dibawa pulang.

Nikmati kulit licin dengan wax edisi terhad tersebut yang boleh didapati di semua cawangan Strip bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2013. Pelbagai rawatan waxing turut disediakan di Strip termasuk Brazilian wax yang berharga RM114.50.

Layari laman web www.strip-my.com atau kunjungi facebook pada www.facebook.com/StripKL untuk maklumat lanjut.

Sherry mendarat di lapangan seni


SHERRY menyimpan impian untuk kembali menjadi pelakon sebelum usia 30 tahun. Dia berjaya menggapai impian itu

TUBUH kecil dengan ketinggian 160 sentimeter itu terbiasa memakai persalinan rona merah manggis. Wanita itu juga mengenakan topi kecil di kepala, warna yang sama. Busana yang selalu lekat dengan kostum pekerjaan dirinya di saat itu yang menggalas tanggungjawab pramugari di bawah payung syarikat penerbangan Qatar Airlines.

Wanita berusia 29 tahun dengan nama Syarizad Ibrahim atau nama komersialnya Sherry Ibrahim itu pernah bergelar anak seni selama dua tahun setengah bagaimanapun ia terhenti di tengah jalan. Mungkin ada yang terlupa namanya.

Untuk jangka waktu tugasan berlatarkan awan, Sherry menyusun langkah kaki dari kerusi ke kerusi, kelas ekonomi dan bisnes melayan kerenah dan mengenal asam garam kehidupan. Di awan biru berulang alik pelbagai negara, dia mengutip perjalanan hidup. Warna sebenar manusia bila duduk jauh dari atas darat.

Lebih yakin

Digayakan semula dalam busana selebriti, solekan lebih tebal dan baju rekaan pereka terkenal Syaiful Baharim, Sherry mengaku sedikit kekok. "Lama tidak bergambar begini," akuinya ketawa namun masih berbaki lenggok seorang artis.

Pernah bertugas terdahulu bersama Malaysia Airlines (MAS) dan kemudian mengutip pengalaman berbeza di Qatar Airlines, dia mengaku banyak belajar makna hidup.

"Dunia pramugari mengajar saya menjadi matang, lebih yakin. Jujur, pengalaman tersebut tidak akan saya dapat di mana-mana," senyumnya yang semakin rancak berceloteh, gaya Sherry dulu-dulu.

"Saya bertemu orang yang menarik. Belajar daripada sebuah hubungan yang dinamakan persahabatan menjadi akrab sebagai famili. Kepercayaan adalah kunci utama apabila berada jauh daripada keluarga dan tanah air sendiri," ujar anak kelahiran Kuala Lumpur ini.

Menariknya untuk pengisian diri sendiri, Sherry yang pernah membintangi drama Renjis bersama Elyana ini juga mengenal lebih dalam satu perkara.

"Saya belajar untuk menjadi tidak semberono. Rasa dihargai dan yang penting mengerti erti tidak hipokrit lebih dalam," tambahnya berkata jujur dengan harapan ketulusan ini tidak disalah ertikan. Dia bercakap atas dasar pemerhatian dan pengalaman.

Penulis bertanyakan destinasi yang paling digemari sementelah pasportnya pasti penuh dengan cop pelbagai negara.

"Saya sukakan Amerika Syarikat kerana orangnya tidak bersifat perkauman. Mereka boleh menerima orang Asia. Lihat sahaja penerimaan mereka terhadap kehadiran penyanyi Yuna," ujar si peminat tegar Yuna ini.

Paling banyak mengajar katanya adalah apabila dia menjejak kaki ke negara Asia Barat. Kata Sherry, jika tidak memiliki karakter yang kuat, seseorang tidak dapat bertahan lama di negara tersebut. Perlu kuat dan tegas berhadapan dengan orang di sana, tambah Sherry.

"Tetapi saya banyak juga belajar tentang fesyen daripada orang Arab. Ada alat solek dan pewangi yang khas untuk kaum Hawa, daripada situ kita sudah nampak kuasa beli mereka dalam bab fesyen," ulas Sherry yang teringin ke Santorini, Greece dan Rio de Janeiro, Brazil.

Berlakon semula

Menghampiri tarikh 3 April 1983, satu masa di mana usianya bertukar ke kepala angka tiga, Sherry senyum dan puas menyatakan dia berjaya mengejar impian yang pernah disulam.

"Saya pernah menyimpan hasrat untuk kembali menjadi aktres sebelum usia masuk ke angka 30 tahun," sambungnya yang sudah habis kontrak bersama syarikat penerbangan sejak tahun lalu.

Namun dia mengambil masa enam bulan untuk merehatkan diri. Lebih menghampiri famili dan rakan-rakan yang pernah ditinggalkan ketika di awan biru. Demi tugasan dahulu, waktu senggang bersama yang tersayang perlu dikorbankan.

"Lepas habis kontrak, saya tidak putuskan untuk buat apa-apa lagi. Lagi pun ayah dan ibu ketika itu mahu mengerjakan ibadat haji. Rakan artis, Ryzal Jaafar yang akhirnya tolong dapatkan pekerjaan semula dalam dunia lakonan. Saya bersyukur dengan tawaran tersebut memandangkan sekarang sangat ramai pelakon pelapis yang muda-muda," katanya.

Hayunan semula dalam jiwa pelakon dimasukkan ke dalam karakter Eriza, wanita muda sofistikated dan lahir dalam legasi orang berada. Dalam drama bersiri Setia Hujung Nyawa yang kini disiarkan di saluran TV3 pada pukul 7 malam, Sherry kembali menyarung persalinan aktres.

"Ini tawaran pertama saya. Drama arahan Amie Maziah di bawah produksi Suhan Movies. Mulanya saya hanya patut berlakon beberapa belas adegan tetapi kemudian dilanjutkan oleh sutradara. Saya bersyukur dengan lanjutan ini dan membuatkan saya lebih bersemangat berlakon," katanya yang berlakon bersama Talha dan Asraf dalam drama adaptasi novel tulisan Fatin Nabila tersebut.

"Rasa gemuruh itu datang bila turun padang semula. Tertanya-tanya saya sendiri adakah saya boleh berlakon lagi? Hasil sokongan padu rakan-rakan dan keluarga yang menyatakan saya patut kembali membuatkan saya mengumpul semangat," ujarnya.

Untuk Sherry, drama 26 episod ini turut membuka lembaran baharu buatnya. Dia diberikan sebuah karakter yang lebih matang dan 'dalam' permainan jiwa. Seakan-akan tahu bahawa dia mahu menangkis karakter komedi yang pernah sekejap melekat pada dirinya.

"Mungkin sebab saya pernah muncul dalam drama Chaparela yang ada sentuhan komedi. Juga muncul dalam watak-watak ceria seperti Dunia Baru dan Renjis, jadi saya lebih terdorong diberikan watak-watak yang hampir sama. Bukan tidak bersyukur tetapi setiap pelakon pasti mahukan kematangan dalam jalur lakonan mereka," senyum pelakon yang juga pernah muncul dalam drama Jelatang, Cinta Untuk Ain, Lara Rindu Mahsuri, Dira dan Nina serta Cik Ah Cik Nin.

"Tahun ini adalah tahun fokus dalam dunia seni. Ada beberapa projek seni lagi yang sedang dirangka dan saya harap dapat dilaksanakan," nekadnya yang masuk ke dunia seni pada tahun 2006.

Setelah berlangitkan cuaca pengalaman dan bintang pesona sebagai anak kapal, kini Sherry kembali ke landasan lapangan seni.

Mungkin kembali hijau rumput yang ditatihnya, namun tidak mustahil bunga-bunga jaya bakal tumbuh meriah selepas dia mendalami kepelbagaian kerenah manusia dan jalur pengalaman dalam dunia sebenar. Hanya perlu diadaptasi dalam dunia rekaan yang dinamakan drama dan filem berpredikatkan tugasan pelakon.

Sisi psiko Sharnaaz Ahmad



LAN TODAK jadi simbol baharu kepada kejahatan remaja pesalah juvenil dalam filem yang bakal ke panggung tidak lama lagi itu.


SATU demi satu kontroversi melanda Sharnaaz Ahmad. Pada hujung tahun lepas, dia berkelahi di Twitter usai Anugerah Industri Muzik di Singapura, barangkali aktor paling banyak kontroversi sepanjang 2012.
Tidak seperti kekasihnya Shila Amzah dan keluarga yang sudah kerap meleraikan kusut plot percintaan mereka baru-baru ini, giliran Sharnaaz yang selama ini sukar ditembusi pendirian akhirnya terpaksa membuka mulut. Itu pun ketika ditemui sewaktu hadir ke pratonton filem terbaharu lakonannya, Juvana, Rabu lalu.
Buat pertama kalinya dia mengizinkan dirinya ditemui media secara terbuka. Sharnaaz tidak mampu mengelak lagi. Biarpun memberi alasan berkejaran untuk ke lokasi penggambaran pula, mahu tidak mahu dia harus bersikap optimis.
"Jika dia (Shila Amzah) tidak mahu cakap pasal cinta untuk tahun 2013, saya pun sama. Tahun ini saya hanya mahu bercakap pasal kahwin," ada nada serius di sebalik jawapan berseloroh Sharnaaz ketika merumuskan 'drama Twitter' antara dirinya dengan Shila, Disember lalu.
Kedengaran ringkas namun Sharnaaz seperti memberi penegasan tentang cintanya kepada anak sulung ND Lala itu tidak pernah tergugat. Dalam erti kata lain, Sharnaaz mahu membuang persepsi negatif ramai kononnya dia dan Shila sudah tidak sehaluan.
Tinggalkan seketika kisah Juvana yang mengangkat lakonannya sebagai Lan Todak, alang-alang bertemu Sharnaaz, bukan soal cinta sahaja yang dibangkitkan. Aktor yang pernah terkait isu panas baran serta kuat cemburu itu ditebak dengan persoalan yang sama.
"Memang saya mengongkong dia kerana dia bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan. Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya," tegas Sharnaaz.
Enggan mengulas lanjut kerana mahu menutup kontroversi dengan jalan terbaik, Sharnaaz bagaimanapun mengakui, tahun 2012 merupakan tahun panas dalam hidupnya.
"Tahun 2012 memang tahun panas buat saya sedangkan tahun 2012 sepatutnya menjadi tahun saya. Angka 12 itu sendiri sebenar angka kegemaran saya. Tapi, apa boleh buat, kita tidak rancang pun semua itu.
"Tahun ini saya mahu kembali untuk menjadi diri saya dan nak fokus pada kerjaya. Terus-terang, saya tak mahu buat hal lagi," janjinya sambil mengharapkan keganasan dan kegilaan Lan Todak dalam Juvana dapat diterima umum.
Akui Sharnaaz lagi: "Shila sendiri tidak menyukai karakter Lan Todak."
Lan Todak watak antagonis baharu yang masuk menyertai filem arahan Faisal Ishak itu. Tidak peduli tanggapan sesetengah pihak bahawa watak itu persis membayangkan satu sisi dirinya yang psiko, bagi Sharnaaz, setiap manusia ada sikap sebegitu dalam diri masing-masing.
"Setiap manusia ada sifat psiko sendiri, tetapi antara hendak ditonjolkan atau tidak, peluang itu datang hanya sekali. Tapi psiko saya itu hanya dalam lakonan semata-mata," tutup Sharnaaz.

Perempuan minat lelaki nakal


DARI kanan: Adam Shah, Johan A'sari, Syazwan Zulkifly dan Idzham Ismail antara pelakon membesar daripada Juvana.

DEKAT dengan masyarakat tetapi terasing daripada masyarakat normal, dunia gelap remaja pesalah juvenil merupakan antara satu topik yang menarik dan terbukti mempunyai daya tarikan yang kuat untuk diteroka.

Buktinya, kisah remaja pesalah juvenil yang didramakan dua tahun lepas menjadi hits dan fenomena baharu kepada corak drama televisyen. Tahun ini, Juvana akan kembali menemui khalayak. Bezanya, medium penceritaan yang masih ditangani Faisal Ishak itu beralih bentuk menjadi sebuah karya layar lebar.

Juvana adaptasi drama ke filem itu masih sebuah kesinambungan kepada kisah Daim lakonan Zahiril Adzim, Botak (Johan A'sari), Apek (Syazwan Zulkifly) dan Ayam (Adam Shah), Panjang (Idzham Ismail), Kicap dan Komeng yang pernah menjadi fenomena kepada penggemar drama tersebut.

Di samping karakter asal yang telah diketahui latar belakang hitam itu, produk terbitan Filmscape Sdn. Bhd. dan Juita Viden Sdn. Bhd. itu menampilkan kelainan dengan kehadiran watak-watak baharu seperti Lan Todak lakonan Sharnaaz Ahmad, Jamal (Syafie Naswip), Sara (Sara) dan Ali (Adlin Aman Ramli).

Sementara Juvana bakal masuk panggung pada 24 Januari nanti, dua pelakon yang popular hasil daripada Juvana, Johan A'sari dan Adam Shah diajak bercerita tentang keterujaan serta penjanaan karakter yang mereka lalui. Biarpun tidak seperti Johan yang mencanak popular hasil persembahan sebagai Botak, Adam Shah juga tidak ketinggalan membina karier bersandarkan gelaran Ayam Juvana.

Bagaimana impak Juvana ke dalam hidup kalian hingga hari ini?

JOHAN A'SARI (JA): Juvana banyak bawa tuah kepada kami. Selepas drama Juvana disiarkan saya dikenali dengan nama Botak. Tawaran untuk berlakon mencurah-curah. Kalau dulu saya hanya tengok Rosyam Nor berlakon dan menang anugerah di Anugerah Bintang Popular (ABP). Saya pula langsung tiada asas lakonan tapi tiba-tiba saya pula berjalan di karpet merah dan menang di ABP. Saya juga dapat jadi hero terakhir sebelum Fasha Sandha kahwin. Tahun ini juga saya tercalon lagi dalam Top 5 Pelakon Lelaki TV Popular. Permainan Juvana sangat bererti buat saya.

ADAM SHAH (AS): Watak Ayam memang sangat kuat sebab sampai ke hari ini, ada orang masih panggil saya sebagai Ayam. Rasanya, itu habuan apabila kita bekerja keras. Masa mula dapat tawaran Juvana dulu, saya tidak sangka pun drama itu akan jadi fenomena. Saya anggap ini semua anugerah.

Ceritakan perkembangan watak dalam filem Juvana ini?

JA: Meneruskan watak Botak ke filem tidaklah sukar sebab sudah terbiasa dengan pelakon dan kru yang sama. Adlin dan Sharnaaz juga masuk tanpa banyak cerita sebab mereka itu pelakon profesional. Babak paling sukar untuk saya cuma babak mengaji di surau.

AS: Karakter Ayam masih dengan sikapnya yang jenis ambil jalan selamat. Saya jadi pengikut dan akan bertenggek pada siapa yang kuat. Apabila saya bersama budak-budak juvana dari Sekolah Wira Bakti berpindah ke sekolah yang baharu, kami kena jadi baik. Sebenarnya Ayam pun bukannya jahat sangat, dia masuk sekolah juvenil pun sebab menghamilkan budak perempuan dan cuba buang bayi. Jadi dalam drama atau filem itu, Ayam cuma pura-pura jadi jahat. Mula-mula dia ikut Botak dan kemudian bila sesuatu terjadi kepada Botak, dia beralih jadi pengikut Apek pula.

Melihat kepada trend adaptasi drama ke filem dan sebaliknya, adakah itu satu jaminan kejayaan?

JA: Filem ini khas untuk peminat Juvana dan kalau pun ada yang belum menonton drama sebelum ini, mereka masih boleh berhibur dengan filem ini.

AS: Situasi ini memang biasa berlaku, apabila drama meletup itu satu alasan kukuh untuk buat filem pula. Ada yang menjadi dan ada yang tidak. Tetapi, apa yang lebih penting daripada filem ini adalah gambaran yang mahu ditunjukkan kepada para remaja. Kami mahu penonton melihat sisi positif daripada kejahatan yang ditonjolkan. Jika mesej itu sampai, saya kira itu satu kejayaan kepada Juvana.

Jadi apa pula risiko tidak baik daripada trend berkenaan?

JA: Kami berdepan harapan tinggi daripada peminat. Apa yang akan terjadi kepada Botak penting untuk disaksikan oleh peminat Juvana. Botak boleh jadi ikon. Saya tak risau sangat sebab Juvana ramai pengikut terutamanya penonton lelaki, jadi mereka akan bawa kekasih atau isteri tengok filem ini.

AS: Sejak di lokasi lagi kami sudah berbincang tentang soal itu. Semasa penggambaran drama, kami tiada idea tentang reaksi peminat tapi semasa buat filem, perasaan itu berlainan. Kami agak tertekan memikirkan jangkaan penonton tetapi semua itu letak tepi yang penting kami sudah buat apa yang terbaik dan ikut landasan asal. Risiko tetap ada. Setahun Juvana tinggalkan penonton itu tidak lama, rasanya orang masih ingat tentang Ayam.

Apa yang kalian belajar daripada dunia samseng dalam Juvana?

JA: Saya belajar bahawa kita tidak perlu nak tunjuk handal dengan keganasan. Guna akal bukan tangan.

AS: Semasa remaja dan di sekolah dulu, saya juga budak nakal dan pernah pukul pelajar lain. Cuma nakal itu tidak melampau. Saya sebenarnya buat rujukan berpandukan dua buah filem iaitu Crows Zero dan Young and Dangerous untuk watak Ayam.

Dalam kehidupan realiti, adakah benar bahawa lelaki nakal lebih digemari gadis?

JA: Saya akui wanita memang suka lelaki nakal berbanding yang lurus dan nampak baik. Lelaki pula janganlah ikut buku sangat, kena praktikal dan terokai perkara baharu yang boleh mendatangkan kebaikan, tapi nakal sangat pun tak bagus juga. Perkara nakal yang pernah saya buat masa sekolah dulu cuma hisap rokok.

AS: Boleh jadi. Kalau penonton di luar sana gemar watak Botak dan Ayam, saya mahu ambil kesempatan itu sebagai tarikan ke arah kebaikan.

Selain filem Juvana, apakah perkembangan terbaharu ketika ini?

JA: Saya kini terlibat dengan drama episod Surat Dari Langit. Tahun ini khabarnya filem-filem lakonan saya seperti Tokai, Paku dan Pencinta akan masuk panggung.

AS: Saya ada beberapa projek antaranya drama bersiri untuk RTM, Lamunan Terhenti dan sebuah drama komedi bertajuk Musang Berjanggut.

Konsert meriah 2013


Man Kidal (kiri), Ramli Sarip dan Nash (kanan) bakal bersatu pentas dalam konsert yang dijadual berlangsung di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru, 9 Februari ini.


TAHUN 2012 meninggalkan momen-momen yang indah buat para pencinta konsert. Masing-masing mencipta kenangan dan magis tersendiri. Untuk tahun ini, beberapa konsert menarik sudah diumumkan. Masih banyak yang berteraskan rock, para peminat dan pengunjung setia konsert sudah boleh menandakan jadual diari mereka dengan konsert-konsert yang bakal berlangsung di suku awal tahun 2013.
Konsert Dimensi Rockarisma
Artis: Sweet Charity, Lefthanded, May
Tarikh: 9 Februari
Tempat: Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru
Berubah tiga lokasi, akhirnya Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru menjadi tempat muktamad untuk tiga grup legenda iaitu Sweet Charity, Lefthanded dan May bersatu pentas. Bakal berlangsung pada 9 Februari ini, tiga grup ini akan disatukan dalam sebuah konsert di bawah payung nama Konsert Dimensi Rockarisma. Akan berlangsung selama tiga jam, pastinya lagu-lagu hits tiga grup raksasa ini bakal melantun mengisi ruang stadium dan mengembalikan momen buat para peminat tegar mereka.
"Gabungan tiga grup ini adalah sebuah gabungan yang sesuai. Sweet Charity lahir pada tahun 1970-an kemudian muncul Lefthanded dan May menjadi kesinambungan," komen Ramli Sarip mewakili tiga grup ini. Melihatkan lokasi yang dipilih, kenangan 27 tahun buat Sweet Charity dihambat kembali oleh Ramli. Katanya hampir 27 tahun, grup Sweet Charity tidak mengadakan persembahan di Johor Bahru.
"Ada hikmah apabila lokasi diubah kerana sebab-sebab tertentu. Sweet Charity sudah 27 tahun tidak mengadakan konsert di sana kerana pernah diharamkan pada awal tahun 1980-an. Gara-gara pentas runtuh sewaktu konsert di Taman Pelangi," ketawa kecil Ramli mengingatkan momen tersebut.
Konsert yang bakal bermula pada pukul 8.30 malam tersebut dibawakan oleh pihak Rockarisma Capital Sdn. Bhd. Sama ada Sweet Charity mahu pun Lefthanded dan May, merekalah tentera rock yang membikin empayar rock pada tahun 1970-an dan 1980-an. Mereka juga akan mengembalikan ingatan khalayak terhadap zaman kegemilangan rock. Bak kata rockers sejati, 'rock never die!' Kamelia (Sweet Charity), Semangat Lamina (Lefthanded) dan Sendiri (May) bakal berkumandang di tanah Johor kelak. Konsep, nama dan idea untuk penyatuan tiga grup ini telah dicetuskan oleh Azhar Selamat dari Karisma Johor dengan kerjasama grup-grup tersebut.
Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun
Artis: Hafiz Hamidun
Tarikh: 23 Februari
Tempat: Stadium Bandaraya, Johor Bahru
HAFIZ mahu mendekatkan lagi zikir menjadi salah satu cabang kesenian dan keindahan dalam kehidupan masyarakat.


Untuk sesebuah album nasyid atau lebih tepat lagi album zikir, pencapaian yang diraih oleh Hafiz Hamidun apabila album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang diedarkan sejak awal tahun yang kini merekodkan jualan sehingga 120,000 unit, itu merupakan satu kejayaan yang cukup besar. Atas misi untuk mendekatkan lagi zikir menjadi salah satu cabang kesenian dan keindahan dalam kehidupan masyarakat Islam moden hari ini, Hafiz menerusi syarikatnya Arteffects Sdn. Bhd. sekali lagi mengambil inisiatif mahal namun dirasakan cukup berbaloi. Selepas sambutan baik yang diterima menerusi Konsert Zikir Terapi Diri di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur yang dihadiri 2,000 penonton tahun lepas, Hafiz mahu menggegarkan zikir dalam sebuah konsert berskala lebih besar di Johor Bahru.
"Kalaulah saya terpaksa mengeluarkan duit sendiri sehingga RM100,000 pun saya sanggup jika itu bayarannya untuk realisasikan konsert itu, saya tetap ikhlas. Tiada penganjur yang tidak mahukan pulangan wang tetapi matlamat utama saya ialah untuk budayakan zikir. Setakat ini sudah ada pihak yang mahu bekerjasama sebagai penganjur tetapi kata akhir belum dibuat. Peminat boleh berkunjung ke www.konsertzikirterapidiri.com untuk maklumat lanjut dan harga tiket," jelas Hafiz yang akan meneruskan kembara album Zikir Terapi Diri ke Indonesia pula sebaik sahaja selesai konsert berkenaan.
Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari
Artis: Anuar Zain
Tarikh: 16 Februari
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil
ANUAR ZAIN bakal mengubat kerinduan para peminatnya dengan konsert solo.


Penyanyi lelaki ini sentiasa membuatkan peminat wanitanya menjerit-jerit. Jeritan dan nyanyian beriringan ini bakal berkumandang lagi kelak apabila Anuar Zain akan membuka tirai tahun ini dengan konsert solonya pada 16 Februari di Stadium Putra, Bukit Jalil. Konsert tersebut diadakan juga sempena 30 tahun Anuar mendambakan dirinya sebagai penyanyi lelaki tanah air. Pada majlis pelancaran klip video terbaharu Anuar yang berjudul Ajari Aku, berita baik perihal konsert Anuar diumumkan oleh Pengarah Urusan syarikat rakaman Universal, Loan Cheong.
Menurutnya, konsert solo Anuar dengan nama Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari bakal dipimpin oleh pengarah muzik hebat tanah air, Mac Chew. "Istimewanya konsert solo Anuar, beliau akan diiringi oleh 26 ahli orkestra. "Pastinya 16 Februari ini akan memahat satu sejarah tersendiri dan memori indah untuk seluruh peminat Anuar Zain," katanya. "Bagi saya sekarang adalah untuk berkongsi perjalanan muzikal saya dengan para peminat dan berharap agar konsert ini akan menjadi sesuatu yang istimewa untuk semua yang hadir pada malam 16 Februari nanti," ujar Anuar yang popular dengan lagu Mungkin, Lelaki Ini dan Ketulusan Hati.

O album bulat bunyi, kata


KOMUNITI Salam Musik antaranya terdiri daripada (dari kiri) Jaz, Kamal Razali, Ammar Habir, Eyza Bahra, Salam, Tip, Payung, Bulya, Ferdy dan Djambul.


INTRO lagu Arus bermula dengan petikan gitar akustik oleh Ammar Habir dan Rajindra Ranna. Ia menjadi pembuka selera terhadap album kumpulan yang memenangi anugerah Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-19 baru-baru ini.
Album dengan 12 buah lagu ini merupakan album terbaik yang padat bunyi dan kata. Album kedua Salam Musik dengan tajuk O ini wajar dimiliki khalayak.
Dalam album ini juga dihadiahkan balutan irama, melodi dan lirik yang berpadu dalam perjuangan muzik Salam Musik. Perjuangan mereka jelas dan tulus. Ini terlafaz daripada album yang baru sahaja dilancarkan Khamis lalu.
Jelas dalam setiap lagu yang dibawakan, mereka ini pembuat lirik yang kuat dan berani. Penulis sangat tertarik pada lagu bertajuk Aku Pelat yang menampilkan bait-bait jujur dan menarik. Antara lain yang mereka lontarkan ialah 'Pada pokok diri dan kata berguguran, dari jari ke alat tulis semua mereka tepis.' Lagu ini dinyanyikan Salam Musik bersama Zion Dread.
O
Artis: Salam Musik
Lagu-lagu: ArusrelaYou PlaceKotorBangkitJangan Nangis


Dalam album ini terdapat beberapa buah lagu bahasa Inggeris. Menariknya, seperti intro pada lagu Your Place, awalnya dimulakan gendangan djembe dan bongo. Mengalir rasa nusantara dalam paduan lagu bahasa Inggeris dan muzik Melayu yang menjadikannya sebuah fusion yang menarik.
Seperti yang mereka sering katakan, Salam Musik membawakan muzik rakyat untuk rakyat yang sarat dengan mesej-mesej yang berguna. Jelas bukan sekadar sebuah hiburan, penubuhan komuniti Salam dengan muzik mereka ini punya hala tuju yang wajar disokong.
Lagu Bangkit adalah lagu paling menonjol dalam album ini. Lirik nukilan Altimet dan Ashraf A. Azlan ini cukup padu dan memberikan mesej yang patut didalami pendengar. Suara Altimet yang jelas membuatkan lagu ini bangkit dalam jiwa dan rasa.
Begitu juga lagu Penawar nyanyian bersama Pita Hati dan Sayla. Lagu seperti ini harus didengar, dibaca dan difikir. Bukan sekadar dengar.
Komen Sofia: Album ini adalah sebuah album perjuangan. Bak kata Salam Musik 'Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak'.

Que kembali ke layar perak


Que kembali ke layar perak, Rock Ooo, rock ooo rimba bara (rock 2), rock ooo rimba bara, rock ooo rimba bara kembali

MAMAT KHALID pernah mempersembahkan filem Rock, kisah sekumpulan anak muda era 1980-an yang bercita-cita mahu bergelar pemuzik rock dengan nama Rimba Bara. Membiarkan jarak waktu sehingga tujuh tahun, pada bulan hadapan, Rimba Bara yang dihidupkan semula oleh Mamat sekitar tahun lepas akan kembali menggegarkan panggung dengan irama rock mereka.
Menjalani penggambaran di sekitar Ipoh, Perak, menerusi Rock Ooo, Mamat berjaya mengembalikan pelakon Que Haidar ke layar perak. Que akan muncul lagi dengan watak Amy Mat Piah, watak penyanyi rock yang pernah disaksikan dalam Rock dahulu.


SALAH satu babak mencuit hati yang bakal dipersembahkan untuk peminat Rimba Bara.


"Amy percaya dia ialah seorang vokalis rock, namun sebenarnya dia tidak rock langsung. Dia tak sedar bahawa selama ini, dia hanya terikut-ikut dengan trend rock yang cukup hebat sekitar 1980-an," memetik ulasan tentang karakter Amy dalam filem berkenaan.
Bagi Mamat pula, dia memberi jaminan bahawa Rock Ooo tidak sahaja mengandungi nilai hiburan yang sangat maksimum bahkan filem itu juga bercerita tentang suratan takdir.
"Saya anggap Rock Ooo ada magis. Ini kerana semua pelakon yang membintangi filem tersebut mempunyai nilai sebagai anak seni. Mereka semua ialah pelakon yang hebat dan serius dalam bidang lakonan. Justeru saya yakin ia akan menjadi filem yang luar biasa kerana kekuatan mereka," beritahu Mamat yang mengangkat kisah Amy Mat Piah dalam Rock Ooo ini berbanding kisah Zack yang dilakonkan oleh Hasnol Rahmat pada 2005.
SARAT emosi. Filem Rock Ooo dijangka memenuhi jangkaan permintaan penonton terhadap karya Mamat Khalid.


Filem Rock Ooo merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang berpecah dan kini bersatu semula atas semangat mereka yang ingin terus kekal gah di arena muzik tanah air. Berpegang kepada azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah iaitu 'pantang anak petani moden mengundur kalah,' rockers kampung itu berjuang bermati-matian demi mempertahankan minat dan cita-cita mereka.
Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanah air.
Filem terbitan Grand Brilliance ini turut Khir Rahman (Jijo), Sofi Jikan (Zul Kapan), Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah) dan Norazmi Bahron (Mi Black). Rock Ooo dijadual masuk panggung pada 28 Februari nanti.


Kelantan terima tamparan awal



Kelantan terima tamparan awal,  Liga Super, keputusan terkini liga super, keputusan liga super 2011, liga super 2012, jadual liga super 2012, keputusan liga super 2012, siaran langsung liga super 2012, kedudukan liga super, carta liga super 2012 terkini


13/01/2013 2:33am

KUALA LUMPUR - Juara trebel musim lepas, Kelantan, menerima tamparan hebat pada awal musim apabila kalah 1-0 kepada pasukan kelab T-Team pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam ini.

Keputusan tidak diduga itu sudah pasti mengundang kritikan penyokong ”The Red Warriors” apabila skuad bimbingan Bojan Hodak yang nampak tidak bermaya untuk mengutip tiga mata penuh di gelanggang lawan.

Bagaimanapun, T-Team, di bawah kendalian Peter James, mencipta kemenangan pertama selepas dua perlawanan apabila Mohd Aizulridzwan Razali menjaringkan gol tunggal seawal minit kesembilan.

Di Stadium Jalan Besar, Singapura, pasukan jemputan Lions XII mencapai kemenangan kedua apabila mengalahkan Selangor 1-0, hasil jaringan Fazrul Nawaz pada minit ke-24.

Di Stadium Shah Alam, naib juara Piala Malaysia musim lepas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengutip tiga mata pertama selepas menewaskan pasukan PKNS Selangor 3-1.

Pemain import ATM, Marlon Alex James beraksi cemerlang apabila melakukan hatrik menerusi jaringan pada minit ketujuh, ke-64 dan ke-72.

Manakala gol saguhati PKNS disumbangkan oleh Mohamad Fazli Baharudin pada minit ke-26. — BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan