Cari Artikel

Tuesday, December 4, 2012

iskandarX Society Tutorial : Post Entri Dalam Blog


Post entri dalam blog merupakan perkara yang paling asas bagi seorang blogger.

Dalam entri anda akan menaip apa yang anda mahu sampaikan samada luahan rasa, perkongsian, info dan apa-apa sahaja yang anda mahu.




Kalau tidak buka ruangan untuk menaip bagaimana hendak post entri kan.:)

Berikut adalah cara bagaimana anda hendak memulakan langkah untuk menaip dalam blog anda.

1. Buka link www.blogger.com (link ini diperlukan setiap kali anda hendak login kepada akaun blogger). Masukkan email dan password anda.



2. Pada paparan muka depan, klik pada 'create new post'



3. Masukkan tajuk untuk entri(1) anda dan juga isi kandungan entri anda.(biasa bab ini mengambil masa untuk menaip entri)(2).



i.Jangan lupa untuk isikan juga label untuk entri
ii.Juga isikan juga Search Description

Kemudian apabila sudah siap, klik pada button 'publish'(3)

4. Apabila sudah tekan button publish, siap untuk sebuah entri dalam blog anda.:)



i. jika anda hendak tengok 'rupa' entri anda itu, klik pada 'view post'
ii. jika anda rasa masih ada kekurangan dan hendak edit, klik pada 'edit post'
iii. jika anda hendak menaip entri baru, klik pada 'new post' (anda juga boleh mulakan dari awal dengan klik pada 'My Blogs' pada bahagian atas-kiri)




iskandarX Society Tutorial : Cara Buat Akaun Blogspot


Assalammualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada anda semua. Kali nie is back to the line iaitu tutorial untuk daftar blog. Korang yang xder blog g boleh tengok tengok tutorial nie untuk panduan korang dalam berrjuang di platform blogger.com ini.

Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.

Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.



Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'.



3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.




4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address

  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.


5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'



6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan