Cari Artikel

Saturday, December 15, 2012

SRK:Tun Mahathir Adalah Mentor Saya


KUALA LUMPUR, 15 DISEMBER 2012: Bukan sekali tetapi lebih dari itu, megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan akan memastikan untuk bertemu mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai lambang persahabatannya terhadap tokoh pemimpin disegani global itu.

Buktinya, malam semalam bintang kesayangan ramai itu sanggup terbang jauh dari England untuk meraikan ulang tahun ke-87 Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah majlis meriah di Hotel Le Meridien.

Bercakap kepada pihak media pada majlis yang dianjurkan Lord's Tailor itu, Shah Rukh Khan berkata dia sesungguhnya amat mengkagumi tokoh berkenaan.

SRK:Tun Mahathir Adalah Mentor Saya


Dia juga mengakui tidak pernah ketinggalan menyambut hari ulangtahun kelahiran bekas Perdana Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed setiap tahun.

"Saya mula mengenali beliau (Tun Dr Mahathir) sejak 15 tahun yang lalu. Sejak mengenali beliau, hidup saya lebih bermakna kerana beliau inspirasi buat diri saya sendiri, " katanya secara ringkas.

Shah Rukh Khan juga berkata, bapa pembangunan negara itu merupakan sahabat karibnya dan dia akan memastikan untuk berjumpa dengan beliau beberapa kali dalam setahun.

"Setiap kali bertemu dan berbual dengan beliau, saya rasa cukup senang. Beliau sangat bijak dan mempunyai pengetahuan yang cukup luas dan besar. Saya bertuah kerana dapat mengenali beliau.

Shah Rukh Khan yang sepatutnya mendarat dengan jet peribadinya sekitar jam 5.30 petang, bagaimanapun hanya tiba sekitar jam 7 malam dan telah membuat kemunculan istimewanya di hadapan Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan lebih 200 tetamu sekitar jam 10 malam.

Sementara itu dalam ucapannya di hadapan lebih 200 tetamu, Shah Rukh Khan berkata Tun Dr Mahathir merupakan mentor buatnya.

"Dua bukan saja mentor buat saya, malahan merupakan salah seorang individu paling bermakna dalam hidup saya. Saya akan sentiasa membawa prinsip dan falsafahnya ke mana saja saya pergi," katanya.

"Pada sambutan ulangtahun beliau yang ke-87 ini, saya ingin mendoakan kesejahteraan beliau.

"Mudah-mudahan beliau akan diberikan usia yang lebih panjang dan kesihatan yang lebih baik serta dapat meneruskan bakti padanya pada masyarakat," katanya lagi.

Biarpun sibuk dengan penggambaran filem di England, namun Shah Rukh Khan sempat meluangkan masa menyambut hari ulangtahun Tun M yang ke-87 itu dengan menaiki jet peribadinya.

Tiba sejam selepas acara bermula, Shah Rukh Khan telah memberikan penghormatan buat Tun M dengan membawakan lagu Happy Birthday serta Kuch Kuch Hota Hai sewaktu acara memotong kek dilakukan.

Sejurus selepas acara selesai, Shah Rukh Khan telah bergegas pulang untuk menyambung penggambaran filemnya itu. Majlis ulangtahun kelahiran Tun M yang ke-87 telah dianjurkan Lord's Taylor serta dilangsungkan di Hotel Le Meridien,Kuala Lumpur malam tadi.

Selain kemunculan istimewa Shah Rukh Khan, majlis berkenaan telah diserikan dengan persembahan dari Datuk Yusni Hamid, Amanda Imani dan Dr Burn serta tidak ketinggalan video ucapan ulang tahun daripada selebriti popular tanah air ilham Propaganza.

SRK:Tun Mahathir Adalah Mentor Saya

SRK:Tun Mahathir Adalah Mentor Saya

SRK:Tun Mahathir Adalah Mentor Saya

SRK:Tun Mahathir Adalah Mentor Saya

SRK:Tun Mahathir Adalah Mentor Saya

SRK:Tun Mahathir Adalah Mentor Saya

SRK:Tun Mahathir Adalah Mentor Saya

Terbaik daripada Busuk.org isu artikel terlampau


Ini adalah jawapan daripada admin Busuk.org yang terchenta, setelah is buat review pasal isu artikel terlampau nie.



Terbaik daripada Busuk.org isu artikel terlampau
 Yeaahhh, memang diakui, sememangnya bukan senang untuk online dan bukan boleh stay online 24jam memang kalah robot kalau stay on9 24hour nie kan? Apa apa pun terima kasih kepada para2 (para para sakura), admin busuk sekalian yang bertungku-lumus memastikan setiap karya yang di ping akan mendapat trafik yang terbaek lah.


Tun Dr M Kongsi Rahsia Depan SRK


KUALA LUMPUR, 15 DISEMBER 2012: Siapa sangka dalam riak wajahnya yang sentiasa tersenyum dan kurang berkata-kata, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kita sayangi sebenarnya pandai berjenaka.

Kemunculan megastar popular dari Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan malam semalam telah membuatkan Tun Dr Mahathir berbesar hati berkongsi salah satu rahsianya kepada lebih 200 tetamu memandangkan bintang itu terlebih dahulu telah mendedahkan rahsianya.

"Memandangkan Shah Rukh Khan sudahpun dedahkan bahawa saya sering meraikan ulang tahun hari lahir sebanyak dua kali, saya rasa ianya tidak akan menjadi rahsia. lagi. Dalam setahun saya memang menyambut ulang tahun sebanyak dua kali.Itulah rahsia untuk kekal muda.



"Rasanya tak salah meraikan ulang tahun dua kali atau tiga kali dalam setahun kerana dengan cara itu saja kita boleh dapat banyak hadiah," katanya berjenaka di hadapan SRK dan tetamu yang menghadiri sambutan ulang tahunnya yang ke-87 malam semalam.

Majlis sambutan ulang tahun Tun Dr Mahathir telah di adakan penuh eksklusif di Hotel Le Meridien yang telah dianjurkan oleh pembuat sut terkenal, Lord's Tailor yang juga merupakan pembuat sut kegemaran tokoh pemimpin berkenaan untuk lebih 25 tahun.

Mengalu-alukan kehadiran Shah Rukh Khan yang baru saja mendarat dengan jet peribadinya beberapa jam selepas majlis bermula, Tun Dr Mahathir berkata megastar itu miliki aura yang kuat dan sangat disayangi oleh peminatnya di negara ini.

Malah dia amat berbesar hati apabila Shah Rukh Khan bersetuju menerima undangannya untuk bertandang kenegara ini (walaupun seketika) bagi meraikan ulang tahunnya itu bersama peminatnya di sini.

"Lihat Shah Rukh Khan yang baru berusia 47 tahun. Betapa mudanya dia. Sebab itulah orang sentiasa suka dan sayangkannya.

"Apa yang pasti saya tidak akan melupakan sambutan ulang tahun saya ini kerana ianya cukup istimewa. Kerana tahun depan saya akan berusia 88 tahun. Kerana walau diterbalikkan angka itu sekalipun ianya akan tetap sama," katanya sekali lagi membuatkan tetamu tertawa.

Selain pelanggan setia Lord's Tailor, beberapa selebriti popular tanah air seperti Eja, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Yusni Hamid, Vanida Imran, Fizz Fairuz, Rashidi Ishak, Sofea Jane dan Esma Daniel telah hadir ke majlis berkenaan.








Busuk.org tak ban pun ping untuk blog lucah?


Assalammualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog iskandarX Society. Korang baca tajuk pun korang rasa geram kan? Busuk.org boleh lepas ping untuk blog lucah.

Kalau is pingkan kekadang tajuk s e k s i sekali pun kena kuarantin dulu masakan pulak blog lucah boleh ping terus dan approve tanpa kena kuarantin pulak? Nampak macam berat sebelah je nie walau admin busuk.org? Takkan kot?



Tkkan sebab dorang posting video admin busuk tak nak tapis kowt? Yang ping kan tajuk seakan lucah kena kuarantin pulak? Pertimbangkan lah balik wahai admi busuk.org, bukan is nak mengajar tapi system berat sebelah nie.

Jawapan daripada admin Busuk.org kat sini.

RM1j terkumpul dalam 21 hari


PUTRAJAYA: Hanya dalam tempoh 21 hari, Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad yang dilancarkan 24 November lalu berjaya mengumpul dana lebih RM1 juta, hasil sumbangan orang ramai dan badan korporat.

Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Media Prima, Mastura Adnan, berkata jumlah itu membuktikan keprihatinan rakyat negara ini terhadap penderitaan yang ditanggung penduduk Semenanjung Gaza di Palestin.

RM1j terkumpul dalam 21 hari


“Kita amat bersyukur dengan sikap pemurah yang ditunjukkan semua pihak sama ada orang ramai atau badan korporat sehingga kita berjaya mengumpul lebih RM1 juta dalam tempoh kurang sebulan.

“Sumbangan ini akan diserahkan kepada Mercy Malaysia pada akhir bulan ini untuk disalurkan kepada masyarakat Palestin, tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas menerima cek sumbangan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kementeriannya di sini, semalam.


Ismail Sabri menyerahkan cek sumbangan berjumlah RM249,127.95 kepada tabung berkenaan hasil sumbangan daripada kementerian dan beberapa agensi dibawahnya.


Mastura berkata, beliau yakin dapat meraih sumbangan lebih RM1.5 juta dalam tempoh sebulan.

“Ini kerana kita menerima banyak maklum balas dan komitmen daripada agensi dan kementerian serta badan korporat yang berminat menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima,” katanya Sehubungan itu, beliau berkata, Media Prima sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak sama ada sektor korporat dan swasta yang ingin memberikan sumbangan kepada tabung kemanusiaan terbabit.


Selain itu, katanya sumbangan juga boleh dibuat menerusi akaun Maybank bernombor 564276510331.

Pelajar boleh tanding PRU


PUTRAJAYA: Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bebas melibatkan diri dalam aktiviti parti-parti politik di luar kampus termasuk menjadi calon pilihan raya umum, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, malam tadi.

Beliau berkata, ini berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membenarkan penglibatan mahasiswa secara langsung dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus tanpa sebarang sekatan.

Pelajar boleh tanding PRU


“Kalau rasa yakin boleh menang (dalam pilihan raya), pelajar boleh menjadi calon mana-mana parti. Ini merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada mahasiswa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012 dan pelancaran Program Pensijilan 1Citizen di sini.

Mohamed Khaled berkata, langkah membenarkan pelajar menjadi calon pilihan raya menunjukkan kepercayaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap kemampuan dan keupayaan mahasiswa berfikir, bertanggungjawab serta membuat keputusan dengan matang demi menentukan masa depan mereka.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pelajar tidak dibenarkan langsung membawa politik mana-mana parti ke dalam kampus.

Mohamed Khaled turut menyaran mahasiswa mempertahankan keharmonian kampus sebagai entiti bebas politik kepartian dan kekal neutral bagi mencapai aspirasi dan matlamat pendidikan serta tujuan keberadaan di IPT.

“Persekitaran kampus yang neutral perlu dipelihara untuk melahirkan mahasiswa yang dapat memperluas dan meneroka daya pemikiran yang kritikal, membina minda dan keupayaan intelektual mereka sendiri, sekali gus dapat menerapkan budaya kesarjanaan di kalangan mereka,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT merupakan wahana pembangunan dan penjenamaan fungsi, peranan serta kaedah strategik bagi meningkatkan kecekapan, tanggungjawab dan hala tuju pemimpin pelajar IPT di negara ini.- Bernama

Didik kesedaran rasuah di sekolah


DALAM kehidupan, rasuah adalah penyakit masyarakat. Ia diumpamakan barah dalam badan. Jika tidak dibanteras perbuatan itu, ia boleh menghancurkan umat pada masa depan.

Rasuah menyebabkan seseorang itu tidak amanah dalam pekerjaannya yang menyebabkan pelbagai penyelewengan.

Fenomena rasuah dalam masyarakat disebabkan manusia rakus dan tamak mencari kekayaan dengan cara yang mudah iaitu menerima wang sogokan.

Melalui pendidikan iaitu memelihara kehidupan dan tidak melampaui batas akan menjadikan seseorang itu sentiasa berhati-hati agar tidak terbabit dalam perbuatan rasuah.

Didik kesedaran rasuah di sekolah


Pemberi dan menerima rasuah sepatutnya menerima hukuman setimpal. Rasuah berlaku dalam pelbagai bentuk suapan membabitkan wang ringgit, kemudahan untuk bercuti dan pemberian hadiah yang mengharapkan sesuatu balasan yang setimpal.

Rasuah atau dulunya dikenal sebagai ‘tumbuk rusuk’, wang bawah meja dan pemberian yang mengharapkan balasan. Mereka yang melakukan rasuah jika terlepas di dunia tetap akan menerima pembalasan Allah di akhirat.

Malaysia kini berazam memerangi rasuah dalam usaha menjadikan negara ini bersih daripada gejala yang boleh merosakkan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan usaha berterusan akan dilakukan bagi memperbaiki kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) antarabangsa.

“Malaysia meningkat enam tangga lagi dalam CPI, menjadikan kita tempat ketiga di Asean. Kedudukan ini akan sentiasa diperbaiki,” katanya dalam tweetnya tidak lama dulu.

Beliau mengulas pengumuman laporan badan bebas antara bangsa, Transparency International mengenai kedudukan Malaysia dalam CPI tahun ini iaitu di kedudukan ke-54 berbanding ke-60 tahun lalu.

Seterusnya, katanya kerajaan terus memandang rasuah sebagai musuh nombor satu negara dan kita akan bersama-sama memeranginya habis-habisan. Ini adalah sebuah perjalanan demi negara bebas rasuah.

Malaysia meraih 49 daripada 100 mata dalam kajian yang mengukur tahap rasuah dalam sektor awam daripada 174 negara. Di rantau Asean, Malaysia menduduki tempat ketiga selepas Singapura (kelima dunia) dan Brunei di tempat ke-46 dunia.

Kedudukan itu menyamai tiga negara lain iaitu Republik Czech, Latvia dan Turki, manakala di peringkat Asia, Malaysia di tempat kesembilan.

Justeru, kesedaran bahaya rasuah ini mestilah dilakukan di peringkat sekolah melalui subjek Pendidikan Islam, Sivik dan Kemanusiaan serta Pendidikan Moral.

Melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga boleh diterapkan melalui mata pelajaran lain oleh guru dengan berkesan. Kesedaran bahaya rasuah ini boleh dilakukan melalui pendidikan agama iaitu melalui rasa takut kepada Allah. Melalui pendidikan yang berkesan seseorang itu dapat di didik hati dan jiwanya agar takut kepada Allah dan tidak melakukan rasuah.

Dalam al-Quran, terdapat tiga ayat yang menjelaskan mengenai rasuah.

Firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa memelihara kehidupan seseorang manusia, seakan-akan dia memelihara kehidupan semua manusia. Sesungguhnya Rasul Kami datang kepada mereka dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas tetapi banyak di antara mereka melampaui batas di bumi.” (Surah Al-Ma’idah: 32).

Perbuatan rasuah iaitu saling melindungi dengan melakukan pemberian wang akan menyebabkan kekacauan dan kerosakan di bumi.

Sebagai contoh, bangunan yang dibuat tanpa piawaian dan ada unsur-unsur rasuah akan menyebabkan kerosakan dan kehancuran.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan, orang-orang yang kafir, sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain. Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah (saling melindungi), nescaya akan terjadi kekacauan di bumi dan kerosakan yang besar. (Surah al-Anfal: 73).

Akibat perbuatan rasuah boleh menyebabkan kerosakan di darat dan di bumi.

Akibat perbuatan rasuah ini juga seseorang itu menjadi tidak bertanggungjawab atas perbuatannya. Sifat amanah dan kejujuran tiada lagi dalam hatinya sewaktu melaksanakan pekerjaan.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud: “Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar.” (Surah Ar-Rum: 41).

Seseorang yang terbabit dengan rasuah tidak peduli cara mendapatkan harta sama ada halal atau haram. Mereka merasakan susah mencari rezeki yang halal dan menukar istilah rasuah kepada hadiah.

Apabila hilang sifat amanah akan berlakulah rasuah di mana-mana saja. Kehancuran akan berlaku disebabkan tidak amanah. Allah berfirman yang bermaksud: “Tuhan memerintahkan kepada kamu untuk menunaikan amanah kepada ahlinya (yang berhak mempunyainya).” (Surah An-Nisa’: 58).

Oleh itu, amanah sangat penting dalam pembanterasan rasuah. Usaha mencegah rasuah tidak terhenti setakat GTP 1.0 sahaja.

Negara yang bebas rasuah memerlukan pelbagai cara dan kaedah untuk memastikan sesuatu kempen atau penguatkuasaan itu dilaksanakan dengan jayanya.

Antaranya mengurangkan kerenah birokrasi, pindaan terhadap undang-undang prosedur Perkhidmatan Awam, latihan kepada pegawai perolehan dan kajian pasaran perolehan.

Jelaslah amanah itu sangat penting terutama dalam menjalankan tugas seharian. Tanpa sifat amanah sesuatu pekerjaan itu tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Amanah mendatangkan rezeki yang halal dan berpanjangan serta diberkati Allah. Pendidikan dan sokongan orang ramai sangat penting dalam usaha membanteras rasuah.

Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu

Daftar semua tabung


KUALA LUMPUR: “Perlu ada pendaftaran bagi semua tabung bantuan ke Gaza bagi mengelakkan berlakunya penipuan atau ketirisan dana yang boleh menjejaskan matlamat dan niat rakyat Malaysia untuk membantu.

“Mungkin Wisma Putra boleh pantau kerana kita bimbang jika tidak dikawal ia mengundang pelbagai kemungkinan termasuk disalahgunakan,” kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan.

Katanya, ketika ini, sebagai salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut sama membantu saudara seagama di Gaza, pihaknya bekerjasama rapat dengan pertubuhan bukan kerajaan di Palestin dan menerima laporan secara terus bagi setiap sumbangan yang diberikan.

Daftar semua tabung


“Abim menguruskan sumbangan di sini dan kita serah kepada NGO di Palestin. Setiap tiga bulan sekali kita hantar wakil untuk melihat sendiri sejauh mana semua sumbangan itu memberi kesan kepada masyarakat di Gaza,” katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar ini semalam mengenai pendedahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) wujudnya pihak tertentu yang mengambil kesempatan di atas penderitaan penduduk di Gaza dengan mewujudkan tabung derma tanpa diketahui ke mana ia disalurkan.

Dalam satu pertemuan bersama Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh kelmarin, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mendedahkan pihaknya menerima aduan orang ramai yang sangsi dengan status sumbangan mereka sama ada sampai terus ke negara itu atau tidak.

Sementara itu, wakil Aman Palestin, Anas Abdul Wahab berkata, sebagai pertubuhan yang mengutip sumbangan orang ramai sejak 2004, pihaknya turut berdepan dengan pertanyaan masyarakat mengenai status bantuan, namun ia terjawab dengan adanya kerjasama baik antara agensi berkaitan termasuk hotel.

“Bagi kami di Aman Palestin, semua tabung dan kotak sumbangan diletakkan di restoran serta hotel, bergantung kepada permintaan mereka. Malah, kami ada perjanjian dan rekod mengenai bagaimana kutipan itu dibuat serta kepada siapa disalurkan.

“Sebagai badan yang bergerak atas tiket kemanusiaan sejak sekian lama, saya dapati orang ramai yakin dengan gerak kerja kami. Semua bantuan yang diberikan dipecahkan kepada anak yatim, keluarga miskin, ubat-ubatan selain mengusahakan tanah pertanian di bumi Palestin secara mikro kredit,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai gesaan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh bahawa kawasan lain di Palestin seperti Hebron dan Baitulmaqdis turut memerlukan perhatian masyarakat dunia, Anas berkata, pihaknya sedar bahawa wujud pihak berkuasa di Gaza dan Tebing Barat, namun tumpuan kini lebih terarah kepada Gaza kerana paling kritikal.

“Bantuan yang kita sampaikan turut meliputi kawasan di Tebing Barat, tetapi ketika ini lebih kepada Gaza. saya harap, orang ramai boleh rujuk terlebih dulu dengan pihak berkaitan untuk mengetahui perkembangan lanjut,” katanya yang baru selesai Misi Solidariti Aman Palestin, kelmarin.

“Memang ada segelintir mereka yang ambil kesempatan untuk mengaut untung mudah. Nama Aman Palestin sendiri pun pernah digunakan untuk memungut derma sedangkan kami langsung tidak mengetahui wujudnya tabung itu,” katanya.

YTAR salur bantuan RM3.8 juta


PUTRAJAYA: Bantuan kewangan hampir RM3.8 juta sudah disalurkan Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) kepada 600 pelajar tahun ini bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah itu termasuk pembiayaan kepada enam pelajar yang terpilih menerima menerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) membabitkan elaun bulanan RM1,000, pembiayaan yuran pengajian dan pembiayaan bagi mengikuti pelbagai program serta seminar.

YTAR salur bantuan RM3.8 juta


“Jadi bagi menjadikan biasiswa ini benar-benar berprestij dan eksklusif, mulai tahun ini penerima wajib mengekalkan tahap pencapaian akademik minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.75 berbanding 3.5 sebelum ini,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Yayasan Tunku Abdul Rahman 2012, di sini, semalam.

Dah otak pencuri


NUSAJAYA: Sejak bercinta hingga berkahwin, perangai masih tidak berubah dan itu yang dilakukan sepasang suami isteri apabila menjadikan kegiatan pecah rumah sebagai kerjaya untuk meneruskan kehidupan seharian.

Difahamkan, suspek lelaki berusia 26 tahun dan isterinya berusia 22 tahun dikatakan mendirikan rumah tangga setahun lalu dan mempelajari kaedah memecah masuk rumah bersama-sama sebelum mempraktikkannya untuk mendapatkan wang mudah.

Namun, kelicikan pasangan itu yang terbabit dengan sekurang-kurangnya 11 kes pecah rumah sekitar daerah ini dan daerah berhampiran berakhir selepas mereka ditahan polis di sebuah rumah di Taman Skudai Baru, di sini, jam 9.30 pagi kelmarin.

Dah otak pencuri


Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, penahanan pasangan terbabit yang masih belum mempunyai anak dilakukan hasil risikan serta maklumat awam.


“Hasil pemeriksaan, polis merampas satu beg mengandungi pemutar skru, gerudi dan kunci pendua yang diubah suai.


“Kami turut menemui sebuah beg jenama Hush Puppies mengandungi dua kotak syiling mata wang Singapura, satu bateri komputer riba serta satu kotak jam mengandungi aksesori wanita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga merampas empat telefon bimbit, satu set butang baju Melayu, satu kamus digital jenama Apple, dompet wanita dan satu cukai jalan sebuah kereta.


“Turut dirampas sebuah Perodua Viva putih dipercayai digunakan suspek ketika menjalankan kegiatan pecah rumah.

“Barangan lain yang dirampas termasuk 11 utas rantai leher berwarna perak, tiga utas gelang tangan, 13 bentuk cincin, jam tangan pelbagai jenis, rangka kunci dan wang kertas pelbagai mata wang.


“Hasil siasatan awal, suspek mengaku terbabit dalam sekurang-kurangnya 11 kes pecah rumah sekitar Nusajaya dan Johor Bahru Utara (JBU) dan mereka mula aktif melakukan kegiatan itu sejak setahun lalu,” katanya.


Hashim berkata, kedua-dua suspek yang menganggur bergerak pada waktu siang ketika mangsa keluar bekerja dan menjadikan rumah di kawasan sunyi sebagai sasaran.


“Hasil ujian air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Pengunjung pasti terhibur


SHAH ALAM: Pihak i-City Water World berbesar hati dapat bekerjasama dengan Harian Metro (HM) dalam program Gempak Santai HM di taman tema air itu bermula hari ini dan esok.

Pengurus Perkhidmatan Korporat i-City, Tan Soke Cheng berkata, pihaknya akan memastikan lebih 20,000 pengunjung yang juga pembaca setia HM teruja dengan keseronokan yang ditawarkan di taman tema air terbaharu di Shah Alam itu.

“Pengunjung juga tidak perlu bimbang kerana kita menyediakan tempat letak kereta secukupnya. Namun, kita ingin menasihatkan pengunjung terutama ibu bapa supaya mengawasi pergerakan dan keselamatan anak-anak berikutan kehadiran pengunjung yang ramai,” katanya, di sini, semalam.

Pengunjung pasti terhibur

Beliau berkata, pengalaman menganjurkan pelbagai acara di i-City seperti sambutan tahun baru dan konsert meyakinkan mereka bahawa semua pengunjung yang hadir akan pulang dengan gembira. “Kita berharap dapat bekerjasama lagi dengan Harian Metro dalam program lain yang akan datang,” katanya. Tan berkata, sempena program itu, pengunjung Gempak Santai juga berpeluang mendapat satu tiket percuma untuk memasuki tempat menarik di i-City seperti Snowwalk, Fun-World termasuk Trick Art Museum, 5D Cinema, Bumper Cars serta permainan arked, City of Digital Lights termasuk Tier Carousel, SuperSwing, Pirate Ship, Dessert Adventure dan Cross-country Trail dengan membeli i-card berharga RM100. “Promosi ini hanya diberikan kepada pemakai gelang Gempak Santai HM dan ia sah sebelum jam 6 petang sepanjang karnival itu,” katanya.

Dalam pada itu, penonton juga berpeluang menyaksikan konsert percuma iaitu Konsert Gempak Santai yang akan berlangsung di pentas utama, i-Walk di i-City bermula jam 9 malam ini.


Konsert berkenaan menampilkan penyanyi popular seperti kumpulan May, Bandi Amuk, Ezad Lazim, Lena AF, Haiza, Ainan Tasneem serta Azrul Raja Lawak selaku pengacara.

Bimbang runtuh


ALOR GAJAH: Satu keluarga di Solok Jeram, Rembia, dekat sini, mendakwa bimbang rumah mereka runtuh berikutan keretakan pada bahagian dinding selepas digegarkan dengan letupan meriam karbid, empat bulan lalu.

Pemilik rumah itu, S Chandran, 56, bersama isteri dan anaknya kini tidak lagi berani berada di rumah berkenaan dalam tempoh lama kerana retakan kecil di dua bilik dan bilik air terbabit didakwa semakin merebak.

Menurut Chandran, dia pernah terdengar beberapa kali bunyi ‘berdetap’ di bahagian bumbung rumahnya pada sebelah malam hingga menyebabkan mereka sekeluarga tidak lena tidur.

Bimbang runtuh


Beliau mendakwa, kejadian letupan itu berlaku pada sebelah malam dipercayai selepas ada penduduk bermain meriam karbid pada jarak kira-kira 200 meter dari rumahnya.


“Serentak dengan letupan itu, rumah saya bergegar dan apabila diperiksa, ada retakan kecil berlaku di bahagian bilik. “Retakan itu semakin menjalar dan alat kawalan jauh kipas di bilik turut menjadi longgar dipercayai akibat kesan letupan berkenaan,” katanya yang membuat laporan polis untuk membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan yang berlaku.


Bagaimanapun, kata Chandran, tuntutan itu ditolak berikutan letupan akibat mercun atau setaraf dengannya tidak dilindungi insurans.

“Sebagai pesara, saya tidak mempunyai wang mencukupi untuk membaiki rumah ini dan ia akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab bermain meriam.


“Saya sudah cuba membuat permohonan menerusi beberapa pihak namun masih belum mendapat jawapan untuk membantu.

Beliau berkata, rumah itu mula diduduki sejak 1997 selepas beberapa bulan disiapkan dan dibina dengan bantuan kewangan daripada abangnya.


“Saya bimbang rumah itu terbiar dan kerosakan yang berlaku akan bertambah rumit untuk dibaiki pada masa akan datang. Retakan itu berlaku hampir di keseluruhan dinding rumah dan saya tidak tahu sekuat mana struktur rumah ini selepas berlaku kejadian letupan meriam berkenaan.


“Diharap ada pihak sudi membantu memastikan keselamatan kami sekeluarga yang mahu terus tinggal di rumah ini,” katanya.

Orang Asli maut nahas


BENTONG: Seorang lelaki Orang Asli terbunuh selepas motosikal dinaiki bersama seorang rakannya merempuh sebuah lori di Kilometer 5, Jalan Bentong-Karak, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, mangsa, Harun a/l Osman, 20, dari Kampung Sungai Dua Olak, Karak buruh binaan di ibu negara, disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong (HB) akibat kecederaan parah di kepala.

Orang Asli maut nahas

Pegawai Penguat Kuasa Trafik dan Pentadbiran, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, rakan mangsa, Raman a/l Merah, 34, dari Kampung Orang Asli Sungai Gapoi, Karak mendapat rawatan awal di HB sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

Penarik kereta dibelasah


PETALING JAYA: Tindakan seorang penarik kereta yang cuba menarik kereta Toyota Camry milik seorang lelaki yang tertunggak bayaran selama enam bulan mengundang padah apabila dia dipukul dan diugut bunuh, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa berusia 24 tahun itu menemui kenderaan itu di sebuah stesen minyak di Kota Damansara, dekat sini, sebelum dia terus memberhentikan keretanya di belakang kenderaan itu.

Penarik kereta dibelasah



Menurut sumber, sebaik melihat kelibat pemilik kereta itu yang ingin masuk ke dalam kereta, mangsa terus berjumpa dengannya dan memperkenalkan diri sebagai penarik kereta serta menunjukkan kad dan surat kuasa untuk menahan kereta itu. kerana tidak menjelaskan bayaran selama enam bulan dianggarkan RM9,000.

“Lelaki itu enggan menyerahkan keretanya sebaliknya meminta mangsa pula mengalihkan kereta kerana menghalang kenderaannya.


“Mangsa kemudian cuba berbincang dengan lelaki itu dan meminta dia memberi kerjasama menyebabkan lelaki terbabit tiba-tiba naik angin dan terus memarahi menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya.


Sumber berkata, lelaki itu kemudian bertindak ganas memukul dan menolak mangsa sehingga terjatuh dan mengugut ingin membunuhnya jika masih ingin menarik keretanya.

“Mangsa sekali lagi cuba berunding untuk menarik kereta itu namun gagal sebaliknya dia turut dituduh cuba menyamun,” katanya.

Jasad ditemui hanyut 5km


KAJANG: Suasana sedih dan pilu menyelubungi keluarga dua remaja yang lemas di Sungai Langat, di sini sejak Rabu lalu sebaik mayat kedua-duanya ditemui, semalam.

Difahamkan, mayat Mohammad Syawal Azhari, 17, ditemui tersangkut di tebing sungai kira-kira jam 7.45 pagi oleh anggota bomba yang melakukan pemeriksaan permukaan sungai manakala mayat adiknya, Mohammad Tarmizi Azhari, 13, ditemui terapung oleh abang mangsa yang turut menjalankan gerakan mencari dan menyelamat, kira-kira 15 minit kemudian.


Jasad ditemui hanyut 5km


Mohammad Syawal ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi mereka dipercayai hilang manakala Mohammad Tarmizi pula ditemui berhampiran loji pembersihan air iaitu lima kilometer dari lokasi sama.

Abang mangsa, Mohd Mustakim Azhari, 22, berkata, dia berada di lokasi kejadian sejak jam 7 pagi dan tidak henti-henti berdoa agar kedua-dua adiknya itu ditemui.


“Tidak ada erti penat atau putus asa melainkan terus berusaha mencari kedua-dua adik yang hilang kerana sudah tidak sanggup melihat ibu dan ayah terus bersedih.


“Saya berdoa agar sesuatu keajaiban akan berlaku hari ini (semalam) yang juga hari Jumaat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Ariff Mohamed Kassim, berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dihentikan sepenuhnya jam 9 pagi.


Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Hulu Langat selepas solat Asar.

Lagak bukan main alim


SHAH ALAM: Auta seorang lelaki yang menyamar anak kepada pengamal perubatan Islam terkenal, Datuk Dr Haron Din dan kononnya dia mahir dalam ilmu perubatan Islam terbongkar apabila dia dicekup polis, malam kelmarin.

Lelaki berusia 28 tahun itu yang aktif memperdaya golongan kaya sekitar bandar raya ini dan Klang sejak tahun lalu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

INI DIA...mangsa memegang ‘batu petir’ yang dijual suspek.

SYIRIK...tangkal dan batu yang didakwa berkesan.

TUMPAS...suspek ditahan polis kelmarin.


Dia ditahan di rumah seorang mangsanya di Seksyen 13, di sini, selepas mangsa terbabit berpakat dengan polis.

Polis menahan lelaki itu berikutan waran tangkap dikeluarkan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Klang kerana gagal hadir perbicaraan bersabit kes penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000.


Sebelum penahanan suspek, mangsa yang mahu dikenali sebagai Tina, 46, menunggu kedatangan lelaki itu yang mahu menjual batu azimat dinamakan ‘batu petir’.

Sepatutnya Polis mau tangkap mangsa tu sekali atau Tertuduh tu pun saman balik sebab apa, kenapa bodoh sangat percaya tangkal dan batu sedangkan dorang tahu benda2 tu semua syirik kerana mempercayai selain Allah Taala yang memberi kesan berkekas atau karamah? Kenapa perlu nak membeli dan memakai tangkal? Bila tangkal tak menjadi, baru nak ambik Hukum Islam, awat hampa ingat Islam nie apa?

Ibu derita sendirian


ALOR GAJAH: Memilukan apabila seorang wanita warga emas bukan saja terlantar bersendirian di ruang tamu rumahnya di Kampung Pulau Sebang di sini, malah bergelumang dengan najisnya sendiri berikutan keuzuran dialaminya tanpa mendapat pembelaan anak tunggalnya yang didakwa menghilangkan diri.

Lebih malang apabila permohonan Sabi Dollah berusia 85 tahun itu untuk tinggal di rumah kebajikan tidak mendapat pertimbangan sewajarnya.


Sumber berkata, warga emas itu terlantar beralaskan sekeping tilam nipis di atas lantai ruang tamu rumahnya yang tidak terurus.

“Dia (wanita itu) tinggal sendirian dengan keadaan kesihatannya yang lemah selain mengalami masalah penglihatan dan pendengaran. Dia hanya mampu mengharap simpati jiran terdekat memberinya makan minum selain menyediakan keperluan lain.

Ibu derita sendirian



“Difahamkan, dia mempunyai seorang anak tunggal perempuan namun menghilangkan diri tanpa menjenguk keadaannya selama lebih lima tahun tanpa khabar berita,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, sejak terlantar sakit, warga emas itu hanya mampu mengharapkan perhatian dan ihsan jiran terdekat yang sering datang membawa makanan dan minuman.

“Beberapa jiran terdekat yang bersimpati menjenguk dan menyuapnya makanan tanpa bekalan air bersih yang dipotong disebabkan tunggakan bil lebih RM1,500.


“Lebih menyayat hati warga emas ini terpaksa membuang air kecil dan air besar di atas tempat tidurnya setiap hari hingga menyebabkan rumah busuk,” katanya.

Kata sumber itu, keperitan hidup ditanggung warga emas itu mendapat perhatian pihak berkaitan yang akan mendapatkan tempat tinggal dan memastikan kebajikannya terpelihara.


“Namun, tiada maklum balas diterima dan lebih mengecewakan apabila syarat yang perlu dipatuhi seperti pemeriksaan kesihatan turut dibuat,” katanya.


Melihat keadaan diri warga emas itu yang menghidap sakit pundi kencing dan darah tinggi, beberapa penduduk menghubungi bantuan kecemasan untuk dihantar ke Hospital Alor Gajah (HAG), petang kelmarin.


“Paramedik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah yang dipanggil kemudian membawa warga emas berkenaan ke HAG sebelum dirujuk ke Hospital Melaka (HM),” katanya.


Sementara itu, Ketua Operasi JPAM daerah, Saiful Nazmi Said berkata, keadaan wanita berkenaan amat menyedihkan kerana bergelumang dengan najis.

Agak gak la biarkan ibu sorang2 kat rumah, memang bodoh nak mampus anak-anak dia tu. Ibu dia penat besarkan dorang boleh dorang tak kenang budi pulak.

Padah gatal layan gadis


KUALA LUMPUR: Tergoda dengan pujuk rayu dan ‘lakonan’ ghairah gadis dikenalinya melalui Internet, seorang lelaki malu besar apabila aksi dia berbogel yang dirakam gadis itu dimuat naik ke laman Youtube.

Tidak cukup dengan itu, dia turut kerugian RM800 apabila gadis terbabit yang dipercayai warga Filipina meminta wang berkenaan jika mahu video bogel itu ditarik semula.

Mangsa, penuntut sebuah institusi pengajian tinggi di Kedah yang mahu dikenali sebagai Shahir, 27, berkata, dia mengenali gadis itu awal Julai lalu di laman sosial Tagged sebelum berhubung secara lebih rapat melalui facebook (FB).

Padah gatal layan gadis


Katanya, sewaktu awal perkenalan mereka, gadis berusia 19 tahun yang menggelarkan dirinya sebagai Kimoto Misaka berasal dari Jepun hanya berbual dengannya melalui FB sebelum semakin berani berhubung menerusi kamera web menggunakan Skype.


Menurutnya, selepas beberapa hari menjalinkan hubungan melalui panggilan video Skype, gadis itu mengajaknya berbogel dengan dia terlebih dulu memulakan aksi berahinya.

Rozita Che Wan Ke London, Bukan New Zealand Ya!


KL, 13 DIS 2012: Kesian betul Murai Batu dengan nasib yang menimpa aktres jelita Rozita Che Wan. Asal ada saja cerita pasal suami kepada penyanyi popular Dato` Siti Nurhaliza, Dato` Khalid Mohd Jiwa pasti ia akan dikaitkan dengan pelakon kelahiran utara yang berstatus janda ini.

Pasal Dato` Khalid atau Dato`K kemalangan di Queenstown, New Zealand akibat menunggang motorsikal berkuasa tinggi bersama rakan-rakannya pun, Rozita Che Wan atau Che Ta turut terkena tempiasnya. Kononnya, Che Ta turut berada di sana untuk menemani Dato` K.

Bukan setakat itu, ada juga yang daring bertanya soalan tersebut daripada Murai Batu. Ish Ish Ish...Tak baik betul buat tuduhan yang melampau dan melulu macam tu.

Rozita Che Wan Ke London, Bukan New Zealand Ya!


Lagipun, logik ke Che Ta berada di New Zealand tu sedangkan pada hari Rabu (13 Disember 2012), dia terlibat dengan penggambaran program Primadona di Astro Ria bersama 3 hos lain iaitu Erra Fazira, Ziela Jalil dan Raja Azura atau Kak Engku dan penggambaran program itu bermula dari jam 3 petang hingga lewat tengah malam.

Dan, pada hari semalam (14 Disember 2012), Che Ta berlepas ke London bersama anak-anaknya untuk membawa mereka bercuti dan bershopping di sana. Kalau November tahun lepas, dia pergi dengan anak-anaknya sambil ditemani adiknya Ayu Raudhah, kali ini Che Ta ke sana bersama kakaknya pula.

Che Ta bercuti ke London selepas seluruh produksi Primadona mendapat cuti...Kemudian, selepas London dia akan menjalani penggambaran ke Abu Dhabi untuk shoot drama pada 19 Disember 2012 sehingga bulan Januari dan kemudian akan ke India pula.

Jadi, pada sesiapa di luar sana, janganlah cepat percaya pada gosip tersebut ya. Lagipun, tujuan Dato` K ke sana pun atas sebab mahu menjelajah kawasan luar bandar Queenstown, New Zealand dengan motorsikal berkuasa tinggi bersama rakan-rakannya.

Dan, ada baiknya juga kalau kita mendoakan agar Dato` K cepat pulih daripada kecelakaan yang menimpanya itu.

MURAIBATU: Tahniah buat Shila Amzah yang tercalon 2 anugerah dalam World Music Awards 2012!

Julia Perez Kutuk Drama Malaysia,Cari Publisiti Murahan?


KL, 13 DIS 2012: Apa sudah jadi dengan pelakon dari Indonesia, Julia Perez yang secara terang-terangan berani mengutuk drama Malaysia? Apa sebenarnya agenda yang cuba dilakukan oleh Julia Perez?

Adakah dia sengaja mencari kontroversi demi meraih publisiti? Atau mungkinkah dia pandai mengatur langkah untuk menempatkan dirinya di dalam industri hiburan tempatan?

Apa sekalipun, mengikut kefahaman Murai Batu, Julia Perez bukanlah seorang pelakon yang popularitinya dikenali menerusi bakatnya di negara seberang. Sebaliknya, dia lebih popular kerana kontroversi demi kontroversi.

Julia Perez Kutuk Drama Malaysia,Cari Publisiti Murahan?


Malah, kalau tidak silap Murai Batu, aktres seksi ini pun mula dikenali di Malaysia disebabkan pelakon berkenaan mendapat tawaran berlakon oleh pengarah tempatan bernama Murali Abdullah.

Jadi, hebat sangatkah lakonan Julia sehingga dia berani dan lantang memberikan komen di twitter milik peribadinya itu. Dalam pada itu, Murai Batu juga terfikir adakah wajar apa yang dijawab oleh Presiden Seniman si abang Zed Zaidi itu secara terang-terangan?

Namun, secara profesionalnya, Murai Batu kagum dengan Zed Zaidi yang berani memperjuangkan industri seni hiburan tempatan Pun begitu, ada baiknya perkara sebegini dibincangkan secara dalaman kerana tidak mahu ia mengeruhkan hubungan Malaysia dan Indonesia.

Apapun, peminat dan pembaca naskah hiburan lebih bijak untuk menilai tindakan Julia Perez yang boleh dianggap keterlaluan itu.

Berikut adalah status twitter yang dilemparkan Julia Perez terhadap industri hiburan Malaysia dan Zed Zaidi.

- Nunggu giliran take..sambil nonton sinetron malaysia..oh my GOD..indonesia kita jauuh majuuu..kita majuu sekaliii..banga jd orang indonesia

- Woiii malaysia?? Gw mau nanya neh..kalo aye shoting film pake bikini di kolam renang dinegara you..bahaya ngak??? Ada uu tak? Jawab???

- WOI!! KAU yg BIADAB!! RT @rozaidijamil

- You sgt JAHAT!! Uknow..ingat banyak artis malaysia juga di indonesia!!

- gara2 bilang sinetron malay kurang bgs ane di haram2 ke malaysia.oksemua politikus malaysia hrs keluar dr indonesia krn menghina BJ habibie! Puas pas

- Kalian pikir dunia ini yg hebat malaysia!! Kita ngak bisa cekal kalian!! Duehhh so stupid coment!

MURAI BATU: Berharap Harimau Malaya masuk final malam ni!

Kenapa Siti Tiba-Tiba Tarik Diri Bikin Konsert Banjarmasin?


KL, 13 DIS 2012: Beberapa jam yang lepas, penyanyi popular, Dato' Siti Nurhaliza telah menaikkan satu status yang menjadi tanda tanya semua pihak di laman twiter miliknya. Bukan Siti sahaja, malah pengurus yang juga kakak iparnya turut menaikkan status maksudnya lebih kurang sama.

Siti melalui laman twiternya menulis "Salam, maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua team konsert...CT tak dpt ke sana kerna ada sesuatu yg x terduga. Mohon memahami ya."

Melihat seperti ada sesuatu yang tidak kena, Murai Batu yang masih dalam tanda tanya ni terus menjenguk ke laman sosial Facebook milik Rozi pula. Manalah tahu jika ada jawapan di sana.

Kenapa Siti Tiba-Tiba Tarik Diri Bikin Konsert Banjarmasin?


Tetapi...telahan Murai Batu meleset apabila Rozi turut menaikkan status yang hampir sama maknanya tetapi sedikit panjang iaitu, "Kita merancang Allah menentukan. Setiap sesuatu yg terjadi itu ada hikmahnya. Moga segalanya baik-baik sahaja. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Doa kami semua mengiringi, insyaAllah, tabah hati, dan senantiasa dlm lindungan Allah s.w.t. Kekal cekal. -Sangdewi buat boss. KL-Jakarta-Pekan Baru-Jakarta- KL. (Tidak ke Banjarmasin wpun kami sudah berada di dlm kapal terbang tadi..)."

Murai Batu difahamkan Siti ke Indonesia untuk menjayakan Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang diadakan di tiga lokasi berasingan iaitu di Pekan Baru (Riau), Jakarta dan Banjarmasin.

Namun mengikut status-status di laman sosial Facebook milik Rozi, Siti sempat menghiburkan peminat-peminat di Jakarta dan Pekan Baru, tetapi tidak sempat untuk ke Banjarmasin kerana kesulitan yang tidak dapat dielakkan dan terpaksa berpatah balik walaupun sudah berada di dalam kapal terbang ketika itu.

Walaupapun, Murai Batu doakan yang terbaik buat Siti dan keluarga.

Siti dijadualkan untuk mengadakan persembahan ketiga Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin malam ini bersama artis-artis Malaysia dan Indonesia seperti Rossa, Amy Search, Shila Amzah, Ungu, Armada, Inka Christie dan Titi DJ.

MURAIBATU: Sedang berdoa untuk yang baik-baik saja..

Zakiah Anas Selamat Bernikah Dengan Kawan Universiti


KL, 13 DIS 2012: Semalam dua pasangan artis iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle serta Betty Benafe dan suami, Bruce Darghous telah memilih tarikh keramat 12.12.12 sebagai untuk mengadakan majlis resepsi mereka.

Malah, Murai Batu dapat tahu tarikh 12.12.12 semalam juga memberi makna buat penyanyi popular Indonseisa, Kris Dayanti apabila selamat melahirkan seorang anak lelaki di RS Mitra Kamayoran, Jakarta Pusat.

Dalam diam-diam juga, Murai Batu baru tahu yang personaliti TV3, Zakiah Anas, 46, juga memilih tarikh istimewa semalam sebagai tarikh pernikahannya bersama Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42, di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Zakiah Anas Selamat Bernikah Dengan Kawan Universiti


Tahniah Murai Batu ucapkan kepada Zakiah Anas kerana selamat menamatkan zaman jandanya setelah menjadi ibu tunggal kepada 3 orang anak lebih setahun yang lalu.

Menariknya, kisah perkenalan Zakiah Anas dengan suami barunya ini sebenarya sudah lama. Murai Batu dengar sejak mereka sama-sama belajar di UiTM iaitu kira-kira 21 tahun yang lalu.

Amboi, cinta lama berputik kembalilah tu. So sweet! Namun hubungan mereka terpisah kerana lelaki yang kini menjadi suaminya melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Itulah orang kata, kalau dah jodoh tak ke manakan. Apa-apa pun Murai Batu ucapkan tahniah dan semoga dapat melayari bahtera rumah tangga nanti dengan harmoni dan bahagia hingga ke akhir hayat.

MURAIBATU: Tak sabar tunggu progran Fear Factor Selebriti Malaysia...


Shah Rukh Khan Raikan Birthday Ke-87 Tun M


KUALA LUMPUR, 14 DIS 2012: Megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan mempersembahkan lagu Kuch Kuch Hota Hai sempena ulangtahun kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed (Tun M) yang ke-87.

Lagu Kuch Kuch Hota Hai itu dipersembahkan oleh Shah Rukh Khan sewaktu Tun Mahathir selesai memotong kek hari ulangtahun kelahirannya yang setinggi 5 tingkat itu.

Terdahulu Shah Rukh Khan telah diberi penghormatan membawakan lagu Happy Birthday buat Tun M sebelum diikuti tetamu yang lain.

Shah Rukh Khan Raikan Birthday Ke-87 Tun M

Hari ulangtahun kelahiran Tun M yang ke-87 ini telah dianjurkan Lord's Tailor di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Seramai 200 tetamu telah diundang untuk menghadiri majlis ulangtahun Tun M. Selain VVIP, turut diundang adalah beberapa selebriti tempatan. Antaranya Datin Paduka Umie Aida dan suami, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, Esma Daniel dan isteri, Siti Eja dan suami, Datin Sofea Jane dan Fizz Fairuz.

Turut menghiburkan adalah Amanda Imani dan Datuk Yusni Hamid diiringi Datuk Mokhzani.


Episod Pertama TOSOI: IZ Jumpa Fashionista Di HM


KUALA LUMPUR, 14 DIS 2012: Sepertimana yang dilaporkan di dalam portal Murai sebentar tadi, penyanyi dan bintang Fear Factor Selebriti Malaysia, IZ bakal berkongsi pelbagi kisah tentang personaliti serta peribadi sebenarnya di dalam webisode khas yang berjudul The Other Side Of Iz (TOSOI) yang bakal dimuatnaik ke dalam portal murai.com.my bermula hari ini.

Sebagai memenuhi janji, episod pertama The Other Side of IZ yang berjudul Fearless Fashionista ini bakal berkongsi aktiviti-aktiviti beliau disebalik tabir kerjayanya sebagai penyanyi & penulis lagu ketika menghadiri pembukaan butik H&M di Kuala Lumpur & menghadiri penggambaran bersama media.

Episod Pertama TOSOI: IZ Jumpa Fashionista Di HM

Menariknya, menerusi pembukaan butik H&M, IZ telah berkesempatan menemui beberapa selebriti dan fashionista yang dikenali di negara ini. Apa yang menariknya di dalam episod pertaama The other Side of IZ: Fearless Fashionista ini?

Saksiknya sekarang...!

Zed Zaidi: Julia Perez Tiada Permit Pekerja Filem Asing


KUALA LUMPUR, 14 DIS 2012: Beberapa jam yang lepas Pengerusi Seniman, Zed Zaidi melalui laman twitternya mendedahkan kehadiran model, penyanyi dangdut dan pelakon seksi Julia Perez (Jupe) ke Malaysia untuk berlakon filem di negara ini dilakukan tanpa mendapatkan permit pekerjaan.

Zed menerusi akaun twitternya juga menyatakan dia sudah membuat pemeriksaan di bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan (SPP) FINAS mengenai pengesahan permit kerja Jupe di negara ini, tetapi tiada sebarang permohonan Pekerja Filem Asing (PFA) dibuat atas nama pelakon tersebut.

Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, apa yang dilakukannya ini bukanlah untuk mencari publisiti murahan tetapi untuk memartabatkan industri hiburan tanah air.

Zed Zaidi: Julia Perez Tiada Permit Pekerja Filem Asing


"Saya cuba buktikan kepada semua rakyat Malaysia, bahawa saya bukan buat sesuatu yang sia-sia. Sebelum ini orang tak nampak apa yang saya perjuangkan, orang cakap macam-macam...hari ni bukti dah ada di depan mata.

"Saya kesal kerana artis luar bila dah ditawarkan untuk bekerja di sini, tidak menghargai peluang yang diberi sebaliknya memperlekehkan pula kualiti drama tempatan," katanya.

Zed Zaidi turut mempersoalkan bagaimana Jupe boleh terus menjalani penggambaran di negara ini sedangkan kemasukannya hanya menggunakan pas pelawat, bukan permit kerja.

Menurutnya lagi, antara syarat untuk kelulusan PFA ialah artis yang terlibat perlu menjadi ahli persatuan yang diiktiraf FINAS seperti Seniman dan melalui beberapa proses yang sepatutnya.

"Sekarang ni saya dah lakukan apa yang patut...apa pula tindakan selanjutnya oleh pihak yang berkaitan sepeti FINAS, Jabatan Imegresen Malaysia dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan?," katanya dalam nada tegas.

Tambahnya lagi, penguatkuasaan tidak sepatutnya dilakukan sambil lewa kerana, ia akan menyebabkan industri kita dipandang rendah dan diperlekekehkan oleh orang luar.

"Kalau lakukan kesalahan sama seperti Jupe di negara lain mesti dah dikenakan tindakan undang-undang. Artis kita baik penyanyi, baik pelakon, nak masuk Indonesia, nak berlakon atau menyanyi di sana, macam-macam prosedur kita kena ikut, tapi mereka? senang-senang je boleh masuk sini dan kita? Kita biarkan je?," luahnya kecewa.

Apabila ditanya, apakah beliau tidak kisah jika perkara ini menyebabkan dia dan pengarah Sentuhan Malam Pertama, Murali Abdullah bermasam muka, Zed cuma menjawab ringkas.

"Saya tak peduli bermasam muka dengan sesiapapun, ini tanggungjawab saya dan saya lakukan demi industri kita", jawabnya tenang .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan