Cari Artikel

Friday, June 29, 2012

Chong Wei punya cukup untuk kembali kompetitif




KUALA LUMPUR: Tempoh dua minggu sebelum Datuk Lee Chong Wei beraksi di Olimpik London adalah masa paling kritikal yang bakal menentukan prestasi semasa atlet itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz. 






Beliau berkata, dalam tempoh itu, pemain perseorangan badminton negara itu perlu memastikan dirinya bebas sepenuhnya daripada kecederaan selain tidak dibelenggu sebarang masalah peribadi untuk fokus kepada temasya tersebut.
"Tempoh Chong Wei mengalami kecederaan pada kejohanan Piala Thomas pada Mei sehingga beraksi di Olimpik pada Julai, lebih kurang 64 hari. Proses pemulihan kecederaannya adalah enam minggu atau 42 hari.
"Secara matematik sains sukan, dari hari pertama beliau mengalami kecederaan, ditolak tempoh pemulihannya sebelum beraksi di London, Chong Wei mempunyai 22 hari untuk kembali ke tahap permainan sebenarnya. 


"Masa sebenar yang diperlukan hanya 14 hari. Jadi, tempoh 22 hari sudah cukup bagi pemain itu untuk kembali kompetitif," katanya di sini, hari ini. 


Dr Ramlan berkata, walaupun Chong Wei yang kini berada di ranking kedua dunia masih belum diuji fizikalnya melalui kejohanan kompetitif namun pemain itu komited mengikuti semua latihan yang disediakan ISN. 


"Sebagai contoh, dalam tempoh minggu kedua dan ketiga proses pemulihan kecederaannya, beliau agak fobia untuk berjoging. Jadi, ISN sediakan latihan alternatif seperti berbasikal dan berlari dalam air bagi mengekalkan tahap ketahanan fizikalnya," katanya. 
Chong Wei yang meraih pingat perak perseorangan lelaki ketika temasya Olimpik Beijing, China, pada 2008, akan menyertai latihan fasa terakhir skuad badminton negara di Bath University, United Kingdom (UK) pada 12 Julai. 


Skuad itu akan berkampung selama 13 hari di Bath University yang terletak di Somerset, 156 kilometer dari London sebelum dijangka berlepas ke ibu kota UK pada 25 Julai. 


Temasya Olimpik London akan berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos. - BERNAMA


Pastikan lah lepas nie Chong Wei bagi harum nama Negara dimuka dunia, dan bukannya memperhabiskan duit negara semata-mata.

RM49 juta naik taraf makmal sekolah dengan kelengkapan F1




MELAKA: Kementerian Pelajaran membelanjakan RM49 juta untuk menaik taraf kemudahan makmal reka cipta di 114 sekolah menengah di seluruh negara.





Kelengkapan perkakasan Formula Satu (F1) itu diimport khas dari United Kingdom sebagai memperkasa kemahiran reka cipta di kalangan pelajar.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pada tahun ini sahaja RM500,000 diperuntukkan bagi keperluan penyelenggaraan dan pembaikan kecil perkakasan F1 yang rosak dan usang.


"Sejumlah RM1.66 juta juga diperuntukkan bagi membiayai kos pembelian bahan habis guna F1 di sekolah-sekolah pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan kem 'F1 in Schools' peringkat kebangsaan di sini, hari ini.


Beliau berkata, bahan habis guna akan diagihkan ke sekolah terbabit sebelum pertandingan 'F1 in Schools' peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pulau Pinang pada Oktober depan. 


Katanya, pertandingan itu mencatatkan peningkatan penyertaan daripada 54 pasukan pada 2011 kepada 147 pasukan, termasuk satu penyertaan daripada Permata Pintar pada tahun ini.


Mohd Puad berkata, program F1 yang dimulakan secara rintis pada 2005 di 14 sekolah menengah kawasan Lembah Klang itu banyak membantu dalam memberi kemahiran reka cipta, berkomunikasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada pelajar sekolah. 
Beliau berkata, peserta yang pernah mewakili negara dalam kejohanan F1 peringkat antarabangsa juga berjaya melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka seperti Massachusets Institute of Technology, Amerika Syarikat dan Imperial College London, England dalam bidang kejuruteraan sains dan teknologi.


Dalam perkembangan lain, Mohd Puad berkata, Kementerian Pelajaran dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang khatib jemputan yang juga guru sebuah sekolah rendah yang menyelitkan doa agar kerajaan sedia ada digulingkan ketika membaca khutbah Jumaat di sebuah masjid di Pulau Pinang baru-baru ini.


"Majlis Agama Islam Pulau Pinang akan melihat sama ada dia (khatib) mempunyai tauliah atau tidak (untuk membaca khutbah)," katanya.


Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan termasuk memecat guru berkenaan sekiranya didapati bersalah atas tuduhan itu. - BERNAMA


Perghh RM 49 juta wooo naik taraf guna F1 teknologi pulak tu, kenapalah masa aku sekolah kerajaan punya lah kedekut nak naik taraf makmal rekacipta nie? Kalu tidak dah lama aku buat Ironman sendiri.

Perbicaraan kes Shamsubahrin bermula 10 September




KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan tiga hari bermula 10 Sept depan untuk perbicaraan kes ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail yang menghadapi lima pertuduhan menipu bekas pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan RM1.755 juta. 






Hakim Rozilah Salleh turut menetapkan tarikh yang sama untuk perbicaraan kes Shamsubahrin, yang menghadapi 17 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.


Rozilah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa supaya kedua-dua kes itu dibicarakan bersama dan ia turut dipersetujui peguam Zarina Ismail serta Kamarul Hisham Kamaruddin, yang mewakili Shamsubahrin.


Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Shamsubahrin, 45, didakwa menipu Mohamad Salleh, iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdaya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada 6 petang 20 November tahun lalu. 


Dia juga menghadapi empat pertuduhan lain iaitu menipu Mohamad Salleh, yang kini merupakan pengerusi NFC, dengan memperdaya beliau (Mohamad Salleh) supaya menyerahkan empat cek yang kesemuanya berjumlah RM1.755 juta kepadanya untuk mempercayai kononnya sebahagian daripada wang itu diberikan kepada pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana, bagi menutup kes yang sedang disiasat pihak polis berkaitan NFC. 


Shamsubahrin dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di premis CIMB Bank cawangan Taman Tun Dr Ismail, Maybank cawangan Kuala Lumpur City Center (KLCC) dan Maybank cawangan utama Petaling Jaya, antara 25 November hingga 5 Disember tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 420, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. 


Bagi 17 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta, Shamsubahrin didakwa terhadap dua pertuduhan mengeluarkan wang milik NFC dan miliknya serta enam pertuduhan mendepositkan wang tunai miliknya dan dua lagi syarikat ke dalam akaun isterinya melibatkan jumlah yang sama. 


Shamsubahrin, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Resources Sdn Bhd juga didakwa terhadap enam pertuduhan memindahkan wang miliknya ke dalam akaun isterinya dan syarikatnya serta tiga pertuduhan menggunakan cek bank bagi tujuan pembelian tiga kereta. 


Semua kesalahan itu dilakukan di CIMB Bank Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, RHB Bank First Avenue Bandar Utama, Petaling Jaya, Maybank Desa Sri Hartamas, RHB Bank Kuala Lumpur Comercial Center, Maybank Kuala Lumpur Comercial Center, Maybank Petaling Jaya antara 25 Nov 2011 dan 13 Disember 2011. 


Bagi semua pertuduhan itu, Shamsubahrin didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA


Lain kali nak menipu pun, menipu biar jumlah tu berbaloi sikit, takkat 1.7j saja buat apa tipu terus 10 billion kan senang. 5 billion tu simpan dalam Swiss Bank, lepas bicara kes dan hukuman selesai terus jadi orang terkejut. Amacam?

Mahkamah Sesyen tangguh keputusan kes rasuah penolong penguasa SPRM




KAJANG: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menangguhkan keputusan kes penolong penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, yang didakwa terhadap tiga pertuduhan rasuah berhubung siasatan kes rasuah seorang suspek. 






Hakim Azhaniz Teh Azman Teh (menetapkan 6 Julai depan untuk memberi keputusan kes itu terhadap M.Mohan.


Pada prosiding hari ini, mahkamah sepatutnya mendengar hujahan balas pihak pendakwaan dan pembelaan dan juga untuk keputusan tetapi kedua-dua pihak tidak mempunyai hujahan balas. Bagi pertuduhan pertama, Mohan, 39, didakwa meminta bagi dirinya suapan wang
tunai RM250,000 daripada A.Sinnaiah, sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah yang disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.


Bagi pertuduhan kedua, Mohan didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama.


Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di pejabat SPRM Negeri Selangor, di Plaza Masalam, Shah Alam, antara 11 pagi dan 1 tengah hari pada 22 Oktober 2009.


Mohan juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai RM5,000 daripada orang sama sebagai dorongan untuk melakukan perkara sama di di Restoran Sri Paandi Corner, Pandan Indah di Ampang, Selangor, antara 11 pagi dan 12 tengah hari, 25 Oktober 2009.


Jika sabit kesalahan, Mohan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Nik Azrin Zairin Nik Abdullah manakala Mohan diwakili peguam R. Ratha Krishnan. - BERNAMA


Dah nama pun kerja dengan jabatan pencegahan rasuah tapi dok ambik rasuah jugak, memang bodoh tak sekolah, dulu mesti sekolah mengaji kuih nie. Sapa lah yang tarik dia bagi kerja kat dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor tu dulu ha?? mesti makan rasuah jugak.

2 rakyat Malaysia maut nahas di Mandailing




JAKARTA: Perjalanan dua bersaudara warganegara Malaysia ke tanah nenek moyang di Mandailing Natal, Sumatera Utara, untuk menemui keluarga yang lama terpisah, berakhir tragedi apabila bas mini yang mereka naiki dalam perjalanan pulang ke Medan, jatuh ke dalam sebuah jurang sedalam 150 meter di tepi Danau Toba pagi semalam. 






Zaidun Basir, 68, dari Cheras, Kuala Lumpur dan adiknya Zulkifli Mohd Basir, 64, dari Johor Baharu, adalah antara lapan orang termasuk pemandu bas mini itu yang maut dalam nahas di Batu Gantung, Simalungun, pada 5 pagi itu.


Mereka sebelum itu menemui anggota keluarga yang dicari di Natal, daerah Mandailing Natal dan mengumpul maklumat tentang salasilah keluarga untuk dibukukan sebagai rujukan anak cucu.
Kedua-dua beradik berketurunan Mandailing dan berasal dari Chikus, Teluk Intan, Perak, dikatakan sudah menziarahi makam nenek moyang mereka di situ sebelum berlepas dengan sebuah bas mini menuju Medan untuk pulang ke Malaysia dengan pesawat dari sana semalam. 


Anak Zaidun, Rohaizat, 43, yang dihubungi di Medan, berkata selain bertujuan menemui anggota keluarga di Natal, kepergian bapanya ke tanah nenek moyang mereka itu juga untuk melengkapkan maklumat tentang salasilah keluarga yang sedang dikumpulkan sejak sekian lama untuk dibukukan. 


Beliau yang baru tiba di Medan, Sumatera Utara pagi ini, berkata turut terkorban dalam kemalangan itu bersama bapa dan bapa saudaranya dalam kemalangan itu ialah dua anggota keluarga mereka dari Natal, namun beliau belum mendapat maklumat lanjut mengenai butir pengenalan diri mereka. 


Rohaizat tiba di Medan bersama sepupunya Hazlan, 39, iaitu anak Zulkifli, untuk menguruskan penghantaran pulang jenazah bapa mereka pada hari ini, untuk dikebumikan di tempat keluarga masing-masing iaitu di Cheras dan di Johor. 
Zaidun ialah seorang pesara Askar Wataniah yang kini mengusahakan sendiri perkhidmatan teksi manakala Zulkifli pula ialah seorang pesara tentera. 


Akhbar tempatan memetik jurucakap polis trafik Simalungun sebagai berkata berdasarkan maklumat, empat lagi penumpang bas mini itu terselamat. 


Sebelum kemalangan berlaku, penumpang dan pemandu bas berhenti rehat di Balige dan menonton satu perlawanan separuh akhir bola sepak Euro 2012. 


Selesai perlawanan bola sepak itu, mereka meneruskan perjalanan namun apabila bas mini yang dipandu laju itu sampai di satu selekoh di Batu Gantung, pemandunya gagal mengawal kenderaan itu menyebabkannya terbabas dan jatuh ke dalam jurang di situ. - BERNAMA


Itulah bahananya tengok bola dengan-dengan driver bas sekali mengantuk ker dok mabuk bola dok gol gol gol terus terjun gaum isk isk isk.

93 sekolah di Sarawak terjejas akibat kemarau




KUCHING: Sebanyak 93 sekolah termasuk lima sekolah menengah di kawasan pedalaman dan pesisir pantai Sarawak terjejas akibat musim kemarau yang melanda seluruh negeri itu sekarang. 






Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Ghani, bagaimanapun berkata keadaan tersebut tidak menjejaskan sesi persekolahan harian atau sekolah terbabit perlu ditutup sementara waktu.
"Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri (JPBBN) sedang memantau keadaan di beberapa sekolah yang terjejas dan setakat ini tiada sekolah yang ditutup atau pun pelajar diarah pulang pada hujung minggu dan keputusan itu adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pelajaran Negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Anugerah Lima Bintang dan Ngiling Tikai (penutup perayaan Gawai) Jabatan Ketua Menteri di sini hari ini. 


Mohamad Morshidi yang juga Timbalan Pengerusi JPBBN berkata, setakat ini 24,743 penduduk membabitkan 3,669 keluarga turut terjejas akibat kemarau sejak beberapa minggu lalu. 


Katanya, sejak 25 Jun lalu, Jabatan Kerja Raya dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pejabat Residen Bahagian sudah menghantar 626,541 liter air bersih ke kawasan terjejas akibat kemarau menggunakan lori selain membekalkan air botol minuman. - BERNAMA


Cepat-cepat lah sikit kerja-kerja pembaikan tu, kesian kat budk-budak nak skolah pun susah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan