Cari Artikel

Sunday, December 16, 2012

Kemaruk dibelai ‘jantan’


KUALA LUMPUR: Menggerunkan apabila cinta maya yang berputik di laman sosial seperti facebook (fb), twitter, Myspace, Tagged dan Instagram selain kemudahan telefon pintar seperti BlackBerry Messenger (BBM) menyebabkan ramai remaja perempuan terjebak dengan kegiatan tidak bermoral, termasuk hamil luar nikah.

Antara faktor utama masalah itu ialah kerana kesepian dan cemburu melihat rakan sebaya berwajah cantik berdampingan dengan kekasih, menyebabkan ramai gadis kurang menawan menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti laman sosial dan telefon pintar untuk mendapatkan seramai mungkin kenalan lelaki.

Kemaruk dibelai ‘jantan'


Bagaimanapun, tindakan itu membawa padah apabila maruah diri tergadai selepas terperangkap dengan janji manis lelaki miang.

Ini berikutan gadis seperti itu terlalu kemaruk untuk memiliki teman lelaki tanpa menyiasat latar belakang kenalan baru apabila berhubung melalui laman sosial.


Akibatnya, mereka mudah terpedaya dengan ayat manis kasanova yang sentiasa mencari peluang memerangkap gadis naif dalam laman sosial berkenaan hingga berakhir di bilik tidur.

Imigresen siasat


KUALA LUMPUR: Pelakon seksi bermulut celupar Indonesia, Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati bakal berdepan tindakan tegas selepas Jabatan Imigresen berjanji meneliti status kemasukannya ke negara ini berikutan pendedahan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang mendakwa aktres kontroversi itu berlakon tanpa permit sah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, pihaknya akan memantau kemasukan Julia dan mungkin mendapatkan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengenai perkara itu.

Imigresen siasat, KONTROVERSI...pelakon seksi bermulut celupar Indonesia, Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati.
Imigresen siasat, KONTROVERSI...pelakon seksi bermulut celupar Indonesia, Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati.
“Sebenarnya kemasukan artis seperti ini akan diuruskan orang lain dan untuk lakonan, ia hendaklah melalui Finas manakala untuk konsert melalui agensi lain.

“Tidak banyak yang dapat saya katakan setakat ini, tapi kita akan mendapatkan kerjasama agensi berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Jika benar dakwaan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil, Julia yang mesra dengan panggilan Jupe boleh didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial. Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Bakar bilik cikgu


MIRI: Seorang guru wanita kini hidup dalam ketakutan apabila bilik tidurnya di kuarters sebuah sekolah menengah di Long Miri, di sini, dipecah masuk penjenayah sebelum membakar tilam dan menggunting beberapa helai pakaiannya, Khamis lalu.

Kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah terbabit ketika membuat rondaan sebelum ternampak kesan umpil pada pintu kuarters guru berkenaan, jam 5 petang.

Bakar bilik cikgu


Menurut sumber, terkejut dengan kejadian itu, pengawal keselamatan berusia 30-an membuat pemeriksaan lanjut dan mendapati pintu bilik tidur mangsa terbuka sebelum ternampak kesan tilam dibakar, manakala beberapa helai bajunya digunting.

Bagaimanapun, katanya, beberapa barangan berharga milik mangsa dan dua bilik lain di rumah itu tidak diusik.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan khianat itu pada awal pagi untuk mengelak kehadirannya disedari, ditambah dengan kawasan kuarters yang sunyi kerana kebanyakan guru pulang ke kampung halaman sempena cuti sekolah.

Bilik judi wanita



KUALA LUMPUR: Bagi menarik tahi judi wanita, sebuah pusat judi Internet di Plaza Pudu, di sini, dikesan menyediakan bilik khas dilengkapi sofa merah jambu sesuai dengan warna kelembutan golongan berkenaan.

Bagaimanapun, taktik mereka terbongkar kelmarin hasil operasi Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di enam premis judi Internet di kawasan berkenaan bermula jam 9.30 malam.

Operasi diketuai Superintendan Amir Rasid Derani itu membawa kepada penahanan sembilan tahi judi wanita, seorang daripadanya berusia lewat 50-an.

Bilik judi wanita
TAHAN... sebahagian kaki judi yang tangkap oleh anggota polis semasa Operasi D7 di Plaza Pudu.


Amir berkata, hasil risikan pihaknya, enam premis berkenaan diserbu secara serentak dan ratusan alat komputer judi dirampas bersama wang tunai berjumlah RM4,979.

Menurutnya, siasatan mendapati sebuah daripada premis itu menyediakan suasana kondusif dan bilik khas selesa untuk kaki judi wanita.

“Pemilik premis sanggup menghabiskan wang menyediakan ruang berjudi eksklusif, selain menyediakan ruang berasingan antara lelaki dan wanita mengikut kesesuaian mereka.

“Selain itu, makanan seperti nasi lemak dan minuman disediakan kepada pelanggan bagi memastikan mereka berjudi lebih lama di premis itu,” katanya.

Beliau berkata, turut ditahan 10 penjaga premis dan puluhan tahi judi lelaki, manakala kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

AES rakam 274,000 imej pesalah


KUALA LUMPUR: Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) merakam 274,000 imej pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat di 14 lokasi panas sehingga 10 Disember lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata, jumlah itu termasuk imej yang disahkan JPJ, didakwa di mahkamah dan menjelaskan bayaran, selain yang masih dalam proses semakan serta pengesahan sebelum saman dikeluarkan.

Katanya, walaupun jumlah berkenaan tinggi, sejak ia mula beroperasi pada 23 September lalu, purata imej yang dirakam menunjukkan penurunan setiap hari.

AES rakam 274,000 imej pesalah


“Berlaku penurunan jumlah imej yang dirakam antara 30 hingga 70 peratus mengikut lokasi tertentu.


“Oleh kerana jumlah imej dirakam makin menurun, secara logiknya AES berjaya mendidik pengguna mematuhi peraturan lalu lintas kerana bimbang kesalahan mereka dirakam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Pada Musim Perayaan 2012 kali ke-3 sempena Krismas anjuran Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) di Plaza Tol Sungai Besi, di sini, semalam.

Hadir sama Presiden LPKPM, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahaya.

Menurut Ismail, sehingga kini lebih 10,000 pemandu menjelaskan saman AES, termasuk yang didakwa di mahkamah.

Sementara itu, dalam kempen berkenaan, LPKPM dengan kerjasama JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya mengedarkan 200 risalah dan kit keselamatan kepada pengguna sebagai usaha mendidik mereka mematuhi undang-undang jalan raya, selain memastikan keselamatan ketika memandu.

Lokasi kempen itu adalah yang terakhir. Sebelum ini ia diadakan di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Jalan Duta.

Kanak-kanak setahun maut jatuh sungai


TAWAU: Gara-gara ditinggalkan bersendirian di bilik air, seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Tawau di Kampung Titingan, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam, Andi Masrudi yang dijaga abangnya berusia lapan tahun dipercayai terjatuh dan lemas kerana rumah yang mereka diami terletak berhampiran tebing sungai.

Menurut jiran, Mardiah Sabri, 41, ketika kejadian, dia baru pulang dari bandar dan terdengar jeritan beberapa jiran lain mengatakan seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam sungai.

“Ibu bapa mangsa keluar bekerja dan meninggalkan dua anak lelaki dalam rumah berkenaan.

Kanak-kanak setahun maut jatuh sungai


“Ketika kejadian, mangsa ditinggalkan bersendirian di bilik air dan abangnya mengambil tuala dalam rumah sebelum memandikan kanak-kanak itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, Mardiah berkata, sekembalinya daripada mengambil tuala, abangnya mendapati Andi tiada di bilik air.

“Kanak-kanak berkenaan mengesyaki mangsa keluar dari bilik air dan terjatuh ke dalam sungai kerana rumah mereka berhampiran sungai.

“Kerana terlalu panik, kanak-kanak terbabit memaklumkan jiran sebelum kejadian ini dilaporkan kepada pihak bomba dan penyelamat,” katanya yang membuat laporan itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau, Rudy Fredzek berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.35 malam dan mengarahkan sepasukan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi terbabit.

“Operasi mencari mangsa bermula kira-kira jam 8.40 malam, namun mayatnya ditemui orang ramai jam 11 malam,” katanya ketika ditemui, semalam.

Bayi perempuan dalam kotak sampah


KAPAR: Misteri kotak yang disangka sampah dan diletakkan di hadapan pintu sebuah rumah kebajikan di Batu 3, Taman Mewah, di sini, membawa kepada penemuan seorang bayi perempuan yang masih hidup dan cukup sifat.

Individu tidak bertanggungjawab itu turut meletakkan susu, ubat, pakaian serta sekeping nota dalam bahasa Cina yang diletakkan di dalam kotak itu.

Menurut sumber, wanita yang juga pekerja rumah kebajikan berkenaan menemui kotak itu kira-kira jam 4 pagi sewaktu tiba di rumah berkenaan untuk memulakan tugas.

Bayi perempuan dalam kotak sampah


Kata sumber, melihat kotak diletakkan di hadapan pintu rumah, dia cuba untuk mengalihkan tetapi hairan apabila menyedari kotak berkenaan berat.


“Hairan dengan kandungan kotak berkenaan, wanita terbabit kemudian membuka kotak itu dan terkejut sejurus menemui seorang bayi perempuan yang masih hidup di dalam kotak berkenaan.


“Bimbang keadaan sekitar yang sejuk, wanita terbabit segera membawa bayi malang itu masuk ke dalam rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja,” katanya.

Sumber berkata, sebaik menerima laporan daripada wanita terbabit, polis segera ke rumah kebajikan berkenaan dan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu.


Menurutnya, berdasarkan rakaman CCTV, polis mendapati kotak berkenaan diletakkan seorang wanita di hadapan rumah kebajikan sebelum meninggalkan kawasan itu.

“Bagaimanapun polis sukar mengecam wajah wanita yang meletakkan kotak berkenaan memandangkan gambar pada CCTV itu tidak jelas,” katanya.

70,000 pemandu teksi dapat bantuan TR1MA


SHAH ALAM: Kira-kira 70,000 pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara sekali lagi akan menerima bantuan tayar Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1MA), dijangka sekitar Jun tahun depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Kerajaan Pusat setuju melaksanakan pemberian TR1MA pusingan kedua itu selepas mendapat reaksi positif pemandu teksi yang memerlukan bantuan itu bagi meringankan beban kos penyelenggaraan teksi.

“Hal ini dimaklumkan dalam Dewan Negara supaya TR1MA diteruskan dan Perdana Menteri setuju dengan cadangan untuk beri kali kedua.

“Ini juga bukti nasib pemandu teksi banyak terbela dan ramai mendapat subsidi sejak kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib (Razak).

70,000 pemandu teksi dapat bantuan TR1MA


“Kalau kita hendak bagi tayar percuma sekarang, memang tidak boleh sebab tayar yang Kerajaan Pusat berikan sebelum ini tentu masih elok. Kalau tayar ini digunakan setiap hari pun, sekurang-kurangnya setahun baru ia rosak atau botak.

“Selain itu, kita beri insurans kepada pemandu teksi bagi menjamin nasib keluarga jika berlaku kemalangan atau kecacatan kekal kepada pemandu teksi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandaraya Shah Alam (PTKSSA), di sini, semalam.

Jun lalu, pemandu teksi mendapat manfaat menerusi pemberian subsidi tayar sebanyak RM520 membabitkan kos RM35 juta, sekali gus mengurangkan beban pemandu teksi di seluruh negara.

Najib turut mengumumkan Skim Insurans Perlindungan Kemalangan Diri kepada pemandu teksi, menerusi dana lebih RM1 juta.

10 premis ‘kebal’


PETALING JAYA: Lebih 10 premis yang dikesan menjalankan aktiviti perjudian Internet dan pelacuran di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, di sini, dipercayai ‘dipayung’ pihak tertentu berikutan masih kebal undang-undang walaupun berpuluh kali diserbu polis sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sebanyak 67 serbuan dilakukan Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membabitkan premis perjudian terbabit, manakala 144 terhadap pusat pelacuran di kawasan sama sehingga semalam.

Menurutnya, disebabkan premis sama masih tidak serik dan meneruskan operasi walaupun diserbu berulang-kali, pihaknya membuat permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik, namun usaha itu dipandang sepi.

10 premis ‘kebal’


“Kita minta kerjasama TNB memotong bekalan elektrik di 239 premis yang menjalankan aktiviti tidak bermoral itu di daerah ini, termasuk 10 di Pusat Perniagaan Mentari.


“Namun, masih tiada pemotongan dilakukan setakat ini, menyebabkan premis terbabit rancak meneruskan kegiatan terbabit seolah-olah tidak takut dengan undang-undang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Arjunaidi berkata, pihaknya turut meminta kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan lesen pengusaha premis yang melanggar syarat perniagaan.

“Bagaimanapun, kita dapati lesen perniagaan pengusaha premis terbabit yang dibatalkan selepas diserbu akan membuat permohonan baru atas nama orang lain dan membuka semula perniagaan mereka.


“Malah, pemilik premis yang diserbu juga sukar dikenakan tindakan berikutan tidak mempunyai lesen serta menjalankan kegiatan secara haram,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mempertingkatkan pemantauan dan operasi penguatkuasaan secara komprehensif dalam membanteras aktiviti perjudian Internet dan pelacuran yang semakin menular di seluruh daerah ini.

Najib hadir majlis kahwin


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Kompleks Sukan Bukit Kiara, di sini.

Ketibaan Perdana Menteri berpakaian baju Melayu hijau muda, yang ditemani anak perempuannya Nooryana Najwa, disambut oleh Ahmad Shabery.

Beliau yang meluangkan masa sejam beramah mesra dengan tetamu, turut bergambar kenangan bersama pasangan mempelai Nurkhalida Ahmad Shabery dan pasangannya, Qaiyum Hasnul. Kedua-dua mereka berusia 25 tahun.

Najib hadir majlis kahwin


Seramai 4,000 jemputan menghadiri majlis perkahwinan itu, yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menteri dan timbalan Kabinet dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong.


Nurkhalida adalah anak sulung daripada dua beradik dan bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut, manakala suaminya yang juga anak kedua daripada lima beradik bekerja sebagai penyelia di sebuah pasar raya.


Pasangan pengantin yang berpakaian sedondon songket kuning lembut itu, dinikahkan oleh Ahmad Shabery di Masjid As-Shafie Taman Maluri, semalam. — Bernama

Suspek pengebom di Filipina disahkan rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditembak mati di Davao, Filipina, oleh polis negara itu apabila dikatakan dalam percubaan meletupkan bom buatan sendiri di bandar berkenaan malam kelmarin, disahkan rakyat Malaysia berasal dari Kedah.

Latar belakang lelaki berusia 26 tahun itu diperoleh berdasarkan maklumat pada pasportnya yang ditemui polis Filipina.

Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/ Anti Pengganas) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya menerima maklumat awal dan perkara itu masih dalam siasatan.

Suspek pengebom di Filipina disahkan rakyat Malaysia


“Menurut pihak berkuasa Filipina, Mohd Noor Fikrie Abd Kahar adalah rakyat Malaysia. Dia ditembak mati malam kelmarin kerana membawa bom dan bertujuan meletupkannya di bandar itu.

“Kami juga difahamkan, dia menganggotai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) dan berada di sana selama beberapa bulan.

“Buat masa ini, hanya seorang rakyat kita ditembak mati kerana menganggotai kumpulan militan terbabit,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Fuzi, pihaknya akan cuba memastikan identiti lelaki itu dan mengumpul maklumat terperinci sebelum sebarang tindakan diambil.

“Jika benar dia rakyat Malaysia, kita akan usahakan supaya mayatnya dibawa pulang ke negara ini. Bagaimanapun, ia bukan proses mudah.

“Buat masa ini, kita akan menjalankan siasatan dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina sehingga identitinya dapat dikenal pasti,” katanya.

Mohd Noor Fikrie dikatakan menginap di sebuah hotel di Davaobersama isterinya yang juga warga negara itu.

Bagaimanapun, ketika dalam proses mendaftar keluar, dia melarikan diri apabila didekati polis dan mengancam ingin meletupkan bom yang dibawa menerusi telefon bimbitnya.

Hasil siasatan, polis Filipina menemui bom buatan sendiri diperbuat daripada mortar 60mm dalam beg sandang isterinya.

Datuk K stabil


KUALA LUMPUR: “Datuk K makin stabil dan akan menjalani rawatan lanjut di sini (New Zealand) buat sementara waktu. Keadaannya tidak membimbangkan,” itu antara khidmat pesanan ringkas (SMS) kiriman Datin Zaitun Mohamad Jiwa ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Zaitun, pemilik syarikat produksi Global Station Sdn Bhd yang juga kakak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) berkata, dia tidak dapat menjawab panggilan telefon berikutan suasana dalam wad tidak membenarkannya berbuat demikian.

Datuk K stabil


Datuk K yang juga suami Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cedera apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit dalam kemalangan jalan raya di Queensland, New Zealand, Khamis lalu.

Zaitun bersama Siti kemudian bergegas ke New Zealand untuk menziarahi Datuk K. Cubaan untuk mendapat ulasan daripada Siti tidak berjaya.


Sementara itu, kakak ipar dan juga pengurus Siti, Rozi Abdul Razak menyatakan, Siti menghubunginya menerusi laman twitter dan memberitahu sudah bertemu suaminya di hospital.

‘Tak ketepi adat Melayu’


KUANTAN: Bergelar doktor bukan alasan untuk Dr Mohamad Razali Kamid, 43, mengetepikan adat budaya Melayu dan bersandarkan kepada itu, dia mengambil keputusan mengadakan majlis berendoi dan cukur jambul untuk anak ketiganya, Puteri Lavina Chenta yang berlangsung di Hotel Vistana, di sini, semalam.

Mohamad Razali mempunyai alasan sendiri untuk mengadakan majlis itu secara besar-besaran kerana sekian lama menanti, impian untuk mempunyai anak perempuan berakhir dengan kehadiran Puteri Lavina Chenta, dua bulan lalu.

‘Tak ketepi adat Melayu’


“Majlis ini diadakan untuk berkongsi kegembiraan atas kelahiran anak ketiga saya dengan sanak saudara kami daripada sebelah saya dan isteri.

“Dalam masa sama, kami mahu meneruskan tradisi ini yang sejak kebelakangan ini jarang diamalkan masyarakat Melayu, terutama yang tinggal di bandar,” katanya.


Majlis itu dijalankan mengikut upacara tradisional yang sebenar dan dimulakan dengan nyanyian marhaban serta qasidah sebelum rambut anaknya dipotong.


Achong tamatkan zaman duda


SUNGAI PETANI: Hanya dengan sekali lafaz, bekas penyanyi kumpulan Sweetchild, Ahmad Fauzi Manap atau Achong, 39, menamatkan zaman duda apabila sah bergelar suami kepada Siti Zuraidah Zahari, 31, pada majlis akad nikah di Masjid Sultan Abdul Halim, Batu Dua, Kuala Ketil, di sini, semalam.

Pasangan itu dinikahkan imam masjid berkenaan, Che Sa Ahmad sambil disaksikan bapa pengantin perempuan, Zahari Jam, 60, serta ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Pengantin lelaki kemudian memakaikan rantai tangan berlian ke tangan Siti Zuraidah bagi acara membatalkan air sembahyang, selain menyerahkan mas kahwin RM2,000, namun merahsiakan jumlah hantaran.

Achong yang bergelar duda sejak 2003 berkata, dia bersyukur kerana impiannya kembali melayari alam rumah tangga menjadi kenyataan selepas mengenali Siti Zuraidah yang juga ibu tunggal, dua tahun lalu.

Achong tamatkan zaman duda


Menurutnya, pada masa sama, dia berterima kasih kerana isterinya yang juga pramugari sebuah syarikat penerbangan kerana sudi menerima dia seadanya.


Katanya, sikap baik hati, berbudi bahasa dan sentiasa memberi sokongan membuatkan dia tertarik mendekati Siti Zuraidah, sekali gus meluahkan hasrat berumah tangga.

“Alhamdulillah, selepas lebih enam bulan memujuk, dia sedia menerima lamaran dan kami berharap pengalaman silam akan lebih mengeratkan kasih sayang sebagai suami isteri.


“Saya juga tak menyangka akan berkahwin dengan Siti Zuraidah kerana dia peminat saya satu ketika dulu. Saya dan isteri pernah berkenalan pada 1998 dalam rangka promosi album Tinggallah Sayang Tinggallah Pujaanku di Kuantan, Pahang.

“Selepas itu hubungan kami terputus, namun kembali terjalin apabila saya menerima mesej dalam facebook daripada Siti Zuraidah pada Oktober 2010 bertanya sama ada ingat peristiwa di Kuantan dan hubungan kami makin rapat,” katanya.


Pasangan itu ditemui ketika majlis kenduri di rumah keluarga pengantin perempuan di Bandar Mutiara, Jalan Lencongan Barat, di sini.


Pada majlis itu, rombongan Achong menyerahkan lapan dulang hantaran sebelum pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.


Sementara itu, Siti Zuraidah berkata, dia tidak menyangka bertemu semula dengan Achong dan menjadi isterinya kerana pernah mengenalinya 13 tahun lalu ketika masih belajar di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Afzan, Kuantan.


Menurutnya, Achong lelaki baik, bertanggungjawab dan mengambil berat walaupun sukar menerima kehadirannya dalam hidup pada peringkat awal disebabkan kerjayanya sebagai artis.


Wujud sabotaj


MELAKA: Wanita Umno mengakui wujud unsur mensabotaj parti, khususnya dalam pergerakan itu, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bagaimanapun jumlahnya terlalu kecil dan tidak akan menjejaskan kestabilan parti.

Malah, katanya, cubaan sabotaj itu juga dilihat tidak menggugat persiapan jentera parti bagi menghadapi PRU13 kerana tidak mendapat sambutan di kalangan anggota pergerakan.

“Dalam dunia politik, akan ada unsur sabotaj pada setiap masa, tetapi untuk Wanita Umno kalau ada pun, cubaan itu hanya sedikit dan ia tidak menjadi kerana tidak mendapat sokongan.

Wujud sabotaj


“Saya bersyukur dengan tahap perpaduan (di kalangan Wanita Umno), kami bersatu padu dan selaku ketua, saya perlu bawa penyatuan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Natal Wanita BN Peringkat Kebangsaan di Perkampungan Portugis, di sini, semalam.


Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Shahrizat berkata demikian selepas mengulas mood Wanita Umno dan perbuatan sabotaj parti di kalangan anggotanya, terutama selepas Perhimpunan Agung Umno lalu.


Menurutnya, jentera Wanita Umno dan BN sentiasa bersemangat dan bersiap sedia menantikan semboyan daripada Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berhubung pengumuman tarikh PRU 13 akan datang.

“Kita lihat semangat itu sememangnya kuat di kalangan anggota Wanita Umno, termasuk BN, kerana mereka hendak menentukan negara kita ini dipimpin satu kerajaan yang membawa kepada perpaduan, kemakmuran dan kestabilan,” katanya.

DAP pilih Anwar jadi PM


GEORGETOWN: Parti DAP tetap memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pendirian itu disuarakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang jelas bertentangan dengan akar umbi Pas yang mahukan jawatan terbabit diisi presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bulan lalu, DAP menolak cadangan Dewan Ulama Pas yang mahu Hadi dilantik Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU-13.

DAP pilih Anwar jadi PM


Selain itu, DAP menuntut lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan mahu Pas serta PKR mengiktiraf kesetiaannya dalam pakatan berkenaan, selain disokong dengan prestasinya merekodkan pertambahan ahli memberangsangkan sejak 2008 berbanding dua sekutunya itu.

Dua perkara itu terkandung dalam ucapan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di Pusat Sukan Arena Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), di sini, semalam.

Karpal berkata, jika pakatan pembangkang diberi mandat membentuk kerajaan Pusat, calon pilihan DAP untuk diangkat menjadi Perdana Menteri ialah Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Mungkin kadang-kala wujud perbezaan pendapat di antara DAP dan Pas, namun mereka (Pas) adalah rakan penting dalam pembangkang, yang mana kerjasama tiga parti, PKR, DAP dan Pas penting untuk memastikan pakatan pembangkang menang PRU akan datang,” katanya.

10,000 kongsi santai


SHAH ALAM: Kemeriahan dirasai lebih 10,000 pengunjung dari seluruh negara yang menghadiri program Gempak Santai Harian Metro (HM) di WaterWorld@i-City, di sini, semalam.

Program dirasmikan Pengarang Kumpulan HM, Datuk Mustapa Omar bersama Pengarah I-Bhd, Monica Ong itu disaksikan Timbalan Pengarang Kumpulan HM, Abdul Ghafar Ismail dan Pengurus Besar Pemasaran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Putri Shireen Syed Othman.

Mustapa berkata, program dua hari berakhir hari ini itu dianggap berjaya berikutan sambutan menggalakkan daripada pembaca setia Harian Metro yang tidak putus-putus memberi sokongan padu kepada akhbar nombor satu negara ini.

10,000 kongsi santai


“Program ini bukan semata-mata untuk bersantai, tapi lebih penting ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.


“Kesempatan ini diharap dapat memberikan peluang kepada ibu bapa membawa anak merasai keistimewaan taman tema air ini, tambahan pula ia diadakan pada cuti persekolahan,” katanya.


Beliau berkata, HM mengucapkan terima kasih kepada WaterWorld@i-City kerana bekerjasama menganjurkan Gempak Santai yang akan kembali diadakan tahun depan di seluruh negara berikutan sambutan menggalakkan orang ramai.

Sementara itu, Ong berkata, WaterWorld@i-City berbesar hati kerana terpilih bekerjasama dengan HM bagi menjayakan program itu.


Katanya, penganjuran program berkenaan memberikan peluang kepada orang ramai mengunjungi taman tema air itu yang genap sebulan pembukaannya, semalam.

“Pengunjung yang mengunjungi WaterWorld@i-City berpeluang merasai pengalaman bermain permainan air pertama di Asia Tenggara, Tornado yang juga tarikan terbaru teman tema air ini berbanding taman tema sedia ada.


“Kami harap dapat bekerjasama lagi dengan Harian Metro untuk program lain pada masa akan datang,” katanya.


Di samping kemeriahan di taman tema air, Gempak Santai HM menganjurkan konsert kemuncak yang menampilkan barisan penyanyi popular tanah air seperti kumpulan May, Bandi Amuk, Ezad Lazim, Ainan Tasneem, Lena AF dan Haiza serta Azrul Raja Lawak selaku pengacara.


Turut diadakan pertandingan gusti lengan, pameran motosikal klasik dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Management & Science University (MSU).


‘Tak sia-sia datang dari Ipoh’


SHAH ALAM: “Tak sia-sia saya dan suami datang dari Ipoh. Ini percutian istimewa, tambahan pula saya antara pengunjung awal yang berpeluang merasai kemeriahan taman tema ini.

“Selain berkumpul bersama anak dan cucu, kami dapat menikmati permainan air menyeronokkan di taman tema air. Saya juga mahu mengambil peluang ini untuk melihat keindahan ‘pokok lampu’ di i-City pada sebelah malam,” kata pengunjung, Halimah Mohd, 56.

Menurutnya, walaupun menempuh perjalanan lebih 200 kilometer, ajakan anaknya untuk turut serta dalam program Gempak Santai Harian Metro (HM) di WaterWorld@i-City tidak ditolak berikutan ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke taman tema berkenaan.

Katanya, dia terhibur dengan setiap aktiviti disediakan, di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

‘Tak sia-sia datang dari Ipoh’


“Walaupun cuaca panas terik dan pengunjung ramai, ia tidak menjejaskan kemeriahan kami sekeluarga kerana permainan air disediakan sangat menghiburkan.


“Tempat ini menarik dan santai, membuatkan ia sesuai untuk aktiviti berkeluarga. Walaupun tempat ini masih baru, kemudahan disediakan memuaskan pengunjung,” katanya.

Pengunjung, Eza Salim, 38, berkata, dia dan suami mengumpul lebih 60 kepala akhbar HM bagi mendapatkan 16 tiket untuk pergi bersantai bersama keluarga di WaterWorld@i-City.


Katanya, program anjuran HM dengan kerjasama WaterWorld@i-City ini sememangnya sesuai untuk pembaca, terutama yang berkeluarga, memandangkan kini cuti persekolahan.

“Walaupun bersesak kerana ramai pengunjung, saya dan keluarga tetap gembira kerana berpeluang bersantai bersama dan merasai permainan air pertama di Asia Tenggara.


“Terima kasih kepada HM kerana menganjurkan program seperti ini dan saya tidak teragak-agak menyertai Gempak Santai HM akan datang kerana kemeriahan sudah pasti diperoleh,” katanya.


Sudah tiduri 30 lelaki kenalan fb


USIANYA baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yang dikenali di fb.

Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai ‘playgirl’ sebelum ditimpa musibah.

Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri.

Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.

Sudah tiduri 30 lelaki kenalan fb


Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun.

Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri.

“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka.

“Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan ‘enjoy’ dengan teman lelaki mencari keseronokan dunia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yang dikenali melalui fb membuatkan dia terus hanyut.

“Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak memberangsangkan. Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani.

“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar,” katanya.

Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama.

“Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yang mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yang mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.

“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku,” kata anak kepada pekerja kilang ini.

Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.

“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yang kini menghidap ketumbuhan di rahim.

Padah tidak pantau anak


KUALA LUMPUR: “Inilah padahnya membiarkan remaja berinteraksi di alam maya tanpa pemantauan orang tua,” kata pakar motivasi dan perunding cara keluarga, Zawiyah Hassan mengenai senario remaja perempuan melahirkan anak tidak sah taraf akibat terlanjur dengan pasangan masing-masing selepas berkenalan menerusi laman sosial.

Beliau berkata, apabila anak mula menunjukkan perubahan, peranan ibu bapa dalam membentuk remaja semakin besar, terutama di peringkat usia antara lapan hingga 15 tahun, di mana mereka seolah-olah terperangkap antara dua alam sama ada kanak-kanak atau remaja.

Merujuk kepada sistem pendidikan anak disarankan Saidina Ali RA, ada empat tahap mengajar cahaya mata iaitu peringkat pertama bagi anak berusia satu hari hingga tujuh tahun; kedua (lapan-15 tahun); ketiga (16-21 tahun) dan empat (21 tahun ke atas).

Padah tidak pantau anak


Zawiyah berkata, peringkat pertama bersifat kasih sayang, manakala kedua pula menekankan didikan penuh disiplin bagi membantu mereka membezakan perkara baik atau jahat.


“Peringkat ketiga pula, ibu bapa perlu menjadi kawan rapat kepada anak, bersedia mendengar masalah dan luahan perasaan mereka. Usah melenting terlebih dulu, nasihat anak secara berhemah, baru remaja selesa untuk berbicara.


“Ibu bapa cuba meletakkan diri di kedudukan anak remaja yang memerlukan seseorang bagi mendengar cerita mereka. Jika mereka tidak bersedia menjadi kawan kepada anak, anak mungkin memilih teman sebaya yang tidak berpengalaman sebagai rujukan.

“Bagi peringkat terakhir, bermaksud kebebasan kepada anak dengan kawalan dan pemantauan ibu bapa supaya mereka tidak tergelincir melakukan kesilapan dalam hidup. Seandainya sistem ini diterapkan, risiko anak mencari kasih sayang di luar berada di tahap rendah,” katanya.


Bagaimanapun, beliau berkata, anak muda juga perlu sedar tanggungjawab utama menjaga diri terletak di bahu masing-masing, bukan pada orang lain, sama ada keluarga atau masyarakat.

“Andai mereka menggunakan alasan kurang menerima kasih sayang dan perhatian keluarga bagi melakukan aktiviti tidak sihat, selain kononnya tindakan itu mampu menyedarkan kewujudan mereka di mata ibu bapa, sebenarnya mereka tersilap percaturan.


“Setiap perkara mereka lakukan, sama ada baik atau buruk, memberi implikasi besar terhadap diri sendiri, terutama pada masa depan.


“Cinta adalah perasaan anugerah kurniaan Allah SWT dan setiap individu memerlukannya, cuma usia muda dan pemikiran tidak matang membuatkan remaja terjerumus dalam maksiat,” katanya.

Harap pujian akhirnya mengandung


GARA-GARA ingin menarik perhatian dan pujian di kalangan rakan kumpulan BBM, setiap sejam gambar profil gadis berusia 19 tahun ini ditukar dengan ‘pos’ berbeza dan solekan tercantik pada pandangan matanya.

Memiliki paras rupa sederhana membuatkan remaja berasal dari ibu kota ini tidak yakin dengan personaliti diri, sekali gus cuba mengambil langkah drastik dengan mengenakan solekan tebal di wajah.

Hasilnya, pujian diterima daripada teman BBM membuatkan anak tunggal yang dikenali sebagai Manja makin ghairah menonjolkan diri.

Akuinya, dia sememangnya mengharapkan kata-kata manis, sekali gus membuktikan dirinya paling cantik di kalangan teman BBM.

Harap pujian akhirnya mengandung


“Saya memang sukakan perhatian, oleh itu setiap kali bertukar solekan mahupun pakaian, saya mengambil gambar sebelum dijadikan profil di BBM. Seperti biasa, pujian daripada rakan membuatkan saya bangga dan berusaha meningkatkan penampilan diri.


“Berbanding laman sosial lain, saya lebih aktif di BBM dan memiliki lebih ramai kenalan lelaki berbanding perempuan. Kebanyakan kawan lelaki di BBM tak pernah saya temui sebelum ini, sebaliknya akan ‘approved’ (terima) sesiapa yang berminat untuk berkenalan.

“Menjadi tujuan saya ingin menarik perhatian lelaki, justeru saya sanggup meletakkan nombor pin di status BBM, begitulah bermulanya perkenalan saya dengan ‘peragut’ mahkota kegadisan saya,” katanya ketika ditemui.


Sapaan dihulurkan lelaki berasal dari Negeri Sembilan menyatakan minat berkawan membuatkan Manja melonjak keseronokan, sekali gus mengetahui gambarnya di BBM menjadi aset terbesar untuk menarik perhatian.

Hampir sebulan berhubung menerusi BBM, lelaki itu mula mengajak dia bertemu di taman rekreasi. Yakin dengan perbualan di BBM, Manja bertemu lelaki berkenaan tanpa pengetahuan ibu bapanya yang sudah bercerai.


Terpikat dengan ketampanan dan sikap ambil berat lelaki 27 tahun itu, dia tidak ragu-ragu keluar bersama hingga lewat malam, sebelum dipelawa ke rumah bujang lelaki berkenaan.


Cuba menyelamatkan diri, Manja bertegas untuk pulang kerana bimbang bapanya mencurigai ketiadaannya di rumah. Namun, lelaki durjana terbabit tidak sesekali mudah melepaskan mangsa, sebelum menabur kata cinta kepadanya hingga cair.


Kata indah diluahkan lelaki itu membuatkan Manja yakin dialah teman lelaki yang dinantikan selama ini, apatah lagi tutur kata sopan, mengambil berat dan kestabilan ekonomi menjadi faktor dia menerima ‘lamaran’ bergelar kekasih.


“Keesokannya, sekali lagi kami berjumpa dan dia membawa saya berjalan-jalan di sekitar ibu kota, menonton wayang serta menikmati pemandangan indah di Bukit Ampang.


“Sekali lagi, dia mempelawa supaya melepak di rumah sewanya dan saya menuruti permintaannya. Jujur diakui, saya menyedari perbuatan (seks) yang dilakukannya, namun disebabkan sayang, saya merelakannya.


“Sejak itu, setiap kali kami bertemu, pasti diakhiri dengan adegan ranjang tapi saya tak pernah mengandung. Hubungan itu tidak bertahan lama sebelum saya menjalin hubungan dengan lelaki lain pula,” katanya.


Selepas hubungannya berakhir, dia tidak terfikir risiko bakal mengandung jika melakukan seks luar nikah, malah seronok melakukannya. Memegang idea tak guna menjaga kehormatan diri selepas diri ‘ditebuk’ membuatkan Manja lebih ligat.


Tanpa mengalami tanda mengandung hasil hubungan dengan teman lelaki baru, remaja ini hanyut dalam keseronokan dan hanya menyedari hamil selepas lima bulan, sedangkan sebelum itu dia masih aktif melakukan seks.


Selamat melahirkan bayi lelaki tiga bulan lalu, Manja menyesal menyebabkan air mata ibunya mengalir manakala bapa pula enggan bertemu sampai hari ini, sedangkan dia terlalu merindui lelaki yang membesarkannya.

Tidak rela bertukar jadi seronok


TIDAK rela bertukar seronok. Diperkosa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh teman lelaki yang dikenali melalui laman sosial selepas setahun berhubungan menjadi permulaan kepada Wani melakukan hubungan seks luar nikah setiap kali berjumpa.

Gadis berusia 21 tahun berasal dari utara tanah air ini menyedari penampilan dirinya tidak menarik, ditambah susuk tubuh gempal menjadi faktor utama dia menerima kehadiran mana-mana jejaka yang cuba menjadikannya teman wanita tanpa menyiasat terlebih dulu latar belakang.

“Kami ‘bertemu’ menerusi fb sebelum dia menghulurkan salam perkenalan dan meluahkan hasrat mengenali diri dengan lebih dekat. Ketika itu, saya akui seronok apabila ada lelaki berminat dengan saya, apatah lagi saya tidak pernah mempunyai teman lelaki seperti rakan lain.

Tidak rela bertukar jadi seronok


“Selepas setahun bersembang di fb, dia mendesak saya berjumpa di pusat beli-belah di ibu kota. Yakin dengan kata-kata dan janji manis ditaburkan membuatkan saya sanggup menipu ibu dan berkata mahu berjumpa rakan perempuan di Kuala Lumpur,” katanya.

Selepas berjumpa, teman lelakinya mengajak Wani menemaninya ke rumah sewa di pinggir ibu kota tanpa mengesyaki niat jahat lelaki durjana berusia 30 tahun itu.

Keyakinannya goyah apabila lelaki terbabit mula menunjukkan kelakuan tidak bermoral dan mengajak Wani melakukan hubungan seks.

Apabila menyedari gadis berkenaan enggan menuruti permintaannya, lelaki yang bertugas sebagai pengawal keselamatan itu memberikan segelas air bertujuan mengurangkan rasa tidak selesa Wani.

“Tanpa syak wasangka, saya minum air berkenaan hingga habis sebelum berasa pening. Sebaik membuka mata, tubuh saya tidak disaluti walau seurat benang, membuatkan saya berasa takut.

“Namun ketakutan beransur hilang apabila dia berjanji akan menjaga dan sehidup semati dengan saya. Disebabkan janji itu, saya berasa selamat dan dihargai, malah membatalkan niat untuk melaporkan perkara ini kepada polis.

“Sejak itu, setiap kali pertemuan yang diadakan dua kali seminggu diakhiri di ranjang. Yang membuatkan saya lebih hanyut, teman lelaki menghadiahkan ‘token’ berbentuk wang tunai RM10 hingga RM20 sebelum pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui.

Asyik menangis sambil mengendong bayi berusia dua minggu, Wani tidak terfikir risiko mengandung luar nikah, apatah lagi dia tidak alahan.

Pertemuan kali terakhir, kira-kira dua bulan sebelum melahirkan seorang bayi perempuan, masih melakukan hubungan seks tanpa menyedari dirinya hamil, berikutan mengalami masalah haid.

“Ahli keluarga menegur perubahan tubuh saya yang berisi, seterusnya menyuruh berjumpa doktor. Sangkaan doktor, saya mempunyai masalah penghadaman kerana perut kelihatan besar dan menyuruh datang keesokan paginya untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Belum sempat menjalani pemeriksaan keesokan hari, malamnya, Wani mengalami sakit perut seakan-akan mahu membuang air besar.

Tanpa mengesyaki apa-apa, dia masuk ke tandas dan terkejut apabila melihat kepala bayi keluar daripada rahimnya.

“Saya terkejut, dengan tiga kali meneran, bayi cukup sifat selamat dilahirkan. Tangisannya pada awal pagi membuatkan saya buntu, sekali gus mengejutkan ahli keluarga yang nyenyak tidur.

“Abang yang masuk ke bilik air terkejut mendapati lantai dibanjiri darah dan hampir menangis apabila melihat bayi dalam dakapan saya. Ibu pula pengsan serta-merta kerana tidak dapat menerima kenyataan,” katanya.

Pada masa sama, Wani cuba menghubungi teman lelakinya, namun gagal. Laman sosial milik teman lelaki yang selama ini menjadi tempatnya meluahkan perasaan didapati tidak lagi aktif.

“Apabila jadi begini, baru saya sedar, selama ini dia hanya menggunakan saya untuk kepentingannya dan memuaskan nafsu serakahnya.

“Tangisan ibu dan reaksi ayah yang enggan memandang wajah saya membuatkan saya rasa berdosa serta bersalah kerana tidak pernah mendengar nasihat mereka supaya tidak terjebak dalam alam percintaan sebelum usia matang.

“Saya benar-benar menyesal dan berharap tidak akan mengulangi kesilapan sama,” katanya yang bakal menyerahkan bayi comel itu kepada keluarga angkat tidak lama lagi.

534,500 pesara terbela


KUALA KANGSAR: Kualiti hidup dan kebajikan lebih 300,000 veteran tentera berpencen dan 234,500 veteran tentera tidak berpencen di seluruh negara terus terbela apabila Perdana Menteri mengumumkan tujuh inisiatif istimewa menerusi Program Strategi Lautan Biru Negara ke-7 (NBOS7) di sini, semalam.

Datuk Seri Najib Razak berkata, tujuh inisiatif berkenaan antara lain bertujuan memastikan veteran tentera hidup sejahtera, terutama daripada segi taraf hidup, sosio-ekonomi dan kebajikan.

Beliau berkata, ia sekali gus memperlihatkan keprihatinan dan kesungguhan kerajaan membantu veteran tentera menjalani kehidupan lebih baik selepas menamatkan perkhidmatan.

534,500 pesara terbela


“Antara tujuh inisiatif berkenaan ialah membaik pulih rumah veteran 1Malaysia; penubuhan Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia; Program Penempatan Kerja Untuk Veteran 1Malaysia; Bantuan Keusahawanan; Meningkatkan Penerimaan Latihan Perhebat oleh Industri; Program Keluarga Veteran 1Malaysia dan Kad ‘Priviledge’ Veteran 1Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pelancaran Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Serentak majlis pelancaran itu, Najib turut mengumumkan beberapa khabar gembira buat veteran tentera. Antaranya sebanyak 49 kediaman menerusi inisiatif baik pulih rumah akan dibina menjelang akhir tahun ini, manakala 100 rumah lagi disasarkan tahun depan.

Selain itu, sebanyak 4,300 peluang pekerjaan disenaraikan kepada veteran tentera oleh beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, termasuk Boustead Holdings Bhd dan Sime Darby Bhd.


Antara khabar gembira lain ialah pemberian dana berjumlah RM3.5 juta yang diperuntukkan kepada veteran tentera yang berminat menceburi bidang perniagaan.

Najib berkata, sebanyak 33 kem tentera di seluruh negara sudi bekerjasama menawarkan pusat sehenti kepada veteran tentera 1Malaysia.


Menurutnya, kerajaan tidak pernah meminggirkan setiap peringkat masyarakat di negara ini, malah akan mengotakan setiap janji diberikan.


“Bila kita kata, kita buat... kerana setiap janji perlu ditepati,” katanya.


Katanya, dalam pembentangan Bajet 2012, kerajaan turut mengumumkan pemberian wang ‘one-off’ sebanyak RM1,000 kepada setiap veteran tentera tidak berpencen.


Najib berkata, seramai 243,500 veteran tentera tidak berpencen akan menerima bantuan itu membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM243.5 juta.


Program pelancaran 1MVRP di sini semalam dihadiri puluhan ribu pengunjung. Pengunjung turut dihiburkan dengan pertunjukan udara aerobatik Pesawat Krisakti, persembahan anjing perang, kawad senyap dan pameran tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Pengunjung turut dihiburkan dengan Konsert Karnival 1Mindef yang akan disertai beberapa artis terkenal tanah air, termasuk Jamal Abdillah dan Ana Rafali bermula jam 8 malam.

Gembira terima kunjungan Najib


KUALA KANGSAR: Biarpun uzur dan berjalan menggunakan tongkat akibat penyakit Parkinson, veteran tentera, Sapuan Mohamad Salleh, 64, tetap ‘gagah’ melayan kunjungan istimewa Datuk Seri Najib Razak yang melawat rumah barunya di Kampung Talang, di sini, pagi semalam.

Kunjungan istimewa itu dianggap detik paling bermakna bagi Sapuan sekeluarga apabila Perdana Menteri sudi menjejakkan kaki ke rumah barunya.

Sapuan yang ditemui gembira dengan kehadiran pemimpin utama negara itu dan tidak menyangka akan dirai begitu hebat.

Gembira terima kunjungan Najib


Najib bersama beberapa pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melawat Sapuan sekeluarga selepas warga emas itu terpilih menerima bantuan bina rumah baru yang disediakan menerusi inisiatif di bawah Program Strategi Lautan Biru Negara ke-7 (NBOS7).


Rumah dibina dengan kos RM40,000 itu siap dibina dua hari lalu oleh 40 anggota daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) berpangkalan di Taiping.


Sapuan yang pernah berkhidmat di Kor Perkhidmatan Sajian, 6 Briged, Kem Sungai Petani, turut berpeluang berborak dengan Perdana Menteri sebelum menikmati sarapan pagi bersama.

Sementara itu, seorang lagi pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mior Mohd Shabron, 56, yang turut dilawati Najib berkata, keluarganya tidak menang tangan apabila rumah barunya dikunjungi ramai rakan dan sanak-saudara sejak dua minggu lalu selepas dimaklumkan Perdana Menteri akan melawat rumahnya.


“Saya dimaklumkan dua minggu lalu mengenai kunjungan pemimpin utama negara itu. Malah, sejak itu, rumah ini sering dikunjungi orang ramai, termasuk jiran.

“Saya sekeluarga sangat teruja kerana dapat bertemu Perdana Menteri hari ini (semalam). Ia pengalaman yang tidak dilupakan buat kami sekeluarga,” katanya.

Penduduk terancam


KUALA LUMPUR: “Sudah berkali-kali kami membuat bantahan kepada syarikat pengurusan kondominium kerana menjadikan rumah di sini sebagai cabang perniagaan dengan menyewakannya kepada orang luar.

“Kami penduduk tetap terasa terancam kerana kebanjiran ‘penyewa’ yang bertukar setiap hari boleh mendatangkan masalah, sekali gus meningkatkan jenayah,” kata Zaiton Sulaiman, 48, penduduk di Kondominium Bistari, Jalan Putra, di sini, semalam.

Menurut Zaitun, dia dan persatuan penduduk kondominium itu mendesak pihak pengurusan memberhentikan penyewaan secara harian kepada orang luar sejak Januari lalu, namun tiada maklum balas daripada pihak terbabit sehingga tercetusnya protes terhadap pihak berkenaan.

Penduduk terancam


“Ini rumah untuk didiami dan bukan bangunan komersial yang boleh disewakan secara sesuka hati kepada orang luar. Jika mahu mengaut keuntungan dengan mengadakan perniagaan seperti ini, cari kawasan komersial yang sesuai,” katanya.


Eddy Tan, 44, yang juga penduduk dan pemilik kondominium berkenaan pula berkata, dia tidak berpuas hati dengan cara pihak pengurusan menjaga kediaman itu, lebih-lebih lagi apabila ada pihak menggunakan pihak pengurusan terbabit bagi mengaut keuntungan dengan cara mudah di kawasan terbabit.


“Pihak pengurusan kondominium juga seakan-akan mengaut keuntungan dengan perniagaan seperti ini tanpa memikirkan keselamatan penduduk.

“Kami mendapatkan pengesahan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bahawa kondominium ini kawasan kediaman dan kegiatan perdagangan tidak boleh dilakukan. Namun, bagaimana ia masih boleh berlaku?” katanya.


Semalam, penduduk di kondominium terbabit digemparkan dengan sorakan dan laungan rasa tidak puas hati segelintir penduduk di situ sehingga anggota polis terpaksa dipanggil bagi mengawal keadaan. Bagaimanapun, protes selama dua jam itu diadakan secara aman.

Sementara ini, Pengurus Besar JL Facilities yang bertanggungjawab menguruskan kediaman itu, Demetreous Ravi berkata, apa yang terjadi cuma salah faham.


“Mengenai dakwaan kami membuat ‘hotel’ di kediaman ini, ia adalah salah. Ini kondominium bertaraf lima bintang di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Jadi, semestinya kami mempunyai rumah tetamu untuk kegunaan pelawat di sini dan sehingga kini, kami memiliki lapan rumah tetamu,” katanya.

Peragut, penagih suspek utama kes samun, bunuh


KLUANG: Dua lelaki membabitkan bekas peragut dan penagih dadah dipercayai suspek utama kejadian samun dan bunuh di Jalan Besar di sini, pada 28 November lalu, ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang ketika berehat di pusat bandar ini, Selasa lalu.

Dalam serbuan jam 4.30 petang di sebuah rumah di Jalan Haji Manan, di sini, polis turut merampas beberapa peralatan, termasuk cota, dipercayai digunakan penjenayah terbabit untuk meragut mangsa.

Peragut, penagih suspek utama kes samun, bunuh


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, beberapa hari selepas kejadian, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 46 tahun bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan terhadap lelaki yang mempunyai sembilan rekod jenayah itu, kami menahan dua lelaki masing-masing berusia 23 hingga 39 tahun di taman perumahan itu,” katanya.

Kisar sampah


KUALA LUMPUR: Peniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur diarah menggunakan mesin pengisar sisa buangan yang disediakan, bukan dilonggokkan di tempat tidak sepatutnya sehingga menimbulkan masalah tikus dan lalat.

Berikutan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menguatkuasakan penggunaan mesin berkenaan mulai minggu ini bagi mengekalkan kebersihan pasar.

Pengarah Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja DBKL, Rolan Abd Rahman berkata, pasar itu dibekalkan tiga mesin pengisar sisa buangan Spiral Waste Bin, namun jarang digunakan kerana sikap malas pekerja pemborong.

Kisar sampah


“Pekerja ini hanya melonggokkan sisa bahan jualan seperti sayur, ikan dan buah-buahan di satu sudut daripada mengangkut ke mesin pengisar untuk dihancurkan.


“Mereka juga tidak membuang sisa buangan ke dalam plastik sampah, sebaliknya mengharapkan kontraktor mengutipnya,” katanya selepas Majlis Gotong-Royong Mega Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, semalam.


Beliau berkata, perbuatan itu mengundang kehadiran tikus dan lalat, selain menyakitkan pandangan mata pengunjung yang datang.

“DBKL membelanja sekitar RM50,000 setiap bulan bagi kerja pembersihan dan meminta pemborong mendidik pekerja mereka menggunakan mesin pengisar sisa buangan disediakan,” katanya.


Sebanyak 448 pemborong di Pasar Borong Kuala Lumpur menjual sayuran, ikan serta buah-buahan, dan aktiviti gotong-royong itu membabitkan semua persatuan peniaga di pasar berkenaan.

Kempen sihat


KUALA LUMPUR: Sebagai alternatif mempromosikan gaya hidup sihat, Kementerian Kesihatan (KKM) menganjurkan Karnival Jelajah Sihat Bersama Komuniti 2012 peringkat Kuala Lumpur, semalam.

Karnival kali ketiga selama dua hari itu diadakan di pusat beli-belah Kenanga Wholesale City (KWC).

Kempen sihat


Program membabitkan orang ramai itu turut mengadakan pelbagai aktiviti kesihatan secara interaktif, termasuk pertandingan menyediakan masakan sihat bersama Chef Zaidah, acara permainan bersama duta sihat, pameran dan kuiz kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma serta kempen derma darah.

Pegawai Penyelaras Pejabat Kesihatan Lembah Pantai, Dr Razilla Farah Razali berkata, karnival bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan yang makin dipinggirkan.


“Buat kali pertama, karnival turut memperkenalkan konsep mallwalking. Ia konsep berjalan dalam kompleks beli-belah sebelum kompleks dibuka untuk memulakan perniagaan,” katanya.

Norlina syukur


KUALA LUMPUR: “Saya bersyukur apabila berjaya meraih diploma meskipun berdepan dugaan hebat apabila kehilangan dua orang tersayang iaitu anak anugerah, Muhammad Amir Hamzah, 11, dan bapa, Alawi Tahar, 68, ketika dalam tempoh pengajian.”

Demikian kata Pengasas Keluarga Norlina Alawi Berhad (KNAB), Norlina Alawi, 40, ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) ke-26 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM), semalam.

KNAB adalah pertubuhan sukarela yang memelihara dan menguruskan kanak-kanak penghidap HIV berpusat di Cheras.

Norlina syukur


Norlina yang menerima Diploma Eksekutif Kaunseling antara 892 penerima sijil dan diploma eksekutif yang menamatkan pengajian daripada keseluruhan 17 program UMCCed disampaikan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UM, Prof Dr Kurunathan Ratnavelu.


Beliau yang ditemani 20 anak anugerahnya pada majlis itu berkata, dorongan suami, Lt Kol Roslan Zakaria, yang pernah mengikuti Sarjana Pengurusan dalam program sama tahun lalu, menguatkan semangatnya untuk terus mengikuti pengajian biarpun sibuk dengan tugas kemanusiaan.


“Suami penyokong utama apabila bersedia memberi perangsang dan membantu menguruskan keluarga besar kami. Apabila saya sibuk dengan kuliah, dia yang menguruskan keluarga besar kami,” katanya.

“Selain itu, dua anak kandung, Nur Emilia Erna, 21, yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka dan Nuraini, 19, di UiTM Shah Alam menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus mengikuti pengajian,” katanya.


Sementara itu, penerima Anugerah Naib Kaunselor, Leelawathy Sivayam, 30, berkata, pengorbanan sepanjang mengikuti pengajian, termasuk membiayai sendiri pengajian, berbaloi apabila menggondol anugerah itu.

“Dulu saya tak berpeluang, maklumlah berasal dari kampung dan pemikiran ibu bapa ketika itu sukar melepaskan anak gadis keluar menyebabkan hasrat untuk capai kelulusan tinggi tersekat.


“Apabila bekerja dan mempunyai sedikit simpanan, saya sambung belajar. Biarpun biaya pengajian besar, saya sanggup dan menganggap ia pelaburan untuk masa depan,” katanya yang memperoleh baucar buku bernilai RM200 dan baucar pendidikan RM5,000 serta plak penghargaan.


Sementara itu, Prof Dr Kurunathan berkata, selepas 14 tahun penubuhan UMCCed, pusat pendidikan berterusan itu memberi manfaat kepada majikan mahupun graduan.


“Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011/2012 lalu, 12 peratus mendapat kenaikan gaji, 11 peratus kenaikan gaji dan empat peratus kenaikan pangkat manfaat daripada menamatkan pengajian di UMCCed.

Cekal bantu anak OKU buru ijazah


PUTRAJAYA: Kasih ibu membawa ke syurga. Begitulah perumpamaan sesuai ditujukan kepada seorang wanita yang berkorban masa dan tenaga bagi menemani anak lelakinya yang mengalami masalah kecacatan pendengaran dan berkerusi roda selama lima tahun di universiti.

Berkat kesabaran itu, Banu Aboo Haniffa, 49, ibu kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dari Universiti LimKokWing, Mohamad Hafiz Mohamed Siraj, 25, kini tersenyum bangga apabila anaknya berjaya menggenggam segulung ijazah.

Cekal bantu anak OKU buru ijazah


Mengakui awalnya sukar mendapatkan institusi pengajian tinggi bersesuaian untuk anaknya, Banu berkata, dia dan suami, Mohamed Siraj Abdul Razack, 55, pernah berputus asa selepas mendapati sukar menempatkan Hafiz di universiti yang mempunyai kemudahan untuk OKU.

“Kami kehilangan idea di mana untuk menghantar Hafiz melanjutkan pelajaran, kami mencari banyak institusi tetapi kebanyakannya tiada kemudahan untuk pelajar seperti Hafiz. “Namun, pertemuan dengan pensyarah LimKokWing, V Yogeswari, memberikan sinar baru kepada kami, di mana Hafiz diterima masuk di kampus Universiti LimKokWing di Cyberjaya dengan memulakan pengajian Bahasa Inggeris, sebelum meneruskan kursus Kejuruteraan Perisian,” katanya.

Anak pendayung kunjungi ibu negara


BERSEMPENA sesi persekolahan 2013 yang bermula beberapa minggu lagi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) membantu golongan sasar melalui program Jom Ke Sekolah Bersama Anak Pendayung.

Pada tahun ini, program berkenaan terus dianjurkan buat kali ketujuh bersama 18 anak pendayung, termasuk dua kanak-kanak kurang upaya (OKU) berumur enam hingga 16 tahun.

Berbanding hanya membawa anak pendayung Pusat Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Kuantan di Kuala Selangor ke kedai sekitar daerah berkenaan untuk membeli keperluan sekolah pada tahun sebelumnya, pengisian program pada tahun ini lebih padat dan menarik.

Anak pendayung kunjungi ibu negara


Mereka bukan saja berpeluang membeli keperluan persekolahan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, malah dibawa melawat Pusat Sains Negara.


Menurut Naib Presiden (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Adelina Iskandar, sumbangan berkenaan diharap dapat membantu meringankan beban kewangan pendayung dan merapatkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara TNB dengan pendayung dan anak.


“Kami berharap keselesaan dimiliki anak-anak ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran,” kata Adelina.

Sebanyak RM300 diperuntukkan untuk setiap anak pendayung bagi membeli dua pasang pakaian seragam sekolah, kasut dan stokin, tudung serta beg sekolah, tidak termasuk duit poket RM50 seorang.


Ketua Pendayung pusat pelancongan itu, Shahrill Adlan Ahmad, berkata sumbangan itu sungguh bermakna buat mereka, apatah lagi TNB menaja keperluan sekolah berkenaan selama tujuh tahun berturut-turut.

Katanya, bagi penduduk Kampung Kuantan yang bergantung sepenuhnya kepada pekerjaan sebagai pendayung, pemberian itu sungguh bermakna, terutama buat ibu bapa yang mempunyai ramai anak di bangku sekolah.


“Saya mewakili pendayung di Kampung Kuantan bersyukur dan berterima kasih kepada TNB kerana meneruskan kesinambungan program mereka sejak 2006. Ia membantu mengurangkan beban kami sebagai ibu bapa untuk perbelanjaan anak memulakan sesi persekolahan setiap tahun,” katanya.

Jadi petani jutawan


PEMBABITAN generasi muda dalam bidang pertanian iaitu sebagai petani moden perlu disemarakkan selaras dengan usaha memastikan jaminan bekalan makanan dalam negara dapat dikekalkan.

Mungkin generasi muda tidak sedar, pembabitan mereka dalam bidang itu mampu memberikan pulangan lumayan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan. Hakikatnya, jika ia dilaksanakan secara terancang, terperinci, menggunakan teknologi dan inovasi terkini, tidak mustahil mereka boleh menjadi jutawan hanya kerana berbudi kepada tanah.

Bagi tujuan itu juga, mereka tidak perlu lagi mengotorkan tangan memandangkan banyak teknologi terkini boleh digunakan, termasuk kaedah fertigasi yang terbukti mampu menjana laba kepada usahawan.

Jadi petani jutawan


Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Mohd Hashim Abdullah berkata, generasi muda perlu mengambil peluang ini dengan berkecimpung dalam bidang pertanian, sekali gus membantu negara memastikan jaminan bekalan pada masa depan. “Jika mereka tidak didedahkan dengan bidang pertanian mulai sekarang, perkembangan sektor pertanian akan terbantut dan negara mungkin berdepan masalah jaminan bekalan makanan sehingga berlaku krisis makanan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan statistik tahun lalu, siswazah dalam jurusan pertanian di negara ini hanya sejumlah 7,581 iaitu sekitar 1.4 peratus berbanding 546,987 enrolmen pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sekali gus menunjukkan belum mencukupi untuk menguasai bidang pertanian.

“Sebab itu, kita kena lipat gandakan usaha bagi memastikan lebih ramai belia terbabit dalam bidang pertanian, bukan saja daripada jurusan pertanian tetapi kursus lain kerana bidang pertanian tidak memerlukan kelayakan tertentu dan sesiapa saja boleh menyertainya. “Malah, kita turut melantik Rosyam Noor sebagai Ikon Pertanian bagi tujuan itu kerana kita tahu golongan ini mudah tertarik untuk melakukan perkara sama yang dilakukan selebriti atau personaliti kegemaran mereka,” katanya.

Menyedari hakikat itu juga, MOA dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil inisiatif menganjurkan Konvensyen Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara pada hari ini, bertujuan memberi pendedahan kepada pemimpin pelajar IPT mengenai jaminan makanan negara dan Dasar Agromakanan Negara (DAN). Konvensyen sehari itu akan diisi dengan pelbagai acara, termasuk pembentangan kertas kerja oleh Profesor Dr Mohd Razi Ismail dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) Mardi, Datuk Dr Sharif Haron serta lawatan ke tapak pameran.

Malah, sesi perbincangan mengenai dasar berkenaan turut diperbincangkan membabitkan beberapa panel, termasuk Pengarah Pertanian Unit Perancang Ekonomi (EPU), Hassan Ismail; Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman; Pengarah Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan UPM, Prof Dr Fatimah Mohamed Arshad dan Ketua Pegawai Eksekutif (Kewangan) Padiberas Nasional (Bernas), Ahmad Tarmizi Mohamed Hariri. Lebih penting, Mohd Hashim berkata, konvensyen itu bertujuan memperkukuhkan kefahaman graduan mengenai dasar jaminan bekalan makanan seperti termaktub dalam DAN 2011-2020 yang memerlukan guna tenaga profesional dan mahir bagi pembangunan negara, khususnya melalui Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

“Penganjuran konvensyen ini adalah platform penting bagi menarik minat golongan mahasiswa mengenai peluang untuk menjadikan sektor pertanian sebagai kerjaya pilihan, kementerian juga ingin melihat idea baru disarankan pemimpin pelajar bagi menambah baik Pelan Tindakan Dasar Agromakanan 2011-2020. “Saya berpendapat pemimpin pelajar perlu memahami dengan jelas semua dasar dilaksanakan kerajaan, terutama berkaitan keperluan makanan dan kepentingannya untuk mengeluarkan sumber makanan mencukupi,” katanya.

Menurutnya, beberapa resolusi dijangka dapat dicapai dalam konvensyen itu dan ia akan diserahkan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bagi tindakan lanjut. Selain itu, katanya usaha menarik minat golongan muda dalam bidang pertanian juga perlu dilakukan dengan menyediakan pakej menarik serta pelbagai kemudahan supaya mereka dapat buktikan sendiri bidang ini sebenarnya menguntungkan.

“Apabila ada pakej menarik, kita beri kemudahan cukup, saya percaya lebih ramai generasi Y yang berminat menceburi bidang pertanian, apatah lagi apabila ia mampu meraih pendapatan mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. “Pada masa sama, mereka perlu diberi peluang dan ruang seluasnya melalui program promosi dan latihan untuk menimbulkan minat menyertai bidang ini,” katanya.

Alasan tidak tahan panas


KOTA BHARU: Sikap memilih pekerjaan untuk berkhidmat dengan syarikat besar biarpun mempunyai kelayakan akademik sekadar ‘cukup makan’ menyebabkan segelintir graduan gagal mendapatkan pekerjaan.

Ketua Sekretariat Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), Norashikin Ismail berkata, ada juga graduan memberi alasan tidak boleh bekerja di bawah cuaca panas atau bimbang dimarahi ibu serta teman lelaki jika ditawarkan pekerjaan di luar negeri asal mereka.


Katanya, perkara itu sangat mengecewakan apabila pihaknya menawarkan 3,000 pekerjaan daripada pelbagai syarikat, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), bermula tahun ini hingga tahun depan.

Alasan tidak tahan panas


“Sikap ini perlu dikikis kerana jika seseorang graduan gagal mendapatkan pekerjaan biarpun 30 kali ditemuduga, mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka.


“Ini antara alasan yang kita terima daripada graduan, terutama yang tidak mahu keluar dari negeri asal.


“Sejak tahun lalu hingga tahun ini, kita merekrut 8,000 graduan di seluruh negara bagi mengikuti latihan menerusi SL1M untuk diberi bimbingan sebelum diambil ke sektor pekerjaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Karnival Pekerjaan SL1M, di sini, semalam.

Majlis disempurnakan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa.


Hadir sama Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kelantan, Pezman Che Hussin.

Sempena karnival itu, sebanyak 2,417 kekosongan jawatan ditawarkan kepada orang ramai, termasuk 683 kekosongan kepada lepasan institusi pengajian tinggi (IPT).


Sementara itu, Makhtar berkata, karnival pekerjaan peringkat Pantai Timur itu diadakan bagi membantu rakyat Kelantan, terutama graduan menganggur, dengan syarat mereka perlu sedia bekerja di luar Kelantan.


Katanya, ia memandangkan peluang pekerjaan di negeri ini terhad disebabkan kurang kemasukan pelabur.


“Peluang pekerjaan banyak ditawarkan di sini, dengan syarat mereka sanggup untuk bekerja di luar Kelantan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan