Cari Artikel

Wednesday, July 4, 2012

NASIONAL Penjawat awam digesa ubah mentaliti, cara kerja




KUALA LUMPUR: Penjawat awam perlu melakukan anjakan sikap drastik seiring dengan gagasan dan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju. 






Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata penjawat awam tidak seharusnya berasa selesa berada pada takuk lama sehingga pencen dan sentiasa cepat berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian yang biasa. “Penjawat awam perlu menyahut saranan Perdana Menteri sebagai satu cabaran bagi meningkatkan daya saing mereka. Mahu naik gaji tapi sikap pada tahap lama tidak mahu berubah macam mana?
“Kita menyokong untuk menjadikan penjawat awam berpendapatan tinggi tapi mesti seimbangkan pendapatan dengan sikap serta kerja yang dilakukan,” katanya hari ini, semalam.


Kelmarin, Najib berkata, penjawat awam perlu sentiasa mengambil sikap Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian. Sikap itu pula perlu disokong dengan satu lagi akronim - PCI - ‘Productivity, Creativity and Inovation’ (Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi).


Perdana Menteri yang dikenali ramai sebagai ‘peminat bola,’ turut memberi contoh kejayaan Sepanyol menjuarai Euro 2012 menumpaskan Itali 4-0 yang menurutnya dicapai apabila pasukan itu menampilkan pendekatan baru dengan beraksi tanpa pemain penyerang, sebaliknya bergantung kepada enam pemain tengah untuk menjaringkan gol.


Omar berkata, bahagian latihan dan sumber manusia setiap agensi kerajaan perlu memainkan peranan dalam membentuk minda penjawat awam supaya mampu berfikir di luar daripada kebiasaan bagi menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.
“Dengan menggunakan kaedah bukan konvensional, mekanisme baru bagi menyelesaikan masalah rakyat dan melakukan kerja harian akan terbentuk dan mekanisme ini akan membantu penjawat awam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik dan berkesan,” katanya. - BERNAMA


Memang patutlah ubah mentaliti tu, nie tidak asyik hari-hari bangun pagi-pagi belum mandi belum apa dah dok ingat ujung bulan masuk gaji, dapat duit, kerja ala balai, memang susah aa Negara nak capai Negara Maju macam Mesir, kalau dok dapat tenaga pekerja badak liat. Badak pun bagus lagi tak menyusahkan orang lain.

2 pelajar harum nama negara




Rama Murthi (kiri) dan R. Sri Arivesh (kanan) menunjukkan model ’Neighbours Wonder’ bersama sijil tempat ketiga yang dimenangi di Oswego, New York, semalam. - Foto BERNAMA






Georgetown: Dua pelajar Tingkatan Dua, S Rama Murthi dan R Sri Arivesh, kedua-duanya berusia 14 tahun, berjaya mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.


Mereka antara pemenang utama hadiah pertandingan 'Genius Olympiad 2012 International High School Project Fair on Environment' yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat. Kedua-dua pelajar dari Kulim, Kedah itu menang tempat ketiga dengan ciptaan alat sistem penggera diberi nama `Neighbours Wonder’ pada pertandingan disertai 246 pelajar dari 50 negara itu.


Alat ciptaan terbabit boleh membantu pengguna dalam kecemasan meminta pertolongan jiran menerusi alat penggera tanpa wayar yang boleh dipasang secara selari di semua rumah dalam sesebuah kawasan perumahan.


Rama Murthi berkata, alat penggera itu dipasang dengan pengecas bergerak dan sistem itu boleh dihubungkan di antara rumah.


Menurutnya, ilham mencipta alat itu lahir daripada konsep semangat 1Malaysia diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana alat berkenaan boleh mewujudkan semangat kerjasama antara jiran tanpa mengira kaum.


"Kami membelanjakan kira-kira RM300 membuat model alat sistem bunyi ini untuk dipamerkan pada pertandingan dan kami bangga kerana menang," kata R Sri Arivesh.


Mereka adalah peserta termuda berbanding peserta lain yang rata-rata berumur antara 16 hingga 17 tahun pada pertandingan berlangsung dari 24 hingga 29 Jun lalu itu di Oswego, New York. - BERNAMA


Bagus, harumkan nama negara dimata dunia. Yang nie perlu dicontohi oleh pelajar-pelajar dan remaja lain di Malaysia. Bukan contohi mat-mat rempit diluar sana.

Wanita diburu kes tembak polis




Johor Bahru: Polis memburu seorang wanita lingkungan usia 20-an berhubung kes anggota polis ditembak empat kali di luar sebuah pusat hiburan dekat Nusa Bestari, awal pagi kelmarin. 



Wanita terbabit dipercayai rakan kepada empat suspek yang ditahan sejurus kejadian berkenaan dan menghilangkan diri sejurus insiden itu. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim, turut menafikan laporan sebuah akhbar kononnya Konstabel Snilus Lembik, 24, dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, ditembak rakan sendiri kerana pasukan EURO 2012 yang disokongnya kalah. 
“Siasatan awal mendapati anggota itu baru saja selesai tugasan dan melepaskan lelah dengan minum di situ. 


“Bagaimanapun, sekumpulan empat lelaki dan seorang wanita di meja bersebelahannya mula membuat gangguan di pusat hiburan itu dipercayai kerana mabuk,” katanya. 


“Anggota itu cuba menenangkan keadaan, namun seorang suspek bertindak balas dengan menyerangnya dan berlaku pergelutan sebelum pistol mangsa dirampas,” katanya. 


Suspek melepaskan empat das tembakan terhadap mangsa sebelum melarikan diri. Bagaimanapun, empat suspek itu ditahan sepasukan polis 10 minit kemudian berhampiran pusat hiburan sama. 
Snilus kini stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di sini. 


Dahsyat-dahsyat betul budak-budak muda sekarang nie, sampaikan perempuan sendiri pun dah memiliki senjata api. Memang korang semua brutal habis, ini baru dipanggil samseng dan gengster, buat jahat ada senjata api. Ini tidak mengamuk pakai parang dengan pisau tapi bising je lebih.

Warga Pakistan bebas tuduhan rogol isteri




Johor Bahru: Mahkamah Sesyen, di sini semalam melepas dan membebaskan seorang warga Pakistan daripada tuduhan merogol isterinya, April tahun lalu. 



Rahin Adnan Muhammad Hanif, 33, yang berstatus penduduk tetap (PR) dari Taman Desa Cemerlang, dekat sini, dituduh melakukan kesalahan itu ke atas isterinya berusia 32 tahun di rumah mereka di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, jam 2 pagi 25 April. Pemilik syarikat bateri itu yang didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, dibebaskan Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes. 


Rahil Adnan yang mempunyai tiga anak, masing-masing berusia 11, 6 dan 4 tahun bersama isterinya itu, berkata mereka bercerai 13 April 2011 sebelum rujuk semula lima hari kemudian. Beliau mendaftarkan rujuk itu di Jabatan Agama Johor (JAJ) pada 23 April tanpa kehadiran isterinya, menyebabkan surat pengesahan tidak dapat dikeluarkan. 


Bagaimanapun pada 25 April 2011, warga Pakistan itu berkata, beliau ditahan polis selepas isterinya membuat laporan dirogol sedangkan mereka sudah rujuk.


Perempuan zaman sekarang nie memang pelik-pelik aku jumpa, terutamanya yang dah bergelar isteri orang, memang cukup pelik perangainya. Lagi bertambah pelik bila seorang perempuan tu dalam proses bercerai atau nak rujuk nie sebab member aku kena getah dah dituduhnya member aku nie merogol dihotel pada halnya member aku ada dikawasan lain. Nasib baik kemera kat hotel tu ada storage video main balik rakaman tak dak pun gambar member aku. Fitnah Dajjal Laknatullah nie memang besaq dan bangsat betoi.

Jefridin buat laporan palsu kena lima bulan




Kuala Terengganu: Seorang tukang masak dijatuhkan hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini selepas mengaku bersalah membuat laporan polis palsu kecurian motosikalnya. 



Sebaliknya, motosikal berkenaan digunakannya untuk melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Wakaf Tapai, Marang, pada November tahun lalu. Tertuduh, Jefridin Manan , 31, dari Jalan Tok Lam, di sini, yang juga pemilik motosikal berkenaan adalah antara lima suspek termasuk tiga anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun Kedai Emas Swee Heng di Taman Bestari, Wakaf Tapai, pada 28 November 2011. 
Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu. 


Mengikut pertuduhan, Jefridin didakwa dengan sengaja membuat laporan palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada orang lain di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 1.15 tengahari pada 10 Disember 2011. 


Bagi kesalahan itu, Jefridin boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala Jefridin yang berbaju-T warna merah jambu tidak diwakili peguam. 
Mengikut fakta kes, pegawai penyiasat bertugas mendapati tertuduh membuat laporan polis palsu kerana berdasarkan siasatan dijalankan, motosikal jenis Honda Icon tidak dilaporkan hilang, sebaliknya digunakan Jefridin sendiri dalam kejadian rompakan yang menggunakan senjata api.


Nama dah lah macam kucing kesayangan aku, tapi botak la pulak wakakakakakakaka. Perghh dahsyaaatt betoi lu brother, guna senjata api untuk merompak, tapi tukang masak saja cover noohh, memang hebat. Elok-elok ada keja yang halal yang haram jugak jadi kejaran.

KPT tidak audit kewangan semua Universiti




Kuala Selangor: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak melakukan proses audit laporan kewangan semua universiti di negara ini kerana ia di luar bidang kuasa kementerian itu. 






Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementerian hanya melakukan audit terhadap perkara berkaitan akademik seperti tawaran program dan kelayakan tenaga pengajar mengikut Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Setara) yang dilakukan dua tahun sekali sejak 2007. “Bagi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), biasanya ia diaudit syarikat yang menubuhkan universiti berkenaan,” katanya selepas melancarkan Klinik Optometri bergerak Universiti Teknologi MARA (UiTM) di kampus Puncak Alam di sini, semalam. 
Khaled diminta mengulas mengenai laporan kewangan universiti milik kerajaan Selangor, Universiti Selangor (UNISEL) yang didakwa tidak diaudit serta menanggung kerugian. 


Mengulas lanjut, beliau berkata KPT juga tidak mempunyai kuasa menghalang ahli politik daripada menyandang jawatan sebagai Anggota Lembaga Pengarah sesebuah universiti. 


Bagaimanapun, katanya, jika ahli politik terbabit cuba mempengaruhi dan membawa sentimen yang tidak baik ke dalam universiti, biasanya penuntut universiti itu sendiri yang akan membuat aduan kepada kementerian. 


"Kita di kementerian akan memastikan tenaga pengajar adalah bertauliah dan daripada golongan profesional bagi menjamin mereka dapat menjalankan tugas dengan sepatutnya. Biasanya petunjuk kita adalah berdasarkan maklum balas penuntut," katanya. 
Ahad lalu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terperinci UNISEL. 


Katanya, pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu, termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa UNISEL sedang menanggung kerugian. - BERNAMA


Dah kena tembak baru nak melompat, macam tulah di jabatan kementerian mana-mana pun. Dah kena baru nak siasat apa yang tak kena.

Pemandu ujian F1 wanita parah terbabit nahas




LONDON: Pemandu ujian Formula Satu (F1) yang juga seorang wanita, Maria de Villota berdepan kecederaan parah selepas keretanya merempuh sebuah kenderaan pasukannya di litar ujian di Britain, semalam. 






De Villota, pemandu untuk pasukan Marussia F1, hampir menamatkan sesi ujin pertamanya apabila keretanya merempuh trak pasukannya di litar Duxford Airfield di Cambridgeshire, utara London. Pemandu berusia 32 tahun warga Sepanyol itu menyertai pasukan lumba dari Russia itu pada Mac lalu dan ia pertama kali menguji kereta MR-01 ketika nahas. 


“Maria kini masih tidak sedarkan diri dan pasukan perubatan masih merawatnya," kata pasukan F1 berkenaan dalam satu kenyataan. - AP


Berhati-hatilah ketika sedng memandu dijalanraya, tapi jangan lah sampai mencontohi Maria pulak, dia pandu keta racing, kita pandu keta kecik aja. Kalau tiru dia gak alamat bersepailah dijalan raya.

Man U rancang buat tawaran awam permulaan (IPO) di AS




NEW YORK: Kelab terkemuka British, Manchester United mengemukakan permohonan di Amerika Syarikat untuk mencari dana dengan menjual saham di pasaran negara berkenaan. 







Ketika menyerahkan permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, kelab itu berkata, mereka berhasrat untuk menjana AS$100 juta dengan membuat penawaran saham kepada umum. Pasukan itu dikuasai keluarga Glazer iaitu jutawan pelabur sukan sejak 2005, berdepan masalah hutang pada beberapa tahun lalu walaupun dianggap sebagai kelab bola sepak yang mempunyai paling ramai peminat. - AFP 


Takat kalau kaya dan peminat paling ramai sekali pun tapi kalau kaki judi tetap kaki judi, berjudi mesti tanggung hutang punya memang tak boleh lari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan