Cari Artikel

Thursday, June 28, 2012

Memang Dah Sah Konsert Lady Gaga Di Jakarta Batal




JAKARTA 28 MEI 2012: Setelah pelbagai spekulasi yang tidak elok didengar mengenai Lady Gaga, akhirnya sah mengatakan bahawa konsert mega star yang sepatutnya diadakan di Jakarta pada 3 Jun ini telah dibatalkan atas desakan ramai pihak.






Lady Gaga sendiri dilaporkan sangat kecewa dengan keputusan yang terpaksa diterimanya itu.


Khabarnya, polis di Indonesia telah menolak untuk mengeluarkan permit konsert yang menampilkan penyanyi yang mempunyai pengikut tertinggi di Twitter iaitu lebih 25 juta orang.


Ramai pihak di negara seberang, telah menyelar penyanyi popular itu dengan menyifatkannya terlalu vulgar (seksi).


Sebagai negara yang mempunyai masyarakat Islam teramai di dunia, perkara ini dipandang serius oleh Front Pembela Islam (FPI).


FPI dikatakan telah mengugut untuk menghalang Lady Gaga daripada menjejakkan kaki ke bumi Indonesia.


Lebih 50,000 tiket telah dijual dan pihak penganjur khabarnya akan memulangkan semula wang kepada pembeli.


Pihak polis telah memberi kata dua kepada penyanyi itu, iaitu jika Lady Gaga masih mahu mengadakan konsert di negara itu terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi.


Dia harus mengurangkan perkara yang akan menimbulkan kontroversi ketika konsertnya berlangsung.


Namun begitu, perkara itu menjadi semakin buruk apabila campur tangan pihak berkuasa dan pemimpin agama yang menentang kehadiran diva pop itu ke negara mereka.


Pihak penganjur Big Daddy, juga mengatakan bahawa mereka terpaksa membatalkan demi keselamatan orang yang akan pergi menonton bukan hanya Lady Gaga sendiri.


Selain itu pihak tertentu telah menyifatkan Lady Gaga sebagai 'pesuruh syaitan' dengan hanya melakukan persembahan memakai pakaian dalam.


Pembatalan itu juga dikatakan satu berita baik buat masyarakat Islam di negara itu.


Sementara itu, FPI juga mengatakan, Indonesia akan terlindung daripada dosa yang dibawakan oleh 'Mother Monster' atau makhluk yang menghancurkan moral manusia.


Mereka juga berharap peminat tidak terus menentang keputusan itu dan bertaubat daripada menyembah Lady Gaga yang disifatkan sebagai syaitan di dunia.


Memang dah diketahui ramai Lady Gaga tu tali barut Illuminati so apa lagi mau kecoh dan kenapa masih orang asyik memuja dan meminati artis ini? Lagu2 dia pun semua berkisarkan Illuminati kalau korang perasan la. Tapi sungguhpun Lady Gaga tali barut Illuminati, bukan semua orang ambil kira bahaya atau kesannya, dok asikkk jugak dengan Gaga ulaa laaa laa jugak.

Lady Gaga Geram Dengan Dakwaan Madonna




LOS ANGELES, 12 JUN 2012: Penyanyi Lady Gaga telah mendiamkan diri selepas didakwa Madonna berhubung single terbarunya Born This Way yang mempunyai persamaan dengan lagu Diva Pop itu, Express Yourself baru-baru ini.











Tetapi sekarang Lady Gaga nampaknya tidak dapat lagi berdiam diri selepas penyanyi berusia 53 tahun itu membuat keputusan untuk menyanyikan dua buah lagu tersebut ketika raptai konsert jelajah MDNA.


Menurut laporan Huffington Post, Gaga, 26, telah meluahkan sesuatu semasa konsertnya minggu lepas di Auckland, New Zealand yang seolah-oleh ditujukan kepada Madonna.


"Ia kadang-kadang membuat orang merasa lebih baik tentang diri mereka selepas cuba menjatuhkan orang lain dan mungkin menyeronokkan jika dapat menghina kerja mereka.


"Dan itu tidak menyenangkan saya langsung. Malah membuatkan saya rasa yang saya bukan manusia yang baik.


"Saya tidak mahu untuk melawan balik kerana ia adalah lebih penting kepada saya untuk terus menulis muzik. Kerana tulah yang yang saya pentingkan ketika ini," katanya ketika di tengah-tengah persembahan.


Walaupun bintang itu tidak menyebut Madonna orang yang dimaksudkan, namun kenyataan yang dibuat seolah-olah akan diarahkan pada bintang yang mula-mula menjadi terkenal pada tahun 1983.


Sebelum ini Gaga turut berdepan kecaman hebat daripada pengkritik dan peminat selepas kemunculan beberapa lagu single album tersebut yang didakwa mempunyai persamaan dengan lagu klasik penyanyi lagenda , Madonna.


Sememangnya lagu akan ada persamaan dari segi irama dan lagu, macam kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Ibarat irama dan lagu, ianya tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan antara keduanya, rosaklah lagu, pincanglah irama. Lainkata laa kalau Lady Gaga tu orang planet pluto, dan Madonna tu orang planet Marikh mesti bunyi dia lain tapi masalahnya kan dua-duanya dari planet Bumi?

Penyanyi K-Pop, Lee Hyori Berbogel Lagi




SEOUL, 20JUN 2012: Penyanyi dari Korea Selatan yang sebelum ini pernah menyertai kumpulan Fin KL, Lee Hyori sekali lagi membuat kejutan dengan beraninya bergambar separuh bogel untuk satu sesi fotografi.






Sungguhpun penyanyi itu sudah mempunyai teman lelaki, ia sama sekali tidak menghalang untuk dirinya membuktikan bahawa dia masih lagi seksi dan menawan.


Malah, keberanian melakukan aksi berkenaan hanyalah untuk memberitahu bahawa dia masih belum hilang sentuhan untuk menawan hati lelaki dengan badan seksi dan menghairahkan.


Apa yang pasti, aksi panas ini dirakamkan dalam sesi fotografi sebuah majalah popular iaitu Hommes Official.


Sesi fotografi berkenaan dilaksanakan untuk Calvin Klein Jeans & Underwear.


Dalam gambar berkenaan, penyanyi yang lahir pada 10 Mei 1979 itu beraksi bersama model lelaki bernama Matthew Terry.


Walaupun ada sumber mengatakan itu adalah pertama kali Lee Hyori bergandingan bersama Matthew, namun model lelaki yang sudah masak dengan dunia fesyen ini mengakui Lee Hyori sangat profesional.


Malah, Matthew merasakan sepanjang sesi fotografi berkenaan, banyak chemistry sehingga sesi fotografi berkenaan mudah dijalankan.


Walau apapun, Lee Hyori berjaya membuktikan sekali lagi bahawa dia adalah ratu seksi!


Seksi ker seksa ker tengok boleh tiru jangan ok? Kalau ikutkan tengok pun tak boleh berdosa bro.

Ella Nikah Juruterbang 7 Julai Ini




KUALA LUMPUR, 28 JUN 2012: Setelah sekian lama hidup bersendirian, ratu rock negara, Ella mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo pada 7 Julai ini.






Menurut ahli keluarga Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, penyanyi yang baru saja memenangi pertandingan Mentor ini bakal menjadi isteri kepada seorang jejaka yang berasal dari Muar, Johor.


Difahamkan jejaka berkenaan bertugas sebagai juruterbang dan mereka bakal dinikahkan di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor.


Sebelum menerima khabar gembira ini, Ella telah dikesan menghadiri kursus perkahwinan pada 3 hingga 4 Mac lalu.


Dari sinilah munculnya spekulasi Ella bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini.


Bagaimanapun, ketika itu, Ella enggan mengulas lanjut mengenai hal berkenaan dan lebih banyak mendiamkan diri.


Ternyata tatkala itu, Ella mahu fokus mendidik Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, yang baru saja dinobatkan sebagai juara Mentor pada 10 Jun lepas.


Tahniah diucapkan pada kak Ella, sebab tak sia-sia kak Ella menyanyikan lagu Rama-rama, so lepas nie kak Ella boleh terbang naik kapal terbang dan tak payah susah-susah bertukar menjadi rama-rama lagi :p

Stacy Tetap Jadi Pilihan Akim




KUALA LUMPUR, 28 JUN 2012: Meskipun bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Akim Ahmad tidak pernah mengaku dirinya sedang dilamun cinta bersama penyanyi, Stacy, namun mereka tetap menjadi pilihan untuk bekerjasama.











Terbaru, menerusi album sulungnya yang berjudul Akim Ahmad turut memuatkan sebuah lagu duet dengan Stacy berjudul Kembali.


Kali kedua berkolobarasi dengan Stacy, Akim Ahmad akui selesa digandingkan apatah lagi bekerjasama di dalam lagu yang begitu istimewa buatnya.


"Saya akui selesa dan mudah apabila bekerjasama dengan Stacy kerana dia memahami apa yang yang saya mahu dan suka.


"Lagipun sebelum ini kami pernah berkolaborasi. Tetapi ketika itu kami membawakan lagu rancak dan semua sedia maklum lagu rancak dah jadi identiti Stacy.


"Kini saya cuba dengan lagu balada. Apabila saya beritahu mengenai lagu ini dia terus berminat dan bersetuju untuk berduet bersama," katanya selepas pelancaran album Akim Ahmad di Restoran No Black Tie, petang semalam.


Selain Kembali, Akim turut mengembangkan bakatnya dalam penulisan lagu untuk mencipta sebuah lagi lagu berjudul Menunggu.


Album Akim Ahmad mengandungi sepuluh buah lagu yang terdiri daripada tujuh buah lagu baru.


Manakal tiga buah lagu lagi merupakan single popularnya yang dibawakan kembali dalam bentuk akustik.


Mengulas lanjut mengenai lagu ciptaanya, Kembali, Akim akui dia langsung tidak terbayangkan Stacy.


Sebaliknya menulis mengikut kisah rumah tangga orang lain yang pernah didengar.


"Lagu ini merupakan lagu tambahan yang diminta oleh produser album saya.


"Kiranya lagu Kembali adalah lagu yang saya cipta dalam saat-saat akhir.


"Nasib baik juga, Stacy sudi berduet dalam lagu yang dimuatkan untuk album saya ini," jelasnya lagi.


Selain Stacy, Akim turut memilih Fiq Mentor untuk berduet sebuah lagu berjudul Mesti Ada Cinta.


Sementara itu, Akim yang akui dirinya masih solo berkata hidupnya masih muda untuk memikirkan sola cinta dan hanya berhasrat untuk berkahwin ketika usianya mencecah 25 tahun.


"Saya tidak terfikir soal cinta sekarang ini. Lagipun saya masih muda dan sebagai lelaki pelbagai impian ingin saya realisasikan terlebih dahulu seperti memiliki kereta, rumah dan aset lain untuk masa hadapan saya dan bakal isteri kelak.


"Tambahan pula, kerjaya nyanyian saya baru stabil dan saya ingin memberi fokus terhadap perkara itu terlebih dahulu,"tambahnya lagi..


Dok takmo mengaku tu kenapa? Nak bagi diri tu hot ker??? Karang ada VIP ker VVIP yang melamar si Stacy gagap tu baru hang tau Akim oiii.

Sakit Tak Halang Ifa Jual Kuih Raya




KUALA LUMPUR, 28 JUN 2012: Sungguhpun penyanyi Ifa Raziah sedang menderita sakit akibat buatan orang, namun ianya tidak menghalang untuk penyanyi itu untuk terus mencari rezeki.







Malah, ketika ditemui baru-baru ini di Festival City Mall, Ifa yang ditemani suaminya masih lagi mampu tersenyum dalam menahan sakit.


"Saya terpaksa menggagahkan diri untuk mencari rezeki.


"Ini adalah periuk nasi saya. Saya kena tetap kuat dan berharap cepat sembuh dari penyakit ini.


"Kalau boleh saya tidak mahu tahu siapa yang sanggup menghantar penyakit ini kepada saya.


"Saya hanya mahu sembuh dan orang berkenaan biarlah saja.


"Itu antara dia dengan Tuhan. Saya hanya perlu bersabar dan menghadapi dugaan ini," ujarnya.


Dalam pada itu, Ifa memberitahu, setiap kali menjelang Ramadan dia tetap menjalankan perniagaan menjual biskut raya untuk menambahkan sumber pendapatan.


"Tahun ini, Ifa masih lagi menjual kuih Tart Nanas.


"Ifa juga ada menjual kuih baru iaitu tart buah-buahan. Harganya hanya RM60 saja.


"Sekiranya sesiapa berminat boleh menghubungi pembantu saya atau layari laman Twitter dan Facebook milik saya.


"InsyaAllah, saya sendiri yang akan menghantarnya dan sekarang ini pun saya sedang sibuk menghantar dan mengambil tempahan," katanya.


Sementara itu, Ifa bersama sahabat baiknya, Roslan Shah bakal mengadakan sesi bersama peminat di Janda Baik.


Program berkenaan akan diadakan pada 14 dan 15 Julai depan.


Sekiranya berminat untuk menyertai program ini, anda boleh melusuri laman Facebook milik kedua-dua selebriti ini.


Hahaha kepada sesiapa yang belum tempah kuih raya, tak payah pening-pening kepala, hubungi terus Ifa, beli dengan dia support sikit orang Melayu punya perniagaan, tak gitu Ifa?

Jalani Sidek Nafi Wujud Orang Ketiga




KUALA LUMPUR, 28 JUN 2012: Bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek, 49, menafikan perceraian yang berlaku antara dia dan isterinya, produser terkenal Raja Azmi, adalah disebabkan orang ketiga.









Menerusi laporan akhbar Harian Metro, Jalani yang ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur petang semalam, telah menyifatkan perceraian itu sebagai keputusan terbaik yang boleh memberi keadilan kepada bekas isterinya itu.


Pasangan ini secara sah telah bercerai talak satu apabila Jalani melafazkan lafaz cerai di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Raja Azmi petang kelmarin.


Jalani berkata dia bersetuju bercerai dengan Raja Azmi kerana perlu bersikap adil padanya yang cukup tertekan dengan apa yang berlaku selama ini.


"Kami juga sudah tidak bahagia. Jadi, buat apa kami terus hidup bersama dan inilah takdirnya," katanya lagi.


Menurut Jalani lagi, pelbagai konflik dan fitnah melanda rumah tangga mereka terutama kebelakangan ini termasuk dia dituduh sebagai suami dayus.


Dia dan Raja Azmi juga perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi sebaik mungkin kerana tidak mahu anak bongsu mereka, Megat Deli, 18, yang kini sedang melanjutkan pelajaran di universiti terganggu.


Sementara itu, Raja Azmi berkata apa yang berlaku ke atas rumah tangganya adalah akibat tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada mereka.


Dia juga menerima penceraian ini dengan redha dan menganggapnya sebagai ketentuan Tuhan.


Menurut Raja Azmi lagi, biarpun dia dan Jalani sudah tidak lagi tinggal sebumbung, hubungan baik mereka tetap akan diteruskan demi anak-anak.


Ikatan perkahwinan mereka selama 28 tahun berakhir selepas mereka diijabkabulkan di Taiping, Perak pada 23 Disember 1984.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18.


Aku cukup minat kartun Anak-anak sidek yang dulu TV1 tayang tu, terutamanya watak Jalani nie lah. Berjambul kat depan.

Sabhi Pilih Anzalna, Leuniey atau Izara Aishah?




KL, 28 JUN 2012: Nampaknya hubungan penyanyi Sabhi Saddi bersama penyanyi dari Indonesia, Viena sudah pun berakhir apabila Murai Batu mendapat tahu Sabhi sudah pun mengumumkan secara rasmi bahawa dia sudah tidak lagi mempunyai hubungan dengan Viena.







Malah, ia dibuktikan lagi apabila penyanyi ini sudah tidak lagi kerap ke Indonesia. Yelah, kalau dulu sedang bercinta, Murai Batu selalu saja dengar Sabhi pergi ke Jakarta untuk berjumpa Viena dan keluarganya.


Memandangkan Sabhi yang mesra dengan panggilan Boy sudah pun solo, Sabhi dikatakan sedang mengintai pelakon Anzalna untuk menggantikan tempat Viena yang selama ini menceriakan hati Sabhi.


Wah! Betul kah? Walaupun begitu, ia bukanlah sebagai pengganti sebenar Viena sebaliknya hanya ingin Anzalna mendampinginya dalam muzik video lagu terbaru Sabhi berjudul Waktu.


Apa sekalipun, ia masih belum muktamad lagi oleh sebab Anzalna semakin sibuk jadualnya selepas meletup dengan kisah kontroversi bersama Neelofa.


Selain Anzalna, Sabhi juga berminat seandainya Izara Aishah untuk muncul dalam muzik video berkenaan.


Apa yang penting, Murai Batu diberitahu, gadis cantik yang menjadi model dalam iklan TV Simply Siti iaitu Leuniey juga menarik minat Sabhi untuk ajak berlakon bersama dalam muzik video tersebut.


Mengikut firasat Murai Batu, Leuniey sememangnya sesuai bersama Sabhi daripada Anzalna dan Izzara Aishah. Kerana kedua-dua mereka putih gebu.


Apapun, Sabhi hanya menantikan siapakah sebenar yang bakal muncul bersamanya dalam muzik video itu.


Menurut sumber, muzik video berkenaan ada kesinambungan cerita yang ditampilkan dalam muzik video Nadiku yang menampilkan pengacara Muaz, Saleha, Ajieb Rosdi dan pelakon Dayana Anak Wayang sebagai pelakon.


Takpa Viena, kalau Sabhi Saddi dah taknak saya ada kat sini contact aja saya disini hehehehe.

TM Tandatangan Perjanjian Perkhidmatan Dengan IJM Land



SEREMBAN, 28 Jun (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) Khamis menandatangani perjanjian perkhidmatan dengan IJM Land Bhd bagi pelaksanaan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) di Saujana Duta di S2 Heights, Seremban 2, di sini.



Dengan kerjasama tersebut, IJM land akan menjadi pemaju hartanah pertama di Negeri Sembilan yang menawarkan infrastruktur dan perkhidmatan Unifi TM kepada penduduk pembangunan barunya di Saujana Duta @ S2 Heights.


Pada majlis pemeteraian perjanjian itu, TM diwakili oleh Pengurus Besarnya bagi Negeri Sembilan, Salmah Mohd Taufek dan Pengurus Besar Jualan PKS TM, Azman Yusof.


Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Land Datuk Soam Heng Choon serta Pengurus Besar Wilayah Tengah IJM Land Hoo Kim See, menandatangani bagi pihak syarikat.


Salmah berkata mengikut perjanjian perkhidmatan tersebut, TM akan menyediakan perkhidmatan Unifi, telefoni dan telekomunikasi berkaitan yang lain.


-- BERNAMA


Sain kontrak dah banyak, kerjasama dah banyak, duit pun dah banyak tapi mutu dan kualiti perkhidmatan jugak masih tidak memuaskan. Kepada Telekom Malaysia Berhad, tingkatkan la sikit mutu perkhidmatan tu, jangan asyik pikir perut dan poket sendiri saja.

Projek audit Untuk Meningkatkan Kemahiran Bahasa Malaysia Dalam Perkhidmatan Awam




KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menjalankan projek juruterbang Bahasa Malaysia audit pada Julai dan Ogos dengan tujuan untuk meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam cara yang koheren, betul dan mesra dalam perkhidmatan awam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Timbalan Perdana Menteri berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyusul dengan menjalankan audit Bahasa sendiri Malaysia untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan penjawat awam dari Disember.


Beliau berkata kerajaan adalah tegas dalam menegakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan akan memastikan bahawa ia akan menjadi bahasa komunikasi, pengetahuan dan pentadbiran dalam usaha untuk membina bangsa yang berdaya tahan dan bersatu.


Bagi tujuan ini, beliau berkata JPA telah mengeluarkan pekeliling banyak, termasuk yang paling terkini, No. Pekeliling 09/2011 mengenai penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam.


"Negeri pekeliling bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan untuk semua urusan rasmi di negara ini, termasuk surat-menyurat, perjanjian, mesyuarat dan majlis-majlis rasmi yang melibatkan rakyat kehadiran Malaysia, jawatan kosong pengiklanan, perkhidmatan kaunter dan berhadapan dengan media," katanya ketika merasmikan Seminar tentang sastera dan budaya Melayu dalam pendidikan di sini hari ini.


Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata surat pekeliling juga pegawai-pegawai awam yang diamanahkan dan anggota pentadbiran dengan tanggungjawab yang menggunakan bahasa kebangsaan dengan logik dan betul manakala menjaga dan memantau penggunaannya di semua kementerian dan agensi kerajaan.


Di samping itu, beliau berkata kerajaan akan mewujudkan satu sistem star penilaian ke atas penggunaan bahasa kebangsaan untuk menghargai usaha pihak berkuasa tempatan dalam menegakkan penggunaannya di tempat-tempat awam.


Dalam hal ini, beliau berkata DBP, kerajaan dan negara kerajaan tempatan akan bekerjasama untuk membangunkan dan melaksanakan sistem penarafan bintang sebagai projek perintis tahun depan.


"Saya harap semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum boleh bercakap bahasa kebangsaan logik dan betul, dan menghormati penggunaan di jabatan-jabatan kerajaan, sektor swasta dan tempat-tempat awam," katanya.


Muhyidin berkata beliau percaya bahawa sistem pendidikan negara mempunyai peranan penting untuk dimainkan di dalam memperkukuhkan bahasa kebangsaan dan memupuk perpaduan nasional.


"Penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama arahan dalam sistem pendidikan akan bukan sahaja membolehkan rakyat untuk menguasai bahasa kebangsaan, tetapi juga menghargai nilai-nilai perpaduan nasional dan identiti yang diasimilasikan," katanya.


Muhyiddin berkata kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang akan memastikan bahawa status dan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dilindungi dan memantau penggunaan dalam pelbagai kementerian, jabatan dan agensi serta sektor swasta.


"Jawatankuasa itu, yang dipengerusikan oleh saya, telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan di sektor awam dan swasta, termasuk dengan menyiarkan garis panduan mengenai penggunaannya dalam komunikasi massa, program promosi bahasa kebangsaan dalam enam kampung baru Cina dan satu seminar mengenai pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam sektor perdagangan dan hal ehwal pengguna, "katanya.


Muhyiddin kemudian melancarkan majalah sastera dan warisan yang diterbitkan oleh Gapena dan meluluskan peruntukan sebanyak RM500, 000 bagi Gapena untuk membiayai aktiviti bahasa dan sastera.


Tiga puluh dua pegawai organisasi bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Muhyiddin menggesa kerajaan untuk mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.


Turut hadir ialah pemimpin Gapena 1 Prof Datuk Wira Dr Abdul Latiff Abu Bakar, Dewan Undangan Negeri Melaka speaker Datuk Wira Othman Muhammad dan Naib Pengerusi DBP, Prof Datuk Dr Md Salleh Yaapar.


- BERNAMA


Memang kita perlu mempertabatkan Bahasa Melayu diserata Negara. Lagipun Bahasa Melayu ini sudah digunakan sebagai pertuturan antarabangsa lebih 300 tahun dahulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan