Cari Artikel

Thursday, June 21, 2012

Mimpi Buat Aeril Zafrel Berhijrah







KUALA LUMPUR, 21 JUN 2012: Tidak mahu tersasar jauh, pelakon, Aeril Zafrel akui dia kini dalam proses serta usaha membersihkan hati serta mendalami ilmu agama.



Bukan kerana paksaan tetapi Aeril Zafel berkata, keputusan itu dibuat selepas mimpi malamnya sering didatangi oleh arwah ibunya yang menegur kesilapan yang dilakukan.

"Sebelum ini saya sudah beberapa kali didatangi oleh arwah ibu saya dalam mimpi.

"Dalam mimpi itu, dia sering menegur kelakukan saya yang banyak membuat silap supaya tidak terus hanyut.

"Saya pun sedar jika saya tidak berubah dari sekarang, mungkin saya akan lebih tersasar jauh.

"Jadi kini saya lebih mendekatkan diri dengan Tuhan serta mendoakan yang terbaik buat arwah supaya kuburnya tidak akan gelap dan sempit.

"Namun penghijrahan saya bukan sahaja kerana mimpi itu tetapi kerana keinsfan diri saya yang mengenangkan atas kesilapan yang lalu," katanya yang ditemui ketika tayangan perdana filem HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang), kelmarin.

Sudah tiga bulan Aeril Zafrel mempelajari dan menghadiri kelas agama di beberapa tempat pusat pembelajaran agama di dalam Malaysia.

Bercakap mengenai batas yang akan perlu dijaganya selepas membuat keputusan berhijrah, Aeril Zafrel memberitahu HACKS merupakan filem terakhir dia menampakkan separuh anggota badannya.

"Saya dinasihati oleh seorang ustaz supaya tidak akan membuka baju untuk ditayangkan kepada umum.

"Jadi saya membuat keputusan untuk tidak akan menaangkan badan saya lagi selepas ini," jelasnya.

Namun, Aeril Zafrel berkata dia masih lagi boleh terima jika perlu bersentuhan dengan bukan muhrim kerana tidak mahu terlalu drastik menunjukan penghijrahnnya.

"Saya akui banyak lagi kesilapan yang perlu saya perbaiki dan ramai yang sudah mengenali siapa saya sebenarnya dahulu.

"Jadi saya tidak mahu nampak terlalu poyo apabila mengambil keputusan untuk berhijrah.

"Biarlah ianya berlaku secara perlahan kerana saya juga perlu memenuhi beberapa tuntutan kerja sebagai seorang pelakon," luahnya lagi.

Aeril yang bakal muncul dengan filem HACKS mulai 21 Jun ini telah digandingkan bersama pelakon, Nuremy Ramli.

Filem terbitan Metrowealth (MIG) dan menerima garapan daripada pengarah Ahmad Rusli Khadri atau Ollynn itu secara ringkas mengisahkan mengenai seorang wanita yang tidak mempercayai cinta kerana sering dikecewakan oleh lelaki.

Namun cinta yang wujud diantara sahabat sehidup semati terpaksa dipendam dek kerana menyangka sahabat baiknya itu homoseksual.

Bagaimanakah kesudahan cinta plantonik mereka? Saksikan kesudahannya dalam HACKS yang akan mula ditanyangkan pada 21 Jun ini.

Alhamdulillah kalau betui Aeril Zafel ingin mendalami Islam itu adalah berita yang mengembirakan bukan setakat peminat tetapi ibubapa Aeril Zafel  pun sejuk hati mendengarnya.

Bront Palarae Akui Cristina Suzanne Tepati Citarasa




Teks oleh Kheme Rosly


khemerosly@yahoo.com


KUALA LUMPUR, 21 JUN 2012: Jika sebelum ini, pelakon hebat Bront Palarae tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana artis.



Tiba-tiba muncul pula gosip mengenai Bront Palarae yang dikatakan sedang bermain cinta dengan pelakon baru Cristina Suzanne.

Kedua-dua mereka bakal digandingkan di dalam filem Jwanita yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Namun begitu adakah gosip cinta Bront Palarae dan Cristina ini sekadar untuk melariskan filem atau sebagai menarik perhatian umum?

Bront yang ditemu pada majlis perlancaran filem Jwanita agak terkejut dengan gosip yang berterbangan itu.

Bagaimanapun dia tidak cepat melatah dan menjawabnya dengan tenang sekali.

Namun dalam pada itu dia menjelaskan Cristina menepati citarasa kaum lelaki di luar sana.

"Saya baru sahaja mengenali Cristina, itu pun disebabkan atas urusan kerja.


"Memang kami ada berbalas Tweeter, tetapi tiada sebarang kata-kata yang menunjukan kami bercinta.


"Mungkin orang yang melihat dan membaca mengatakan kami ada hubungan istimewa.


"Cristina seorang yang menepati citarasa ramai lelaki kerana perwatakan dirinya.


"Tapi untuk saya komen tentang hubungan kami, lebih baik saya jelaskan di sini kami memang dan hanya berkawan.


"Saya tidak mahu cakap apa-apa yang tidak pasti kerana saya tidak mahu mengguris perasaan sesiapa atau Cristina sendiri. Tetapi secara jujur saya senang bekerja dengannya,"terang Bront kepada pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Dia bakal membawakan watak Dr Farhan dalam filem Jwanita dan menjadi suami kepada Julaika lakonan pendatang baru Cristina Suzanne.

Bagi Bront Palarae, dia merasakan watak itu sebuah watak yang menarik untuk dibawakannya kerana ia berbeza dengan watak yang diberi oleh Osman Ali kepadanya dalam filem-filem terdahulu.

Biarkan lah gosip liar tu, dorang jealous je tuw.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan