Cari Artikel

Thursday, December 6, 2012

iskandarX Society bunga-hati


Kenapa perlu sibukkan diri mu...
Mencari akan bunga hati....
Sedangkan semua itu....
Adalah takdir Illahi...
Kesemuanya akan ditemukan nanti...
Usah gusar dan bersusah hati...
Usah ditangisi dan merasa sepi....
Kerana akan ketumu jua akan bunga hati..
Suatu hari nanti.....


Antara laki dn pmpuan sper kuat cmburu,???


Hazhahaha ini adalah soalan cepui mas nieee, is rasa mesti korang konfius kan kalau dapat soklan macam nie. tapi bagi is kalau ikut pengalaman is, is arasa boyz lagi kuat cemburu sebab boyz yang setia macam is nie (hahahahahahaha dan lagi angkat bakui sendiri) memang kitaorang akan kuat cemburu sebab kita orang nie kategori paranoid.


Rujukkan Antara laki dn pmpuan sper kuat cmburu,???

Mahasiswa malu bertanya


SUNGUTAN mengenai tahap pencapaian mahasiswa kita yang sentiasa sederhana sudah lama kedengaran malah graduan yang naik ke pentas dengan keputusan cemerlang juga boleh dibilang jari.

Biarpun berjaya menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi dengan peluang sama rata, tidak semua menggunakan kesempatan itu untuk mengubah pencapaian diri.

Tambah menyedihkan lagi, biarpun memasuki alam pengajian tinggi, mereka masih dikongkong dengan sikap pasif seperti di alam persekolahan.



Adakah sikap itu menjadi punca mereka gagal mencapai kecemerlangan?

BOLEH BERJAYA...contohi keberanian mahasiswa asing untuk membina sikap lebih proaktif di universiti. - Gambar hiasan

Dan, benarkah tanggapan yang dilemparkan masyarakat bahawa mahasiswa kita sukar diubah?

Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Salina Nen berkata, memang ada kebenarannya apabila masyarakat melabelkan sikap mahasiswa kita masih di takuk lama dan sukar diubah.

DEMI KEJAYAAN...mahasiswa perlu berani melakukan anjakan minda dan melakukan transformasi diri supaya lebih mampu berdaya saing sebelum memasuki alam penghidupan sebenar. - Gambar hiasan

DUNIA BARU...jadikan universiti sebagai tempat untuk membina ketrampilan diri lebih baik dan meyakinkan. - Gambar hiasan

LANGKAH PERTAMA...setiap mahasiswa perlu mempunyai sikap positif dan proaktif untuk mencerna kejayaan diri. - Gambar hiasan

Beliau berkata, tanggapan itu bukan dibuat secara suka-suka namun didorong perasaan tidak yakin apabila melihat sikap mahasiswa hari ini.

“Saya percaya masyarakat tidak mudah membuat persepsi itu, tapi mereka membuat penilaian berdasarkan senario semasa.

“Cuba lihat bagaimana reaksi dan sikap sebahagian besar mahasiswa kita sewaktu di menara gading? Mereka malu bertanya, jarang berkomunikasi secara ilmiah serta mengamalkan sikap serba tahu biarpun sebenarnya tidak tahu.

“Apa yang berlaku itu sudah pasti mempengaruhi pemerhatian masyarakat kerana mereka sendiri yang membenarkan diri dinilai sebegitu.

“Cuba mahasiswa menunjukkan sikap sebaliknya, sudah tentu penilaian masyarakat juga berbeza,” katanya.

Biarpun dalam setiap majlis konvokesyen, masih ada graduan memperoleh keputusan cemerlang peratusannya masih kecil berbanding keputusan sederhana.

Pencapaian itu mencerminkan bagaimana lewa dan cuai mahasiswa memanfaatkan peluang di depan mata dengan tidak belajar bersungguh-sungguh.

Lebih memeritkan, sikap pasif yang hanya mengharapkan belas ihsan pensyarah atau rakan lain menjadikan mereka mudah berpuas hati.

Beliau berkata, mahasiswa di menara gading seharusnya akur mereka sudah memasuki satu frasa baru yang mengkehendaki mereka berubah sikap.

“Di sini (menara gading) semuanya perlu dilakukan sendiri, usah bermimpi adanya bantuan dari orang lain untuk mencapai sesuatu.

“Universiti adalah frasa peralihan alam persekolahan, justeru warganya perlu bijak berdikari, lebih matang, rasional serta memandang jauh ke depan, bukan mengambil jalan mudah.

“Mahasiswa perlu mengemudi arah masa depan mengikut perancangan sendiri,” katanya mengakui kebanyakan tenaga pengajar juga berasa tertekan dan kecewa dengan sikap ditonjolkan itu.

“Kami (tenaga pengajar) sentiasa mengharapkan sesi pembelajaran berlangsung dalam komunikasi dua hala, wujudnya interaksi bagi mencambah pengetahuan baru dan kritis.

“Malangnya, ia tidak berlaku kerana kebanyakan mahasiswa seperti ‘tidur’ dan tidak mahu memberi reaksi memberangsangkan.

“Berbanding mahasiswa asing, reaksi mereka berbeza. Berani bertanya, suka berdebat, mampu memberi buah fikiran biarpun salah dan sebagainya.

“Kami tertanya-tanya mengapa mahasiswa kita tidak begini. Dalam ribuan mahasiswa, hanya sekelumit yang aktif manakala lain hanya membatu,” katanya.

Bukan mahu menidakkan kemampuan mahasiswa kerana yakin mereka yang terpilih adalah dari golongan bijak.

Bagaimanapun, beliau berpendapat sikap pasif itu berpunca dari keengganan diri menerima keadaan baru dan selesa dengan persekitaran lama.

“Mahasiswa kita boleh berubah dan melakukan kejutan namun mereka kebanyakannya malas selain selesa dengan persekitaran sedia ada.

“Mereka berpendapat, aktif dalam kuliah tidak boleh membantu untuk memperoleh keputusan baik berbanding sesi mengulang kaji.

“ Memang merugikan kerana berdasarkan kajian, aktif bertanya dalam kuliah juga mampu menyumbang kepada peningkatan pemahaman dan pencapaian mahasiswa dalam peperiksaan,” katanya.

Mahasiswa yang aktif dalam kuliah mahupun aktiviti, juga katanya mempunyai banyak kelebihan tersembunyi.

“Antaranya lebih kenali pensyarah yang boleh membantu mereka memperoleh sedikit kelebihan berbanding tidak dikenali. Hubungan mesra boleh terjalin selain pemahaman mengenai sesuatu subjek juga lebih mendalam.

“Malangnya kelebihan ini jarang mahu direbut kerana beranggapan jika banyak bertanya, bermakna mereka kurang bijak atau khuatir mengganggu perjalanan kelas.

“Dan, berdasarkan pemerhatian, mereka yang pasif ini memang akan bermasalah dari segi membina pemahaman, pembinaan jati diri selain sukar memperoleh keputusan baik,” katanya.

Mengulas tanggapan sikap itu ada kaitan dengan sistem pendidikan sekolah, beliau tidak meletakkan kesalahan seratus peratus padanya.

“Sebagai mahasiswa, mereka harus tahu alam pengajian di universiti cukup berbeza. Perlu ada keinginan sendiri, bijak menyesuai diri dengan persekitaran dan sebagainya.

“Tiada lagi istilah ‘manja’ atau perlu ditatang sentiasa. Universiti tempat persediaan untuk melangkah alam dewasa.

“Jika dalam tempoh itu mereka masih sama dan terus mengekalkan sikap keanak-anakan, apakah mereka mampu berdepan cabaran lebih hebat selepas itu,” soalnya.

Pensyarah juga diharap dapat menggunakan pendekatan berbeza bagi menarik perhatian mahasiswa supaya lebih proaktif dalam dewan kuliah.

“Ada kalanya cara pembelajaran pensyarah yang pasif juga gagal memikat perhatian mahasiswa menjadikan mereka kurang berminat.

“Untuk itu, kedua-dua pihak perlu peka dan saling berusaha menghidupkan suasana supaya proses pembelajaran menjadi lebih seronok dan memberi manfaat bersama,” katanya.

Begitupun masih belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan dan berharap mahasiswa alaf baru mesti berani bangkit melakukan anjakan minda dan keluar dari kepompong keselesaan.

“Biarpun senario mahasiswa pasif sudah lama, mereka boleh mengubah keadaan dengan berani memulakan langkah pertama.

“Setiap orang boleh berubah kecuali mereka yang mahu gagal saja tidak mahu melakukannya,” katanya.

Maut hantar berkhatan


DUNGUN: Hasrat seorang wanita membawa anak saudaranya berkhatan tidak kesampaian apabila dia maut selepas Proton Wira dipandu suaminya bertembung kereta Honda Civic di Kilometer 12.5, Jalan Dungun-Bukit Besi, depan Loji Air Petronas Kampung Serdang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Zainun Awang, 50, dari Kampung Jerangau Sungai, di sini, terbunuh akibat cedera parah di kepala.

Turut maut, penumpang Honda Civic berkenaan, Suzlina Ahmad, 40, dari Kampung Balai Besar, di sini.

REMUK TERUK...keadaan kereta yang terbabit nahas, semalam


Kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda Civic dipandu anak Suzlina, Mohd Ridwan Badiozaman, 21, hilang kawalan sebelum berpusing dan memasuki laluan bertentangan dan bertembung Proton Wira berkenaan.

PILU...Nuraima Zulkifli, 26, ditenangkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang menangis di sisi jenazah ibunya, Zainun.


Anak Zainun, Nuraiman Zulkifli, 26, berkata, ketika kejadian ibunya bersama bapa, Zulkifli Mamat, 53, serta ibu saudara, Gayah Awang, 45, dalam perjalanan menghantar sepupunya, Tarmizi Ismail, 11, untuk berkhatan di Kuala Dungun, di sini.

Sesungguhnya bukan kehendak kita orang yang kita sayangi itu pergi dahulu sebelum kita, akan tetapi sayangnya kita terhadap sesama makhluk tidak akan dapat menandingi kasih dan sayang Allah Taala itu sendiri.

Tulang hancur


GAZA: “Saya hanya mampu melihat anak gadis saya terpelanting dan terperosok di bawah timbunan dinding rumah sebelum mati akibat parah di kepala,” kata Shahida Mohamed, 56, menceritakan detik kematian anaknya selepas rumah mereka dibom tentera Israel, 15 November lalu.

Akibat serangan yang dilakukan ketika azan Maghrib berkumandang itu, Shahida turut parah apabila tulang lutut kaki kirinya hancur ditimpa bumbung rumah manakala anak perempuannya, Yusrah Abdullah, 20, mati serta-merta.

Shahida yang ditemui di Hospital Al Shifa, di sini, berkata, ketika kejadian dia memasak di rumah bersama Yusrah sebelum beberapa jet pejuang F-16 milik Israel melintasi ruang udara Gaza dan menjatuhkan bom dan roket.

SEBAK...Shahida hancur kaki kiri dan kehilangan seorang anak.


“Letupan demi letupan kuat berlaku sebelum dinding dan bumbung rumah kami turut berkecai. Saya terpelanting dan terperosok di bawah timbunan dinding rumah.

“Yusrah mati serta-merta akibat ditimpa tiang dan bumbung rumah di kepala dan saya hanya mampu melihatnya tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya berlinangan air mata.

Kecederaan Shahida akibat serangan tentera Israel itu menyebabkan tulang lutut kakinya pecah manakala isi daging betisnya turut hancur.


Seorang lagi mangsa, Yusuf Kareem, 45, hancur tulang ke dua kakinya akibat ditembak dengan roket milik tentera Israel.


Dalam kejadan 18 November lalu, mangsa cedera parah selepas terkena serpihan peluru roket menusuk masuk ke dalam daging kakinya menyebabkan tulang mangsa patah remuk hampir di semua bahagian.

“Sakit yang saya alami terlalu azab untuk dibayangkan. Tulang kaki saya hancur dan doktor berusaha memulihkannya dengan memasang besi sebagai ganti.


“Saya hanya orang awam yang tidak bersenjata. Mereka (tentera Zionis) seolah-olah mendapat kepuasan dengan membunuh penduduk Gaza,” katanya.


Kesengsaraan sama turut dialami seorang anggota polis Palestin, Usama Mohamad Abu Saad, 48, yang cedera parah ditembak jet pejuang Israel, 18 November lalu.


Dalam kejadian lewat petang itu, beberapa jet pejuang F-16 milik tentera Israel melepaskan roket serta menjatuhkan bom ke arah balai polis terletak di pinggir Gaza City, di sini.


Menurutnya, ketika kejadian, dia berada tidak jauh dari balai polis berkenaan sebelum berpuluh ledakan kuat berlaku dan meruntuhkan bangunan balai polis itu.

“Pada masa sama, saya ditembak di belakang tubuh dipercayai dilepaskan dari jet pejuang Zionis.

“Akibat tembakan itu, saya tidak sedarkan diri sebelum dipapah orang ramai ke hospital Al Syifa. Memang sakit ketika itu dan saya sangka akan mati,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik peluru tidak menembusi organ utama tubuhnya.

Walaupun tidak boleh bergerak kini, saya bersyukur kerana terselamat. Malah, saya mendapat tahu seluruh bangunan balai polis ranap dihujani roket dan bom.

“Ada rakan saya yang mati syahid. Saya cemburu mereka bakal menjadi ahli syurga kerana berjuang untuk Islam,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati bilangan pesakit akibat serangan tentera Zionis bermula 14 November lalu berkurangan di Hospital Khan Younis dan Al Syifa.

Pada masa sama, lebih 10 doktor dari Sudan secara sukarela didapati turut bertugas di hospital itu untuk memberi bantuan kepada pesakit sejak kelmarin. Bantuan kecemasan diberikan NGO antarabangsa dari Tukri dan Mesir termasuk ubat-ubatan dan doktor pakar sedikit sebanyak membantu pihak hospital di Gaza merawat ribuan pesakit yang dihantar ke hospital ketika perang meletus.

Bersyukur kita di Malaysia walaupun internet xberapa aman, akan tetapi kita tidak menghadapi peperangan di pihak luar iaitu kuasa-kuasa perang yang besar datang menyerang bumi tanah air kita ini.

Jurusolek artis mati dibunuh


KUALA LUMPUR: Seorang jurumekap artis ditemui mati dalam keadaan tertiarap di atas katil dengan tangan dan kaki terikat selain lehernya turut dijerut di rumahnya di Jalan Mangga, dekat Jalan Ipoh, di sini, malam kelmarin.

Mayat Othman Hassan, 52, ditemui dengan mukanya tersembam pada tilam dalam sebuah bilik dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum mayatnya ditemui jam 8 malam kelmarin.

USUNG...anggota polis mengangkat mayat mangsa.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat mangsa ditemui abang mangsa yang datang ke rumahnya selepas diberitahu mangsa gagal dihubungi sejak dua hari lalu.

“Mangsa yang memakai baju-T dan seluar pendek ditemui dalam keadaan tangan dan kakinya diikat, selain lehernya dijerut. Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada kesan pecah masuk. Oleh itu polis percaya mangsa dibunuh individu dikenalinya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

SEBAK...ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan


Ku berkata, Othman tinggal seorang diri dan siasatan awal menunjukkan sebelum kematiannya, mangsa dipercayai melakukan hubungan seks.

Hmmm inilah lumrah alam dan kehidupan masa kini di Malaysia iaitu negara paling aman di dunia.

Perkampungan Tradisional Mengkuang Titi


Perkampungan Tradisional terletak di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, lebih kurang 22 km dari bandar Butterworth. Aktiviti perkhemahan boleh diadakan di sini dan menjadi tumpuan, terutamanya pada musim buah-buahan.







Mengkuang Titi Kampung Tour

Kampung Mengkuang Titi adalah sebuah kampung kecil Melayu di Seberang Perai. Ia terletak kira-kira 25 km dari Butterworth, tidak terlalu jauh dari Empangan Mengkuang. Nama "Mengkuang" merujuk kepada tumbuhan pandanus, yang bergerigi daun digunakan untuk menganyam tikar. Ia adalah salah satu daripada kampung-kampung di Pulau Pinang pada program Homestay.

Kampung Mengkuang Titi mempunyai penduduk bersempadan 800, dan masih mengekalkan rasa desa yang sesuai untuk pembangunan industri pertanian dan kampung. Atas sebab itu, ia telah dikenal pasti untuk mempromosikan program Homestay.

Pelawat ke Mengkuang Titi boleh menikmati melawat melihat pokok-pokok getah dan melihat bagaimana getah diproses menjadi kepingan getah. Satu juga boleh melawat ladang-ladang kelapa sawit.

Antara industri kotej di Mengkuang Titi termasuk membuat hidangan Melayu seperti kuih bahulu, kek span gebu, dan sate, daging panggang skewered berkhidmat dalam kuah kacang manis dan pedas.

Permainan tradisional Melayu juga digalakkan di Mengkuang Titi. Ini termasuk gasing Gasing, jong, dan sepak raga, yang dimainkan oleh lelaki dan congkok oleh wanita.

iskandarX Society Descent Review


Tiada meletup di bahagian-bahagian badan atau bola api-muntah syaitan sini - Descent meletakkan putaran perindustrian pada genre dengan mengambil anda ke usus stesen kilang seperti ruang yang besar untuk melawan robot perlombongan gila.

Doom tidak hanya memperkenalkan orang ramai untuk tindakan orang pertama, 3-D penembak, ia melahirkan pelbagai klon orang pertama. Beberapa klon ini, seperti Angkatan Gelap, telah mengalu-alukan tambahan kepada genre. Yang lain adalah hanya lebih kurang sama. Hanya satu 3-D penembak menambah dimensi baru kepada keseluruhan bidang: Descent.



Tiada meletup bahagian-bahagian badan atau bola api-muntah syaitan sini - Descent meletakkan putaran perindustrian pada genre dengan mengambil anda ke usus stesen kilang seperti ruang yang besar untuk melawan robot perlombongan gila.

Pertimbangkan ini: di angkasa, tidak ada atas atau bawah. Descent menggunakan konsep yang melanda anda seperti giliran 9G dengan persekitaran labirin dan pelbagai percuma gerakan x, y, dan z paksi. Sigung angkasa anda ke dalam sebuah bilik, dan menonton keluar-serangan boleh datang dari kiri atau kanan, dari atas atau di bawah anda.

Anda akan spin kapal anda di sekitar sambil menembak peluru berpandu dan laser sehingga gayat bukan hanya sebuah filem Alfred Hitchcock, tetapi satu cara hidup. Dikelilingi oleh huru-hara ini, anda mesti menyelamatkan bertaburan tebusan manusia dan mengumpul powerups ketika cuba untuk menyimpan senjata api dan perisai anda di maks mereka. A 3-D berputar peta adalah disediakan bagi orang-orang yang tidak boleh mengendalikan giliran membingungkan setiap peringkat.

Dengan tindakan ketagihan, rangkaian berbilang pemain bermain dan editor tahap Descent didapati di mana-mana anda menghidupkan, saya katakan tanpa hiperbola bahawa Descent ditakdirkan untuk menjadi klasik. Jangan percaya saya? Download demo percuma boleh didapati dengan meluas (ketika anda berada di dalamnya, menyemak Descent II serta) dan hakim untuk diri sendiri. Hanya ingat untuk menyimpan beg airsickness anda berguna.

BLUEBERRY HIDDEN CAKE


Bahan-bahannya:-

3/4 cawan gula aising
150 g mentega
250 g cream cheese
3 biji telur Gred A
1/2 camca teh esen vanilla
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1/4 cawan susu segar
1/2 cawan blueberry pie filing



Cara membuatnya:-

1- Pukul cream cheese, mentega hingga putih. Masukkan gula aisinng dan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang.

2- Masukkan esen vanilla dan terus memutar. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu segar hingga habis. Gaul hingga rata.

3- Tuang separuh adunan ke dalam acuan berlubang tengah yang telah disapu dengan mentega dan ditaburkan sedikit tepung. Kemudian ratakan blueberry pie filling atas adunan kek tadi dan tutup dgn lebihan adunan dan ratakan.

4- Hentak acuan kek 2 - 3 kali untuk membuang angin. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, kurang lebih 35 - 40 minit. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan dari acuan.

Petua Hilangkan Kedut di Wajah


Dapat sebatang lobak merah, satu sudu besar tepung jagung dan sebiji kuning telur. Parut lobak satukan bersama tepung jagung dan kuning telur. Gaul hingga mesra dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering anggarn selama 20 minit. Kemudian bilas bersih dengan air suam. Amalkan selalu, insyaAllah berkesan.

Petua Hilangkan Kedut di Wajah

Tinjauan ATI Radeon ™ X1050


Menaik taraf dan Nikmati ™ Pengalaman Visual Terbaik untuk PC anda
Dapatkan yang paling daripada permainan anda, gambar digital, video, dan melayari laman web dengan ATI Radeon ™ X1050, menaik taraf grafik berpatutan yang menyampaikan pengalaman premium.

Rediscover Foto dan Filem
Nikmati imej digital masih dan video dan melihat kecemerlangan sebenar kreativiti anda, sama ada anda menyunting video atau preview gambar sebelum percetakan.

untuk Permainan
ATI Radeon X1050 menyokong judul permainan atas dan menggabungkan prestasi permainan lancar dengan kualiti imej 3d yang menakjubkan.

Dapatkan Lebih Dari Monitor Anda
ATI Radeon X1050 membolehkan monitor berganda dan memaksimumkan keupayaan paparan visual peranti input digital anda.




ATI Radeon ™ X1050 Spesifikasi
teknologi Ciri-ciri
  • Empat selari piksel 3D rendering paip
  • Dua diprogramkan Shader paip bucu
  • PCI Express ® lorong x16 sokongan asli
  • AGP 8x konfigurasi juga disokong dengan cip jambatan luar
  • Penuh Microsoft ® DirectX ® 9 sokongan


konfigurasi


Memory

Interface

Connectors

Clock Speeds

128MB DDR1

128 bit

DVI+VGA+VO

400e / 250m

128MB DDR2

64 bit

DVI+VGA+VO

325e / 333m

256MB DDR2

128 bit

DVI+VGA+VO

400e / 333m


ATI SMARTSHADER ™ 2.0

  • ATI SMARTSHADER ™ teknologi mentakrifkan tahap realisme dalam permainan aplikasi terkini dan 2D/3D
  • Lengkap perkakasan-dipercepatkan Microsoft ® DirectX ® 9,0 diprogramkan mercu Shader dan piksel sokongan
  • Perkakasan sokongan penuh untuk OpenGL ®


ATI licin Wawasan ™ 2.1

  • ATI SmoothVision ™ teknologi meningkatkan kualiti imej dengan melicinkan tepi bergerigi, meningkatkan blurriness dan penapisan butiran latar belakang semasa gerakan pada skrin dan pada resolusi yang lebih rendah.
  • ATI SmoothVision ™ tetapan boleh dikonfigurasikan oleh pengguna di ATI Pemangkin ™ Pusat Kawalan


Imej 3D Kawalan Kualiti

  • 2x/4x/6x anti-aliasing (AA) mod
  • Algoritma jarang multi-sampel dengan pembetulan gamma, corak sampel diprogramkan dan pensampelan sentroid
  • Rugi kurang Mampatan Warna (sehingga 06:01) di semua resolusi
  • Temporal anti-aliasing
  • 2x/4x/8x/16x anisotropik Penapisan (AF) mod
  • Sehingga 128 ketuk tekstur penapisan
  • Algoritma Adaptive dengan pilihan bilinear (prestasi) dan trilinear (kualiti)


ATI Hyper Z ™ III

  • ATI Hyper Z ™ teknologi memastikan prestasi perkakasan yang optimum oleh membuang data objek tidak relevan yang tidak kelihatan kepada pengguna akhir pada paparan mereka.
  • Memanfaatkan ciri-ciri utama dari generasi ketiga ATI Hyper Z ™ III teknologi yang memelihara video jalur lebar memori untuk prestasi yang lebih baik dalam menuntut 2D/3D permainan dan aplikasi.
  • Lossless Z-Buffer Mampatan (sehingga 48:1)
  • Fast Z-Buffer Jelas
  • Cache Z dioptimumkan untuk menjadikan bayang-bayang masa sebenar


ATI VideoShader ™

  • Penyepaduan shaders pixel dengan video dalam masa sebenar
  • FullStream ATI ™ video de-menyekat teknologi untuk Real, DivX, dan WMV9 format
  • ATI VideoSoap ™ bunyi penyingkiran penapisan untuk video yang ditangkap
  • MPEG1/2/4 decode dan mengekod pecutan
  • Sokongan DXVA
  • Perkakasan Pampasan Usul, iDCT, DCT dan warna ruang penukaran
  • Semua format DTV / HDTV penyahkodan
  • YPrPb output komponen untuk memandu langsung HDTV memaparkan †
  • Adaptive Per Pixel De-Interlacing dan Kadar Penukaran Frame (penapisan temporal) ciri-ciri tambahan


Ciri-ciri tambahan

  • Dwi paparan pengawal bersepadu
  • Dwi bersepadu 10 bit per saluran 400 MHz DACS
  • Bersepadu 165 MHz TMDS pemancar (DVI 1.0 / HDMI ® patuh dan HDCP ready1)
  • Output TV Bersepadu menyokong sehingga resolusi 1024x768
  • Windows ® Logo Program patuh
  • ATI Pemangkin ™ Software Suite


AMD ATI Radeon ™ X dan Radeon ™ 9550 siri GPUs mampu pemprosesan isyarat HDCP ("HDCP bersedia"), bagaimanapun tidak semua kad grafik ATI Radeon HDCP bersedia. Sila semak berkenaan ATI Radeon grafik kad spesifikasi untuk menentukan jika tertentu ATI Radeon grafik kad adalah HDCP bersedia. Sesetengah pihak ketiga mengeluarkan kad grafik yang mengandungi ATI Radeon GPUs - anda boleh menyiasat mereka yang model, jika ada, HDCP bersedia. Di samping itu, bermain kandungan HDCP memerlukan komponen tambahan HDCP bersedia, termasuk tetapi tidak terhad kepada HDCP bersedia monitor, pemacu cakera, aplikasi multimedia dan komputer sistem operasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan