Cari Artikel

Monday, June 25, 2012

Aaron sah kini penduduk tetap Di Malaysia



POPULARITI ada habuan kepada pemiliknya. Baik atau buruk, populariti menjadikan seseorang artis itu berada di satu tempat istimewa berbanding artis yang kurang popular. Seperti yang berlaku kepada Aaron Aziz, 36, sejak memenangi hati rakyat Malaysia sehingga bergelar Artis Paling Popular 2011, apa sahaja cerita terbaharu dirinya akan mendapat perhatian ramai.



Isu artis luar yang dibangkit oleh Zed Zaidi, kini Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) serta status permohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) selama ini menjadi dua cerita yang saling berkait dengan Aaron. Namun, perkara itu barangkali bukanlah lagi satu beban yang merunsingkan buat Aaron. Persoalan tentang status PR Aaron yang selama ini dibangkitkan bukan lagi satu tanda tanya.


Pertengahan minggu lepas, satu sumber Sensasi Bintang membongkar status permohonan PR oleh Aaron yang didakwa telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Turut dilampirkan dalam e-mel tersebut ialah salinan kad MyPR milik isteri Aaron, Diyana Halik. Jumaat lalu, Sensasi Bintang berjaya menghubungi Aaron Aziz untuk mendapatkan pengesahan.


Bercakap kepada Sensasi Bintang, kata Aaron mengesahkan dia dan isterinya kini pemegang MyPR.


"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.


"Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak," akui Aaron setelah meneliti semula gambar kiriman e-mel sebelum memberikan keterangan lanjut.


Ditanya mengenai proses permohonan PR olehnya yang cepat mendapat kelulusan kerajaan Malaysia, Aaron menyerahkan perkara itu kepada pihak KDN untuk memberikan penjelasan.


"Saya tidak rasa cepat atau lambat kelulusan permohonan itu akan menjadi satu isu. Saya tiada hak untuk bercakap tentang rasional atau alasan bagaimana permohonan saya diluluskan. Mungkin saya telah menepati syarat yang ditetapkan," katanya.


Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz turut meluahkan rasa syukur kerana berbekalkan bakat seni yang dimiliki, dia kini boleh bekerja dan menjadi sebahagian daripada penduduk Malaysia. Dia berterima kasih kepada semua pihak atas rezeki dan penerimaan semua terhadap kehadirannya menjadi salah seorang pelakon di Malaysia.


Sebagai rekod, Aaron sebelum ini mendakwa Malaysia dekat di hatinya. Itulah antara sebab mengapa pelakon yang hangat menerusi filem KL Gangster itu memohon PR. Pelakon yang berasal dari Singapura itu memohon taraf penduduk tetap pada Ogos 2011.


Populariti serta aura Aaron semakin mendapat perhatian usai menjulang anugerah tertinggi dalam majlis Anugerah Bintang Popular 2011, April lalu, nama aktor sasa Aaron hangat dengan isu PR yang dipohonnya. Isu itu menjadi kecoh apabila kemenangan Aaron dipertikaikan Zed Zaidi yang ketika itu bercakap atas kerusi Timbalan Presiden Seniman itu meluahkan rasa kurang senangnya kerana pemenang anugerah berdasarkan populariti itu dimenangi pelakon warga Singapura.


Isu itu berlarutan sehingga memaksa Aaron bercakap soal status dan warganegara sehingga terkeluar berita bahawa permohonan PR olehnya sudah mendapat kelulusan dan sedang menunggu waktu untuk diambil daripada KDN. Namun, selepas berita itu disebarkan oleh portal Gua.com, Aaron dalam satu kenyataan menafikan pengakuannya tentang kelulusan status PR berkenaan.


"Sebelum ini orang pernah menyebarkan salinan kad pengenalan palsu saya. Kad itu yang sengaja dicipta untuk memburuk-burukkan saya. Sekarang salinan MyPR saya pula disebarkan. Saya rasa ini kerja orang dalam dan saya tidak tahu apa niatnya menjadi penyebar kepada dokumen sulit pihak lain," kata Aaron sedikit kesal tetapi berterima kasih kepada Kosmo!


Akhiri Aaron: "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anda dan Kosmo! disebabkan berusaha mendapatkan pengesahan daripada saya sendiri dan tidak menyiarkan gambar kiriman e-mel tersebut tanpa kebenaran daripada saya."


Bro, dah sah jadi penduduk tetap kat Malaysia kan? So jaga-jaga lah akhlak serta masyarakat setempat ok? Lu kan taiko.


WWW 1 Akan Digunakan Ke Atas Kereta Nasional



PETALING JAYA – Nombor plat WWW 1 yang kini menjadi milik Sultan Johor akan digunakan ke atas kereta nasional.




Sumber-sumber memberitahu mStar Online, Sultan Ibrahim Ibni AlMarhum Sultan Iskandar telah memutuskan untuk meletakkannya pada sebuah kereta Proton yang baru baginda beli.


Sebelum ini Sultan Ibrahim berjaya membida nombor WWW 1 itu pada harga RM520,000 daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan menggunakan wang peribadi baginda sendiri.


Adalah difahamkan juga, kereta Proton tersebut adalah sebuah kereta yang ditempa khas oleh Sultan Ibrahim untuk kegunaan salah seorang putera baginda.


Kereta Proton tersebut telah dibeli oleh Sultan Ibrahim beberapa bulan yang lalu tetapi masih belum membawanya pulang ke Johor Baharu.


Jelas sumber itu lagi, kereta Proton berkenaan akan tiba di Istana Pelangi, Johor Baharu dalam tempoh seminggu lagi.


Ia kini sedang di dalam proses pengubahsuaian hiasan dalaman sebelum diserahkan kepada Sultan Ibrahim.


Baru-baru ini, JPJ melalui laman webnya telah menyenaraikan nama-nama pembida kepada nombor plat WWW dan “D.Y.M.M. Sultan Ibrahim Johor” telah dinyatakan sebagai pembida yang berjaya membuat bidaan tertinggi mengatasi 9,998 pembida yang lain.


Jumlah RM520,000 yang dibayar oleh baginda adalah yang tertinggi yang pernah dibuat ke atas nombor tunggal.


Bidaan tertinggi untuk nombor plat satu digit sebelum ini adalah untuk nombor MCA 1, yang berjaya dijual oleh JPJ pada harga RM300,100 dua tahun yang lalu.


Sultan Ibrahim sememangnya dikenali sebagai seorang pengemar dan pengumpul kereta sports dan juga motosikal berkuasa tinggi.


Baginda juga gemar mengumpul nombor-nombor plat yang memiliki satu digit antaranya yang dimiliki oleh baginda ialah JJJ 1, JJ 1 dan JJ 2. – mStar Online


Korang ada masalah ker kalau Sulltan tu suka kumpul nombor plat sekalipun? Dia Sultan bro, bukan orang biasa. Kalau korang suka benda tu dan benda tu susah mau dapat apa korang buat? Mesti tempah dulu kan? Masalahnya barang tu pulak hanya satu-satunya mesti la ada orang buat bidaan, so harga dia akan melambung, betul atau tidak?

Fesyen Kamal Attartuk Berkembang Di Malaysia??



Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi PM Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat berlawanan dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah"Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt".





Buat renungan bersama: Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.(tidak diniatkan untuk mengaibkan si mati… tetapi sebagai pengajaran kepada semua manusia termasuk diriku. 



Ma, saya rasa hendak muntah!



Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya. 




"Mama," kata gadis kecil itu.. 
"Bolehkan kita balik sekarang?" 


"Tidak," jawab ibunya. 


"Ma, saya rasa hendak muntah!" kata gadis kecil itu. 


"Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas..." 


Setelah kira-kira 20 saat, gadis kecil itu kembali ke tempat duduknya. 


"Sudah selesai?" tanya ibunya. 


"Ya." 


"cepatnya?" 


"Saya tidak pergi ke tingkat atas.. Ma," kata anaknya lalu menyambung.. 
"Kat tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis "UNTUK ORANG YANG SAKIT’" 

Perempuan cantik VS Perempuan tak cantik!



Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...




Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm ****!!


Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...


Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...


Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...


Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni


Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...


Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...


Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...




Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!


Aahaaa, korang pikir la sendiri lepas nie ye??? Jangan marah aku, aku just kongsikan cerita aja ok?

Kisah Seekor Burung Kakak Tua yang Gatal



Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu... )





Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru Setiap pagi ada 3 orang cikgi melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgi yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.....


Setiap hari burung ni tengok cikgi-cikgi tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi -nyanyi... . tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si cikgi-cikgi tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia... then tonyoh tonyoh sikit mata dia... dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia... pas tu dia jerit kuat-kuat... .
"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"


Cikgi-cikgi tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat... Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang..... Keesokan harinya cikgi-cikgi tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila cikgi ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi...
"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA!!! PINK!!!"


Cikgi-cikgi tu terkejut... dan berjalan cepat-cepat lagi...sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa.....cikgi pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?" Cikgi kedua menjawab "Tak tau pulak ... . ahli sihir ke apa ntah... .." . Cikgi ketiga mencelah "Alah..kebetulan je agaknyer... .. tak pe, kita tengok besok pulak camana... " Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi cikgi-cikgi tu lalu depan rumah burung tu... . burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah... ....."Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu... dua... " dan seterusnya. Bila cikgi ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung... . Burung pun tengok... . dia jerit lagi..
KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"


Cikgi-cikgi berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi... Cikgi pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap... . heh, apa nak buat hah?". Cikgi kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu... ".Cikgi ketiga... ."Aku tau... apa kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey...Set!!!!!" balas depa... .. Keesokan harinya... ... sama juga... . bila< ke sekolah, burung tu jerit lagi... > HITAM!!HITAM!!HITAM!!!!"


Cikgi-cikgi tu berlari anak lagi... .di sekolah mereka berbincang... . cikgi pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent... "
Cikgi kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna... .".
Cikgi ketiga... "Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung." "Orait!! Set!!" depa jawab.


Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je... . bila cikgi-cikgi tu nak ke sekolah, burung tu tengok... . ditenungnye lama-lama... cikgi-cikgi tu mula tersenyum dan jalan slow-slow... ... sambil toleh-toleh kat burung tu... burung tu tengok lagi... . dia naik-naikkan matamacam Ziana Zain gitu... .dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng... ..dah tu dia pandang ke depan balik... . dia garu-garu kepala... dah tu usap-usap dagu... ..dia cekak pinggang... .. dah tu burung tu pegang dagu lagi... pastu dia senyum... ..dia jerit lagi kuat kali ni...


"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"


Cikgi-cikgi ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer... .. Razz


*cikgi=ganti nama pd cikgu pompuan yek.....

Askar Paling Berani




Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tentaranya dan untuk membuktikannya masing masing jeneral memerintahkan salah satu Askarnya untuk mengikuti arahannya :




1. Jepun
Jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap Jeneral
Jeneral : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu
Askar : Siap Jeneral
Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si Askar tidak dapat menangkapnya dan langsung mati.
Si jeneral dengan bangga mengatakan “lihat Askar saya sangat berani dan siap mati”


2. Jerman
Jendral : Askar maju sini
Askar : Siap jeneral
Jeneral : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
Askar : Siap Jeneral
Peluru meluncur cepat dan Askar yang menangkap hancur berantakan
Si Jeneral sangat bangga dan bilang ” Askar saya lebih berani bahkan untuk menangkap bom RPG”


3. Indonesia
Jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap Jeneral
Jeneral : Sebrangi ladang periuk api dengan berlari cepat
Askar : Tidak mau jendral !
Jendral : Sebrangi cepat !!
Askar : Tidak mau jeneral !
sampai tiga kali sang jeneral memerintahkan Askarnya, namun tetap di tolak.
Si Jeneral berkata “Lihat Askar saya yang paling berani…. perintah jendral langsung bisa dia tolak…”

Egoist Seekor Kambing Pulak Dah



Assalamualaikum W.B.T, aku nak kongsikan cerita lawak yang aku gagau dari forum gempak.org, hehehehehe jangan marah nah gempak, aku tolong bagi femes ja forum korang. Cerita nie mengenai seekor kambing, nak tau cerita? klik read more tu.


Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain aje. Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu..macam nama gangster..tapi..apa nak buat dah memang nama aku gitu, bersyukur ajelah..Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang malang nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan bapa. Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda dan bermesra.Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga ,dapatlah juga aku menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang.


Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan aku . Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata Pak Mat. Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut cerita yang aku dengar, ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan. Wallahualam..


Sekarang aku sudah remaja he..he.. Seronoknya!! Seronoknya!! Seperti remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas.. untuk dia seorang..Nurlida namanya…orangnya cantik manis, lemah-lembut, sopan santun..ahhhh..kira perfectlah !! Come lote,..kata oghe Kelate..


Hai kalaulah aku dapat dia..tentu kawan-kawan aku jealous..Tapi masalahnya..itulah..dia tu anak Pak Mat!! Jadi ..terpaksalah aku pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri aku ini..sekadar menumpang.


Kajang pak malau kajang berlipat..kajang hamba mengkuang layu..dagang tuan dagang bertempat.. dagang hamba musafir lalu..hai sedihnya. Semalam, ahhh..semalam..merupakan hari yang paling malang dalam hidupku. Bunga yang aku puja- puja selama ini telah dirampas orang.!! Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling kampung aku terserempak dengan si Nurlida..gadisku itu sedang membonceng motosikal dengan Zarir..
Cis!! bukan main mesra lagi.




Cilaka!!! Binawe kau Zarir, kan ramai lagi perempuan lain dalam kampung nie..kenapa awek aku jugak yang kau kacau..nanti kau Nurlida, aku report kat ayah kau!! Malam tadi aku tak senang tidur. Memang sukar aku nak terima kenyataan ini..




Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu..melihat dia bermesra-mesra. Aku cemburu..cemburu!! Aku mesti lari dari sini. Ya, itulah keputusan aku..aku nekad,..apa nak jadi, jadilah.aku mesti keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi? KL? JB?..Yaa..KL..aku akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke sana.


Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan selamat tinggal..Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan pergi … terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf..
Ya, aku tahu..aku tahu, aku niii….aku niii….. cuma seekor kambing,?


So what?? Kambing tak buleh bercinta ke?ke? ke?

Mengapa Sekarang Pelajar2 Perempuan Dan Budak Perempuan Bawah 18 Tahun Suka Jadi Bohsia dan Pelacur Kelas Bawahan?



Assalamualaikum W.B.T, iskandarX Society makin pedas dengan tajuk kali nie aku nak buka memang boleh membuatkan banyak pihak melompat terutamanya Ibu Bapa dirumah mahupun atuk dan nenek dikampung huhuhuuuu.







Aku nak mula cerita sejarah dia pun aku tak berapa pasti nak mulakan dari mana tapi isu bohsia serta belen(pelacur kelas bawahan) ini memang menyakitkan hati aku gila-gila babas punya. Umur baru 13-16 tahun tapi bila ditanya soal seks cukup expert mengalahkan aku yang dok tanya dia, isk isk isk hebat sungguh nuh?

Ada yang buat goup sendiri disekolah, apa dorang punya slogan? Korang nak tau? Kalau ada budak baru nak nak join dorang nie dorang akan bagi tau kau kalau ada dara tak boleh bercampur dengan kitaorag. Fuuuhhh, pedih gila aku dengar ayat tuw rasa nak siku aja pala budak perempuan tu walau pun dia lafa ayat tuw bukan depan aku.

Yang lagi menarik lagi, mak bapak kerja kilang, itu tak kisah la mak bapak dia nak kerja apa tapi time mak bapak kerja nie lah anak-anak pun terut sama bekerja sambilan, jadi belen(pelacur kelas bawahan). Ada yang free of charge sebab muka hensem, ada yang sekali angkut RM 30, paling murah aku dengar RM 5 hinggit woooorrr sekali makan.

Apa nak jadi budak-budak perempuan zaman sekarang nie aku pun tak tau. Aku rasa didikan agama kowt yang kurang maybe dorang nie sebab tuw yang jadi yang bukan-bukan tabiatnya. Macam tu aku berterima kasih pada Mak dan ayah aku tertungku lumus dengan segala payah jerih dorang menghantar aku ke Sekolah Agama Rakyat bila habis saja sesi persekolahan sekolah al kafirun. Itu pun ada ura-ura pulak aku dengar yang Sekolah Agama Rakyat kerajaan nak robohkan (try tengok roboh kalau nak tengok umah hampa pulak roboh.).

Aku kesian pada mak bapak sekarang nie, susah payah cari duit siang malam, nak bagi anak-anak dorang dengan harapan anak-anak jadi soleh dan solehah tapi tak kesampaian. Pada ibu dan bapa diluar sana, pantau kan lah anak-anak tuw, bukan niat aku nak mengajar tapi memang anak-anak korang yang kuarang di ajar, kat tempat aku saja dah 10 tangkapan aku buat semua pasal belen nie punya kes lah. Sampai ada yang sanggup bawak keluar parang, pecah kan motor kawan-kawan hanya semata-mata kawan-kawan tak bagi makan belen.

Artikel ini aku tulis pun bukan nak menghina sesiapa tapi teguran pedas daripada aku, manusia yang prihatin dengan manusia sejagat dan alam sekitar, renungkan lah.

Streamyx Oh Streamyx Kenapakah Dikau Lagging Today?



Assalamualaikum W.B.T kepada semua pembaca blog iskandarX Society sekalian. Hari nie aku ingin melahirkan rasa dukacita kepada perkhidmatan internet aku nie, yang cukup familiar laa bagi orang kita di Tanah Air kita yang tercinta ini iaitu Streamyx.




Streamyx oh streayx kenapakah dikau lagging dikala aku sedang berkobar-kobar semanggat untuk update blog aku nie??? nak kata aku lambat bayar aku bayar ikut time, pakej aku pulak Streamyx Business Plan bukan home edition, mahai hang tau dak? Streamyx saja RM288 untuk sebulan penuh kowt. Isk isk isk bila la streamyx a.k.a TM nak upgrade servis korang nie ha? Aku rasa dah berbillion keuntunggan yang korang kaut memandangkan korang punya syarikat TM Net ditubuhkan pada 1995 lagi. Korang kiranya otai laa tapi otai-otai pun boleh bersepi gak kalau mutu dalam kerja tadak betui dak wahai pembaca blog sekalian?


Aku amat sangat (tudia frasa ayat dah bercamuk dah) berharap agar TM Net dapat mengatasi masalah ini dengan segera jangan sampai nanti ada syarikat lain yang boleh tandingin korang pulak dalam perkhidmatan telekomunikasi niee. Setakat nie korang aja yang monopoli perkhidmatan talian telefon rumah dan cable internet jangan sampai ada orang lain pulak buka business sama dengan korang baru korang nak bercucuran air mata.


Kata banyak-banyak pun bukan guna sebab dorang nie bukan sekolah pun sekolah takat nak cari untung aja Society tak mau jaga!!!

Pelakon Dipanggil Tuan, Bawa 10 Pengawal Pulak Dah



KUALA LUMPUR, 25 JUN 2012: Selepas kecoh dengan kisah artis baru yang tak sudah-sudah dilanda masalah dan kontroversi, Murai Batu terdengar pula cerita mengenai seorang artis senior yang cukup aktif dalam sebuah pertubuhan bagi menegakkan hak artis.



Sudah beberapa kali pelakon ini menyuarakan haknya dalam membela nasib golongan artis yang ditindas dan tidak kurang juga suaranya yang sering kedengaran menyelar perilaku artis yang tidak baik dan bermasalah.


Pelakon ini dilihat menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepadanya dan Murai Batu tabik kepada pelakon ini kerana kegigihannya membawa jawatan dan mandat yang telah diberikan.


Tapi yang kurang sedap mengenainya baru-baru ini, Murai Batu dengar khabarnya dia sudah naik tocang apabila salah menggunakan kuasa yang diberikan.


Pada sebuah acara yang melibatkan ramai artis baru-baru ini, pelakon ini tampil dengan 10 orang pengawal yang memanggilnya 'tuan' telah menyatakan perasaan yang kurang senang apabila para selebriti menerima tawaran membuat persembahan pada kadar bayaran yang sangat rendah.


Namun begitu, ada para selebriti yang terlibat memberitahu bahawa mereka tidak kisah dengan bayaran yang diberikan kerana ia merupakan aktiviti amal yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan.


Kalau sebelum ini ramai yang tabik dengan cara dia mengendalikan masalah yang melibatkan artis, tetapi perkara terbaru seperti ini seolah-oleh dia sudah gila kuasa.


Murai Batu pun hairan, bukankah kalau aktiviti amal ada yang tidak berbayar? Apatah lagi ini adalah acara yang dianjurkan bagi memberi peluang dan membela nasib artis yang tertindas. Rasa macam keliru pula dengan perjuangan pelakon seorang ini.


Murai Batu weyy dok heran apa? dorang ada duit sebab tu leh upah pengawl peribadi, tapi kalau Murai Batu nak tau aku pun penah jadi Pengawal Peribadi gak untuk VVIP. Murai Batu nak ke aku tolong "Kawalkan' Murai?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan