Cari Artikel

Thursday, December 13, 2012

Disablekan NuffnangX Conversations Untuk Memudahkan Komen


Assalammualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada semua. is rasa mesti ramai di antara korang menggunakan NuffnangX kan? Tak salah pun guna NuffnangX nie, cuma bila korang masukkan code untuk claim blog korang ke directory NuffnangX je, dia akan automatik convert komen box koreng ke NuffnangX Conversations. is rasa NuffnangX Conversations tak berapa sesuai dan tak berapa mengguntungkan pengunjung yang hendak dan berminat untuk mengkomenkan blog entri kita memandangkan ia menggunakan email sebagai main url.

So is rasa lebih baik korang disablekan sahaja function itu di NuffnangX korang.

Cara2 nya (bg yang tak tahu la yang tahu buat2 tak tahu sudah la ok?), Login ke NuffnangX,




1. Klik Profile kat sebelah Kanan NuffnangX
2. Klik My Blogs


Klik pada setting


1. Pilih untuk Disable NuffnangX Conversations on my blog.
2. Klik Save Changes

Ok Selesai komen box korang kini telah menjadi normal semula. Korang kena ingat kalau penggunjung yang nak komen tu bila dia tengok tiada mengguntungkan diri nya dia tidak akan komen tau bila dia komen tapi sekali itu sahaja lah dia akan komen blog korang, so tiada repeat komen daripada dia memang tak best  Sebab bila dia tak komen repeat maka sunyi la entri kita tanpa kritikkan walaupun komen buruk.

Orang Dewasa Kena Buli Dengan Ajiboy Yang Bijak!


Penerbit : Mejar (K) David Teo

Pengarah : Ismail Bob Hashim

Skrip : Meor Shariman Meor Shafie

Pelakon : Raykarl Iskandar, Angah Raja Lawak, Zalif Sidek, Epy Raja Lawak, Adiba Yunus

Tayangan : 8 November 2012

Terbitan : Metrowealth

Sekali Imbas

Orang Dewasa Kena Buli Dengan Ajiboy Yang Bijak!


Filem ini menampilkan pelakon cilik, Raykarl Iskandar yang baru berusia 7 tahun sebagai peneraju utama dengan membawa watak Ajiboy. Sepanjang filem ini, penonton dapat melihat keletahnya yang licik, bijak dan comel. Secara keseluruhan filem ini sesuai ditonton khas oleh kanak-kanak kerana selain dapat melihat keletah Raykarl, suasana dan lokasi penggambarannya sangat menarik iaitu di Taman Tema Air A Famosa Water World Melaka.

Ulasan Penuh

Sebagai penulis yang merupakan golongan dewasa terus-terang filem ini pada mulanya sukar untuk diterima bukan kerana heronya adalah seorang kanak-kanak kecil yang baru berusia 7 tahun tetapi selepas melihat bagaimana dua orang watak dewasa yang dilakonkan oleh Zalif Sidek dan Epy Raja Lawak diperbodohkan begitu sahaja oleh kanak-kanak yang bernama Ajiboy.

Secara keseluruhan , konsepnya mungkin seakan-akan filem Amerika yang berjudul Home Alone yang dibintangi pelakon Macaulay Culkin yang ketika itu baru sahaja berusia 8 tahun. Dalam filem itu juga terdapat dua orang dewasa yang cuba menculiknya tetapi tidak berjaya kerana diperbodohkan serta ditewaskan dengan begitu sahaja oleh Macaulay.

Namun, berbeza dengan filem arahan Bob Hashim ini, Zalif Sidek dan Epy Raja Lawak gagal memperdayakan Raykarl kerana telah diperbodohkan serta dikawal atau diarahkan dengan sewenang-wenangnya oleh pelakon kecil itu. Semuanya gara-gara Ajiboy (Raykarl) diberi kuasa oleh bapanya yang juga pemilik taman tema air tempat mereka bekerja untuk menjaga dan menguruskan tempat itu sedangkan Zalif dan Epy hanya bekerja di taman tema air tersebut,

Ajiboy berbuat demikian selepas menyedari mereka (Zalif dan Epy) yang diberi jawatan Head Supervisor sentiasa mengambil kesempatan atas jawatan yang mereka pegang dengan memberikan barang -barang percuma untuk menarik perhatian pengunjung wanita serta curi tulang.

Lakonan Zalif Sidek dan Epy Raja Lawak penulis boleh sifatkanseperti badut kerana lawak jenaka mereka boleh dikatakan agak bodoh dan sukar untuk penonton dewasa menerimanya. Malah cara mereka dibuli oleh Aijiboy di dalam filem ini juga seperti agak keterlaluan dan tiada logiknya selepas mereka hanya menurut sahaja perintah 'bos kecil' itu tanpa membantah.

Di dalam filem ini juga, penulis seperti tidak boleh bayangkan di mana logiknya kanak-kanak yang berusia 7 tahun diarahkan untuk menguruskan taman tema sebesar itu, tetapi itulah yang terjadi di dalam filem ini.

Walau bagaimanapun , penulis faham mungkin pengarah mahu humor yang disampaikan di dalam filem ini lebih ringan dan mudah difahami oleh penonton kecil yang hanya mahukan hiburan semata-mata tanpa memikirkan logikanya.

Sebagai peneraju utama filem, Raykarl harus diberi pujian kerana setiap keletah dan aksinya sangat mencuit hati apatah lagi dia merupakan seorang budak yang comel dan petah berkata-kata. Meskipun ada kekekokkan serba-sedikit dalam lakonannya, namun sebagai penonton penulis faham keupayaannya.

Selain itu, penulis nampak pengarah cuba hendak sesuaikan filemnya untuk tontonan seisi kelaurga apabila cuba menyelitkan elemen kekeluargaaan serta elemen cinta di dalamnya apabila ayah kepada Raykarl yang berstatus duda iaitu pelakon Angah Raja Lawak bercinta dengan pekerjanya yang dibintangi oleh pelakon baru iaitu Adiba Yunus yang juga seorang ibu tunggal.

Namun chemistry antara Angah Raja Lawak dan pasangannya agak kurang menjadi, malah lakonan serius yang ditonjolkan oleh Angah sebagai lelaki yang agak macho di dalam filem ini tidak sesuai kerana penonton sudah biasa dengan perwatakannya yang kelakar.

Kesimpulannya penulis tidak dinafikan filem ini sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga kerana ia punya unsur komedi serta elemen kekeluargaaan yang diterapkan.

Sinopsis

Secara ringkas Ajiboy mengisahkan seorang budak kecil yang genius bernama Ajiboy (Raykarl). Dia diamanahkan Fauzan (Angah Raja Lawak) untuk menjaga dan menguruskan taman tema air milik ayahnya. Namun kemampuannya telah diragui Mat Saja (Zalif Sidek) dan Cumi (Epy Raja Lawak) yang bekerja di situ sehingga mereka merancang untuk menjatuhkan kanak-kanak itu.

Mat Saja dan Cumi diturunkan pangkat dan sering diarahkan melakukan kerja -kerja pembersihan di sekitar Taman Tema tersebut. Hal tersebut telah menyebabkan mereka tekad untuk melakukan satu pengkhianatan.

Muslihat serta perancangan dua pekerja itu untuk mengenakan Ajiboy selalu sahaja gagal kerana budak kecil itu lebih bijak berbanding mereka. Namun, mereka tidak pernah putus asa berusaha untuk melawan kebijaksanaan kanak-kanak itu.

Ajiboy, meskipun masih kecil mempunyai satu lagi amanah yang amat besar yang harus ditunaikannya. Arwah ibu Ajiboy telah memintanya untuk mencarikan isteri untuk ayahnya supaya mereka tidak akan merasa sunyi tanpanya.

Ajiboy yang berkenan pada Cik Nisa telah cuba untuk menyatukan mereka namun setelah mengetahui bahawa Cik Nisa sudah mempunyai anak, Irfan pantas beranggapan yang Cik Nisa sudah mempunyai keluarganya sendiri. Mampukah Irfan mencari calon isteri untuk Fauzan? Adakah Mat Saja dan Cumi akan teruskan niat mereka untuk mengkhianati Fauzan? Dapatkah Ajiboy menyelamatkan Taman Tema tersebut?

Perang Pontianak Di Dalam Breaking Dawn Part 2


Filem: The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2

Pelakon: Kristen Stewart, Robert Pattinson, Taylor Lautner, Peter Facinelli, Elizabeth Reaser, Ashley Greene, Mackenzie Foy

Pengarah: Bill Condon

Penulis skrip: Melissa Rosenberg, Stephenie Meyer,

Genre: Drama Fantasi

Klasifikasi: PG 13

Sekali Imbas:

Perang Pontianak Di Dalam Breaking Dawn Part 2


Kesinambungan cinta antara Bella Swan dan Edward Cullen berterusan dalam Breaking Dawn apabila akhirnya Bella secara rasminya telah menjadi Pontianak yang kekal abadi. Namun, kekalutan berlaku dengan kemunculan anak hasil hubungannya bersama Edward bernama Renesmee yang telah mewujudkan kemarahan puak pemimpin Pontianak.

Ulasan Penuh

Bagi peminat siri filem Pontianak popular, Twilight, inilah kesinambungan yang dinanti-nantikan untuk melihat bagaimana Bella Swan lakonan Kristen Stewart berubah sebagai Pontianak selepas dia mengikat tali perkahwinan bersama Edward Cullen ( Robert Pattinson) yang akhirnya melahirkan anak sulung mereka.

Di dalam episod The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 ini juga, tiada lagi perebutan antara kelompok Pontianak dalam pasukan Edward dengan sekumpulan serigala jadian dalam kumpulan Jacob Black (Taylor Lautner), sebaliknya lebih sebagai penyatuan mereka dalam satu keluarga yang lebih besar.

Malah, kerana penyatuan antara keluarga serigala dan Pontianak itu jugalah, telah tibul rasa cemburu puak Pontianak yang lain yang sanggup menyebarkan fitnah selepas kelahiran cahayamata pertama Bella iaitu Renesmee (Mackenzie Foy).

Renesmee merupakan anak separa pontianak dan separa manusia, telah disifatkan kelompok pemimpin pontianak Volturi sebagai bayi ajaib kekal abadi yang dilihat berupaya memusnahkan generasi Pontianak zaman berzaman.

Kerana faktor itu jugalah, kehadiran Renesmee di muka bumi telah mengancam Volturi dan mengambil keputusan untuk menghantar bala tentera berjubah merah untuk memusnahkan anak kecil itu sebelum ianya memusnahkan kehidupan Pontianak lain.

Kepada yang rindukan drama cinta tiga segi antara Bella, Edward dan Jacob, lupakan saja. Kerana kali ini drama yang ditonjolkan di dalam filem arahan Bill Condon cukup berlainan.

Dramanya lebih kepada misi bagaimana puak Pontianak dan serigala jadian untuk menyelamatkan Renesmee daripada dibunuh oleh Volturi, sekaligus menyelamatkan keluarga mereka daripada dilenyapkan buat selama-lamanya.

Hero dalam siri kali ini juga, bukan lagi milik Edward atau Jacob, sebalik Alice Cullen yang dipegang oleh Ashley Greene iaitu kakak kepada Edward.

Sejak dari filem Twilight pada 2008, Alice sentiasa menjadi perhatian sebagai satu-satunya Pontianak yang memiliki kuasa mistik mengenal pasti masa depan dan untuk siri ini, keyakinan serta personalitinya melampaui daripada watak lain.

Malah apa yang membuatkan filem ini tampak lebih menarik, apabila wujud pula watak Pontianak tambahan dari pelbagai negara dan benua seperti dari Rusia, Brazil, Timur Tengah, Eropah dan hutan hujan Amazon.

Merekalah yang akan membantu, menjadi tulang balakang bagi menyerang pasukan Pontianak jubah merah sekiranya terjadi perperangan antara mereka.

Peperangan? Ya, benar satu peperangan bakal berlaku antara puak Pontianak baik dan juga Pontianak berjubah merah.

Peperangan ini jugalah yang akan membuatkan sesiapa saja panas punggung. Kehilangan satu persatu keluarga Cullen bakal berlaku termasuklah ayah dan ibu Edward yang dipenggal kepalanya oleh puak Pontianak Volturi.

Baby Kedua Krisdayanti Dengan Raul Lemos Lahir 12.12.12


JAKARTA, 12 DIS 2012: Tarikh 12.12.12 nyata merupakan tarikh sangat istimewa buat penyanyi lagu Menghitung Hari, Kris Dayanti apabila dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki, pagi tadi. Bayi lelaki yang telah diberikan nama Kellen Alexander Lemos merupakan anak kedua Kris Dayanti bersama suaminya, Raul Remos.

Kawan baik kepada Dato' Siti Nurhaliza ini selamat melahirkan bayi tersebut di RS Mitra Kamayoran, Jakarta Pusat.

Baby Kedua Krisdayanti Dengan Raul Lemos Lahir 12.12.12


Menurut media dari Indonesia, sebaik saja isterinya itu selamat melahirkan, Raul telah melompat kegirangan kerana tidak dapat menahan keterujaan menerima anak kedua bersama Kris.

Warga murai.com.my mengucapkan tahniah buat Kris Dayanti. Semoga terus bahagia bersama suami dan dua orang anak bersama Raul.

Wah ada gak baby yang lahir kat tarikh yang rare macam nie kan?

Maestro Sitar, Ravi Shankar Mati Pada Usia 92 Tahun


WASHINGTON, 12 DEC 2012: Maestro Sitar terkemuka dunia, Pandit Ravi Shankar yang juga bapa kepada penyanyi jazz antarabangsa, Norah Jones telah meninggal dunia pada usia 92, di San Diego, hari ini.

Beliau meninggal dunia selepas menjalani pembedahan pemindahan heart-valve di Scripps Memorial Hospital in La Jolla, California pada Khamis lalu dan pusat perubatan itu merupakan tempatnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ikon pemuzik itu dimasukkan ke hospital tersebut pada minggu lalu, selepas beliau mengadu sukar untuk bernafas.

"Dengan rasa berat hati, kami ingin mengumumkan pada semua bahawa Pandit Ravi shankar, suami, father dan jiwa muzikal telah meninggal dunia pada hari ini," kata isterinya, Sukanya serta anaknya, Anosuhka Shankar dalam satu kenyataan media bersama.

Maestro Sitar, Ravi Shankar Mati Pada Usia 92 Tahun


Dengan kematian Shankar, dia telah meninggalkan balunya, Sukanya, anaknya, Norah Jones hasil hubungan sulitnya dengan promoter konsert, anaknya Anosuhka Shankar Wright dan suami, Joe Wright serta 3 cucu dan 4 cicit.

"Sepertimna yang anda semua tahu, kesihatan Ravi Shankar tidak berapa begitu baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan pada Khamis lalu dia telah menjalani satu pembedahan yang berpotensi untuk membantunya meneruskan hidup.

"Bagaimanapun, di sebalik usaha gigih doktor dan pakar yang telah bertugas serta menjaga dia sepanjang penmbedahan ini dilakukan, tubuh badannya mungkin tidak dapat menerima pembedahan tersebut. Kami semua berada di sisinya ketika dia meninggal dunia.

"Kami tahu anda juga merasai kehilangannya sebagaimana kami dan kami berterima kasih di atas doa dan segala ucapan takziah yang diberikan sepanjang kami melalui saat-saat yan menyukarkan ini. Ini juga adalah masanya untuk kita rasa bersyukur dan bertuah kerana memiliki dia sebahagian daripada hidup kita. Semangat dan legainya akan terus kekal hidup sepanjang waktu di dalam hati kita semua dan muziknya," kata Sukanya dan Anoushka di dalam kenyataa media tersebut.

Pemenang 3 kali Grammy, Shankar beraksi buat kali terakhir di California pada 4 November lalu bersama anaknya, Anosuhka Shankar yang juga adalah pasangan pemain sitarnya.

Dalam Grammy 2013, Shankar telah dicalonkan menerusi album The Living Room Sessions Part-1 yang mana dia turut bersaing dengan Anoushka dalam kategori yang sama.

Dilahirkan dalam keluarga Bengali Brahmin, Ravin Shankar dilahirkan pada 7 April 1920 di Varanasi, India dengan nama Robindra Shankar. Merupakan anak bongsu daripada 4 beradik, dia telah dibesarkan oleh ibunya dalam penuh kemiskinan pada 10 tahun yang pertama. Dia berusia 8 tahun ketika bertemu bapanya yang juga seorang peguam, ahli falsafah, penulis dan bekas menteri kepada Maharajah Jhalawar.

Pad 1930, abang sulungnya, Uday Shankar telah menaikkan taraf keluarganya dengan menjelajah ke Paris dan dalam tempoh 8 tahun, Shankar berpeluang merasai populariti yang diraih Uday dan kumpulannya sewaktu memperkenalkan klasikal India dan tarian folk India di seluruh Eropah dan Amerika.

Sebagai seorang penghibur, komposer dan guru, Shankar adalah artis klasikal India yang berada di tahap paling teratas dan berjaya mengetengahkan muzik dan budaya India di seluruh dunia," kata penulis Oliver Craske yang telah menyelitkan naratifnya dalam autobiografi Shankar, Raga Mala.

Shankar berjaya mencapat kemasyhuran pada 1960-an selepas muziknya diterima oleh negara dan budaya barat. Dia telah mengajar ahli kumpulan Beatles, mendiang George Harrison untuk bermain sitar dan berkoloborasi menerusi beberapa projek termasuklah konsert di Bangladesh pada 1971. The Beatles menggelarkan dia sebagai The Godfather of World Music.

Shankar juga pernah bermain di hadapan hampir 500,000 penonton di Festival Woodstock di New York pada tahun 1969- yang mana ia merupakan acara penuh ikonik pada kerana pernah menampilkan ramai pemuzik hebat termasuklah Janis Joplin dan Jimi Hendrix.


Dengan pengaruh dan bantuan rakannya, George Harrison yang juga ahli kumpulan Beatles, dia berjaya tampil dalam beberapa festival termasuk Woodstock dan menjadi pemuzik India pertama beraksi di konsert yang penuh lagenda itu.

Dia pernah menggubah komposisi violin-sitar untuk Yehudi Menuhin dan dirinya sendiri, flute virtuoso (Jean Pierre Rampal), master shakuhachi, Hosan Yamamoto, Koto virtuoso- Musumi Miyashita serta Phillip Glass (Passages).

Takziah buat keluarga Ravi Shankar di atas kehilangan beliau!

Manisha Koirala Selamat Jalani Pembedahan Kanser Ovari


NEW YORK, 13 DIS 2012: Aktres Manisha Koirala yang telah berada di Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah kesihatannta telah selamat menjalani pembedahan di New York pada Isnin lalu untuk membuang penyakit kanser ovari yang dihidapinya.

"Manisha menjalani pembedahan tersebut pada Isnin lalu, kira-kira jam 9 pagi waktu di sana. Saya menerima mesej daripada ahli keluarganya dan mereka memberitahu bahawa pembedahan tersebut adalah sukses.

"Selain ibu bapa dan adik-beradik, Manisha juga turut ditemani oleh beberapa rakan rapatnya di sana," kata pengurus Manisha Koirala, Subroto Ghosh kepada IANS.

Manisha Koirala Selamat Jalani Pembedahan Kanser Ovari


Sebelum ini telah timbul beberapa spekulasi mengenai penyakit yang dihidapi oleh Manisha Koirala selepas dia dimasukkan ke Hospital Jaslok, Mumbai pada 28 November lalu.

Namun, keluarga Manisha tidak mahu mengesahkan tentang penyakit kanser yang dihidapinya. Manisha kemudian dilaporkan terbang ke Amwerika Syarikat bersama keluarganya pada 6 Disember 2012 lalu untuk mendapatkan rawatan.

Pada tarikh yang sama pengurusnya, Subroto Ghosh mengesahkan kepada pihak media bahawa Manisha Koirala telah menghidapi penyakit kanser ovari dan bakal menjalani pembedahan di New York.

Manisha pula di dalam akaun facebook rasminya mengakui bahawa dia sendiri terkejut apabila mendapat tahu tentang penyakitnya tetapi dalam waktu yang sama, dia yakin penyakit itu dapat dipulihkan.

"Kepada semua, terima kasih di atas segala doa dan ucapan yang diberikan. Syukur saya berada di dalam keadan yang baik. Dengan doa dan kasih sayang semua, saya percaya saya akan pulih.

"Saya sendiri terkejut mendapat tahu tentang penyakit ini, tapi hendak buat macamana, kehidupan kita ini memang sentiasa penuh dengan kejutannya," katanya Maniska Koirala, 42.


Aktres kelahiran Nepal yang datang dari keluarga politik yang berpengaruh ini telah membintangi banyak filem Bollywood. Antaranya ialah Mann, Dil Se dan 1942: A Love Story. Dia memulakan kerjaya lakonannya menerusi filem Saudagar pada 1991 dan membuat comeback semula menerusi filem Ram Gopal Varma, Bhoot Returns.

Hmmm nasib baik Bollywood jauh kalau tidak is nak pi promote Garam Buluh gak kat Manisha Koirala nie, xpayah susah susah gi Amerika tu, bukan boleh baik pun kanser tu kalau pegi sana pun.

Pasal Anti-Amerika, Psy Minta Maaf Pada Amerika!


LOS ANGELES, 10 DIS 2012: Di sebalik kejayaan Gangnam Style yang kini telah pun tersebar meluas di seluruh pelusuk dunia, rapper Korea Selatan, Psy telah memohon maaf kepada seluruh masyarakat Amerika Syarikat kerana telah menampilkan lirik yang berbentuk anti-Amerika di dalam beberapa konsert persembahannya sebelum ini.

Permohonan maaf secara berikutan munculnya beberapa laporan muncul di Amerika pada Jumaat lalu mengenai penglibatannya menerusi 2 persembahan yang telah mengkritik tentera Amerika Syarikat secara terang-terangan pada 2004.

Pasal Anti-Amerika, Psy Minta Maaf Pada Amerika!


"Walaupun saya bersyukur kerana dapat meluahkan apa yang saya rasa secara bebas, namun saya sedar bahawa ada hadnya terhadap apa yang saya lakukan dan saya memohon maaf seandainya terhadap bagaimana lirik itu telah diinterpretasi. Saya berasa kesal kerana telah menyebabkan ramai yangs akit hati terhadap lirik tersebut," katanya dalam satu kenyataan akhbar.


Dalam satu persembahan yang telah berlangsung kira-kira 8 tahun lalu, rapper ini dikatakan telah memprotes kematian dua remaja Korea Selatan yang didakwa disebabkan oleh tentera Amerika Syarikat.

Manakala dalam satu persembahan yang berlainan, Psy telah mengkritik campur tangan Amerika terhadap Iraq serta memaksa Korea Selatan menjadi sekutunya.

Mengenai perkembangan lain, Psy dijangka bakal membuat persembahan tahunan untuk sebuah stesen televisyen iaitu Christmas in Washington" yang bakal turut dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan isterinya.

Muzik video Gangnam Style kini menjadi muzik video yang paling banyak ditonton di YouTube serta meraih 900 juta penonton sejak ianya di muatnaik pada Julai lalu.

Minta maaf nak buat apa? Biar kan ajer, habis kuat Korea Selatan perang aja dengan Amerika huhuhuuuu.

Prince William: Isteri Saya, Kate Sudah Beransur Pulih


LONDON, 6 DIS 2012: Prince William memberitahu bahawa isterinya, Kate Middleton yang telah pun disahkan hamil sudah beransur pulih selepas 2 hari mendapat rawatan berikutan sejenis penyakit morning sickness yang dihidapinya.

Sejak isterinya disahkan hamil selepas pengumuman dibuat pada Isnin lalu, William dan Kate tidak hendati-henti mendapat ucapan tahniah daripada seluruh pelusuk dunia.

Namun pada waktu yang sama William juga sentiasa berada di sisi Kate. Duke dan Duchess of Cambridge yang sama-sama berusia 30 tahun ini sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka yang juga merupakan pewaris takhta kepada keluarga diRaja Britain.

Prince William: Isteri Saya, Kate Sudah Beransur Pulih


"Keadaan The Duchess of Cambridge kini semakin baik. Dia dengan Duke gembira dan bersyukur dengan pelbagai ucapan yang diterima," kata jurucakap pasangan ini di ibu pejabat St James' Palace.

Menurut jurucakap terbabit lagi, Kate akan terus ditempatkan di Hospital King Edward VII di tengah kawasan London untuk meneruskan rawatan bagi penyakit hyperemesis gravidarum yang dihidapinya iaitu sejenis penyakit yang berkaitan dengan morning sickness dan hanya dihidapi 1 daripada 200 wanita yang hamil sahaja.

Bayi yang berada di dalam kandungan itu bakal menjadi pewaris ketiga empayar Queen Elizabeth, tidak kira sama ada jantinanya lelaki atau perempuan dan ianya telah dipersetujui dalam perjanjian bersejarah di antara 16 Negara Kommanwel pada tahun lalu.

William adalah pwaris kedua empayar diRaja itu selepas Putera Charles. Dia telah menziarahi isterinya di hospital pada tengaahri Isnin yang lalu dan mengjabiskan masa selama 6 jam bersamanya pada hari berikutnya (Selasa).

Wah mendapat ucapan tahniah pun boleh sampai jatuh sakit nie, memang hebat sungguh menjadi puteri nie kan?

Psy Gangnam Style Sebenarnya Bekas Banduan


SEOUL, 7 DIS 2012: Bukan saja populariti yang dikecapi rapper dari Korea Selatan, Psy apabila mencipta fenomena menerusi lagu Gangnam Style, sebaliknya ramai bintang ternama dari Hollywood yang mahu berkolaborasi dengannya.

Memandangkan Psy sudah disifatkan sebagai ikon muzik baru dari Korea Selatan, pelbagai kisah silam beliau muncul dan dilaporkan pihak media di seluruh negara. Terbaru, Psy yang sudah pun berumahtangga dikhabarkan adalah seorang banduan dan pernah dipenjarakan dalam tempoh yang lama atas tuduhan menghisap dadah.

Psy Gangnam Style Sebenarnya Bekas Banduan


Pun begitu, Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang melakukan kesalahan itu secara tidak sengaja kerana beliau dikatakan tidak mengetahui rokok yang dihisapnya itu mengandungi dadah terlarang.

Sementara menunggu tempoh dibebaskan dari penjara, Psy telah menggunakan masa tersebut dengan mencipta pelbagai lagu. Malah, sebaik saja dibebaskan dari penjara, Psy yang datang dari keluarga berduit terus mengatur strategi untuk bergelar bintang ternama.

Walaupun dia pernah ditolak beberap kali oleh pihak rakaman dari Korea Selatan kerana imejnya sebagai bekas banduan, Psy tidak mengalah dan berjaya membuktikan bahawa dia layak bergelar bintang.

Apapun, sebaik saja Psy memenangi anugerah di M-Net Asean Music Awards (MAMA), baru-baru ini, Psy telah mengeluarkan hasrat untuk melihat Barack Obama menari Gangnam Style.

Adakah Barrack Obama bakal merealisasikan impian Psy? Tunggu dan lihat sajalah.

Selalunya suara banduan nie memang sedap dan lagu pun memang macam cibai kalau menyanyi sebab apa, sebab tekana penjara tu lah.

Aktres Angelina Jolie Mahu Bersara Daripada Berlakon!


LOS ANGELES, 6 DIS 2012: Dalam wawancara yang diadakan bersama Channel 4 Britain baru-baru ini, aktres Angelina Jolie telah menyuarakan hasratnya untuk bersara daripada lakonan.

Keputusan yang dibuat oleh pelakon berusia 37 tahun ini bukanlah disebabkan dia sudah letih berlakon tetapi kerana mahu menumpukan perhatian terhadap keluarganya.

"Ya, saya rasa saya mungkin akan bersara daripada dunia lakonan. Lagipun, anak-anak saya kini sudah semakin meningkat remaja. Jadi, banyak perkara yang harus diuruskan di rumah," katanya.

Aktres Angelina Jolie Mahu Bersara Daripada Berlakon!


Angelina Jolie dan tunangnya, Brad Pitt memiliki 6 cahayamata iaitu Maddox, 11, Pax, 9, Zahara, 7, Shiloh, 6, serta pasangan kembar, Knox dan Vivienne, 4.

Tambah Angelina Jolie lagi, dia memang seronok menjadi seorang aktres dan berasa tuah kerana memiliki kerjaya seni yang seperti ini.

"Seronoknya apabila dapat merasai pelbagai pengalaman yang berharga, dapat berkongs cerita dan menjadi sebahagian daripada cerita yang ingin disampaikan, saya rasa ia satu kerjaya yang memberikan tuah buat saya.

"Namun, jika saya tidak melakukan kerjaya ini, saya lebih gembira jika dapat menghabiskan masa bersama anak-anak di rumah," katanya lagi.

Bagus la kalau betul Angelina nak bersara dia pun dah tua dah pun kesian dia asyik berlakon filem aksi je, bukan filem cintan cintun pun.

Manisha Koirala Bakal Dapatkan Rawatan Di US


MUMBAI, 5 DIS 2012: Aktres Manisha Koirala yang telah dimasukkan ke Hospital Jaslok, Mumbai pada Rabu lalu akibat kanser telah dibenarkan keluar daripada pusat perubatan tersebut pada pagi Jumaat lalu.

Kini, heroin filem Mann itu sedang dalam perancangan untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya di luar negara.

"Kami bercadang untuk mendapatkan rawatan tersebut di Amerika Syarikat. Tapi, kami masih belum menentukan hospitalnya lagi. Seluruh keluarga sedang berbincang tentang hal ini," kata ipar Manisha Koirala.

Manisha Koirala Bakal Dapatkan Rawatan Di US


Begitupun, ipar Manisha Koirala enggan mendedahkan penyakit yang dihidapi bintang Bollywood ini. Sebaliknya, ia memberikan bahawa perkara itu adalah satu isu peribadi. Pun begitu, desas-desus mengatakan bahawa Manisha telah disahkan menghidap penyakit kanser.

Sumber memberitahu lagi, setelah mendapatkan pelbagai rawatan dan ujian daripada pakar perubatan oncology di Hospital Jaslok, Manisha Koirala telah pun memperolehi visa Amerika Syarikat kecemasan untuk membolehkan mereka terbang ke negara Uncle Sam itu.

Datang dari keluarga yang berlatarbelakang politik di Nepal, Manisha telah berlakon dalam banyak filem Hindi, Tamil dan Malayalam.

Dia dilihat kali terakhir di Festival Filem Mumbai ke-14 dan tayangan perdana, Life of Pi.

Kalau isu peribadi baik tak payah bagi tau langsung Manisha tu sakit betul tak kan?

Mike Tyson: Brad Pitt Pernah Tidur Dengan Isteri Saya


LOS ANGELES, 5 DIS 2012: Siapa sangka bahawa aktor kacak, Brad Pitt pernah meniduri bekas isteri orang. Lebih-lebih lagi bila wanita tersebut adalah isteri kepada bekas juara bina badan, Mike Tyson.

Namun, perkara itu bukanlah berlaku di dalam salah sebuah babak filem, sebaliknya ia adalah realiti yang berlaku di dalam kehidupan sebenar Mike Tyson.

Dan selepas bertahun-tahun, akhirnya Mike Tyson telah mendedahkan perkata tersebut bahawa dia pernah menangkap aktor Brad Pitt sedang berasmara dengan bekas isterinya, Robin Givens.

Mike Tyson: Brad Pitt Pernah Tidur Dengan Isteri Saya


Menurut laporan The Sun, Mike Tyson menangkap Robin Givens pada sekitar tahun 1980-an. Pada waktu itu, dia sudah pun menceraikan aktres tersebut, tetapi masih lagi tidur dengannya.

Kata Mike Tyson, wajah Brad Pitt ketika itu amat pucat setelah terlihat dia.


"Saya betul-betul marah. Anda patut lihat bagaimana wajah Brad Pitt ketika itu bila dia terlihat saya," katanya.

Nasib baik Mike Tyson xbagi penumbuk sebijik kat Brad Pitt atau pun tak geget telinga dia kalau tidak habis la Brad Pitt dah xensem dah.

Aktres Manisha Koirala Masuk Hospital Kerana Kanser


MUMBAI, 1 DIS 2012: Heroin filem Maan, Manisha Koirala telah mengejutkan warga Bollywood apabila dia tiba-tiba dimasukkan ke Hospital Jaslok Mumbai pada Rabu lalu. Namun, ada desas-desus mengatakan bahawa dia dimasukkan ke hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas dipercayai menghidap kanser.

Aktres Manisha Koirala Masuk Hospital Kerana Kanser


Sumber daripada hospital terbabit memberitahu bahawa sepanjang berada di pusat perubatan tersebut, Manisha Koirala, 42, telah mendapat rawatan daripada pakar yang terbaik.
Pun begitu salah seorang anggota keluarga tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

Gerard Butler: Saya Single Sebab Tunggu Priyanka Chopra


LOS ANGELES, 29 NOV 2012: Aktor kacak Hollywood, Gerard Butler mengakui dia pernah terfikir untuk tertinggal penerbangannya semata-mata kerana mahu bertemu dengan aktres Bollywood, Priyanka Chopra yang kebetulan berada di Amerika Syarikat.

"Tahun lalu, Priyanka berada di sini (Amerika Syarikat) dan saya terpaksa menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Saya berada di Malibu ketika itu dan Priyanka pula datang untuk berparti di sini.

"Disebabkan itu, kami tidak dapat berjumpa. waktu itu, saya terfikir juga untuk sengaja tertinggal penerbangan saya supaya dapat berjumpa dengannya serta mengucapkan hello.

Gerard Butler: Saya Single Sebab Tunggu Priyanka Chopra


"Sudah lama saya tidak berjumpa dengannya. Tapi, kami selalu juga berhubungan," kata aktor berusia 43 tahun ini yang sudah lama menjalinkan persahabatan dengan Priyanka.

Namun begitu, aktor ini juga nampaknya mempunyai perasaan yang lain macam terhadap Priyanka.

"Saya masih single sebab tunggu Priyanka Chopra," katanya.

Bagus setia itu adalah satu sifat yang terbaik, walaupun cinta tak seharusnya bersatu, kan?

Steven Spielberg Pernah Ditolak Arahkan Bond 007


LOS ANGELES, 29 NOV 2012: Sukar untuk mempercayai bahawa anda pihak yang akan berkata tidak dengan Steven Spielberg, biarpun dia adalah seorang pengarah filem yang hebat. Namun itulah yang berlaku pada Spielberg pada penghujung tahun 1970-an apabila dia ditolak untuk mengarahkan filem James Bond.

Waktu itu dia masih belum mampu untuk mencatatkan nama sebagai pengarah yang berjaya dan ternama.

"Saya berjumpa dengan produser Bond iaitu Cubby Brocolli dan bertanya kepada dia, bolehkan saya mengarahkan Bond. Dia kata tidak. Selepas itu, saya tidak bertanya lagi soalan itu pada dia. Kemudian barulah saya mengarahkan siri filem India Jones," katanya Spielberg yang telah telah banyak menghasilkan filem bercorak adventure yang hit seperti Minority Report, Jurassic Park dan Raiders of the Lost Ark.

Steven Spielberg Pernah Ditolak Arahkan Bond 007


Menariknya, pemilihan Steven Speilberg untuk mengarahkan siri Indian Jones juga adalah disebabkan kerana minat dan kecintaannya terhadap filem Bond 007. Dalam laporan J.w Rinzler mengenai The Complete Making of Indiana Jones, George Lucas dikatakan telah tertarik untuk mengarahkan Indiana Jones adalah kerana minat Speilberg untuk mengarahkan filem fesyen lama ejen perisik itu.

Waktu itu, Speilberg dan George Lucas sedang dalam percutian ke Hawaii.

"Sebaik saja mendapat tahu bahawa tayangan Star Wars pada jam 9.30am di seluruh negara sudah penuh, kami pun duduk membina istana pasir di Hotel Mauna. Ketika itulah kami berbual-bual pasal filem, pasal idea dan peluang-peluang yang boleh digunakan untuk dalam bidang ini.

"Goerge kemudian bertanya saya, apa yang saya ingin lakukan selepas ini. Saya kata saya tidak tahu tapi apa yang saya tahu saya ingin sangat mengarahkan filem Bond yang dibintangi Sean Connery.

"George kemudian berkata, saya mempunyai sesuatu yang mungkin ada akan suka macam Bond. Jadi, ketika meneruskan usaha kami membina istana pasir itu, George telah memberitahu saya segala-galanya tentang Raiders of the Lost Ark," katanya.

Bukan setakat berjaya menempa nama dengan siri Indiana Jones, takdir juga menemukan Spielberg dengan Sean Connery yang kemudian telah dipilih untuk memegang watak sebagai bapa India Jones dan siri ketiga adventure Indy itu iaitu Indiana Jones and the Last Crusade (1989).

Biarpun pernah ditolak daripada mengarahkan filem Bond, Her Majesty's Secret Service pada lewat 70-an, namun Steven Speilberg masih kekal menjadi peminat setia James Bond. Malah, dia juga amat meminati filem Bond yang baru iaitu Skyfall.

"Saya dah pun menontonnya sekali dan saya pasti akan menontonnya sekali lagi," katanya.

Itulah menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudia nama Steven Spielberg is da BOOM!!!

Ketahui Makna Seksi Dari Kaca Mata Jericho Rosales


MANILA, 30 NOV 2012: Pernah dinamakan sebagai Aktor Terbaik untuk lakonannya dalam Kapamilya TV drama Dahil Sa Pagibig oleh Star Awards anjuran Philippine Movie Press Club, Jericho Rosales juga telah menjadi penerbit bersama untuk sebuah filem Indie yang dinamakan Alagwa (Breakaway) yang telah ditayangkan di Window on Asian Cinema di Festival Filem Busan Ke-17 di South Korea untuk

Malah, dia juga bakal muncul dalam sebuah lagi drama TV Kapamilya, Against All Odds, arahan Malu Sevilla yang akan dibintangi Judy Ann Santos, Sam Milby, KC Concepcion, Tirso Cruz III dan Coney Reyes.

Serius dengan kerjaya nyanyiannya, Jericho juga bakal melancarkan album solo terbarunya Korona bersama label Star Records yang turut memuatkan single lagu Paboritong Tag-Ulan. Ikuti apakah makna seksi dari kacamata aktor dan penyanyi yang pernah diundi sebagau antara 100 Most Beautiful Celebrities dalam majalah Yes! pada 2012 ini.

Ketahui Makna Seksi Dari Kaca Mata Jericho Rosales


SOALAN: Apakah Seksi bagi anda?
JERICHO: Seksi bagi saya adalah seseorang yang bijak dan mampu berdiri di atas pendiriannya sendiri.

SOALAN: Bila masanya anda berasa seksi?
JERICHO: Apabila kulit saya jadi semakin tan dan saya juga nampak fit dan sihat.

SOALAN: Di bahagian badan yang manakah anda berasa ianya seksi?
JERICHO: Mungkin lengan saya...

SOALAN: Buku yang seksi?
JERICHO: Saya tidak ada jawapan kerana saya tidak membacanya sangat buku yang seksi.

SOALAN: Filem yang seksi?
JERICHO: The Tourist dan Mr. & Mrs. Smith. Kedua-dua filem ini sangat stylist dan seksi.

SOALAN: Instrumen muzikal yang seksi?
JERICHO: Gitar...

SOALAN: Lagu seksi?
JERICHO: Somebody That I Used To Know dan Manhattan oleh Kings Of Leon, ianya disebabkan oleh vokal dan rhythmnya.

SOALAN: Show TV yang seksi?
JERICHO: Grey's Anatomy and Nikita.

SOALAN: Makanan yang seksi?
JERICHO: Sashimi and sushi.

SOALAN: Kereta yang seksi?
JERICHO: Saya ada dua iaitu Aston Martin DB-5 dan 1965 Mustang."

SOALAN: Waktu yang seksi?
JERICHO: Tengahari

SOALAN: Bahagian yang seksi di rumah
JERICHO: Tempat letak kereta

SOALAN: Binatang yang seksi?
JERICHO: Kucing. Saya mempunyai kucing seksi bernama Silver.

SOALAN: Babak seksi yang pernah anda lihat dalam filem?
JERICHO: Sekuin tarian Brad Pitt dan Angelina Jolie dalam Mr. & Mrs. Smith.

SOALAN: Babak seksi yang pernah anda buat?
JERICHO: Filem Check Baler...

SOALAN: Perkara seksi yang pernah anda buat terhadap diri sendiri?
JERICHO: Memakai seluar pendek yang terlalu pendek sewaktu melakukan surfing.

SOALAN: Perkara seksi yang anda lakukan terhadap orang lain?
JERICHO: Memberikan aiskrim.. hahahahaha

SOALAN: Fantasi seksi?
JERICHO: Tiada

SOALAN: Konsert seksi yaang pernah anda tonton?
JERICHO: Konsert John Mayer

SOALAN: Wajah seksi wanita?
JERICHO: Kekasih saya- Kim Jones

SOALAN: Tiga wanita yang anda anggap seksi?
JERICHO: Jennifer Aniston, Mila Kunis and Gemma Arterton.

So lepas nie korang berhati-hati dengan kaca mata Jericho Rosales nie ok?

Nicki Minaj Cari Pasal Pula Dengan Steven Tyler


LOS ANGELES, 28 NOV 2012: Sebelum ini, Nicky Minaj telah pun bergaduh dengan rakan jurinya di dalam American Idol iaitu Mariah Carey. Sekarang ini, dia cari pasal pula dengan rocker Steven Tyler yang juga vokalis Aerosmith.

Ianya gara-gara kenyataan yang dikeluarkan Steven mengenai perbalahan yang tercetus di antara rapper tersebut dengan Mariah Carey. Sewaktu diwawancara MTV News, Steven tanpa berselindung memberitahu bahawa perbalahan seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

"Saya tahu tentang perbalahan yang berlaku itu. Tapi, bagi saya ia tidak sepatutnya berlaku. Sepatutnya, kalangan juri harus menghormati di antara satu-sama lain dan menjalinkan hubungan yang baik.

Nicki Minaj Cari Pasal Pula Dengan Steven Tyler


"Yang penting di sini adalah bagaimana kita mahu membantu dan menyokong bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian bertapak di dalam bidang ini. Itulah yang cuba saya lakukan dulu bersama rakan juri yang lain waktu kami masih berada di American Idol," katanya.

Steven bersama rakan jurinya yang lain adalah orang yang bertanggungjawab membantu Phillip Phillips menjuarai American Idol Musim.

Menurut Steven lagi, kebanyakan bakat-bakat baru yang menyertai American Idol ini tidak tahu bagaimana caranya untuk mereka bertapak dengan betul di dalam industri ini.

"Mereka ini datang dari entah mana entah dan tiba-tiba berada di Kota New York. Dan, ia adalah suatu yang cukup menakutkan buat mereka dan anda tidak akan mampu untuk mencari yang baik daripada mereka dengan cara ini.

"Kalau Bob Dylan mungkin Nicki Minaj akan menghantarnya ke padang jagung. Tapi, kalau Bob Dylan bersama saya dengan rakan juri yang lain dulu, kami akan berusaha untuk mencungkil bakatnya dengan lebih mendalam lagi seperti mana yang kami lakukan terhadap Philip Philips," katanya.

Tidak lama selepas itu, Nicky Minaj terus mengamuk terhadap Steven Tyler di laman twitternya.

"Steven Tyler kata saya akan hantar Bob Dylan di padang jagung? Tidak pernah sekali pun dia melihat saya menjadi juri untuk seorang peserta dan dia sudah pun membuat andaian bahawa saya tidak akan menggemari Bob Dylan? Kenapa? Hitam? Rapper? Apa? Pergi mampus dengan diri anda dan jaga diri anda sendiri," katanya penyanyi Starships ini.

Tambah Minaj lagi: "Saya tahu anda mahu jaga job anda dan mahu jaga hati produser. Saya tidak ada apa-apa masalah dengan anda. Tapi, komen itu sangat berbaur perkauman".

Laaa ambik hati la pulak Minaj nie dengan Steven, biasala artis veteran memang ada pandangan yang meluas tentang dunia hiburan.

Pengurusan Tidak Suka Justin Bieber Dengan Selena Gomez


LOS ANGELES, 27 NOV 2012: Biarpun digilai ramai gadis di seluruh dunia, namun hanya Selena Gomez saja yang berjaya membuatkan Justin Bieber benar-benar mabuk kepayang dengannya. Malah, Justin Bieber juga sanggup berbuat apa saja untuk memenangi semula hati penyanyi-pelakon idamannya itu selepas mereka putus cinta kira-kira 2 minggu yang lalu.

Biarpun ada laporan yang mengatakan bahawa mereka telah berbaik semula, namun hakikatntya, Selena Gomez dikatakan masih belum mampu memaafkan Justin Bieber setelah mendapat tahu bahawa teman lelakinya itu telah menghabiskan masa bersama dengan model seluar dalam, Barbara Palvin di sebuah parti minggu lepas.

Hal ini telah menbuatkan Justin Bieber tertekan dan berusaha untuk melakukan apa saja, asalkan Selena Gomez kembali semula dalam hidupnya.



Namun, hal ini nampaknya tidak begitu disenangi pihak pengurusan Justin Bieber. Malah, kalau boleh, mereka mahu penyanyi lagu Boyfriend ini cepat-cepat sembuh daripada terkena magik cinta Selena Gomez.

"Justin benar-benar mencintai Selena dan cukup menggilai gadis tersebut, sampaikan dia tidak mahu dengar apa yang pihak pengurusan katakan terhaap dirinya. Dia hanya mahu dengar kata Selena semata-mata dan ini bukanla satu situasi yang bagus.

"Dia ikut saja apa yang Selena. Yang teruknya, pihak pengurusan terpaksa menghubungi Selena jika mahukan Justin berbuat sesuatu dan terpaksa bertanya Selena untuk bertanya dia, barulah dia mahu buat perkara itu. Pendek kata, Selena adalah hati dan telinganya," kata satu sumber memmberitahu Fox News.


Biarpun berpendapat bahawa hubungannya yang sekejap putus dan sekejap bercinta balik dengan Selena itu dianggap satu proses yang mampu mematangkan lagi hubungan mereka termasuklah mempercayai Selena lebih daripada orang lain, namun team pengurusan Justin berpendapat bahawa hal itu akan mendatangkan lebih masalah buat mereka.


"Kalau boleh pihak pengurusan tidak mahu melihat mereka bersama semula dan mereka juga tidak mahu melihat mereka melalui proses sambung dan putus balik dalam bercinta. Ianya hanya akan menyusahkan lagi pihak pengurusan.

"Lagipun, bukanlah satu perkara yang elok bila melihat Justin secara terang-terangan cuba merayu dan mendapatkan semula cinta Selena," kata sumber itu lagi.

Pasangan ini telah menjadi tajuk utama berita mengenai hubungan cinta mereka sejak beberapa bulan yang dikatakan asyik putus dan sambung semula dan apa yang memeranjatkan Selena seperti dikatakan bermain tarik tali dengan Justin.

Memang patut pun tak suka Justin bukan best sangat pun, kontrevesi je banyak dah macam player dah, Salena tu ok la jugak banyak berlakon dan menyanyi.

Kajol Tak Diundang Ke Tayangan Perdana Jab Tak Hai Jaan


MUMBAI, 27 NOV 2012: Filem Son Of Sardaar yang diterbitkan oleh aktor Ajay Devgan telah pun ditayangkan pada perayaan Diwali di India pada 13 November lalu. Walaupun ulasan yang diberikan terhadap filem ini tidak berapa bagus, namun filem ini tetap berjaya mencatatkan kutipan pecah panggung di setiap panggung.

Namun, sebelum ia ditayangkan, Son Or Sardar terpaksa bertarung dengan filem terakhir mendiang Yash Chopra, Jab Tak Hai Jaan untuk mendapatkan ruang tayang yang lebih, apatah lagi filem tersebut turut ditayangkan pada tarikh yang sama di pawagam.

"Persaingan ini sangat memenatkan. Tidak ada sesiapa yang sukakan kontroversi. Malah, ianya juga membuatkan sering tidak tidur dengan lenanya. Tetapi apa yang dilakukan harus dilakukan. Seperti apa yang pernahs aya sentuh sebelum ini, walaupun kita kekurangan pawagam tetapi kita tidak boleh kekurangan penonton," kata Ajay Devgan memperkatakan tentang notis yang difailkan syarikat produksinya terhadap Yash Raj Film (YRF)

Kajol Tak Diundang Ke Tayangan Perdana Jab Tak Hai Jaan


Dalam notis tersebut, pihak Ajay Devgan telah mendakwa bahawa YRF telah memonopoli pasaran filem dan telah meletakkan tekanan kepada pengedar untuk memilih menayangkan Jab Tak Hai Jaan berbanding Son Of Sardar.

Mengenai pendapat yang mengatakan bahawa dia patut menghormati Yash Chopra yang baru saja meninggal dunia dengan mengubah tarikh tayangannya, namun Ajay berkata, dia mempunyai sebab untuk tidak berbuat demikian.

"Sama seperti orang lain, saya sangat menghormati Yashji (Yash Chopra). Rasa hormat saya pada beliau bukan sedikit. Tetapi, dalam perniagaan, saya tidak boleh membunuh diri saya sendiri.

"Saya telah pun memberi pilihan kepada industri yang mana di dalam perniagaan anda harus memberi ruang buat saya iaitu dengan memberi tempoh masa selama 2 minggu. Biar masing-masing diberi pilihan untuk menayangkan filem ini secara serentak pada tempoh ini.

"Jika di dalam tempoh masa ini, ramai orang di dalam industri yang mengubah fikiran tentang hal ini, saya juga bersedia untuk berhadapan dengannya. Kalau semua orang menolak, tiada siapa yang boleh melakukan apa-apa," katanya lagi.

Ditanya apakah dengan memfailkan kes ini, ianya dapat membantu penayangan Son Of Sardar, Ajay Devgan dengan pantas menjawab, sudah tentu.

"Sebelum failkan kes ini, kita cuma memperolehi tidak sampai 1000 skrin. Tapi, disebabkan tekanan yang diterima terhadap pihak yang satu lagi, kami memperolehi tambahan sebanyak 400-500 skrin," katanya,

Mengulas mengenai ketiadaan Kajol di tayangan perdana Jab Tak Hai Jaan, Ajay berkata: "Kajol tidak diundang untuk menghadiri tayangan perdana tersebut dan saya rasa ini adalah satu perkara yang remeh-temeh.

"Ia juga sekarang tidak langsung memperlihatkan sikap remeh-temeh pihak tertentu," katanya.

Ditanyakan apakah dia tidak kisah andai digandingkan bersama dalam filem yang dibintangi Kajol dengan Shah Rukh Khan, Ajay Devgan membalas, dia tidak kisah langsung tentang hal itu.

"Apa yang penting adalah bahawa skripnya disukaoi oleh kami bertiga dan kami mempunyai watak yang kukuk untuk menjayakan filem ini nanti," katanya lagi.

MASG Dedah Cabaran Perjuangan Tuntut Hak Royalti Pelakon!


KUALA LUMPUR, 13 DIS 2012: Masih ramai lagi di kalangan selebriti khususnya pelakon yang tidak menyedari betapa pentingnya Kesedaran harta intelek, hak cipta dan royalti epada karyawan seni khususnya pelakon bagi menjamin kelangsungan perjuangan mereka di dalam bidang seni hiburan tanah air ini.

Begitu juga dengan kepekaan mereka tentang hak yang perlu mereka peroleh sebagai karyawan seni agak bakat seni mereka tidak sewenang-wenangnya dieksplotasi oleh pihak lain.

Menyedari hakikat ini, pihak Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Persatuan Malaysia telah menganjurkan Dialog Hak Cipta Intelek di Dewan Cendekiawan, IPPTAR, Kuala Lumpur pada petang Isnin lalu.

MASG Dedah Cabaran Perjuangan Tuntut Hak Royalti Pelakon!


Dialog Hak Cipta Intelek ini telah mengundang 4 orang ahli panel iaitu Presiden Seniman Malaysia iaitu Zed Zaidi, Pengarah Perbadanan Hak Intelek Malaysia (MyIPO), Fairuz Mohd pilus, Coordinator Federation Of International Actors (FIA), Ong Peng Chu serta Pengarah Urusan Malaysian Screen Actor's Guild Bhd (MSG), Zahrin Ishak. Manakala perantaranya adalah Zamshuri Ramli.

Menerusi 4 panel ini, topik-topik yang diperbincangkan adalah Kesedaran Karyawan Seni Di Malaysia dalam soal Hak Cipta dan Royalti yang dibentangkan oleh Zed Zaidi, Undang-Undang Hak Cipta Di Malaysia (Fairuz Mohd Pilus), Hak-Hak Artis Sebagai Pelaku Dari Segi Skop Antarabangsa (Ong Peng Chu), Tujuan dan Hala Tuju Malaysian Screen Actor's Guild Bhd (MASG).

Kesemua topik yang dibentangkan ini pada dasarnya adalah untuk memberi pemahaman yang jelas kepada ahli-ahli Seniman mengenai kesedaran hak cipta, fungsi MASG serta kepentingan badan kutipan royalti khas pelakon serta produser yang harus dilalui bagi membolehkan MASG ini beroperasi sepenuhnya, masalah-masalah yang dihadapi yang menyebabkan ia mengambil sedikit waktu yang panjang untuk dilaksanakan serta cabaran-cabaaran lain terutama apabila berdepan dengan pihak lain terutama stesen televisyen demi mencapai kata sepakat untuk memastikan badan kutipan royalti khas pelakon ini dapat direalisasikan.

Topik-topik yang dibentang ini nyata agak menarik kerana ia membuktikan bahawa Persatuan Seniman Malaysia benar-benar serius memperjuangkan isu hak royalti pelakon yang selama ini dipandang sepi serta menjadi isu lapuk yang tidak pernah selesai biarpun ada persatuan lain yang mahu memperjuangkannya sebelum ini, namun, ia hanyalah hangat-hangat tahi ayam saja dan ada pula yang memberikan pelbagai alasan dan kesukaran lain.

Ya, memang tidak mudah memperjuangkan isu hak royalti ini. Pihak Seniman Malaysia juga turut berdepan dengan hal yang sama. Namun, untuk memperjuangkan isu yang seperti ini bukanlah hanya dengan berbincang menggunakan air liur saja, kena ada kertas kerja, kena ada pengetahuan dari sudut perundangan, kena tahu produser dan saluran yang betul kerana isu yang diperjuangkan ini bukan isu main-main.

Seperti penubuhan Badan Perlindungan Hak Cipta Malaysia (MACP) dulu, ia juga menempuh pelbagai kesukaran untuk memperjuangkan hak karyawan muzik. Namun, lihatlah di mana MACP hari ini. Pada tahun 2011 saja, MACP berjaya mengutip royalti RM40.94 juta.

Atas sebab itulah Persatuan Seniman telah menubuhkan Malaysian Screen Actor's Guild Bhd (MSG) mengikut standard dan piawaian negara barat lain seperti Amerika dan Kanada. MSG inilah yang akan membantu Seniman mengutip royalti pelakon daripada stesen-stesen televisyen tempatan yang sedia ada dan kutipan royalti ini nanti akan diagih-agihkan kepada mereka.

Namun, mewujudkan MSG bukanlah semudah yang disangka kerana ia harus melalui banyak produser dan proses perundangannya yang mana ia harus mendapatkan lesen daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk memudahkan syarikat tersebut menjalankan kutipan royalti.

Ketika ini, Persatuan Seniman sedang berusaha mendapatkan lesen tersebut daripada MYIPO, malah mereka juga sudah berjumpa dengan pihak stesen televisyen untuk berbincang tentang bayaran royalti untuk pelakon menerusi drama-drama atau filem-filem yang asyik diulangtayang di kaca TV,

Persoalannya bilakah MSG akan mula beroperasi untuk mengutip royalti pelakon-pelakon tempatan kita ini. Kalau pelakon yang masih mudah atau baru, perkara ini pastinya bukan menjadi satu masalah.

Tapi, bagaimana pula nasib dengan pelakon-pelakon veteran dari era 60an, 70an, dan 80an. Bilakah mereka akan merasai duit royalti atau duit pencen ini?

Perkara ini turut dipersoalkan sendiri oleh beberapa artis veteran tanah air iaitu Datuk Aziz Sattar, wazata Zain serta Hamid Gurkha. Apakah mereka harus menunggu 10 tahun lagi? Dan, berapa lama lagi harus mereka menunggu?

Bak kata Datuk Aziz Sattar, isu kutipan royalti pelakon ini sudah mula diperkatakan sejak zaman Tan Sri P Ramlee hidup lagi. Namun, sehingga dia mati dan sehingga ke hari ini, isu ini tidak pernah ada kesudahannya. Sekurang-kurangnya, berilah kesempatan untuk dia serta rakan-rakan pelakon veterannya yang lain untuk merasa wang royalti yang menjadi hak mereka ini.

Malah, Aziz yang lebih mesta digelar Pak Aziz pernah berhubung dengan pihak penerbit Shaw Brothers yang menerbitkan banyak filem-filem Melayu sewaktu gemilangnya studio Jalan Ampas di Singapura dulu untuk menuntut hak royaltinya sebagai pelakon dan rakan--rakan seperjuangannya yang lain apabila filem-filem lakonan mereka sering diulangtayang di stesen televisyen tempatan.

Namun jawapan yang diterima adalah filem tersebut filem mereka. Kata Pak Aziz, benar memang filem itu milik penerbit tapi talent atau bakat milik siapa?

Bebalik-balik kepada 4 panel tadi, Zahrin yang juga seorang peguam memberitahu buat masa ini pihak stesen televisyen sudah bersetuju untuk menetapan bayaran minimum kepada pelakon mengenai soal royalti.

"Kalau boleh kita mahu bayaran minum ini dipersetujui oleh semua stesen televisyen," kata Zaharin.

Satu perkembangan yang agak menarik kerana Seniwati Mariani pernah memberitahu bahawa dia dan Aziz Sattar pernah berjumpa dengan pihak atasan di sebuah stesen televisyen swasta untuk bertanyakan soal royalti tapi mereka diberitahu bahawa hal itu tidak pernah tercatat di dalam kontrak.

Jadi persoalan di sini, apakah isu kutipan royalti juga harus diselitkan di dalam klausa kontrak pelakon dan bagaimana Seniman Malaysia selaraskan hal ini kepada pihak stesen telveisyen dan juga penerbit drama serta filem?

Persoalan yang diajukan oleh seniman Hamid Gurkha juga agak menarik. Adakah royalti itu dibayar mengikut drama-drama atau filem-filem yang telah ditayangkan sejak bertahun-tahun dulu atau hanya untuk masa sekarang? Kerana jika untuk masa sekarang, tidak mungkin dia akan dapat merasai wang royalti itu?

Menjawab persoalan ini, Zaharin berkata, pihaknya berkata, dari segi perundangan akan sukar untuk pihaknya meminta stesen televisyen untuk memberikan royalti kepada pelakon mengikut drama-drama atau filem-filem yang telah ditayangkan sejak bertahun-tahun dulu.

Tapi mungkin, pihaknya mampu usulkan sesuatu kepada pihak stesen televisyen supaya pelakon-pelakon veteran akan diberikan wang token hasil daripada lakonan mereka sebelum-sebelum.

"Lagipun agak sukar untuk mencari semula drama-drama atau filem-filem yang pernah dipertontonkan sebelum ini di stesen-stesen televisyen," kata Zaharin.

Namun, Dato' Eizlan Yusof bangkit dan tidak bersetuju kerana menganggap ianya adalah sebagai satu penghinaan kepada golongan pelakon veteran.

"Saya rasa pelakon veteran wajar mendapatkan hak mereka dan pasti ada cara yang boleh dilakukan untuk mereka mendapatkan bayaran royalti menerusi drama-drama dan filem-filem yang sudah banyak kali diulangtayang ini," katanya.

Banyak lagi persoalan yang dibangkitkan dan rasanya ini adalah satu input yang cukup baik buat Persatuan Seniman Malaysia demi memastikan MASG dapat beroperasi dengan lancarnya tanpa mengetepikan hak-hak pelakon tidak kira sama ada mereka golongan veteran, pelakon yang sedang popukar, sedang meningkat naik mahu pun pelakon extra atau pun tambahan.


Apapun Zed Zaidi dan Zaharin menyeru kepada ahli Seniman supaya terus menyokong Seniman serta penubuhan MASG ini jika ini memastikan bahawa badan kutipan royalti pelakon ini akan dapat dilaksanakan serta direalisasikan dengan sepenuhnya.

"Saya tahu akan ada masalah-masalah lain yang timbul apabila MASG ini beroperasi kelak, tapi biar pastikan ianya tertubuh dulu dan selepas itu baru kita cuba cari penyelesaian terhadap masalah-masalah lain yang timbul," kataya mengulas tentang sikap kronisme segelintir produser yang hanya mahu mengambil pelakon-pelakon yang ngam dengan mereka saja.

Apapun Rozita Rohaizat yang merupakan anak kepada seniwati Mariani Ismail pula mencadangkan supaya pengambil casting pelakon diletakkan di bawah pihak Seniman demi menentukan harga bayaran yang setimpal untuk mereka.

Dengan cara ini tidak wujudlah pelakon lama atau senior dibayar dengan harga yang cukup rendah. Sepertimana kata pelakon Kismah Johar, ada pelakon lama yang dibayar RM4,000 untuk 10 scene. Sedihnya...

Ada pula yang meminta supaya pihak Seniman dan MASG tidak melupakan ejen-ejen yang menyalurkan pelakon-pelakon terutama extra kepada pihak produksi dan pelawak Rama serta yang lain-lain pula menyatakan sokongan mereka buat Seniman dan MASG demi hak mereka sebagai pelakon.

Aperla dah berlakon berlakon dah, apa lagi dorang nak? Bayar je la royalti tu, takkan pelakon dah meninggal baru nak bagi kowt?

Anzalna Sering Diganggu Peminat Fanatik Ketika Tidur


KUALA LUMPUR, 13 DIS 2012: Hampir setiap hari sejak seminggu yang lalu, pelakon Anzalna Nasir akui dia asyik diganggu oleh panggilan telefon daripada seseorang yang dipercayai peminat fanatiknya ketika dia sedang tidur, waktu malam.

Tidak mengenali gerangan pemanggil itu, malah Anzalna Nasir memberitahu dia musykil apa tujuan peminat itu menelefonnya hanya semata-mata untuk mendengar suaranya tanpa berkata apa-apa setiap malam bermula jam 1 pagi hingga 4 pagi.

"Saya tidak mengenali siapa yang mengganggu saya sejak seminggu yang lalu. Dia biasanya akan mengganggu waktu tidur saya bermula jam 1 pagi dan jika saya tidak menjawab panggilannya dia akan terus menelefon sehingga jam 4 pagi.

Anzalna Sering Diganggu Peminat Fanatik Ketika Tidur


"Yang peliknya, dia tidak bersuara, apatah lagi mengenalkan dirinya, sebaliknya mendiamkan diri dan hanya mendengar suara saya yang berkali-kali berkata hello. Selepas beberapa minit mendiamkan diri, dia akan meletakkan telefon dan perkara yang sama yang dia akan lakukan setiap hari," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Tambah pelakon Adam dan Hawa itu dia terganggu dengan panggilan peminat itu setiap malam dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika ia berlanjutan dan melakukan perkara di luar jangkaan.

"Memang sangat terganggu kerana bila saya sudah terjaga dek kerana panggilan itu, saya akan susah untuk tidur semula. Saya tak tahu bila semua ini akan berakhir. Namun jika ia berpanjangan dan melakukan perkara yang berlebihan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis atau yang sewajarnya," jelasnya lagi.

Namun, menurut Anzalna ini bukan kali pertama dia diganggu oleh peminat kerana sebelum ini dia juga pernah diganggu oleh seorang makcik yang mahu menjodohkannya dengan anak lelakinya.

"Sebelum ini, ada seorang makcik menelefon saya dan memberitahu dia minat sangat dengan lakonan saya. Saya pun melayannya dengan baik seperti orang tua yang lain. Namun setelah beberapa kali menelefon saya dia memberitahu hendak memperkenalkan saya dengan anaknya. Tak lama lepas itu, anak lelakinya sering kali menelefon dan menghantar SMS cinta kepada saya.

"Rimas dengan gangguannya, saya pun memberitahu kekasih saya mengenai hal itu dan dia sendiri sudah menerangkan perkara sebenar mengenai status kami. Sejak daripada itu, lelaki tersebut tidak lagi menggangu saya lagi,"ceritanya lagi.

Anzalna dan kekasihnya, Hanif Zaki sudah pun menjalinkan hubungan cinta sejak lebih kurang dua tahun yang lalu.

Mengenai perkembangan terbaru, Anzalna kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Maskara bersama pelakon terkenal Nasha Aziz dan Lisa Surihani.

Wah mesti Anzalna nie mesra dengan peminat kan itu pasal peminat fanatik asyik ganggu dier ala sabar sikit je janagn terlalu mesra agak agak je dan jangan terlalu sombong itu je jalan terbaik.

Dee: Jahat Sangat Ke Najwa Latif Sampai Dituduh Derhaka?


KUALA LUMPUR, 12 DIS 2012: Kes yang mengangkat isu ayahanda Najwa Latif, Abdul Latif yang menuduh anaknya itu sudah derhaka bukan saja mengejutkan industri seni hiburan tempatan, malah ia turut mengundang pelbagai spekulasi sehingga ada segelintir peminat melahirkan rasa tidak puas hati terhadap ayah kepada penyanyi lagu Cinta Muka Buku tersebut.

Lebih panas lagi, menerusi segmen Panggilan Misteri Murai (PMM) kendalian pengacara, Ajieb Rosdi, seorang pemanggil telah mengadu domba dan tidak menyangka isu kekeluargaan dibangkitkan keluarga penyanyi yang baru saja selesai menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dee: Jahat Sangat Ke Najwa Latif Sampai Dituduh Derhaka?


Pemanggil yang ingin dikenali dengan nama Dee sangat risau dan berpendapat bapa Najwa tidak sepatutnya melakukan sebegitu. Dek kerana tuduhan ini, pelbagai isu negatif wujud dan membuatkan imej Najwa tercalar.

Apakah tanggapan negatif tersebut? Apa pula yang berlaku kepada Najwa serta peminatnya? Tonton Panggilan Misteri Murai sekarang untuk mengetahui jawapan disebalik isu Najwa yang dituduh sebagai anak derhaka. PMM disiarkan setiap Rabu di murai.com.my.

Jangan lepaskan peluang memberikan komen anda dengan menyertai ruangan Tanya Ajieb di emel tanyaajieb@gmail.com.

Jahat tu tak la kan tapi jangan lawan cakap ibu bapa je itu je kalau nak di namakan Derhaka, kalau lain lain tu bukan kowt?

Joseph Salang: Isu Royalti Pelakon Bakal Berakhir 2013


KUALA LUMPUR, 12 DIS 2012: Kemelut berhubung bayaran royalti kepada penggiat seni lakonan bakal berakhir melalui syarikat Malaysian Screen Actor Guild Berhad (MSAGB) yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun depan.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Joseph Salang berkata, melalui syarikat itu, kadar bayaran kepada pelakon termasuk kaedah royalti dapat dikaji dan diubahsuai agar selari dengan tuntutan serta keperluan semasa.

Selain menjadi landasan terbaik dalam soal tuntutan royalti pelakon, katanya MSAGB juga memberi manfaat kepada perkembangan industri perfileman dan penerbitan rancangan televisyen secara keseluruhannya.

"Saya berharap melalui penubuhan MSAGB, ia dapat mewakili para pelakon, penulis skrip, dan keseluruhan rantaian dalam penerbitan supaya mendapat manfaat imbuhan atau royalti hasil daripada karya mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis dialog 'Kesedaran Hak Cipta Intelek Dalam Kalangan Seniman Malaysia' di sini hari ini.

Joseph Salang: Isu Royalti Pelakon Bakal Berakhir 2013


Beliau berkata melihat kepada perkembangan industri muzik yang melibatkan pembayaran royalti, para pelakon yang kini mencecah 5,000 orang juga berhak memperjuangkan hak untuk memperoleh bayaran dan royalti yang setimpal.

Bagaimanapun, beliau berkata KPKK tidak boleh campur tangan dalam kegiatan syarikat itu melainkan mereka memerlukan orang tengah untuk menjaga atau memantau syarikat.

"Pemantauan itu terpulang kepada keadaan, sekiranya ia melibatkan pemberian dana daripada kementerian maka kementerian akan membuat pemantauan tetapi sekiranya tidak, kementerian hanya akan menyumbang dari segi buah fikiran dan idea bila mana diperlukan," katanya.

Selain itu, katanya penguatkuasaan dan pemantauan menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan hak cipta seni lakonan para pelakon terpelihara kerana amat menyulitkan untuk membayar royalti jika hak cipta tersebut dicuri atau diguna pakai oleh orang perseorangan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi berkata, Seniman ketika ini dalam usaha mendapatkan lesen daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk memudahkan syarikat tersebut menjalankan kutipan royalti.

"Persatuan sememangnya sudah mengambil inisiatif menubuhkan syarikat MSAGB yang juga telah diluluskan supaya melalui syarikat ini kutipan royalti untuk para pelakon dapat dilakukan kerana ini adalah hak dan duit pencen mereka," katanya.

Mengenai dialog, beliau berkata ia dianjurkan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Seniman bertujuan memberi kesedaran kepada penggiat seni lakonan mengenai harta intelek, hak cipta dan royalti bagi menjamin kelangsungan perjuangan seni mereka.

Di samping itu, dialog berkenaan juga mewujudkan kepekaan tentang hak yang perlu diperoleh agar mereka tidak dieksploitasi oleh pihak lain, katanya. - Bernama

Zed Zaidi Salurkan Bantuan Kepada Yahya Sulong Hari ni


KUALA LUMPUR, 12 DIS 2012: Nasib pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, dan isterinya Datin Alisah Ali yang diarahkan keluar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL daripada rumahnya bakal dibela oleh Persatuan Seniman Malaysia menerusi sumbangan yang akan disalurkan daripada pasangan ini , kira-kira jam 3 petang ini.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, sumbangan yang disalurkan itu akan disegerakan supaya pelakon veteran itu dapat terus tinggal di flat Bandar Baru Sentul, tanpa perlu keluar atau berpindah.

"Pihak kami sudah lama hendak mendapatkan Datuk Yahya bagi memberikan sumbangan ini. Lagipun ini bukan pertama kali kami memberikan sumbangan kepada beliau. Tetapi kali ini, kami sukar untuk mengesannya sehinggalah hari ini kami diberitahu oleh satu sumber bahawa dia kini masih berasa di Sentul.

Zed Zaidi Salurkan Bantuan Kepada Yahya Sulong Hari ni


"Sebaik sahaja kami dapat menghubunginya, saya mewakili pihak Seniman akan segera ke sana jam 3 petang ini untuk menyerahkan sumbangan itu. Selain itu, saya juga akan cuba berbincang dengan pihak DBKL supaya mereka akan diberi sedikit masa untuk melangsaikan sewa yang tertunggak itu ," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Datuk Yahya Sulung dan isterinya diarahkan oleh DBKL agar mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul, berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Zed Zaidi memberitahu sumbangan yang akan diserahkan nanti bakal mencukupi untuk Datuk Yahya Sulung membayar sewanya yang tertunggak itu.

"Sumbangan yang diserahkan adalah sebahagian daripada kutipan dana sebanyak RM20,000 yang kami perolehi daripada tabung Seniman Prihatin menerusi penjualan meja untuk Charity Gala pada Islamic Fashion Festival (IFF) November lalu.

"Kami, daripada pihak Seniman, akan sentiasa membantu artis-artis yang dalam kesusahan terutama artis-artis veteran kita. Apa-apa pun, sumbangan ini pastinya dapat melangsaikan pembayaran sewa rumah mereka yang tertunggak," jelasnya lagi.

Datuk Yahya Sulung yang tinggal berdua dengan isterinya itu kini sedang menghadapi sakit tua dan menanggung perbelanjaan perubatannya daripada wang bantuan Baitulmal serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu.

Bagusnyer Zed Zaidi nie kan? Bukan semua artis sekarang yang masih mengenangkan artis veteran.

Google Zeitgeist 2012


1.2 trillion searches. 146 languages. WHAT DID THE WORLD SEARCH FOR IN 2012? Ok ini adalah review setahun untuk 2012, so kepada penghambat atau pengejar keyword serta niche boleh la usha usha niche aper yang orang cari dan boleh lah buat preparation untuk next targeting niche untuk tahun depan betul tak?

is target Malaysia dan US je yang lain-lain is tak berapa target sebab semuanya akan menjadi sama je searchingnyer kalau buat yang hanya US.



Full review korang leh ambik kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan