Cari Artikel

Wednesday, December 12, 2012

Emma Stone Pun Ada Video Seks Peribadi


LOS ANGELES, 1 DIS 2012: Nampaknya bukan hanya Kim Kardashian seorang saja yang memiliki video seks peribadi. Sebaliknya, aktres Emma Stone yang dikenali dengan watak kekasih di dalam filem The Amazing Spider-Man dan Crazy, Stupid, Love juga memiliki video seksnya sendiri.

Menurut laporan Radar Online, video seksnya itu telah dibuat sewaktu Emma Stone masih muda remaja dan masih belum popular lagi sebagai bintang filem.

"Ketika itu dia masih muda dan tidak tahu apa-apa dan kehidupannya pada masa itu memang sangat liar. Waktu itulah dia bikin video seks itu. Dia melakukannya sebelum berdating dengan Andrew Garfield dan ketika itu juga dia masih belum popular lagi dalam bidang ini.



"Dia terlalu muda dan tidak menyangka bahawa video seks itu akan mendatang kesan buat dirinya," katanya satu sumber.

Sumber itu bagaimanapun berkata lagi bahawa buat masa ini video seks Emma Stone itu masih belum beredar di luar sana.

"Ia masih berada di tangan seseorang yang mana Emma Stone telah melakukan hubungan seks dengannya. Tapi, itu tidak memberikan sebarang jaminan bahawa video seks itu tidak akan berada di pasaran.

"Lebih tinggi nilai Emma Stone sebagai bintang filem, lebih tinggai lagilah nilai video itu jadinya nanti," kata sumber itu lagi. Emma Stone juga turut berlakon dalam filem The Help.

Cuba-cubalah bila ketagih sangat nak buat seks tu xpayah rakam2, kan dah memalukan diri sendiri? Bukan seronok sangat pun kalau dengar gosip macam nie bagi peminat meluat aja.

Rani Mukherjee Tak Berani Pandang Mata Aamir Khan!


MUMBAI, 26 NOV 2012: Aktres Rani Mukherjee mengakui bahawa suatu ketika dulu, dia memang tidak mampu untuk bertentang mata dengan aktor Aamir Khan. Ketika itu, mereka digandingkan bersama dalam filem Ghulam (1998). Pada waktu itu, Rani Mukherjee adalah seorang pelakon baru, manakala Aamir pula sudah berjaya dengan beberapa filem seperti Qayamat Se Qayamat Tak, Dil dan Jo Jeeta Wohi Sikander

Selepas Ghulam mendapat sambutan, mereka telah digandingkan sekali selepas 7 tahun dalam sebuah filem epik drama, Mangal Pandey yang tidak berapa begitu berjaya.

Menceritakan pengalamannya menjayakan Ghulam bersama Aamir, Rani berkata, sewaktu menjayakan filem saya yang pertama itu bersama dengan dia, saya asyik memandang kasutnya saja kerana takut dan gementar.



"Saya adalah peminat besar Aamir Khan dan pernah menyukai dia. Waktu saya menonton filemnya, QSQT (Qayamat Se Qayamat Tak), saya amsih lagi berada di sekolah.

"Saya cukup gementar melakukan adegan romantik dengan dia. Saya memandang kasut dia sebab tidak mampu bertentang mata dengannya kerana saya takut dan bimbang saya akan jatuh cinta dengan dia.


"Sekarang ini, bila saya asyik tidak lepas-lepas memandang dia, dia pula yang meminta saya untuk tidak berbuat demikian," katanya telah digandingkan lagi dengan Aamir Khan dalam filem thriller Talaash iaitu filem ketiga mereka selepas tempoh 14 tahun.

Alahai takkan la tak berani nak tenok mater dier tu Ratu Lebah? sengat je dia kan kan kan?

Kenapa Cristiano Ronaldo Bantu, Sokong Palestine?


SEPANYOL, 23 NOV 2012: Prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestine selama ini, pemain bola sepak yang kacak dan popular iaitu Cristiano Ronaldo bersama rakan-rakannya di Real Madrid telah berusaha untuk membantu dengan menderma sejumlah wang besar terhadap kanak-kanak di negara itu.

Usaha Cristiano Ronaldo yang cukup murni ini telah dimulakan sejak tahu lalu lagi, malah pemain sayap kanan Real Madrid itu juga telah mendermakan kasut emas yang dimenanginya itu kepada Palestine.

Namun, tentu ada yang tertanya-tanya mengapa Cristiano Ronaldo begitu beriya-iya membantu Palestine? Jawapannya, dia percaya bahawa Palestine harus mendapatkan hak kebebasanya sendiri sebagai sebuah negara.



Seperkara lagi, dia benci melihat kanak-kanak di Palestine terpaksa melalui keadaan yang sama seperti apa yang dilaluinya bersama keluarganya sebelum dia berjaya menjadi antara pemain bolas sepak yang menerima bayaran tertinggi di dalam bidang sukan ini.

Yang mana, dia dan keluarga terpaksa hidup di dalam kemiskinan. Walaupun tidak pernah melalui suasana peperangan, namun kehidupan Cristiano Ronaldo dan keluarganya pada masa itu memang sangat daif.

Jadi, disebabkan itu, dia mahu melihat kanak-kanak Palestine ini hidup dalam suasana yang lebih baik serta bebas.

Setakat ini, banyak yang telah dilakukan oleh Cristiano Ronaldo termasuklah melelong kasut-kasut sukan yang didermakan kepada Yayasan Real Madrid yang sememangnya ditubuhkan untuk mengutip dana bagi membantu membina sekolah-sekolah di tebing Gaza.

Menariknya, hasil daripada yang dikutip itu, Yayasan Real Badrid bercadang untuk membina 8 buah sekolah di wilayah Palestine yang mana ia akan dibiayai yayasan ini sepenuhnya.

Hanya manusia yang tiada hati perut aja yang tidak akan memperdulikan kesengsaraan akibat mangsa peperangan nie.

Demam Tak Kebah, Shahrol Shiro Terkena Sakit Mistik?


KUALA LUMPUR, 12 DIS 2012: Dari minggu pertama sehinggalah minggu keempat program Maharaja Lawak Mega 2012 dijalankan, ahli kumpulan Shiro iaitu Shahrol dilaporkan sering saja keluar masuk hospital kerana mengalami demam yang teruk.

Atas sebab itu, kejadian yang menimpa Shahrol ini disifatkan mempunyai persamaan dengan arwah Bob Kuman yang turut menerima rawatan sepanjang arwah menyertai Maharaja Lawak Mega tahun lalu.

Menjawab persoalan ini, Shahrol terkejut apabila memikirkan soalan berkenaan dengan lebih mendalam lagi. Namun, jejaka yang dikatakan perwatakannya persis Jep Sepahtu itu hanya mampu menjalani kehidupannya seperti biasa dan menganggap ianya sebagai satu kebetulan sahaja.



"Saya terus jadi cergas apabila dengar soalan ini. Sebenarnya, situasi saya dengan arwah Bob amat berbeza. Pada waktu itu, arwah Bob memang sudah pun disahkan mengalami sakit yang teruk.

"Saya pula hanyalah terkena jangkitan kuman dalam darah. Syukur, saya tidak mengalami sakit teruk dan demam yang saya alami pula semakin pulih. Sekarang ini, saya berada di kampung untuk berehat seketika.

"Dalam masa yang sama, saya sedang mencari idea untuk melakukan persembahan pada minggu ini. Memandangkan minggu ini berkonsepkan muzikal komedi, berkemungkinan besar kami akan mengunakan lagu dari Rahimah Rahim bertajuk Gadis Dan Bunga untuk persembahan kami," katanya ketika dihubungi murai.com.my, pagi tadi.

Meneruskan penjelasan, sebelum mengetahui sakit yang dihadapinya, Shahrol berkata, tidak sedikit pun tidak terlintas di fikirannya bahawa dia barangkali terkena sakit mistik atau pun buatan orang.

"Saya tidak terfikir sampai ke tahap itu. Bukannya saya tidak percaya terhadap sakit sebegini. Tapi, kalau boleh saya berdoa supaya janganlah terkena sakit yang sedemikian rupa.

"Terus-terang, disebabkan demam ini, saya terpaksa berlatih di hospital. Ia banyak memberikan tekanan. Malah, sebelum mengadakan persembahan, saya terpaksa makan ubat yang diberikan doktor.

"Demam sayapula semakin teruk semasa minggu ketiga hingga saya terpaksa memakai tiga lapis baju sejuk. Selepas tamat persembahan minggu ketiga, saya terus menggigil dan terus ditahan dalam wad. Kalau hendak diikutkan doktor tidak benarkan saya buat persembahan pada minggu keempat pada Jumaat lepas. Tapi, saya yang berdegil hendak buat juga persembahan," jelasnya.

Sementara itu, Shahrol memberitahu persembahan pasangannya iaitu Ajak sedikit kurang fokus pada minggu pertama kerana Ajak baru saja pulang dari menjayakan rakaman Fear Factor Selebriti Malaysia.

Demam xmau kebah yerr? Senang je bangun ambil air sembahyang sembahyang, berzikir, berhenti daripada berbuat maksiat, sebab apa? Demam xkebah nie selalunya terjadi bila orang tu dah nak ........... je. Kalau bukan xper, bangun just pegi solat minta pada Allah Taala. Habis cerita.

Chef Wan Terkilan Tak Dapat Lihat Pengebumian Ayahnya


KUALA LUMPUR, 12 DIS 2012: Chef selebriti terkenal negara, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan rasa terkilan apabila tidak dapat melihat pengkebumian ayahnya Ismail Md Nor, 79 di Raub, Pahang semalam.

Bercakap kepada portal murai.com.my menerusi sistem pesanan WhatsApp sebentar tadi, Chef Wan berkata, dia bukannya sengaja tidak mahu menghadiri pengebumian berkenaan tetapi malangnya dia kini sedang berada di Sulawesi, Indonesia bagi menjayakan penggambaran program masakan terbarunya di Astro Prima bertajuk ChefWan.

"Ayah saya ada penyakit diabetes dan stroke kecil. Sebelum ini, dia pernah dimasukkan di hospital selama seminggu . Apabila saya pulang dari Palestin dan Jordan untuk tujuan amal di sana, saya sempat menjenguknya dan dia sudahpun dikeluarkan dari hospital minggu lalu.

"Saya sempat membawa dua cucu saya bertemunya di Raub dan saya telah memujuknya untuk tinggal bersama saya. Dengan cara itu, saya boleh menjaganya dengan dibantu jururawat. Tetapi dia enggan kerana tidak mahu menyusahkan saya.



"Jadi bila saya tiba di lapangan terbang di Sulawesi semalam, saya terima panggilan telefon yang mengatakan ayah saya telah meninggal dunia ketika saya berada di atas pesawat," katanya dengan rasa sedih.

Menurut Chef Wan, Allahyarham Ismail Md Nor telah disemadikan jam 10 pagi semalam dan sebagai anak lelaki sulung pastinya di terasa amat terkilan dan patah hati kerana tidak dapat bersama untuk memberikan penghormatan terakhir buat bapanya itu.

Bagaimanapun Chef Wan redha dan pasrah dengan ketentuan Tuhan yang mungkin telah ditakdirkan untuk tidak dipertemukan dengan ayah kesayannya itu.

"Hancur hati saya. Tapi semua itu telah ditentukan oleh Allah untuk kami tidak dipertemukan lagi buat selama-lamanya.Tetapi sebagai anak, saya sering menjalankan tanggungjawab bukan saja kepadanya tetapi juga kepada ahli keluarga yang lain. Malah dia pernah bercakap kepada saya bahawa dia sangat bangga dengan pencapaian saya dan sikap tanggungjawab saya kepada ahli keluarga.

"Ayah pernah juga berkata kepada saya yang saya telah menjadi inspirasi kepada ramai generasi muda di luar sana. Katanya tak ramai insan di luar sana yang faham akan tanggungjawab terhadap orang tua sepertimana yang saya lakukan, kerana erti pengobanan sebenarnya adalah dengan menyerahkan jiwa dan raga serta bersifat timbang rasa.

"Jadi bila mengenang semula kata-katanya itu, ia menjadikan saya sangat kuat dan tidak terasa terlalu kesal dengan pemergiannya kerana saya telah melakukan yang terbaik dalam hidup saya," katanya penuh bermakna.

Jelas Chef Wan, sukar untuknya melupakan setiap kata-kata ayahnya yang sentiasa menjadi inspirasi untuk dia berada pada tahap hari ini.

Apa yang penting ialah dengan menghadiahkan arwah ayahnya itu dengan bacaan Al-Fatihah dan berharap agar Allahyarham bersemadi dengan tenang serta ditempatkan di kalangan orang beriman.

Al-Fatihah dan ucapan takziah diucapkan buat Chef Wan sekeluarga dari semua warga kerja portal Murai serta seluruh pembaca murai.com.my.

Agak-agak la kalau nak sibuk sekalipun,, sampai perkara kematian pun tak boleh nak tangguh kerja 2 memang xpatutlah. Sebagai anak kita perlu mementing kan famili kita dahulu, boleh aper Chef Wan canselkan atau tangguhkan pengambaran tu sebab nak pegi upacara pengebumian? kena kena tekan dengan Astro?

Penerbit Masih Mahu Berahsia Pasal Isu Kontroversi Rosmah Mansor


KUALA LUMPUR, 12 DIS 2012: Memandangkan buku Rosmah Mansor masih belum lagi berada di pasaran, pihak penerbitnya iaitu Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) masih agak keberatan untuk mendedahkan tentang isu-isu kontroversi melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor yang bakal dimuatkan di dalam buku tersebut.

Daripada Pengerusi YAPM iaitu Tuan Haji Shamsulbaharin Ludin, kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mewakili Datin Seri Rosmah Mansor serta 2 orang penulisnya iaitu Siti Rohayah Attan serta Noraini Abdul Razak, masing-masing meminta supaya pihak media menunggu saat buku itu diterbitkan pada penghujung Januari terdepan.

"Segalanya akan terjawab sebaik saja buku itu keluar nanti dan pada masa itu kita akan adakan majlis pelancaran yang lebih besar dan perdana. Hari ini, sekadar soft-launch saja untuk mengumumkan tentang kehadiran buku ini," Tuan Haji Shamsulbaharin Ludin kepada murai.com.my.



Dia berkata demikian dalam satu sidang media khas yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pagi semalam sejurus selepas soft launch buku Rosmah Mansor yang diadakan bersempena hari ulang tahun kelahiran Rosmah Mansor yang ke-61 itu disempurnakan Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Pahang, Tuanku Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta'in ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Namun, mereka tetap diasak dengan pelbagai pertanyaan daripada pihak media yang masih belum tidak berputus asa untuk mengetahui tentang isu-isu kontroversi berkaitan Rosman Mansor yang dipaparkan di dalam buku. Seperkara lagi, sejauh mana telusnya isu-isu kontroversi yang dimuatkan di dalam buku ini?

Menjawab persoalan ini, Siti Rohayah Attan berkata, sebagai penulis, bukan sehari dua hari dia baru mengenal isteri kepada pemimpin negara itu. Malah, bukan juga sewaktu dia bergelar wanita pertama Malaysia.

"Saya sudah kenal dia sejak di awal perkahwinan dengan Dato` Seri Najib lagi. Juga hati budinya. Jadi saya menulis apa yang saya tahu dan apa yang saya diberitahu. Termasuklah wawancara bersama orang-orang yang rapat serta mengenali dia sejak dari dulu hingga sekarang ini.

"Menerusi 11 hingga 12 bab yang diketengahkan, kita akan mengupas tentang zaman kanak-kanaknya, zaman remaja, zaman persekolahan, zaman universiti, zaman perkahwinan, anak-anak, keluarga, sebagai isteri pemimpin iaitu Menteri Kabinet, Timbalan Perdana Menteri, dan kini isteri kepada Perdana Menteri, program perantara antarabangsa, keagamaan dan pandangan rakan-rakan serta kenalan lama.

"Antara yang ditemubual adalah isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Siti Hasmah, 4 orang rakan baiknya sewaktu menuntut di Kolej Tunku Kursiah - antaranya Datuk Zakiah Ahmad serta Zaleha Mahmud serta Dr Wong yang sekian lama menjadi rakannya sewaktu bermain badminton.

"Insya Allah, sebaik saja buku ini dilancarkan di dalam Bahasa Melayu, ianya akan diterbitkan pula di dalam Bahasa Inggeris serta bahada-bahasa yang lain," katanya.

Mengenai objektif penerbitan Buku Rosmah Mansor ini pula, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, salah satunya adalah untuk menjawab segala tuduhan dan tohmahan yang selama ini dilemparkan terhadap Datin Seri Rosmah.

"Sebab seperti apa yang kita ketahui selama ini, terlalu banyak tuduhan meleset yang dilemparkan terhadap beliau. Sehingga usaha murni beliau membangunkan program Permata Negara juga sering dicemuh.

"Asal saja PM bangkitkan pasal isu Permata Negara di dalam Parlimen ini, pihak pembangkang mula mengeluarkan kata-kata sinis yang cukup menyakitkan hati dan mereka juga turut melemparkan pelbagai tohmahan yang bukan-bukan.

"Padahal program Permata Negara ini adalah satu usaha murni untuk membangunkan sahsiah diri kanak-kanak dari seawal usia 4 tahun dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan, seni serta kemahiran.

"Kalau tidak tahu hujung pankal tentang Permata Negara ini, tidak usahlah cakap yang bukan-bukan.Jadi, dalam buku Rosmah Mansor ini, kita akan gambarkan perjuangannya ini secara lebih jelas lagi.


Ahmad Maslan turut menambah bahawa sebahagian daripada jualan buku Rosman Mansor ini akan disalurkan ke Tabung Palestine untuk membantu mangsa perang di Gaza.

Shah Rukh Khan Bawa Private Jet Raikan Ulang Tahun Tun M


KUALA LUMPUR, 11 DISEMBER 2012: Megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan bakal bertandang ke negara ini dengan menaiki jet peribadi miliknya semata-mata bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-87 bekas Perdana Menteri yang disayangi, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M.

Bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara tidak lama lagi, majlis ulang tahun penuh eksklusif itu bakal dihadiri lebih 200 tetamu dalam sebuah majlis yang akan turut disertai beberapa selebriti terkenal tanah air.

Menurut sumber kepada portal murai.com.my, Shah Rukh Khan dikhabarkan bakal membawa sekurang-kurangnya 8 pengiring dan akan menghabiskan masa bersama-sama Tun M sebelum berangkat pulang ke negaranya pada hari yang sama.



Malah khabarnya, pihak penganjur berasa sangat berbesar hati dengan kemunculan istimewa Shah Rukh Khan itu kerana bintang berkenaan telah bersetuju untuk bertandang ke negara ini buat kesekian kalinya selepas diundang secara rasmi oleh Tun M.

Sehubungan itu tiada sidang media dan sesi temuramah eksklusif bersama aktor popular global berkenaan diadakan kerana tujuan kehadirannya di sini semata-mata bagi meraikan ulang tahun Tun M yang kita cintai.

Sumber juga menyebut , pelbagai persiapan sudah diadakan bagi meraikan hari istimewa itu termasuk persembahan nyanyian bercitarasa 1 Malaysia daripada barisan penyanyi tersohor negara termasuk penyanyi pujaan Tun M sendiri iaitu Datuk Yusni Hamid.

Dua watak utama yang memegang peranan sebagai Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah dalam Teater Tribute to Tun Siti Hasmah iaitu Esma Daniel dan Eja turut diundang ke majlis berkenaan sebagai penghargaan yang tidak berbelah bagi.

Majlis akan dibuat secara tertutup dan hanya tetamu yang diundang saja dialu-alukan ke majlis berkenan bagi melancarkan perjalanan majlis.

Wow dah 87 tahun Ayahanda Tun Mahathir, memang panjang umur lanjut usia. is harap selagi Tok Dek bernyawa segala idea dan cadangan, boleh dikongsikan lagi bersama.

Anuar Zain Tampil 31 Pemuzik, 20 Lagu Di Konsert Solonya


KUALA LUMPUR, 12 DIS 2012: Penyanyi kacak, Anuar Zain, 42, akui bakal menjanjikan kejutan yang bermakna buat penonton dan peminat yang hadir di konsert mega pertamanya, Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada 16 Februari 2013.

Malah, Anuar Zain berkata, persembahannya kali ini agak berbeza daripada persembahan yang pernah dilakukan sebelum ini kerana penonton dan peminat dapat merasakan kelainannya dalam menyampaikan setiap lagu.

"Saya akan menyanyi sendiri di pentas tanpa penari iringan tetapi bersama 31 orang pemuzik yang bakal diketuai oleh Mac Hew. Sudah tentu ada kejutan yang akan saya persembahkan pada hari tersebut tetapi semuanya akan dieketahui nanti.



"Namun, apa yang boleh saya beritahu, sebanyak lebih kurang 20 buah lagu yang saya sampaikan akan diubahsuai supaya ianya menjadi lagi istimewa dan rasa lebih intim dengan peminat saya, sesuai dengan tema saya yang menggabungkan muzik, cinta dan sanubari pada hari itu

"Selain itu, buat pertama kalinya muzik video Sempurnakan Aku akan ditayangkan pada hari konsert nanti. Muzik video ini merupakan hadiah khas untuk semua peminat saya yang akan bersama-sama dengan saya pada malam itu," katanya kepada murai.com.my dalam siding media bersama Anuar Zain di Press Room, Bangsar South City, petang kelmarin.

Anuar akan mendendangkan lagu-lagu popularnya dariapda album pertama hingga terakhir termasuk Pernahkah, Bila Resah, Kaulah Satunya, Lelaki, Ajari Aku dan banyak lagi.

Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari adalah sempena meraikan ulang tahunnya penglibataannya selama 30 tahun dalam industri muzik Malaysia. Bakal mengadakan konsert di bulan kekasih, Anuar Zain berkata ia akan menjadi lebih istimewa buat pasangan kekasih yang hadir pada konsertnya nanti.

"Sebenarnya konsert saya ini bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-30 saya dalam industri tetapi ia merupakan perhimpunan meraikan cinta serta silaturahim antara semua peminat saya yang selama ini menyokong saya.

"Kebetulan pula Februari merupakan bulan cinta yang diarikan oleh pasangan kekasih dan saya pasti ia akan lebih istimea buat mereka yang hadir sebagai pasangan kekasih. Saya cuma mahukan mereka yang hdari dapat bergembira dengan lagu-lagu yang saya sampaikan nanti. Itu sahaja," jelasnya lagi.

Harga-harga tiket untuk menonton konsert mega Anuar adalah RM698 , RM598, RM398, RM298, RM138 dan RM88. Tiket-tiket konsert akan dijual bermula Rabu ini pada pukul 12 tengah hari menerusi www.ticketcharge.com dan cawangan kaunter rasminya.

Diskaun khas bagi mereka yang membuat tempahan awal adalah sebanyak 15 peratus akan diberikan kepada 1,000 pembeli pertama bagi tempoh bermula Rabu (esok) sehingga 19 Disember ini.

Bagi jualan tiket secara pukal, peminat boleh menghubungi Anuar Zain Network di talian 012-4642030.

Pihak pengurusan Anuar Zain juga turut menawarkan pakej perjalanan eksklusif 3Dekad 1Destinasi untuk para peminat di luar Kuala Lumpur termasuklah dari Kota Bharu (Kelantan), Jerteh dan Kuala Terengganu (Terengganu), Johor Bahru (Johor) dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/3Dekad1Destinasi.

Eksklusif: Betty Benafe Bakal Diarak Atas Cruise Esok


KUALA LUMPUR, 11 DIS 2012: Tahniah diucapkan buat pelakon Betty Benafe yang telah pun sah menjadi isteri kepada jejaka berketurunan arab, Bruce Darghous dalam satu majlis yang cukup meriah pada Ahad lalu.

Difahamkan, pasangan ini bakal mengadakan sebuah majlis resepsi di Danga Bay, Johor Bahru esok malam bertarikh 12. 12.12. Sebelum persandingan dimulakan, pasangan mempelai ini bakal diarak di atas kapal Cruise bermula dari Nusajaya sehinggalah Danga Bay Marina.



Bagaimanapun, sesi raptai resepsi sudah pun diadakan di atas sebuah kapal tersebut di Danga Bay sebaik saja berakhirnya majlis pernikahan pada Ahad lalu. Dalam pada itu, pasangan ini sempat bergambar kenang-kenangan di atas sebuah yatch dengan berkonsepkan Evening Cruise.

Apa yang pasti, buat peminat Betty di murai.com.my, Betty telah berkongsi detik kebahagian dia bersama suami di atas yatch yang telah dirakamkan oleh jurukamera rasmi mereka iaitu SAZA Studio.











Segala Kontroversi Bakal Terjawab Di Dalam Buku Rosmah Mansor


KUALA LUMPUR, 11 DIS 2012: Buku Rosmah Mansor yang memaparkan pengalaman dan liku-liku hidup Datin Seri Rosmah Mansor sejak dari zaman kanak-kanak sehingga bergelar wanita pertama Malaysia bakal diterbitkan Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) pada penghujung Januari depan.

Bersempena dengan itu, buku setebal 164 yang memuatkan 11 sehingga 12 bab yang ditulis oleh Siti Rohayah Attan serta Noraini Abdul Razak itu telah pun dilancarkan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada pagi semalam.

Menariknya, pelancaran buku tersebut telah diadakan sempena hari ulang tahun kelahiran Rosmah Mansor yang ke-61 serta telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Pahang, Tuanku Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta'in ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.



Menurut Pengerusi YAPM, Tuan Haji Shamsulbaharin Ludin, idea untuk menerbitkan buku setebal 164 tersebut timbul selepas dia bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah sendiri di London pada 14 Mei 2012.

"Dalam pertemuan tersebut, saya menyedari banyak sebenar perkara-perkara yang bertentangan dengan apa yang diperkatakan terhadap Datin Seri Rosmah selama ini. Maka dari situ, saya memulakan gerak kerja untuk menerbitkan biografi Rosmah Mansor ini dengan bantuan 2 orang penulis iaitu Siti Rohayah Attan serta Noraini Abdul Razak.

"Penulisan buku ini telah dihasilkan menerusi wawancara bersama Rosmah sendiri serta beberapa orang yang pernah mengenali Rosmah dari zaman persekolahannya hinggalah setelah dia bergelar wanita pertama Malaysia.

"Alhamdulillah, buku ini telah pun selesai disiapkan. Kini ia sedang menunggu untuk direbiu oleh pihak atasan dan Insya Allah, jika tiada halangan, buku ini akan menemui pasaran pada penghujung Januari depan," katanya kepada murai.com.my.

Menurut Shamsulbaharin lagi, ada di antara fakta yang terdapat di dalam buku ini yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa pun sebelum ini dan ini merupakan papasarn hidup sebenar Datin Seri Rosmah Mansor dari zaman kanak-kanak hingga kini.

"Kisah Datin Seri belajar di Koleh Tunku Kursiah Negeri Sembilan, misalnya tentunya antara pengalaman yang menarik perhatian ramai kerana ia bakal memaparkan alam kampu beliau dan seterusnya memasuki alam pekerjaan.

"Begitu, kandungan utama sudah tentu kisah perkahwinan Datin Seri Rosmah Dengan Datuk Seri Najib dan setreusnya mengharungi cabaran sebagai isteri kepada seorang Menteri Kabinet, selepas itu Timbalan Perdana Menteri dan kini isteri kepada Perdana Mneteri.

"Malah terdapat juga topik penglibatan beliau dalam membantu masyarakat terutamanya dalam usah agigih beliau membangunkan program Permada Negara, penglibatan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), selain penglibatan belia dalam program di peringkat antarabangsa.

"Yang paling penting, buku ini diharapkan dapat membantu menjawab pelbagai tohmaha yang dilemparkan terhadap beliau, selain sebagai antara usaha kecil daripada pihak kami melalui buku ini untuk memasyarakatkan Datin Seri.

"Dengan terbitnya buku ini, masyarakat akan mendapat gambaran sebenar tentang siapa Datin Seri Rosmah dan diharapkan dapat membantu menangkis pelbagai tohmaha yang dilemparkan terhadap beliau selama ini," katanya.

Perkara lain yang turut disentuh di dalam buku yang turut memuatkan pelbagai gambar lama dan terkini Datin Seri Rosmah Mansor adalah penglibatan beliau dalam Bakti sejak dari dulu hingga sekarang.

Sempena majlis memperkenalkan buku Rosmah Mansor itu, satu pengkisahan mengenai Datin Seri dibacakan penulis tersohor negara, Puan Khadijah Hashim.

Penyanyi Misha Omar pula mempersembahkan sebuah lagu yang dicipta khusus untuk Datin Seri Rosmah berjudul Wanita Perdana yang mana lagunya telah dicipta oleh komposer Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah serta liriknya oleh Rosminah Tahir.

Jawab dorang Datin Seri jangan tak jawab, biar persoalan dorang terjawab tapi suruh dorang tu beli sorang satu la kalau beli satu pastu nak share2 dan nak kondem2 baik tak payah, cakap kat dorang Datin Seri, kalau nak jadi pengkritik sekalipun perlu la ada modal, janagn jadi pengkritik sengkek.

Kondisi Kanser Payudara Maimon Talib Kritikal, Tahap 4


KUALA LUMPUR, 11 DIS 2012: Kondisi pelakon versatil, Maimon Talib kini berada di tahap kritikal selepas dia disahkan menghidap kanser payu dara di tahap keempat. Perkara ini telah dikongsi oleh rakan baiknya, Mak Jah yang merupakan seorang pelakon yang tidak kurang hebatnya serta telah membintangi banyak drama dan filem dengan watak yang cukup mengesankan.

"Sebenarnya Maimon dah tahu pasal penyakitnya itu sejak tahun lepas lagi. Tapi, dia telah merahsiakannya daripada semua orang termasuk ahli keluarganya sendiri. Tapi, bila dia asyik sakit-sakit, dia telah terlepas cakap dengan saya pasal penyakitnya itu. Saya marah dia sebab merahsiakan hal itu daripada dia.



"Dan saya suruh dia mendapatkan rawatan dengan segera di hopsital. Tapi, dia degil dan hanya mahu mendapat rawatan menerusi perubatan tradisional saja.

"Anak-anaknya sendiri pun dah puas nasihatkan dia supaya pergi hospital. Dia tidak mahu. Malah, anak-anak dia pulak yang kena marah, sampaikan anak-anak dia minta saya sendiri yang nasihatkan ibu mereka.

"Tapi hendak buat macam mana, sudah begitu kehendak Maimon. Barangkali dia tidak suka jumpa doktor serta pergi hospital," katanya kepada murai.com.my.

Kemuncak kepada penyakitnya ini bertambah teruk apabila Maimon mula tidak sedarkan diri sebelum dia dimasukkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya penghujung November 2012 lalu.

"Sekarang ini, Mak Jah pun tak tahu sama ada dia (Maimon) masih lagi berada di hospital atau pun sudah pun dibenarkan balik ke rumah. Mak Jah try call anak dia, tapi tak dapat," katanya.

Antara filem yang pernah Maimon Talin adalah Budak Pailang", "Sumpahan Kum-Kum", "Semerah Cinta Stilleto", "Pensil", "Cuci", dan banyak lagi.

Auntie Maimon, is syorkan supaya Auntie ambik garam buluh 6 kotak, boleh order dengan is, penghantaran percuma directly is pegi hantar.

Dilanggar Teruk, Zuraini Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah!


KUALA LUMPUR, 11 DIS 2012: Biarpun sudah sebulan lebih pelakon Zuraini Kassim keluar dari hospital selepas berdepan dengan kemalangan yang teruk, namun kesannya masih lagi dirasai hingga kini. Selain tidak mampu bergerak cergas selepas tulung rusuknya retak, penglihatannya juga sesekali agak kabur.

"Semua kesan ini saya alami selepas berdepan dengan kemalangan tersebut," kata Zuraini tatkala ditemui murai.com.my di majlis Seniman, petang semalam.

Pada 22 Oktober lalu, pelakon Zuraini Kassim telah berdepan dengan kemalangan sewaktu mahu menghantar anak lelakinya ke sekolah sewaktu mahu menghantar anak lelakinya ke sekolah. Dia telah dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki Cina ketika dia menuju masuk ke selekoh.



Ekoran daripada itu, terpaksa dikejarkan ke Hospital HUKM, Cheras. Dia tela dihantar oleh pemandu kereta tersebut. Kemalangan
tersebut berlaku jam 7.15 pagi berdekatan dengan Leisure Mall, Cheras.

"Saya berada di hospital tersebut selama lebih kurang 5 hari dan sebaik saja keluar saya hanya diberikan ubat penahan sakit sahaja.

"Hanya lebih kurang 2 minggu saja saya mengambil ubat tersebut. Kemudian saya berhenti dan tidak ambil lagi. Sebab saya sudah tidak larat mengambilnya.

"Ubat penahan sakit itu diberikan kerana doktor beritahu tidak ada ubat lain yang perlu saya ambil kerana saya hanya mengalami keretakan tulang saja dan bukannya patah tulang.

"Jadi, kebiasannya keretakan yang dialami oleh seseorang itu akan pulih. Dalam kes saya ini, saya terpaksa ambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk pulih sepenuhnya daripada keretakan yang saya alami ini," katanya.

Ditanya sama ada kos pembiayan perubatan dan kos baikpulih motorsikal ditanggung oleh pemandu tersebut, Zuraini pantas berkata tidak.

"Tidak. Dia tidak keluar sesen pun. Padahal yang salah adalah dia. Saya sudah buat report polis dan saya juga sudah lantik peguam untuk bawa kes ini ketengah. Kita tengoklah macam nanti.

"Apa yang saya lakukan ini, bukan sebab mahu dia bayar kos perubatan dan kos baikpulih motorsikal yang keseluruhannya berjumlah lebih kurang RM5,000.

"Tapi, ia juga sebagai tuntutan gantirugi atas punca hilang mata pencarian kerana saya bukan saya tidak mampu berlakon sekarang ini tetapi juga masih belum pulih sepenuhnya dan hendak pulih pula mengambil masa yang cukup lama.

"Jadi, kalau hendak pulih pun mengambil masa 6 bulan, bayangkanlah tempoh masa yang saya perlu albim untuk berehat daripada berlakon," katanya lagi.

Bro, lama tak nampak kat Balik Pulau bro?? Tak singgah kat Pasar Tani baru tu ker?

Didakwa Kurang Ajar, Neelofa Tak Mahu Komen Apa-Apa


KUALA LUMPUR, 10 DIS 2012: Sejak akhir-akhir ini banyak betul kontroversi yang dikaitkan dengan pengacara dan pelakon, Neelofa. Terbaru ialah mengenai status Twitter seorang pereka fesyen baru, Nurita Harith yang mendakwa pengacara program 'MeleTop' itu sebagai tidak profesional dan kurang ajar.

Untuk mendapatkan penjelasan Neelofa berhubung isu ini, portal Murai.com.my cuba mendapatkan komen daripada pelakon kelahiran Kelantan ini. Bagaimanapun pelakon cantik itu enggan mengulas lebih lanjut berkenaan status Tiwtter yang diketengahkan Nuritha Harith.



"Maaf. Lofa tak nak komen apa-apa. Sebenarnya ramai wartawan yang telefon dan bertanyakan tentang perkara ini, tetapi Lofa memang tak bagi komen kepada siapa-siapa pun. Minta maaf ya," katanya ketika dihubungi.

Portal Murai menghormati permintaan Neelofa itu dan menganggap Lofa tidak mahu memperbesar-besarkan perkara ini atas alasan tertentu.

Kepada Neelofa yang akan berangkat ke Dubai untuk bercuti bersama keluarganya esok, selamat bercuti dari warga Murai.

Neelofa akan ke Dubai selepas selesai rakaman program MeleTop di Astro Ria.

Kalau tiada angin masakan lagi bergoyang pokok itu? ahak pereka fesyen nie selalunya susah mau buka mulut setahu is la. Kalau dia buka mulut maknanya memang ada something ler, ala Neelofa pun pegi je minta maaf walau pun jika benar dia itu tak bersalah bukan rugi apa apa pun, is rasa dengan berbuat demikian nama Lofa lagi terkenal, dan disayangi semua.

Motif Hazama, Amy Mastura dan Elyana Diperkatakan?


KUALA LUMPUR, 10 DIS 2012: Kes bunuh yang melibatkan bekas jurusolek Amy Mastura, Dicky atau nama sebenarnya, Othman Hassan, 52, bukan saja telah mengejutkan pelakon filem Bintang Hati ini, malah seluruh anak seni tempatan turut berasa sedih apabila mendapat tahu Dicky telah dibunuh dengan kejam sekali.

Dek kerana berita ini, Amy Mastura telah meluahkan rasa bingung dan terkilan sehingga pengakuannya ini turut tercalon dalam segmen Carta KesSahNya dalam program KesSahNya.

Turut mendapat perhatian pada minggu lalu adalah kisah pelantun lagu Kalis Rindu iaitu Elyana yang dikhabarkan telah pun berhijrah dengan memakai tudung. Bersaing bersama artikel yang melibatkan Amy Mastura dan Elyana adalah sinopsis KesSahNya yang mengupas isu berkaitan Abby Abadi dan jaguh Squash negara, Azlan Iskandar.



Namun, antara ketiga-tiga artikel ini, cerita yang mana satu berjaya berada di tangga yang teratas?

Sementara itu, menerusi segmen Seleb VS GengMurai, selebriti yang terpilih pada minggu ini adalah juara Akademi Fantasia 9 iaitu Hazama. Menerusi segmen berkenaan, Hazama sempat membuat pengakuan tentang kenyataan beliau terhadap media.

Lebih menarik, segmen tersebut turut memaparkan komen pedas GengMurai terhadap Hazama yang boleh dikategorikan sangat laser. Ketahui segala jawapan persoalan yang dibangkitkan ini dengan menonton KesSahNya yang disiarkan di murai.com.my setiap Isnin.

Tidak ketinggalan, berikan pandangan bernas anda dengan menyertai segmen Tanya Ajieb di emel beralamat tanyaajieb@gmail.com .

Bersama-samalah kita memeningkan kepala kita cerita mana lagi hot ok?

Tok Guru Nik Aziz Bakal Nikahkan Khairul Fahmi Apex


KOTA BHARU, 11 DIS 2012: Hanya tinggal 18 hari saja lagi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bakal bergelar suami kepada Leuniey Natasha. Apa yang pasti, Khairul Fahmi atau Apex, 23, yang akan diijabkabulkan pada 28 Disember ini di kediaman Leuniey bakal dinikahkan Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato ` Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Berita ini telah disahkan ayahnda Leuniey, Nazri yang baru saja menerima surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, pagi tadi.



"Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi," katanya.

Sementara itu, Nazri turut mengesahkan bahawa pelamin bagi majlis pernikahan dan resepsi telah pun mendapat penajaan sepenuhnya dari N Touch Trade dan Bright Sail.

Bagus, kahwin elakkan daripada berzina, tak kisah la siapa pun yang menikahkan kita. Yang penting kita yang bernikah dan menepati hukum syarak.

Sukarnya Bila Iz Sulaini Disalahertikan Sebagai `Kerek`


KUALA LUMPUR, 11 DIS 2012: Penampilan yang urban dan sikap yang suka menyendiri menyebabkan penyanyi, Iz Sulaini seringkali dilabel sebagai artis yang sombong oleh sesetangah pihak.

Hakikatnya, bukan dia sengaja bersikap demikian, sebaliknya Iz Sulaini berkata, dia dilihat seperti itu adalah kerana mahu berhati-hati dalam memilih kawan.

"Urban itu orang lain yang gelarkan untuk diri saya tetapi sebenarnya saya sama sahaja dengan artis lain. Cuma saya suka berfesyen kerana saya suka fesyen.



"Mengenai sikap saya yang suka menyendiri itu, sebenarnya saya bukan mahu sombong dengan sesiapa tetapi saya bersikap begitu kerana saya seorang yang sangat berhati-hati dalam memilih kawan sejak beberapa tahun ini.

"Pengalaman pahit dalam berkawan beberapa tahun lalu dalam industri ini menyebabkan saya takut untuk mempercayai sesiapa saja," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Namun begitu, peserta program realiti, Fear Factor Selebriti Malaysia ini memberitahu, dia sebenarnya seorang yang mudah untuk didekati.

"Sebenarnya, banyak orang yang salah faham tentang sikap dan keperibadian diri saya. Jika orang mengenali saya, pasti mereka terkejut kerana saya bukan seperti yang mereka lihat atau sangka.

"Malah rasanya saya seorang yang senang untuk didekati dan jika orang benar-benar mengenali saya, saya suka berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi lebih berhati-hatilah ketika berkawan.

"Bahkan, ramai kawan-kawan selebriti yang sama-sama di dalam Fear Factor terkejut melihat kemesraan dan sikap saya yang senang untuk berkawan. Mereka yang dulu menganggap saya sombong atau kerek itu kini sudah mula mengubah tanggapan mereka terhadap saya," jelasnya lagi.

Selain Iz, artis lain yang turut terlibat di dalam Fear Factor Selebriti Malaysia adalah Zoey, Dafi, Arja Lee, Kaka, Raja Azmi, Johan Asaari, Didie Alias, Elfira Loy, Farish Aziz, Jehan Miskin, Akim dan ramai lagi.


Noorkumalasari: Dulu Kejar Glamor, Sekarang Kejar Masjid


KUALA LUMPUR, 10 DISEMBER 2012: Pelakon terkenal era 90-an, Noorkumalasari mengesahkan dirinya tidak lagi mahu berkecimpung dalam dunia hiburan, apatah lagi untuk berlakon semula.

Malah, Noorkumalasari, 56, berkata era kegemilanganya ketika popular menerusi filem Mira Edora dan Adik Manja itu sudah lama berakhir dan bersyukur kerana telah dikurniakan hidayah lebih awal sebelum nyawanya diambil oleh Allah s.w.t

"Sudah lama saya bersara dan tidak teringin untuk kembali berlakon. Bukan kerana sudah puas berlakon tetapi saya rasa bertuah kerana berhijrah pada masa yang tepat. Bayangkanlah, jika saya masih seperti dulu dan Tuhan ambil nyawa saya. Pastinya saya merupakan umat yang paling rugi.



"Cukuplah, dulu berkejar-kejar untuk glamor tetapi sekarang saya berkejar-kejar untuk ke Masjid," katanya kepada murai.com.my yang ditemui sebelum tayangan filem Adik Manja The Returns bermula, kelmarin.

Menurut Noorkumalasari lagi, dia kini lebih selesa dengan kehidupannya sekarang dalam menguruskan rumahtangga bersama suami, Wan Mohd Yusoff, 61 dan tiga putera mereka, Wan Amin Nurrasyid, 20, Wan Amni Nuruddin, 18, dan Wan Irfan Nurul Atiq, 16.

"Saya selesa dengan kehidupan sekarang bersama suami dan anak-anak.

"Masa saya banyak menghabiskan masa di rumah dan masjid untuk menunaikan solat fardhu bersama suami dan anak," luahnya lagi.

Meskipun tidak berlakon di dalam filem sekuel arahan Dharma Harun iaitu Adik Manja The Returns, namun dia memberitahu tetap memberi sokongan kepada rakannya itu.

"Dharma ada menawarkan saya berlakon dalam filem sekual Adik Manja The Returns. Tetapi pelawaan itu saya tolak kerana sudah nekad untuk tidak kembali aktif sebagai pelakon. Namun saya tetap datang dan menyokonnya untuk menghasilkan filem sekuel ini," tambahnya lagi.

Filem Adik Manja The Returns yang turut dibintangi oleh Dharma serta pelakon lain seperti Faezah Elai, Julaian Evans, Jihan Raja Lawak, Rozita Che Wan dan Usop Wilcha akan dan ditayangkan di pawagam pada 20 Disember ini.

Alhamdulillah kalau betul sekarang kejar Masjid, tapi kalau boleh jangan kejar sajer perkukuhkan lagi dan memantapkan lagi ilmu Islam lagi terbaeeekk!

Adik Manja Lambat Tayang Bukan Kerana Bajet Tak Cukup


KUALA LUMPUR, 10 DISEMBER 2012: Pelakon dan pengarah, Dharma Harun Al - Rashid menafikan tidak mempunyai cukup bajet, sehingga menyebabkan filem sekuel Adik Manja iaitu Adik Manja The Returns ditangguhkan tayangannya sehingga 3 tahun lamanya.

Sebaliknya, Dharma Harun Al- Rashid atau Dharma memberitahu masa yang lama itu diambil untuk menunggu kelulusan permohonan dana industri kreatif yang diperkenalkan oleh kerajaan pada awal 2010.

"Diikutkan, bajet saya sudah mencukupi tetapi saya mengambil peluang yang diberikan untuk memohon dana industri kreatif yang diperkenalkan oleh kerajaan pada awal 2010.



"Saya adalah antara pemohon terawal untuk dana tersebut apabila ianya diperkenalkan dan biasalah sesuatu benda yang baru itu mengambil masa sedikit.

"Jadi saya mengambil keputusan untuk menunggu dan mahu menggunakan dana itu untuk perbelanjaan promosi dan proses post-production," jelasnya.

Tambah Dharma lagi, kelewatan itu juga disebabkan dia mahukan Disember sebagai tarikh tayangan untuk filemnya, memandangkan waktu itu merupakan bulan cuti sekolah.

"Sebenarnya saya sudah cuba untuk tayangkan filem ini pada tahun 2011 tetapi pada tahun itu, filem untuk ditayangkan Disember sudah penuh.

"Jadi pada tahun 2012, saya sekali lagi cuba memohon awal dan berjaya mendapatkan bulan Disember sebagai tarikh tayangan filem ini.

"Bukan apa, filem saya berkisarkan mengenai remaja kolej dan sesuai untuk tontonan pelajar tonton di waktu cuti sekolah," tambahnya lagi.

Bercerita mengenai filem arahannya itu, Dharma memberitahu filemnya itu adalah kesinambungan filem asalnya di mana masih mengisahkan tentang kolej yang sama tetapi selepas 29 tahun kemudian.

"Dalam filem ini, pelakon yang masih kekal adalah saya sendiri.

"Saya masih membawakan watak saya sendiri iaitu Cikgu Azmi . Cuma saya membawakan watak Cikgu Azmi pada kehidupannya selepas 29 tahun.

"Pelakon lain semua adalah watak baru dan pelakon baru yang kini amat berbakat.

"Cuma cabaran saya adalah untuk memastikan golongan muda yang tidak pernah menonton Adik Manja masih boleh seronok menonton sekual filem itu," jelasnya.

Selain Dharma, pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Faezah Elai, Rozita Che Wan, Jihan Raja Lawak, Juliana Evans Ezlyn, Rafida Ibrahim, Usop Wilcha, Maria Tengku Sabri dan Adeline Tsen.

Secara ringkas, Adik Manja The Returns mengisahkan mengenai kenakalan para pelajar perempuan di Kolej Professional Skill hingga menyebabkan Pengetua Sofia (Rozita) terpaksa mengambil khidmat bekas pensyarah lelaki kolej tersebut iaitu Cikgu Azmi (Dharma).

Banyak cabaran yang terpaksa Cikgu Azmi hadapi bagi memulihkan para pelajar di situ terutama sekali dua kumpulan pelajar yang sering mendatangkan masalah disiplin iaitu kumpulan Bib (Faezah) dan kumpulan Su (Juliana).

Filem ini juga memaparkan gaya hidup remaja kini yang gemarkan tarian Shuffle dan Hip-Hop.

Bagaimana Cikgu Azmi menggunakan formulanya bagi memulihkan dan mendamaikan dua kumpulan pelajar perempuan itu?

Saksikan di pawagam bermula 20 Disember ini.

Hmm jom kita pegi tengok gambar nie kat panggung, is pun dah lama tak pegi tengok wayang citer Melayu nie hehehehehe.

Betty Benafe Sah Bergelar Isteri Jejaka Arab!


JOHOR BAHRU, 10 DIS 2012: Dengan sekali lafaz, pelakon Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe atau Betty Benafe, 33, sah bergelar isteri kepada jejaka berketurunan Arab, Bruce Darghous.

Majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di Villa, Kempas, Johor, tepat jam 2 petang, semalam.

Bruce dinikahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Johor (JAJ), Ustaz Ahmad Faisal Mohamed dengan berwalikan adik lelaki kepada Betty Benafe, iaitu Rifqi Benafe.

Betty menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Dengan bertemakan Arab, Betty menerima 5 dulang hantaran dari pihak lelaki berupa sebuah telefon bimbit berjenama Samsung S3, sebuah komputer peribadi Macbook Air, sebuah Apple TV, persalinan ibadah berupa telekung dan tepak sirih.



Manakala, Bruce menerima 7 dulang hantaran berupa sebuah Al-Quran digital, sehelai songket, set wangian lelaki, tepak sirih, buah-buahan, sejadah dan sirih junjung.

Majlis pernikahan tersebut telah dihadiri lebih 300 tetamu jemputan. Selain daripada ahli keluarga, majlis pernikahan dan perkahwinan kedua-dua mempelai turut dijayakan oleh pasukan jurufoto & videographer rasmi,Saza Studio & LH Mediatv dan juruacara majlis, Acad.

Pasangan ini dijadualkan akan mengadakan majlis persandingan pada 12 Disember 2012 (Rabu) di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru.

Alhamdulillah, daripada dia dok berlakon watak gedik2 lama2 lebih baik kahwin buang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan