Cari Artikel

Sunday, December 9, 2012

Proses pembedahan kepala nie memang best


Hmmm saper yang ada darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, tak payah lah tengok gambar nie ok? Ini adalah gambar proses membedah kepala pesakit peringkat awal, kalau is letakkan gambar proses pertengahan mesti boleh muntah korang walaupun tadak penyakit, yang ada penyakit is risau boleh kojol terus so is cover2 letak proses awal dah ler yerr?








Apahal lelaki nie dah kena langgar xnak g Hospital?


Beijing 19 Mei tengah hari, seorang lelaki yang menunggang motosikal telah dilanggar oleh sebuah kereta apabila melintas jalan, selepas ambulans tiba, beliau enggan untuk pergi ke hospital, polis trafik bertanya mengapa, dia berkata dia terpaksa menelefon kepada isterinya, jika dia tidak akan pergi ke hospital sebelum isterinya bersetuju.



bk-macamni sayang Isteri Isteri saya takut ke?

Bodoh nak mampus, kalau ada internal injury macam mana? nak tunggu dah mati baru lah si isteri nak bagi persetujuan bawa ke hospital? queen control xkena gaya, dan si suami penakut menikus tak kena tempat. Bukan sayang bini tapi dayus dan pengecut.

Teknik Menipu Ditengah Jalanraya.....


Sebuah suratkhabar China melaporkan ada seorang laki-laki tua yang jatuh di tengah jalan, dan tidak  bangun selama 15 minit. Namun tidak ada yang menolongnya dan mereka hanya melihatnya sahaja.






 Mereka mempunyai alasan kenapa tidak membantu? Pada tahun 2006 ada seseorang lelaki membantu seorang wanita tua yang terduduk di lantai bas untuk berdiri tetapi lelaki itu dituduh keluarga nenek itu sebagai penyebab kecederaan. Lelaki tesebut diminta membayar 130.000 Yuan untuk membayar pengubatan. Namun kedua pihak melakukan perbincangan, lelaki itu hanya membayar 40.000 yuan sahaja.


Dalam satu lagi kejadian yang menimpa seorang mahasiswa di universiti Hennan yang membantu wanita tua untuk duduk , namun mahasiswa itu dituduh sebagai penyebab cedera wanita tua tersebut dan di dijatuhi hukuman membayar 80.000 yuan.

Dalam kejadian seperti ini, lebih baik kita memanggil polis atau ambulan dan tidak semua orang yang cedera itu adalah pura-pura atau bermaksud jahat. Cuba bayangkan jika yang tercedera ditengah jalan itu anggota keluarga kita?

Sapa Kata Bangau Burung Yang Baik?


Ok kat sini saper yang suka bangau nie? is dari dulu xsuka bangau nie, rasa nak bagi penampaq aja kalau ada depan mata.



 is rasa kita tengah tengok gambar bangau kan? Bukan gambar ular sawa, atau buaya, atau anaconda kan? Korang nampak tu bangau nie boleh makan arnab daaa, kesian arnab comel kena telan hidup2 macam kena telan dengan ular sawa. Siot punya bangau nie boleh pulak dia jadi pemakan daging pulak dah isk isk isk. Kalau baby kita ada depan mata dia ntah2 pun akan ditelannya kan? So berhati-hati kalau korang bawa baby g zoo yang ada bangau nie ok?

Ini adalah 5 gambar yang pernah mengoncang dunia


Berikut adalah lima foto tragedi-tragedi paling sadis yang terjadi diberbagai tempat didunia, dan paling menggemparkan dunia pada masa itu:

1.Biarawan Terbakar


Thích Quảng Đức seorang biksu Buddha Vietnam yang membakar dirinya sampai mati di persimpangan jalan Saigon yang ramai pada 11 Juni 1963, sebagai protes terhadap penganiayaan umat Buddha di Vietnam.



2.Tentara Iraq


Foto yang menunjukkan seorang tentera Iraq yang terbakar di depan tingkap trak yang hancur.



3.Penguburan Seorang Anak


Salah satu korban dari bencana industri terburuk di dunia yang dikenal dengan tragedi gas Bhopal, terjadi di sebuah kilang Union Carbide di kota Bhopal, India pada 3 Disember 1984. Kilang tersebut mengeluarkan gas dan racun yang memberikan impak ke lebih dari 500.000 orang.



4.Kanak-kanak Sudan


Seorang kanak-kanak Sudan diikuti oleh seekor burung pemakan bangkai di dekatnya. Sangat jelas bahawa anak itu hampir mati kelaparan, sementara burung nasar dengan sabar menunggu anak tersebut mati sehingga mendapat makanannya. Tak seorang pun tahu apa yang terjadi pada anak tersebut, yang merangkak ke arah sebuah kem makanan PBB. Fotografer Kevin Carter memenangkan Pulitzer Prize untuk gambar yang mengejutkan ini, tetapi akhirnya dia bunuh diri tiga bulan setelah dia mengambil foto tersebut. Mungkin ia tidak tahan dengan hinaan orang sekelilingnya.

5.Korban Mutilasi Taliban

Gambar tragik seorang perempuan muda Afghanistan berusia 18 tahun,Aisha adalah korban kebiadaban Taliban, hidung dan telinganya dimutilasi, dipotong oleh suaminya sendiri.


Cantik ker gaun panjang macam nie?


Cantik tak baju gaun semua yang ada kat bawah nie? is arasa ada yang cantik dan ada yang agak keterlaluan, dan macam pocong pun ada isk isk isk, meleret sampai sapu dan mop lantai pun ada memng pelik, unik dan menarik.






















Teknik Paling Jijik Untuk Mencuri Ayam


Biar betul lah kalau iya pun nak mencuri sekali pun, takkan lah sampai nak sorokkkan ayam tu kat kemaluan seperti perempuan nie buat kan?










Korang sanggup ker buat macam perempuan nie buat? Melekik-lekik walaupun is xpernah buat tapi cuba korang bayangkan ayam mentah masa kita tengah potong pun dok melekik inikan pula dok dalam spender korang? Pastu nak masak lagi isk isk isk isk.

Bayi Umur Sehari Jalani Pembedahan Jantung Terbuka


NEWCASTLE: Seorang bayi berusia kurang dari sehari menjadi pesakit termuda dalam sejarah menjalani pembedahan jantung terbuka.
Jasmine Carr hanya memiliki peluang 15 peratus untuk selamat apabila pakar bedah memulakan prosedur ke atasnya selepas 17 jam 30 minit dia dilahirkan.

Kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Freeman, ibu bapa Jasmine, Jo dan James Carr, berdoa agak bayi berkenaan selamat serta dibenarkan pulang menjelang April ini Pasangan itu mengetahui anak mereka mengalami sindrom jantung kiri hypoplastic sejenis penyakit menyebabkan sebahagian daripada jantung gagal terbentuk dengan sempurna ketika Jo menjalani pemeriksaan kandungan 20 minggu.


Selepas doktor menyuntik Jo untuk memaksanya bersalin ketika kandungan baru berusia 37 minggu, Jasmine lahir dengan berat badan 2.3 kilogram, manakala jantungnya sebesar buah walnut.

Apabila Jasmine dikejarkan ke bilik kecemasan untuk pembedahan, ibu bapanya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menunggu dan berdoa.

Menurut Jo, 27, dia sangat sedih apabila diberitahu peluang Jasmine untuk hidup sangat tipis.



“Ia adalah kenyataan paling pahit untuk seorang ibu,” katanya.

Jo berkata, menunggu doktor menyempurnakan pembedahan ke atas Jasmine menjadi detik paling menekan dalam hidupnya.

Pembedahan membetulkan bahagian kiri jantung itu berlangsung selama 11 jam.

Ia diketuai Dr Asif Hasan, tetapi bayi terbabit mengalami serangan jantung sehari kemudian.

Keadaan itu memaksa Jasmine tinggal hampir tiga bulan dalam wad ICU.

Dia akhirnya dipindahkan ke wad jagaan rapi menjelang Krismas tahun lalu dan doktor kini yakin Jasmine mampu pulih sepenuhnya.

Isnin lalu, dia menjalani satu lagi pembedahan untuk melebarkan saluran darah.

Pasangan suami isteri itu berharap Jasmine dibenarkan pulang ke rumah mereka di Newton Aycliffe beberapa bulan lagi.

Carr, 29, terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu apabila Jasmine dikesan menghidap penyakit berkenaan.

Kata Carr, dia tidak dapat menggambarkan perasaannya ketika dapat menyentuh Jasmine.

“Kami akan adakan parti menyambut kepulangannya nanti,” katanya. - DM


sumber : myMetro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan