Cari Artikel

Tuesday, June 19, 2012

Korang Kata Blog/Website Korang Dah Pro? Ini Dia 30 Perkara Yang Anda Harapkan Dari Sebuah Blog Proffesional




Assalamualaikum W.B.T semua...dalam beberapa hari ini..saya sedang mengkaji perkara2 yang seseorang internet surfer harapkan dalam sebuah blog yg menceritakan rahsia2 utk membuat duit menggunakan medium internet atau offline..pendapat anda semua di ambil kira tak kisahlah betul atau salah, tak kisah lah anda memang pernah buat duit di internet atau masih mencari cara untuk menjana duit melalu internet..






Buat duit melalui medium internet merangkumi perkara yg sangat besar..tak kisahlah anda seorang trader forex..trader bursa saham menggunakan aplikasi online..penggiat advertising system..menjual barangan di internet..memberikan servis secara online..atau apa2 sahaja...sila sumbangkan idea disini apa yg anda harapkan...


Kenapa kajian ini penting utk kita? Kajian ini penting kerana utk mengekalkan pelawat yang tetap ke blog.. setiap orang yg berminat utk menjana duit di internet kebanyakan nya mesti mempunyai blog2 yang anda kerap lawati samada utk melihat isi barunya atau anda memang minat tentang idea2 yg anda dapat dari blog itu...jadi, apakah yg menyebabkan anda semua kembali melawat blog itu? mesti ada sesuatu yg anda harapkan walaupun kadang2 blog itu sudah terbaik isi2nya...


Situasi lain pula, kadang2 apabila kita melawat sesebuah blog, kita lansung tidak berminat utk membacanya..kita hanya akan kekal paling lama pun 15 saat dan terus pangkah tetingkap tu..kenapa ini semua terjadi? apa yg anda betul2 harapkan?


semua pendapat saya mengambil kira..mari memanfaatkannya bersama2 dan berkongsi idea disini..buat permulaan saya hanya melimitkannya utk 30 perkara..kalau ada sambutan..saya akan tambah lagi..


Mari bersama2 berkongsi idea...sila quote text dibawah utk menambah perkara..atau saya akan update dan gabungkan semuanya..mari kongsikan idea2..saya memerlukan idea dari semua peringkat...ingat, tak kisah betul atau salah..saya akan hargai semua idea anda...pastikan memang relevan..hehe..


SEMUA TIPS2 DIBAWAH ADALAH SUMBANGAN BLOGGER2 DARI CG yang sangat  terima kasih kepada mereka semua!!




1. Mempunyai gaya bahasa yang sangat senang faham..


2. Tidak mempunyai terlalu banyak iklan berbanding isi...


3. Rekabentuk layout yang menarik dan ringkas. serta loading time yang laju.. - Huraian Rujuk Page 5


4. gamba yg berkaitan..a picture worth thousands of word! 


5. jangan letak audio kat blog.. kadang2 menggangu pelawat.


6. Guna bahasa yang baik.. Jangan guna bahasa pasar sangat dalam blog.. 


7. Tumpukan kepada niche tertentu..jangan terlalu rojak...


8. Bahasa perlu disesuaikan dengan target market dan peringkat umur..


9. Pemilihan template blog yg lebih kepada profesional...


10. Update and keep update...


11. suka blog yg menulis apply letak numbering..terarah kemas dan fokus


12. membuat screen shot menggunakan videos supaya lebih real dan mengujakan


13. blog menjana pendapatan ceritakan cerita sebenar bukan hype yang direka2 nampak mudah jer semua.


14. Sukakan tajuk entry yang friendly search engine, menarik dan 3 baris pertama ayat di perenggan pertama sangat mengujakan


15. Rapatkan diri dengan visitor..jika mailing list..gunakan bahasa yg santai dpt eratkan lagi blogger dan visitor..


16. Rapatkan diri dengan visitor melalui acara2 turun padang..gathering ke..


17. Sediakan template yg paparkan Recent Post dan Recent Comments..


18. Mempunyai header atau moto blog yg sgt menarik...


19. contest @ freebies untuk readers. Banyak reader cuma lurker, selalu masuk blog kita tapi tak penah aktif untuk tinggalkan komen @ subscribe.


20. 1 satu post tuh biar ada flow..ada intro, isi, kesimpulan @ penutup. So readers boleh expect apa yang diaorg akan dapat bila habis baca satu post


21. Display kategori2 yang ada dalam blog. Kadang2 ada readers yang berpontesi untuk jadi reader tetap tapi pasal taktau skop sesuatu blog, dia blah terus


22. About me page. Cerita serba sedikit pasal diri sendiri @ selitkan gambar. Penting untuk bina kredibiliti especially bila promote @ jual barang. Baru la yakin sikit aku nak beli barang 




23. 6- 10 recent post (title) letak sama ada kat sidebar @ atas @ bawah blog. Klau user datang dari search engine selalunya dieorg sampai dalam single post. Kalau ada recent post, reader bleh tau fokus @ atau arah tuju blog secara amnya. Mudahkan readers untuk mengenali blog anda dengan kurangkan klik2 yang tak perlu utk readers


24. penulis kena layan gk comment2 dari readers. Kalau takleh selalu, kadang2 pn dah ok. Make their presence felt. 


25. Contact form. penting untuk org tanya produk2 yang dijual @ mungkin tips yang ada dalam post tak bleh pakai ke, so readers bleh consult dengan penulis. 


26. Related post di akhir setiap post. Readers bleh cari maklumat tambahan @ yang berkaitan.


27. 1 post 1 PAGE saja, setengah2 blog suka buat multiple page dalam 1 post. Aku kalau jumpa blog camtuh mmg aku tak datang dah. Kecuali la isi mmg panjang, kena buat multiple page 


28. Search function above the fold. Jangan la letak kat bawah sangat @ tersembunyi sangat . Aku tak suka scroll sampai ke bawah semata2 nak cari search function.


29. Menggunakan size font yang sesuai..tak terlalu besar atau tak terlalu kecil...


30. Mempunyai contact form atau report tentang apa-apa masalah yang ada diblog atau untuk bantuan dan apa-apa pertanyaan..ini membantu kita untuk memperbaiki apa-apa kekurangan di blog.


Tip-tip nie aku gagau dari carigold.com punya forum diharap boleh membantu korang dalam mengejar impian korang masing-masing. Tip-tip nie mungkin semua dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu atau terkurang so apa-apa hal sekalipun jika ada yang terlebih jadikan lah tauladan kalau ada yang terkurang mungkin salah dan silap aku sendiri.

Handbook Super Yang Korang Perlu Miliki Kalau Nak Jadi Seorang Super Affiliate




Korang suka serta minat buat duit dari internet? Platform apa atau medium apa yang korang gunakan untuk dapatkan duit online?


Adakah dari blog? Dari Forum? Dari Social Network? Dari Menulis ebook sendiri? atau Klik-klik dapat duit? heheheehehe.
















Korang kena perlu buat pilihan yang bijak, tentang platform atau kekuatan yang terbaik serta bersesuaian dengan jiwa dan diri korang dan yang paling penting sekali bersesuaian dengan modal yang korang ada.


Disini aku sharekan platform serta medium yang menjadi strength yang juga aku gunakan serta Super-super affiliate yang lain gunakan.


Selain Medium yang dipilih itu diterokai, tool yang korang perlu ada adalah catatan serta jurnal-jurnal atau pun handbook dari Otai-otai Super Affiliate yang pernah dan sehingga kini berjaya dalam bidang affiliate marketing ini.


Benda yang aku perkenalkan ini tidak lain dan tidak bukan ialah The Super Affiliate Handbook yang ditulis oleh Rosalind Gardner, iaitu seorang otai Affiliate yang memperolehi pendapatan affiliate sebanyak USD500,000++ setahun hanya melalui affiliate marketing sahaja.


Korang Harus tahu dab ketahuilah bahawasanya, Affiliate Marketing nie berlandaskan benda advertise dan platform yang cukup mudah serta percuma lagi. PERCUMA??? Betul ke iskandarX? Tak caya? Kenalah beli The Super Affiliate Handbook Oleh Rosalind Gardner ini, dan korang baca dulu.


Buku nie bukan sebarangan buku ok? Basic untuk memulakan affiliate marketing sampai sukses dia cerita habis sampaikan sumber-sumber pendapatan dia pun ada cerita didalamnya.


Kandungan buku ini ialah:


A Step-byStep Plan
SAH vs. Other Training
Regularly Updated(sentiasa update)


Tentang Pengarang.


Rosalind Gardner


Sebagai seorang penulis bebas / blogger / Super Affiliate Marketer 


Kata-kata seorang otai Super Affiliate:


Gaya Hidup Affiliate
Saya dapati bahawa manfaat SEBENAR yang datang dari bekerja di rumah dan mencari nafkah saya dari internet tentang banyak harganya lebih daripada membuat wang yang banyak. Ia mempunyai kebebasan untuk menjalani kehidupan sebagai ANDA memilih.


Bagaimana kehidupan yang baik akan menjadi jika anda ...



  • Boleh meluangkan lebih masa dengan keluarga dan rakan-rakan.
  • Hidup di mana-mana yang ANDA mahu.
  • Buang jam penggera.
  • Pergilah bercuti apabila anda memilih.
  • Mengucapkan selamat tinggal kepada bos dahsyat anda.
  • Tidak pernah memandu untuk bekerja dalam ribut salji.
  • Bermain dan menjalankan lebih.
  • Boleh membina pelan persaraan SEBENAR.
  • Melabur dalam pendidikan anak-anak anda.
  • ... hidup Walau bagaimanapun ANDA memilih untuk hidup.

Faedah bekerja untuk diri sendiri jauh melebihi harapan dan impian saya. Yup, yang adalah gambar saya dan 'mesin impian' saya. Nope, bukan tentang wang, itu mempunyai masa untuk benar-benar menikmati perjalanan.


Bukankah ianya masa untuk menjadikan impian ANDA menjadi suatu kenyataan? Kalau Betul Ingin Menjadikan Impian Itu Suatu Kenyataan Klik Disini.

The Legendary Rokok Yang Kita Hisap Seharian


Korang hisap rokok tak? Rokok apa yang korang selalunya Hisap atau mula sekali korang belajar hisap? Dunhill? Marlboro? Winston? Benson? Camel? Bagi aku dengan member-member, aku tak berapa ada duit nak beli pelaq2 tu semua mahai, so Gudang Garam Surya menjadi pilihan hati dari mula belajaq hisap rokok sampai dah keja sampai dah berumah tangga (aku belum kawen la tapi member aku la yang kawen dah huhuhuuu), masih lagi setia dan tegar mengemut dan menyedut asap syaitonn(asap rokok da) nie.














Kat sini aku share sikit info pasal menatang nie. Check it out bebeh.


Sekilas Perusahaan




PT Gudang Garam Tbk merupakan produsen rokok kretek terkemuka di Indonesia yang memproduksi berbagai jenis produk berkualitas tinggi, mulai dari sigaret kretek linting (SKL), sigaret kretek tangan (SKT) dan sigaret kretek mesin (SKM) yang sudah tersebar luas di Nusantara maupun di dunia.


PT Gudang Garam Tbk menyerap tenaga kerja yang sebagian besar terlibat dalam produksi dan distribusi. Eksistensi Perusahaan juga mendukung penghidupan petani tembakau dan cengkeh serta para pengecer maupun pedagang asongan yang tersebar di seluruh Indonesia.


Diukur dari jumlah aset, hasil penjualan produk, jumlah karyawan, pajak dan cukai, serta kontribusi lainnya, PT Gudang Garam Tbk adalah perusahaan rokok nasional yang memberikan kontribusi secara signifikan bagi Indonesia.

Kapal angkasa China berlabuh di Tiangong-1




BEIJING - China menamatkan misi berlabuh automatik di angkasa lepas semalam sebelum tiga angkasawan di dalam sebuah kapal angkasa memasuki sebuah modul yang mengorbit Bumi.


Kapal angkasa Shenzhou-9 yang berlepas pada Sabtu lepas dan membawa angkasawan wanita pertama China bercantum dengan modul angkasa lepas Tiangong-1.



Misi berkenaan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen China.


Ini kali ketiga China melakukan misi berlabuh secara automatik selepas dua misi serupa dilaksanakan pada November tahun lalu.


Namun, misi kali ini berbeza kerana membawa bersama tiga angkasawan ke Tiangong-1.


Mereka terdiri daripada Komander Jing Haipeng, Liu Wang dan angkasawan wanita pertama China, Liu Yang.


Matlamat utama misi selama 13 hari itu adalah untuk melakukan prosedur berlabuh secara manual.


China turut merancang menyiapkan pembinaan sebuah stesen angkasa lepas di orbit Bumi menjelang 2020.


Matlamat tersebut memerlukan tekonologi berlabuh yang sempurna seperti yang pernah dilakukan kapal angkasa lepas Amerika Syarikat dan Rusia dalam tahun 1960-an.


Teknik berkenaan sukar dikuasai kerana melibatkan dua kapal angkasa yang berada di orbit sama dan berputar mengelilingi Bumi pada kelajuan beberapa ribu kilometer sejam.


Kapal angkasa dan stesen berkenaan perlu bercantum perlahan-lahan bagi mengelakkan kedua-duanya berlanggar dan berkecai. 
- Agensi


Tiangong ka tanglong??? hehehehehe macam lampu tak lampu macam siput tak siput, nampak macam tombol pintu pun ada, member aku kata nampak macam jam.

Serlah kehebatan bermain alat muzik




SESEKALI, warna-warni industri muzik tanah air dihiasi dengan kedatangan penyanyi-penyanyi dari negara padang pasir.


Lagu-lagu berentak Arab dendangan artis-artis terkenal Timur Tengah seperti Pascal Mashalani dan Amr Diab pernah meniti di bibir rakyat Malaysia. Namun, bak angin yang berlalu pergi, mereka tidak pernah meninggalkan kesan yang nyata, sehinggalah tibanya nama Maher Zain.


Mula mencuri hati peminat-peminat tempatan sejak dua tahun lalu, penyanyi kelahiran Lebanon ini semakin komited dalam menyampaikan dakwah menerusi alunan muziknya.


















Usaha murni beliau terpapar jelas dengan konsert kali keduanya, Maher Zain - Forgive Me Live in Malaysia yang berjaya menghimpunkan para pencinta muzik nasyid dari seluruh negara.


Konsert selama tiga jam yang berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur itu menyaksikan beliau begitu bertenaga menghiburkan peminatnya dengan 22 buah lagu yang disusun rapi komposisinya.


Ternyata penantian ribuan penonton yang membanjiri perkarangan stadium tersebut seawal pukul 5 petang terbalas apabila melihat raut wajah penyanyi tinggi lampai itu yang muncul sekitar jam 9.30 malam.


Lontaran vokalnya sewaktu mendendangkan lagu pertama, Sepanjang Hidup, disambut sorakan gemuruh penonton yang sebelum itu dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh dua artis jemputan iaitu Irfan Makki dan Raef.


Biarpun nama kedua-dua artis jemputan ini tidaklah semegah nama Maher Zain, kehebatan mereka dari sudut muzik tidak boleh disangkal terutamanya Raef yang berjaya menarik penonton untuk bersama-sama menyanyikan lagu Jumu'ah yang diadaptasikan daripada lagu Friday nyanyian Rebecca Black.






Bagi Irfan Makki pula, pengalaman melakukan persembahan pembukaan bagi Maher Zain digunakan sepenuhnya untuk mempamerkan kebolehan vokalnya menerusi enam buah lagu termasuk lagu You Are Not Alone, lagu nyanyian asal Michael Jackson.


Tampil dengan sepersalinan hitam dan putih, Maher yang tidak lekang dengan topinya kelihatan begitu bergaya semasa menyanyikan lagu-lagu popular beliau seperti Freedom dan Assalamu Alayka sambil diiringi lambaian penonton.


"Apa khabar semua? Adakah anda semua sedang berseronok? Saya harap anda semua terhibur dengan persembahan saya," jeritnya kepada para penonton dalam bahasa Melayu.


Kefasihannya bertutur dalam bahasa tersebut ternyata mengagumkan para penonton yang tidak henti-henti bersorak sewaktu penyanyi itu menyelitkan frasa-frasa bahasa Melayu di dalam nyanyiannya.


Sekali-sekala, penyanyi yang sebelum ini pernah mencipta nama di Sweden itu turut memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi dengan sambutan yang diterima daripada para penonton.


"Terima kasih kerana datang ke konsert ini, saya benar-benar menghargainya." ujarnya di pertengahan konsert bagi menaikkan semula suasana di stadium tersebut.


Kejutan


Demi memberikan persembahan terbaik kepada para peminatnya, beberapa kejutan telah dibuat oleh penyanyi tersebut sepanjang konsert tajaan Etiqa Takaful Bhd. dan One Drop Perfumes itu.


"Untuk persembahan seterusnya, saya akan menyanyikan sebuah lagu yang telah lama saya cipta. Ia merupakan ubahan muzik yang pertama saya tulis sepanjang karier sebagai penyanyi.








"Anda semua merupakan orang yang pertama mendengar lagu ini," ujar Maher menunaikan janjinya untuk memberikan kejutan kepada para peminat.


Tidak dapat disangkal kejutan tersebut diterima baik apabila sebaik sahaja kru konsert terbabit muncul bersama sebuah piano, seluruh stadium tersebut bergema dengan sorakan para penonton.


Lebih istimewa, ia merupakan kali pertama bagi penyanyi tersebut bermain alat muzik secara langsung dalam konsertnya.


Sebaik sahaja beliau menekan nota pertama lagu Thank You Allah, keseluruhan pentas dimalapkan dengan limpahan lampu berwarna ungu, membangkitkan suasana yang begitu tenang.


Alunan suaranya yang dipacu rentak seruling, ditambah dengan kelincahan jari-jemarinya menari di atas piano membuatkan para penonton terbuai seketika.


Selain kemahirannya bermain piano, Maher turut memperlihatkan bakatnya dalam bermain alat muzik yang lain seperti gitar dan gendang.


Malah, sewaktu beliau memperkenalkan kumpulan muzik yang mengiringinya dalam konsert tersebut, beliau sempat beraksi dengan set gendang yang tersedia di atas pentas.


Melihat pemain-pemain muzik yang datang dari seluruh pelosok dunia seperti Belanda, Mesir, Sepanyol dan Malaysia, tidak hairanlah melihat pengaruh muzik yang pelbagai dalam karya tulisan Maher.


Peminat Michael Jackson


Sepanjang berlangsungnya konsert yang turut mendapat sokongan Tourism Malaysia itu, penyanyi yang meminati legenda pop terkenal, Michael Jackson, telah menyanyikan hampir kesemua lagu dalam album terbaharunya, Forgive Me.


Bagaimanapun, demi menunjukkan minat terhadap idolanya itu, Maher telah menyelitkan sebuah lagu popular artis tersebut, Man In The Mirror, dalam persembahannya.


"Saya akan menyanyikan sebuah lagu daripada Michael Jackson. Saya pasti anda semua akan terhibur dengan lagu ini. Beliau merupakan salah seorang daripada penyanyi kesukaan saya dan saya dedikasikan lagu ini kepada anda semua," ujarnya.






Walaupun dipersembahkan di penghujung konsert, ternyata kebolehan vokal Maher serta kekuatan sedia ada lagu tersebut berjaya menghiburkan para penonton.


Maher juga harus dipuji atas kebolehannya berinteraksi di atas pentas.


"Saya ingin menguji anda semua. Anda perlu menyambung lirik yang saya nyanyikan," ujarnya bersemangat sebelum mengucapkan ayat You Know Who You Are?


'Ujian' itu disambut meriah oleh penonton yang kemudiannya menjerit beramai-ramai Number One For Me iaitu salah satu lagu paling popular milik penyanyi itu.


"Bagi persembahan terakhir saya, saya mahu anda semua ikut sama menyanyi," ujarnya ketika muzik pembukaan lagu terakhirnya malam itu, Baraka Allah Lakuma mula berkumandang.


Sejujurnya, jika dilihat daripada reaksi para penonton yang hadir, tidak mustahil kelibat Maher Zain akan muncul kembali dalam tempoh terdekat ini.


"Terima kasih saya ucapkan atas segala sokongan yang diberikan. Semoga kita berjumpa lagi," ucap Maher sejurus menamatkan persembahannya.

'Ronaldo bukan faktor kejayaan Portugal'




KHARKIV, Ukraine - Jurulatih Portugal, Paulo Bento menganggap kejayaan pasukan itu menempah slot ke suku akhir pada kempen Euro 2012 adalah hasil kerjasama sepasukan.



Bento menyuarakan pendapat itu bagi menangkis spekulasi yang mendakwa kejayaan tersebut adalah hasil kehebatan pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo.


Pada aksi di Stadium Metalist awal pagi semalam, Ronaldo meledakkan dua gol bagi membantu skuad The Navigators muncul naib juara Kumpulan B selepas menewaskan Belanda 2-1.


Meskipun kembali menemui sentuhan selepas mempamerkan aksi hambar dalam dua perlawanan terdahulu, Bento tidak mahu terlalu memuji Ronaldo.


"Sebenarnya, gerakan secara individu tidak begitu penting.


"Saya bangga dengan apa yang telah kami lakukan sebagai satu pasukan dan saya cukup berpuas hati apabila kami berjaya mencapai sasaran mara ke suku akhir," kata Bento.


Kejayaan menewaskan Belanda itu membolehkan Portugal mengiringi Jerman yang muncul juara Kumpulan B selepas menewaskan Denmark 2-1 dalam satu lagi aksi awal pagi semalam.


Pada masa sama, Bento juga tidak mahu anak-anak buahnya memandang mudah cabaran juara Kumpulan A, Republik Czech pada aksi suku akhir di Stadium Nasional, Warsaw, Poland awal pagi Jumaat ini.


"Sejujurnya, kami lebih selesa untuk dianggap sebagai pasukan bukan pilihan menentang Czech.


"Bagi saya, Czech memiliki keupayaan untuk mengubah rentak permainan kami.


"Jadi, kami perlu mengekalkan kualiti permainan yang dimiliki sekiranya berhasrat untuk mara ke separuh akhir," katanya.


- Agensi


Dimana terletaknya kekuatan Laksamana Hang Tuah? Pada Kekuatannya ka? Pada Kerisnya Ka? Ha kat mana? 

Tribunal Hak Cipta perlu tegas bela nasib artis




KUALA LUMPUR – Artis-artis tanah air mahu Tribunal Hak Cipta yang diwujudkan semula oleh kerajaan bertindak tegas terhadap pihak-pihak yang sering menafikan hak mereka dalam industri seni selama ini.



Tribunal itu yang diwujudkan semula melalui Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 baru-baru ini diharapkan dapat memberi nafas baharu kepada penggiat seni yang sering tertindas dan tidak dapat pembelaan sewajarnya.


Bagi penyanyi Jay Jay atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Darus, 54, beliau mahu tribunal itu lebih tegas dalam penguatkuasaannya agar dapat memberi pengajaran kepada badan yang sewenang-wenang mencuri hasil seni artis.


“Bila artis buat aduan di tribunal itu nanti, jangan ada masalah birokrasi dan urusan pembelaannya mestilah adil kerana itu satu-satunya saluran untuk kami mengadu apabila tertindas,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 diwartakan pada 9 Februari lalu selepas dibentangkan di Parlimen pada Oktober 2011.


Pindaan berkenaan antara lain merangkumi aspek kutipan royalti yang lebih telus, penguatkuasaan Tribunal Hak Cipta, larangan muat turun bahan seni secara tidak sah serta jumlah bayaran minimum yang sepatutnya diterima karyawan.


Memang patutlah bela hak cipta dah depa punya rezeki mai kot situ, kan? Lani pun dah banyak sangat cetak rompak (kdang-kadang aku pun dok jadi pirate sama hehehe) dipasaran kesian depa nyanyi penat2 habuk pun tak dapat.

Live Konsert Rooftop Gig atas bumbung Pulak Dah




PROJEK PISTOL teruja kerana dapat terbabit dalam program Rooftop yang menampilkan konsep persembahan terbuka di atas bumbung bangunan Lot 10, Kuala Lumpur. Jangan dok teruja sangat la brother jatuh dari bumbung tu karang susah nanti.


KUMPULAN Beatles suatu ketika dulu pernah menghiburkan peminatnya dengan cara yang cukup unik iaitu konsert dari atas bumbung bangunan Apple Studios, Savile Row, London pada 30 Januari 1969.






Hasrat yang sama selain menjanjikan satu kelainan berbanding gig biasa, ntv7 bakal menyiarkan sebuah rancangan nyanyian dari atas bumbung yang diberi nama Rooftop.


Berlatar belakang panorama bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur menerusi kaca mata penonton dari bumbung pusat beli-belah Lot 10 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Rooftop akan memulakan siaran bermula 6 September nanti pukul 8.30 malam di saluran ntv7.


Menurut Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama, Komunikasi Jenama, Projek Khas dan Acara ntv7, Emilya Abdul Rahim, penonton akan dapat merasakan sentuhan peribadi artis memandangkan suntingan minimal akan dilakukan.


“Kebebasan dan keselesaan artis akan memberikan ruang untuk penonton mengenali dan memahami artis kegemaran mereka. Rugi jika kita tidak bersama-sama meraikan kemeriahan industri muzik kita,” katanya pada sidang akhbar pelancaran rancangan tersebut di Teeq Brasserie di pusat beli-belah Lot 10 baru-baru ini.


Dokumentari


Rooftop akan bersiaran selama setengah jam untuk setiap 13 episod. Selain menyajikan persembahan tiga buah lagu setiap episod, penonton akan dibawa mengenali artis kesayangan menerusi dokumentari ringkas.


Menurut penerbitnya, Khairul Annuar Azmi, tema muzik yang dipersembahkan oleh artis yang terlibat adalah santai dan mengikut genre masing-masing.


“Rooftop menggabungkan artis daripada pelbagai latar belakang muzik seperti indie, rock, pop dan balada dan uniknya rancangan ini kami mengekalkan bunyi persekitaran ketika proses rakaman,” katanya yang berdepan dengan cabaran hujan sepanjang proses rakaman selama tujuh hari itu.


Tambah Pengurus Besar Produksi Hiburan Primeworks Studios, Kamarul Zamli Ramly, rancangan itu akan diteruskan untuk musim kedua sekiranya mendapat sambutan hangat penonton.


“Produksi akan mengetengahkan lokasi bumbung bangunan lain untuk musim seterusnya dan sasaran kami adalah bangunan di Pulau Pinang untuk memberikan persekitaran berbeza,” tambahnya.


Pengalaman unik


Antara barisan artis yang membuat persembahan ialah Estranged, Projek Pistol, Aizat, Bunkface, Drama Band, Liyana Fizi, Diandra Arjunaidi, Najwa Latif, Akim, Nawhki & Clan, Awi Rafael dan Azlan & Typewriter.


Projek Pistol, contohnya, akan menghiburkan penonton dengan tiga buah lagu iaitu Lihatku Pelangi, Bintang Kecil dan Wanita Seluruh Dunia. Kumpulan itu mengakui teruja apabila diundang menjayakan rancangan tersebut.


“Teruja sebenarnya kerana ini adalah pertama kali kami membuat persembahan di atas bumbung bangunan dan pastinya satu kelainan yang belum pernah disaksikan sebelum ini,” ujar Edry selaku wakil kumpulan itu.


Pelantun lagu Angkasa, Diandra Arjunaidi antara lain melihat rancangan Rooftop sebagai platform terbaik untuk mendedahkan dirinya dalam industri.


“Sebagai pendatang baharu dalam seni muzik, Rooftop memberikan peluang untuk saya mengetengahkan diri. Sememangnya saya teruja untuk membuat persembahan di lokasi unik ini,” katanya yang kini dalam perancangan merakam lagu baharu untuk Aidilfitri.


Depa nie nak memekak atas bumbung pulak dah isk isk isk isk.

Awat Izara minta maaf pulak?


TIDAK cukup dengan kontroversi tiga pendatang baharu dunia seni tanah air yang kini sedang heboh dengan isu ‘bercakaran’ mereka iaitu Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla, kini seorang lagi pendatang baharu yang sedang meningkat naik, Izara Aishah pula dikatakan sudah mula ‘membuat perangai’.



Kelmarin, semua akhbar tempatan kecoh bercerita tentang heroin Vanilla Coklat itu yang dikatakan sering sahaja tiba lewat di lokasi pengambaran dan sesi fotografi.


Apa yang menjadi isu, khabarnya pihak kru produksi penggambaran dan sesi fotografi terpaksa menunggu Izara antara dua hingga tiga jam.


Kata sumber, alasan yang sering diberikan Izara adalah dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan masih dalam perjalanan. Sumber juga memberitahu apabila dihubungi, adakalanya Izara tidak menjawab panggilan telefon tersebut.


Enggan membuat sebarang andaian mahupun menyalahkan pelakon cantik itu, Kosmo! semalam dengan pantas menghubungi Izara sendiri untuk mengetahui perkara sebenar.


KOSMO!: Boleh komen tentang cerita negatif mengenai anda yang dikatakan sering datang lambat ke lokasi penggambaran atau sesi fotografi sehingga berjam-jam lamanya?


IZARA AISHAH: Orang yang sebarkan cerita negatif itu tidak tahu situasi sebenar yang Izara hadapi. Izara tiba lewat ke lokasi (penggambaran dan fotografi) sebab perlu menyudahkan kerja lain.


Masalahnya cerita mengenai kelewatan ke lokasi penggambaran dan fotografi anda itu bukan sekali dua sahaja tetapi sudah berkali-kali?


Tak baik salah anggap terhadap Izara. Izara minta maaf kepada semua pihak yang terasa hati.


Setiap kali anda lewat ke lokasi adakah anda menghubungi mereka terlebih dahulu?


Jika Izara rasa tidak dapat sampai pada masa yang telah ditetapkan Izara akan hubungi mereka terlebih dahulu. Izara tidak pernah mendiamkan diri atau tidak jawab panggilan telefon seperti yang didakwa.


Apakah jawapan mereka setiap kali anda hubungi beritahu lewat ke lokasi?


Mereka tidak pernah memaksa Izara untuk cepat tetapi mereka cakap tak apa dan ambil masa untuk tiba.


Adakah anda sedih nama anda turut terpalit kontroversi sepertimana yang kini dialami artis-artis baharu yang popular seperti Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla?


Izara tak sukalah bila cerita macam ini timbul. Kenapalah nama Izara pula yang naik (kontroversi). Mungkin ada pihak yang tidak ada cerita mahu buat dan mencari kesalahan Izara pula.


Adakah cerita sebegini akan mencalarkan reputasi anda?


Cerita sebegini tidak mencalarkan reputasi Izara kerana Izara boleh perbaikinya. Izara akan pastikan tidak lagi datang lewat ke lokasi dan lebih pandai menggunakan masa. Mungkin Izara akan bertolak lebih awal atau tidak mengambil kerja yang memerlukan Izara berada di kedua-dua tempat dalam masa yang singkat.


Apakah perkembangan terbaru anda?


Izara masih lagi menjalani penggambaran drama Naziha untuk slot Zehra di TV3 setiap hari Jumaat pada pukul 9 malam. Bermula bulan Julai depan pula, Izara bakal menjalani penggambaran filem Vanilla Coklat The Movie.






Perghh tak sabaq gila nak tengok Izara dalam movie pulak hehehehehehehehe.

Kesan Impak Ketika Cinta Bertasbih




OKI SETIANA DEWI manis mengenakan tudung labuh dan sepasang busana berwarna merah jingga ketika melangkah ke ruang legar restoran Spice Garden, Chulan Square, Kuala Lumpur pada tengah hari Isnin lalu.






Lebih mesra disapa Oki, pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih itu memberitahu, dia menjahit sendiri busana yang digayakannya tersebut.


“Baju ini saya jahit sendiri, asalkan selesa dipakai dan orang sekeliling pun senang memandang, saya rasa tidak menjadi hal,” ungkap Oki dalam senyuman.


Biarpun sebelum ini Oki mengakui dia bukan seorang Muslimah sejati malah mula menutup kepalanya hanya selepas usianya mencecah 16 tahun, namun dia mempelajari lebih banyak ilmu agama sejak membintangi filem Ketika Cinta Bertasbih.


Filem itu berjaya menobatkan namanya sebagai Pendatang Baru Wanita Terbaik dan Pendatang Baru Wanita Popular menerusi Indonesia Movie Award 2010.


“Saya banyak belajar menerusi skrip dan lakonan dalam filem itu. Malah, saya merasakan filem itu umpama kursus perkahwinan pendek yang telah mendidik saya tentang ilmu rumah tangga,” katanya mengenai filem yang dibintanginya ketika berusia 19 tahun itu.


Filem yang berjaya mencatat sambutan penonton lebih tiga juta orang pada tahun 2009 itu dibikin sekuel berjudul Ketika Cinta Bertasbih 2.


Filem sekuel itu bagaimanapun hanya meraih separuh bilangan penonton filem pertamanya.


Pada tahun 2010, karya adaptasi novel terlaris tulisan Habiburrahman itu kemudian dijadikan sinetron tiga siri masing-masing dengan judul Ketika Cinta Bertasbih Special Ramadhan, Meraih Ridho Ilahi dan Dari Sujud ke Sujud.


“Ketika meneliti watak Anna, saya bermohon kepada Allah supaya jadikan saya Anna di dunia nyata.


“Namun akhirnya saya berasa lucu apabila kehidupan watak lakonan dalam sinetron tidak jauh beza dengan dunia realiti. Contohnya, watak Anna yang suka memberikan ceramah agama sama seperti diri sebenar saya yang juga gemar berkongsi ilmu.


“Banyak juga adegan ceramah agama dan membaca al-Quran dalam filem itu yang berjaya diaplikasikan dalam kehidupan sebenar saya,” ujarnya.


Tambahnya, impak filem dan sinetron lakonannya itu juga telah membawa khalayak mengenali dirinya sebagai Anna.


Jika dahulu ada peminat yang memanggil nama Anna, Oki cuba melarikan diri daripada mereka sebab berasa terlalu janggal, namun sekarang ini kalau orang memanggil dia dengan nama itu, dia tidak akan teragak-agak untuk menoleh kepada individu yang menyebut nama tersebut.


Begitu juga jika ada yang memanggilnya dengan nama sebenar dirinya iaitu Oki.


Buku


Oki sebelum ini pernah menolak tawaran berlakon untuk karakter seorang penceramah kerana kekangan waktu yang bertembung dengan pengajiannya di Mekah selama sebulan pada Februari lalu.


“Ketika itu saya terpaksa menolak tawaran berlakon kerana saya perlu ke Mekah untuk menuntut ilmu bahasa Arab dan pengajian al-Quran di Universiti Umm al-Qura.


“Namun, semua pengalaman saya semasa berada di Mekah saya bukukan dalam novel ketiga saya iaitu Cahaya di atas Cahaya yang akan dikeluarkan menjelang hujung tahun ini,” jelasnya.


Sebelum ini Oki sudah menulis dua buah novel yang menceritakan perjalanan hidupnya sebelum menjadi pelakon hingga sekarang.


Novel pertamanya berjudul Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi yang menceritakan perjalanan menemui hidayah. Novel itu diulang cetak sebanyak lapan kali sejak setahun lalu.


Rentetan kejayaan novel sulungnya itu, muncul novel keduanya yang berjudul, Sejuta Pelangi: Pernik Cinta Oki Setiana Dewi. Ia mengisahkan tentang individu memberikan inspirasi dalam hidupnya.




OKI bersama dua buah novel hasil tulisannya.




“Novel itu menceritakan perjalanan saya bertemu dengan insan-insan yang banyak memberikan inspirasi kepada saya seperti kanak-kanak penghidap kanser dan mengajar banduan mengaji di penjara,” ulas Oki mengenai novel itu yang sudah tiga bulan berada di pasaran.


Kelantan


Melancarkan novel keduanya pada bulan Mac lalu di Kelantan menimbulkan banyak tanda tanya sesetengah pihak. Apa istimewanya negeri itu kepada Oki sedangkan acara itu boleh dilakukannya di Kuala Lumpur?


Jawab Oki: “Saya dijemput oleh kerajaan negeri Kelantan untuk melancarkan novel itu, bagi saya tidak salah untuk tujuan kebaikan. Tiada niat politik atau prasangka lain patut timbul.”


Novel tersebut akan turut dilancarkan pada 24 Jun ini di Pameran Buku Antarabangsa di Jakarta, Indonesia.


Dalam pada itu, Oki mendedahkan dia berhajat untuk menamatkan zaman mudanya secepat mungkin.


“Saya ingin berkahwin muda, kalau bukan tahun ini, tahun depan barangkali. Buat masa sekarang belum ada calon secara rasmi,” getusnya yang mendedahkan dia tidak pernah dilamar sehingga kini.


Dedahnya lagi, dia hanya akan menuruti nasihat kedua-dua orang tuanya berkenaan bab jodoh dan perkahwinan.


“Namun, saya mahukan pasangan berlandaskan syarak yang perlu dilihat berdasarkan keturunan, fizikal, harta dan agama.


“Dalam masa yang sama saya mahu seorang lelaki yang cerdas akal kerana dia akan menjadi guru kepada saya untuk membimbing saya dan anak-anak kelak,” katanya tentang ciri lelaki yang bakal menjadi suaminya pada satu hari nanti.


Nanti boleh la kita beli novel tulisan OKI nie, support skit dia tak gitu? Mak aku dulu ska tengok sinetron Ketika Cinta Bertasbih nie petang2 kat Astro Aruna.

Euro 2012: Serangan balas lumpuh lawan: Eduardo


AKSI Eduardo (dua dari kiri) ketika Croatia bertemu Itali Khamis lalu.  

WARKA (Poland): Penyerang Croatia Eduardo mahu memenuhi impiannya mara ke suku akhir dan berkata ia dapat dicapai dengan menewaskan juara bertahan, Sepanyol pada pertemuan terakhir Kumpulan C awal pagi esok.




Pemain 29 tahun kelahiran Brazil yang dinaturalisasi Croatia - beraksi untuk Shaktar Donetsk di Ukraine - berkata untuk menewaskan Sepanyol, mereka perlu mengambil kesempatan menerusi serangan balas.
Croatia bagaimanapun hanya perlu seri sekurang-kurangnya 2-2 dengan Sepanyol untuk mara buat kali kedua berturut-turut ke suku akhir - dengan keduanya mengumpul empat mata - walaupun jika Itali yang ketinggalan dua mata menang ke atas Ireland di Poznan.
Bagi Eduardo, yang pada dua perlawanan sebelumnya sekadar bermula di bangku simpanan, berkata ini adalah peluang buatnya untuk menebus kekecewaan terlepas aksi empat tahun lalu apabila kakinya patah ketika mewakili Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris.


Eduardo yang menjadi warga negara Croatia pada 2002 dan mengumpul 50 kap sejak penampilan pertama pada 2004 - mahu memberi tumpuan kepada kemaraan pasukannya dalam kejohanan kali ini.


“Kita semua tahu betapa sukarnya untuk menundukkan Sepanyol. Mereka adalah pilihan juara Euro dan pilihan untuk menang perlawanan dengan kami. Tetapi kami akan memberikan yang terbaik dan cuba menang - kami percaya kami mampu lakukannya,” kata Eduardo. - AFP


Memang perlu kepercayaan bila nak main bola nie aku nak ulas panjang2 aku bukan terrer pun bab bola kalau abang aku dia pandai lah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan