Cari Artikel

Tuesday, December 18, 2012

Maut dipercayai didera


ALOR SETAR: “Ketika berbual melalui telefon bimbit ibunya malam tadi (kelmarin), dia memberitahu mahu pulang ke rumah kerana rindu neneknya. Tak sangka pula ia perbualan terakhir kami,” kata Norhanisha Othman, 23, ibu saudara Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, yang mati dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.

Mangsa dipercayai meninggal dunia jam 3 petang ketika berada dalam jagaan ibunya di rumah mereka di Kampung Berjaya, Mergong, dekat sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan V Saravanan berkata, pihaknya mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk lebam di muka, bahu dan tangan mangsa.

“Polis akan menyiasat dari segala sudut termasuk kemungkinan mangsa menjadi mangsa dera hingga menyebabkan kematiannya, namun masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan kes,” katanya ketika dihubungi. Norhanisha berkata, kakaknya, Nurhafiza, 25, yang juga ibu mangsa menghubungi keluarganya bagi memaklumkan anaknya terjatuh dari tangga sebelum dibawa ke sebuah klinik.


Maut dipercayai didera, ALOR SETAR: “Ketika berbual melalui telefon bimbit ibunya malam tadi (kelmarin), dia memberitahu mahu pulang ke rumah kerana rindu neneknya. Tak sangka pula ia perbualan terakhir kami,” kata Norhanisha Othman, 23, ibu saudara Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, yang mati dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik berkenaan sebelum kes dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),” katanya.

Menurutnya, sebelum ini arwah pernah mengadu dipukul ibunya dan suspek yang berusia 20-an, malah terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badannya setiap kali pulang ke rumah ibunya di Flat Simpang Kuala, di sini.

Norhanisha berkata, arwah dijaga oleh ibunya, Padzilah Ismail, 46, sejak dilahirkan sehingga kini disebabkan kakaknya yang bekerja sebagai pembantu restoran sudah berpisah dengan suaminya, Iskandar Abu Bakar, 29, ketika mangsa berusia lima bulan.

“Muhammad Faiz memang tinggal dengan ibu saya, tetapi sejak beberapa bulan lalu kakak kerap membawanya pulang ke rumahnya selepas mengenali lelaki terbabit yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Malah, saya pernah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Ogos lalu selepas menemui beberapa kesan gigitan dan lebam di badan Muhammad Faiz yang dipercayai dilakukan lelaki terbabit,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB, di sini.

Padzilah pula berkata, dia terkilan kerana tidak sempat bertemu dengan cucu sulungnya yang sepatutnya pulang ke rumahnya semalam, walaupun baru dua hari kanak-kanak itu tinggal bersama ibu kandungnya dan lelaki terbabit.

Menurutnya, dia sememangnya tidak merestui hubungan anaknya dengan lelaki terbabit kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Saya menghalang mereka berkawan rapat. Apa yang saya bimbangkan selama ini akhirnya berlaku apabila cucu saya menjadi mangsa dan meninggal dunia dipercayai akibat didera.

“Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku, tetapi pasti akan merindui arwah kerana dia seorang yang petah bercakap, aktif dan comel,” katanya. Dalam pada itu, Iskandar berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak tunggalnya itu selepas Aidilfitri lalu berikutan Muhammad Faiz dijaga keluarga bekas mentuanya.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan arwah meninggal dunia dan tidak menyangka perkara seumpama ini berlaku, malah langsung tidak tahu mengenai hubungan bekas isteri dengan lelaki itu. Namun, saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya dalam nada sebak.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai, di sini, pagi ini.

Dalam pada itu, pekarangan luar wad kecemasan HSB kecoh apabila datuk dan ibu saudara mangsa berang terhadap suspek.

Suspek yang dilihat menaiki kerusi roda mendakwa kakinya turut patah akibat terjatuh dari tangga bersama mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran mulut dengan datuk dan ibu saudara mangsa, sebelum dileraikan polis.

Pasar Pudu perlu bersih tarik pelanggan


KUALA LUMPUR: Peniaga kecil di Pasar Pudu mampu memberi saingan perniagaan kepada pasar raya besar sekiranya mereka sentiasa mengutamakan kebersihan pasar terbabit.

Pengarah Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rolan Abd Rahman berkata, pasar itu mempunyai kelebihan kerana peniaga dapat menjual barang pada harga murah.

Pasar Pudu perlu bersih tarik pelanggan, KUALA LUMPUR: Peniaga kecil di Pasar Pudu mampu memberi saingan perniagaan kepada pasar raya besar sekiranya mereka sentiasa mengutamakan kebersihan pasar terbabit.

Menurut beliau, bagaimanapun, terdapat beberapa persatuan penjaja merungut kewujudan pasar raya besar berhampiran pasar itu menjejaskan jualan dan pendapatan mereka.

“Kalau soal harga, barangan di Pasar Pudu dijual lebih murah daripada pasar raya, tetapi pelanggan lebih suka membeli di pasar raya kerana persekitarannya yang bersih.

“Sebab itu, peniaga perlu meningkatkan kebersihan di kawasan ini,” katanya selepas merasmikan Program Gotong-Royong Mega Pasar Pudu di sini, semalam.

Mengulas lanjut Rolan berkata, ke arah usaha itu, peniaga diminta menggunakan mesin pengisar sisa buangan moden (Spiral Waste Bin) yang disediakan DBKL.

Upacara pukau dalam bilik hotel


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing cukup licik apabila memilih hotel sebagai ‘markas’ untuk memudahkannya melakukan amalan pemujaan bagi memukau mangsa yang datang ke biliknya sebelum menghilangkan diri sebaik mangsa menyerahkan wang dan barang berharga.

Lelaki terbabit juga menjadikan pekerja dan tetamu hotel sebagai mangsa.

Lebih mengelirukan, lelaki berusia 30-an itu menggunakan kad pengenalan palsu ketika mendaftar bilik selain mempunyai pelbagai nama.


Upacara pukau dalam bilik hotel, KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing cukup licik apabila memilih hotel sebagai ‘markas’ untuk memudahkannya melakukan amalan pemujaan bagi memukau mangsa yang datang ke biliknya sebelum menghilangkan diri sebaik mangsa menyerahkan wang dan barang berharga.

Menurut pengurus sebuah hotel di Jalan Ipoh yang mahu dikenali sebagai Munira, 27, empat pekerjanya sudah menjadi mangsa ekoran terpedaya dengan kata-kata lelaki terbabit selain seorang tetamu hotel yang hampir ditipu RM10,000.

“Tetamu hotel saya nyaris menjadi mangsa lelaki terbabit ketika mereka terserempak di lobi hotel ketika lelaki itu memberitahu kononnya selepas ditilik mangsa terkena sihir. “Bagi memulihkan penyakit itu, mangsa diminta bertemunya di bilik hotel bersama wang tunai iaitu bayaran perubatan RM10,000,” katanya.

Bagaimanapun, Munira berkata, mangsa meminta diri pulang ke biliknya untuk membersihkan diri dan berjanji datang ke bilik lelaki terbabit selepas mengeluarkan wang simpanan.

“Ketika itu, mangsa seolah-olah tersedar dengan tindakannya dan mencurigai kata-kata lelaki itu. Saya mengesyaki lelaki terbabit mungkin menggunakan ilmu hitam sebagai taktik menipu mangsa supaya arahannya dituruti,” katanya.

Selain itu, seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Halimah, 43, yang bekerja di hotel berkenaan berkata, dia tidak menyangka kebaikan yang ditunjukkan lelaki itu hanya lakonan sebelum dia ditipu.

“Saya dan rakan mengenali lelaki itu selepas beberapa kali terserempak dengannya di kawasan hotel. Memandangkan dia sudah lebih seminggu tinggal di sini, hubungan kami semakin rapat sebelum saya meminta pertolongannya untuk menguruskan permohonan mendapatkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya.

Katanya, lelaki itu memberitahu akan menghantar permohonan Halimah kepada kenalannya di DBKL selain meminta bayaran RM430 dan sebentuk cincin.

“Saya ternampak beberapa peralatan pemujaan di atas katil bilik lelaki terbabit selain bau asap kemenyan ketika menemuinya, tetapi masih menurut arahannya untuk menyerahkan wang dan cincin berkenaan,” katanya.

Selain Halimah, tiga lagi rakannya turut menjadi mangsa kaki belit itu yang menyebabkan kerugian lebih RM3,000 sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Komuniti Putra semalam.

Geng Ambi tumpas dalam Ops Lejang


GOMBAK: Geng Ambi yang aktif mencuri kereta sebelum meleraikan komponennya sejak dua tahun lalu tumpas selepas sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menahan ahlinya bersama hasil samun di Rawang Perdana dan Taman Bukit Rawang, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya menubuhkan pasukan Ops Lejang di Rawang pada Jumaat lalu selepas menerima laporan kehilangan kereta milik seorang kakitangan Hospital Selayang beberapa hari sebelum itu.

Geng Ambi tumpas dalam Ops Lejang, GOMBAK: Geng Ambi yang aktif mencuri kereta sebelum meleraikan komponennya sejak dua tahun lalu tumpas selepas sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menahan ahlinya bersama hasil samun di Rawang Perdana dan Taman Bukit Rawang, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, pada jam 11 malam Jumaat lalu, polis menahan tiga lelaki berusia 16 hingga 20 tahun di Rawang Perdana ketika meleraikan komponen kereta yang disyaki dicuri.

“Hasil soal siasat ke atas suspek, kami menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dan seorang wanita yang juga penuntut berusia 20 tahun di Taman Bukit Rawang, kelmarin.

“Dalam serbuan itu, kami merampas sebuah Proton Perdana, sebuah Proton Wira dan sebuah motosikal yang masing-masing dilaporkan hilang di Selayang dan Sentul.

Geng Ambi tumpas dalam Ops Lejang, GOMBAK: Geng Ambi yang aktif mencuri kereta sebelum meleraikan komponennya sejak dua tahun lalu tumpas selepas sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menahan ahlinya bersama hasil samun di Rawang Perdana dan Taman Bukit Rawang, dekat sini, kelmarin.

“Kami turut merampas komponen kereta Honda Civic dan Proton Putra yang sudah dileraikan. Kedua-dua kenderaan itu dilaporkan hilang di Ampang,” katanya.

Abdul Rahim berkata, sebuah rangka kereta Proton Putra yang sudah dipotong turut ditemui.

“Sindiket ini yang dikenali sebagai Geng Ambi bergiat aktif sejak dua tahun lalu di Gombak, Sentul dan Ampang.

Polis tahan 10 lelaki siasat kes bunuh jurutera


SEPANG: Polis menahan 10 lelaki berusia 17 hingga 30 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh dan samun membabitkan seorang jurutera komputer berusia 35 tahun di perumahan teres dua tingkat, Taman Putra Perdana, di sini, pada 8 Disember lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Selangor, Asisten Komisioner Polis Rosli Mohd Isa berkata, berdasarkan siasatan dan maklumat orang ramai, polis menahan tujuh daripada 10 lelaki terbabit di Segamat, Johor, manakala tiga lagi di Putra Perdana, Sepang pada 13 Disember lalu.

Polis tahan 10 lelaki siasat kes bunuh jurutera, SEPANG: Polis menahan 10 lelaki berusia 17 hingga 30 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh dan samun membabitkan seorang jurutera komputer berusia 35 tahun di perumahan teres dua tingkat, Taman Putra Perdana, di sini, pada 8 Disember lalu.


“Seorang daripada suspek ditahan berusia 24 tahun mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan pernah ditahan membabitkan kes pecah rumah di Sepang. “Kami merampas televisyen LCD 32 inci, iPad serta dompet milik mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, di sini, semalam.

Maut tergelincir bumbung sekolah


KUANTAN: “Saya selalu berpesan kepadanya supaya berhati-hati ketika bekerja memandangkan hujan kebelakangan ini, tetapi sejak dua hari lalu, saya berasa berat mulut untuk berbuat demikian,” kata Sitah Che Omar, 66, ibu kepada buruh yang maut terjatuh dari tingkat empat ketika memasang bumbung bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, Baharudin Shafie, 49, dari Felda Neram 2, Bandar Baru Cheneh, Kemaman, Terengganu, tergelincir ketika berada di atas bumbung setinggi 15.5 meter itu ketika menukar atap makmal sains sekolah berkenaan bersama dua lagi pekerja.

Maut tergelincir bumbung sekolah, KUANTAN: “Saya selalu berpesan kepadanya supaya berhati-hati ketika bekerja memandangkan hujan kebelakangan ini, tetapi sejak dua hari lalu, saya berasa berat mulut untuk berbuat demikian,” kata Sitah Che Omar, 66, ibu kepada buruh yang maut terjatuh dari tingkat empat ketika memasang bumbung bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan, di sini, semalam.


Ketika kejadian mangsa cuba mencari tempat berlindung kerana hujan, tetapi tergelincir menyebabkannya terjatuh dari bumbung dalam keadaan terduduk.

Sitah berkata, kali terakhir dia bertemu anak keduanya daripada enam beradik itu pagi semalam, ketika Baharudin hendak ke tempat kerja jam 7.30 pagi.


“Sebelum keluar rumah, dia minta wang untuk beli rokok dan saya memberinya RM3, tapi dia minta RM2 lagi,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Afzan (HTAA), di sini, semalam.


Menurut Sitah, Baharudin lurus dan pendiam serta masih bujang, tinggal bersamanya di Felda berkenaan.

“Entah mengapa sejak dua hari lalu, saya terlupa untuk berpesan kepadanya supaya berhati-hati ketika bekerja,” katanya.

Maut tergelincir bumbung sekolah, KUANTAN: “Saya selalu berpesan kepadanya supaya berhati-hati ketika bekerja memandangkan hujan kebelakangan ini, tetapi sejak dua hari lalu, saya berasa berat mulut untuk berbuat demikian,” kata Sitah Che Omar, 66, ibu kepada buruh yang maut terjatuh dari tingkat empat ketika memasang bumbung bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan, di sini, semalam.


Rakan mangsa, Mohd Zulkifli Jaafar, 32, berkata, dia terlebih dulu turun dari bumbung makmal sains itu, terkejut apabila mendengar bunyi benda jatuh.

“Ketika itu hujan lebat dan saya turun dulu, Baharudin dan seorang lagi rakan meneruskan kerja sebelum mereka mencari tempat berlindung.


“Beberapa minit selepas itu, saya terdengar bunyi benda jatuh. Saya sangka bunyi atap zink yang jatuh,” katanya yang kemudian terdengar jeritan rakannya memberitahu Baharudin jatuh.


“Saya meluru ke arahnya dan mendapati dia masih bernafas, tetapi tidak sedarkan diri dengan darah keluar dari mulut.


“Kami menghubungi polis sebelum dia dibawa ke HTAA,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai kes mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa dibawa ke HTAA untuk bedah siasat.


“Ketika kejadian cuaca hujan dan mangsa terjatuh dari ketinggian kira-kira 15 meter,” katanya.

‘Amaran awal mahu membunuh’


KUALA LUMPUR: Pesakit skizofrenia yang gagal mendapat rawatan berisiko tinggi membunuh anggota keluarga, malah sudah memberi amaran awal akan melakukan perbuatan itu.

Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Hussain Habil berkata, skizofrenia adalah penyakit jiwa yang serius dan perlu diubati kerana mereka boleh bertindak ganas termasuk membunuh anggota keluarga.

‘Amaran awal mahu membunuh’, KUALA LUMPUR: Pesakit skizofrenia yang gagal mendapat rawatan berisiko tinggi membunuh anggota keluarga, malah sudah memberi amaran awal akan melakukan perbuatan itu.

“Ia adalah penyakit berkaitan keturunan dan membabitkan masalah biokimia dalam otak. Pesakit akan mendengar suara halus dan mengalami delusi, kegagalan anggota keluarga bertindak segera menghantar mereka mendapatkan rawatan mengakibatkan risiko buruk kerana pesakit ini biasanya boleh bertindak membunuh orang yang dekat dengannya.

“Kajian mendapati pesakit ini memberitahu lebih awal mereka akan membunuh, tetapi ada di kalangan anggota keluarga yang mengambil sambil lewa amaran itu sehinggalah berlakunya tragedi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang pekerja ladang mati dikelar sepupunya yang dipercayai mengalami gangguan mental di Miri, Sarawak.

Lesap bersama RM1.98j


KUCHING: Menggunakan nama ‘Skim Beras 1Malaysia’, seorang lelaki menggelapkan wang pelaburan RM1.98 juta yang dikutip daripada 12 penduduk Kampung Menjau, Batu 21, Siburan, dekat sini, selepas berjanji mahu menjadikan mereka jutawan melalui skim pelaburan palsu itu.

Suspek berusia 33 tahun yang mendakwa dirinya ejen skim berkenaan, mula mengutip wang pelaburan daripada mangsa sejak Oktober lalu dengan setiap pelabur dijanjikan komisen 50 peratus daripada jumlah pelaburan yang dibuat.

Seorang mangsa yang juga peniaga kedai runcit, Poten Medew, 60, berkata suspek berjanji hanya dalam tempoh 30 hari selepas melabur untuk perniagaan jual beli Beras 1Malaysia itu, pelabur akan mendapat pulangan dijanjikan.


Lesap bersama RM1.98j, KUCHING: Menggunakan nama ‘Skim Beras 1Malaysia’, seorang lelaki menggelapkan wang pelaburan RM1.98 juta yang dikutip daripada 12 penduduk Kampung Menjau, Batu 21, Siburan, dekat sini, selepas berjanji mahu menjadikan mereka jutawan melalui skim pelaburan palsu itu.

“Tetapi apabila waktu yang dijanjikan tiba, dia menghilangkan diri dan gagal dihubungi sehingga kini,” katanya yang mendakwa melabur sebanyak RM836,000 kerana tertarik dengan pulangan dijanjikan.

Poten berkata, terpedaya dengan kata-kata meyakinkan oleh suspek dia sanggup mengeluarkan wang simpanan serta meminta anak perempuannya membuat pinjaman bank semata-mata untuk menambah pelaburan bagi mendapatkan keuntungan lebih.

Katanya, dia turut mempengaruhi anak lelakinya, Tito Ball, 33, untuk melabur RM334,420 dalam pelaburan itu.

“Saya sanggup keluarkan semua wang simpanan hasil perniagaan dan kebun getah untuk menyertai skim berkenaan selepas dipengaruhi beberapa rakan lain.

“Tapi kini, kami bukan saja gagal mendapat apa-apa pulangan, malah wang yang kami labur turut lesap,” katanya ketika membuat laporan di Bahagian Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini, semalam.

Seramai 12 penduduk Kampung Menjau yang menjadi mangsa skim pelaburan palsu itu membuat laporan di Balai Polis Siburan sebelum dirujuk ke IPD Kuching untuk tindakan selanjutnya. 

Seorang lagi mangsa, Gerald Minah, 40, mendakwa dia bersama penduduk kampung terbabit ke pejabat urusan syarikat berkenaan di Siburan, tetapi terkejut apabila mendapati premis itu tidak lagi beroperasi dan telefon bimbit lelaki yang bertindak sebagai ejen juga tidak berjawab.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Habis RM300,000 diperdaya


JOHOR BAHRU: “Saya sanggup berbelanja sehingga RM300,000 kerana dia kata saya boleh dapat untung RM500,000 jika jual semula cicak tokek itu,” kata lelaki dikenali sebagai Zainal, 40-an, seorang daripada mangsa penipuan Zaid.

Zainal berkata, dia berkenalan dengan Zaid pada Februari tahun lalu dan lelaki itu memberitahu dia mempunyai tiga cicak tokek berbintik merah dan mempengaruhinya membeli haiwan itu dengan mendakwa harganya akan melambung tinggi pada masa depan. “Zaid menawarkan tiga cicak masing-masing seberat 440 gram, 460 gram dan 520 gram dengan harga kira-kira RM300,000,” katanya.


Habis RM300,000 diperdaya, JOHOR BAHRU: “Saya sanggup berbelanja sehingga RM300,000 kerana dia kata saya boleh dapat untung RM500,000 jika jual semula cicak tokek itu,” kata lelaki dikenali sebagai Zainal, 40-an, seorang daripada mangsa penipuan Zaid.

Menurutnya, Zaid yang berperwatakan sopan juga memberitahu boleh mendapatkan haiwan itu pada Mac lalu.

“Pada mulanya saya membayar RM17,000 kepada Zaid, namun dia tidak menyerahkan haiwan berkenaan, sebaliknya memberi pelbagai alasan ketika kami bertemu.

“Selepas itu, kami bertemu kira-kira enam kali dan setiap kali berjumpa, saya akan menyerahkan wang kepada Zaid hingga semuanya hampir RM300,000,” katanya. Zainal berkata, bagaimanapun suspek gagal menyerahkan cicak tokek sebagaimana dijanjikan, malah turut tidak mengembalikan semua wang apabila diminta.

Remaja diminta tampil jadi saksi kes pelacuran


MELAKA: Seorang wanita yang menjadi buruan polis sejak setahun lalu kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran di negeri ini ditahan dalam serbuan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, 10 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah berkata, wanita berusia 23 tahun itu diberkas jam 1 tengah hari di Ladang Sungai Kelemah, Gemas, Negeri Sembilan.

“Suspek sebelum ini ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Pantai Satu, Tengkera, 29 November tahun lalu kerana disyaki terbabit dalam aktiviti melacur seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun.

Remaja diminta tampil jadi saksi kes pelacuran, “Kami meminta remaja itu tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu kes ini yang siasatan di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

“Bagaimanapun, dia yang dibebaskan dengan jaminan polis menghilangkan diri sebelum ditahan semula 10 Disember lalu di ladang berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, sehubungan itu, pihaknya kini mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun beralamat terakhir di Jalan Pantai Satu, Tengkera.

Katanya, saksi anak kepada mendiang kekasih suspek berusia 38 tahun yang mati selepas terjun ketika cuba melarikan diri daripada polis.

Katanya, remaja itu yang turut berada di rumah bapanya di Jalan Pantai Satu ketika serbuan dilakukan tahun lalu itu kini menghilangkan diri.

“Kami meminta remaja itu tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu kes ini yang siasatan di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

“Malah remaja berkenaan juga perlu hadir menjadi saksi pada hari perbicaraan kes dijadualkan April 2013,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang diselamatkan polis hasil maklumat awam ditempatkan di sebuah pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak di Kuala Lumpur dan masih menunggu perbicaraan kes.

Menurut sumber, dalam serbuan kali pertama di sebuah rumah teres di Jalan Pantai Satu jam 7 malam 29 November tahun lalu, seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga kekasih suspek maut ketika cuba melarikan diri.

Belia aset paling berharga


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, belia aset yang belum diteroka bukan beban negara pada masa depan.

Perdana Menteri berkata, golongan berkenaan berupaya menjadi sumber kepada asas kejayaan sebenar negara Islam.

Katanya, Malaysia sebagai negara Islam sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk aspek perubahan teknologi dan demografi yang membentuk aspirasi golongan muda.

“Perubahan politik dan ekonomi mampu menyediakan apa yang golongan muda aspirasikan iaitu masa depan penuh dengan peluang bukan pergantungan kepada sesiapa.

“Tibalah masa meneroka kekayaan negara Islam yang tersembunyi selama ini,” katanya dalam entri terbaru dalam blog peribadi, 1Malaysia.com.my di sini semalam.

Belia aset paling berharga, KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, belia aset yang belum diteroka bukan beban negara pada masa depan.


Najib berkata, pada 2010 dunia Islam mengalami situasi lebihan belia iaitu 60 peratus populasi terdiri daripada mereka yang berusia kurang 30 tahun yang mengakibatkan lambakan tenaga kerja yang besar.

Katanya, modal dan pelaburan yang tinggi diperlukan untuk mengguna pakai mereka.

“Perubahan demografi boleh meninggalkan kesan fiskal berabad-abad lamanya dan jika tidak dilakukan sesuatu, limpahan tenaga muda ini menjadi kuasa tidak stabil,” katanya.

Katanya, pada tahun yang sama, golongan muda yang menganggur di Timur Tengah 25 peratus manakala Afrika Utara 24 peratus dan bilangan tersebut amat membimbangkan. “Mereka boleh hilang semangat kekitaan, dari tahun 1970 hingga 2000 lapan dari 10 negara yang memiliki 60 peratus rakyat di bawah 30 tahun mengalami konflik,” kata beliau.

Selain itu, Najib menjelaskan, perubahan teknologi yang mendadak ketika ini memungkinkan orang muda meluahkan kekecewaan mereka ke seluruh pelosok dunia yang mampu memberi kesan dan kesedaran politik dunia.

“Dua kuasa itu - teknologi dan demografi - membentuk aspirasi golongan muda. Dalam era menentukan nasib sendiri ini mereka amat mengidamkan kebebasan peluang,” katanya.

Apa yang mereka mahukan, katanya, ialah kerajaan yang telus dan terbuka dan cabaran pemerintah ialah menyediakan kebebasan berkenaan tanpa mengorbankan tradisi.

“Semua ini mampu dicapai jika kita mampu menunjukkan kepimpinan dan komited untuk berubah,” katanya.

Inovasi pertanian tingkat pengeluaran


KUALA LUMPUR: Bidang pertanian negara perlu menjadi sebahagian daripada rangkaian bekalan makanan global kerana ia bukan saja mampu meningkatkan pendapatan petani tetapi menarik golongan muda menceburi sektor itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kalau dulu konsep tanam, tinggal dan tuai diamalkan, kini di zaman moden bidang itu perlu melangkah lebih jauh iaitu menjadi sebahagian daripada pembekal di peringkat antarabangsa.

“Saya yakin dan percaya inovasi mampu meningkatkan tahap pengeluaran dan produktiviti ke tahap lebih optimum.

Inovasi pertanian tingkat pengeluaran, KUALA LUMPUR: Bidang pertanian negara perlu menjadi sebahagian daripada rangkaian bekalan makanan global kerana ia bukan saja mampu meningkatkan pendapatan petani tetapi menarik golongan muda menceburi sektor itu.

“Pembukaan tanah terbatas namun aplikasi teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi serta amalam pertanian terbaik boleh digunakan untuk meningkatkan daya pengeluaran,” katanya pada Majlis Makan Malam Tahunan dan perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di sini, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyaksikan acara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kerjasama Pengurusan Latihan dan Amali antara Nafas dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta menyampaikan anugerah perdana kepada anak ahli peladang yang cemerlang dalam pelajaran.

Perdana Menteri berkata, menerusi pelancaran Pusat Transformasi Kawasan Luar Bandar di Gopeng, Perak, Wakaf Che Yeh, Kelantan dan Melaka, ia menyediakan kawasan penempatan serta pemasaran bidang pertanian sekitar tempat itu.

“Saya harap ia dapat dihubungkan dengan Pusat Transformasi Bandar kerana kuasa membeli penduduk bandar lebih tinggi sekali gus meningkatkan pendapatan petani.

“Saya mahu melihat jika seorang petani mampu mengeluarkan hasil RM10, dia mesti mendapat antara RM3 hingga RM4 keuntungan bukan 50 sen atau RM1.

“Kalau ini menjadi kenyataan, sudah tentu pengeluaran sektor pertanian meningkat sebab ia menawarkan pendapatan lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata, jika sektor pertanian mampu meningkatkan kualiti hidup dan memberi pendapatan tinggi tentu ia boleh menarik penyertaan generasi muda.

“Dengan penyertaan sektor pertanian sebagai sebahagian daripada rangkaian antarabangsa, kesinambungan di kalangan generasi muda dalam bidang ini mampu diketengahkan,”katanya.

Kecoh sambut selebriti


KOHIMA: Konvoi Rali Kereta Asean-India 2012, Edisi Kedua menerima sambutan luar biasa daripada penduduk Myanmar sepanjang rali berlangsung di negara itu minggu lalu sebelum tiba di India, di sini, kelmarin.

Ketika rombongan melalui perkampungan Lahbo berdekatan sempadan Myanmar-India di Tamu, kira-kira 3,000 penduduk kampung menyerbu kenderaan konvoi berikutan peserta Myanmar turut disertai selebriti negara itu. Rancangan asal terhadap peserta yang dijadualkan singgah makan tengah hari di kampung berkenaan terpaksa dibatalkan kerana bimbang sambutan penduduk di situ tidak dapat dikawal.

Rombongan hanya dapat berehat dan menjamah makanan di Kampung Yargyi, kira-kira jam 4 petang selepas dua jam setengah meneruskan perjalanan.

Kecoh sambut selebriti, KOHIMA: Konvoi Rali Kereta Asean-India 2012, Edisi Kedua menerima sambutan luar biasa daripada penduduk Myanmar sepanjang rali berlangsung di negara itu minggu lalu sebelum tiba di India, di sini, kelmarin.


May Thin lar Oo, penyanyi dan pelakon yang mengikuti konvoi ini berkata, dia sendiri tidak menyangka penduduk kampung akan hadir begitu ramai untuk menyambut peserta rali.

“Mungkin ramai penduduk sedia maklum mengenai kehadiran kami menyertai konvoi ini selepas media tempatan menghebahkannya. “Apapun, saya bangga rakyat negara ini memberi sokongan yang hebat kepada peserta rali sepanjang ia berlangsung di sini,” katanya. Selain May, selebriti yang turut menyertai rali ini adalah Pengarah Filem, Thaw Wunn Si, pelakon, Wai Lu Kyaw dan penyanyi, Hsu Pan Htwar.

Thaw berkata, kehadiran selebriti dalam pasukan Myanmar yang menyertai konvoi berkenaan bukanlah semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai terhadap konvoi berkenaan.

“Sebaliknya, ia satu tugas buat saya dan rakan lain untuk membantu mempromosikan Myanmar kepada dunia luar.


“Masyarakat luar mungkin tidak tahu negara kami kini semakin membangun dan memiliki rakyat berbilang kaum serta budaya yang unik,” katanya.

Sebelum melepasi sempadan ke India dan tiba di sini, kelmarin, rombongan rali menempuhi perjalanan sejauh 1,653 kilometer (km) dari Hpa An, Myanmar selama empat hari.


Konvoi juga terpaksa menempuh perjalanan yang sukar melalui kawasan pergunungan, berbatu dan bersimpang-siur, terutama berdekatan kawasan sempadan di Tamu.


Wadah ikat persahabatan


KOHIMA: Menteri Sukan Myanmar, U Thint Hsan menyifatkan Rali Kereta Asean-India 2012, Edisi Kedua yang berlangsung di Myanmar sebagai wadah mengikat persahabatan lebih kukuh terhadap hubungan serantau mereka.

U Thint berkata, ia cukup bermakna buat mereka bagi menunjukkan komitmen dan sokongan terhadap penganjuran rali berkenaan. “Saya mewakili kerajaan Myanmar sangat mengalu-alukan kedatangan rombongan rali yang diwakili peserta dari semua negara Asean dan juga India.

“Saya percaya rali ini akan mengukuhkan hubungan negara kami dengan semua negara yang terbabit, selain membuka mata dunia luar bahawa kami sebuah negara yang sudah jauh berubah dan kian membangun,” katanya.

Wadah ikat persahabatan, Menteri Sukan Myanmar, U Thint Hsan menyifatkan Rali Kereta Asean-India 2012, Edisi Kedua yang berlangsung di Myanmar sebagai wadah mengikat persahabatan lebih kukuh terhadap hubungan serantau mereka.


Beliau berkata demikian ketika menyambut kedatangan rombongan rali yang singgah Naw Pyi Taw, sebuah wilayah yang dibangunkan sebagai pusat pentadbiran kerajaan negara itu. Turut Hadir Duta India ke Myanmar, Dr VS Seshadri. 

U Thint menjelaskan dengan penganjuran rali itu juga ia sekali gus dapat membantu mempromosikan negara mereka sebagai salah satu destinasi pelancongan negara Asean.

“Tahun depan, Myanmar akan menjadi tuan rumah Sukan Sea di Naw Pyi Taw, jadi ini adalah permulaan untuk kami memperkenalkannya kepada seluruh negara Asean.

“Selain itu, saya yakin kita (Asean) akan dapat manfaat bersama dalam rali yang berlangsung ini untuk mempromosikan negara masing-masing,” katanya.

Alyah jawab serangan


KUALA LUMPUR: Pereka fesyen Rizman Nordin daripada Rizman Ruzaini Creations mendakwa penyanyi Alyah bersalah dalam isu rekaan busana ciptaan beliau dan rakannya, Hatta Dolmat tidak dipakai pada malam kemuncak Anugerah Planet Muzik 2012 (APM 2012) yang berlangsung di Singapura, Sabtu lalu.

“Semuanya salah Alyah. Dari awal dia tidak datang berbincang mengenai rekaan baju itu dan apabila siap pun, dia tidak datang mencubanya (fitting). Apabila tiba malam berlangsungnya anugerah itu, dia tidak memakai langsung baju rekaan kami,” kata Rizman ketika dihubungi semalam. “Alyah langsung tidak datang berbincang. Saya dapat ukuran bajunya pun menerusi kiriman SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada pengurusnya, Hafiz.

“Sudah banyak kali saya telefon dan SMS minta Alyah datang ‘fitting’ tapi telefonnya tak dapat dihubungi. Saya mengirim pesanan menerusi Instagram, tapi sampai ke sudah Alyah tidak muncul sehinggalah Hafiz datang mengambil bajunya. “Alasan Hafiz, Alyah baru balik dari luar kawasan dan dia ada masa tiga jam saja bersiap-siap terbang ke Singapura bagi menghadiri APM12.

Alyah jawab serangan


“Sebenarnya apa yang berlaku masalah kecil saja. Alyah hanya perlu minta maaf dan berikan penjelasan. Kami cuma nak tahu kenapa dia tak pakai baju itu. Sepanjang Ahad lalu saya cuba menghubunginya, tapi tidak dapat. Tiba-tiba saya baca kenyataannya kepada media yang dia terasa maruahnya dipijak-pihak kerana saya kononnya memaki hamun di twitter,” kata Rizman.

Sementara itu, Alyah ketika dihubungi berkata, detik terindah beliau menang trofi yang diimpikan 12 tahun semuanya hilang dalam sekelip mata apabila maruahnya diaibkan dengan teruk oleh Rizman dan Hatta di laman twitter.

“Sebenar saya pergi ke butik Hatta membuat ‘fitting’ tapi dia pula tidak ada. Memang saya tidak sempat berjumpa Rizman kerana ketika itu terbabit dengan persembahan RTM di Sarawak dan bergegas ke APM12.

 “Jadi saya minta pengurus saya, Hafiz pergi mengambil baju itu. Apabila sampai di Singapura saya mendapati baju Rizman itu tidak berlengan dan baju Hatta pula ada masalah pada zip. Mahu tak mahu, terpaksalah saya pakai baju Amir Luqman yang asalnya disediakan untuk majlis ‘post-party’,” jelasnya.

Menurut Alyah, pada peringkat awal dia memang mahu memohon maaf dan berbincang secara baik dengan Rizman dan Hatta bagi menyelesaikan salah faham itu. “Maklumlah, kami pernah bekerjasama sebelum ini dan kedua-dua baju itu boleh diubah suai untuk dipakai pada majlis lain. Namun belum sempat saya minta maaf, saya dihentam dengan teruk di laman twitter,” katanya yang menafikan lupa diri.

Kembara dadah RM6 juta


NILAI: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup masuk dadah dari Taiwan ke negara ini gagal apabila Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas 298,750 biji pil Eramin 5 bernilai hampir RM6 juta dalam serbuan di Yong Peng, Johor, Khamis lalu.

Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik (Bahagian Penguatkuasaan), Liah Omar berkata, sebelum serbuan itu, sepasukan anggotanya melakukan risikan selama 13 jam dengan mengekori van dibawa suspek dari kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang hingga ke Yong Peng.

Beliau berkata, serbuan dilakukan apabila mendapat maklumat dadah berkenaan dihantar melalui kargo udara KLIA Sepang ke satu alamat di Shah Alam, Selangor.

Kembara dadah RM6 juta, NILAI: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup masuk dadah dari Taiwan ke negara ini gagal apabila Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas 298,750 biji pil Eramin 5 bernilai hampir RM6 juta dalam serbuan di Yong Peng, Johor, Khamis lalu.


“Hasil risikan dan maklumat awam, kastam menghidu kegiatan itu dan melakukan risikan bermula pada kira-kira jam 7 pagi pada 13 Disember lalu.

“Siasatan awal mendapati dadah berkenaan dihantar melalui kargo udara KLIA oleh pembekal dari Taiwan untuk penerima beralamat di Shah Alam dengan dokumen penghantaran diikrarkan sebagai sarung tangan pembedahan.


“Pasukan risikan mengekori sebuah van dipandu seorang lelaki bermula dari jam 7 pagi dari KLIA sebelum van itu menuju ke Lembah Klang dan berpatah semula ke arah Seremban hingga dicekup jam 9.30 malam di ladang kelapa sawit di Yong Peng, Johor hari yang sama,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, suspek berusia 36 tahun yang membawa van berkenaan ditahan bagi membantu siasatan selepas cuba membuang dadah berkenaan di ladang terbabit apabila menyedari diekori pasukan kastam.


Pemeriksaan lanjut dalam van itu membawa kepada penemuan enam kotak berisi 298,750 biji dadah jenis Eramin 5 dengan harga pasaran bernilai RM5.975 juta.

Liah berkata, rampasan dadah jenis Eramin 5 itu adalah kedua terbesar tahun ini dan siasatan mendapati ia untuk edaran sekitar Lembah Klang.


“Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 20 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Merbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

Suspek ada hubungan dengan pakar bom JI


KUALA LUMPUR: Jenazah Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, rakyat Malaysia yang ditembak mati polis di Davao City, Filipina, Jumaat lalu kerana dipercayai cuba mengebom sebuah hotel di negara berkenaan, dijangka dibawa pulang ke tanah air minggu ini.

Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) Bukit Aman, Datuk Seri Fuzi Md Harun berkata, pihaknya sudah menghantar pasukan bagi menguruskan proses membawa pulang jenazah secepat mungkin untuk urusan pengebumian.

“Kita akan menguruskan proses membawa pulang jenazah dan ia dijangka mengambil masa sehari dua lagi kerana perlu melalui pelbagai proses termasuk bedah siasat serta urusan dokumentasi yang dijalankan pihak berkuasa Filipina.

Suspek ada hubungan dengan pakar bom JI


“Ahli keluarga Mohd Noor Fikrie juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini, malah saya difahamkan mereka turut meminta jenazah dibawa ke kampung ibu bapanya di Pontian, Johor untuk pengebumian” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, setakat ini siasatan berhubung pembabitan Mohd Noor Fikrie dengan kumpulan militan mendapati suspek mempunyai hubungan dengan pakar bom kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI), Zulkifli Hir @ Marwan, 40, yang amat dikehendaki pihak berkuasa Filipina dan Amerika Syarikat (AS).

Katanya, hasil maklumat risikan mendapati kedua-duanya dilaporkan pernah bertemu di beberapa lokasi di Selatan Filipina dipercayai untuk merancang siri serangan bom di wilayah berkenaan.


“Polis tidak menolak kemungkinan Zulkifli mempunyai kaitan dalam cubaan serangan bom Jumaat lalu dan dengan perkembangan ini, kita percaya dia yang berasal dari Muar, Johor, masih hidup walaupun dilaporkan terbunuh dalam operasi besar-besaran memerangi pengganas di Selatan Filipina pada 1 Februari lalu,” katanya.

Polis bantu bawa pulang jenazah


PUTRAJAYA: Ahli keluarga Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang disahkan ditembak mati polis Filipina di Davao, selatan negara itu Jumaat lalu, meminta bantuan kerajaan Malaysia untuk membawa jenazahnya pulang ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) berkata, justeru, beliau mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya segera menguruskan penghantaran pulang jenazahnya untuk dikebumikan.

Polis bantu bawa pulang jenazah, Ahli keluarga Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang disahkan ditembak mati polis Filipina di Davao


“Malah, ahli keluarga dan beberapa pegawai kita akan ke Davao untuk menguruskan penghantaran jenazah dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. Menurutnya, lelaki berasal dari Melaka itu dikesan memasuki selatan Filipina pada April lalu dan dipercayai mempelajari cara membuat bom ketika berada di negara berkenaan.

Pada hari kejadian pada jam 10.30 malam waktu Filipina (8.40 malam waktu Malaysia), Mohd Noor Fikrie bersama isterinya, warga Filipina, Annabel Nieva Lee dikatakan mendaftar keluar dari sebuah hotel di Davao apabila dihampiri polis.


Lelaki terbabit yang dipercayai ke bandar itu bagi meletupkan bom diperbuat menggunakan mortar 60mm dikatakan bergelut dengan polis ketika mahu memeriksa beg sandang dibawa isterinya. Sementara itu, Hishammuddin berkata, kerajaan memandang serius setiap kegiatan subversif dan ancaman yang ditimbulkan kumpulan militan dan pengganas kerana ia terbukti menggugat keselamatan dan ketenteraman negara.

“Dalam hal ini kita sentiasa bekerjasama erat dengan pihak keselamatan dari negara luar bagi memastikan keselamatan negara dan rantau ini terus terjamin dan terpelihara,” katanya.

Newtown belum rela letak senjata


DUA hari selepas seorang pemuda bersenjata melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di Connecticut, Amerika Syarikat yang menyebabkan 26 orang terbunuh, puluhan ibu bapa dan kanak-kanak mengadakan perbincangan di perpustakaan awam Newtown untuk mencari kata sepakat bagi memulihkan keadaan di bandar itu yang secara tiba-tiba menjadi terkenal kerana tragedi berkenaan.

Beberapa jam selepas berbincang mengenai kawalan senjata dan tanggungjawab ibu bapa serta anggota masyarakat bagi menghalang lebih banyak pertumpahan darah, lahirlah satu persatuan dikenali sebagai Newtown United.

Newtown belum rela letak senjata


Persatuan itu akan muncul di facebook dan twitter sedikit masa lagi dan ia sudah pun menyuarakan hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai dan membentuk pakatan dengan bandar berhampiran bagi mendesak pengharaman senjata automatik.

“Kami menikmati faedah dan memperoleh kecelakaan kerana menjadi tumpuan seluruh negara ketika ini,” kata Craig Mittleman, 49, bapa empat anak dan doktor kecemasan.


“Dalam masa seminggu, semua orang akan meninggalkan bandar ini dan Newtown akan menjadi seperti Columbine, sama seperti Virginia Tech. Kami akan termasuk dalam senarai bandar yang menjadi mangsa tragedi gila ini,” katanya.


Perbincangan kumpulan itu diadakan ketika masyarakat di bandar itu masih terkejut dengan kejadian pembunuhan ramai-ramai itu.

Selepas membunuh ibunya di rumah mereka, Adam Lanza, 20, memandu kira-kira lapan kilometer ke Sekolah Rendah Sandy Hook, menembak kakitangan dan pelajar, menyebabkan 20 kanak-kanak dan enam orang dewasa maut sebelum dia membunuh diri. Namun, matlamat kumpulan itu masih tidak jelas sepenuhnya. Nama seperti Newtown Menentang Senjata dan Newtown Bertindak Sekarang, ditolak. Kumpulan berkenaan juga berbincang mengenai perkara lain, termasuk membina tugu untuk memperingati mangsa.


Di Newtown, bandar yang menyaksikan hampir setiap orang mempunyai kaitan dengan pembunuhan beramai-ramai Jumaat lalu, perbahasan juga diadakan bagi melindungi hak pemilik senjata yang bertanggungjawab, termasuk pemburu. Bagaimanapun, di Connecticut, negeri yang mempunyai sejarah panjang mengenai pembuatan senjata dan pada masa sama mempunyai undang-undang senjata paling ketat di Amerika Syarikat, beberapa penduduk berkata, mereka masih belum bersedia untuk meletakkan senjata masing-masing.

Newtown mempunyai budaya senjata yang aktif, kata penduduk.


Malah ada yang berkata, jika kakitangan sekolah memiliki senjata, kesudahan kejadian Jumaat lalu mungkin berbeza.


“Senjata bukan isu. Jika ada orang yang memiliki senjata di situ ketika itu, mereka mungkin boleh bertindak menghentikan pembunuhan berkenaan. Penjahat akan menggunakan apa saja peluang untuk mendapatkan senjata Isu geografi meningkatkan lagi kerumitan dalam tragedi Jumaat lalu. Tidak jauh dari Sekolah Rendah Reed, Newtown, tempat sukarelawan mendirikan pusat kaunseling trauma, terletak ibu pejabat Yayasan Sukan Menembak Kebangsaan yang dianggap sebagai pelobi utama pemilikan senjata di Amerika Syarikat selepas Persatuan Raifal Kebangsaan.


New England dan khususnya Connecticut, pernah muncul sebagai pusat pembuatan senjata. Syarikat Pembuatan Paten Colt diasaskan di Hartford dan Remington sementara sejarah Sturm Ruger and Co serta Savage Arms juga mempunyai hubungan dengan Connecticut.


Isu mengenai senjata menjadi tumpuan sejurus selepas tragedi Jumaat lalu. Sebuah kelab memburu tempatan bertindak serta-merta menggantung kegiatannya bagi mengelak kecaman keluarga mangsa yang terbunuh. “Kami berpendapat, ia sesuatu yang tidak bagus untuk meneruskan kegiatan kami ketika mereka bersedih,” kata Frank Hufner, Presiden Kelab Memburu Newtown. Persatuan itu memiliki 300 anggota yang memburu di kawasan hutan tebal di sekitar Sandy Hook, Newtown, tempat terletaknya sekolah yang menjadi sasaran pembunuhan itu.


Di lapang sasar Shooters Pistol Range, New Milford, yang terletak berhampiran, pemiliknya berkata, nama baik pemilik senjata tercemar akibat tragedi itu. “Saya menetap di bandar itu. Anak saya belajar di sekolah itu. Ini bukan masanya untuk mencari populariti. Sukar bagi keluarga kehilangan anak, lebih-lebih lagi menjelang musim cuti. Saya tidak mahu menambah duka mereka,” katanya yang enggan dikenali.


Dia juga tidak percaya pihak media akan memberi gambaran tepat mengenai peminat senjata.


Di sebuah kedai sukan di Danbury, pelanggan berkumpul, berbincang mengenai masa depan pemilik senjata.


Seorang penduduk, Peter Griffin, 19, dari Redding, bandar berhampiran Newtown berkata, kejadian Jumaat lalu hanya mengukuhkan keghairahannya terhadap senjata kerana pembunuh sudah hampir pasti bertindak di kawasan atau ke atas mangsa yang tidak bersenjata.


“Secara peribadi, saya berasa selamat di tempat yang bersenjata. Saya tidak akan ke zon bebas senjata,” kata pemuda itu, pelatih pembuat kabinet yang memiliki tiga pistol.


Peniaga senjata di Newtown berkata, perniagaan mereka meningkat sejak Barack Obama menjadi presiden kerana pemilik bimbang kemungkinan kerajaan akan mengharamkan penjualan senjata.


“Buat masa ini, apa saja mengenai senjata api, perniagaannya amat memberangsang. Penduduk kini bimbang FBI akan muncul di depan pintu rumah mereka,” kata Sean Eldridge, pemilik kedai Parker Gunsmithing di Bethel, berdekatan Newtown, yang pakar membaiki senjata.


Len Strocchia, 46, yang tinggal kira-kira 10 rumah dari keluarga Lanza, bukan orang asing kepada keganasan bersenjata. Sekolah lamanya, Virginia Tech adalah tempat pembunuhan beramai-ramai pada 2007. Dia turut kehilangan seorang bekas rakan sekelas dalam kejadian menembak di Long Island Railroad, New York pada 1993 yang meragut enam nyawa dan mencederakan 19 yang lain.


“Saya amat kecewa dengan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan dengan mengguna senjata yang dibeli secara sah,” kata Strocchia, yang turut menghadiri mesyuarat Newtown itu bersama-sama anak perempuannya.


Ahad lalu, Tim Northrop, 49, jiran Anne Marie Murphy, ibu dua anak, antara guru yang terbunuh dalam kejadian Jumaat lalu, menghantar surat kepada Senator Connecticut, Richard Bluementhal dan bakal penggantinya, Chris Murphy.


“Penduduk di negeri anda diserang dan dibunuh. Kami menuntut anda mengetuai pelaksanaan undang-undang baru mengenai kawalan senjata. Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab. Bertindak berani untuk berjuang bagi kanak-kanak yang dibunuh itu,” katanya dalam surat berkenaan. - Reuters

Kemasukan diperketat


KUALA LUMPUR: Bermula 1 Januari 2013, semua karyawan drama dan filem tempatan dan antarabangsa diwajibkan berdaftar dengan persatuan artis di negara ini.

Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat yang diadakan antara Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi; Presiden Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd Noor; Naib Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Abdul Rahim Awang bersama wakil Bahagian Pelesenan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), semalam.

Kemasukan diperketat, Bermula 1 Januari 2013, semua karyawan drama dan filem tempatan dan antarabangsa diwajibkan berdaftar dengan persatuan artis di negara ini.


Zed berkata, pendaftaran artis sama ada pengarah, pelakon dan kru yang ingin bekerja dibuat mengikut syarat Padu Citra yang dikuat kuasa sejak 1997.

“Mengikut syarat itu, pengarah perlu berdaftar menjadi ahli FDAM, pelakon dengan Seniman manakala kru di bawah Profima,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, mana-mana artis yang gagal mengikut syarat berkenaan mengakibatkan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) tidak dikeluarkan Finas pada syarikat produksi terbabit.


Katanya, produksi atau artis yang tidak mematuhi syarat ini boleh dikenakan kompaun mengikut Akta Finas 1981 sebanyak RM1,000 manakala peralatan penggambaran dirampas.

“Pada masa sama, Surat Sokongan Kemasukan Pekerja Filem Asing (PFA) yang dikeluarkan Finas pada artis luar negara turut diperketatkan iaitu mereka perlu meminta surat sokongan tiga persatuan artis berkenaan sebelum kebenaran bekerja diberikan,” katanya.


Zed berkata, keputusan memperketat SPP dan PFA dibuat selepas berlaku kes pelakon seksi Indonesia, Julia Perez atau Jupe didakwa berlakon di negara ini tanpa permit.

Jupe yang membintangi filem ‘Sentuhan Malam Pertama’ arahan Murali Abdullah tidak memohon PFA dan mencetus kontroversi apabila mengutuk kualiti drama tempatan menerusi laman sosial twitternya.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad pula berkata, walaupun pihak terlepas untuk membuat operasi kelmarin tetapi pihaknya turut bertindak mengambil kenyataan daripada pihak produksi terbabit.


“Sepatutnya jika imigresen mendapat maklumat awal, serbuan boleh dilakukan di lokasi penggambaran. Namun, kami akan menyiasat terperinci sebelum tindakan boleh diambil,” katanya.


Beliau berkata, Seniman dan Finas perlu lebih bekerjasama pada masa akan datang dalam menyampaikan maklumat pada produksi dan Imigresen.


“Saya berharap kes Jupe ini memberi kesedaran pada produksi lain mengenai kesalahan dan keperluan mendapatkan permit sebelum bekerja di negara ini.


“Merujuk kes Jupe, imigresen menyiasat sama ada Jupe berlakon di sini. Tindakan boleh dikenakan pada artis mahupun produksi itu sendiri,” katanya.


Mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963, jika seseorang individu itu melanggar syarat pas lawatan sosial boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tidak berasas


KUALA LUMPUR: “Wajib bagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan Umno,” tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika ditanya mengenai amanat kontroversi Pas itu yang membawa kepada perpecahan umat Islam sejak 1985.

Tegas beliau lagi, bukan sesuatu yang mudah bagi umat Islam mengkafirkan sesama sendiri, malah kenyataan melulu itu dibuat tanpa asas kukuh.

“Perbuatan mengkafirkan sesama Islam yang dibuat itu tanpa asas kerana selagi umat Islam itu mengucap syahadah, mendirikan solat dan membayar zakat, maka ia tidak boleh dituduh sedemikian rupa,” katanya kepada media selepas pertemuan antara panel Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim) dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, di sini, semalam.

Tidak berasas, “Wajib bagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan Umno,” tegas Mufti Perak


Turut hadir Pengerusi Pedim yang juga bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh; Mufti Sarawak, Kipli Yassin dan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman. Amanat Haji Hadi yang dihebohkan pada 1985 meningkatkan ketegangan dalam masyarakat Islam yang antara lain mengkafirkan umat Islam yang tidak menyokong Pas.

Ia petikan ucapan Abdul Hadi pada 7 April 1981 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu sebelum disebarkan ke seluruh negara oleh penyokong Pas yang taksub sehingga mencetuskan fenomena sembahyang dua imam, tidak sah makan sembelihan orang Umno dan sebagainya. Sementara itu, Wan Zahidi yang menyokong kenyataan Harussani berkata, apa yang menjadi kebimbangan bukan Umno menjadi kafir kerana tuduhan itu tidak benar.

Sebaliknya, kata beliau, apa yang dibimbangi ialah tuduhan itu kembali kepada individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Katanya, ini bukan ajaran Islam, sebaliknya perbuatan bidaah yang amat membahayakan akidah dan bercanggah dengan syariat Islam.

Mat Jahya pula berkata, Allah dan Nabi Muhammad s.a.w tidak mengajar hamba serta umat Islam bercakap yang sia-sia.

Katanya, umat Islam diajar melalui al-Quran dan hadis supaya bercakap yang baik.

“Kita dilarang mengata sesama manusia dan mencari salah orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan berkata, Pedim menerbitkan buku-buku berkaitan isu seperti Ahli Sunnah Wal Jamaah, bahaya pluralisme dan liberalisme.

2 Melayu hanya ‘penyeri muka’


KUALA LUMPUR: “Pelantikan dua Melayu dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP hanyalah sebagai ‘penyeri muka’ semata-mata,” kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengulas mengenai pelantikan dua wakil melayu iaitu Senator Dr Ariffin SM Omar dan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC selepas tewas pada pemilihan parti pembangkang itu.

Ahmad Maslan menegaskan, parti pembangkang itu ternyata bukanlah parti yang sesuai untuk orang Melayu berjuang.

2 Melayu hanya ‘penyeri muka’


Sebaliknya, katanya, hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) wadah yang paling sesuai untuk orang Melayu memperjuangkan nasib mereka.

“Kami dah lama tahu, mereka memberi tekanan menolak Melayu adalah benar, cauvinis Cina adalah benar, konsep ‘Malaysian Malaysia’ hanya omongan kosong juga benar,” katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan panel Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim) di sini, semalam.


Pada Sabtu lalu, semua lapan calon Melayu merebut jawatan dalam CEC ditolak perwakilan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di Pulau Pinang.


Keputusan pemilihan itu membuktikan bahawa DAP yang kononnya parti berbilang kaum hanyalah cakap-cakap kosong.

Malah, sikap ahli di peringkat akar umbi parti itu yang tidak mengundi pemimpin Melayu jelas menunjukkan mereka tidak mahu kaum lain menerajui parti itu.


Ahmad Maslan dalam pada itu menyeru, orang Melayu dalam DAP meninggalkan parti itu yang jelas menolak mereka.

Katanya, mereka umpama melukut di tepi gantang jika terus berada dalam parti yang dikuasai Cina itu.

MRT manfaat 1.2 juta


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sistem MyRapid Transit (MRT) dijangka berupaya mengatasi kesesakan lalu lintas di ibu kota dan Lembah Klang apabila laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) siap pada 2017.

Projek membabitkan laluan sepanjang 51 kilometer dengan 31 stesen itu masih dalam fasa pertama.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Awam MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Amir Mahmood Razak berkata, sistem pengangkutan itu dijangka memanfaatkan 1.2 juta pengguna di Lembah Klang nanti.

“Pengguna MRT dijangka mencecah 20,500 orang sejam bagi setiap laluan apabila beroperasi nanti,” katanya.

MRT manfaat 1.2 juta

Katanya, populasi penduduk di Lembah Klang dijangka meningkat daripada enam juta kepada 10 juta menjelang 2020 dan sistem pengangkutan berkesan diperlukan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.


“Lembah Klang mengalami kekurangan liputan kemudahan rel dan hanya meliputi 20 kilometer bagi setiap satu juta penduduk di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, dengan sistem MRT, kemudahan itu akan meningkatkan liputan pengangkutan awam berasaskan rel di Lembah Klang dengan ketara.


Bagi memudahkan pengguna, MRT akan berintegrasi dengan rangkaian laluan LRT Kelana Jaya, LRT Ampang, KTM Komuter, KL Monorel, KLIA Ekspres dan KLIA Transit.

Semua stesen MRT mempunyai kemudahan seperti laluan berbumbung, lif, tangga bergerak, tandas, kemudahan laluan OKU, surau, mesin tiket, kedai runcit, telefon awam dan papan tanda.


Selain itu, kemudahan meletak kenderaan disediakan di 16 stesen iaitu Sungai Buluh, Kota Damansara, Taman Industri Sungai Buluh, One Utama, Taman Tun Dr Ismail, Seksyen 16, Pusat Bandar Damansara, Maluri, Taman Bukit Mewah, Plaza Phoenix, Taman Suntex, Taman Cuepacs, Bandar Tun Hussein Onn, Taman Koperasi, Saujana Impian dan Kajang.

Go-KL: Selesa dan percuma


KUALA LUMPUR: Sejak dilancarkan pada 31 Ogos lalu, bas henti-henti Go-KL mendapat sambutan menggalakkan di kalangan warga kota berikutan percuma selain memberi akses lebih mudah untuk sampai ke pelbagai destinasi di pusat bandar raya.

Perkhidmatan bas itu juga menggalakkan pelancong memasuki bandar raya ini dengan lebih mudah selain menikmati pelbagai tarikan pelancongan seperti tempat bersejarah, mercu tanda negara dan pusat beli-belah terkemuka.

Penumpang, Mohd Aminullah Farij Hasan, 32, berkata, perkhidmatan itu memudahkannya ke mana saja kerana bas berkenaan berhenti di kawasan tumpuan ramai.

“Perjalanan mengambil lima hingga sepuluh minit untuk setiap destinasi dan ia sangat mudah didapati. Hanya cari hentian yang mempunyai papan tanda bas Go-KL.

“Orang ramai bukan saja menjimatkan masa, malah tiada caj dikenakan. Ia sepatutnya diperluaskan lagi di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Go-KL: Selesa dan percuma


Roslan Salleh, 44, pula berkata, dia tidak lagi perlu memandu dan menghadapi kesesakan di ibu kota, malah bas itu sangat selesa selain menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang kelainan upaya (OKU) serta dilengkapi WiFi dan kamera litar tertutup.

“Apa yang penting, perkhidmatan ini perlu sentiasa dipantau supaya keadaan di dalam bas sentiasa bersih, tidak dirosakkan dan dijaga dengan baik. Ini kerana, ia bukan saja dinaiki masyarakat Malaysia, tetapi menjadi pengangkutan utama pelancong,” katanya.


Penumpang yang pertama kali menggunakan perkhidmatan ini, Sazalima Mustofa, 34, berpendapat perkhidmatan itu perlu diperluaskan kerana memudahkan pelancong selain orang ramai untuk ke sekitar bandar raya tanpa perlu membawa kenderaan sendiri.

“Pelancong lebih gemar menggunakan perkhidmatan bas ini yang nyata menjadi alternatif terbaik bagi mereka. “Walaupun pertama kali menaiki bas ini, saya begitu selesa dan akan menggunakannya untuk ke kawasan padat.


“Perkhidmatan bas Go-KL terbaik dan saya amat memuji langkah kerajaan mewujudkan perkhidmatan ini kerana dapat mengurangkan kesesakan di kawasan padat di ibu kota,” katanya.


Sementara itu, pemandu bas Go-KL, Mohd Rashid Mahmud, 43, berkata, perkhidmatan itu boleh mengurangkan jumlah kereta yang memasuki pusat bandar raya pada waktu puncak.

SPAD pantau setiap hari


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memantau pemandu bas dan teksi setiap hari bagi memastikan pengangkutan awam di negara ini berada pada tahap baik.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, suruhanjaya itu tidak akan teragak-agak mengeluarkan saman terhadap pemandu yang melanggar peraturan.

SPAD pantau setiap hari

“SPAD mengambil tindakan tegas terhadap pemandu bas dan teksi yang memberhentikan kenderaan di tempat tidak sepatutnya.

“Pengangkutan awam ini hanya boleh berhenti di tempat disediakan dan bukannya sesuka hati,” katanya.


Katanya, pihak berkuasa tempatan dan polis trafik juga boleh mengeluarkan saman terhadap pemandu bas dan teksi yang menghalang lalu lintas di kawasan perhentian.

Jelajah 10,000 kilometer


SELEPAS selesai mengharungi pengembaraan solo pertama selama enam bulan ke kota London kira-kira dua tahun lalu, kini saya sudah pun memulakan kembara berikutnya merentasi Nusantara dikenali sebagai Cabaran Khatulistiwa.

Perjalanan ini dimulakan pada awal bulan ini dan saya jangka ia bakal berakhir dalam tempoh dua bulan membabitkan jarak keseluruhan sejauh 10,000 kilometer (km).

Alhamdulillah, segala persiapan untuk pengembaraan kali ini seperti penyediaan motosikal, permit, keperluan diri serta laluan perjalanan dapat disempurnakan dalam tempoh kurang sebulan.

Dengan motosikal kapcai 130 cc, saya selamat berangkat menaiki feri dari Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Disember lalu menuju Tanjung Balai, Sumatera, Indonesia yang mengambil masa kira-kira lima jam perjalanan.

Jelajah 10,000 kilometer
Muatan feri begitu padat dengan penumpang khususnya warga Indonesia yang pulang ke kampung halamanmenyebabkan saya menjadi orang terakhir keluar dari pengangkutan air berkenaan sebaik sampai kerana tidak mahu berebut.

Disebabkan feri bertolak lewat dari jadual, hari sudah senja ketika feri berlabuh, justeru saya memutuskan untuk mencari tempat penginapan bagi rehat yang secukupnya sebelum memulakan pengembaraan ke Medan, Indonesia sejauh 300 km pada keesokan hari.

Perjalanan ke Medan tidaklah jauh mana, tetapi disebabkan cara pemanduan mereka berbeza dengan kita, saya berasa kekok dan perlu menyesuaikan diri.


Sebaik sampai di Medan, seperti biasa, pencarian tempat berteduh dilakukan kerana hari sudah lewat petang dan sememangnya malam bukanlah waktu sesuai bagi saya untuk mengembara bersama motosikal.

Bangun pagi, saya memulakan perjalanan ke Lhokseumawe, Banda Aceh iaitu bandar pelabuhan yang terletak 350km ke utara Medan.


Walaupun saya pernah ke Banda Aceh bagi khidmat kemanusiaan sewaktu ia dilanda tsunami pada 2004, saya agak hilang arah sewaktu tiba kerana semuanya sudah berubah.


Kesan bencana itu kini tidak lagi kelihatan, namun ada beberapa lokasi dijadikan sebagai tempat bersejarah untuk kunjungan.


Menjelang hari seterusnya, saya bangun lebih awal berbanding biasa dan bersiap untuk ke Meulaboh. Perjalanan kurang 300km ke bandar paling teruk dilanda tsunami ini diiringi hujan sepanjang petang dan ketibaan saya pastinya disambut dengan hari gelap.


Sesudah melelapkan mata sepanjang malam, dengan minyak penuh dalam tangki motosikal, saya mula menunggang lebih jauh iaitu sekitar 500km menuju Danau Toba pada hari berikutnya.


Mengikut perkiraan, saya akan tiba lebih lewat kerana struktur muka bumi sepanjang jalan agak bergunung-ganang dan seperti dijangka, hujan renyai dan lebat lebih memperlahankan tunggangan.


Sampai saja di pekan Sidikalang, waktu sudah menunjukkan jam 6 petang dan saya perlu berhenti kerana hari bakal gelap sementara ada 100km lagi untuk sampai di Danau Toba.


Diiringi keadaan basah lencun akibat hujan, saya gagahkan diri mencari tempat bermalam menanti esok hari.


Suara azan mengejutkan saya pada hari keesokannya. Saya memulakan perjalanan dan bercadang berehat selama dua hari di Danau Toba bagi menyiapkan kisah saya berserta foto yang diambil.


Selepas empat jam, tibalah saya di Danau Toba dan satu bilik kecil di tepi tasik diambil untuk merehatkan diri disamping menyiapkan coretan ini untuk tatapan semua.

MSU, USM tandatangani MoU


SHAH ALAM: Management & Science University (MSU) Shah Alam buat julung kalinya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) di kampus itu di sini, semalam.

Presiden MSU, Profesor Datuk Dr Mohd Shukri Abdul Yajid berkata, sebagai permulaan MoU berkenaan akan membabitkan dua bidang iaitu pelancongan dan kearifan ilmu tempatan.

MSU, USM tandatangani MoU

Dr Mohd Shukri berkata, perjanjian bersama universiti yang dinobatkan sebagai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) itu adalah satu peluang yang baik memandangkan kedua-dua institusi itu pernah bekerjasama kira-kira 15 tahun yang lalu dan berkongsi visi yang sama dalam sektor pendidikan negara.

“Kita pernah menjalinkan kerjasama yang sama pada 1997 dan ini adalah masanya untuk kita meneruskan usaha memacu pendidikan negara sebagai hub pendidikan di peringkat antarabangsa.


“Melalui kerjasama ini kita akan mendapat faedah bersama dalam lima aspek iaitu penyelidikan bersama, program latihan akademik, pertukaran kakitangan akademik dan bukan akademik, pertukaran pelajar serta pemindahan kredit,” katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.


Dr Mohd Shukri berkata, perjanjian berkenaan akan tamat dalam tempoh lima tahun bagaimanapun berharap kerjasama antara dua IPT berkenaan akan berterusan demi perkembangan pendidikan negara.

Katanya, program pertukaran pelajar antara MSU dan USM akan bermula dalam jangka masa yang terdekat selewat-lewatnya tahun depan.


Dalam majlis berkenaan, beliau bersama Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman saling bertukar tandatangan sebagai simbolik kepada perjanjian itu.

Pos Malaysia tawar hadiah RM230,000


KUALA LUMPUR: Dalam usaha meningkatkan jumlah perkhidmatan runcit dan kewangan di kaunter perkhidmatannya, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menganjurkan peraduan Senang Menang@POS diadakan dari 17 Disember ini hingga 24 Februari 2013 di semua 704 cawangan seluruh negara.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulannya, Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, peraduan berkenaan dianjurkan bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan di kaunternya untuk pembelian barang pos, pembayaran bil, urusan transaksi kewangan dan pembaharuan cukai jalan serta lesen memandu.


Pos Malaysia tawar hadiah RM230,000


“Sejumlah RM230,000 perlu direbut pelanggan yang berurusan di kaunter di mana RM13,000 akan dimenangi setiap minggu sepanjang tempoh peraduan dan hadiah utama ditawarkan sebuah Proton Preve 1.6AT.

“Orang ramai hanya perlu lakukan transaksi di kaunter Pos Malaysia atau Pos Bergerak dan jawab cari kata yang diberikan selain lengkapkan ayat secara kreatif,” katanya ditemui selepas pelancaran peraduan itu, di sini.

Selain itu, pelanggan perlu mendapatkan cap pengesahan dan menampal setem 30 sen di borang penyertaan yang boleh didapati di seluruh cawangan Pos Malaysia.

Shukrie berkata, tiada had dikenakan kepada jumlah penyertaan yang dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia serta penduduk atau pekerja asing yang mempunyai pasport sah.

“Pos Malaysia sasarkan sebanyak 20 peratus peningkatan dalam servis di kaunter melalui pertandingan ini di samping mempromosi 300 jenis perkhidmatan, produk serta pemindahan ditawarkan di cawangan kami untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.pos.com.my atau hubungi PosLine di talian 1-300-300-300 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut syarat pertandingan.

Maut serang polis


KUALA LUMPUR: Akibat menyerang anggota polis, seorang penjenayah mati manakala rakannya cedera selepas ditembak dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka di Taman Sri Rampai, di sini, awal pagi semalam.

Dua lelaki bersenjatakan parang itu dikatakan memasuki kedai serbaneka berkenaan kira-kira jam 4.40 pagi sebelum kehadiran mereka disedari polis peronda yang kebetulan membuat rondaan di kawasan itu.

Maut serang polis

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, ketika kejadian terdapat empat pekerja di dalam kedai berkenaan sebelum dua suspek terbabit meluru masuk mengacukan parang ke arah mereka.

“Bagaimanapun, suspek panik sebaik menyedari sepasukan polis peronda melihat kehadiran mereka dan cuba menyerang anggota polis terbabit.


“Anggota berkenaan kemudian terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka sehingga mengakibatkan suspek berusia 19 tahun mati serta merta di tempat kejadian,” katanya.


Menurutnya, seorang lagi suspek yang dipercayai mengalami kecederaan sempat melarikan diri, namun polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan untuk mengesan lelaki terbabit.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati motosikal digunakan suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu serta pihak forensik turut menemui beberapa kelongsong peluru dan parang.


“Siasatan polis juga turut mendapati kedai berkenaan pernah disamun sebanyak 15 kali sepanjang tahun ini, justeru, polis menubuhkan satu pasukan khas bagi membendung masalah itu.

“Mayat suspek kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 dan 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Anak sakit ayah tergolek


KUALA TERENGGANU: Niat seorang warga emas mengambil upah menebang pokok untuk membiayai rawatan dua anaknya yang menderita penyakit kemurungan terbantut apabila dia terlantar di katil wad sejak 11 hari lalu selepas tulang paha kedua-dua kakinya patah akibat terjatuh daripada pokok manggis setinggi 10 meter.

Sidek Awang, 68, yang ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, berkata, dalam kejadian jam 10 pagi pada 6 Disember lalu, dia dan dua rakannya mengambil upah menebang pokok berkenaan yang dianggarkan berusia 30 tahun di Kampung Laut, di sini.

“Sebaik tiba, saya terus memanjat pokok manggis itu untuk mencantas dahan kecil bagi memudahkan kerja penebangan.

Anak sakit ayah tergolek


“Malangnya belum sempat sampai ke puncak pokok itu, saya terpijak dahan reput menyebabkan saya hilang imbangan dan terhempas di atas tanah.

“Dua rakan yang memanaskan enjin mesin gergaji berantai di bawah pokok manggis itu tergamam melihat saya tersembam di atas tanah,” katanya.


Sidek berkata, akibat terhempas kuat, dia tidak sedarkan diri dan dihantar ke HSNZ dengan ambulans.

Sementara itu, isterinya, Kelsom Ismail, 61, berkata, dia terkejut apabila jiran memaklumkan kejadian menimpa suami sebelum bergegas ke lokasi kejadian.


“Sebak hati saya melihat kedua-dua belah kaki suami yang terkulai ketika dia diangkat masuk ke dalam ambulans,’’ katanya.

Menurutnya, dia banyak kali menasihatkan suaminya supaya jangan bekerja lagi, namun disebabkan anak sulung, Natrah Sidek, 40, dan anak kedua, Rozlina Sidek, 38, diserang penyakit murung lebih 15 tahun lalu, suaminya terpaksa bekerja keras mengambil upah menebang pokok dan memanjat pokok kelapa untuk menampung perbelanjaan rumah serta kos rawatan kedua-dua anaknya itu.


Kelsom berkata, dia dimaklumkan, doktor merancang untuk memasukkan besi pada kaki suaminya untuk membetulkan semula tulang paha yang patah itu.

Nutcracker Ballet


Suite Nutcracker "pelencongan di sini. Untuk album, melihat Suite Nutcracker (Tim Sparks album) dan Suite Nutcracker (Duke Ellington album).
{Petipa ballets} The Nutcracker (Rusia: Щелкунчик, Балет-феерия, Shchelkunchik; Perancis: Casse-Noisette, Ballet-Féerie), adalah dua perbuatan balet, asalnya tari oleh Marius Petipa dan Lev Ivanov dengan skor oleh Pyotr Ilyich Tchaikovsky . Kata-kata nyanyian diadaptasi dari E.T.A. Hoffmann cerita "The Nutcracker dan Raja Tetikus". Ia telah diberikan premiere di Teater Mariinsky di St Petersburg pada Ahad, 18 Disember tahun 1892, pada rang undang-undang dua dengan Tchaikovsky opera, Iolanta.
Walaupun pengeluaran asal tidak berjaya, suite dua puluh minit bahawa Tchaikovsky diekstrak dari balet. Walau bagaimanapun, yang lengkap Nutcracker telah dinikmati populariti besar sejak tahun 1960-an dan yang kini dilakukan oleh syarikat-syarikat banyak balet, terutamanya semasa musim Krismas, terutama dalam skor yang Tchaikovsky AS itu telah menjadi salah satu komposisi beliau yang paling terkenal, khususnya keping dipaparkan dalam suite. Antara perkara-perkara lain, skor diperhatikan untuk digunakan celesta, instrumen yang komposer sudah bekerja dalam balada lebih kurang diketahui simfoni Voyevoda.

Nutcracker Ballet


Komposisi
Selepas kejayaan Kecantikan Tidur pada tahun 1890, Ivan Vsevolozhsky, pengarah Teater Imperial, ditugaskan Tchaikovsky untuk mengarang program double-bill yang memaparkan kedua-dua opera dan balet. Opera akan Iolanta. Untuk balet, Tchaikovsky lagi akan menyertai pasukan dengan Marius Petipa, dengan siapa dia telah bekerjasama Kecantikan Tidur. Bahan Petipa memilih merupakan adaptasi Eta Cerita Hoffmann The Nutcracker dan Raja Tetikus oleh Alexandre Dumas Pere dipanggil Tale of Nutcracker itu. Plot cerita (dan penyesuaian Dumas ') Hoffmann amat mudah untuk balet dua tindakan. Kisah Hoffmann mengandungi cerita flashback yang panjang dalam plot utamanya berjudul The Tale of Nut keras, yang menerangkan bagaimana Putera telah bertukar ke Nutcracker. Ini harus dibuang untuk balet.
Petipa memberikan Tchaikovsky amat terperinci arahan untuk komposisi setiap nombor, turun kepada rentak dan beberapa bar. Komposer tidak menghargai perlu untuk bekerja di bawah kekangan itu dan mendapati dirinya keberatan untuk bekerja di balet. Penyiapan kerja terganggu untuk masa yang singkat apabila Tchaikovsky melawat Amerika Syarikat selama 25 hari untuk menjalankan konsert bagi pembukaan Carnegie Hall. Tchaikovsky terdiri bahagian Nutcracker di Rouen, Perancis.
 St Petersburg premiere
Prestasi pertama balet telah diadakan sebagai perdana double bersama-sama dengan opera terakhir Tchaikovsky, Iolanta, pada 18 Disember [OS 6 Disember] tahun 1892, di Imperial Mariinsky Theatre di St Petersburg, Rusia. Walaupun kata-kata nyanyian oleh Marius Petipa, yang sebenarnya tari pengeluaran pertama telah dibahaskan. Petipa memulakan kerja pada koreografi dalam Ogos 1892, bagaimanapun, penyakit dikeluarkan dia dari penyiapan dan pembantu beliau tujuh tahun, Lev Ivanov, telah dibawa masuk Walaupun Ivanov sering dikreditkan sebagai koreografer, Petipa kredit beberapa akaun kontemporari. Prestasi telah dijalankan oleh Riccardo Drigo, dengan Antonietta dell'Era sebagai Sugar Plum Fairy, Pavel Gerdt sebagai Putera Coqueluche, Stanislava Belinskaya sebagai Clara, Sergei Legat sebagai Nutcracker-Prince, dan Timofei Stukolkin sebagai Drosselmeyer. Peranan kanak-kanak, tidak seperti banyak produksi kemudian, telah dilakukan oleh kanak-kanak yang sebenar dan bukannya dewasa (dengan Belinskaya sebagai Clara, dan Vassily Stukolkin sebagai Fritz), pelajar Imperial Ballet Sekolah St Petersburg.
Prestasi pertama Nutcracker telah tidak dianggap satu kejayaan. Reaksi kepada penari sendiri berbelah. Walaupun sesetengah pengkritik memuji dell'Era pada pointework beliau sebagai Sugar Plum Fairy (dia didakwa menerima lima tirai panggilan), seorang pengkritik dipanggil "gemuk" dan "tembam." Olga Preobajenskaya sebagai patung Columbine panned oleh seorang pengkritik sebagai "sepenuhnya hambar" dan memuji sebagai "menarik" oleh orang lain. Salah ahli penonton menyifatkan koreografi adegan pertempuran sebagai mengelirukan: "Kita tidak boleh memahami apa-apa senonoh menolak kira-kira dari sudut ke sudut dan berjalan ke belakang dan ke hadapan - agak amatur."

Kata-kata nyanyian telah dikritik kerana "berat sebelah" dan kerana tidak setia kepada kisah Hoffmann. Kebanyakan kritikan memberi tumpuan kepada memaparkan kanak-kanak begitu jelas dalam balet, dan banyak meratapi hakikat bahawa ballerina tidak menari sehingga Grand Pas de Deux berhampiran akhir perbuatan kedua (yang tidak berlaku sehingga hampir tengah malam semasa program). Sesetengah mendapati peralihan antara dunia duniawi babak pertama dan dunia fantasi perbuatan kedua terlalu mendadak. Reception was lebih baik untuk skor Tchaikovsky. Pengkritik memanggil ia "menghairankan kaya dengan inspirasi" dan "dari awal hingga akhir, cantik, merdu, asal, dan ciri-ciri." Tetapi walaupun ini tidak sebulat suara sebagai sesetengah pengkritik mendapati adegan parti "yang bagur" dan Grand Pas de Deux "hambar."

Produksi berikutnya
Dalam tahun 1919, koreografer Alexander Gorsky dipentaskan pengeluaran yang dihapuskan Sugar Plum Fairy dan Cavalier beliau dan memberikan tarian mereka kepada Clara dan Putera Nutcracker, yang dimainkan oleh orang dewasa dan bukannya kanak-kanak. Beliau adalah pengeluaran pertama untuk berbuat demikian. Satu versi ringkas balet mula-mula dilakukan di luar Rusia di Budapest (Royal Opera House) pada tahun 1927, dengan koreografi oleh Ede Brada. Pada tahun 1934, koreografer Vasili Vainonen dipentaskan versi kerja yang dialamatkan banyak kritikan pengeluaran asal tahun 1892 oleh pemutus penari dewasa dalam peranan Clara dan Putera, sebagai Gorsky mempunyai. Versi Vainonen mempengaruhi beberapa produksi kemudian.
Prestasi pertama yang lengkap di luar Rusia berlaku di England pada tahun 1934, diadakan oleh Nicholas Sergeyev selepas koreografi asal Petipa. Persembahan Tahunan balet telah telah dipentaskan di sana sejak 1952 [10] Satu lagi versi ringkas balet, dilakukan oleh yang Russe Ballet de Monte Carlo, telah diadakan di New York pada tahun 1940 oleh koreografer Alexandra Fedorova -. Lagi, selepas versi Petipa ini. Pertama yang lengkap balet prestasi Amerika Syarikat adalah pada 24 Disember 1944, oleh San Francisco Ballet, dipentaskan oleh pengarah seni Christensen Willam. The New York City Ballet memberikan prestasi tahunan pertama pementasan George Balanchine Nutcracker pada tahun 1954. Bermula pada 1960-an, tradisi melaksanakan balet lengkap pada Krismas akhirnya merebak ke seluruh Amerika Syarikat.
Sejak produksi Gorsky, Vainonen dan Balanchine, banyak Koreografer lain telah membuat versi mereka sendiri. Beberapa institut perubahan yang dibuat oleh Gorsky dan Vainonen manakala yang lain, seperti Balanchine, menggunakan kata-kata nyanyian asal. Sesetengah produksi ketara termasuk mereka oleh Rudolf Nureyev untuk Royal Ballet, Yuri Grigorovich untuk Bolshoi Ballet, Mikhail Baryshnikov untuk Amerika Ballet Theatre, dan Peter Wright untuk Royal Ballet dan Birmingham Royal Ballet. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, produksi revisionis, termasuk mereka oleh Mark Morris, Matthew Bourne, dan Chemiakin Mikhail telah muncul; ini berlepas radikal dari kedua-dua kata-kata nyanyian asal tahun 1892 dan kebangkitan Vainonen, manakala versi Maurice Bejart sepenuhnya membuang plot dan watak-watak asal. Di samping untuk stagings tahunan hidup kerja, banyak produksi juga telah televisyen dan / atau dikeluarkan pada video rumah.

Peranan

Ekstrapolasi berikut watak-watak (dalam perintah penampilan) diambil dari peperiksaan arahan pentas dalam skor (Soviet ed, di mana mereka dicetak di Perancis asal dengan terjemahan ditambah Rusia dalam nota kaki editorial.):

Akta Saya

  • Presiden
  • Isterinya
  • Tetamu
  • Kanak-kanak, termasuk
  • Clara (kadang-kadang dikenali sebagai Marie) dan Fritz [anak Presiden]
  • Ibu bapa berpakaian seperti "incroyables"
  • Konselar Drosselmeyer
  • Pussycat [bunga-diaktifkan]:
  • Harlequin dan Columbine, muncul keluar kubis [1 hadiah]
  • Vivandière dan Askar [hadiah 2]
  • Nutcracker [3 hadiah, pada mulanya mainan bersaiz normal, maka bersaiz penuh dan "bercakap", maka putera]
  • Hantu [pada jam, berubah menjadi Drosselmeyer]
  • Tikus
  • Sentinel [peranan pengucapan]
  • Hare-Drummers
  • Askar [Nutcracker itu]
  • Tetikus Raja
  • Emping salji
  • Angels


Beberapa versi juga memberi anak saudara kepada Drosselmeyer yang menyerupai Putera Nutcracker dan dimainkan oleh penari yang sama.

Akta II

  • Angels
  • Sugar Plum Fairy
  • Clara
  • Nutcracker Prince
  • 12 Pages
  • Ahli terkenal mahkamah
  • Pelaku Coklat Panas Sepanyol
  • Kopi pelaku Arab
  • Teh pelaku Cina
  • Pelaku Tebu Candy Rusia
  • Denmark marzipan Shepherdesses pelaku
  • Ibu Gigogne
  • Polichinelles
  • Titik sajli
  • Bunga
  • Sugar Plum Fairy Cavalier


Sinopsis

Berikut adalah sinopsis berdasarkan kata-kata nyanyian asal tahun 1892 oleh Marius Petipa. Cerita berbeza daripada pengeluaran untuk pengeluaran, walaupun kebanyakan mengikuti garis asas. Nama-nama watak-watak juga berbeza-beza. Dalam E.T.A. asal Hoffmann cerita, heroin muda dipanggil Marie Stahlbaum dan Clara (Klärchen) adalah nama anak patung itu. Di adaptasi oleh Dumas yang Petipa berdasarkan kata-kata nyanyian, namanya adalah Marie Silberhaus.

Dalam produksi masih lain, seperti Baryshnikov, Clara adalah Clara Stahlbaum bukannya Clara Silberhaus.
Akta Saya
Adegan 1: The Home Silberhaus
Ia adalah malam Krismas. Keluarga dan rakan-rakan telah berkumpul di ruang tamu untuk menghiasi Krismas pokok yang indah dalam persediaan untuk perayaan malam. Setelah pokok itu selesai, anak-anak muda telah dihantar untuk. Kanak-kanak berdiri di kagum pokok yang berkilauan dengan lilin dan hiasan.
Perayaan bermula. Satu perarakan dimainkan. Presents diberikan kepada kanak-kanak. Tiba-tiba, sebagai jam-topped hantu menyerang lapan, seorang tokoh misteri memasuki bilik. Ia adalah Herr Drosselmeyer, anggota majlis tempatan, ahli silap mata, dan Clara dan Fritz ini Kelly. Beliau juga merupakan toymaker berbakat yang telah membawa bersamanya hadiah untuk kanak-kanak, termasuk empat anak patung seperti hidup yang menari untuk menggembirakan semua. Drosselmeyer kemudian mempunyai anak patung berharga meletakkan diri untuk penyimpanan.
Clara dan Fritz sedih melihat anak patung yang diambil dari, tetapi Drosselmeyer mempunyai satu lagi mainan untuk mereka: alat pemecah buah keras kayu diukir dalam bentuk manusia sedikit, digunakan untuk hazelnuts retak. Kanak-kanak lain mengabaikan ia, tetapi Clara segera mengambil suka kepadanya. Fritz, bagaimanapun, sengaja memecah mainan. Clara adalah kecewa.
Pada waktu malam, selepas orang lain telah pergi ke katil, Clara kembali ke salon itu untuk memeriksa pada alat pemecah buah keras kekasihnya. Seperti dia sampai katil sedikit, jam menyerang tengah malam dan dia kelihatan untuk melihat Drosselmeyer Claus di atas jam di tempat burung hantu. Tiba-tiba, tikus mula untuk mengisi bilik dan pokok Krismas mula berkembang ke tahap yang menggayatkan. Nutcracker juga tumbuh kepada kehidupan saiz. Clara mendapati dirinya di tengah-tengah pertempuran antara tentera askar lelaki Gingerbread dan tikus, yang diketuai oleh Raja Tetikus. Tikus mula makan roti halia askar.
Nutcracker muncul untuk memimpin askar roti halia, yang disertai oleh askar timah dan patung yang berkhidmat sebagai doktor untuk membawa diri yang cedera. Sebagai kemajuan Raja Tetikus Nutcracker masih cedera, Clara melemparkan selipar beliau kepadanya, mengganggu dia cukup lama untuk Nutcracker untuk menikam beliau.

Adegan 2: A Hutan Pine

Pengunduran tikus dan Nutcracker berubah menjadi Putera kacak. Beliau mengetuai Clara melalui malam terang bulan ke hutan pain di mana emping salji menari di sekeliling mereka.

Akta II
Adegan 1: Tanah Kuih-kuih
Clara dan Putera perjalanan dalam bot ringkas ditarik oleh ikan lumba-lumba ke Tanah indah Kuih-kuih, diperintah oleh Gula Plum Fairy di tempat Putera sehingga dia kembali. Putera menceritakan untuk Sugar Plum Fairy bagaimana dia telah diselamatkan oleh Clara dari Raja Tetikus dan telah bertukar kembali ke putera.
Dalam penghormatan heroin muda, sambutan gula-gula dari seluruh dunia dihasilkan: coklat dari Sepanyol, kopi dari Saudi, dan teh dari China semua tarian untuk hiburan mereka; tongkat gula-gula dari Rusia, shepherdesses Denmark melaksanakan flutes mereka Ibu Gigogne telah anak-anaknya muncul dari bawah skirt besar beliau menari; rentetan bunga cantik melaksanakan wals. Untuk menyimpulkan malam, Sugar Plum Fairy dan Cavalier beliau melakukan tarian.
A wals akhir dilakukan oleh semua gula-gula, selepas yang Clara dan Putera dinobatkan sebagai pemerintah Tanah Kuih-kuih. Tidak lama kemudian, bagaimanapun, rakyat tanah gula-gula mula hilang satu demi satu, sehingga Putera Nutcracker dirinya hilang, dan Clara ditemui tidur di ruang tamu. Doll Nutcracker adalah di bawah pokok Krismas. Kamu itu bangkit seraya Clara, pemikiran ia adalah semua mimpi, tetapi kemudian mendapati mahkota beliau duduk bersebelahan dengan si ibu, membawa kepada soalan, adalah mimpi? Dia berjalan ke pokok Krismas dan mengambil Nutcracker beliau, akan kembali untuk tidur, implikasi yang bahawa jika ia adalah semua mimpi, bahawa dia akan mahu menyimpan bermimpi.

Muzik

Dari program Ballet Imperial 1892
Tajuk semua nombor yang disenaraikan di sini datang dari senario asal Marius Petipa, serta kata-kata nyanyian asal dan program pengeluaran pertama tahun 1892. Semua libretti dan program kerja-kerja yang dilakukan pada peringkat Imperial Teater bertajuk di Perancis, yang merupakan bahasa rasmi Imperial Court, serta bahasa dari yang balletic istilah berasal.

Akta Saya

  • № 01 Petite ouverture
  • № 02 tempat kejadian: Une Fête de Noël
  • № 03 Marche et petit galop des enfants
  • № 04 Danse des incroyables et merveilleuses
  • № 05 Entrée de Drosselmeyer
  • № 06 Danses des poupées mécaniques-
  • a. Arlequin et Columbine; Pas de deux
  • b. La Rekrut et la vivandière
  • № 07 Le Casse-Noisette (Polka et la berceuse)
  • № 08 Danse "Grossvater"
  • № 09 Grand Adegan Fantastique
  • № 10 La Bataille de Casse-Noisette et du Roi des Souris
  • № 11 Le pelayaran
  • № 12 Valse des flocons de Neige


Akta II

  • № 13 Pengenalan; Adegan de Confiturembürg
  • Grand kesenangan-
  • № 14 "Chocolat" (Danse espagnole)
  • № 15 "Café" (Danse Arabe)
  • № 16 "Thé" (Danse chinoise)
  • № 17 Danse des Bouffons
  • № 18 Danse des mirlitons
  • № 19 La Mère Gigogne et les polichinelles
  • № 20 Grand ballabile
  • № 21 Pas de deux-

a. Grand pepatah
b. Variasi de Putera Coqueluche (M. Pavel Gerdt)
c. Variasi de la Fée-Dragée (Mlle. Dell Era Antoinetta)
d. Grand menutupnya

  • № 22 Coda Generale
  • № 23 Apothéose: Une Ruche


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan