Cari Artikel

Tuesday, June 26, 2012

iskandarX Society Berhenti Rehat Untuk Solat Maghrib 26/6/2012




Sabda Rasulullah:Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari,maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhan Nya,Asar adalah saat NAbi Adam memakan buah kuldi.Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam,maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah,pasti Allah memenuhi permintaannya.” 


“Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh rasul sebelumku.” 


“Subuh adalah sebelum terbit matahari.Ini kerana apabila matahari terbit,terbit nya dianatara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya setiap orang kafir.” 


Selepas orang yahudi mendengar penjelasan Rasulullah,maka mereka berkata:”Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?” 
Rasulullah bersabda:”JAgalah waktu sembahyang terutama yang pertengahan ,yakni sembahyang Zuhur kerana pada saat itu dinyalakan api neraka jahamanm dan orang mukmin yang menrgerjakan sembhayang pada ktika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat. 


“Jagalah waktu sembahyang asar kerana ia adalah saat dimana Nabi Adam memakan buah kuldi dan orang mukmin yang menrgerjakan sembhyang Asar akan diampunkan doasnya seperti bayi baru lahir.” 


“Juga,jagalah waktu sembahyang Maghrib kerana itu adalah saat diman taubat NAbi Adam diterima dan seoerang mukmin yang ikhlas yang mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah,maka Allah akan perkenankan permintaan nya. 

Mayat lelaki warga emas hampir reput ditemui




GEORGETOWN – Seorang lelaki warga emas ditemui mati tergantung di dalam sebuah rumah kedai di Jalan Sungai Ujong di sini awal hari ini.



Mayat Hoo Seam Teck, 72, ditemui lengkap berpakaian dengan kedua-dua belah tangannya terikat dan tergantung di dalam sebuah bilik di rumah sewanya.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, seorang jiran membuat laporan polis setelah terhidu bau yang amat busuk dari rumah Seam Teck.


"Polis masih menjalankan siasatan sama ada terdapat unsur jenayah sehingga menyebabkan kematian mangsa,” katanya kepada pemberita di sini.


Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk rumah lelaki itu dan polis percaya mangsa mungkin mati sejak tiga atau empat hari lepas berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau dan mereput.


Katanya, mayat lelaki yang berasal dari Taiping, Perak itu dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. – BERNAMA


Iskiskisk, baru tadi aku update blog dengan berita Malaysia Diiktiraf sebagai Negara Paling Selamat ASEAN tapi sekarang ada pulak mayat dah hampir reput ditemui pulak dah. isk isk isk

Komuniti India Muslim anjur hari kebudayaan




GEORGETOWN – Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia akan mengadakan Hari Kebudayaan India Muslim pada 7 Julai ini bagi mendedahkan kebudayaan komuniti itu kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.



Presidennya, Meera Mydin Mastan berkata, karnival sehari itu akan berlangsung dari 8 pagi sehingga 11 malam di pekarangan Masjid Kapitan Keling di sini.


Antara acara yang dijadual ialah jualan makanan tradisional India Muslim serta pameran barang lama termasuk hiasan rumah yang menjadi kebanggaan komuniti itu, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Beliau berkata, karnival dijangka menarik kehadiran 25,000 pengunjung yang bakal menyaksikan aktiviti membuat roti canai sepanjang 420 meter untuk dicatat dalam Malaysia Book of Records.


Orang ramai juga berpeluang menikmati hidangan ”kanthuri” (nasi daging kambing) yang diberi secara percuma kepada pengunjung, katanya.


Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi sekretariat program Mohd Rizwan Abu Ghafoor Khan menerusi talian 016-5922010, katanya. – BERNAMA


Kalau takat kebudayaan yang berkaitan dengan Islam baguslah tapi kalau kebudayaan yang berkisarkan dan berdasarkan Hindu patut hentikan sahaja niat tu.

CIMB Group buka permohonan untuk biasiswa




KUALA LUMPUR – CIMB Group menawarkan lima Biasiswa Serantau kepada individu cemerlang dari negara anggota ASEAN untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat lepasan ijazah dalam bidang Genetik dan Pemakanan di pusat pengajian tinggi terkemuka dunia.





Biasiswa ini meliputi semua perbelanjaan akademik, termasuk yuran pendaftaran, tuisyen dan peperiksaan, di samping elaun untuk membeli buku, tambang penerbangan dan sara hidup.


Ketua Sumber Korporat Kumpulan CIMB Group, Hamidah Naziadin berkata, pemberian biasiswa ini tidak mengikat penerimanya untuk bekerja dengan CIMB Group setelah menamatkan pengajian, tetapi dikehendaki menyumbang kepada rantau ASEAN sekurang-kurangnya selama tiga tahun setelah menamatkan pengajian.


"Ini tahun ketiga kami menawarkan biasiswa ini dan kami berpuas hati dengan testimoni penerima sebelum ini tentang bagaimana biasiswa yang diberi memberi kesan terhadap kehidupan mereka dan merangsang mereka untuk berusaha memajukan pencapaian diri serta memberi kebaikan kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.


Mereka yang berminat memohon biasiswa ini boleh memuat turun borang permohonan daripada laman web CIMB Group www.cimb.com. Borang yang siap diisi perlu dihantar melalui e-mel ke alamat regionalscholarship@cimb.com sebelum 8 Julai. – BERNAMA


Memang patut lah korang buka permohonan nie, bukan semua pelajar tu berasal adri golongan yang berada(kaya-kaya) apa salah tolong-menolong korang pun asalnya dari Bank Bumiputera yang berjuang untuk Bumiputra jangan lupa.

Malaysia diiktiraf negara paling selamat di ASEAN Ke -12




JOHOR BAHRU – Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai antara negara yang paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.



Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.


"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace Index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik,” katanya.


Katanya, sehubungan itu, rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup taklimat isu-isu semasa keselamatan di sini, hari ini.


Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN Bahagian Pendaftaran dan Imigresen Datuk Wan Ali Besar. – BERNAMA


Kiranya belum boleh dikira selamat lagi la sebab duduk ditangga ke-12. Tapi apa-apa pun kita perlulah bersatu padu dalam bab kawalan dan keselamatan nie. Eh bunyi macam Company Security(pak guard) punya slogan aja?

Lelaki dibelasah selepas sertai skim rondaan




KUANTAN – Malang buat petugas sukarelawan yang menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) di sebuah taman perumahan di sini apabila dia dibelasah dua lelaki selepas didakwa mahu memecah masuk rumah penghuni kawasan berkenaan.



Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi semalam itu, Kamarudin Abdul Karim, 24, cedera teruk di muka dan kepala selepas ditumbuk, dipijak dan disepak dua lelaki di kawasan perumahan di Indera Mahkota 2, di sini.


"Selepas selesai membuat rondaan SRS, saya berjalan kaki pulang ke rumah, tiba-tiba didatangi dua lelaki yang menuduh saya yang berjalan sendirian ketika itu bertujuan untuk memecah masuk rumah penghuni kawasan itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Selepas dibelasah, dia kemudiannya pulang ke rumah sebelum dibantu ibunya, Sufiyah Osman, 53, dan Pengerusi Rukun Tetangga kawasan berkenaan, Ramli Karim, 58, yang membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk mendapatkan rawatan.


Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di balai Polis Indera Mahkota.


Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi berkata, pihak polis masih menyiasat kes berkenaan dan sedang memburu dua suspek berkenaan. – BERNAMA


Tudia lah Orang kita, bila dah ada jawatankuasa yang dilantik, baru lah nak beria-ria nak tolong, dulu masa belum SRS ditubuhkan kenapa tak sibuk2 nak jaga kawasan? Rasa tercabar ker?

Aziz Satar stabil, Osman Kering masih kritikal




KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Keadaan artis veteran Datuk Abdul Azez Satta atau lebih dikenali sebagai Aziz Satar, yang menerima rawatan jantung di Hospital Ampang sejak Sabtu lepas, dilaporkan stabil.



Aziz, 87, yang ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital berkenaan, masih tidak boleh menerima pelawat kecuali anggota keluarga terdekat.


Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil, atau dikenali sebagai Zed Zaidi, yang berada di hospital berkenaan hari ini bagi menyampaikan sumbangan kepada anggota keluarga Aziz, berkata, keadaan artis veteran itu disahkan anaknya.


Aziz dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit dada dan tidak sedap badan pada Sabtu lalu.


Sementara itu, pelakon dan pelawak Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, pula dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat komplikasi paru-paru, jantung dan saluran darah tersumbat.


Isteri beliau, Che Norhayati Che Omar, 48, berkata, tekanan darah dan nadi suaminya tidak stabil. – BERNAMA


Isk isk isk, alhamdulillah laa Pak Aziz masih umoq panjang kalau tak tadi rasa nak pi KL aja tengok Pak Aziz. Syukur.

Indeks bursa saham Mesir naik




KAHERAH - Stesen televisyen pemerintah melaporkan indeks bursa saham Mesir ditutup tinggi dengan rekod kenaikan 7.5 peratus susulan deklarasi kemenangan seorang calon pro-Islam pada pilihan raya Presiden negara berkenaan.



Pihak berkuasa menghentikan dagangan di bursa Mesir selama setengah jam semalam selepas indeks EGX100 menokok lebih 5 peratus bagi mengelakkan perubahan ketara berlaku dalam pasaran.


Beberapa penganalisis berkata, kenaikan itu didorong oleh deklarasi kemenangan selepas persaingan sengit melibatkan calon pilihan pergerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi dan bekas Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq.


Ramai bimbang pengumuman keputusan pilihan raya tersebut akan mencetuskan keganasan tetapi tindak balas rakyat setakat ini adalah sambutan kemenangan Morsi oleh para penyokongnya.


Dalam perkembangan berkaitan, Morsi mengadakan satu pertemuan terutup dengan pemerintah tentera, Fil Marsyal Hussein Tantawi dan Perdana Menteri, Kamal Al-Ganzouri semalam ketika beliau memulakan perbincangan bagi membentuk pentadbirannya.


Perkembangan itu berlaku sehari selepas beliau berikrar untuk menjadi Presiden kepada semua rakyat Mesir.


Morsi kelmarin menjadi Presiden pertama yang dipilih menerusi proses pilihan raya bebas di Mesir.


Mereka dijangka berbincang mengenai upacara angkat sumpah Presiden Mesir dengan tarikh bagi majlis tersebut masih belum ditetapkan.


Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam menyatakan bahawa Israel berharap dapat menjalin kerjasama di masa hadapan dengan pentadbiran baharu Mesir di bawah kepimpinan Morsi.


"Kami berharap dapat bekerjasama dengan pentadbiran baharu berdasarkan perjanjian damai antara Mesir dan Israel," kata Netanyahu kepada wartawan semasa beliau melawat Presiden Rusia, Vladimir Putin. - Agensi


Diharap sangat la lepas nie bila dah saham naik tu, Mesir boleh menghapuskan anasir-anasir Musah Islam.

Hidupan laut di kawasan bencana nuklear dijual




TOKYO - Sejumlah hidupan laut yang ditangkap di luar pantai Fukushima, timur laut Jepun mula dijual semalam selepas bencana nuklear melanda negara itu pada Mac tahun lepas.



Menurut sebuah agensi perikanan di wilayah Fukushima, hanya sotong kurita dan siput kong dibenarkan dijual kerana ia bebas daripada bahan radiaokatif.


Hidupan laut itu ditangkap pada Jumaat lalu.


Penjualan beberapa spesies ikan lain dari Fukushima masih disekat kerana bimbang tentang pencemaran radioaktif.


Kelulusan untuk jualan ikan masih samar kerana tahap radiasinya melebihi had yang ditetapkan kerajaan.


Gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 11 Mac tahun lalu menyebabkan loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi mengalami kebocoran radioaktif.


"Saya mendapati pasar raya tempatan telah menjual (hidupan laut itu) pada pukul 3 petang," kata seorang pegawai di bahagian penjualan di agensi perikanan itu, Hirofumi Konno di bandar Soma.


Beliau berharap ketam akan dijual tidak lama lagi.


Menurutnya, sejumlah orang membeli hidupan laut tersebut bagi memberi tanda sokongan kepada nelayan tempatan. - Agensi


Iskiskisk, tak takut bertukar jadi alien kaa makan makanan laut yang kena Nuklear tu? kan dah tercemar dengan Nuklear macammana lak leh jual? Ke tadak impak kat hidupan laut tuw? I'm wonder.

Justin Bieber akan rakam lagu dengan One Direction




LONDON - Bintang pop remaja, Justin Bieber mendedahkan bahawa dia akan merakamkan sebuah lagu bersama kumpulan nyanyian terkenal dari Britain, One Direction, lapor portal berita Irish Central semalam.



"Anggota-anggota One Direction hebat. Kami mempunyai masa yang gembira apabila kami bersama. Mereka datang ke rumah saya dan kami bersantai di sekitar kolam renang sambil mendengar muzik.


"Kami berbincang mengenai kolaborasi saya bersama mereka untuk menghasilkan sebuah lagu dalam album kedua mereka," kata Bieber ketika diwawancara stesen radio Perbadanan Penyiaran British.


Kumpulan One Direction dianggotai Niall Horan, 18, Zayn Malik, 19, Louis Tomlinson, 20, Harry Styles, 18, dan Liam Payne, 18. - Agensi


Eloklah Justin tu rakam lagu dengan orang lain sekali, takat dia sorang nyanyi pun bukan leh pegi pun suara dia tak boleh blah bro.

Imej kepala Balotelli di ladang gandum




CASTAGNARO - Seorang artis seni, Dario Gambarini menggunakan sebuah traktor untuk menghasilkan imej seperti kepala bintang bola sepak Itali, Mario Balotelli di sebuah ladang gandum di sini kelmarin.



Menurut Gambarini, dia membuat kerja seni itu bagi memberi penghormatan untuk skuad Itali.


Imej itu berjaya disiapkan sebelum pasukan Itali menentang England dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012.


- Agensi


Memang berseni sungguhpun seorang petani, bukan senang nak buat tuw nak kena pantau koman-koman pun nak kena ada sebuah helikopter nak tengok hasilnya.

Pulau buatan manusia dijual AS$6.5 juta




VIENNA - Sebuah firma Austria akan membina pulau buatan manusia yang boleh terapung tetapi tidak mempunyai enjin.






Pulau tersebut bakal dijual pada harga AS$6.5 juta (RM20.5 juta).


Menurut pengasas syarikat Orsos, Gabor Orsos berkata, pulau tersebut boleh berlabuh di mana-mana lokasi.


Beliau menyatakan ia turut boleh ditunda ke lokasi lain.


"Minat terhadap pulau itu datang dari serata dunia termasuk Australia, China dan Amerika Syarikat," katanya semalam.


Orsos yang berasal dari Hungary menyatakan pihaknya memperoleh beberapa pembeli berpotensi dari Australia pada minggu depan.


Pulau itu dilengkapi dengan panel solar dan generator berkuasa angin.


Seramai 12 orang boleh tidur termasuk kru dan keluasannya ialah 1,000 meter persegi.


Pulau pertama itu akan siap dibina dalam tempoh antara 18 bulan hingga dua tahun.


Pembinaan pulau tersebut akan dilakukan di Slovakia. - AFP


Tu dia teknologi sekarang makin canggih dan angkuh sampaikan pulau pun nak buat sendiri. Kalau boleh tahan Tsunami aku pun rasa nak beli gak aaa satu.

Pengutip royalti perlu tunjuk penyata kutipan




KUALA LUMPUR - Pihak-pihak yang terlibat dalam kutipan royalti artis kini perlu menunjukkan penyata yang jelas mengenai jumlah serta sumber kutipan tersebut setelah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 dikuatkuasakan Februari lalu.



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini pengutip royalti didakwa hanya mengutip royalti tanpa penyatanya diketahui oleh penggiat seni.


"Namun, dengan adanya tandatangan kontrak di bawah pindaan Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012, pengutip royalti kena beritahu berapa dan di mana kutipan itu dibuat," katanya pada sidang akhbar Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 di Hotel Renaissance, Jalan Ampang di sini semalam.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Saripuddin Kasim; Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Abdul Manan Ismail; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Azizan Mohamad Sidin dan Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin.


Ismail Sabri berkata, pindaan akta itu yang diluluskan oleh Parlimen pada 22 Disember 2011 dan diwartakan pada 9 Februari lalu memperuntukkan undang-undang yang menjaga kepentingan penggiat seni merangkumi aspek kutipan royalti lebih telus dan larangan muat turun bahan seni secara tidak sah.


Selain itu, ia turut memperuntukkan penguatkuasaan semula Tribunal Hak Cipta bagi penggiat seni mengadu sebarang permasalahan hak cipta mereka serta jumlah bayaran minimum yang sepatutnya diterima penggiat seni.


Lain kali catat dalam notepad masing-masing job yang korang buat jangan main guna PA aja yang buat kerja, sekali PA tu demam terus xbuat rekod apa-apa korang yang jadi artis jugak yang rugi nak claim royalti tak boleh. Jangan selalu harapkan orang lain buat kerja untuk kita, kita yang sepatutnya jaga dalam bab duit nie sendiri.

Hari Himpunan Bintang meriah




KUALA LUMPUR - Lebih 600 penggiat seni termasuk pelakon, penyanyi, pelawak, anggota band tempatan serta aktivis seni memeriahkan Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 yang diadakan di Hotel Renaissance, Jalan Ampang di sini semalam.



Himpunan yang diadakan buat kali kedua itu bertemakan 'Pertahankan Hak, Kotakan Janji'.


Majlis turut dihadiri artis terkenal seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk Yusof Haslam, Amy Search, Norman KRU, Rozita Che Wan, Datuk Hattan, Norman Hakim, Datin Sofea Jane, Ramlah Ram, Aizat dan ramai lagi.


Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Majlis selama empat jam itu diisi dengan sesi penerangan akta baharu, Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 oleh Timbalan Ketua Pengarah MyIPO (Korporat), Mohd. Shahar Osman.


Selepas itu sesi soal jawab turut diadakan yang memberi peluang kepada beberapa persatuan artis untuk bertanya kemusykilan mereka berhubung akta baharu berkenaan.


Bagus lah keluar akta baharu nie, lepas nie dalam surat khabar kang jarang-jaranglah kita dengar berita, Artis Ditipu, Royalty Tak Dapat Lagi, Dll Bla,bla,bla,bla huhuuhuuuuu.

11,650 lulus jadi amah di Malaysia




SEPANG - Seramai 11,650 rakyat Indonesia telah mendapat kelulusan daripada Kedutaan Besar Indonesia di sini untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah di Malaysia, kata Atase Ketenagakerjaan Kedutaan Indonesia, Agus Triyanto.



Agus memberitahu, mereka bagaimanapun perlu menepati syarat-syarat yang ditetapkan memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia sebelum dibenarkan bekerja.


"Mereka harus menjalani latihan sebanyak 200 jam sebagaimana yang diperuntukkan dalam MoU berkenaan bagi membolehkan mereka memiliki sijil kompetensi kerja dari kerajaan Indonesia.


"Tanpa sijil berkenaan, ia bermakna mereka (amah) tidak dilatih dengan baik dan tidak layak bekerja di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Beliau berkata demikian selepas menyambut ketibaan empat amah dari Indonesia yang kemasukannya diuruskan oleh Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) di sini semalam.


Kumpulan pembantu rumah berkenaan merupakan kemasukan sulung amah yang dibuat berlandaskan pindaan MoU yang telah ditandatangani pada 30 Mei tahun lalu.


Jangan lepas nie 11 ribu 11 ribu orang amah nie pulak report dok kena dera dengan majikan dorang. Majikan2 yang dok ada kalau nak ambik amah sekalipun sila pergi check taraf kesihatan mental dulu sebelum ambil amah2 nie ok?

Saiful Apek bebas dadah




PETALING JAYA – Pelawak dan pelakon komedi terkenal, Saiful Apek gembira dan bersyukur selepas dirinya dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret di sini semalam tanpa dipanggil membela diri berhubung tuduhan mengambil dadah ganja di sebuah kondominium, dua tahun lalu.



“Saya bersyukur dan percaya pada undang-undang, doa peminat membuktikan saya tidak bersalah, dan tidak lupa terima kasih kepada peguam,” kata Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2003 itu dengan nada terharu kepada pemberita sejurus prosiding berakhir.


Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid turut membuat keputusan serupa terhadap tiga lagi rakan tertuduh iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, yang didakwa atas tuduhan yang sama dengan Saiful Apek, 43.


Beliau dalam penghakiman berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh.


Menurut Ahmad Solihin, berdasarkan keterangan saksi dan fakta kes, wujud lima elemen yang gagal mensabitkan kesemua tertuduh bagi tuduhan tersebut.


Ahmad Solihin memberitahu, antaranya terdapat percanggahan oleh saksi berhubung tarikh pengambilan sampel air kencing malah pegawai penyiasat kes juga menyimpan botol sampel tersebut terlalu lama sebelum ujian pengesanan dadah di makmal.


Bagus la bebas dari dadah, ini tidak asal jadi artis saja duit punyak isap dadah. Takdak kerja lain ka nak digunakan duit yang banyak itu? Bersedekah ka, derma ka, buat Haji ka, Umrah ka, dapat gak pahala daripada dok menyeksakan diri tu. Jangan dok sia-siakan rezeki yang Allah S.W.T bagi.

Wang palsu beli dadah




KUALA PERLIS - Sepasukan anggota Unit Pencegah Penyeludup (UPP) yang sedang meronda di pantai Kampung Pulau Ketam di sini semalam terkejut apabila menemui wang palsu berjumlah RM17,200 milik seorang penagih dadah yang tercicir ketika suspek hendak melarikan diri.



Wang not RM100 sebanyak 172 keping ditemui di dalam sebuah beg sandang yang dibuang suspek selepas dia dikejar pihak berkuasa pada pukul 3.40 pagi. Suspek bagaimanapun dapat melarikan diri ke kawasan hutan paya bakau berdekatan.


Difahamkan, suspek yang belum dikenal pasti itu dipercayai datang ke tepi pantai untuk menghisap dadah berdasarkan penemuan ganja dan syabu di dalam beg tersebut.


Komander UPP Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, pemeriksaan rapi kemudian mendapati wang yang ditemui sebenarnya palsu kerana ia tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti yang tulen.


Memang cerdik lah penagih dadah nie, dah la dok stim dadah tepi pantai dengan udara yang segar lagi nyaman, pastu beli dadah pulak dengan duit palsu. Ini adalah contoh si penyangak kenakan si penyamun. Bagus kalau ada berjuta-juta penagih macam nie baru tokan-tokan dadah semua menagis duit tak boleh pakai. Padan dengan muka sok rosakkan anak bangsa saja.

Penjahat kena tinggal rakan dicekup




ALOR SETAR - Malang menimpa dua penyamun apabila bukan sahaja ditinggal dua rakan malah, dapat diberkas pula selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki terbabas ketika dikejar polis di Tongkang Yard di sini kelmarin.



Kejadian pukul 10.45 malam tersebut berlaku apabila empat penyamun termasuk seorang wanita terbabit yang cuba melarikan diri selepas menyamun sebuah kafe siber di Jalan Putra di sini kira-kira 30 minit sebelum itu telah berlanggar dengan sebuah kenderaan lain.


Jarak antara kafe siber dan tempat kemalangan kira-kira empat kilometer.


Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata, dalam kejadian samun itu, dua suspek yang menggunakan senjata tajam dapat melarikan wang RM3,000 dan dua telefon bimbit.


Katanya, dua lagi menunggu di dalam MPV yang diletakkan berhampiran premis tersebut.


"Ketika hendak keluar, mereka ditahan oleh orang awam sebelum berlaku satu pergaduhan tetapi suspek dapat melepaskan diri dan bergegas masuk ke dalam MPV.


"Polis yang menerima maklumat kemudian mengejar kenderaan suspek sebelum MPV yang dinaiki terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan lain di Tongkang Yard," katanya ketika dihubungi.


Ini yang Allahyarham TanSri P.Ramlee dok kata, kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang. Kerje tak nak asyik menyamun saja. Cuba-cubalah buat kerja yang halal sikit.

Pemilik anjing didenda RM2,000




PETALING JAYA - Kecuaian seorang akauntan yang membiarkan anjingnya berkeliaran sehingga membunuh seorang warga emas pada bulan lalu menyebabkan wanita itu didenda RM2,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.



Majistret Mohd. Nazri Omran memutuskan demikian terhadap Elaine Soon Sien Ling, 28, selepas menerima pengakuan salah tertuduh.


Beliau menjatuhkan hukuman tersebut dengan mengambil kira rayuan tertuduh serta surat permohonan maaf yang dibuat terhadap keluarga mangsa.


"Mahkamah bertindak melindungi kepentingan awam dan turut mempertimbangkan kesudian keluarga mangsa yang memaafkan kamu dan menarik balik laporan polis.


"Namun kesalahan tetap satu kesalahan dan hukuman (yang dijatuhi) sebagai pengajaran," katanya.


Elaine didakwa dengan cuai meninggal atau membiarkan haiwan peliharaannya dengan menyebabkan bahaya kepada seorang pesara, Yip Sun Wah, 74, pada pukul 9.40 pagi, 8 Mei lalu di No. 59, Jalan SS 19/5b, Subang Jaya di sini.


Mengikut fakta kes, mangsa pada waktu kejadian sedang berjoging seperti kebiasaan di kawasan perumahan tersebut namun secara tiba-tiba diterpa seekor anjing yang muncul dari tempat pembuangan sampah di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat.


Patutnya Pihak Berkuasa yang bertanggungjawab dalam bab mengeluarkan lesen untuk anjing nie pantau dan tapis bagi kelayakkan mendapat lesen membela anjing. Kalau pemilik anjing itu bekerja jenis sibuk memanjang, macam kerja berkualar putih nie tidak layak membela anjing kerana sibuk dan mungkin dorang akan terlupa untuk menambat anjing dorang sebelum keluar bekerja, betul tak? Pepehal pun aku memang xsuka anjing.

Bujang Sebelak enggan timbul




SARATOK - Seorang bomoh buaya yang didakwa sudah berdialog secara batin dengan buaya-buaya di Sungai Sebelak di sini sejak malam kelmarin mengakui dia memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk menangkap Bujang Sebelak yang telah membunuh seorang suri rumah baru-baru ini.



Indet anak Sanabong, 49, mengakui Bujang Sebelak yang membaham hingga mati Siah Munsong, 42, ketika mangsa mandi di jeti Sungai Anak di sini minggu lalu amat degil untuk timbul berbanding buaya lain.


Perkara itu, katanya, terbukti apabila daging anjing putih mentah yang digunakan sebagai umpan gagal menarik perhatian buaya tersebut.


Menurutnya, meskipun sekurang-kurangnya 10 ekor buaya sudah timbul dan berkumpul di satu permukaan sungai berkenaan selepas diberi amaran, namun Bujang Sebelak enggan berbuat demikian.


"Selepas saya berdialog dengan mereka pada pertemuan pukul 11 malam kelmarin, lebih kurang 10 ekor buaya yang terdapat di Sungai Sebelak telah timbul di permukaan.


"Namun kelibat Bujang Sebelak yang dikatakan menjadi punca kepada kejadian itu tidak kelihatan,'' dakwanya lagi ketika ditemui di Rumah Panjang Nanga Sungai Anak di sini semalam.


Buat apa lah dok kacau keturunan Bujang Senang tu? Dia pun makhluk Allah S.W.T, yang dimana Allah S.W.T hanya bekalkan dia dengan rasa hati dan rezekinya dimana2 dia berada.

Lari kebas wang KWSP suami



KUALA LUMPUR – Berkahwin dengan lelaki tempatan berumur 50 tahun ke atas dan kemudian memujuk suami mereka mengeluarkan wang yang terkumpul dalam caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum lari menghilangkan diri.



Itu merupakan antara modus operandi terbaharu yang dikesan dan dipelopori oleh wanita asing terutamanya dari Indonesia dalam usaha memerangkap lelaki warga emas negara ini untuk hidup senang dengan jalan yang mudah.


Dalam tahun ini sahaja, Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO menerima tiga aduan berhubung kes tersebut yang menggunakan taktik yang sama termasuk kes terbaharu membabitkan seorang pengawal keselamatan, Nordi Adi, 57, yang menetap di Pontian, Johor.


Lebih buruk lagi, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, wanita asing terlibat rata-rata berumur 20-an.


Menurutnya, wanita berkenaan secara terus-menerus memeras ugut suami mereka untuk mendapatkan sumber kewangan secara tetap setiap bulan.


Menceritakan lanjut mengenai kes penipuan tersebut, Muhd. Khairun berkata, wanita muda terbabit bijak memanipulasi kasih sayang yang diberikan oleh suami mereka dengan memujuk mengeluarkan wang KWSP selepas berkahwin.


Lain kali berhati-hatilah bila rasa nak berkahwin, selidik dulu latar-belakang pasangan korang sebelum tangkap cintan. Bila cintan tu timbul dari hanya kerana nafsu, macam-maca boleh terjadi, yang merana, anggap lah ini sebagai sempadan dan tauladan.

iskandarX Society Berhenti Rehat Untuk Solat Zohor 26/6/2012




Solat Zohor
Berdasarkan kajian beliau, beliau menemui mengapakah Allah mensyariatkan Solat Zohor kepada 4 Rakaat? Hal ini kerana solat zohor dilakukan pada waktu di mana orang bekerja, jadi solat ini disyariatkan 4 rakaat kerana orang yang bekerja itu bolehlah melancarkan segala penggerakan darah dengan membuat solat 4 rakaat.

Apakah Punca England kalah Nie?



ENGLAND masih belum mampu untuk bergelar sebagai gergasi bola sepak Eropah.Pada kempen Euro 2012, perjuangan mereka hanya sampai ke peringkat suku akhir.



Mereka ditunjuk jalan keluar oleh Itali menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat perlawanan masa tambahan.


Kualiti yang ada dengan skuad kendalian Roy Hodgson itu masih belum mencukupi untuk membawa mereka mara lebih jauh meskipun aksi mereka pada saingan peringkat kumpulan telah menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan yang mereka harungi.


Ramalan sebahagian besar penyokong England sebelum bermulanya aksi menentang Itali itu ada kebenarannya.


Mereka berpendapat bahawa jika England mahu menang perlawanan tersebut, ia akan berlaku dalam tempoh 90 minit tetapi jika ia berlarutan sehingga ke sepakan penalti, England akan tewas.


Majoriti daripada penyokong mereka tidak yakin dengan kemampuan England untuk memenangi sepakan penalti kerana ia sudah terbukti sebelum ini.


Ramalan tersebut ternyata benar apabila England ditunjuk jalan keluar selepas penentuan sepakan penalti tersebut.


Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Ashley Young dan Ashley Cole menjadi punca kekalahan England kerana mereka gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut.


Sepakan Young terkena palang gol sementara ledakan Cole diselamatkan oleh penjaga gol Itali, Buffon.


Kegagalan mereka telah memusnahkan hajat besar England yang mahu membuktikan kritikan penyokong terhadap mereka adalah tidak benar.


Bagi Hodgson, dia tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana menganggap nasib sekali lagi tidak menyebelahi mereka.


“Semua pemain telah melakukan yang terbaik, tetapi nasib tidak memihak kepada kami.


“Dalam perlawanan genting seperti ini, kadang-kadang kamu memerlukan sedikit tuah untuk meraih kemenangan, namun tuah itu menyebelahi Itali,” katanya. - Agensi


Aku rasa punca sebenar England kalah nie mesti sebab rambut, iayalah nak cover macho asyik2 nak cover sampai takmau berlemuih langsung. Tak pun jersi dorang tu yang kaler putih, silau la katakan dorang lawan bola kan siang. Malam2 pun boleh silau gak dok kena sport light.

Tuah memihak Itali



KIEV, Ukraine - Jurulatih Itali, Cesare Prandelli menganggap tuah lebih memihak kepada skuad kendaliannya apabila berjaya menewaskan England menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi suku akhir Euro 2012 awal pagi semalam.



Pada aksi yang berlangsung di Stadium Olympik, Kiev itu, Itali menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.


Pemain gantian, Alessandro Diamanti muncul wira Itali apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti terakhir skuad The Azzurri selepas penjaga gol berpengalaman, Gianluigi Buffon berjaya menyelamatkan sepakan penalti tonggak pertahanan England, Ashley Cole.


Sebelum itu, Riccardo Montolivo gagal menyempurnakan sepakan kedua Itali manakala sepakan penalti yang dilakukan pemain sayap England, Ashley Young sekadar menggegar palang gol.


Jurulatih England, Roy Hodgson menganggap kemenangan menerusi sepakan penalti adalah lebih kepada faktor tuah dan perkara itu turut diakui sendiri oleh Prandelli.


"Saya sangat setuju dengan kenyataan Hodgson. 80 peratus kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti adalah berdasarkan tuah.


"Jelas sekali, beberapa pemain yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut adalah disebabkan mereka sentiasa tenang dan fokus selain sudah biasa mengalami tekanan seperti itu.


"Begitupun, saya tetap bersetuju dengan Hodgson kerana tuah adalah satu perkara yang penting dalam penentuan sepakan penalti," kata Prandelli.


Berdasarkan statistik, Itali sememangnya berhak untuk memenangi perlawanan awal pagi semalam.


Ini kerana, skuad The Azzurri mendominasi 64 peratus kawalan bola selain melakukan 35 perubaan tepat ke arah pintu gol pihak lawan berbanding England yang sekadar melakukan sembilan percubaan.


Lebih mengejutkan, Itali berjaya mendominasi perlawanan dan ia suatu yang di luar jangkaan kerana sebelum ini, ramai penganalisis bola sepak menganggap peluang kedua-dua pasukan adalah 50-50.


Bagaimanapun, Prandelli memberitahu, beliau sama sekali tidak terkejut dengan persembahan yang dipamerkan barisan pemainnya.


"Saya tidak terkejut kerana saya tahu kami berkemampuan untuk menentukan hala tuju perlawanan.


"Apa yang membimbangkan adalah kami membiarkan England melakukan serangan balas terlalu banyak. Mujur, kami beraksi dengan baik untuk mengekang pergerakan mereka itu.


"Kami cuba untuk membuatkan England kembali membuka ruang tetapi tidak berjaya. Jadi, kami mengatur gerakan serangan menerusi kepantasan," kata Prandelli. - AFP

Badi penalti masih hantui England



KIEV, Ukraine - Roy Hodgson seakan-akan tidak mempunyai jawapan di sebalik badi yang terus menimpa The Three Lions apabila sekali lagi tewas pada penentuan sepakan penalti.



Kenyataan pengendali England itu hadir selepas anak-anak buahnya tewas 2-4 kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi suku akhir Euro 2012 di Stadium Olympik, Kiev awal pagi semalam.


Pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.


Sebagai rekod, ia merupakan kali keenam skuad The Three Lions tewas pada penentuan sepakan penalti dalam tujuh kejohanan utama sejak kempen Piala Dunia 1990.


Detik malang England bermula selepas Ashley Young dan Ashley Cole gagal menyempurnakan sepakan penalti.


Kini Hodgson harus memikirkan formula terbaik bagi menamatkan badi yang menimpa England setiap kali perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.


Menurut Hodgson, beliau pada mulanya berasa yakin dengan kelima-lima pemain England yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti tersebut.


"Saya telah menyaksikan sendiri kelima-lima pemain itu mengambil sepakan penalti ketika sesi latihan. Kesemua mereka sememangnya sangat teruja untuk mengambil sepakan penalti dan telah melakukannya dengan baik.


"Namun, kamu tidak boleh membiarkan tekanan serta perasaan gementar untuk mengambil sepakan penalti," kata Hodgson.


Beliau turut mempertahankan kegagalan Young dan Cole menyempurnakan sepakan penalti apabila menganggap kedua-dua pemain itu mempunyai rekod serta pengalaman yang cukup berharga bersama kelab masing-masing.


"Kamu sendiri dapat lihat Cole menyempurnakan sepakan penalti ketika membantu Chelsea pada aksi final Liga Juara-Juara.


"Begitu juga dengan Young yang telah menyempurnakan banyak sepakan penalti buat Watford dan Manchester United.


"Kami sangat yakin bahawa kami mempunyai lima pemain yang berkebolehan untuk mengambil sepakan penalti tetapi malangnya dua sepakan telah gagal," jelas Hodgson.


Sebelum Young dan Cole gagal menyempurnakan sepakan penalti, England pada suatu ketika berjaya mendahului Itali 2-1 apabila Steven Gerrard dan Wayne Rooney masing-masing berjaya menyumbang gol.


Itali pula memperoleh gol menerusi sepakan penalti yang diambil Mario Balotelli, Andrea Pirlo, Antonio Nocerino, Alessandro Diamanti tatkala Riccardo Montolivo gagal melaksanakan tugas yang diberikan. - AFP

Peluang Portugal, Sepanyol 50-50



DONETSK, Ukraine - Tonggak pertahanan Portugal, Joao Pereira menganggap pertemuan menentang Sepanyol pada aksi separuh akhir Euro 2012 di Donbass Arena awal pagi Khamis ini adalah 50-50.



Pereira berkata, perlawanan itu akan menjadi berbeza berbanding ketika aksi persahabatan antara kedua-dua pasukan dua tahun lalu.


Biarpun ketika itu Portugal berjaya melakar kemenangan 4-0, namun Pereira menjelaskan bahawa skuad La Roja pasti akan tampil dengan corak permainan yang berbeza kali ini.


"Ia akan menjadi perlawanan 50-50. Saya tidak pasti sama ada kami akan menonton semula rakaman perlawanan persahabatan dua tahun lalu tetapi apa yang pasti, ia akan menjadi perlawanan yang berbeza.


"Ketika kami menang 4-0 ke atas Sepanyol pada perlawanan persahabatan itu, mereka (Sepanyol) beraksi dengan bersahaja dan tidak berada dalam keadaan tertekan.


"Namun, kini ia akan menjadi lebih sukar buat kami. Pada kempen Piala Dunia, kami bersaing hebat untuk menang tetapi akhir Sepanyol mencatatkan kemenangan 1-0.


"Kami yakin kami mampu menewaskan Sepanyol dan saya harap kami akan menang," kata Pereira.


Portugal memulakan kempen Euro kali ini dengan hambar apabila tewas 0-1 pada aksi pembukaan Kumpulan B menentang Jerman.


Bagaimanapun, skuad kendalian Paulo Bento itu kembali bangkit apabila melakar kemenangan dalam dua baki perlawanan kumpulan iaitu ke atas Denmark 1-0 dan Belanda (2-1).


Meskipun, anak-anak buah Bento dilihat mempamerkan peningkatan tetapi Pereira mengingatkan rakan-rakan sepasukannya agar berhati-hati dengan corak permainan Sepanyol.


"Biarpun kami tewas pada perlawanan pertama tetapi kami telah berjaya mempamerkan peningkatan.


"Saya harap kami tidak akan melakukan kesilapan kerana Sepanyol pasti akan menggunakan kesempatan tersebut bagi menjaringkan gol.


"Kami perlu berhati-hati dengan pemain tengah Sepanyol yang berkebolehan melakukan hantaran-hantaran yang merbahaya dan mengelirukan," jelas Pereira. - Agensi

'Kemenangan yang penuh bermakna'



VALENCIA, Sepanyol - Berbekalkan sokongan padu daripada penyokong sendiri, pemandu Ferrari, Fernando Alonso muncul juara perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Eropah kelmarin.



Selepas mengalami kekecewaan pada sesi kelayakan Sabtu lalu, pemandu kelahiran Sepanyol itu bangkit untuk menawan litar jalan raya Valencia apabila menamatkan perlumbaan dengan catatan 1 jam 44 minit dan 16.649 saat.


Alonso meninggalkan dua pencabar terdekatnya, Kimi Raikkonen dan Michael Schumacher yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.


Kejayaan itu menyaksikan Alonso berjaya merekodkan dua kejuaraan musim ini selepas menjuarai GP Malaysia di Litar Sepang awal tahun ini.


"Saya tahu peminat di Sepanyol terpaksa mengharungi saat-saat sukar pada waktu ini. Mereka terpaksa tidur di dalam karavan atau kereta hanya semata-mata mahu menikmati perlumbaan ini (GP Eropah).


"Kami tidak melakukan yang terbaik seperti yang diharapkan oleh peminat pada (sesi kelayakan) Sabtu lalu.


"Jadi, kami berazam bangkit hari ini (kelmarin) dengan kemenangan," jelas Alonso yang terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-11.


Dengan kehadiran hanya 50,000 peminat, ia jelas menunjukkan bandar Valencia mengalami kesan buruk akibat krisis ekonomi yang melanda Eropah.


Valencia sendiri mengalami kesukaran untuk menganjurkan perlumbaan GP musim ini sehingga menyebabkan pemilik F1, Bernie Ecclestone memutuskan dua perlumbaan di Sepanyol akan dilakukan secara bergilir antara Valencia dan Barcelona.


"Kemenangan di tempat sendiri kali ini lebih bermakna buat saya. Mungkin terbaik sepanjang karier saya," kata Alonso.


Dalam pada itu, nasib malang sekali lagi menimpa pemandu sensasi McLaren, Lewis Hamilton.


Hamilton gagal menamatkan perlumbaan kelmarin berikutan insiden pelanggaran yang berlaku antara dia dan pemandu Williams, Pastor Maldonado.


Hamilton yang merupakan juara dunia 2008 bersaing hebat dengan Maldonado bagi memburu tempat ketiga sebelum kedua-dua pemandu itu berlanggar pada pusingan terakhir.


Insiden itu menyebabkan Hamilton terkeluar daripada perlumbaan manakala Maldonado dikenakan penalti 20 saat yang mana menyaksikan dia menamatkan perlumbaan di tempat ke-12.


"Ia hari yang sukar bagi kami (McLaren). Namun, ini sudah menjadi lumrah dalam perlumbaan F1 dan kamu perlu mengharunginya.


"Seperti biasa, saya meletakkan sepenuh jiwa saya pada perlumbaan kali ini, namun nasib tidak menyebelahi saya," kata Hamilton.


Selepas berakhirnya GP Eropah, Alonso kekal berada di tangga teratas kategori pemandu apabila merekodkan 111 mata, diikuti Mark Webber (91), Hamilton (88), Sebastian Vettel (85) dan Nico Rosberg (75).


Red Bull pula unggul bagi kategori pengeluar dengan mengumpul 176 mata, diikuti McLaren (137), Lotus (126), Ferrari (122) dan Mercedes GP (92). - Agensi

Selangor waspada amukan PKNS



GERGASI Merah, Selangor berazam mahu meneruskan tempo kemenangan menjelang pertemuan menentang pasukan 'adik', PKNS dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam ini.



Rentetan tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini pastinya menjadi azimat paling bermakna buat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim dalam usaha memburu tiga mata berharga.


Sebelum ini, Merah Kuning membenam cabaran Felda United 2-1, Sarawak (1-0) sebelum membelasah T-Team 5-0 di gelanggang sendiri Selasa minggu lepas.


Namun pada masa sama, Irfan menasihati anak-anak buahnya supaya berwaspada dengan 'amukan' PKNS yang pastinya turut mengidam kemenangan apabila sekadar seri 2-2 dengan Terengganu dalam aksi terakhir mereka sebelum ini.


"Saya tidak mahu rentak kemenangan Selangor dicalar (malam ini).


"Sudah tentu kami mahu menang, jadi saya sesekali menegaskan kepada pemain agar tidak memandang mudah cabaran PKNS.


"Justeru, kami harus berkerja dengan lebih keras serta mengharapkan tuah beraksi di laman sendiri lebih memihak kepada kami di dalam usaha untuk memburu keempat berturut-turut," kata Irfan sebelum ini.


Yang pasti, tempoh rehat yang secukupnya buat pemain Merah Kuning apabila tidak beraksi pada Sabtu lepas perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan misi menamatkan saingan liga di tempat ketiga musim ini masih membara.


Malam ini, peledak berbisa Gergasi Merah, Bosko Balaban juga dijangka menggalas tugas menggempur kubu skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu bersama Fitri Shazwan dan Safiq Rahim yang turut melakar gol ketika membenam T-Team tempoh hari.


Selepas ini, Selangor yang ketika ini menghuni tangga keempat liga dengan 33 mata bakal berkunjung ke Kota Bharu berdepan pasukan di tangga kedua, Kelantan Jumaat ini.

Skuad Harimau Muda garang



SKUAD Harimau Muda 'bermaharajalela' di bumi Myanmar.Petang semalam, pasukan Filipina teruk 'dikerjakan' anak-anak buah Ong Kim Swee yang berjaya melakar kemenangan besar 7-0 dalam aksi kedua Kumpulan G kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) di Stadium Aung San, Yangon.



Peledak berbisa, Mohd. Rozaimi Abdul Rahman ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila melakar empat gol dalam perlawanan itu sekali gus menghidupkan semula misi Harimau Muda yang tewas tipis 2-3 kepada Korea Selatan dalam aksi pembuka tirai Sabtu lepas.


Dalam perlawanan semalam, Malaysia terlebih dahulu di depan apabila Mohd. Rozaimi mudah menyempurnakan hantaran Wan Zaharulnizam Wan Zakaria seawal minit kedua.


Mohd. Fandi Othman kemudiannya berjaya menggandakan kelebihan skuad muda negara pada minit ke-32 sebelum Mohd. Rozaimi menjaringkan gol ketiga dua minit kemudian.


Wan Zaharulnizam semakin meletakkan Malaysia selesa di depan apabila berjaya menjaringkan gol keempat Harimau Muda pada minit ke-39 hasil hantaran menarik Ashri Chuchu.


Sebaik babak kedua bersambung, Mohd. Rozaimi jelas tidak menunjukkan sebarang perasaan simpati apabila meledak dua lagi gol pada minit ke-68 (penalti) dan ke-74 sebelum jaringan D. Saarvindran pada masa kecederaan akhirnya melengkapkan mimpi ngeri The Azkals.


Gogogogo Skuad Harimau, telan depa semua, hehehehehe.


"Saya bersyukur dengan kemenangan ini, kesungguhan pemain juga cukup terpuji apabila beraksi dengan cukup bagus (semalam).


"Saya juga gembira dengan jumlah jaringan Mohd. Rozaimi, inilah yang saya mahukan apabila kesemua penyerang memiliki sentuhan penyudah yang berkesan supaya kita tidak terlalu bergantung kepada keupayaan seorang penyerang semata-mata," kata Kim Swee selepas tamat perlawanan.


Selepas ini, Harimau Muda bakal menentang Taiwan (Khamis ini) dan Vietnam (30 Jun) di stadium yang sama sebelum aksi terakhir berdepan cabaran Myanmar di Stadium Thuwunna pada 3 Julai depan.


Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung tahun depan. Turut layak ialah pasukan ketiga terbaik daripada tujuh kumpulan peringkat kelayakan.


Terdahulu, skuad Korea Selatan yang dikendalikan Kim Tae Young juga melakar kemenangan kedua selepas membelasah Taiwan 8-1 sementara Myanmar menewaskan Vietnam 3-1 dalam dua lagi aksi Kumpulan G semalam.

Rutin latihan Suryani lancar



KANDUNGANNYA kini yang mencecah usia tujuh bulan bukan halangan buat ratu menembak negara, Nur Suryani Mohd. Taibi mempamerkan pretasi memberangsangkan pada setiap sesi latihan yang diharunginya.



Malah, penembak kelahiran Ipoh, Perak ini nyata lebih bersemangat untuk meneruskan misinya memburu sebutir pingat pada Sukan Olimpik London yang bermula Julai nanti.


“Segalanya berjalan dengan lancar. Tiada masalah terutama daripada aspek kesihatan. Malah, kandungan saya langsung tidak menganggu kelancaran saya menjalani latihan sebanyak lima kali seminggu,” ujar Nur Suryani.


Hanya menunggu detik berlepas ke kota London pada 22 Julai nanti, Nur Suryani kini dalam fasa menguatkan aspek mental bagi menghadapi temasya sukan terbesar dunia itu.


“Fizikal dan teknikal, saya tidak mempunyai masalah besar kecuali mencari masa untuk menyesuaikan diri sebelum melakukan bidikan.


“Yang saya pentingkan kini ialah kekuatan mental kerana pelbagai kemungkinan bakal terjadi sepanjang pertandingan seperti kecewa apabila tidak dapat melakukan bidikan yang sempurna,” katanya ketika ditemui di Lapang Sasar Menembak, Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil semalam.


Ditanya mengenai pengumuman tajaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dilakukan oleh Perdana Menteri baru-baru ini untuk menaja suaminya, Marhazli Mhotar ke London, Nur Suryani menjelaskan yang dia masih tidak mendapat kata putus.


“Saya tahu mengenai perkara tersebut namun masih tiada respons terkini daripada pihak terbabit. Mungkin mereka berurusan secara terus dengan MSN. Saya tidak tahu.”


“Cuma tiket sudah ditetapkan iaitu saya akan berlepas pada 22 Julai manakala suami akan berangkat pada 25 Julai. Saya sekarang sedang cuba untuk menukarkan tarikh penerbangan suami agar sama dengan saya.


“Sekiranya tiada masalah, saya akan bertanding seperti yang dijadualkan,” katanya yang akan memulakan aksi dalam acara Air Rifle 10 meter wanita pada hari pertama kejohanan, iaitu sehari selepas majlis pembukaan berlangsung.


Dalam pada itu, Nur Suryani turut mendapat suntikan semangat apabila Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid melawat sesi latihannya semalam.


Tun Ahmad Sarji turut melahirkan rasa kagum dan berpuas hati dengan pretasi yang ditunjukkan oleh ratu menembak negara itu.


“Saya diberitahu prestasi Nur Suryani lebih baik berbanding sebelum ini. Ini secara tidak langsung memberi impak positif untuknya meraih pingat di Olimpik nanti,” katanya.


Saya pun nak tengok jugak Nur Suryani beraksi nanti, Tun pun takkan melawat je supply la apa yang patut, kita buktikan yang kita boleh berjaya.

Frenz United Merah jumpa 'adik'



GELARAN juara Kejuaraan Bola Sepak Liga Bawah 14 tahun Piala Frenz 2012 akan ditentukan oleh dua pasukan daripada Akademi Bola Sepak Frenz United, Ahad depan.



Final yang akan berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam itu bukan sahaja mempertemukan Frenz United Merah dan Frenz United Biru, bahkan bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.


Jika Frenz United Biru kendalian bekas pemain Kuala Lumpur, Zulkipli Samion melangkah ke final selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Victoria baru-baru ini, Frenz United Merah mengharungi penentuan sepakan penalti sebelum mengesahkan tiket ke final.


Perhitungan di final nanti bakal mempertemukan Zulkipli dengan Mat Dinos Talib, jurulatih Frenz United Merah yang sebelum ini membawa pasukannya melepasi peringkat kumpulan dan suku akhir dengan rekod 52 gol tanpa bolos.


Laluan berbeza yang dilakar Frenz United Biru dan Frenz United Merah pada separuh akhir harus membawa isyarat-isyarat tertentu.


Zulkipli lega melihat jaringan tunggal Mohd. Akhmar Haiqal Azhar menewaskan VI yang juga anak didik bekas pemain pertahanan skuad Piala Dunia Remaja 1997, Azlan Hussain tetapi Mat Dinos akhirnya menyaksikan rekod tanpa bolos lebur dek ketajaman Muhammad Hakim Kamarulzaman.


“Kami sudah sampai ke final dan tentunya tiada pasukan yang mahu kalah," kata Mat Dinos yang membentuk sebahagian daripada panel kejurulatihan akademi di Janda Baik itu.


Bagi Zulkipli yang pernah mengendalikan pasukan Bawah 19 Kuala Lumpur, tiada perasaan berbelah bahagi untuk final nanti.


“Kami sudah mara ke final dan tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini untuk melakar kejutan," katanya yang membawa pasukan Bawah 13 tahun Frenz United bersaing dalam Liga Bentong Bawah 18 tahun.


Kubu kental Frenz United Merah akhirnya bocor apabila Hakim menjaringkan gol pada minit ketiga dan ke-55 sebelum Hafizuddin Mohd. Zuki bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-16 dan 60.


Pada penentuan sepakan penalti, Muhammad Fareez Mohd. Jeffrery, Mohd. Aliff Hafizal Mohd. Noor, Masir Lausing dan Muhammad Na'aim Abdul Razak menyempurnakan sepakan untuk Frenz United Merah manakala Ismail Asyraf Azhar, Muhammad Asyraf Mukmin Hazman dan Aidil Haqeem Abdul Ghani melakukannya untuk SMK Meru.


Malang buat SMK Meru apabila Muhammad Aizad Mohd. Apandi, penjaring lapan gol ketika membelasah Pendamai FC pada hari pembukaan gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Preity selar obsesi kurus



AKTRES terkenal Bollywood, Preity Zinta menyelar tindakan sesetengah pihak yang terlalu obses untuk mendapatkan susuk tubuh yang terlalu kurus. Menurut pelakon yang terkenal dengan kecantikannya itu, kurus tidak semestinya bererti cantik kerana terdapat juga wanita jelita yang mempunyai saiz badan yang sedikit berisi.



"Walaupun aktres Vidya Balan mempunyai badan yang tidak terlalu kurus, dia tetap nampak menarik. Tidak salah untuk mempunyai badan yang montok asalkan berat badan anda tidak berlebihan," ujarnya yang memuji keyakinan diri Vidya Balan dalam memperagakan tubuhnya yang gebu itu di layar perak.


Tambah Preity, orang ramai tidak patut dibebani dengan tanggapan bahawa untuk kelihatan cantik, seseorang itu tidak boleh bertubuh besar. "Setiap orang mempunyai keistimewaan mereka tersendiri," katanya.


Betul tu betul, nak obses untuk jadi kurus last-last jadi kerangka hidup, heheheeheheh.

Cinta gunung Tiz, Aqasha



PUNCAK Gunung Kinabalu menjadi bukti cinta aktres Tiz Zaqyah dan aktor Aqasha di dalam drama bersiri terbaharu lakonan mereka yang berjudul, Dejavu di Kinabalu.



Drama arahan pengarah terkenal, Erma Fatima itu buat pertama kalinya menggandingkan mereka berdua sebagai pasangan kekasih meskipun sebelum ini pernah bekerjasama dalam drama Oh! Suzana.


Ketika sesi pratonton drama 28 episod itu yang diadakan di Preview Lounge, Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara baru-baru ini, keserasian luar biasa antara Tiz dan Aqasha jelas terpancar.


“Buat pertama kalinya saya mengarah drama penuh cinta sebelum ini semua drama saya agak berat dan pertama kalinya saya sendiri jatuh cinta dengan watak hero serta heroin.


“Keserasian yang diberikan mereka cukup berbeza sehingga kita yang menontonnya terasa perasaan cinta itu, tetapi mereka hanya bercinta di dalam drama sahaja,” jelas Erma berseloroh.


Disoal mengapa memilih Gunung Kinabalu sebagai subjek utama di dalam drama tersebut, kata Erma, dia mencari kelainan daripada drama yang pernah ditayangkan sebelum ini.


“Setiap drama arahan saya, pemandangan indah merupakan satu perkara wajib sebab itu saya pilih Gunung Kinabalu.


“Sebenarnya lokasi Gunung Kinabalu itu menyusahkan diri saya sendiri kerana di dalam skrip terdapat babak di atas puncak gunung.


“Bayangkan saya yang tidak pernah mendaki gunung terpaksa naik sehingga ke puncak. Saya marah dengan diri saya kerana memilih jalan yang sukar dan seksa diri sendiri, tetapi melihat hasilnya semua orang berpuas hati,” jawab Erma yang memberitahu lima orang daripada kru penggambaran tidak dapat meneruskan perjalanan ke puncak gunung.


Jelas Erma lagi, kesukaran yang dihadapinya, selain cuaca yang tidak menentu selain kebanyakan kru serta pelakon yang terlibat tidak memiliki stamina yang cukup.


“Saya hampir menyerah kalah tidak mahu daki ke puncak tetapi fikir balik, rugi pula sudah sampai gunung tetapi tidak sampai ke puncak.


“Nasib baik, selesai sahaja penggambaran di atas puncak hujan turun dengan lebat. Perjalanan turun ke bawah, cabaran untuk kami lagi. Selepas ini, saya akan kembali ke Gunung Kinabalu untuk mendaki dengan persediaan yang cukup,” tutur Erma sambil tersenyum.


Peneraju watak utama Aqasha sebagai Ammar Zulkarnain mengakui cukup seronok sepanjang penggambaran drama Dejavu di Kinabalu berlangsung.


“Bekerja dengan Tiz cukup mudah kerana dia bijak memberi tindak balas terhadap lakonan saya. Tiz juga seorang yang cukup artistik dan sangat berbakat,” ujar Aqasha.


Tambah Aqasha lagi, saat paling tidak boleh dilupakan sudah pasti berada di puncak gunung dan menyaksikan matahari terbit.


“Jiwa saya ketika di atas puncak itu sangat berbeza, begitu juga dengan Tiz. Keserasian kami cukup luar biasa ketika di atas puncak, apabila kami turun ke bawah perasaannya berbeza,” jawab Aqasha.


Tiz yang pertama kali mendaki sehingga ke puncak Gunung Kinabalu cukup teruja apabila diberitahu terdapat babak di atas puncak gunung oleh pengarah.


“Saya suka pekerjaan saya, jika tidak kerana berlakon saya tidak akan menjejakkan kaki ke atas puncak Gunung Kinabalu, tidak terfikir pun untuk ke sana,” ujarnya.


Menurut Tiz yang memegang watak Dalilah Nadira, bekerja dengan Aqasha dalam drama yang mengambil masa selama tiga bulan penggambaran termasuk 10 hari di Sabah itu cukup mudah.


“Senang bekerja dengan Aqasha kerana dia berlakon secara semula jadi tanpa dibuat-buat. Seronok bekerja dengannya, juga dengan seluruh tenaga produksi yang dirasakan seperti sebuah keluarga,” tutur Tiz.


Drama Dejavu di Kinabalu sudah mula ditayangkan di slot Akasia pada 18 Jun lalu setiap Isnin sehingga Khamis pada pukul 7 malam di TV3 mengisahkan Aamar yang masih merindui kekasihnya Inara yang telah meninggal dunia tiga tahun yang lalu.


Nadira yang merupakan seorang pesakit yang menerima pemindahan jantung tanpa disedari menerima sebahagian sifat penderma jantung itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan