Cari Artikel

Monday, December 17, 2012

‘Pekerja TNB’ rompak 2 beranak


AMPANG: Dua beranak di Taman Mawar, di sini, berdepan detik cemas apabila tiga lelaki yang menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) bukan saja meletakkan pisau pada leher malah mengikat tangan mereka sebelum melarikan barang berharga hampir RM30,000.

Difahamkan, ketika kejadian Khamis lalu, suri rumah berusia 31 tahun itu berdua dengan anak perempuan remajanya.

‘Pekerja TNB’ rompak 2 beranak


berusia belasan tahun.

Menurut sumber, tiga lelaki berusia 20-an datang ke rumah mangsa menyamar pekerja TNB pada jam 3 petang, kononnya mahu memeriksa elektrik di dalam rumah mangsa.


“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memberi kebenaran lalu mereka berpura-pura membuat pemeriksaan dan apabila dia ke dapur, seorang suspek meletakkan pisau pada lehernya,” katanya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan kejadian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan